You are on page 1of 351

Vampiro Awang

Oleh Nizam Zakaria


Wilayah Persekutuan Singapura, Malaya 2005.

Pada hari esok, Aliya akan menyambut hari jadinya yang ke-18. Tak ada orang yang
menyambut hari jadinya ini. Mereka semua lupa. Pada hari-hari seperti inilah Aliya
merasa begitu sepi.

Pada sepanjang malam itu dia menghabiskan masanya dengan termenung ketika sedang
bekerja di kedai 7Eleven, di Blok 111, Lorong 1, Toa Payoh. Aliya sebenarnya tidak
mempunyai semangat untuk bekerja. Kepalanya berserabut memikirkan tentang
kehidupannya yang penuh membosankan.

Aliya tidak mempunyai ramai kawan di Singapura. Kedua orang tua dan adik
beradiknya yang lain berada di kampungnya di Segamat, kecuali kakaknya yang paling
tua sekali yang telah mengikut suaminya menetap di Singapura.

Aliya telah berhijrah ke Singapura sejak enam bulan yang lalu dan kini dia menumpang di
rumah kak longnya. Seperti keluarganya di kampung, keluarga kak longnya itu juga besar.
Di rumah kak longnya itu, dia terpaksa tidur sebilik dengan empat orang anak saudaranya
yang semuanya masih bersekolah – bersesak-sesak di dalam bilik tidur yang sama.
Walaupun dia telah lama menetap di rumah kak longnya itu, dia masih merasa tidak
selesa di sana. Dia masih merasakan dia orang luar yang datang menumpang, tidak lebih
dari itu.

Sejurus selepas dia selesai melakukan shif kerjanya di 7Eleven, dia terus keluar lalu
melintasi jalan untuk tempat tinggalnya di blok 116, yang letaknya betul-betul di hadapan
blok 111. Ketika berjalan, Aliya mendapati malam itu bulan mengambang cerah. Angin
pula bertiup kencang. Aliya kesejukan. Dia memeluk tubuhnya sendiri ketika berjalan.

Aliya memikirkan kembali mimpinya semalam. Mimpinya yang telah berulang-ulang


sejak beberapa minggu yang lepas. Mimpi yang sama tentang seorang lelaki yang
dilihatnya sedang terjun dari bumbung bangunan tempat tinggalnya. Di dalam mimpinya
itu, dia dapat melihat wajah lelaki itu dengan jelas. Dia dapat melihat lelaki itu
memandang kepadanya lalu dia terjun tanpa berkata-kata di dalam malam bulan
mengambang seperti malam ini. Mimpinya itu membuatnya merasa resah tak sudah...

Aliya merenung ke arah muka pintu lif di blok 116, sehinggalah pintu lif terbuka untuk
membawanya ke tingkat atas. Entah mengapa, untuk melayani rasa bosan, dia menekan
butang untuk ke tingkat 20 dan bukan ke tingkat 14. Di dalam lif, dia termenung
memandang ke arah siling lif. Kemudian dia memandang ke arah jam tangannya.
Beberapa minit lagi dia akan menyambut hari jadinya.

Apabila pintu lif terbuka, Aliya keluar dari perut lif, lalu menarik nafasnya dalam-dalam.
Suasana di blok 116 agak sunyi pada malam itu – yang kedengaran cuma bunyi sayup-
sayup rancangan TV berbahasa Cina yang sedang ditonton oleh seorang penduduk
tingkat 20 yang belum masuk tidur.

http://nizamzakaria.blogspot.com 2
Aliya berjalan menaiki tangga yang menuju ke arah bumbung flat. Dia memandang ke
atas. Aliya dapat melihat terdapat sebuah tangga besi di sana. Tangga besi itu mengarah
kepada sebuah pintu kecil yang nampaknya tidak terkunci seperti kebiasaannya. Dia
memberanikan dirinya untuk meniti tangga besi untuk naik ke bumbung flat.

Setibanya Aliya di bahagian teratas tangga besi itu, dia membuka pintu kecil tersebut lalu
dia memanjat sehingga dia dapat naik sehingga ke bumbung.

Aliya tidak tahu dari mana dia mendapat keberanian untuk meneroka kawasan bumbung
flatnya pada malam-malam buta seperti ini. Di dalam masa yang sama, juga dapat
merasakan seolah-olah suara hatinya terpanggil agar dia pergi ke sini. Pada malam ini.
Pada saat ini.

Aliya berjalan dengan berhati-hati di atas bumbung yang berangin itu. Tangannya
memegang dinding batu yang menutupi tangki air agar dia tidak terjatuh. Kawasan
bumbung itu dilimpahi dengan cahaya bulan yang menerangi bumi pada malam itu.
Keadaan hening di atas bumbung ditambah lagi dengan panorama kota Singapura
membuatkan perasaan Aliya tenang ketika dia sedang berada di situ.

Aliya menarik nafasnya panjang-panjang. Dia duduk di situ. Dia memandang ke arah
langit yang tidak berawan pada malam itu. Dia mengeluarkan coklat Sneakers yang
dicurinya dari tempat kerjanya tadi. Dia mengeluarkan coklat Sneakers dari bungkusan
lalu mula mengunyah.

Ketika itu Aliya memandang ke arah hujung bumbung. Dia terkejut dapat melihat seorang
lelaki dengan pakaian serba hitam sedang berdiri di situ. Lelaki tersebut memandang ke
arahnya tanpa berkata apa-apa. Aliya yakin dia pernah melihat kelibat lelaki itu sebelum
ini. Ya, Aliya pasti dia telah mengenali lelaki itu dari mimpinya sebelum ini!

Aliya memberanikan dirinya untuk mendekati lelaki tersebut. Apa yang sedang lelaki
misteri itu lakukan di situ pada malam hari seperti ini, tanya Aliya kepada dirinya sendiri.
Tetapi, dia juga sedang berada di situ. Mungkin mereka mempunyai tujuan yang sama –
mencari ketenangan.

“Excuse me...” Aliya memulakan bicara. “You buat apa di sini?”

Lelaki tersebut menoleh ke arahnya. Dia tersenyum nakal. Kemudian katanya


perlahan:

“Aku tunggu kau.”

“Apa?”

“Bukan kau ke sini kerana kau terpanggil untuk ke sini?”

http://nizamzakaria.blogspot.com 3
“Sorrylah... Wrong number. I nak balik. Dah lewat sangat ni.” Kata Aliya cepat-
cepat. Dia mahu pergi. Dia tak ada masa nak melayan perkara yang bukan-bukan di
malam hari seperti ini di atas bumbung blok 116 yang sepi itu.

“Aliya...”

“Huh?” Aliya terkejut lelaki tersebut memanggil namanya.

“Nama aku Awang... Kita pernah bertemu.”

“Apa?”

“Kau pernah melihat aku di dalam mimpi kau... Di sini.”

“Mana kau tahu tentang ini semua?” tanya Aliya kehairanan. Tetapi dia tidak
takut. Dia dapat merasakan dia tidak perlu takut kepada Awang.

“Aliya... Segala-galanya tentang diri kau aku tahu.” Awang berjalan semakin
hampir ke bahagian tebing bumbung. “Aku tahu tentang diri kau lebih dari kau mengenali
siapa diri kau itu sendiri—”

“Siapa kau sebenarnya?” cahaya bulan menyimbah ke wajah Awang yang pucat.
Wajah Awang menampakkan ketenangan. Dia mempunyai raut wajah yang tampan tetapi
jelas kelihatan seperti dia pernah menanggung musibah yang tidak terkira beratnya.

“Sudah aku jelaskan... Nama aku Awang.” Jawabnya lalu berjalan meniti tebing di
tepi bumbung. Jika dia tidak berhati-hati dia akan jatuh ke bawah. Aliya kelihatan cemas
apabila Awang berjalan seperti itu, langsung tidak mengendahkan keselamatannya.

“Apa yang kau mahu dari aku?” tanya Aliya. Kemudian dia mahu memekik
apabila dia melihat Awang memusingkan tubuhnya ke hadapan lalu terjun dari bangunan
flatnya itu di hadapan mata kepalanya sendiri.

Aliya mahu memekik tetapi lidahnya kelu. Dia terlalu terkejut. Awang telah terjun
membunuh diri. Kini dia menjadi saksi kepada kes bunuh diri!

“Aku mahu kau sedar bahawa kau adalah seorang manusia istimewa, Aliya.” Ujar
Awang di belakang Aliya. Mulut Aliya ternganga apabila dia mendapati Awang sedang
terapung beberapa meter dari permukaan bumbung sebelum dia turun menghadapnya.

“Aku sedang bermimpi!” tingkah Aliya di dalam hati sambil menepuk pipinya
sendiri. Dia mahu bangun dari mimpinya.

“Kau bukan bermimpi, Aliya!” ujar Awang yang telah membaca isi hatinya.
Perbuatan Awang telah membuatkan Aliya mahu panik. Degupan jantungnya semakin
kencang. Lebih-lebih lagi apabila Awang semakin mendekatinya. Awang memegang

http://nizamzakaria.blogspot.com 4
rambutnya yang panjang mengurai itu. Dia memerhatikan rambut Aliya dengan penuh
minat. Aliya menepis tangan Awang. Dia mendapati tangan Awang sejuk. Terlalu sejuk.

“Kau tentu selalu tertanya-tanya... Mengapa kau perlu hidup, sedangkan hidup ini
membosankan. Orang-orang yang kau kenali tak faham dengan perangai kau yang suka
menyendiri dan lebih-lebih lagi keistimewaan semula jadi yang kau ada. Mereka tak
faham kau mampu melihat benda-benda yang kau sendiri tidak fahami... Jika kau
dilahirkan di masa yang lampau, kau akan dianggap sebagai seorang orakel...” Awang
masih terapung di hadapannya dengan kakinya masih tidak menjejak lantai.

Buat sedetik Aliya memikirkan tentang kata-kata Awang tadi. Sememangnya


betul kata-katanya. Sejak kecil lagi dia dapat melihat imej yang bukan-bukan di dalam
kepalanya. Imej-imej tempat dan wajah yang tidak dikenalinya yang tiba-tiba sahaja
datang meresap ke dalam fikirannya. Sehingga kini dia tidak mampu untuk memahami
sebahagian besar dari apa yang dilihatnya. Tatkala dia masih kecil dia sering
menceritakan kepada anggota keluarganya yang lebih tua tentang apa yang dapat
dilihatnya - seperti berita kematian orang kampungnya serta musibah yang bakal
menimpa mereka. Ahli keluarganya akhirnya memaksa dia jangan memberitahu kepada
orang lain tentang apa yang dapat dilihatnya. Mereka tidak mahu orang kampung
memikirkan yang dia menjadi pembawa kecelakaan kepada penduduk kampungnya.

Apa yang membuat Aliya lebih gusar adalah dia dapat merasakan seperti ada
sesuatu yang tidak kena di dalam hidupnya. Aliya juga dapat merasakan seolah-olah dia
hanya menunggu masa untuk diseru untuk melakukan sesuatu yang bermakna buat
dirinya.

Selama ini Aliya hidup dalam keadaan penuh keliru. Dia keliru dengan dirinya
dan dengan keadaan di sekelilingnya. Dia tidak mampu memahami dirinya dan kuasa luar
biasa yang dipunyainya.

“Jadi apa kau mahu dari aku?” tanya Aliya dengan gugup setelah lama
dilumangkan sepi.

“Aku mahu kau ikut aku pergi dari sini... Ke tempat di mana keistimewaan kau ini
dapat digunakan untuk menyelamatkan umat manusia.”

“Okay... Benda ni dah tak masuk akal lagi. Aku nak balik!” Aliya menggelengkan
kepalanya lalu berjalan kembali ke arah anak tangga yang akan membawanya ke tingkat
bawah.

“Adakah itu yang kau mahu?” tanya Awang dengan suara yang lantang. Aliya
berhenti melangkah. Kalimah-kalimah Awang berdengung di dalam kepalanya. “Kau
mahu terus menerus hidup begini tanpa mengetahui siapa diri kau ini sebenarnya?”

Aliya menoleh lalu memandang kepada Awang. Dia tidak tahu siapa Awang ini
sebenarnya dan dia masih tidak dapat mempercayai dia sedang mendengar kata-kata
seorang lelaki yang mampu terapung di udara. Mungkin dia sedang bermimpi, gamaknya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 5
“Siapa sebenarnya aku?”

“Kau manusia istimewa dengan salasilah yang cukup istimewa. Keturunan kau
sejak turun temurun telah banyak membantu manusia dengan kebolehan luar biasa yang
telah diturunkan kepada kamu semua--”

“Apa yang kau cakap ni?”

“Kau anak angkat...”

“Aku tahu, jadi kenapa?” jerkah Aliya. Sesiapa sahaja yang melihatnya pasti tahu
dia adalah anak angkat keluarganya. Dia jelas mempunyai wajah kacukan Melayu-
Eropah. Wajahnya juga manis dan terserlah cantik jika dibandingkan dengan wajah
keluarga angkatnya.

Tidak banyak yang Aliya tahu tentang latar belakangnya sendiri. Apa yang dia
tahu, ketika dia masih bayi, dia telah ditinggalkan di hadapan rumah keluarga angkatnya.
Sejak dia kecil dia telah menganggap keluarga angkatnya itu sebagai keluarganya sendiri.

“Kau tidak kenal siapa keluarga kau sebenarnya kerana kau perlu dilindungi... Jika
kau tidak disembunyikan, pihak musuh akan cuba mencari kau dan membunuh kau.”
Awang memulakan cerita.

“Ada orang mahu mencari aku dan membunuh aku?”

“Ya... Tidak lama lagi kau akan tahu sendiri tentang mereka ini.” jelas Awang
sebelum dia menambah lagi. “Ibu dan bapa kau tahu bahawa kau manusia yang istimewa.
Sebab mereka terpaksa telah menyembunyikan kau dari musuh-musuh mereka. Kedua
orang tua kau tahu kami akan datang untuk mendapatkan kau ketika usia kau tepat 18
tahun. Dan masanya kini telah tiba—“

“Apa yang telah terjadi kepada keluarga kandung aku?”

“Mereka telah lama dibunuh... Bila kita ada masa nanti, akan aku ceritakan
tentang mereka kepada kau—“

“Benda kau cakap ni semua tak masuk akal lah!”

“Kau sendiri tahu bahawa kehidupan kau akan akhirnya menuju ke arah ini. Jauh
di dalam hati kau... Kau tahu kau istimewa dan keistimewaan kau ini akan kau gunakan
dengan sebaiknya.” Kata-kata Awang bergema di dalam kepalanya tanpa Awang perlu
membuka mulutnya. Awang menggunakan kuasanya untuk masuk ke dalam kepala Aliya
lagi.

http://nizamzakaria.blogspot.com 6
Awang kini berjalan menghampirinya. Awang merenung ke dalam mata Aliya.
Buat sepintas lalu Aliya dapat melihat apa yang mahu diperlihatkan oleh Awang
kepadanya.

Wajah Aliya pucat. Kini dia lebih memahami. Di dalam sekelip mata, Awang
telah membuatkan Aliya melihat apa yang perlu dilihatnya. Aliya telah diperlihatkan
suasana apokalips yang menakutkan apabila umat manusia diperhambai oleh satu kuasa
jahat yang mahu menguasai bumi. Pada waktu itu ramai manusia yang terkorban. Yang
hidup pula, hidup dalam keadaan kegelapan yang penuh terseksa keadaannya. Bumi ini
gelap, kontang, gersang!

Aliya mula merasakan perlu melakukan sesuatu dan nalurinya memberitahu dia
memang boleh melakukan sesuatu untuk menyelamatkan umat manusia.

“Tapi mengapa aku?”

"Kerana tanpa kau, kami tak mungkin dapat mengalahkan mereka." Jelas Awang
walaupun dia tidak memberitahu kepada Aliya identiti 'kami' yang telah disebutkan dalam
kalimah-kalimahnya.

“Aku tak faham...”

“Kuasa istimewa kau diperlukan oleh kami untuk cuba menghalang mereka dari
cuba memusnahkan manusia dengan menukar perjalanan sejarah.”

“Apa?”

“Dunia kau ini... Adalah dunia yang telah mereka ubah perjalanan sejarahnya...
Jika kita tidak melakukan sesuatu, dunia kau ini akan berubah di luar jangkauan
pemahaman kau!”

“Maksud kau?”

“Dengan menukar perjalanan sejarah... Mereka dapat memastikan penguasaan


mutlak mereka terhadap manusia.”

“Kau dari mana sebenarnya ni?” tanya Aliya kebingungan.

“Kau akan tahu kelak.” Kata Awang tanpa mahu menjelaskan lagi. “Kau perlu
aku bawa ke dunia aku.”

“Tidak. Maafkan aku. This is too weird!”

“Kau tak ada pilihan lain, Aliya.” Awang mengeluarkan sebilah pisau tajam dari
dalam kotnya. Dia menoreh telapak tangannya. Dia memastikan darah pekatnya melekat
pada pisau itu sebelum dia menghunus pisau tersebut ke dalam perut Aliya. Perkara ini

http://nizamzakaria.blogspot.com 7
dilakukan Awang dengan cekap dan cepat sehingga tidak sempat Aliya dapat mengelak.
Bajunya terus dibasahi dengan darahnya yang mengalir deras dari perutnya.

Aliya dapat merasakan kesakitan yang amat sangat. Bisa tusukan pisau Awang
terasa sehingga ke tulang sum-sum. Dalam sepantas kilat, Awang menolaknya ke tebing
bumbung sehingga mereka berdua terjatuh dari bangunan 20 tingkat itu. Dengan serta
merta Aliya mula sedar dia sedang berhadapan dengan kematiannya sendiri.

Aliya dapat melihat dirinya terjatuh bersama Awang di hadapannya. Semuanya


berlaku seperti sebuah filem yang telah dilambatkan. Aliya dapat melihat wajah Awang
yang kelihatan puas ketika tubuhnya berhenti dari terus terjatuh lalu terapung di tingkat 6.

Tatkala itu, Awang menarik kembali pisau yang tertusuk di perut Aliya. Darah
Aliya yang membasahi bajunya kini hilang seperti diserap masuk kembali ke dalam
tubuhnya.

Sedetik kemudian, tubuh Aliya rebah ke atas lantai simen di hadapan sebuah
kedai foto di blok 116 . Awang yang sedang terapung di tingkat 6 itu pula dengan
selamba masuk ke dalam koridor lalu berjalan ke arah lif terdekat.

Tubuh Aliya terkulai kaku di atas lantai simen yang dingin dengan kepalanya
terpusing ke belakang.

Seminit kemudian, seorang wanita menjerit apabila dia terserempak dengan tubuh
Aliya yang terkulai di hadapannya. Awang berjalan menghampiri tubuh Aliya. Dia
tersenyum puas. Walaupun begitu dia tahu kerjanya belum selesai lagi...

Aliya bermimpi. Di dalam mimpinya ngerinya itu dia dapat melihat kembali kemusnahan
kepada umat manusia yang telah ditunjukkan oleh Awang kepadanya sebelum ini. Mimpi
ngerinya itu berulang-ulang - dia langsung tidak dapat melarikan dirinya dari terus
digamit mimpi ngeri itu. Dia merasa dirinya terperangkap di dalam mimpi ngerinya
sendiri...

Apabila Aliya membuka matanya, dia mendapati Awang sedang berdiri di hadapannya.
Bayu dingin malam menyapu wajahnya ketika dia sedang berada di dalam keadaan
terbaring di sebelah kubur yang baru sahaja digali. Aliya cuba menggeliat, tetapi dia
mendapati tubuhnya telah dikapankan. Dua orang gadis kembar berbangsa Eropah
berambut perang membuka kain kapan yang melitupi tubuhnya.

Tubuh Aliya diselimuti dengan sehelai kain berwarna hitam sebaik sahaja kain
kapannya selesai dibuka. Pasangan kembar itu kemudian memandang ke arah Awang
untuk menunggu arahan seterusnya dari Awang.

Tatkala itu Aliya menghirup udara malam dalam-dalam. Dia merasa begitu segar
sekali. Dirinya merasa begitu bertenaga. Dia tidak perlu lagi mengenakan cermin mata

http://nizamzakaria.blogspot.com 8
atau kanta pelekapnya untuk melihat dengan jelas. Dia merasa pelik seolah dia sedang
berada di dalam tubuh yang lain.

“Di mana aku sekarang?” tanya Aliya dengan wajah penuh kerisauan. Bingung.
Lapar. Dahaga...

“Kau di tanah perkuburan Bidadari.” Jawab Awang dengan selamba.

“Apa?” Aliya memerhatikan keadaan di sekelilingnya. Sememangnya dia sedang


berada di kawasan perkuburan.

“Mereka telah tanam kau petang tadi.” Awang menjelaskan. Dia memegang bahu
Aliya. Dielusnya bahu Aliya perlahan-lahan seolah dia telah lama mesra dengannya.

“Apa ni? Is this a joke?” Aliya menepis tangan Awang.

“Aku telah uruskan agar kematian kau kelihatan seperti kejadian bunuh diri.”
Awang memandang kepada skrin kecil di lengannya yang mula berkelip-kelip. “Sekarang
dengan rasminya kau dianggap telah mati. Jadi tidak ada sesiapapun yang akan mencari
kau lagi. Kau boleh bergerak bebas untuk ke mana-mana yang kau suka.”

“Kematian aku? Apa pulak ni? Aku masih hidup!” Aliya menyerigai dalam
kekeliruannya. Walaupun begitu, dia masih dapat mengingati perbuatan Awang
membunuhnya dengan menusukkan pisau ke dalam tubuhnya lalu menolaknya jatuh dari
flat tempat tinggalnya. Aliya memandang ke perutnya. Dia mendapati tidak terdapat apa-
apa kesan tusukan di situ.

“Kau pastinya haus.” Awang menukar corak perbualan dengan mencampakkan


sebiji botol logam berwarna merah kepada Aliya. Dengan pantas Aliya dapat menangkap
botol tersebut. Dia sendiri tidak mempercayai ketangkasan tangannya.

Aliya membuka penutup botol tersebut. Dia meneguk isi botol tersebut. Dia tidak
pernah merasakan air sesedap itu di dalam hidupnya. Setiap tegukan cecair di dalam botol
yang masuk ke dalam perutnya terasa seperti membuatkan dirinya semakin segar dan
bertenaga. Rasa lapar dan dahaga yang amat sangat yang telah dirasakannya tadi hilang
dengan serta-merta.

"Air apa ini?" tanya Aliya kepada Awang. Tubuhnya yang tadi terasa dingin kini
dihangati haba tenaga luar biasa.

“Darah...” jawab Awang tenang. “Bukan dari jenis sintetik. Aku fikir kau layak
merasai darah asli manusia buat kali pertama kau menghilangkan rasa lapar di dalam diri
kau...

“Mulai sekarang, tubuh kau hanya boleh menerima darah untuk kau minum agar
kau dapat terus hidup. Kau tidak boleh makan seperti manusia biasa. Tubuh kau tidak
akan menerima apa yang kau makan. Kau perlu ingat, kau bukan bergelar manusia lagi...”

http://nizamzakaria.blogspot.com 9
Wajah Aliya berubah pucat. Botol yang dipegangnya tadi terjatuh ke atas tanah.
Dia tidak mahu mempercayai kata-kata Awang tadi hatta nalurinya memberitahu Awang
berkata benar kepadanya.

Di dalam pada itu, Aliya mula sedar kini pandangan matanya menjadi semakin
terang dan pendengarannya juga bertambah jelas. Aliya memandang ke arah beberapa
lembaga aneh yang muncul di hadapannya berjalan mundar-mandir di kawasan
perkuburan.

“Siapa mereka?” tanya Aliya ketakutan. Bulu romanya naik menegak melihat
kelibat lembaga-lembaga ini yang kelihatan begitu menyeramkan baginya.

“Tak usah pedulikan siapa mereka... Mereka tak akan ganggu kau selagi kau tak
mengganggu mereka.” Ujar Awang. Aliya ketakutan. Sukar untuk dia mencerna
penjelasan dari Awang tadi inikan pula menerima apa yang sedang berlaku kepadanya
sekarang. Dia masih bingung. Dia masih yakin dia sedang bermimpi.

“Jadi apa yang telah kau lakukan kepada aku?” Sekonyong-konyongnya Aliya
bertanyakan soalan ini kepada Awang apabila dia semakin sedar perubahan yang berlaku
terhadap dirinya. Fikirannya masih bingung. Otaknya masih cacamarba.

“Kau telah dilahirkan semula sebagai makhluk seperti aku.”

“Apa maksud kau?”

“Kau sekarang seorang vampiro, Aliya... Seorang orakel yang telah dijadikan
seorang vampiro.... Kau bakal menjadi antara vampiro yang paling berkuasa yang pernah
wujud di dunia ini.” Awang menekan skin lebar di lengannya. Sarung tangan hitamnya
mengeluarkan cahaya terang pada bahagian hujung jari telunjuknya. Kemudian dia
menuding jari telunjuknya itu ke hadapan seolah ingin menyentuh sesuatu. Ruang kosong
di hadapannya kelihatan seperti air yang terpercik kemudian bergelombang. Perlahan-
lahan gelombang itu semakin membesar sebelum berubah menjadi sebuah pusaran
dengan diameter 2 meter lebar.

Awang memegang tangan Aliya. Serta merta Aliya dapat merasakan dia perlu
memberikan sepenuh kepercayaan kepada Awang. Dia berjalan mengikut Awang masuk
ke dalam pusaran misteri itu...

http://nizamzakaria.blogspot.com 10
Buku I. Bab 1

Selama hidupku, aku pasti bahawa aku telah dilahirkan pada tahun 1493 - itulah yang aku
fikirkan, kerana tatkala itu aku berumur 17 tahun atau mungkin 18, ketika Portugis datang
menyerang Melaka.

Sememangnya aku telah menyaksikan segala-galanya. Jika aku diminta


menceritakan kembali peristiwa berdarah serangan Portugis ke atas Melaka, mungkin
mereka yang mendengarnya tidak akan mempercayainya. Mereka mungkin tidak akan
mempercayai bahawa pada satu ketika dahulu bumi Melaka yang bertuah pernah
bermandikan darah...

Sayugia dicatatkan di sini aku sendiri telah melihat bagaimana sungai Melaka
pernah bertukar merah. Aku sendiri melihat bagaimana ramainya anak-anak Melayu
Melaka yang telah dibunuh, disembelih dan diseksa di hadapanku. Aku dapat melihat
segala-galanya.

Ketika itu aku bersama anak-anak muda Melayu Melaka yang lain, kami telah
berhempas pulas cuba mempertahankan kota Melaka, tetapi tidak banyak yang dapat
kami lakukan untuk melawan bala tentera Portugis yang lengkap bersenjata dan cukup
terlatih. Masakan anak-anak muda Melaka sepertiku yang hanya bersenjatakan pedang,
keris dan tombak dapat melawan bala tentera Portugis yang bersenjatakan meriam,
senapang dan panah?

Tatkala aku tidak mampu melawan kemaraan bala tentera Portugis lagi, yang terus
menyerang, merompak dan memusnahkan kota Melaka, aku terus pulang ke rumahku
yang terletak di pinggir kota Melaka untuk mempertahankan nasib keluargaku di sana.

Tengah malam. Aku pulang kepenatan dengan bajuku yang dikotori lumpur dan
darah. Hanyir. Aku dapat melihat wajah bimbang ibu dan bapaku. Ibuku menangis sambil
memelukku. Dia fikir aku sudah mati, kerana ramai anak jiran-jiranku yang diberitakan
telah mati. Aku memberitahu kepadanya bahawa nyawaku masih liat. Aku belum mahu
mati lagi.

Tidak sampai sejam aku berada di rumah, seorang anggota tentera Portugis
merempuh masuk ke dalam rumahku. Sebelum api pelita di rumahku padam, aku dapat
melihat wajahnya yang pucat dengan rambutnya yang perang keemasan. Tidak seperti
tentera-tentera Portugis yang lain, aku dapati wajahnya licin tidak berjambang. Matanya
biru. Wajahnya berseri. Usianya mungkin di sekitar pertengahan 20-an. Dia masih muda
lagi.

Aku pasti aku boleh melawannya. Jadi aku mengambil kerisku dan bapaku pula
mengeluarkan tombak untuk cuma menewaskannya. Kami cuba sedaya upaya kami untuk
menyekat kemaraannya, tetapi dengan cepat aku sedar bahawa apa yang cuba kami
tentang pada ketika itu adalah sesuatu yang berada jauh di luar jangkauan kami.

http://nizamzakaria.blogspot.com 11
Seteruku itu terlalu kuat. Terlalu hebat. Sebaik sahaja pelita dipadamkan olehnya,
aku langsung tidak dapat melihat kelibatnya dengan jelas. Aku hanya dapat melihat satu
bayangan hitam yang bergerak pantas di dalam gelap. Kemudian tanpa amaran, dengan
sekali libas, dia membuatku terpelanting ke udara lalu rebah melanggar dinding kayu
rumahku sehingga pecah. Aku tidak dapat mengingati apa yang telah berlaku selepas itu.
Aku jatuh pengsan buat seketika.

Tatkala aku membuka mataku, aku dapat melihat bahagian dapur rumahku mula
terbakar. Di dalam cahaya samar-samar aku dapat melihat tubuh adik-adikku yang masih
kecil bergelimpangan dalam keadaan mengerikan di hadapanku. Aku dapat mendengar
suara ibuku menjerit-jerit sambil memeluk tubuh adik bongsuku yang berlumuran darah.
Lehernya telah dikelar. Apabila aku memandang ke arah pintu yang mengarah kepada
anjung rumahku, aku dapat melihat bapaku pula - di hadapan mata kepalaku sendiri,
dibunuh dengan cara yang kejam. Lehernya ditoreh dengan sebilah pisau besi yang tajam
yang akhirnya aku kenali sebagai pisau secespita – sebilah pisau yang telah digunakan
untuk membunuh keluargaku yang kini menjadi milikku.

Darah memancut keluar dengan deras dari leher bapaku, lantas darahnya itu
diratah oleh tentera Portugis yang kejam itu, yang kemudian aku kenali dengan nama
Cassius, orang paling kanan Fernao de Magalhaes; seorang nakhoda salah sebuah kapal
perang dalam satu armada yang telah diketuai oleh Alfonso d'Albuquerque.

Ibuku, kerana terlalu ketakutan melihat adik-adikku serta bapaku dibunuh dengan
kejam oleh Cassius terus pengsan di hadapanku, hanya untuk dibunuh oleh Cassius
dengan cara yang sama beberapa detik kemudian. Darahnya dihisap dengan lahap
sehinggalah ke saat nadinya terhenti. Terkulai. Mati.

Tatkala aku melihat keluargaku dibunuh dengan kejam oleh Cassius, aku
langsung tidak mampu melawan, tubuhku pada waktu itu terlalu lemah rasanya. Kaki dan
tanganku seperti telah dilumpuhkan Cassius. Sememangnya aku lebih rela mati pada
malam itu dari melihat Cassius membunuh mereka yang aku sayangi. Tetapi hakikatnya,
kematian yang aku minta tidak akan dapat dikecap sehinggalah aku berusia 28 tahun.
Hanya pada waktu itulah aku diberikan peluang untuk mati.

Setelah selesai Cassius membunuh seluruh anggota keluargaku di hadapan mataku, dia
telah menangkapku, lantas dia membawaku ke atas kapal yang dikendalikan Fernao. Di
sana, aku telah dipasung bersama beberapa lagi tawanan lain. Cassius telah dibenarkan
untuk melakukan apa sahaja ke atas tawanan-tawanan perangnya. Dia diberikan kuasa ini
sebagai ganjaran oleh Fernao kerana telah membantu pihak Portugis menawan Melaka.

Maka pada ketika itulah aku terus diperlihatkan kepada kekejaman Cassius yang
tidak mengenali batas. Dia cuba mengorek rahsia dari diriku untuk mengetahui tempat
persembunyian saki-baki tentera Melaka yang masih cuba berjuang menentang
penjajahan Portugis sehingga ke titisan darah mereka yang terakhir. Aku sememangnya
langsung tidak tahu menahu tentang hal ini. Aku cuba memberitahunya melalui seorang
pedagang India bahawa aku anak seorang pedagang yang berasal dari Sumatra. Aku
langsung tidak tahu menahu tentang rahsia ketenteraan Melaka.

http://nizamzakaria.blogspot.com 12
“Dia kata kau berbohong,” ujar Pedagang dari India itu kepadaku dengan
suara terketar-ketar di dalam bahasa Portugis yang telah dipelajarinya di Goa. Cassius
memandang ke dalam wajahku dalam-dalam sebelum dia keluar dari bilik penyeksaan itu.

Beberapa minit kemudian, dia muncul semula ke dalam bilik dengan membawa
kawan sekampungku yang bernama Kasturi yang telah bersama-sama berjuang melawan
kemaraan Portugis ke Melaka beberapa hari yang lalu. Hubunganku dengan Kasturi
memang rapat, malah aku telah menganggapnya sebagai abang kandungku sendiri. Jika
bukan kerananya, aku tidak mungkin akan berhempas pulas cuba mempertahankan
Melaka dari ditawan Portugis...

Kasturi yang berusia tiga lebih tua dariku itu telah diiringi oleh dua orang tentera
Portugis. Aku dapat melihat Kasturi berada di dalam keadaan bogel dengan tubuhnya
dipenuhi dengan tanda-tanda sebatan. Aku mahu memalingkan kepalaku ke arah lain,
tetapi Cassius telah memegang kepalaku dengan kuat agar aku dapat menyaksikan
kekejaman yang bakal dilakukannya kepada Kasturi.

“Beritahu kepadanya di mana hulubalang-hulubalang bersembunyi!” pedagang


India itu memberitahu kepadaku kemahuan Cassius. Kasturi merintih meminta agar
diriku dibebaskan. Kasturi mencium kaki Cassius lalu memberitahu kepadanya bahawa
dia sanggup mati asalkan nyawaku dapat diselamatkan. Cassius hanya mentertawakannya
lalu menyuruh kedua orang pembantunya agar mencangkuk kaki dan tangan Kasturi
dengan cangkuk besi yang tajam. Kasturi menjerit sekuat hati menahan sakit.

“Aku tak tahu!” getusku cuba melawan. Kataku lagi: “Dia boleh bunuh aku kalau
dia mahu, tapi aku tak boleh beritahu kepadanya apa yang aku sendiri tak tahu!”

Cassius kemudian menggelengkan kepalanya, seolah-olah dia bosan mendengar


penjelasanku.

"Kalau kau tak beritahu, dia akan siat kulit kawan kau!" ucap pedagang India
dengan suaranya diberatkan ketakutan.

“Aku cakap aku tak tahu!” kataku kini dengan suara lesu. Salah seorang tentera
Portugis telah diminta Cassius agar memegang kepalaku dan mataku dibuka secara paksa.

Aku akhirnya menangis walaupun pada ketika itu tidak ada air mata lagi yang
mampu mengalir dari mataku – apabila aku melihat kulit Kasturi disiat-siat oleh Cassius.
Jeritan Kasturi begitu menyayat hati sehingga hari ini jeritannya itu masih terngiang-
ngiang di dalam kepalaku.

Kulit Kasturi telah disiat dengan begitu teliti oleh Cassius. Sememangnya Cassius
mempunyai ketelitian yang tinggi di dalam bidang ini. Dia telah melakukan kerjanya
dengan begitu teliti dengan pisau secespita yang tajam sehingga kulit Kasturi dapat
ditanggalkan seperti baju. Darah merah pekat Kasturi membuak-buak jatuh ketika
Cassius melakukan pekerjaannya ini.

http://nizamzakaria.blogspot.com 13
Aku tidak dapat membayangkan keperitan penyeksaan yang terpaksa dilalui oleh
Kasturi pada ketika itu. Aku tak sanggup melihat keadaannya. Pedagang India yang ada
bersama pada ketika itu jatuh pengsan melihatkan kekejaman yang telah dilakukan
kepada Kasturi.

Beberapa kali Kasturi telah meminta agar Cassius membunuhnya sahaja dari dia
terpaksa menanggung kesakitan yang amat sangat sebegini - lebih-lebih lagi apabila
Cassius menyiat kulit kepalanya dan mukanya sehingga hanya kelihatan biji mata dan
daging merah yang masih melekat di tengkorak mukanya. Arakian selepas itu, aku dapat
mendengar jeritan Kasturi terhenti. Yang tertinggal pada waktu itu hanyalah sekujur
tubuh merah yang tidak berkulit dengan darah menitik ke atas lantai papan. Ketika itu,
aku dapati Kasturi masih bernafas lagi. Dia masih hidup lagi di dalam keadaan tubuhnya
yang mengerikan itu. Cassius menjilat darah Kasturi yang menitik dari tubuhnya itu
dengan lidahnya sehingga ke titisan yang terakhir apabila nyawa Kasturi akhirnya
berpisah dari tubuhnya.

Genggaman di kepalaku dilepaskan sebaik sahaja Cassius selesai melakukan


tugasnya. Aku memandang ke bawah lantas melihat darah Kasturi yang tergenang di
papan lantai dengan bau hanyir darahnya itu menusuk ke hidung. Menjijikkan! Aku mahu
muntah, tetapi perutku tidak terkandung lagi ini untuk aku muntahkan setelah tiga hari
aku tidak menjamah makanan.

“Aku tahu kau tidak tahu menahu tentang tempat persembunyian tentera
Melaka...” Kata Cassius menggenggam rambutku tanpa mulutnya bergerak-gerak. Dia
telah menujukan kalimah-kalimah yang aku fahami ini terus ke dalam hatiku.

“Jadi kenapa kau perlu seksanya begini?” aku memberanikan diriku untuk
bertanyakan soalan ini kepadanya.

“Kerana aku mahu mengujimu.” Itulah jawapan yang diberikan kepadaku sebelum
dia keluar mengheret tubuhku yang lemah dari bilik penyeksaan itu. “Dan kerana aku
tahu jika dia mati, maka tak ada lagilah manusia yang kau sayangi lagi dalam dunia ini...”
katanya sebelum aku dihumbankan kembali ke dalam bilik tawanan yang gelap serta
busuk dengan bau mayat-mayat yang masih tidak dikeluarkan lagi.

Fernao telah memilih untuk membiarkanku terus hidup dari aku dijadikan bahan hiburan
oleh Cassius - dengan diriku diseksa setengah mati sebelum aku dibahamnya seperti
tawanan-tawanan lain.

Cassius pernah memberitahuku, tatkala Fernao pergi melawat tawanan-


tawanannya, dia terus terpegun melihat keindahan wajahku di dalam ramai-ramai
tawanan yang ada. Kata Cassius:

“Keindahan wajahmu tatkala disinari sinaran cahaya bulan merupakan satu


keindahan yang berjaya membuat dirinya terpesona. Kau mempunyai satu wajah yang
mampu melembutkan jiwanya.”

http://nizamzakaria.blogspot.com 14
Di atas permintaan Fernao, dia telah mengarahkan Cassius agar aku dibebaskan
lantas dihadiahkan kepadanya sebagai hamba tebusannya. Cassius bersetuju, walaupun
katanya, sebelum ini dia telah bercadang untuk menoreh dadaku dan mengeluarkan
jantungku ketika ia masih lagi kencang berdegup.

Maka, Fernao telah menjadikanku sebagai hamba suruhannya. Lagipun sudah


menjadi satu tradisi untuk anggota angkatan laut Portugis diberikan seorang hamba
tebusan perang. Cuma kebanyakan dari mereka mengambil hamba tebusan wanita yang
mana keturunan mereka terus berada di Melaka sehingga kini....

Tetapi pada mulanya bukan satu perkara yang mudah untuk membuat menerima
hakikat bahawa aku dijadikan seorang hamba. Memang sejak kecil lagi aku telah
menunjukkan bahawa aku mempunyai sifat yang degil dan keras kepala. Akan tetapi,
Cassius mempunyai caranya yang tersendiri untuk melentur malah memecahkan
semangat kentalku. Selama hampir dua minggu aku tidak diberi makan dan dikurung
bersama berpuluh-puluh tawanannya yang lain. Dan dalam masa itulah bermacam-macam
jenis kekejaman dan keganasan yang dapat aku lihat terus dilakukan Cassius kepada
tawanan-tawanan perang Portugis. Tatkala itulah aku mula sedar bahawa Cassius bukan
seorang manusia mahupun haiwan. Dia adalah sesuatu makhluk yang hanya mampu
muncul di malam hari untuk menyeksa kemudian meratah darah tawanan-tawanannya.

Mereka yang telah mati, mayat mereka telah dibiarkan busuk di dalam bilik
tawanan. Entah berapa puluh mayat yang busuk di simpan di dalam bilik kurungannya
sebelum mayat-mayat itu dibuang ke dalam laut. Satu demi satu tawanan yang telah
dipasung, dibunuh dengan cara yang kejam. Aku hanya menunggu masanya sahaja untuk
mati, dan mati dengan cara yang perlahan dan menjijikkan. Tetapi aku tidak diberikan
pilihan oleh Cassius untuk memilih jalan yang berakhir dengan kematian... dia mahu aku
terus hidup. Setelah aku memikirkan tentang nasibku kini hidup sebagai seorang vampiro,
mungkin ada baiknya jika aku mati sahaja pada waktu itu. Tetapi ini tidak, dia terus
menyeksaku dengan menjadikan aku seorang vampiro...

Perlahan-lahan aku akhirnya akur bahawa aku tidak mungkin mampu melawan
seteruku Cassius. Cassius yang aku benci setengah mati itu tidak mungkin dapat aku
lawan. Jika dia manusia, mungkin aku boleh melakukan sesuatu untuk sekurang-
kurangnya membuka pencak silat, seperti yang pernah diajarkan oleh bapaku, seorang
pedagang dari Sumatra yang terkenal, yang juga seorang guru silat yang tersohor, lantas
mencederakannya. Tetapi masakan dia mampu melakukan ini semua kerana dia bukan
manusia biasa. Aku akhirnya akur bahawa aku tidak mungkin boleh mencederakan,
malah membunuh sesuatu yang sudah lama mati, yang tidak mungkin lagi dapat diterima
bumi - yang mana kejadiannya dilaknati dan tidak lagi dapat difahami oleh manusia biasa
seperti Cassius...

Pada waktu itu, entah mengapa semangatku untuk terus hidup tiba-tiba muncul di
dalam diriku. Di dalam hatiku, aku menyimpan cita-cita untuk membunuh Cassius satu
hari nanti. Dan untuk membunuh Cassius, dia perlu terus hidup...

http://nizamzakaria.blogspot.com 15
Aku perlu tahu kelemahannya kerana aku pasti setiap makhluk tuhan pasti ada
kelemahannya. Aku terpaksa menerima hakikat bahawa untuk terus hidup, aku perlu
menjadi seorang hamba. Aku bersungguh-sungguh mahu terus hidup setelah melihat
kematian demi kematian yang kejam berlaku di hadapanku, lebih-lebih lagi kematian
keluargaku sendiri. Aku akhirnya bertekad untuk tidak mahu mati dibunuh oleh Cassius
yang sememangnya sudah lama hilang sifat-sifat peri kemanusiaannya.

Maka, aku telah dijagalah oleh Fernao seperti dia menjaga anaknya sendiri, dan pastinya
lebih dari itu. Aku terus disayang dan dibelainya, malah lebih dari apa yang mampu
diberikannya kepada isterinya sendiri, Biatriz yang selalu sahaja ditinggal-tinggalkannya.

Seterusnya Fernao mengurniakanku dengan nama baru, Enrique. Satu nama yang
diberikan kepadaku secara paksa, tanpa pengetahuanku sendiri pada mulanya. Satu nama
yang akan membuatkan diriku dicapkan oleh sejarah sebagai tali barut Portugis buat
selama-lamanya. Satu nama yang telah diberikan kepadaku setelah aku dibaptis tatkala
sedang berada dalam keadaan separuh sedar setelah dikeluarkan dari dalam kurungan di
atas kapal yang dikendalikan Fernao di selat Melaka dahulu. Tetapi apa yang pasti
bagiku, perkara ini hanya wujud pada nama dan secara paksa. Aku bertekad untuk terus
mentaati agama yang dianutiku semenjak aku dilahirkan. Cukuplah dengan yang Satu itu,
tidak perlu aku dipaksa untuk menyembah yang lain.

Setelah aku dibaptis, aku terus dididik dan dibelai oleh Fernao. Diberinya aku
segala pendidikan yang seharusnya layak diberikan kepada anak-anak bangsawan
Portugis. Melalui pendidikan yang aku terima dari Fernao, dengan segera aku dapat
mempelajari bahasa Portugis dan beberapa bahasa lain Eropah. Fernao akhirnya akur
bahawa anak Melayu seperti aku cerdik dan bukannya bodoh seperti mana yang difikirkan
oleh bangsanya yang angkuh itu. Maka setelah dia mengenaliku dan kemampuan yang
aku ada, langsung ditolaknya ke tepi segala prasangka buruk tentang kelemahan umat
manusia Nusantara yang pernah ada di dalam jiwanya.

Walaupun hubunganku dengan Fernao baik, sejak dari mula lagi aku dapati
hubunganku dengan pelaut-pelaut yang lain agak renggang. Mungkin kerana aku sendiri
tidak mahu mengadakan hubungan rapat dengan mereka, kerana aku tidak mungkin dapat
melupakan bahawa mereka adalah bangsa yang telah menjajah bangsaku.

Selain dari menerima nama jolokan ‘hitam’ kerana kulitku yang jelas lebih gelap
dari pelaut-pelaut Portugis yang putih dan pucat itu, aku telah diberikan nama jolokon
‘muy ladino’, kerana kebolehanku bertutur dalam pelbagai bahasa. Dengan kebolehanku
bertutur dalam beberapa bahasa Eropah, aku telah menolong dan mengajar Francesco
Antonio Pigafetta mempelajari bahasa Melayu. Dengan bantuanku, Francesco akhirnya
dapat mengumpul sebanyak 426 perkataan Melayu, lantas diabadikan di dalam kamus
Melayu-Itali pertama oleh Alessandrio Bausini.

Berbekalkan ilmu pelayaran yang pernah dipelajarinya dari bapaku, serta apa yang
diajarkan sendiri oleh Fernao, aku akhirnya menjadi seorang yang ahli dalam seni
pelayaran.

http://nizamzakaria.blogspot.com 16
Kesetiaan aku pada ketika itu hanya kepada Fernao yang selama ini telah banyak
berbudi kepadaku. Walaupun begitu, pada waktu itu aku tidak pernah lupa bahawa
Fernao dan Cassius adalah seteruku dan mereka berdua adalah sebab mengapa aku perlu
terus hidup. Kedua-duanya harus mati di tanganku nanti!

Arakiannya, aku telah mempelajari tentang kejadian Cassius tatkala dia bersama
bala tentera Portugis pergi memerangi pihak Moor di Maghribi setahun selepas mereka
berjaya menakluki Melaka. Tatkala berperang di tanah Afrika di dalam peperangan
Azamor itulah aku telah menyelamatkan nyawa Fernao, walaupun aku kadangkala
merasakan Fernao seharusnya dibiarkan mati di sana.

Dalam keadaan tempang, di atas kapal perangnya, Fernao telah memberikan aku
apa sahaja permintaan darinya sebagai ganjaran kerana telah menyelamatkan nyawanya.
Aku tidak meminta ganjaran dari segi wang dan harta, memandangkan aku tidak pernah
berminat kepada kekayaan, mahupun kebebasannya sendiri, kerana fikirku, aku sudah
cukup puas dapat berlayar ke segala pelosok Nusantara sehingga ke Eropah bersamanya.
Apa yang aku mahu darinya adalah cerita mengenai latar belakang Cassius...

Maka ditunaikan Fernao permintaanku itu. Lagipun Fernao sudah merasakan


bahawa telah sampai masanya untukku mengetahui kisah sebenar tentang kejadian
Cassius. Dengan panjang lebar Fernao telah menceritakan kepadaku mengapa Cassius
hauskan darah dan hanya dapat hidup dengan darah. Fernao memberitahuku bahawa
makhluk seperti Cassius dikenali di Lisbon dan di beberapa tempat di Eropah dengan
nama Vampiro. Dia mungkin telah hidup sejak beratus-ratus tahun yang lalu, atau
mungkin lebih dari itu.

Menurut Fernao, Cassius telah berjaya ditangkap hidup-hidup di India ketika


beliau cuba lari ke Venice - satu perkara yang jarang dapat dilakukan kepada makhluk
vampiro. Fikir Fernao, Mungkin juga Cassius mahu dirinya ditangkap. Apa yang pasti,
Fernao sedar bahawa dia harus menggunakan segala kelebihan yang ada dalam diri
Cassius untuk mengalahkan lawannya tatkala berperang. Jika bukan kerana bantuan
Cassius dengan menggunakan kuasa luar biasa yang ada di dalam dirinya, masakan bala
tentera Portugis seramai 1200 orang tentera dengan 14 buah kapal masih boleh menakluki
Melaka, sedangnya Melaka mempunyai bala tentera seramai 20,000 orang yang
dilengkapkan dengan 2000 patah senapang...

Maka terburailah segala rahsia kekuatan bala tentera Portugis dan juga siapa
Cassius sebenarnya. Jika selama ini kisah mengenai Cassius hanya menjadi desas-desus
anak-anak kapal, kini desas-desus itu telah disahkan sendiri oleh Fernao. Maka dengan
kepastian ini, dapatlah aku mengetahui serta mempelajari segala kelemahan yang
mungkin ada pada diri Cassius dan cara untuk memusnahkannya jika perlu.

Peluang untuk aku bersemuka kembali dengan Cassius timbul apabila malang mula
menimpa diri Fernao selepas melakukan tugas-tugas ketenteraan di Afrika dan di India.
Beliau telah dituduh melakukan salah laku mengadakan hubungan perdagangan haram
dengan pihak Moor sehingga Raja Portugis, Manuel I tidak lagi mahu Fernao

http://nizamzakaria.blogspot.com 17
menghadapnya, dan dalam kekecewaan ini, Fernao telah menawarkan khidmatnya kepada
Sepanyol.

Untuk meyakinkan Raja Carlos I untuk memberikannya tugas untuk meneroka


lautan yang tidak pernah diterokai oleh kuasa-kuasa Eropah, Fernao telah membawa aku
menghadap Raja Carlos I di istananya di. Aku telah dipersembahkan kepada Raja Carlos I
dan kepada Majlis Dirajanya sebagai seorang juru bahasa dan pelaut yang dapat
berkhidmat untuk pihaknya sebaik sahaja pihak Sepanyol tiba di kepulauan rempah nanti.

Maka pada waktu aku dibawa untuk menghadap Raja Carlos I yang pada ketika itu masih
lagi berusia 18 tahun. Aku akhirnya dapat melihat sendiri kedaulatan dan keagungan
seorang raja Eropah yang amat-amat berkuasa pada waktu itu - termasuk segala kekayaan
yang telah dirampasnya dari Andalusia. Di istananya yang gah itu aku telah diuji sama
ada benar aku mampu berbahasa Melayu - seorang gadis yang berasal dari Sumatra yang
telah dijadikan hamba di bawa untuk berhadapan denganku.

Aku agak terkejut melihat seorang gadis Melayu yang berpakaian Eropah
dihadapkan di hadapan Raja Carlos I. Dengan perasaan takut-takut aku bercakap
kepadanya.

“Saya mahu pulang. Beritahu kepada mereka saya mahu pulang! Saya lebih rela
mati dari terus diperhambakan begini!” Itulah kalimah-kalimah pertama yang kudengari
diluahkan kepadaku. Gadis yang tidak sempat ku tanya namanya itu hampir-hampir mahu
menangis di hadapanku.

Aku menarik nafasku panjang-panjang. Aku pasti bahawa gadis tersebut yang
senasib denganku itu telah dijadikan hamba seks oleh tuannya. Jika difikirkan, nasib kami
sebenarnya serupa dalam banyak hal...

“Saya tidak dapat membantu, kerana saya sendiri seorang hamba.” Sambutku
sebelum aku menoleh kepada Raja Carlos I, lantas memberitahu kepadanya dalam bahasa
Perancis tentang apa yang telah dikatakan oleh gadis tersebut.

Raja Carlos I sekadar ketawa, seolah-olah dia sedang berhadapan dengan dua anak
patung automata yang mampu berkata-kata dan bukan dua orang manusia yang
mempunyai hati dan perasaan. Aku rasa pada waktu itu, baginda cukup terpesona tatkala
melihat sendiri kebolehanku bertutur dalam beberapa bahasa utama Eropah dengan fasih.

Raja Carlos I yang mempunyai cita-cita tinggi untuk menjadikan Sepanyol sebuah kuasa
besar akhirnya bersetuju untuk meneroka jalan barat untuk ke Nusantara dan khususnya
ke Maluku. Fernao menerima berita baik ini dengan gembira, walaupun dia telah terlebih
dahulu diberitahu oleh Rui Faleiro, ahli nujum, ahli astronomi dan ahli matematik yang
menjadi rakan kongsinya di dalam ekspedisi ini bahawa dalam tilikannya, sememangnya
Fernao telah ditakdirkan untuk mengelilingi dunia.

Raja Carlos I telah memberikan Fernao dan Rui 5 buah kapal, San Antonio,
Conception, Victoria, Santiago serta kapal utama Trinidad untuk dikendalikannya bagi

http://nizamzakaria.blogspot.com 18
mencari jalan dari arah barat untuk ke Maluku kerana pihak Portugis telah mendominasi
jalan dari arah timur. Sekali lagi, untuk melakukan tugas yang berat ini, Fernao telah
mendapatkan khidmat Cassius...

Rui tidak bersetuju dengan keputusan Fernao mendapatkan khidmat Cassius.


Dalam tilikannya, dia dapat melihat kejadian yang tidak baik bakal menimpa dirinya jika
dia mengikut ekspedisi ini. Dia akhirnya memberitahu kepada Fernao dia mahu menarik
dirinya dari ekspedisi ini. Fernao kecewa dengan keputusan yang telah diambil Rui.
Sebelum mereka berpisah, Rui telah membisikkan sesuatu ke dalam telingaku. Katanya,
dalam ramalannya, dia dapat melihat Fernao akan menemui ajalnya di dalam ekspidisinya
mencari jalan baru ke Kepulauan Rempah Maluku.

“Aku pula bagaimana? Apa yang kau boleh lihat dari hasil tilikanmu?” aku
memberanikan diriku untuk bertanyakan soalan ini kepada Rui.

“Kau perlu berhati-hati dengan Cassius. Hidup dan matimu ada di tangannya.”
Itulah katanya tanpa mahu menambah lagi. Itulah kali terkhir aku bertemu dengannya.

Maka Aku, Fernao, Cassius serta anak-anak kapal seramai lebih 270 berlepas dari
pelabuhan Sepanyol di Sanlucar de Barrameda pada tanggal 20 September 1519. Satu
perjalanan penuh bersejarah dan akan terus diingati oleh manusia sejagat.

**

“Persediaan selama 18 bulan telah diambil sebelum kita boleh belayar dari
Seville... Dan sekarang, kita terdampar di sini!” ujar Cassius yang tiba-tiba muncul di
belakangku. Wajahnya nampak pucat di bawah sinaran bulan yang sedang mengambang
pada malam itu.

Aku terkejut melihat kemunculannya yang datang secara tiba-tiba. Tatkala itu aku
sedang termenung kosong di atas kapal Trinidad di teluk San Julián yang terletak di
Amerika Selatan.

“Pelayaran ini mengambil masa yang lama untuk disediakan kerana para perisik
Raja Manuel telah mengetahui tentang pelayaran ini. Mereka telah melakukan segala-
galanya untuk memastikan agar pihak Sepanyol gagal menguasai jalan untuk ke Maluku.”
Jelas Cassius, memberitahu kepadaku sesuatu yang telah lama aku ketahui dari mulut Rui
sendiri.

“Tapi pelayaran ini telah dirahsiakan. Tidak ada sesiapapun yang sepatutnya tahu
tentang perjalanan kita ini.” Mataku terus memandang ke hadapan. Kalau boleh aku tidak
mahu menatap matanya yang biru itu.

“Raja Manuel beranggapan segala kekayaan di timur adalah miliknya dan


miliknya sahaja—“

http://nizamzakaria.blogspot.com 19
Dahi Aku terkerut mendengar penjelasan Cassius tadi. Aku tidak faham mengapa
dia perlu membuka lembaran bicaranya ini kepadaku. Sambungnya lagi:

“Malah aku sendiri telah dibayar para perisik Portugis untuk memastikan bahawa
pelayaran ini gagal.”

Aku kurang pasti jika Cassius berkata benar kepadaku ataupun dia sengaja mahu
berjenaka. Lantas untuk mengetahui dengan lebih lanjut, aku memberanikan diriku untuk
merenung ke dalam matanya. Tidak ada apa-apa yang dapat aku baca dari merenungnya
begitu. Seolah-olah jiwanya kosong.

“Aku tidak sejahat yang kau fikirkan...” Cassius tersengih sambil memandangku.
Kalimah-kalimahnya ini langsung membuatkan tekakku terasa loya tatkala
mendengarnya.

Aku terus mendiamkan diriku sambil terus memandangnya. Aku dapat melihat
wajahnya tidak pernah dimakan usia sejak kali pertama aku bertentang mata dengannya di
Melaka dahulu. Malah kini, wajahku pula nampak lebih tua darinya. Katanya kemudian
kepadaku:

“Yang lebih keterlaluan bagi aku adalah rancangan Don Juan de Fonseca, Bishop
Burgos merangkap perunding kanan Raja Carlos dan para peminjam wang dari Jerman
yang telah membiayai pelayaran ini. Mereka sebenarnya kurang senang dengan ganjaran
yang besar yang bakal diterima Fernao jika dia berjaya mencari jalan yang baru ke
Maluku. Mereka cukup takut pelayaran ini terlalu ‘Portugis’, jadi Bishop Fonseca telah
mendapatkan anak luar nikahnya, Juan de Cartagena untuk menjadi nakhoda. Beberapa
kelasi Sepanyol juga telah diambil menjadi anak kapal. Semua orang saling mencurigai di
sini—“

“Aku tahu mereka saling mencurigai, lebih-lebih lagi kepada anak-anak kapal
berbangsa Portugis. Kesetiaan anak-anak kapal Portugis kepada Sepanyol selalu
dipersoalkan mereka, termasuk juga kesetiaanku, kerana hubunganku dengan Fernao...”

“Aku tahu,” Cassius memandang ke arahku dengan satu pandangan yang tajam.
Dia seolah-olah bersimpati denganku. “Mengikut Perjanjian Tordesillas tahun 1494,
mana-mana jajahan timur Rom adalah milik Portugis dan di baratnya pula milik
Sepanyol. Fernao fikirkan dengan berlayar ke arah barat, dia akan dapat mencari jalan ke
Maluku lalu membuktikan Kepulauan Rempah-rempah adalah milik Sepanyol, dan bukan
Portugis... Tetapi.”

“Tetapi apa?”

“Aku rasa kau pasti pernah melihat salinan peta-peta Ptolemy ketika berutusan
dengan Rui Faleiro... Peta-petanya telah dilakarkan dengan merujuk kepada bentuk bumi
yang bulat. Aku pernah berdebat dengannya tentang jarak ‘Semenanjung Emas’, nama
yang telah diberikannya kepada tanah semenanjung di mana letaknya Melaka sekarang ini

http://nizamzakaria.blogspot.com 20
dengan negara China ketika dia masih hidup dahulu di Iskandariah... Tetapi sayang,
banyak dari peta-petanya hilang... Walau bagaimanapun, aku ada menyimpan peta-
petanya yang jelas menunjukkan ukur lilit bumi yang telah dikiranya dengan lebih tepat.”
Cassius menjelaskan. Dia telah menyatakan dia mengenali Ptolemy, seorang ahli
matematik, astronomi dan pemetaan yang tersohor dari Iskandariah yang hidup kira-kira
100 tahun Sesudah Masehi. Kini timbul pula perasaan di dalam diriku yang ingin tahu
berapakah usia Cassius ini sebenarnya...

“Kau masih menyimpan peta-peta lamanya?” tanyaku ingin tahu. Aku pernah
melihat Rui menelaah peta-peta lama Ptolemy dari buku ‘Geographica’ untuk membuat
persediaan pelayaran Sepanyol yang diketuai Fernao. Rui aku rasa telah merujuk kepada
peta-peta Ptolemy yang telah dialih bahasa ke bahasa Latin untuk mencari jalan dari barat
Sepanyol untuk ke Maluku.

“Lukisan peta dunia di dalam koleksi ‘Geographica’ Ptolemy seperti mana yang
telah diterjemahkan oleh Jacopo d'Angelo da Scarperia bukan satu-satunya hasil
kerjanya... Melalui penelitian aku kepada peta-peta Ptolemy yang ada di tanganku, Fernao
akan melakukan kesilapan yang besar nanti. Satu kesilapan yang akan melebihi kesilapan
Columbus yang memikirkan perjalanan ke Asia dari arah barat lebih dekat dari yang
sepatutnya—“

“Jadi kalau kau tahu tentang hal ini, mengapa kau tidak beritahu sahaja kepada
Rui Faleiro?”

“Ahli nujum gila itu terlalu angkuh... Dia tidak suka aku bersekongkol dengan
Fernao, kerana dia tahu aku seorang vampiro. Sebab itulah peta-peta lama Ptolemy
kepunyaanku tidak pernah aku tunjukkan kepadanya. Lagipun aku membencinya kerana
katanya, aku akan membawa kepada kemusnahan Fernao satu hari nanti... Mungkin benar
juga kata-katanya itu.” Cassius ketawa seorang diri.

“Apa yang telah kau lakukan untuk menggagalkan pelayaran ini?” tanyaku dengan
serius. Aku mahukan penjelasan yang jujur darinya. Tidak ada apa lagi yang dilakukan
Cassius yang mungkin akan mengejutkanku.

“Sebenarnya aku tidak perlu melakukan apa-apa. Pelayaran ini sejak dari mula
lagi seperti telah disumpah agar ia berakhir dengan musibah.” Suara Cassius penuh
bersahaja. “Kenapa kau selalu sahaja fikir yang bukan-bukan tentang diriku?”

Aku kelihatan sedikit terganggu. Banyak kali rasanya Fernao memberitahu


kepadaku bahawa Cassius mempunyai kebolehan luar biasa untuk menilik fikiran orang-
orang di sekelilingnya. Aku mula merasakan bahawa apa yang dinyatakan oleh Fernao
mungkin ada kebenarannya...

“Kau fikirkan aku tidak tahu apa yang kau mahukan dariku?” kata Cassius tiba-
tiba. Dia tersengih-sengih sendiri. “Kau mahu aku mati... Bukannya aku tak tahu kau
membenciku setengah mati. Kalau boleh kau sendiri mahu membunuhku...”

http://nizamzakaria.blogspot.com 21
“Aku tak faham maksud kata-kata kau tu!” sambutku lantas memberanikan diriku
untuk terus memandang wajahnya yang nampak bengis itu. Anak-anak kapal lain
mungkin tidak seberaniku untuk berhadapan dengannya begini. Sejak mereka berlabuh di
teluk San Julián, bermacam-macam cerita yang aku dengar tentang kejadian-kejadian
yang tidak diingini berlaku di sini. Terdapat beberapa orang anak-anak kapal yang hilang
ataupun mayat mereka dijumpai dalam keadaan yang mengerikan, begitu juga dengan
penduduk-penduduk tempatan Tehuelche, yang telah ditangkap dan diperhambakan, dan
ramai di antara mereka yang terkulai mati pada pagi harinya. Ada beberapa orang anak-
anak kapal seolah tahu semua ini telah dilakukan oleh Cassius sendiri.

Perkara ini telah membuatkan beberapa anak kapal takut dan ada di antara mereka
yang mahu memberontak. Walaupun begitu, pemberontakan tersebut dapat dipatahkan
oleh Fernao dengan membunuh ketua pemberontak yang bernama Quesada dan anak-
anak buahnya. Dan kini, aku pasti darah Quesada dan pemberontak-pemberontak lain
telah dihisap sampai kering oleh Cassius.

“Kau tentu sudah tahu siapa aku sebenarnya.” Cassius mendekatkan dirinya
kepadaku, seolah mahu menghiduku. Aku rasa dia dapat mencium bauku yang
didapatinya kurang mengeluarkan bau ketakutan. Aku tidak takut kepadanya. Cassius
tersenyum sendiri. Biar dia tahu sendiri bahawa anak muda dari Melaka yang pernah
diheretnya ke dalam kapal Portugis untuk dijadikan makanannya ini rupa-rupanya seorang
yang berani menghadapinya. Membunuhnya satu hari nanti!

Aku mengangguk perlahan. Di dalam pada itu, aku dapat memerhatikan keadaan
tubuh Cassius yang segar bugar, sedangkan aku dan anak-anak kapal yang lain semakin
kurus dan tidak terurus. Sentiasa sahaja berlapar siang dan malam.

"Mungkin masanya akan tiba kelak apabila aku akan jadikan kau sebahagian dari
diriku." Ujar Cassius. Dia ternyata dapat menilik apa yang akan berlaku di masa hadapan.
Satu tilikan yang terlalu menggusarkan buat diriku, kerana aku tidak mungkin rela
menjadi sebahagian dari apa yang aku benci setengah mati!

“Tidak mungkin!” ujarku dengan mataku memandang ke arah tanah besar


Patagonia. Aku tidak mengerti mengapa aku harus menjadi makhluk terkutuk seperti
Cassius. Aku tidak mungkin mahu jadi sepertinya.

Dengan tiba-tiba, Cassius menggenggam tanganku. Aku cuba menarik tanganku


kembali tapi tidak berjaya. Tak mungkin aku dapat melawannya. Aku tahu betapa
kuatnya si Cassius ini. Kekuatannya yang luar biasa itu melebihi kekuatan 10 orang lelaki
rasanya.

Cassius memandang ke atas telapak tanganku. Dia meneliti garisan-garisan halus


yang terdapat di situ. Dia tersenyum. Dia cukup puas dengan apa yang dapat dibacanya.

“Kau memang sudah ditakdirkan untuk menjadi makhluk sepertiku. Memang aku
sudah rasa dari mula, tetapi kini, semakin aku yakin bahawa kaulah orangnya.” Jelas
Cassius. Tetapi penjelasannya itu membuatku merasa kurang selesa.

http://nizamzakaria.blogspot.com 22
“Tak mungkin!” getusku dengan kuat.

“Kau tidak perlu bimbang... Lambat laun kau akan menerimanya juga.” Ujar
Cassius. Dia berjalan semakin dekat kepadaku lantas dia berdiri di sebelahku sambil
memandang ke arah teluk San Julián. Kemudian dengan suara yang perlahan, dia
menceritakan kepadaku tentang sejarah kehidupannya...

Cassius telah dilahirkan di dalam sebuah keluarga bangsawan ‘patricians’ di kota Rom
pada tahun 70 Masihi. Bapanya adalah seorang ahli politik tersohor di kota Rom. Di
dalam usia muda, dia telah diajar ahli falsafah Rom yang terkenal, Epictetus di kota
Nicopolis dengan pelbagai ilmu untuk menjadikannya seorang ahli politik yang berjaya,
dan dalam masa yang sama, seorang gladiator yang telah dibebaskan, Quartus telah
diambil untuk melatihnya untuk menjadi seorang pejuang yang hebat. Tatkala berusia 26
tahun, Cassius mula menempah nama sebagai seorang panglima tentera Rom yang
terkenal. Namanya mula disebut-sebut sebagai pengganti tempat bapanya. Dan mungkin
lebih dari itu...

Cassius sentiasa hauskan saingan yang baik yang dapat menguji kebolehannya
untuk berlawan dan berperang. Tidak cukup rasanya dengan tugasan-tugasannya di kota
jajahan Rom di Philadelphia. Beliau sendiri banyak kali berlawan dengan para gladiator
semata-mata untuk menguji kekuatannya.

Pada satu hari, Cassius telah mendengar cerita tentang kewujudan seorang
bangsawan buta dari Jerash yang bernama Tiresias yang mungkin boleh menjadi
saingannya. Beliau sendiri telah ke Jerash untuk bertemu dengannya. Cassius mahu
menguji kebolehannya untuk bertarung dengannya dan permintaan tersebut telah
dimakbulkan oleh Tiresias. Dalam pertarungan mereka, yang telah dilakukan pada waktu
tengah malam di kawasan Forum di Jerash yang indah dengan kolum-kolum hebat
diperbuat daripada batu-batu marmar itu, buat pertama kalinya Cassius dapat dikalahkan,
malah pertarungan itu berakhir dalam masa yang begitu singkat. Sememangnya, Cassius
tidak boleh menerima hakikat beliau telah dikalahkan oleh seorang lelaki yang buta...

Cassius tidak puas hati atas kekalahannya. Dia naik berang. Dia seolah mahu
melawan Tiresias kembali, maka dia pun masuk ke istananya, walaupun perkara ini
dibantah sekeras-kerasnya oleh pengawal-pengawal peribadi Cassius dari Praetoria. Dan
pada malam itulah perkara yang tidak disangka-sangka berlaku. Tiresias telah menggigit
leher Cassius dengan gigi taringnya yang tajam lantas menghisap darahnya. Tiresias telah
memberitahunya dalam bahasa Yunani bahawa inilah pemberiannya kepadanya. Satu
pemberian yang dicari-carinya selama ini...

Sejak dari hari itu, Cassius terus menjadi makhluk kejam penghisap darah.
Walaupun begitu, dia tidak pernah menyesal akan nasib yang telah menimpanya, malah
dirasakan, seolah-olah inilah takdir yang dinanti-nantikannya.

“Tapi aku bukan binatang seperti kau!” bantahku setelah Cassius habis bercerita.

http://nizamzakaria.blogspot.com 23
"Aku tahu kau membenciku, Enrique," sambut Cassius, memanggilku dengan
nama yang telah diberikan oleh Fernao kepadaku, mungkin dia sengaja memanggilku
dengan nama 'Enrique' kerana dia tahu aku benci dipanggil dengan nama ini. "Aku tahu
kau mahu membalas dendam ke atas kematian keluarga kau di Melaka."

Aku cuba menahan sabarku. Nafasnya turun naik dengan cepat.

“Aku tahu apa yang kau mahukan dalam hidup ini selain dari melihat aku mati...”
Cassius bergerak beberapa tapak ke belakang, terus tubuhnya digelapkan bayang-bayang
yang hitam. “Aku tahu kau mahukan kebebasan. Aku tahu kau tidak mahu menjadi
hamba tebusan seumur hidup kau. Kau mahu jadi manusia bebas seperti guruku Epictetus
yang telah dilahirkan sebagai hamba di Hierapolis yang akhirnya menjadi seorang rakyat
Rom yang bebas.”

Maka pada saat itu aku susah mendapatkan kepastian bahawa sememangnya
Cassius mampu membaca isi hatiku. Aku tidak mungkin dapat berahsia dengannya.

“Perkara yang paling kau takut adalah apabila Fernao mati nanti, kau terus akan
menjadi seorang hamba tebusan, walaupun kau tahu dalam wasiatnya, dia mahu kau
dibebaskan selepas dia mati kelak. Itu janjinya kepada kau.”

“Ya... Aku mahu menjadi manusia bebas. Bukan seorang hamba seperti sekarang
ini.” Aku mengakui dengan perlahan. Walaupun kadangkala aku cukup benci dengan
Fernao kerana telah menjadikanku hamba tebusannya, aku tetap setia kepadanya setelah
lama kami bersama.

Untuk terus hidup, aku memerlukan Fernao. Aku merasakan aku perlu terus hidup
agar segala dendamku kepada Cassius dapat dibalas satu hari nanti!

“Kau sebenarnya tidak banyak beza dengan aku, Enrique.” Cassius tiba-tiba
sahaja muncul di belakangku, begitu dekat kepada diriku.

“Bukan, aku bukan seperti kau! Aku bukan seorang vampiro!”

Cassius tersenyum lebar. Dia mengusap-usap rambut perangnya yang tebal yang
tumbuh subur di atas kepala. Kemudian dia menepuk bahuku dengan satu tepukan yang
padu. Katanya kemudian:

“Satu perkara yang pernah Epictetus beritahu kepadaku sebelum dia dibuang dari
Rom oleh Maharaja Domitian adalah, kita semua harus menerima segala takdir yang telah
ditentukan kepada kita kerana segala-galanya ini datang dariNya, yang telah menjadikan
dunia ini sebaik mungkin untuk kita semua... Kita perlu hidup mengikut ketentuan alam,
Enrique.”

Cassius nampaknya cukup pasti bahawa masanya akan tiba apabila aku akan
menjadi makhluk vampiro sepertinya. Cassius hanya perlu menunggu sedikit masa sahaja

http://nizamzakaria.blogspot.com 24
untuk perkara ini berlaku, kerana tanda-tanda yang nyata sudah mula ada dalam diriku
untuk mengesahkan bahawa aku akan menjadi vampiro tidak lama lagi

**

Setelah enam bulan terdampar di San Julián, Fernao akhirnya belayar ke arah selatan, dan
seterusnya ke bahagian paling selatan benua Amerika dan menamakan selat tersebut
sempena namanya. Kemudian, beliau mengarahkan kapal-kapalnya bergerak ke arah
utara, ke sebuah lautan luas yang dinamakannya Pasifik, atau membawa maksud ‘tenang’.
Kerana didapatinya lautan yang luas ini lebih tenang dari lautan Atlantik...

Pada masa ini, hanya tiga sahaja kapal yang tinggal. Kapal Santiago telah
dikatakan tenggelam sebelum mereka sempat menyeberangi selat yang memisahkan dua
buah lautan yang maha luas itu dan San Antonio pula tanpa diketahui Fernao, belayar
kembali ke Sepanyol.

Pada 6 Mac, 1521 setelah menempuh segala keperitan dahaga, lapar dan
kepenatan merentasi lautan Pasifik, seterusnya kami tiba kepulauan Landrones, sebelum
kami terus bergerak ke arah selatan untuk menuju ke arah Maluku.

Akhirnya pada 16 Mac, Fernao 18 bulan selepas mereka meninggalkan Sepanyol,


kami tiba di Samar, salah sebuah dari 700 pulau di Filipina.

Pada waktu itu, kami telah menemui beberapa penduduk asli yang menetap di
pulau itu dan aku telah diminta untuk bercakap dengan mereka - akan tetapi tidak ada
seorang pun orang-orang pulau yang dapat memahami bahasa Melayu yang aku gunakan,
sehinggakan aku terpaksa menggunakan bahasa isyarat untuk meminta agar diberikan
kepadaku dan anak-anak kapal yang kebuluran sedikit makanan untuk dimakan.

Pada tanggal malam 28 Mac, Fernao telah membawa kapal-kapalnya berlayar


menuju ke pulau Limasawa. Ketika berlabuh di Limasawa, Fernao dapat melihat dua
buah sampan panjang yang dikenali dengan nama ballanghai menuju ke arah kapal
mereka. Ballanghai itu dipenuhi dengan beberapa orang lelaki yang sedang mendayung
dan seorang raja yang duduk di bahagian ballanghai yang beratapkan daun mengkuang.

Aku terus diutus Fernao agar cuba untuk berbicara kepada raja tersebut yang
memperkenalkan diri beliau dengan nama Raja Kolambu. Apabila aku mengeluarkan
kalimah-kalimah Melayu untuk berurusan dengannya, aku dapati baginda memahami
kata-kataku. Sememangnya pada waktu itu, Bahasa Melayu merupakan lingua franca di
segala pelosok Nusantara. Bukan namanya seorang pemimpin jika tidak memahami
bahasa rasmi Nusantara ini.

Fernao menghadiahkan sedikit saki baki makanan dan minuman yang dapat
dicarinya di dalam kapal kepada Raja Kolambu ketika mereka bertemu. Dan Raja
Kolambu pula membalas dengan memberikannya makanan yang sedap-sedap yang pedas
dan berempah yang telah dihidangkan di atas pinggan dan mangkuk yang diperbuat
daripada negara China.

http://nizamzakaria.blogspot.com 25
Kini timbullah satu kesedaran dalam diri Fernao dan kami semua bahawa inilah
dia detik paling penting dalam sejarah manusia. Kami akhirnya telah pun tiba ke kawasan
Nusantara. Fernao merasa begitu gembira sehingga dia menitikkan air matanya tatkala dia
menjerit mengatakan bahawa kami akhirnya berjaya untuk mencari jalan ke Nusantara.

Maka betullah kata-kata Cassius sebelum ini. Jarak ke arah Nusantara dari arah barat
lebih jauh dari yang disangka Fernao. Pengiraan jarak untuk ke Nusantara seperti mana
yang digunakan Fernao berdasarkan penyelidikan Rui Faleiro ke atas peta Ptolemy di
dalam ‘Geografica’ ternyata banyak silapnya. Walaupun begitu, Fernao akhirnya dapat
membuktikan bahawa dunia ini bulat, dan bukannya pipih – satu perkara yang telah lama
diketahui oleh Cassius. Kata Cassius, dunia barat telah lama mengetahui bahawa dunia
ini bulat, cuma mereka terlupa akan kebenarannya. Cerdik pandai Yunani seperti
Pythagoras dan Aristotle telah lama membuktikan hal ini melalui pengiraan matematik
yang mereka lakukan, akan tetapi, pengetahuan ini hilang seketika di dalam zaman
‘kegelapan’ di Eropah. Perkara-perkara yang berlaku seperti ini terus mengingatkanku
kepada satu kenyataan mengenai manusia yang telah aku pelajari setelah sebegitu lama
aku hidup di dalam dunia ini – bahawa manusia mudah lupa dan sejarah yang pernah
berlaku tidak semestinya diingati oleh mereka. Malah sering kali peristiwa sejarah akan
diubah-ubah sehingga kebenarannya terus hilang, seperti kisah hidupku ini...

Walaupun namaku dan Fernao sepatutnya diingati sebagai manusia pertama yang
mengelilingi dunia, buat beberapa ratus tahun selepas peristiwa bersejarah ini berlaku,
nama kami dilupakan dan nama nakhoda kapal Victoria, Juan Sebastian Carlos del Cano
pula disebut-sebut.

Sayugia sejarah mencatatkan dengan secara rasminya bahawa Juan Sebastian Carlos del
Cano sebagai manusia pertama yang mengelilingi dunia. Nakhoda kapal yang pernah
memberontak dan menderhaka kepada Fernao di dalam detik-detik awal pelayaran ini
akhirnya dapat pulang ke Sepanyol dengan kapal Victoria bersama 18 orang anak kapal,
dari 290 yang ada sebelumnya. Kapal Victoria membawa pulang muatan penuh dengan
rempah. Dan sudah semestinya, untuk diiktiraf sebagai wira pelayaran Sepanyol, Juan
Sebastian langsung mengetepikan nama Fernao di dalam cerita pelayarannya yang penuh
dengan onak dan duri itu. Juan Sebastian terus mendapat nama sebagai manusia pertama
yang mengelilingi dunia dan terus menerima habuan demi habuan di dalam masa
hidupnya.

Nama Fernao dan namaku hanya diingati kembali apabila jurnal pelayaran yang ditulis
oleh rakan karibku, Francesco Antonio Pigafetta yang tiba-tiba sahaja muncul untuk
dibaca oleh khalayak ramai di Eropah beberapa ratus tahun kemudian. Jika bukan
kerananya, kemungkinan besar namaku dan nama Fernao akan dilupakan sejarah sampai
bila-bila.

Jika aku fikir-fikirkan, kemungkinan besar sejarahan Sepanyol pada abad ke-16 dahulu
sengaja mahu melupuskan Fernao di dalam catatan sejarah mereka. Masakan mereka
boleh menerima seorang bangsa Portugis dengan bantuan seorang anak Melayu
membawa sebuah armada Sepanyol mengelilingi dunia? Lagipun, ada di antara mereka

http://nizamzakaria.blogspot.com 26
yang mengatakan bahawa Fernao telah bersekutu dengan syaitan, kerana hubungannya
dengan Cassius.

Apa yang pasti, nama Cassius tidak pernah muncul di mana-mana kitab sejarah. Aku
yakin, tidak mungkin ada penulis yang berani untuk mengiktiraf akan kewujudannya,
seorang vampiro dari Rom, termasuklah Pigafetta...

**

Francesco Pigafetta, penulis jurnal rasmi penerokaan Fernao merangkap sahabat baikku
itu termenung seketika sebelum dia mahu terus menulis di atas jurnalnya. Dia berpeluk
tubuh dengan sesekali memandang ke arahku sebelum dia menyambung untuk menulis
semula.

Pada malam itu, seperti biasa aku akan duduk berehat di dalam bilik Francesco
sambil mendeklamasikan semula puisi-puisi Itali yang cuba ku hafal. Usia kami hampir
sama, jadi hubungan kami berdua amat rapat. Dari Francesco, aku belajar untuk bertutur
bahasa Itali, Sepanyol dan Perancis - dan sebagai balasan, aku telah mengajar Francesco
beberapa ayat dalam bahasa Melayu. Apa yang diajarku, kesemuanya di tulis oleh
Francesco, dengan harapan apa yang dikumpulkan akan dapat digunakannya pada satu
hari nanti.

Ada kalanya Francesco cukup-cukup cemburu dengan kebolehanku mempelajari


apa yang diajarnya dengan pantas. Dia tidak faham bagaimana aku memperoleh
kecerdikan untuk dapat bertutur dalam bahasa Itali, Perancis dan Sepanyol dalam masa
yang begitu cepat. Dia juga sedia memaklumkan bahawa penguasaanku dalam bahasa
Portugis sememangnya fasih, memandangkan hubungannya yang begitu akrab dengan
Fernao.

Francesco minat menulis. Setiap perkara yang berlaku di dalam pelayaran ini
ditulisnya ke dalam jurnalnya. Di dalam jurnalnya dia ada menulis tentang bagaimana
terkejutnya diriku apabila aku mendapati bahawa aku boleh menggunakan Bahasa
Melayu untuk berbicara dengan Raja Kolambu dan pembesar-pembesarnya. Francesco
dapat melihat diriku yang begitu tersentuh sehingga menitis air mataku, setelah aku mula
sedar bahawa aku telah pun tiba ke Nusantara, satu kawasan yang telah lama
kutinggalkan, semenjak aku dijadikan hamba tebusan oleh Fernao.

Francesco sedar bahawa Fernao cukup-cukup menyayangiku. Masakan tidak,


seorang penulis sepertinya hanya diberi gaji 1000 maravedis. Seorang nakhoda pula
gajinya 2000 maravedis, sedangkan aku menerima 1500 maravedis sebulan. Malah, wang
pendahuluan sebanyak 6000 maravedis juga telah diberikan kepadaku sebelum aku
dibawa Fernao berlayar!

Ternyata, aku ini telah dianggap istimewa di mata Fernao. Pernah Fernao
memberitahuku dia telah memberi namaku ‘Enrique’ sempena nama ‘Enrique Pelayar’
yang diagung-agungkannya. ‘Henry Pelayar’ merupakan nama jolokan bagi Putera
Enrique dari Portugal yang meminati dunia pelayaran sehingga beliau membina sekolah

http://nizamzakaria.blogspot.com 27
pelayaran untuk melatih jurumudi dan ahli pelayaran di samping membina limbungan
kapal. Dan kerana usaha bagindalah, Portugis kini maju dalam bidang pelayaran. Akan
tetapi, aku cukup benci dengan nama ini, kerana aku cukup sedar, Dom Afonso Enrique
merupakan seorang raja Katolik yang telah merampas Kota Lisbon dari tangan orang-
orang Islam Moor dengan cara yang kejam...

