You are on page 1of 25

PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI

ELEKTRIK
SEMESTER 3
2017
ELECTRICAL MAINTENANCE
MAIN SWITCHBOARD
ETE 7033

FATIN ATIRAH BINTI MOHD YAHYA


980201-04-5464

2DVM ETE

NAMA PENSYARAH :
EN.SAIFUL SHAARI BIN MOHD SUBKI

1
PENGHARGAAN

Bersyukur kehadrat Ilahikerana dengan limpah kurnianNya dapat juga kami menyiapkan
folio kami yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk ELECTRICAL
MAINTAENANCE MAIN SWITCHBOARD.Folio yang ini penting buat saya
memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja kursus berseorangan..

Sekalung penghargaan untuk para pensyarah kerana memberikan tunjuk ajar kepada saya
sepanjang saya menyiapkan folio ini.Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang
sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan folio masing-masing.Bantuan kalian
dari segi informasi terkini mengenai folio amat saya hargai.Budi kalian yang sanggup
meluangkan masa untuk memberikan saya maklumat tidak akan saya lupakan.

Akhir sekali,terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atau
tidak langsung sepanjang folio saya dijalankan.

2
PENGENALAN

PAPAN SUIS UTAMA

Merupakan suis rangkuman perkakas elektrik yang digunakan untuk pensuisan ,


perlindungan dan pengukuran untuk keseluruhan beban agihan , dipasang pada punca
masuk bekalan utama.Saiz PSU adalah bergantung kepada sejumlah dan jenis beban
di bawah kawalannya.

KESELAMATAN

Dalam menjalankan tugas terutama mengendali Papan Suis Utama bagi sesuatu bangunan
atau kompleks , perkara yang penting sekali diingat ialah keselamatan nyawa dan harta benda , oleh
sebab itu beberapa peraturan telah dikuatkuasa oleh IEE , dan TNB.Kesemua peraturan ini
mementingkan satu perkara iaitu KESELAMATAN NYAWA DAN HARTABENDA.

Beberapa perkara yang mustahak diberi penekanan iailah :

Bilik Suis hendaklah terletak di tempat yang sesuai dari segi keselamatan dan kedudukan
beban beban elektrik yang akan disempurnakan.
Saiz saiz papan suis dan kabel kabel adalah mencukupi untuk membawa beban beban
elektrik yang dirancang dan juga jangka-jangka berkaitan disediakan untuk menunjukkan
beban , voltan dan lain-lain.
Alat-alat perlindungan disediakan untuk keselamatan pepasangan dan juga keselamatan
pengendali pepasangan semasa kerosakan berlaku.
Litar-litar perlu disusun dan dibahagikandi papan-papan agihan supaya bahagian yang rosak
atau yang memerlukan senggaraan boleh diasingkan daripada sistem elektrik.

3
JENIS JENIS PAPAN SUIS UTAMA

a) Jenis melekat ke dinding untuk pemasangan kecil


b) Jenis Pedestal untuk pemasangan sederhana
c) Jenis cubicle untuk pemasangan pemasangan besar

Kepentingan keluli yang digunakan membuat PSU mestilah berukuran tidak kurang daripada
2.6mm (ketebalan) ianya disalut zink bagi melawan karat.

Saiz Ppapan Suis Utama yang direka bisanya mempunyai 20% spare untuk tambahan
kemudian hari untuk tambahan suisgear/pengasing ,kabel,kapasitor bank dan alatan lain.

Papan Suis Utama juga mestilah dibumikan mengikut peraturan yang telah ditetapkan dengan
menggunakan pita tembaga (copper strip) dan batang tembaga teras keluli sebagai elektrod
bumi.

LOKASI DAN KEROSAKAN PSU

Diletakkan di mana terdapat penempatan beban yang tinggi bagi mengurangkan


pembelanjaan submains dan kabel.
Bilik suis hendaklah diletakkan di suatu tempat yang terhindar daripada banjir.
Saluran-saluran yang mencukupi bagi kemasukan dan juga keluaran kabel.
Ditempatkan di dalam kawasan khas dan mempunyai pintu yang berkunci.
Panjang , lebar dan tinggi papan suis juga diambilkira sebelum merekabentuk ruangan
untuk papan suis utama.

