You are on page 1of 16

Tajuk: Amali 1:

Awan dan cuaca.

Tujuan:
Untuk mengkaji jenis-jenis awan yang terbentuk di langit dan membuat ramalan cuaca.

Penyataan masalah:
Adakah jenis-jenis awan mempengaruhi cuaca?

Teori:
Awan ialah gumpalan wap air yang terapung di atmosfera udara. Ia kelihatan
seperti asap berwarna putih atau kelabu di langit. Proses pembentukan awan bermula
daripada haba matahari memanaskan air di sungai, tasik, laut dan permukaan bumi lalu
menyejat membentuk wap air di udara, proses ini dipanggil pemeluwapan. Wap air akan
terus naik ke atas, bertemu dengan udara sejuk dan terkondensasi membentuk titisan-
titisan air. Titisan-titisan air akan berkumpul dan membentuk awan. Apabila lebih banyak
wap air terkondensasi, titisan-titisan air di dalam awan akan bergabung menjadi semakin
besar dan berat sehinggalah sampai satu peringkat titik masksimum lalu jatuh ke Bumi
sebagai hujan. Air hujan mengalir semula ke dalam sungai, tasik, laut dan permukaan
bumi.

Rajah 1.0: Proses pembentukan awan.


Jenis-jenis awan boleh diklasifikasikan kepada beberapa kumpulan iaitu
kumpulan awan tinggi, kumpulan awan pertengahan dan kumpulan awan rendah.
Kumpulan Awan Tinggi adalah awan yang berada pada ketinggian yang melebihi
6000m. Terdapat tiga jenis awan pada kumpulan awan tinggi ini termasuklah Awan
Sirus, Awan Sirostratus dan awan Sirokumulus. Kumpulan awan yang kedua adalah
kumpulan awan pertengahan. Kumpulan awan pertengahan berada pada ketinggian
2000 hingga 6000 meter. Terdapat tiga jenis awan pertengahan iaitu Awan Altostratus
dan Awan Altokumulus. Kumpulan awan yang ketiga adalah kumpulan Awan Rendah.
Kumpulan awan rendah berada pada ketinggian kurang daripada 2000 meter. Antara
jenis awan rendah ialah Awan Stratus, Awan Stratokumulus, Awan Nimbostratus, Awan
cumulus dan Awan Kumulunimbus.

Rajah 2.0: Jenis-jenis awan dan ketinggiannya.


Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa jenis awan yang tidak dapat
dikategorikan mengikut kumpulan-kumpulan yang dinyatakan, seperti awan kumulus
dan kumulonimbus lebih dikenali sebagai awan menegak. Hal ini disebabkan oleh
pertambahan saiz awan ini secara selari, dan puncaknya juga mampu mencapai
ketinggian pada kategori awan tinggi. Kejadian rupa bentuk awan ini sangat dipengaruhi
oleh keadaan cuaca. Bentuknya akan berubah-ubah mengikut keadaan cuaca. Jadi,
perubahan bentuk dan jenis-jenis awan ini sentiasa berubah setiap hari . Bentuk dan
jenis awan ini juga sesuai digunakan untuk meramal keadaan cuaca pada masa dan
hari berikutnya.
Oleh itu, amali ini telah dilaksanakan untuk melihat perubahan cuaca (sama ada
hujan atau tidak) dengan menguji jenis-jenis awan dalam satu tempoh masa sepukuh
hari iaitu bermula pada 18 Januari 2016 hingga 27 Januari 2016. Lokasi yang telah saya
pilih adalah di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh sekitar jam 17:00 hingga 18:00
petang.

Hipotesis:
Cuaca ramalan akan dipengaruhi oleh jenis awan yang terbentuk di langit pada hari
yang sama.

Radas:
Kamera canon.
Termometer.

