You are on page 1of 9

KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN

PELAJAR

PENDAHULUAN

Internet merupakan teknologi asas dalam pembangunan teknologi maklumat. Kini, internet
merupakan salah satu saluran rangkaian perhubung dunia yang telah mengecilkan dunia.
Dunia tanpa sempadan direalisasikan dengan adanya jaringan internet ini.
Walaubagaimanapun, teknologi internet ini kerap disalahgunakan sehingga menjadi saluran
yang boleh membawa kemudaratan. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi keempat,
internet bermaksud rangkaian komputer antarabangsa yang membolehkan pengguna komputer
di seluruh dunia berhubung antara satu dengan yang lain dan mencapai maklumat pangkalan
data dari seluruh dunia. Ia satu rangkaian yang besar terdiri daripada rangkaian yang kecil.
Penggunaan jaringan internet kini semakin meluas ke serata dunia di era zaman moden ini.
Pada masa kini, pelbagai kemudahan telah muncul kesan daripada pembangunan sains dan
teknologi. Kemajuan teknologi semakin berkembang pesat dan maju dari hari ke hari. Segala
kemudahan ini telah menjadikan kehidupan manusia maju ke hadapan.Tanpa internet, kita
akan ketinggalan ke belakang. Maklumat juga tidak dapat disebarkan dengan cepat dan
pantas. Kita akan sukar mendapatkan maklumat dan informasi yang terkini.Pada hari ini juga
manusia tidak perlu lagi bersusah payah untuk memperolehi maklumat atau mendapatkan
sesuatu barangan yang diperlukan. Segala keperluan dan kehendak dapat dicapai dengan
mudah dan dalam tempoh yang singkat. Kini segala-galanya hanya di hujung jari kita. Internet
berfungsi menyampaikan maklumat dalam keadaan yang lebih pantas dan singkat jika
dibandingkan dengan alat- alat perhubungan yang sedia ada seperti pos dan telefon. Pelbagai
maklumat terkini boleh didapati kerana sentiasa diperbaharui dari semasa ke semasa untuk
keperluan pengguna. Kita sebagai pengguna internetyang berhemah, Internet adalah sebuah
dunia yang bebas. Penggunaanya ialah penghuni kepada dunia ini. Oleh itu, sesiapapun
berhak untuk menggunakan internet secara meluas. Ini bermakna tanggungjawab untuk
menggunakan internet secara rasional terletak diatas bahu masing-masing. Secara warasnya
internet sangat berguna kepada dunia terutama kepada pelajar. Oleh itu, sebagai seorang
pelajar, kita seharusnya menggunakan kemajuan teknologi internet ini dengan sebaik
mungkin. Manfaatkan faedahnya tanpa disalahgunakan. Kita hendaklah mengetahui sedikit
pengetahuan dalam penggunaan internet dengan kaedah yang betul. Kos internet menjimatkan
serta mudah dicapai, menjadikan pelajar gemar mengaplikasikanya dalam kehidupan seharian.
Hanya dengan menggunakan kata kunci dan menekan butang kekunci, maklumat yang dicari
mampu diperolehi dengan mudah, cepat dan pantas. Oleh yang demikian, pelajar akhir-akhir
ini lebih cenderung menggunakan internet. Tambahan pula pelbagai maklumat boleh
diperolehi berdasarkan kehendak dan keperluan pelajar pada waktu tersebut. Berdasarkan
statistik di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa penggunaan internet di Malaysia adalah
bukan sesuatu yang asing di kalangan para pelajar. Oleh hal yang demikian, terdapatnya kesan
positif dan juga negatif hasil penggunaan internet dalam kalangan pelajar khususnya.
KESAN POSITIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR

Setiap sesuatu benda atau perkara itu pasti ada kebaikan dan keburukannya. Manusia juga
masing- masing mempunyai kelebihan dan kekurangan. Tiada manusia yang sempurna dalam
dunia ini. Sama juga seperti internet ini ada manfaat dan ada juga kemudaratan jika
menggunakannya terlalu kerap sehingga mengakibatkan ketagihan. Antara kesan positif
penggunaan internet kepada pelajar ialah: 1. Maklumat 2. Alat komunikasi 3. Hiburan 4.