KEPERLUAN DI DALAM BILIK PSU

4
Ruang kosong berukuran 2 di bahagian belakang dan 4 hingga 5 di bahagian
hadapan papan suis bagi kemudahan membuat kerja-kerja senggaraan (jenis cubicle).
Bilik suis hendaklah menerima pengedaran udara yan baik.
Semua pintu dan lubang udara dipasang dengan anti-vermin proof nettings.
Tersedia lampu dan soket alir keluar yang mencukupi.
Tersedia dengan Alat Pemadam Api (CO2) mudah alih (dan jika dipasang dengan
sistem pencegahan kebakaran adalah baik).Carta Perolongan Cemas (CPR).Kotak
Perubatan dan Tikar Getah di sepanjang PSU.

ALATUBAH ARUS (Current Transformer)

Alatubah arus (cuurent transformer) digunakan di dalam sesuatu pemasangan adalah


bagi mengelakkan penempatan jangka ampiar , jangka faktor kuasa dan geganti terus kepada
talian.

Pemasangan meter dan geganti dengan menggunakan CT mempunyai kebaikan berikut :

a. Alat yang dikeluarkan daripada talian dengan terminal yang telah dibumikan dengan
itu pengguna dan peralatan boleh dijatuhkan dari apa-apa punca bahaya.
b. Nisbah arus didalam jangka akan menjadi 1/k kali arus talian dan dengan pergerakan
jangka sebanyak 5A boleh digunakan bagi mengukur arus yang lebih besar.

KABEL

5
Kabel yang biasa terdapat atau yang berkaitan dengan PSU ialah dari jenis :

a. PVC
b. PVC/PVC
c. PVC/SW A/PVC
d. PILCDSTAR

Cable-box termination digunakan untuk kabel PILCDSTAR dan bagi kabel


PVC/SWA/PVC , cable-gland termination digunakan kabel-kabel tersebut.Kebiasaannya
diamalkan untuk pemasangan kabel bawah tanah.

PENYENTUH (Contactor)

Penyentuh atau contactor terdiri daripada banyak jenis.Ianya selalu digunakan


bersama-sama dengan alat-alat seperti suismasa (timeswitch) , kapasitor bank ,motor-motor
dan lain-lain peralatan memandangkan ssentuh mempunyai keupayaan memutus beban
tersambung.Sesentuh mempunyai relay coil yang membuka dan menutup suis.Ianya boleh
didapati dalam berbagai sukatan arus bergantung kepada alat-alat yang hendak digunakan.

KOMPONEN PERLINDUNGAN PADA PSU

1. Suis fius (low current)

6
Ianya adalah sesuatu unit tunggal terdiri daripada pengasing bersiri dengan fius
HRC.Ianya tidak terasing dari litar apabila suis di OFFkan , berbentuk SP&N dan
TP&N dengan ukuran piawai 15A , 20A , 30A , 45A dan 60A.

2. Fius Suis (high current)

Merupakan Pengasing dan juga sebagai alat perlindungan di mana fius HRC
digunakan di dalam pengasing membetuk sebahagian daripada jalan pengalir
pengasing itu.Apabila di OFFkan fius terpisah dari palang basbar,Keutamaannya
digunakan bagi mengawal beban yang berbetuk TP&N dengan ukuran piawai 60A ,
100A, 160A , 200A , 300A , 400A , 500A , 600A, 800A , dan 1200A hingga 2000A.

3. Fius :

Fius merupakan bentuk perlindungan arus berlebihan yang paling senang.Fius-fius


yang biasa digunakan ialah :

Fius rewicable iaitu sejenis fius yang paling ringkas dan murah yang masih
digunakan dengan meluas disamping banyak keburukannya.
Fius catridge adalah lebih berkemajuan di mana sukatan bagi penukaran
eleman fius telah ditetapkan oleh pihak pengeluar.Dengan ini sukatan fius
boleh diketahui dengan mudah dan tepat.
Fius HRC berkebolehan menghindar arus-arus kerosakan yang berat dengan
selamat.Sifat-sifatnya boleh direka untuk disesuaikan dengan keadaan
beban.Fius-fius jenis ini biasa digunakan bagi melindungi beban-beban
industry yang besar , kabel-kabel utama dan keadaan lain dimana kerosakan-
kerosakan arus yang besar berlaku.