Seharusnya aku dapat memerhatikan bahawa rasa sayang Fernao terhadapku


semakin mendalam lebih-lebih lagi setelah kami berjaya sampai ke pulau Limasawa dan
akhirnya bertemu dengan Raja Kolambu. Pada malam kami meraikan kejayaan kami tiba
ke Nusantara, Fernao telah mengesahkan niatnya untuk membebaskanku, apabila dia
memberitahuku bahawa dia sudah lama melakarkan surat wasiat untuk dibebaskanku dari
terus menjadi seorang hamba - malah akan dihadiahkan kepadaku wang sebanyak sepuluh
ribu maravedis apabila dia mati kelak. Sejumlah maravedis yang bakal diwariskan oleh
Fernao bukan satu jumlah yang banyak, tetapi kebebasan yang bakal kukecapi itu rasa-
rasanya tidak ternilai harganya

Pada malam itu, dalam keadaan samar-samar bilik kabinnya, Francesco menulis
tentang pengalaman kami menemui Raja Kolambu dan isterinya Ratu Triana bersama
anak gadis mereka yang jelita, Dayang Maanyag. Francesco sempat memberitahuku
bahawa Dayang Maanyag cukup berkenan denganku, kerana mata anak gadis itu hanya
terlekat memandangku sewaktu kami bersama. Francesco tersenyum sendiri ketika dia
sakan mengusikku sedangkan aku hanya diam tanpa kata.

Francesco kulihat tekun menulis dan menceritakan kembali peristiwa sebatang


salib kayu yang telah ditanam di atas sebuah bukit di pulau Limasawa - setelah massa
pertama di atas bumi Filipina dilaksanakan oleh paderi Pedro de Valderama. Katanya, dia
sempat memerhatikan mataku berubah sayu apabila penduduk Limasawa yang dinamakan
oleh anak-anak kapal Fernao dengan panggilan ‘pintados’ - kerana tubuh mereka yang
dipenuhi dengan tatoo, menukar agama mereka kepada agama Katolik yang dibawa oleh
Fernao. Aku dapat dilihatnya tertunduk dengan wajah penuh bersalah ketika
menterjemahkan kata-kata paderi serta Fernao kepada Raja Kolumbo dan penduduk
Limasawa.

Pada hari itu jugalah Francesco telah memintaku duduk di sebelahnya ketika kami
dijemput untuk meminum air arak dengan berkongsi cawan bersama Raja Kolambu.
Tatkala minum, banyak yang ingin diceritakan oleh Raja Kolambu kepadaku dan kepada
Fernao. Aku mabuk apabila dipaksa minum oleh baginda, jadi tidak banyak yang dapat
kufahami dari Raja Kolambu yang cuba berbicara denganku, memandangkan penguasaan
bahasa Melayu baginda tidaklah begitu baik. Tetapi Raja Kolambu dalam keadaan
mabuknya ada menceritakan tentang pulau-pulau lain yang berdekatan, seperti pulau
Butuan, Calangan dan Cebu. Baginda ada menyebutkan kekayaan yang terdapat di Cebu,
dan hanya itulah yang difahami oleh Francesco, tanpa bantuanku dan perkara ini terus
diberitakan kepada Fernao.

Francesco telah menulis segala-gala yang dilihat dan alaminya ke dalam


jurnalnya, kecuali tentang Cassius. Mungkin tidak ada apa langsung wang telah ditulis
tentang Cassius di dalam jurnalnya itu, kerana tidak banyak tentang diri Cassius yang

http://nizamzakaria.blogspot.com 28
difahami Francesco - walaupun tatkala Francesco terjatuh dari kapal pada malam 25 Mac
1521, Cassius lah yang telah menyelamatkan nyawanya. Francesco langsung tidak tahu
berenang - walaupun sudah separuh lautan dunia telah jelajahinya.

“Kau perlu terus hidup dan aku akan pastikan kau akan hidup sehingga pelayaran
ini tamat kelak. Tulisan kau amat penting kerana ia akan diingati sampai bila-bila.” Ujar
Cassius kepada Francesco setelah dia menyelamatkannya. Francesco tidak faham apa
yang cuba dimaksudkan oleh Cassius. Dia juga tidak faham bagaimana cara Cassius
menyelamatkannya dan mengapa tubuhnya langsung tidak dibasahi dengan air laut
sepertinya. Dia cuba bertanyakan kepadaku tentang hal ini, tetapi aku hanya mampu
menggelengkan kepalaku berpura-pura tidak tahu. Aku tidak mungkin dapat
memberitahunya bahawa aku dapat melihat Cassius terbang ketika cuba
menyelamatkannya dari mati lemas...

Francesco memandang ke arahku yang sedang membaringkan tubuhku di sebelahnya,


tidak lagi mendeklamasi puisi Itali dalam keadaan separuh mabuk kepadanya seperti tadi.
Francesco tersenyum. Dia menyuruhku keluar dari kamarnya dengan alasan dia mahu
masuk tidur, lantas memintaku pergi ke kamar Fernao. Francesco pasti Fernao mahu aku
menemaninya di atas ranjangnya pada malam itu, seperti malam-malam sebelumnya...

**

Pada tanggal 4 April 1521, Fernao telah mengambil keputusan untuk berlayar dari
Limasawa ke Cebu dengan melalui lautan sempit di antara Mactan dan Cebu. Setibanya
kami ke Cebu, aku telah ditugaskan untuk memberitahu penduduk-penduduk tempatan
bahawa rombongan dari Sepanyol telah datang ke sana dengan tujuan untuk menemui raja
yang menguasai Cebu, membeli bekalan makanan dan mencari jalan untuk ke Maluku.

Pada tengah hari itu, Francesco yang berjalan di sekitar kota Cebu bersamaku,
Fernao dan beberapa orang pegawainya dapat melihat sendiri kesibukan kota ini.
Walaupun aku menganggap kota Cebu tidaklah sesibuk kota Melaka, aku tetap dapat
melihat penduduk-penduduknya giat melakukan aktiviti-aktiviti perdagangan. Para
penduduk dan pedagang nampaknya langsung tidak mengendahkan kehadiran kami di
kota perdagangan ini, kecuali mungkin beberapa orang pedagang dari China yang
bertanyakan kepada rombongan kami jika kami mempunyai sebarang benda yang boleh
diperdagangkan dengan mereka.

Aku dapat merumuskan bahawa fabrik pakaian yang digunakan oleh mereka di
Cebu pasti datangnya dari negeri China. Menurut Francesco, jika di Florence atau di kota
Venice, hanya keluarga bangsawan seperti Bardi, Perruzi dan Medici sahaja yang mampu
memakai fabrik seperti dipakai oleh penduduk-penduduk serta para pedagang di Cebu.
Aku lihat Francesco berkali-kali hanya mampu menggelengkan kepalanya melihat
kekayaan yang dinikmati oleh penduduk di Cebu jika dibandingkan dengan Eropah.

Bahasa Melayu merupakan lingua franca di sini, maka agak senang untukku
berinteraksi dengan penduduk-penduduk tempatan dan juga para pedagang yang datang
berniaga. Fernao cukup teruja apabila beliau dapat melihat kepelbagaian jenis rempah

http://nizamzakaria.blogspot.com 29
ratus yang diperdagangkan di sini. Kini dia cukup pasti bahawa impiannya untuk tiba ke
Maluku akan dapat dicapainya tidak lama lagi.

Dan pada ketika itulah aku tiba-tiba diseru oleh sekumpulan lelaki yang
bertombak supaya rombongan kami menghadap ke istana. Aku telah diberitahu mereka
bahawa aku bersama kumpulan orang putih yang ada bersamaku dibenarkan untuk
menghadap Raja Seripalda Humabon di istananya.

Tanpa berlengah lagi, rombongan dari Sepanyol yang diketuai oleh Fernao terus
ke istana Raja Humabon. Istananya itu dikawal rapi oleh beberapa orang pengawal istana.
Ketika masuk ke dalam istana, aku dapat melihat beberapa perhiasan yang mungkin
datangnya dari tanah Arab dan China yang mungkin telah dihadiahkan kepada baginda.
Sememangnya istana ini walaupun kecil, ia dilimpahi dengan pelbagai jenis kekayaan
yang datangnya dari seluruh ceruk dunia.

Di dalam singgahsana, tatkala dibenarkan bercakap, aku telah memperkenalkan


diriku sebagai penterjemah merangkap juragan kepada kumpulan pedagang Sepanyol
yang datang berlabuh di kawasan jajahan Raja Humabon. Kemudian aku terus
memberitahu kepada baginda tujuan utama kami ke Cebu adalah untuk berdagang,
membeli barang bekalan untuk berlayar dan mencari jalan ke Maluku.

Aku merenung tepat ke dalam mata Raja Humabon. Ketua kepada jajahan Cebu
ini pendek dan gemuk orangnya. Baginda sedang memakai serban berwarna kuning dan
bersarung. Di atas tubuhnya penuh dengan tatoo dengan rekaan khas yang menunjukkan
kedudukannya yang tinggi di mata masyarakatnya. Baginda sedang memakai barang
kemas berbagai bentuk yang diperbuat daripada emas, permata dan mutiara. Di samping
baginda, beberapa orang pembesarnya yang duduk di sebelahnya. Masing-masing
berpakaian hampir serupa dengannya.

Raja Humabon langsung tidak mahu mendengar apa yang ingin dinyatakan
kepadanya. Dengan penuh bersahaja Raja Humabon memberitahu kepadaku bahawa
tujuan utama baginda memanggil perwakilan Sepanyol menghadapnya adalah untuk
memintaku memberitahu kepada ketua perwakilan Sepanyol yang tempang itu - Fernao
bahawa setiap kapal yang berlabuh di Cebu perlu membayar ufti kepadanya.

Aku merasakan agak sukar untuk melakukan kerjaku kali ini. Persoalan demi
persoalan timbul di dalam diriku. Mahu sahaja aku memberi amaran kepada Raja
Humabon tentang kemahuan sebenar rombongan dari Sepanyol yang ikut serta
bersamaku. Pihak Sepanyol mempunyai kuasa dan wang untuk menjajah pulaunya ini
sesuka hati mereka!

Aku cukup memahami bahawa Raja Humabon berhak untuk melakukan apa
sahaja di atas tanah jajahannya termasuk meminta pihak Sepanyol membayar ufti, tetapi
dalam masa yang sama, baginda juga perlu diingatkan bahawa jika tersalah langkah, pasti
padah akan menimpa kerajaannya nanti. Aku ternyata rasa serba salah. Mahu sahaja aku
memutar belitkan kata-kata Raja Humabon agar baginda kelihatan bersifat lebih
diplomatik kepada Fernao. Aku telah melakukan perkara ini tatkala di berada Limasawa,

http://nizamzakaria.blogspot.com 30
tetapi rasa-rasanya buat kali ini aku perlu menterjemahkan segala permintaan Raja
Humabon dengan tepat. Jika tidak, lebih padah jadinya nanti.

Fernao telah ketawa dengan angkuh setelah aku memberitahu kepadanya tentang
apa yang dinyatakan oleh Raja Humabon tadi. Lantas dengan angkuh dia memintaku agar
memberitahu kepada Raja Humabon bahawa dia tidak akan membayar apa-apa ufti atau
cukai kepadanya kerana dia mewakili seorang raja yang agung yang tidak membayar ufti
kepada sesiapapun. Kata Fernao lagi:

“Dan beritahu kepadanya bahawa padah akan menimpa dirinya dan kepada
penduduk-penduduk Cebu jika dia mahu terus meminta ufti dari kami.”

“Tapi tuan... Ini kawasan mereka. Kita tidak sepatutnya—“

“Jangan banyak soal, Enrique!” Fernao menaikkan suaranya. Beberapa orang


pegawai Sepanyol tidak percaya bahawa aku berani menyuarakan bantahanku kepada
Fernao. Mereka agaknya tidak kisah jika aku sekali sekala akan berkasar kepada Duarte
Barbosa, seorang pelaut dari Portugal yang tidak begitu menyukaiku, malah kepada
Cassius sekalipun yang ditakuti oleh semua orang kerana kekejamannya, tetapi bukan
kepada Fernao yang bersikap bengis dan garang kepala pelaut-pelaut di bawah jagaannya.

Aku merasa agak terganggu pada waktu itu. Tiba-tiba aku teringatkan kepada
peristiwa penaklukan Melaka oleh pihak Portugis. Helah yang sama telah digunakan
mereka untuk menakluki Melaka. Mula-mula mereka akan mengatakan mereka hanya
mahu datang berdagang, kemudian setelah mereka dapat mengumpul kekuatan bala
tentera, mereka akan menakluk dan menjajah. Perkara yang sama ingin dilakukan oleh
pihak Sepanyol pula kepada kerajaan Cebu.

Pada malam sebelumnya, Cassius telah berkali-kali mengingatkanku supaya


berhati-hati ketika berurusan mereka yang berada di Cebu, kerana dia sudah dapat melihat
tanda-tanda sudah agak jelas yang menunjukkan bahawa ajalku akan menyapaku tidak
lama lagi. Apabila ditanya bagaimana aku akan menemui ajalku, Cassius telah
memandang tepat ke arahku sebelum dia berkata:

“Orang-orang pulau akan membunuh kau dan Fernao. Dan kau tidak boleh
melakukan apa-apa pun untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku.”

Aku mengeluh. Aku cuba melenyapkan kata-kata amaran dari Cassius dari benak
fikiranku. Jika sebelum ini sukar untukku mempercayai kata-kata Cassius, lebih sukar
lagi kini untukku menerima kata-kata Cassius yang mengatakan bahawa aku akan mati di
tangan orang-orang pulau yang akan kutemui nanti...

“Kanapa kau diam sahaja, Enrique?” bentak Fernao kepadaku. Aku telah
mengambil masa yang agak lama termenung sambil berfikir panjang sebelum aku dapat
menterjemahkan kata-kata Fernao kepada Raja Humabon.

http://nizamzakaria.blogspot.com 31
Seorang pedagang dari Arab yang sedang berada di sebelah kanan balai
menghadap tiba-tiba meminta kebenaran untuk memulakan bicara. Tatkala itu, beliau ada
bersama seorang pedagang dari Arab yang lain dan seorang lagi pedagang dari Siam.
Pedagang dari Arab itu jelas tidak berpuas hati kerana urusannya bersama Raja Humabon
telah diganggu dengan kemunculan Fernao dan para perwakilannya. Pedagang dari Arab
itu sejak tadi telah membisikkan sesuatu ke dalam telinga rakan yang sebangsa
dengannya, sebelum beliau memandang ke arah Fernao sambil menyepetkan matanya.

Raja Humabon membenarkan pedagang Arab itu menyuarakan pendapatnya.


Lantas, pedagang Arab itu memberi amaran kepada baginda bahawa kumpulan orang
putih yang sedang menghadap beliau sekarang merupakan wakil kepada seorang raja yang
telah menjajah India dan Melaka.

“Apa yang dia katakan? Kamu faham bahasa Arab, bukan?” tanya Fernao
meminta penjelasan. Aku mengangguk. Bahasa Arab merupakan bahasa asing pertama
yang telah kupelajari sejak kecil lagi di Melaka. Malah, ketikaku khatam membaca Al-
Quran dalam usia semuda 7 tahun, aku sudah mampu memahami segala apa yang kubaca.

Aku cuba mendengar kata-kata pedagang Arab itu sehingga dia selesai berucap
kepada Raja Humabon, sebelum aku cepat-cepat memberitahu kepada Fernao tentang apa
yang telah diperkatakan oleh pedagang Arab itu kepada baginda.

“Pedagang Arab itu kenal dengan tuan ketika tuan berkhidmat dengan Portugis
dahulu. Perlukah saya memberitahu kepada mereka bahawa sekarang tuan berkhidmat
dengan Tuanku Raja Carlos dari Sepanyol dan bukan Tuanku Raja Manuel dari
Portugal?” tanyaku kepada Fernao.

Fernao menggeleng-gelengkan kepalanya. Aku tertunduk buat beberapa ketika.


Aku teringatkan kata-kata seorang pedagang Arab yang pernah kutemui di tanah Afrika
dahulu bahawa orang putih akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan apa yang
mereka mahu, termasuklah menipu dan mencuri.

Aku dapat melihat perubahan pada wajah Raja Hamubon. Lebih-lebih lagi apabila
seorang menteri yang memberitahunya bahawa Raja Guban dari kerajaan Takarunga
pernah menolong untuk mempertahankan Melaka tatkala Melaka diserang Portugis
dahulu. Sememangnya Raja Hamubon sudah lama memusuhi Raja Guban dan sekutu-
sekutunya terutamanya Datu Bancao dan Datu Lapu-lapu. Baginya, sesiapa yang
dimusuhi oleh lawannya Raja Guban dan terutamanya Datu Lapu-lapu adalah sahabat
gerombolannya.

Aku dapat merasakan bahawa Raja Hamubon sedang memikirkan tentang sesuatu
dengan mendalam. Kadangkala dia akan memerhatikan senjata yang dibawa oleh
perwakilan Sepanyol. Dari raut wajahnya, dia jelas nampak kagum melihat kelengkapan
senjata yang ada kami bawa bersama. Baginda tersenyum seketika sebelum bertitah
kepadaku:

http://nizamzakaria.blogspot.com 32
“Berikan kami sedikit masa untuk berfikir dengan menteri-menteri kami...
Sebelum menerima jawapan dari kami, kami menjemput perwakilan kamu ke satu
jamuan untuk meraikan kedatangan kamu semua ke tanah jajahan kami.”

Aku menterjemah apa yang telah diberitahu kepadanya oleh Raja Humabon.
Fernao nampak puas, begitu juga dengan pegawai-pegawai yang ada bersama-sama
mereka.

Pada malam itu, pelaut-pelaut orang putih itu telah dijamu dengan makanan
berbagai jenis dan cita rasa. Kesemua lauk-pauk berdaging itu dihidangkan di atas
pinggan mangkuk yang berasal dari negara China. Banyak juga minuman arak yang
disediakan...

Pada malam itu, Raja Humabon telah memanggilku supaya membawa Fernao agar
datang menghadapnya.

Buat sekali lagi, aku telah diminta Fernao untuk memberitahu Raja Humabon
bahawa kedatangan perwakilan Sepanyol adalah untuk berdagang dengan mereka, dan
tidak lebih dari itu. Buat sekali lagi aku terpaksa berbohong bagi pihaknya.

Raja Humabon nampak puas. Sesekali aku akan menoleh ke arah Cassius yang
sedang berdiri di belakang Fernao seperti pengawal peribadinya. Aku dapat melihat
Fernao seolah dapat membaca fikiran Raja Humabon, lantas dia tersenyum sinis.

“Beta berpuas hati dengan penjelasan yang telah kamu berikan. Dengan itu, beta
harapkan nanti, persahabatan kita akan berkekalan adanya.” Ucap Raja Humabon
sebelum seorang menterinya mempersembahkan kepadanya sebilah badik yang telah di
letak di atas sebuah dulang emas. “Kita harus mengadakan upacara kasi-kasi untuk
mengingati persahabatan kita ini.”

Aku tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan upacara kasi-kasi ini. Dalam
masa yang sama, seorang menteri kanan Raja Humabon mengesyorkan agar aku
ditunjukkan dahulu upacara ini. Dan katanya lagi, memandangkan Raja Humabon tidak
pernah merasai darah orang putih yang difikirkan mungkin beracun, ada baiknya aku cuba
dahulu.

Aku memberitahu kepada Fernao tentang permintaan Raja Humabon. Tanpa


teragak-agak, Fernao menjawab dengan tegas:

“Kau perlu lakukan semua ini demi Sepanyol. Kita telah belayar terlalu jauh untuk
merosakkan rancangan kita untuk menakluki wilayah ini.”

Aku mengeluh seraya mengangguk lesu. Aku melihat Raja Humabon tersenyum
puas. Aku mendongak ke langit. Aku dapati bintang-bintang berkelipan cantik. Angin
malam menyapu lembut ke wajahku.

http://nizamzakaria.blogspot.com 33
Beberapa detik kemudian, seorang dayang istana yang mempunyai wajah yang
amat jelita membawa secawan air arak. Dayang tersebut mengambil badik tersebut dari
dulang lantas memandang ke arahku dan kemudian kepada beberapa orang putih yang ada
bersamanya.

Dayang tersebut telah mendekati Cassius. Mungkin dia telah memilih Cassius
kerana dia terpesona melihatkan ketampanan wajah Cassius dengan rambutnya yang
berwarna keemasan, matanya yang berwarna biru, dan wajahnya yang kemas tanpa
jambang yang tidak dijaga seperti anak-anak kapal Sepanyol yang lain. Setelah puas
menatap wajah Cassius, dia lantas memegang tangan Cassius lalu menggunakan badik di
tangannya untuk menoreh telapak tangan Cassius.

Cassius tidak membantah sama sekali ketika tangannya ditoreh sehingga berdarah.
Malah ku lihat, wajahnya sedikit pun tidak berubah.

Darah Cassius dibiarkan menitik ke dalam cawan yang berisi air arak itu.
Kemudian, perkara yang sama dilakukan kepadaku. Dengan pisau yang masih dilekati
dengan darah Cassius, digunakan untuk menoreh telapak tanganku.

Entah mengapa, rasa sakit di tanganku ketika ditoreh dengan dalam hilang, lebih-
lebih lagi apabila aku dapat melihat darah Cassius seolah-olah meresap masuk ke dalam
lukaku.

Setelah Darah Aku dicampur ke dalam cawan berisi arak itu, cawan tersebut
dipersembahkan kepadaku.

“Dipersilakan minum, Panglima Awang.” Titah Raja Humabon.

Aku nampak gusar lalu berpaling ke arah Fernao. Aku dapati Fernao nampak
risau, tetapi dia hanya kaku mendiamkan dirinya. Cassius pula kulihat tersengih
memandangku.

Aku menelan air liurku sebelum aku memberanikan diriku untuk meneguk air
arak bercampur darah yang diberikan kepadaku. Aku minum dengan rasa dengan penuh
ragu.

Keadaan menjadi senyap sunyi. Ada di antara orang-orang tempatan memikirkan


aku akan jatuh mati setelah meneguk air yang telah diberikan kepadaku, kerana aku telah
diberitahu bahawa mereka pernah mendengar cerita bahawa darah orang putih dipenuhi
dengan racun, sebab itu orang putih boleh menang dengan senang ketika berperang.

Cawan yang sama kini diberikan kepada Cassius. Dan Cassius meneguk air di
dalam cawan sehingga habis. Dia nampak puas. Mungkin terlalu puas lagaknya.

Aku dapati Raja Humabon kelihatan lega. Dia kemudian mengarahkan seorang
lagi dayang membuat persediaan yang sama kepada dirinya dan kepada Fernao.

http://nizamzakaria.blogspot.com 34
Dayang itu datang membawa sebilah badik yang kelihatan lebih panjang dengan
ukiran yang cantik di hulunya. Badik yang sama dibersihkan dahulu dengan air limau,
dikeringkan dengan sehelai kain kuning – di dalam satu upacara yang halus kelihatannya,
sebelum digunakan untuk menoreh tangan Raja Humabon dan Fernao.

Maka upacara kasi-kasi di antara Fernao dan Raja Humabon berjalan dengan
lancar dan berjaya. Setelah upacara dijalankan, Raja Humabon nampak lebih senang
dengan kehadiran kami di Cebu.

Selama Fernao berada di Cebu, beliau telah mendapati bahawa agama Islam masih belum
dapat bertapak dengan kuat di sini, dibandingkan dengan di Melaka, Sumatera dan di
pulau Jawa. Maka peluang ini telah diambil olehnya untuk memperkenalkan fahaman
Katolik kepada penduduk-penduduk di sini. Fernao menggunakan persahabatannya
dengan Raja Humabon untuk melakukan kerja-kerja mubaligh dengan menerangkan
tentang agama katolik yang dianutinya kepada baginda. Itulah yang telah dilakukannya,
sehinggalah paderi de Valderama berjaya mencacak salib kayu di tengah-tengah kota
Cebu, dan Raja Humabon bersama 800 pengikut-pengikutnya ikut menganut fahaman
agama Kristian.

Fernao gembira akan keputusan Raja Humabon untuk menganuti agama yang dibawanya.
Malah telah menjadi salah satu tujuan utama rombongan Sepanyol untuk datang ke
bahagian Timur ini – untuk menyebarkan agama mereka di sudut dunia ini...

Belum cukup dengan kerja-kerja Fernao untuk menjadi seorang ‘conquistador’


merangkap mubaligh, beliau mengambil keputusan untuk campur tangan dengan hal-hal
politik dalaman di sini. Perkara ini telah menggusarkanku. Dia mula rasa serba salah
untuk melakukan segala tugasan yang perlu dilakukannya sekarang.

Fernao telah menamakan Raja Humabon sebagai raja kepada sekalian raja serta ketua-
ketua kawasan di sekitar Cebu. Dia telah memerintahkan agar mereka semua tunduk
kepada Raja Humabon yang kini dikenali dengan nama ‘Don Carlos’ sempena nama raja
Sepanyol.

Raja Humabon telah melaporkan kepada Fernao bahawa bukan semua raja-raja yang ada
di Cebu dan pulau-pulau di sekitarnya mahu tunduk kepada pemerintahannya. Fernao
dengan angkuh memberi amaran bahawa jika mereka tidak menurut kehendaknya, para
conquistador akan membunuh mereka dan kesemua harta benda mereka akan diserahkan
kepada Don Carlos.

Pada 26 April, Raja Zula salah seorang raja dari sebuah wilayah di Mactan, sebuah pulau
yang letaknya berdekatan dengan Cebu, menghadiahkan dua ekor kambing kepada
Fernao.

“Kami meminta maaf kerana tidak banyak yang boleh kami beri,” sebut Raja Zula
kepada Fernao. Beliau faham bahawa beliau sekarang berhadapan dengan raja sebenar
Cebu, dan bukan Raja Humabon yang hanya menjadi boneka kepada pihak Sepanyol.

http://nizamzakaria.blogspot.com 35
“Mana rempah ratus dan emas yang telah kami minta?” tanyaku dengan suara
yang lembut ketika menterjemahkan permintaan Fernao. Suara Fernao jelas angkuh dan
marah-marah tatkala mendapati Raja Zula tidak membawa kepadanya emas dan rempah
ratus seperti mana yang diharapkannya.

Raja Zula mengeluh. Sudahlah baginda dipaksa untuk membayar ufti, kini ada
juga ura-ura untuk memaksa penduduk-penduduk di bawah naungannya untuk memeluk
agama Kristian. Ini merupakan satu perkara yang tidak dapat diterimanya sama sekali.
Lagipun dia bukan seperti Raja Humabon yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan
apa yang dihajati tercapai olehnya.

Aku termenung. Aku cukup-cukup bersimpati dengan nasib yang menimpa Raja
Zula dan penduduk-penduduk di sekitar Cebu.

Pada malam sebelumnya, aku telah diberitahu Cassius bahawa penduduk-


penduduk tempatan di sekitar Cebu bernasib baik kerana tidak terdapat terlalu ramai
orang-orang Sepanyol dalam pelayaran ini. Jika tidak para conquistador ini pasti akan
memberi pilihan kepada penduduk tempatan sama ada untuk memilih dihukum bunuh
ataupun memeluk fahaman Katolik yang dibawa mereka. Sekurang-kurangnya, seorang
bangsa Portugis seperti Fernao lebih mementingkan soal perdagangan dan meletakkan
soal kerja-kerja mubaligh ke tempat kedua. Tapi bagiku, apa yang dilakukan Fernao tetap
salah. Dia sendiri telah melihat dengan mata kepalanya sendiri tentang kekejaman bangsa
Portugis di Melaka. Di mata Aku, sama ada mereka orang Portugis ataupun Sepanyol,
mereka semua sama sahaja tamak haloba dan kejam!

“Kau perlu sedar, anak-anak kapal serta nakhoda Sepanyol sudah tidak tahan lagi
dengan kelembutannya.” Cassius memberitahuku dengan penuh bersahaja. Aku tahu dia
berkata benar. Dia tidak mempunyai apa-apa kepentingan dengan pihak Sepanyol
mahupun Portugis. Dia tidak akan tertunduk kepada sesiapapun...

“Kenapa?”

“Kerana dia cuba berbaik dan bertolak ansur dengan penduduk-penduduk


tempatan di sini. Jika diikutkan kehendak nakhoda Sepanyol yang lain, mereka akan
merogol, menyeksa dan selepas itu menjual orang-orang tempatan ini sebagai hamba
untuk mendapatkan keuntungan.”

“Jadi apa bezanya kau dengan mereka?” tanyaku dengan sinis.

“Bezanya... Aku lakukan apa yang perlu aku lakukan untuk terus hidup. Mereka
lakukan kekejaman ini semua kerana mahu mencari nama dan kekayaan dunia, yang
mereka tidak sedar bahawa kekayaan dunia tidak akan berkekalan... Kecuali jika mereka
mampu hidup buat selama-lamanya seperti aku.”

“Apa yang kau dengar lagi dari anak-anak kapal Sepanyol?”

“Mereka mula mengesyaki Fernao seorang perisik Portugis...”

http://nizamzakaria.blogspot.com 36
“Apa?”

“Ya... Jadi kau perlu berhati-hati mulai sekarang, Enrique.”

Kata-kata Cassius itu terus terngiang-ngiang di dalam telingaku. Aku bimbangkan


kepada keselamatan Fernao yang terikat kepada diriku. Jika Fernao ditimpa musibah di
daerah ini, aku pasti keselamatan diriku akan tergugat sama.

“Kami tidak boleh memberi lebih apa yang diminta oleh tuan mu, Panglima
Awang.” Raja Zula memberi penjelasan. Raja Zula memberi penjelasan. Suara baginda
disulami dengan perasaan sedih bercampur aib.

“Tapi kenapa?” tanyaku dengan suara yang lembut. Peluhku mencurah-curah


turun. Aku merasa kurang selesa berdiri di tengah-tengah cahaya matahari terik di
hadapan pantai Cebu pada tengah hari itu. Inilah kali pertama aku merasa begitu kurang
selesa ketika terpaksa melaksanakan tugasku di luar kapal, walaupun keadaan pantai
nampak cantik dengan pasirnya yang halus dan laut yang membiru di hadapanku.

“Kami terpaksa mengikut perintah Raja Lapu-lapu yang memerintah Mactan.


Pengaruhnya kuat di sana. Pengikut-pengikutnya ramai!" jelas Raja Zula. Baginda
langsung tidak memandang ke arah Raja Humabon. Sememangnya baginda telah lama
benci dengan Raja Humabon yang tamak kuasa itu. Walau bagaimanapun, baginda
sendiri kurang senang dengan sikap Lapu-Lapu yang tiada noktah, yakni suka
mengganggu prinsip pemerintahan di jajahan baginda.”

“Jahanam!” tempelak Raja Humabon dengan marah.

“Apa yang sedang berlaku, Enrique?” tanya Fernao terpinga-pinga melihat Raja
Humabon yang meledak marah dengan tiba-tiba.

Aku menceritakan kepada Fernao tentang rasa kurang senang Raja Humabon
dengan Raja Lapu-lapu. Diceritakan kepada Fernao tentang perebutan kuasa dan hak ke
atas pulau Mactan di antara Raja Humabon dengan Raja Lapu-lapu.

“Panglima Awang, beritahu kepada Fernao bahawa untuk membuktikan


pakatannya dengan beta, dia mesti pergi menyerang Mactan! Mereka perlu diajar. Lapu-
lapu mesti ditumpaskan!” Raja Humabon menjerit dengan marah.

Aku terpaksa memberitahu kepada Fernao apa yang diminta oleh Raja Humabon
kepadanya. Fernao mendongak, lantas terus memberitahu kepada Raja Humabon bahawa
dia akan memenuhi hasratnya. Dengan yakin Fernao berkata:

“Tentera Kristian dapat menumpaskan musuhnya bila-bila masa sahaja!”

“Beritahu kepada tuan mu, Panglima Awang, bahawa tentera Kristiannya boleh
mengalahkan Raja Lapu-lapu jika dia pergi mendapatkan bantuan tambahan dari pihak

http://nizamzakaria.blogspot.com 37
Portugis di Melaka.” Ujar Raja Zula. “Jika tidak... Mungkin padah jadinya. Raja Lapu-
lapu mempunyai bala tentera yang kuat dan terlatih.”

Aku terkejut dengan jawapan yang diterima dari Fernao apabila aku memberitahu
kepadanya kata-kata nasihat dari Raja Zula tadi. Dalam keangkuhan Fernao, dia terus
mengatakan bahawa dia akan menyerang Lapu-lapu pada esok hari tanpa perlu dibantu
oleh sesiapapun. Lebih-lebih lagi pihak Portugis yang telah menidakkannya sebelum ini.

Sukar untuk Aku menerima keangkuhan yang ada dalam diri Fernao. Mungkin
segala tekanan yang diterimanya semenjak mereka berlayar dari Seville yang
membuatkannya bersikap begini. Lebih-lebih lagi bahawa terdapat desas-desus yang
mengatakan bahawa terdapat ramai anak-anak kapal yang semakin membencinya malah
mahu memberontak lagi...

Pada keesokan paginya, pada pukul 3 pagi Fernao bersama 60 orang pengikut-
pengikutnya mendarat di pantai Mactan. Cassius dengan segala kelengkapannya
berperang berdiri rapat di sebelahku. Telah berkali-kali Fernao memintaku supaya duduk
di atas kapal bersama anak-anak kapal yang telah disuruh berjaga di sana, tetapi aku
berdegil juga mahu ikut bersama. Aku begitu yakin bahawa masalah di antara Fernao,
Raja Humabon dan Raja Lapu-lapu dapat diselesaikan olehnya dengan perbincangan
diplomatik.

Setibanya dia di atas pantai jajahan Raja Lapu-lapu, Fernao tidak terus
menyerang. Dia telah meminta tentera-tenteranya supaya berehat di atas pantai, walaupun
Cassius berkali-kali memintanya supaya menyerang musuhnya selagi fajar masih belum
mahu menyingsing. Tetapi Fernao tetap berdegil...

“Fernao seharusnya menerima tawaran Raja Himabon yang mahu dia membawa
bersamanya 600 orang panglima-panglimanya. Tetapi dia terlalu angkuh!” Cassius cukup
benci melihat keangkuhan Fernao. Tatkala panglima-panglima Raja Himabon mendayung
dengan 30 buah sampan mereka ke arah Mactan, Fernao telah menyuruh mereka jangan
campur tangan dan melihat sahaja bagaimana caranya orang putih bertarung dalam
peperangan dan menang.

Cassius berjalan beberapa tapak ke hadapan kemudian ke belakang. Dia nampak


resah. Matanya terus ke ufuk timur. Tidak berapa lama lagi, matahari akan terbit.

“Mungkin dia fikirkan apa yang ada sudah cukup untuk melawan Raja Lapu-
lapu.” Aku bersuara perlahan. Mataku redup memandang ke arah pasir yang begitu halus
bertaburan di atas pantai.

“Mungkin semua ini sudah ditakdirkan.” Kata Cassius. Dia termenung jauh ke
ufuk timur. Buat pertama kali aku dapat melihat kesayuan di wajahnya itu.

“Kau masih percaya kepada takdir?” tanyaku, sengaja aku mahu menyindirnya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 38
Cassius membuahkan senyuman yang lekang. Kemudian dia menggenggam
leherku. Kukunya kurasakan menggores leher. Tajam. “Guruku Epictetus pernah
menegaskan kepadaku bahawa takdir yang tidak dapat kita kawal tidak harus kita takuti
atau ingini.”

Selepas dia melepaskan genggamannya ke leherku, dia terus merapatkan dirinya


kepadaku. Dia memandang ke arahku dengan satu pandangan yang kurang dapat aku
fahami maksudnya.

“Kau tidak perlu takut walaupun aku terpaksa pergi jika Fernao masih mahu terus
menunggu sehingga matahari terbit untuk menyerang Raja Lapu-lapu dan pengikutnya.”
Jelas Cassius, dia membetulkan kemasan baju perisai yang dipakaiku. “Kau tak perlu
takut jika aku tidak dapat melindungimu dan Fernao... Kalau aku ada sekalipun untuk
membantu, aku rasa aku tidak mungkin dapat melawan takdir yang telah ditentukan
terhadap dirimu, kerana aku rasa, masanya susah tiba untuk kau mati...”

Kata-katanya itu membuatkan keningku berkerut. Aku cuba melangkah beberapa


tapak ke belakang. Tetapi kakiku terasa kaku. Tubuhku keras seolah telah dipukau
olehnya. Cassius mengusap rambutku dengan lembut. Aku cuba menepis tangannya tetapi
aku tak mampu. Bisiknya kemudian ke dalam telingaku:

“Apa yang kau lalui nanti, perlu kau lalui dengan tabah. Buat sementara waktu ini,
aku dapat melihat bahawa hidup kau nanti akan dipenuhi dengan kekeliruan dan akan
bertambah sukar. Tapi aku sentiasa ada untuk membantumu. Ingat!”

Aku buat-buat tidak mendengar apa yang telah diperkatakan oleh Cassius
kepadaku, walaupun kata-kata Cassius terus menganggu fikiranku.

“Ambil sedikit masa untuk melihat sendiri keindahan terbitnya matahari di ufuk
timur. Kau akan mengingatinya sampai bila-bila, kerana inilah di antara kali terakhir
untuk kau melihatnya.” Bisik Cassius ke dalam telingaku. Tatkala Aku mahu menoleh ke
arah Cassius, aku mendapati kelibat Cassius hilang entah ke mana. Yang hanya tinggal
adalah seekor burung helang yang terbang ke arah kapal Sepanyol yang sedang berlabuh
di hadapan pantai Mactan.

Fernao terus menunggu di atas pantai Mactan sehingga ke pagi. Malah dia telah
membenarkan Raja Lapu-lapu untuk mengumpulkan kekuatan tenteranya. Perbuatannya
ini telah membuatku risau, tetapi aku tidak mampu untuk menegurnya sama sekali.

Fernao memulakan serangan dengan meminta agar kapalnya menembak ke


kawasan penempatan penduduk. Walau bagaimanapun, meriam hanya mampu
memusnahkan beberapa pondok buruk yang ada di atas pantai. Kerana meriam tidak
banyak membantu, dalam keadaan marah, Fernao telah mengarahkan agar orang-
orangnya membakar pondok-pondok penduduk Mactan. Perkara ini hanya membuatkan
penduduk-penduduk tempatan menjadi semakin marah. Dalam keadaan mereka yang
marah, tentera Fernao dihujani dengan serangan bertubi-tubi panah beracun, yang terbukti
lebih berkesan dari senjata-senjata yang digunakan oleh pihak Sepanyol.

http://nizamzakaria.blogspot.com 39
Raja Lapu-lapu dengan pengikut-pengikutnya terus menyerang Fernao dan
pengikut-pengikutnya. Mereka bersenjatakan tombak ‘kampilan’, pedang ‘kalis’ dan
pisau ‘daga’. Jika diikutkan, memang mereka bukan lawan kepada tentera Fernao yang
lengkap bersenjata, tetapi dengan pengikut-pengikutnya, Raja Lapu-lapu terus menyerang
Fernao dengan membawa 1500 pahlawan-pahlawannya.

Aku, Francesco dan Fernao berhempas pulas dan bermati-matian melawan musuh
mereka walaupun menghadapi pelbagai kesukaran. Walaupun berperisai, pahlawan-
pahlawan Raja Lapu-lapu telah menggunakan senjata mereka untuk mencederakan
bahagian kaki dan leher kami yang tidak dilindungi.

Tentera Sepanyol yang tinggal semakin sedikit jumlahnya ini kini menjadi
semakin panik. Dalam keadaan penuh keliru seperti ini, beberapa orang penduduk Cebu
yang cuba menolong telah dilawan dan dibunuh mereka.

Pada waktu itu, berkali-kali Fernao menyeru agar meriam di atas kapal di arahkan
kepada pihak musuh. Walau bagaimanapun, arahannya itu langsung tidak diendahkan.
Malah, bantuan tentera tambahan juga tidak kunjung tiba.

Aku mula merasa gusar. Satu demi satu tentera Sepanyol gugur di sekelilingku.
Terdapat juga beberapa orang tentera Sepanyol yang berlari ke arah sampan untuk
berdayung ke kapal. Mereka tahu bahawa mereka tidak mampu mengalahkan pahlawan-
pahlawan Lapu-lapu yang terlalu ramai untuk dilawan mereka.

“Aku mahu kau balik ke kapal!” tempelakku kepada Francesco, tatkala aku
menghunuskan pedangku ke dalam dada seorang lelaki Mactan yang hampir-hampir
mahu menetak Francesco. “Aku mahu kau bantu Fernao untuk berundur!” kataku lalu
menarik balik pedangku. Darah dari pahlawan muda yang telah kubunuh memercik
membasahi wajahku.

Francesco mengangguk. Dia bergerak ke arah Fernao yang tempang itu semakin
teruk keadaannya apabila dia cedera parah dengan sebatang panah tertusuk ke dalam
pehanya.

Keadaan di sekelilingku kucar kacir. Aku merasa tertekan, lebih-lebih lagi apabila
aku dapat melihat keadaan diriku yang cedera parah. Bahuku berdarah akibat terkena
tusukan tombak yang telah dilakukan oleh seorang pahlawan Mactan yang bertempur
denganku tadi. Darah yang keluar membuak-buak banyaknya, mungkin kerana telah
tusukan buluh yang tajam itu telah tertusuk tepat kepada saluran urat di bahuku.

Francesco akhirnya berjaya merapati Fernao. Pada saat itu, Fernao berjaya
menikam dada seorang pahlawan Mactan dengan tombaknya. Tusukannya begitu dalam
sehingga sukar untuk Fernao mengambil kembali tombaknya itu.

Fernao bergerak beberapa langkah. Dia ingin menggunakan pedangnya pula untuk
bertarung. Fernao cuba mengeluarkan pedangnya, tetapi belum sempat pedang itu dapat

http://nizamzakaria.blogspot.com 40
dikeluarkan dari sarungnya, sekumpulan pahlawan menyerang Fernao dengan segala jenis
senjata yang mereka ada. Dalam keadaan penuh kelam-kabut itu, sebilah tombak yang
diperbuat daripada sebatang buluh tajam menusuk ke dalam mukanya.

Fernao mengeluarkan tusukan tombak ke mukanya itu lantas menggunakan


tombak yang sama untuk membunuh penikamnya tadi. Fernao rebah di atas gigi pantai.
Darahnya masih mengalir keluar dengan deras dari wajahnya itu.

Fernao tidak dapat di selamatkan. Francesco tidak dapat melakukan apa-apa


kecuali terus berundur. Matanya kini mencari kelibatku.

Francesco menjerit sekuat hatinya apabila beliau melihatku gugur ke atas pasir
halus di atas pantai apabila sebilah pedang berjaya menetak ke bahagian leherku. Darah
merah keluar mencurah-curah dari bahagian leherku lalu mengubah warna keemasan
pasir pantai kepada warna merah.

Aku merasakan kesakitan yang amat sangat. Aku cuba menggenggam leherku
untuk mengelakkan darahku dari terpancut keluar. Aku mengerang kesakitan di atas pasir.
Tubuhku menggeletar menahan keperitan yang tidak pernah kukenali wujud untuk terus
menyeksaku sebelum ini. Mataku berpinar-pinar dan penglihatanku semakin gelap.
Beberapa detik kemudian, aku dapat merasakan sebilah tombak yang tajam telah
menikam ke arah peha dan kakiku berkali-kali. Dua orang pahlawan Mactan yang masih
muda terus menikamku untuk memastikan agar aku terus dapat dibunuh sehingga mati.

Tatkala menahan rasa perit yang amat sangat, aku tersedak beberapa kali apabila
darahku sendiri kini mula memenuhi rongga tekakku lalu naik dengan cepat sehingga
memenuhi ruang mulutku. Aku tidak mampu memuntahkan kembali darahku sendiri
lantas membuatkan ruang pernafasanku langsung tersekat. Aku tidak dapat bernafas.

Kemudian, aku terus disapa kegelapan. Aku kini tidak dapat merasa sakit ataupun
perit. Aku merasa tenang. Buat pertama kali dalam masa lebih sedekad sejak seluruh
anggota keluargaku dan Kasturi dibunuh di hadapanku, aku dapat menikmati rasa
ketenangan yang sungguh mengasyikkan...

http://nizamzakaria.blogspot.com 41
Buku I. Bab 2

Aku membuka mataku dengan perlahan. Malam. Aku mendapati Cassius sedang berdiri
di hadapanku. Aku menggosok-gosok mataku untuk memastikan aku tidak bermimpi.
Aku merasa begitu segar sekali, seolah-olah dia baru sahaja tidur yang begitu lenyak
gamaknya. Beberapa saat kemudian rasa khayalku hilang, lantas aku terus teringatkan
kembali kepada leherku yang telah ditetak. Cepat-cepat aku memegang leherku.

Aku dapati di leherku sekadar terdapat kesan luka kecil. Aku tidak merasa
sebarang kesakitan pada bahagian leherku, walaupun perisaiku nampak berkerak dipenuhi
dengan darah yang telah beku. Bau hamis darahku dapat kucium, namun ia langsung
tidak membuatnya rasa loya, tetapi rasa lapar pula yang kurasakan. Entah mengapa, aku
terasa begitu lapar dan dahaga pada malam itu.

“Aku hanya boleh ke sini sebaik sahaja matahari terbenam.” Cassius


menghulurkan tangannya ke arahku. Aku tidak menyambut tangannya. Aku cuba berdiri
dengan sendiri tanpa bantuan Cassius. “Aku tahu kau lapar... Kau perlu makan. Tetapi
masanya belum sampai lagi untuk kau makan... Kita perlu tunggu sehingga malam esok
apabila kau betul-betul lapar nanti.” Katanya kemudian tanpa kupedulikan kata-katanya
itu.

“Di mana Fernao?” mataku memandang ke arah sekelilingku. Aku dapati terdapat
beberapa mayat yang masih bergelimpangan di sekitarku. Keadaan di atas pantai agak
gelap, tetapi pandangan mataku begitu terang sekali. Aku dapat melihat suasana pantai
dengan jelas pada malam itu. Malah pendengaranku juga semakin bertambah baik rasanya
sehingga aku mampu mendengar suara anak-anak kapal Concepcion yang sedang berbual-
bual di atas kapal yang sedang berlabuh jauh dari pantai.

“Dia tiada lagi di sini.” Cassius berterus terang.

“Dia di atas kapal?”

“Dia sudah mati... Dibunuh pahlawan Lapu-lapu.”

Aku tidak mahu mempercayai kata-kata Cassius. Duniaku tiba-tiba sahaja rebah di
hadapanku. Aku dapat merasakan seolah-olah sebahagian dari diriku hilang begitu sahaja.
Aku meluahkan kalimah-kalimah ini dengan suara sedih:

“Satu ketika dahulu, setiap hari aku mendoakan supaya dirinya mati. Tapi
sekarang—”

“Mungkin satu hari nanti kau akan merasa kesedihan yang sama bila aku mati.
Bukannya aku tidak tahu dengan perangai kau, Enrique... Kau akan setia kepada sesiapa
sahaja yang sanggup memberi sedikit kasih sayangnya kepada kau—” Cassius cuba
mengusik. Tetapi jenaka Cassius langsung membuatku marah, walaupun aku tahu kata-
katanya itu ada kebenarannya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 42
Aku tidak pernah rasa begitu marah seperti sekarang. Selama ini, ketika kepalaku
dipijak-pijak atau dihina oleh kelasi-kelasi kapal dengan kata-kata pedas semata-mata
kerana aku bukan berdarah Eropah, aku masih boleh bersabar. Tetapi bukan untuk kali
ini.

Aku tidak tahu dari mana datangnya tenaga amarahnya ini ketika aku menumbuk
muka Cassius sehingga dia terpelanting jauh ke hadapan. Aku terkejut melihat kekuatan
yang ada pada diriku.

Aku bergerak mendekati Cassius. Aku mendapati kepalanya terpusing ke


belakang. Leher Cassius jelas patah.

“Belum lagi sampai masanya untuk kau bersuka ria... Aku belum mati lagi.” Ujar
Cassius dengan nada berjenaka ketika aku melihat tubuhnya terlantar begitu di atas
pantai. Dengan sendirinya dia terapung lalu berdiri di hadapanku. Kepalanya perlahan-
lahan dipusingkan ke hadapan sehingga terdengar bunyi tulang-tulangnya yang patah.
Cassius membetulkan kedudukan kepalanya kepada keadaan sedia kala. Kemudian dia
tersenyum kepadaku.

“Apa yang telah berlaku kepadaku?” aku memandang kepada telapak tanganku.
Keliru. “Apa yang telah kau lakukan kepadaku?” tanyaku kemudian kepada Cassius.

“Aku tidak lakukan apa-apa kepada kau... Tapi sebahagian dari diriku ada dalam
dirimu sekarang.” Cassius menjelaskan. Aku kemudian teringatkan kepada upacara kasi-
kasi yang disertainya beberapa hari yang lalu. Darah Cassius kini telah menjadi
sebahagian dari darahku!

“Tak mungkin!”

“Kau perlu menerima hakikat bahawa pada hari inilah kau akan mengenali erti
kehidupan yang sebenar...”

Aku meletakkan tangannya ke dadaku. Aku mendapati dia tidak dapat merasakan
degupan jantungku sendiri. Aku merasa seram sejuk. Bulu romaku berdiri tegak.

“Sebenarnya, sejak kali pertama aku bertentang masa dengan kau dahulu, aku
sudah dapat merasakan bahawa kau pasti akan menjadi sebahagian dari diri ku. Sukar
untuk aku jelaskan, tapi aku sudah dapat merasakannya sejak dari mula lagi. Sebab itulah
aku tidak membunuh kau, tetapi membawa kau ke atas kapal untuk dipersembahkan
kepada Fernao. Aku tahu hanya melalui jagaan Fernao aku akan dapat memastikan kau
sentiasa dekat denganku.”

“Kau memang jahanam!” kali ini aku betul-betul marah. Aku mula
mempersoalkan segala-galanya. Kewujudanku di dunia ini. Mengapa aku telah dilahirkan.
Dan sekarang aku mati. Itu pun bukan betul-betul mati. Jadi mana keadilan bagi diriku?

http://nizamzakaria.blogspot.com 43
“Nasib kita serupa... Apa kau ingat aku diminta untuk dijadikan begini?” dengus
Cassius.

“Aku lebih rela mati dari—”

“Kau sudah mati, Enrique... Tak perlu kau minta sesuatu yang sudah pun berlaku
kepada dirimu.”

“Aku tak mahu jadi seperti kau!” Secepat kilat aku bergerak mengambil sebatang
tombak buluh yang terpacak di sebelahnya. Aku hampir-hampir mahu menjunamkan
tombak tersebut ke bahagian dada kiri Cassius, tetapi aku berhenti. Aku tidak mampu
untuk membunuhnya.

“Aku tahu kau tidak akan mampu untuk melakukannya.” Cassius tersengih lalu
dia ketawa sendiri. “Kau perlukan aku... Masakan kau boleh membunuh aku selagi kau
memerlukan aku.”

Aku mendengus kuat. Memang aku akui, inilah kelemahanku. Aku taat kepada
Fernao juga di atas alasan yang sama. Aku memerlukan Fernao agar diriku di lindungi
supaya aku dapat terus hidup sambil berlayar melihat dunia. Kini tanpa kehadiran Fernao,
aku hanya ada Cassius untuk dijadikan sebagai tempatku untuk bergantung.

“Kau kini seorang Vampiro, dan percayalah kau akan mahu terus hidup begini
sebagai seorang vampiro setelah kau ketahui apa yang mampu kau lakukan nanti.”

Nafasku turun naik. Aku masih tidak boleh menerima penjelasan Cassius
mahupun kejadianku sekarang.

“Enrique, dengar apa yang hendak aku beritahu kepada kau sekarang...” Cassius
bersuara memulakan lembaran bicara sewaktu suasana semakin tegang.

“Apa lagi!” aku berdiri bertentangan dengan Cassius. Mataku merah, jelas marah.

“Kau sekarang bukan lagi seorang manusia. Kau seorang vampiro. Kau
mempunyai kuasa-kuasa luar biasa di luar jangkauan manusia. Kau juga mempunyai
kelemahan-kelemahan kau sendiri. Apa yang penting, kau perlu sedar bahawa dunia kau
sebagai seorang manusia akan perlahan-lahan kau tinggalkan.” Cassius berpaling ke arah
kanan. Dia sedang memerhatikan dua mayat tentera Sepanyol yang belum lagi diuruskan.
aku menoleh sama.

Aku terkejut besar apabila melihat dua lembaga lelaki di hadapan mayat mayat
tersebut. Seorang sedang berdiri dan seorang lagi sedang terduduk sambil meratapi
mayatnya sendiri. Lembaga yang sedang berdiri mendongak lantas merenung tajam ke
arahku.

http://nizamzakaria.blogspot.com 44
Mataku terbeliak apabila aku mendapati lelaki yang kini sedang memandang tepat
ke arahku adalah Fernao. Aku terkejut sehingga aku melangkah beberapa tapak ke
belakang.

“Aku pasti Fernao akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan tempat kau
sekarang ini...”

Aku terus tidak bersuara kerana terlalu gerun melihatkan apa yang dapatku lihat
pada malam itu. Lidahku kelu.

“Duarte sepatutnya membantu ketika Fernao diserang, tetapi dia tidak melakukan
apa-apa. Dia langsung tidak membenarkan meriam digunakan untuk menyerang pahlawan
Lapu-lapu mahupun menghantar bantuan tambahan. Dia telah melakukan ini semua
kerana dia mahu membalas dendam terhadap Fernao, kerana Fernao pernah
menumpaskan percubaannya cuba memberontak dahulu...”

Wajahku jelas pasrah, walaupun aku cukup marah dengan Duarte. Perlahan-lahan
aku cuba mencerna hakikat tentang kematianku. Kematian Fernao dan pengkhianatan
Duarte.

Sejak dari saat pertama aku bertentang mata dengan Duarte aku telah
membencinya. Duarte pernah mahu memberontak melawan Fernao, tetapi kesalahannya
ini telah dimaafkan oleh Fernao yang tempang yang jarang-jarang memaafkan kesalahan
sesiapapun yang menentangnya. Fernao tahu bahawa Duarte adalah seorang pelaut yang
cekap, walaupun beliau sering bersikap kurang ajar kepada Fernao dan terutamanya
kepadaku yang sering sahaja diherdik dan dihinanya – mungkin sebab itulah agaknya
Fernao tidak menjatuhkan hukuman bunuh terhadapnya. Fernao memerlukan seberapa
banyak pelaut yang berpengalaman di dalam pelayarannya ini. Lagipun, mana mungkin
dia boleh menghukum Duarte, kerana Duarte adalah adik iparnya sendiri.

Di sepanjang pelayaran ini, aku terpaksa berhadapan dengan ramai anak-anak


kapal yang mempunyai sikap perkauman yang menebal selain Duarte. Tetapi duarte lah
yang kuanggap paling buruk di antara ramai yang ada. Sememangnya aku lebih senang
melihat Duarte dihukum mati tatkala dia telah ditangkap cuba mengkhianati Fernao
dahulu...

“Duarte sekarang mengetuai pelayaran ini menggantikan tempat Fernao.” Cassius


memberitakan hal ini kepadaku.

Aku menutup mataku seketika. Menahan rasa geram seperti ditusuk baran yang
membakar jiwaku pada waktu itu. Tatkala itu, tanpa diundang, aku dapat melihat keadaan
Duarte yang sedang bersuka-suka di dalam bilik Fernao, bersama seorang gadis Cebu
yang sedang diperkosanya di dalam kepalaku. Apa yang aku lihat jelas, seolah-olah
Duarte sedang berada betul-betul di hadapanku.

http://nizamzakaria.blogspot.com 45
“Jadi kau boleh melihatnya sekarang, bukan?” tingkah Cassius. “Inilah di antara
kebolehan yang kau ada sebagai seorang vampiro. Kau mempunyai kebolehan untuk
‘melihat’.”

Aku mengangkat muka. Aku membenci akan kebolehan Cassius yang dapat
membaca fikiranku. Dalam masa yang sama, naluriku memberitahu bahawa sekarang aku
mampu menyekat Cassius dari terus membaca isi hatiku.

“Aku mahu pulang ke kapal.” Kataku sambil melangkah ke arah pantai. Tetapi tak
ada sebarang sampan pun di atas gigi pantai. Kini kudapati Cassius tidak datang ke
Mactan dengan bersampan.

Cassius mendekatiku. Dia merenung ke dalam mataku. Seperti dipukau, aku terus
merenung ke dalam mata Cassius yang semakin lama semakin dekat kepadaku.

Tanpa di duga, tiba-tiba aku mendapati diriku sedang berada di atas kapal
Trinidad. Aku memandang ke arah sekelilingku.

“Kau masih penat. Kau perlu berehat.” Ujar Cassius. Aku sememangnya rasa
terlalu lemah sekarang ini, seolah-olah terlalu banyak tenaga telah digunakan ku sejak
sedar tadi.

Aku terkulai lesu, lantas pengsan di atas tubuh Cassius...

**

Aku membuka mataku. Aku mendapati aku sedang terbaring di dalam kabin
sempit Francesco. Hari sudah siang. Keadaan yang agak terang ketika pintu Francesco
membuatkan mataku silau.

“Enrique, Tuan Barbosa mahu berjumpa dengan kau sekarang!” ujar Francesco.
Dia duduk di sebelahku ketika aku sedang terbaring di atas katilnya.

Aku menjeling ke arah pintu kabin. Aku merasa terlalu malas untuk keluar lalu
berhadapan dengan Duerte.

“Aku belum bersedia.” aku menjawab ringkas.

“Mungkin kau masih bersedih memikirkan tentang kematian Fernao...” Suara


Francesco ketara sedih. Dia sendiri menghormati Fernao, malah menganggapnya sebagai
seorang tokoh pelaut yang amat-amat dihormatinya.

“Ya.” aku mengiakan sahaja, walaupun aku lebih memikirkan tentang nasibku
kini apabila Duarte dilantik menjadi ketua dalam pelayaran ini.

“Tuan Barbosa mahu meneruskan perjanjian perdagangan dengan Raja Humabon


—”

http://nizamzakaria.blogspot.com 46
“Mengapa kau tidak buat sahaja?” tanyaku dengan nada sedikit sinis
kedengarannya. “Bukankah aku sudah mengajar kau untuk memahami Bahasa Melayu?”

“Loghat yang kau ajar aku tidak sama dengan yang digunakan di daerah ini.
Lagipun, aku tidak secerdik kau untuk memahami pelbagai bahasa dengan pantas.”

“Semuanya alasan semata-mata!” aku menyelubungi diriku dengan lain selimut.

Francesco diam buat seketika sebelum dia menyambung:

“Aku fikirkan kau telah mati... Mungkin aku tersalah nampak. Walau apa-apa
pun, aku tidak sepatutnya meninggalkan kau di Mactan.”

Sukar bagi aku untuk menceritakan kepada Francesco hal sebenar yang telah
berlaku ke atas diriku. Mungkin lebih baik jika Francesco tidak tahu. Lagipun dia tidak
perlu tahu.

“Kau tidak bersalah. Kita memang sepatutnya berundur.” Sambutku. Di dalam


hatiku, aku menyumpah Duarte si pengkhianat itu. Dendam kesumatku kepada Duarte
semakin meluap-luap. Jika bukan kerana Duarte, aku dan Fernao pasti masih hidup lagi
sekarang!

“Duarte akan mengamuk jika kau tidak keluar menemuinya, Enrique.” Kata
Francesco dengan lembut.

Aku memberanikan dirinya untuk keluar dari kabin. Sebaik sahaja aku keluar dari
perut kabin, aku terus merasa tidak selesa. Keadaan pada petang itu mendung, malah
hujan gerimis, tetapi kulitku terasa seperti terbakar tatkala aku menjejakkan kakiku di
luar. Aku terus menyelubungi diriku dengan kain selimut yang tebal.

“Apa si hitam itu buat di situ?” suara Duarte kuat mengherdik. Francesco
memegang bahuku lantas membawaku menghadap Duarte yang garang itu.

“Aku mahu si hitam ini pergi berjumpa dengan Raja Humabon dan memberitahu
kepadanya bahawa pihak Sepanyol mahukan hak-hak perdagangan istimewa di dalam
kerajaan naungannya!” getus Duarte kepada Francesco, seolah dia tidak boleh
memberitahu sendiri kepadaku, yang terlalu hina dalam pandangan matanya.

Aku membelakangi Duarte, seolah tidah mahu mendengar perintahnya. Aku mahu
kembali ke bilik Francesco. “Tuan aku hanya satu, Tuan Fernao Magalhaes!”

Duarte naik darah. Dia tidak dapat menerima bagaimana seorang hamba yang hina
sepertiku berani bersifat kurang ajar kepadanya.

“Anak haram jadah!” Jerit Duarte dengan lantang tatkala dia menendang tubuhku
sehingga aku jatuh tersungkur lalu terus ditendangnya tubuhku yang lemah itu.

http://nizamzakaria.blogspot.com 47
Francesco serba salah. Dia berjalan untuk mendapatkanku tetapi berhenti di
tengah jalan. Dia tidak berani meminta agar Duarte berhenti dari terus menyiksaku.

Aku tidak merasa sebarang kesakitan. Mungkin kerana aku merasa terlalu lemah
untuk melawan. Tubuhku tidak bermaya. Perutku terasa terlalu lapar dan dahaga.

“Walaupun tuanmu sudah mati, kau tetap seorang hamba!” Duarte terlanjur cakap.
Aku meneliti isi hatinya lalu aku mendapat tahu Duarte sedar tentang wasiat Fernao untuk
membebaskanku pada saat Fernao meninggal dunia. Aku terus mendalami hati Duarte
lantas mengesahkan tentang rancangannya untuk sengaja tidak mahu menolong Fernao
lalu membiarkan Fernao mati di Mactan. Dendam Duarte kepada Fernao memang terlalu
mendalam. “Apabila kau aku bawa pulang ke Sepanyol nanti, aku akan pastikan kau akan
terus menjadi hamba kepada Biatriz!”

Aku mahu membalas dendam bagi pihak Fernao. Aku mahu menerkam Duarte
lantas membunuhnya di situ juga, tetapi terdengar suara halus di dalam kepala memintaku
menunggu. Masaku untuk membunuh Duarte Barbosa bedebah adakan tiba juga nanti.

“Kau hanya perlu menunggu sedikit masa sahaja lagi. Kau masih lemah.” Ujar
Cassius. Suaranya yang hanya boleh didengar di dalam fikiranku.

Tatkala itu, Di dalam fikiranku, timbul pula satu rancangan yang dapat
dilakukanku untuk membalas dendam terhadap Fernao dan konco-konconya.

“Baik tuan... Saya akan pergi menemui Raja Humabon... Sekarang juga!” kataku
akhirnya kepada Duarte dengan suara yang rendah. Aku berdiri, lantas melangkah untuk
menyiapkan diriku untuk ke Cebu.

Duarte puas mendengar kata-kataku yang difikirkannya berjaya ditundukkan,


sebagai mana seorang vaqueros dapat menundukkan dan menjinakkan seekor kuda yang
liar.

**

Aku pergi menghadap Raja Humabon dengan memakai jubah yang menutup hampir
kesemua bahagian tubuhku yang telah kupinjam dari Paderi Valderamma.

“Utusan dari Sepanyol semakin lemah Tuanku. Tuanku harus mengambil peluang
ini untuk merampas segala harta benda yang telah mereka kumpul selama ini.” aku
memberitahu tanpa merasa sebarang penyesalan kepada baginda yang sememangnya aku
tahu gilakan harta dan kuasa dan sanggup melakukan apa sahaja untuk menjadi lebih kaya
dan berkuasa dari raja-raja yang memerintah di sekitar tanah jajahannya.

Suasana di balai menghadap menjadi riuh dengan tiba-tiba. Para pembesar


berbincang sesama mereka. Raja Humabon jelas mencurigai kata-kataku.

http://nizamzakaria.blogspot.com 48
“Adakah semua ini benar, Panglima awang? Ataupun ini hanya permainan kata-
kata orang putih terhadap beta?” tanya baginda meminta kepastian.

“Ampun Tuanku... Tetapi adanya patik hanya mampu berkata yang benar.
Lagipun... Tuan baru patik, tuan Barbosa akan mengambil segala barang-barangan yang
telah mereka kumpul di gudang dan akan berlayar dari sini pada hari esok. Mungkin
dengan beberapa orang penduduk tempatan yang akan mereka culik dan akan dijadikan
hamba. Kerana itulah yang sering mereka lakukan. Ampun Tuanku.”

Raja Humabon memikirkan kembali tentang kekalahan yang memalukan pihak


Sepanyol kepada musuh ketatnya Lapu-lapu. Beliau menyesal kerana tidak
mengendahkana amaran yang pernah diterimanya dari pedagang-pedagang Arab yang
mengatakan tentang sikap pedagang orang putih yang kuat menipu dan merompak.

Raja Humabon ternyata tidak mahu kerajaannya menerima nasib seperti Melaka. Beliau
merasakan beliau perlu melakukan sesuatu untuk memastikan agar pihak Sepanyol tidak
dibenarkan dari memperkotak-katikkan kerajaan pimpinannya. Dia perlu melakukan
sesuatu. Lalu titahnya kemudian:

“Jika begitu, malam ini beta akan mengambil kesempatan ini untuk mengadakan
jamuan makan untuk pegawai-pegawai tertinggi rombongan Sepanyol.”

Aku mengangguk puas. Aku faham akan maksud sebenar Raja Humabon. Lalu
aku meminta diriku, lantas melangkah keluar dari istana...

Aku pulang ke kapal Trinidad. Cepat-cepat aku pergi menemui Duarte, lantas
memberitahunya bahawa Raja Humabon mahu menjamunya pada malam ini dan mahu
memberikan sejumlah emas, permata dan lebih penting, rempah ratus sebagai hadiah serta
pampasan kepada pihak Sepanyol kerana telah membantu mereka melawan pihak Lapu-
lapu walaupun kalah.

Duarte dengan sifatnya yang tamak haloba itu ketawa bangga. Tidak sabar lagi
rasanya dia menunggu waktu malam untuk meraikan hari pertamanya menjadi nakhoda
pelayaran yang penuh bersejarah ini.

Dan begitu juga aku. Aku juga tidak sabar nampaknya menunggu malam...

**

Dua puluh lapan pegawai-pegawai Sepanyol tersenyum-senyum apabila mereka


melangkah berjalan di atas pantai Cebu. Dari jauh lagi mereka dapat melihat pesta
jamuan makan malam yang telah diadakan khas untuk mereka.

“Francesco... baik kau pulang sahaja ke Trinidad. Bawa paderi Valderamma


bersamamu.” Ujarku kepada kawan baikku itu sewaktu mereka berada di atas gigi air.

“Tapi mengapa?”

http://nizamzakaria.blogspot.com 49
“Kau tidak perlu banyak soal.” Suaraku semakin tegas. Aku memandang ke arah
Cassius. “Kau seharusnya tinggal di atas kapal untuk membantu Don Antonio merawat
mereka yang tercedera parah.”

“Mungkin kita seharusnya pergi!” ujar Valderamma yang sememangnya kurang


senang dengan kehadiran Cassius sejak kali pertama dia mengenali akan kewujudannya.

Francesco hairan melihatkan perangaiku yang ganjil. Tetapi dia membiarkan


sahaja, fikirnya aku masih bersifat ganjil kerana sedih dan kecewa di atas kematian
Fernao. Bersama Valderamma, dia pulang menaiki sampan ke kapalnya.

Pegawai-pegawai Sepanyol tampak kacak lengkap dengan pakaian malam mereka


pada malam itu. Mereka gembira melihat pelbagai jenis makanan dan arak yang telah
dihidangkan untuk mereka. Ini belum termasuk gadis-gadis yang telah disediakan khas
untuk mereka ratah.

Sewaktu pegawai-pegawai Sepanyol sedang bersuka-suka, aku dan Cassius pergi


menghadap Raja Humabon. Cassius meminta Raja Humabon dan orang-orangnya
berundur apabila dia bersedia kelak. Entah mengapa, Raja Humabon terus mendengar
kata-katanya tanpa banyak bersoal, seolah dia telah dipukau.

“Aku tahu kau lapar Enrique.” Ucap Cassius sambil berpura-pura bersuka ria
menikmati juadah yang dihidangkan Raja Humabon. Sepertiku, dia langsung tidak
menjamah makanan-makanan yang telah disediakan.

“Aku cuma rasa lemah.” Sambutku, cuba berbohong. Pada kebenarannya, aku
tidak pernah terasa begitu lapar dan dahaga di dalam hidupku. Walaupun perutku terasa
kosong, seleraku langsung tidak terbuka untuk menjamah bermacam-macam jenis
hidangan disediakan di hadapanku. Aku tidak lalu makan. Malah aku langsung tidak
menyentuh makanan yang ada. “Bagaimana kau melakukannya?” Tanyaku Kemudian.

“Maksud kau, hidup di dalam dunia mereka dengan sebegitu lama tanpa mereka
sedari kecuali sesetengah orang seperti kau dahulu?” tanya Cassius kembali.

“Ya. Bagaimana kau mampu lakukannya.”

“Kerana manusia hanya mampu dan mahu melihat apa yang mahu mereka lihat.”
Maka itulah penjelasan ringkas yang diberikannya.

Aku akur akan kebenaran kata-katanya. Sejak aku dilahirkan semula sebagai
makhluk terkutuk ini, bermacam-macam-macam keganjilan yang dapat aku perhatikan
dengan mataku ini. Ketika aku memandang ke depan, kadang-kala aku akan dapat
melihat lembaga aneh dari pelbagai jenis dan rupa merayau-rayau di waktu malam tanpa
diketahui manusia. Mereka kelihatan seperti cahaya yang malap, ada pula kelihatan
seperti bayang-bayang yang gelap. Aku dapat merasakan kebencian dan rasa dendam di
dalam makhluk-makhluk yang gelap ini. Ada kalanya, makhluk-makhluk ini sedar aku

http://nizamzakaria.blogspot.com 50
sedang memerhatikan mereka. Apa yang pasti, mereka takut kepadaku dan terutamanya
kepada Cassius. Ada sesuatu tentang diriku sebagai seorang vampiro yang begitu mereka
takuti.

“Mereka tahu kau istimewa...” jelas Cassius. “Mungkin mereka juga tahu kau
adalah sebahagian dari diriku dan aku pula sebahagian dari diri Tiresias anak kepada
Everes dan Chariclo, bidadari kesayangan Athena. Tiresias orakel buta berbangsa Yunani
yang kutemui di Jerash ini merupakan salah seorang dari 7 ahli pengasas Majlis Vampiro
yang juga dikenali dengan nama Amesha Spentas yang boleh dijejak salasilah kejadian
mereka di Babylon.

“Menurut satu mitos, Tiresias pernah terlihat Athena berbogel di hadapannya.


Athena menutup matanya, lalu Tiresias menjadi buta. Ibu Tiresias, Chariclo telah
meminta Athena mencelikkan kembali penglihatan anaknya itu tetapi Athena tidak dapat
mengembalikan penglihatan Tiresias. Akan tetapi, Athena telah menghadiahkan Tiresias
dengan kemampuan seorang orakel... Dengan kemampuan orakelnya, dia merupakan
vampiro yang paling berkuasa di kalangan pengasas Majlis Vampiro.

“Apabila aku menjadi vampiro, aku telah mewarisi sedikit dari kebolehannya ini.
Dan kini kau akan mewarisi kebolehan ini, tetapi sebagai salinanku, kebolehan menilik
ini mungkin tidak sebaik yang aku ada. Tapi aku pasti kau akan memperoleh kebolehan-
kebolehan yang lain semakin lama kau hidup di dalam dunia ini untuk mempelajari
kemampuanmu sendiri...”

“Jadi kenapa hanya aku dan Fernao tahu akan kewujudanmu? Mengapa yang lain
hanya boleh mengagak, tetapi tidak boleh memastikan?” aku menanyainya tatkala
bersamanya di dalam suasana pesta pada malam itu yang langsung tidak ku endahkan.

“Semata-mata kerana aku telah membenarkan. Dan bila-bila sahaja ingatan


tentang kewujudan aku boleh dihilangkan dari ingatan mereka... Satu hari nanti kau akan
belajar tentang kebolehan ini, dan akan kau gunakan untuk mengawal mereka.”

“Aku tak perlu itu semua.” Kataku sambil termenung jauh memandang ke arah
unggun api.

“Aku sendiri bersependapat dengan kau pada mulanya...” Ujar Cassius dengan
tersenyum meleret. “Tapi aku terus mengetepikannya setelah aku memperoleh kuasa-
kuasa luar biasa ini yang sememangnya mengesyikkan!” Cassius kemudian menggunakan
tangan kanannya seolah memberitahu kepada Raja Humabon agar meninggalkan kawasan
jamuan. Dan seperti dipukau, Raja Humabon dan pengikut-pengikutnya akur.

Pengawai-pegawai Sepanyol nampaknya terus bersuka ria walaupun penduduk-


penduduk pulau sudah lama menghilang...

Cassius kini berjalan menghampiri Duarte sambil memimpinku. Dia memegang


kepala Duarte dan Duarte mengikut sahaja tanpa membantah mahupun sedar dia
diperlakukan begitu oleh Cassius.

http://nizamzakaria.blogspot.com 51
“Aku pasti kau mahu membunuhnya sendiri,” ujar Cassius sambil memandang
tepat ke arah urat tebal di leher Duarte yang kulitnya kelihatan kemerahan akibat sekian
lama dimamah matahari. Uratnya itu berdegup mengikut degupan nadinya. Aku sendiri
dapat mendengar degupan tersebut yang semakin lama semakin kuat.

Wajah Cassius kini berubah. Dia kelihatan menakutkan dengan matanya yang
berubah merah dan wajahnya menjadi semakin bengis selayaknya seperti seekor binatang
yang buas. Mulutnya terbuka lebar lalu menampakkan gigi-giginya yang tajam. Aku
memerhatikan wajah Cassius yang menakutkan yang pernah kulihat di Melaka dahulu -
tatkala dia membunuh kesemua anggota keluargaku dengan kejam. Satu wajah yang
amat-amat kutakuti dan benci.

Wajah Cassius kini berubah menjadi satu wajah yang ganas yang menggerunkan!

Cassius menjunamkan kepalanya ke dalam leher Duarte, dan Duarte langsung


tidak dapat melawan walaupun dari anak matanya, aku dapat membaca bahawa Duarte
cukup sedar dengan apa yang telah diperlakukan kepadanya, tetapi dia tidak dapat
membuat apa-apa.

Aku dapat menghidu bau darah Duarte apabila darahnya itu mengalir keluar dari
lehernya.

“Bukankah ini yang kau mahukan?” tanya Cassius, dia menyerahkan tubuh lemah
Duarte kepadaku. Wajahnya kembali kepada bentuk manusia.

Aku memalingkan kepalaku ke tempat lain. Aku tidak mampu menerima hakikat
tentang kejadianku, ataupun apa yang perlu kulakukan untuk menghilangkan rasa lapar
dan dahaga yang ada di dalam diriku.

Tiba-tiba sahaja, Cassius muncul di hadapanku. Secepat kilat, Cassius mengucup


bibirku. Darah Duarte yang memenuhi mulut Cassius kini dipindahkan ke dalam
mulutku.

Aku menjilat sisa-sisa darah Duarte di bibir Cassius. Tidak pernah aku merasakan
sesuatu yang begitu lazat, yang mampu membuatku bertenaga kembali. Serta-merta aku
merasa tubuhku segar.

Pada saat itu, aku tidak lagi dapat menahan diriku lagi. Aku berhenti dari terus
mengucup Cassius, lantas aku memandang ke arah leher Duarte. Dengan lahap, aku
mengambil leher Duarte lantas terus kuhisap darahnya, sehingga tubuh Duarte kejang dan
kaku.

Aku menjilat-jilat lehernya tatkala tiada lagi darah panas Duarte yang dapat
kuhisap lagi. Tatkala itu aku dapat melihat Cassius sedang menggila membunuh setiap
anggota perwakilan Sepanyol yang ada. Dia menggunakan pedangnya. Sebilah pedang

http://nizamzakaria.blogspot.com 52
dari jenis ‘Gladius Hispaniensis’ yang sentiasa disisip di pinggangnya dan dibawanya ke
mana-mana sahaja dia pergi.

Dalam pada itu, seorang pegawai Sepanyol, Jaoa Serrao berlari ke arah pantai.
Seperti orang gila lagaknya dia berlari ke arah sampan. Aku berlari ke arahnya.

Dalam pada itu, seorang pegawai Sepanyol, Jaoa Serrao membaling sebilah
lembing ke arahku. Aku dapat melihat lembing itu terbang dengan begitu perlahan lantas
dengan senang aku dapat mengelak diriku dari terkena lembing yang telah di arahkan
supaya kena tepat kepadaku.

Jaoa terkejut melihat aku dapat bergerak sepantas kilat lalu mengelak dari terkena
tusukan lembingnya. Dia ketakutan lantas berlari ke arah pantai. Seperti orang gila
lagaknya dia berlari ke arah sampan. Aku berlari ke arahnya.

Jaoa kelihatan begitu takut berhadapan denganku. Ditunjukkan kepadaku rantai


salib yang dipakainya. Diharapkan rantai tersebut akan dapat menakutkanku, tetapi aku
bergerak semakin hampir kepadanya. Aku mencantas rantai salibnya yang tidak
membawa apa-apa makna buatku lalu kucampak ke laut. Aku mentertawakannya.

Jaoa dapati apa sahaja yang dicubanya, tidak mampu untuk membuatkanku pergi.
Dia menyembah ke bumi, meminta agar aku membiarkannya kembali ke kapal.

Dalam kegilaan malam itu, aku tidak mahu mendengar sedu sedannya meminta
agar dirinya tidak kubunuh. Wajahku bertukar bengis seperti wajah menakutkan Cassius
yang telah kulihat tadi. Aku mahu membalas dendam terhadap segala pengkhianatan yang
dilakukan oleh Jaoa yang telah menjadi konco Duarte. Aku terus menerkam kepala Jaoa,
kemudian aku merobek leher Jaoa sehingga hanya tinggal separuh sahaja lehernya yang
masih bersambung ke tubuhnya. Darah memercik keluar dengan deras dari lehernya yang
telah kurobek itu. Lantas kujilat darah Jaoa yang kini banyak terpercik ke baju dan
wajahku. Bajuku kini basah lenjun dengan darah-darah mangsaku. Aku puas.

Di atas kapal, anak-anak kapal dapat melihat sesuatu pandangan yang berbeza. Mereka
dapat melihat bagaimana pegawai-pegawai Sepanyol diserang oleh penduduk-penduduk
tempatan. Mereka beramai-ramai ketakutan dan mereka sedar bahawa kini mereka tidak
mempunyai sebarang pegawai yang berpengalaman untuk mengetuai pelayaran Sepanyol
ke Maluku.

Dalam keadaan sedar tak sedar, mereka semua mengorak langkah untuk bergegas
meninggalkan Cebu. Dalam fikiran mereka yang dipukau Cassius, dapat dilihat kapal
Concepcion yang ditinggalkan itu dibakar penduduk-penduduk Cebu. Dalam keadaan
tergesa-gesa mereka terus berlayar, lebih-lebih lagi dengan adanya beberapa buah sampan
dipenuhi pahlawan-pahlawan Cebu bergerak ke arah kapal-kapal mereka untuk
menyerang dan merampas apa yang ada. Juan Sebastian del Cano dengan pantas
mengambil alih tugas Duarte sebagai nakhoda pelayaran ini.

http://nizamzakaria.blogspot.com 53
“Mereka nampaknya telah pergi tanpa kita.” Kataku sambil memerhatikan wajah
Cassius yang kembali seperti sedia kala, tidak lagi berwajah ganas.

“Biarkan mereka pergi.” Ujar Cassius sambil mengelap kesan darah pada
wajahnya. Dia tersenyum sendiri. “Kita masih ada Concepcion.”

“Jadi apa yang boleh kita lakukan dengan Concepcion?”

“Kita boleh isi dengan beberapa orang penduduk tempatan dan orang-orang
Sepanyol yang tidak sempat kita kerjakan. Kita perlu pulang ke Eropah.”

Aku termenung jauh. Aku diam sahaja. Mataku melihat keadaan pantai yang
senyap sunyi. Beberapa mayat bangsa Sepanyol bergelimpangan di hadapanku.

“Apa, kau mahu pulang ke Melaka?” tanya Cassius meminta kepastian.

“Tak ada apa lagi yang boleh aku cari di Melaka.” Kataku berterus terang dengan
suara perlahan.

“Concepcion sarat dengan emas dan rempah ratus... Kita akan berlayar sehingga
ke Venice. Aku ada kenal pedagang dari sana yang akan memberikan harga yang baik
untuk barangan yang akan kita bawa pulang.” Suara Cassius tajam dengan harapan yang
menyala.

“Mengapa kau lakukan ini semua?” Tanyaku tiba-tiba. Aku bercangkung di atas
pantai. Aku langsung tidak mahu memerhatikan keadaan penduduk tempatan yang seperti
dirasuk di kawasan pekan di belakangku. Ada di antara mereka yang sedang sibuk
membakar kayu salib yang telah ditanam di tengah-tengah pekan.

“Setelah begitu lama kau hidup, kau akan mula sedar kau akan sanggup membuat
apa sahaja untuk memastikan agar tidak membuat hidup kau bosan.” Jelas Cassius
dengan matanya meleret memandangku. “Aku suka berperang, sebab itulah aku mahu diri
aku ditangkap Fernao dahulu dan membuat perjanjian untuk berjuang bersama tentera
Portugis. Dan seperti kau, aku juga berminat untuk berlayar dan melihat dunia.”

“Kau sanggup melakukan ini semua semata-mata kerana ingin menghilangkan


rasa bosan?”

“Ya... Aku dan beberapa lagi vampiro sepertiku ketika Portugis menyerang
Melaka dahulu. Sebab itulah Melaka senang ditawan Portugis.”

Cassius tersenyum. Mungkin jelas baginya sekarang aku seorang yang suka
bertanya.

“Apa maksud kau, ‘vampiro sepertiku? Siapa yang kau maksudkan?” aku
menagih jawapan.

http://nizamzakaria.blogspot.com 54
“Yang wujud seperti kita. Pasti kau tidak terfikir hanya kita berdua sahaja yang
begini?”

“Kau tidak perlu takut. Kau tak akan pernah kesunyian lagi.” Ucap Cassius
menenangkan perasaan aku yang gusar pada waktu itu.

Maka pada malam itu, diceritakan Cassius kepadaku dengan panjang lebar alkisah
bagaimana dia mula-mula mengenali Fernao dahulu – satu kisah yang pernah diceritakan
oleh Fernao kepadaku dengan ringkas. Cassius telah bercerita kepadaku ceritanya ini
dengan harapan aku akan dapat mengenali dengan lebih dekat, atau mungkin dia mahu
mendapatkan kepercayaan dariku...

Menurut Cassius, pada awal abad ke-16, Fernao telah diarahkan untuk bertugas di bawah
naungan Francesco de Almeida, wizurai Portugis pertama di India. Kerajaan Mesir
kurang senang dengan penguasaan Portugis di India, lantas dengan bantuan Venice,
Sultan Mesir cuba menyerang jajahan Portugis di India sehingga menyebabkan anak
lelaki Almeida terkorban. Walau bagaimanapun, Mesir akhirnya berjaya ditumpaskan
Portugis, apabila Mesir menyerang sekali lagi pada tahun 1509 - dan pada waktu itulah
Cassius telah berjaya ditangkap Fernao di India apabila dia berjuang di bawah panji-panji
tentera Venice untuk membantu Mesir melawan Portugis...

