You are on page 1of 3

SMK SEKSYEN 8 KOTA DAMANSARA

KERTAS KERJA
LAWATAN KELAB USAHAWAN MUDA
KE KOMPLEKS KRAF, KUALA LUMPUR

1. PENDAHULUAN

Kelab Usahawan Muda akan mengadakan lawatan ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur
sempena Hari Kraf Kebangsaan kali ke-13 untuk tahun 2015. Hari Kraf Kebangsaan yang
sentiasa dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia dengan penuh kebanggaan atas hasilan
kraf anak tempatan. Hari Kraf Kebangsaan diadakan bagi tujuan memberi pengiktirafan
ke atas sumbangan usahawan dan penggiat kraf dalam menggembangkan industri kraf
dan menjana ekonomi negara. Penganjuran ini memberi kesedaran di kalangan
masyarakat umum mengenai kewujudan pelbagai produk kraf tempatan dan kepelbagaian
penggunaanya yang bukan sahaja sebagai hadiah dan cenderamata tetapi juga untuk
kegunaan hiasan dalaman. Para usahawan dan penggiat kraf serta masyaraakat tempatan
juga dapat mengetahui perkembangan terkini tentang teknologi, rekaan dan maklumat
pasaran semasa industri kraf tempatan dalam usaha menggalakkan pertumbuhaan
ekonominegara.

2. MATLAMAT

Aktiviti dirancang oleh Kelab Usahawan Muda bermatlamat untuk memberi peluang
kepada peserta melihat lebih dekat lagi keunikan dan kecantikan produk kraf tempatan
yang berkualiti, berinovasi dengan rekaan motif-motif kraf yang terkini bagi kegunaan
masyarakat tempatan dalam penggayaan hidup masa kini.

3. OBJEKTIF

a) Memberi pengetahuan tentang penghasilan kraftangan


b) Menanamkan minat keusahawanan dalam diri peserta.
c) Memberi peluang kepada ahli kelab meningkatkan hubungan silaturahim sesama ahli.

4. PELAKSANAAN

Nama Program : Program Lawatan Ke Pusat Karangkraf, Kuala Lumpur.


Nama Penganjur : Kelab Usahawan Muda
Guru Pengiring : Pn Nuryani binti Yahya
: Pn Hasliana binti Yunos
Bilangan Peserta : 40 murid ( Senarai nama dilampirkan )
Tarikh Cadangan : 3 April 2015 (Jumaat)
Tempat : Kompleks Kraf, Kuala Lumpur
5. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL TUJUAN NILAI JUMLAH


1 Pengangkutan- bas (pergi balik) RM 350.00 x 1 RM 350.00
2 Sarapan pagi RM 4.00 x 40 RM 160.00
3 Cenderahati murid RM 2.00 x 40 RM 80.00
JUMLAH BESAR RM 590.00

6. SUMBER PERUNTUKAN

Sumber Kokurikulum RM 200.00


Yuran Ahli Kelab RM 390.00
Jumlah RM 590.00

7. PENGANGKUTAN
Menaiki bas sekolah dari SMK Seksyen 8 Kota Damansara ke Kompleks Kraf

8. TENTATIF PROGRAM

7.20 pagi: berkumpul di sekolah

7.40 pagi: menaiki bas ke Kompleks Kraf

8.40 pagi: sampai ke Kompleks Kraf

9.00 pagi: melawat Muzium Kraf

10.00 pagi: melawat gerai-gerai jualan

12.00 t/hari: bertolak balik ke sekolah

1.00 t/hari: sampai di sekolah

9. PENUTUP

Di harap program lawatan ini dapat membuka mata murid murid akan keindahan dan
keunikan hasil kraftangan

Disediakan oleh,
..
(Pn Nuryani bt Yahya)
Guru Penasihat Kelab Usahawan Muda
SMK Seksyen 8 Kota Damansara

Disahkan oleh,

..
(Pn Rodziah binti Mohd Rafdzi)
Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Seksyen 8 Kota Damansara

Diluluskanoleh,

..
(Pn Zaharah binti Yaakob)
Pengetua
SMK Seksyen 8 Kota Damansara

You might also like