Penjimatan kos dan masa. 5. E-learning 6. Peluang perniagaan 7. Permohonan online 8.
Medium bersuara 9. Penguasaan Bahasa 10. pengiklanan Maklumat Melalui internet, kita
akan menerima maklumat dengan mudah dan pantas. Carian maklumat juga tidak dihadkan.
Maklumat carian juga bukan sahaja dalam bentuk teks tetapi juga dalam bentuk bergambar
rajah mahupun jadual, carta grafik, audio, animasi dan lain lain dalam bentuk media
elektronik. Bermacam-macam maklumat kita boleh dapati melalui internet. Ada berita,
laporan cuaca, sukan, pasaran saham, hiburan dan kadang-kadang kita akan berjumpa
maklumat yang kita sendiri tak pernah fikirkan. Malah kita juga boleh membaca surat khabar
menerusi internet. Sekalipun kita sudah terlepas isu terbitan cetakannya tetapi kini kita masih
ada peluang membacanya menggunakan internet.. Hal ini adalah sangat penting kerana dapat
mendedahkan pelajar kepada dunia teknologi yang semakin berkembang pesat dan dalam
usaha meletakkan mereka seiring dengan kemajuan dunia IT. Melalui cara ini, pelajar lebih
didedahkan kepada World Wide Web (www) untuk mencari maklumat yang dikehendaki.
Sebagai contoh, pelajar tidak perlu ke perpustakaan kerana mereka boleh melayari internet di
mana sahaja untuk mendapatkan maklumat yang mereka mahukan dengan kadar segera. Alat
Komunikasi Dari segi komunikasi, internet merupakan salah satu perantaraan yang sangat
efektik dan efisen untuk melakukan pertukaran informasi jarak jauh atau dekat. Kebanyakkan
manusia sekarang mengunakan internet untuk berkomunikasi dengan pelbagai cara. Capaian
kepada internet melibatkan banyak elemen seperti media elektronik (e-mel), carian fail,
kumpulan perbincangan dan perbualan (chatting). Ada yang menggunakan media elektronik
(e-mel) untuk berhubung dengan sahabat handai, saudara mara, keluarga atau sesiapa sahaja.
Penggunaan e- mel dengan perbualan menerusi internet akan mendedahkan mereka kepada
pelbagai sosiobudaya masyarakat dunia. Dan, ada pula pelajar yang menggunakan kumpulan
perbincangan dan perbualan (chatting) untuk mencari dan menambah kenalan di seluruh dunia
serta bertukar- tukar fikiran serta idea dalam minat yang sama. Justeru, mereka boleh
bertukar-tukar maklumat budaya, sejarah dan geografi antara rakan siber mereka. Pelajar juga
boleh menggunakan talian internet untuk menonton video dan mendengar apa-apa muzik yang
mereka minat melalui perkhidmatan yang disediakan. Ianya amat mudah dan tanpa
memerlukan kos yang tinggi. Penggunaan messenger seperti Yahoo, Skype dan Hotmail telah
memudahkan lagi komunikasi antara pelbagai pihak dan penggunaanya amat meluas. Selain
berkomunikasi dengan menggunakan teks, penggunaaannya telah dipertingkatkan lagi dengan
penggunaan suara dan video di mana kita boleh berkomunikasi dengan menggunakan suara
sambil melihat wajah masing- masing dengan menggunakan Video Conferencing ataupun
Tele-conference. Sebagai contoh, pelajar Sabah atau Sarawak yang melanjutkan pelajaran di
Semenanjung Malaysia dapat menghubungi keluarga mereka dengan menggunakan pelbagai
messenger. Ternyata lebih menjimatkan wang. Hiburan Terdapat pelbagai bentuk hiburan
boleh didapati hanya dengan melayari internet. Kita boleh menonton drama atau filem secara
atas talian dengan hanya melayari laman-laman web yang menyediakan perkhidmatan
tersebut seperti http://www.youtube.com dan http://www.dailymotion.com Selain daripada itu
terdapat juga permainan yang boleh di main secara atas talian bersama-sama dengan pemain
dari pelbagai pelusuk dunia. Hiburan-hiburan lain adalah seperti mendengar muzik dan juga
berkenalan dengan kawan- kawan baru di alam maya. Misalnya, jika pelajar stress dengan
pembelajaran mahupun ujian dan peperiksaan mereka pasti akan mencari hiburan yang
mampu mengurangkan stress mereka walaupun untuk seketika. Penjimatan kos dan masa
Penggunaan internet ini secara tidak langsung telah menjimatkan kos seperti kos panggilan
telefon dan juga kos-kos lain seperti kos pengangkutan. Bagi penjimatan kos panggilan
misalnya, kebiasaannya kos panggilan ke antarabangsa dengan menggunakan telefon analog
amat mahal jika dibandingkan dengan penggunaan skype yang ternyata tiada caj dikenakan.
