You are on page 1of 16

PENGENALAN

Negara India merupakan negara yang awal mempunyai peradaban atau pembentukan
tamadun di kawasan Asia tenggara berbanding dengan negara lain . Negara India dikatakan
negara yang luas dan banyak penduduknya dan kedudukan India berada di Asia Selatan yang
bersempadan dengan negara-negara lain seperti Bangladesh , Myanmar , China , Nepal dan
sebagainya . Namun , negara India yang kita kenali mempunyai sejarah yang hebat pada
waktu dahulu disebabkan wujudnya banyak empayar-empayar atau dinasti-dinasti yang
agung seperti empayar Maurya . Hal ini dapat dibuktikan dengan penemuan bahan-bahan
arkeologi pada waktu dahulu . Bahan-bahan arkeologi yang dijumpai , serta bekas tempat
binaan dan arca-arca membuktikan bahawa tamadun ini pada dahulunya mempunyai
peradaban . Penemuan penulisan tentang kitab-kitab terdahulu juga dikatakan ada
menceritakan tentang empayar India yang agung .
Sesebuah empayar mempunyai seninya yang tersendiri , contohnya dari segi seni
pembinaan , teknologi , penulisan , undang-undang dan sebagainya . Empayar boleh
didefinisikan sebagai mempunyai wilayah yang luas dan keagungan sesebuah empayar itu
terletak pada kehebatan senibina , teknologi dan sebagainya 1. Selain itu , empayar juga
merupakan sebuah satu sempadan politik yang terletak di bawah pemerintah atau sesebuah
negara yang dicipta . Sesebuah empayar juga pada dahulunya sebuah negara yang kecil ,
selepas itu , raja atau maharaja akan membuat proses penaklukan kuasa terhadap negaranegara lain atau negara sekitarnya . Contohnya , pemerintahan semasa Raja Asoka yang
banyak membuat dasar penaklukan kuasa sehingga negara India ketika itu dikenali sebagai
sebuah kuasa besar . Sesebuah penempatan dibina pada mulanya dengan adanya petempatan
kecil seperti kampung-kampung , seterusnya bandar-bandar , dan seterusnya bermulalah
perluasan kuasa dan dari situ wujudnya sebuah empayar yang luas . Contohnya , ketika

1 Romila Thapar, Early India From The Origins to AD 1300, London : Penguin Books, 2002, hlm. 174

zaman Babylon , zaman ini pada dahulunya hanya beberapa rumah di tempat itu , akhirnya
terjadi sebuah bandar dan sebuah kota serta punyai wilayah yang besar .
Di barat pula , sesebuah empayar itu dikenali melalui ciri-ciri corak pemerintahan seperti
corak aristokrasi , demokrasi dan sebagainya . Empayar juga mempunyai banyak wilayah dan
setiap wilayah itu , mempunyai sistem yang tersendiri serta susun lapis sosialnya . Pada
ketika dahulu , sistem ekonomi dianggap sama disebabkan , bagi sesebuah empayar ,
ekonomi awalnya mesti bermula daripada ekonomi sara diri atau dikenali sebagai ekonomi
secara kecil-kecilan . Ekonomi sara diri bermaksud ekonomi yang menggalakkan pertanian
semata-mata serta kegiatan penternakan . Sesebuah empayar juga tidak boleh disamakan
dengan sebuah kerajaan , kerana kerajaan bersifat sebuah sahaja , manakala empayar bersifat
universal atau kesemua wilayah dalam sesebuah empayar . Dalam buku Romela Thapar iaitu
'Early India' ada mengatakan sesebuah empayar yang besar mesti mementingkan serta
mempunyai kehebatan binaan bangunan , undang-undang sesebuah negara serta kekuatan
ketenteraan sesebuah empayar 2. Contohnya empayar Maurya , yang banyak melakukan
aktiviti perluasan kuasa , dan dalam masa yang sama berjaya menggabungkan semua wilayah
itu ke dalam sebuah empayar .
Sebelum negara India atau empayar Maurya muncul , 'Alexander The Great' atau Iskandar
Zulkarnain yang merupakan pemerintah agung semasa zaman Greek , dikatakan pernah
menakluk India sewaktu dahulu . Hal ini pernah diceritakan dalam sejarah Greek . Alexander
pada awalnya telah menawan Persepolis pada 330 SM , dan seterusnya telah mengasaskan
sebuah tempat yang dikenali sebagai Alexandria atau Kandahar 3. Pada 329 sehingga 328
SM , beliau telah melintasi sebuah gunung yang terletak diantara lembah Kabul . Pada awalya
, Alexander tidak ingin untuk menakluk India , tetapi beliau ingin menakluk Bactrina , iaitu
negara moden Balkh dan Bukhara . Namun , ketika beliau ingin membuat penaklukan kuasa ,
2 Ibid.
3 Paul Masson-Oursel, Helena De Willman-Grabowska & Philippe Stern, Ancient India and Indian
Civilization, India : Anmol Publications, 1986, hlm. 80