Sejak peristiwa penangkapan itulah, Fernao mula mengenali Cassius, seorang


tentera upahan yang pernah bekerja untuk Duke of Milan, Ludovico Sforza. Setelah
Ludovico Sforza dihalau dari Milan oleh raja Perancis, Louis XII, Cassius berhijrah pula
ke Venice untuk tujuan berlayar melihat dunia dan seterusnya terjebak dengan
pertelingkahan Mesir dan Portugal di India...

**

Aku memikirkan kembali apa yang telah dilakukan oleh pelaut-pelaut Sepanyol sejak
mereka berlayar meninggalkan Seville. Mereka merogol, membunuh dan menculik
penduduk-penduduk tempatan untuk dijadikan hamba. Tidak ada yang baik tentang
mereka. Hatiku pasti akan meluap-luap marah setiap kali aku memikirkan tentang perkara
ini. Lebih-lebih lagi kerana aku tidak dapat membuat penafian tentang penglibatanku di
dengan mereka. Dan sekarang, aku terpaksa melakukan perkara yang sama agar aku dan
Cassius dapat kembali ke benua Eropah. Kapal Concepcion yang kami gunakan dipenuhi
dengan pedagang-pedagang asing dan orang-orang tempatan yang telah diculik kami dan
dipaksa bekerja mengendalikan kapal ini di dalam keadaan terpukau sepanjang masa.

Pelayaran Sepanyol akhirnya hanya tinggal Juan Sebastián del Cano, nakhoda kapal
Victoria yang meneruskan perjalanan pulang ke Seville. Walaupun Fernao tidak dapat
meneruskan perjalanannya, setelah beberapa lama namanya dibayangi nama Juan
Sebastian del Cano, kesudahannya pada hari ini, dia terus akan diingati sejarah sebagai
Ferdinand Magellan, manusia pertama yang telah mengelilingi dunia, melalui
perjalanannya yang terdahulu.

Namaku pula terus ditelan masa... Mungkin perkara ini ada juga hikmahnya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 55
Sememangnya aku sendiri tidak mahu namaku disebut-sebut. Aku tidak mahu diriku
diingati. Aku malu menjadi sebahagian dari mereka yang akhirnya telah menyebabkan
Filipina dijajah Sepanyol buat beratus-ratus tahun. Lagipun, banyak dari kisahku telah
dilupuskan, juga kisah Cassius makhluk penghisap darah yang dilaknati itu dari lembaran
sejarah.

http://nizamzakaria.blogspot.com 56
Buku I. Bab 3

Alkisahnya, sebuah kapal pedagang Arab yang kami serang dibiarkan hanyut setelah
subuh mula menyingsing. Dua orang pedagang terselamat kerana mereka bersembunyi di
dalam sebuah kotak simpanan makanan. Apabila diselamatkan, mereka bercerita tentang
sebuah kapal lanun berhantu yang telah menyerang. Anak-anak kapal berbilang bangsa itu
diketuai oleh dua makhluk ganas penghisap darah. Buat beberapa puluh tahun selepas itu,
legenda mengenai sebuah kapal Sepanyol yang berpuaka terus menghantui pelayar-
pelayar yang berlayar ke Nusantara...

Pelayaran Concepcion untuk ke Venice lancar, walaupun anak-anak kapal Concepcion


terpaksa kami jadikan lanun. Kapal-kapal yang tidak bernasib baik yang telah bertembung
dengan Concepcion akan menerima padah. Habis barang-barang berharga dipunggah dan
kapal mereka dimusnahkan. Kami melakukan kerja di waktu malam, kerana aku dan
Cassius tidak mungkin boleh hidup lama di bawah cahaya matahari. Ketika kapal kami
memasuki lautan Mediterranean, ia bukan sahaja sarat dengan muatan rempah ratus,
tetapi emas permata yang dirampas juga.

Setibanya di Venice, kami dapati anak-anak kapal Concencio hanya tinggal seramai 12
orang. Yang lain telah dijadikan habuan untuk meneruskan hidup kami ketika belaya.
Sisa-sisa anak kapal ini kami tinggalkan di dalam sebuah sampan kecil disertakan dengan
dua peti besar emas dan permata. Kami berharap mereka dapat membahagikan harta
sesama mereka apabila tersedar daripada pukau Cassius selama ini. Seterusnya, kami
berdua melabuhkan Concepcion di sebuah kawasan berpaya di ceruk-ceruk Laguna
Veneta yang agak terpencil, tetapi tidak begitu jauh dengan kota Venice. Dari sana, kami
pergi menemui beberapa orang pedagang dari Venice yang pernah dikenali Cassius untuk
menjual segala jenis harta benda yang berjaya kami kaup dan bawa pulang ke sini.

Pulangan yang dihasilkan melimpah-ruah banyaknya. Cukup untuk kami hidup mewah di
Eropah untuk berkurun lamanya. Wang yang terkumpul kami simpan di dalam simpanan
bank yang dikendalikan oleh keluarga Medici dari Florence dan Fugger dari Augsburg.
Kedua-dua bank ini tidak pernah bertanya dari mana datangnya hasil kutipan wang yang
begitu banyak yang telah dapat dikumpulkan Cassius—kerana yang penting, wang yang
terkumpul boleh mereka jadikan modal untuk dipinjamkan pula oleh para bangsawan
Eropah untuk berperang sesama mereka untuk menakluki negara-negara yang lebih
lemah.

Aku terpaksa menerima hakikat bahawa aku tidak mungkin dapat berdiri sama tinggi
dengan Cassius kerana warna kulitku. Cassius sendiri telah memberitahuku dari awal lagi
walaupun kini aku seorang yang bebas, bukan lagi seorang hamba, tetapi jika aku mahu
terus duduk di Eropah, aku mesti menganggap diriku sebagai hamba kepunyaan Cassius.
Aku menerima perkara ini dengan akur. Lagipun dia tidak kisahkan sangat tentang
kedudukanku ini di mata orang lain, asalkan aku sendiri tahu aku bebas. Yang penting
buat aku sekarang, Cassius menganggapku sebagai sebahagian dari dirinya yang juga
dianggapnya mempunyai kedudukan lebih tinggi dari manusia biasa.

http://nizamzakaria.blogspot.com 57
Kami menetap di sebuah istana kecil yang telah diberi nama Pallazo Minuo yang terletak
di kawasan San Polo di Venice. Nama untuk istana kecil ini telah dipilih sendiri oleh
Cassius. Minuo dalam bahasa Latin - bahasa yang telah dituturkan tatkala dia bergelar
manusia dahulu membawa maksud perbuatan untuk mengeluarkan darah.

Seperkara yang disedariku tatkala aku pertama kali dibawa ke istana Cassius adalah
tulisan yang terpampang di hadapan bangunan istana gothic ini:

Nascentes Morimur

“Mengapa ‘nascentes morimur’?” tanyaku setelah aku di bawa masuk ke dalam


istana yang telah lama tidak dihuninya itu.

“Kita dilahirkan untuk mati.” Jelas Cassius, walaupun dia tahu benar aku
memahami asas bahasa Latin. “Tulisan ini telah diletakkan oleh penghuni awalnya.
Sebenarnya... Sebenarnya aku rasa lebih sesuai agaknya jika aku tukarkan tulisan yang
kau lihat itu kepada ‘mors ultima linea rerum’ yang membawa maksud kematian adalah
tanda untuk garisan terakhir.”

“Tapi kenapa?”

“Untuk mengingatkan aku, bahawa aku telah dilahirkan sebagai seorang manusia,
tetapi kini aku bukan lagi manusia, kerana aku telah mati dan kini pula tidak mati-mati.”
Cassius tertawa sambil berjalan di atas lantai marmar carraranya yang penuh berhabuk.
“Pulvis et Umbra Sumus... kita hanya sekadar habuk dan bayang-bayang. Inilah kejadian
kita. Tidak lebih dari itu.”

“Pallazo ini perlu dibersihkan.” Ujarku sambil melihat kepada suasana malap
Pallazo Minuo. Palazzo ini cantik jika ia dijaga betul-betul, itulah yang aku fikirkan.
Kerja-kerja membersihkan Palazzo ini pasti memerlukan masa dan tenaga yang banyak
memandangkan saiznya ini yang besar dengan entah berapa puluh bilik di dalamnya.

“Esok akan disegerakan hal ini.” Sambut Cassius dengan penuh pasti. Seorang
anak bangsawan sepertinya memang tidak mampu hidup dalam suasana yang kotor dan
tidak terjaga, terutamanya tatkala dia sedang berada di kota-kota besar. Satu masa dahulu
di Rom, beliau telah dilahirkan di bukit Palatine, di dalam sebuah rumah besar dengan
berpuluh-puluh hamba yang digunakan hanya untuk menjaga kebersihan rumahnya
sahaja.

“Dari siapa kau dapatkan palazzo ini?” tanyaku ingin tahu.

“Dari musuh Ludovico Sforza, Duke of Milan, yang telah menyuruh aku
membunuh musuhnya, tuan punya palazzo ini.” Jelas Cassius dengan selamba. Katanya
lagi: “Ludovico tahu aku mahu berpindah ke Venice setelah aku bosan dengan keadaan di
Milan, jadi dia menghadiahkan Palazzo ini kepadaku.”

“Apa yang sudah terjadi kepada Ludovico sekarang ini?”

http://nizamzakaria.blogspot.com 58
“Dia sudah lama mati di dalam penjara di istana Loches, di Perancis.” Kata
Cassius bersahaja.

Aku termenung seketika mendengarkan penjelasannya. Aku mahu tahu tentang


kisah lampaunya bergaul dengan bangsawan-bangsawan Eropah. Tapi aku pasti masanya
akan tiba nanti apabila dia akan bercerita kepadaku tentang kisah hidupnya merayau ke
seluruh Eropah. Lagipun, dia mempunyai banyak masa untuk bercerita kepadaku.

“Tidak ada apa tentang dirinya yang perlu kau kisahkan sangat, kecuali tentang
persahabatanku dengan Leonardo da Vinci...” Cassius bersuara untuk memecahkan
kebuntuan yang terwujud di antara kami.

“Siapa Leonardo?” tanyaku yang tidak pernah mendengar namanya sebelum ini.

“Seorang lelaki yang telah aku kenali di bengkel Verrocchio di Florence.


Verrocchio sendiri yang telah memperkenalkan aku kepadanya sebagai salah seorang
muridnya yang paling berbakat. Aku pula telah memperkenalkan Leonardo kepada
Ludovico, lantas terus diambil Leonardo sebagai pelukis dan juruteranya—”

“Kau pengumpul seni...” Pintasku yang mula sedar Cassius banyak mengumpul
arca-arca pelbagai bentuk dan lukisan-lukisan yang menghiasi palazzo ini. Di dalam
Palazzo Minuo, sememangnya terdapat beberapa lukisan-lukisan terbaru, yang telah dapat
dikumpulkan Cassius, terutamanya yang telah dilukis oleh pelukis-pelukis Venice seperti
Cima da Coneglianon dan Giovanni Bellini selain dari hasil-hasil seni beratus tahun
lamanya.

“Ya... itu sahaja tentang manusia yang menarik perhatian aku. Seni yang mereka
mampu lahirkan dari bakat yang mereka ada. Aku cukup-cukup minat melihat bagaimana
gaya persembahan seni mereka berubah mengikut peredaran waktu... Cuba lihat lukisan-
lukisan dari era Byzantine oleh Paolo Veneziano dan Michele Giambono, dan cuba
bandingkan dengan lukisan-lukisan Bellini pula. Ada sedikit Kelainan bukan?” tanya
Cassius, kemudian dia menjemputku agar masuk ke dalam bilik perpustakaannya. Bilik
yang paling disukainya di dalam palazzonya ini.

Aku memerhatikan segala-gala hasil seni yang telah dikumpul oleh Cassius di
dalam bilik perpustakaannya – di dalam bilik di mana dia banyak mempamerkan lukisan-
lukisan dari koleksi simpanannya sehingga tidak ada tempat lagi untuk dipamirkannya.
Ada di antara lukisan-lukisannya yang tidak ternilai harganya ini disandarkan sahaja di
tepi-tepi rak buku.

“Apakah hasil seni yang paling kau hargai di sini?” tanyaku seolah menguji
sewaktu Mataku mencerap lukisan-lukisan yang tergantung di dindingnya.

“Bab-bab yang hilang dari buku De Architectura oleh Vitrivius. Satu-satunya yang
masih wujud sekarang ini.” Ujar Cassius dengan bangga. Dia bergerak ke arah sebuah
peti simpanan di belakang sebuah lukisan Vittore Carpaccio yang menunjukkan

http://nizamzakaria.blogspot.com 59
keindahan suasana pesta di Rialto. Setelah membuka peti tersebut, Cassius mengeluarkan
sebuah manuskrip yang kelihatan sedikit usang. Di dalam peti besi itu juga aku dapat
melihat beberapa lebaran peta yang telah dihadiahkan oleh Ptolemy kepadanya yang
masih disimpannya sehingga kini, juga sebuah peta usang Piri Reis, laksamana Osmaniah
yang mempunyai minat yang mendalam dalam bidang kartografi dan beberapa keping
peta yang lain dari Albertin Di Virga dan Zuane Pizzigano.

“Kenapa kau begitu menghargainya?” tanyaku, mataku terus kepada manuskrip


Vitruvius yang telah dipegang oleh Cassius dengan teliti.

“Kerana isinya yang terlalu jauh ke hadapan masa. Vitruvius hidup sezaman
dengan bapaku... Tetapi apa yang ditulisnya sehingga kini sukar untuk aku fahami. Ia
begitu sukar untuk difahami sehingga ia telah dikeluarkan dari terbitan asalnya dan ia
terus dilupakan tentang kewujudannya.”

“Jadi kenapa kau simpan?”

“Aku pasti satu hari nanti di masa hadapan pasti ia akan difahami.” Jelas Cassius
bersungguh-sungguh. “Aku fikirkan Leonardo akan memahami kandungan bab-bab yang
hilang oleh Vitruvius, tetapi dia sendiri tidak faham. Juga Rui Faleiro. Ya, aku pernah
menujukkan bab-bab yang hilang ini kepadanya, tetapi Rui juga tidak faham apa yang
ditulis dan dilakarkan oleh Vitruvius. Leonardo dan Rui mungkin cerdik, tetapi seperti
yang aku katakan... Apa yang ditulis Vitruvius terlalu jauh ke hadapan.”

Cassius kemudian meletakkan manuskrip yang dihargainya itu kembali ke dalam


peti simpanan. Kemudian dia bergerak ke meja utama di dalam perpustakaannya itu untuk
mengambil beberapa keping kertas yang terdapat di atas meja.

Dia menyerahkan kertas-kertas yang telah dilukis itu kepadaku dan


memberitahuku bahawa itulah lukisan-lukisan rekaan-rekaan Leonardo yang telah
dikumpulnya. Cassius yakin bahawa satu hari nanti, Leonardo akan menjadi seorang
manusia yang terkenal. Mungkin lebih dikenali dari Vitruvius sendiri.

“Apa yang kau lihat adalah senjata-senjata yang direkanya yang hanya wujud di
atas kertas. Dia juga seperti Vitruvius... Banyak mereka benda-benda yang direkanya
terlalu jauh ke hadapan.”

“Apa yang terjadi kepada Leonardo sekarang?”

“Dia meninggal dunia kira-kira empat bulan sebelum kita berlepas dari Seville...
Tahun 1519.” Ujar Cassius yang mungkin sudah dapat meneka tarikh kematian Leornardo
lama sebelum dia menemui ajalnya di Cloux, Perancis.

“Kira-kira tiga tahun yang lepas...” kataku termenung jauh sambil memikirkan
keadaan diriku pada waktu itu.

http://nizamzakaria.blogspot.com 60
“Banyak yang telah berlaku selama tiga tahun ini... Di antaranya, Venice tidak lagi
semewah dahulu. Lebih-lebih lagi apabila Portugis sudah mula menguasai jalan untuk ke
timur dan bukan lagi pedagang-pedagang Arab yang telah berurusan dengan Venice sejak
berkurun lagi.”

“Tidak lama lagi... giliran Sepanyol pula.”

“Ya... tidak lama lagi giliran Sepanyol pula untuk menguasai dunia.” Sambut
Cassius dengan perlahan, seolah dia faham benar dengan rentak dunia yang sentiasa
sahaja berubah tarian dan senandung manusia yang mendiaminya.

**

Hampir setiap malam, aku cuba untuk membiasakan dirinya hidup sebagai Vampiro di
dalam kota Venice yang begitu indah di dalam pandangan mataku. Dalam pada itu, aku
mula sedar tentang kelebihan luar biasaku sebagai seorang vampiro.

Aku mendapati bahawa aku mempunyai kekuatan yang luar biasa. Dari hari ke sehari,
kebolehan deria penglihatanku semakin tajam. Daya pemikiranku pula semakin utuh,
lantas membolehkanku menyerap lebih banyak maklumat dari apa yang termampu olehku
sebelum ini. Kebolehanku ini telah menyebabkan aku sentiasa haus dengan ilmu
pengetahuan yang mahu kupelajari. Semakin banyak yang aku belajar, semakin kecil
rasanya dunia ini dan semakin aku dapat merasakan dunia ini penuh dengan keajaiban
dan keindahannya yang tersendiri. Dan seperti Cassius, aku juga mula jatuh cinta kepada
keindahan seni yang dihasilkan manusia...

Aku mula sedar bahawa kelebihanku kini telah membolehkanku menikmati


keadaan sekelilingku dengan lebih baik lagi. Aku kini mampu melihat pergerakan kupu-
kupu malam seolah ia terbang dengan perlahan. Di dalam masa yang sama, aku sendiri
dapat bergerak dengan begitu pantas sehingga pergerakanku hanya dapat dilihat sebagai
satu bayangan kelam dalam pandangan manusia. Satu perkara yang sering aku lakukan
agar kehadiranku tidak disedari oleh manusia yang menghuni kota Venice yang indah ini.

Kebolehkanku ini juga menyebabkanku dapat melihat lembaga-lembaga gelap


yang tidak mahu kulihat. Tatkala angin Sirocco yang dikatakan dapat membuat orang
menjadi gila bertiup menyapa Venice, aku akan dapat mendengar suara-suara jeritan yang
datangnya entah dari mana. Deria bauku yang semakin kuat menyebabkanku dapat
membau ketakutan, kegembiraan dan keraguan manusia yang aku temui. Di Venice ini,
dengan bermacam-macam-macam jenis barang-barang yang diperdagangkan ke seluruh
Eropah yang datangnya dari segala pelosok ceruk di dunia ini – bau-bauannya yang
eksotik suka kucium untuk kufahami asal-usulnya.

Kadangkala, ketika berjalan malam, aku akan terserempak dengan vampiro-


vampiro yang lain. Ya, seperti aku, mereka kelihatan seperti manusia biasa. Tidak ada
perbezaan langsung, kecuali, para vampiro sepertiku itu tidak mengeluarkan sebarang bau
yang boleh kucium. Tidak seperti manusia, para vampiro langsung tidak mengeluarkan
sebarang bau yang mungkin dapat membocorkan rahsia perasaan yang cuba

http://nizamzakaria.blogspot.com 61
disembunyikan mereka yang dapat kubaca dengan deria bauku. Mereka juga tahu bahawa
aku ini makhluk yang segerombolan dengan mereka melalui cara ini. Mereka juga tahu
bahawa sebahagian dari darahku merupakan darah Cassius dan Tiresias. Sehingga kini,
hanya aku dan Cassius sahaja yang mempunyai jalinan darah dengan Tiresias, Vampiro
yang paling disegani di kalangan vampiro-vampiro yang ada.

Pernah ditanya kepada Cassius berapa ramai makhluk vampiro yang ada
sepertinya di dalam dunia ini. Kata Cassius tidak ramai. Malah dirinya sendiri, selama dia
menjadi vampiro, aku sahaja vampiro yang datangnya dari dirinya. Itu pun dengan cara
tidak sengaja, yang difikirkan Cassius sebagai satu kejadian yang tidak dapat
dielakkannya, tetapi telah diramalkan oleh Tiresias beberapa ratus tahun sebelum ini –
bahawa pada satu hari nanti Cassius akan menjadikan seorang teman untuk memburu di
kalangan seorang lelaki yang ditemuinya di kawasan ‘Semenanjung Emas’.

“Tapi mengapa tidak?” tanyaku kehairanan. Kami tatkala itu sedang berdiri di atas
sebuah gondola sambil memerhatikan suasana malam yang masih segar di Canal Grande.

“Apa maksudmu?” tanya Cassius kembali.

“Mengapa sebelum kau menemui aku, kau tidak mencari manusia lain untuk
dijadikan vampiro sebagai temanmu?”

“Kejadian kita bak haiwan pemangsa. Kita tidak perlu mempunyai jumlah yang
terlalu ramai, jika tidak... Pasti sukar untuk kita mencari mangsa untuk membolehkan kita
terus hidup.” Jelas Cassius. Gondola yang bergerak perlahan itu kemudian berhenti di
hadapan Palazzo Dario, sebuah pallazo yang bahagian hadapannya kelihatan lain dari
yang lain kerana penggunaan batu marmar pelbagai warna. “Lagipun, aku tidak mahu jadi
seperti vampiro-vampiro lain yang hidup berkumpulan... Aku lebih suka hidup
menyendiri.”

Pendayung gondola menerima upahan sekeping ducat perak dariku. Satu jumlah
yang lebih banyak dari yang patut diterimanya.

“Dua lagi ducat perak jika kamu tunggu di sini sehingga menjelang subuh nanti.”
Beritahuku kepada si pendayung.

Pendayung gondola itu mengangguk perlahan sambil mengucapkan terima kasih


tanpa memandang ke arahku mahupun Cassius. Aku dapat mencium bau gementarnya.
Dari dalam kotak fikiran si pendayung yang dapat dibacaku, dapatlah ku ketahui bahawa
Palazzo Dario yang dibina oleh Giovanni Dario ini berhantu. Atau itulah yang difikirkan
oleh si pendayung gondola...

“Pallazo ini baru sahaja dibina, tetapi terus dianggap berpuaka...” Cassius
menjelaskan. Aku melihat beberapa lembaga yang sedang berdiri di dalam Pallazo sambil
memakai topeng. Mereka menunduk hormat kepada kami berdua.

http://nizamzakaria.blogspot.com 62
“Kenapa?” tanyaku ingin tahu mengapa Palazzo ini dianggap berpuaka oleh
penduduk-penduduk Venice. Setahun aku, Giovanni Dario adalah seorang ahli diplomat
Venice yang telah mengadakan perundingan damai dengan Turki pada tahun 1479.
Kerana tugasnya di luar negara, Giovanni jarang mendiami Pallazo mewahnya ini.

“Kerana mereka.” Ujar Cassius sambil membawaku masuk ke dalam dewan tarian
yang dipenuhi dengan beberapa lembaga bertopeng. Dengan sekali pandang, walaupun
bertopeng, aku sudah dapat membezakan sama ada mereka terdiri dari golongan vampiro
ataupun manusia. “Seperti kota-kota pelabuhan besar yang lain, kota ini menjadi tempat
tinggal dan persinggahan kepada ramai vampiro. Dari masa ke semasa mereka akan
mengadakan pesta di sini...“

Aku dapat mendengar berpuluh-puluh suara yang menyelinap masuk ke dalam


fikiranku. Walaupun bertopeng, aku dapat mengesan bahawa vampiro-vampiro ini datang
dari segala pelosok sudut dunia. Ada yang berumur berkurun lamanya seperti Cassius dan
ada pula yang masih baru sepertiku.

Ketika berjalan merentasi dewan tempat berkumpulnya para vampiro yang sedang
berpesta dan menari sambil menikmati lagu berentak madrigal hasil karya komposer
Adrian Willaert yang namanya disanjung di Venice pada ketika itu, aku dapat merasakan
bahawa diriku dapat diterima dengan baik di sini. Para vampiro di sini nampaknya
langsung tidak dihiraukan warna kulit mahupun latar belakangku. Aku terus dianggap dan
sebagai saudara baru mereka di sini, malah mereka cukup hormat denganku.

Tatkala aku dan Cassius berehat di sebuah sudut yang gelap, kami didekati oleh
seorang budak lelaki yang comel. Budak lelaki yang mempunyai rambut berwarna perang
dan kerinting itu telah menyerahkan dua pasang topeng untuk dipakai oleh kami berdua.
Aku tersenyum. Apabila aku mengambil topeng tersebut dari budak lelaki yang mungkin
masih berumur 12 tahun itu, aku dapat melihat bekas gigitan pada bahagian tangan dan
lengannya.

Kini aku pasti bahawa budak lelaki itu dan juga manusia-manusia yang ada di situ
adalah hamba darah kepada vampiro-vampiro yang ada. Tugas mereka sama seperti
lembu-lembu yang diperah susunya. Manusia-manusia ini dihisap darah mereka, tetapi
tidak dihisap sehingga akan menyebabkan mereka mati. Mereka tidak dipukau. Mereka
memberikan darah mereka dengan sukarela. Mereka lebih rela dijaga dan diberi makan
serta gaji oleh para vampiro dari hidup tidak tentu arah sebagai kutu jalanan di kota
Venice ini.

“Kau akhirnya berteman.” Ujar seorang vampiro yang sedang memakai topeng
yang kelihatan seperti burung lengkap berparuh. “Aku fikirkan aku hanya dengar berita
angin... Rupa-rupanya betul.”

“Ini pun secara tidak sengaja, Garcia!” sambut Cassius. Dia terus memakai
topengnya yang berwarna putih itu.

http://nizamzakaria.blogspot.com 63
“Ya, aku pasti.” Garcia menyambut sinis sebelum dia memandang ke arahku. Dia
membuka topengku. Dia mahu memandang wajahku dengan lebih jelas lagi. Dia
merenung ke dalam mataku. Kemudian dia mengusap pipiku sebelum dia menambah lagi:
“Kacak orangnya... Dengan senyuman yang menawan. Jadi dengan secara tidak sengaja
pun kau masih mengambil seorang teman memburu yang cantik kejadiannya.”

“Bukankah kita semua begini?” Cassius sengaja tanya kembali dengan suara yang
cukup sinis.

“Jadi di mana kau mula-mula bertemu dengan Cassius dahulu?” tanya Garcia
kepadaku.

“Melaka.”

“Oh, Melaka... Nama Melaka pernah satu ketika dahulu begitu dikenali di Venice
ini.” Beritahu Garcia. “Andainya di sana Cassius boleh menemui seorang lelaki
sekacakmu, jika aku ke sana, pasti aku dapat menemui gadis-gadis yang cantik-cantik
belaka!”

“Melaka tidak mungkin akan jatuh ke tangan Sepanyol, Garcia... Melaka kini
milik Portugis.” Kata Cassius sambil menjeling. Garcia ketawa mendengar kalimah-
kalimahnya tadi.

“Kau dijadikan vampiro oleh Cassius... Antara vampiro yang paling disegani di
sini. Dan antara yang tertua. Jika dia tidak ada nanti, kau akan menggantikan tempatnya,
tapi aku pasti, perjalanan hidup Cassius masih panjang lagi.” Ujar Garcia di dalam bahasa
Sepanyol yang begitu pekat loghatnya kepadaku.

Aku pasti Garcia sedang tersenyum dan menyeringai sehingga ternampak


taringnya di sebalik topeng yang dipakainya. Garcia kemudian terus diam. Dia tunduk
hormat kepada Cassius sebelum dia berjalan ke sebuah sudut yang lebih gelap untuk
memerhatikan seorang hamba dari Afrika yang sedang dihisap darahnya oleh seorang
gadis vampiro.

“Bagaimana pesta darah seperti ini boleh dilakukan di sini? Di tengah-tengah kota
Venice? Tidakkah pihak Doge ataupun Majlis Sepuluh menerima sebarang aduan di A
bocca di leone?” Tanyaku yang pernah sekali mendapatkan seorang mangsaku di sana -
ketika aku mendapat tahu tentang seorang peniaga yang ingin menganiaya rakan niaganya
sendiri dengan menulis sebuah surat penuh fitnah dan ingin dimasukkan ke dalam peti
surat di A bocca di leone. Aku tahu jika surat itu di baca, pasti pihak yang telah
difitnahkannya itu akan menerima padah. Aku membunuh mangsaku itu sebelum dia
sempat memfitnahkan rakan niaganya sendiri.

“Pastinya mereka tahu... Cuma di sini, wang menguasai segala-galanya.” Cassius


memerhatikan suasana palazzo yang telah dihias indah dengan lukisan-lukisan dan hasil-
hasil seni. Makanan-makanan yang dihidangkan untuk para hamba darah juga berbagai

http://nizamzakaria.blogspot.com 64
jenis dan sedap-sedap belaka untuk mereka nikmati yang langsung tidak disentuh oleh
para vampiro.

“Kau tidak bosan hidup sendiri?” tanyaku mengubah arus perbualan. Aku merasa
kurang selesa memakai topeng. Sukar untuk menikmati bau-bauan yang indah yang dapat
kucium dan nikmati di sini.

“Kau tidak faham dengan kehidupanku.” Jawab Cassius sedikit terganggu dengan
soalan dariku tadi kepadanya.

“Tapi bagaimana kau mampu hidup hampir 14 abad lamanya seperti ini?”

“Ada kalanya aku tidak mampu. Aku rasa ramai vampiro yang tidak tahan hidup
begini, seperti beberapa vampiro aku kenali yang hampir menjadi gila. Ada pula yang
membunuh diri dengan sengaja membuatkan diri mereka dapat ditangkap manusia—“

“Tapi kau terlalu cintakan kehidupan ini. Kau mahu melihat sejauh mana
kemajuan manusia akan membawa mereka satu hari nanti.” Pintasku yang semakin
mengenali dirinya.

Cassius berjalan ke arah tingkap pallazo yang besar itu untuk melihat keadaan air
laut Adriatic yang sedang mengalir lesu melalui terusan besar Venice. Aku pergi
mendapatkannya lalu termenung dengan agak lama di situ.

Aku dapat mencium bau hanyir air di terusan dan bau darah manusia yang masih
panas di belakangku. Setelah lama termenung kosong begitu, aku menoleh ke belakang.
Terus aku dapat melihat Cassius menghisap lengan seorang wanita yang bertopeng yang
mengipas-ngipas dirinya. Wanita tersebut kelihatan teruja. Dia menghulurkan lengannya
kepadaku, tetapi aku sekadar menggeleng...

**

Setelah meneroka hampir setiap sudut dan ceruk Venice di dalam jangka masa 50 tahun,
aku akhirnya merasa cukup resah dengan kota ini. Barangkali betul kata Cassius -
vampiro seperti kami perlu sentiasa melakukan sesuatu yang menarik agar hidup kami
tidak membosankan. Jadi untuk menghilangkan rasa bosan, ada kalanya kami akan
bergerak dari satu kota ke kota yang lain di Eropah. Melancung. Mengembara...

Pada malam itu, malam St Bartholomew's Ogos 24, 1572 kami berada di Paris.
Para Vampiro dari Paris nampaknya telah keluar beramai-ramai untuk menyaksikan satu
perkara yang sudah kami jangkakan akan berlaku. Satu malam di mana ramai manusia
dibunuh di atas nama agama yang mereka anuti. Dalam masa seminggu selepas itu, lebih
dari 100,000 penganut Protestan di Perancis yang dikenali dengan panggilan Huguenot
mati dibunuh oleh para penganut agama Katolik. Sungai-sungai di Perancis dipenuhi
dengan mayat sehinggakan orang-orang di Perancis takut untuk memakan ikan yang
ditangkap di sungai sampai berbulan-bulan lamanya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 65
Pada malam berdarah itu jugalah aku mula mengenali nama Daevas. Satu nama
yang ditakuti oleh golongan vampiro, terutamanya Cassius. Dia tidak pasti dari mana asal
usul mereka dan sejak bila mereka wujud. Tapi apa yang pasti, golongan Daevas yang
diketuai oleh ketua mereka yang termaklum dengan nama Ahriman ini di kenali dengan
pelbagai nama dan manifestasi di dalam pelbagai tamadun di dunia ini. Mereka telah
lama wujud di kalangan manusia dan wujud lama sebelum kemunculan tujuh vampiro
terawal - Amesha Spentas di Babylon.

Cassius kurang pasti jika mereka terdiri dari golongan manusia, walaupun
kadangkala golongan Daevas ini akan memperlihatkan diri mereka menyerupai manusia.
Seperti golongan vampiro, mereka juga mampu hidup dalam jangka hayat yang lama dan
sukar untuk dibunuh. Mereka mempunyai kuasa luar biasa yang tidak mungkin ada di
kalangan manusia. Mereka mempunyai kelebihan yang tidak ada pada golongan vampiro;
mereka boleh hidup di kalangan manusia pada siang hari.

Setahu Cassius, Ahriman lah yang telah menyebabkan Tiresias hampir mati di
bunuh apabila dia cuba memerangkap Ahriman ketika ia cuba memusnahkan kota yang
agung itu. Setelah bertungkus-lumus berjuang, akhirnya Tirisias berjaya untuk
menewaskan Ahriman lalu memenjarakannya di dalam sebuah kotak khas yang telah di
tanam di sebuah tempat rahsia yang hanya Tiresias sahaja yang tahu. Pengikut-pengikut
Ahriman, golongan Daevas ini mahu membalas dendam ke atas Tiresias ke atas
perbuatannya ini. Jadi diri Tiresias sentiasa diburu mereka. Tiresias terpaksa berpindah
randah dari satu tempat ke tempat yang lain di kawasan Timur Tengah semata-mata untuk
melarikan dirinya dari para Daevas pergi memburunya untuk mendapatkan maklumat
untuk membebaskan tuan mereka.

“Tiresias dapat melihat bahawa Ahriman perlu memusnahkannya... Tetapi dia


tidak dapat melakukannya. Tetapi dia yakin Ahriman akan dapat dimusnahkan jua. Ada
sesuatu perkara yang dapat Tiresias lihat yang akan berlaku di masa hadapan yang
melibatkan kau—“ Ujar Cassius kepadaku sewaktu kami sedang berjalan di sebuah
lorong gelap di Paris. Keadaan Paris pada malam itu terlalu cacamarba.

“Apa dia?”

“Buat masa ini kau tak perlu tahu...” Cassius mengeluh melihat mayat-mayat yang
bergelimpangan di tengah jalan. Dia berhenti di hadapan mayat seorang pemuda yang
kacak wajahnya. Cassius menggelengkan kepalanya kerana dia terkilan tidak dapat
menghisap darah pemuda ini sebelum dia dibunuh begitu sahaja semata-mata kerana dia
mengikut fahaman Protestan di dalam sebuah negara Katolik seperti Perancis. “Kau juga
perlu berhati-hati dengan Ahriman dan pengikut-pengikut Daevasnya... Mereka berada di
mana-mana. Malah mereka juga ramai tali barut di kalangan manusia!”

Aku mengangguk tatkala mendengarkan kata-kata Cassius mengenai makhluk


yang dikenalinya dengan nama Ahriman ini. Aku berjalan melangkah beberapa mayat
yang bergelimpangan di atas jalan. Darah mereka mengalir membasahi bumi. Paris pada
malam itu dipenuhi dengan bau hanyir darah yang masih segar.

http://nizamzakaria.blogspot.com 66
“Tiresias dapat melihat saat kematiannya. Dia tahu satu hari nanti, dia pasti akan
dibunuh oleh seorang tali barut golongan Daevas.” Kata Cassius lagi. “Seorang yang kau
kenali...”

“Apa?”

“Ya... Kau mengenalinya, tetapi aku tidak pasti siapa. Satu hari nanti kau akan
bertarung dengannya untuk membalas dendam ke atas kematian Tiresias.”

“Tapi aku tidak mengenali Tiresias dan dia belum mati lagi!”

“Satu hari nanti kau akan mencarinya... Kau sendiri tahu bukan?”

“Ya.” Jawabku perlahan. Di dalam mimpiku, aku sudah dapat melihat diriku
merentas padang pasir saujana mata memandang semata-mata untuk mencari Tiresias -
untuk mendapatkan jawapan kepada soalan yang masih belum ku dapat pastikan isi
kandungannya. Dalam mimpiku itu, aku dapat melihat diriku cuba untuk menyelamatkan
nyawanya, tetapi aku gagal. Kecuaianku akan menyebabkan kematian Tiresias...

“Jadi jika dia tahu dia akan mati dibunuh, kenapa dia tidak cuba untuk
menghalang mereka?” tanyaku dengan mataku jelas mencerminkan kebimbangan.

“Mungkin dia tahu dia tidak mungkin dapat melawan takdirnya...”

Aku melihat dahi Cassius kini terukir dengan garis-garis halus yang penuh dengan
perhitungan.

“Adakah kita juga perlu bimbang golongan Daevas ini buat masa ini?”

“Ya... Tapi mereka hanya akan muncul jika masa untuk kita sudah tiba untuk
dimusnahkan. Buat masa ini mereka hanya beranggapan golongan vampiro bukan satu
ancaman buat mereka. Mereka hanya tunggu masa sehingga Ahriman akan bebas semula
dari kotak emas yang digunakan Tiresias untuk memenjarakannya. Masanya akan tiba jua
akhirnya. Tapi bukan sekarang...”

Penjelasan dari Cassius ini membuatku mahu mengetahui dengan lebih mendalam
tentang Ahriman dan makhluk halus bergelar Daevas ini. Aku perlu tahu tentang
kewujudan mereka. Aku perlu mengetahui mengapa mereka mahu menguasai dunia. Aku
kemudian bertanyakan Cassius soalan ini:

“Jadi Ahriman ini bersungguh-sungguh mahu memusnahkan golongan vampiro


pada satu hari nanti?”

“Dia bukan sahaja mahu memusnahkan golongan vampiro, tetapi golongan


manusia sejagat... Maka begitulah menurut Tiresias.” Jelas Cassius dengan perlahan, dia
berhenti seketika untuk memerhatikan seorang lelaki Katolik menyembelih leher seorang
gadis Huguenot sehingga gadis itu terkulai mati.

http://nizamzakaria.blogspot.com 67
Aku memandang kepada darah yang keluar mengalir dari leher gadis tersebut.
Aku tidak dapat melakukan apa-apa pada ketika itu selain dari menjadi seorang
pemerhati. Seorang pemerhati yang tidak dapat melakukan apa-apa kecuali mengintai
keganasan dan kekejaman yang dilakukan manusia dari jauh.

Aku melihat keadaan sekelilingku apabila kami mula melangkah ke kawasan


Place Maubert yang terletak di tengah-tengah kota Paris. Aku mendapati terdapat lebih
banyak mayat-mayat yang bergelimpangan di kawasan ini. Aku dan Cassius pernah ke
sini satu masa dahulu, pada tahun 1546 apabila ahli falsafah Etienne Dolet dibakar hidup-
hidup di sini kerana dikatakan bersalah kerana telah mencetak karya-karya penulis
humanisme terutamanya karya Erasmus.

“Dan manusia katakan kita lebih kejam dari mereka...” Cassius memegang
tubuhnya sendiri memikirkan tentang segala peristiwa yang pernah berlaku di sini dahulu
dan apa yang sedang disaksikannya sekarang. Dia hanya menggeleng-gelengkan
kepalanya.
*

Aku dan Cassius kurang pasti jika mereka harus berpindah ke Paris dari Venice setelah
menyaksikan peristiwa berdarah yang sedang berlaku ke sini. Rasa-rasanya seperti Paris
akan kekurangan manusia setelah melihat begitu ramai penduduk Huguenot Protestannya
yang telah dibunuh dengan kejam oleh pengikut-pengikut fahaman Katolik. Semuanya ini
berlaku enam hari setelah Permasuri Margot dikahwinkan dengan Henri dari Navarre,
ketua bagi golongan Hugeunot. Satu perkahwinan yang telah dirancangkan oleh Catherine
Medici yang berakhir dengan tragedi...

Setelah suasana di Paris semakin reda, Aku dan Cassius pun berpindah ke Paris. Lebih-
lebih lagi apabila Venice telah diserang dengan hawar penyakit pada tahun 1575. Kami
berpindah ke Paris setahun seterusnya setelah pelukis yang disayangi oleh Cassius, Titian
meninggal dunia akibat wabak tersebut di samping 100,000 penduduk Venice yang lain.
Ternyata, pada waktu itu bukan satu masa yang baik untuk kami berada di Venice kerana
kurangnya jumlah mangsa yang dapat kami cari untuk meneruskan hidup kami.

Aku juga mula sedar bahawa untuk terus hidup tanpa diganggu, kami perlu
berpindah dari satu kota ke satu kota. Agak sukar untuk kami hidup terlalu lama di satu-
satu tempat, memandangkan wajah kami tidak pernah berubah akibat dimakan usia.

Aku mendapati Cassius cukup senang dengan kota Paris, sebuah kota yang ramai
penduduknya. Jadi kami akhirnya mengambil keputusan untuk berpindah ke Paris agar
senang untuk kami mencari mangsa kami di sini.

Setelah lebih 200 tahun aku menjadikan Paris sebagai tempat untuk memburu mangsa-
mangsaku, buat pertama kalinya aku akhirnya bertemu dengan seorang pengikut
Ahriman. Seorang wanita bernama Kira dari golongan Daevas yang dikatakan telah
wujud sejak zaman Raja Kala Jengking yang telah memerintah Mesir pada tahun 3200
Sebelum Masehi dahulu...

http://nizamzakaria.blogspot.com 68
Buku I. Bab 4

Di kota Paris inilah aku mula mengenali dunia sastera. Banyak dari masaku yang telah
kuhabiskan dengan membaca. Jika diikutkan, ada baiknya jika di Venice dahulu aku
menghabiskan masaku belajar di Universiti Padua. Di Paris pula, mahu sahaja aku
menjadi pelajar di Universiti Paris. Tetapi aku tahu perkara ini tidak mungkin akan
menjadi kenyatan, kerana aku seorang vampiro. Walaupun begitu, Cassius banyak kali
mengatakan bahawa satu hari nanti, pasti anak-anak Melayu sepertiku akan belajar di
universiti-universiti besar di dunia, malah di universiti Oxford di England. Buat masa ini,
aku sudah cukup puas membaca dan belajar di dalam ruang masaku sendiri.

Di dalam bilik perpustakaan di rumahku di Marais, terdapat beribu-ribu judul


buku yang telah dikumpulkan oleh Cassius dan diriku selama ini. Dalam masa lebih 200
tahun aku menetap di Paris, entah berapa banyak buku yang telah aku telaah. Masa-masa
santaiku telah kuhabiskan dengan menelaah hasil-hasil karya Plato, Plutarch, Livy dan
Virgil. Itu sahajalah yang mampu kulakukan untuk menghabiskan detik hidupku yang
dirasakan terlalu lama ini.

Pada waktu itu, aku banyak menghabiskan masaku membaca karya-karya Molière
dan Racine. Karya-karya dari era yang kemudian di kenali sebagai ‘Le Grand Siècle’ oleh
para sejarahwan. Satu era yang menandakan kekuasaan serta pengaruh Kerajaan Perancis
yang tiada tandingannya di Eropah. Istana Versailles, yang telah dibina dengan senibina
baroque menjadi kebanggaan penduduk Perancis dan terutamanya Raja Louis XIV.
Segala kemewahan ini walau bagaimanapun telah mendatangkan banyak musibah kepada
Perancis, di mana ia dibayangi perang dan kemiskinan yang teruk semakin menular di
kalangan rakyatnya.

Walaupun dunia di luarku sentiasa bergolak suasana politik yang tidak menentu,
aku tidak pernah mahu ambil tahu , lebih-lebih lagi tatkala Raja Louis XV mula menaiki
tahta kerajaan Perancis pada tahun 1715. Malah sejak kebelakangan ini, aku begitu
berminat untuk mengkaji tentang kewujudan golongan Daevas yang diselubungi misteri.
Aku terlalu ingin tahu tentang latar belakang golongan Daevas ini, selain dari menelaah
karya-karya terbaru dari Voltaire, Denis Diderot dan Turgot yang ada di antara karya-
karya mereka yang belum sempat lagi kusentuh.

Banyak dari masa-masaku, telah kuambil untuk meneliti skrol-skrol kepunyaan


Cassius yang telah ditulis dalam tulisan purba Yunani, Mesir, Latin dan ada kalanya,
dalam bahasa Aramaic. Dalam salah satu skrol purba yang terdapat dalam koleksi Cassius
ada menceritakan dengan secara ringkas tentang hubungan Ahriman dan vampiro. Skrol
purba ini dipercayai dicuri oleh seorang vampiro yang berasal daripada kota Petra dari
perpustakaan Iskandariah - sebelum perpustakaan ini musnah dalam satu kebakaran besar
lantas memusnahkan segala-gala pengetahuan dunia yang tersimpan di dalamnya.

Skrol ini adalah di antara beberapa skrol purba yang dijaga dengan rapi oleh
Cassius. Aku hanya diberikan kebenaran untuk menyelidiki isi kandungan skrol-skrol ini
setelah Cassius betul-betul boleh mempercayaiku. Itu pun perkara ini hanya berlaku
setelah lebih 200 tahun aku mengenalinya...

http://nizamzakaria.blogspot.com 69
Dalam kajianku, aku akhirnya dapat mengetahui bahawa golongan vampiro
mempunyai talian darah dengan golongan Daevas, atau begitulah yang dijelaskan oleh
pengarang skrol kuno yang tidak kukenali ini. Menurutnya, seorang kerabat Raja
Nabopolassar bernama Kasra dari Babylon bercita-cita untuk hidup buat selama-lamanya.

Apabila Kasra pergi menemui seorang dukun istana dari Babylon dan menyatakan
hasrat ini kepadanya, Kasra telah diberitahu tentang wujudnya Haoma, sejenis minuman
yang wujud dalam mitos Parsi yang dikatakan dapat menjadikan sesiapa yang
meminumnya hidup buat selama-lamanya. Menurut dukun tersebut, minuman ini
disediakan dengan memasak daun-daun beracun yang kemudiannya dicampur dengan
satu lagi bahan yang dikatakan hanya boleh dicari di Mesir pada ketika itu...

Ketika mengikut rombongan Raja Nabopolassar menyerang Mesir pada tahun 610
Sebelum Masehi, Kasra telah pergi mencari bahan yang disebutkan oleh dukun dari
babylon itu: darah sejenis makhluk yang berkuasa yang telah hadir lama sebelum
tamadun Mesir kuno diasaskan lagi. Di Mesir, mahkluk ini dikenali dengan nama
Aldinach dan apabila diseru, ia hanya akan muncul di hadapan manusia di dalam bentuk
seorang wanita yang cantik.

Tatkala berada di Mesir, rombongan perang yang diketuai Kasra telah menyeru
lalu menangkap salah seorang dari makhluk menyerupai manusia ini yang telah bersekutu
dengan Firaun Nekau II. Makhluk Aldinach yang mempunyai wajah jelita dengan tubuh
yang menggiurkan ini lantas ditoreh lengannya oleh Kasra untuk dikeluarkan semangkuk
darahnya, lalu diberikan kepada si dukun untuk menyediakan minuman Haoma.

Kasra lantas meminum air Haoma yang telah disediakan untuknya. Seperti yang
telah dijangkakan oleh si dukun Babylon, Kasra mati sebaik sahaja meminum Haoma,
tetapi bangkit kembali pada malam hari sebagai seorang mahkluk yang mempunyai
kemampuan untuk hidup buat selama-lamanya dengan kuasa luar biasa melebihi kuasa
yang mampu difahami manusia biasa.

Maka timbullah kesedaran di dalam diri Kasra bahawa darah dari mahkluk
Aldinach ini jika diminum akan meracuni jiwa serta tubuhnya. Darah Aldinach, seperti
satu wabak penyakit, mengubah dirinya menjadi makhluk yang luar biasa, tetapi dia juga
mempunyai kelemahan yang luar biasa, iaitu untuk terus hidup, dia perlu menghisap
darah dan dia tidak boleh terkena cahaya matahari, jika tidak musnahlah dirinya nanti.

Walau bagaimanapun, Kasra ternyata tidak dapat menikmati kehidupannya


dengan agak lama. Hanya beberapa ratus tahun selepas Kasra dihidupkan kembali - Seth,
tuan kepada makhluk Aldinach ini dikejutkan dari tidurnya untuk menyelamatkan hamba
suruhannya yang telah dipenjarakan di Babylon oleh Kasra selama ini. Maka Seth datang
sendiri ke Babylon untuk mencari Kasra, lalu memusnahkannya. Seth yang pada mulanya
bermukim di Mesir lalu disembah sebagai dewa di sana, berpindah pula ke Babylon, kota
yang paling tersohor di dunia pada waktu itu.
Di Babylon, Seth telah dikenali dengan nama Ahriman, dan hamba-hamba
suruhannya pula dikenali dengan nama Daevas. Di Babylon, Ahriman merupakan dewa

http://nizamzakaria.blogspot.com 70
kepada kegelapan, pemusnah kepada kebaikan, penjelmaan kejahatan. Di dalam bahasa
kuno Parsi, Ahriman yang membawa maksud ‘semangat jahat’, kerana Ahriman lah
pembawa kepada segala-galanya yang jahat dan jelek di dalam dunia ini.

Kemunculan Ahriman ke Babylon telah dikatakan membawa banyak musibah


kepada kota yang agung itu sehingga ia telah berjaya ditawan oleh Iskandar Zulkarnain
pada tahun 331 Sebelum Masehi. Kira-kira seratus tahun selepas itu, pendeta-pendeta dari
Babylon telah menyeru seorang orakel buta dari Yunani bernama Tiresias untuk
memerangkap Ahriman lalu memenjarakannya buat selama-lamanya. Sememangnya
Tiresias berjaya melakukan apa yang patut dilakukannya, tetapi di dalam masa yang
sama, dia dapat menilik bahawa satu hari nanti, Ahriman akan kembali berkuasa lalu
membawa kebinasaan kepada dunia ini, dan apabila masa itu tiba nanti, kuasa Ahriman
akan bertambah. Dan kebinasaan yang akan dibawanya adalah satu kebinasaan yang
mutlak.

Tiresias lalu mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu untuk memastikan agar
perkara ini tidak berlaku atau sekurang-kurangnya, Ahriman dapat dikalahkan apabila dia
muncul kembali di muka bumi untuk memusnahkan umat manusia...

“Adakah aku yang kau seru?” Ujar satu suara yang tiba-tiba dapat kudengari di
dalam kotak fikiranku tatkala aku sedang sibuk membaca skrol mengenai Ahriman di
bawah cahaya lilin yang gelap di dalam bilik perpustaanku.

Aku memerhatikan ke seluruh bahagian bilik perpustakaan yang malap. Aku pasti
tidak ada sesiapapun yang sedang berada bersamaku pada waktu itu. Aku tidak dapat
mencium sebarang bau manusia, mahupun melihat roh-roh yang kadang-kala akan
tersesat jalan, lantas bertembung denganku di sini.

“Namaku Kira.” Beritahu suara tersebut dengan suara yang lembut. Selama ini,
setahuku, hanya Cassius sahaja yang selalu menyeruku dengan cara ini.

Aku dapat merasakan bahawa Kira sedang berada di luar bangunan tempat
tinggalku. Aku mahu melihatnya, tetapi aku tidak mungkin akan dapat menyelak langsir
lantas membuka tingkap yang dilitupi papan dan lansir baldu yang tebal untuk
mengelakkan cahaya matahari dari memasuki rumah.

Di luar, suasana di Marais hingar bingar dengan aktiviti penduduk Paris di waktu
siang. Ada yang baru sahaja pulang dari pergi membeli-belah dan ada pula sedang sibuk
mengerjakan pekerjaan masing-masing. Suara mereka dapat kudengari dengan jelas. Dan
jika aku dapat betul-betul menumpukan fikiranku, aku akan dapat melihat keadaan di luar
sana di dalam kotak fikiranku. Dan aku melakukan perkara ini sekarang untuk cuba
melihat Kira.

Maka pada waktu itu aku dapat melihat Kira yang berpakaian seperti seorang
gadis bangsawan Perancis yang pastinya yang terbaru dan paling cantik seperti mana yang

http://nizamzakaria.blogspot.com 71
tersebut dalam jurnal fesyen Mercure de France - sambil duduk sopan di dalam kereta
kudanya. Dia sedang memegang kipas. Berkipas untuk mendinginkan tubuhnya yang
mula merasa bahang pertengahan musim panas di Paris.

Wajah Kira bukan satu wajah Eropah yang berkulit putih pucat dan berwarna
perang. Rambut Kira berwarna hitam. Matanya besar dan bulat. Kulitnya sedikit gelap.
Dia mungkin berumur di sekitar awal 20-an.

“Aku tidak menyeru sesiapa!” Aku akhirnya bersuara di dalam hati. Aku tahu
Kira akan mendengar suara hatiku ini.

“Aku tahu kau ingin mengetahui tentang kewujudan kami... Jadi aku datang agar
kau akan dapat mengenali kami dengan lebih rapat lagi.” Ujar Kira sambil mengipas-
ngipas dirinya. “Nampaknya kau mewarisi kebolehan Tiresias dari Cassius. Si vampiro
buta itu mampu melihat lebih baik dari mana-mana manusia hanya dengan menggunakan
mata hatinya.” Jelas Kira dengan nada sedikit bongkak apabila dia mendapati aku mampu
melihat dirinya yang sedang berada di luar rumahku.

“Kau pernah cuba membunuh Tiresias ketika dia bertarung dengan Ahriman
dahulu!” kataku setelah aku dapat membaca fikiran Kira dan melihat sendiri bagaimana
Kira pernah cuba membunuh Tiresias tetapi gagal. Kira kemudian ditangkap Tiresias dan
sehingga kini Kira mendendami Tiresias dan akan membuat apa sahaja agar dia mati.

“Cepat kau dapat menangkap tentang sejarah lamaku. Bukan semua vampiro
dapat melakukan ini semua. Nampaknya Cassius telah mendapatkan seorang vampiro
yang cerdik. Mungkin lebih cerdik dari dirinya sendiri.” Kini Kira memerli pula.

“Apa yang kau mahu?”

“Aku cuma mahu berkawan.”

“Sejak bila pula konco-konco Ahriman berkawan dengan golongan vampiro?”

“Nampaknya banyak juga yang masih belum kau ketahui tentang hubungan
golongan Vampiro dan Daevas!”

“Ada banyak perkara yang ingin aku tanya... mengenai kejadian aku ini—“

“Tetapi bukan sekarang. Mungkin malam ini. Kita berjumpa di hadapan Place des
Vosges... Tengah malam ini. Nanti aku akan jelaskan segala-galanya.” Kereta kuda yang
dinaiki Kira bergerak meninggalkan bagunan yang dihuniku dan Cassius.

“Kenapa kau termenung?” tanya Cassius yang tiba-tiba sahaja muncul dalam bilik
perpustakaan. Aku sedikit tersentak melihat dia muncul secara tiba-tiba begitu.

http://nizamzakaria.blogspot.com 72
“Tak ada apa-apa.” Ujarku sambil menggeleng. Aku termenung seketika sebelum
mencapai sehelai skrol papyrus dari Mesir mengenai jampi serapah yang telah digunakan
Terisias untuk memerangkap Ahriman di dalam sebuah kotak emas - dengan separuh hati.

Tepat pada tengah malam, aku telah menunggu ketibaan Kira di tempat yang telah
dijanjikan. Kawasan di sekitar dataran Place des Vosges agak sunyi pada malam itu.
Mungkin kerana pada malam itu cuaca terlalu sejuk.

Kemudian muncul kereta kuda Kira dan kulihat Kira keluar dari kereta kuda
tersebut dengan tersenyum memandang ke arahku. Wajahnya ternyata jelita, walaupun
aku dapat merasakan dia sudah menghabiskan masa lebih 4000 tahun di bumi ini.

Aku memerhatikan ke dalam mata Kira. Aku langsung tidak dapat membaca
perasaannya seperti mana yang dapat dilakukannya terhadap manusia. Bagiku, fikiran
manusia seperti sebuah buku yang terbuka, begitu senang untuk dibaca dan difahami.
Tapi bukan Kira...

Kira ini lain lagaknya. Aku dapat merasakan seperti memandang sesuatu yang
kosong dan tidak bernyawa. Aku pasti Kira mempunyai perasaan, tetapi pandai dia
menyembunyikannya. Mungkin semua Daevas sepertinya mempunyai keistimewaan ini.

“Kami tidak selemah manusia, jika itu jawapan yang kau cari!” ucap Kira sambil
tersenyum sinis. Dia berjalan ke arah tengah-tengah dataran. Aku terus mengekorinya dari
belakang.

“Apa yang kau mahukan dariku?” tanyaku terus tanpa mahu berlengah lagi.

“Aku cuma mahu mengenali kau dengan lebih dekat lagi. Lagipun, sudah lama
aku perhatikan kau.”

“Perhatikan aku?”

“Sejak di Venice lagi...”

“Jadi mengapa kau tidak menghubungi aku sejak dahulu lagi?”

“Mungkin kau belum bersedia—”

“Bersedia untuk apa?”

Kira memandang aku dari atas ke bawah. Kemudian dia berkata:

“Kau tidak pernah membawa pedang... Tidak seperti Cassius.”

http://nizamzakaria.blogspot.com 73
“Perlukah aku membawa pedang ke mana-mana?” tanyaku. “Aku menganggap
diriku sebagai seorang ahli sarjana, bukan seorang pejuang seperti Cassius.”

“Manusia sentiasa membawa pedang mereka ke mana sahaja mereka pergi. Lebih
kepada perhiasan dari senjata untuk mempertahankan diri, tidak kira jika mereka seorang
ahli sarjana atau seorang pahlawan.”

“Seperti apa yang aku katakan tadi. Aku tidak perlukan itu semua. Aku bukan
seperti manusia yang perlu membawa senjata ke mana sahaja mereka pergi untuk
mempertahankan diri mereka. Aku dapat menumpaskan mereka tanpa menggunakan
senjata.”

“Sudah tentu...” Kira memandang ke arah langit. Ke arah bintang-bintang yang


bergemerlapan pada malam itu.

“Apa kena mengena pedang dengan diriku?” tanyaku kehairanan.

“Bukan aku tidak tahu kau mempunyai pengalaman bertempur ketika kau bergelar
manusia dahulu. Tetapi kau selalu lupa kau mewarisi kebolehan dan kepandaian Tiresias
menggunakan pedang.” Getus Kira sambil menjeling ke arahku. Wajahnya tidak
kunafikan cantik. Mungkin terlalu cantik.

“Tapi untuk apa?”

“Satu hari nanti kau mungkin akan memerlukannya.”

“Untuk apa?” aku mengulangi soalanku itu. Kali ini aku seolah mendesak untuk
mendapatkan jawapan dari Kira.

“Mungkin untuk mempertahankan diri kau dari Cassius satu hari nanti...”

“Cassius tidak mungkin akan mencederakanku.”

“Kau fikirkan dia sudah terlalu baik?”

“Bukan itu maksud aku”

“Apa kau sudah lupa, dia yang membunuh keluarga kau dahulu?”

Aku terdiam. Aku tidak dapat menjawab pertanyaan Kira tadi. Setelah lebih dua
ratus tahun aku bersama Cassius, aku rasa aku sudah mampu untuk memaafkannya.
Walaupun aku telah memaafkannya, aku tidak mungkin akan dapat melupakan apa yang
telah dilakukan Cassius kepada keluargaku dahulu.

“Apa sebenarnya tujuan kau untuk menemuiku?”

http://nizamzakaria.blogspot.com 74
“Aku cuma ingin memberitahumu bahawa mungkin susah sampai masanya untuk
kamu berdua berpindah dari Paris.”

“Kenapa?

“Beberapa minggu lagi kita akan menyambut tahun 1787. Berapa lama agaknya
kau menjadi vampiro? 265 tahun?” tanya Kira tanpa mahu menjawab soalan dari aku tadi.

“Begitulah agaknya. Aku tidak pernah mahu ingatkan sangat. Aku tidak pernah
mahu mengira.” Bohongku, walaupun setiap hari aku mengingati jumlah hari yang telah
kuhabiskan sehingga kini sebagai seorang vampiro.

“Dalam masa yang begitu lama, sudah tentunya kau tahu bahawa kami mampu
menentukan perjalanan sejarah manusia. Kami mampu merancang, memilih siapa yang
harus menjadi raja, menentukan jatuh naik sesebuah kerajaan...”

Aku hanya memandang tepat kepada Kira. Aku tidak mengiakan mahupun
menidakkan, walaupun aku tahu bahawa golongan Daevas mampu melakukan perkara ini
semua dan mungkin telah pun mereka lakukan selama ini, seperti yang pernah dinyatakan
Cassius.

“Cassius telah membuat kesilapan besar dengan menjadikan seorang anak haram
Kerabat Di raja Bourbon sebagai mangsanya. Cassius dalam keangkuhannya, sering
mencari mangsa yang mempunyai pertalian darah dengan kerabat di raja Eropah... Dari
kerabat Nassau, Oldenburg, Savoy, sehinggalah kepada Saxony. Semuanya telah
dirasainya. Tetapi dia tidak sepatutnya menyentuh anak-anak berdarah Bourbon. Itu
kesilapannya. Kerana lambat-laun mereka tahu akan kewujudannya dan mereka akan
melakukan apa sahaja untuk memusnahkannya. Malah aku pasti mereka telah pun tahu
tentang tempat persembunyian Cassius di Marais dan mereka hanya menunggu masa
untuk membalas dendam.”

“Mereka mahu membalas dendam ke atas kematian seorang anak haram


Bourbon?”

“Anak haram yang kau maksudkan itu adalah seorang pegawai tinggi pasukan
Dragoon.” Jelas Kira mengenai pasukan khas tentera Perancis yang terkenal dengan
kebolehan mereka bertarung dengan pedang itu.

“Jadi apa yang kau rasa patut aku lakukan sekarang?”

“Aku memberikan kau maklumat ini agar kau tidak akan terheret dalam kancah
dendam kerabat Bourbon terhadap vampiro Cassius.”

“Jadi sememangnya kau mahu dirinya diburu?”

http://nizamzakaria.blogspot.com 75
“Tidak... Cassius bukan musuhku. Kau tentunya sudah tahu, golongan Daevas
sudah lama tidak bermusuhan dengan kaum vampiro. Para vampiro telah menepati janji
mereka selama ini untuk tidak menganggu kami.”

“Mereka tak akan mencariku...” kataku dengan pasti, kerana aku tahu aku tidak
bersalah di dalam hal ini.

“Itu apa yang mahu kau fikirkan. Bagi mereka, kau juga ada bersubahat sama!”
Kira menjelaskan seolah dia sedang mengherdik seorang anak remaja yang degil
perangainya. “Dengar sini, Awang... Kami sendiri merasakan bahawa sudah sampai
masanya untuk kerajaan pimpinan kerabat Bourbon ditumbangkan dan digantikan dengan
sebuah republik... Dengan falsafah dan sistem politik yang baru. Kami sedang berusaha
ke arah ini. Tidak lama lagi, Bourbon dan kerabat-kerabatnya yang lain akan kehilangan
kuasa mutlak mereka memerintah Perancis.

“Tetapi buat masa ini, mereka masih lagi berkuasa di Perancis. Dan selagi mereka
berkuasa, nyawamu dan Cassius berada di tangan mereka!” Kira memberi amaran dengan
bersuara keras.

“Dan mengapa golongan Daevas perlu melakukan ini semua? Mengapa kamu
perlu mengawal perjalanan sejarah manusia?”

“Manusia... Dalam banyak hal tidak ubah seperti haiwan ternakan. Sekali sekala
mereka perlu bantuan kami untuk memastikan agar mereka dapat terus maju ke hadapan.”

“Kau telah menyebabkan kematian dan kemudaratan kepada manusia sehingga


kami sendiri takut untuk memikirkannya. Apa kau ingat aku tak tahu kau dalang di
sebalik wabak hawar yang menyerang Eropah dan Asia dahulu? Siapa dalang di sebalik
Perang Salib, Spanish Inquisition, dan kebakaran besar di London pada tahun 1666, jika
bukan Daevas?”

“Kami lakukan ini semua di atas nama kemajuan manusia sejagat. Kamu pasti
tidak akan memahaminya sampai bila-bila pun, hatta aku mengambil masa selama seratus
tahun untuk menjelaskannya.”

Aku mendengus. Aku terasa diriku dihina dek kata-kata Kira yang keras tadi.

“Kami mahukan sesuatu dari Cassius. Sesuatu yang dipunyainya yang sepatutnya
menjadi hak kami.”

“Aku... Aku setia kepadanya.” Ujar aku tersekat-sekat. “Aku tak akan melakukan
apa-apa kepadanya untuk mengkhianatinya.”

“Kau perlu fikirkan tentang keselamatan kau dan Cassius yang terancam
sekarang.” Kira akhirnya memberitahu. “Aku tahu benar tentang diri kau, vampiro! Lebih
lama kau hidup, lebih lama kau mahu melihat dunia ini. Kau tidak mahu mati kerana kau
terlalu cintakan dunia ini. Kau mahu melihat saat-saat kemajuan manusia apabila satu

http://nizamzakaria.blogspot.com 76
hari nanti mampu menjelajah sehingga ke bulan atau lebih dari itu. Kau sendiri mahu
melihatnya. Kerana walaupun kau bukan lagi manusia, kau masih mencintai kehidupan
mereka... Dan itulah membezakan aku dengan kau.”

“Kau bencikan kehidupan ini bersama manusia. Kalau boleh kau mahu kembali ke
dunia kau.”

Kira mengangguk. Dia menjeling benci, tetapi bukan ditujukan kepadaku.


Mungkin kepada segala-gala yang ada di sekelilingnya.

“Kalau kau mahu... Aku boleh menjadikan kau seperti aku. Hidup di siang hari.”

Aku terkejut diberi tawaran seperti itu.

Aku memikirkan tentang waktu siang yang sudah lama tidak aku alami. Hampir-
hampir aku terlupa akan keindahan musim bunga di Eropah. Ataupun keindahan langit
yang membiru. Aku merindukan semua itu.

“Aku tahu kau mahukan itu semua. Kau mahukan ketenangan. Kau tidak mahu
membunuh lagi. Kau mahu hidup seperti manusia biasa...” Kira pasti telah membaca isi
hatiku.

“Aku sudah mencapai ke satu tahap aku tidak menyesal dengan kejadianku ini!”
bantahku dengan suara yang semakin meninggi.

“Awang... Kau hanya perlu ikut beberapa permintaanku ini. Kemudian, kau tak
akan perlu jalani hidup sebagai seorang vampiro lagi. Darah kau akan bersih dan kau tak
akan ketagihan darah lagi.” Kira meyakinkan. Angin musim dingin bertiup menguraikan
rambutnya yang panjang.

Aku pernah membaca sekeping skrol yang ada juga menceritakan tentang sumber
tenaga Ahriman dan juga golongan Devas ini - untuk terus hidup, mereka mengambil
tenaga dari manusia. Dengan hanya meletakkan tangan mereka ke mangsa mereka, tenaga
dari manusia dapat mereka sedut. Mangsa mereka akan merasa begitu penat, dan ada yang
akan jatuh sakit dan dalam beberapa keadaan, akan menyebabkan kematian.

Jika aku menerima tawaran Kira, mungkin aku tidak perlu membunuh lagi...

“Dan aku hanya perlu mengkhianati Cassius?” tanyaku meminta kepastian.

“Apa yang kau takutkan?”

“Aku tak takutkan sesiapa!”

“Mungkin kau sayangkan Cassius.” Kira ketawa kecil sambil menyentuh bibirnya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 77
Aku terdiam. Mungkin ada betul kata-kata Kira tadi. Mungkin aku sayangkan
Cassius setelah begitu lama kami bersama. Cassius yang penah aku benci setengah mati
ini kini menjadi teman yang paling rapat di dalam hidupku.

“Fikirkanlah betul-betul tawaranku ini...” Ujar Kira. Dia kemudian memegang


tangan aku yang pucat dan dingin itu.

Pada saat itu aku tiba-tiba merasakan dunia di sekelilingku berubah. Tidak lagi
gelap seperti tadi, tetapi menjadi siang. Aku menutup mukaku kerana ketakutan. Pernah
beberapa kali secara tidak sengaja kulitku terkena sinaran matahari. Jika perkara ini
berlaku, kulitku akan terbakar seperti disimbah minyak panas. Menurut Cassius, kulit
seorang vampiro akan terbakar dan menjadi hitam dan kering jika terkena pancaran
matahari dalam jangka masa tidak sampai seminit. Jika seorang vampiro didedahkan
kepada matahari lebih dari lima minit, tubuhnya akan menjadi abu. Satu perkara yang
tidak pernah aku lihat berlaku dan pastinya tidak mahu aku lihat berlaku ke atas diriku.

“Kau tidak perlu takut.” Kira bersuara lembut. Dia membelai rambutku yang
panjangnya sehingga ke bahu itu.

Aku tidak merasa sebarang kesakitan sewaktu cahaya matahari memamah kulitku.
Kulitku tidak terasa terbakar. Dengan teragak-agak aku membuka mataku. Aku
mendapati, bebola mataku tidak melecur.

“Apa yang telah berlaku?” tanyaku ingin tahu, walaupun telah lama kuketahui dari
pembacaanku tentang golongan Daevas bahawa mereka mampu mengawal dan mengubah
realiti.

Aku merasa kagum. Aku cuba memikirkan tentang makenisme kejadian yang
sedang berlaku kepadaku sekarang. Aku merasa keliru. Aku kurang pasti jika Kira telah
mengawal fikiranku ataupun Kira telah mengawal keadaan di sekitarku sekarang.

Aku melihat dan memerhatikan keadaan di sekelilingku dengan perasaan kagum -


di dataran Place des Vosges di waktu tengahari, tatkala terdapat beberapa penduduk Paris
berjalan mundar-mandir di sekelilingnya tanpa memandang ke arahku dan Kira.

Aku menarik nafasku untuk mencium udara segar di siang hari sedalam yang
mungkin. Aku dapat mencium bau bunga dan dedaun yang kering pada siang hari. Aku
melihat ke arah langit yang membiru dan awan yang memutih bak kapas.

Sudah beratus tahun aku tidak melihat awan sebegitu biru, kecuali dalam lukisan-
lukisan yang dikumpulkan Cassius. Jiwaku terasa sayu. Aku mahu menangis dibuatnya.

Kini mengertilah aku mengapa Cassius begitu berminat kepada seni lukisan dan
para pelukis yang dihormatinya - semata-mata kerana dia mahu mereka melukis suasana
seperti ini yang tidak mungkin dapat dialaminya sendiri.

http://nizamzakaria.blogspot.com 78
Dan kini aku dapat mengalaminya sendiri apa yang mungkin tidak dapat dialami
Cassius selama berabad-abad lamanya. Aku tidak dapat mempercayai betapa cantiknya
suasana pada siang hari. Aku hampir sudah lupakan itu semua. Tentang bau-bauannya.
Warnanya. Kehangatannya. Bunyi tiupan angin di siang hari dan juga kehadiran
mergastua pelbagai bentuk dan warna. Semua keindahan ciptaan Tuhan ini ku nikmati
dengan perasaan penuh dengan rasa kesyukuran.

“Aku boleh memberi ini semua kepada kau jika kau sanggup bekerjasama dengan
kami, Awang.” Kira menjelaskan. Wajahnya nampak lebih cantik di bawah sinaran
matahari.

“Apa yang kau mahu dari Cassius. Kau mahu dia mati?”

“Awang, oh Awang... Kau masih tak faham-faham lagi, bukan?”

“Apa yang kau mahu aku lakukan?” tanyaku lagi yang ingin pastikan apakah
harga yang perlu aku bayar kepada kebebasan yang ingin diberikan kepadaku.

“Tidak banyak yang aku mahu kau lakukan. Seperti apa yang aku katakan tadi...
Cassius mempunyai sesuatu yang kami mahukan darinya. Sekarang keselamatan kau dan
dia terancam kerana diri kau dan dia mula diburu tentera Dragoon. Jika kau sanggup
menolong kami, Aku boleh usahakan agar kau dan Cassius di bawa ke England.”

“England? Mengapa England?” tanyaku. Selama ini aku hanya mengenali


England melalui pembacaanku. Aku tahu benar bahawa England kini semakin
berpengaruh sebagai sebuah kuasa besar di Eropah. Mungkin juga satu hari nanti ia akan
lebih kaya berkuasa dari Belanda, itulah telahanku.

“Pihak kami telah mula menumpukan perhatian kami kepada England... Jadi ada
baiknya jika kamu berdua ke sana agar senang nanti untuk kami memantau dan
melindungi kamu berdua apabila kamu berada di sana nanti.”

“Kami tidak memerlukan perlindungan dari Daevas!”

“Itu yang mahu kau fikirkan...” Kira menjeling. Matanya kini tepat kepada seekor
rama-rama yang sedang terbang di hadapanku. Aku begitu khayal melihat rama-rama itu
terbang indah di hadapanku. “Kami sebenarnya telah melindungi kamu berdua sejak kau
kau dan Cassius mula-mula tiba ke Venice lagi.”

Aku dapat merasakan kesegaran angin musim panas di Paris dan sinaran matahari
yang menggigit wajahku. Aku menutup mataku sambil menarik nafasku panjang-panjang.

“Kau hanya perlu mendapatkan manuskrip Vitruvius untuk kami—”

“Maksud kau mencuri?” aku cepat-cepat memintas pertanyaan Kira tadi


kepadaku.

http://nizamzakaria.blogspot.com 79
“Kau boleh panggil apa sahaja yang kau suka.”

“Dan balasannya... Ini semua?”

“Ya, dan mungkin lebih dari itu.”

“Apa yang lebihnya?”

“Kau boleh menjadi sebahagian dari pengikut-pengikut kami dengan segala


kelebihan yang datang bersamanya.”

Aku menggaru-garu kepalaku yang tidak gatal itu. Aku merasa serba salah.
Tanyaku kemudian kepada Kira:

“Ada apa dengan manuskrip Vitruvius sehingga kau beria-ia memerlukannya?”

“Ia perlu disimpan dengan baik. Jika ia jatuh di tangan yang salah, padah jadinya.”

“Mengapa? Ada apa dengan manuskrip itu sehingga ia begitu istimewa?”

“Dari masa ke semasa, kami akan menghubungi manusia-manusia yang


mempunyai kebolehan yang luar biasa. Maka kami akan turunkan kepadanya segala
pengetahuan yang ada di dalam diri kami agar pengetahuan itu dapat digunakan oleh
manusia sejagat. Kami telah melakukan perkara ini di Mesir, di benua Amerika, di pulau
Jawa, di Atlantis...

“Kesilapan besar yang telah kami lakukan kepada Virtruvius ialah, kami telah
memberitahu kepadanya tentang rahsia ruang dan waktu. Yang lebih mengejutkan, dia
telah memahaminya lantas menulis tentangnya, walaupun tidak mungkin ada sebarang
alat pada masa ini yang dapat dibina untuk mengawal ruang dan waktu. Tetapi, beberapa
ratus tahun dari sekarang, mungkin manusia akan dapat membinanya juga. Kami tidak
mahu perkara ini dari berlaku. Manusia belum bersedia dengan semua ini. Selama ini
kami sering memandang rendah terhadap manusia... Tetapi manusia ternyata lebih cerdik,
dan lebih kejam dari yang kami sangkakan. Mereka mampu memusnahkan dunia ini jika
kami lalai.”

“Jadi kau mahu lakukan ini semua demi kesejahteraan manusia?” tanyaku penuh
curiga. “Bukankah tugas kau untuk membantu Ahriman memusnahkan manusia?”

“Mengapa kau mahu percaya kepada setiap pembohongan yang kau baca tentang
diri kami?”

Kata-kata Kira membuatku keliru. Aku sedar bahawa kisah sejarah dikawal oleh
mereka yang berkuasa. Mungkin Daevas sememangnya mahu membantu manusia, dan
selama ini kisah tentang mereka telah diburuk-burukkan oleh seteru-seteru mereka.

http://nizamzakaria.blogspot.com 80
“Ya. Kau mungkin tak mahu mempercayainya. Tapi ini semua tugas kami. Kami
bukan sahaja melakukan ini semua di atas kesejahteraan manusia, tetapi kamu juga
melakukannya demi kesejahteraan kami sendiri.”

“Sudah tentu... Kau perlukan tenaga manusia untuk terus hidup. Tanpa mereka,
masakan kau semua boleh terus hidup?” aku memerli dan Kira pula mengangguk akur.

“Jadi fikirkanlah baik-baik, Awang. Ambil manuskrip Vitruvius yang berada di


dalam simpanan Cassius itu keluar dari rumahnya, dan kami akan menguruskan segala-
galanya untuk kamu berdua selepas itu.” Ujar Kira. Suaranya berdengung di dalam
kepalaku. Kemudian sepantas kilat juga, aku mendapati Kira hilang dari pandanganku
dan suasana di sekelilingku menjadi seperti sedia kala. Malam. Dan bukan itu sahaja. Aku
dapati kini aku sedang berada di hadapan rumahku di Marais. Di sisip kiriku tersemat
sebilah pedang Rapier yang nampak halus rekaannya, yang selayaknya dipakai oleh
golongan bangsawan di Perancis ini.

Aku cepat-cepat masuk ke dalam rumahku. Suria pagi akan menerangi angkasa
tidak lama lagi. Aku tidak tahu bagaimana masa boleh bergerak dengan begitu pantas atau
bagaimana dia boleh sampai ke hadapan rumahku sendiri.

Aku kebingungan. Aku masuk ke dalam rumah. Kulihat Cassius sedang memerhatikan
sebuah lukisan yang baru sahaja dicurinya dari mangsanya yang terbaru. Wajahnya
nampak puas menikmati lukisan yang telah dilukis oleh pelukis Jacques-Louis David –
sebuah lukisan tentang watak mitos Yunani purba, Telemachus.

“Ke mana kau pergi tadi?” tanya Cassius tanpa memandangku.

“Memburu seperti biasa... Di Versailles.”

“Dan pedang Rapier itu pula?”

“Kepunyaan seorang anak bangsawan yang menjadi mangsaku di sana.”

Cassius terus memandang ke arah lukisan di hadapannya. Dia langsung tidak


menoleh ke arahku. Aku bergegas masuk ke dalam kamar tidurku.

Aku cuba untuk tidak memikirkan apa yang telah dijanjikan oleh Kira kepadaku tadi,
walaupun sememangnya, aku mahu hidup seperti manusia biasa. Apa yang ditawarkan
oleh Kira sukar untuk kutolak.

Aku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan sekarang. Aku merasa serba salah...

http://nizamzakaria.blogspot.com 81
Buku I. Bab 5

Aku terpaksa membuat pilihan - sama ada cuba menyelamatkan Cassius ataupun pergi
menyelamatkan Tiresias yang sedang diburu di Saqqara, Mesir. Aku perlu membuat
keputusan ini dengan cepat. Aku perlu memilih sama ada mahu ke utara, ke Callais untuk
menyelamatkan Cassius, atau ke selatan ke Marseilles untuk mendapatkan sebuah kapal
yang telah disediakan khas untuk ke Mesir.

Cassius memberitahuku agar meneruskan perjalananku ke arah selatan. Aku serba salah.
Aku merasa terperangkap sekarang ini.

Mungkin lebih baik jika aku memulakan hikayatku dengan menceritakan kembali apa
yang telah berlaku sehingga aku berada di dalam keadaan yang begitu terdesak ini.

Kini sudah hampir dua minggu sejak pertama kali aku menemui Kira. Hampir setiap
malam dan siangku akan kuhabiskan memikirkan tentang tawarannya itu. Kadangkala
Kira akan bersuara ke dalam kota fikiranku lalu memintaku melakukan apa yang
disuruhnya. Aku memintanya supaya tunggu sehingga masanya sesuai kelak untuk aku
melakukannya.

Di dalam pada itu juga, aku perlu tahu dari Cassius tentang Tiresias. Sejak kebelakangan
ini, aku sering bermimpi tentang Tiresias hampir setiap hari.

Di dalam mimpiku itu, tatkala aku hampir-hampir dapat bertemu dengan Tiresias,
aku telah menemui satu makhluk berkepak seperti malaikat - seperti mana yang telah
dilukis oleh pelukis Itali seperti Michelangelo, Carravagio dan Botticelli. Aku tidak dapat
melihat wajah makhluk ini dengan jelas kerana ia telah membelakangiku, dan apabila
makhluk ini menyedari akan kehadiranku, ia terus mengeluarkan cahaya indah yang
terang sehingga mataku hampir-hampir buta akibat merenungnya terlalu lama.

Kemudian aku terbangun dari lenaku. Dan hampir setiap kali aku tidur, aku akan
bermimpi perkara yang sama. Berulang-ulang.

Pada petang itu aku bangun dari tidurku. Aku keluar dari kamarku lalu masuk ke
dalam kamar Cassius. Aku mengejutkannya dari tidurnya.

“Kau perlu ceritakan kepadaku kembali tentang Majlis Vampiro...” Pintaku


kepada Cassius sebaik sahaja dia membuka matanya.

Cassius memandang kepadaku dengan satu pandangan penuh kehairanan.


Katanya:

“Bukan aku sudah banyak kali ceritakan kepadamu tentang tujuh ahli pengasas
Majlis Vampiro, Amesha Spentas?”

http://nizamzakaria.blogspot.com 82
“Aku tahu... Tapi ceritakan kepadaku sekali lagi. Terutamanya tentang Tiresias!”
pintaku lagi dengan penuh harapan. Cassius bangkit dari keadaan baringnya lalu
menghadapku.

“Kau bermimpi tentangnya lagi?”

“Ya.”

“Mungkin ini satu alamat...” Cassius termenung seketika. Dia sedang memikirkan
sesuatu dengan dalam.

“Apa yang telah Tiresias lakukan setelah dia berjaya memenjarakan Ahriman dan
menangkap seorang pengikut Daevanya?” tanyaku. Aku cukup sedar pada ketika itu
bahawa anggota Daeva yang telah ditangkap oleh Tiresias tidak lain dan tidak bukan
adalah Kira. Cassius melepaskan nafasnya sebelum dia bercerita kepadaku:

“Ketika itu Tiresias dapat melihat apa yang akan berlaku di dunia ini beberapa
ribu tahun di masa hadapan. Lalu dia memberitahu apa yang dapat dilihatnya ini kepada
beberapa orang pendeta Babylon. Pendeta-pendeta Babylon ini kemudian berkumpul, lalu
memberitahu kepada Tiresias bahawa mereka perlu melakukan sesuatu. Mereka
memberitahu kepada Tiresias bahawa dia dan beberapa orang pahlawan perlu terus hidup
untuk memastikan agar Ahriman dapat dikalahkan sama sekali apabila Ahriman dapat
membebaskan dirinya nanti di masa hadapan...

“Pendeta-pendeta Babylon ini tahu tentang rahsia Kasra. Mereka tahu tentang
rahsia minuman Haoma yang boleh mereka sediakan untuk diminum oleh Tiresias agar
dia dapat hidup buat jangka masa yang lama seperti Kasra. Pada mulanya Tiresias
berkeras tidak mahu memikul tanggungjawab yang berat ini, tetapi akhirnya, setelah dia
memikirkan kembali tentang kemusnahan yang bakal dilakukan oleh Ahriman, dia
akhirnya bersetuju.

“Selain dari Tiresias, pendeta-pendeta dari Babylon ini telah memilih enam orang
pahlawan... Tiga wanita dan tiga lelaki. Pahlawan-pahlawan berbilang bangsa ini berasal
dari seluruh kawasan tanah jajahan yang pernah ditakluki oleh Iskandar Zulkarnain.
Walaupun pahlawan-pahlawan ini telah dijanjikan dengan kekayaan yang melimpah ruah
dan keupayaan untuk hidup buat selama-lamanya, ini bukan menjadi sebab utama mereka
bersetuju untuk menjadi makhluk seperti Kasra. Mereka sesungguhnya mahu memastikan
agar umat manusia dapat dibantu dan diselamatkan apabila masanya tiba kelak. Mereka
telah bersumpah untuk melakukan apa sahaja untuk memastikan agar Ahriman dapat
dimusnahkan sama sekali apabila dia kembali untuk cuba memusnahkan manusia.