Disamping itu penggunaan voice over internet protocol (VOIP) ternyata caj yang dikenakan
jauh lebih murah berbanding kos panggilan biasa. Sebagai contoh, jika pelajar mahu membuat
rujukan tetapi tidak mencukupi wang untuk membeli buku. Mereka boleh melayari internet
sahaja untuk mencari sumber rujukan yg betul dan relevan. Dalam masa yang sama, ini dapat
menjimatkan kos dan masa. Tidak membebankan pelajar mahupun mengganggu pembelajaran
mereka. e-learning ia juga dapat membantu pelajar dalam proses pembelajaran dan
pengajaran. Selain itu, internet sangat berguna untuk tujuan pembelajaran. Sebagai contoh, e-
Learning. Di Malaysia, penggunaan internet sebagai salah satu medium untuk membantu
pelajar dan tenaga pengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga memainkan
peranan sebagai pendidik atau `tutor' siber yang berkesan. Subjek seperti Matematik dan
Sains boleh diajar kepada golongan kanak-kanak dengan lebih berkesan. Bahan sains dan
matematik yang ditambah dengan kesan multimedia dapat menarik minat kanak-kanak untuk
mengikuti program pembelajaran dan seterusnya menanam minat. Kelebihan ini menandingi
cara pembelajaran konvensional

Peluang perniagaan Kebaikan internet yang seterusnya ialah ia membantu aktiviti perniagaan.
Peluang perniagaan melalui internet ini amatlah luas. Malah kita boleh berniaga melalui
internet hanya melalui rumah sahaja. Kini ramai usahawan yang muncul dengan hanya
menjana wang dari rumah. Peniaga boleh mengiklan dan menjual barang-barang keluaran
syarikat mereka secara langsung kepada pelanggan di seluruh dunia. Dengan ini peniaga pasti
akan mendapat keuntungan yang lebih banyak. Pelanggan juga dapat mengurangkan kos
apabila membeli barang-barang daripada internet. Permohonan online Untuk bakal pelajar
yang bakal bergelar pelajar universiti , sudah semestinya mereka akan berpusu-pusu mengisi
borang-borang biasiswa secara talian dengan menggunakan aplikasi yang di bangunkan oleh
kerajaan mahupun badan swasta, untuk permohonan ke matirukulasi mahupun Institusi
Pengajian Tinggi Awam(IPTA) , memerlukan pelajar untuk memperlengkapkan butiran
peribadi mereka secara talian dan di hantar terus ke unit kemasukan pelajar, dan pada masa
yang sama, pekerja tidak perlu lagi mengasingkan surat-surat butiran peribadi yang dahulunya
dipos kepada Kementerian Pelajaran Tinggi. Malah, kebanyakan maklumat mula disebarkan
melalui laman sesawang sosial facebook sahaja tentang pembatalan kuliah, jemputan ke
majlis-majlis tertentu tanpa melalui surat-surat jemputan lagi, malah ada yang menggunakan
facebook untuk menjemput untuk menghadiri majlis perkahwinan mereka tanpa perlu pergi
rumah ke rumah untuk menjemput datang ke majlis mereka. Pendek kata, kebanyakan urusan
permohonan kerja, semakan gaji mula menggunakan internet sebagai medium penyemakan
dan penyebaran maklumat tertentu berikutan bilangan penggunaan internet semakin
bertambah hari demi hari bak cendawan tumbuh selepas hujan. Para usahawan juga dilihat
semakin giat mempromosikan produk mereka di facebook yang dilihat mampu memikat hati
pelanggan global sama ada dalam Malaysia mahupun luar negara. Dapat dirumuskan disini
bahawa penggunaan internet mampu untuk memudahkan banyak urusan. Medium untuk
bersuara kebaikan internet yang lain ialah sebagai medium untuk pelajar bersuara, yakni
melalui laman- laman sesawang sosial seperti facebook untuk bersuara melalui saluran yang
betul seperti laman sesawang Perdana Menteri ataupun menghantar aduan kepada stesyen-