4. Residual Circuit Breaker / Earth Leakage Circuit Breaker (ELCB) :

Residual Current membawa maksud arus baki.Ini bermakna alat ini


bergantung terus kepada keadaan di mana terdapat perbezaan di antara arus
(ketidakseimbangan) yang masuk melalui sesuatu beban dan arus yang keluar dari

7
beban yang sama.Dalam ertikata yan lain , alat ini hanya akan bertindak apabila
mengalami keadaan tersebut.

Alat ini juga dikenali dengan nama Earth Leakage Circuit Breaker (ELCB)
dan untuk membezakan ianya dari kendalian voltan , ianya telah dikenali dengan
nama Residual Current Device(RCD)

5. Pemutus Litar Kecil (Miniature Circuit Breaker MCB) :

MCB digunakan sebagai gentian fius untuk mengawal pemasangan domestic


dan beban-beban yang kecil.Ia biasanya dipasang pada litar yang
menggunakan bekalan satu fasa.

Sifat-sifat MCB ialah :

Nilai terpelamtik baban telah ditetapkan oleh pihak pengeluar dan tidak boleh
ditukar
Ia akan terpelantik bila berlaku beban lebih (overload).Tidak perlu ditukar ,
hanya perlu di ON kan semula.
Bekalan boleh dipulih dengan cepat dan mudah.Nilai terpelamtik baban telah
ditetapkan oleh pihak pengeluar dan tidak boleh ditukar
Ia akan terpelantik bila berlaku beban lebih (overload).Tidak perlu ditukar ,
hanya perlu di ON kan semula.
Bekalan boleh dipulih dengan cepat dan mudah.

6. Pemutus Litar Kotak Teracu (Moulded Case Circuit Breaker MCCB)

Dengan perubahan teknologi , MCCB direka untuk pengguna dengan kadaran arus
sehingga 400A , dan di masa akan datang kemungkinan ianya mampu membawa arus
yang lebih tinggi lagi.

8
Dari segi penggunaan , MCCB adalah pengganti kepada fius dan dipasang untuk
mengawal litar 3 fasa.Ianya mempunyai beberapa kebaikan jika dibandingkan dengan fius
MCCB hanya perlu di ONkan sahaja sekiranya ia memutus (trip).Ketiga-tiga fasa akan
memutus apabila berlaku beban lebih pada salah satu fasa maka masalah single phasing
tidak berlaku.MCCB boleh melindungi arus bocor ke bumi dengan disambungkan pada
CT dan geganti rosak ke bumi tetapi ianya bergantung kepada binaan sesuatu
MCCB.Dengan itu masa senggaraan dapat dikurangkandan kos dapat dijimatkan.

Kebanyakan MCCB menggunakan prinsip medan pada sebuah gelung.Gelung ini


bersiri serta sebahagian dari litar utama.Medan magnet akan bertambah kuat apabila arus
masuk pada MCCB sehingga melebihi had tertentu dan menyebabkan MCCB memutus
(trip).

Ada juga MCCB yang menggunakan kaedah (bimetal strip) yang akan
membengkok apabila panas berlebihan disebabkan arus lebih yang masuk ke MCCB
.Kaedah ini adalah untuk perlindungan beban lebih dimana tindakannya agak perlahan
dan terkandung unsur lewat masa.

Namun begitu ada juga MCCB yang menggunakan prinsip tekanan arcing
gas.Tekanan yang berlebihan akan menyebabkan mekanisma tertentu bergerak dan
menyebabkan MCCB terpelantik.Ini sesuai untuk perlindungan arus lebih.

Bahagian bingkai MCCB diperbuat dari bahan bukan logam (polyester resin) dan ia dipasang
tetap dan tidak boleh ditarik keluar dengan mudah seperti ACB.

7. Pemutus Litar Udara (ACB)

Pemutus Litar Udara jika digunakan bersendirian tidak boleh memberi apa-apa
perlindungan kerana pemutus litar ini berfungsi sebagai pengasing sahaja.Ia mesti
dilengkapkan dengan geganti kerosakan bumi (EFR_ dan dibantu oleh alatubah arus (current
transformer).