tempat itu sudah punyai sebuah petempatan serta askar mereka sendiri . Beliau telah
menjumpai askar di Hindu Kush , yang memisahkan Sungai Kabul atau Sungai Cophen .
Ketika itu juga , terdapat sebuah dinasti yang dikenali sebagai Dinasti Puru ketika Alexander
bersama tenteranya ingin menakluk India . Peperangan telah berlaku diantara kedua-dua
empayar ini dan bermulanya peperangan pertama antara tamadun Greek dan tamadun India .
Orang Greek memanggil penduduk dinasti Puru ini sebagai Paurava , yang dikatakan di
dalam bahasa Sanskrit . Ketika ingin menawan Dinasti Puru , Alexander mempunyai askar
seramai 30 ribu tentera berjalan , empat ribu tentera berkuda , tiga ratus kereta berkuda , dan
dua ratus tentera bergajah

. Alexander telah berjaya menawan dinasti puru dan telah

bergerak ke kawasan lain untuk ditawan . Banyak kawasan-kawasan yang tunduk di bawah
penguasaan Alexander .
Namun , apabila muncul angin Monsun , Alexander bersama askarnya ingin pergi ke timur
India . Ketika mereka telah sampai di sebuah sungai yang dikenali sebagai sungai Hypasis ,
tenteranya yang setia secara tiba-tiba tidak ingin menurut perintahnya dalam meneruskan
dasar penaklukan yang ingin dilakukan oleh Alexander disebabkan ramai askarnya yang
keletihan . Namun , Alexander ingin meneruskan dan akhirnya mereka telah bertembung
dengan ramai lagi tentera bergajah di India yang ingin menghapuskan Alexander , dan
akhirnya Alexander menurut kata tenteranya untuk berpatah balik . Ketika dalam perjalanan
pulang , Alexander telah diserang oleh tentera di Sungai Indus iaitu tentera Malloi atau
Malavas dan dalam pertempuran itu , Alexander hampir terbunuh 5. Ketika perang itu , ramai
diantara askar Alexander yang terbunuh , dan akhirnya Alexander berpatah balik ke Susa di
Persia , dan pada 324 SM , beliau telah meninggal dunia di Babylon .
Di negara India , terdapat tamadun yang sungguh hebat dalam sejarahnya iaitu empayar
yang paling agung ketika zaman awal India dikenali sebagai empayar Maurya . Empayar
4 Ibid, hlm . 81
5 Herman Kulke and Dietmar Rothermund, A History Of India, New York : Taylor & Francis Group, 2004,
hlm. 61

Maurya pada awalnya diasaskan oleh Chandragupta Maurya dan empayar ini dikatakan
bermula pada 321 SM sehingga 185 SM . Chandragupta Maurya pada awalnya telah
menubuhkan tenteranya sendiri pada ketika itu , mereka telah berperang dengan askar
Alexander di sepanjang Sungai Indus . Maurya telah berjaya mengalahkan tentera Alexander
dan seterusnya berjaya mengalahkan tentera dinasti Nanda . Maurya merupakan seorang
lelaki muda yang berjaya menjatuhkan kerajaan Nanda dan beliau merupakan seorang yang
sangat bijaksana . Beliau juga mempunyai seorang protege atau penasihat yang dikenali
sebagai Brahman Kautilya atau Chanakya , yang telah menjadi penunjuk arah dan mentor
semasa memegang takhta kerajaan . Hal ini diceritakan dalam karya Mudrarakshasa yang
ditulis oleh Vishakhadatta . Ada juga sesetengah golongan Buddha mengatakan Maurya
merupakan anak daripada puak Kshatriya Moriya dan berkaitan dengan puak Shakyas , dan
status ini diberikan bagi menunjukkan ketinggian terhadap seseorang pemerintah itu .
Di dalam dinasti Maurya ini , punyai beberapa tokoh atau Raja yang hebat yang
berjaya mencipta sesebuah empayar yang hebat di negara India . Antara raja yang hebat ialah
Chandragupta Maurya dan Asoka disebabkan mereka ini telah menyumbangkan banyak
sumbangan kepada tamadun India terutamanya dalam dasar penaklukan kuasa . Walaupun
begitu , dasar perluasan kuasa yang dilancarkan oleh mereka di dalam empayar Maurya ini
ialah melalui fizikal dan spiritual . Penaklukan berdasarkan fizikal bermaksud dari segi luaran
seperti ketenteraan dan spiritual pula bermaksud dari segi lahiriah atau dalaman . Contohnya
penaklukan dari segi spiritual ialah melalui agama .