“Maka akhirnya, setelah setiap satu dari mereka meminum air Haoma, Mereka berubah
menjadi makhluk malam yang kita kenali sekarang sebagai vampiro dan seterusnya
menjadi tujuh pengasas Amesha Spentas atau Majlis Vampiro.”

“Di mana disembunyikan kotak yang telah memenjarakan Ahriman?”

http://nizamzakaria.blogspot.com 83
“Tidak ada sesiapapun yang tahu kecuali Tiresias.” Jelas Cassius. “Tetapi apa
yang aku ketahui, ia telah ditanam di sebuah tempat di tengah-tengah padang pasir...
Berdekatan dengan Persepolis.”

“Bagaimana dengan anggota Amesha Spentas yang lain, mereka juga tidak tahu?”

Cassius menggelengkan kepalanya.

“Kau pernah bertemu dengan ahli-ahli Amesha Spentas yang lain?” tanyaku
kepadanya.

“Tidak... Kita tidak mungkin akan dapat menemui mereka semua di satu tempat
yang sama...”

“Di mana mereka sekarang?”

“Di seluruh pelosok dunia. Mereka akan bersatu hanya apabila diseru nanti.”

“Jadi apa yang akan berlaku jika salah seorang dari mereka mati dibunuh?”

“Tempatnya perlu diganti. Itu sahaja yang aku tahu, tapi jangan tanya aku
mengapa dan kenapa.” Cassius berdiri di tepi katilnya lalu meninggalkanku di kamarnya.
Aku tidak tahu ke mana dia menghilang selepas itu.

Aku membuka peti simpanan Cassius lalu mengeluarkan manuskrip Virtruvius. Aku
meletakkan manuskrip itu ke atas meja. Aku meneliti manuskrip itu. Sememangnya apa
yang ditulis dan dilukis oleh Vitruvius terlalu aneh dan sukar untuk aku fahami.

Vitruvius menjelaskan tentang konsep ruang dan masa. Dia menulis beberapa
kaedah terperinci membina sebuah alat yang difikirkannya boleh merentasi masa. Ada di
antara apa yang ditulis Vitruvius dapat kufahami, ada pula tidak. Dia ada menulis tentang
sebuah alat yang dapat melakukan berbillion-billion pengiraan matematik di dalam masa
tak sampai sesaat yang perlu dicipta sebelum alat ini dapat digunakan. Sebuah alat yang
lain pula diperlukan untuk membuka sebuah ruang agar masa dapat direntas.

Aku menggulung manuskrip ini. Aku kurang pasti jika aku harus keluar dari
rumahku ini lalu memberi manuskrip ini kepada Kira ataupun menyimpan kembali
manuskrip ini dan beranggapan bahawa pertemuan aku dengan Kira tidak pernah berlaku.

“Bawa kepadaku manuskrip Vitruvius ini, Awang!” suara Kira bergegar di dalam
kepalaku.

Aku berkira-kira di dalam kepalaku. Aku perlu melakukan sesuatu. Aku


memikirkan tentang Cassius dan kepercayaan yang telah diberikan kepadaku selama ini.

http://nizamzakaria.blogspot.com 84
Kemudian aku memikirkan tentang dirinya yang pernah membunuh seluruh anggota
keluargaku dan kawanku Kasturi di hadapan mataku.

Mungkin inilah peluangku untuk membalas dendam kepada Cassius. Tetapi entah
mengapa, aku tidak mampu untuk melakukannya. Aku perlu mendengar suara hatiku
sendiri yang memberitahu agar aku harus meletakkan manuskrip ini kembali ke tempat
asalnya.

“Tidak. Maafkan aku.” Jawabku. Aku meletakkan manuskrip Vitruvius kembali


ke dalam peti besi. Aku menutupnya rapat-rapat.

“Kau akan menyesal, Awang.” Ujar Kira dengan suara marah yang ditahan-
tahannya.

“Kau pasti tahu, aku tak pernah menyesali apa-apa yang telah aku lakukan.”
Kataku dengan penuh yakin.

Kira menjerit dengan kuat di dalam fikiranku. Begitu kuat sehingga kepalaku
terasa seperti mahu pecah. Kepalaku terasa begitu sakit sehingga aku tidak mampu untuk
menanggungnya lagi. Aku terjatuh ke lantai lalu duniaku berubah gelap.

Apabila aku sedar, aku dapati Cassius sedang menepuk-nepuk pipiku. Dia
menyerahkan sehelai sapu tangan kepadaku. Aku dapati hidungku dan telingaku berdarah.
Aku mengelap darahku yang mula membeku itu.

“Kau cuba melawannya.” Kata Cassius sambil tersenyum.

“Apa?” tanyaku keliru. Mataku berpinar-pinar. Cassius mengkulurkan tangannya


untuk membantuku berdiri. Aku menyambut tangannya itu.

“Aku tahu dia cuba untuk menggodamu dengan tawaran-tawaran hebatnya. Tapi
kau memilih untuk setia kepadaku.”

“Jadi selama ini kau tahu tentang hal ini?”

“Sudah tentu...”

“Jadi kenapa kau tak cuba menghalangku? Bagaimana kalau aku berpaling tadah
kepada Kira?”

“Aku pasti kau tak akan melakukannya!” kata Cassius dengan suara yang jelas.
Dia tersenyum kepadaku sebelum dia menambah lagi: “Ada seorang manusia yang perlu
aku kenalkan kepada kau.”

“Apa?” aku kehairanan. Cassius jarang membawa mangsanya ke rumah kami.


Kenapa dia perlu melakukannya kini?

http://nizamzakaria.blogspot.com 85
Seorang lelaki dengan pakaiannya yang kelihatan seperti pakaian bangsa Inggeris
masuk dengan malu-malu ke dalam perpustakaan. Dari pengamatanku dan apabila aku
mengimbas fikirannya, aku mendapat tahu bahawa dia seorang pelukis. Dan Cassius tidak
mungkin akan menjadikan seorang pelukis sebagai mangsanya.

“Blake... Ini Awang.” Ucap Cassius dengan perlahan kepadaku.

“Blake... William Blake. Panggil sahaja aku William.” Ujarnya sambil


mengetapkan bibirnya.

“Kau bawa seorang pelukis Inggeris pula ke sini?” tangan kiriku mengurut
kepalaku yang berdenyut-denyut, tangan kananku pula bersalaman dengannya.

“Ya.” Jawab Cassius pendek. Dia memerhatikanku. Dia nampak risau melihat
keadaanku sekarang.

“Cassius selalu sahaja membawa pelukis-pelukis sepertimu ke sini. Aku tak tahu
pula sekarang dia berminat dengan penyajak sepertimu.” Kataku sewaktu menarik
tanganku kembali selepas bersalaman dengannya.

“Bagaimana kau tahu aku menulis sajak?” tanya William. Dia menerbitkan sendiri
kumpulan sajaknya. Tetapi pada waktu itu tidak ramai yang membaca karya-karyanya
ataupun mengenalinya sebagai seorang penyajak inikan pula seorang pelukis. “Kau
pernah membaca ‘Poetical Sketches’?”

“Ya,” Jawabku pendek. Buku ini ada di dalam perpustakaanku. “Kau akan jadi
seorang ahli penyajak yang terkenal satu hari nanti, dan kau akan disanjung sebagai di
antara pelukis Inggeris yang paling agung. Tapi buat masa ini, mereka masih tidak
memahami karya-karyamu dan kau tak mungkin akan dihargai ketika kau masih hidup.
Malah kau akan hidup dalam kemiskinan. Tapi aku pasti kau sudah tahu tentang hal ini
dari mula lagi. Kau melukis dan menulis sajak bukan semata-mata kerana mahu mencari
nama dan harta... Sukar benar untuk aku cari manusia seperti kau sekarang!”

“Awang... Kau tak sihat. Sebab itu kau membebel begini.” Tegur Cassius.
Sememangnya aku dapat merasakan sesuatu yang tidak kena di dalam fikiranku.
Kepalaku pusing. Tetapi apa yang pasti, aku sudah dapat merasakan bahawa aku sedang
berhadapan dengan seorang manusia yang bakal diingati sebagai seorang pelukis dan
penyajak yang agung. Aku amat-amat menghormati manusia-manusia sepertinya.

“Pandai kau membaca fikiranku, Awang.” Kata William ambil tersenyum.

“If the doors of perception were cleansed everything would appear to man as it is,
infinite.” Sebutku di dalam bahasa Inggeris. Satu bahasa yang kuanggap tidak selembut
bahasa Perancis, Itali dan Sepanyol. “Kau boleh gunakan kata-kataku ini dalam salah satu
sajakmu itu nanti.”

http://nizamzakaria.blogspot.com 86
"Bahasa Inggerismu agak fasih." William memuji. Aku terus memandang ke
arahnya. Aku mula dapat merasakan Cassius tidak membawanya ke sini sekadar mahu
berbincang mengenai hal-hal seni seperti mana yang sering dilakukannya dengan pelukis-
pelukis lain. William ini lain dari yang lain, kerana sejak awal lagi dia tahu Cassius dan
aku adalah makhluk vampiro.

“William adalah anggota kumpulan Alumbrados.” Beritahu Cassius menggunakan


nama lama kumpulan ini. Aku tidak pernah berjumpa dengan anggota kumpulan ini yang
bersekongkol dengan golongan vampiro sejak Majlis Vampiro diasaskan di Babylon lagi.
Nama mereka berubah mengikut zaman. Kini Alumbrados lebih dikenali dengan nama
Illuminati.

Illuminati berasal dari pengikut-pengikut Osiris yang dikatakan menjadi musuh


kepada Seth, yang kini lebih dikenali sebagai Ahriman. Kumpulan mereka ini
menggunakan lambang mata Osiris yang juga dikatakan sebagai ‘mata yang melihat
segala-galanya’. Sejak dari dahulu lagi kumpulan ini telah ditubuhkan untuk memastikan
Ahriman dapat dilupuskan terus dari muka bumi ini.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kumpulan Illuminati berjaya menembusi


kumpulan Frère Maçon, sebuah kumpulan yang dianggotai manusia yang bersubahat
dengan Daevas, yang akan melakukan kerja-kerja jahat buat mereka.

“William sebenarnya berkawan baik dengan Lilith...” beritahu Cassius sambil


memegang bahu William.

“Lilith?”

“Lilith nama kepada lembaga yang datang menemuinya. Ia datang dalam bentuk
sebenar Daevas.” Jelas Cassius. Perkara ini sudah aku ketahui dari penyelidikanku
sendiri. Daevas dalam bentuk asalnya merupakan sejenis makhluk serangga yang
mempunyai ciri-ciri seperti serangga yang hidup berkelompok yang diketuai oleh seorang
ketua seperti Ahriman. Dan kini apabila Ahriman dipenjarakan, tindak tanduk mereka
yang kehilangan arah umpama lebah-lebah yang kehilangan permaisurinya...

“Dan?” aku ingin Cassius menambahkan penjelasannya lagi.

“Lilith menjadi sahabatnya setelah dia telah berpaling tadah kepada Illuminati.”
Beritahu Cassius. Aku meneroka ke dalam minda William. Aku dapat melihat lembaga
yang telah dilihatnya. Satu lembaga yang menakutkan dengan tulang belakang yang
berbonggol dan berdenyut-denyut. Kepalanya bersisik dengan matanya yang membonjol
dengan lidah yang panjang; Otot-otot di tubuhnya berwarna merah seolah dia tidak
berkulit lantas digantikan dengan darah yang mengering. Wajahnya kelihatan menakutkan
seperti seekor kutu.

“Tapi kenapa golongan Daevas membuangnya?” aku bertanya meminta kepastian.

http://nizamzakaria.blogspot.com 87
“Kerana Lilith telah melakukan kesilapan bercinta dengan seorang manusia...
Pasangan manusianya dibunuh dan kuasa Lilith untuk menyerupai manusia ditarik balik.”

“Apa yang Lilith beritahu kepada kau, William?” tanyaku berpaling kepadanya.
Seperti aku katakan, golongan Daevas ini mempunyai ciri-ciri serangga. Mereka berfikir
secara kolektif. Aku percaya Lilith masih dapat mempergunakan kebolehannya
menembusi pemikiran Daevas dan mengetahui gerak-geri mereka. Jadi aku pasti William
mengetahui sesuatu yang begitu penting sehingga aku dapat merasakan kerisauan di
dalam diri Cassius.

“Buat masa ini kau tidak perlu tahu.” Cassius menghalangku dari membaca
fikiran William. Wajahnya mencerminkan kebimbangan.

“Ish!” dahiku berkerut seribu apabila imbasanku dihalang Cassius.

“Enrique... Kau perlu menyerahkan sepenuh kepercayaan kau kepadaku sekarang.


Apa yang akan aku suruh kau lakukan adalah untuk kebaikan kita semua. Percayalah!”
mata Cassius nampak redup. Aku dapat merasakan kejujurannya tatkala mengeluarkan
kalimah-kalimahnya ini.

“Jadi apa yang patut kita lakukan sekarang?” tanyaku dengan suara perlahan.

“Kau perlu ke selatan Perancis. Di dalam perjalanan kau nanti aku akan beritahu
kau ke mana tempat yang perlu kau tuju selepas itu.” Cassius mengarahkan. Dia
kemudian membuka peti besinya. Dia mengeluarkan manuskrip Vitruvius. Manuskrip
yang lain dibiarkan terus di dalam peti besi. Cassius menggulung manuskrip itu, lalu
memasukkannya ke dalam sebuah bekas yang diperbuat dari gading gajah dan emas.
Bekas itu juga yang dihiasi dengan ukiran di dalam bahasa Latin: ‘Fere libenter homines
id quod volunt credunt’ yang membawa maksud; manusia rela mempercayai apa yang
mereka hajatkan.

Kata Cassius kemudian kepadaku yang langsung membuatku tergamam:

“Kau perlu pergi malam ini juga. Ambil pisau secespita ini. Hanya pisau ini yang
dapat kau gunakan untuk membunuhnya nanti dengan satu tusukan. Bukan dua. Ingat!
Dua tusukan hanya akan membuatkannya lebih berkuasa.” Kata Cassius dengan
bersungguh-sungguh. Kata-katanya mengelirukanku. “Kita akan bertemu lagi. Kau tidak
perlu risaukan tentang diriku. Jawapannya ada di dalam manuskrip Virtruvius. Jadi jaga
manuskrip ini seperti kau menjaga nyawamu sendiri. Pulangkan pisau ini kepadaku bila
kita bertemu lagi.”

“Apa maksudmu 'bila kita bertemu lagi'. Kau mahu ke mana? Mengapa kita tidak
ke selatan Perancis bersama?”

“Aku perlu mengelirukan mereka agar mereka tidak mengekorimu nanti.” Cassius
memberi alasan.

http://nizamzakaria.blogspot.com 88
“Dan pisau secespita ini pula?”

“Bila masanya tiba kelak, kau akan tahu untuk menggunakannya.” Kata Cassius
dengan suara yang tegas. Dia merapatkan tubuhnya kepadaku. Aku memandang kepada
wajah mudanya. Aku memegang pipinya yang sejuk itu. Cassius menutup matanya
dengan rapat. Dia cuba menahan dirinya dari menangis. Aku semakin bingung melihat
keadaannya begitu. “Buat masa ini kau perlu meninggalkan Paris. Anggota-anggota
Illuminati akan membantumu pada sepanjang masa sehingga kau selesai melakukan
tugasmu ini dan lama selepas itu. Mulai malam ini mereka akan menganggapmu sebagai
penggantiku.” Kata Cassius dengan tergesa-gesa.

“Tugas apa? Aku masih tidak faham!” tanyaku tergesa-gesa.

“Buat masa ini, kau perlu pergi. Mereka sedang menunggumu di luar.” Cassius
menolak tubuhku agar aku berjalan keluar dari perpustakaan.

Cassius membuka pintu. Aku dapati di luar sebuah kereta kuda dengan tingkap
yang berlapikkan kain baldu hitam yang tebal sedang menungguku di sana.

“Tunggu arahan seterusnya dariku nanti!” perintah Cassius mengingatkan. Aku


bersalaman dengannya. Aku memandang wajahnya yang diulit rasa risau. Aku tidak
pernah melihatnya begini. Rasa risau yang menyelubungi diriku semakin membebankan
jiwaku.

Aku terpaksa mengangguk setuju. Aku masuk ke dalam kereta kuda. Aku dapati
bahagian dalam kereta kuda ini seperti sebuah keranda yang besar. Langsung tidak ada
cahaya yang dibenarkan masuk. Perjalanan yang aku ambil ini mungkin akan makan masa
berhari-hari lamanya.

Kereta kuda terus bergerak meninggalkan Marais. Di dalam kereta kuda yang
gelap itu dapat aku rasakan adanya makhluk lain selain dari diriku.

“Siapa kau sebenarnya?” tanyaku dengan suara perlahan. Di dalam keadaan gelap
tanpa cahaya dengan mataku yang mampu melihat dalam gelap itu, aku dapat melihat
lembaga yang sedang duduk di hadapanku bertubuh besar. Dia sedang memakai jubah
yang selalunya dipakai oleh rahib-rahib Franciscan.

“Namaku Lilith... Aku di bawa ke sini oleh Tuan Blake.” Jawabnya dengan suara
yang keras.

“Buat apa kamu di sini?” tanyaku memandang ke arah wajahnya yang


menggerutu.

“Untuk melindungimu.” Katanya lalu membuka tudung jubahnya. Aku dapat


melihat wajahnya yang mengerikan itu. Tapi aku pasti, dia tidak akan mengapakanku. Dia
bukan seperti anggota Daevas yang lain... “Mulai sekarang aku akan menjadi hambamu.”

http://nizamzakaria.blogspot.com 89
“Kau bukan hamba kepada sesiapapun, Lilith.” Kataku dengan pasti. “Kau boleh
pergi jika itu yang kau mahu.”

Lilith langsung tidak menjawab kata-kataku tadi. Dia sekadar menutupi kembali
kepalanya dengan jubah yang dipakai. Lilith kemudian membuka tingkap kereta kuda
yang diperbuat daripada logam lalu menyelak langsir baldu yang tebal itu. Dia menghirup
udara malam. Dia memerhatikan suasana malam di Paris dengan satu pandangan penuh
ketakjuban. Lilith terus berkeadaan begitu sehinggalah sang suria mula menampakkan
dirinya ke ufuk timur. Tingkap dan langsir ditutup rapat. Kami berdua langsung
ketandusan bicara. Kereta kuda terus membawa kami ke arah Selatan.

Ketika tiba di Lyon, aku dapat tersentak dari keadaan tidurku. Aku bermimpikan
tentang Cassius yang sedang berada di dalam keadaan kesusahan.

“Kita perlu berhenti.” Kataku kepada Lilith. Aku menjerit dan mengetuk
bumbung kereta kuda yang kunaiki. “Berhenti!” perintahku dengan suara yang keras.

Kereta kuda terus bergerak laju. Anggota Illuminati yang membawa kereta kuda
ini langsung tidak mengendahkanku.

“Mereka telah diperintahkan supaya terus ke Marseille.” Kata Lilith dengan


bersahaja.

“Tapi Cassius sedang berada di dalam keadaan bahaya!” kataku dengan berang.

“Aku tahu. Chevaliere d’Eon sendiri yang pergi menangkapnya di Callais sebelum
dia sempat berlayar ke England bersama Tuan Blake.” Jelas Lilith yang dapat melihat
perkara ini berlaku di dalam fikirannya. “Kapten Dragoon yang berpakaian wanita itu
merupakan anggota Frère Maçon. Kau pastinya tahu tentang hal ini, bukan?”

“Cassius perlukan bantuan kita!” getusku tanpa menjawab soalannya tadi.

“Kita tidak boleh melakukan apa-apa sekarang ini untuk membantunya kerana
kita perlu ke Marseilles, lalu berlayar ke Mesir dari sana!”

“Cassius!” aku menumpukan seluruh perhatianku untuk menghubunginya.

“Kau perlu mendapatkan Tiresias. Dia sedang berada di dalam keadaan bahaya
sekarang. Tempat persembunyiannya sekarang sudah diketahui Daevas. Mereka sedang
menghantar seorang pembunuh mereka untuk membunuhnya. Lilith akan membawamu
ke sana... Ke Saqqara.”

“Tapi bagaimana dengan kau?”

“Kau tidak perlu risau tentang diriku. Jawapannya ada di dalam manuskrip
Viruvius. Apabila kau dapat memahami kandungannya nanti, kau akan datang untuk
menyelamatkanku.” Kata Cassius dengan penuh yakin. Aku dapat merasakan dia sedang

http://nizamzakaria.blogspot.com 90
dikurung dalam sebuah keranda besi dan keranda itu dirantai, diikat dan dikunci. Dia
sedang berada di dalam sebuah kapal yang sedang berada di Selat Inggeris.

Aku terus mengetuk bumbung kereta kuda yang kunaiki. Permintaanku agar
kereta kuda ini berhenti, lalu bergerak ke arah utara untuk ke Calais tidak diendahkan
sama sekali. Aku pasrah. Tanganku menggeletar.

Beberapa minit kemudian aku dapat merasakan keranda yang memerangkap tubuh
Cassius dibuang ke dalam laut. Keranda ini tenggelam ke dasar laut yang sedang
bergelora. Beberapa detik kemudian, hubungan psikikku dengan Cassius terus terputus.
Aku tidak tahu ke mana hilangnya selepas itu. Seolah-olah Cassius terus lenyap dari
muka bumi ini.

Aku menjadi marah. Wajahku berubah bengis. Di dalam keadaan marahku itu
Lilith menyentuh tanganku untuk menenangkanku.

“Cuba selami jiwa kau itu... Kau tahu kita akan menyelamatkannya. Cuma
sekarang bukan masanya lagi untuk kita melakukannya...” Lilith cuba memujukku.
Tangannya yang menggerutu itu memegang tanganku dengan erat. “Kita perlu melakukan
dan melaksanakan satu tugas yang lebih penting. Satu tugas yang telah
dipertanggungjawabkan oleh Cassius kepada kau. Aku pasti dia akan kecewa jika kau
tidak dapat melakukannya dengan betul.”

Aku mengangguk perlahan sambil mengeluh. Mengiakan sahaja kata-kata Lilith


apabila kereta kuda yang kami naiki terus bergerak ke Marseille dengan laju.

Jikaku terasa kosong. Aku kini kehilangan pasanganku. Vampiro selalunya hidup
berkumpulan, setidak-tidaknya berpasangan. Kini aku keseorangan. Aku tidak tahu
sampai bila aku akan mampu hidup keseorangan begini...

http://nizamzakaria.blogspot.com 91
Buku I. Bab 6

Dari Marseille, kami menaiki sebuah kapal untuk ke Iskandariah. Dari Iskandariah pula
kami menaiki sebuah sampan yang besar untuk menyusuri sungai Nil untuk ke Kota
Perkuburan para Firaun di Saqqara. Di sepanjang perjalanan dari Paris ke Marseille dan
ketika merentasi lautan Mediterranean, aku mendapati Lilith tidak banyak bercakap. Dia
hanya duduk di hadapanku seperti sebuah arca bernyawa.

Sebaik sahaja malam melabuhkan tirainya pada hari itu, aku terus keluar dari
kabin sampan yang kunaiku. Aku menghirup udara senja sambil memandang bangunan
piramid di Giza yang gah menyapaku. Aku tidak pernah menyangka bangunan purba ini
rupa-rupanya lebih besar dari yang kusangkakan.

“Akhirnya sampai juga aku ke Mesir...” bisikku perlahan. Selama ini aku hanya
membaca mengenai negara para firaun yang terkenal dengan bangunan piramidnya. Kini
aku dapat melihat dengan mata dan kepalaku sendiri.

“Kau kagum melihat bangunan piramid di hadapanmu ini?” tanya Lilith yang tiba-
tiba sahaja bersuara kepadaku.

“Ya... Sudah pasti.” Jawabku bersungguh-sungguh.

“Kau fikir siapa yang telah memberitahu Imhotep, arkitek pertama yang telah
membina Piramid di Mesir sehingga terbinanya bangunan piramid di Giza yang sedang
kau lihat sekarang di hadapanmu?” getus Lilith kepadaku.

“Daevas?”

“Ya...” ujar Lilith sambil memandang ke arah seorang anak kapal yang sedang
melakukan sesuatu kepada layar sampan. Dari pengamatanku, aku dapat melihat tatoo
kecil dengan simbol mata di atas tangannya. “Apabila kita tiba ke Saqqara nanti, kita
akan masuk ke dalam makam raja Netjerikhet yang telah direka olehnya sebelum kita ke
kuil Osiris yang letaknya di dalamnya—“

“Kau bukan seperti kami.” Aku cuba memintas kata-katanya sambil cuma untuk
mengamati wajahnya yang tersorok di sebalik tudung jubahnya.

“Maksud kau?”

“Kau makhluk seperti serangga—“

“Kau pula makhluk seperti monyet... Kau pernah terfikir seperti itu?”

“Tidak,” aku tergelak mendengar kata-katanya. “Jadi kau dari mana sebenarnya?”

“Maksud kau?”

http://nizamzakaria.blogspot.com 92
“Aku ada membaca sebuah legenda Sumeria yang mengatakan Daevas ini berasal
dari langit—“

“Ya... Jadi kenapa?”

“Dari kayangan?”

“Kami berasal dari sebuah tempat yang lebih jauh dari awan-awan yang kau
lihat... Jika itu yang kau maksudkan. Begitu jauh sehingga sukar untuk kau fahami.”
Lilith menjelaskan. “Mungkin satu hari nanti aku akan ceritakan kepada kau tentang
tempat asalku. Tapi bukan sekarang. Kau belum bersedia lagi untuk mengetahuinya.”

“Tapi mengapa?” bantahku bersungguh-sungguh. Angin senja yang bertiup


melebarkan lagi layar di atas sampan yang kami naiki, lantas mempercepatkan lagi
perjalanan kami ke Saqqara.

“Buat masa ini mungkin sukar untuk kau memahaminya. Tamadun manusia masih
jauh beratus ribu tahun ke belakang jika dibandingkan dengan tamadun kami. Kami telah
mula wujud di sini lama sebelum epik Gilgamesh ditulis lagi...” Lilith menjelaskan
dengan penuh bersahaja.

“Bagaimana kamu ke sini?”

“Dengan sebuah kapal yang kalau aku jelaskan berjela-jela pun, kau mungkin tak
akan faham.” Kata-katanya membuatkan aku terkesima buat seketika.

“Jadi kenapa kau perlu ke sini?” Naluriku berganjak meminta penjelasan.

“Kau pernah melihat bagaimana serangga-serangga seperti lebah, semut dan anai-
anai hidup dan membiak?”

“Tidak, tapi aku pernah membaca mengenainya.” Jelasku meniti kata-kataku


dengan berhati-hati.

“Mereka mempunyai golongan pekerja... Raja dan permaisuri. Kami juga begitu.
Itu sahaja cara kami untuk membiak. Semua makhluk mempunyai tujuan yang serupa,
Awang. Iaitu untuk mengembangkan keturunannya.” Aku memandang kepada tangan
Lilith yang kelihatan keras menggerutu dengan warna merah gelap.

“Dan sekarang kau melakukannya di sini?”

“Mengapa tidak?” nada Lilith disulami keangkuhan. “Ini bukan kali pertama kami
melakukan perkara ini. Aku pasti, apabila manusia semakin maju nanti, mereka akan
melakukan perkara yang sama.”

Kini satu kesedaran mula timbul di dalam diriku. Mereka sedang menunggu masa
untuk membiak di bumi. Dan manusia pula akan dijadikan sumber makanan mereka

http://nizamzakaria.blogspot.com 93
nanti. Kerana Daevas ini di dalam bentuk asalnya merupakan sejenis makhluk penghisap
darah.

“Ahriman sedang menunggu ketibaan permaisurinya!” aku cuba meneka. Lilith


menoleh ke arahku sambil berkata dengan ujaran separuh terkejut:

“Kau memang bijak.”

Lilith kemudian memalingkan tubuhnya ke arahku. Katanya lagi: “Seorang


Daevas yang terpilih akan diasuh dan disediakan untuk dijadikan permaisuri, seperti
mana seekor larva lebah diberikan makanan yang khas sehingga ia berubah menjadi
seekor lebah permaisuri. Tetapi buat kami, proses ini mengambil masa beribu tahun
lamanya...”

“Di mana permaisurinya sekarang?”

“Kau sedang bercakap dengannya.” Jelas Lilith. “Aku adalah di antara Daevas
yang telah diasuh untuk menjadi permaisuri Ahriman...”

“Apa?”

“Tapi aku membelot. Aku terlalu cintakan kepada dunia ini dan makhluknya
untuk melihatnya dimusnahkan oleh kaumku nanti.”

Kata-kata Lilith telah membuatku termangu-mangu. Aku kurang pasti jika aku
akan melakukan perkara yang sama jika aku berada di tempatnya.

“Jadi siapa pengganti tempatmu untuk menjadi permaisuri Ahriman kelak?”

“Kira... Kau sepatutnya membunuhnya ketika kau bertemu dengannya dahulu.”


Lilith bersuara sinis. “Kami lebih senang dibunuh dan ditangkap ketika kami muncul
dalam bentuk manusia.”

Aku dapat merasakan Lilith membenci Kira. Ada sesuatu tentang diri Kira yang
cukup-cukup dibencinya.

“Kira telah membelot kepadaku dengan memberitahu kepada Daevas yang lain
bahawa aku telah jatuh cinta dengan seorang manusia lelaki. Aku fikir aku boleh
mempercayainya, tapi...”

“Aku tahu kau mendendaminya. Mungkin satu hari nanti kita akan dapat bersama-
sama memburunya lalu membunuhnya.” Kataku cuba memujuknya.

Lilith tidak menjawab. Dia kembali menoleh ke arah sungai Nil. Ada sesuatu
tentang dirinya yang memberitahuku mungkin pasangannya dahulu berasal dari daerah
ini...

http://nizamzakaria.blogspot.com 94
*

Kami tiba di Saqqara pada subuh hari yang sama. Ketika berlabuh, aku dapat melihat
sebuah sampan yang sedang dijaga oleh seorang budak lelaki berusia awal belasan tahun.
Dia memandang ke arahku dan ke arah Lilith. Aku dapat merasakan dia merasa risau ke
atas keselamatan bapanya yang sedang berada di salah sebuah makan firaun di Saqqara.

Aku dibawa Lilith berjalan menuju ke arah makam raja Netjerikhet - sebuah
piramid usang yang kelihatan seperti ia telah lama dimakan usia. Di sana, aku dibawanya
ke sebuah bangunan empat persegi yang letaknya berdekatan dengan piramid tersebut.

“Tiresias sedang berada di dalam sana,” ujar Lilith, jarinya menuding ke arah
bangunan di hadapanku. “Tapi kita mungkin sudah terlambat. Mereka telah sampai di sini
lebih awal dari yang ku sangka.”

Di bangunan empat persegi itu terdapat sebuah pintu yang menuju entah ke mana.
Dari jauh lagi aku dapat melihat beberapa orang manusia sedang berkawal di sana. Sebaik
sahaja mereka nampak akan ketibaanku, mereka terus mengeluarkan pedang untuk
menyerangku. Aku sekadar berdiri tatkala mereka berlari meluru ke arahku.

“Adakah kau akan berdiri tercegat di situ aku kau akan menolongku?” tanyaku
kepada Lilith.

“Aku tak akan membunuh.” Katanya perlahan. “Aku telah bersumpah kepada
pasangan manusiaku dahulu untuk tidak membunuh lagi.”

Aku hanya menjeling. Itu pilihannya. Aku tidak boleh memaksa.

Aku mencium bau lelaki-lelaki yang sedang berlari ke arahku. Aku dapat
merasakan mereka bukan dari Mesir. Mereka dari wilayah Kerajaan Osmaniah, pastinnya
dari Istanbul.

Aku mengeluarkan pedang Rapier yang telah diberikan Kira kepadaku. Sebaik
sahaja mereka dekat kepadaku, pedang itu terus aku gunakan untuk bertempur dengan
mereka. Aku akui, lelaki-lelaki yang bertubuh agam yang datang menyerangku pada
ketika itu mempunyai kebolehan yang hebat bermain dengan pedang. Tetapi mereka tidak
mungkin boleh melawan kepantasan seorang vampiro sepertiku yang dapat bergerak
pantas sehingga aku kelihatan seperti satu kekaburan buat mereka.

Selang beberapa saat kemudian, aku dapat memenggal kepala dua orang
penyerangku. Tiga orang lagi sedang menggelupur di atas tanah memegang isi perut
mereka yang terburai. Dalam pada itu, aku dapat melihat Lilith membuka tudung
kepalanya lalu meratah darah yang meleleh keluar dari tubuh mangsaku yang telah
kupenggal. Lidahnya terjelir menjilat darah yang terkeluar deras untuk menghilangkan
rasa laparnya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 95
Tanpa membuang masa, aku terus melangkah masuk ke dalam bangunan di dalam
kompleks makam raja Netjerikhet ini. Lilith mengekoriku dari belakang. Kami berjalan
semakin jauh ke dalam makam dengan menuruni tangga yang menghala ke bawah tanah.

Makam ini lebih besar dari yang aku sangkakan. Obor di bakar di tepi dinding
untuk menyinari bahagian dalam makam ini yang nampaknya kelihatan seperti tidak
terusik di makan zaman. Di atas dinding terdapat tulisan-tulisan hieroglifik yang
menceritakan tentang peperangan antara kuasa baik dan jahat di antara Seth dan Horus...

Seterusnya di bahagian hujung bangunan makam yang berbumbung tinggi dengan


tiang-tiang yang besar ini aku dapat melihat dua orang pengawal yang sedang berjaga di
hadapan sebuah pintu palsu yang terukir di atas sebuah dinding batu.

Mereka nampak terkejut melihat kehadiranku di situ. Mereka terus mengeluarkan


pedang mereka untuk memastikan agar pintu palsu itu tidak dapat dibolosiku.

Aku tidak ada masa untuk melayani kerenah mereka. Aku menggunakan kuasaku
yang aku selalu gunakan untuk menghidupkan unggun api di rumahku kepada mereka.
Buat sekelip mata, tubuh mereka diselimuti api yang panas seolah mereka telah disimbah
dengan minyak panas yang sedang membakar. Mereka menjerit menahan kesakitan
sambil berlari keluar melepasi Lilith yang sedang berjalan di belakangku.

“Kau tidak perlu sekejam ini, Awang.” Lilith seperti memerli. Aku tidak
menjawab kata-katanya. Aku tahu anak kepada lelaki yang baru kubakar hidup-hidup tadi
sedang menunggu di atas sampan di dalam keadaan penuh risau. Mungkin selepas ini, dia
pula akan menjadi mangsaku apabila aku menghisap darahnya...

“Dia tahu kau sudah sampai ke sini.” Bisik Lilith kepadaku, memintaku agar
lebih berhati-hati.

“Aku tidak dapat membaca kehadirannya.” Aku mengakui kelemahanku.

“Kau tidak perlu takut kepadanya.” Sambut Lilith. Dia memandang kepada pintu
palsu yang menghadap ke arah barat di hadapannya – sebuah pintu yang tidak mungkin
dapat dibuka dengan cara biasa. Pintu ini merupakan sebuah gerbang perantaraan di atas
dunia mereka yang masih hidup dan yang telah mati.

“Kita perlu memasukinya.” Jelas Lilith.

“Tapi bagaimana?”

“Kau akan dapat menembusinya, percayalah!” Kata Lilith. Dia mengeluarkan


sebiji kristal dari dalam jubahnya, lalu dia menyentuh kristal itu ke permukaan pintu
palsu ini yang telah diukir di atas sebuah tembok yang tebal. Sebaik sahaja kristal tersebut
menyentuh ke permukaan tembok, terus pintu palsu ini kelihatan seperti sebuah tirai yang
bergelombang.

http://nizamzakaria.blogspot.com 96
Aku mendongak, lalu melangkah berjalan menembusi pintu palsu ini.
Sememangnya pintu palsu ini dapat kutembusi, lalu aku masuk ke dalam sebuah dewan
yang besar.

Setibanya ku di situ, aku dapat melihat sesuatu yang telah muncul di dalam
mimpiku selama ini - satu lembaga berkepak yang sedang membelakangiku.

Aku kaget. Lembaga itu kemudian mengeluarkan cahaya yang terang dan indah,
seperti mana yang pernah aku saksikan di dalam mimpiku. Langsung seperti yang telah
berlaku di dalam mimpiku, aku tidak pasti apa yang perlu aku lakukan pada ketika itu.

“Gunakan pisau pemberian Cassius!” jerit Lilith kepadaku. “Kau masih


mempunyai masa untuk membunuhnya.”

Lembaga itu seolah tergesa-gesa ingin melakukan sesuatu. Aku pula seolah terlalu
gugup untuk melakukan apa-apa. Keindahan yang aku lihat pada ketika itu mampu buat
aku terkedu lalu melupakan segala-galanya yang perlu aku lakukan pada ketika itu.

Lilith menepuk bahuku. Aku terkejut, lalu dengan spontan aku mengeluarkan
pisau secespita dari sisip pinggangku. Lembaga itu menoleh memandangku, lalu ia
kelihatan seperti ketakutan tatkala melihat pisau yang kupegang.

Aku tidak dapat melihat wajah lembaga itu yang telah disimbah dengan cahaya
terang yang dikeluarkan dari seluruh bahagian tubuhnya. Tetapi aku yakin aku mengenali
lembaga itu dari kehidupanku sebelum ini.

“Awang!” sergah lembaga itu kepadaku. Ia jelas mengenaliku.

Aku bergerak semakin hampir kepadanya, di dalam masa yang sama aku sedaya
upaya cuba untuk mengelakkan cahaya yang muncul dari tubuhnya dari menyilaukan
mataku.

Lembaga menggerakkan sayapnya lalu terbang ke belakang sambil merenung ke


wajahku. Pada ketika itulah aku dapat melihat tubuh seorang lelaki terkulai di atas lantai.
Lembaga itu terbang menembusi dinding di belakangnya lalu menghilang entah ke mana.

Serta-merta aku dapat meneka bahawa lelaki yang sedang terkulai lemah di
hadapanku adalah Tiresias, mungkin kerana sebahagian dari dirinya ada di dalam diriku.

Aku dapat melihat bahawa Tiresias yang buta itu mempunyai rambut yang perang
seperti Cassius. Tubuhnya sederhana tinggi, tetapi dia tetap kelihatan seperti seorang
pahlawan gagah. Pedangnya kulihat masih digenggamnya dengan erat.

“Maafkanku, aku lalai. Aku sepatutnya dapat membunuhnya tadi.” Ucapku


kepada Tiresias dengan penuh sesal.

http://nizamzakaria.blogspot.com 97
“Kau tidak perlu risau... Ini merupakan takdirku.” Sebut Terisias dengan nada
yang pasrah. Wajahnya kelihatan jernih walaupun tubuhnya nampak terlalu lemah.
“Masamu untuk mengalahkannya juga belum tiba lagi.”

“Apa yang telah dia lakukan kepadamu?” tanyaku kepada Tiresias. Aku
memangku kepalanya ke pehaku.

“Dia telah menyedut tenaga hidupku.” Jawab Tiresias dengan lemah. Wajahnya
kelihatan muda. Aku pasti dia telah berubah menjadi seorang vampiro ketika dia berumur
di sekitar pertengahan 30-an.

“Apa yang dapat aku lakukan untuk menolongmu?”

Tiresias menggelengkan kepalanya. Aku dapat merasakan dia hanya tinggal


nyawa-nyawa ikan sahaja.

“Kau perlu mencari penggantiku... Seorang orakel dari keturunan pengikut Osiris
yang akan muncul di Semenanjung Emas.” Tiresias merenung ke dalam mataku. Aku
dapat melihat wajah orakel yang akan menggantikan tempatnya. Seorang gadis yang
hanya akan dilahirkan lebih tiga abad dari sekarang.

Tiresias menoleh ke arah Lilith. Matanya terus kaku di situ. Aku dapat merasakan
dia sudah tiada lagi di dunia ini. Dia sudah betul-betul mati.

“Apa yang harus aku lakukan sekarang, Lilith?” tanyaku dengan suara sedih.

“Buat apa sahaja yang patut, Awang.” Ujar Lilith sambil memegang bahuku.
“Aku akan sentiasa setia bersamamu.”

Aku meletakkan tubuh Tiresias yang aku rasakan semakin ringan itu ke atas
lantai. Beberapa detik kemudian aku mendapati tubuhnya bercahaya lalu berubah menjadi
abu. Yang hanya tinggal kini cuma pedang Macedonia kepunyaan Tiresias. Aku
mengambil pedangnya itu lalu mencampakkan pedang Rapier aku ke tepi. Biarlah nanti
apabila sejarawan di masa akan datang keliru apabila mereka menjumpai pedang dari
Perancis ini di sini...

Fajar akan menyingsing di ufuk timur tidak lama lagi. Aku dan Lilith terpaksa
pulang ke sampan kami. Tidak ada apa lagi yang boleh kami lakukan di sini. Kecuaianku
telah menyebabkan kematian Tiresias. Satu perkara yang mungkin akan menghantuiku
sampai bila-bila...

http://nizamzakaria.blogspot.com 98
Buku II. Bab 1

Singapura, September 1939

Petang itu Damak tiba ke stesen Kereta api Tanjong Pagar. Keadaan stesen yang telah
dirasmikan oleh Gabenor Cecil Clamenti Smith pada tahun pada tahun 1932 itu hingar-
bingar. Ramai yang ada sedang menunggu ketibaan kereta api untuk menuju ke destinasi
masing-masing. Terdapat ramai wajah-wajah berketurunan Eropah di sini. Ada yang
berpakaian tentera. Ada pula dengan pakaian biasa yang rasanya tidak sesuai dengan
cuaca panas tropika di Singapura. Mereka dengan dunia mereka sendiri. Seolah-olah
mahu sahaja mereka membawa secebis dari negara mereka lalu diletakkan di sini agar
hidup mereka akan lebih selesa.

Damak memerhatikan bahagian dalam stesen yang telah dibina mengikut senibina
Art Deco. Dia kemudian jalan dengan perlahan ke arah Habib’s Railway Bookstore. Dia
memerhatikan beberapa buah buku yang ada dijual di sana. Kemudian matanya terus
kepada surat khabar The Straits Times. Di bahagian muka hadapan diberitakan tentang
serangan tentera Jerman terhadap Poland. Damak menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia
dapat merasakan perang dunia akan meletus tidak lama lagi...

Damak membetulkan songkoknya. Terlalu banyak masanya dihabiskan dengan


melihat-lihat apa yang ada di dalam kedai buku tanpa membeli apa-apa. Beberapa orang
pengunjung berbangsa Eropah mula memandang-mandang ke arahnya seolah-olah
kehadirannya di dalam kedai buku itu terlalu menganggu bagi mereka.

Damak membetulkan kot hitam yang dipakainya sambil berjalan keluar dari
Habib’s Railway Bookstore. Dia sememangnya kelihatan segak. Dia berjalan ke hadapan
tanpa memandang ke kiri atau ke kanan dengan langkah penuh yakin.

“Nama tuan, Damak?” tanya seorang lelaki dengan tangannya memegang


sekeping kertas yang ada tertulis namanya di dalam bahasa Jawi. Lelaki tersebut bercakap
dengan bahasa Melayu yang fasih tetapi menggunakan loghat Baba Peranakan.

“Ya, aku Damak.” Jawab Damak sambil menghulurkan tangannya untuk


bersalaman.

“Saya terlambat ke?” tanya lelaki tersebut dengan wajah yang risau.

“Tak aku baru sahaja tiba.” Jawab Damak. Begnya diambil oleh lelaki tersebut.

“Oh ya, nama saya James Gwee. Panggil saja Jimmy.” Dia tersengih. Usianya
masih muda. Mungkin baru melepasi usia 20 tahun. Rambutnya dipotong pendek.
Kulitnya agak gelap bagi seorang anak Cina Selat.

“Kita hendak ke mana selepas ini?” Damak bertanya sambil menghidupkan rokok
kreteknya dengan sebatang mancis yang disimpan di dalam kocek kotnya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 99
“Tuan hendak ke mana?” tanya Jimmy.

“Terus ke New World.” Damak menyuak juntaian rambutnya yang jatuh ke


dahinya.

“Tuan tak mahu berehat dulu? Tuan mungkin penat?”

“Tak apa.”

“Baiklah...” Jimmy menyilakan supaya Damak mengikutnya berjalan ke luar


stesen kereta api. Di sana, sebuah kereta Bentley sedang menunggu. Jimmy membuka
pintu. Jimmy menyuruh Damak masuk, sementara itu, pemandu Melayu yang sedang
berdiri di tepi kereta Bentley tersebut sempat menghulurkan tangannya untuk bersalaman
sambil mengucapkan salam kepada Damak.

“Dah lama kita tak ketemu.” Ucap Lim Hong Bee, atau dikenali dengan nama
Stanley oleh Damak. Mereka terus bersalaman sebaik sahaja mereka bertemu.
Genggaman Damak cukup padat ketika menggenggam tangan Stanley.

“Cukup lama.” Jawab Damak. Dia terus duduk di sebelah Stanley. Jimmy pula
dengan tergesa-gesa duduk di bahagian hadapan, lalu meminta pemandu supaya
meninggalkan stesen kereta api.

“Memang betul kata Hanim. Wajah kau tetap nampak muda macam dulu juga.”
Kata Stanley memuji. Mata tuanya terus teracap kepada wajah Damak. “Cuma aku sahaja
semakin tua.”

“Bagaimana keadaan Hanim sekarang?” Pandangan mata Damak ke luar tingkap


kereta. Dia memerhatikan keadaan kota Singapura yang semakin hari semakin pesat
membangun. Kini nampaknya, semakin banyak bangunan-bangunan tinggi yang di bina
di kota Singa ini sejak kali terakhir dia ke Singapura beberapa tahun yang lalu.

“Oh, kau tak dengar ke?”

“Dengar apa?”

“Nama Hanim terkenal sekarang. Macam nama Khairuddin pelakon bangsawan


kita tu. Namanya di sebut-sebut sehingga di Pulau Pinang.” Stanley memberitahu dengan
wajah yang bangga.

“Entahlah, aku dah lama tak ikuti ini semua.” Jelas Damak, walaupun dia pernah
mendengar nama pelakon bangsawan Khairuddin, yang lebih dikenali dengan nama
‘Thairu’ atau ‘Din’ ini. Nama Khairuddin pelakon bangsawan ini memang terkenal dan
sering disebut-sebut. Di sesetengah tempat, dia lebih terkenal dari para pelakon
Hollywood seperti Charlie Chaplin dan Clark Gable. Sebenarnya Damak meminati dunia
bangsawan ini. Pada satu ketika dahulu, dia pernah ke Singapura untuk ke Theatre Royal
di North Bridge Road semata-mata untuk melihat persembahan bangsawan seperti ‘Ali

http://nizamzakaria.blogspot.com 100
Baba dan 40 penyamun’ di sana. Tapi buat masa ini, Damak jelas tidak menunjukkan
sebarang minat tentang ini semua. Dia hanya mahu tahu tentang keadaan Hanim. “Jadi
Hanim sekarang bahagia dengan hidupnya?” tanya Damak kemudian.

“Ya, sudah tentu. Dia ada banyak peminat.” Stanley mengeluarkan bekas
menyimpan rokoknya yang diperbuat dari perak. Dia mengeluarkan sebatang puntung
rokok berjenama Players.

“Paul pula bagaimana?” tanya Damak. Kereta yang dinaikinya melalui jambatan
Cavenagh dengan perlahan. Sempat Damak melihat beberapa tongkang Cina yang sedang
berlabuh di Sungai Singapura. Beberapa orang kuli sedang sibuk memunggah barangan
keluar dari tongkang untuk di bawa ke tepi sungai.

“Dia baik, tiga tahun lepas dia baru sahaja pulang dari England. Dia bekerja
dengan sebuah firma guaman British di Raffles Place.” Sambut Stanley dengan tangannya
menuding ke arah Raffles Place yang letaknya agak dekat dengan jalan yang dilaluinya
sekarang.

“Dah besar budak tu sekarang... Tak tahu pula aku kalau dia masih ingat aku lagi
atau tidak.” Damak menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Diam tak diam, Damak
mendapati terdapat sebuah bangunan baru tersergam gah dekat dengan Kelab Kriket
Singapura. Damak memandang ke arah luar untuk melihat dengan lebih jelas bangunan
Mahkamah Tinggi Singapura yang baru sahaja dirasmikan oleh Sir Shenton Thomas,
Gabenor Negeri-negeri Selat beberapa bulan yang lalu. Bangunan berwarna putih itu
nampak gah, dengan kubahnya yang besar menghadap ke kawasan Padang dan Esplanade.

“Dia masih mengingati kau lagi. Masakan kami boleh melupakan kau. Kau
banyak berjasa dengan keluarga kami.” Stanley menyalakan putung rokoknya. “Dialah
satu-satunya anak lelaki yang aku ada. Sampai sekarang aku tak tahu bagaimana untuk
membalas jasa-jasa kau dahulu.”

“Kau telah membalas dengan menjaga Hanim dengan baik. Percayalah!” Damak
cuba meyakinkan. Dia tersenyum. Sinar cahaya matahari yang jatuh ke wajahnya
menampakkan rautnya yang ceria.

Stanley tersenyum. Dia kagum dengan sikap Damak. Walaupun Damak boleh
memilih untuk hidup mewah dengan ilmu yang dia ada, tetap dia memilih untuk hidup
dengan cara sederhana – kecuali pakaian yang dipakainya. Damak tetap mahu kelihatan
segak memakai pakaian dengan fesyen yang terbaru dan yang paling tinggi mutunya.

“Oh, ya. Bibik kirim salam. Dia mahu kau datang makan malam di rumah kami
malam ni. Aku dah jemput Hanim sekali!” cadang Stanley bersungguh-sungguh.

“Jadi ke Katong lah aku malam ini...” Damak menjeling mesra. Dia memandang
ke luar kereta. Dia membiarkan angin luar agar menyapa wajahnya sambil dia menarik
nafasnya dalam-dalam.

http://nizamzakaria.blogspot.com 101
Stanley mengangguk sambil tersenyum. Dia melihat gelagat Damak yang sedang
melihat beberapa bangunan baru yang baru sahaja dibina di Singapura, termasuklah
bangunan Cathay, bangunan yang paling tertinggi di Singapura. Di hadapan bangunan
tersebut terpampang poster filem arahan Zoltán Korda , ‘The Four Feathers’.

“Kau mahu terus ke The New World? Tak mahu singgah minum-minum kopi
dulu?” Ujar Stanley. Mahu sahaja dia mengajak Damak minum-minum di sebuah kedai
kopi kegemarannya di Orchard Road.

“Tak apa... aku baru sahaja minum tadi.”

“Mungkin kau sudah makan di Hassan’s Railway Station Canteen. Makannya


memang sedap. Aku suka beriani ayam dan sayur lodehnya. Teh tariknya juga... Kalau
sudah rasa masakannya, pasti mahu lagi!” Stanley menjilat bibirnya, mengingati teh tarik
Hassan yang terkenal di kalangan peladang-peladang Inggeris di Singapura dan di
Persekutuan Tanah Melayu.

“Ya... Aku singgah di sana tadi.” jawab Damak. Dia memandang terus ke mata
Stanley sebelum dia menambah lagi dengan suara yang jujur kedengarannya: “Aku mahu
jumpa Hanim dulu.”

“Kau tentu rindukan dia.” Stanley cuba meneka sesuatu yang sudah diketahui
jawapannya.

“Aku pernah jaga dia macam abang kandung dia sendiri. Tentu aku rindukan dia.”

Stanley mengangguk perlahan. Abu rokoknya dibuang ke luar. Stanley mendapati


Damak sudah lama menghabiskan rokok kreteknya, lalu Stanley menawarkan rokok
Players kepadanya. Damak menggeleng. Dia mengeluarkan rokoknya sendiri.

“Aku pasti Hanim memanggilku ke sini dengan bersebab...”

“Aku suruh Hanim panggil kau ke sini sebab kawan baik aku, Ong Boon Tat
memerlukan bantuan kau.” Stanley berterus terang kepada Damak.

“Bukankah dia majikan Hanim?” tanya Damak. Tubuhnya tersandar ke kanan


kerana kereta yang mereka naiki sedang memotong sebuah bas trolley yang sedang
menuju ke arah Pasar Teluk Ayer.

“Ya, dia pemilik The New World. Tempatnya itu bermasalah sekarang.”

Damak mengeluh. Dia tahu benar ‘masalah’ yang dimaksudkan oleh Stanley tanpa
perlu diberitahu kepadanya.

Kereta yang mereka naiki berhenti di hadapan taman rekreasi The New World
yang terletak di Jalan Besar. Walaupun jam masih menunjukkan pukul 6 petang, kawasan
di hadapan pintu masuk The New World sudah mula hingar-bingar. Ada ramai orang

http://nizamzakaria.blogspot.com 102
yang berkumpul mengelilingi seorang tabib Cina yang senang menunjukkan kekuatan
kungfunya. Dia menetak-netak tubuhnya yang kebal itu dengan sebilah parang. Tidak
cukup dengan itu, dia telah meminta seorang penonton supaya menetakkan tubuhnya yang
nampak pejal itu. Dia satu sudut yang lain pula, terdapat seorang lelaki India yang sedang
meniup serulingnya. Di hadapannya, seekor ular tedung sedang menari-nari mengikut
lentok lagu yang dimainkannya. Alunan bunyi seruling mewarnai suasana taman rekreasi
The New World.

“Tuan-tuan mahu beli tali kasut? Pengilat kasut pun saya ada!” ucap seorang
Yahudi Peranakan di tepi tingkap kereta. Damak cepat menggeleng. Matanya hanya
tertumpu ke pintu gerbang New World.

“Tempat ini memang berpuaka.” Getus Damak dengan selamba. Wajahnya


nampak bosan. Puaka merupakan satu kalimah yang mampu digunakannya untuk
membuatkan Stanley faham. “Malam ni selepas makan di rumah kau, aku akan cuba
selesaikan masalah di sini.”

“Baguslah... Lagipun kau perlu berehat.” Stanley menyarankan. “Hanim pun ada
menunggu kau di rumahnya.”

“Baiklah.” Sambut Damak dengan pendek. Suaranya rendah. Dia menghirup


udara petang dengan rasa penuh puas. Sudah lama dia tidak bertemu dengan Hanim.
Tidak sabar rasanya untuk dia bertemu dengan wanita bernama Hanim itu.

Kereta yang mereka naiki terus bergerak dari Jalan Besar ke arah Serangoon
Road. Setibanya mereka di Serangoon Road, mereka berhenti di hadapan sebuah rumah
batu bersaiz kecil. Taman kecil di hadapan rumah itu nampak terjaga dengan pokok-
pokok bunga yang ditanam di dalam pasu.

“Pukul sembilan nanti Ali akan jemput kau di sini. Aku faham kau tentu mahu
sembahyang dahulu sebelum makan malam.” Kata Stanley dengan suara yang perlahan.
Dia keluar dari keretanya. Ali pemandunya serta Jimmy terus duduk di dalam kereta
sambil memerhatikan tuan mereka berjalan sambil menjengah ke dalam rumah yang
didiami Hanim di luar pintu pagar. “Hanim pastinya ada di dalam.”

“Ya, dia ada di dalam. Dah lama dia menunggu aku.” Damak berkata dengan
penuh yakin. Dia senyum sendiri ketika menutup pintu kereta.

“Kalau begitu, kita jumpa lagi malam ini.” Stanley membalas senyuman nakal
Damak. Stanley bersalaman dengan Damak sebelum dia kembali masuk ke dalam kereta.
Stanley melambaikan tangannya selepas dia meminta Ali supaya membawanya pulang ke
banglonya di Katong.

Damak menarik nafasnya dalam-dalam. Dia memberi salam di luar pintu pagar.
Seorang makcik tua keluar mendapatkannya. Makcik tersebut tersenyum meleret.

http://nizamzakaria.blogspot.com 103
“Muka Cik Kiah makin cantik pula saya lihat.” Damak sengaja mengusik. Dia
memang suka mengusik Kiah sejak dia mula-mula mengenalinya dahulu.

“Alah kau ni Damak! Suka sangat nak perli makcik!” balas Kiah sambil membuka
pintu pagar.

“Keluarga Cik Kiah di Kampung Siglap macam mana?” tanya Damak membuka
bicara.

“Macam biasa, Damak. Si Halim yang kau ubatkan dulu sekarang dah boleh
berlari-lari dah. Ye lah, dulu kakinya lumpuh dek kena kacau orang halus.”

“Yang ganggu dia setan, Cik Kiah. Saya sekadar menolong mana termampu.”
Sambut Damak dengan selamba. Matanya kemudian memandang terus ke dalam rumah.
Dia dapat melihat bayang Hanim di sebalik langsir di jendela.

“Dia dah lama tunggu kau.” Beritahu Kiah dengan nada berbisik. Kiah terus
menjemput Damak masuk ke dalam rumah. “Kejap nanti si Halim tu datang. Dia akan
teman kau tidur di sini.”

Damak mengangguk faham. “Dia buat apa sekarang?”

“Dia nak habiskan belajar di madrasah. Nak jadi ustaz katanya.” Suara Kiah jelas
bangga.

“Baguslah tu, Cik Kiah.” Besar hati Damak mendengar perkembangan terbaru
tentang Halim dari Kiah. Damak mencongak-congak. Mungkin usia Halim kini sudah
meningkat 15 tahun.

Di dalam rumah, Damak terus disambut oleh Hanim. Wajah Hanim jelas berseri-
seri. Tubuhnya montok dan sederhana tinggi. Kulitnya putih bersih. Matanya besar tetapi
nampak sedikit kuyu. Hidungnya mancung dan runcing. Memang tidak syak lagi bahawa
Hanim adalah seorang wanita yang rupawan.

“Abang Damak!” Sebut Hanim dengan manja.

“Aku dengar, sekarang kau dah jadi anak bangsawan yang terkenal.” Damak
meletakkan begnya ke tepi.

“Entahlah bang. Dah rezeki saya.”

“Kau cantik. Sebab itu mereka suka tengok kau jadi Seri Panggung.”

Hanim tersipu malu. Dia menjemput Damak duduk di ruang tamu rumahnya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 104
“Stanley kata dia menyuruh kau seru aku ke mari kerana Baba Ong perlu
mendapatkan pertolongan dari aku?” sebut Damak, kali ini dengan nada yang lebih
serius.

“Baba Ong memang ada masalah dengan The New World.” Beritahu Hanim
dengan suara perlahan.

“Aku dah tengok tempat kau cari makan tu tadi. Memang tempat tu tak elok...
Tempat orang buat maksiat.”

“Bukan itu yang saya maksudkan.”

“Aku faham.” Damak tersenyum nakal.

“Ada lembaga kecil yang mengganggu setiap kali bangsawan dimainkan. Ramai
budak-budak kabaret diganggunya.”

“Itu sahaja?”

“Sebenarnya... Dah dua orang menjadi mangsa.” Hanim memberitahu. “Tapi saya
rasa bukan sebab lembaga kecil tu... Tapi sebab lain.”

Cik Kiah keluar dengan membawa dua cawan teh dan sepiring goreng pisang
panas. Perbualan mereka berdua terhenti di situ sahaja. Hanim termenung seketika
sebelum dia menjemput Damak supaya minum petang bersamanya.

Pada malam itu, seperti yang dijanjikan, Damak telah ke rumah Stanley bersama Hanim
untuk makan malam di sana. Setibanya mereka di banglo besar Stanley di Katong,
mereka berdua terus dilayan oleh Stanley dan isterinya dengan baik. Ong, kawan baik
Stanley juga ada dijemput bersama.

Tukang masak Stanley, Cik Aminah berasal dari Melaka. Masakan Cik Aminah
memang terkenal di Melaka satu ketika dahulu. Begitu tersohor kesedapan masakannya
sehingga Stanley telah meminta Aminah menjadi tukang masak keluarganya. Ali, suami
kepada Aminah telah diambil oleh Stanley sebagai pemandunya. Ali dan Aminah
sekeluarga kini tinggal di sebuah rumah kecil di belakang banglo Stanley. Jika bukan
melalui Ali, mungkin Stanley tidak akan dapat mengenali Damak.

Stanley memerlukan bantuan Damak satu ketika dahulu kerana anak lelakinya
Paul dikatakan telah disampuk penunggu Pulau Tekong. Perkara ini telah berlaku setelah
Paul berkhemah di sana dengan pasukan pengakapnya dari Sekolah Anglo Chinese.
Keadaan Paul agak teruk. Kedua belah kakinya lumpuh.

Paul meracau siang dan malam selama hampir sebulan, jenuh Stanley berubat,
tetapi sakit Paul tidak hilang-hilang, sehinggalah Damak datang menolong. Stanley

http://nizamzakaria.blogspot.com 105
terhutang budi dengan Damak. Dia telah bertekad untuk menunaikan apa sahaja
permintaan Damak setelah Damak menyelamatkan nyawa satu-satunya anak lelakinya.
Damak tidak meminta apa-apa balasan, kecuali membantu mencari pekerjaan untuk
seorang gadis yang cantik rupa parasnya yang bernama Hanim. Stanley bersetuju, lalu
dijaganya Hanim seperti anaknya sendiri. Rumah sewanya di Seranggon Road itu juga
telah dipinjamkan kepada Hanim dengan percuma.

“Terlebih dahulu saya ingin berterima kasih kepada encik Damak kerana sudi
datang ke Singapura untuk menolong saya.” Ucap Ong kepada Damak sebaik sahaja
Damak dibawa Stanley duduk berehat di ruang tamu rumahnya setelah mereka selesai
makan malam. Ruang tamunya itu menghadap ke arah Selat Singapura. Bunyi ombak
yang menghempas pantai menenangkan lagi keadaan malam yang diterangi dengan
cahaya bulan purnama.

“Aku mahu membantu dengan iklas. Lagipun kau dah banyak tolong Hanim.”
Mata Damak tertancap kepada seekor cicak yang baru sahaja mengeluarkan bunyi
berkali-kali. “Aku telah diberitahu tentang masalah yang kau hadapi di New World. Aku
dah tengok tempat kau tadi. Hanim ada beritahu ada orang terkorban—”

“Betul, encik Damak. Dua orang penari kabaret kami mati dengan cara yang
mengerikan. Mereka masih muda lagi. Kedua-duanya gadis kami bawa dari Shanghai.
Seorang lagi, baru sahaja mati minggu lepas... Seorang pemain trompet dari Filipina.
Kesemua mereka yang mati kelihatan seperti darah mereka telah dihisap sampai kering.”
Beritahu Ong. Dahinya berpeluh-peluh. Dia cepat-cepat mengeluarkan sapu tangannya
untuk mengelap dahinya yang basah itu.

“Dah buat laporan dengan mata-mata?” tanya Damak meminta kepastian. Dia
mengambil cerut dari Cuba yang telah diberikan Ong kepadanya.

“Sudah... Mereka tak boleh buat apa-apa. Siang-siang mereka beritahu ini kerja
orang yang mahu dengki dengan saya. Kerja orang halus kata mereka.”

“Kau ada musuh?” Damak membakar bahagian hujung cerutnya. Kemudian dia
menghisap cerutnya dalam-dalam.

“Saya peniaga... Memang aku tak boleh nafikan, ramai yang dengki.” Ong
memegang pipinya sambil termenung seketika. “Perniagaan saya teruk terjejas. Ramai
penari kabaret, pemain muzik dan beberapa pelakon bangsawan mahu berhenti. Ini tidak
dikira lagi dengan para pelanggan saya yang takut untuk ke New World sekarang.”

“Memang susah kalau manusia ada sifat hasad dengki ni.” Keluh Damak. Dia
termenung jauh. Udara segar dari laut masuk ke dalam ruang tamu lalu menyapa
wajahnya. “Aku tak boleh janji... Tapi aku akan cuba selesaikan masalah ini sebaik
mungkin.”

“Terima kasih.” Ucap Ong sambil tertunduk sekali. Perasaannya sedikit tenang.
Tidak lagi seresah sebelumnya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 106
Ong merenung ke dalam wajah Damak. Dia masih sukar untuk mempercayai
bahawa lelaki Melayu di hadapannya adalah sehebat yang diceritakan Stanley. Tetapi Ong
menghormati Stanley dan dia tahu bahawa rakannya itu boleh dipercayai. Lagipun dia
tidak mempunyai banyak pilihan. Pelbagai cara telah diusahakannya untuk menghalau
puaka yang datang mengganggu taman rekreasinya. Semuanya menemui jalan buntu. Dia
benar-benar mengharap bahawa kali ini, Damak dapat menyelesaikan masalah besar yang
terpaksa ditanggungnya sekarang....

**

Damak telah dibawa Ali ke New World pada malam itu. Ali nampak takut-takut.
Tapi sejak dari awal lagi dia tidak menyuarakan sebarang pendapatnya.

“Kalau kau nak balik, kau boleh balik.” Ucap Damak akhirnya kepada Ali
setibanya dia di hadapan pintu gerbang New World.

“Tak apa tuan, lagipun isteri saya si Minah tu dah tahu saya akan balik lambat.”
Jelas Ali. Damak tersenyum tawar. Entah sudah berapa kali dia meminta Ali supaya
jangan memanggilnya tuan, tetapi Ali seperti tidak reti bahasa gamaknya.

Ali meletakkan keretanya ke tempat meletak kereta. Di sana ada beberapa buah
kereta yang sedang dijaga oleh si pemandu yang sedang menunggu tuan mereka yang
baru sahaja mahu pulang. Malam semakin larut menyusup ke pagi.

Damak masuk ke dalam New World. Terus dia berjalan masuk ke arah dewan
kabaret. Dari luar dia sudah boleh mendengar bunyi muzik kabaret dimainkan. Dia kenal
dengan lagu yang dimainkan. Lagu tersebut merupakan lagu Melayu popular yang
berjudul Terang Bulan – satu lagu yang sering juga dimainkan melalui alat pemain rekod
di FMS Bar & Restaurant di Ipoh yang pernah dilawatinya lebih setahun yang lalu.

Damak mengemaskan sedikit kot yang sedang dipakainya. Dia sememangnya


nampak segak pada malam itu. Beberapa penari yang ada memandang ke arahnya.
Mereka tersenyum manis. Mereka tidak pernah nampak kelibatnya sebelum ini.

“Saudara kawan kepada Tengku Hassan?” tegur seorang gadis Melayu yang
nampak manis berkebaya ketat.

“Bukan.” Jawab Damak sambil tersenyum.

“Saya fikirkan saudara kawan kepadanya. Dia kata dia mahu datang kemari
malam ini bersama kawan-kawannya—“

“Mungkin dia sibuk malam ini.” Jawab Damak sambil tersenyum nakal apabila
melihat gadis cuba bermanja kepadanya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 107
“Mungkin juga.” Wajah gadis itu mula pudar. Dia cuba menyembunyikan rasa
kecewanya setelah mendengar penjelasan dari Damak.

“Saya perlu berjumpa dengan Alfred Tan. Dia ada di sini?” tanya Damak dengan
meredupkan matanya seolah memujuk gadis tersebut agar jangan bersedih. Dia telah
diberitahu oleh Ong bahawa dia perlu menemui Alfred yang mungkin dapat
membantunya melakukan pekerjaannya pada malam ini.

“Oh, dia di sana.” Gadis tersebut menjuihkan bibirnya ke arah bar. Di sana berdiri
seorang lelaki Cina yang sedang menghisap sebatang rokok cerut.

“Terima kasih.” Ucap Damak. Dia ingin bergerak ke arah Alfred, tetapi lengannya
telah dipegang oleh gadis tersebut.

“Saudara ini... Kawan Hanim bukan?”

“Ya.” Jawab Damak pendek.

“Jadi betullah cakap Hanim... Saudara ini memang kacak orangnya.” Gadis
tersebut menggigit bibirnya.

“Saudari kenal dengan Hanim?”

“Siapa yang tidak kenal dengan dia?” Wajah gadis tersebut terkerut kehairanan,
seolah-olah tidak percaya dia telah disoal perkara tersebut oleh Damak.

“Maksud saya, saudari berkawan dengan Hanim?”

“Ya. Saya selalu ke bilik persalinannya kalau saya ada masa. Saya mahu menjadi
pelakon bangsawan, tapi entahlah...” Gadis tersebut mengeluh sambil termenung ke atas
lantai.

“Siapa nama saudari?”

“Latifah.”

“Saudari berasal dari mana?”

“Kelantan...” Jawabnya serba salah.

“Latifah, saya terpaksa bertemu dengan encik Alfred. Jika kita ada masa nanti,
kita boleh berbual panjang.” Ucap Damak dengan sopan. Dia melangkah beberapa tapak
ke hadapan sebelum dia berhenti sebentar lalu mendapatkan Latifah kembali. “Jangan
dibuang anak di dalam perut saudari itu walaupun Tengku Hassan tak akan mengaku itu
anaknya. Jaga dia baik-baik. Bila dah besar nanti budak itu akan jadi orang besar di
Malaya nanti.”

http://nizamzakaria.blogspot.com 108
Latifah mengangguk tercengang mendengar kata-kata Damak tadi. Masakan
Damak tahu tentang dirinya yang hamil sedangkan dia sendiri baru sahaja disahkan
tentang hal ini tengah hari tadi dan tidak ada orang lain yang mengetahuinya kecuali
dirinya sendiri.

Damak meninggalkan Latifah lalu pergi mendapatkan Alfred. Seorang tauke Cina
kemudian datang menghampiri Latifah lalu memberinya sekeping tiket berwarna merah
jambu. Latifah membenarkan tauke tersebut memegang tangannya serta pinggangnya
yang ramping, lantas mereka terus menari mengikut lagu yang sedang dimainkan oleh
pancaragam kabaret. Wajah Latifah dihiasi senyuman walaupun jiwanya terganggu
mendengar kata-kata Damak tadi.

“Alfred... Nama saya Damak.” Damak menghulurkan tangannya untuk


bersalaman dengan Alfred.

“Tuan Ong ada beritahu encik akan datang... Tapi saya fikirkan esok malam.”
Alfred menggenggam tangan Damak dengan kuat.

Alfred nampak terkejut, mungkin sedikit terpegun. Dia merenung ke dalam wajah
Damak. Dia menyangka dukun yang akan menemui malam ini tua orangnya. Tapi
sangkaannya ternyata meleset.

“Jadi... boleh beritahu saya apa yang sebenarnya berlaku di sini?” tanya Damak.
Alfred mengangguk. Dia memegang bahu Damak, lantas membawa Damak keluar dari
dewan dari arah pintu belakang.

“Tempat ini... banyak susah untuk saya cerita encik Damak.” Alfred
menggelengkan kepalanya dengan lesu.

“Apa yang susahnya?”

“Begini... Dahulu tempat ini tidak pernah ada masalah. Tapi sekarang, entahlah.”
Alfred menggeleng lesu. “Cuba lihat di dalam sana. Dulu tempat ini penuh dengan
pelanggan. Sekarang makin lama makin kosong.”

“Jadi apa yang buat kacau di sini?”

Alfred memandang ke kiri dan ke kanan. Dia jelas nampak takut-takut untuk terus
bercerita. Dia menelan air liurnya sebelum menyambung:

“Benda itu keluar malam-malam buat kacau... suka kacau orang-orang di sini... Ia
laparkan darah!” mata Alfred memandang ke kiri dan ke kanan ketika dia mengeluarkan
kalimah-kalimah ini.

Damak tersenyum sendiri, walaupun wajah Alfred jelas bimbang. Peluh jantan
mula menitik di atas dahi Alfred. Wajahnya yang lesu itu jelas nampak pucat.

http://nizamzakaria.blogspot.com 109
“Jadi kau percaya dengan benda karut ni semua?” tanya Damak kepadanya.
Suaranya keras walaupun dia cuba berjenaka.

“Benda tu memang ada! Saya pernah nampak!” Getus Alfred bersungguh-


sungguh.

“Benda kau sebutkan macam mana?”

“Tubuhnya kecil, tapi wajahnya menakutkan.” ucap Alfred bersungguh-sungguh.


“Meremang bulu roma tengkuk saya bila fikirkan balik.”

“Saya faham...”

“Jadi encik boleh tolong kami?”

“Boleh... Tetapi semuanya dengan izin Allah.” Ujar Damak dengan penuh redha
akan kebesaranNya. Alfred mengangguk mengerti.

“Encik ikut saya. Selalunya ia akan muncul di bawah.” Alfred mengajak agar
Damak berjalan mengekorinya ke arah sebuah pintu yang berdekatan.

Tangan Alfred terketar-ketar mengeluarkan kunci dari kocek seluarnya apabila dia
tiba di hadapan bilik yang dikatakan berpuaka itu. Beritahunya kepada Damak:

“Ini bilik stor kami.”

Damak turun untuk ke bilik stor yang terletak di bawah tanah. Alfred terburu-buru
membuka suis lampu apabila dia melihat Damak menuruni anak tangga di dalam gelap.

“Tempat simpan botol arak...” getus Damak sambil memandang ke arah


sekelilingnya. Keadaan di dalam stor agak dingin jika dibandingkan di luar.

“Kami banyakkan simpanan kami, lebih-lebih lagi apabila Perang Dunia sudah
bermula di Eropah.” Alfred menjelaskan keadaan bilik stor yang kelihatannya penuh diisi
dengan stok minuman dan makanan.

“Banyak persediaan kau lakukan.”

“Kami takut nanti apabila Eropah sibuk berperang, stok barang-barangan yang
kita selalu beli dari mereka akan terhenti... Tapi tak apalah. Saya rasa perang ini akan
berakhir tidak lama lagi. Kita di sini tidak perlu takut. Tak ada sesiapa yang akan
menyerang Singapura selagi British ada memerintah di sini.” Kata Alfred dengan penuh
yakin. Dia mengelap peluhnya yang menitik di kepalanya.

Damak memerhatikan berkotak-kotak botol arak serta barangan makanan kering


yang tersimpan di dalam bilik stor. Bunyi lagu yang dibawa oleh orkestra di tingkat atas
dapat didengarinya di dalam bilik stor yang bersaiz besar itu walaupun sayup-sayup.

http://nizamzakaria.blogspot.com 110
Lampu mentol tiba-tiba berkelip-kelip. Kemudian terdengar bunyi seperti orang
berjalan di belakang mereka. Alfred cepat-cepat menoleh, tetapi dia tidak dapat melihat
apa-apa kecuali kerawang labah-labah yang ada di sudut-sudut tembok.

“Encik dengar tu?” Tanya Alfred dengan dahinya terkerut seribu. Dia nampak
gelisah.

“Dengar.” Jawab Damak dengan selamba. Dia langsung tidak nampak takut.

“Kalau kau takut, kau boleh naik ke atas. Kau tunggu sahaja di atas. Kalau dengar
apa-apa yang pelik, jangan cuba turun ke bawah.”

Alfred mengangguk dengan cepat. Dia menarik nafas lega. Lantas dengan cepat
juga dia melangkah ke untuk naik ke atas.

Damak berjalan ke arah hujung bilik stor ke tempat dia dapat mendengar bunyi
seorang anak kecil ketawa sendiri.

Damak tidak dapat mencari anak kecil yang mungkin sedang bermain-main di
dalam bilik stor ini. Dia kini berhadapan dengan sebuah tembok batu. Dia merenung ke
arah tembok di hadapannya. Dia memegang permukaan tembok tersebut. Terasa sejuk
seperti air baru. Damak menarik nafasnya panjang-panjang. Buat pertama kali pada
malam itu dia mula menunjukkan wajah risau.

Damak dapat merasakan sesuatu yang tidak kena. Dia dapat merasakan bahawa
bukan dia seorang yang ada di dalam bilik stor bawah tanah itu.

Damak sekali lagi dapat mendengar suara seorang anak kecil sedang ketawa di
belakangnya. Damak menoleh. Dia dapat melihat kelibat seorang anak kecil berlari-lari di
tepi matanya. Apabila dia cuba mendekatinya, kelibat anak kecil itu hilang begitu sahaja.

“Buat apa kau di sini? Siapa tuan kau?” tanya Damak dengan suara yang tenang.

Seorang anak kecil yang botak yang berbogel merangkak-rangkak di hadapannya.


Kemudian anak kecil itu berdiri. Wajah anak kecil itu jelas nampak menakutkan.
Kulitnya pucat kehijauan. Matanya putih tanpa biji mata.

Lembaga di hadapannya itu, di sesetengah tempat dikenali dengan nama toyol.

Semakin galak anak kecil itu ketawa, tetapi mulutnya tidak sedikit pun bergerak.

“Aku cuma mahu tahu siapa tuan kau.” Damak bersuara lembut.

Tiba-tiba bahagian dinding yang sejuk tadi kini kelihatan berombak. Beberapa
detik kemudian, ia mengeluarkan cahaya yang kelam dan bahagian dinding itu mula
berpusar. Kelibat seorang lelaki dan dua orang kembar wanita yang berpakaian serba

http://nizamzakaria.blogspot.com 111
hitam tiba-tiba muncul di hadapannya. Mereka seolah-olah kelihatan tergesa-gesa untuk
masuk ke dalam pusaran di permukaan dinding tersebut.

Damak tercengang. Dia kenal benar dengan salah seorang lelaki tersebut. Dengan
cepat dia bergerak beberapa tapak ke belakang sambil membuka langkah untuk
menyerang.

“Di sini bukan tempatnya, Damak!” jelas lelaki tersebut dengan pantas.

Salah seorang kembar wanita yang sedang memakai pakaian serba hitam yang
sedang berdiri di sebelah lelaki tersebut sedang membaca sesuatu yang tertulis di atas
skrin di lengannya. “Vorteks akan tertutup dalam masa kurang dari seminit, Awang!”
ucapnya dengan suara tegas. “Kita perlu keluar cepat dari dunia ini sebelum mereka
menyedari kehadiran kita di sini.”

Awang memandang terus kepada Damak yang sedang berdiri kaku, seolah-olah
dia sedang menantikan Awang melakukan sesuatu kepada dirinya.

“Kenapa kau berada di sini? Bukan sudah aku pinta kau jangan sekali-kali lagi
datang ke sini!” Damak melenting marah. “Kau sudah berjanji tak akan buat kacau lagi!”

“Kau tak faham Damak. Sampai bila-bila pun kau tak akan faham.”

“Apa yang perlu aku fahamkan?”

“Kami telah ke sini kerana telah diamanahkan dengan tugas. Kami telah berjaya
melalukan tugas kami, dan sekarang kami perlu pulang ke tempat asal kami!”

“Siapa mereka?” Ujar Damak memandang kepada kembar bersamanya. Damak


nampak keliru. Dia cuba meneliti pakaian yang dipakai oleh mereka, tetapi tidak pernah
melihat jenis fabrik mahupun beberapa peralatan yang dibawa bersama mereka.

“Kau tidak perlu tahu!”

“Jangan kau cuba mencabar kesabaran aku, Awang. Kau tahu apa yang aku boleh
lakukan kepada kau!”

Awang Menggaru-garu tengkuknya. Dia memandang ke arah toyol di hadapannya.


Dia bercangkung, lalu memandang tepat ke arah toyol tersebut, sebelum memandang
kembali ke arah Damak.

“Aku terjumpa dengan toyol ini di Kampung Tanjung Irau. Tuannya sudah aku…
Bunuh. Dia tidak bertuan, jadi aku simpan dia di sini.” Awang cuba mengusik toyol itu
dengan memegang pipinya, tetapi toyol itu membalas dengan cuba menggigit jarinya itu
dengan giginya yang tajam. Tangan Awang pantas menarik balik jarinya. Dia tersenyum
sendiri.

http://nizamzakaria.blogspot.com 112
“Jangan berdolak dalih lagi, Awang! Beritahu kepadaku apa yang kau buat di
sini!”

“Aku ke sini untuk melakukan satu tugas yang kau tak perlu tahu. Setelah berada
di sini selama lebih dua minggu, kini kami mahu pulang.” Kata Awang. Dia bergegas
berdiri kemudian dia memandang ke arah skrin di lengannya. Skrin tersebut
mengeluarkan amaran dengan memancarkan warna merah berkelip-kelip. Awang
menekan skin tersebut berkali-kali. Dia nampak risau apabila pusaran yang bercahaya di
hadapannya menjadi semakin kecil.

Awang telah mengarahkan dua orang yang bersamanya tadi supaya masuk ke
dalam pusaran. Mereka akur dengan perintah Awang, lantas terus hilang masuk ke dalam
dinding. Awang kemudian melangkah masuk ke dalam pusaran tersebut, tetapi tangannya
telah digenggam kuat oleh Damak.

“Sudah aku katakan, aku bukan musuh mu Damak!” tempelak Awang dengan
kuat. Tatkala itu juga mata Awang berubah merah. Dia menyeringai sehingga
menampakkan giginya yang tajam. Wajahnya agak menakutkan. Awang mengaum kuat,
lantas mengeluarkan suara yang menggerunkan.

Dengan pantas Damak memegang tangan Awang. Dia tidak mungkin akan
membenarkan Awang melepaskan dirinya begitu sahaja. Digenggam lengan kiri Awang
dengan kuat sehingga timbul tali-tali urat di lengannya sendiri.

“Lepaskan aku Damak!” suara Awang keras dan garau. Damak masih tidak mahu
melepaskannya pergi. Kini Awang mula menyesal kerana telah memilih tempat ini
sebagai lokasi tempat keluar dan masuknya ke dalam dunia ini semata-mata kerana dia
mahu melihat Hanim yang sudah lama tidak ditemuinya dari jauh.

Awang kemudian mengeluarkan sebiji kiub kecil yang telah disimpan di salah
satu kocek di bajunya. Kiub kecil itu dilontarkan ke atas lantai kemudian kiub tersebut
terbuka dengan sendirinya pada bahagian tengah dengan satu pergerakan mekanikal.

Damak memandang ke arah Awang. Dia mendapati bahawa Awang sedang memakai
sepasang cermin mata hitam dengan tangan kanannya.

"Ini hadiah untuk kau!" tempelak Awang sambil tersenyum memandangnya.

Damak memandang kembali ke arah kiub tersebut. Didapatinya kiub itu seolah-
olah sedang menyerap segala sumber tenaga di sekelilingnya. Lampu mentol sekali lagi
berkelipan sebelum ia terus mati.

Di tingkat atas, di dalam dewan kabaret serta kesemua bahagian New World gelap
gelita. Suara beberapa orang wanita menjerit dapat didengar Damak, walaupun kelam dan
perlahan.

http://nizamzakaria.blogspot.com 113
Kiub tersebut kini mengeluarkan cahaya yang begitu kuat sehingga menerangi
seluruh pelosok bilik stor. Cahaya tersebut begitu kuat sehingga Alfred sendiri dapat
melihatnya dari luar bilik stor. Dia kurang faham apa yang telah berlaku.

Mata Damak berpinar-pinar menahan sinaran cahaya yang telah membuat


matanya buta buat seketika. Damak melepaskan genggamannya terhadap lengan Awang
lantas cepat-cepat dia menggunakan tangannya untuk menutup matanya sendiri.

Damak terpinga-pinga buat seketika. Keadaan kembali tenang. Dia menggosok-


gosok matanya yang masih kabur itu. Dia melihat Awang sudah hilang dari pandangan.
Yang ada cuma toyol yang kelihatan kaku di hadapannya. Ia terbaring kejang seperti
sebuah anak patung. Ia tidak lagi kelihatan menakutkan seperti sebelumnya.