stesyen televisyen untuk menyalurkan maklumat yang berkaitan atau aduan tentang sesuatu
masalah yang sedang berlaku dan memerlukan pemantauan pihak berkuasa. Jika aduan atau
cadangan yang dilontarkan berasas, pihak-pihak berkuasa akan mengambil tindakan yang
sewajarnya bagi menangani masalah yang sedang berlaku, cara ini mungkin akan lebih
berkesan kerana wakil-wakil rakyat mula menggunakan laman sesawang sosial sebagai
medium untuk mendekatkan diri dengan rakyat dan mendengar semua keluhan dan aduan
rakyat yang perlu diambil berat. Menggunakan laman sesawang sosial pemimpin boleh
berkongsi pendapat dan pelan tindakan yang yang dirancangya serta boleh meminta
pandangan rakyat sama ada sesuai untuk diserapkan dalam pentadbiran masing-masing.
Dengan ini, pemimpin tidak lagi hanya boleh mendengar aduan rakyat pelajar jika turun untuk
melakukan khidmat masyarakat, tetapi mampu untuk mengetahui banyak masalah yang
berlaku hanya dengan melalui laman sesawang. Melalui internet juga, individu yang tidak
mempunyai keberanian untuk bersuara secara berdepan dengan pemimpin juga mampu untuk
tampil membuat cadangan atau kritikan secara lebih sihat tanpa melalui demonstrasi jalanan
yang dianjurkan pihak tertentu untuk tampil bersuara. Namu kerjasama dari pihak pemimpin
juga amat diperlukan untuk menjayakan lagi pendekatan ini supaya mampu meberikan
peluang kepada rakyat untuk membuat penambahbaikan dalam sistem-sistem tertentu untuk
memperkasakan lagi corak pentadibiran negara dalam proses untuk menjadi negara maju
menjelang tahun 2020. Justeru, terbukti internet mampu untuk menjadi medium untuk rakyat
bersuara demi kemajuan negara bangsa tercinta. Penguasaan Bahasa kebaikan internet yang
lain ialah mampu meningkatkan penguasaan bahasa inggeris di kalangan pelajar. Kita sudah
sedia maklum bahawa bahasa inggeris, yakni bahasa paling banyak digunakan di dunia, dan
menjadi lingua franca di zaman melinium ini. Sangatlah penting bagi seseorang yang ingin
berjaya dalam apa jua bidang untuk menguasai bahasa ini dengan sebaik mungkin kerana
bahasa ini secara tidak langsung dijadikan bahasa rasmi dalam pelbagai urusan yang
dijalankan samada di dalam negara mahupun luar negara, sesuai dengan kata-kata seorang
tokoh barat yang bermaksud untuk menjadi yang terbaik, anda mesti menguasai apa yang
terbaik yakni menguasai bahasa yang utama mampu menjadikan kita lebih berjaya. Seperti
sedia maklum, kebanyakan laman sesawang di internet menggunakan bahasa inggeris sebagai
bahasa pengantar dan membolehkan si pembaca boleh belajar secara tidak langsung mengenai
cara penyusunan ayat,teknik mengarang dan dalam masa yang sama mampu menambah
perkataan-perkataan baru yang boleh digunakan. Untuk pengguna lama sesawang sosial
seperti facebook, twitter dan sebagainya, kebanyakan pengkemaskinian status banyak dibuat
dalam bahasa inggeris dan pengguna boleh belajar sedikit sebanyak tentang tatabahasa dan
mampu memerikan keberanian kepada pengguna untuk menggunakan bahasa inggeris dalam
kehidupan seharian. Bagi pengguna yang mempunyai blog, amat digalakkan untuk mengemas
kini entri anda dalam bahasa inggeris mampu untuk meningkatkan teknik penulisan anda
sedikit sebanyak kerana pengunjung yang membaca blog anda patinya akan menegur setiap
kesalahan membolehkan anda mendapat ilmu dan teknik penulisan yang betul untuk masa
yang akan datang, melalui internet, banyak perubahan dalam bahasa inggeris yang dapat
dilihat.