ISI PENTING
Penaklukan melalui Fizikal ( Chandragupta Maurya )
Penaklukan yang dilakukan ketika zaman Maurya boleh dikatakan menerusi fizikal
atau bermaksud dari segi ketenteraan . Chandragupta Maurya merupakan pengasas kepada

empayar Maurya dan dikatakan empayar ini bermula pada 321 SM sehingga 185 SM .
Chandragupta telah menempatkan ibu kotanya di India iaitu di Pataliputra yang telah
dijumpai pada abad ke-5 SM . Kota Chandragupta ini juga mempunyai sistem pertahanan
yang kuat dan tembok kotanya merupakan tembok kayu berpagar , dan mempunyai sebanyak
64 buah pintu pagar kota , punyai lima ratus tujuh menara serta dilindungi dengan parit yang
luas sekitar tembok 6 . Kawasan kubu yang kuat ini dibina bagi mengukuhkan kawasan serta
kawalan terhadapat negara Pataliputra .
Pataliputra juga merupakan tempat pengembangan ilmu di India dan sangat terkenal dengan
kesusasteraannya . Contoh orang yang sangat berpengaruh yang datang belajar di sini ialah
penasihat Chandragupta iaitu Chanakya . Menerusi karya syair yang dibuat oleh Rajasekhara
yang bertajuk Kavyamimamsa mengatakan ,' There is a tradition ( sruyate ) that Pataliputra
was the place which was the centre of examination of all makers of Sastras' 7. Menerusi karya
ini , terbuktinya Pataliputra merupakan sebuah negara atau kota yang menjadi pusat
pengembangan ilmu di India disebabkan , kawasan ini dikatakan sebagai tempat untuk
mengambil peperiksaan dalam bidang kesusasteraan .
Pengasas kepada empayar Maurya ini pada awalnya telah menunjukkan ketokohannya
melalui penaklukan terutamanya menggunakan ketenteraan . Chandragupta Maurya ini
banyak melakukan penaklukan dalam negara India dan dikatakan pernah berperang dengan
tentera pemimpin tentera yang begitu hebat daripada Greek iaitu 'Alexander The Great' .
Seperti mana yang kita tahu , pengaruh Greek pernah sampai ke India melalui Alexander The
Great . Chandragupta pada awalnya telah menyedari hal ini , dan telah membawa tenteranya
untuk menyerang tentera Greek selepas kematian Alexander The Great di Babylon . Pada
ketika itu , tentera Alexander tidak kuat lagi selepas kematian rajanya . Chandragupta
mengambil peluang ini dan mengalahkan tentera Alexander dan seterusnya dapat menguasai
6 Vincent A. Smith, The Early History Of India, London : Oxford University Press, 1957, hlm. 127
7 Radha Kumud Mookerji, M.P. , Chandragupta Maurya And His Times, India : Rajkamal Publications
Limited, 1952, hlm. 18

wilayah Panjab 8. Sebelum beliau menguasai wilayah ini , beliau telah merampas takhta
kerajaan Nanda yang ketika itu rajanya bernama Magadha . Magadha telah kalah diantara
peperangan dengan Chandragupta dan hal ini telah menyebabkan Chandragupta dapat
mewarisi segala kekayaan dan kekuatan yang dipunyai oleh kerajaan Nanda .
Chandragupta dapat menguasai dan menambah bilangan kekuatan ketenteraan kerajaannya
iaitu mempunyai askar sebanyak 30 ribu tentera berkuda , 9 ribu tentera bergajah , 600 ribu
tentera berjalan dan pelbagai kereta berkuda