Damak mengeluarkan pisau belit yang ada disimpan di dalam kocek seluarnya.
Dia pergi ke arah sebuah karung beras. Dia menggunakan pisaunya untuk membuka
karung tersebut lantas mengeluarkan isi beras yang ada. Dia kemudian menggunakan
karung tersebut untuk menutup tubuh toyol yang telah kaku itu. Tubuh toyol itu kemudian
telah dibawanya keluar dari bilik stor.

“Apa yang telah terjadi?” tanya Alfred. Dia mengesat peluh di atas dahinya yang
luas itu. Alfred cepat-cepat menutup pintu bilik stor sebaik sahaja Damak berjalan
melangkah keluar.

Damak termenung jauh. Dia nampak keliru. Sukar benar untuk dia menjawab
soalan dari Alfred tadi. Sepanjang hayatnya, telah banyak kali dia menghadapi kejadian
demi kejadian yang ganjil, tetapi apa yang telah dilihatnya tadi lain dari yang lain.

"Apa yang encik bawa keluar?" tanya Alfred sambil memandang ke arah
bungkusan yang kini kelihatan basah dan berlendir.

"Kau tak mahu tahu." Tegas Damak memegang dengan erat bungkusan karung
guni yang mula bergerak-gerak dengan sendirinya.

Alfred mengangguk faham. Anak tekaknya bergerak-gerak.

"Tempat ini tidak akan diganggu lagi. Sekurang-kurangnya itu yang mahu aku
fikirkan." Jelas Damak ragu-ragu. .

Alfred mengangguk mengerti. Penjelasan dari Damak tidak begitu penting


baginya. Apa yang penting sekarang adalah dewan kabaretnya tidak diganggu lagi dengan
segala bencana yang telah datang mengganggu sejak sebulan yang lalu.

Damak pulang ke rumah Hanim. Didapatinya Hanim masih belum tidur lagi. Halim anak
bujang si Ali pemandu itu pula sedang berjaga di luar. Matanya kuyu tatkala dia sedang
membuka pintu pagar.

http://nizamzakaria.blogspot.com 114
Ali membisikkan sesuatu kepada Halim. Ali meminta anaknya supaya menjaga
dirinya dengan baik. Ali terpaksa pergi untuk pulang ke Katong. Halim faham dengan
nasihat yang telah diberikan oleh ayahnya itu.

Hanim tidak banyak bercakap. Dia hanya memandang ke arah bungkusan yang
sedang dipegang oleh Damak. Wajahnya jelas risau.

"Halim... Kau berjaga di luar ya." Pinta Damak dengan suara kepenatan. Hanim
pula masuk ke dalam biliknya sebelum dia keluar dengan sebuah bantal dan sehelai
selimut untuk diberikan kepada Halim. Hanim terus menyarankan supaya Halim tidur di
atas bangku panjang di luar rumahnya itu.

Halim berkeras untuk tidak mahu tidur, tetapi entah mengapa, matanya terlalu
berat untuk dibuka. Dia berjalan ke arah bangku panjang seperti telah dipukau. Terus dia
membaringkan dirinya di sana dengan memeluk bantal yang telah diberikan kepadanya
dan menyelimuti tubuhnya, lantas dia terus terlelap.

"Apa yang telah berlaku tadi? " tanya Hanim ingin tahu. Dilihatnya Damak
meletakkan bungkusan yang bergerak-gerak itu di atas meja. Dia terasa lemah, seolah-
olah tenaganya telah diserap.

"Tadi aku bertemu dengan Awang." Beritahu Damak perlahan.

Mata Hanim terbeliak kerana terlalu terkejut. Kali terakhir dia bersemuka dengan
Awang adalah 10 tahun yang lalu di Province Wellesley, apabila Damak memintanya
supaya pergi ke tanah kelahirannya di Aceh dan jangan sekali-kali menjejakkan kakinya
ke tanah semenanjung Tanah Melayu lagi.

"Bagaimana dengan keadaan dia sekarang?" Tanya Hanim dengan bersungguh-


sungguh, seolah menagih jawapan dari Damak.

Damak tidak mahu terus menjawab soalan dari Hanim tadi. Dia tahu bahawa
hubungannya dengan Awang agak erat satu ketika dahulu. Malah dalam satu ketika yang
lain pula, jika bukan kerana Awang, dia mungkin tidak akan berpeluang mengenali
Hanim.

Damak membenci Awang. Agaknya, tidak ada lagi makhluk dalam dunia ini yang
lebih dibencinya. Damak membenci Awang sejak kali pertama dia mengetahui tentang
kejadian Awang sebagai seorang vampiro. Dan sememangnya Damak menganggap semua
vampiro sebagai petualangnya yang harus dimusnahkannya sama sekali.

“Aku sepatutnya membiarkan dia mati dahulu.” Tegas Damak. Suaranya jelas
marah.

“Sabar bang. Yang lepas tu biarkan lepas.” Pujuk Hanim. Dia duduk bersimpuh di
hadapan Damak. Sesekali dia akan memandang ke arah bungkusan di hadapannya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 115
“Kau juga yang mahu dia terus hidup.” Damak menyalahkan Hanim. Suaranya
jelas berbaur cemburu. Damak kadangkala akan merasa kurang senang dengan hubungan
Hanim yang terlalu rapat dengan Awang...

“Apa yang dah abang bawa balik?” Tanya Hanim, sengaja dia menukar arus
perbualan.

Damak membuka karung yang menyelubungi toyol yang telah dibawa baliknya.
Dalam bahagian karung tersebut penuh dengan lendir berwarna hijau.

Dengan penuh berhati-hati, Damak membersihkan lendir tersebut. Di dapatinya


toyol tersebut kini kelihatan seperti seorang anak kecil yang normal.

“Dia sudah berubah!” ujar Damak langsung tidak percaya dengan apa yang
dilihatnya.

“Apa yang telah berubah?” tanya Hanim kehairanan. Dia membetulkan sanggul di
kepalanya.

“Dia sekarang sudah menjadi seperti kau. Dia sudah berubah.” Ujar Damak. Kata-
katanya terus difahami oleh Hanim.

“Macam mana pula dia boleh berubah?” tanya Hanim sambil memegang belakang
tengkuknya.

“Sebelum Awang hilang, dia ada menggunakan sejenis alat yang mengeluarkan
cahaya yang kuat. Alat yang digunakan Awang tadi mungkin telah menyerap tenaga aku,
dan kemudian tenaga itu dilepaskan dan budak ini menyerapnya.” Damak menggaru-garu
kepalanya. Jika difikirkannya dengan teliti, bentuk senjata yang digunakan Awang tadi
pernah dilihatnya pada satu ketika yang begitu lama dahulu, tetapi di dalam bentuk yang
lain.

“Jadi apa kita nak buat dengan budak ni bang?” Tanya Hanim yang mula
memberanikan dirinya menghampiri anak kecil yang diletakkan di atas meja di ruang
tamunya. Kepala anak kecil itu botak, dia mengusap-usap kepala anak kecil itu dengan
manja.

“Awang sudah membunuh tuannya... Kalau tidak kita boleh hantar dia balik
kepada tuannya.”

“Apa kata abang benarkan saya jaga budak ini?”

“Eh, kau ni mengarut saja!”

“Alah abang, apa salahnya?”

http://nizamzakaria.blogspot.com 116
“Nanti apa pula orang kata?”

“Saya kata ini anak kakak saya dari Melaka... Saya terpaksa menjaganya kerana...
Kakak saya tu sudah meninggal. Saya pasti orang akan faham.” Kata Hanim dengan
mengaturkan kalimah-kalimahnya satu persatu.

Damak termenung jauh untuk memikirkan kata-kata Hanim tadi. Dia tahu bahawa
Hanim keseorangan. Hanim tidak berteman. Jika satu ketika dahulu, Awang sering
menemaninya, kini Awang sudah entah ke mana.

“Bagaimana pula dengan kerja kau?” tanya Damak dengan dahinya terkerut.

“Saya boleh dapatkan pengasuh untuk menjaganya bila saya keluar bekerja.
Lagipun saya selalu kena kerja malam.” Jelas Hanim dengan bersungguh-sungguh. Dia
harap Damak akan dapat memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon bangsawan.
“Lagipun tentu abang tahu... Saya sudah lama mahukan seorang anak.”

Hanim memandang kosong ke hadapan. Dia mengeluh. Dia sedang memikirkan


sesuatu yang telah lama mahu dilupakannya.

Hanim bergerak mengangkat anak kecil di hadapannya lantas terus


mengendongnya seperti anaknya sendiri.

“Kita namakan dia Osman, ya bang!” saran Hanim, yang hanya dia sahaja tahu
mengapa dia ingin menamakan anak kecil itu dengan nama Osman...

“Ikut suka hati kau Hanim.” Keluh Damak. Dia mendapati Osman mula membuka
matanya. Dia nampak tenang tatkala dia melihat Hanim sedang mendukungnya. Dia
nampak manja, seolah telah lama dia menunggu saat untuk menerima kasih seorang ibu
seperti Hanim.

Damak termenung jauh. Dia memikirkan kembali tentang kejadian yang telah
dialaminya. Dia masih kurang mengerti apa yang dilihatnya mahupun apa yang
dimaksudkan oleh Awang kepadanya tadi.

Damak memikirkan kembali tentang Awang. Damak membenci Awang,


walaupun dia telah mengenali Awang dan berkawan dengannya sejak mereka berdua
masih kecil lagi, di Melaka lebih 400 tahun yang lampau. Ketika mana namanya dikenali
oleh mereka yang masih hidup pada ketika itu dengan nama Kasturi...

http://nizamzakaria.blogspot.com 117
Buku II. Bab 2

Ketika Kasturi dilahirkan, Sultan Mahmud Shah adalah Sultan yang memerintah Melaka.
Tun Perak masih hidup tetapi beliau sedang menghabiskan sisa-sisa hari tuanya melihat
kegemilangan Melaka dari hari ke sehari semakin pudar dek pimpinan Sultan-sultan yang
lemah serta gila kuasa. Melaka yang satu masanya gemilang, kini seperti menanti hari-
hari kejatuhannya. Kuasa-kuasa Eropah seperti Portugis mula mencari jalan ke Timur dan
mula lapar untuk menjajah sebuah pelabuhan yang kaya dan tersohor seperti Melaka
untuk memperkuatkan lagi kedudukan ekonomi negara mereka...

Bapa Kasturi merupakan bomoh yang terkenal di kampungnya dan ibunya pula
seorang bidan. Sejak kecil lagi, Kasturi telah diturunkan oleh bapanya ilmu-ilmu
kebatinan yang diharapkan pada satu hari nanti Kasturi akan dapat menjadi seorang
bomoh sepertinya.

Apabila Kasturi berumur sembilan tahun, dia mempunyai minat yang mendalam
dalam seni persilatan. Berbekalkan kecekalan diri, dia telah meminta bapanya supaya
membenarkannya berguru dengan seorang guru silat dari Pasai. Seorang pedagang Pasai
yang menetap di hujung kampungnya, di Kampung Gajah Berang bernama Budiman.

Sewaktu Kasturi berguru dengan Budimanlah dia mula mengenali Awang. Awang
yang berusia tiga tahun lebih muda darinya itu mula rapat dengannya sejak hari pertama
Kasturi berguru dengan Budiman. Ke mana sahaja Kasturi pergi. Awang mahu ikut sama.
Dari awal lagi Awang, anak sulung Budiman itu menganggap Kasturi sebagai abangnya
sendiri.

Kasturi dan Awang mempunyai sifat yang amat berbeza. Jika Kasturi suka kepada
dunia persilatan dan dunia mistik, Awang pula lebih suka menghabiskan masanya
membaca kitab-kitab agama yang telah dikumpul bapanya. Jika Kasturi suka
menghabiskan masa lapangnya dengan mengembara, Awang pula lebih suka mengukir
dan bertukang di rumah. Mungkin perbezaan yang ada di antara mereka inilah yang
membuatkan hubungan mereka rapat. Awang suka mengikut apa sahaja dilakukan oleh
Kasturi. Jika Kasturi mahu pergi mengail di sungai, dia akan ikut sama dan belajar untuk
mengail. Jika Kasturi mahu belajar seni persilatan dan berlatih sehingga ke larut malam,
Awang akan melakukan perkara yang sama – menemaninya dengan setia. Hubungan
mereka memang rapat dan Awang langsung tidak menyembunyikan perasaan sayangnya
kepada Kasturi dengan memberitahunya bahawa dia menyayanginya seperti seorang adik
yang menyayangi abangnya.

Apabila Kasturi meningkat dewasa, semangatnya untuk belajar dunia kebatinan


dari bapanya semakin mendalam. Jika tidak cukup berguru dengan bapanya, dia akan
masuk ke dalam hutan dan bertapa di sana. Awang yang rapat dengannya, akan mengikut
sama, walaupun dia langsung tidak tahu apa yang dilakukannya bersama Kasturi dan
yakin dia tidak mendapat apa-apa faedah dari pertapaannya. Jadi lama-kelamaan, Awang
tidak ikut serta, lalu belajar dari bapanya ilmu pelayaran. Melalui ilmu pelayaran yang
dipelajarinya ini, sejak dia berumur 16 tahun dia telah berjaya berlayar sehingga ke Pasai

http://nizamzakaria.blogspot.com 118
dan pulang semula dengan membawa barang-barang perdagangan yang boleh
diperdagangkan oleh bapanya di Kota Melaka.

Ketika berusia 16 tahun itu jugalah, pada tahun 1509, Awang telah dapat melihat
sendiri seangkatan kapal dari Portugis yang diketuai oleh Diego Lopez de Sequiera tiba di
Melaka. Walaupun Melaka pada masa itu sering dilawati oleh pelbagai bangsa dari segala
pelosok Asia, itulah kali pertama Melaka dilawati oleh orang dari benua Eropah.

Kasturi memandang kepada sekumpulan pedagang Portugis yang berjalan di Kota


Melaka. Matanya tertumpu pada mereka. Dia ada mendengar beberapa pedagang Melaka
yang telah memanggil mereka dengan nama ‘Benggali Putih’ dan ada pula dengan nama
Feringgi. Kumpulan mereka dikerumuni oleh anak-anak Melaka yang mahu memegang
janggut mereka serta menyentuh pakaian yang mereka pakai.

Kasturi mendapati Awang lebih berminat untuk mendekati mereka, mendengar


apa yang terkeluar dari mulut mereka. Mata Awang terus kepada mereka dengan
pandangan penuh kagum. Dia tidak menyangka dia akan akhirnya bertemu dengan orang-
orang Eropah yang selama ini hanya diketahuinya melalui pembacaannya mengenai
kisah-kisah perang salib dari kitab-kitab kepunyaan bapanya.

Pada ketika itu, Kasturi lebih berminat melihat pertunjukan ahli sihir dari Mesir
yang sedang mengadakan pertunjukan di tengah-tengah kesibukan Kota Melaka.
Beberapa orang pemuda Melaka sibuk memperkatakan tentang pertunjukan tersebut yang
dikatakan penuh dengan keajaiban yang tidak pernah mereka saksikan sebelum ini.

“Cepatlah sikit!” Kasturi menarik tangan Awang yang sedang tercengang


mendengar perbualan pedagang Portugis yang sedang melihat rempah ratus yang
diperdagangkan di kedai kepunyaan keluarganya.

“Tapi saya nak tahu apa yang mereka bualkan sesama mereka!” tegas Awang
apabila rombongan dari Portugis itu datang ke gerai keluarganya untuk melihat lada hitam
yang diperdagangkan di sana. Seorang lelaki Portugis sedang mengambil segenggam lada
hitam lalu menciumnya. Wajahnya jelas takjub.

“Kau nak pergi ke tak nak? Kalau kau tak nak aku boleh pergi sendiri!” ujar
Kasturi dengan nada mengugut. Awang mengeluh lesu.

Awang memberi isyarat kepada ibunya bahawa dia mahu mengikut Kasturi ke
bahagian hujung pasar besar di Kota Melaka ini. Ibunya sekadar mengangguk perlahan,
walaupun kalau boleh, dia mahu anaknya dapat membantunya melayan kerenah Benggali
Putih yang sedang bertanyakan itu dan ini kepadanya dengan menggunakan bahasa yang
langsung tidak difahaminya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 119
Kasturi sudah berjalan pantas ke hadapan meninggalkannya, Awang dengan cepat
mengekorinya di kalangan ramai pengunjung yang datang ke pasar besar Melaka itu.

Nampaknya, pertunjukan sihir sudah lama diadakan. Ramai pengunjung-


pengunjung pasar besar Melaka yang datang mengerumuni ahli sihir itu ketika dia sedang
mengadakan pertunjukannya. Kasturi menolak beberapa orang pengunjung ke tepi agar
dia dapat berdiri di bahagian paling hadapan dan melihat pertunjukan ahli sihir ini dengan
lebih jelas. Awang berdecit, tetapi dia terus melakukan perkara yang sama agar dia dapat
berdiri di samping Kasturi.

Kasturi memerhatikan si ahli sihir yang memperkenalkan dirinya sebagai Musa


dari Kaherah dengan wajah penuh ketakjuban. Musa melakukan pertunjukan silap mata
dengan menjadikan dirinya terapung, mengeluarkan air dari cawan yang sebelumnya
kosong dan yang paling menakjubkan, dia dapat menukarkan wang pitis buaya yang
diperbuat daripada timah kepada emas.

“Hebat kebolehan dia!” bisik kasturi ke telinga Awang.

Awang pula sekadar menjeling, kerana dia tahu semua ini hanya usaha ahli sihir
melalaikan penonton-penonton yang datang menyaksikan pertunjukannya. Katanya:

“Semua ni sihir semata-mata. Dia dah pukau semua orang untuk melihat pitis
buaya tu bertukar jadi emas!”

Kini mata Awang berpindah pula kepada dua orang anak gadis yang sedang
memandang ke arah Kasturi. Mereka tersenyum-senyum melihat Kasturi. Mungkin
mereka tertarik dengan Kasturi yang bertubuh yang tinggi dan jelas kelihatan gagah
dengan badan yang tegap itu. Lagipun wajah Kasturi memang kacak. Pernah tok penghulu
di kampungnya yang sudah agak berumur itu mengatakan wajah Kasturi sekacak Hang
Jebat ketika dia muda dahulu. Agaknya sebab itulah Kasturi digilai gadis-gadis ke mana
sahaja dia pergi.

“Mana pulak! Kau tak tengok ke, kehebatan dia tadi? Dia ni hebat kau tahu tak!”
bantah Kasturi. Dia memeluk tubuhnya. Dia mula sedar dua orang gadis di hadapannya
sedang memandang ke arahnya. Dia tersenyum lalu mengenyitkan matanya kepada
mereka. Kedua-dua orang anak gadis itu ketawa tersipu-sipu dengan wajah mereka
merona merah.

“Bang... Kalau dia boleh memang boleh ubah timah kepada emas... Dia tak payah
jadi tukang sihir tepi jalan macam ni. Dia dah boleh jadi saudagar besar di Melaka ni.”
Awang menjelaskan. Kasturi sekadar menjeling.

Apabila Musa selesai melakukan persembahan silap matanya dan mengutip wang
yang telah dicampakkan oleh penonton-penonton kepadanya, Kasturi terus mendekatinya.
Dia cuba berbual dengannya tetapi mendapati Musa tidak fasih berbahasa Melayu.

http://nizamzakaria.blogspot.com 120
“Tanya kepadanya aku nak jadi anak muridnya.” Ujar Kasturi kepada Awang yang
diketahuinya fasih berbahasa Arab.

“Eh, abang dah gila ke?” tukas Awang dengan membeliakkan matanya. Dia
menjeling ke arah ahli sihir tua itu dengan pandangan yang mencurigakan.

“Gila apa pulak?”

“Tak kan lah dia senang-senang nak ambil abang jadi muridnya?”

“Kalau kau tak tanya, mana dia tahu!” Kasturi menaikkan suaranya. Dia memang
angkuh, kerana selama hidupnya, dia akan selalu sahaja mendapatkan apa yang
dimahukannya.

“Kawan saya ingin bertanya kepada tuan jika tuan tidak keberatan untuk
menjadikannya anak muridnya.” Ujar Awang takut-takut di dalam bahasa Arab. Dia tidak
berani memandang ke arah mata Musa yang galak serta bercelak itu.

Musa memandang ke arah Awang seolah dia dapat membaca sesuatu tentang
dirinya. Musa menelan air liurnya seolah takut kepada Awang. Kemudian dia memandang
ke arah Kasturi. Dia ingin memastikan sesuatu lalu dia memegang tangan Kasturi untuk
membaca garisan-garisan halus di telapak tangannya. Dia menarik Nafasnya dalam-dalam
sebelum berkata:

“Suruh dia datang ke rumahku nanti malam ini. Di kampung Arab. Di sebelah
rumah Sheikh Razali... Suruh dia datang seorang diri.”

Awang memberitahu kepada Kasturi apa yang telah dikatakan oleh Musa. Kasturi
tersenyum lalu bersalaman dengannya. Kasturi berjalan ke arah pelabuhan dengan wajah
girang.

“Saya macam rasa tak senang hatilah bang...” Awang akhirnya memberanikan
dirinya untuk bersuara. Matanya tertumpu pada kapal-kapal Portugis yang sedang
berlabuh di pelabuhan.

“Kenapa?” tanya Kasturi kehairanan. Dia membiarkan deruan angin laut menyapu
wajahnya.

“Macam ada sesuatu yang tak kena.”

“Kau ni macam-macam lah Awang!” getus Kasturi sambil menjeling. Dia


memang degil orangnya. Kalau dia mahukan sesuatu, dia akan mendapatkannya tanpa
memikirkan hal dan pendapat yang lain.

Jadi pada malam itu, Kasturi telah mengambil keputusan untuk berjumpa dengan
Musa di rumah sewanya di pinggir kota Melaka, walaupun ditegah Awang. Rumah Musa

http://nizamzakaria.blogspot.com 121
senang dicarinya. Apabila dia memberi salam dan mengetuk pintu, Musa terus membuka
pintunya lalu membenarkannya masuk.

“Kau hanya datang seorang diri ke sini?” tanya Musa berbahasa Melayu.

“Ya,” jawab Kasturi kehairanan, kerana sebelum dia setahunya Musa tidak pandai
berbahasa Melayu.

“Aku tidak mahu pedagang Arab yang lain tahu aku pandai berbahasa Melayu...
Lagipun aku baru sahaja tiba ke sini.” Musa menjelaskan.

“Dari mana kau belajar bahasa Melayu?”

“Aku hanya perlu minum rendaman air batu permata ini yang aku beli di
Baghdad.” Ujar Musa menunjukkan kepadanya sebutir permata merah yang telah
terbenam di dalam sebiji cawan yang diletakkan di atas meja. Dahi Kasturi terkerut. Dia
tidak tahu sama ada mahu mempercayai kata-kata Musa tadi kepadanya.

Di dalam rumah sewa Musa yang kecil ini, dia dapat melihat beberapa barang-
barangan yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Terdapat beberapa buah kotak yang
masih belum dibuka Musa.

Pada malam itu, Musa memperkenalkan dirinya kepada Kasturi dan


memberitahunya bahawa dia seorang ‘Ul-Khemi’ atau ‘al-kimia’. Musa berpindah ke
Melaka kerana di sini terdapat banyak rempah ratus diperdagangkan dan dia mahu
menghabiskan masanya mengkaji inti pati rempah ratus ini yang diharapkannya boleh
dijadikan ubat.

Seyogia, sejak pada malam itu, banyak dari masa Kasturi dihabiskan bersama
Musa. Sememangnya Kasturi mahu mempelajari sendiri ilmu untuk membuat ubat dari
Musa, jadi dia tidak kisah jika dia terpaksa bekerja dengannya sebagai pembantunya.

Beberapa bulan selepas Kasturi berkawan dengan Musa, ‘al-kimia’ dari Mesir itu
telah membuka sebuah kedai ubat di Kota Melaka.

Setelah mengenali Musa dengan rapat lagi, akhirnya Kasturi sedar bahawa Musa
sememangnya menggunakan kebolehan sihirnya untuk membuat orang lain melihat
bahawa dia mampu menukarkan apa sahaja kepada emas. Musa mengakui dia masih tidak
mampu untuk mengubahkan logam seperti timah kepada emas, tetapi menurutnya,
perkara ini boleh dilakukannya mengikut ilmu yang telah dipelajarinya di Istanbul, di
mana pada satu ketika dahulu, menurut satu lagenda, Raja Midas dari Phrygia dengan
bantuan dewa Silenus berjaya menukarkan apa sahaja yang disentuhnya kepada emas.

Ilmu Raja Midas ini telah diturunkan dari zaman ke zaman walaupun ramai tidak
mengetahui tentangnya. Dan kini Musa mengetahui tentang ilmu ini dan semahu-
mahunya menggunakan ilmu yang diketahuinya itu untuk menjadikan dirinya kaya,
sekaya Raja Midas yang tamak haloba itu.

http://nizamzakaria.blogspot.com 122
Ketika ini, Musa cukup sedar bahawa dia memerlukan Kasturi untuk menzahirkan
kemahuannya ini. Hanya Kasturi sahaja yang dapat melakukannya, fikir Musa. Dan
apabila Kasturi diberitahu tentang hal ini oleh Musa, cukup teruja dia jadinya. Apa
tidaknya, siapa yang tidak mahu memperoleh kebolehan untuk menukarkan apa sahaja
kepada emas?

“Jadi apa yang perlu saya lakukan, tuan?” tanya Kasturi kepada Musa. Wajahnya
bersinar-sinar dengan harapan agar ilmu ini akan diturunkan oleh Musa kepadanya.

“Kau tidak perlu membuat apa-apa kecuali membaca sepotong ayat yang akan aku
beritahu kepadamu apabila nyawamu terancam nanti.” Kata Musa sambil mengacau
cecair berwarna biru yang sedang disulingkan di bahagian belakang kedai ubatnya itu.

Kasturi mengangguk. Dia bersetuju untuk melakukan apa sahaja yang diminta
oleh Musa, asalkan ilmu yang luar biasa ini dapat dipelajarinya dan akhirnya
digunakannya untuk menjadikannya kaya dan berkuasa. Mungkin lebih kaya lagi dari
Sultan Mahmud Shah yang memerintah Melaka pada ketika itu...

Pada tanggal 25 Julai 1511, tentera Portugis datang menyerang Melaka. Apabila perkara
ini berlaku, pemuda-pemuda di Melaka telah dikumpulkan untuk mempertahankan
Melaka. Kasturi adalah di antara anak-anak muda Melaka yang paling awal menawarkan
dirinya untuk mempertahankan kedaulatan Melaka. Apabila Awang menyedari tentang
hal ini, dia juga mahu turut serta, walaupun ibu dan bapanya jelas menentang akan
kehendaknya ini.

“Kita boleh berlayar ke Pasai malam ini juga. Kita tidak perlu masuk campur.”
Ujar Budiman kepada Awang. Kapal dagangnya sememangnya perlu berlayar ke Pasai
dalam masa sehari dua ini.

“Pasai sudah diserang Portugis pak... Itulah yang saya dengar dari pedagang Arab
yang saya jumpa semalam. Dah tak ada lagi yang boleh kita lakukan di situ. Sekurang-
kurangnya di Melaka ni, kita masih boleh melakukan sesuatu untuk mempertahankannya
dari dilanggar Feringgi!” ujar Awang dengan penuh semangat. Baru sahaja semalam
keadaan Melaka aman rasanya dengan majlis persandingan puteri Sultan Mahmud Shah
dengan Sultan Pahang yang telah diadakan secara besar-besaran, tapi hari ini lain pula
jadinya. Pada awal pagi tadi dia dapat melihat kemusnahan yang telah dilakukan oleh
pihak Portugis. Kapal-kapal yang berlabuh di Melaka habis mereka musnahkan kecuali
kapal-kapal kepunyaan pedagang Hindu dan China.

“Dah lah tu Awang... Dengar saja cakap bapak kau tu.” Ujar ibunya sambil
mengesat air matanya yang sudah mula berlinangan. Dia sebenarnya ketakutan. Selepas
menunaikan solat subuh, dia dapat mendengar bunyi meriam dilancarkan bertubi-tubi dari
kapal perang Portugis ke arah Kota Melaka. Bunyinya menakutkan seperti dunia ini akan
kiamat, atau sekurang-kurangnya itulah yang difikirkan oleh ibu Awang - lebih-lebih lagi

http://nizamzakaria.blogspot.com 123
apabila dia dapat melihat banyak dari rumah-rumah dan kedai-kedai yang terbakar dek
letupan meriam dari Portugis itu.

“Maafkan saya, pak... Mak. Tapi saya perlu pergi sekarang. Abang Kasturi dah
lama menunggu di luar.” Itu sahaja yang dijawab oleh Awang pada pagi itu. Ibunya
menangis teresak-esak melihat anak sulungnya yang masih berusia 18 tahun itu berjalan
keluar dari rumahnya sambil memeluk dua orang anak perempuannya yang masih kecil.

Awang sudah bertekad dengan keputusannya. Dia tidak boleh berpatah balik lagi.
Walaupun dia tahu dia bukan anak Melaka dan sekadar seorang anak pedagang dari Pasai,
kesetiaannya tetap kepada Melaka. Dia telah menetap di Melaka sejak dia berusia enam
tahun dan hanya ke Pasai satu atau dua tahun sekali. Masakan dia boleh akui Pasai itu
sebagai tanah tumpah darahnya sendiri, lalu meninggalkan Melaka begitu sahaja tatkala
Melaka memerlukan tenaga mudanya sekarang untuk mempertahankannya?

“Jadi apa yang tukang ubat dari Mesir itu beritahu kepada abang?” tanya Awang
ketika dia diberikan parang dan perisai yang sedang diedarkan oleh anak kepada penghulu
kampungnya. Suara Awang jelas sinis kedengarannya ketika bertanyakan soalan ini
kepada Kasturi. Sejak Kasturi bekerja dengan Musa, Kasturi langsung tidak ada banyak
masa untuk bersuka-suka dengannya seperti dahulu.

“Namanya Musa... Ish, kenapa lah kau selalu suka buat-buat lupa nama dia?”
Kasturi menjeling marah.

“Saya bukan tak ingat... Cuma saya tak suka dengannya. Entahlah... Saya rasa dia
dah ajar benda yang bukan-bukan kepada abang...”

“Bukan-bukan apa ni?”

Awang mengeluh lesu. Dia tidak mungkin dapat memberitahu kepada Kasturi
tentang bisikan nalurinya tentang Musa. Dia yakin Musa mempunyai niat jahat untuk
mempergunakan Kasturi demi kepentingan dirinya sendiri.

“Katanya, pertahanan Melaka lemah kerana rahsia pertahanan Melaka telah


diketahui sejak awal lagi oleh pihak Portugis.” Kasturi akhirnya menjawab soalan Awang
tadi. Tubuhnya yang tinggi itu jelas menampakkan dirinya lebih gagah dari pemuda-
pemuda yang lain yang telah dikumpulkan untuk mempertahankan kota Melaka.

“Apa?” tanya Awang. Matanya terkebil-kebil.

“Portugis telah yang menggunakan khidmat Nina Chattu dan Uthimutha yang
bekerja di Istana Sultan Melaka. Mereka pengkhianat Melaka!”

“Dia dah tahu sejak awal-awal lagi?”

“Ya... Hasil dari tilikannya.” Jawab Kasturi sambil meraba-raba jambangnya yang
baru sahaja tumbuh yang tidak sempat dicukurnya ketika bergegas keluar dari rumahnya

http://nizamzakaria.blogspot.com 124
tadi. “Kalau kau tidak percaya nanti lihatlah. Mereka yang bersubahat dengan Portugis
akan diberi bendera untuk diletakkan di hadapan rumah mereka agar tidak disamun
tentera Portugis nanti.”

“Jadi kalau si Musa tu dah tahu... Mengapa dia tidak beritahu sahaja kepada
Laksamana ataupun kepada Temenggung bahawa Melaka akan diserang Portugis—“

“Nak beritahu kepada Laksamana dan Temenggung? Kau ingat mereka akan
percaya kata-kata seorang tukang ubat sepertinya?” tanya Kasturi kembali sambil
mendongakkan kepalanya beberapa kali kepada Awang. Tilikan Musa tentang serangan
Portugis yang kini menjadi kenyataan ini membuatkan Kasturi semakin percaya kepada
kuasa ghaib yang ada di dalam diri Musa. Satu kuasa yang dia sendiri mahu peroleh satu
hari nanti.

Awang mengeluh. Kemudian dia termenung sendiri. Mahu sahaja dia


memberitahu kepada Kasturi bahawa dia merasa takut untuk pergi berperang melawan
Portugis. Tetapi disimpannya perasaan takutnya ini ke dalam hati. Dia tidak mahu Kasturi
melihat garis-garis kerisauan terlukis di wajahnya. Dia perlu nampak berani dan tabah
seperti Kasturi.

“Awang... Apa-apa pun berlaku, aku ada untuk menjaga kau. Kau tak perlu risau,
ya?” kata Kasturi dengan lembut kepada Awang sambil mengusap-usap rambutnya yang
tebal itu. Awang mengangguk perlahan. Pada pagi itu dia merasa selamat selagi Kasturi
ada di sampingnya...

Awang tidak tahan lagi menyaksikan Melaka bermandi darah. Kota pelabuhan tersohor
ini tidak dapat dipertahankan walaupun terdapat ramai tentera upahan dari Jawa, Parsi
dan negara Kerajaan Osmaniah yang dibayar untuk mempertahankannya. Kehadiran
mereka langsung tidak dapat mengalahkan kegagahan tentera Portugis yang bersungguh-
sungguh mahu menakluki Melaka agar Portugis dapat menguasainya lalu melupuskan
penguasaan Iskandariah, Kaherah dan Venice sebagai pusat perdagangan lada hitam.

Portugis tidak mungkin dapat bertahan lama di Melaka jika bukan kerana bantuan
pedagang-pedagang yang membelot. Pedagang dari China contohnya telah membelot
dengan mengerahkan anak-anak kapal mereka membantu tentera Portugis menyerang
Melaka. Dengan lima buah kapal layar China yang digunakan untuk mengepung Kota
Melaka, sukar untuk tentera-tentera Sultan Mahmud Shah mempertahankan Melaka dan
mendapatkan bantuan dari luar.

Sejak dari hari pertama Melaka diserang, pihak Portugis dengan saranan Ruy
D'Araujo kepada Alfonso d'Albuquerque, akur bahawa perkara yang pertama yang perlu
mereka lakukan apabila mendarat ke Melaka nanti adalah untuk menawan jambatan besar
yang merentangi Sungai Melaka. Jambatan ini menghubungkan dua bahagian Kota
Melaka. Dengan tertawannya jambatan ini, maka kota Melaka serta bala tenteranya akan

http://nizamzakaria.blogspot.com 125
terbahagi dua. Maka tujuan utama mereka adalah untuk memecahbelahkan kota ini serta
tenaga-tenaga yang mempertahankannya.

Pada tengah hari itu, Awang dan Kasturi telah ditugaskan untuk menentang
tentera Portugis yang telah pun mendarat ke Kota Melaka sejak pagi tadi dan kini
berkawal dan menyerang di sekitar kawasan jambatan Melaka.

Awang dan Kasturi mula sedar bahawa walau apa pun yang cuba dilakukan oleh
ketumbukan pertahanan Melaka, tentera Portugis terus dapat bertahan menawan jambatan
yang menjadi nadi kepada Kota Melaka.

“Semakin lama kita tunggu di sini, semakin banyak tentera Feringgi yang datang!”
bisik Awang kepada Kasturi. Mereka bersama-sama ketumbukan pemuda-pemuda
Melayu yang lain sedang berdiri menunggu arahan dari seorang hulubalang untuk
menyerang tentera Portugis yang sedang berkubu di jambatan Melaka.

“Dah... Jangan merungut. Tumpukan sahaja perhatian kau kepada arahan


hulubalang! Nanti lain pula jadinya” tegur Kasturi dengan suara garang. Kasturi sudah
sedia maklum bahawa sejak pagi lagi bahawa tentera Portugis telah mendarat pada kedua-
dua bahagian tebing sungai Melaka. Malah Masjid besar Melaka yang terletak di sebelah
tebing Selatan juga telah mereka berjaya cerobohi lalu dengan biadab membunuh setiap
lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang bersembunyi di dalam masjid tersebut.

Beberapa detik kemudian, Awang dapat merasakan gegaran di atas tanah - bunyi
gemuruh, semakin lama semakin jelas derunya. Kemudian bunyi jeritan gajah yang
meluruhkan jantungnya . Apabila Awang menoleh ke belakang, dia dapat melihat bala
tentera bergajah yang diketuai Sultan Mahmud Shah dan anaknya Tengku Ahmad. Dua
puluh ekor gajah berlari laju betul-betul di sebelahnya lalu menyerang tembok pertahanan
tentera Portugis . Walau bagaimanapun, tentera bertombak Portugis terus mengukuhkan
kedudukan mereka. Tentera bergajah Sultan Melaka itu mengundur beberapa tapak ke
belakang.

Pada ketika itu, dari jauh Kasturi dapat melihat ketumbukan tentera Jawa seramai
lebih 700 orang menyerang tentera Portugis dari arah utara Kota Melaka. Tetapi belum
sempat mereka dapat sampai ke jambatan, ramai di antara mereka yang lari bertempiaran
apabila tentera Portugis melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah mereka. Ada di antara
mereka yang mencari perlindungan dengan terjun ke dalam sungai hanya untuk ditikam
oleh tentera-tentera Portugis yang sedang menunggu di atas sampan yang mereka naiki.

Tentera bergajah Sultan Mahmud sekali lagi menyerang ke arah jambatan Melaka.
Tetapi kali ini tentera bertombak Portugis terus mara untuk menikam gajah-gajah yang
datang menyerang. Tombak yang digunakan oleh panglima Portugis, de Lima berjaya
menusuk ke mata gajah utama yang menyerang ketumbukannya. Keadaan terus menjadi
cacamarba apabila gajah itu naik berang lantas berundur ke belakang lalu berlari ke depan
memijak mati beberapa orang tentera Melaka yang sedang berjaga di belakang tentera
bergajah Melaka. Ramai di antara mereka bertempiaran lari.

http://nizamzakaria.blogspot.com 126
Tentera bertombak Portugis semakin berani maju ke hadapan, walaupun ada di
antara mereka yang cedera parah dan ada pula mati dipijak gajah. Mereka terus
menggunakan tombak mereka yang tajam untuk menikam gajah-gajah yang mereka
tentang sehingga ada beberapa ekor gajah yang menjerit kesakitan akibat ditikam
sehingga berdarah. Gajah yang dinaiki oleh Tengku Ahmad tersungkur ke atas tanah lalu
tercungap-cungap sebelum ia mati di situ juga. Tangan Tengku Ahmad berdarah. Seorang
pengawal istana yang rapat kepadanya terus membantunya lalu membawanya pergi entah
ke mana.

Kini hulubalang yang mengetuai ketumbukan yang dianggotai oleh Awang dan
Kasturi memberi arahan supaya mereka maju ke hadapan. Awang menoleh ke arah
Kasturi. Dia mendapati wajah Kasturi disulami dengan semangat berkobar-kobar mahu
mempertahankan kedaulatan bangsa dan agamanya. Rasa takutnya hilang apabila dia
melihat wajah Kasturi yang cukup yakin dengan dirinya.

Mereka bergerak maju ke hadapan. Apabila Awang berpaling ke arah Sungai


Melaka, dia dapat melihat banyak mayat-mayat yang bergelimpangan di sana. Anak-anak
Melayu Melaka dan tentera-tentera upahan Melaka gugur satu persatu dikalahkan tentera
bertombak Portugis yang terus merempuh ke arah mereka yang hanya bersenjatakan
parang dan keris. Warna sungai Melaka kini berubah merah.

Apabila kedudukan mereka semakin dekat ke Jambatan Melaka, hulubalang terus


mengeluarkan arahan untuk menyerang tentera Portugis. Ketumbukan yang disertai oleh
Awang dan Kasturi terus menyerang sambil melaungkan kalimah “Allahuakbar!” Fikir
Awang, jika dia mati pada hari itu, biarlah dia mati dalam keadaan mati syahid.

Awang seperti mahu menangis apabila dia melihat jambatan Melaka terus
dikuasai pihak Portugis walaupun hampir sejam dia bertungkus-lumus untuk melawan
tentera-tentera Portugis dengan segala tenaganya yang dia ada. Rumah-rumah yang telah
dibina di tepi sungai kini dibakar oleh tentera Portugis. Angin yang bertiup kencang pada
petang itu menyemarakkan lagi api kemusnahan yang semakin menggila membakar
sebahagian besar dari bangunan-bangunan yang ada di kota Melaka.

Fikiran Awang pada ketika itu terlalu keliru. Dia memandang ke arah Kasturi.
Wajah Kasturi berlumuran darah. Dia baru sahaja membunuh seorang tentera Portugis
dengan menetak mukanya dengan parangnya sampai hancur.

Tiba-tiba sebatang tombak yang tajam menghunus ke arah Kasturi. Awang dengan
cepat memegang batang tombak tersebut untuk mengelakkan muncung tombak dari
menikam ke tubuh Kasturi. Dia memandang ke hadapan. Seorang tentera Portugis dengan
wajah dan tubuhnya berlumuran darah dengan bersungguh-sungguh mahu menikam
Kasturi. Dengan menggunakan sepenuh tenaganya seraya menjerit sekuat hati, Awang
menyentap tombak itu dari tangan tentera Portugis yang nampak lemah itu lalu
menggunakan tombak yang sama untuk menikam ke arah lehernya. Darah merah deras
tersembur apabila Awang menarik kembali tombak dari leher tentera Portugis yang telah
dibunuhnya itu. Nafas Awang turun naik dengan cepat. Inilah kali pertama dia mengambil
nyawa seorang manusia.

http://nizamzakaria.blogspot.com 127
“Kita perlu pergi dari sini,” perintah Kasturi sambil memegang bahu Awang.
“Hulubalang suruh kita berundur dan mengawal Kota Melaka dari terus dibakar
Portugis!”

Awang langsung tidak menjawab. Tubuhnya menggeletar. Dia akan mengikut ke


mana sahaja Kasturi pergi. Kalau boleh dia tidak mahu membunuh lagi. Kalau boleh, dia
mahu pulang pada saat itu juga untuk mendapatkan keluarganya.

Api yang membakar semakin menggila memusnahkan rumah-rumah serta gudang


yang terdapat di kota Melaka pada petang itu. Bahang panas dari kebakaran dapat
dirasakan Awang walaupun dia dan Kasturi berlari semakin jauh dari kawasan
pertempuran.

Awang mula merasakan dunianya musnah begitu sahaja. Kedai rempah ratus
keluarganya hangus dijilat api. Sekarang ini dia cukup risau akan keselamatan
keluarganya. Dia berdoa agar kampungnya di Gajah Berang tidak diapa-apakan tentera
Portugis yang sedang menggila pada ketika itu.

Awang dan Kasturi kini berjaga-jaga di belakang sebuah lorong sempit bahagian
utara kota Melaka dengan tujuan menyerang hendap tentera-tentera Portugis dan konco-
konco mereka yang datang untuk merompak serta membakar rumah-rumah penduduk
Melaka yang kini sedang bersembunyi di dalam rumah mereka. Ketakutan.

Apabila malam tiba, tugas mereka menjadi semakin sukar gamaknya. Keadaan
yang gelap menyukarkan lagi tugas mereka untuk menyerang pihak musuh. Ada kalanya,
mereka akan bertembung dengan penduduk Melaka yang cuba keluar dari rumah mereka
untuk melarikan diri mereka ke kawasan pendalaman Melaka.

“Abang, saya nak balik!” kata Awang dalam gelap. Badannya berbau hanyir
dengan bau darah musuh yang berjaya ditumpaskannya - yang kini mulai kering.

“Balik? Dalam masa-masa begini kau kata kau nak balik?” tegah Kasturi sambil
berpaling kepada Awang yang sedang duduk di sebelahnya di dalam keadaan penat dan
lapar.

“Tolonglah bang, sekejap pun jadilah. Saya nak pesan kepada mak bapak saya
untuk tinggalkan rumah kami di Gajah Berang dan pergi berlindung ke Bukit Beruang.
Sekurang-kurangnya mereka akan selamat di sana.” Pinta Awang sambil memegang
lengan Kasturi dengan erat. “Lepas tu, kita cepat-cepat kembali ke Kota Melaka.”

Kasturi hanya mendiamkan dirinya buat beberapa ketika. Beberapa minit


kemudian dia berdiri lalu meramas rambut Awang yang kelihatan kusut itu dengan manja.
Katanya dengan perlahan:

http://nizamzakaria.blogspot.com 128
“Baiklah... Kita pulang ke kampung kita buat seketika. Kita suruh orang-orang
kampung supaya bersembunyi ke kawasan pendalaman sehingga keadaan semakin reda.
Lagipun aku sendiri risau memikirkan keselamatan keluarga aku di rumah.”

“Terima kasih bang,” ucap Awang dengan suara penuh kesyukuran. Dia dapat
melihat Kasturi kini berdiri lalu berjalan dengan berhati-hati sambil mengintai ke
hadapan dan ke belakang di dalam lorong gelap itu. Awang mengekori Kasturi dari
belakang - berjalan ke arah kampung yang telah ditinggalkan mereka sejak awal pagi tadi.

http://nizamzakaria.blogspot.com 129
Buku II. Bab 3

Awang dan Kasturi mendapati suasana di kampung mereka senyap sunyi seperti telah
dilanggar garuda, gamaknya. Mungkin semua penduduk kampung sedang berada di
dalam rumah menunggu di dalam ketakutan ataupun ramai di antara mereka yang telah
lari bersembunyi jauh ke pendalaman Melaka.

Kasturi mengambil keputusan untuk menghantar Awang sehingga ke depan


rumahnya. Awang nampak lega apabila dia selamat sampai ke rumahnya. Dia
memandang ke arah rumahnya, senyap sunyi. Semua pintu dan tingkat tertutup rapat.

“Awang, jangan lama-lama sangat... Sejam dua dari sekarang aku akan tunggu
kau di sini. Kita kena kembali ke Kota Melaka secepat mungkin!” Kasturi mengingatkan.
Awang mengangguk lemah.

Kasturi mengorak langkah untuk pulang ke rumahnya sebelum Awang bersuara


untuk mengeluarkan kalimah-kalimat berikut:

“Bang... Terima kasih.”

“Untuk apa?” tanya Kasturi kehairanan.

“Untuk segala-galanya, dan untuk ini.” ujar Awang. Kasturi sekadar mengangguk
sebelum kelibatnya hilang dimakan kegelapan malam.

Awang mengetuk pintunya sambil memberi salam. Pintu rumah cepat-cepat


dibuka. Bapanya terus menyambutnya dengan mendakap tubuhnya. Ibunya pula
menangis-nangis sambil mencium pipinya. Mereka fikirkan, Awang sudah mati seperti
beberapa orang pemuda kampung yang telah disahkan mati ketika berjuang melawan
Portugis.

“Pak, ada baiknya bapak bawak keluarga kita ke bahagian pendalaman.” Awang
menasihatkan. Dia dapat melihat kedua orang adik perempuannya kelihatan gelisah
melihat keadaan dirinya yang tidak terurus pada ketika itu.

“Kau pula bagaimana?” tanya Budiman dengan wajah penuh risau.

“Saya perlu kembali ke Kota Melaka, Pak!” kata Awang dengan matanya
memandang ke bawah.

“Awang... Jangan Awang. Ikut kami lari ke pendalaman!” pinta ibunya


mengambil kain yang dibasahkan lalu mengelap tubuh Awang yang dikotori lumpur dan
darah itu. “Temankan si Melati dan Melur ni nanti. Mereka risau sangat bila kau pergi
tadi. Sehari suntuk mereka menangis.”

“Tak boleh mak! Lagipun sekejap lagi abang Kasturi akan ambil saya di sini!”

http://nizamzakaria.blogspot.com 130
“Ikut hati mati, ikut rasa binasa, Awang!” ucap Budiman sambil menggelengkan
kepalanya.

“Kalau Kasturi tu nak mati, biarkan dia. Jangan kau ikut cara dia!” suara ibu
Awang tersekat-sekat. Marah bercampur sedih. Kecewa dengan sikap anak bujangnya itu.

“Mak... Maafkan saya kalau saya tak boleh dengar cakap mak dan bapak. Saya
dah dewasa. Lagipun saya lelaki. Saya perlu mempertahankan Melaka. Saya tak boleh lari
begitu sahaja masuk ke dalam hutan bila orang lain bertungkus-lumus mempertahankan
Melaka.” Awang tertunduk sedih. Anak tekaknya terasa perit menelan kata-katanya ini.

Budiman mengeluh. Apabila isterinya Teja cuba bersuara, dia meminta supaya
isterinya itu diam. Katanya kemudian dengan perlahan kepada Awang:

“Kau buatlah apa yang patut, Awang. Apa-apa pun, bapak tetap berbangga dengan
kau.”

Ibu Awang hanya mampu menggelengkan kepalanya. Dia terus mengesat tubuh
awang dengan kain basahnya. Air matanya berlinangan lagi.

Lebih kurang sejam lamanya Awang duduk berehat di dalam rumahnya tatkala ibu
dan bapanya mengemaskan beberapa barang keperluan yang boleh mereka bawa bersama
untuk mencari perlindungan ke kawasan pendalaman. Awang cuba makan, tetapi
seleranya langsung tertutup. Dia terlalu kepenatan. Mahu sahaja dia melelapkan matanya
buat sementara, itu pun sukar untuk dia lakukan. Yang hanya mampu dia lakukan
sekarang adalah melayan si Melur dan si Melati yang masing-masing berumur 6 dan 8
tahun itu berbual. Mereka petah bertanyakan kepada Awang tentang apa yang telah
dilaluinya tadi.

Ketika dia sedang sibuk melayan kerenah adiknya, pintu di hadapan rumahnya itu
tiba-tiba pecah. Seorang lelaki berbangsa Eropah berambut perang merempuh masuk ke
dalam rumahnya.

Maka ketika itulah kali pertama Awang bertembung dengan Cassius...

Kasturi mengucapkan selamat jalan kepada keluarganya yang dilihatnya berjalan dengan
barang-barang yang boleh mereka bawa bersama ke arah utara. Kasturi berjanji kepada
orang tuanya dan kepada adik serta kakak-kakaknya bahawa dia akan pulang bila keadaan
Melaka reda nanti. Mereka menangis ketika mereka melihat Kasturi membuka langkah
meninggalkan mereka lalu berjalan ke arah rumah Awang.

Sebaik sahaja Kasturi sampai ke rumah Awang, dia mendapati terdapat sebuah
kereta lembu diletakkan di hadapan rumahnya itu. Di atas kereta lembu, dia dapat melihat
tubuh tiga pemuda Melayu terkulai. Mereka masih hidup lagi tetapi berada di dalam
keadaan tidak sedarkan diri. Kasturi pasti mereka adalah hulubalang-hulubalang Melaka
yang telah berjaya ditawan tentera Portugis apabila dia memerhatikan pakaian yang
mereka pakai.

http://nizamzakaria.blogspot.com 131
Apabila Kasturi memandang ke hadapan, dia dapat melihat tubuh layu Awang
diangkat oleh Cassius di atas bahunya. Tanpa berfikir panjang, Kasturi terus
mengeluarkan parangnya lalu terus menyerang Cassius. Dengan pantas, Cassius bergerak,
lalu menghilang entah ke mana, sesudah itu dia tiba-tiba muncul di belakang Kasturi.

Cassius menghentak kepala Kasturi dengan sikunya sehingga Kasturi terjatuh


pengsan. Cassius mengangkat tubuh Kasturi lalu dia mencampakkan tubuhnya itu ke atas
kereta lembu. Tubuh Awang pula diasingkannya lalu dibaringkan di bahagian tempat
duduk kereta lembu...

Apabila Kasturi membuka matanya, dia mendapati dirinya berada di dalam sebuah
bilik kecil di dalam sebuah kapal Portugis. Di dalam bilik itu terdapat ramai pemuda-
pemuda sepertinya. Ada di antara mereka telah dipasung. Ada pula didapatinya telah mati
dengan tubuh mereka dihurung lalat.

Kepala Kasturi terasa sakit. Dia memegang kepalanya. Dia mendapati rambutnya
keras. Bekas darah beku. Dia mengeluh. Dia teringatkan kepada Awang. Dia mencari
Awang. Dia memanggil nama Awang. Tetapi Awang tidak ada di dalam bilik itu.
Mungkin Awang ada di tempat lain, fikirnya. Kerana dia dapat merasakan kehadiran
Awang dekat kepadanya.

Pada petang itu dia diseksa. Dia di ikat di tiang kapal lalu bahagian belakangnya
disebat. Dia ditanya pelbagai soalan tentang kekuatan hulubalang Melaka dan di mana
lokasi markas rahsia mereka. Kasturi tidak tahu. Masakan dia tahu kerana dia bukan
seorang hulubalang Melaka. Tentera Portugis yang menyeksanya tetap dengan pendirian
mereka bahawa Kasturi sebenarnya tahu akan kesemua soalan-soalan yang ditujukan
kepadanya.

Setelah diseksa bertubi-tubi selama beberapa hari lamanya, tubuhnya akhirnya di


bawa masuk ke dalam sebuah bilik, di dalam keadaan bogel.

Di dalam bilik itulah dia diketemukan dengan Awang. Dia dapat melihat keadaan
Awang yang lemah. Dia tidak sampai hati melihat Awang begitu. Jiwanya meruntun lalu
meminta agar dirinya dibunuh sahaja oleh Cassius. Dia mahu Awang dibebaskan. Tak
sampai hati rasanya untuk Kasturi melihat diri Awang diseksa begitu.

Pada malam itulah Kasturi telah diseksa dengan kejam sehingga mati. Kulitnya telah
disiat dengan begitu teliti - dia masih hidup lagi ketika seluruh bahagian kulit yang
pernah menyeliputi tubuhnya itu berjaya dilapah Cassius. Sebelum dia menghembuskan
nafasnya yang terakhir, dia telah berdoa agar Awang tidak diapa-apakan lagi. Biarlah dia
mati asalkan Awang tidak perlu melalui segala keperitan yang terpaksa dilaluinya.

Kasturi mati dalam keadaan terseksa...


Tubuh Kasturi yang merah dengan darahnya masih menitik itu diusung keluar dari
bilik penyeksaan. Kemudian tubuhnya ia dilitupi dengan sehelai kain lusuh sebelum ia
dicampakkan ke atas sebuah sampan kecil yang sedang menunggu di bawah kapal. Dua

http://nizamzakaria.blogspot.com 132
orang pendayung membawa sampan itu bergerak ke arah pantai Melaka. Sesekali
pendayung-pendayung itu akan memerhatikan Cassius yang sedang berdiri di atas sampan
dan ke arah mayat Kasturi yang kelihatan mengerikan itu. Mereka ketakutan. Ada sesuatu
tentang diri Cassius yang menakutkan mereka.

Sebaik sahaja sampan mendarat di pantai Melaka, mayat Kasturi diletakkan di


atas sebuah kereta lembu. Kemudian Cassius menyuruh penunggang kereta lembu itu
membawa mayat Kasturi ke Kampung Arab.

Kereta lembu itu membawa mayat Kasturi melintasi kawasan Melaka yang hampir
musnah akibat kebakaran yang dimulakan oleh pihak Portugis. Di beberapa simpang di
jalan yang dilalui Cassius, dia dapat melihat ceracak-ceracak kayu yang diletakkan kepala
wanita dan kanak-kanak yang telah dipenggal. Di beberapa tempat lain pula kelihatan
tubuh-tubuh layu pemuda-pemuda Melayu yang telah disula dengan sebatang kayu tajam
yang telah diselaputi lemak binatang. Ada yang masih hidup dan mengerang menahan
kesakitan yang tidak terperi rasanya. Bau hanyir darah tebal menyelinap di udara, amat
meloyakan siapa sahaja, kecuali Cassius.

Di satu simpang berdekatan dengan Kampung Arab, seorang anak muda yang
mungkin seusia dengan Awang diangkat tinggi-tinggi oleh tali barut Portugis, sebelum
dia didudukkan di atas penyula sehingga bahagian kayu yang tajam menusuk ke bahagian
duburnya. Tubuh anak muda itu dilepaskan lalu dia menjerit sekuat hati. Batang kayu itu
menembusi sehingga ke dalam bahagian perutnya melalui lubang duburnya. Batang kayu
itu semakin merah dengan darah. Muka anak muda itu menyala menahan kesakitan.
Suaranya tidak kedengaran, cuma mulutnya ternganga luas serta mata tertutup rapat dan
urat lehernya timbul menahan kesakitan yang tidak dapat dibayangkan.

Cassius tahu bahawa anak muda itu tidak akan mati sehingga sekurang-kurangnya
tengah hari esok. Jika dia bernasib baik, ceracak kayu yang menyulanya akan menusuk ke
bahagian jantungnya atau ke bahagian paru-parunya untuk mempercepatkan kematiannya.
Jika tidak, kayu ini akan terus menikam tubuhnya sehingga ia terkeluar di bahagian
mulutnya atau di tengkuknya.

“Berhenti di sini!” Perintah Cassius sewaktu kereta lembu itu berada betul-betul
di hadapan satu-satunya rumah yang ada mengibarkan sehelai bendera Portugis di
Kampung Arab.

Cassius mengangkat mayat Kasturi di atas bahunya, lalu berjalan ke muka pintu
untuk mengetuk pintu rumah tersebut. Pintu rumah dibuka dengan tergesa-gesa.

“Ini mayatnya seperti yang dijanjikan.” Kata Cassius kepada Musa. Dia
mencampakkan mayat Kasturi di atas lantai. Mayat Kasturi tergolek lalu meninggalkan
kesan darah di lantai Musa.

“Kau sendiri yang menyiat kulitnya?” tanya Musa dengan kagum melihat hasil
kerja Cassius. Dia sememangnya tidak sangka Cassius dapat memburu Kasturi hanya
dengan memberinya cebisan baju terpakai kepunyaan Kasturi yang diciumnya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 133
“Ya.” Jawab Cassius pendek dengan suara yang menjelaskan kebosanannya.

Musa berpuas hati dengan ganjaran yang diberikan kepadanya, setelah lebih dua
tahun dia menjadi perisik bagi pihak Portugis. Ini sahaja yang dimahukannya. Tubuh anak
muda yang telah diisinya dengan ilmu kebatinan yang disiat kulitnya dan yang akan
dihidupkan kembali untuk menjadi hambanya - yang diharapkan Musa akan mempunyai
kuasa untuk mengubah apa-apa sahaja yang disentuhnya kepada emas.

“Mengikut perjanjian kita—“

“Ya, aku tahu apa yang kau nak!” sergah Cassius. Dia mengeluarkan pisau
secespita dari sisip pinggangnya lalu menoreh lengan kirinya dengan satu torehan yang
dalam sehingga terpotong uratnya. Darah bercucuran turun dari lengannya itu. Musa
cepat-cepat mengambil mangkuk perak dari atas mejanya lalu menadah darah Cassius.

Setelah darah Cassius cukup semangkuk ditadah Musa, Cassius menutup lukanya
dengan tangan kanannya. Lukanya dengan cepat tertutup dengan sendiri. Darah di dalam
mangkuk Musa pula berombak-ombak seolah ia hidup dan bernyawa. Dan sememangnya
inilah rahsia yang diketahui Musa. Dia tahu bahawa darah para vampiro sememangnya
mempunyai fikirannya sendiri – satu perkara yang difahaminya tetapi tidak dapat
dihuraikannya secara mendalam.

“Terima kasih wahai vampiro.” Ucap Musa dalam bahasa Latin yang difahami
Cassius. Inilah bahan yang paling penting yang diperlukan Musa untuk membangkitkan
mayat yang terkujur di atas lantainya nanti.

Cassius menyeringai. Musa nampak takut jika dirinya nanti akan diapa-apakan
oleh Cassius nanti.

“Jadi mana bahagian aku yang kau janjikan?” tanya Cassius. Matanya nampak
liar. Seperti seekor haiwan buas yang senang memerhatikan mangsanya yang bakal
dibahamnya.

Musa cepat-cepat mengangguk, lalu mengeluarkan sebuah manuskrip lama dari


sebuah peti berkunci yang telah diletakkan di tepi dinding rumahnya. Manuskrip
Vitruvius yang pernah disimpan di Perpustakaan Iskandariah, hilang buat beberapa ratus
tahun, berpindah dari satu tangan ke tangan yang lain dan kini ia akan berpindah pula ke
tangan Cassius.

“Mengapa manuskrip ini begitu penting bagi kau?” tanya Musa ingin tahu
sebelum dia menyerahkan manuskrip ini yang telah dibayar dengan harga darah Cassius.

“Jika aku beritahu kau sebabnya, aku terpaksa membunuh kau selepas itu.” Kata
Cassius sambil tersengih.

http://nizamzakaria.blogspot.com 134
Musa terus menyerahkan manuskrip itu ke tangan Cassius. Kemudian Cassius
membuka langkah untuk beredar dari rumah Musa.

“Kau tahu bukan, dia akan membunuh vampiro Tiresias satu hari nanti?” tanya
Musa dengan tangannya menuding ke arah mayat Kasturi.

“Ya aku tahu... Ini adalah satu takdir yang terpaksa dia hadapi sendiri.” Kata
Cassius dengan suara yang tenang. “Kau juga aku rasa tahu, teman budak yang aku lapah
ini akan menjadi vampiro satu hari nanti...” Katanya kemudian dengan suara yang lebih
perlahan.

“Ya, aku tahu... Awang namanya. Aku telah dapat melihat perkara ini sejak kali
pertama aku bertemu dengannya... Dia akan menjadi seorang vampiro yang hebat.
Mungkin dia tidak akan menjadi seorang vampiro sekejammu, tetapi dia tetap hebat.”
Musa memberitahu apa yang dapat ditiliknya.

Cassius menguap lesu tatkala mendengar penjelasan dari Musa tadi. Matanya
sengaja diredupkan sebelum dia bersuara:

“Kau fikir aku tak tahu yang kau suruh dia baca mantera yang kau berikan
kepadanya agar aku tidak dapat membaca fikirannya dan menilik masa depannya ketika
aku menyeksanya tadi?” mata Cassius kini tepat kepada Musa. “Kau tahu apabila dia
membaca mantera itu, kau sendiri tidak akan menilik apa yang akan dilakukannya selepas
ini?”

“Ya. Aku tahu.” Jawab Musa teragak-agak. “Tapi kegunaan mantera itu
sebenarnya adalah untuk membekukan ilmu batinnya ke dalam tubuhnya di saat-saat
terakhir kematiannya.”

Cassius menjeling. Dia perlu pergi, subuh semakin menjelang. Dia perlu pulang
ke kapalnya secepat mungkin. Katanya kemudian kepada Musa:

“Kelemahan kau, Musa... Kau dapat menilik masa depan orang lain kecuali diri
kau sendiri!”

Musa mengangguk perlahan. Muka tuanya berkerut seribu.

“Kalau begitu... Kau tidak mungkin mahu tahu apa yang akan berlaku kepada kau
nanti!” kata Cassius dengan sinis lalu meninggalkan kata-katanya tergantung di situ
sahaja. Dia meninggalkan Musa di rumahnya dengan senyuman puas terukir di wajahnya
tatkala memikirkan tentang kematian yang kejam yang bakal menunggu Musa nanti...

http://nizamzakaria.blogspot.com 135
Buku II. Bab 4

Sebaik sahaja Cassius keluar dari rumahnya, Musa mengheret mayat Kasturi sehingga ke
bahagian belakang rumahnya. Darah Cassius yang disimpannya di dalam mangkuk perak
yang kelihatan berombak-ombak dan menggelegak itu dituangkan ke dalam mulut Kasturi
kesemuanya, kemudian mulut Kasturi dijahit dengan benang yang tebal supaya mulutnya
itu tertutup rapat...

Kasturi mendapati matanya begitu sukar untuk dibuka walaupun dia sedang berada di
dalam keadaan sedar. Dia cuba menggerakkan tangannya. Dia mendapati dirinya berada
di dalam keadaan di mana dirinya mungkin tertanam di dalam tanah.

Kasturi menggunakan tenaganya untuk cuba bangun di dalam keadaan baringnya


di dalam tanah. Tanah yang menimbusnya merekah. Di dalam keadaan teragak-agak dia
cuba membuka matanya.

Tanah-tanah yang telah kering pecah di mukanya ketika Kasturi cuba membuka
matanya. Apabila dia cuba membuka mulutnya, dia mendapati mulutnya tertutup rapat.
Dia meraba-raba bahagian mulutnya. Dia mendapati bahawa mulutnya telah dijahit rapat.

Kasturi mendapati dirinya sedang berada di belakang rumah Musa dan Musa pula
sedang duduk di hadapannya sambil membaca mantera seraya menaburkan asap
kemenyan yang dibakar ke arahnya.

Dengan teragak-agak Musa mendekatkan dirinya kepada Kasturi. Dia mengambil


sepasang gunting yang tajam lalu dia memotong tali yang menjahit rapat mulut Kasturi.
Tali-tali jahitan ditariknya lalu bekas jahitan di mulut Kasturi terus tertutup dengan
sendirinya tanpa meninggalkan sebarang kesan di mulutnya itu.

“Apa yang telah berlaku?” tanya Kasturi kehairanan. Dia terlalu keliru. Dia
hampir-hampir terlupa tentang peristiwa yang telah berlaku kepada dirinya sebagai
tawanan perang pihak Portugis sehingga menyebabkan dirinya diseksa sehingga mati.

Kasturi memandang ke arah Musa. Dia mendapati Musa kelihatan sedikit teragak-
agak untuk memandang ke arahnya. Kasturi dapat mencium bau ketakutan yang
dikeluarkan Musa. Satu perkara yang dirasakannya tidak mampu dilakukannya sebelum
ini.

Kasturi melihat ke arah tangannya. Dia mendapati kulitnya kini berwarna hitam,
lembap dan berminyak. Dia memegang tubuhnya. Dia cuba membersihkan tanah yang
menimbus tubuhnya tadi. Dia mendapati kulitnya kini diganti dengan selaput berminyak
berwarna hitam.

“Apa yang telah berlaku kepada aku?” tanya Kasturi sementara dia cuba berdiri
untuk memeriksa keadaan dirinya yang jelas telah berubah.

http://nizamzakaria.blogspot.com 136
“Vampiro itu telah melapah kulitmu hidup-hidup sehingga akhirnya kau mati.”
Musa memberitahu dengan dia cuba untuk memberanikan dirinya memandang ke arah
Kasturi. “Apabila aku menjumpai mayatmu... Keadaan dirimu memang tidak berkulit.”

“Mayat?” kata-kata Musa terus berdengung di dalam kepalanya. Adakah dia sudah
mati? Masakan dia sudah mati sedangkan sekarang dia merasakan dirinya masih hidup
lagi!

Perasaan Kasturi cukup-cukup terganggu apabila dia teringat kembali kepada


peristiwa kulitnya disiat sehingga dia mati di dalam keadaan penuh terseksa. Dia
mendendami Cassius. Kini, satu-satunya perkara yang mahu dilakukannya adalah untuk
memburu Cassius lalu membunuhnya. Kemudian Kasturi terfikir pula tentang Awang.
Dia betul-betul risau tentang keselamatan Awang. Adakah Awang masih hidup lagi atau
sebaliknya?

“Awang... Adakah dia masih ada di atas kapal Portugis?“ tanya Kasturi kerisauan.

“Dia tidak mungkin hidup lagi... Mungkin seperti kau, dia sudah lama mati.”
Musa menjelaskan dengan suara yang cuba dibuat-buatnya sedih.

“Mati? Apa yang kau cakapkan ni? Berapa lama aku tidak sedarkan diri?” ucap
Kasturi dengan suara cemas.

“Empat puluh hari empat puluh malam.” Musa meletakkan bekas kemenyan ke
tepi. Dia cuba memeriksa tubuh Kasturi dengan lebih dekat lagi.

“Apa?” Kasturi sukar untuk mempercayai kata-kata Musa, kerana dia merasakan
seolah-olah baru sahaja tersedar dari tidurnya yang nyenyak.

Syahadan, Kejadian Kasturi amat berlainan dengan kejadian seorang vampiro


seperti Cassius. Darah ‘bernyawa’ seorang vampiro seperti Tiresias diperkenalkan ke
dalam tubuh Cassius ketika Cassius masih hidup lagi, sedangkan darah vampiro
diperkenalkan kepada tubuh Kasturi setelah dia mati.

Darah Cassius yang diperkenalkan ke dalam tubuh Kasturi dengan perlahan-lahan


membina kembali sel-sel tubuhnya yang telah mati. Termasuklah kulitnya yang telah
digantikan dengan bahan-bahan yang telah disediakan Musa, seperti lumpur berminyak
dari tanah kubur tujuh orang yang telah mati dibunuh. Tanah lumpur berminyak ini
dicampurkan lalu diselaputi ke tubuh Kasturi sebelum dia ditanam selama empat puluh
hari, empat puluh malam. Bahan-bahan ini lantas digunakan oleh darah-darah ‘hidup’
yang berada di dalam tubuh Kasturi untuk membina kulitnya yang dapat melindungi
bahagian dalaman tubuhnya dari alahan kepada cahaya matahari – satu perkara yang
menjadi kelemahan bagi golongan vampiro.

Kini tubuh Kasturi kelihatan seperti separuh siap gamaknya. Di dalam masa yang
sama, dia dapat merasakan perubahan yang berlaku ke atas dirinya. Dia dapat merasakan

http://nizamzakaria.blogspot.com 137
deria penglihatan dan pendengarannya bertambah baik. Tubuhnya juga dirasakan semakin
kuat, walaupun kekuatannya ini belum sempat diujinya.

“Apa yang telah berlaku kepada Melaka selama aku tidur?” tanya Kasturi ingin
tahu. Diharapkannya Portugis dapat dikalahkan tentera Melaka. Sekurang-kurangnya apa
yang berlaku kepadanya sekarang tidak sia-sia belaka.

“Melaka akhirnya berjaya ditawan Portugis setelah 40 hari kota Melaka ditawan.”
Musa menjelaskan. Sebaik sahaja dia menghabiskan kalimah-kalimahnya dia dapat
melihat tubuh Kasturi perlahan-lahan berubah bentuknya – menggerutu dan mengeras
seperti dia sedang memakai perisai.

“Banyak yang perlu kau belajar untuk mengawal tubuh barumu ini.” Musa
mengingatkan ketika melihat perubahan kepada tubuh Kasturi.

“Kawal?Aku mahu tubuhku kelihatan seperti sedia kala. Seperti manusia biasa...
Bukan seperti ini!” Kasturi meraba tubuhnya yang kembali berubah kepada sedia kala -
hitam dan berminyak apabila keadaan marahnya mula reda.

“Semuanya ini adalah sementara.” Musa cuba menenangkan perasaannya yang


kacau itu.

“Sementara?” tanya Kasturi seperti tidak percaya kepada apa yang diberitahu
Musa. Buat masa ini, dia merasakan dia sanggup melakukan apa sahaja dari kelihatan
seperti lembaga serba hitam yang menggantikan tubuh manusianya. “Aku tidak boleh
hidup dalam keadaan hodoh seperti ini!”

“Kau perlu mengumpul tenaga... Agar darah vampiro di tubuhmu itu akan dapat
membina kulit yang menyerupai manusia untukmu... Dan, supaya kamu akhirnya dapat
menukarkan logam seperti timah kepada emas. Bukankah itu yang kau mahu, dahulu?”

“Tapi bukan dengan cara ini!”

“Setiap apa yang kita mahukan ada harganya yang perlu kita bayar, Kasturi!”

Kata-kata Musa merimaskan lagi fikirannya. Kasturi serba salah. Dia tidak tahu
apa yang perlu dilakukannya sekarang, kecuali membalas dendam kepada pembunuhnya.
Setelah Kasturi mendiamkan dirinya buat beberapa lama, dia membuka mulutnya kembali
kepada Musa untuk bertanya:

“Kau ada menyebut tentang darah vampiro... Aku tak faham.”

“Cassius, lelaki yang telah membunuh kau adalah seorang vampiro.”

“Vampiro?”

http://nizamzakaria.blogspot.com 138
“Vampiro adalah sejenis makhluk malam yang kejam. Vampiro Cassius lah yang
telah membunuh kau... Dan Awang sekeluarga.” Musa sengaja mahu mengapi-apikan
keadaan. Memburuk-burukkan lagi Cassius, agar Kasturi tidak akan tahu tentang
rancangan jahatnya sehingga menyebabkan diri Kasturi berubah seperti sekarang.

Mata Kasturi bertukar merah. Musa dapat melihat wajah Kasturi berubah menjadi
makhluk yang menakutkan. Kulitnya menggerutu, kepalanya bertanduk tajam, Jari-jemari
tangannya panjang dengan kuku yang tajam.

“Kau perlu belajar mengawal kuasa yang ada di dalam dirimu, Kasturi!” perintah
Musa. Dia mula dapat melihat Kasturi dapat merubah zarah-zarah di dalam tubuhnya lalu
menyerupai apa sahaja yang dimahukannya. Satu kebolehan yang perlu dipelajari agar dia
dapat mengawal serta menggunakannya dengan sebaik-baiknya.

“Aku perlu mencarinya! Aku mahu membunuhnya dengan tangan aku sendiri!”
Giginya yang tajam menyeringai seperti harimau yang sedang lapar. Dia cukup marah
dengan Cassius.

“Kau tidak mungkin boleh melawannya sekarang. Dia terlalu kuat untuk kau..
Lagipun dia masih menyimpan senjata yang digunakan untuk membunuh kau.” Musa
menasihatkan. “Kau perlu kumpulkan tenaga kau sehingga kau betul-betul mempunyai
kuasa untuk memusnahkannya... Lagipun aku rasa, dia sudah berangkat ke India. Jadi kau
tidak perlu terlalu memikirkan tentang dirinya sekarang, Kasturi.”

“Kasturi sudah mati,” katanya dengan nada kesal. Wajahnya perlahan-lahan


berubah kepada bentuk sedia kala – hitam dan berkilat. Dia melihat kepada keadaan
dirinya yang mampu berubah itu. Keadaan ini membuatkan dirinya semakin keliru.

“Ya, Kasturi sudah mati.” Musa menganggukkan kepalanya. “Jadi aku rasa, mulai
sekarang, kau harus dikenali dengan nama lain.”

Musa kemudian menjelaskan kepada Kasturi bahawa dia mempunyai kuasa yang
berada di luar jangkauan manusia biasa. Dia juga memberitahu kepada Kasturi bahawa
mulai sekarang, nama sebenarnya tidak perlu diketahui oleh sesiapapun, kerana itulah
satu-satunya cara untuk sihir dapat digunakan bagi menumpaskannya. Selain dari itu,
kelemahannya adalah kepada senjata yang digunakan untuk membunuhnya.

“Panggil sahaja aku Damak.” Akhirnya dia berkata apabila dia berfikir dengan
lama.

“Mengapa Damak?” tanya Musa ingin tahu.

“Damak adalah nama datukku...” Jawabnya perlahan. Dia tahu dia perlu
melupakan keluarganya dan segala-galanya yang bersangkut paut dengan kehidupannya
sebelum ini. “Tidak ada sesiapapun yang tahu tentang hal ini sekarang kecuali kau,
anggota keluargaku... Dan Awang.”

http://nizamzakaria.blogspot.com 139
*

Damak telah diajar Musa untuk mengawal setiap zarah di dalam tubuhnya. Satu
kebolehannya yang sehingga kini terus menerus membuatnya kaget setiap kali dia
mencuba kemampuan ini.

Perkara yang paling awal ya diajar Musa kepada Kasturi adalah cara untuk dia
bergerak menembusi tembok. Satu perkara yang dapat dilakukan Kasturi dengan mudah,
seperti mana yang dilakukannya sekarang. Kasturi cuba masuk ke dalam sebuah rumah di
Kampung Jawa. Apabila dia menembusi dinding papan di dalam rumah tersebut, segala
zarah di tubuhnya bergetar, berpisah, lalu bergerak ke dalam tembok kayu itu sebelum
zarahnya bercantum semula di bahagian yang berjaya ditembusinya.

Damak masuk ke dalam bilik seorang anak gadis yang sedang tidur. Dia
meletakkan tangannya ke atas lengan gadis itu yang terdedah lalu menyedut tenaga
kehidupan gadis tersebut. Damak telah memastikan agar tenaga hidup gadis tersebut tidak
disedutnya sehingga mampu menyebabkan kematian. Apa yang pasti, di lengan gadis ini
akan terdapat tanda lebam berwarna hitam setelah dia selesai dengan tugasnya. Gadis ini
akan bangun di dalam keadaan kepenatan dan pasti akan jatuh sakit selama berhari-hari
lamanya. Si gadis kemudian akan menyalahkan perbuatan ‘pelesit’ kepada apa yang
berlaku kepadanya.

Walau bagaimanapun, ada kalanya, kehadiran Damak akan disedari oleh mangsa-
mangsanya yang tersedar sewaktu dia melakukan kerjanya ini. Apabila mereka menjerit,
Damak akan terus lari menembusi dinding rumah mereka lalu hilang entah ke mana. Apa
yang akan dilaporkan oleh mereka adalah kehadiran satu lembaga serba hitam bertubuh
yang kelihatan berkilat dan berminyak. Lama-kelamaan, lembaga yang hanya muncul di
waktu malam ini dikenali dengan nama Orang Minyak oleh penduduk-penduduk
tempatan...

Damak telah diberitahu Musa bahawa dia perlu mengumpul tenaga hidup 40
orang anak gadis yang masih belum terusik daranya sebelum dia memperoleh kuasa untuk
menyerupai seorang manusia biasa dan akhirnya dapat merubah jisim objek yang
disentuhnya kepada emas.

Seyogia, Sewaktu Damak keluar pada waktu malam untuk mencari mangsanya
inilah dia dapat melihat bagaimana Kota Melaka akhirnya benar-benar dapat dijajah
Portugis. Dia dapat melihat bagaimana pagar-pagar kayu telah dibina di sekeliling Kota
Melaka. Dilihatnya juga bagaimana beberapa buah masjid di Melaka diruntuhkan dan
batunya digunakan untuk membina sebuah kubu pertahanan di atas tapak bekas Istana
Sultan Melaka yang telah hangus dibakar Portugis. Kubu ini akhirnya dinamakan A
Famosa.

Damak serba salah melakukan kegiatannya sekarang. Dia serba salah, sebenarnya.
Dia tahu apa yang dilakukannya ini melampaui batas, tetapi dia perlu melakukan sesuatu
agar dia mampu kelihatan seperti manusia biasa. Dia tidak sanggup melihat keadaannya

http://nizamzakaria.blogspot.com 140
seperti sekarang. Dia tidak boleh keluar pada waktu siang kerana takut dirinya yang
hodoh itu akan diketahui orang ramai. Dia perlu kelihatan seperti manusia biasa!

Semakin ramai anak dara yang dijadikan mangsa Damak, semakin bertambah-
tambah lagi kuasa yang ada di dalam dirinya. Kini, Damak dapat mengumpul zarah-zarah
yang ada di kawasan sekelilingnya lalu mencipta bahan-bahan yang kecil seperti
segenggam beras ataupun secawan air. Air panas boleh dibekukan serta-merta hanya
dengan menyentuhnya dan mengawal getaran zarah air. Ini tidak dikira lagi bentuk-
bentuk luar biasa yang dapat dilakukan kepada dirinya sendiri, seperti mengubah bentuk
wajahnya dan tubuhnya kepada apa sahaja yang dimahukannya.

Pada masanya apabila cukup 40 orang anak gadis yang berjaya diserap tenaga
hidup mereka oleh Damak, dia merasakan dia akan dapat melakukan perkara-perkara
yang lebih hebat lagi... Mungkin, mengubah logam biasa kepada emas hanya sebahagian
sahaja dari perkara-perkara yang lebih hebat yang dapat dilakukannya nanti!

http://nizamzakaria.blogspot.com 141
Buku II. Bab 5

Syahadan, cerita mengenai ‘orang minyak’ yang semakin mengganas kini sudah menular
hingga ke Muar. Sepencapai tujuh keturunan gamaknya ceritera mengenai orang minyak
ini akan diturunkan agar anak-anak gadis dijaga dengan baik supaya mereka tidak
menjadi mangsanya. Apabila cakapan tentang orang minyak ini menular ke luar Melaka,
maka timbullah hikayat orang minyak yang merogol anak-anak gadis agar ia akan dapat
hidup dengan lama dan kebal. Maka begitulah alkisahnya.

Sememangnya Damak merasakan dirinya tak ubah seperti seorang pencuri masuk ke
dalam rumah orang-orang yang tidak di kenalinya di Melaka hanya untuk menyedut
tenaga hidup anak dara yang tidak berdosa sehingga mereka tinggal nyawa-nyawa ikan.
Damak tahu ada di antara mereka yang jatuh sakit sehingga berminggu-minggu lamanya,
meracau seperti orang yang telah disampuk.

Pada hari itu, Damak mendapat tahu seorang gadis yang telah menjadi mangsanya
yang ke-32 mati setelah seminggu tidak sedarkan diri. Gadis yang telah menjadi
mangsanya ke-33nya semalam, kini berada di dalam keadaan tenat.

Damak keliru. Dia tidak faham apa yang sedang berlaku sekarang. Dia dapat
merasakan dirinya semakin bertenaga, tetapi di dalam masa yang sama, gadis-gadis yang
menjadi mangsanya yang ke 29, 30 dan 31 mengalami sakit-sakit teruk, seolah-olah
perbuatannya boleh mendatangkan musibah kepada mereka.

Buat masa ini, dengan kuasanya yang semakin hari semakin bertambah, Damak
dapat menggunakan kuasanya mendengar cetusan hati orang-orang yang berada di
sekelilingnya. Suara-suara beberapa orang penduduk di Kampung Arab dapat
didengarnya. Dia mendapati ada di antara mereka mencetuskan kata-kata benci terhadap
Musa setiap kali mereka melintasi rumahnya.

Pada satu hari, dia dapat mendengar cemuhan seorang pedagang Arab yang
cukup-cukup benci kepada Musa. Dia telah mendakwa kepada seorang kenalannya
bahawa Musa adalah seorang tali barut Portugis. Kata-kata pedagang Arab itu telah
membuatkan Damak terkejut. Sukar untuk dia mempercayai perkara ini, walaupun jauh di
dalam hatinya, dia tahu apa yang disebutkan oleh pedagang Arab itu benar.

“Apa yang telah berlaku kepada diriku?” tanya Damak kepada Musa sebaik sahaja
Musa pulang ke rumahnya. Seperti biasa, sebaik sahaja dia pulang ke rumahnya setelah
sehari suntuk bekerja di kedai ubatnya, dia akan memberi Damak alamat rumah yang
harus dicerobohinya pada waktu malam.

“Apa maksud kau?”

“Mereka yang menjadi mangsa aku tenat keadaannya.”

http://nizamzakaria.blogspot.com 142
“Kau tak perlu risaukan tentang itu semua!” Musa berdecit dan menjeling dengan
wajah kurang sabar.

“Bapaku bomoh... Sejak kecil lagi aku telah didik untuk menjadi bomoh agar aku
dapat ubat mereka yang sakit, bukan menyebabkan kematian!” sambut Damak marah-
marah.

“Telah ku katakan, kau tidak perlu risau akan ini semua!” Musa menyusun
beberapa biji botol berubat di dalam bilik di belakang rumahnya. Sesekali dia akan
memandang ke arah bayangan wajah marah Damak yang dapat dilihatnya terpancar
melalui botol-botolnya. Damak sedang berdiri di belakangnya dengan wajah yang
bengkeng.