Peningkatan ini boleh dibuktikan dengan peningkatan keputusan gred purata bahasa inggeris
keseluruhan bagi SPM 2011 dan kajian mendapati ramai pelajar yang menulis jawapan dalam
bahasa inggeris berbanding tahun-tahun sebelumnya dalam subjek-subjek sains yang
menyediakan ayat secara dwibahasa untuk soalan dan jawapan. Dengan itu, internet antara
medium terbaik untuk meningkatkan penguasaan bahasa inggeris di kalangan pengguna.
Pengiklanan Internet dijadikan alat untuk mengiklan produk atau acara, aktiviti untuk
sesebuah pelajar. Ianya bukan sahaja murah malah ianya lebih berkesan kerana ianya boleh di
lihat di seluruh pelusuk dunia. Dengan ini mereka mudah untuk menjana pendapatan, malah
tanpa menggangu ibu bapa untuk duit belanja dan mengiklankan sesuatu aktiviti masyarakat.
KESAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR

Di sebalik kecanggihan internet, selaras dengan perkembangan semasa namun banyak juga
budaya negatif yang meracuni minda pelajar masa kini. Budaya ini perlu dibendung supaya
tidak merosakkan minda pelajar masa kini. Antara keburukan internet terhadap pelajar ialah:
1. Bebas melayari laman lucah 2. Kurang fokus pada pelajaran 3. Menyemai sifat malas 4.
Terdedah kepada jenayah siber 5. Menjejaskan keharmonian dan perpaduan 6. Tertipu dengan
kes-kes penipuan siber 7. Terikut budaya negative 8. Menghabiskan masa dengan internet 9.
Enggan bersosial 10. Mendedahkan pelajar dengan banyak iklan dan kandungan yang tidak
sesuai. Bebas melayari laman lucah Mereka bebas melayari laman web tanpa kawalan kerana
internet dikatakan dunia tanpa sempadan. Bahan-bahan lucah sering menjadi kegilaan remaja
kerana dapat dilayari tanpa kawalan. Bahan lucah seperti ini merupakan budaya yang patut
dibuang terhadap diri masing-masing kerana ia dapat merosakkan akidah dan jati diri seorang
pelajar. Di samping itu, kesan daripada penyebaran laman web secara tidak terkawal ini
menjadi penyumbang kepada masalah social yang semakin menjadi-jadi sehingga ke kancah
zina. Contohnya,isu video porno dikalangan tersebar kepada masyarakat. Perilaku seksual
tidak bermoral ini menjadi kelaziman pelajar sekarang. Keseronokan menonton bahan lucah
mendorong individu menjadi gila seks selain perlakuan ini bakal mengundang perlakuan seks
bebas. Kesan daripada seks bebas ini akan mendorong kepada perlakuan isu membuang bayi
tidak berdosa. Membincangkan kes pembuangan bayi ini tidak dapat lari daripada isu anak
luar nikah dan persoalan zina yang makin berleluasa kebelakangan ini. Justeru, untuk
mengatasi permasalahan ini daripada berleluasa kepada pelajar, jalan yang boleh menuju ke
arah perlakuan zina harus ditutup serapat-rapatnya,terutamanya di internet. Ini termasuk
mengakses kepada bahan pornografi di internet. Firman Allah bermaksud: Dan janganlah
kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang
buruk. (Surah Al- Isra: 32). Kurang fokus pada pelajaran Selain itu, internet juga dapat
melekakan seseorang pelajar daripada fokus kepada proses pembelajarannya. Pelajar banyak
menghabiskan masa dengan melayari laman web yang berbentuk hiburan semata-mata hanya
untuk keseronokan yang tidak mendatangkan sebarang input. Masa yang patut diperuntukkan
untuk mengulang kaji pelajaran terbuang begitu sahaja dengan melayari laman sosial seperti
facebook,twitter dan sebagainya. Namun demikian jika pelajar terdedah dengan laman sosial
yang terlalu bebas tanpa sebarang kawalan boleh menjerumus pelajar melakukan jenayah.