. Dengan kekuatan ketenteraan ini ,

Chandragupta berjaya meluaskan kuasanya daripada kawasan Teluk Bengal sehingga ke Laut
Arab . Selepas itu , jeneral Greek seperti Seleukos ingin memulihkan kembali kekuasaan
Alexander The Great di India . Seleukos dikenali sebagai Nikator atau penakluk bagi orang
Greek , dan dahulunya pada 312 SM , beliau telah berjaya memulihkan kekuasaan Greek di
Babylon . Beliau juga dianggap sebagai raja Syria dan raja kepada barat serta asia tengah .
Ketika pertembungan di antara tentera Seleukos dan tentera Chandragupta , Seleukos sangat
terkejut dengan kekuatan ketenteraan yang dipunyai oleh Chandragupta dan hal ini telah
menyebabkan Seleukos takut untuk berperang dan akhirnya telah menyebabkan Seleukos
meminta perjanjian damai dengan Chandragupta .
Perjanjian damai yang diminta oleh Seleukos telah membuatkan kedua penakluk ini samasama menerima dan mengikuti perjanjian . Chandragupta telah memberikan sebanyak lima
ratus tentera bergajah kepada Seleukos , dan Seleukos pula memberikan kawasan seperti
Paropanisadai , Aria , Arochosia yang dikenali Kabul , Herat dan Kandahar pada ketika ini 10.
Dalam hal ini , telah berlakunya hubungan politik di antara dua buah kuasa , dan Seleukos
sering memberikan hadiah kepada Chandragupta seperti , beliau pernah menghantar anak
gadis kepada Chandragupta dan hal ini telah timbulnya hubungan kesepakatan ketenteraan di
antara kedua buah kuasa . Perjanjian damai yang dibuat ini pada 303 SM .
8 Vincent A. Smith, The Early History Of India, London : Oxford University Press, 1957, hlm. 124
9 Ibid.
10 Ibid, hlm. 125

Chandragupta mengambil masa selama 18 tahun sahaja untuk membuang kekuasaan Greek di
Panjab dan Sind , dan berjaya menundukkan penakluk Greek iaitu Seleukos 11. Dalam masa
yang sama , hal ini telah menyebabkan beliau menjadi antara raja dan penaung yang terhebat
ketika itu di India dan beliau telah menguasai kawasan Utara India dan sebahagian besar
kawasan Ariana . Chandragupta dianggap sebagai raja yang begitu hebat serta dapat
meluaskan kuasanya ke tempat-tempat yang lain . Namun , selepas pemergian Seleukos
dalam kira-kira 6 tahun selepas itu , Chandragupta pula telah meninggal pada 298 SM dan
telah menurunkan takhta kepada anaknya iaitu Bindusara .

Penaklukan melalui Fizikal ( Bindusara )


Pada 298 SM , Bindusara iaitu anak kepada Chandragupta telah menaiki takhta
selepas kematian ayahnya iaitu Chandragupta . Bindusara telah meneruskan legasi ayahnya
dengan menakluk pelbagai tempat di India dan beliau juga dikatakan seorang yang berjaya
meluaskan empayar Maurya . Menerusi karya Greek , Orang Greek memanggil Bindusara
sebagai Amitrochates ataupun Amithraghata yang bermaksud pemusnah musuh 12. Menerusi
karya orang Buddha pula di dalam sejarah Tibet , mengatakan Bindusara sebagai penakluk di
antara dua laut . Semenjak kekuasaan Bindusara ini , dikatakan hubungan di antara kekuasaan
Helenistik atau dengan Seleukos masih lagi terjalin walaupun ayahnya , iaitu Chandragupta
telah meninggal dunia . Hubungan mereka sentiasa terjalin walaupun ketika itu , era
pemerintahan Seleukos telah berjaya dihapuskan oleh tentera musuh , namun , anak kepada
Seleukos iaitu Antiochos Soter telah menggantikan pemerintahan ayahnya .
Bindusara juga dikatakan membuat penaklukan melalui fizikal iaitu menggunakan
ketenteraan . Melalui kitab Purana , beliau meneruskan legasi ayahnya dengan menakluk
tempat-tempat di India dan berusaha meluaskan kekuasaan empayar Maurya . Bindusara
11 Ibid, hlm. 126
12 Romila Thapar, Early India From The Origins to AD 1300, London : Penguin Books, 2002, hlm. 178

boleh dikaitkan dengan penaklukan ke atas ' Deccan ' ataupun semenanjung India . Bindusara
dikatakan sebagai penakluk India Selatan selepas kematian ayahnya iaitu Chandragupta .
Walaupun begitu , Bindusara tetap menerima nasihat daripada penasihat ayahnya waktu
ketika dahulu , iaitu Kautilya atau Chanakya dalam memerintah empayar .
Bindusara membunuh raja dan menteri di setiap 16 buah negara dan meluaskan
kekuasaannya di antara laut ke laut . Hal ini berlaku disebabkan Bindusara tidak mahu
kekuasaan empayar Maurya jatuh merudum disebabkan perebutan takhta di antara kerabatkerabat diraja yang lain . Disebabkan ingin mengekalkan kekuasaan Maurya , beliau telah
membunuh kesemuanya . Bukti kepada ini ada diceritakan pada karya sastera Brahman Tamil
iaitu Mamulanar , yang mengatakan empayar Maurya menjatuhkan kerajaan di sekitarnya 13.
Cara ini telah membuatkan Bindusara mempunyai kuasa yang kuat dan tidak ditentang oleh
mana-mana kuasa dalaman selain musuhnya . Sebenarnya , kawasan yang dikuasai oleh
Bindusara pada sebelumnya merupakan wilayah yang dikuasai oleh ' Nanda ' dan dikatakan
Nanda ini sangat kuat dari segi ketenteraannya . Walaupun begitu , Bindusara berjaya
menjatuhkan kerajaan Nanda dan berjaya meluaskan kuasa ke Mysore di selatan India .
Perluasan kuasa ini diteruskan lagi oleh legasi seterusnya iaitu Asoka .

