You are on page 1of 7

Pada 30 April 2011 yang lalu, Kelab Alam Sekitar IPG Kampus Batu Lintang telah

mengadakan satu aktiviti kitar semula dengan kerjasama Biro Kediaman Pelajar JPP Sesi
2011/2012. Aktiviti ini dijalankan serentak dengan aktiviti gotong-royong bulanan yang diadakan
pada waktu yang sama.

Sebelum gotong-royong dimulakan, sebuah taklimat kolej kediaman telah diadakan di


perkarangan Masjid al-Muallimin. Setelah taklimat ringkas diberikan oleh Ketua Warden, taklimat
ringkas berkenaan aktiviti Kelab Alam Sekitar yang baru sahaja ditubuhkan telah disampaikan
oleh saudara Fong Jia Jinn selaku ahli kelab dan Ketua Biro Kediaman Pelajar. Aktiviti Recycle,
Reuse and Reduce kali ini merupakan kerjasama Kelab Alam Sekitar dan Biro Kediaman
Pelajar. Taklimat ini bertujuan untuk mendedahkan dan menghebahkan kepada para penghuni
kolej-kolej kediaman akan kewujudan kelab dan perjalanan aktiviti Kitar Semula ini.

Label Kertas, Kaca & Plastik dan Besi & Aluminium telah diletakkan di ruang
berhadapan dengan sinki di blok KKWA dan di ruang legar blok KKWB dan KKWC. Notis-notis
hebahan ditampalkan di papan-papan notis dan tiang untuk menggalakkan guru-guru pelatih
meletakkan barang kitar semula mereka di tempat yang disediakan. Ahli kelab yang
bertanggungjawab bagi setiap blok telah mengutip hasil barang kitar semula yang dikumpul
menggunakan beg plastik hitam dan membawanya ke stor penyimpanan kelab dua hari selepas
gotong-royong dijalankan.

Ahli kelab sangat berpuas hati dengan sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh
Institusi Warden IPG Kampus Batu Lintang dan guru-guru pelatih yang telah memilih untuk
mengitar semula barang mereka dan tidak membuangnya di tong sampah. Aktiviti ini akan terus
dijalankan pada masa-masa akan datang.
Laporan Program Kesedaran Alam Sekitar
LAPORAN PROGRAM
NAMA PELAJAR: Nurhazwani binti Hassim
PROGRAM: 8 PISMP Sains
NAMA SEKOLAH: SK Taman Semarak
NAMA PROJEK/AKTIVITI: Program Kesedaran Alam Sekitar
TEMPOH PELAKSANAAN: 23 & 24 Julai 2014
OBJEKTIF:
Dalam penganjuran program yang sebegini juga mempunyai objektifnya yang
tersendiri. Antara objektifnya adalah seperti:
1. Memupuk kesedaran dan kepekaan terhadap alam sekitar, cabaran-cabarannya
serta
melahirkan sikap keprihatinan terhadap alam sekitar.
2. Memberi peluang kepada murid-murid mempelajari bagaimana untuk mengitar
semula.
3. Menambahkan ilmu pengetahuan murid-murid tentang isu yang berkaitan
dengan
kepupusan dan kemusnahan ekosistem dan seterusnya berusaha mengelakkannya
terjadi.
4. Menggalakkan penglibatan diri secara aktif dalam meningkatkan kualiti alam
sekitar.

STRATEGI PELAKSANAAN:
i) Membuat model jambatan menggunakan bahan terbuang Semua murid
ii) Ceramah Kesedaran Alam Sekitar Penceramah - En. Mohd Iqram b. Ismail
(Pegawai Penguatkuasa Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan
Awam)
iii) Hari Kitar Semula Semua murid

LAPORAN:

Program ini melibatkan komuniti sekolah iaitu semua murid dari Tahun 1 sehingga
Tahun 6. Ia adalah berkisar tentang usaha dalam memelihara alam sekitar. Selain
itu, supaya dapat mengatasi masalah pencemaran alam sekitar yang berlaku pada
masa kini. Antara usaha yang dilakukan adalah dengan menjalankan Program Alam
Sekitar. Di dalam program ini, terdapat 3 aktiviti yang telah dijalankan
iaitu Ceramah Kesedaran Alam Sekitar, Pertandingan Membina Model Jambatan
Menggunakan Bahan Terbuang dan Hari Kitar Semula.