Prosedur:
1. Maklumat mengenai awan dan cuaca telah diperolehi dan dibaca dari sumber-
sumber seperti buku, teks, internet dan lain-lain.
2. Lokasi yang sesuai telah dipilih dan jenis-jenis awan yang terdapat pada
kawasan tersebut diperhatikan selama 10 hingga 14 hari. Pemerhatian perlu
dibuat pada masa yang sama selama sejam setiap hari. Data-data lain seperti
suhu, kelembapan, arah dan halaju angin juga boleh didapati.
3. Perubahan cuaca yang mungkin berlaku dalam masa 3 jam diramalkan selepas
pemerhatian pertama dibuat.
4. Semua pemerhatian iaitu jenis-jenis awan dan juga sebarang perubahan cuaca
yang berlaku direkodkan dalam jadual 1.0.
5. Data yang dikumpulkan dianalisis dan diinterpretasi.
6. Satu laporan ditulis perlu mengangdungi gambar-gambar, jadual, carta, rujukan
dan sebagainya yang dapat menyokong perbincangan pemerhatian dan ramalan
yang dibuat.
7. Implikasi dapatan terhadap kehidupan harian diterangkan.
Keputusan:
Lokasi: IPG Kampus Ipoh
Tarikh mula: 16/2/2016
Tarikh akhir: 25/2/2016
Tempoh masa: 5.00pm hingga 6.00pm
Jadual 1.0: Pemerhatian
Tarikh/ Gambar/Jenis awan Suhu/Kelembapan/ Pemerhatian
Ramalan Keadaan
Masa Halaju angin
sebenar

16/2/1 Suhu: Tiada hujan Tiada hujan


6 27C
5.00p Kelembapan:
m 81%
Halaju angin:
7km per jam

Sirokumulus
17/2/16
5.30pm Suhu: 32 C Tiada hujan Tiada hujan
Kelembapan: 80%
Halaju angin:
11km per jam

Sirus

18/2/1 Suhu: 34C Tiada hujan Tiada hujan


6 Kelembapan: 67%
5.10p Halaju angin:
m 9km per jam

Kumulus
19/2/1 Suhu: 32C Hujan Hujan renyai-
6 Kelembapan: 90% renyai- renyai
6.00p Halaju angin: renyai
m 7km per jam

Stratokumulus

20/2/1 Suhu: 35C Tiada hujan Tiada hujan


6 Kelembapan: 61%
5.45p Halaju angin:
m 9km per jam

Kumulus

21/2/1 Suhu: 32C Tiada hujan Tiada hujan


6 Kelembapan: 68%
5.30p Halaju angin:
m 7km per jam
Sirus

22/2/1 Suhu: 30C Hujan Tiada hujan


6 Kelembapan: 88%
5.00p Halaju angin:
m 11km per jam

Altostratus

23/2/1 Suhu : 34C Tiada hujan Tiada hujan


6 Kelembapan: 75%
5.20p Halaju angin:
m 9km per jam

Kumulunimbus

24/2/1 Suhu: 34C Tiada hujan Tiada hujan


6 Kelembapan :58%
5.00p Halaju angin:
m 11km per jam

Stratokumulus

25/2/1 Suhu: 32 C Hujan Hujan sekejap


65.30p Kelembapan: 90% sekejap
m Halaju angin:
9km per jam

Kumulunimbus
Perbincangan (Analisis dan interpretasi data)
1. Jenis awan memang dapat mempengaruhi cuaca pada hari tertentu. Jadi melalui
amali ini, saya akan menganalisis dan menginterpretasi data yang telah saya kumpul
untuk menguji kebenaran teori ini.

2. Saya telah merujuk kepada weather application of sony xperia C dalam smartphone
saya untuk mendapatkan maklumat mengenai suhu, kelembapan dan halaju angin.
Saya mendapati bahawa maklumat dalam application ini adalah tepat.

3. Berdasarkan jaudal 1.0, membandingan antara cuaca ramalan dengan cuaca


sebenar.
Hari Pertama (16 Februari 2016)
Pada pukul 5.00 petang, jenis awan yang telah saya memperhatikan adalah awan
sirokumulus. Awan ini adalah berada pada peringkat tinggi dan dalam bentuk kristal ais.
Mengikut teori, jenis awan ini tidak menimbulkan hujan. Suhu hari ini ialah 27 oC,
kelembapan tinggi iaitu 81% dan halaju angin yang sederhana iaitu 7km per jam. Jadi,
saya meramal cuaca selepas 3 jam hari ini pada pukul 8.00pm adalah tidak hujan
kerana awan sirokumulus tidak menimbulkan hujan dan kelembapan juga tidak begitu
tinggi. Pada pukul 8.00pm, melalui pemerhatian saya, hujan tidak berlaku, ramalan saya
adalah betul dan tepat.