Penaklukan melalui Fizikal ( Asoka )

Asoka merupakan raja yang sangat masyur di dalam dinasti Maurya selepas ayahnya
dan pemerintah sebelumnya iaitu Chandragupta Maurya dan Bindusara Maurya . Di dalam
zaman Asoka , dikatakan zaman Dinasti Maurya mengecapi zaman kegemilangan ketika itu .
Apabila Asoka ditabalkan menjadi pemerintah menggantikan Bindusara iaitu ayahnya , beliau
menetapkan misi iaitu ingin meluaskan taklukan Dinasti Maurya . Ketika zamanya , telah
terjadi banyak siri peperangan , sehinggakan dinasti Maurya mempunyai wilayah yang luas
13 Vincent A. Smith, The Early History Of India, London : Oxford University Press, 1957, hlm. 157

daripada Kashmir dan Himalaya di utaranya sehingga ke Mysore di sebelah selatan , sehingga
ke Afghanistan di utara-barat ke Teluk Bengal di bahagian timur

14

. Dinasti Maurya

mempunyai kawasan yang sangat luas disebabkan punyai raja yang berdedikasi , dan banyak
melakukan dasar diplomatik dengan negara lain terutamanya negara hellenistik di bahagian
barat dan timur .

Ketika zaman ini juga , banyak inskripsi atau batu bersurat banyak dijumpai . Terdapat
beberapa inskripsi yang mempunyai nama Asoka , namun beliau dikatakan mempunyai
gelaran yang agung iaitu dikenali sebagai Devanampiya Piyadassi yang bermaksud 'yang
dikasihi Tuhan' 15. Disebabkan kehebatannya dalam memerintah , beliau telah diberi gelaran
sebegini . Di dalam inskripsi ' Minor Rock Edict I ' , namanya juga disebut sebagai ' Raja
Piyadasi , iaitu yang ' disayangi Tuhan ' . Di dalam versi Greek pula , inskripsi ini ditemui di
Kandahar , Asoka dipanggil sebagai Piodasses di dalam bahasa Aramaic . Selain itu , di
dalam dinasti Maurya , putera-putera raja yang baru memerintah pada mulanya diberikan
gelaran sebagai ' Piyadasa ' . Asoka mempunyai gelaran yang hebat kerana menyumbang
sumbangan yang banyak terutamanya dalam penaklukan dan membentuk masyarakat .

Asoka mempunyai adik-beradik yang lain di dalam keluarganya . Namun , ketika ayahnya
hendak meninggal , Asoka telah dilantik menjadi pengganti ayahnya . Hal ini telah
menyebabkan adik-beradik Asoka berasa iri hati dan cemburu . Pada tahun 273 SM , Asoka
telah menaiki takhta kerajaan Dinasti Maurya walaupun pada sebelumnya , pada tahun 269
SM , Asoka sebenarnya boleh menaiki takhta , tetapi disebabkan oleh pelbagai tentangan
daripada abang-abangnya , telah melambatkan beliau dalam menaiki takhta

16

. Beliau

mendapat tentangan disebabkan dia merupakan raja yang paling muda dalam memerintah
14 G. M. Bongard-Levin, Mauryan India, New Delhi : Sterling Publishers Pvt. Ltd. , 1985, hlm. 81
15 Romila Thapar, Early India From The Origins to AD 1300, London : Penguin Books, 2002, hlm. 179
16 Vincent A. Smith, The Early History Of India, London : Oxford University Press, 1957, hlm. 164

dinasti Maurya . Menurut sebuah pernyatan di dalam sumber Buddha , ' Asoka usurped the
throne , killed all possible rivals , and began his reign as a tyrant ' . Pernyataan ini
mengatakan bahawa ketika Asoka ingin menaiki takhta , Asoka telah membunuh segala
pesaingnya yang mungkin bagi membuatkan dia kekal berkuasa . Menurut sumber Buddha ,
untuk mengukuhkan kedudukan , Asoka telah membunuh 99 orang ahli keluarganya atau
kerabat diraja disebabkan tidak ingin ada perebutan kuasa dalam memerintah . Pembunuhan
ini telah menunjukkan Asoka pada awalnya sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan
kerana sanggup membunuh ahli keluarganya sendiri . Beliau juga telah memerintah empayar
Maurya dengan kejam demi menjaga kedudukannya sebagai pemerintah . Namun , ketika
pertabalan Asoka menjadi raja , majlis pertabalan diadakan dengan penuh meriah , dan
kebanyakan orang yang dipenjara semua dibebaskan pada awalnya .