Aktiviti yang pertama di dalam program ini adalah Ceramah Kesedaran Alam
Sekitar, tajuk ceramah tersebut adalah Pengurusan Sisa Pepejal. Ceramah ini
disampaikan oleh Pegawai Penguatkuasa Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam (PPSPPA), En. Mohd Iqram b. Ismail. Ceramah ini diadakan
pada 23 Julai 2014. Masa ceramah ini adalah daripada pukul 12.00 tengah dari
sehingga 1.30 tengah hari. Ceramah ini mengambil masa satu jam setengah. Semua
murid Tahun 5 terlibat dengan ceramah ini. Daripada ceramah yang telah
disampaikan, bukan sahaja murid mendapat manfaat, guru turut mendapat
pengetahuan tentang cara-cara pengurusan sisa pepejal, tanggungjawab orang awam
dalam membantu pengurusan sisa pepejal, undang-undang berkaitan sisa pepejal
dan sebagainya. Semua murid memberi tumpuan yang penuh semasa ceramah
disampaikan. Selesai sesi ceramah, sesi soal jawab dibuka. Ramai murid berebut-
rebut untuk bertanya kepada penceramah. Penceramah juga mengemukakan soalan
kepada murid dan cenderahati diberikan kepada murid yang dapat menjawab soalan
dengan betul. Pada akhir sesi ini, kami telah memberikan cenderahati kepada pihak
PPSPPA dan penceramah yang sudi hadir untuk memberikan ceramah ini.
Bagi aktiviti kedua pula adalah Pertandingan Membina Model Jambatan
Menggunakan Bahan Terbuang. Pertandingan ini dilaksanakan pada 23 Julai 2014
bermula pukul 2.00 petang sehingga 4.30 petang. Pertandingan ini dijalankan di
makmal sains. Pertandingan ini mendapat banyak sambutan. Murid daripada
pelbagai tahun menyertai pertandingan ini. Hadiah diberikan kepada pemenang
yang membina model jambatan yang paling stabil, cantik dan kemas. Antara
kekuatannya ialah murid dapat menggunakan kreativiti mereka dalam membina
model jambatan yang paling stabil dan kukuh. Selain itu, murid mendapat kesedaran
dalam menjaga alam sekitar dengan menggunakan bahan terbuang di rumah mereka
untuk membina model jambatan. Jika tidak, bahan yang boleh digunakan hanya
akan dibuang ke dalam tong sampah. Hal ini akan menyebabkan sisa pepejal
semakin bertambah dan mencemarkan alam sekitar.
Aktiviti ketiga pula adalah Hari Kitar Semula. Aktiviti ini telah mendapat respons
yang amat positif daripada murid sekolah ini. Banyak bahan kitar semula yang
dikumpul pada Hari Kitar Semula yang dijalankan ini. Menurut Nor Azan Fitri
(2014), program kitar semula ini dapat menggalakkan amalan kitar semula dalam
kalangan pelajar. Ini dapat dibuktikan apabila kami sendiri menjalankan program
seperti ini di SK Taman Semarak ini. Program tersebut dapat memberi kesedaran
kepada murid tentang kepentingan menjaga bumi dengan menjadikan kebersihan
sebagai aspek utama selain menyemai semangat untuk mengurangkan penghasilan
jumlah sisa pepejal melalui amalan kitar semula. Aktiviti ini diteruskan dengan
menimbang bahan kitar semula sebelum barangan kitar semula itu dijual kepada
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA). Pihak
PPSPPA telah datang ke SK Taman Semarak bagi mengutip bahan yang telah
dikumpul dan dijual kepada pihak mereka. Wang hasil jualan barangan kitar semula
telah dimasukkan ke dalam akaun Panitia Sains bagi menjalankan aktiviti-aktiviti
sains pada masa akan datang.

Guru pelatih dan guru SK Taman Semarak ini juga telah bekerjasama dan
berganding bahu untuk merealisasikan program ini. AJK bagi setiap tugas telah
dilantik seperti AJK Dokumentasi, Pengacaraan Majlis, Dokumentasi, Hadiah dan
Cenderamata, Kawalan Murid dan lain-lain lagi. AJK sangat komited dan
menjalankan tugas dengan baik. Pihak sekolah juga mendapat kerjasama yang baik
dari pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA)
daerah Nilai. Selain itu, program ini juga berjalan lancar dan mengikut peruntukan
masa serta tentatif program yang ditetapkan.

KESIMPULAN:

Program ini memberikan banyak manfaat kepada murid kerana mereka dapat
mengetahui kepentingan menjaga alam sekitar. Oleh itu, murid dapat
mengaplikasikan apa yang telah disampaikan semasa ceramah dalam kehidupan
seharian seterusnya menjadi masyarakat yang menghargai, memelihara dan
memulihara alam sekitar dengan sebaiknya. Anugerah alam sekitar yang diberikan
oleh Allah s.w.t perlu digunakan dengan penuh berhikmah dan bukannya
merosakkan nikmat kebaikan alam sekitar yang diberikan.

You might also like