You are on page 1of 12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN

TEKNIK
71760 Bandar Enstek,
Negeri Sembilan

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN KELAB REKREASI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

1.0 PENGENALAN
Penubuhan kelab rekreasi IPG Kampus Pendidikan teknik ini bertujuan
untuk membantu meningkatkan lagi tahap kesedaran keluarga besar IPG
Kampus Pendidikan Teknik untuk bergiat secara aktif di dalam aktiviti rekreasi
yang bukan sahaja turut memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK)
selain turut memastikan individu yang holistik berdasarkan J.E.R.I.S
(Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial) dapat dibentuk dan dilahirkan.
Penubuhan kelab ini merupakan suatu projek daripada kami untuk
memastikan suasana kondusif dan ceria dapat diwujudkan di dalam komuniti
IPG KPT. Penubuhan kelab ini juga terbuka kepada semua dengan satu
matlamat iaitu mewujudkan komuniti yang sihat, aktif serta produktif di dalam
IPG KPT.

2.0 MATLAMAT PENUBUHAN


Penubuhan Kelab Rekreasi IPG Kampus Pendidikan Teknik ini
bermatlamat untuk memantapkan guru-guru pelatih dengan pengetahuan,
kemahiran dan pengalaman aktiviti lasak untuk meningkatkan keseimbangan
jati diri berlandaskan Falsafah Pendiidkan Negara iaitu keseimbangan aspek
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) seterusnya menjadikan
Kelab Koir sebagai medium penting dalam membentuk modal insan yang
berkompeten selaras dengan matlamat Wawasan 2020 yang menjadi teras
pembangunan kemajuan negara Malaysia.
3.0 RASIONAL
Penubuhan Kelab Rekreasi IPG Kampus Pendidikan Teknik ini adalah penting
kerana:
3.1 Memenuhi saranan Kementerian Pelajaran Malaysia kepada semua
IPTA/IPTS/IPG dalam mewujudkan insan yang kreatif dan juga
berinovatif.
3.2 Memberi pendedahan

kepada

para

guru

pelatih

tentang

cara

menguruskan sesuatu organisasi dan kaedah berurusan dengan pihak3.4

pihak luar.
Pergerakan Kelab Rekreasi yang didaftarkan di bawah nama IPG
Kampus Pendidikan Teknik mampu mengharumkan nama IPG Kampus
Pendidikan Teknik sebagai sebuah IPG yang mengangkat martabat

Kelab Rekreasi dalam kalangan warga kampusnya.


3.5 Penubuhan kelab ini merupakan satu inisiatif bagi meningkatkan
keterlibatan para guru pelatih terhadap kepentingan pengetahuan dan
penglibatan dalam kokurikulum. Ia juga dapat membina kualiti peribadi
dan nilai sebagai seorang guru dan juga bakal guru.

4.0 NAMA KELAB


Kelab Rekreasi IPG Kampus Pendidikan Teknik.

5.0 OBJEKTIF
Objektif penubuhan Kelab Rekreasi IPG KPT adalah untuk:
5.1 Membantu melahirkan sumber tenaga kerja yang berkualiti dan
berdisplin.
5.2 Memberi kesempatan kepada para guru pelatih untuk mengembangkan
bakat masing-masing.
5.3 Memperkembangkan daya komunikasi dan interaksi melalui aktiviti.
5.4 Memupuk disiplin dan semangat kerjasama dalam kalangan guru
pelatih.
5.5 Mewujudkan

suatu

aktiviti

kokurikulum

yang

memperangsangkan.
5.6 Sebagai alternatif mengisi masa lapang para guru pelatih.
6.0 PERANCANGAN AKTIVITI

Mendaki gunung

Perkhemahan

Hari keluarga

Sukan dan riadah

Penjelajahan tempat-tempat baru

7.0 LOKASI

meriah

dan

Lokasi yang dicadangkan bagi Kelab Rekreasi untuk beroperasi adalah


di Bilik SPRM IPG Kampus Pendidikan Teknik.
8.0 PENYERTAAN / SASARAN
Penyertaan serta sasaran Kelab Rekreasi ini adalah terbuka kepada
semua warga IPG Kampus Pendidikan Teknik yang berumur 18 tahun dan ke
atas.
9.0 WAKTU PELAKSANAAN
Setelah mendapat kelulusan dari pihak pengurusan IPG Kampus
Pendidikan Teknik
10.0

JADUAL AKTIVITI
Di sini kami telah mencadangkan jadual perjumpaan bagi ahli-ahli
Kelab Rekreasi ini. Hal ini bertujuan bagi menzahirkan keseriusan kami untuk
memastikan kelab ini sentiasa relevan dan sentiasa aktif.
Hari