Pemerintahan Asoka selalu dikaitkan dengan siri perang yang paling hebat dalam sejarah
India , dan sejarah Empayar Maurya . Siri peperangan yang berlaku semasa zaman Asoka
ialah Perang Kalinga . Pada tahun ke-13 Asoka memegang tampuk pemerintahan , telah
tercetusnya peperangan yang hebat . Asoka telah melancarkan Perang Kalinga dalam usaha
untuk menakluk wilayah Kalinga yang terbentang luas daripada Teluk Bengal ke Mahanadi ,
sehingga ke Godavari . Peperangan ini dikatakan berjaya apabila Asoka berjaya mengalahkan
tentera Kalinga , yang dipimpin oleh Megathenes , seramai 60 ribu tentera berjalan , 1 ribu
tentera berkuda dan 600 tentera bergajah . Namun , tentera Megathenes telah berjaya
dikalahkan oleh Asoka 17. Wilayah Kalinga merupakan wilayah yang besar kawasannya dan
mempunyai penduduk yang ramai . Asoka mengatakan sebelum kawasan Kalinga ini besar
dan menjadi ancaman kepada empayar Maurya , Asoka menggunakan kebijaksanaannya
untuk menakluk wilayah Kalinga ini . Perang yang dilancarkan oleh Asoka membuatkan
tentera Kalinga ramai yang mati dan selebihnya dijadikan sebagai tawanan , iaitu sebanyak
17 Ibid, hlm. 165

10

100 ribu orang mati dan 150 ribu orang menjadi tawanan perang 18. Kedua-dua belah pihak
yang berperang mendapat kesan yang mendalam terutama Asoka .

Asoka yang berjaya menakluk wilayah ini secara tidak langsungnya membuatkan beliau
merupakan seorang raja yang kuat dan unggul . Hal ini kerana , sebelum pemerintahannya ,
datuknya iaitu Chandragupta Maurya dan Bindusara pernah ingin menakluk Kalinga , tetapi
tidak kesampaian . Asoka yang berjaya menakluk wilayah ini telah membuatkan beliau
mempunyai kawasan jajahan yang luas serta penduduk yang ramai . Namun , walaupun
begitu , Perang Kalinga telah membuatkan Asoka berasa sesal dan insaf atas tindakannya .
Asoka melihat terlalu banyak kebinasaan , kekejaman , kehancuran disebabkan beliau ingin
menyatukan empayarnya . Ramai tentera yang mati , orang yang tidak berdosa kehilangan
nyawa dan sebagainya . Asoka pernah berkata , ' When the King , of Gracious Mien and
Beloved of the Gods , had been consecrated eight years Kalinga was conquered . 150
thousands people thence taken captive , 100 thousands were killed , and many more died .
Just after taking of Kalinga the Beloved of the Gods began to follow Righteousness , to love
Righteousness , to give instruction in Righteousness . When an unconquered country is
conquered , people are killed , they died , or are made captive . That the Beloved of the Gods
finds bery pitiful and grievous ' 19.

Selepas Perang Kalinga tercetus , Asoka berasa sesal dengan tindakannya itu . Peperangan ini
telah menyebabkan dirinya menjadi seorang yang bermimpi disebabkan impiannya untuk
menyatukan empayar India menjadi sebuah empayar yang luas telah terkubur . Wilayah
Kalinga yang ingin ditakluk olehnya sebelum ini berjaya ditakluk . Pernyataan Asoka
tentang penyesalannya diceritakan di inskripsi batu besar yang ke-13 ataupun inskripsi

18 Ibid.
19 A. L. Basham, The Wonder that was India, London : Grove Press Inc. , 1954, hlm. 53

11

Kalinga disebabkan ditemui di wilayah Kalinga

20

. Di dalam inskripsi itu juga ada

mengatakan , bahawa beliau berasa sangat sesal dan ingin mengamalkan konsep Dharma
Selain itu , di dalam inskripsi ini juga ada mengatakan bahawa Asoka telah merubah
agamanya kepada agama Buddha . Namun , peperangan ini telah membuatkan Asoka berasa
insaf dengan tindakannya dan beliau telah memeluk agama Buddha yang dibawa oleh
Siddharta Gautama Buddha .