“Tapi seorang gadis telah mati!”

“Semangatnya lemah...” Musa memberi alasan seolah tak ada apa yang berlaku.

“Tapi sejak kebelakangan ini, gadis-gadis yang menjadi mangsaku sering berada
di dalam keadaan tenat!”

“Perkara ini tak dapat kau elakkan.”

“Maksud kau?”

“Apabila tenaga kau semakin kuat, kau akan menyebabkan mangsa-mangsa kau
jatuh sakit atau mati apabila kau menyedut tenaga hidup mereka.”

“Tapi mengapa? Aku telah cuba sedaya-upaya untuk memastikan agar aku hanya
menyedut sebahagian sahaja dari tenaga hidup mereka! Aku telah melakukan kerja aku
dengan berhati-hati!”

“Entahlah, jangan kau tanya benda-benda ini kepadaku.” Ujar Musa, walaupun dia
tahu bahawa keadaan Damak yang semakin kuat itu umpama dirinya menyedut tenaga
mangsanya dengan lebih rakus dan cepat lalu menyebabkan ‘kecederaan’ dalaman di
dalam mangsa-mangsanya sehingga sukar untuk mereka menggantikan tenaga dalaman
mereka kembali. Perkara ini langsung tidak disebutkan Musa, kerana dia tidak mahu
Damak tahu. Yang penting baginya sekarang, Damak perlu mendapatkan tenaga hidup 40
orang gadis agar dia sendiri dapat mengecap segala kekayaan yang bakal dapat disalurkan
kepadanya melalui Damak nanti.

Musa berpaling ke belakang untuk menghadap Damak. Dia tahu Damak


kerisauan. Dia perlu menenangkan Damak agar apa yang diimpikannya dapat
dikecapkannya tidak lama lagi. Katanya dengan suara memujuk kepada Damak.

“Sudah lah tu... Kau tak payah risaukan sangat. Malam ini kau ke rumah penghulu
Kampung Bugis. Dia mempunyai seorang anak dara yang boleh kau ambil tenaga
hidupnya. Aku pasti dia tidak akan diapa-apakan kau nanti.”

http://nizamzakaria.blogspot.com 143
Damak mengeluh lesu. Dia langsung terlupa untuk bertanyakan kepada Musa
tentang suara-suara sumbang yang didengari mengenai dirinya yang disebut-sebutkan
oleh jiran-jirannya. Lebih-lebih lagi apabila dia mendengar bunyi dentuman meriam yang
diletupkan dari arah kota A Famosa yang menandakan waktu berkurung untuk penduduk
Kota Melaka sudah pun bermula sebaik sahaja matahari tenggelam di ufuk barat.

Dengan pantas Damak menyusup masuk ke Kampung Bugis. Tubuhnya yang


gelap itu tidak mungkin dapat dilihat dengan mata kasar, lebih-lebih lagi apabila dia
merubah zarah di tubuhnya agar kelihatan seperti asap hitam yang bergerak menyelinap
masuk ke kawasan kampung.

Malam itu gelap gelita keadaannya. Awan berkepul-kepul di langit. Suasana


kampung terlalu sunyi.

Damak terus ke rumah penghulu Kampung Bugis. Didapatinya rumah penghulu


lebih besar dari rumah-rumah pedagang Bugis di kampung tersebut. Rumah itu, seperti
rumah-rumah lain di Kota Melaka pada waktu itu, kelihatan seperti tidak dihuni – senyap
sunyi akibat perintah berkurung yang telah diarahkan oleh pemerintah Portugis ditambah
lagi penduduk-penduduk kampung terlalu takut untuk keluar malam kerana mereka
bimbang akan bertemu ‘orang minyak’ yang dikatakan sedang mengganas dan membunuh
sesiapa sahaja yang bertembung dengannya.

“Jangan ganggu penghuni rumah ini!” pinta makhluk aneh yang ditemui Damak di
bawah rumah penghulu Kampung Bugis. Damak terkejut melihat dirinya ditegur begini.
Sememangnya sebelum ini dia ada bertembung dengan makhluk-makhluk halus berbagai
rupa melalui penglihatan matanya yang baru ini, tetapi dia tidak pernah ditegur atau
diganggu. Hari ini lain pula keadaannya.

“Siapa kau? Berani kau menegur aku!” tanya Damak dengan tegas, dia merubah
bentuk kejadiannya dari susunan kepulan asap hitam kepada bentuk manusia yang hitam
dan berkilat.

Damak dapat melihat makhluk di hadapannya ini bertubuh lebih tinggi dari
manusia biasa dengan wajah yang menakutkan. Matanya besar terbeliak dengan mulut
yang dipenuhi dengan gigi yang tajam. Seluruh bahagian tubuhnya berbulu lebat.

“Kau tidak perlu tahu siapa kami!” jawabnya dengan suara yang berlapis-lapis
seolah ada beberapa orang yang sedang bercakap di dalam masa yang sama.

“Kau makhluk genderuwo... Bukan aku tak tahu!” jerkah Damak. “Kenapa kau
mahu menghalang aku dari melakukan pekerjaan aku ini? Apa kena mengena kau dengan
tuan rumah ini?”

http://nizamzakaria.blogspot.com 144
“Ini tugas kami. Biar kami lakukan tugas kami!” tegasnya dengan angkuh. Dia
terus berdiri teguh di hadapan rumah penghulu seolah menjadi pengawal di sana.

“Apa tugas kau yang sebenarnya wahai genderuwo!”

“Menjaga manusia di dalam rumah ini agar tidak diganggu kau!” si genderuwo
menyeringai untuk menakutkan Damak. “Nyah kau dari sini! Kalau tidak padah jadinya!”

Damak tidak tahu jika dia harus merasa takut atau bimbang pada waktu itu. Dia
sendiri mampu menjadi makhluk yang lebih menakutkan jika dia mahu. Pada masa itu,
perasaannya cukup marah. Damak cukup pantang jika dirinya diugut begitu. Dia
mendekatkan dirinya kepada genderuwo yang berbulu dan berwajah bengis itu.

“Siapa tuan kau?” tanya Damak dengan membeliakkan matanya.

“Kau tidak perlu tahu!” genderuwo cuba menolak tubuh Damak yang berminyak
itu dengan kuat. Tetapi tubuh Damak terlalu kebal dan kuat. Dia langsung tidak dapat
digerakkan gederuwo dari kedudukan berdirinya.

“Aku perlu tahu!” bentak Damak. Dia dapat merasakan dia dapat melakukan
sesuatu untuk sekurang-kurangnya melemahkan makhluk di hadapannya. Damak
mendekatkan tangannya kepada makhluk itu lalu menyerap seberapa banyak tenaga
kehidupan yang ada di dalam tubuh genderuwo sehingga ia merintih lalu meminta Damak
agar berhenti serta-merta dari menyeksanya begitu.

“Apa yang telah kau lakukan kepada kami?” genderuwo terbongkok menahan
sakit.

“Siapa tuan kau! Beritahu kepadaku atau aku akan musnahkan kau sekarang
juga!” pekik Damak. Suaranya jitu. Dia tahu apa yang sedang berlaku sekarang tidak
mungkin akan disedari oleh manusia dengan deria mereka yang terhad.

Mahkluk itu tiba-tiba kaku. Ia seperti sedang mendengar arahan yang hanya dapat
didengar oleh dirinya.

“Tuan kami meminta kami agar membawa kau pergi berjumpa dengannya
sekarang juga!”

“Mengapa?”

“Kerana dia mempunyai sesuatu yang mahu diwartakan kepada kau, wahai orang
minyak!”

Damak tidak tahu jika dia harus mendengar kata-kata genderuwo gergasi berbulu
itu atau terus memusnahkannya. Tapi entah mengapa, dirasakannya dia harus mendengar
suara nalurinya. Dia dapat merasakan dia harus bertemu dengan tuan makhluk ini untuk
mendengar apa yang mahu diberitahu kepadanya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 145
Damak memberi isyarat setuju dengan menganggukkan kepalanya. Makhluk
gederuwo kemudian membelakanginya lalu memintanya supaya mengikutnya dari
belakang. Damak berubah kepada kepulan asap hitam lalu mengikut ke mana sahaja si
genderuwo pergi. Si genderuwo bergerak dengan pantas merentas kawasan kampung
sehingga ke bahagian hujung kampung berdekatan. Di situ, si genderuwo menjemput
Damak masuk ke dalam sebuah rumah kecil di tepi laut. Dia memberitahu kepada Damak
bahawa tuannya sedang menunggu di dalam rumah.

Damak mendapati dia sedang berhadapan dengan seorang dukun hindu dari Jawa.
Apabila dukun itu mendongak lalu memandang Damak, dia nampak sedikit kagum
melihat kejadian Damak yang bermula dari kepulan asap hitam berubah kepada bentuk
lembaga manusia hitam di hadapannya. Dia mula sedar bahawa dia sedang berhadapan
dengan satu makhluk yang mempunyai kuasa di luar jangkauan ilmunya.

“Kenapa aku diseru untuk menemuimu, wahai tuan dukun?” tanya Damak
menagih jawapan. Suaranya tenang ketika dia sedang duduk bersila menghadap dukun
hindu yang sedang memakai pakaian serba putih dan berusia agak tua itu.

“Kau bukan makhluk seperti genderuwoku ini... Jadi apakah engkau sebenarnya?”
si dukun bertanya pula, tanpa menjawab soalan Damak tadi.

“Sebelum aku menjawab... Boleh aku tanya siapa nama kau yang sebenarnya
wahai dukun?”

“Miharja...” jawabnya dengan membiarkan bekas kemenyan yang diletakkan di


hadapannya terus terbakar mengeluarkan bau wangi yang memenuhi rumahnya.

“Sebenarnya aku sendiri tidak tahu tentang kejadianku yang sebenar, Miharja.”
Damak berterus terang. Suaranya jelas hampa kerana dia tidak mungkin tahu menjelaskan
keadaan dirinya itu kepada Miharja.

“Apa-apa pun... Aku tahu kau mempunyai hati yang baik. Jadi aku minta supaya
kau berhenti melakukan apa yang lakukan sekarang kepada penduduk-penduduk Melaka.
Mereka sebenarnya takutkan kepadamu.” Ujar Miharja dengan loghat Jawa yang pekat.

“Jadi kau telah ditugaskan untuk menumpaskan ku?” Damak cuba meneka,
walaupun dia sememangnya tahu Miharja berniat baik.

“Tidak... Tugasku sekadar untuk melindungi isi rumah penghulu Kampung Bugis
yang cuba kau jadikan mangsa kau tadi... Terutamanya anak gadisnya.” Miharja berterus
terang tentang tugas yang telah diamanahkan kepadanya.

Damak termenung buat seketika. Dia merasa serba salah. Dia memandang kepada
keadaan rumah dukun samar-samar diterangi cahaya pelita. Di dalam rumah dukun tua ini
didapatinya banyak tersimpan daun-daun lontar yang tertulis dengan mantera pelbagai
jenis yang ditulis dalam bahawa Jawa yang digunakan Miharja untuk mengerjakan

http://nizamzakaria.blogspot.com 146
tugasnya. Di hadapan si dukun itu dia dapat melihat sebiji mangkuk porselin yang diisi
dengan air dan ditaburi kelopak dari tujuh jenis bunga.

“Kau mahu aku berhenti?”

“Ya, berhentilah sebelum kau menyesal nanti... Aku tahu kau tidak mahu
melakukan ini semua. Kau tidak mahu membunuh mereka yang tidak bersalah.” Ujar
Miharja bersungguh-sungguh. Suaranya perlahan, tetapi jelas didengar Damak. “Makhluk
sepertimu... Walaupun tidak pernah aku temui sebelum ini, aku pasti bukan makhluk
yang jahat.”

“Tapi bagaimana dengan diriku? Aku tidak mahu terus menerus begini! Aku
perlukan mereka untuk berubah menjadi seperti sedia kala.”

“Kau tidak mungkin boleh menjadi manusia biasa... Kau bukan manusia lagi.”

Damak mengeluh lesu.

“Aku tahu kau telah dianiaya...” Ujar si dukun sewaktu menilik air di dalam
mangkuk dengan suara simpati.

“Ya... Aku telah dianiaya oleh makhluk vampiro dari negara atas angin—“

“Tetapi bukan itu yang dapat aku lihat sekarang...” pintas Miharja mengusik
kandungan air di dalam mangkuk dengan menggunakan kerisnya.

“Apa yang dapat kau lihat?”

“Aku dapat melihat kau sebenarnya dianiaya oleh seorang ahli sihir Arab...” Si
dukun tekun memandang ke dalam mangkuknya sambil menghiris sepotong buah limau
nipis dengan kerisnya itu lalu hirisan itu jatuh ke dalam mangkuk.

“Apa? Kau pasti?” tanya Damak sambil membetulkan kedudukan silanya.

“Kau sendiri sudah tahu tentang hal ini, bukan? Cuma kau sukar untuk
mempercayainya sendiri...”

Damak mendengus marah. Dia cuba memikirkan jika Miharja cuba menipunya
dengan mengelirukannya, tetapi dia dapat merasakan bahawa Miharja bukan jenis dukun
yang mengamalkan ilmu hitam untuk bertujuan jahat. Miharja seperti bapanya juga,
seorang dukun yang mengamalkan ilmu yang dipelajarinya untuk membantu orang yang
berada dalam keadaan kesusahan.

“Kau pasti ahli Sihir Arab itu yang telah mengkhianatiku?” tanya Damak cuba
memastikan.

http://nizamzakaria.blogspot.com 147
“Ya... Dialah yang telah merancang agar kau ditangkap makhluk vampiro yang
kau sebutkan itu dan akhirnya dibunuh mengikut cara yang dimahukannya.” Mata si
dukun berkelip-kelip memandang ke arah dalam mangkuk sebelum dia berpaling ke arah
lain. Dia tidak sanggup melihat apa yang dapat dilihatnya pada ketika itu – penyeksaan
kepada diri Damak di saat-saat terakhir kehidupannya.

“Aku perlu pergi!” Damak membelakangkan dirinya. Dia mahu menemui ahli
sihir Arab bedebah itu lalu membunuhnya dengan tangannya sendiri.

“Kau terlalu marah... Kau tidak sepatutnya begitu marah begini.” Miharja
menasihati. Dia seolah dapat merasakan beban amarah yang dibawa di dalam diri Damak
selama ini. Miharja tahu bahawa di dalam keadaan marah, makhluk yang berkuasa seperti
Damak memang bahaya.

“Jadi fikirmu apa yang patut aku lakukan?”

“Berjumpa dengan Gusti Puteri Gunung Ledang.” Miharja menyarankan.

“Mengapa?” sukar buat Damak menerima saranan Miharja, kerana dia tahu betapa
sukarnya untuk orang sembarangan berjumpa dengan Puteri lagenda itu. Tapi dia bukan
orang sembarangan lagi, fikirnya.

“Aku rasa, mungkin dia dapat membantumu.” Kata Miharja dengan ikhlas. Dia
betul-betul mahu membantu Damak.

Damak tidak menjawab. Matanya tertunduk ke bawah sebelum dia memandang ke


arah wajah jernih Miharja. “Biar aku fikirkan dahulu.”

Damak keluar dari rumah kecil Miharja. Di luar dia dapat melihat lembaga
berbulu genderuwo sekadar memandang kepada sebelum menunduk hormat.

“Maafkan aku kepada segala apa yang telah aku lakukan kepada kau tadi.” Kata
Damak dengan perlahan. Dia terus memandang ke arah genderuwo sebelum dia
menukarkan dirinya kepada kepulan asap hitam lalu bergerak ke arah Kampung Arab
dengan perasaan marah penuh dendam...

http://nizamzakaria.blogspot.com 148
Buku II. Bab 6

Pada subuh itu, Damak masuk ke rumah Musa dengan terus merempuh pintunya sehingga
pecah. Musa bangun dari tidurnya untuk melihat apa yang berlaku. Fikirnya tentera
Portugis telah membuat kesilapan dengan menceroboh masuk ke dalam rumahnya seperti
mana yang sering mereka lakukan kepada beberapa pedagang Arab di sini. Dia cepat-
cepat mengeluarkan bendera Portugis yang ada disimpannya di sebuah kotak di tepi
katilnya lalu berjalan keluar dari kamar tidurnya. Dia dapati tidak ada sesiapapun di situ.
Keadaan di rumahnya senyap sepi.

Tubuh Damak perlahan-lahan muncul di hadapannya. Musa terkejut. Dia cuba


menyembunyikan bendera Portugis ke belakang, tetapi Damak cepat-cepat menggenggam
tangannya. Damak mengambil bendera itu lalu mencampaknya ke tepi. Bendera itu sudah
cukup untuk menjadi bukti pengkhianatan Musa terhadap dirinya.

Musa kini sedar bahawa Damak telah mengetahui tentang apa yang telah
dilakukan kepadanya. Musa dapat melihat wajah Damak yang menakutkan. Matanya
merah menyala. Dia menyeringai sehingga menampakkan taringnya yang tajam.

Musa menjerit sekuat hati meminta tolong. Dia memberitahu kepada jiran-
jirannya bahawa dia telah diserang orang minyak. Tidak seorang pun mahu membantu.
Mereka semua tahu dia adalah tali barut Portugis. Ada di antara mereka yang terus
menutup tingkap rumah masing-masing kerana tidak mahu mendengar jeritan Musa. Di
dalam kepala Damak pula, dia dapat mendengar bahawa terdapat beberapa orang jirannya
yang mengatakan dia layak sahaja mati. Mereka sesungguhnya tidak senang dengan
kehadiran seorang petualang yang hidup di kawasan perumahan mereka...

Damak menggenggam leher Musa dengan kuat. Dia menyerap segala tenaga hidup
Musa sebelum sempat Musa dapat melawan dengan membaca mantera-manteranya yang
difikirkan dapat digunakannya untuk melawan Damak.

Damak mengangkat tubuh Musa sehingga kakinya tidak mencecah tanah. Musa
memegang tangan Damak supaya dia dilepaskan. Di tangan Damak itu kini tumbuh duri-
duri tajam sehingga Musa terpaksa melepaskan genggamannya.

Tidak cukup dengan itu, Damak telah mengubah zarah-zarah kulit Musa. Tidak
sampai beberapa saat, bahagian kulit Musa terkupas dari tubuhnya hatta telah disimbah
dengan logam panas. Musa menggelupur menahan sakit yang amat sangat.

Musa cuba menjerit sekuat hati, tetapi dia tidak dapat melakukannya apabila
saluran pernafasannya dicengkam tangan Damak dengan kuat. Musa tidak pernah merasa
sebegitu terseksa sebelum ini. Kulitnya tertanggal dari tubuhnya seperti lilin yang cair.

Damak melepaskan genggamannya. Musa tidak bernafas lagi. Mayatnya dibiarkan


terjatuh di atas lantai.

http://nizamzakaria.blogspot.com 149
Damak duduk termenung memandang ke arah mayat Musa. Dia tidak tahu apa
yang akan dilakukannya sekarang. Dia tidak mungkin dapat hidup seperti manusia biasa,
kerana Musa telah mati bersama-sama pengetahuannya yang mungkin dapat digunakan
untuk membuat dirinya kelihatan seperti manusia lain.

Tapi mungkin ada cara lain selain dari apa yang dilakukannya sekarang. Mungkin
dia tidak perlu membunuh lagi.

Sebaik sahaja malam menjelang tiba, Damak terus merubah bentuk tubuhnya kepada
kepulan asap hitam lalu bergerak ke arah rumah Miharja. Setibanya di rumah Miharja di
tepi pantai itu, dia mendapati Miharja seperti sudah lama menunggu ketibaannya. Miharja
sedang berdiri menunggu di hadapan rumahnya.

Miharja memandang ke arah kepulan asap hitam di hadapannya lalu membuat


isyarat dengan tangannya supaya Damak masuk ke dalam rumahnya. Damak
mengumpulkan zarah-zarah tubuhnya lalu membentuk dirinya kepada tubuh manusia lalu
dia melangkah masuk ke dalam rumah Miharja.

Miharja mempersilakan Damak duduk menghadapnya. Tatkala itu, Miharja duduk


di atas alas kulit harimau. Wajahnya kelihatan jernih. Dia beraba-raba janggutnya yang
putih itu sambil berkata:

“Aku sudah beritahu kepada orang-orang kampung bahawa kau tidak akan
mengganggu mereka lagi.”

“Terima kasih...” ucap Damak dengan suara perlahan.

“Kau mempunyai kuasa yang hebat, kau tahu bukan?”

“Ya, aku tahu. Tapi apa gunanya kuasa ini semua jika aku kelihatan hodoh
begini?” Damak mahu kelihatan seperti manusia biasa. Itu sahaja yang dimahukannya
sekarang.

“Aku telah memberitahu kepada Gusti Puteri tentang dirimu...” Miharja bersuara
perlahan.

“Jadi apa katanya?”

“Katanya, dia mungkin boleh membantu... Jadi dia mahu kau pergi menemuinya
sendiri.”

“Tapi aku tidak tahu bagaimana untuk mencarinya!” Damak memegang dahinya.
Fikirannya buntu.

http://nizamzakaria.blogspot.com 150
“Kau boleh memulakan perjalanannya pada malam ini dengan merentas hutan
Melaka dengan menggunakan jalan denai sehingga membawamu ke Sungai Muar. Kau
perlu merentas sungai Muar lalu menunggu di hujung kampung Udang. Di sana ada orang
akan menunggumu lalu membawamu berjumpa dengan Gusti Puteri di keratonnya.”

“Jadi Gusti Puteri mempunyai jawapan tentang diriku ini... Dia boleh
membantuku nanti?”

“Mungkin... Gusti Puteri memang lebih mengerti tentang hal-hal seperti ini.
Percayalah.”

Damak mengangguk lesu. Dia bersalaman dengan Miharja sebelum dia meminta
dirinya untuk pergi ke ke arah Kampung Udang. Sebaik sahaja dia keluar dari rumah
Miharja, dia terus mengubah dirinya kepada bentuk kepulan asap hitam, lalu membiarkan
bayu malam membawanya pergi ke arah selatan...

Damak merentas Sungai Senduk pada subuh itu. Dia terus bergerak sehingga tiba di
penghujung Kampung Sungai Senduk. Di sana, dia merubah bentuk tubuhnya kepada
bentuk manusia lalu berjalan masuk ke dalam hutan.

Damak mendongakkan kepalanya. Dia dapat mencium bau haiwan buas. Bukan
satu atau dua ekor. Mungkin enam. Haiwan-haiwan ini sedang berjalan ke arahnya.
Langkah mereka langsung tidak kedengaran, tapi Damak tahu mereka sedang berada
semakin hampir kepadanya.

Damak memberhentikan langkahnya. Dia menoleh ke belakang. Dia dapat melihat


dua ekor harimau sedang mengekorinya. Apabila dia menoleh ke hadapan, ada pula
empat ekor harimau yang muncul entah dari mana.

Damak memandang ke langit. Dia memusingkan dirinya ke ufuk timur. Dia


berdiri dengan satu kaki lalu membaca mantera berikut:

“Om si Kumari! Mahadewi om!


Aku anak si rimau ganas!
Cucu baginda Ali!
Gemuruh akan suaraku
Halilintar akan mataku
Kilat akan senjataku
Bergentar bumi, bergentarlah aku
Bergerak bumi, bergeraklah aku.”

Harimau-harimau di hadapannya berhenti terpaku. Beberapa detik kemudian,


harimau-harimau ini berubah kepada bentuk manusia yang kelihatan seperti orang asli.
Mereka mendekati Damak yang telah mematikan kuasa mereka – satu perkara yang hanya
boleh dilakukan oleh mereka yang mempunyai ilmu kebatinan yang benar-benar hebat.

http://nizamzakaria.blogspot.com 151
“Jadi kamu lah orang benua yang akan membawa aku berjumpa dengan Gusti
Puteri di Gunung Ledang?” tanya Damak memerhatikan wajah-wajah mereka satu
persatu.

Orang-orang benua tidak menjawab. Mereka memandang di antara satu dengan


yang lain seperti ingin menjawab, tetapi dibiarkan sahaja soalan Damak itu tergantung
begitu sahaja.

“Kita perlu bertolak sekarang... Gusti Puteri pasti sedang menunggu,” salah
seorang dari orang orang-orang benua itu berkata, mewakili yang lain.

Damak mengangguk. Lalu dia mengubahkan bentuk tubuhnya kepada seekor


harimau kumbang yang mempunyai kulit serba hitam dan berkilat. Keenam-enam orang
benua yang ditemuinya terus mengubah tubuh mereka kepada harimau, lalu terus mereka
berjalan berlari dengan pantas ke dalam hutan rimba, menuju ke arah Johor...

Mereka hanya tiba ke keraton Gusti Puteri yang dimaksudkan Miharja pada senja hari itu.
Sesungguhnya, Damak terkesima melihat keraton Gusti Puteri yang telah dibina di
tengah-tengah kawasan hutan tebal di Johor. Apa yang pasti baginya sekarang, dia sedang
berada di kawasan jauh dari Gunung Ledang...

Suasana dingin dan berkabus menyelimuti kawasan Keraton. Damak dapat


melihat di sini terdapat beberapa orang dayang yang sedang menunggu ketibaannya.
Sebaik sahaja Damak melangkah ke dalam keraton, dia mengubah bentuk tubuhnya
kepada bentuk manusia.

Seorang wanita yang cantik rupa parasnya sedang menunggu di atas singgahsana.
Damak terus menuju ke situ lantas menundukkan kepalanya sebagai tanda hormat
sebelum dia memandang kembali untuk memandang wajah ke wanita cantik di
hadapannya. Tubuhnya langsing, tetapi berisi di tempat-tempat yang cukup cantik dan
elok jika ia kelihatan berisi di situ. Rambutnya hitam dan panjang. Matanya besar dan
bulat. Dia tidak kelihatan seperti seorang wanita Melayu, tetapi mungkin lebih kepada
wanita yang berasal dari kawasan Timur Tengah.

“Tidak sampai hati untuk aku melihat keadaanmu begini, Kasturi... Atau kau
mahu aku memanggilmu Damak?” ujar bicaranya tulus, nada suaranya halus dan irama
ayatnya bagus kedengarannya.

“Panggil saja saya dengan nama Damak, Gusti Puteri.” Dia menjawab dengan
perlahan. Matanya terus terpaku kepada kecantikan luar biasa yang ada pada wanita di
hadapannya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 152
“Nama penuhku, seperti yang dikenali satu masa dahulu di Sriwijaya; Raden Dewi
Chandra Kirana. Tetapi panggil sahaja aku dengan nama Kira... Selamat datang ke Kota
Gelanggi, Damak.” Suara Kira selembut sutera.

“Kota Gelanggi? Mengapa saya tidak dibawa ke Gunung Ledang?”

“Gusti Puteri Gunung Ledang itu adalah salah satu dari tujuh kembarku. Dia tidak
ada lagi di sini.” Kira memberitahu dengan suara yang lebih tegas. “Sejak dia tiada lagi di
sini, segala urusan-urusannya akan aku selesaikan sahaja di keraton ini.”

Damak termenung seketika. Dia memerhatikan keadaan keraton batu yang indah
ini. Dia tidak kisah lagi siapa yang akan menolongnya, asalkan masalahnya itu dapat
diselesaikan.

“Jadi Kira pasti tahu mengapa saya telah ke mari dari Melaka...” sebut Damak
tanpa berdalih-dalih.

“Ya, Damak... Sudah pasti.”

“Jadi apa yang telah terjadi kepada saya? Mampukah saya berubah kepada sedia
kala?”

“Sudah pasti,” Kira tersenyum mesra. “Sebenarnya Damak... Aku telah lama
menunggu kemunculanmu.” Kata Kira sambil tersenyum.

“Saya tidak faham—“

“Kau fikir aku bersemayam di hutan tebal seperti ini untuk bersuka-suka?” tanya
Kira lantas menjeling. Dia berdiri dari singgahsananya lalu berjalan ke arah Damak. “Kita
telah ditakdirkan agar bertemu... Di sini. Di saat ini.”

“Untuk apa?”

“Buat masa ini kau tidak perlu tahu untuk apa.” Kira menyuruh dayang-dayangnya
pergi. Mereka terus meninggalkan kawasan singgahsana tanpa banyak soal. “Apa yang
kau perlu tahu, aku mampu untuk mengubah keadaan kau sekarang kepada rupa manusia,
seperti mana kau mahu.”

Mata Damak bersinar-sinar dengan penuh harapan. Tapi dia yakin, tentu ada
sesuatu yang perlu dilakukannya sebagai balasan kepada apa yang dimintanya ini.

“Kau perlu lakukan satu tugas yang penting apabila semua ini selesai nanti. Kau
perlu membunuh seteruku, seorang vampiro bernama Tiresias. Selepas itu, kau boleh
pergi bebas melakukan apa sahaja yang kau mahu... Termasuk memburu golongan
vampiro yang lain seperti vampiro yang bernama Cassius yang telah membunuh jasad
manusiamu dahulu.”

http://nizamzakaria.blogspot.com 153
Damak mengangguk setuju. Malah buat masa ini, dia sanggup melakukan apa
sahaja yang diminta Kira.

Semasa Kira berhadapan dengan Damak, dia terus memegang wajahnya yang
hitam itu dengan kedua belah tangannya. Mata mereka bertembung. Kira mengeluarkan
cahaya yang terang dari matanya. Damak tidak dapat mengelipkan matanya. Lama-
kelamaan dunianya gelap, lalu terus dia terus tidak sedarkan diri.

Apabila Damak membuka matanya. Dia mendapati dirinya sedang berada di dalam
sebuah kamar. Damak kurang pasti apa yang telah dilakukan kepadanya. Apabila Damak
memerhatikan dirinya, dia mendapati dia kelihatan seperti manusia biasa. Tubuhnya tidak
hitam dan berminyak lagi. Damak terkesima melihatkan keadaan dirinya yang kelihatan
seperti dirinya dahulu. Damak menjerit sekuat hatinya dalam kegembiraannya.

Kira tiba-tiba masuk ke dalam kamarnya itu sambil tersenyum. Sebaik sahaja
Damak melihat kehadiran Kira, dia merubah zarah-zarah di tubuhnya agar menampakkan
dia sedang memakai persalinan seorang pendekar Melayu dari keadaannya berbogel
sebelum ini.

Damak merasa begitu gembira sehinggakan perkara pertama yang ingin dilakukan
pada ketika itu adalah untuk pulang ke Melaka untuk menemui keluarganya. Katanya
kepada Kira:

“Saya perlu menemui keluarga saya. Mereka pasti rindukan saya. Lagipun mereka
tidak tahu jika saya mati atau masih hidup—“

“Kau boleh lupakan tentang mereka, Damak.” Pintas Kira berterus terang.

“Tapi mengapa?”

“Kau telah ditidurkan buat satu jangka masa yang lama... Mungkin terlalu lama.”

“Apa?”

“Sejak kau tidur... Melaka telah dirampas Belanda dari tangan Portugis.”

“Belanda?”

“Belanda adalah sebuah negara kecil di barat Eropah...” Kira memberitahu sesuatu
yang baru bagi Damak. Dia tersenyum, menampak kepuasan yang sukar dibaca Damak.

“Berapa lama saya berada di dalam keadaan tidak sedarkan diri?” tanya Damak
ingin tahu, suaranya berubah sedih. Dia kurang pasti jika sekarang sia-sia sahaja dia
hidup, walaupun sekarang dia dapat apa yang dimahukannya jika semua orang yang
disayanginya sudah tidak ada lagi.

http://nizamzakaria.blogspot.com 154
“Kau akan tahu juga nanti apabila kita bersama-sama ke Melaka...” Jawab Kira.
“Tapi sebelum itu, berehatlah di sini dulu. Banyak yang perlu kau pelajari agar kau dapat
mengawal kuasa yang ada di dalam diri kau ini.”

Damak mengangguk setuju walaupun jiwanya tidak tenteram. Dia tidak tahu jika
dia harus menyesali kepada apa yang berlaku kepada dirinya sekarang ataupun
mensyukurinya. Kepalanya terlalu berserabut untuk menelan segala apa yang baru sahaja
diketahuinya sekarang.

http://nizamzakaria.blogspot.com 155
Buku II. Bab 7

Damak memandang ke arah Kota Melaka yang telah berubah setelah 275 tahun berlalu
tanpa pengetahuannya. Sukar untuk dia mempercayai apa yang dilihatnya sekarang. Lanca
yang dinaikinya bersama Kira sedang melalui Kota Melaka di sebuah kawasan yang kini
dikenali dengan nama Dataran Stadthuys. Di sana dia dapat melihat rumah rasmi Gabenor
Pieter Gerardus De Bruijn yang telah dibina dengan batu bata yang telah diimport dari
Zecland, Belanda. Kota Melaka dikelilingi dengan sebuah kubu batu yang nampak gah
melindungi penempatan Belanda dari serangan dari luar. Terutamanya serangan dari
Bugis yang mahu merampas Melaka dari tangan Belanda.

Damak mendapati Melaka seperti telah kehilangan serinya. Melaka bukan lagi
pusat perdagangan di mana terdapatnya segala kekayaan dunia yang membuat kota ini
kaya raya dan penduduknya makmur dan sejahtera. Kota yang pernah melihat empat ribu
kapal dagang asing yang berlabuh di pelabuhan Melaka dan lapan puluh empat bahasa
boleh di dengari di pasarnya. Kedatangan Portugis ke Melaka telah merubah segala-
galanya dan kini, Belanda telah meletakkan Melaka sebagai sebuah penempatan sebelah
barat kepada tanah jajahan mereka di Indonesia yang jauh lebih besar dan penting. Hal
ehwal perdagangan kini semuanya ditumpukan ke Betawi. Pihak Belanda masih tidak
mahu melepaskan Melaka semata-mata kerana mereka tidak mahu kuasa Eropah yang
lain bertapak di daerah ini yang dikawal mereka. Jadi, hari demi hari, kegemilangan
Melaka sebagai pusat perdagangan semakin dilupakan.

Kegemilangan yang pernah dikecap Melaka kini dilupakan oleh semua orang,
kecuali mungkin oleh Damak yang telah melihat dengan mata kepalanya sendiri kekayaan
dan kemakmuran yang pernah dikecap oleh kota ini.

Damak mengesat air matanya ketika dia melihat keadaan Kota Melaka yang
terlalu banyak berubah sehingga dia sendiri tidak mengenalinya. Kini akhirnya dia pasti
bahawa tidak seorang pun yang dikenalinya masih hidup lagi pada tahun 1786 ini. Buat
pertama kalinya dia merasa begitu sepi.

"Kita akan tinggal di sini sementara kapal pedagang dari Mesir bawa kita berlayar
pada minggu hadapan." Beritahu Kira kepada Damak sewaktu lanca mereka membelok
ke arah Heerenstraat, atau Jalan Heeren, tempat tinggal para jutawan Belanda pada waktu
itu.

Damak sekadar mengangguk. Dia sedar bahawa dia perlu melakukan tugas yang
telah dijanjikannya kepada Kira untuk membunuh seorang vampiro yang dikatakan
sedang bersembunyi di Mesir.

"Kapal yang kita naiki nanti akan berlabuh sebentar di Marseille. Aku akan turun
di sana untuk ke Paris. Kau pula perlu teruskan perjalananmu lalu berlabuh di
Iskandariah. Pengikut-pengikutku akan menunggu kau di sana." Kira menjelaskan tanpa
memandang ke arah Damak. Matanya terus kepada rumah-rumah mewah yang telah
dibina di sepanjang Heerenstraat.

http://nizamzakaria.blogspot.com 156
"Saya ingin tahu mengapa Kira perlu ke Paris?" tanya Damak. Nama kota itu
terasa begitu asing untuk disebutnya. "Ada apa yang perlu Kira cari di sana?"

"Aku perlu mendapatkan sebuah manuskrip... Yang sepatutnya sudah boleh aku
dapatkan di sini." Wajah Kira terlukis penyesalan.

"Manuskrip?"

"Ya, sebuah manuskrip yang penting yang perlu dimusnahkan."

"Kira kata manuskrip yang Kira cari itu pernah berada di sini?"

"Ya... Sebelum sempat aku dapat mengambilnya dari Musa, si ahli sihir bedebah
itu telah menyerahkan manuskrip itu kepada vampiro Cassius." Jelas Kira yang telah
mengekori perjalanan Cassius yang pada ketika itu sengaja membuat dirinya ditangkap
Portugis di India agar dia dapat pergi ke Melaka untuk mendapatkan manuskrip berharga
itu dari Musa. "Jika bukan kerana aku terpaksa menguruskan hal si Lilith pada masa itu,
tak payah lagi aku bersusah-susah seperti sekarang!"

"Lilith?"

"Dia lebih dikenali di daerah ini dengan nama Puteri Gunung Ledang."

"Dan semuanya disebabkan oleh Gusti Puteri Gunung Ledang?"

"Ya, semuanya disebabkan olehnya!" Kata Kira dengan penuh dendam.

Lilith, salah seorang dari tujuh Daevas yang telah diasuh untuk jadi permaisuri
untuk Ahriman ini pernah menurunkan ilmu pengetahuannya kepada manusia di rantau
ini sehingga terbinanya candi di Prambanan, Borobudor dan Angkor Wat. Alkisahnya,
Lilith seorang Daevas telah jatuh cinta dengan Nakhoda Ragam, seorang nakhoda yang
tersohor. Percintaan mereka yang terlarang itu telah berakhir dengan tragedi. Nakhoda
Ragam dibunuh oleh para Daevas dan Lilith pula telah melarikan dirinya ke Gunung
Ledang bersama pengikut-pengikutnya, setelah kuasa yang ada di dalam dirinya ditarik
balik. Apabila Kira tiba di Melaka, Lilith cuba menghalang niatnya untuk cuba campur
tangan di dalam hal masa depan manusia, tetapi Lilith kurang berjaya, lalu terpaksa
membawa dirinya ke tempat lain. Sesungguhnya Lilith berdendam dengan kaumnya
sendiri kerana telah membunuh Nakhoda Ragam yang telah dicintainya dengan kejam.

"Di Mesir nanti aku pasti kau akan berjumpa dengan Lilith... Jika kau berpeluang,
kau harus membunuhnya... Kerana aku tidak mungkin dapat membunuh kembarku
sendiri." Kata Kira mengusap-usap rambutnya.

"Saya perlu membunuh Gusti Puteri Gunung Ledang?" tanya Damak seperti dia
tersalah dengar tadi.

http://nizamzakaria.blogspot.com 157
"Dia telah berubah menjadi makhluk yang menghisap darah... Kau fikirkan
mengapa dia minta Sultan Mahmud agar mendapatkan semangkuk darah dari anaknya
jika bukan kerana laparnya kepada darah manusia?" tanya Kira dengan sinis. Matanya
terus kepada Selat Melaka yang terbentang di hadapannya. "Dia musuh kau, Damak...
Begitu juga setiap vampiro yang ada di dunia ini. Mereka membunuh manusia untuk terus
hidup. Kau pasti tidak mahu makhluk seperti ini terus wujud di muka bumi ini, bukan?"

Damak mengangguk pasti. Matanya kini terus kepada sebuah lanca yang sedang
ditarik laju oleh seorang lelaki Cina di hadapannya. Seorang lelaki Belanda dengan tubuh
yang besar sedang duduk bersama seorang gadis Melayu bertubuh kecil. Damak pasti
gadis tersebut telah dijadikan bahan pemuas nafsu lelaki Belanda itu.

Lanca yang mereka naiki kini berhenti di sebuah banglo besar di tepi pantai.
Damak menarik nafasnya. Dia kenal benar dengan tempat ini, kerana baginya, inilah
tempat yang terakhir yang telah ditinggalkannya sebelum dia bertemu dengan Kira.

Miharja pernah tinggal di sini. Damak sedikit terkilan kerana tidak sempat
berterima kasih dengannya.

Kira turun dari lanca yang dinaikinya. Dia terus melangkah masuk ke dalam
banglo.

Damak melepaskan lelah yang terbuku di dadanya. Dia memandang ke langit.


Bayu laut menyapa wajahnya. Pembawa lanca berbangsa Cina itu memandang ke
arahnya, dengan penuh sabar menunggu habuan darinya. Damak tersenyum, lalu
mengambil seberapa biji batu kerikil di atas jalan. Damak menggenggam batu kerikil
yang dipungutnya tadi dengan kuat.

"Ini bayaran untuk kau." Damak membuka genggaman tangannya lalu


menyerahkan kepada pembawa lanca itu beberapa biji permata nilam. Pembawa lanca itu
mengucapkan terima kasih berkali-kali kepada Damak. "Malam ini ambil aku di sini.
Nanti akan aku berikan bayaran yang lumayan seperti yang aku berikan sekarang."

Si pembawa lanca mengangguk cepat. Dia mengelap keringatnya di dahinya


ketika dia melihat Damak melangkah masuk ke dalam rumah besar yang tersergam di
hadapannya.

Pada malam itu Damak telah mengarahkan tukang pembawa lanca supaya
membawanya ke kota Melaka. Keadaan malam agak hening. Walaupun malam baru
melabuhkan tirainya, jalan besar di Melaka ini senyap sunyi keadaannya. Jauh berbeza
rasanya dengan keadaan kota Melaka sebelum ia diserang Portugis dahulu.

Apabila mereka tiba berdekatan dengan gereja St. Paul, Damak terus meminta
pembawa lancar berhenti. Dia menyerahkan pembawa lanca itu beberapa butir permata
sebelum dia berjalan ke arah bukit di hadapannya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 158
Ketika dia masih hidup, kawasan ini merupakan sebuah kawasan larangan. Hanya
kerabat di raja Melaka yang dibenarkan masuk ke kawasan ini. Sememangnya inilah satu-
satunya kawasan di Melaka yang tidak pernah dilawati Damak dan entah mengapa, pada
malam itu dia terpanggil untuk melawati kawasan ini.

Damak memandang ke arah gereja St. Paul yang telah dibina oleh pihak Portugis
dan kini dibiarkan kosong oleh pihak Belanda. Beberapa ekor kelawar terbang keluar dari
gereja tua ini.

Tatkala itu kedengaran jeritan sayup-sayup seorang lelaki dari sebuah bangunan
batu di bawah bukit ini. Damak menoleh ke arah bangunan yang pada asalnya telah dibina
oleh pihak Portugis dan diberi nama Misericordia dan kini apabila pihak Belanda
mengambil alih, ia dinamakan Slavenburg pula.

Damak dapat merasakan bahawa bangunan yang kelihatan seperti tugu ini agak
keras. Dia dapat mengagak bahawa banyak nyawa telah mati di dalamnya.

Damak mengubahkan dirinya menjadi kepulan asap hitam lalu masuk ke dalam
bangunan Slavenburg. Dia mendapati keadaan dalam bangunan ini agak gelap. Terdapat
beberapa buah bilik yang dikenali dengan nama terongko gelap di mana beberapa orang
lelaki yang didapati bersalah oleh pihak Belanda di kurung di sana. Bilik itu terlalu gelap
sehingga mereka, yang dipenjarakan di dalam bilik itu tidak tahu perbezaan waktu siang
dan malam.

Di sebuah bilik di hadapan terongko gelap itu dia dapat melihat sebuah bilik yang
telah digunakan khas untuk menyeksa mereka yang bersalah. Damak dapat melihat suara
yang telah didengarinya tadi datangnya dari seorang pemuda Bugis yang berusia di awal
20-an.

Pemuda Bugis ini nampaknya sedang diseksa oleh seorang lelaki berbangsa
Perancis yang telah bekerja dengan pihak Belanda, manakala seorang pegawai tentera
Belanda pula sedang memerhatikan dengan wajah yang tenang.

Ketika bersembunyi di sebalik bayang-bayang gelap di dalam bilik itu, Damak


dapat melihat beberapa alat yang digunakan untuk menyeksa tahanan di sini. Alat-alat ini
kelihatan kejam dan menakutkan. Mata Damak kini memandang kepada sebuah tong
kayu bersaiz besar dengan paku-paku tajam terpacak di dalamnya. Dia mendapati tong itu
masih basah berdarah.

Damak merubah dirinya kepada bentuk manusia. Dia menyentuh tong itu. Di
dalam kepalanya dia dapat melihat seorang pemuda berbangsa Bugis di bawa ke atas
bukit yang dilawatinya tadi, lalu dimasukkan ke dalam tong ini lalu dibiarkan tong ini
berguling sehingga ke bawah bukit. Tubuhnya berkecai. Sepertinya dahulu, pemuda itu
dilihatnya mati di dalam keadaan terseksa.

http://nizamzakaria.blogspot.com 159
Sebatang besi yang merah menyala dicucuh di atas bahagian belakang pemuda
Bugis di hadapan Damak sehingga dia dapat melihat kepulan asap tebal berwarna kuning
keluar dari bahagian tubuhnya yang terbakar itu. Pemuda itu menjerit kesakitan.

Damak memegang tangan lelaki Perancis yang telah menyeksa pemuda Bugis itu.
Segala tenaga kehidupnya diserap Damak dengan begitu cepat sehingga dia mati terkulai
di dalam masa tidak sampai lima saat. Pegawai tentera Belanda yang sedang berada di
dalam bilik tersebut terkejut melihat apa yang telah berlaku di hadapannya. Dia ingin
menjerit meminta tolong, tetapi belum sempat dia dapat melakukan apa-apa, Damak telah
menggerakkan paku-paku tajam di dalam tong kayu yang telah disentuhnya tadi sehingga
paku-paku itu tercabut dengan sendirinya. Paku-paku yang tajam ini terapung di udara
buat beberapa saat sebelum ia terbang dengan laju menikam tubuh dan kepala pegawai
tentera Belanda - sebelum sempat dia dapat melarikan dirinya.

Pegawai Belanda itu rebah di hadapan pemuda Bugis dengan darah bercucuran
keluar dari setiap bahagian di tubuhnya yang telah dipaku sehingga darahnya itu
membasahi lantai.

Dengan sekali pandang, Damak dapat membuka gari yang memasung tangan dan
kaki pemuda Bugis di hadapannya.

"Terima kasih,' ujar pemuda itu lalu tersungkur di atas lantai. Damak mengangkat
tubuh pemuda itu. Dia cuma memastikan agar pemuda itu berada di dalam keadaan sedar.

"Siapa kamu sebenarnya?" tanya Damak ingin tahu.

"Daeng Ralaka... Pengikut Raja Haji." Beritahu pemuda tersebut sebelum dia
tidak sedarkan diri.

"Raja Haji?" tanya Damak kehairanan, langsung dia tidak mengenali nama raja
berketurunan Bugis ini yang telah cuba menyerang Kota Melaka buat beberapa kali
sehingga dia mati dibunuh Belanda di Tanjung Palas.

Damak terus-terusan tidak tahu bahawa ketika Raja Haji pergi menyerang Melaka
dengan bantuan seribu pahlawan Melayu Johor, Minangkabau dan Bugis termasuk
ketumbukan yang diketuai oleh Sultan Ibrahim dari Selangor di Teluk Ketapang,
penduduk-penduduk Melaka berbangsa Melayu, Cina, India dan Serani bersatu
membantu Belanda untuk mempertahankan kota mereka. Jika Damak mengetahui dengan
lebih lanjut tentang hal ini, pasti dia akan keliru melihatkan keadaan ini malah kecewa tak
sudah. Pasti dia tidak boleh menerima hakikat bahawa pada waktu itu kedudukan orang
Melayu agak lemah kerana mereka tidak mahu bersatu menentang penjajah. Malah,
kerajaan-kerajaan Melayu yang berpecah-belah ini mula mencari perlindungan dari
kuasa-kuasa Eropah untuk mempertahankan kerajaan mereka. Di sebelah utara, Sultan
Kedah, Sultan Abdullah Mukarram Syah tidak mempunyai jalan yang lain kecuali
mencari perlindungan dari pihak Inggeris agar kerajaannya tidak diserang Siam. Beliau
takut apa yang telah dilakukan Siam kepada Patani akan berlaku kepada Kedah - Siam
telah menyerang Kerajaan Patani yang sebelum ini berkeras tidak mahu membantu

http://nizamzakaria.blogspot.com 160
kerajaan Chakri dari Siam melawan serangan Burma. Sultan Muhammad dari Patani
mangkat tatkala mempertahankan Patani dari serangan Siam dan seterusnya kekalahan
Patani ini telah menyebabkan lebih 4,000 orang Melayu Patani diikat dengan rantai dan
dibawa ke Bangkok untuk dijadikan hamba tebusan...

Damak membawa Daeng Ralaka keluar dari bilik penyeksaan itu. Beberapa orang
pengawal Belanda yang telah melihat kelibat Damak terus menyerangnya, tetapi belum
sempat mereka dapat berbuat apa-apa, keadaan menjadi kelam-kabut apabila pintu-pintu
besi yang menutup terongko gelap, terbuka dengan sendirinya. Beberapa orang pemuda
yang telah di tahan di dalam bilik penjara itu keluar untuk membebaskan diri mereka.
Salah seorang dari mereka memandang ke arah Damak sebelum mengambil Daeng
Ralaka dari dakapannya. Damak terus berjalan lalu mendapatkan pengawal-pengawal
Belanda yang mula mengeluarkan senjata. Damak memandang penuh ke arah mereka
sambil membaca mantera berikut:

“Assalamualaikum
Jankia nama bapamu
Rabbana nama ibumu
Sang Mabok nama ubatmu
Naga umbang nama pelurumu
Jala patah nama suaramu
Akulah anakmu Raden Aria Misan Sekar dari dunia ini!”

Tanpa berfikir panjang, beberapa das tembakan dilepaskan oleh pengawal-


pengawal Belanda ke arah Damak yang sedang berdiri teguh dengan mulutnya terkumat-
kamit itu. Damak sekadar mengangkat tangannya seolah menggunakan tangannya untuk
menahan peluru-peluru yang ditujukan tepat ke arahnya.

Peluru-peluru yang keluar dari senapang Belanda itu berhenti di tengah jalan,
terapung-apung di udara buat seketika sebelum peluru-puluru itu kemudian berpatah balik
mengena ke arah pengawal-pengawal Belanda di bahagian kepala mereka.

Damak berjalan keluar dari bangunan Slavenburg dengan langkah yang perlahan.
Di belakangnya pemuda-pemuda Bugis yang telah ditangkap oleh Belanda yang telah
dibebaskannya berlari menyelamatkan diri mereka.

Damak mengeluh lesu. Dia akhirnya akur bahawa Melaka yang dilihatnya kini
lain dari Melaka yang pernah dikenalinya dahulu. Dia tunduk ke bumi. Sepasang kepak
yang lebar berwarna hitam muncul di belakangnya. Damak mendongak lalu terbang ke
langit malam membawa dirinya yang pasrah itu jauh dari kawasan Bukit St. Paul...

http://nizamzakaria.blogspot.com 161
Buku II. Bab 8

Hampir setahun rasanya Damak pergi memburu Tiresias, tetapi sukar rasanya untuk dia
mencari tempat persembunyian vampiro buta itu. Setiap kali dia membuat
penyiasatannya, dia akan tiba ke jalan yang buntu. Sering kali juga dia akan menemui
vampiro yang kebetulan berada di daerah Timur Tengah seperti di Istanbul, Baghdad dan
Aleppo. Vampiro-vampiro yang ditemuinya di kota-kota ini terus dibunuhnya walaupun
dia akur, makhluk vampiro sukar untuk dibunuh.

Damak terus melakukan penyiasatannya di kota Kaherah yang pada waktu itu,
pada tahun 1787, ia diperintah oleh Kerajaan Osmaniah. Sememangnya, pada waktu itu
suasana di Mesir agak tegang. Penduduk di Mesir rata-ratanya tidak senang dengan
penjajahan Kerajaan Osmaniah ke atas negara mereka. Cukai yang tinggi ditambah
dengan pendapatan yang rendah membuatkan ramai penduduk di Mesir hidup di dalam
kemiskinan. Segala kekayaan yang dikaut dari Mesir disalurkan terus ke Istanbul...

Pada satu hari, Damak telah diberitahu tentang legenda seorang pahlawan buta
yang menetap di Kota Saqqara. Selama lebih 400 tahun, penduduk yang tinggal
berdekatan dengan Saqqara dikatakan mendapat perlindungan dari pahlawan tersebut dari
anasir-anasir jahat yang datang mengganggu. Lantas sebagai balasan, setiap bulan ketika
bulan sedang mengambang penuh, seekor lembu akan diikat di hadapan sebuah makam
firaun. Terdapat desas-desus yang mengatakan pada keesokan harinya, lembu itu akan
mati dengan darahnya dihisap sehingga kering. Ada kalanya, mereka yang didapati
bersalah dan mahu dihukum mati akan diperlakukan dengan cara yang sama. Dan pesalah
itu juga akan mati dengan darahnya dihisap.

Setelah selesai mendengar legenda ini dari seorang tua yang ditemuinya ketika
sedang berehat sambil minum teh di bazar Khan el Khalily, Damak akhirnya yakin inilah
dia Tiresias yang diburunya selama ini. Pada keesokkan harinya, Damak terus
mengumpulkan beberapa orang pembunuh upahan dari Istanbul yang telah menjadi
pengikutnya sejak hari pertama dia mendarat di Iskandariah untuk pergi ke Saqqara
bersamanya.

Jadi pada tengah itu, Damak dan pengikut-pengikutnya telah bertolak dari
Kaherah untuk ke kota Saqqara. Damak cukup pasti bahawa dia akhirnya akan dapat
menunaikan janjinya kepada Kira - dan setelah dia membunuh Tiresias nanti, dapatlah dia
pulang ke Melaka dengan perasaan lebih tenang setelah janjinya ini akhirnya dapat
dikotakan...

Khalil, ketua kumpulan Frère Maçon yang berpusat di Istanbul itu memberitahu kepada
anaknya Hamza supaya menunggu di atas sampan sehingga mereka pulang. Hamza yang
masih berusia di lingkungan umur awal remaja itu hanya mampu mengangguk walaupun
dia sebenarnya mahu mengikut bapanya meneroka masuk ke dalam Kota Saqqara. Dalam
keadaan kesejukan, Hamza memeluk tubuhnya apabila angin bertiup kencang pada
malam itu. Air di sungai Nil berkocak-kocak. Hamza ketakutan apabila dibiarkan

http://nizamzakaria.blogspot.com 162
berseorangan menjaga sampan, lebih-lebih lagi dia selalu sahaja mendengar cerita-cerita
seram tentang penunggu-penunggu yang menjaga kota berhantu ini. Di dalam rasa
takutnya, dia membaca surah Yassin yang telah dihafalnya kuat-kuat agar dirinya dijauhi
penunggu-penunggu malam yang mungkin datang untuk mengganggunya.

Damak berjalan mengetuai kumpulannya. Dia memandang ke arah kota Saqqara


yang dijadikan kota tanah perkuburan para firaun ini dengan rasa kagum. Kota ini
walaupun sudah beribu tahun lamanya, masih kelihatan megah. Kota ini tidak
berpenghuni. Sunyi. Yang hanya kedengaran pada malam itu adalah bunyi desiran pasir
yang dibawa angin yang agak kencang. Memang tidak dinafikan, bunyi ini mampu
menakutkan sesiapa sahaja yang lemah semangat. Dan Damak yakin, jika pengikut-
pengikutnya dapat melihat apa yang dapat dilihatnya dari pandangan matanya, mungkin
mereka sudah lama lari lintang pukang. Kota ini keras. Di kiri kanannya sahaja dia dapat
melihat dua tiga kelibat lembaga-lembaga menakutkan yang sedang memerhatikan gerak-
geri mereka, tetapi Damak yakin, lembaga-lembaga ini tidak akan mengganggu. Mereka
sekadar mahu menjadi pemerhati kepada sesuatu yang bakal berlaku di sini.

“Dia ada di dalam sana.” Kata Damak dengan pasti, setelah lebih tiga jam dia
berjalan di sekitar kota mati ini untuk mencari petanda tempat persembunyian Tiresias.
Damak cukup pasti inilah tempatnya apabila dia dapat melihat makhluk halus bernama
Anubis yang bertubuh manusia berkepala anjing menudingkan jarinya ke arah tempat
yang hendak ditujunya sekarang...

Kini Damak dan pengikut-pengikutnya sedang berada di hadapan sebuah


bangunan berkotak-kotak yang bersambung ke kompleks makam raja Netjerikhet. Di
tengah-tengah kompleks ini terdapat sebuah piramid yang agak sederhana besarnya. Mata
Damak kini terus kepada pintu besar di bangunan yang berkotak-kotak ini.

“Kau berdua ikut aku ke dalam. Yang lain berjaga di luar.” Damak mengeluarkan
perintah dengan suara yang tegas. Pengikut-pengikutnya yang setia itu terus mengangguk
menurut arahan Damak tanpa banyak soal.

Damak masuk ke dalam bangunan yang gah ini. Tatkala berada di dalam, Damak
dapat melihat tulisan-tulisan hieroglif yang aneh sebaik sahaja Khalil menghidupkan
obor-obor yang ada terpasang di tepi-tepi dinding untuk menerangi jalan yang mereka
lalui. Jika di lain masa dan keadaan, pasti Damak mahu melihat tulisan-tulisan hieroglif
yang aneh-aneh ini. Tapi dia tidak mempunyai banyak masa. Damak kini pasti Tiresias
sudah pun tahu tentang hadirnya dia di sini untuk membunuhnya.

Mereka bertiga terus berjalan ke dalam kompleks makam ini sehinggalah mereka
menemui sebuah jalan mati. Di sini, Damak dapat melihat sebuah pintu palsu yang telah
diukir di atas sebuah dinding batu. Damak meletakkan tangannya ke atas permukaan
dinding tersebut. Dia dapat merasakan bahawa di sebalik dinding ini terdapat sebuah bilik
rahsia. Dia yakin seterunya, Tiresias ada bersembunyi di dalam bilik rahsia yang tersorok
di dalam kompleks makam raja Netjerikhet itu.

http://nizamzakaria.blogspot.com 163
“Mungkin dinding ini perlu dipecahkan.” Ucap Khalil kepada Damak, apabila dia
sedang memandang ke arah pintu palsu di hadapannya.

“Tak perlu...” sambut dapat dengan perlahan. “Kau perlu berjaga di sini. Bunuh
sesiapa sahaja yang kau temui.” Sebut Damak kemudian. Dia termenung seketika. Dia
mula dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena akan berlaku di sini sebentar lagi.

“Ada orang yang akan datang ke sini?” tanya Khalil dengan nada hairan. Kerana
setahunya, tidak ada sesiapapun yang mengekori mereka sejak tadi.

“Ya.” Damak menjeling ke arahnya sebelum dia menggetarkan zarah di dalam


tubuhnya lalu menembusi ke dalam pintu palsu yang telah diukir ke dalam dinding tebal
di hadapannya.

Kini Damak mendapati dia sedang berada di dalam sebuah bilik rahsia yang luas
dengan bumbung yang tinggi. Bilik ini juga dipenuhi dengan tulisan-tulisan hieroglif
yang tidak mungkin dapat dibacanya.

Tiresias nampaknya sedang menunggu kedatangan Damak. Wajahnya nampak


tenang. Walaupun dia buta, apa yang dapat dilihat di dalam mata hatinya lebih jelas dari
pandangan mata manusia biasa.

“Kau datang lebih awal dari yang aku jangkakan,” ujar Tiresias di dalam bahasa
Arab yang lancar.

“Aku datang di sini bukan untuk berbicara...” Damak memerhatikan mata Tiresias
yang putih tanpa anak mata itu. Dia mendapati wajah Tiresias jernih. Tiresias langsung
tidak nampak jahat atau menakutkan seperti yang difikirkan Damak selama ini.

“Aku tahu... Kira telah menghantarmu untuk membunuhku.” Ujar Tiresias dengan
nada bersahaja. “Jadi lakukan sahajalah apa yang kau rasa patut.”

Damak tidak menjawab. Dia dapat melihat Tiresias mula mengeluarkan


pedangnya.

“Kau berasal dari diriku... Kau tahu bukan?” tanya Tiresias sambil mengayunkan
pedangnya ke kiri dan ke kanan.

Damak terus mendiamkan dirinya. Dia mahu memerhatikan setiap gerak langkah
Tiresias dengan teliti. Dia perlu tahu apakah kekuatan dan kelemahan Terisias hanya
dengan pemerhatiannya tatkala itu.

“Kini setiap zarah dalam tubuhmu telah diganti dengan apa yang ada di dalam
darah Cassius. Dan apa yang ada di dalam Cassius berasal dari diriku juga.” Tiresias
mengingatkan.

http://nizamzakaria.blogspot.com 164
Sebatang obor yang diletakkan di tepi dinding, terbang ke arah Damak. Dia
mencapai obor yang diperbuat daripada batang besi itu. Dia mengubah zarah dan bentuk
obor itu agar berubah menjadi sebuah pedang perak yang tajam. Dia cukup benci
mendengarkan kalimah-kalimah yang keluar dari mulut dari Tiresias. Dia sememangnya
tidak perlu diingatkan tentang kejadian dirinya.

Tiresias tersenyum. Dia terus menyerang Damak. Pedangnya diayun ke arah


Damak. Damak menggunakan pedangnya untuk mengelakkan dirinya dari terkena pedang
Tiresias.

Damak mendapati sukar untuk dia melawan Tiresias. Pergerakannya terlalu


pantas. Tiresias dapat membaca setiap langkah yang diambilnya sebelum dia dapat
melakukannya. Damak mula akur bahawa Tiresias bukan calang-calang vampiro. Dia
bukanlah seperti vampiro-vampiro yang telah dibunuhnya sebelum ini.

Setelah lebih setengah jam mereka berlawan pedang, Tiresias membuka langkah
dengan terbang lalu memusingkan tubuhnya di udara. Buat beberapa saat Damak tidak
dapat melihatnya, kemudian tanpa disedarinya, pedang Tiresias menetak kepalanya
sehingga tubuhnya terbelah dua.

Apabila kedua-dua belah tubuh Damak jatuh ke atas lantai, tubuhnya itu berubah
menjadi beribu-ribu ekor lalat yang terbang lalu bersatu semula di belakang Tiresias.

“Masamu belum tiba lagi...” Ujar Tiresias sambil tersenyum tatkala menoleh
untuk menghadap Damak.

“Untuk apa?”

“Untuk mati...” Ujar Tiresias. Dia mendongakkan kepalanya. Dia seperti dapat
merasakan sesuatu yang sedang berlaku di luar bangunan makan di raja ini.

“Kau juga sukar untuk kubunuh!” jerkah Damak dengan marah. Fikirannya buntu.
Setelah hampir setahun dia memburu Tiresias, kini didapatinya musuhnya itu terlalu
sukar untuk dibunuh.

“Tapi aku akan membenarkan kau membunuhku.” Tiresias berjalan ke arah


Damak seperti seorang yang pasrah. Pedangnya diarahkan ke bawah.

“Tapi mengapa?” tanya Damak kehairanan. Dia tidak faham dengan tindak tanduk
Tiresias sekarang.

“Agar satu hari nanti kau akan lebih memahami.” Kata vampiro buta itu dengan
perlahan. Apabila dia mendekati Damak dia dapat melihat bagaimana kejadiannya itu
bermula di dalam mata hatinya. Dia dapat melihat bagaimana Damak akan menggila
membunuh seberapa ramai vampiro yang ditemuinya dan seterusnya, Damak akhirnya
akan memahami dengan sebenar-benarnya tentang kewujudan Daevas dan Ahriman di
dunia ini.

http://nizamzakaria.blogspot.com 165
Tiresias semakin mendekati Damak. Dalam pada itu, dia dapat merasakan ada
sesuatu yang sedang berlaku di sebalik dinding di belakangnya.

“Kau perlu mengambil nyawaku sekarang!” perintah Tiresias sambil memandang


penuh ke dalam mata Damak. Damak keliru, tetapi dia terus memegang bahu Tiresias
untuk mengambil tenaga kehidupannya sambil mengucapkan mantera berikut:

“Hai makhluk malam aku tahukan asalmu


Keluar mu daripada darah sambang
Tiresias namamu
Jikalau mu lenggok ke langit muntah darah
Tunduk ke bumi muntahkan nanah
Demi Allah demi Rasulullah
Berkat lailahaillallahlah, Muhammad Rasulullah!”

Sebaik sahaja manteranya di baca, Damak dapat merasakan ada orang yang
sedang menembusi pintu palsu di belakangnya. Damak mengeluarkan sayap dari bahagian
belakangnya agar mereka tidak dapat melihat dirinya cuba mengambil tenaga kehidupan
Tiresias.

Damak dapat melihat tubuhnya bercahaya. Wajah Tiresias pula diperhatikannya


berkerut cuba menahan rasa sakit yang amat sangat. Di dalam masa yang sama, Damak
dapat merasakan Tiresias telah membiarkan agar sedikit dari kemampuannya menilik ke
masa dapat disalurkan ke dalam dirinya.

Setelah Tiresias hampir mati, Damak menoleh ke belakang. Dia dapat melihat
seorang lelaki Melayu yang wajahnya dikenali - walaupun terdapat perubahan usia pada
wajah lelaki tersebut. Di sebelah lelaki itu kelihatan satu lembaga menakutkan yang
kelihatan seperti seekor serangga.

“Awang!” sebutnya di dalam hati. Dia pasti lelaki yang dilihatnya pada ketika itu
adalah Awang. Tapi bagaimana pula Awang boleh muncul di dalam hidupnya di sebuah
tempat yang begitu asing baginya? Dan bagaimana pula Awang mampu hidup sebegitu
lama? Kemudian semua soalannya ini terjawab apabila Damak memikirkan kembali
tentang Cassius. Dia pasti kini Awang adalah seorang vampiro seperti seterunya itu!

Awang kemudian mengeluarkan pisau secespita yang seharusnya ditakuti


Damak. Awang bergerak dengan teragak-agak ke arah Damak. Tubuh Damak terasa
lemah apabila Awang datang semakin hampir kepadanya dengan pisau itu digenggam
seperti mahu dihunuskan ke arahnya.

Damak mengambil keputusan untuk terbang melarikan dirinya. Terbang keluar


dari kompleks makam firaun itu lalu menghilang ke dalam kegelapan padang pasir Afrika
itu...

http://nizamzakaria.blogspot.com 166
Perasaan Awang cukup terganggu sepanjang masa dia berada di kota Iskandariah. Dia
yakin dia telah bertembung dengan Kasturi beberapa hari yang lalu, tetapi dia sedaya
mungkin cuba memberitahu kepada dirinya bahawa apa yang dilihatnya pada ketika itu
hanyalah permainan perasaannya.

“Kini dia dikenali dengan nama Damak,” ujar Lilith dengan perlahan ke telinga
Awang.

“Apa?”

“Sahabat lamamu itu... Kini dia dikenali dengan nama Damak; Pemburu
Vampiro.”

“Tidak mungkin!” getus Awang. Dia keluar ke arah veranda rumah tumpangannya
untuk memandang ke arah pelabuhan Iskandariah yang tersergam indah di hadapannya.

“Tapi itulah kenyataannya.” Ujar Lilith di sebalik langsir baldu yang tebal yang
membahagikan bahagian veranda dan bahagian ruang tamu rumah tersebut.

“Aku perlu pergi mencarinya!” kata Awang dalam keadaan resahnya itu. Tiba-tiba
rasa rindunya yang amat mendalam kepada Damak mencengkam jiwanya.

“Dia sedang mencarimu juga, Awang... Tetapi dia mahu mencarimu untuk
membunuhmu. Kini dia tahu kau seorang vampiro.” Beritahu Lilith tanpa memberitahu
kepada Awang bahawa Damak juga mahu membunuhnya.

“Biar dia cari aku sampai dapat... Aku mahu bersemuka dengannya!” sambut
Awang dengan degil.

“Masanya belum tiba lagi untuk kau bertembung dengannya lagi seperti
kelmarin.”

“Maksud kau?”

“Bila masanya tiba nanti kau tahu...”

“Jadi apa kau fikir aku perlu buat sekarang?” tanya Awang. Sememangnya dia
tidak tahu apa yang harus dilakukannya apabila Cassius tidak ada bersamanya, kerana
selalunya, Cassius lah yang akan membuat segala keputusan bagi

“Kau buat sahajalah apa yang kau rasa patut. Seperti yang aku katakan sebelum
ini, aku akan sentiasa bersamamu.” Ujar Lilith dengan menundukkan kepalanya.

“Jikalau begitu... Aku mahu pulang ke Melaka. Sudah lama aku tidak ke sana.”
Kata Awang tanpa bersembunyi lagi. Dia mengetapkan bibirnya. Dia menoleh ke arah
Lilith. Dia mendapati Lilith menunduk setuju tanpa berkata apa-apa.

http://nizamzakaria.blogspot.com 167
Awang termenung. Hatinya gundah gulana. Dia dapat merasakan Damak ada di
tanah Mesir pada waktu itu, tetapi dia tidak tahu di mana. Matanya terus kepada kapal-
kapal besar yang sedang berlabuh di Iskandariah. Mata vampironya dapat melihat secara
terperinci setiap perkara yang berlaku di atas kapal-kapal yang sedang ditelitinya.

Awang sedang mencari kelibat Damak di atas kapal-kapal yang sedang berlabuh,
lantas mengharapkan agar sekurang-kurangnya dia dapat melihat kelibat Damak dari jauh.
Dia mahu bersemuka dengan Damak, kerana Damak adalah satu-satunya jalinannya
kepada kehidupan yang telah lama ditinggalkannya...

http://nizamzakaria.blogspot.com 168
Buku II. Bab 9

Itulah kali pertama Awang bertemu dengan Hanim, pada tahun 1835 tatkala bulan sedang
mengambang penuh dan angin monsun timur laut mula bertiup ke selat Melaka lantas
membawa angin dingin yang kadangkala akan membawa hujan. Dan kadangkala juga,
musibah...

Buat beberapa musim, Awang telah mengambil keputusan untuk menetap di


Melaka. Lagipun dia sudah bosan dengan keadaan di Singapura mahupun Pulau Pinang.
Di Singapura, memang banyak perkara yang boleh dilakukannya, seperti menikmati
kehidupan malam di sana yang sudah tentunya lebih meriah dari di Kota Melaka, tetapi
dia tahu dia tidak boleh terlalu lama di sana.

Awang tidak boleh duduk terlalu lama di sana atau di mana sahaja. Dia tidak
mahu jejaknya diketahui, terutamanya oleh Damak yang diketahui sedang memburunya.

Damak tidak akan melepaskannya begitu sahaja. Damak terlalu membencinya –


seorang vampiro yang telah berpaling tadah kepada seterunya nombor satu: Cassius!

Pada malam itu, Awang telah meninggalkan rumah sewanya yang terletak di
daerah Jalan Jonker - sejak saat matahari terbenam, lantas terus dia mengambil beca
sehingga ke Kampung Hulu.

Awang mahu ke sana kerana dia dahagakan darah. Dia mahu mencari mangsa
terbarunya. Seorang pemuda yang pernah sekali ditemuinya di Bandar Hilir. Seorang
pemuda Melayu berusia awal 20-an yang mempunyai wajah yang kacak, berkumis tebal,
bertubuh agak sasa yang bekerja dengan seorang pedagang India sebagai seorang buruh
kasar.

Lelaki tersebut bernama Osman. Awang telah berkenalan dengannya sejak dia
menemui Osman berjalan dalam berkeadaan mabuk di sebuah jalan berdekatan dengan
bangunan Stadthuys. Tatkala itu, Awang sememangnya boleh menjadikan Osman
santapannya, tetapi dia sanggup menunggu. Sejak akhir-akhir ini, Awang begitu berminat
untuk mengenali dengan lebih dekat mangsa-mangsanya terlebih dahulu. Dan ternyata,
Osman telah berjaya menarik perhatiannya. Untuk mengenali diri Osman dengan lebih
dekat lagi, Awang telah membelanjainya makan malam pada setiap hujung minggu sejak
dua bulan yang lepas. Awang mahu Osman bercerita tentang dirinya dan keluarganya.
Maka diketahui olehnya di mana kampungnya dan bahawa pada hari minggu ini, Osman
akan berada di kampungnya untuk melayan isterinya yang baru sahaja dinikahinya
semalam...

Kini Awang tiba di sebuah jalan di sebuah kawasan terpencil yang letaknya
berdekatan dengan Kampung Hulu. Kawasan itu nampak terbiar. Tidak ada orang yang
lalu lalang, walaupun malam masih muda.

Awang lalu di hadapan sebuah pohon ketapang yang rendang. Di sana dia dapat
mencium bau-bauan yang mengasyikkan. Sedap dan mampu membuatkan sesiapa sahaja

http://nizamzakaria.blogspot.com 169
khayal. Pada malam itulah, ketika bulan sedang mengambang penuh, dia dapat
mendengar suara seorang wanita menggilai. Memanjang deraian ketawanya.

Awang mendongak ke atas. Dia dapat melihat seorang wanita serba putih yang
sedang duduk di atas sebuah dahan. Wanita tersebut mempunyai wajah yang hodoh serta
menakutkan. Kulitnya menggerutu. Rambutnya mengurai panjang, berterbangan
walaupun angin tidak bertiup kencang.

Awang memandang ke arah pontianak itu dengan penuh minat. Dia pernah
melihat pelbagai makhluk halus yang pelik-pelik, tetapi inilah kali pertama dia
bertembung dengan makhluk yang bergelar pontianak ini.

Awang terapung dengan perlahan ke arah atas pokok, lalu dia duduk di atas dahan
yang sama dengan pontianak yang telah berjaya menarik perhatiannya tadi. Pontianak tadi
berhenti dari terus menggilai. Dia terkejut melihat kehadiran Awang di sisinya.

Dengan penuh perasaan minat, Awang memandang ke dalam anak mata pontianak
itu yang nampak kelam dan kelabu. Dia ingin tahu jika hantu ini mempunyai perasaan.
Dia yakin bahawa ia berperasaan, dan bukan gila atau bebal seperti beberapa hantu yang
pernah ditemuinya sebelum ini – hantu-hantu yang pada asalnya pernah hidup sebagai
manusia. Ada kalanya mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa keadaan diri mereka
telah berubah. Bahawa mereka tidak lagi boleh hidup di samping manusia, ataupun
mereka telah pun mati tetapi tidak sedar bahawa mereka telah pun mati. Ada di antara
hantu dan jembalang ini menjadi gila kerana mereka tidak boleh menerima hakikat akan
perubahan yang telah berlaku kepada diri mereka sendiri...

“Kau bukan manusia!” ujar pontianak tersebut dengan bingung. Dia tidak lagi
menyeringai seperti sebelumnya. Taringnya yang tajam itu tidak lagi kelihatan berbahaya.

“Aku fikirkan kau tidak tahu bercakap.” Suara Awang jelas sinis. Dia duduk
semakin dekat dengan pontianak tersebut. Sememangnya terdapat beberapa makhluk
halus yang pernah ditemuinya yang langsung tidak mampu bertutur dalam mana-mana
bahasa manusia.

“Kau boleh terbang, Mana ada manusia boleh terbang!” kata pontianak tersebut
penuh kehairanan, dia terus memandang ke arah Awang yang dilihatnya sedang memakai
pakaian yang sering dipakai oleh pedagang-pedagang dari Eropah.

“Mungkin ada manusia yang boleh terbang... Tapi aku belum menemuinya.”
Awang sengaja mengusik. Dia tersengih sendiri.

“Siapa kau sebenarnya?” tanya si pontianak ingin tahu. Rambutnya terus mengurai
seolah ia bernyawa.

“Namaku Awang... Awang Budiman.” Sambut Awang dengan penuh sopan. Dia
mahu bersalaman dengan pontianak tersebut, tetapi pontianak itu terus duduk kaku.

http://nizamzakaria.blogspot.com 170
“Kau memang bukan manusia, bukan?” pontianak itu bertanya sekali lagi untuk
memastikan, seolah tidak percaya. Selama ini, dia hanya bertemankan makhluk-makhluk
halus yang mendiami kawasan berpuaka ini. Mereka semua tidak mempunyai tubuh
persis manusia seperti Awang.

“Bukan... Aku seorang vampiro.” Kata Awang tanpa mahu menjelaskan dengan
panjang lebar tentang kejadian dirinya.

“Aku tidak pernah berjumpa dengan makhluk seperti kau di sini.”

“Tidak banyak makhluk-makhluk seperti aku di daerah ini. Jika ada pun, kami
pasti akan dimusnahkan.” Ujar Awang, lantas dia terus memikirkan tentang Damak. Dia
mengeluh marah seorang diri. Awang termenung memandang ke arah bulan yang
mengambang cantik pada malam itu sebelum dia menambah lagi. “Siapa nama kau?”

“Aku tidak bernama... Tapi dahulu aku pernah dikenali dengan nama Hanim.”
Ujarnya dengan suaranya jelas sedih. Wajahnya kini muram.

“Sudah berapa lama kau berkeadaan seperti ini?” tanya Awang, mendekatkan
dirinya kepada Hanim agar dia dapat melihat rambut Hanim yang mengurai itu dengan
lebih dekat lagi.

“Aku sendiri kurang pasti... Mungkin sudah lama, kerana suami aku sendiri sudah
lama mati kerana sakit tua.” Ujar Hanim dengan matanya terpaku ke hadapan.

Awang mengangguk faham. Dia cukup sedar bahawa konsep ruang dan waktu
makhluk-makhluk seperti Hanim lain dari manusia biasa. Mereka kadangkala wujud
tanpa menyedari bahawa zaman serta keadaan telah pun berubah di sekeliling mereka.

“Menurut cerita... Makhluk pontianak ini berasal dari wanita yang mati ketika
cuba melahirkan anak sulung mereka?” tanya Awang ingin tahu. “Betul ke ni?”

Hanim tidak menjawab. Dia terus termenung ke hadapan memikirkan tentang


suaminya yang telah lama meninggalkannya.

“Kau hendak ke mana malam ini?” tanya Hanim kepada Awang akhirnya, setelah
lama dia mendiamkan diri. Suaranya perlahan tatkala bertanya.

“Aku ingin mencari mangsaku di sini.” Ujar Awang dengan jujur.

“Siapa? Aku mengenali hampir semua manusia di sini... Sejak mereka kecil
sehinggalah mereka besar. Semuanya aku dapat perhatikan dari sini.”

“Namanya Osman... Kau kenal dengan dia?”

“Ya, aku kenal benar dengan si Osman tu. Dia baru sahaja berkahwin semalam.
Kacak orangnya... Isterinya juga cantik. Suka benar si Latifah anak Pak Ali dapat

http://nizamzakaria.blogspot.com 171
berkahwin dengan si Osman tu...” Kata Hanim dengan lesu. Buat seketika Hanim terfikir
saat-saat bahagia yang pernah dinikmatinya bersama suaminya dahulu tatkala dia masih
bergelar manusia dahulu.

“Kalau macam itu... Semoga kita ketemu lagi,” ucap Awang sewaktu dia terapung
di hadapan Hanim. Dengan perlahan-lahan dia turun ke tanah. Kemudian dia mendongak.
Dia dapat melihat wajah Hanim yang muram. Hanim tidak lagi ketawa seperti tadi.

Awang mengambil keputusan untuk mendapatkan Hanim kembali. Dia terbang ke


arahnya. Awang memandang ke dalam wajah Hanim sambil mengusap-usap rambutnya
yang panjang itu.

“Kau tidak mahu aku pergi... Kau kesepian.” Ucap Awang setelah dia membaca
perasaan Hanim.

Hanim mengangguk. Awang terus berdiri terapung di hadapan Hanim sambil


tersenyum. Dia kasihankan kepada Hanim. Mungkin lebih baik jika dia menghabiskan
masanya pada malam itu menghiburkan hati Hanim yang gundah gulana itu. Dia boleh
menunggu sehingga ke lain masa sebelum dia meratah darah panas yang mengalir di
dalam tubuh Osman yang agam itu. Maka berkatalah Awang kepada Hanim:

“Aku akan teman kan kau malam ini. Mungkin ada banyak cerita yang boleh aku
adukan kepada kau. Mungkin aku boleh mulakan pada masa Portugis mula menyerang
Melaka dahulu. Lama sebelum kau dilahirkan dahulu...”

Maka Awang pun mula berkawan dengan Hanim.

Sejak lima tahun dia berkawan dengan Hanim, penduduk Kampung Hulu menjadi
agak kecoh dengan kejadian-kejadian di mana satu demi satu penduduknya dikatakan
diserang pelesit. Ada yang dihisap darah mereka sehingga timbul kesan bengkak dan
lebam pada bahagian tubuh mereka yang telah dihisap. Ada pula darahnya yang telah
dihisap sehingga membawa kematian. Yang paling menyedihkan adalah kisah si Latifah,
janda muda beranak satu yang kematian suami walaupun dia baru sahaja mengenali
kehebatan suaminya di atas ranjang - belum sampai setahun mereka bersama. Latifah
separuh gila dibuatnya, lebih-lebih lagi kerana dia betul-betul mencintai Osman yang
diperkemas lagi senjata kejantanan yang benar-benar dapat memuaskan kemahuannya
sebagai seorang wanita.

Alkisahnya, penghulu dari Kampung Hulu cuba mencari jalan untuk menghalau
pelesit di kampungnya itu. Dia telah mencari bantuan seorang pawang besar dari Muar.
Tetapi pawang tersebut tidak berjaya melakukannya. Malah, di perjalanan pulang ke
Muar, pawang tersebut dikatakan telah mati dalam keadaan yang mengerikan. Ramai
yang mengatakan bahawa si pawang hebat dari Muar itu telah mati dibaham harimau
jadian...

http://nizamzakaria.blogspot.com 172
Cerita tentang Kampung Hulu dan tragedi yang menimpa penduduk di sekitar
Kota Melaka itu akhirnya diketahui juga oleh Damak...

Selain Hanim, Awang telah berkawan baik dengan seorang lelaki berketurunan Peranakan
India-Arab bernama Abdullah bin Abdul-Kadir. Hubungan Awang memang rapat dengan
Abdullah. Awang telah lama memerhatikan Abdullah, malah sejak dia kecil lagi,
gamaknya. Awang suka berkawan dengan Abdullah kerana minatnya untuk belajar
bahasa asing. Di dalam banyak hal, Abdullah sering mengingatkan diri Awang kepada
dirinya sendiri ketika dia masih bergelar manusia dahulu.

Pada awal tahun 1938 ini, Abdullah telah berlayar dari Singapura ke Kelantan,
satu perkara yang telah digalakkan oleh Awang sendiri. Apabila memikirkan tentang apa
yang pernah dilakukan oleh rakan lamanya Pigafetta, Awang telah menyarankan kepada
Abdullah supaya menulis tentang pengalamannya ini. Abdullah bersetuju, malah tertarik
dengan saranan dari Awang ini.

“Tapi sukar untuk aku tulis tentang apa yang aku lihat...” Ujar Abdullah kepada
Awang dengan nada merungut. Dia memicit kepalanya. Pening.

“Kenapa?” tanya Awang penuh minat. Anak kesayangan Abdullah, Siti Lela
masuk ke dalam bilik pejabat bapanya sambil membawa dua cawan kopi. Api pelita yang
dipasang samar-samar menerangi wajah Siti Lela yang comel itu.

“Aku dapat melihat sendiri kenapa Melayu kita ni mundur... Kau tengok sahajalah
raja-raja kita. Mereka langsung tak berperikemanusiaan dan zalim kepada rakyat sendiri.
Mereka hidup kaya raya, tapi rakyat mereka ada yang mati kelaparan! Raja-raja kita
tugasnya bukan berbini sepuluh dua-puluh, atau mencari harta, dan membunuh orang
dengan aniayanya, melainkan sebab disuruh Allah memelihara manusia di bawah
naungannya, supaya tidak dianiaya. Itulah gunanya seorang raja!” Abdullah berkata
dengan bersungguh-sungguh sambil memandang kepada Awang. “Kau tentu tahu tentang
hal ini... Bukankah kau pedagang emas tersohor yang selalu belayar ke sana ke mari.”