9
Saiz Pemutus Litar Udara yang terkecil sekali ialah 630A.Biar pun saiznya 630A tetapi
ianya boleh ditatah untuk 300A asalkan nisbah alatubah arus (CT) yang digunakan ialah
300/5A atau penathan dilakukan pada geganti beban lampau.

Pemutus litar udara hendaklah berfungsi sepeti yang telah ditetapkan seperti berikut :

100% terus menerus (to arry)


120% selama 5 minit
150% terpelantik serta merta (to trip in 1 sec)

Ujian menentukan penatahan ini dikendalikan oleh Jurutera Perkhidmatan yang diiktiraf.

Ujian dibuat pada 3 peringka :

Alatubah Arus (CT) diuji nisbah nisbahnya.


Primary Injection
Secondary Injection

8. Geganti (Relay)

Geganti digunakan bertujuan untuk menentukan pada tahap kerosakan bagaimana


yang memerlukan pemutus litar bertindak memutuskan bekalan.Secara amnya , geganti
yang terdapat pada PSU voltan rendah digunakan untuk perlindungan arus lebih , beban
lebih dan rosak ke bumi.

Ada 2 jenis utama :

a. Instantaneous (serta merta)


Akan memutuskan bekalan sebaik saja nilai kerosakan mencapai tahap
ditentukan (set value).Oleh itu ia tidak mempunyai penatah masa.

10
b. Lewat masa (time delay)
Mempunyai penatah masa , walaupun nilai kerosakan telah mencapai
tahap ditentukan (set value) , ia masih boleh berada dalam keadaan itu
untuk beberapa jangka masa tertentu.
Namun begitu ada geganti yang boleh memberikan kedua dua ciri di
atas.Geganti Bocor Ke Bumi (Earth Leakage Geganti ELR).ELR
memberikan perlindungan kepada bocor ke bumi untuk nilai yang kecil
(maksima 300 miliampiar) dan lewat masa yang terhad (0.1 saat) dan
digunakan pada papan suis kecil ( Sub Switch Board ) atau Papan Suis
Utama bersaiz kecil (sehingga 300A) .

PENGUKURAN (Pemeteran)

Alatukur di papan suis yang dimaksudkan itu ialah peralatan untuk mengukur arus ,
voltan , faktor kuasa , frekuensi (ulangan) dan lampu penujuk.Semuanya adalah untuk untuk
panduan dalam kerja kerja seharian.

I. Meter arus :

Mengukur nilai arus semasa di PSU.Untuk nilai arus yang besar CT akan
digunakan bagi menukar nilai arus.Sekiranya suis pemilih digunakan maka haya 1
bilangan meter arus berbanding 3 meter pada yang tidak menggunakannya.Bagi
sesetengah PSU permintaan arus maksima ditunjukkan oleh jarum berwarna merah
yang dipasang bersama sama di dalam meter arus.

11
II. Meter voltan :

Mengukur nilai arus semasa di PSU.Bersambung terus pada basbar melalui


suis pemilih.Fius 6A digunakan bagi mengawal arus yang masuk pada motor.Lampu
Penujuk Fasa (merah , kuning dan biru) dipasangkan selari dengan meter voltan.

III. Meter Faktor Kuasa :

Menujukkan nilai faktor kuasa untuk beban semasa.Biasanya sambungan


adalah satu fasa dari arus dan dua fasa dari voltan.

IV. Meter KWH :

Dipasangkan dengan tujuan untuk mengukur jumlah unit tenaga yang


digunakan.

V. Meter KVARH :

Dipasangkan dengan tujuan untuk mengukur dan mendapatkan nilai purata


faktor kuasa , nilai KWH diperlukan bersama bagi tujuan ini.

PAPAN SUIS - PENGENALAN KEPADA PAPAN SUIS (MSB/SSB)

Papan suis atau switch board yang biasa kita dengar adalah Main Switch Board (MSB) atau
Sub-Switch Board (SSB). Kedua-duanya secara asasnya mempunyai fungsi yang sama.
Fungsi utama Papan Suis adalah untuk memutuskan litar sama seperti fungsi suis-suis yang
lain. Selain dari itu fungsi Papan Suis adalah untuk mengawal kemasukan dan pengagihan
kepada beban.