Oleh itu, pelajar akan ketinggalan dari segi akademik dan gagal menyempurnakan tugasan
mereka di institusi. Seharusnya, perkara ini dikawal dan di dalam setiap diri pelajar perlu
tanam sikap yang positif untuk generasi kelak. Terikut budaya negatif

Menurut sumber Harian Metro yang dikupas oleh Ketua Polis Pahang Datuk Shariffudin Abd
Ghani Lee berkata melalui laman sosial pelajar akan mengenali individu tertentu. Contohnya
budaya barat seperti Black Metal, Punk, dan Skin Head yang menjerumus pemikiran
remaja di Malaysia. Oleh yang demikian, perkara ini boleh mengakibatkan pelajar terjerumus
kepada masalah gensterisme di Malaysia. Sememangnya pelajar harus bersosial akan tetapi
haruslah dihadkan waktu penggunaannya. Di samping itu, kepelbagaian aplikasi menarik
seperti permainan yang terdapat di laman sosial membuatkan pelajar suka untuk
menghabiskan masa dengan permainan tersebut. Hal ini, banyak member impak yang buruk
terhadap pelajar kerana mereka akan berasa seronok dengan perkara yang tidak sewajarnya
mereka lakukan sehingga terabai tanggunjawab mereka sebagai pelajar. Dan ia juga
membawa kesan negative yang amat teruk sekali seperti, kecenderungan akhlak dan
sebagainya di kalangan pelajar. Menyemai sifat malas Penggunaan internet secara berlebihan
dan tanpa kawalan juga menyebabkan remaja menjadi malas untuk bergiat aktif dalam aktiviti
kokurikulum. Aktiviti kokurikulum seperti bersukan dan berpersatuan dapat menyihatkan
badan tidak mendapat sambutan daripada pelajar. Pelajar kini lebih suka menghabiskan masa
di hadapan komputer. Perkara ini amat merisaukan kerana ia mendatangkan banyak kesan
negatif. Antaranya, pelajar akan jadi malas kerana badan tidak aktif sewaktu di dalam kelas.
Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia akan merosotkan prestasi pelajar sewaktu di dalam
kelas. Aktiviti sukan yang dianjurkan oleh institusi pengajian bertujuan untuk mencergaskan
badan di samping mencerdaskan minda. Oleh yang demikian pelajar harus bergiat aktif untuk
melahirkan pelajar yang mantap dari segi lahiriah dan rohaniah. Akan tetapi, mereka
menganggap menyertai kegiatan kokurikulum hanyalah membuang masa dan mereka mahu
masa tersebut hanya untuk memenuhi keperluan mereka sendiri, seperti untuk menghabiskan
melayari laman sosial di rumah dan kafe siber. Situasi begini boleh melahirkan pelajar yang
kurang sihat dan ia memberi impak di masa yang akan datang. Di samping itu, hal ini juga
akan melahirkan pelajar yang kurang inovatif kerana kokurikulum menggalakkan aktiviti
berpersatuan. Persatuan amatlah penting untuk pelajar supaya lebih bertanggungjawab dalam
menguruskan organisasi. Akan tetapi pelajar masa kini lebih aktif dengan persatuan sosial
yang boleh mendatangkan masalah moral seperti Gay, Lesbian, dan sebagainya. Situasi
ini amat serius disebabkan laman sosial mereka tidak bergiat dengan persatuan yang
sewajarnya diikuti. Terdedah kepada jenayah siber Selain menjadikan remaja malas mengikuti
aktiviti kokurikulum, penggunaan internet tanpa had juga mendedahkan pelajar kepada
jenayah siber. Jenayah siber ini terdiri daripada unsur penipuan, kerosakan atau
pengubahsuaian program atau data komputer, pencurian maklumat, penggodam dan lain-lain.