Masa

Rabu

2.15 petang 4.30 petang

Berdasarkan jadual di atas, kami akan mengadakan perjumpaan pada setiap


hari Rabu. Untuk makluman pihak tuan, kami juga tidak akan mengganggu
sebarang proses pengajaran dan pembelajaran (waktu kuliah) yang diadakan
oleh pihak institut. Hal ini menunjukkan bahawa kami juga mementingkan
aspek akademik di samping bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum.
11.0

PEMBIMBING
Bagi meningkatkan kualiti Kelab Rekreasi ini, kami memilih untuk
mendapatkan Puan Rashida binti Awang dan Encik Mohammad bin Seman
bagi menjadi pensyarah pembimbing kami berdasarkan faktor keluasan
pengalaman dan reputasi mereka dalam mengendalikan persatuan-persatuan
serta program-program besar di dalam IPG Kampus Pendidikan Teknik.

12.0

SENARAI AHLI JAWATANKUASA KELAB


AHLI JAWATANKUASA KELAB KOIR
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN

12.1JAWATANKUASA INDUK
Penaung

: Dr. Muhammad Nor bin Muhd Taib


Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan
Teknik

Penasihat

: Pn. Che Rohani bt. Che Aziz


Ketua Unit Kokurikulum
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik

Penyelaras

: Puan Rashida binti Awang


Pensyarah Penasihat
Unit Kokurikulum
IPG Kampus Pendidikan Teknik

Penyelaras 2

: En. Mohamad bin Seman


Pensyarah
Unit Kokurikulum
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik

12.2 JAWATANKUASA KELAB


Pengerusi

: Adi Saifuddin bin Zamzam

Naib Pengerusi

: Muhammad Amirun Aqil bin Rusli

Setiausaha

: Ainaa Nawarra binti Kamaruddin

Bendahari

: Kalai anak Ampi

AJK

: Wan Muhammad Lutfi bin Sazali


: Nur Faziana binti Halil
: Nurhanlinda binti Awang Damit
:Muhammad Helmi bin Shamsulbahri
: Muhammad Khalil bin Zulkifley
:Nor Farhana binti Abdullah

13.0

PENUTUP

Kesimpulannya, penubuhan Kelab Rekreasi di IPG Kampus Pendidikan


Teknik merupakan satu aset yang bernilai kepada institut untuk meningkatkan
prestasi guru pelatih seterusnya menaikkan nama baik institut melalui setiap
aktiviti yang akan disertai. Selain itu, kemahiran dan disiplin yang diterapkan
dalam Kelab Rekreasi mampu melahirkan kelompok masyarakat yang bersatu
padu dan berhemah tinggi. Oleh yang demikian, matlamat negara Malaysia
untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dan mewujudkan semangat
SATU MALAYSIA dalam masyarakat boleh dicapai melalui penubuhan kelab
ini. Justeru, adalah sangat diharapkan kertas kerja penubuhan Kelab
Rekreasi ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak pengurusan
IPG Kampus Pendidikan Teknik.

Disediakan oleh:

..........................
(AINAA NAWARRA BINTI KAMARUDDIN)
Setiausaha
Kelab Rekreasi
Institut Pendidikan Guru
Kampus Pendidikan Teknik

Disemak oleh:

.............................................................................
(ADI SAIFUDDIN BIN ZAMZAM)
Pengerusi
Kelab Rekreasi
Institut Pendidikan Guru
Kampus Pendidikan Teknik

SOKONGAN PENSYARAH
Dengan ini saya setuju / tidak bersetuju dengan cadangan penubuhan Kelab
Rekreasi IPG Kampus Pendidikan Teknik kerana

Yang benar,

..............................................................................
(RASHIDA BINTI AWANG)
Pensyarah Unit Kokurikulum
Institut Pendidikan Guru
Kampus Pendidikan Teknik

SOKONGAN UNIT KOKURIKULUM


Dengan ini saya setuju / tidak bersetuju dengan cadangan penubuhan Kelab
Rekreasi IPG Kampus Pendidikan Teknik kerana

Yang benar,

..............................................................
(CHE ROHANI BINTI CHE AZIZ)
Ketua Unit Kokurikulum
Institut Pendidikan Guru
Kampus Pendidikan Teknik

KELULUSAN PENGARAH
Dengan ini saya meluluskan / tidak meluluskan penubuhan Kelab Rekreasi IPG KPT
kerana

Yang benar,

.......................................................
(DR MUHAMMAD NOR BIN MUHAMMAD TAIB)
Pengarah
Institut Pendidikan Guru
Kampus Pendidikan Teknik

You might also like