You are on page 1of 5

TUGASAN 1(B):

1.2 Pengenalan
Pelan persekitaran pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang mesra budaya
sememangnya dapat menangani isu ketaksamaan peluang pendidikan yang wujud di
negara ini. Pelan persekitaran P&P ini membawa makna pengurusan P&P yang
dilaksanakan oleh guru itu sendiri sewaktu menjalankan proses P&P di dalam kelas.
Pengurusan P&P bukan sahaja mambantu guru dalam usahanya untuk mencapai
objektif pengajaran yang telah ditetapkan malah mampu membantu mewujudkan
suasana pembelajaran yang aktif dan kondusif kepada para murid tanpa mengira
latar belakang mereka. Impaknya, risiko wujudkan isu ketaksamaan peluang
pendidikan sewaktu dalam proses P&P bukan sahaja dapat diminimakan malah
berpotensi untuk dihapuskan. Perkara ini akan saya ulas dalam esei melalui empat
isi iaitu kepelbagaian kaedah dan aktiviti P&P, pemupukan nilai dan budaya
Malaysia, susun atur bilik darjah, dan kaedah penilaian dan penaksiran prestasi
murid.
1.2.1 Kepelbagaian kaedah dan aktiviti P&P
Pertama, isu ketaksamaan peluang pendidikan dapat diatasi dengan cara guru boleh
mempelbagaikan kaedah dan aktiviti P&P yang dilaksanakan dalam setiap fasa P&P.
Seperti yang dibincangkan dalam tugasan 1(a), ketaksamaan peluang pendidikan
boleh wujud melalui perbezaan kelas sosial, jantina murid, kewujudan kumpulan
minoriti dan murid bekeperluan khas. Di dalam satu kelas yang mengandungi muridmurid dengan pelbagai latar belakang dan gaya pembelajaran, seorang guru
hendaklah terlebih dahulu melakukan analisis terhadap ciri-ciri yang yang ada pada
setiap murid. Hal ini penting untuk membolehkan guru itu mengenalpasti kriteria dan
isu yang wujud dalam kalangan murid dan seterusnya merangka dan merancang
kaedah dan aktiviti P&P yang sesuai dan relevan untuk kesemua murid.
Lantaran wujudnya kepelbagaian latar belakang dan gaya pembelajaran, guru boleh
mempelbagaikan

kaedah

dan

aktiviti

yang

bakal

dilaksanakan

untuk

mengoptimumkan keberkesanan P&P. Kaedah dan aktiviti yang dirancang hendaklah


bersifat saling melengkapi antara satu sama lain yakni murid-murid berpeluang untuk
saling bekerjasama dengan menggunakan kelebihan masing-masing sewaktu dalam
aktiviti untuk menjayakan aktiviti yang diadakan. Situasi ini membolehkan para murid
saling mengenali kelebihan dan kekurangan masing-masing dan menjadi lebih
terbuka terhadap satu sama lain.

Contohnya, seorang guru boleh menjalankan aktiviti pembelajaran berasaskan


projek dalam matapelajaran Sains. Dalam aktiviti ini guru boleh mewujudkan muridmurid mengikut kumpulan yang mengandungi ahli-ahli dengan latar belakang dan
gaya pembelajaran yang pelbagai. Di sini, murid-murid akan saling bekerjasama
untuk melaksanakan tugasan yang diberikan dan pada masa yang sama berpeluang
untuk