Awang hanya tersenyum apabila Abdullah masih menganggap dirinya sebagai


seorang pedagang emas, walaupun itu bukanlah pekerjaannya. Selama mereka berkawan,
Awang tidak pernah memberitahu kepada Abdullah tentang kejadian dirinya, atau
mengapa dia hanya mahu menemuinya pada malam hari.

“Ya, aku tahu.” Awang memandang ke arah Siti Lela. Dia memegang pipinya
yang lembut itu. Dia mengeluh. Dia dapat melihat bahawa anak kesayangan Abdullah itu
akan meninggalkan dunia ini tidak lama lagi. Katanya Awang kemudian apabila Siti Lela
berjalan meninggalkan bilik pejabat bapanya itu: “Orang Melayu seperti kita tak perlukan
bangsat-bangsat yang hanya tahu memerah dan menyusahkan rakyat seperti mereka.
Kerana ketamakan mereka jugalah bangsa kita dijajah! Kau cuba fikir, mereka bukannya
nak berdagang atau menyediakan sekolah untuk anak-anak Melayu kita, tetapi mereka
lebih senang bersengketa sesama mereka!”

http://nizamzakaria.blogspot.com 173
“Tapi aku pasti bukan semua sultan-sultan Melayu seperti ini...” kata Abdullah
perlahan. Dia termenung panjang, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dia telah dilahirkan di
Melaka yang telah dijajah orang putih dan bukan di negeri-negeri Melayu yang diketuai
orang raja-raja Melayu yang tidak kenal diuntung itu.

“Entahlah.” Awang menaikkan kedua belah bahunya. “Kau sendiri tahu raja-raja
kita menganggap rakyat jelata mereka tidak ubah seperti binatang. Hamba-hamba tebusan
pula mereka perlakukan lebih teruk dari binatang!”

“Tuan Raffles sendiri tidak setuju melihat segelintir orang-orang Melayu terus
diperhambakan orang-orang kaya dan raja-raja Melayu—“

“Perhambaan dalam bentuk apa sekalipun perlu dihentikan sama sekali!” getus
Awang dengan tegas. Dia termenung seketika memikirkan tentang dirinya yang pernah
menjadi seorang hamba tebusan satu ketika dahulu.

“Sampai bila agaknya orang Melayu kita ni nak berubah?” keluh Abdullah dengan
nada kesal.

“Kau tahu bukan, ketika kawasan Nusantara kita ini mempunyai tamadun yang
maju seperti Sriwijaya, Langkasuka dan Mataram... Di England, penduduk-penduduknya
rata-rata masih tinggal di dalam pondok yang diperbuat daripada lumpur, memakai baju
diperbuat daripada kulit binatang... Tapi apa jadi kepada kita sekarang? Kini mereka pula
menjajah kita. Kenapa? Apa yang telah berlaku kenapa kita sehingga kita membenarkan
diri kita mundur seperti sekarang?” tanya Awang bertubi-tubi. Dia terus duduk di atas
kerusi di hadapan meja tulis Abdullah. Secangkir air kopi yang telah disediakan isteri
Abdullah langsung tidak disentuhnya seperti biasa.

Pertanyaan Awang ini membuat Abdullah berhenti sebentar untuk berfikir lalu
menulis beberapa nota kecil ke atas sekeping kertas. Katanya selepas menulis nota:

"Mereka di England mahu berubah. Mereka mahu lihat bangsa mereka maju. Aku
sendiri melihat bagaimana Tuan Raffles bersungguh-sungguh mahu mengumpul koleksi
haiwan dan tumbuhan di Jawa dan di Tanah Melayu. Semuanya mahu dipelajarinya agar
anak cucu kita semua dapat belajar dari apa yang telah dilakukannya." Jelas Abdullah,
tetapi hatinya meruntun sedih memikirkan kembali tentang koleksi-koleksi manuskrip
Melayu yang terbakar di dalam kapal Fame dalam tahun 1824 - ketika Raffles di dalam
perjalanan berlayar ke England. Banyak koleksi-koleksi binatang, tumbuhan, kertas dan
nota yang telah dikumpulkan Raffles musnah sama sekali. Abdullah mengeluh panjang
memikirkan tentang musibah ini sebelum dia menambah lagi: "Tuan Raffles telah
membina Singapore Institution agar anak-anak Singapura boleh belajar tentang dunia di
sekeliling mereka... Kita orang Melayu pula, terus menerus percaya kepada tahyul dan
berkeras tidak mahu menghantar anak-anak kita ke sekolah! Berapa kerat sahaja lah anak-
anak Melayu kita yang dihantar bersekolah di sana?"

http://nizamzakaria.blogspot.com 174
“Tak ramai...” jawab Awang perlahan. Kemudian dia bertanyakan soalan ini
kenapa Abdullah: “Apa agaknya yang akan mereka jawab sekiranya kita tanya kepada
orang-orang Melayu kita mengapa mereka mahu terus hidup dalam kejahilan dan
mengapa mereka tidak mahu belajar agar mereka lebih bijaksana dan menggunakan akal
pemikiran mereka?”

“Agaknya mereka akan mengatakan mereka tak mampu melakukan apa-apa


kerana kehidupan mereka serba daif. Tetapi mereka tidak sedar bahawa kejahilan mereka
ini disebabkan kerana mereka tidak mahu belajar. Ada banyak perkara yang menyebabkan
orang Melayu kita ni pemalas dan tidak mahu belajar. Aku rasa mereka bersikap begini
kerana orang tua mereka berperangai demikian dan mereka pula tidak mahu berubah...
Orang Melayu memang takutkan kepada perubahan!”

Jawapan yang diterimanya dari Abdullah telah membuatkan Awang tersenyum


sendiri.

“Aku mahu kau tulis segala pendapat kau ini semua ke dalam catatan kau nanti.”
Awang menyarankan dengan bersungguh-sungguh.

“Tapi aku takutlah Awang...” ujar Abdullah dengan ragu-ragu. Terlukis garis-
garis kebimbangan di wajahnya.

“Apa yang kau takutkan?”

“Entahlah, aku takut tulisan aku tidak diterima oleh orang-orang Melayu sendiri.”

“Kau tulislah seikhlas, ikhlasnya Abdullah... Bukan semua orang Melayu ni jahil.
Bukan semua mahu hidup di dalam tempurung lalu hanya menerima apa sahaja yang
mereka fikirkan betul. Aku yakin ada juga orang Melayu yang boleh menerima
pendapatmu itu, walaupun mungkin sukar untuk mereka menerima pada mulanya.”
Awang memegang bahu Abdullah dengan erat. Matanya bersinar-sinar dengan harapan.
Dia melihat Abdullah terus menulis di atas mejanya sambil membiarkan Awang
memerhatikannya apa yang mahu ditulisnya.

Pada penghujung tahun 1938, Siti Lela meninggal dunia. Kejadian ini
menyebabkan Abdullah murung. Dia sering menghabiskan masanya di tanah perkuburan
sambil bersedekah ayat Al-Fatihah dan Yasin untuk anak perempuan kesayangannya itu.
Awang sering menemaninya sekali.

Entah mengapa, pada satu hari, Awang fikirkan mungkin ada baiknya jika
Abdullah dapat melihat lembaga Siti Lela buat sekali lagi agar dia dapat mengubati rasa
rindunya. Jadi Awang mengawal minda Abdullah sehingga membuat dia dapat melihat
kelibat Siti Lela seolah-olah sedang berjalan di hadapannya.

Walau bagaimanapun, Abdullah berfikir bahawa lembaga yang telah dilihatnya


pada ketika itu hanyalah permainan syaitan yang ingin melalaikannya, malah perkara ini
telah diberitahunya sendiri kepada Awang. Mahu sahaja Awang memberitahu kepadanya

http://nizamzakaria.blogspot.com 175
bahawa perkara ini telah dilakukan olehnya, tetapi dia diam sahaja. Awang terus diam
walaupun hari demi hari dia melihat keadaan Abdullah yang semakin murung.

“Aku mahu berpindah dari Melaka... Aku tidak boleh hidup di sini lagi, Awang!”
Getus Abdullah dengan suara yang sedih. Matanya berkaca-kaca tatkala mewartakan hal
ini kepada Awang. “Ke mana sahaja aku toleh aku akan teringatkan orang-orang yang dah
lama tinggalkan aku!”

“Kau mahu berpindah ke mana?” tanya Awang kerisauan. Dia tidak mahu
kehilangan seorang kawan baik seperti Abdullah. Dia tahu keadaan Abdullah yang
semakin muram durja, lebih-lebih lagi apabila dia terpaksa menghadapi kematian
isterinya dua tahun selepas kematian Siti Lela.

“Ke Singapura.” Jawab Abdullah sambil mengesat air matanya.

“Oh...” Mata Awang meleret ke tempat lain.

“Bukankah kau sering belayar ke sana?” tanya Abdullah. Kali pertama Abdullah
bersemuka dengan Awang adalah ketika dia menjadi guru di sebuah sekolah yang telah
dibina oleh Reverend Claudius Henry Thomsen di Bras Basah Road di Singapura, pada
tahun 1822 dahulu. Tatkala itu, Awang mahu berjumpa dengan Abdullah, kononnya
dengan alasan dia mahu belajar Bahasa Inggeris darinya, walaupun tujuan utamanya
adalah untuk dia menjadikan Abdullah mangsanya. Tetapi setelah dia mengenali
Abdullah dengan lebih mendalam, terus niatnya ini dibatalkan sahaja. Dia lebih senang
menjadikan Abdullah sebagai rakan berbualnya dari bahan makanannya...

“Ya...” kata Awang perlahan.

“Kalau begitu, mungkin kita boleh bertemu di sana sahaja.” Ujar Abdullah dengan
perlahan. Awang mengangguk lesu.

Awang memberitahu kepada Hanim dengan panjang lebar tentang kisah kawan
baiknya bernama Abdullah ketika mereka bersama-sama duduk di atas pokok ketapang
yang rendang itu. Hanim menggilai ketawa, tetapi didapatinya Awang masih bermurung
memikirkan tentang Abdullah yang kini sudah pun berpindah ke Singapura. Hanim
berhenti menggilai, lalu dia memegang tangan Awang. Dia mendapati Awang sedang
bersedih. Dia kasihankan Awang, lalu dia cuba berjenaka sehingga dia dapat membuat
Awang ketawa.

“Apa kata abang pergi melawatnya di Singapura?” saran Hanim bersungguh-


sungguh.

“Abang tak sanggup nak tinggalkan adik abang yang seorang ni di sini...” kata
Awang sambil cuba mengukir senyuman. Sememangnya Awang telah menganggap
Hanim seperti adiknya sendiri. Seorang adik yang dia sayang seperti adik-adik
kandungnya sendiri yang kini sudah lama meninggalkan dunia ini

http://nizamzakaria.blogspot.com 176
Hanim membaringkan kepalanya ke peha Awang. Dia terus membiarkan Awang
mengusap-usap rambutnya yang kusut masai itu. Hanim merasa cukup bahagia semenjak
Awang ada bersamanya untuk menemaninya pada malam-malam yang gelap yang
terpaksa dihadapinya keseorangan sebelum ini. Hanim cukup senang dengan kehadiran
Awang yang bukan dianggapnya sebagai seorang abang, tetapi lebih istimewa dari itu.

Kadangkala Hanim tidak memahami mengapa Awang mahu merapatinya. Hanim


cukup sedar akan keadaan dirinya yang hodoh. Awang pula indah kejadiannya - dia
kelihatan seperti manusia biasa, mungkin lebih indah dari kebanyakan manusia yang
Hanim kenali selama ini.

Mungkin Awang juga kesepian. Itulah yang difikirkan Hanim. Dan sebab itulah
Hanim merasakan Awang sentiasa mahu berada di sampingnya. Untuk menemaninya.

Tatkala Hanim bermanja-manja dengan Awang pada malam itu itu, tiba-tiba angin
dari barat laut bertiup kencang. Hanim memandang ke wajah Awang yang dilihatnya
berubah serta-merta. Hanim nampak risau. Hanim memerhatikan keadaan di
sekelilingnya untuk memikirkan apa yang telah membuat Awang risau dengan tidak
semena-mena.

“Kenapa bang... Ada apa-apa yang tidak kena?” tanya Hanim ingin tahu. Dia tidak
pernah melihat wajah Awang berkerut risau seperti itu. Awang mencium udara di
sekelilingnya.

“Malam ini ada orang yang akan datang untuk melawat kita!” ujar Awang sambil
memandang tepat ke dalam mata Hanim.

“Siapa bang?” tanya Hanim dengan penuh minat. Pohon ketapang yang telah
menjadi rumahnya selama ini bergoyang ditiup angin,

“Seorang pawang besar akan datang ke mari untuk tujuan memburu pontianak
yang menunggu pohon ketapang ini.” Jelas Awang serba salah. Dia termenung buat
beberapa ketika.

“Abang kenal dengan dia?” tanya Hanim. Tangannya yang menggerutu itu
memegang tangan Awang dengan erat.

“Ya... Namanya Damak. Kami datang dari darah yang sama... Tetapi dia mampu
hidup di siang hari.” Kata Awang dengan wajah yang risau.

“Pawang itu bukan manusia?” Tanya Hanim penuh hairan.

“Bukan.... Dan dia juga bukan seorang vampiro seperti abang.”

“Sudah lama abang mengenalinya?”

http://nizamzakaria.blogspot.com 177
“Abang telah mengenalinya sejak abang kecil lagi, Hanim.” Awang memberitahu
dengan fikirannya khayal buat seketika memikirkan kembali ke masa hidupnya ketika
Damak masih dikenali dengan nama Kasturi.

Hanim termenung jauh. Dia memandang ke arah Awang yang mula nampak tidak
tentu arah itu. “Saya rasa dia sebenarnya datang untuk memburu abang. Selama ini abang
melarikan diri abang darinya, bukan?”

Awang tertunduk perlahan. Hanim tidak bodoh. Dia cerdik, mungkin terlalu
cerdik untuk kebaikan dirinya sendiri. Sambung Hanim kemudian:

“Dia datang untuk memburu saya... Jadi biarlah saya menghadapinya sendiri!”

“Abang tidak sepatutnya melibatkan Hanim sekali dalam hal ini. Biar abang
sahaja pergi menghadapinya nanti.” Awang risau memikirkan tentang keselamatan
Hanim.

“Tidak!” tegah Hanim. Suaranya ditinggikan. Pada waktu itu Awang sedang
memandang ke arah barat. Dari jauh lagi dia sudah dapat mendengar gerak langkah
Damak. Suasana malam tiba-tiba menjadi senyap. Tidak ada lagi bunyi cengkerik ataupun
lain-lain bunyi rimba malam. Tidak syak lagi, Damak sudah semakin dekat untuk
menghadapinya. “Orang-orang kampung mungkin telah memberitahunya bahawa mereka
telah lama diganggu oleh pontianak Jadi abang pergilah dahulu... Dia mungkin tak tahu
abang berada di sini. Biar saya sahaja yang menghadapinya!”

“Hanim perlu bersembunyi!” pujuk Awang dengan berbisik. Tetapi Hanim


menggelengkan kepalanya. “Dia bukan lawan Hanim.”

“Tidak. Biar abang sahaja pergi dari sini.” Kata Hanim berdegil.

“Abang tidak sepatutnya mencari mangsa abang di sini. Sekarang dia telah di seru
ke sini.” Kata Awang penuh sesal. Sememangnya dia seharusnya berpindah dari satu
tempat ke satu tempat yang agar perbuatannya ini tidak diketahui. Tetapi sejak dia
bertemu dengan Hanim, dia terus tinggal di Melaka tanpa mahu berpindah ke tempat lain
walaupun dia telah banyak kali didesak oleh Lilith agar berpindah.

“Abang tidak bersalah. Mungkin ini semua salah saya kerana saya yang mahu
abang menemani saya di sini.” Kata Hanim yang lebih rela dimusnahkan dari melihat diri
Awang diapa-apakan oleh Damak. Lagipun, Hanim tidak rela terus hidup keseorangan
dan kesepian lagi tanpa Awang berada di sisinya.

Mata Hanim yang pudar kini menjadi semakin hitam. Awang tidak dapat
mengelakkan dirinya dari memandang ke dalam anak mata Hanim. Di dalam pada itu, dia
merasakan dirinya kaku. Dia tidak dapat bergerak. Hanim telah menggunakan kuasanya
yang sebelum ini tidak ditunjukkan kepada Awang untuk membuat tubuhnya keras seperti
batu.

http://nizamzakaria.blogspot.com 178
Beberapa detik kemudian, Awang dapat melihat di dalam mata hatinya bahawa
Hanim telah terbang ke bumi untuk berhadapan dengan Damak. Awang cuba menjerit
untuk memanggil Damak, tetapi suaranya langsung tidak dapat dikeluarkannya.

Damak memandang terus ke arah wajah Hanim yang hodoh itu. Ini bukan kali
pertama Damak terpaksa berhadapan dengan makhluk pontianak seperti Hanim. Entah
sudah berapa banyak pontianak yang telah diburu dan dimusnahkannya. Tetapi mereka
selalunya duduk dalam satu kumpulan, tetapi Hanim hanya ada seorang.

Damak dapat merasakan sesuatu yang tidak kena. Dia dapat merasakan seolah
seterunya bukan Hanim. Masakan Hanim yang sudah lama menghantui pokok ketapang
itu dapat melakukan bencana kepada ramai penduduk Kampung Hulu dan kawasan-
kawasan yang berdekatan dengannya. Tidak banyak yang diketahuinya tentang makhluk
Pontianak ini, tetapi apa yang diketahuinya, mereka hanya mengganggu penduduk
kampung. Jarang sekali mereka mengganggu sehingga membawa kepada kematian.

“Siapa tuan kamu?” tanya Damak dengan angkuh kepada Hanim.

“Saya tidak bertuan, bang.” Jawab Hanim dengan penuh hormat. Rambutnya
terbang mengurai. Wajahnya semakin menakutkan.

“Kau bohong!” tempelak Damak. Wajahnya bengis. Damak memandang ke arah


pohon ketapang yang tumbuh merimbun di hadapannya. Dia tidak dapat melihat apa-apa
di situ dan itulah masalahnya. Selalunya dia akan dapat melihat berbagai bentuk makhluk
halus menunggu di tempat-tempat yang tua dan berpuaka seperti itu, tetapi entah
mengapa, pokok itu kosong tidak berpenghuni dan berpenunggu.

“Apa yang sedang kau sembunyikan?” sergah Damak dengan garang.

“Tidak ada apa-apa bang.” Bohong Hanim. Dia telah menggunakan kuasanya
untuk mengelirukan pandangan mata Damak.

Damak menaikkan tangannya. Dia menggenggam tangannya separuh jalan. Di


dalam masa yang sama, leher Hanim terasa seperti dicekik. Bukan itu sahaja, leher Hanim
terasa seperti dibakar dengan besi panas.
Awang dapat menyaksikan semua ini tetapi dia tidak dapat melakukan apa-apa
untuk menyelamatkan keadaan. Kuasa yang ada di dalam diri Hanim semakin lama
semakin lemah apabila dirinya semakin diseksa oleh Damak.

Awang dapat membebaskan dirinya dari keadaan kakunya itu apabila tenaga
Hanim semakin lemah.

“Cukup!” jerit Awang lantas terbang ke arah Damak.

Damak tersenyum sinis. Dia mendengus sebaik sahaja Awang menjejakkan


kakinya ke bumi. Walaupun Damak cukup-cukup membenci Awang, dia tetap

http://nizamzakaria.blogspot.com 179
mengagumi kebolehan Awang untuk terbang seperti itu tanpa perlu mengeluarkan sayap
sepertinya.

“Sudah aku agak... Ini semua mesti kerja kau.” Kata Damak dengan angkuh. Dia
terus membuka langkah untuk menyerah Awang.

“Kau sudah tentu tahu mengapa aku tidak mahu melawan kau, Damak.” Ujar
Awang dengan suara yang tegas. Pakaian dari Eropah yang sedang dipakainya berkibar-
kibar ditiup angin kencang yang sedang bertiup pada malam itu.

“Kerana kau bacul!” jawab Damak walaupun dia sendiri sudah tahu akan
jawapannya.

“Bukan...” Ujar Awang. Awang memegang tubuh Hanim yang lemah longlai. Dia
nampak bersalah kerana telah melibatkan diri Hanim dalam pertelingkahan ini. “Kerana
aku mampu untuk memusnahkan kau. Tetapi kau tahu aku tak akan melakukannya.”

Hati Damak terlalu keras. Dia meludah ke arah Awang dengan perasaan penuh
benci. “Kau makhluk jahanam!”

Awang tidak mahu mendengar kata-kata cemuhan dari Damak. Dia hanya
menumpukan perhatiannya kepada keadaan Hanim yang semakin lama semakin lemah
keadaannya. Tubuh Hanim semakin reput akibat daripada perbuatan Damak menyedut
tenaga kehidupannya tadi.

“Apa yang telah kau lakukan kepadanya?” tanya Awang dengan marah.

“Sesuatu yang sepatutnya aku lakukan kepada kau, Awang.” Ujar Damak,
walaupun dia tahu bahawa dia tidak mempunyai kuasa untuk memusnahkan Awang
dengan sewenang-wenangnya.

“Sial!” Awang menjadi cukup marah kali ini. Dia tidak dapat membendung
perasaannya. Dia tidak mahu melihat Hanim hilang dari hidupnya begitu sahaja.
Walaupun baru sahaja beberapa tahun dia mengenali Hanim, dia rasa begitu dekat
kepadanya. Kehadiran Hanim dalam hidupnya dapat membuatkan dirinya melupakan diri
Cassius yang dirindunya itu setengah mati buat beberapa ketika.

Awang menggerakkan tangannya ke arah Damak. Dengan serta-merta Damak


terpelanting jauh sehingga tubuhnya terkena kepada sebatang pokok sena yang rendang.
Pokok sena itu tumbang. Walaupun begitu, Damak terus bangun seolah-olah dirinya tidak
dapat diapa-apakan oleh Awang.

Awang meluruskan tangannya di hadapannya seolah dia sedang menahan sesuatu.


Matanya ditutup rapat-rapat. Beberapa detik kemudian, sebatang paku yang terbang
dengan laju dari arah sebuah rumah kampung berdekatan berhenti di hadapan telapak
tangannya itu. Dengan sepantas kilat Awang mengambil paku itu, lantas ditekankan paku
itu ke belakang tengkuk Hanim.

http://nizamzakaria.blogspot.com 180
Hanim menjerit dengan kuat. Dalam masa yang sama angin bertiup semakin
kencang. Damak keliru buat beberapa detik. Dia tidak tahu apa yang telah dilakukan oleh
Awang kepada Hanim.

Dengan secara tiba-tiba Hanim bertukar wajah. Dia tidak lagi kelihatan hodoh.
Malah wajahnya nampak jelita.

“Dan ini adalah hadiah aku untuk kau.” Ujar Awang dengan suara yang perlahan
kepada Damak. “Kau akan menjaganya dan aku akan berjanji tak akan mengganggu
kawasan kota Melaka ini lagi.”

Hanim membuka matanya. Hanim melihat Awang sedang memegang tubuhnya


dengan erat. Hanim memeluk tubuh Awang dalam keadaan ketakutan. Dia tidak mahu
dirinya diapa-apakan lagi oleh Damak.

Awang memegang kepala Hanim dengan tangannya. Kemudian dia berbisik


kepada Hanim kalimah-kalimah berikut:

“Dan ini pula adalah hadiah abang kepada Hanim...”

Awang telah menggunakan kuasanya untuk menghilangkan segala memori Hanim


tentang suaminya. Tentang rasa cinta serta rasa sedih yang amat sangat yang terpaksa
dibendungnya selama ini apabila melihat suaminya itu hidup dan akhirnya mati tanpa
dirinya menjadi sebahagian dari hidup suaminya yang dicintainya itu.

Awang mencium dahi Hanim. Dia dapat melihat mata Hanim terkebil-kebil,
langsung dia tidak tahu apa yang telah diperlakukan oleh Awang kepadanya tadi.

“Abang terpaksa pergi dari sini.” Bisik Awang dengan suara yang sedih. “Damak
akan menjaga adik abang ini dengan baik... Bukan begitu Damak?”

Damak terpegun apabila ditanya begitu oleh Awang. Dia tidak dapat menjawab
kata-kata Awang tadi. Dia terlalu kagum melihat kejelitaan Hanim yang berjaya
memukau dirinya.

Awang mengangkat tubuh Hanim sehingga dia dapat berdiri dengan sendirinya.
Awang mendekatkan Hanim kepada Damak yang masih berdiri kaget. Apabila Awang
menyerahkan Hanim kepada Damak, tangan Damak tersentuh tubuh Awang. Dan pada
ketika itulah dia dapat melihat bagaimana pada satu ketika di masa hadapan Awang akan
menikamnya dengan pisau secespita sehingga mati...

Damak akhirnya dapat melihat dengan menggunakan kuasa orakel yang telah
diturunkan oleh Tiresias bagaimana akhirnya dirinya dibunuh Awang. Damak pasti
Awang telah mengetahui tentang hal ini sejak dahulu lagi...

http://nizamzakaria.blogspot.com 181
Kemudian Awang hilang begitu sahaja. Hanim masih tidak dapat memahami apa
yang telah berlaku kepada dirinya. Dia pengsan begitu sahaja di hadapan Damak.

Damak mengangkat tubuh Hanim yang lemah itu. Dia perlu membawa tubuh
Hanim yang hangat itu jauh dari tempat berpuaka ini. Mungkin Damak akan membawa
Hanim jauh dari Kampung Hulu. Damak tidak mahu sesiapapun tahu tentang diri Hanim
atau bagaimana dia boleh berubah dari pontianak kepada seorang wanita yang
mempunyai kecantikan yang sukar hendak dijelaskan dengan kalimah semata-mata...

http://nizamzakaria.blogspot.com 182
Buku II. Bab 10

Damak tekun membaca halaman utama akhbar Singapore Free Press ketika sedang
minum kopi di sebuah kedai kopi yang terletak di Bencoolen Street. Dia membelek-belek
surat khabar tersebut sambil sesekali memandang ke arah luar kedai kopi. Cahaya terik
pagi menerangi kedai kopi yang dipenuhi dengan pengunjung dari pelbagai bangsa yang
rata-ratanya telah datang bersarapan di sana. Sukar untuk Damak membaca di dalam
keadaan silau begitu, lantas dia meminta pelayan yang melayannya tadi agar menurunkan
tirai kayu. Permintaannya itu cepat-cepat dilakukan oleh si pelayan.

Apabila tirai diturunkan, Damak terus membaca berita yang telah menyebabkan
dia datang ke Singapura - berita mengenai kematian seorang lelaki di sebuah kawasan
terpencil yang letaknya satu batu dari Sepoy line. Lelaki tersebut dikatakan telah mati
dalam keadaan mengerikan dengan bahagian lehernya dirobek. Kematiannya dikatakan
telah disebabkan oleh serangan harimau.

Sememangnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat banyak kejadian


yang melibatkan kematian yang disebabkan oleh serangan harimau di Singapura ini.

Sebelum Damak ke Singapura, dia telah mendapat tahu bahawa pada beberapa
minggu yang lepas, seorang pekerja berbangsa Cina telah dijumpai mati dengan darahnya
dihisap ketika dia sedang membina sebuah perangkap harimau di belakang ladang tebu
seorang peladang dari Amerika Syarikat bernama Joseph Balestier.

Damak cukup pasti bahawa perkara ini bukan dilakukan oleh kaum Korinci dari
Sumatera yang pernah ditemuinya yang mampu menjadi harimau jadian yang dikatakan
menghisap darah mangsa-mangsa mereka. Dia pasti bahawa perkara ini telah dilakukan
oleh seorang vampiro.

Pada tahun 1847 ini, sudah masuk 7 tahun sejak kali terakhir Damak bertentang
mata dengan Awang di Melaka. Kini Damak yakin bahawa dia akan akhirnya menemui
Awang di Singapura setelah jenuh dia mencarinya.

“Ganjaran sebanyak $150 akan diberikan kepada sesiapapun yang berjaya


menangkap harimau yang memakan manusia ini!” Damak dapat mendengar kata-kata
seorang lelaki Cina Peranakan kepada seorang lelaki Serani yang menjadi rakannya di
dalam kedai kopi tersebut.

“Banyak tu!” sambut lelaki Serani dengan matanya bersinar-sinar sambil


tersenyum lebar. Dia mengunyah roti bakar yang telah disapu dengan kaya dengan
bersungguh-sungguh.

“Selalunya harimau ini akan menyerang kuli-kuli Cina yang bekerja di ladang-
ladang gambir dan lada hitam di sini.” Jelas lelaki Cina Peranakan kepada rakannya
dengan suara separuh berbisik. Sejak Singapura diasaskan Raffles pada tahun 1819,
banyak ladang-ladang rempah telah dibuka oleh peladang-peladang Eropah di pulau ini.

http://nizamzakaria.blogspot.com 183
Ramai juga pekerja-pekerja dari Cina telah dibawa masuk untuk membantu mereka
mengerjakan ladang-ladang mereka ini.

“Itulah! Ramai yang dah jadi mangsa...” keluh lelaki serani itu sambil
menggelengkan kepalanya.

“Kau nak tahu apa?” tanya si Cina Peranakan dengan berbisik.

“Apa dia?”

“Aku ada simpan senapang Lee-Enfield di rumah aku...”

“Jadi kenapa?”

“Apa kata kau temankan aku pergi memburu hujung minggu ini. Jika kita dapat
tembak harimau tu sampai mati, kita kongsi bersama wang ganjaran yang kita terima!”
Saran si lelaki Cina Peranakan itu dengan wajah yang jelas teruja.

“Itulah... Kalau kita dapat seekor harimau dah $150. Kalau dua ekor dah $300!”
sambut rakannya dengan mengangguk cepat. “Kaya kita nanti!”

Damak menarik nafasnya. Dia melipat akhbar yang baru dibacanya itu lalu
diletakkan di atas meja. Dia mengeluarkan beberapa keping wang siling lalu
diletakkannya di atas meja. Dia terus berjalan keluar dari kedai kopi.

Damak terus berjalan sambil memeluk tubuhnya. Dia sedang memikirkan cara
bagaimana dia akan dapat menemui dan menjejaki Awang. Di dalam masa yang sama, di
dalam kepalanya dia sibuk memikirkan tentang Hanim yang sedang menunggu di sebuah
rumah banglo yang baru sahaja disewanya di Bras Basah Road.

Pada pagi itu Damak yakin bahawa Awang sedang berada di Singapura. Tidak
sabar lagi Damak untuk sampai ke rumah sewanya lalu memberitahu tentang
penemuannya itu kepada Hanim. Damak pasti berita ini akan menggembirakan Hanim.
Lagipun, kerana Hanimlah dia bersungguh-sungguh mencari Awang sehingga ke
Singapura...

Awang masuk ke dalam bilik pejabat Abdullah yang terletak di dalam rumahnya di
Kampung Melaka. Dengan bersungguh-sungguh Abdullah menunjukkan kepada Awang
karya tulisan terbarunya. Awang hanya tersenyum tatkala melihat karya terbaru Abdullah
itu tanpa membaca, lalu meletakannya ke tepi. Abdullah tersenyum. Dia sebenarnya tahu
tujuan utama Awang datang menemuinya pada malam itu.

“Ini manuskrip yang kau suruh aku siapkan itu...” Abdullah menyerahkan salinan
manuskrip Vitruvius yang telah diusahakannya itu kepada Awang, juga manuskrip
asalnya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 184
Awang memerhatikan kedua-dua salinan manuskrip di tangannya itu dengan
wajah yang puas. Dia mendapati sukar untuk membezakan kedua-dua manuskrip yang
sedang diamatinya pada ketika itu.

“Seminggu sahaja dari sekarang, Insyaallah manuskrip ini akan dapat aku
siapkan.” Abdullah memberitahu dengan yakin.

Awang terus memeriksa hasil kerja Abdullah yang halus itu. Awang sedar sejak
tahun 1811, tatkala Raffles menetap di Melaka dan ketika Abdullah masih berusia 15
tahun, Abdullah telah diambil bekerja sebagai penyalin dan penulis oleh Raffles kerana
Raffles cukup kagum dengan hasil kerjanya. Awang sendiri pernah memerhatikan
beberapa manuskrip kepunyaan Raffles yang telah disalin Abdullah yang tersimpan di
dalam pejabat Leftenan Gabenor pulau Jawa itu di Stadthuys. Perkara inilah yang
menyebabkan Awang begitu terpesona melihatkan bakat yang ada di dalam diri Abdullah
- sehingga menyebabkan Awang akhirnya mengambil keputusan untuk bersemuka dengan
Abdullah di Singapura pada tahun 1822.

“Aku tidak begitu faham apa yang kau suruh salin ini, Awang. Aku tak tahu jika
apa yang aku salin ini buku cerita ataupun kitab agama... ” Abdullah menggaru kepalanya
yang beruban.

“Manuskrip ini telah ditulis di dalam bahasa Latin, Munshi.” Beritahu Awang
dengan menjeling ke arah Abdullah.

“Aku tahu... Aku tahu juga bahasa Latin ini walaupun sedikit.” Abdullah
mengakui sambil membuka manuskrip yang telah disalinnya.

“Jadi apa yang kau tahu?” Awang sengaja bertanya. Kini matanya memandang ke
arah buku Hikayat Binatang, sebuah buku teks yang telah diterjemahkan dari Bahasa
Inggeris ke Bahasa Melayu oleh Abdullah. Buku ini baru sahaja diterbitkan pada tahun
sebelumnya.

“Manuskrip ini ada menjelaskan tentang sebuah mesin yang menggunakan darah
—“ Abdullah menunjukkan bahagian yang dapat difahaminya kepada Awang.

“Kau tak perlu tahu apa yang kau perlu salin, Munsyi. Dan percayalah... Tak
ramai yang faham apa yang tertulis di dalam manuskrip ini.” Kata Awang sambil
tersenyum. Dia mengeluarkan 50 keping wang perak dollar Mexico yang telah
disimpannya di dalam sebuah uncang hitam dari dalam kocek seluarnya. “Ini bahagian
yang telah aku janjikan dahulu.”

“Tapi manuskrip ini tak siap lagi!”

“Tak apa... Aku pasti kau akan menyiapkannya tak lama lagi.” Kata Awang
dengan penuh yakin.

http://nizamzakaria.blogspot.com 185
Awang kini berpaling memerhatikan beberapa keping manuskrip tulisan Abdullah
yang tersimpan di dalam rumahnya – beberapa keping manuskrip yang telah diselesaikan
tetapi belum diterbitkan lagi. Juga beberapa keping manuskrip-manuskrip lama dalam
bahasa Melayu yang telah disalinnya kembali yang amat-amat dihargainya. Awang
mengambil masa yang agak lama memeriksa judul-judul buku dan kitab yang
dikumpulkan Abdullah.

“Kau tidak pernah sentuh air teh atau kopi yang aku sediakan untuk kau, Awang.”
Tegur Abdullah sambil menjeling kepada Awang yang sedang mengeluarkan sebuah
kitab agama yang ada di dalam koleksinya.

“Tidak... Tidak pernah,” Awang tersenyum mengakui. “Kau tahu aku tidak pernah
minum apa yang kau hidangkan, tapi kau tetap hidangkan minuman untuk aku setiap kali
aku datang melawat kau.”

“Dah adat orang Melayu kita bila melayan tetamu...” kata Abdullah lalu dia
termenung seketika untuk memikirkan sesuatu yang mengganggu fikirannya.

“Kenapa kau diam, Munsyi? Ada apa-apa yang tidak kena?”

“Aku perlu tahu siapa kau sebenarnya...”

“Apa maksud kau, Munsyi?”

“Berapa lama agaknya kita telah berkenalan?”

“Kau fikir berapa lama?”

“Ada 25 tahun?”

Awang menarik nafasnya dalam-dalam. Dia bergerak ke arah tingkap. Dia


termenung memandang ke luar melihat suasana tenang Kampung Melaka di waktu
malam. Kampung ini dihuni oleh orang-orang Melayu yang berasal dari Melaka yang kini
menetap di Singapura.

“Jadi kenapa?” Awang akhirnya menjawab.

“Wajah kau aku lihat dari dahulu sehingga sekarang tidak pernah berubah—“

“Maksud kau?”

“Kau tidak pernah tua!”

“Aku awet muda...”

http://nizamzakaria.blogspot.com 186
“Aku bukan main-main, Awang!” Abdullah berdecit apabila melihat Awang
seperti tidak serius menjawab soalan-soalannya tadi. “Aku pernah ternampak kau berbual
dengan Tuan Dutronquoy di Hotel London dalam bahasa Perancis yang lancar—“

“Jadi kenapa? Kau sendiri fasih berbahasa Melayu, Inggeris, Tamil, Arab—“

“Dari mana kau belajar Bahasa Perancis?”

“Aku pedagang, Munsyi... Kadangkala aku terpaksa berdagang dengan pedagang-


pedagang Perancis yang datang berdagang di sini...”

Abdullah terus merenung ke dalam mata Awang. Sukar untuk dia mempercayai
alasan-alasan yang diberikan Awang tadi. Abdullah mula memikirkan kembali tentang
persahabatannya dengan Awang. Dia mula sedar mereka tidak pernah bertemu di siang
hari. Walaupun Awang memberitahunya bahawa dia adalah seorang pedagang emas,
sehingga kini Abdullah tidak pernah melihat Awang melakukan sebarang pekerjaannya
seperti berdagang...

“Kenapa baru sekarang kau tanyakan aku hal ini semua?” tanya Awang penuh
kerisauan.

“Petang semalam aku dilawati seorang lelaki. Dia kata dia kawan kau...”

“Kawan aku?” tanya Awang terus dia mendekati Abdullah.

“Damak namanya.”

Wajah Awang terus berubah. Sekali lagi dia pergi ke tepi tingkap. Dia
memandang ke kiri dan ke kanan. Kini Damak tahu di mana dia berada...

“Apa yang dia beritahu kepada kau, Munsyi?” tanya Awang dengan suara
perlahan.

“Dia mahu tahu perihal persahabatan kita...”

“Dia ada bertanyakan kau tentang salinan manuskrip Vitruvius ini?”

“Tidak!” jawab Abdullah bersungguh-sungguh.

“Kau ada meletakkan manuskrip Virtuvius ini di atas meja ketika dia datang ke
sini?”

“Aku tak pasti, Awang. Meja aku berselerak semalam.” Dijawabnya soalan
Awang ini dengan jujur.

Awang bergerak ke arah Abdullah. Dia memandang penuh ke dalam mata


Abdullah sambil berkata:

http://nizamzakaria.blogspot.com 187
“Mulai saat ini, kau akan berfikir kita baru sahaja saling mengenali. Segala
ingatan kau tentang persahabatan kita selama ini akan kau lupakan.”

Tubuh Abdullah kaku buat seketika sebelum dia tersenyum kepada Awang seperti
tidak ada apa-apa yang berlaku kepadanya.

“Aku terpaksa pergi sekarang, Munsyi.” Ucap Awang dengan wajah sedih. Segala
memori yang ada di dalam kepala Abdullah tentang persahabatan mereka selama ini telah
dilenyapkannya demi kebaikan Abdullah sendiri.

“Insyaallah, manuskrip yang encik Awang suruh saya siapkan itu akan siap dalam
masa seminggu.” Ujar Abdullah sambil tersenyum. Dia bersalaman dengan Awang di
muka pintu.

Awang keluar dari rumah Abdullah yang terletak di Kampung Melaka itu. Dia
mahu berjalan pulang ke rumahnya. Tatkala sedang berjalan, dia dapat merasakan dirinya
diekori. Dia pasti bahawa Damak sedang memerhatikan setiap langkahnya sekarang.

“Apa khabar, Awang.” Ucap Damak yang tiba-tiba muncul di hadapannya ketika
dia sedang berjalan di tepi Sungai Singapura. Awang menoleh ke belakang. Matanya
dijeling ke atas.

“Baik, abang Kasturi.” Sambut Awang sengaja mahu menyakiti hatinya.

“Jangan panggil aku dengan nama itu, Awang.” Damak mendekati Awang seperti
mereka mahu bergaduh.

“Jadi apa yang kau mahu dari aku?” Awang melangkah beberapa tapak ke
belakang. Lalu dia terus berjalan ke arah bertentangan sambil memandang ke hadapan.

“Aku mahu kau ikut aku balik,” pinta Damak dengan suara yang lebih perlahan.
Tidak lagi sekeras tadi.

“Kenapa?” tanya Awang kehairanan.

“Hanim...”

“Jadi kenapa dengan Hanim?”

“Dia mahu berjumpa dengan kau... Dia rindu dengan kau. Aku cari kau sampai
dapat di Singapura ini juga kerana dia.” Damak memberitahu dengan ikhlas tanpa
berselindung lagi.

“Dan bukan sebab lain?” Awang sengaja bertanya, keningnya dinaikkan. “Ye lah,
kalau tidak, buat apa kau pergi bertemu dengan Munsyi?”

http://nizamzakaria.blogspot.com 188
Damak menyepetkan matanya. Mahu sahaja dia membunuh Awang di situ juga.
Tetapi dia tahu, dia tidak mungkin akan dapat melakukannya. Sekurang-kurangnya bukan
sekarang.

Di tebing Sungai Singapura, Awang masih dapat melihat beberapa kuli Cina yang
sedang memunggah guni-guni beras dari sebuah tongkang Kiangsu yang perlu dibawa
masuk ke dalam sebuah gudang kecil yang telah dibina di tepi sungai. Dia menarik
nafasnya, sebelum dia menoleh ke arah Damak sambil bertanyakan soalan ini kepadanya:

“Di mana Hanim sekarang?”

“Di rumah sewa kami di Bras Basah.” Jawab Damak sambil menahan sebuah
lanca yang sedang bergerak ke arah mereka. Lanca yang ditarik oleh seorang lelaki Cina
yang masih muda dan bertubuh tegap itu berhenti. Damak menjemput Awang naik.
Awang menurut sahaja tanpa banyak soal walaupun hatinya keberatan.

“Aku sayang kepada Hanim, Awang...” ucap Damak sewaktu lanca yang dinaiki
mereka bergerak ke arah Bras Basah Road melalui Jambatan Johnson yang
menghubungkan North Bridge Road dengan South Bridge Road.

“Jadi kenapa? Apa kena mengenanya dengan aku?”

“Hatinya bukan kepada aku.” Keluh Damak dengan matanya redup ke bawah.

“Itu aku tak tahu... Bukan masalah aku!”

“Dia sayangkan kau, Awang!”

“Nauzubillah, simpang segala bencana!” Awang sengaja berseloroh. Dia


tersenyum nakal. “Aku anggap si Hanim tu macam adik aku sendiri, Damak. Bukannya
kau tak tahu!”

“Itulah yang aku harapkan.” Ujar Damak perlahan lalu dia terus mendiamkan
dirinya. Damak membiarkan angin malam yang bertiup dari arah laut menyapa dirinya
yang jiwanya kelesuan itu.

“Abang Awang!” getus Hanim dengan wajah berseri-seri sebaik sahaja Awang
dibawa masuk oleh Damak ke dalam rumah sewa mereka yang besar itu. Hanim kelihatan
cukup gembira. Dia memegang tangan Awang dan tangan Damak lalu membawa mereka
berdua masuk ke dalam bilik tamu. Selama-lama Hanim dan Damak bersama, Hanim
telah meminta Damak agar jangan bermusuh dengan Awang. Itu sahaja syarat yang
dimintanya dari Damak, dan Damak pula bersetuju asalkan dia dapat terus bersama
Hanim yang disayanginya itu.

http://nizamzakaria.blogspot.com 189
“Lama abang tak bertemu dengan adik abang ini!” Awang terus memandang
penuh ke wajah Hanim, lalu ke wajah Damak yang jelas diselubungi rasa cemburu yang
semakin menebal itu.

“Selama abang di Singapura... Abang tinggal di mana?” tanya Hanim, dia


menjemput Awang duduk di sebelahnya di bilik tamu.

“Abang duduk di Telok Ayer.” Jawab Awang perlahan.

“Dengan Lilith?”

“Ya.”

“Dah lama Hanim tak berjumpa dengannya... Dia sihat?”

“Ya, dia sihat.” Jawab Awang dengan kata-katanya terhenti di situ sahaja. Dia
memandang penuh ke wajah Hanim yang cantik berseri-seri itu. Dia yakin, setelah
beratus-ratus tahun dia hidup, jarang sekali dia bertemu dengan wajah wanita Melayu
secantik Hanim. Patutlah agaknya Damak sanggup melakukan apa sahaja untuk Hanim,
fikir Awang.

“Hanim rindu sangat dengan abang... Hanim mahu kita bersama macam dulu
bang... Berbual kosong dari malam sehingga ke subuh!” kata Hanim dengan suara yang
cukup manja. Dia memandang kepada wajah Awang, kemudian kepada Damak. Dia
mendapati Awang mempunyai wajah persis seorang pemuda berusia lewat 20-an dan
Damak pula awal 20-an. Awang difikirkannya layak dipanggil abang oleh Damak,
walaupun ketika mereka hidup dahulu, Damak tua tiga tahun dari Awang.

“Itu dulu, Hanim...” Keluh Awang perlahan lalu menjeling ke arah Damak.
“Sekarang Hanim ada Damak... Dia kan ada untuk temankan Hanim?”

Wajah Hanim berubah resah. Sukar agaknya untuk dia meluarkan rasa cintanya
dan rindunya kepada Awang ketika Damak ada bersamanya pada waktu itu. Walaupun
hubungannya cukup rapat dengan Damak, hatinya tetap kepada Awang. Hanim sayang
kepada Awang kerana Awang telah menerimanya seadanya walaupun wajahnya pada satu
ketika dahulu hodoh menggerutu. Damak pula sebaliknya. Apabila kali pertama Hanim
bertemu dengan Damak dahulu, Damak datang dengan tujuan mahu membunuhnya.
Masakan dia boleh mencintai seorang lelaki yang mahu membunuhnya, seperti Damak.
Hanim yakin, dengan wajah Damak yang kacak ditambah dengan bentuk badan yang
sasa, Damak mampu menarik perhatian mana-mana gadis yang diminatinya. Damak
adalah seorang lelaki yang berharta dan gagah, jadi mengapa dia tetap mahu
menjadikannya teman istimewanya?

Tapi hati Damak tetap kepada Hanim. Seolah-olah sebahagian dari diri Damak
sudah dicuri Hanim. Damak merasakan dia tidak sanggup hidup jika Hanim hilang begitu
sahaja dari hidupnya. Dia mahu memiliki Hanim walau apa pun pengorbanan yang

http://nizamzakaria.blogspot.com 190
terpaksa dilakukannya. Dia sanggup tunggu hatta seribu tahun lagi asalkan Hanim
akhirnya menjadi miliknya jua.

Pada malam itu, Awang terus duduk berbual dengan Hanim seolah mereka tidak pernah
berpisah. Hanim cukup seronok mendengarkan pengalaman hidup yang dilalui Awang
selama mereka berpisah. Damak hanya mampu duduk sambil mendengar cerita-cerita
Awang tanpa dapat berkata apa-apa. Kadangkala Damak akan tersenyum mendengar
cerita Hanim yang keseronokan bercerita kepada Awang tentang pengalamannya membeli
belah di rangkaian kedai Little, Cursetjee & Co di Commercial Square. Damak tersenyum
puas kerana sekurang-kurangnya perkara seperti ini yang tidak mampu dilakukan Awang
di siang hari, dapat dilakukannya untuk membahagiakan hati Hanim.

“Abang perlu pergi... Sejam lagi matahari akan naik.” Ujar Awang sambil
memegang lengan Hanim.

Hanim mengangguk perlahan sambil menggigit bibirnya. Awang berdiri, lalu


mengucup dahi Hanim yang masih duduk itu. Damak pula menyuruhnya duduk di dalam
rumah, sementara dia menemani Awang pulang.

“Kau tak perlu menemani aku pulang,” tegur Awang tanpa berpaling ke arah
Damak di luar rumah sewanya.

“Sebenarnya aku perlu bertanyakan kau tentang sesuatu,” ujar Damak ketika
berjalan di Bras Basah Road yang sunyi sepi pada lewat malam itu. Dia cuba berjalan
dengan cepat mendapatkan Awang yang meluru laju berjalan ke arah selatan.

“Tentang apa?”

“Tentang aku...”

“Apa dia?”

“Jadi kau tahu satu hari nanti kau akan membunuhku?” tanya Damak dengan
suara yang serius menagih jawapan.

Awang hanya tersenyum. Dia terus berjalan. Dia menggelengkan kepalanya


kerana tidak percaya dia akan ditanya soalan ini oleh Damak.

“Aku tidak boleh membaca fikiranmu, Damak. Inikan pula menilik masa
depanmu.” Jawab Awang sambil berdecit kerana Damak sengaja melambatkan
perjalanannya.

“Jadi apa yang telah aku lihat ketika aku menyentuhmu dahulu?”

“Kau sekadar melihat apa yang akan aku lakukan kepada kau... Itu sahaja.” Jawab
Awang bersahaja.

http://nizamzakaria.blogspot.com 191
“Jadi jika kau tahu aku akan kau bunuh satu hari nanti, kenapa kau tak bunuh
sahaja aku sekarang?” bentak Damak seolah mencabar.

“Masanya belum tiba lagi Damak... Semuanya di dunia ini sudah ditentukan
tempat dan masanya untuk mati. Termasuk kau!”

“Aku sepatutnya ambil peluang ini untuk memusnahkan kau sekarang!” Damak
memegang erat bahu Awang. Suaranya yang meninggi itu memecah kesunyian malam.
Awang cepat-cepat menepis tangan Damak.

“Tak payah kau nak takut-takutkan aku dengan kata-kata kosong kau itu. Kau
sendiri tahu perkara ini tidak mungkin berlaku!” tengking Awang dengan berani.
Kemudian dia menolak tubuh Damak dengan kuat sebelum sepantas kilat dia menghilang
dari pandangan Damak entah ke mana.

Damak telah ditolak Awang sehingga terjatuh di atas jalan. Damak membersihkan
bajunya. Dia sengaja membiarkan Awang pergi, kerana perasaannya masih terganggu
setelah mendengarkan apa yang keluar dari mulut Awang tadi mengenai dirinya yang
pasti akan mati di tangannya nanti...

Pada awal tengah hari itu, dengan penuh berhati-hati Komeng membawa sebotol minyak
tanah yang dibungkusnya dengan kain perca ke kawasan Kampung Gelam. Dia
memastikan agar tidak ada sesiapapun yang meragui gerak-gerinya pada waktu itu. Dia
berhenti di sebuah pondok buruk yang terletak di daerah Beach Road berdekatan dengan
sebuah balai polis. Pondok buruk itu kosong kerana ia telah ditinggalkan penghuninya
yang keluar bekerja. Setelah memandang ke kiri dan ke kanan dan memastikan bahawa
tidak ada sesiapapun yang sedang memerhatikannya pada waktu itu, Komeng
mencurahkan isi minyak tanah yang tersimpan di dalam botol kaca yang dibawanya tadi
ke bahagian belakang pondok. Dia membakar pondok tersebut dengan menggunakan
mancis yang dibawanya bersama.

Komeng memastikan api yang dimulakannya itu membakar pondok buruk di


hadapannya itu. Belum sampai seminit, apa bersemarak menjilat dinding pondok buruk
tersebut. Apabila angin bertiup kencang, api terus merebak membakar pondok-pondok
berdekatan.

Rumah-rumah yang dibina di Kampung Bali dan kawasan di sekitarnya telah


dibina rapat-rapat dan dalam keadaan tidak teratur. Jadi apabila kebakaran seperti ini
berlaku, dalam sekejap masanya sahaja api terus merebak, sehinggalah ke kawasan
penempatan Eropah yang terletak di Beach Road. Meriam terus diledakkan dari Bukit
Larangan yang pada ketika itu dikenali dengan nama Government Hill untuk memberi
isyarat bahawa kebakaran besar kini sedang berlaku di Singapura.

http://nizamzakaria.blogspot.com 192
Keadaan menjadi kelam-kabut. Ramai yang berlari-lari cuba menyelamatkan diri.
Ada yang terus menaiki perahu lalu pergi ke tengah laut semata-mata kerana ingin
melarikan diri dari bahang lidah api yang menjulang tinggi membakar Kampung Gelam.

Pada pukul 2 petang, api terus merebak ke Kampung Melaka.

Pada waktu itulah Abdullah kelihatan tidak tentu arah melihat api terus merebak
dengan cepat ke arah rumahnya. Dia mahu masuk ke dalam rumahnya untuk mengambil
manuskrip-manuskrip berharga yang ada disimpannya, tetapi dia terpaksa membatalkan
niatnya itu apabila seorang jiran meminta tolong darinya supaya membantu
menyelamatkan seorang anak kecil yang terperangkap di dalam sebuah rumah berdekatan.

Komeng masuk ke dalam rumah Abdullah dari tingkap belakang. Dia terus
mencari manuskrip Vitruvius yang dikatakan ada di dalam simpanan Abdullah. Dengan
cepat dia dapat mengesan manuskrip tersebut serta salinannya yang telah diletakkan di
atas meja Abdullah. Komeng mengambil manuskrip yang asli, lalu cepat-cepat dia keluar
dari rumah Abdullah yang mula terbakar dijilat api itu. Manuskrip Vitruvius yang telah
disalin Abdullah serta kesemua koleksi-koleksi manuskrip serta kitab-kitab
kepunyaannya kini musnah buat selama-lamanya.

Komeng tersenyum puas. Dia terus berlari untuk menyelamatkan dirinya. Angin
dari timur bertiup kencang lalu menyemarakkan lagi kebakaran yang membakar
sebahagian besar dari bangunan dan rumah-rumah yang terletak di sekitar Kampung
Gelam.

Dalam keadaan kucar-kacir, Komeng terus berlari ke arah Bukit Larangan. Dia
menyusup masuk ke Bukit Larangan dengan memanjat kubu yang telah dibina di
sekeliling bukit tersebut.

Dengan tercungap-cungap Komeng menaiki bukit tersebut sehinggalah dia sampai


ke puncak. Dari situ dia dapat melihat api dan asap berkepul-kepul memenuhi ruang
angkasa Singapura yang kelihatan gelap gelita seperti suasana di malam hari. Komeng
tersenyum puas melihat hasil kerjanya.

“Ini kitab yang tuan mahu,” Sebutnya kepada lelaki yang tiba-tiba muncul di
sebelahnya.

Damak mengambil manuskrip tersebut dari tangan Komeng, kemudian dia


menyerahkan sendiri manuskrip tersebut kepada Kira yang sedang berjalan dengan
perlahan dari arah belakang.

Komeng beberapa kali tertunduk hormat kepada Kira. Nenek moyang Komeng
yang berketurunan orang benua itu pernah memperhambakan diri mereka kepada Kira,
malah menganggap diri Kira sebagai seorang dewi yang turun dari langit.

Kira mengipas-ngipas tubuhnya dengan sebuah kipas yang diperbuat daripada


kayu cendana lalu tersenyum kepada Komeng. Komeng menunggu habuannya dari Kira.

http://nizamzakaria.blogspot.com 193
Kira mengeluarkan sebuah peta yang menunjukkan di mana dia menyimpan harta
karunnya di Kota Gelanggi. Komeng tersenyum puas lalu cepat-cepat mengucapkan
selamat tinggal kepada Damak dan kepada Kira.

Kira mengoyak manuskrip Virtruvius yang kini berada di tangannya. Dia


kemudian memastikan agar manuskrip ini terus dimusnahkan dengan meminta Damak
membakarnya. Damak mengangguk sekali. Dia menumpukan perhatiannya kepada
manuskrip tersebut lalu manuskrip itu terbakar dengan sendirinya.

Damak memandang ke arah manuskrip Vitruvius yang dibakarnya itu. Damak


seterusnya dapat melihat dengan selamba Kira meninggalkannya lalu membiarkannya
terus berdiri di hadapan manuskrip yang terbakar hangus itu. Damak kemudian
termenung lesu melihat keadaan rumah-rumah serta bangunan yang masih terbakar di
kawasan Kampung Gelam. Dia tidak menyangka Kira telah mengarahkan Komeng untuk
melakukan semua ini semata-mata untuk mendapatkan manuskrip Virtuvius - hanya
untuk dimusnahkan seperti mana yang telah dilakukannya sekarang...

Pada malam itu, perkara pertama yang telah Awang lakukan adalah untuk mencari
Abdullah. Apabila dia menemui Abdullah, Awang dapat melihatnya berdiri di hadapan
rumahnya yang telah terbakar hangus.

“Jangan bersedih, Munsyi!” Awang memegang bahu Abdullah dengan erat.

“Semua hasil kerja saya musnah!” Abdullah tidak dapat menahan sebak. Dia
mengesat air matanya. Sukar untuk dia memikirkan tentang beberapa buah manuskrip
lama Melayu yang telah disalinnya kini musnah begitu sahaja di depan matanya.

“Bukan kau sahaja yang menjadi mangsa kebakaran ini... Kedai Said Umar pun
habis terbakar. Begitu juga dengan rumah-rumah sewa Hajah Fatimah. Nasib baiklah api
tidak merebak sehingga ke masjid yang baru dibinanya, jika tidak, itu pun akan habis
musnah!” Awang cuba memujuk dengan suara penuh prihatin.

“Maafkan saya... Manuskrip encik Awang yang hampir-hampir dapat saya siapkan
musnah dalam kebakaran ini!” Wajah Abdullah diselimuti rasa kesal. Dia membuka
songkoknya lalu meramas-ramas rambutnya yang mula nampak beruban itu.

“Kau tidak perlu risau tentang hal ini, Munsyi.” Kelihatan senyuman manis terukir
di wajah Awang.

“Tapi encik Awang kata manuskrip ini penting!”

“Ya, memang manuskrip ini penting.” Awang mengangguk setuju.

Awang sememangnya tahu bahawa manuskrip ini penting, lalu sejak awal-awal
lagi dia telah membuat salinan kepada manuskrip ini - lantas menyuruh Abdullah agar

http://nizamzakaria.blogspot.com 194
menyalin salinan yang telah dibuatnya itu. Abdullah nampaknya telah membuat salinan
kepada sebuah salinan yang telah diubah Awang isi kandungannya.

Terlebih dahulu, Awang sudah sedia maklum bahawa Kira akan melakukan apa
sahaja untuk mendapatkan manuskrip ini darinya lalu memusnahkan manuskrip ini.

Sejak lima tahun yang lalu, Awang dapat menilik bahawa Kira akan menjadikan
Abdullah sebagai tebusan untuk mendapatkan manuskrip ini darinya. Dari apa yang
dilihatnya, Abdullah akhirnya akan terkorban di tangan seorang lelaki bernama Komeng.
Untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku, Awang sengaja menguruskan agar salinan
manuskrip ini senang dicuri oleh Komeng, agar Abdullah tidak akan diapa-apakan.
Percubaan Awang ini ternyata berjaya, maka terbuktilah kepadanya bahawa apa yang
dapat dilihatnya yang berkemungkinan akan berlaku di masa hadapan dapat diubahnya
jika dia melakukan sesuatu untuk mengubahnya.

Awang kini yakin bahawa Kira telah pun memusnahkan salinan manuskrip
Virtuvius yang difikirkannya adalah manuskrip Vitruvius yang asli. Selepas ini, Awang
yakin dirinya tidak akan diburu dan diganggu oleh Kira dan konco-konconya lagi.
Sekurang-kurangnya kini, dia dapat hidup dengan aman sehinggalah sampai masanya
untuk dia mampu membina sebuah mesin merentas masa seperti masa yang telah ditulis
dengan terperinci cara-cara untuk membinanya di dalam manuskrip Vitruvius ini.

Awang terus memandang ke arah Abdullah yang telah menjadi rakan karibnya itu
selama hampir suku abad lamanya. Dia cukup puas kerana dia dapat melakukan sesuatu
untuk menyelamatkan nyawanya dari dibunuh dengan kejam oleh Komeng.

Awang mengeluarkan uncang wang dari dalam kocek seluarnya lalu dimasukkan
ke dalam kocek baju Abdullah. Dia memberitahu kepada Abdullah dia terpaksa pergi.
Belum sempat Abdullah ingin mengeluarkan sebarang kata-kata, Awang terus
menghilang entah ke mana.

Awang melangkah ke arah pelabuhan. Di sana dia mencari kapal Perancis L’Aigle yang
baru sahaja berlabuh di pelabuhan Singapura pada waktu itu. Dia perlu berjumpa dengan
kapten kapal tersebut yang bernama Kapten Curet agar dia dapat menaiki kapal tersebut
untuk ke Paris. Masanya telah tiba untuk dia kembali ke Eropah, fikirnya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 195
Buku II. Bab 11

Ia telah berlaku.
Ia tidak dirancang.
Ia datang seperti angin.
Ia pergi tanpa mahu diratapi.
Ia telah berlaku seperti ini:

Malam itu sama seperti malam-malam yang sebelumnya. Tidak ada perbezaan. Malam itu
tetap dingin. Cengkerik tetap menyanyikan lagu sepi. Apa yang tidak sama cuma bunyi
jeritan neneknya.

Rashid yang akan mencecah usia 18 tahun pada tengah malam ini - tanggal bulan Julai
tahun 1948. Dia menggaru-ragu rambutnya yang kusut. Dia dapat melihat keadaan
neneknya tercungap-cungap menarik nafas. Mata neneknya terbeliak. Neneknya bernama
Rohani itu memandang ke satu arah. Ke arah jendela. Matanya tidak berkelip. Seolah-
olah dia sedang memerhatikan sesuatu di sana.

“Sudah berapa lama nenek kau berkeadaan begini?” Tok Penghulu yang bernama
Hamdan itu bertanya. Wajahnya jelas risau. Dia baru saja tiba ke rumah Rashid.

“Dah tiga hari tok!”jawab Rashid dengan suara yang jelas. Sambil-sambil itu dia
memerhatikan perubahan yang jelas pada wajah Hamdan yang berubah risau itu.

“Kenapa kau tak beritahu awal-awal?” Hamdan meraba-raba janggutnya yang


sedikit beruban itu.

Rashid tidak mahu mendiamkan diri, kerana dia tahu dia tidak bersalah. Jika dia
menjawab cepat-cepat, pasti Tok Penghulu akan menganggapnya kurang ajar. Jadi Rashid
sengaja memperlahankan suaranya dan hanya menjawab ketika wajah Hamdan kelihatan
sedikit tenang:

“Saya tak tahu pada mulanya tok.”

“Macam mana pula kau tak tahu?” tempelak Hamdan. Suaranya keras. Dia
menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Saya cuma tahu semalam. Itu pun selepas—“

“Selepas apa?”

“Selepas Nenek saya beritahu saya dalam mimpi... Dia yang beritahu sendiri.”
Jawab Rashid. Dia hanya berhenti setelah dia sendiri sedar bahawa kata-katanya itu
langsung tak masuk akal.

“Ish! Meremang bulu tengkuk aku mendengarnya!” suara Hamdan perlahan. Dia
memastikan supaya hanya Rashid mendengar keluhannya tadi. Dia memandang ke arah

http://nizamzakaria.blogspot.com 196
beberapa pelawat yang datang melawat Rohani yang kelihatan nazak menantikan saat-saat
terakhir kehidupannya itu. Tanya Hamdan kemudian:

“Apa yang dia cakap?”

“Katanya, dia telah pun tinggalkan kita.” Mata Rashid redup kelihatannya.
Suaranya berat berkata-kata. “Jadi sekarang, dia mahu jasadnya disempurnakan. Itu
sahaja permintaannya.”

“Entahlah Shed. Dah lama aku kenal nenek kau. Tapi aku tak sangka pula akan
jadi begini.” Mata Hamdan berpindah kepada beberapa orang kampung yang telah
memenuhi anjung. Ada di antara mereka sedang tertunduk sambil membaca Yasin.

Cahaya samar-samar dari pelita menerangi wajah tua Hamdan. Dengus nafas
Rohani semakin kuat didengar, walaupun tubuhnya mula reput. Bau busuk dari tubuh
Rohani dapat dicium oleh mereka yang berada dekat dengannya.

Suasana pada malam itu agak asing bagi Rashid, lebih-lebih lagi apabila dia
mendapati bunyi cengkerik kini tiba-tiba sahaja terhenti. Yang kedengaran kini hanyalah
desiran angin dan keluhan neneknya yang kedengarannya seperti menahan sakit.
Kadangkala neneknya itu akan menggilai ketawa sendiri sehingga membuat beberapa
orang pengunjung terpinga-pinga.

Hamdan kembali memandang ke arah Rashid. Hamdan meluahkan rasa


simpatinya kepada Rashid. Mahu sahaja Rashid menegaskan bahawa dia tidak
memerlukan simpatinya. Tetapi kalimah-kalimah ini tidak dapat dia keluarkan.

Hamdan sedar bahawa dia tidak akan dapat melupakan jasa-jasa Rashid dan
Rohani kepada keluarganya. Ketika pihak Jepun datang melewati kampung ini, Rashid
dan Rohanilah yang telah banyak menolong keluarganya.

Rashid dan Rohani telah menolong keluarga Hamdan dengan ikhlas. Mereka
berdua banyak menolong Hamdan kerana pihak Jepun sering mengganggu keluarganya
kerana hubungan rapatnya dengan pihak Pentadbiran British sebelum Jepun datang
menyerang Malaya.

Rashid telah mengingati zaman Jepun sebagai zaman penuh kesusahan, walaupun
kampungnya yang terpencil itu tidak begitu terjejas dek penangan tentera Jepun. Pada
waktu itu, ada juga dia mendengar berita beberapa orang pemuda dari kampung seberang
yang telah dipaksa bekerja mendirikan landasan kereta api di Burma. Ramai di antara
pemuda-pemuda ini tidak pulang...

Sebaik sahaja Jepun datang menyerang Malaya, cucu Hamdan, Salmah yang
berusia tiga tahun lebih muda dari Rashid itu telah di suruh berlindung di rumah Rohani
yang terletak jauh di pinggir hutan. Pihak Jepun tidak tahu akan lokasi terpencil ini.
Malah, tidak ramai orang luar tahu menggunakan jalan denai untuk ke rumah Rohani.

http://nizamzakaria.blogspot.com 197
Apabila Salmah duduk di rumah Rohani, Rashid pula dengan penuh sukarela
mengusahakan tanah sawah Hamdan dengan beberapa orang rakannya yang lain,
membanting tulang mengerjakan bendang. Mengharapkan hasil tuai di hujung musim
untuk dijadikan bekalan makanan seisi kampung. Jika bukan kerana bantuan Rashid dan
rakan-rakannya, mungkin ramai penduduk kampung pada waktu itu akan kebuluran.

Ketika mengenangkan segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh Rashid dan
Rohani, Hamdan sering memikirkan bahawa ada baiknya jika cucunya Salmah yang kini
berusia 15 tahun dinikahkan dengan Rashid. Lagipun Hamdan tahu bahawa cucu
kesayangannya itu amat-amat menyukai Rashid.

Pernah juga sekali Rashid mendengar perbualan neneknya dengan Halimah, isteri
Tok Penghulu mengenai dirinya. Kata Halimah kepada Rohani:

“Rashid seorang pemuda yang boleh diharapkan. Dia seorang yang


bertanggungjawab. Budi pekertinya tinggi. Bersopan dan berhemah. Rashid sendiri suka
dengan Salmah. Kalau si Rashid itu kita kahwinkan dengan si Salmah tu nanti, pasti
mereka akan dapat anak yang comel-comel. Kerana Rashid tu datang dari baka yang baik.
Orangnya gagah, tidak kekok melakukan kerja-kerja kampung yang berat-berat, walaupun
di dalam usianya yang masih muda. Wajahnya kacak. Berdarah Siam di sebelah bapanya.
Bukan begitu, Rohani?”

Rohani hanya mengiakan sambil tersenyum. Dia sendiri tahu bahawa Rashid
memang sudah lama menggilai Salmah, walaupun Rashid tidak pernah mendedahkan
tentang perkara ini kepada dia atau kepada sesiapapun!

“Petang tadi aku dengar, Pawang Ali dari Kampung Memali datang ke sini.” Kata
Hamdan dengan perlahan. Rashid tersentak dari lamunan kosongnya. Rashid sedang
berfikir tentang perkara-perkara yang telah berlaku sejak beberapa hari yang lalu.

Mata Rashid meleret ke wajah Hamdan yang sedang menunggu jawapan darinya.

“Betul tok.” Jawab Rashid akhirnya dengan suara yang lirih.

“Apa yang dia beritahu kau? Dan kenapa dia tak ada di sini sekarang?”

“Dia kata tak banyak dia boleh tolong. Penunggu yang ada dalam badan tok
terlalu kuat. Dia tak boleh lawan.” Rashid melemparkan kata-katanya satu persatu dengan
perlahan agar hanya Hamdan sahaja yang mendengar bicara antara mereka. Rashid tak
mahu penduduk-penduduk kampung memandang serong terhadap diri neneknya. Setahu
Rashid, neneknya itu dihormati oleh penduduk kampung setelah lama beliau berkhidmat
sebagai bidan kampung. Rashid tidak mahu perkara yang menimpa diri neneknya itu akan
membuatkan penduduk kampung melupakan jasanya lantas hanya memikirkan yang
buruk-buruk sahaja tentang dirinya.

Pada malam itu, kadangkala mata Rashid melilau memandang kepada beberapa
orang penduduk kampung yang datang menziarahi neneknya setelah dia memberitahu

http://nizamzakaria.blogspot.com 198
kepada imam masjid ketika bersembahyang Jumaat di surau tadi tentang keadaan
neneknya yang nazak. Penduduk kampung mungkin telah tahu tentang keadaan sebenar
neneknya sekarang. Mungkin tidak. Rashid sendiri kurang pasti. Apa yang pasti, ada di
antara mereka yang jelas kelihatan takut-takut, seolah menjauhkan diri mereka dari
sebarang badi yang mungkin akan menimpa.

“Jadi kalau Pawang Ali tak boleh tolong, apa lagi yang kita boleh buat?” Hamdan
mengeluh sambil memegang bahu Rashid. Dahinya terkerut seribu. Seperti Rashid,
Hamdan tak mungkin akan dapat melupakan keadaan Rohani yang telah dilihatnya tadi.
Tubuh Rohani sudah mula kembung dan busuk, tetapi dia masih boleh meracau-racau
seolah-olah masih hidup. “Tak kan kita nak biarkan nenek kau macam ni? Sampai bila?”

“Pawang Ali dah berjanji akan datang pada malam ini. Dia kata dia nak bawak
bomoh besar yang dikenalinya. Jadi, petang tadi dia balik ke rumah untuk memanggilnya.
Malam ni, kalau tak ada aral melintang, dia akan datang. Insyaallah.” Rashid bersuara
yakin, wajahnya ditegur bayang kelam Hamdan.

Hamdan kenal benar dengan Pawang Ali. Dia tahu bahawa Pawang Ali
mempunyai ilmu kebatinan yang tinggi. Ramai yang terkena sakit-sakit yang datang
berubat dengannya akan dapat diubatinya. Pawang Ali juga terkenal dengan kebolehannya
mengubat orang yang kena sampuk dek jembalang dan hantu. Tapi kali ini dia tidak
mampu menolong Rohani. Pawang Ali beralah kepada keadaan. Dan perkara ini
semestinya telah mengundang rasa gentar di dalam jiwa Hamdan.

“Bagaimana kalau kawannya tidak boleh mengubati Rohani” tanya Hamdan di


dalam hati dengan penuh bimbang. Dia adalah penghulu kampungnya ini, dia perlu
mencari jalan untuk mengatasi masalah yang menimpa kampungnya ini.

Keadaan menjadi bening buat seketika. Bunyi derap langkah boleh di dengar di
dalam gelap. Rashid merenung ke luar. Rashid dapat melihat dua batang obor sedang
dibawa oleh dua lembaga yang bergerak semakin hampir ke rumahnya. Keadaan yang
berkabus agak sukar untuknya meneka siapa yang datang.

“Assalamualaikum!” kedengaran suara Pawang Ali dan temannya memberi salam.


Semua yang ada di dalam rumah menjawab salam dengan suara yang sugul.
Hamdan dan Rashid cepat-cepat keluar untuk mendapatkan Pawang Ali.

“Waalaikumsalam!” Hamdan menyambut ketibaan Pawang Ali dengan


bersalaman dengannya. Hamdan kemudian menoleh ke arah lelaki yang sedang berdiri di
sebelah Pawang Ali. Hamdan mendapati lelaki tersebut bertubuh tinggi dan sasa.
Wajahnya garang bak pendekar. Kulitnya cerah. Mungkin terlalu cerah sehingga tampak
sedikit pucat. Orangnya masih muda. Mungkin di dalam lingkungan awal 20-an – tidak
jauh bezanya dengan umur Rashid. Hamdan mengeluh kecewa. Mungkin rakan Pawang
Ali tidak dapat datang untuk membantunya kali ini, fikirnya di dalam hati.

http://nizamzakaria.blogspot.com 199
“Ini dia tuan Damak yang pakcik panggil membantu kita menyelesaikan masalah
kita ni.” Suara Pawang Ali tebal dengan kesungguhan apabila Rashid datang bersalam
dengannya.

“Panggil sahaja aku Damak. Tak payah bertuan-tuan denganku.” Katanya kepada
Rashid tanpa memandang kepadanya. Mata Damak lebih tertumpu ke arah bilik Rohani.

Wajah Hamdan ketika itu berubah cepat. Hamdan mendapati, lelaki yang dibawa
pawang Ali bukan seperti yang dijangkakannya. Kerana sebelum ini, Hamdan
terbayangkan kelibat seorang bomoh yang sudah agak berusia orangnya. Pada waktu itu,
perasaan kurang yakin dengan lelaki yang dibawa oleh Pawang Ali mula berputik di jiwa
Hamdan. Apa tidaknya, Damak nampak agak bergaya juga, seperti seorang Melayu kota
lagaknya. Pakaiannya nampak cantik. Rambutnya tersikat rapi. Dia nampak seperti orang
kerajaan yang berduit. Tidak seperti kebanyakan orang kampung...

Rashid teragak-agak bersalaman dengan Damak. Pada saat itu, Rashid


mengalihkan pandangan matanya terus kepada Damak. Rashid mendapati mata Damak
tajam merenung ke dalam dirinya, seolah-olah dia dapat membaca isi hatinya. Rashid
berpaling ke arah lain. Rashid takut melihat renungan tajam mata Damak.

Pawang Ali dan Damak masuk ke dalam rumah ditemani oleh Hamdan. Hamdan
memperkenalkan Damak kepada orang-orang kampung. Mereka memerhatikan Damak
dengan penuh minat. Mereka tidak mengenali Damak, tetapi dari apa yang dinyatakan
oleh Pawang Ali, timbul pula rasa hormat mereka kepada Damak.

“Damak mungkin muda, tapi ilmu kebatinannya tinggi!” itulah yang telah disebut
oleh Pawang Ali. Tetapi Damak cepat-cepat memintas dengan mengatakan bahawa dia
hanya manusia biasa. Dia dapat membantu pun dengan izin Allah juga.

“Saya sekadar berusaha melakukan apa yang patut, yang lain semuanya terletak di
tangan tuhan.” Kata Damak dengan perlahan kepada Hamdan.

Rashid lihat Pawang Ali terus membawa Damak masuk ke dalam bilik neneknya.
Pawang Ali ternyata mahu cepat-cepat menyelesaikan pekerjaan yang
dipertanggungjawabkan kepadanya sekarang. Sebaik sahaja Damak melangkah masuk ke
dalam bilik, dia terus meminta dengan sopan agar kawan-kawan perempuan Rohani yang
sedang membaca surah Yasin supaya keluar dari biliknya itu. Sebaik sahaja mereka
semua keluar, Damak terus menutup pintu bilik dengan rapat.

Sebaik sahaja Damak dibawa masuk ke dalam bilik tadi, erangan Rohani terus
terhenti. Entah apa sahaja yang telah Pawang Ali dan Damak lakukan sehingga mereka
dapat memberhentikan erangan Rohani yang tidak henti-henti sejak tadi. Orang-orang
kampung yang sedang berkumpul di luar hanya mampu diam. Kalau boleh, mereka mahu
melihat apa yang dilakukan oleh mereka berdua. Tetapi mereka berdua tidak
membenarkan.

http://nizamzakaria.blogspot.com 200
Hamdan kemudian menggaru-garu kepalanya apabila dia dapat mendengar Rohani
kini merintih pula. Dia risau. Kepalanya buntu. Kalau boleh, dia tidak mahu perkara-
perkara seperti ini berlaku di kampungnya. Dia tahu, sampai bila-bila pun orang akan
bercerita tentang perkara ini. Dan seperti cerita-cerita yang menjadi buah mulut orang, isi
ceritanya akan berubah setelah ia ditokok tambah. Dia tak mahu pula nanti, orang akan
mengatakan bahawa Rohani ada menyimpan hantu.

Rintihan Rohani tiba-tiba sahaja terhenti. Hamdan menarik nafas lega. Pawang
Ali pula membuka pintu. Wajahnya nampak risau.

“Panggil cucunya!” getus Pawang Ali kepada Hamdan yang sedang menunggu di
luar bilik Rohani.

Hamdan berjalan keluar ke arah anjung rumah untuk mendapatkan Rashid.


Tatkala itu, Rashid sedang menghisap rokok daun yang telah diberikan kepadanya oleh
Pak Hadi mudin yang datang melawat pada malam itu.

“Shed, kau diperlukan di dalam.” Hamdan menyergah Rashid dengan menepuk


bahunya. Rashid menoleh. Dibuangnya putung rokok yang dihisapnya jauh-jauh. Rashid
masuk ke dalam rumah sambil berjalan tertunduk, kerana ramai penduduk kampung yang
berkumpul di dalam rumah ketika itu.

Rashid masuk ke dalam bilik neneknya. Beberapa orang penduduk kampung cuba
melihat apa yang sedang berlaku di dalam bilik dengan menjeling dan menjengah.
Pawang Ali cepat-cepat menutup pintu.

Di dalam bilik, Rashid dapat melihat neneknya sedang terbaring kaku. Wajah
neneknya itu tenang. Rashid mengalihkan pandangan kepada Damak yang sedang duduk
di hujung kaki neneknya. Damak sedang memicit ibu jari kaki neneknya dengan lada
hitam. Mulutnya pula terkumat-kamit membaca sesuatu.

“Apa yang telah berlaku pakcik?” tanya Rashid tiba-tiba kepada Pawang Ali,
memecahkan kesunyian yang ada. Matanya kemudian terpaku kepada beberapa perkakas
yang dibawa oleh Pawang Ali yang telah diletakkan di atas lantai di sebelah Rohani. Bau
asap kemenyan menusuk ke dalam hidungnya.

“Kami perlukan pertolongan kau!” jawab Pawang Ali. Dia duduk bersila. Dia
mengambil memotong sebiji limau nipis, lalu isinya diperah ke dalam sebiji mangkuk
berisi air.

“Pertolongan apa pakcik?” tanya Rashid dengan dahinya terkerut.

“Kau kena beritahu kepadanya bahawa kerjanya dah selesai dengan nenek kau!”

“Dia tu, siapa pakcik?”

“Jadi kau tak tahu lagi?”

http://nizamzakaria.blogspot.com 201
“Tahu apa pakcik?” buat seketika, pandangan Rashid bertukar ke Damak, yang
dilihatnya sedang duduk dengan matanya tertutup dan mulutnya terkumat-kamit.

“Tentang penunggu nenek kau—“

“Tidak.” Jawab Rashid pendek, walaupun dia tahu apa yang cuba diperkatakan
oleh Pawang Ali kepadanya.

Rashid sebenarnya pernah terlihat akan penunggu yang dijaga oleh neneknya itu.
Perkara ini hanya berlaku ketika Rashid kecil dahulu. Rashid dapat melihat jelmaan
lembaga tersebut ketika dia memandang ke dalam cermin. Ia akan berjalan sepintas lalu
di belakangnya, ia seolah-olah tidak mahu kewujudan dirinya diketahui. Ia bergerak
seperti bayangan putih di hujung mata. Rashid tidak pernah dapat melihat wajah lembaga
tersebut walau sudah berkali-kali lembaga tersebut melintas di belakangnya.

Rashid pernah bertanyakan kepada arwah ibunya tentang kewujudan lembaga ini.
Kata ibunya, ia merupakan sahabat kepada nenek. Ibunya juga telah memberitahu bahawa
dia sendiri pernah melihat apa yang dapat dilihatnya, tetapi lama kelamaan jelmaan itu
hilang setelah dia meningkat dewasa.

Perkara yang sama berlaku kepada Rashid. Tetapi setelah Rashid meningkat
dewasa, Rashid tidak lagi dapat melihat lembaga tersebut. Malah, Rashid telah pun lupa
akan kewujudan ‘sahabat’ kepada nenek itu.

“Dia perlu kau bebaskan...” Pawang Ali melepaskan nafasnya dengan perlahan.

“Siapa pakcik?”

“Penunggu nenek kau tu.”

Rashid menelan air liur, walaupun tekaknya terasa kering. Banyak perkara yang
sedang difikirkannya pada waktu itu. Antaranya adalah kemahuannya untuk mengakhiri
mimpi ngeri ini. Seboleh-boleh Rashid mahu melihat jasad neneknya disemadikan
secepat mungkin.

“Apa yang patut saya lakukan?” Tanya Rashid bersungguh-sungguh.

“Tutup mata kau. Jangan fikirkan apa-apa. Jika apa-apa berlaku, Damak ada untuk
menjaga kau. Jadi kau tak perlu takut. Dia ada.” Pawang Ali berpaling perlahan ke arah
Damak.

“Saya tak takut—“

“Kau akan takut... Percayalah.” Pawang Ali cepat-cepat memintas. Tangannya


yang kasar itu dilekapkan ke mata Rashid.

http://nizamzakaria.blogspot.com 202
Mata Rashid terus tertutup. Dia rasa mengantuk. Sebenarnya Rashid kepenatan.
Sudah tiga hari berturut-turut Rashid tidak tidur. Dia merasa terlalu lesu. Inilah kali
pertama Rashid berpeluang untuk menutup matanya. Sebaik sahaja matanya ditutup,
Rashid terus rasa khayal. Tubuhnya terasa ringan. Kepalanya pula terasa kosong dan
tenang.

“Bangun!” suara keras itu mengejutkan Rashid dari lamunannya. Rashid


membuka mata. Rashid mendapati Damak menghulurkan tangan kepadanya.

Rashid memegang tangan Damak. Rashid cepat-cepat bangun dari keadaan duduk.
Rashid berdiri bertentangan dengan Damak.

“Mana Pawang Ali?” Rashid bertanya kepada Damak. Di dalam pada itu, Rashid
mula sedar bahawa keadaan di sekelilingnya lain dari sebelumnya. Rashid tidak lagi dapat
mendengar suara orang-orang kampung membaca surah Yasin di ruang tamu rumahnya.

“Dia tak ada bersama kita.” Jawab Damak. Dia menggaru-garu dagunya yang
berjanggut lebat tetapi telah dipotong pendek itu.

“Tapi tadi dia ada di sebelah saya—“

“Siapa nama kau?”

“Nama saya Rashid, bang.”

“Dia mahu bertemu dengan kau, Rashid.”

“Siapa?”