Oleh hal yang demikian, pelajar akan melakukan jenayah siber terhadap institusi mereka
sendiri atau mereka diupah dan dipergunakan oleh pihak tertentu untuk melakukan jenayah.
Berdasarkan sumber akhbar Berita Harian laporan terkini dikeluarkan pihak CyberSecurity
menunjukkan kadar jenayah siber di negara ini meningkat sehingga 88 peratus pada tahun lalu
berbanding hanya 8.090 kes pada tahun sebelumnya. Isu ini amat membimbangkan sekiranya
berlaku masalah seperti pelajar menggodam portal institusi pengajian, menyebarkan fitnah
secara berleluasa, menukar sumber maklumat di institusi dan sebagainya. Di samping itu, isu
ini akan mempengaruhi minda pelajar dengan kenyataan kenyataan yang salah dari kenyataan
yang tidak sepatutnya. Jenayah siber ini juga boleh merosakkan minda pelajar dari segi politil,
terlalu banyak isu politik yang palsu terdedah di internet mengakibatkan tanggapan remaja
kepada ahli politik menjadi negatif serta merta. Ia akan melahirkan pelajar yang tidak
produktif hasil dari penipuan di internet. Ini merupakan suatu permasalahan yang sangat besar
dan perlu diatasi. Perkara ini sewajarnya dititik beratkan supaya tidak berleluasa.
Kecendorongan pelajar kepada fakta-fakta yang mengandungi unsur penipuan amat
membimbangka contohnya di laman sosial yang sangat popular iaitu Twitter ada sesetengah
pihak menggunakan nama Ustaz Azhar Idrus mengeluarkan kenyataan yang direka sendiri.
Menjejaskan keharmonian dan perpaduan Selain itu, penggunaan internet juga berupaya untuk
menjejaskan keharmonian dan perpaduan negara kita, di antara pelajar. Sudah ada banyak
halaman web yang sengaja menyebarkan pelbagai fitnah dan gosip serta propaganda negatif
untuk memastikan rakyat di negara ini menerima maklumat yang salah lalu berlakunya
kekacauan pula. Semua bahan yang ditulis itu mampu untuk mencetuskan salah faham dan
pergaduhan antara masyarakat berbilang kaum di negara ini dengan begitu mudah. Jelaslah,
internet memudahkan penyebaran pelbagai maklumat palsu dan mengelirukan kepada
masyarakat. Terdapat juga penyebaran bahan berunsur fitnah dan hasutan yang menggugat
keamanan dan keharmonian negara. Ini akan menyebabkan negara tidak aman sehingga
menjadikan kehidupan tidak selesa dan akan memberikan kesan kepada negara pada masa
hadapan. Tertipu dengan kes-kes penipuan siber Revolusi internet turut membuka peluang
berlakunya kes-kes penipuan. Kita sudah banyak kali mendengar rungutan dan aduan
masyarakat mengenai diri mereka ditipu oleh pihak tertentu terutama berkaitan dengan
perniagaan secara elektronik yang semakin mendapat tempat di internet sekarang ini. Pelajar-
pelajar yang tidak begitu mengetahui aspek internet telah ditipu dengan begitu mudah dalam
jumlah yang banyak oleh golongan tertentu sehingga memberikan imej buruk kepada dunia
perniagaan internet yang lain pula. Jadi, internet menyebabkan berlakunya kerugian
kewangan yang banyak kepada masyarakat negara ini. Menghabiskan masa dengan internet
pelajar sering menghabiskan masa mereka dengan melayari internet sebaik sahaja mereka
pulang dari sekolah. Lihat sahaja kafeteria siber yang penuh sesak dengan pelajar-pelajar kita
itu baik di bandar mahupun di desa. Semuanya menghabiskan tempoh masa yang lama
dengan membazir sahaja selain menghabiskan sejumlah wang yang banyak pula untuk
melayari internet. Remaja seolah-olah menganggap melayari internet lebih penting daripada