12
Di Malaysia, kebiasaannya pengeluar Papan Suis akan menggunakan/mengikut standard yang
di keluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana JKR merupakan pelanggan yang paling
utama dan paling cerewet bagi produk Papan Suis ini.

Rekabentuk papan suis biasanya ada dua iaitu


(i) Wall mounted,
(ii) (ii) Cubical.
Jenis Wall mounted biasanya untuk ampiar yang kecil, kurang 150A

contoh wall-mounted;

13
PENERANGAN

Sub papan suis dan papan suis utama adalah sebuah peti kawalan pepasangan tiga fasa voltan
rendah di mana sumber bekalan yang disalurkan daripada papan suis utama voltan rendah
dapat diagihkan ke dalam pemasangan di bahagian papan agihan atau terus ke panel kawalan
motor. Manakala papan suis utama ( PSU ) adalah satu komponen atau perkakas pemasangan
elektrik yang mula-mula sekali menerima bekalan elektrik sebelum ianya diagih-agihkan ke
bahagian-bahagian beban lain atau bangunan. Ia juga merupakan pusat kawalan kepada
keseluruhan pemasangan voltan rendah

1. Spesifikasi Penggunaan Sub Papan Suis.

14
a. Peti sub papan suis biasanya akan diletakkan di tiap-tiap tingkat bagi bangunan
bertingkat atau tiap-tiap bahagian didalam sesuatu kilang. Cabang-cabang litar seperti
litar kuasa, litar lampu, kawalan motor, litar-litar pencegah kebakaran akan
mengambil bekalan daripada sub papan suis utama.
b. Sekiranya papan suis utama terletak jauh daripada sesuatu beban, sub papan suis
hendaklah dipasang bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dan mengadakan
sistem kawalan ke beban tersebut.
c. Sub papan suis direka bagi mengelakkan gangguan bekalan sekiranya terdapat mana-
mana bahagian pepasangan dalam bangunan mengalami gangguan bekalan atau
terdapat aktiviti penyelenggaraan pepasangan.
d. Ia juga dapat menjimatkan kos pemasangan kabel dan mengurangkan susutan voltan
sekiranya terdapat beban baban besar dalam pepasangan elektrik.
e. Sub papan suis adalah papan suis yang mendapat bekalan utamanya dari PSU.
Perkataan sub adalah relatif sebab ada papan suis yang saiznya lebih besar dari PSU
di tempat lain. Sub di sini bermakna lebih kecil dari Papan Suis Utama.
f. Sub papan suis digunakan untuk bangunan atau beban yang berada agak jauh dan
terasing dari papan suis utama. Ini adalah untuk menjimatkan kabel dan memudahkan
kerja-kerja kawalan senggaraan.
g. Di dalam sub papan suis (sub-switch board) terdapatnya perkakas suis untuk tujuan
kawalan dan perlindungan. Bekalan masuk utama boleh dikawal iaitu ON atau OFF di
Sub-SB. Alat dan komponen perlindungan utama yang mengawal dan melindungi
keseluruhan pemasangan ditempatkan di sini.
h. Peranan, saiz fizikal dan fungsi sub papan suis adalah bergantung kepada keupayaan
membawa arus, kegunaan Sub-SB itu sendiri serta apakah yang hendak dikawalnya.
Ada sesetengah Sub-SB hanya mengawal beban elektrik yang tertentu sahaja
misalnya motor-motor elektrik.

2. Spesifikasi Penggunaan Papan Suis Utama.

15
a. Di dalam PSU inilah terdapatnya perkakas suis untuk tujuan kawalan dan
perlindungan. Bekalan masuk utama boleh dikawal iaitu ON atau OFF di PSU. Alat
dan komponen perlindungan utama yang mengawal dan melindungi keseluruhan
pemasangan ditempatkan di sini.

b. Peranan, saiz fizikal dan fungsi PSU adalah bergantung kepada keupayaan membawa
arus. Ada sesetengah PSU hanya mengawal beban elektrik yang tertentu sahaja
misalnya motor-motor elektrik.