menggunakan

kelebihan

masing-masing

dalam

bekerjasama

untuk

menyiapkan projek yang diberikan. Projek seperti penghasilan buku skrap


membolehkan murid-murid daripada pelbagai latar belakang berpeluang untuk
terlibat secara terus dalam proses pembelajaran. Dalam situasi ini murid dengan
status ekonomi yang lebih tinggi dapat membantu ahli kumpulan dengan status
ekonomi yang lebih rendah dalam aspek penyediaan material manakala murid yang
bekeperluan khas mendapat sokongan dan bantuan daripada ahli kumpulannya.
Impaknya, dengan menggunakan kaedah dan aktiviti P&P yang pelbagai dan
menekankan elemen kolaboratif, kesemua murid tanpa mengira latar belakang dan
gaya pembelajaran berpeluang untuk menerima peluang pendidikan yang sama dan
terlibat secara terus dalam proses P&P. Selain itu, dengan penekanan elemen
kolaboratif dalam P&P yang dilaksanakan, murid-murid akan dididik untuk bergaul
dengan murid lain yang mempunyai latar belakang yang berbeza dan secara tidak
langsung akan terarah untuk sedia melengkapi kekurangan dan kelebihan masingmasing dalam mewujudkan peluang pendidikan yang sama rata.
1.2.2 Susun Atur Bilik Darjah
Kedua, susun atur bilik darjah dalam pengurusan P&P juga mampu menghindarkan
kewujudan perbezaan peluang pendidikan. Susun atur dalam konteks pengurusan
P&P merujuk kepada susunan kerusi dan meja, kedudukan kemudahan bahan
pendidikan yang wujud dalam bilik darjah, dan juga paparan maklumat di papan
kenyataan di sekitar bilik darjah. Oleh kerana wujudnya perbezaan dari aspek
kognitif, tingkah laku, kesihatan, dan juga keperluan khas, seseorang guru itu perlu
bijak dalam merancang susun atur bilik darjah sewaktu melaksanakan P&P dalam
kelas agar persekitaran pembelajaran yang mesra budaya dapat diwujudkan.
Dengan mengambilkira aspek-aspek disebut tadi, guru perlu bijak dalam menyusun
kedudukan kerusi dan meja serta kemudahan-kemudahan lain agar isu ketaksamaan
peluang pendidikan tidak berlaku. Susunan kerusi dan meja hendaklah menerapkan
tiada penumpuan kepada perlainan ciri-ciri yang wujud pada murid. Ciri-ciri ini lebih
merujuk kepada dari aspek latar belakang kelas sosial, kaum, dan juga tingkah laku.
Guru perlu menggunakan susunan meja berkelompok atau berpasangan yang

menerapkan percampuran antara ciri-ciri yang disebut tadi agar wujudnya elemen
keadilan dan tiada pengelompokkan mengikut ciri berlaku. Dari aspek paparan di
sekitar bilik darjah, guru hendaklah menekankan ciri sepunya yang wujud dalam
kalangan murid dalam maklumat dan info yang dipaparkan di paparan tersebut.
Selain itu, paparan info dan maklumat yang digunakan sebaiknya mengambilkira ciriciri dan keunikkan yang dipunyai oleh kesemua latar belakang murid agar tidak
wujudnya ketidakadilan.
Contoh mudah yang boleh diaplikasikan dalam susun atur bilik darjah yang mesra
budaya ialah dengan mewujudkan susunan kerusi dan meja yang berkelompok.
Murid-murid yang wujud dalam setiap kelompok dipelbagaikan latar belakang
mereka dari aspek kelas sosial, jantina, kaum, dan juga kebolehan. Dengan ini
pengelompokkan mengikut sesuatu ciri sahaja dapat dielakkan dan ketidaksamaan
peluang pendidikan dapat dielakkan. Hal ini demikian kerana dengan percampuran
murid dengan pelbagai ciri dan latar belakang dalam satu kumpulan membolehkan
mereka saling berinteraksi dan saling bekerjasama dalam kumpulan dalam proses
pembinaan pengetahuan di sepanjang P&P. Ini juga boleh menghindarkan wujudnya
bias dalam kalangan para murid itu sendiri dengan cara mendidik mereka untuk
bekerjasama dengan murid daripada latar belakang yang berbeza. Impaknya muridmurid juga berpeluang untuk saling membantu antara satu sama lain apabila
wujudnya masalah dalam aktiviti pembelajaran yang membolehkan isu ketaksamaan
peluang pendidikan dapat diminimakan.
1.2.3 Penggunaan Kemudahan dan Peralatan untuk Aktiviti
Ketiga, penggunaan kemudahan dan peralatan untuk aktiviti sewaktu P&P juga
mampu mempengaruhi persekitaran pembelajaran yang mesra budaya. Penggunaan
kemudahan dan peralatan sewaktu proses P&P sememangnya dapat mewujudkan
suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan interaktif. Namun begitu,
dalam konteks persekitaran pembelajaran yang mesra budaya penggunaan bahanbahan tersebut sewaktu proses P&P memberi peluang kepada kesemua murid tanpa
mengira latar belakang untuk menikmati kelebihan dan kemudahan peralatan
pendidikan yang berkualiti dan yang terkini. Hal ini demikian kerana wujudnya
segelintir dalam kalangan murid yang tidak berpeluang untuk menggunakan
peralatan tersebut tanpa wujudnya sekolah yang membekalkan kemudahan
peralatan pendidikan. Murid-murid yang berada di kawasan pedalaman ataupun
yang mempunyai status ekonomi keluarga yang rendah seringkali ketinggalan dalam
aspek penggunaan kemudahan pendidikan yang terkini.