menelaah pelajaran atau menghabikan masa membuat latihan yang diberikan oleh guru
sekolah mereka. Enggan bersosial sebagai pengguna internet, pelajar juga dikatakan golongan
masyarakat yang enggan bersosial kerana mereka lebih suka menghabiskan masa di hadapan
komputer sahaja. Keadaan ini menyebabkan masa bersama-sama keluarga, sahabat dan jiran
semakin dilupakan sehingga hubungan itu menjadi renggang pula. Sudah pasti keadaan ini
tidak sesuai buat mana-mana pihak terutama remaja yang perlu menjalani kehidupan sebenar
di luar yang boleh memberi banyak pengajaran kepada mereka kelak. Semakin lama
seseorang itu melayari internet semakin kuranglah masa yang mereka habiskan dalam dunia
realiti sebenarnya. Mendedahkan pelajar dengan banyak iklan dan kandungan yang tidak
sesuai. Banyak rancangan televisyen dan iklan menggambarkan seksualiti dan keganasan serta
stereotaip dan penggunaan dadah dan alkohol terutamanya di internet, serta kandungan yang
tidak sesuai untuk tumbesaran & perkembangan minda kanak kanak boleh terjejas dengan
lambakan kandungan yang tidak sesuai untuk mereka di khuatiri boleh menyebabkan
berlakunya kegiatan tidak sihat.

KESIMPULAN Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur mestilah
melengkapkan masyarakatnya dengan standard etika yang cemerlang bagi melayari alam siber
yang penuh dengan keselesaan. Islam sebagai agama yang membawa rahmat hendaklah
dijadikan rujukan utama di dalam penggubalan standard etika kepenggunaan Internet, sesuai
dengan ciri Islam itu sendiri yang membawa perubahan menyeluruh samada dari sudut sosial,
ekonomi, politik dan sebagainya. Islam mewajibkan kepada seluruh kaum muslimin agar
hormat menghormati antara satu sama lain, kita menjaga kemuliaan diri dan masyarakat di
sekeliling kita. Isu berkenaan pelajar terdedah dengan bahan lucah dapat dibendung jika nilai-
nilai agama diterapkan dalam diri pelajar . Pihak tertentu perlu ambil tindakan untuk
mengawal secara rapi supaya pelajar tidak cenderung kepada masalah social. Tiada lagi unsur
yang yang boleh meracuni keutuhan masyarakat yang disebar melalui internet yang akan
diakses oleh manusia sejagat. Pengaruh ICT dalam tahap kemodenan dan kehidupan masa
kini tidak dapat dielakkan dan mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan khususnya
generasi muda atau pelajar. Ianya telah menjadi sebahagian daripada kehidupan moden kini
yang akan terus meningkat penggunaan dan pengaruhnya dari masa ke semasa. Penggunaan
dan pengaruh dalam kehidupan masyarakat Malaysia kini sudah tidak dapat dipisahkan
dengan ICT dalam banyak aspek kehidupan. Bagi mengelak atau mengurangkan kesan negatif
dan menghancurkan nilai-nilai positif agama dan budaya masyarakat kita serta menonjolkan
nilai-nilai positif masyarakat, semua pihak dan dari berbagai peringkat mestilah memainkan
peranan mengukuhkan nilai agama, moral dan etika masyarakat kita, khususnya bagi generasi
muda bagi mengelak daripada kesan negatif yang akan semakin parah. Kesan negatif sukar
dihapuskan sepenuhnya, tetapi apa yang mungkin dapat dilakukan adalah tingkatkan kesan
positif dan kurangkan kesan yang negatif. Dasar-dasar kerajaan berkaitan dengan pendidikan
dan budaya mestilah juga meletakkan isu salah guna dan kesan negatif internet ini sebagai
suatu yang penting bagi pemodenan dan pembangunan Negara bangsa Malaysia.

You might also like