You are on page 1of 7

Amali 4

Mengukur dan Membandingbeza Kepelbagaian Spesies

Tujuan:
Untuk mengukur dan membandingkan kepelbagaian spesies.

Pengenalan:

Pada awal amali kita menguji beberapa kesukaran yang ditemui apabila kita cuba
menempatkan individu-individu ke dalam taburan taxa, atau spesies, berdasarkan morfologi
mereka sahaja. Dalam amali ini kita akan melihat satu contoh , di mana kita menggunakan
morphospecies dari pengumpulan kupu-kupu dari tiga pulau bagi membuat perbandingan
kepelbagaian spesis , dan kemudian membuat beberapa cadangan berkenaan keutamaan
pemuliharaan berdasarkan bandingan. (Apakah dia morphospecies?)

Membanding Kepelbagaian Spesis Kupu-Kupu Asia Tenggara

Invertebrata seringkali digunakan sebagai penunjuk biodiversiti kerana, secara takonominya


mereka mempunyai banyak spesis, dan secara ekologinya mereka sangat berguna menentukan
jenis-jenis habitat, nich dan dari segi strategi-strategi. Beberapa kumpulan, seperti kumbang,
semut dan kupu-kupu dan juga rama-rama secara bandingannya mudah digolongkan ke dalam
morhospecies dengan hanya menggunakan ciri-ciri morfologi luaran mereka.
Hipotesis:
Spesies yang ada di suatu tempat tidak semestinya juga wujud di tempat yang lain.
Pembolehubah:
Dimanipulasikan: Tempat kupu-kupu dikumpulkan
Bergerak balas: Kepelbagaian spesies
Dimalarkan: Jenis haiwan yang dikumpulkan

Prosedur:
1. Jenis warna yang ada dari setiap tempat diperhatikan.
2. Warna kupu-kupu dalam lampiran modul dikenalpasti dan dibahagikan kepada beberapa
kumpulan berdasarkan kesamaan warna mereka dan tempat yang dikumpulkan.
3. Warna kupu-kupu yang berlainan dari setiap tempat dikira dan catat.
4. Kepelbagaian spesies bagi ketiga-tiga tempat tersebut dapat didapati melalui bilangan
kupu-kupu yang mempunyai warna yang sama.

Keputusan:
Spesies Pulau Sipadan Pulau Talang-talang Pulau Redang
Kurning 6 0 10

Putih 20 23 11

Coklat 74 8 37

Hijau 0 0 14

Hitam Putih 3 40 0

Hitam Jingga 3 0 0

Coklat Jingga 9 15 4

Hijau Jingga 0 14 0

Jumlah Bilangan 115 100 76

Kekayaan Spesies 6 5 5

Kesamarataan Kurang Sederhana Tinggi kesamarataan


Spesies kesamarataan kesamarataan

Indeks Simpson (D) 2.20 3.85 5.60

Pengiraan bagi indeks Simpson

Indeks yang digunakan adalah seperti berikut:

D=1/pi2

Dimana pi =pecahan kelimpahan untuk ith spesies pada setiap pulau.

Pulau Sipadan

D= 1/(6/115)2 + (20/115)2 + (74/115)2 + (3/115)2 + (3/115)2 + (9/115)2

=2.20

Pulau Talang-talang

D= 1/(23/100)2 + (8/100)2 + (40/100)2 + (15/100)2 + (14/100)2

=3.85

Pulau Redang

D= 1/(10/100)2 + (11/100)2 + (37/100)2 + (14/100)2 + (4/100)2

=5.60
Soalan perbincangan:

1. Apakah asas binaan (basic building blocks) atau Unit Operasi Taksonomi
(operational taxonomic units) dari kepelbagaian (biodiversity)? Terangkan.
Biodiversiti merangkumi semua organisma hidup yang dijumpai di atas tanah
dan juga di dalam air. Semua spesies mempunyai peranan dan menyediakan
kepentingan di mana kita bergantung kepadanya. Empat binaan asas bagi
biodiversiti ialah gen, spesies, habitat dan ekosistem.

Gen adalah binaan asas kehidupan. Mereka menentukan ciri-ciri kesemua


hidupan organisma. Ianya mengekalkan kepelbagaian genetik dengan memulihara
spesies dan kepelbagaiannya adalah merupakan kekuatannya dalam pemuliharaan
alam.

Spesies merupakan salah satu binaan asas bagi biodiversiti. Hampir dua juta
spesies telah dikenal pasti di seluruh dunia dan ia dianggarkan bahawa ini boleh
mewakili hanya 20% daripada jumlah yang sedia ada di Bumi. Tanah sahaja menjadi
tuan rumah lebih daripada satu perempat daripada segala jenis. Selain daripada
mikro-organisma, serangga kumpulan yang terbesar dan paling pelbagai
termasuklah kulat, tumbuh- tumbuhan, lichens dan lumut. Berbanding dengan benua
lain, Eropah dan Kesatuan Eropah (EU) mempunyai spesies yang relatif sedikit,
walaupun ramai yang hanya hadir di rantau ini (iaitu endemik).

Binaan asas yang seterusnya ialah habitat. Jenis spesis tumbuhan dan
haiwan ini berkumpul untuk membentuk komuniti ekologi dalam satu kawasan atau
alam semula jadi yang dikenali sebagai habitat. Habitat termasuklah faktor-faktor
fizikal seperti tanah, kelembapan, suhu dan cahaya. Habitat terbentuk sebagai tindak
balas kepada keadaan alam sekitar tempatan seperti jenis tanah dan iklim. Di
Eropah, aktiviti manusia telah memainkan peranan penting dalam membentuk dan
mewujudkan habitat yang mempunyai nilai biodiversiti yang tinggi (contohnya padang
rumput).