Penaklukan melalui Spiritual ( Asoka )

Asoka telah membuat penaklukan melalui spiritual iaitu melaksanakan aktiviti


penaklukan melalu penyebaran agama Buddha serta menekankan aspek kemanusiaan .
Selepas penaklukan wilayah Kalinga , ia telah merubah pendirian Asoka sebagai pemerintah
yang kejam kepada pemerintah yang mementingkan kedamaian . Pada sebelumnya , Asoka
telah membunuh ramai orang yang tidak berdosa , berperang dan sebagainya . Disebabkan
timbul rasa keinsafan , Asoka telah merubah pendiriannya dengan mencintai kedamaian .
Agama Buddha dipeluk oleh Asoka bagi menunjukkan pegangan seseorang raja dalam
sesebuah pemerintahan . Agama merupakan telunjuk bagi seseorang itu untuk hidup dalam
kedamaian . Di dalam inskripsi Minor Rock Edict I , ' I have been a Buddhist layman
upasaka for more than two and a half years , but for a year I did not make much progress 21.
Asoka telah menyatakan bahawa beliau telah memeluk agama Buddha selama lebih daripada
dua tahun , tetapi tidak menunjukkan apa-apa perkembangan tentang agamanya itu . Namun ,
selepas setahun , beliau telah melawat Sangha dan telah membuatkan dia lebih bersemangat
dalam mempelajari agama Buddha . Menurut P.H.L Eggermont , Asoka memeluk agama
Buddha ketika pada tahun ke-8 pemerintahan pada inskripsi Major Rock Edict .

20 G. M. Bongard-Levin, Mauryan India, New Delhi : Sterling Publishers Pvt. Ltd. , 1985, hlm. 85
21 Ibid.

12

Pada 249 SM , ketika Asoka dikatakan telah memegang tampuk pemerintahan selama 24
tahun , Asoka telah pergi ke tempat suci Buddha bagi mempelajari dengan lebih mendalam
tentang agama Buddha . Ketika Asoka melalui kawasan-kawasan untuk ke tempat suci itu ,
Asoka telah membuat beberapa tiang batu yang bermula dari pusat pemerintahannya iaitu
Pataliputra , seterusnya ke Nepal , dan sampai ke tempat berdekatan pergunungan Himalaya .
Ketika berada di Nepal , beliau telah meletakkan inskripsinya sebanyak 5 tiang batu di laluan
Nepal yang dikenali sekarang ialah Muzaffarpur dan Champaran

22

. Inskripsi yang dibuat

berdasarkan perjalanannya serta kisah beliau dan teladan kepada umat manusia . Akhirnya ,
beliau telah sampai ke tempat kelahiran agama Buddha dan dikatakan tempat suci agama
Buddha di Taman Lumbini . Maya telah melahirkan seorang tuhan ketika beliau sedang
berdiri di atas sebuah pokok . Tempat suci ini berada di kawasan Sarnath , berhampiran
Benares . Tempat suci yang lain juga di lawati oleh Asoka contohnya di ' Bodhi tree of
Gaya' , iaitu pokok yang dikatakan tempat untuk melawan kuasa jahat dan sebagainya .

Dengan menggunakan agama , Asoka berjaya meluaskan kuasanya atau pengaruhnya tanpa
menumpahkan setitik darah . Menurut jemaah Buddha dari China dan teks tua tamil ,
pengaruh empayar Maurya dapat diperluaskan sehingga ke selatan negara India . Asoka juga
menghantar misi keagamaan seperti menghantar mubaligh Buddha , dan membuka biara bagi
masyarakat dan penduduk dalam menunaikan ibadat , serta membina Stupa di India 23. Proses
dengan menghantar mubaligh Buddha ini telah berjaya menukarkan agama penduduk di
sekitar India dan kawasan luar India . Contohnya , Asoka telah menghantar mubalighnya ke
negara-negara sekitar seperti Burma atau Myanmar , Himalaya , Kashmir dan juga di negaranegara Helenistik seperti negara Greek , Syria , Mesopotamia dan sebagainya 24. Mubalighmubaligh yang dihantar juga terdiri daripada anaknya sendiri iaitu Mahendra dan Sanghamita
22 Vincent A. Smith, The Early History Of India, London : Oxford University Press, 1957, hlm. 167
23 G. M. Bongard-Levin, Mauryan India, New Delhi : Sterling Publishers Pvt. Ltd. , 1985, hlm. 87
24 Ibid.

13

ke Sri Lanka bagi mengajar agama Buddha . Namun , agama ini tidak berjaya diamalkan di
negara Helenistik serta di bahagian eropah disebabkan ketiadaan mubaligh Buddha di sana .
Walaupun begitu , Agama Buddha ini juga telah berkembang ke negara-negara Asia seperti
Burma , Indo-China , Thailand dan sebagainya .