3. Jenis-Jenis Rekabentuk Sub Papan Suis Dan Papan Suis.

Umumnya ada terdapat dua jenis sub papan suis dan papan suis utama yang biasa digunakan
iaitu

a. Jenis melekat di dinding ( wall mounted ).


b. Jenis Cubicle.

Jenis melekat di dinding biasanya untuk pemasangan kecil iaitu kurang daripada 150 ampere,
manakala jenis cubicle untuk pepasangan sederhana dan pemasangan besar.

4. Binaan Sub Papan Suis Dan Papan Suis Utama

16
Bagi jenis cubicle binaan sub papan suis dan papan suis utama menggunakan rangka utama
yang akan menyokong berat segala peralatan yang terdapat di dalam papan suis. Kekuatan
rangka hendaklah minima 10G berbentuk U section channel. Rangka yang baik adalah dari
jenis berlubang-lubang dengan saiz yang sesuai dan dengan jarak 25mm supaya tidak
mengurangkan kekuatan mekanikalnya. Jenis ini dipanggil jenis modular di mana ia boleh
ditambah dan dibesarkan dengan mudah iaitu dengan menyambung sahaja rangka tambahan.

Di sekeliling bahagian luar ditutup dengan kepingan logam dengan tebal tertentu (tebal
minima 14G di bahagian belakang dan tepi papan suis). Palang bas pembumian dengan
keratan rentas yang mencukupi dipasang di bahagian bawah sebelah dalam papan suis
meliputi keseluruhan sistem pembumian.

5. Terdapat Tiga Bentuk Binaan Sub Papan Suis Dan Papan Suis Utama
a. Tiada kompartmen iaitu tiada dinding pemisah di antara bahagian-bahagian dalam
sub papan suis dan papan suis utama
b. Sebahagian berkompartmen iaitu sebahagian sahaja dipisahkan daripada yang lain.
c. Sepenuhnya berkompartmen iaitu semua bahagian diasingkan.

Jenis mana yang kita mahukan bergantung kepada keperluan, kesesuaian, tahap keselamatan
dan harga yang perlu kita bayar. Jenis yang paling baik dan mahal ialah setiap komportmen
dalam PSU diasingkan dengan dinding logam supaya apabila berlaku percikan api bahagian
lain tidak terlibat.Selain mahal ianya juga berat.

Jenis sederhana baik hanya memisahkan sebahagian sahaja kompartmen terutama bahagian
yang menempatkan pemutus litar udara (ACB), kerana disinilah selalunya berkemungkinan
besar berlaku percikan api elektrik.

Jenis yang paling mudah dan murah ialah tiada langsung pemisah di antara kompartmen di
dalam PSU tersebut.

17
Rajah 1: Gambarajah pendawaian sesentuh dan suis kecemasan.

6. Litar Sub Papan Suis Dan Papan Suis Utama.

Terdapat beberapa litar pendawaian sub papan suis seperti:-

a. Litar kemasukan utama


b. Litar Keluaran ke beban
c. Litar sekunder
d. Litar kawalan perlindungan
e. Litar lampu penunjuk satu fasa

18
Rajah 2 : Gambarajah sub papan suis jenis cubicle

Rajah 3 : Gambarajah skematik sub papan suis 3 fasa

19
Rajah 4 : Gambarajah papan suis utama jenis cubicle.

7. Jenis-Jenis Kemasukan Bekalan

Rekabentuk papan suis adalah mengikut kemasukan bekalan dan keperluan beban
pepasangan. Ini adalah betujuan memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dan keselamatan.
Berikut adalah rekabentuk jenis kemasukan papan suis utama:-

a. Papan Suis Utama Satu Kemasukan.


b. Papan Suis Utama Dua Kemasukan.
c. Papan Suis Utama Satu Kemasukan dari bekalan pihak pembekal serta satu
Papan Suis Utama Kecemasan Automatik .( EMS Board ).