Di samping itu, binaan asas juga merangkumi ekosistem. Suatu ekosistem


yang boleh terdiri daripada satu atau banyak habitat yang berlainan. Ekosistem yang
sihat membantu mengekalkan spesis dan habitat serta menyediakan kritikal
barangan dan perkhidmatan kepada manusia. (European Environment Agency,
2010)

2. Huraikan apakah maksud (a) kekayaan spesis dan (b) kesamarataan spesis.
a) Kekayaan sepesis flora dan fauna adalah ukuran bilangan spesis per sampel. Ia
adalah kiraan yang tidak mengambil kira bilangan individu untuk setiap spesis
yang ada, tetapi memberi pemberatan yang sama untuk kedua-dua spesis sama
ada banyak atau sedikit. Kekayaan spesis digunakan sebagai kriteria dalam
penilaian pemuliharaan habitat flora dan fauna. Walau bagaimanapun, kekayaan
spesis tidak dapat menggambarkan identiti spesis flora dan fauna. Satu kawasan
dianggap mempunyai nilai pemuliharaan yang lebih tinggi daripada kawasan lain
jika terdapat banyak individu spesis di mana kekayaan spesies adalah sama.

b) Kesamarataa spesis merujuk kepada jumlah antara spesis yang tidak jauh
berbeza dalam persekitaran. Ini juga boleh ditakrifkan sebagai indeks
kepelbagaian. Contohnya, jika terdapat 40 musang, dan 1000 anjing, komuniti
tersebut kurang kesamarataan spesis. Tetapi jika terdapat 40 musang dan 42
anjing, kesamarataan adalah tinggi.

Keserasian spesis dalam komuniti boleh diwakili oleh indeks keserasian Pielou:

Jika H adalah bilangan yang diperolehi dari indeks kepelbagaian Shannon dan
Hmax adalah nilai maksimum H. Bersamaan dengan:

Di mana: J dihadkan antara 0 dan 1 jika perbezaan antara spesis kurang. Jika J
yang lebih tinggi digunakan. Indeks keserasiaan Hurlburt, di mana H
min >0

S adalah jumlah bilangan spesis.

3. Pulau manakah paling tinggi , sederhana dan paling rendah kepelbagaiannya?


Susunan bagi diverisiti tertinggi ke terendah ialah Pulau Redang, Pulau Talang-
talang dan Pulau Sipadan iaitu masing-masing 5.60, 3.85, 2.20.
Walaubagaimanapun, kekayaan spesies dimonopoli oleh Pulau Sipadan, iaitu
sebanyak 6 spesies, Pulau Talang-talang dan Pulau Redang sama-sama mempunyai
5 spesies. Jika dirujuk kepada jumlah individu bagi setiap pulau pula, mengikut
susunan Pulau Sipadan, Pulau Redang, dan Pulau Talang-talang, masing-masing
berjumlah 115, 100, 76.

4. Pulau yang manakah anda hendak utamakan pemuliharaan? adakah mengikut


nilai kepelbagaian? Apakah faktor-faktor yang boleh anda ambil kita dalam
menentukan keutamaan program pemuliharaan?

Pulau Sipadan. Kerana pulau ini mempunyai kekayaan spesis yang paling banyak.
Kekayaan spesisi memainkan peranan yang penting kepada pemilihan pulau untuk
pemuliharaan. Hal ini kerana kita perlu memulihara pulau yang mempunyai kekayaan
spesis yang paling banyak agar nilai kepelbagaian itu tidak kurang. Antara faktor
termasuklah kesamarataan spesis. Kesamarataan spesis bergantung kepada
kekayaan spesis. Semakin banyak kekayaan spesis, semakin kurang kesamarataan
spesis. Jadi, jika kesamarataan spesis telah stabil, maka pulau itu tidak perlu
dipulihara lagi.

5. Jika kita tidak mempunyai sumber bagi melindungi semua spesis, apakah
kriteria yang boleh digunapakai untuk menentukan usaha-usaha pemuliharaan
ini terus dilakukan?
Kriteria yang perlua kita digunapakai adalah menititkberatkan kepada spesies yang
hampir pupus dan spesies yang terancam oleh aktiviti manusia yang mengakibatkan
permusnahan habitat dan pencemaran dan kurang perhatian diberikan kepada
spesies yang tidak bermasalah. Pemuliharaan in-situ dan ex-situ juga boleh
digunakan untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan hidup species ini. Bagi
spesies yang hampir pupus, kita boleh gunakan kaedah ex-situ, manakala bagi
spesies yang terancam, kita boleh gunakan kaedah in-situ.

Rujukan
Anthony R. Ives & Peter E. Midford. (2006). Within-Species Variation and Measurement
Error in Phylogenetic Comparative Methods. Journal Science. 10(3), 10-15. Diakses
daripada http://sysbio.oxfordjournals.org/content/56/2/252.short

Foo Yuen Kooi. (2004). STPM Biology Volume 2. Johor Bahru: Pernerbitan Pelangi.

G. W. Yeat. (2007). Biology SPM. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd 3.


Peter H.Raven. (2005). Biology for Matriculation. Malaysia: The McGraw- Hill Companies

The Editors of Encyclopaedia Britannica. (2014). Variation. Diakses dari


http://global.britannica.com/science/variation-biology pada 20 Julai 2015.

You might also like