Hari Kedua (17 Februari 2016)


Pada pukul 5.30 petang, jenis awan yang telah saya memperhatikan adalah awan
sirus. Awan ini halus, struktur berserat, lihat seperti bulu ayam, sering tersusun sebagai
pita yang melengkung, berwarna putih. Mengikut teori, jenis awan ini tidak menimbulkan
hujan Suhu hari ini ialah 32oC suhu yang tinggi, kelembapan tinggi iaitu 80% dan halaju
angin yang tinggi iaitu 11km per jam. Jadi, saya meramal cuaca selepas 3 jam hari ini
pada pukul 8.00pm adalah tidak hujan kerana awan sirus tidak akan menimbulkan
hujan, suhu hari ini adalah tinggi dan kelembapan juga tidak begitu tinggi. Pada pukul
8.00pm, melalui pemerhatian saya, hujan tidak berlaku, ramalan saya adalah betul dan
tepat.
Hari Ketiga (18 Februari 2016)
Pada pukul 5.10 petang, jenis awan yang telah saya memperhatikan adalah awan
kumulus. Kedudukan awan ini adalah rendah, terpisah-pisah, bahagian dasarnya
berwarna hitam dan di atasnya putih berbentuk kubah seperti kapas, memiliki puncak-
puncak berkepul-kepul. Mengikut teori, jenis awan ini biasanya menghasilkan hujan
sekejap. Suhu hari ini ialah 34oC suhu yang tinggi, kelembapan sangat rendah iaitu 67%
dan halaju angin yang sederhana iaitu 9km per jam. Jadi, saya meramal cuaca selepas
3 jam hari ini pada pukul 8.00pm adalah tidak hujan kerana suhu hari ini adalah tinggi
dan kelembapan juga sangat rendah akan menyebabkan wap air dalam udara tidak
cukup menghasilkan air hujan. Pada pukul 8.00pm, melalui pemerhatian saya, hujan
tidak berlaku, ramalan saya adalah betul dan tepat.

Hari Keempat (19 Februari 2016)


Pada pukul 6.00 petang, jenis awan yang telah saya memperhatikan adalah awan
stratokumulus. Awan ini bertompok dan membentuk gulungan besar seperti gelombang,
halus, lapisannya tidak begitu tebal, berwarna putih kelabu dengan tepi terang, di
antaranya masih sedikit terlihat langit biru berselang-seling. Mengikut teori, jenis awan
ini biasanya menghasilkan hujan renyai-renyai. Suhu hari ini ialah 32oC suhu yang tinggi,
kelembapan sangat tinggi iaitu 90% dan halaju angin yang sederhana iaitu 7km per jam.
Jadi, saya meramal cuaca selepas 3 jam hari ini pada pukul 8.00pm adalah hujan
renyai-renyai, walaupun suhu hari ini adalah tinggi, kelembapan masih sangat tinggi
akan menyebabkan wap air dalam udara cukup menghasilkan air hujan dan jenis awan
ini menghasilkan hujan renyai-renyai. Pada pukul 8.00pm, melalui pemerhatian saya,
hujan renyai-renyai berlaku, ramalan saya adalah betul dan tepat.

Hari Kelima (20 Februari 2016)


Pada pukul 5.45 petang, jenis awan yang telah saya memperhatikan adalah awan
kumulus. Kedudukan awan ini adalah rendah, terpisah-pisah, bahagian dasarnya
berwarna hitam dan di atasnya putih berbentuk kubah seperti kapas, memiliki puncak-
puncak berkepul-kepul. Mengikut teori, jenis awan ini biasanya menghasilkan hujan
sekejap. Suhu hari ini ialah 35oC suhu yang tinggi, kelembapan sangat rendah iaitu 61%
dan halaju angin yang sederhana iaitu 9km per jam. Jadi, saya meramal cuaca selepas
3 jam hari ini pada pukul 8.00pm adalah tidak hujan kerana suhu hari ini adalah tinggi,
kelembapan adalah sangat rendah akan menyebabkan wap air dalam udara tidak cukup
menghasilkan air hujan. Pada pukul 8.00pm, melalui pemerhatian saya, hujan tidak
berlaku, ramalan saya adalah betul dan tepat.

Hari Keenam (21 Februari 2016)


Pada pukul 5.30 petang, jenis awan yang telah saya memperhatikan adalah awan
sirus. Awan ini halus, struktur berserat, lihat seperti bulu ayam, sering tersusun sebagai
pita yang melengkung, berwarna putih. Mengikut teori, jenis awan ini biasanya tidak
menghasilkan hujan. Suhu hari ini ialah 32oC suhu yang tinggi, kelembapan sangat
rendah iaitu 68% dan halaju angin yang sederhana iaitu 7km per jam. Jadi, saya
meramal cuaca selepas 3 jam hari ini pada pukul 8.00pm adalah tidak hujan kerana
suhu hari ini adalah tinggi, kelembapan adalah sangat rendah akan menyebabkan wap
air dalam udara tidak cukup menghasilkan air hujan. Pada pukul 8.00pm, melalui
pemerhatian saya, hujan tidak berlaku, ramalan saya adalah betul dan tepat.