Oleh yang demkian, guru perlu bijak dalam merancang penggunaan kemudahan
peralatan pendidikan yang wujud demi membuka peluang pendidikan yang sama
rata kepada semua murid. Guru juga perlu mahir dalam menggunakan kemudahan
tersebut agar fungsi peralatan tersebut sewaktu penggunaannya dalam P&P dapat
dioptimumkan dan para murid berpeluang memperoleh pendidikan bermakna yang
sama rata. Contohnya, dalam penggunaan kemudahan komputer dan internet di
sekolah, guru matapelajaran Sains boleh membawa murid untuk menggunakan
kemudahan tersebut di makmal komputer untuk melakukan kajian dan bacaan
maklumat di laman sesawang tertentu. Ini memberi peluang kepada murid-murid
yang selama ini tidak berpeluang menggunakan kemudahan itu di rumah dapat
mengecapi peluang memperoleh maklumat terkini dan kemudahan dalam proses
pembelajaran yang sama dengan murid yang berasal daripada keluarga berada.
Impaknya, dengan penggunaan peralatan dan kemudahan pendidikan yang
berkualiti dan terkini sewaktu proses P&P, murid-murid berpeluang untuk menikmati
peluang pendidikan yang sama rata.
1.2.4 Kaedah Penilaian dan Penaksiran
Keempat, kaedah penilaian dan penaksiran yang dilaksanakan sewaktu P&P juga
mampu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang memberi peluang pendidikan
yang sama rata. Penilaian dan penaksiran dalam konteks mesra budaya ini
membawa makna cara guru menilai dan menaksir perkembangan murid-murid
mengikut kesesuaian latar belakang mereka. Hal ini demikian kerana murid yang
mempunyai latar belakang yang berbeza seperti kelas sosial yang berbeza dan
limitasi fizikal yang berbeza memerlukan kaedah penilaian yang sejajar dengan diri
mereka agar perkembangan dan pencapaian sebenar mereka dapat diukur dengan
tepat.
Dalam konteks murid bekeperluan khas ini, limitasi yang berbeza bermaksud muridmurid yang mempunyai keperluan khas. Dalam situasi murid berkeperluan khas, isu
dan masalah yang dihadapi mereka hendaklah diambil kira terlebih dahulu sebelum
penilaian dilakukan. Manakala untuk isu perbezaan kelas sosial pula, terutamanya
apabila penilaian yang bakal dilakukan berpotensi dipengaruhi oleh taraf ekonomi
murid, guru perlu perlu meletakkan tahap minimum agar murid daripada pelbagai
kelas sosial mampu mencapai tahap yang dikehendaki tanpa sebarang limitasi taraf
ekonomi. Selain itu penilaian dan penaksiran juga perlu menekankan ketiga-tiga
elemen pendidikan iaitu pengetahuan, kemahiran, dan sikap dan nilai. Ini
membolehkan perkembangan dan pencapaian murid yang lebih menyeluruh dapat

dikesan. Ketiga-tiga domain hasil pembelajaran seperti kognitif, psikomotor, dan juga
afektf turut perlu diberi perhatian oleh guru agar aktiviti pemulihan atau pengayaan
boleh dirancang serta merta lantas memberi peluang pendidikan yang sama rata
untuk murid-murid
Contohnya, dalam melakukan penilaian terhadap murid yang mempunyai masalah
penglihatan, bentuk penilaian yang diberikan perlulah sesuai dengan limitasi fiizikal
yang dimilikinya. Jika guru melakukan penilaian berbentuk ujian bertulis, tulisan pada
kertas

soalan

hendaklah

jelas

dan

bersaiz

yang

cukup

sesuai

dengan

penglihatannya. Ini membolehkan murid itu menjawab soalan penilaian itu sama
seperti murid-murid normal yang lain. Tambahan lagi, penilaian dan penaksiran yang
dilakukan jiuga perlu merangkumi penilaian formatif dan sumatif agar perkembangan
semasa murid sewaktu P&P dapat diukur dan juga pencapaian akhir murid juga
dapat dikenalpasti. Impaknya, dengan mewujudkan penilaian dan penaksiran yang
mengambilkira ciri-ciri serta latar belakang murid, guru dapat mengenalpasti
sejauhmana perkembangan murid dalam pendidikan dan penilaian yang dilakukan
merupakan penilaian yang bersifat adil.

You might also like