Selain itu , konsep Dhamma juga digunakan semasa pemerintahan Asoka . Di dalam kitab
Vedik , mengatakan Dharma sebagai undang-undang sejagat yang mengikut norma kehidupan
dan konsep ini kekal dan tidak berubah . Namun , kebanyakan pengikut amalan Hindu
mengatakan Dhamma sebagai agama Sanatama Dharma ataupun agama yang mengandungi
undang-undang yang kekal . Namun , konsep Dhamma ini dikatakan digunakan secara
menyeluruh ketika pemerintahan Asoka pada 269 SM sehingga 232 SM . Dhamma Asoka ,
ataupun undang-undang kebajikan yang menggesa masyarakat dalam melaksanakan tingkah
laku

beretika serta melaksanakan perbuatan yang baik

25

. Konsep ini ternyata berjaya

membuatkan masyarakat di bawah pemerintahan Asoka mengikut undang-undang dan zaman


itu dikatakan zaman yang aman . Bagi membuatkan semua masyarakat serta kawasan
penaklukan mengikut dan mengetahui undang-undang Asoka , Asoka telah berusaha
mendirikan banyak tiang-tiang batu serta inskripsi dalam memperkenalkan Dhamma di lereng
bukit serta gunung-ganang di sekitar kawasan India dan kawasan taklukannya 26. Contohnya ,
inskripsi dan tiang-tiang batu ini diletakkan di kawasan Pataliputra , Nigliva , Topra , Bairat
dan sebagainya . Dengan terdapat banyak tiang batu serta inskripsi ini , masyarakat di bawah
pemerintahan Asoka dapat membaca kod undang-undang Asoka ini .

Asoka juga menekankan konsep Ahimsa iaitu konsep yang melarang perbuatan menyakiti
atau membunuh manusia dan binatang

27

. Asoka menekankan konsep ini kerana tidak lagi

25 Burjor Avari, India : The Ancient Past, London : Routledge, 2007, hlm. 110
26 Ibid, hlm. 111
27 A. L. Basham, The Wonder that was India, London : Grove Press Inc. , 1954, hlm. 54

14

mahu ada lagi pertumpahan darah , walaupun binatang sama sekali . Asoka seterusnya terus
menyebarkan agama Buddha melalui setiap aspek , melarang korbankan binatang , dan
sebagainya . Ini berkait rapat dengan penggalakkan daripada Asoka dalam memakan
makanan bersayur ataupun vegetarian berbanding memakan makanan yang berdaging .
Konsep-konsep ini telah membuatkan Asoka dipandang tinggi dan unggul kerana beliau lebih
sukakan keamanan daripada kekejaman , serta hal ini membuatkan Asoka berjaya menakluk
kerajaan lain dengan menggunakan aspek keagamaan ataupun spiritual .

KESIMPULAN

Empayar Maurya akhirnya menjadi sebuah kerajaan yang unggul dengan adanya raja-raja
yang hebat seperti Chandragupta Maurya , Bindusara Maurya serta Asoka Maurya telah
membawa kepada kegemilangan kerajaan ini . Kerajaan-kerajaan sekitar juga tunduk di
bawah kekuasaan empayar Maurya . Penaklukan melalui fizikal dan spiritual terlihat jelas
kerana pada awalnya , pengasas empayar ini banyak menggunakan penaklukan melalui
fizikal dengan menggunakan ketenteraan bagi dasar ketenteraan . Apabila tibanya kepada
Asoka , Asoka telah menukar polisi ketenteraan daripada fizikal kepada spiritual bagi
mengecapi keamanan dan kebahagiaan . Agama Buddha juga dikatakan memainkan peranan
yang penting dalam proses perluasan kuasa empayar ini dan juga merupakan elemen yang
penting dalam aspek penyatuan . Agama Buddha juga merupakan agama yang mementingkan

15

keamanan serta keharmonian , dan ini telah digunakan oleh Asoka sebagai medium untuk
melaksanakan dasar keamanan bagi negaranya . Walaupun begitu , Asoka dikatakan telah
memerintah empayar Maurya selama 4 abad iaitu 40 tahun , dan telah menjadi penaung
kegemilangan dalam empayar ini . Namun , pada 232 SM , Asoka telah meninggal dunia dan
pemerintahan empayar ini diberikan kepada raja seterusnya . Akhirnya , empayar Maurya
runtuh disebabkan ketidakcekapan pemerintah selepasnya pada tahun 185 SM dan telah
digantikan oleh kerajaan seterusnya iaitu kerajaan Gupta .

16

You might also like