Hari Ketujuh (22 Februari 2016)


Pada pukul 5.00 petang, jenis awan yang telah saya memperhatikan adalah awan
altostratus. Awan ini bersaiz kecil tetapi banyak, biasanya berbentuk seperti bola yang
tebal atau bergulung-gulung melingkar seperti makaroni, berwarna putih atau kelabu..
Mengikut teori, jenis awan ini biasanya menghasilkan hujan. Suhu hari ini ialah 30oC
suhu yang tinggi, kelembapan tinggi iaitu 88% dan halaju angin yang tinggi iaitu 11km
per jam. Jadi, saya meramal cuaca selepas 3 jam hari ini pada pukul 8.00pm adalah
hujan walaupun suhu hari ini adalah tinggi, kelembapan adalah sangat tinggi akan
menyebabkan wap air dalam udara cukup menghasilkan air hujan. Pada pukul 8.00pm,
melalui pemerhatian saya, hujan tidak berlaku, ramalan saya adalah salah. Hal ini
mungkin disebabkan halaju angin yang tinggi meniupkan awan ke tempat yang lain dan
menyebabkan hujan tidak berlaku.

Hari Kelapan (23 Februari 2016)


Pada pukul 5.20 petang, jenis awan yang telah saya memperhatikan adalah awan
kumulunimbus. Awan ini merupakan salah satu awan yang menimbulkan hujan disertai
dengan petir. Ia memiliki isi padu yang besar, tebal, lihat seperti gunung dengan
bahagian bawah yang melebar dan awan ini menghasilkan hujan sekejap dan kilat.
Suhu hari ini ialah 34oC suhu yang tinggi, kelembapan sederhana iaitu 75% dan halaju
angin yang sederhana iaitu 9km per jam. Jadi, saya meramal cuaca selepas 3 jam hari
ini pada pukul 8.00pm adalah tidak hujan kerana suhu hari ini adalah tinggi, kelembapan
adalah sederhana akan menyebabkan wap air dalam udara tidak cukup menghasilkan
air hujan dan warna awan adalah putih menunjukkan tiada titisan air yang banyak dalam
awan. Pada pukul 8.00pm, melalui pemerhatian saya, hujan tidak berlaku, ramalan saya
adalah betul dan tepat.

Hari Kesembilan (24 Februari 2016)


Pada pukul 5.00 petang, jenis awan yang telah saya memperhatikan adalah awan
stratokumulus. Awan ini bertompok dan membentuk gulungan besar seperti gelombang,
halus, lapisannya tidak begitu tebal, berwarna putih kelabu dengan tepi terang, di
antaranya masih sedikit terlihat langit biru berselang-seling. Mengikut teori, jenis awan
ini biasanya menghasilkan hujan renyai-renyai. Suhu hari ini ialah 34oC suhu yang tinggi,
kelembapan sangat rendah iaitu 58% dan halaju angin yang tinggi iaitu 11km per jam.
Jadi, saya meramal cuaca selepas 3 jam hari ini pada pukul 8.00pm adalah tidak hujan
kerana suhu hari ini adalah tinggi, kelembapan adalah sangat rendah akan
menyebabkan wap air dalam udara tidak cukup menghasilkan air hujan. Pada pukul
8.00pm, melalui pemerhatian saya, hujan tidak berlaku, ramalan saya adalah betul dan
tepat.

Hari Kesepuluh (25 Februari 2016)


Pada pukul 5.30 petang, jenis awan yang telah saya memperhatikan adalah awan
kumulunimbus. Awan ini merupakan salah satu awan yang menimbulkan hujan disertai
dengan petir. Ia memiliki isi padu yang besar, tebal, lihat seperti gunung dengan
bahagian bawah yang melebar dan awan ini menghasilkan hujan sekejap dan kilat.
Suhu hari ini ialah 32oC suhu yang tinggi, kelembapan sangat tinggi iaitu 90% dan halaju
angin yang sederhana iaitu 9km per jam. Jadi, saya meramal cuaca selepas 3 jam hari
ini pada pukul 8.00pm adalah hujan walaupun suhu hari ini adalah tinggi, kelembapan
adalah sangat tinggi akan menyebabkan wap air dalam udara cukup menghasilkan air
hujan dan jenis awan menghasilkan hujan sekejap. Pada pukul 8.00pm, melalui
pemerhatian saya, hujan berlaku, ramalan saya adalah betul dan tepat.
4. Saya telah menjalankan amali ini di kawasan IPG Kampus Ipoh iaitu hadapan asrama
blok G sebanyak 10 hari berturutan. Dalam proses amali ini, saya tidak menukar lokasi
kajian agar memperolehi dapatan kajian yang tepat.