20
8. Lokasi Papan Suis

Di antara lokasi yang sesuai untuk bilik suis adalah:

a. Berhampiran dengan penempatan beban yang tinggi bagi mengurangkan


perbelanjaan submains dan kabel.
b. Terhindar daripada banjir atau dekat dengan punca-punca air.
c. Tidak terlindung atau terhalang oleh sesuatu supaya kerja-kerja operasi dan
senggaraan mudah dijalankan.
d. Ditempatkan didalam bilik khas dan mempunyai pintu yang berkunci

9. Keperluan Bilik Suis

Diantara keperluan bilik suis adalah:

a. Bilik suis hendaklah menerima pengedaran udara yang baik.


b. Semua pintu dan lubang udara dipasang dengan anti vermin proff netting
supaya serangga tidak dapat masuk.
c. Ruang kosong berukuran minima 2.5kaki dibahagian belakang dan minima
4.5 kaki dibahagian hadapan PSU untuk kerja-kerja senggaraan .
d. Mempunyaisaluran-saluran yang mencukupi untuk kemasukan dan keluar
kabel.
e. Bilik suis hendaklah dilengkapkan dengan alat pemadam api jenis gas yang
dibenarkan seperti CO2.
f. Lampu biasa,lampu kecemasan dan soket alir keluar dengan jumlah yang
mencukupi hendaklah disediakan di dalam bilik suis.
g. Rajah skema dan tikar getah dengan saiz yang sesuai hendaklah dipaparkan
didalam bilik PSU.

10. Pembumian Sub Papan Suis Dan Papan Suis Utama

Pembumian merupakan sambungan yang dibuat antara logam sub papan suis dan
bumi. Ia bertujuan untuk memberi keselamatan kepada pengguna daripada bahaya renjatan

21
elektrik di mana arus rosak dapat mengalir terus kebumi dan memudahkan pelantikan serta
merta alat geganti rosak kebumi semasa berlaku kerosakan arus kebumi. Sistem pembumian
yang dijalankan adalah jenis sistem TN-S dimana pengalir bumi dari papan suis
disambungkan terus ke bahagian rangka sub papan suis.

11. Ujian Penyelenggaraan Sub Papan Suis Dan Papan Suis Utama.

Mengikut Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 beberapa ujian perlu dijalankan pada papan suis
untuk memastikan pemasangan itu betul-betul selamat semasa digunakan. Ujian semasa
penyelenggaraan yang dijalankan seperti ujian semasa tanpa bekalan dan ujian semasa ada
bekalan.

a. Ujian ujian tersebut adalah :-


b. .Ujian keterusan alat-alat
c. .Ujian keterusan pengalir
d. Ujian keterusan pengalir bumi
e. Ujian keterusan litar kawalan dan litar sekunder.
f. Ujian rintangan penebatan
g. Ujian suntikan utama
h. Ujian suntikan sekunder
i. Ujian tekanan
j. Ujian bekalan 3 fasa
k. Ujian turutan fasa

12. Kabel kemasukan utama dan keluaran

Terdapat beberapa kaedah pemasangan kabel pada sub papan suis seperti penyediaan
sesalur kabel bawah tanah dan dulang kabel atau trunking. Sekiranya rekabentuk pepasangan
sub papan suis dan papan suis utama jenis cubicle terdapat banyak kabel keluaran,
penggunaan kabel berperisai dan pelbagai teras adalah amat sesuai dipilih dengan
menggunakan sesalur kabel bawah tanah. Saiz dan keupayaan kabel boleh dirujuk pada kertas

22
penerangan kabel atau jadual pepasangan kabel elektrik (MS IEC-60364) atau buku manual
pengilang kabel.

RUMUSAN

23
Demikian yang dapat kami paparkan mengenai keja kursus yang menjadi dalam Papan Suis
Utama ini, tentunya masih banyak kekurangan dan kelemahan nya, kerana terbatasnya
pengetahuan dan kurangnya rujukan atau referensi yang ada hubungannya dengan judul
makalah ini.

Penulis banyak berharap para pembaca yang budiman dusi memberikan kritik dan saran
yang membangun kepada penulis demi sempurnanya makalah ini dan dan penulisan kerja
kursus.Dikesempatan berikutnya. Semoga kerja kursus ini berguna bagi penulis pada khusus
nya juga para pembaca.

RUJUKAN

24
https://www.scribd.com/search?page=1&content_type=documents&query=sub
%20papan%20suis

25

You might also like