5. Di samping itu, saya juga telah mengenal pasti kekuatan kaedah amali yang telah
saya jalankan iaitu membuat rujukan daripada buku-buku dan internet sebelum
memulakan amali. Dengan ini, saya dapat mengetahui setiap jenis awan dan juga sifat-
sifat serta kriteria-kriteria awan tersebut agar memudahkan saya untuk meramal cuaca
selepas 3 jam.

6. Walau bagaimana pun, saya mendapati bahawa terdapat sedikit kelemahan dalam
kaedah amali ini iaitu meramal cuaca selepas 3 jam berdasarkan jenis awan sahaja.
Selepas menjalankan amali ini dan menganalis serta menginterpretasi data yang telah
saya kumpul, factor-faktor lain seperti faktor halaju angin, suhu dan kelembapan turut
menyumbang kepada perubahan cuaca.

7. Jadi, saya berpendapat bahawa faktor-faktor lain juga perlu diambil kira semasa
menjalankan amali ini agar ramalan cuaca yang tepat dapat dilakukan,

8. Implikasi dapatan saya terhadap kehidupan saya.


Meramal waktu menjemur pakaian.
Meramal waktu mengumpulkan balik pakaian yang dijemur.
Membawa paying atau tidak sebelum keluar.
Meramal waktu menjemur makanan seperti ikan masing atau keropok.
Meramal waktu bersenam yang sesuai.
Meramal hari atau waktu melakukan aktiviti luar yang sesuai seperti jungle
traking.
Langkah berjaga-jaga:

1. Memastikan tidak terdapat halangan terhadap awan, seperti asap yang tebal.

2. Memastikan gambar diambil di tempat yang lapang dan lokasi yang sama setiap
hari.

3. Memastikan gambar diambil tepat pada tempoh masanya.

4. Memastikan gambar diambil menggunakan apperture kecil agar gambarkelihatan


lebih tajam

Kesimpulan:

Hipotesis diterima. Cuaca ramalan akan dipengaruhi oleh jenis awan yang terbentuk di
langit pada hari yang sama. Walau bagaimanapun, ramalan cuaca tidak bolah sekadar
berdasarkan kepada jenis awan sahaja tetapi faktor-faktor lain seperti faktor halaju
angin, suhu dan kelembapan juga perlu dipertimbangkan agar memperoleh ramalan
cuaca yang lebih betul dan tepat.

Refleksi:
Nama: Michael Kong Hung XI
Selepas menyiapkan amali ini, saya telah mengenali jenis awan dan hubungannya
dengan perubahan cuaca lebih mendalam. Melalui menjalankan eksperimen ini, saya
juga melatih sikap sabar kerana eksperimen ini perlu dijalankan selama 10 hari,
Pengetahuan yang tidak dapat dinilai harganya memang dapat memberi banyak
manfaat kepada kehidupan harian saya.

Rujukan:

Cheong Foon Choong. (2001). STPM Fizik Jilid 1. Selangor: Pearson Education
Malaysia Sdn. Bhd.

Cloud Types and Precipitation. (t.t & t.p). Dilayari pada 17 Februari 2016, dari
http://www.bom.gov.au/weather-services/about/cloud/cloud-types.shtml

Infografik ~ Jenis-jenis Awan. (2012). (t.p). Dilayari pada 20 Februari 2016, dari
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=382126

Lim Ching Chai, Chia Song Choy, & Poh Liong Yong. (1999). Fizik Spm. Selangor:
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Masdiisya. (2011). Mengapa Awan Hujan Berwarna Gelap?. Dilayari pada 20 Februari
2016, dari https://masdiisya.wordpress.com/2011/01/10/mengapa-awan-hujan-
berwarna-gelap/

Poh Liong Yong. (2003). Stpm Physics Volume 1. Johor Bahru: Penerbitan Pelangi Sdn.
Bhd.

You might also like