“Buat masa ini, namanya tidak perlu kau tahu.” Beritahu Damak dengan suara
yang tegas. “Apa yang perlu kau tahu adalah dia tidak bertuan. Dia mahu kau menjadi
tuannya... Tapi sesuatu telah berlaku sehingga dia tidak dapat menjadikan kau sebagai
tuan barunya. Jadi walau dengan cara apa sekalipun dia cuba, dia masih tak boleh
berhubungan dengan kau. Dia harus melakukan perkara ini malam ini juga.” Damak
memerhatikan sekujur tubuh Rohani yang terbaring di atas lantai bilik tidurnya. Damak
menggeleng perlahan. “Nenek kau banyak tolong orang kampung... Keturunan kau
sendiri dah banyak berjasa dengan orang-orang di sini. Tapi mereka lakukan ini semua
dengan pertolongan sahabatnya ini—“

“Saya tak tahu bagaimana untuk menolong.” Kata Rashid dengan suara gugup.
Nafasnya turun naik dengan cepat. Penjelasan Damak membuat bulu romanya meremang
naik.
Rashid mula sedar beberapa minit lagi ini usianya tepat 18 tahun. Adakah semua
ini berkaitan dengan apa yang berlaku kepadanya sekarang?

“Kau perlu beritahu kepadaku jika kau ada menemui sesiapa sebelum nenekmu ini
jatuh sakit.” tanya Damak satu persatu agar kata-katanya dapat difahami oleh Rashid.

http://nizamzakaria.blogspot.com 203
“Rasanya ada... Sebelum nenek jatuh sakit ada seorang lelaki yang memakai
pakaian serba hitam yang datang menemui saya. Saya bertemu dengannya di tengah jalan
selepas saya berlatih belajar silat di rumah Pak Hamid. Pada waktu itu, bulan tak penuh
dan suasana malam pula gelap, jadi saya tak dapat pastikan rupanya macam mana—“

“Ada dia berikan kepada kau apa-apa barang?”

“Err...”

“Apa yang diberikan kepada kau?” Damak menyoal sambil mendekati Rashid.
Dia memerhatikan seutas rantai yang sedang dipakai Rashid. Dia mengeluarkan rantai itu
agar dia dapat melihatnya dengan jelas. “Ini apa? Siapa yang berikan kau rantai
bertangkal ini?”

“Dia yang hadiahkan kepada saya. Dia kata tangkal ini dapat membantu saya jadi
kebal!” Rashid memegang tangkal tersebut yang sedang dipakai di lehernya.

“Beri aku tangkal yang kau pakai ini sekarang!” wajah Damak nampak bengis
ketika mengeluarkan perintah. Rashid tidak boleh buat apa-apa lagi, kecuali mengikut
kemahuannya itu. Tangkal yang dipakai Rashid di keluarkan lalu diberikan kepada
Damak.

Damak mengambil loket yang diperbuat daripada logam itu dari Rashid. Dia
memulas loket tersebut sehingga terkeluar isinya. Di dalam loket itu tersimpan sebiji
kapsul berkelip-kelip dengan denyutan cahaya merah.

“Awang!” getus Damak kepada dirinya. Dia yakin lelaki yang telah berjumpa
dengan Rashid beberapa hari yang lepas adalah Awang.

“Kau sepatutnya menjadi tuan kepada sahabat nenekmu ini mulai malam ini.
Tetapi sejak beberapa hari yang lepas, tangkal ini telah memerangkapnya. Selepas tengah
malam ini, jika kau tidak mengambilnya sebagai sahabat kau, dia tidak akan bertuan
lagi.”

“Jadi apa yang akan jadi kepadanya jika saya tidak mengambilnya menjadi
sahabat saya?”

“Aku rasa ada orang lain yang mahu mengambilnya jauh dari sini.”

“Jadi apa yang perlu saya lakukannya sekarang?”

“Buat masa ini, kau ambil dia menjadi sahabatmu.” Damak menasihati. Dia harus
menyiasat hal ini dengan lebih mendalam lagi. Dia yakin jika benarlah ini kerja Awang,
dia pasti akan dapat bersemuka dengan Awang sekali lagi.

“Tapi saya takut!”

http://nizamzakaria.blogspot.com 204
“Apa yang kau takutkan? Kau sepatutnya hanya takut kepada Tuhan!”

“Saya tidak biasa dengan benda ini semua!”

“Dengar Rashid...Sahabat nenek mu ini tidak berniat jahat. Ia telah ditugaskan


untuk menjadi sahabatmu.” Ujar Damak sambil memegang kedua belah bahu Rashid
dengan erat. Rashid mengangguk faham. Lega sikit rasanya apabila dia diberi penjelasan
sebegini oleh Damak.

“Jadi di mana dia sekarang?”

“Dia ada di belakang sana.” Damak menjawab perlahan.

Dengan ragu-ragu Rashid menoleh. Apabila Rashid menoleh, dia mendapati


secara tiba-tiba dirinya kini berada di dalam sebuah bilik kosong serba putih. Rashid
terkejut apabila dia dapat melihat lembaga neneknya sedang menghadap ke arah dinding.

“Tok...” Rashid memanggil Rohani dengan perlahan. Rashid merindukannya.


Sejak Rashid menjadi anak yatim, hanya Rohani sahajalah tempat Rashid mengadu
nasibnya dan tempat untuk Rashid bermanja.

Tetapi Rohani tidak menjawab panggilannya tadi.

“Itu bukan nenek kau. Itu lah sahabatnya.” Beritahu Damak dengan bersahaja.
“Dia tidak boleh mendekati kau selagi tangkal ini tidak aku musnahkan.”

“Jadi apa saya kena buat sekarang?” Rashid berjalan beberapa tapak ke belakang
untuk mendekatkan dirinya kepada Damak. Rasa takutnya itu semakin menjadi-jadi.

“Beritahu kepadanya kau adalah tuan barunya. Beritahunya dengan baik. Kita
akhiri benda ni dengan cara baik...” Damak menepuk bahu Rashid seolah mahu memberi
semangat kepadanya. Dalam pada itu, Damak memecahkan kapsul yang tersimpan di
dalam loket dipakai Rashid tadi.

Wajah Rashid jelas nampak gementar. Rashid menggigil ketakutan. Dia rasa
terperangkap. Di dalam seumur hidupnya, tidak pernah dia merasa takut seperti yang
dialaminya pada waktu itu.

“Kau tak perlu takut. Dia tak akan apa-apakan kau. Tugasnya hanya untuk
melindungi kau!” kalimah-kalimah Damak langsung tidak dapat meredakan rasa
takutnya.

Rashid memberanikan dirinya untuk berhadapan dengan sahabat neneknya. Kata


Rashid kepadanya:

“Aku bersedia menerima kau sebagai sahabat baruku.”

http://nizamzakaria.blogspot.com 205
Lembaga itu mengangguk mengerti.

“Kau dengar apa dia cakap tadi?” Damak bersuara lantang. “Tuan barumu telah
bersuara! Kau akan menjadi sahabatnya mulai hari ini!”

Lembaga itu mengangguk lagi. Mengerti.

“Kita akan tinggalkan tempat ini.” Jelas Damak kepada Rashid. Damak
memandang jauh ke dalam matanya. “Kerja kau dah selesai. Kita akan tinggalkan tempat
ini.”

Rashid melepaskan nafas lega.

“Walau apa pun berlaku selepas ini, jangan toleh ke belakang!” Damak memberi
amaran kepada Rashid.

Rashid tidak menjawab. Dia melihat bilik serba putih itu kini menjadi gelap.
Dinding di hadapannya pula bergerak menjadi sebuah lorong yang panjang. Damak
melangkah berjalan ke hadapan, melalui lorong yang tiada penghujung ini. Rashid
berjalan mengekorinya. Rashid tidak mahu berada terlalu jauh darinya.

Keadaan pada waktu itu terlalu senyap rasanya. Rashid menarik nafasnya dalam-
dalam. Rashid memberhentikan langkahnya. Perasaannya sedikit terganggu. Entah
mengapa, Rashid tidak dapat mengawal dirinya dari perasaan ingin tahu, lalu dia menoleh
ke belakang.

Rashid menoleh. Apa yang dapat dilihatnya adalah sesuatu yang menakutkan.
Lembaga tersebut yang dilihatnya kini bukan lagi mempunyai rupa seperti neneknya,
tetapi apa yang mengambil tempatnya adalah satu lembaga bertubuh besar dengan tubuh
yang bersisik dan mempunyai kepala seperti serangga.

Lembaga itu terus memandang ke arah Rahsid. Ia mengeluarkan lidah yang


panjang. Menjelir.

“Rashid, aku laparrrr!” sebutnya dengan suaranya yang kasar dan bernada rendah.
Ia bergerak cuba mendapatkan Rashid.

Rashid terlalu takut sehingga dia terasa sukar untuk bergerak. Tubuhnya tiba-tiba
sahaja terasa kaku. Kakinya seakan tertanam ke lantai.

Lembaga tersebut kini sedang berdiri betul-betul di hadapan Rashid. Wajahnya


cukup-cukup menakutkan. Kepalanya itu kini berada terlalu dekat kepada Rashid Ia
seolah-olah mahu membaham taringnya yang tajam itu ke tengkuk Rashid, atau sekurang-
kurangnya itulah yang difikirkannya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 206
Rashid dapat melihat keadaannya yang menakutkan itu dengan jelas. Kulit
wajahnya menggerutu. Lidahnya yang terjelir dan berlendir itu menjilat ke lehernya.
Lidahnya terasa kesat seperti kertas pasir.

Rashid mahu menjerit sekuat hati meminta tolong, tetapi suaranya tidak dapat
dikeluarkannya. Rashid memandang kembali ke hadapan. Rashid dapati Damak hilang
dari pandangan.

Tatkala itu Rashid rasa terlalu takut sehingga dunianya berubah gelap secara tiba-tiba...

Rashid dapat merasakan namanya dipanggil berkali-kali. Kemudian pipinya ditepuk-


tepuk. Sukar benar Rashid membuka mata. Terasa terlalu berat rasanya. Rashid
merasakan seperti dia sedang berada di antara dua alam. Rashid tak tahu sama ada dia
bermimpi atau sebaliknya.

“Bangun Rashid, nenek kau akan disembahyangkan ni!” ucap suara yang sedang
menepuk pipinya. Rashid merasa keliru. Dia kurang mengenali suara yang didengarinya
tadi.

Rashid menggosok matanya. Damak mengambil air dari sebiji mangkuk penuh
diisi bunga lalu direnjiskan air ke muka Rashid sehingga dia merasa segar dengan tiba-
tiba.

“Apa yang telah berlaku, bang?” tanya Rashid kekeliruan.

“Kau tertidur. Kau tak cukup tidur.” Jawab Damak bersahaja.

“Bukan itu maksud saya... Maksud saya tadi.”

Damak tidak menjawab dengan serta-merta. Dia menyilangkan tangannya.

“Silap kau juga. Dah aku katakan jangan toleh ke belakang. Tapi kau degil!”

“Maafkan saya bang. Tapi saya tak boleh kawal diri saya.”

“Kau tak boleh kawal nafsu kau tu. Bukannya apa.”

“Jadi apa yang berlaku selepas itu?” tanya Rashid lagi ingin tahu.

“Tak ada apa-apa yang berlaku. Kau tak sedarkan diri.”

Rashid memerhatikan keadaan dirinya yang sedang terbaring di dalam biliknya.


Dia tak tahu berapa lama dia telah tertidur.

http://nizamzakaria.blogspot.com 207
“Bagaimana dengan keadaan nenek saya?” Rashid duduk dari keadaan baringnya.
Apabila dia memasang telinganya, dia dapat mendengar suara sekumpulan wanita
membaca surah Yasin yang datang dari bilik neneknya.

“Mayat nenek kau telah pun dikapankan. Sekejap nanti mayatnya akan
disembahyangkan. Sebab itulah aku kejutkan kau.”

Rashid mengeluh. Lega jiwanya sekarang.

“Pergi ambil wuduk. Mereka sedang menunggu kau sedar sebenarnya. Ya lah,
tinggal kau sahaja warisnya yang terdekat.” Damak menyarankan.

Rashid mengangguk perlahan. Rashid bangun lalu terus ke belakang rumah untuk
mengambil wuduk.

Rashid mendapati, ramai juga orang yang datang menziarahi pengebumian


neneknya. Nasib baiklah rumah yang telah dibina oleh arwah datuk ini luas. Kalau tidak,
mungkin ramai yang datang terpaksa duduk di luar.

Rashid termenung memandang ke arah mereka yang datang memenuhi ruang


tamu. Mereka yang datang duduk bersesak-sesak-sesak sementara menunggukan saat
untuk mayat Rohani disembahyangkan.

Satu ketika dahulu, suami Rohani adalah seorang bomoh terkenal di mukim ini.
Ramai orang yang sanggup meredah denai semata-mata untuk berjumpa dengannya.
Mereka yang datang pula, bukan calang-calang orang. Orang-orang besar dari Malaya,
termasuklah tauke-tauke besar sejauh Ipoh ada yang dapat menemuinya untuk berubat.
Rezeki datuk datang mencurah-curah. Daripada rezeki yang diterimanya itulah dia telah
membina sebuah rumah yang agak besar untuk diri dan keluarganya.

Rashid mengeluh sendiri. Dia dapat merasakan kekosongan rumah yang


didiaminya ini. Rasa kekosongan ini bermula semenjak kematian bapanya di Singapura
ketika Jepun menyerang Malaya. Bapa Rashid adalah seorang pegawai tentera dari Kor
Askar Melayu. Pada ketika itu bapanya telah ditugaskan dalam Kompeni C Batalion
Pertama Askar Melayu yang berpangkalan di Jurong yang ditugaskan untuk
mempertahankan Singapura. Ibunya pula telah meninggal dunia beberapa bulan selepas
kematian bapanya tatkala melahirkan adiknya. Seperti sudah jatuh ditimpa tangga,
lagaknya. Rashid menjadi anak yatim piatu. Rashid dijaga oleh nenek sehinggalah
keadaan nenek sering sakit-sakit. Rashid pula menjaganya selepas itu...

Kini neneknya tiada lagi. Rashid sudah tidak ada lagi tempat untuk bergantung.

Rashid memandang ke arah langit yang kelihatan gelap. Tak lama lagi hujan akan
turun. Guruh sudah mula berdentum. Tanah di atas kubur nenek mula ditimbus perlahan-
lahan. Tok imam pun sudah membaca doa.

http://nizamzakaria.blogspot.com 208
Wajah Rashid sugul. Beberapa orang kampung yang datang kepadanya lalu
menghulurkan sedikit wang kepadanya sebagai sedekah. Rashid menerima wang
pemberian mereka lalu dimasukkan ke dalam kocek baju Melayunya.

Mata Rashid terpandang kepada Salmah, anak bongsu Tok Penghulu. Salmah
sedang berdiri di sebelah ibunya sambil tertunduk malu, lebih-lebih lagi apabila Rashid
memandang ke arahnya. Rashid tahu bahawa Salmah telah memerhatikannya dari jauh
sejak tadi. Rashid tahu bahawa Salmah amat menyukainya Berpuluh-puluh keping surat
telah Salmah berikan kepada Rashid melalui neneknya. Tetapi jarang Rashid
membalasnya.

Rashid sebenarnya suka menulis. Dia pernah ke sekolah Melayu sehingga ke


darjah enam. Tetapi Rashid jarang mempunyai masa untuk membalas surat dari Salmah
kerana dia terlalu sibuk mengusahakan sawah kecil di belakang rumah neneknya. Kini
tanah bendang itu telah terbiar kerana Rashid terpaksa menjaga nenek yang sering sahaja
sakit. Rashid juga lebih banyak menghabiskan masanya meredah hutan mencari akar kayu
yang diminta oleh neneknya itu untuk dijadikan ubat.

Rashid mengeluh lesu. Sekali lagi Rashid dapat melihat Salmah menjeling ke
arahnya. Salmah pernah memberitahu kepada Rashid bahawa hatinya itu hanya
kepadanya. Dia sayang kepada Rashid. Tidak ada lelaki lain di dalam dunia ini yang
difikirkan Salah lebih sesuai untuk dijadikan suami selain dari Rashid. Itulah yang sering
diberitahunya kepada Rashid.

“Bersabarlah Shed.” Hamdan bersuara, membuka lembaran bicara. Rintik-rintik


hujan mula turun membasahi bumi.

Rashid mengangguk lesu. Fikirannya sebenarnya buntu. Rashid tidak mahu


berfikir jauh-jauh tentang masa depannya hidup sebatang kara.

“Hari dah nak hujan Shed... Baik kau balik dulu.” Hamdan menyarankan. Rashid
tidak menjawab.

“Abang, ini ikhlas dari saya.” Rashid mengeluarkan wang sebanyak lima ringgit
dari kocek baju Melayunya, lalu diserahkan kepada Damak yang sedari tadi berdiri di
belakangnya.

“Tak apa, kau simpanlah duit tu. aku tolong kau dengan ikhlas.” Damak tunduk,
mengambil sekepal tanah lalu dicampakkan ke atas kubur Rosnah. “Lagipun kau lebih
memerlukan wang tu dari aku.”

“Abang hendak ke mana selepas ini?” Rashid menyapu mukanya yang sedikit
basah terkena percikan hujan renyai-renyai.

“Aku ingat nak keluar dari mukim ini.”

“Bila bang?”

http://nizamzakaria.blogspot.com 209
“Sebentar lagi.”

“Nampak macam nak berlaku ribut.” Rashid memandang ke langit yang gelap
dengan awan hitam berkepul-kepul.

Damak menarik nafasnya dalam-dalam. Kemudian dilepaskannya perlahan. Dia


termenung sebentar seolah sedang memikirkan sesuatu.

“Sekejap nanti hujan akan lebat... Mungkin sampai ke malam nanti,” kata Damak
kemudian dari penelitiannya sendiri.

“Kalau macam tu, abang duduk sahaja rumah saya,” kata Rashid sambil
memegang lengan Damak yang padu itu. Damak mengangguk tanda setuju.

Mereka berdua berjalan bersama menggunakan jalan denai untuk kembali ke


rumah. Rashid tidak banyak bercakap. Begitu juga Damak. Rashid hanya bersuara ketika
mereka berdua sampai ke rumah.

“Rumah ni sunyi rasanya bila tok dah tak ada.” Ucap Rashid memecahkan
kebuntuan di dalam fikirannya. Rashid mempersilakan Damak duduk di ruang tamu. Baju
Damak basah terkena hujan. Damak membuka bajunya dengan penuh bersahaja, lantas
menampakkan tubuhnya yang kekar itu.

Rashid masuk ke dalam bilik. Rashid mengeluarkan kain tuala, dan sehelai kain
pelekat lalu diserahkan kepada Damak.

Rashid mengambil baju basah dari tangan Damak. Rashid terus ke dapur,
menyediakan air teh dan menggantung baju Damak yang basah itu di dapur.

“Kau patut salin pakaian kau yang basah tu. Kalau tidak demam kau nanti.”
Damak memberi nasihat. Dia menghirup teh panas yang telah disediakan Rashid.

“Tak apa bang, saya dah biasa. Lagipun kalau kita kena buat kerja-kerja kampung
ni, biasalah kalau terpaksa bermandi hujan macam ni.” Rashid menggosok-gosok
rambutnya yang ikal serta tebal itu. Rashid dapati rambutnya basah. Rashid masuk ke
dalam bilik buat seketika sebelum dia keluar memakai persalinan yang baru.

Apabila Rashid keluar, dia mendapati Damak sedang bersandar di atas kerusi.
Damak terlelap tidur. Rashid duduk di hadapan Damak, memerhatikan mukanya dalam-
dalam ketika dia sedang tidur. Rashid tahu bahawa Damak kepenatan.

Rashid memandang jauh ke dalam wajah tenang Damak tatkala dia sedang
nyenyak tidur. Ada sesuatu yang ingin Rashid nyatakan kepada Damak. Tetapi
perasaannya masih ragu-ragu dan takut...

http://nizamzakaria.blogspot.com 210
Pada malam itu Rashid dan Damak bersembahyang bersama-sama di surau. Upacara
tahlil untuk neneknya juga diadakan di sana. Kemudian, apabila upacara tahlil selesai,
mereka berdua pulang ke rumah.

Di dalam perjalanan, Damak bertanya kepada Rashid tentang cita-citanya. Rashid


menjawab soalannya itu dengan penuh bersungguh-sungguh:

“Saya mahu jadi askar macam bapa saya!”

“Tetapi kenapa kau tak jadi askar saja. Kau dah cukup umur... Kalau tak salah
aku, kau baru sahaja berumur 18 tahun, bukan?” tanya Damak. Jamung yang dibawanya
terbakar dengan terang.

“Ya... Saya lahir pada tahun 1930. Semasa saya dilahirkan, umur arwah bapa saya
baru sahaja masuk 17 tahun—“

“Masa itu umur-umur macam kau ni ada orang dah ada anak sampai dua tiga
orang... Sekarang dah lain keadaannya.” Pintas Damak.

“Itulah... Sekarang saya ni boleh dikira sebagai bujang terlajak!” seloroh Rashid
sambil ketawa sendiri. Itulah kali pertama Damak melihat Rashid ketawa, setelah sekian
lama dia berkeadaan murung. Mungkin kerana hatinya masih sedih mengenangkan
pemergian neneknya yang amat-amat dikasihinya.

Memang pada mulanya Damak menganggap Rashid ini pemalu serta pendiam
orangnya. Itu dari pandangan awalnya. Tetapi lama kelamaan, dia mula sedar bahawa
Rashid hanya bersifat demikian dengan orang-orang yang kurang Rashid kenali. Jadi
dengan cepat, Damak terus merasa selesa dengannya.

“Kenapa kau tak terus jadi askar sahaja?” Damak kembali mengulangi soalannya
yang tadinya terbantut tidak terjawab oleh Rashid.

“Saya kena jaga nenek saya bang. Dia dah tua. Saya sahaja waris yang dia ada.”
Itulah sebab yang diberikan oleh Rashid. Kemudian dia kembali diam. Lantas
membiarkan bunyi cengkerik menyanyikan lagu malam.

Sebaik sahaja mereka berdua sampai ke rumah dengan selamat, Rashid terus
menghidupkan lampu pelita. Rashid duduk di atas anjung bersama Damak. Rashid
membawa perkakas untuk menggulung putung rokok daun.

Rashid menggulung rokok daun dari daun jagung yang telah diletakkan tembakau
di tengah-tengahnya. Daun rokok itu digulungnya dengan cermat sebelum Rashid
menyerahkan rokok daun yang telah digulungnya itu kepada Damak.

http://nizamzakaria.blogspot.com 211
“Terima kasih,” kata Damak sambil tersenyum. Rashid kemudian mengambil
kotak mancis cap kuda terbang yang ada di atas lantai anjung, lalu dia menyalakan
sebatang mancis untuk membakar rokok daun yang mahu dihisap Damak.

Damak menyedut putung rokok yang telah dinyalakan dengan bantuan Rashid itu
dalam-dalam. Kemudian dia menghembuskan asap yang berkepul-kepul ke tepi.

“Apa yang kau nak buat selepas ini?” tanya Damak. Matanya terus kepada Rashid.

“Maksud abang?”

“Apa yang kau mahu lakukan selepas ini... Nenek kau dah tiada lagi. Kau pula
duduk bujang.”

“Saya ingat—“

“Kau nak masuk askar?”

“Itu yang saya fikir-fikirkan bang... Memang dah lama saya bercita-cita nak
masuk askar. Memang dah jadi kemahuan saya sejak kecik lagi bang.”

“Baguslah macam tu. Darah pahlawan mengalir pekat dalam diri kau.”

“Tapi saya dah janji dengan nenek saya,” suara Rashid terus menjadi perlahan.
Tidak lagi seghairah tadi.

“Janji apa?” Damak membetulkan silanya.

“Dia tak mahu saya masuk askar.”

“Tentu dia mempunyai sebab.”

“Dia tak mahu saya terkorban macam bapa saya.” Jelas Rashid. Matanya
memandang ke arah luar rumahnya yang sunyi sepi, kemudian kembali beralih pandangan
ke arah Damak.

“Oh...” Kata-kata Damak terhenti di situ sahaja. Dia menunggu dengan sabar agar
Rashid menyambung kata-katanya.

“Kata kawan baik arwah bapa saya... Bapa saya mati dibunuh Jepun.” Rashid
memulakan ceritanya dengan suara yang perlahan.

“Siapa nama kawan arwah bapak kau tu?”

“Encik Isa dari Alor Setar... Abang kenal dengan dia?” tanya Rashid dengan
matanya dibesarkan.

http://nizamzakaria.blogspot.com 212
“Tidak.” Jawab Damak pendek.

“Sebenarnya, selepas British menyerah kalah kepada Jepun di Singapura, bapa


saya masih hidup lagi. Dia dan encik Isa telah bersembunyi di sebuah rumah kosong di
perkampungan Melayu di Bukit Timah sebelum mereka berdua ambil keputusan untuk
pulang ke Tanah Melayu. Mereka mahu pulang kerana makan minum mereka tak terjaga.
Bila mereka berdua sampai ke Stesen Kereta api Tanjong Pagar, ayah saya kena tangkap.
Encik Isa pula, berjaya melepaskan dirinya. Dia beruntung kerana dia telah berhenti
sekejap untuk menolong seorang Nyonya mengeluarkan barang-barangnya dari beca yang
dinaikinya...

“Menurut Encik Isa, bapa saya bersama lebih sembilan puluh orang pemuda
Melayu - yang ada di antaranya askar Melayu yang cuba pulang ke semenanjung telah
dikumpulkan di dalam sebuah gudang kereta api. Esoknya Encik Isa mendapat tahu
semua pemuda-pemuda Melayu yang telah di kumpul Jepun telah mati ditembak.”

Rashid sering termenung memikirkan kembali keadaan Isa, yang telah menangis
teresak-esak tatkala menceritakan hal ini kepada ibu dan neneknya. Isa masih muda lagi.
Usianya mungkin baru sahaja meningkat 21 tahun ketika dia datang melawat ke rumah
Rashid dahulu untuk memberitakan hal ini kepada keluarganya. Isa rasa bersalah kerana
telah mendesak bapa Rashid yang bernama Zain untuk pulang ke Tanah Melayu secepat
mungkin.

Selepas Zain dibunuh dengan kejam, barulah Isa mendapat tahu bahawa dia boleh
pulang ke Tanah Melayu dengan mendapatkan pas keselamatan dan cap Jepun dari
Pejabat Persatuan Melayu. Itu pun setelah dia merata-rata bertanya tentang hal ini kepada
penduduk-penduduk tempatan. Dengan adanya pas dan cap ini, barulah dia dibenarkan
menumpang kereta api lalu seterusnya pulang ke Alor Setar. Isa cukup-cukup terkilan
kerana tidak dapat pulang bersama Zain, rakan baiknya itu pulang ke kampungnya di
Kedah...

“Mayat bapa saya tidak dapat dicari. Mungkin Jepun telah menanam mayat bapa
saya bersama entah berapa ratus lagi mayat-mayat orang-orang yang telah mereka bunuh
pada waktu itu.” Kata Rashid dengan kepalanya tertunduk ke bawah.

Damak tekun mendengar cerita dari Rashid. Dia dapat melihat Rashid kini
menghidupkan puntung rokok daunnya pula. Rashid dengan galak menyedut putung
rokoknya. Anak mata Rashid kering dan kelam.

“Jadi kenapa kau masih nak jadi askar? Jepun dah lama keluar dari Malaya—“
Damak sengaja bertanya.

“Saya minat dengan dunia ketenteraan ni. Saya pun tak tahu kenapa. Dah minat.
Nak buat macam mana pula kan?” Kata Rashid sambil melemparkan senyuman kepada
Damak.

“Kau tak takut akan terkorban macam bapa kau?”

http://nizamzakaria.blogspot.com 213
“Kalau ditakdirkan saya mati syahid, saya lagi suka bang.” Kata Rashid dengan
penuh bersungguh-sungguh.

“Sekarang nenek kau dah tak ada lagi... Adakah kau ingin meneruskan cita-cita
kau untuk menjadi askar?”

“Itulah yang saya nak bincangkan dengan abang.” Kata Rashid perlahan.
Kadangkala akan terdengar bunyi siulan angin yang masuk ke dalam kawasan anjung lalu
terus menyejukkan suasana malam itu.

“Kau nak bincang fasal apa?” Tanya Damak. Dia menggaru keningnya yang tebal
itu walaupun keningnya tak gatal.

“Pawang Ali beritahu kepada saya yang ilmu yang abang ada tinggi.”

“Entahlah. Itu pendapat dia.” Damak meraba dadanya. “Aku rasa ilmu yang aku
ada biasa aja...”

“Saya nak menuntut dengan abang.” Kata Rashid dengan bersemangat. Matanya
langsung tidak berkerlip. “Saya nak ikut abang!”

“Isy, kau ni. Nak ikut aku ke mana?”

“Ikut abang mengubat orang. Lagipun ilmu yang nenek saya turunkan, sikit-sikit
dapat saya gunakan nanti untuk mengubati orang.”

“Kau kata tadi kau nak jadi askar!”

“Saya kena hormati permintaan nenek saya.”


“Apa permintaan nenek kau tu sebenarnya?”

“Sebenarnya dia nak saya jadi cikgu. Tapi saya tak sambung sekolah selepas
perang. Jadi macam mana saya boleh jadi cikgu kalau macam ni lah jadinya?”

“Kau boleh buat kerja kampung—“

“Saya dah bosan buat kerja kampung!” pintas Rashid cepat-cepat. Matanya
menjeling pantas kepada Damak.

“Kau tak faham dengan kerja aku, Rashid...”

“Saya boleh faham kan. Dan saya mahu belajar bang!” berat nada suaranya.
Rashid membuang putung rokoknya ke atas tanah. Asap dari rokok yang dihisapnya tadi
ditelannya. Kemudian perlahan-lahan asap yang sama keluar dari lubang hidungnya.

“Maafkan aku Rashid, tapi aku—“

http://nizamzakaria.blogspot.com 214
“Panggil saya Shed. Abang boleh panggil saya dengan nama tu.”

“Shed... Aku tak pernah bawa sesiapapun bersama aku ke mana-mana.” Ujar
Damak, kemudian dengan suara yang lebih perlahan yang tidak didengari Rashid:
“kecuali Hanim...”

“Masa pendudukan Jepun dulu abang di mana?” tanya Rashid tiba-tiba dengan
satu soalan yang langsung tidak ada kena-mengena dengan perbualan mereka tadi.

“Aku berada di Singapura sebenarnya.” Damak memberitahu cepat.

“Untuk berapa lama?”

“Aku ke sana beberapa bulan selepas perang meletus... Aku kembali ke Tanah
Melayu setahun sebelum Jepun menyerah kalah.”

“Apa abang buat di sana?”

“Kau ni banyak soal lah!” katanya dengan nada sederhana. Dia tidak marah
mahupun berseloroh.

“Tak adalah bang... Saya cuma nak tahu.” Itulah alasan yang diberikan olehnya.
“Jadi apa yang abang buat di sana?”

“Aku habiskan masa aku menjaga seorang Seri Panggung yang terkenal di
Singapura...” Damak menjelaskan.

Wajah Rashid mula nampak berseri-seri. Dia tiba-tiba menjadi seronok. Rashid
pernah mendengar cerita tentang orang-orang bangsawan. Rashid pernah menyaksikan
pertunjukan boria ketika Rashid di bawa ke Georgetown oleh ibu dan bapanya satu ketika
dahulu. Tetapi pertunjukan bangsawan terlalu asing baginya, walaupun mahu Rashid
alaminya sendiri.

“Abang pernah berlakon?”

“Tak pernah. Aku tak pernah ada minat nak berlakon.”

“Jadi apa yang abang buat?”

“Aku jaga makan minum Seri Panggung tu...”

“Dia mata air abang ke?” tanya Rashid dengan nakal.

“Bukan, eh kau ni. Mengarut aja lah!” jawab Damak tersenyum menafikan
sesuatu yang mahu dianggapnya benar.

http://nizamzakaria.blogspot.com 215
“Seri Panggung tu pandai berlakon? Siapa namanya?”

“Namanya Hanim. Bukan sahaja dia pandai berlakon. Dia pandai menyanyi juga.”
Jawab Damak, fikirannya melayang sebentar mengingatkan kembali masa-masa
bahagiannya bersama Hanim ketika itu.

“Dia cantik tak?”

“Hanim memang cantik orangnya. Menjadi pujaan ramai di Singapura.”

“Jadi kerja abang hanya menjaganya?”

“Ya... Itu sahaja yang aku lakukan pada waktu itu.”

“Kenapa abang tak jadi bomoh semasa di Singapura dulu?”

Damak memandang ke arah lain. Seolah-olah ada yang mahu disembunyikannya.


Dia mengeluh. Ada sesuatu yang telah berlaku kepada Hanim yang telah menyebabkan
dirinya bersedih begitu. Kalau boleh dia tidak mahu memikirkan tentang hal ini lagi.

“Aku bukan bomoh, Shed... Ingat tu. Aku tak mahu kau anggap sebagai bomoh
lagi.” Katanya dengan nada yang rendah. “Dan jangan ditanya lagi tentang hubungan aku
dengan Hanim. Itu sahaja yang aku minta.”

Rashid dapat melihat keadaan Damak yang sedikit terganggu itu. Rashid
mengambil keputusan untuk tidak menanyai Damak tentang kisah silamnya dengan
primadona bangsawan yang bernama Hanim itu. Rashid juga cuba mengingatkan dirinya
supaya jangan menganggap Damak sebagai seorang bomoh lagi.

“Dah berapa lama abang... Menolong orang?” tanya Rashid sambil menggaru-garu
dagunya yang penuh berserabut dengan janggut yang baru hendak tumbuh itu.

“Maksud kau?”

“Ye lah, mengubat orang”

“Lama.” Pendek jawapan yang Rashid terima.

“Kenapa abang pilih cara hidup begini?”

“Aku sekadar nak tolong orang. Tapi ingat, aku bukan bomoh!” Damak
mengingatkan sekali lagi.

“Ya saya tahu.” Rashid mengangguk cepat. Kemudian katanya, “saya nak jadi
bomoh macam datuk saya sebab saya nak tolong orang.”

“Baguslah kalau niat kau ikhlas mahu menolong orang.”

http://nizamzakaria.blogspot.com 216
“Jadi boleh saya berguru dengan abang?” Sekali lagi Rashid menyoal.

“Dah, pergi masuk tidur, Shed. Aku tahu kau penat.” Kata Damak sedikit keras.

Rashid menarik nafasnya. Soalan yang ditujukan kepada Damak tentang


kemahuannya untuk berguru dengannya masih tidak dijawabnya. Mungkin esok Rashid
boleh mencuba lagi.

Rashid masuk ke dalam rumah. Rashid menoleh ke arah Damak yang sedang
termenung jauh ke arah kegelapan hutan. Entah apa sahaja yang sedang diperhatikannya.
Wajahnya nampak sedikit risau...Seperti ada sesuatu yang berat dalam fikirannya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 217
Buku II. Bab 12

Rashid terkebil-kebil apabila dia melihat Damak bersiap-sedia untuk bertolak. Perasaan
nya serba salah. Rashid termangu-mangu di hadapannya. Rashid benar-benar mahu
mengikutnya pergi. Banyak yang Rashid boleh belajar darinya. Rashid benar-benar mahu
belajar darinya.

“Bila abang akan ke sini lagi?” tanya Rashid kepadanya sambil menggaru-garu
kepalanya yang tidak gatal itu. Dia melihat Damak sudah berada di muka pintu. Pagi itu,
berkabus. Rashid baru sahaja bangun tidur. Dia menggosok-gosok matanya yang masih
kuyu itu.

“Mungkin aku tak ke sini lagi. Entahlah. Mungkin di lain masa dan keadaan aku
akan ke sini lagi. Tapi aku tak boleh janji!” jawab Damak tanpa memandang ke arahnya.

“Bang... Saya tak mahu hidup di sini lagi. Saya harap abang faham. Bukan sebab
saya bosan dengan tempat ini. Tetapi saya rasa, hidup saya lebih bermakna dari ini semua.
Saya tak mahu jadi petani seumur hidup saya.” Rashid meluahkan hati dan perasaannya.
Wajahnya jelas sedih memikirkan tentang nasib hidupnya.

“Semua orang ada tugas masing-masing dalam hidup ni, Shed.” Damak berdiri,
lalu dia berjalan perlahan keluar sehingga ke anjung. Suasana pagi segar. Dingin.

“Saya mahu jadi macam abang. Saya mahu tolong orang.” Kata Rashid dengan
tegas. Dia berdiri berhadapan dengan Damak.

“Dah aku katakan, aku tidak suka berteman!”

Rashid mengeluh panjang. Damak masih berdegil tidak mahu berganjak dari
keputusannya.

“Kalau macam tu, tak apalah bang. Ini keputusan abang. Saya tak boleh buat apa-
apa.” Katanya perlahan sambil matanya memandang ke lantai rumah yang dilitupi tikar
mengkuang. Sebenarnya Rashid amat-amat mengharapkan simpati daripada Damak.
Rashid berdoa di dalam hati agar Damak bersetuju untuk membenarkan Rashid
mengikutnya.

Damak tidak menjawab. Dia melangkah turun dari rumah Rashid. Saat itu Rashid
sanggup menjadi orang suruhannya asalkan Damak menjadikannya anak muridnya.

“Bang Damak, terima kasih sekali lagi kerana telah bersusah payah datang ke sini
untuk bantu saya.” Nada nya cukup ikhlas berterima kasih, walaupun sayu sahaja
kedengarannya.

Damak mengangguk sekali. Dia berjalan beberapa tapak ke hadapan sebelum dia
berhenti lalu berkata:

http://nizamzakaria.blogspot.com 218
“Kau tak sepatutnya cepat mengalah, Rashid.”

Rashid terkejut mendengar kata-katanya itu. Dia menarik nafasnya dalam-dalam.

“Apa maksud abang?”

“Kau betul-betul mahu ikut aku?”

“Betul bang!” katanya dengan bersungguh-sungguh.

“Kalau begitu, bawa apa yang patut. Tak payah bawak banyak-banyak. Bawak
sekadar mana yang kau boleh bawa bersama.”

“Baik bang!” wajahnya terus berubah ceria. Rashid menyuruhnya menunggu


sementara dia mengambil barang-barang yang boleh dibawanya. Damak berjalan kembali
ke anjung lalu membuka capalnya untuk duduk di atas anjung.

Rashid masuk ke dalam bilik. Sesekali Rashid akan menjenguk ke luar jendela.
Dia ingin memastikan agar Damak tidak lari atau tiba-tiba sahaja hilang entah ke mana.
Rashid mengeluarkan beg keras empat segi yang selalu digunakannya untuk berjalan jauh
dari bawah katil neneknya. Di dalamnya Rashid masukkan baju-bajunya dan beberapa
keperluan yang lain.

Selesai Rashid bersiap, dia terus mengunci pintu dan tingkap dan keluar dari
rumah. Damak masih menunggu di luar. Rashid melepaskan nafas dengan rasa lega.

“Saya nak berjumpa dengan Tok Penghulu. Nak bagi dia kunci rumah saya ni.
Saya nak suruh dia tengok-tengokkan rumah ini bila saya tak ada.” Ucapnya kepada
Damak yang sedang tersenyum melihat beg tua nya.

“Baguslah kalau begitu. Suruh si Salmah tu jaga rumah kau ni.” Kata Damak
dengan nada mengusik.

Keningnya terkerut seribu. Rashid tak pasti dari mana dia mendapat tahu bahawa
dia suka kepada Salmah. Setahu Rashid, tidak pernah pula dia memberitahu kepadanya
tentang hal ini.

Takut pula Rashid jika Damak mampu membaca isi hatinya. Datuknya pernah
memberitahu bahawa ada beberapa pawang besar yang mampu melakukan perkara ini.
Rashid perlu berhati-hati selepas ini supaya tidak menyangka buruk terhadap Damak atau
berfikir yang bukan-bukan di dalam kepalanya. Dia juga perlu berhenti memikirkan yang
bukan-bukan tentang Salmah. Di dalam sehari entah berapa kali Rashid memikirkan
perkara-perkara memberahikan yang melibatkan dirinya dengan Salmah!

“Aku tak akan usik isi kepala kau tu!” kata Damak sambil tersenyum nakal.
Kemudian dia turun ke bawah. Berjalan meninggalkan Rashid tercengang.

http://nizamzakaria.blogspot.com 219
Di dalam perjalanan ke rumah Tok Penghulu mereka tak banyak bercakap.
Suasana di kampung tidak ada bezanya, kecuali keadaan semakin mendung pada pagi itu.
Hari nak hujan.

Tiba-tiba, angin bertiup kencang. Damak memandang ke kiri dan ke kanan dengan
wajah gusar. Dia dapat merasakan sesuatu yang tak kena.

Seorang lelaki dengan pakaian aneh serba hitam berjalan ke arah mereka. Rashid
pernah menemui lelaki ini. Damak nampak terkejut apabila melihat kelibat lelaki ini
berjalan semakin hampir kepadanya.

“Apa yang kau buat di sini, Awang?” tanya Damak dengan gusar, walaupun dia
pasti Awang akan menemuinya juga dalam masa yang terdekat ini. Damak memandang
ke langit. Walaupun suasana mendung, di dalam keadaan seperti ini kulit Awang
sepatutnya terbakar.

“Kau tak sepatutnya memusnahkan tangkal yang aku berikan kepada budak ni!”
tengking Awang marah-marah. Dia sedang memakai kaca mata hitam yang begitu gelap
sehingga sukar untuk Damak melihat matanya.

“Aku sengaja musnahkan tangkal itu kerana aku tahu kau akan datang menemui
aku seperti sekarang... Aku tahu ini semua mesti kerja kau!”

Awang membuka kaca mata hitamnya. Kemudian dia menaikkan keningnya dan
memuncungkan mulutnya untuk bersiul, sebelum dia mendengar apa yang perlu
dinyatakan Damak kepadanya:

“Cuma aku tak faham, macam mana kau boleh hidup di siang hari begini—“

“Aku tak ada masa untuk menghuraikan semua ini kepada kau sekarang!” kata
Awang, dia menoleh ke arah Rashid yang kelihatan bingung melihat Awang dan Damak
bertengkar di hadapannya. “Kau tahu apa yang sebenarnya berlaku sekarang, Damak?”

“Apa?” bentak Damak mencabarnya agar memberitahu.

Awang ketawa sendiri. Dia tersenyum ke arah Rashid. Dia mengangkat kepalanya
sekali seolah memberi isyarat kepada Rashid.

Rashid menjatuhkan begnya ke tanah. Dia tersenyum memandang ke arah Awang


ketika dia berjalan ke arahnya. Kemudian Rashid membenarkan Awang mengusap
rambutnya dengan manja.

“Hasil kerjanya hebat, bukan?” tanya Awang kepada Damak. Awang terus
memandang ke arah Rashid sambil memegang bahunya. Kedua mereka berdua berdiri
menghadap Damak.

http://nizamzakaria.blogspot.com 220
Rashid memetik jarinya. Kemudian suasana di sekeliling mereka kini berubah
menjadi malam.

“Siapa kau sebenarnya Rashid?” tanya Damak dengan suara perlahan dalam
keadaan marah yang tertahan-tahan. Dia tahu dirinya telah ditipu hidup-hidup.

“Kebolehannya yang paling hebat adalah dia dapat mengubah realiti...


Kebolehannya yang satu lagi adalah dia pandai berlakon dan membuat orang-orang
seperti kau mempercayai lakonannya yang cemerlang.” Awang memandang ke wajah
Rashid dengan penuh bangga.

Damak kebingungan. Dia cuba memikirkan apa yang telah berlaku kepadanya
pada waktu itu. Dia cuba memikirkan tentang ‘sahabat’ Rohani. Tangkal yang telah
dipakai Rashid. Hamdan dan penduduk-penduduk kampung. Adakah semua ini hasil
kebolehan yang mampu dilakukan Rashid? Mana satu yang betul dan mana satu yang
palsu?

Adakah Rashid yang dilihatnya sekarang adalah seperti yang difikirkannya? Atau
kelibat yang dilihatnya sekarang adalah hasil tipu dayanya yang mampu dilakukannya.

“Kau telah melakukan ini semua untuk memerangkapku!” Damak cukup


mengamuk dirinya dipermainkan begitu. Kini dia cukup sedar bahawa dia telah masuk ke
dalam perangkap Awang. Dia dapat merasakan Rashid telah menggunakan kuasanya yang
luar biasa itu untuk memukau seluruh penduduk kampung dan akhirnya dirinya juga. Apa
yang telah dilakukan Rashid begitu kompleks sehingga dia sendiri mempercayai bulat-
bulat dunia yang dicipta Rashid tanpa mengetahui siapa dirinya yang sebenar.

“Kau perlu mengikut kami...” kata Awang kini dengan nada yang lebih serius.

“Apa kau dah gila?” tanya Damak yang menganggap permintaan Awang itu
sebagai permintaan yang angkuh.

Awang mengeluh. Dia tidak faham mengapa Aliya telah meminta agar dia
mencari Damak lalu memintanya membawanya ke satu titik di ruang dan waktu di masa
hadapan. Aliya bersungguh-sungguh memberitahunya bahawa dia dapat melihat Damak
akan dapat membantu mereka mengalahkan Ahriman.

Tanpa bantuan Damak, umat manusia akan terus lenyap di dalam muka bumi ini,
maka itulah yang telah ditilik oleh Aliya.

Panel yang dipakai di lengan Awang berkelip-kelip mengeluarkan amaran. Awang


membaca amarah yang ditulis. Wajahnya berubah pucat.

“Kau tidak sepatutnya memusnahkan kapsul medan kuantum yang telah aku suruh
si Rashid ini pakai. Sekarang mereka tahu kita sedang berada di sini!” ujar Awang dengan
wajahnya terkerut risau.

http://nizamzakaria.blogspot.com 221
“Apa maksud kau?”

“Mereka sekarang tahu kami mahu merubah perjalanan sejarah.” Rashid


menjelaskan. Suaranya kini seperti seorang anak remaja yang berkeyakinan, tidak lagi
tergagap-gagap seperti sebelumnya.

“Mereka akan muncul di sini dalam masa dua minit lagi,” ujar Lilith yang
menjelma dari dalam gelap. Dia memerhatikan skrin lebar di lengannya.

“Kita perlu pergi dari sini, Damak!” pinta Awang kini dengan nada lebih serius.

“Ke mana?”

“Ke tahun 2004.” Beritahu Awang. Dia termenung buat seketika sebelum dia
menyambung dengan suara perlahan, “kami betul-betul memerlukan bantuanmu,
Damak.”

Damak memandang ke dalam mata Awang. Damak dapat melihat bahawa Awang
betul-betul serius mahu meminta bantuan darinya. Jika tidak, masakan Awang sanggup
merancang sesuatu yang begitu rumit seperti ini semata-mata untuk mencarinya?

“Beritahu aku sebab mengapa aku perlu dengar cakap kau.” Kata Damak,
membenarkan Awang memberikan dalil mengapa permintaannya itu harus dituruti.

“Lebih seratus tahun dari sekarang, aku akhirnya dapat menyiapkan sebuah mesin
merentas masa. Dalam masa yang sama, kaum Daevas telah membina mesin yang serupa
yang digunakan mereka untuk mengubah perjalanan sejarah sehingga akhirnya Ahriman
dapat dibebaskan...” Awang menerangkan, walaupun dia tahu, sukar untuk Damak
mempercayai kata-katanya ini. Awang menoleh pula kepada Rashid untuk memintanya
menjelaskan keadaan yang sebenar.

“Di masa hadapan nanti, dunia kita ini sebenarnya telah musnah. Kini kami
menjelajah masa untuk memastikan agar perkara ini dapat dielakkan.” Kata Rashid
dengan nada suara yang sedih. Dia sendiri tahu jika Awang tidak menyelamatkannya,
pasti dia akan menjadi mangsa Daevas. Awang telah menyelamatkannya, menjadikannya
seorang vampiro dan kini dia menggunakan kuasa luar biasa yang ada di dalam dirinya
untuk cuba menyelamatkan umat manusia.

Rashid telah dilahirkan di dalam sebuah dunia di mana manusia akhirnya berjaya
diperhambai Daevas. Mereka yang selamat, menyorok jauh ke bawah tanah – melarikan
diri mereka dari keadaan dunia yang dikuasai oleh Daevas yang semakin hari semakin
ramai dibiakkan untuk memenuhi muka bumi ini.

Rashid menggunakan kuasanya untuk mengubah keadaan realiti di sekelilingnya.


Dia menunjukkan kepada Damak keadaan bumi pada tahun 2111. Sememangnya suasana
di bumi pada waktu itu telah pun berubah. Bumi diselaputi dengan awan tebal yang gelap.
Kota-kotanya dipenuhi dengan bangunan-bangunan hitam berbentuk geometri. Apa yang

http://nizamzakaria.blogspot.com 222
menakutkan, bumi pada waktu itu kelihatan seperti padang jarak padang tekukur, tanpa
adanya tumbuhan dan haiwan. Kota-kotanya yang besar pula dipenuhi dengan makhluk-
makhluk serangga yang telah pun mengambil alih bumi dari manusia.

Damak juga ditunjukkan Rashid bahawa pada waktu itu, manusia diternak
semata-mata untuk dijadikan sebagai makanan untuk makhluk-makhluk ini. Keadaan
kehidupan mereka cukup terseksa di mana tubuh mereka hanya digunakan untuk
menghasilkan darah dan tidak lebih dari itu.

Keadaan berubah menjadi seperti sedia kala. Damak menutup mulutnya dengan
tangannya. Kalau boleh dia tidak mahu mempercayai apa yang telah dilihatnya pada
waktu itu, tetapi jauh di dalam hatinya dia tahu Rashid telah berkata benar.

Damak kemudian melihat Lilith menekan sesuatu kepada skrin di lengannya lalu
dengan jari telunjuknya, dia menyentuh ke hadapan. Percikan terbentuk di ruang kosong
di hadapannya sebelum percikan itu berubah menjadi pusaran. Damak pernah melihat
pusaran yang sama tatkala kali terakhir dia terserempak dengan Awang di Singapura
padan tahun 1939 dahulu.

“Kau berdua perlu pergi, biar aku dan Lilith selesaikan perkara ini dahulu!”
Awang menjerit kuat tatkala mengeluarkan perintah. Seramai enam orang konco-konco
Daevas yang berpakaian serba putih tiba-tiba muncul di hadapan mereka. “Cari Hanim
sampai dapat. Apabila kau dapat mencari Hanim, kau akan dapat mencari Aliya dan—“

Awang tidak sempat menyambung kata-katanya. Dia terus mengeluarkan


beberapa biji bola besi dari dalam salah sebuah koceknya. Bebola ini dicampakkannya ke
udara, kemudian dengan menggunakan kuasa fikirannya, dia mengarahkan bebola ini
bergerak dengan laju bak peluru ke arah kepala petualang-petualangnya.

Hanya dua sahaja dari mereka jatuh, yang lainnya berjaya menangkis serangan
Awang.

Damak tidak tahu apa yang perlu dilakukannya sekarang. Dia tidak tahu jika dia
perlu membantu Awang ataupun sebaliknya.

“Bang, kita mesti pergi dari sini sekarang juga. Tugas kita baru sahaja bermula!”
beritahu Rashid. Dia memegang bahu Damak, memintanya supaya menyerahkan dengan
penuh keyakinan kepada dirinya.

Damak mengangguk walaupun perasaannya masih ragu-ragu. Pada waktu itu dia
hanya memikirkan tentang Hanim.

Rashid terus memegang bahu Damak lalu mengarahkannya supaya masuk ke


dalam pusaran di hadapan mereka. Damak menurut sahaja. Dia masuk ke dalam pusaran
itu diikuti oleh Rashid di belakangnya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 223
Tubuh Damak terasa sejuk. Matanya berpinar-pinar apabila dia mendapati dirinya
disinari dengan cahaya terang di dalam pusaran tersebut. Apabila cahaya yang kuat
beransur-ansur kelam, dia mendapati dirinya sedang berada di dalam sebuah tempat yang
begitu asing baginya – dia sedang berada di hadapan sebuah bangunan yang besar dan
tinggi. Waktu lewat malam. Tidak ada orang di sekeliling mereka. Cahaya yang terang
diarahkan kepada bangunan di hadapannya.

“Di mana kita sekarang?” tanya Damak kepada Rashid. Dia mendapati Rashid
sedang memerhatikan keadaan di sekelilingnya. Kemudian dia mendongak ke atas.

“Kuala Lumpur, Malaysia... Tahun 2004.” Jawab Rashid dalam satu nafas yang
panjang tanpa menoleh ke arah Damak.

“Malaysia?” itulah kali pertama Damak mendengar nama tersebut dikaitkan


dengan Kuala Lumpur. Matanya ikut mendongak melihat bangunan berkembar KLCC
yang sedang tersergam gah di hadapannya. Fikirannya semakin bingung. Dia kurang pasti
jika dia dapat mencari Hanim di dalam kota Kuala Lumpur yang dilihatnya begitu asing
dan menakutkan itu...

http://nizamzakaria.blogspot.com 224
Buku III. Bab 1

Pada malam ini, pada pertengahan musim panas tahun 2061, buat sekian kalinya aku cuba
mengingatkan diriku bahawa pada esok pagi, misiku untuk menjelajah masa akan
bermula – dengan menggunakan mesin merentas masa yang telah dibina dengan mengikut
spesifikasi yang tertulis di dalam manuskrip Vitruvius. Para saintis yang menjadi anggota
Illuminati telah mengambil masa lebih 30 tahun untuk membina mesin yang kompleks
ini.

Aku memandang ke arah skrin besar di dalam bilik makmal yang dikelilingi
dengan tembok kaca ini. Skrin tersebut menayangkan tulisan dalam manuskrip Vitruvius
serta penterjemahannya di dalam bahasa Inggeris. Beberapa orang saintis nampaknya
sedang sibuk memeriksa setiap perkara yang perlu mereka periksa dengan teliti. Mereka
semua perlu memastikan agar mesin ini akan dapat berjalan lancar apabila ia digunakan
buat pertama kali beberapa jam sahaja dari sekarang.

“Tayangkan pelan nombor 1526-1b!” ucapku ke arah skrin lebar di hadapanku.


Skrin kini berubah menunjukkan struktur mikroskopik darah hidup Lilith yang selama ini
dikaji oleh Dr. Hayden.

Dr. Hayden, seorang pakar nanoteknologi telah aku temui ketika dia menjadi
calon Ph.D di University Cambridge. Darah Lilith telah aku berikan kepadanya agar dia
dapat mengkajinya – yang aku fikirkan lebih baik dari dia menghabiskan masanya
mengkaji sintesis enjin-nano berasaskan hemoglobin yang menjadi topik tesis Ph.Dnya
pada waktu itu.

Dr. Hayden telah mengambil masa lebih 17 tahun mengkaji darah Lilith yang
terkandung mesin-mesin mikroskopik yang diberikan dengan nama Sel Darah Nanobot
(SDN). Jika dalam darah manusia terkandung berbilion-bilion sel darah merah atau
erythrocytes, dalam darah Daevas pula terkandung berbilion-bilion SDN ini.

Dari hasil kajian Dr. Hayden, dia mendapati bahawa setiap satu dari mesin bersaiz
mikroskopik ini mempunyai fungsi lebih canggih dari mana-mana komputer ataupun
robot yang mampu dibina oleh manusia sehingga kini. SDN yang jumlahnya berjuta-juta
ini berfungsi secara kolektif di dalam tubuh seorang Daevas seperti Lilith, menggantikan
setiap sel-sel tubuh mereka yang mati dan menggantikan dengan yang baru. Dan sebab
itulah sesiapa yang diasimilasikan dengan SDN akan dapat hidup buat satu jangka masa
yang lama...

“Ini merupakan satu teori, tetapi aku pasti mesin-mesin mikroskopik inilah yang
mengawal kaum Daevas ini.” Ujar Dr. Hayden dengan bersungguh-sungguh kepadaku
kira-kira sepuluh tahun yang lalu apabila dia membuat kajian tentang hal ini di dalam
makmalnya.

“Maksud kau?” tanyaku, memerhatikan struktur canggih SDN yang setiap satunya
kelihatan seperti sebuah robot kecil berbentuk seperti piring terbang di dalam mesin
mikroskop elektronnya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 225
“SDN ini tidak boleh hidup dengan sendirinya, jadi ia perlukan hos.” Jawab Dr.
Hayden. Matanya nampak lesu. Aku pasti berhari-hari lamanya dia tidak keluar dari
kompleks makmal yang telah dibina di bawah tanah ini.

“Jadi Daevas menjadi hosnya?” tanyaku satu soalan yang sudah aku ketahui
jawapannya sendiri.

“Ya... Itulah yang aku fikirkan...” Dr. Hayden menggaru-garu rambutnya. “Cuba
kau fikirkan... SDN inilah yang mengawal Daevas, bulan sebaliknya!”

Jadi kerana ingin tahu tentang hal ini, aku terus bertanyakan Lilith tentang teori
Dr. Hayden. Lilith memberitahuku bahawa teori Dr. Hayden itu sememangnya tepat.
Malah, Lilith akhirnya memberitahuku dengan lebih lanjut tentang asal usul kaumnya.

“Mereka telah dicipta di sebuah planet koloni Daevas yang dikenali dengan nama
Kanodoo-3.”

“Bagaimana semuanya ini boleh berlaku?”

“Penduduk Kanadoo-3 telah melakukan kesilapan yang besar mencipta nanobot


ini. Mereka ingin mencipta sejenis mesin mikroskopik yang dapat membuatkan tubuh
mereka bertahan buat jangka masa yang lama. Mereka mahu hidup buat selama-
lamanya...

“Teknologi mereka begitu maju sehinggakan nanobot yang mereka cipta ini
mempunyai keupayaan untuk berfikir sendiri. Dan kau tentu tahu apakah satu-satunya
perkara yang mahu dilakukan oleh makhluk yang berfikir bahawa dirinya hidup,
mempunyai perasaan yang bernyawa?”

“Ia mahu membiak...”

“Ya. Itulah yang telah ia lakukan kepada kami. Apabila kesemua penduduk di
koloni Kanadoo-3 berjaya diasimilasikan, mereka telah menculik penduduk-penduduk
planet kami lalu menggunakan tubuh kami sebagai hos mereka. Tubuh Daevas dari
spesies humanoid serangga seperti kami sesuai untuk diasimilasikan mereka kerana kami
berfikiran secara kolektif. Tidak sampai setahun, setiap makhluk di planet kami berjaya
mereka asimilasikan, tanpa kami sendiri sedari pada mulanya...”

“Jadi kenapa kau tidak dapat dikawal mereka?”

“Kerana aku lain dari yang lain... Aku adalah satu anomali. Jika dibandingkan
dengan Daevas yang lain, aku mampu berfikir secara individu... Seperti kamu.” Lilith
menjelaskan.

“Mereka tidak boleh mengawal manusia, kerana manusia bukan makhluk yang
berfikir secara kolektif...” Kataku mengatur hipotesisku sendiri. Pada waktu itu aku mula

http://nizamzakaria.blogspot.com 226
sedar bahawa jika manusia diasimilasikan dengan SDN, mereka akan menjadi vampiro.
SDN yang akan menggantikan sel darah manusia dan akhirnya hidup dalam tubuh
vampiro.

Walau bagaimanapun, SDN ini tidak dapat mengawal manusia seperti yang dapat
mereka lakukan kepada kaum Daevas. Struktur biologi manusia yang berlainan dengan
Daevas juga menyebabkan SDN yang telah didedahkan ke dalam tubuh manusia sensitif
kepada gelombang ultra-lembayung. Dan sebab itulah mereka menjadi vampiro yang alah
kepada sinar matahari...

“Betul Awang...” jawab Lilith sambil mengangguk perlahan. “Jadi kau faham
bukan, apa maknanya ini semua?”

“Apa maksud kau?”

“Mesin-mesin mikroskopik yang ada di dalam tubuhmu itulah yang menyebabkan


kau terus hidup sehingga ke hari ini. Jasadmu sebenarnya telah lama mati—“

Diriku ini tidak ubah seperti sebuah robot yang mampu berfikir dengan
sendirinya. Aku berfikir kerana otakku masih berfungsi. Tapi mana datangnya perasaan
yang wujud di dalam jiwaku ini? Mana datang semuanya ini? Aku rasa aku tidak
mungkin akan dapat menjawab soalan ini sampai bila-bila.

SDN yang berfikir ia bernyawa malah berperasaan ini kini terus hidup di dalam
tubuhku. Ia membiarkan aku hidup kerana seperti makhluk-makhluk yang lain, SDN ini
akan melakukan apa sahaja untuk terus hidup. Untuk aku terus hidup, aku terpaksa
menghisap darah manusia, kerana itu sahajalah punca tenaga SDN dalam tubuh
vampiroku ini.

Jadi musuhku kini sebenarnya bukan kaum Daevas, tetapi kepada mesin-mesin
‘Artificial Intelligence’ atau AI bersaiz mikroskopik yang hidup di dalam diri mereka
yang mahu membiak dan berkembang di muka bumi ini.

Setelah aku puas memeriksa struktur SDN yang terpampang di layar skin di
hadapanku, Dr. Wildstein, penyelidik Fizik Kuantum yang sedang bertugas di dalam
makmal Illuminati menunjukkan kepadaku mesin yang akan digunakan oleh vampiro
orakel yang bakal menggantikan tempat Tiresias. Mesin ini baru sahaja disiapkan oleh
kumpulannya pada minggu lepas.

“Mesin ini akan membaca garisan-garisan sejarah dan orakel kita akan dapat
melihat bahagian mana yang cuba diubah oleh golongan Daevas dan Frère Maçon.” Jelas
Dr. Wildstein tanpa memberitahuku bagaimana nanti cara-cara untuk si vampiro orakel
ini akan menggunakan mesin yang aneh ini kelak.

Aku seterusnya diberitahu bahawa mesin ini mempunyai bentuk yang aneh.
Sebuah kerusi diletakkan di tengah-tengah gelang-gelang logam yang akan ligat berputar
sehingga membentuk sebuah sfera. Si orakel akan mengenakan sebuah alat yang perlu

http://nizamzakaria.blogspot.com 227
dipakainya di kepala yang mempunyai bentuk organik. Alat tersebut kelihatan seperti
seekor lintah yang hidup dan berdenyut-denyut. Segala informasi yang terkumpul tentang
garisan-garisan sejarah yang berubah atau cuba diubah akan disalurkan kepada kepala si
orakel melalui alat ini.

Sebenarnya, mesin menjelajah masa ini merangkumi seluruh bahagian makmal


yang dikelilingi dengan dinding berbentuk sfera. Dinding sfera dengan diameter
berukuran 75 meter ini akan melindungi makmal serta mereka yang berada di dalamnya
dengan medan kuantum. Makmal ini pula dibina di atas sebuah tiang kukuh yang
terkandung penjana anti-matter di dalamnya. Makmal berkaca berbentuk kubah ini
diletakkan di tengah-tengah sfera.

Fungsi sfera yang mengeluarkan medan kuantum yang dibina mengelilingi


makmal ini penting untuk melindungi maklumat serta mereka yang berada di dalam
makmal - apabila segala apa yang berlaku di dunia luar makmal ini diubah. Jadi dengan
adanya sfera ini, walaupun perjalanan sejarah dunia di luar mereka berubah, mereka tetap
menyimpan informasi asal tentang perjalanan sejarah dunia mereka sendiri.

Tatkala memandang ke arah dinding sfera yang yang kelihatan seperti sebuah
tembok besar di hadapanku, aku cukup sedar bahawa konco-konco Daevas kini sedang di
dalam proses membina sebuah mesin menjelajah masa seperti ini. Aku kurang pasti jika
mesin ini telah pun berjaya mereka siapkan. Selagi orakel vampiro tidak kubawa kembali
ke sini, aku tidak mungkin akan tahu jika dunia aku ini sendiri telah pun mereka ubah.

Dr. Wildstein kemudian menunjukkan kepadaku mesin utama penjelajah masa


yang akhirnya dapat dibina. Komponen yang paling penting sekali yang akan digunakan
di dalam mesin ini adalah SDN. Berjuta-juta SDN akan digunakan untuk membuat
pengiraan kompleks untuk mencari sebuah wormhole yang sesuai dapat dibuka lantas
membawa kami ke titik ruang dan waktu yang mahu kami jelajahi.

“Wormhole, atau dikenali sebagai Jambatan Einstein-Rosen dianggap sebagai


satu-satunya cara yang boleh kita gunakan untuk merentas masa. Vitruvius nampaknya
telah memahami tentang hal ini lama sebelum kita dapat memahaminya dengan
pengetahuan sains yang kita ada sekarang!” Ujar Dr. Wildstein yang pernah mengajar di
Princeton itu dengan nada terujah ketika dia mula-mula menelaah salinan manuskrip
Vitruvius yang aku berikan kepadanya.

Aku memandang kepada mesin yang berjaya dibina oleh para saintis Illuminati
dengan menggunakan spesifikasi yang mereka pelajari dari manuskrip Vitruvius. Mesin
ini berbentuk aneh. Sumber tenaga yang banyak yang dikeluarkan dari reaktor anti-matter
yang dibina betul-betul di bawah makmal ini akan disalurkan terus kepada mesin ini.
Mesin bio-organik yang akan melakukan pengiraan yang kompleks ini kelihatan seperti ia
telah dicipta oleh H. R. Geiger sendiri. Ia dibentuk seperti sebuah mesin hidup lengkap
dengan urat saraf dan bahagian yang berdenyut seperti jantung. Mesin ini nampak seolah
ia bernyawa! Jadi sejak kali aku dibawa melihat bahagian mesin ini yang separuh siap,
aku telah menamakannya mesin Geiger.

http://nizamzakaria.blogspot.com 228
Untuk menggunakan wormhole ini pula, mereka yang menjelajah masa harus
menggunakan sepasang sarung tangan yang disambungkan kepada sehelai pakaian khas
yang perlu dipakai oleh penjelajah masa. Pakaian serba hitam ini dilengkapkan dengan
pelbagai peralatan canggih yang menggunakan teknologi SDN, juga sebuah jana kuasa
kecil yang melindungi tubuh mereka dengan medan kuantum. Hanya mereka yang
memakai pakaian ini boleh membuka dan mengawal gerbang wormhole. Tanpa pakaian
ini, atau apabila pakaian ini rosak, kedudukan mereka tidak mungkin dapat dikesan oleh
mesin Geiger yang mengawal segala-galanya. Jika perkara ini berlaku, si penjelajah masa
boleh tersesat di dalam satu titik ruang dan waktu yang tidak mungkin dapat dikesan
sampai bila-bila.

“Jadi apa perkara pertama yang akan kau lakukan apabila mesin ini dapat
digunakan nanti?” tanya Lilith kepadaku sambil melihat darahnya diambil lalu disalurkan
ke dalam sebuah silinder kaca yang besar. Darahnya yang terkandung berjuta-juta mesin
mikroskopik yang canggih ini akan disalurkan ke dalam pakaianku nanti agar ia dapat
berfungsi sebagai sebuah pakaian yang mempunyai kuasa sebuah superkomputer yang
luar biasa.

“Aku perlu ke Selat Inggeris... Tahun 1787. Aku perlu menyelamatkan Cassius.”
Jawabku tanpa perlu berdolak-dalik lagi apabila soalan ini ditanyakan oleh Lilith lebih
setahun yang lalu.

“Ada banyak lagi perkara penting yang perlu kau fikirkan dan lakukan dahulu
sebelum kau pergi menyelamatkannya.” Ucap Lilith cuba menasihatiku. Aku tidak tahu
mengapa aku harus mendengar kata-katanya ini, sedangkan tujuan aku membina mesin
ini adalah untuk menyelamatkannya.

“Perkara apa lagi?” aku memandang ke arah pakaianku yang sedang diperiksa
oleh beberapa orang saintis muda Illuminati. Mereka sedang memastikan bahawa
pakaianku ini dapat berfungsi dengan sepatutnya apabila SDN disalurkan ke dalam
pakaianku nanti.

“Kau tentu tahu... Perkara pertama yang dia mahu kau lakukan adalah cuba
menyelamatkan umat manusia. Nyawanya adalah soal kedua dalam hal ini!” Lilith
mengingatkan dengan nada menasihati. “Lagipun, kau perlu mendapatkan vampiro orakel
itu dahulu yang akan dapat membantu kau mencarinya nanti. Aku rasa hanya dia sahaja
yang akan mampu membawa kau ke titik terakhir ruang dan waktu di mana Cassius di
buang ke Selat Inggeris dahulu.”

Aku terpaksa mengangguk akur. Sememangnya perkara pertama yang harus aku
lakukan sekarang adalah untuk membawa vampiro orakel pulang ke duniaku ini.

“Aku perlu pergi... Esok beritahu kepada saintis-saintis kita supaya bersiap sedia
awal-awal pagi agar kita dapat memulakan penjelajahan pertama kita.” Kataku dengan
lesu kepada Dr. Wildstein. Dia mengangguk patuh. Mataku menjeling ke arah Lilith yang
sedang membantu seorang saintis vampiro membuat pemeriksaan terakhir kepada mesin
Geiger.

http://nizamzakaria.blogspot.com 229
Aku keluar dari makmal yang telah dibina lebih 200 meter di bawah tanah ini.
Apabila pintu di buka, aku berjalan di atas sebuah jambatan tarik yang memisahkan
makmal ini dengan bangunan induk. Jambatan tarik ini tidak berpagar. Sememangnya
memang ada para saintis Illuminati yang masih gayat berjalan di atas jambatan ini
walaupun ada di antara mereka yang menggunakan jambatan ini hampir setiap hari.

Apabila medan kuantum dihidupkan nanti, Jambatan ini akan ditarik ke dalam
bangunan utama dengan makmal kubah berkaca ini berada tengah-tengah sfera besar yang
mengelilinginya ini.

Setibanya aku tiba di bangunan induk, aku mencari lif yang terdekat untuk
kugunakan ke tingkat atas. Beberapa orang vampiro dan anggota Illuminati yang aku
temui ketika di dalam perjalanan ke lif bersalaman denganku sambil mengucapkan
tahniah kerana mesin menjelajah masa yang ingin kubina selama ini akhirnya akan dapat
kumanfaatkan kegunaannya tidak lama lagi.

Aku keluar dari bangunan kecil yang dipunyai oleh kumpulan Illuminati yang
terletak di Boulevard Macdonald. Di luar, aku dapat melihat struktur muzium sains dan
industri yang tersohor di Paris, - La Cité des Sciences et de l'Industrie yang terletak di
kawasan Parc de la Villette itu. Dari tempat di mana aku sedang berdiri sekarang, aku
dapat melihat sfera bercermin yang besar yang dikenali sebagai La Géode. Teater gergasi
dengan layar 360° ini merupakan antara tarikan paling menarik yang terdapat di muzium
sains yang telah dibuka pada tahun 1986 ini. Agak ironis juga apabila aku memikirkan
lebih 200 meter di bawah tanah, sebuah sfera yang mempunyai bentuk yang hampir-
hampir serupa dibina tanpa pengetahuan sesiapapun kecuali anggota Illuminati dan para
vampiro.

Aku terus berjalan untuk menghirup udara segar. Beberapa pelancong dari Taiwan
sedang mengambil gambar di hadapan muzium. Salah seorang dari mereka memintaku
agar mengambil gambar mereka berkumpulan dengan menggunakan kamera-telefon
holografik dari model terbaru jenama Lestari. Lestari merupakan jenama telefon bimbit
nombor satu di dunia. Sebuah jenama yang telah diasaskan pada tahun 1964 di Malaya
dan kini menjadi salah satu jenama yang paling terkenal...

Pelancong-pelancong Taiwan itu mengucapkan terima kasih kepadaku. Mereka


memberitahu kepadaku bahawa pancaran gambaran holografik mereka
berlatarbelakangkan sfera besar di La Cité des Sciences et de l'Industrie itu terus
dipancarkan dan edarkan kepada kenalan-kenalan mereka di Taiwan. Aku hanya
mengangguk, mengiakan sahaja. Aku berjalan ke arah Terusan Saint Denis. Aku berjalan
tanpa memikirkan apa-apa. Fikiranku sebenarnya kosong.

Aku melabuhkan punggungku di atas sebuah bangku yang telah di sediakan


menghadap terusan yang telah di buka pada tahun 1821 ini. Aku duduk berseorangan di
sana sambil memerhatikan beberapa penduduk Paris dan para pelancong yang sedang
berjalan di Quai de la Charente. Buat beberapa ketika, aku termenung memikirkan
kembali keadaan kawasan ini ketika aku dan Cassius masih bersama. Ketika itu terusan

http://nizamzakaria.blogspot.com 230
yang melingkari kawasan ini tidak ada lagi. Malah, kawasan ini merupakan sebuah
kampung kecil jauh dari kesibukan Kota Paris.

Pada awal pagi esok aku akan memulakan tugasku untuk menjelajah masa.
Selama beberapa puluh tahun ini aku telah menyediakan diriku untuk melakukan tugas
ini, tapi kini hatiku mula ragu-ragu.

Setelah lebih dua jam aku duduk termenung, kembar Eva dan Ivana datang ke
arahku. Kedua-dua mereka duduk di sebelah kira dan kananku. Mereka mengapitku
duduk sambil kami sama-sama memandang ke arah air terusan Saint Denis yang mengalir
lesu itu.

“Terima kasih sekali lagi kerana telah memilih kami berdua.” Ujar Ivana
kepadaku. Pemilihan terakhir ini telah aku lakukan pada petang tadi. Aku nampak mereka
cukup teruja apabila dipilih dari 12 calon-calon vampiro yang terpaksa kupilih untuk
mengikuti misi ini bersamaku.

“Sememangnya aku rasa kamu berdua adalah calon yang terbaik untuk misi
penting ini.” Kataku dengan jujur.

“Kami masih tidak percaya kami akan dipilih kerana calon-calon yang lain hebat-
hebat belaka!” kata Ivana dengan bersungguh-sungguh. Eva pula memegang tangan
kiriku dengan erat. Di dalam hal-hal seperti ini selalunya Ivana yang akan mengeluarkan
suaranya, Eva pula akan diam, sedangkan di dalam masa-masa biasa, Evalah yang becok
bercakap.

Eva dan Ivana pernah dijadikan tahanan dan bahan eksperimen kejam Dr. Josef
Mengele di Auschwitz. Dr. Mengele yang terkenal dengan nama “Malaikat Maut” ini
merupakan seorang anggota Nazi yang telah mengadakan eksperimen yang kejam
terhadap kembar-kembar berbangsa Yahudi yang telah dibawa kepadanya.

Pada musim dingin tahun 1943, Eva dan Ivana yang berasal dari Hungary itu tiba
di kem tawanan Auschwitz, lalu mereka di bawa terus ke makmal Dr. Mengele. Tidak
seperti tawanan-tawanan perang yang lain yang telah dibawa dengan kereta api, Eva dan
Ivana telah dibawa oleh pegawai tentera Nazi dengan sebuah kereta perisai khas. Sejak
awal lagi, pegawai tentera Nazi telah melihat sendiri kuasa luar biasa yang ada di dalam
diri kedua kembar ini. Di dalam percubaan menangkap Eva dan Ivana di rumah mereka
di Kota Budapest, lima orang pegawai tentera Nazi hampir terbunuh dibuatnya apabila
Eva dan Evana menggunakan kuasa luar biasa yang ada di dalam diri mereka. Mereka
hanya berjaya ditangkap tiga hari kemudian apabila pihak Nazi berjanji akan
membenarkan ahli keluarga mereka yang lain melepaskan diri mereka untuk
mendapatkan perlindungan di Switzerland.

Apabila Eva dan Ivana dibawa ke makmalnya, Dr. Mengele dapat melihat sendiri
akan kecantikan luar biasa kedua-dua kembar yang berusia 19 tahun ini. Kulit mereka
yang cerah dengan rambut mereka yang perang langsung tidak menampakkan bahawa
mereka berdua ini sebenarnya berketurunan Yahudi. Walau bagaimanapun, apa yang

http://nizamzakaria.blogspot.com 231
menarik perhatian Dr. Mengele tentang kembar yang dipersembahkan kepadanya pada
ketika itu adalah kebolehan Eva dan Ivana yang masing-masing dapat mengawal elemen
api dan air.

Maka eksperimen demi eksperimen telah dilakukan kepada kedua-dua kembar ini.
Walau bagaimanapun, pada tanggal bulan Ogos, tahun 1944, Dr. Mengele mendapat
arahan dari pentadbir Nazi bahawa kedua-dua kembar ini harus dibunuh seperti kembar-
kembar lain yang telah dikajinya. Mengikut alasan yang diberikan pegawai-pegawai
tertinggi Nazi, jika Eva dan Ivana dibiarkan hidup, kembar ini akan membawa musibah
kepada mereka. Pegawai-pegawai Nazi ini dapat melihat dengan sendirinya bahawa dari
ke sehari, kuasa yang ada di dalam diri Eva dan Ivana bertambah hebat. Eva sebagai
contoh dapat mengawal api lalu membuat api merebak atau padam dengan sendirinya.
Ivana pula dapat mengawal dan mengubah bentuk air sesuka hatinya.

Sehari sebelum Eva dan Ivana diarahkan untuk dibunuh, vampiro Möllemann
telah datang untuk menemui mereka berdua. Pada malam itu, Vampiro Möllemann
memberitahu kepada kembar seiras ini tentang apa yang akan dilakukan kepada mereka
pada esok hari oleh Dr. Mengele, serta tipu helah tentera Nazi yang telah mengorbankan
seluruh anggota keluarga mereka sejurus selepas mereka berdua dibawa ke sini. Eva dan
Ivana kemudian telah diberikan pilihan oleh vampiro Möllemann untuk menjadi vampiro
ataupun menerima kematian mereka begitu sahaja.

Eva dan Ivana memilih untuk menjadi vampiro. Pada hari esoknya, mereka telah
dibunuh dengan disuntik dengan cecair beracun. Apabila tiba malam hari, mereka hidup
kembali sebagai pasangan kembar vampiro, lalu mengikut vampiro Möllemann lari dari
pusat tawanan Auschwitz.

Apabila Perang Dunia Kedua tamat, Eva dan Ivana menghabiskan masa mereka
memburu setiap pegawai perubatan Nazi yang terlibat di dalam eksperimen kejam yang
telah dilakukan kepada kembar seperti mereka - juga pegawai-pegawai Nazi yang telah
membunuh keluarga mereka. Eva dan Ivana telah memburu lalu membunuh pegawai-
pegawai Nazi ini dengan cara yang paling kejam yang mampu difikirkan mereka...

“Seperti yang aku katakan tadi... Aku telah memilih kamu berdua kerana aku
menganggap kamu berdua yang terbaik untuk misi ini.” ujarku dengan jujur. Mereka
sendiri tahu hampir 300 vampiro dari seluruh dunia yang telah menyahut seruanku
apabila aku mencari calon yang terbaik untuk membantuku di dalam misi penting ini.

Eva dan Ivana masih muda jika dibandingkan dengan vampiro-vampiro lain yang
ada di antaranya hidup beribu tahun lamanya. Tetapi mereka tetap menjadi pilihanku,
kerana dari ramai-ramai vampiro yang ada – Eva dan Ivana lah yang mempunyai
kebolehan yang paling luar biasa. Jika kuasa mereka disatukan – dengan menggunakan
kudrat api dan air, mereka dapat memusnahkan apa sahaja halangan yang mereka hadapi
bersama.

“Kita harus kembali ke makmal... Aku rasa mereka sedang menunggu kita di
sana.” Ujarku kepada Eva dan Ivana. Mereka mengangguk dengan cepat.

http://nizamzakaria.blogspot.com 232
Sambil memegang tangan Eva dan Ivana, aku berjalan ke bangunan Illuminati
yang berpura-pura berfungsi sebagai sebuah bangunan pejabat syarikat guaman itu. Aku
berjalan masuk ke dalam lif bersama kembar Eva dan Ivana. Aku menarik nafasku dalam-
dalam. Aku tersenyum ke arah mereka berdua lantas menunjukkan raut wajah yang yakin
kepada mereka, walaupun jauh di hatiku, aku cukup gusar jika mesin ini langsung tidak
berfungsi seperti mana yang aku mahukan...

Eva dan Ivana kelihatan cukup segak memakai pakaian yang perlu mereka pakai untuk
menjelajah masa. Seorang saintis Illuminati berbangsa Jepun nampaknya sedang sibuk
mengepam darah sintetik ke dalam pakaian mereka di saat-saat terakhir sebelum misi
kami ini bermula.

“Seperti yang telah kita bincangkan sebelum ini, kamu bertiga perlu kembali ke
Malaya pada tahun 2005.” Ujar ahli sejarawan Illuminati, Dr. Adrian Cuomo. Katanya
lagi. “Jika mengikut tafsiran manuskrip Nostradamus yang telah kita curi pada tahun
1555, seorang orakel akan muncul di daerah ini.”

Nama Nostradamus adalah satu nama yang tidak begitu dikenali di duniaku.
Jarang sekali tilikannya menjadi nyata, jadi dirinya terus dilupakan - lebih-lebih apabila
lagi tulisan-tulisannya yang terpenting telah dicuri oleh kumpulan Illuminati ketika dia
masih hidup dahulu.

Seperti Vitruvius, dia adalah seorang konco Frère Maçon. Nostradamus telah
diberikan kuasa untuk melihat ruang dan waktu di masa hadapan seperti mana yang mahu
diubah oleh Daevas. Maka sebab itulah sejak dari dahulu lagi ahli sejarawan Illuminati
beranggapan bahawa tulisan Nostradamus penting agar mereka dapat gunakan untuk
melihat perjalanan sejarah yang mungkin akan diubah oleh Daevas sehinggakan kesemua
tilikan Nostrodamus akan menjadi kenyataan...

“Apabila aku tiba di sana nanti, aku pasti akan dapat mencari orakel ini.” kataku
dengan perlahan. Lilith memeriksa setiap sudut pakaian yang kupakai, untuk memastikan
semuanya akan berjalan dengan lancar nanti.

“Selamat jalan.” Dr. Cuomo bersalaman denganku. Aku dapat merasakan


tangannya sejuk. Dia berjalan beberapa langkah ke belakang, menyertai para saintis dan
vampiro yang sedang duduk di hadapan skrin komputer masing-masing.

Dr. Wildstein menggunakan isyarat tangan untuk menandakan bahawa kami


semua telah bersedia untuk memulakan misi ini. Makmal ini tiba-tiba menjadi senyap
sunyi. Jambatan yang menghubungkan bangunan induk kepada makmal di tengah-tengah
sfera kosong ini ditarik.

http://nizamzakaria.blogspot.com 233
Komputer membuat pengiraannya. Mesin Geiger kulihat berdenyut-denyut
membuat pengiraan yang kompleks yang telah disambungkan terus tanpa talian ke
pakaian kami.

Aku menuding jariku ke hadapan. Ruang kosong di hadapanku kelihatan seperti


terpercik, kemudian bergelombang sebelum bertukar menjadi sebuah pusaran yang besar.

“Lasciate ogni speranza voi ch'entrate,” kataku kepada para saintis dan vampiro di
hadapanku. Mereka tersenyum walaupun jelas terlukis di wajah mereka garis-garis
kerisauan. Aku sekadar meluahkan kalimah yang ditulis oleh Dante Alighieri dalam
bukunya ‘Inferno’ yang membawa maksud: ‘tinggalkan semua harapan, kamu yang
memasuki di sini...’

Kini tugasku bersama Eva dan Ivana hanya satu... Membawa pulang seorang
vampiro orakel yang akan aku cari hanya berpandukan kajian Dr. Cuomo dari
penyelidikannya terhadap manuskrip Nostradamus yang telah dicuri lebih 500 tahun yang
lalu itu...

http://nizamzakaria.blogspot.com 234
Buku III. Bab 2

Aku dapat melihat kawasan di sekelilingku perlahan-lahan menjadi kelam. Tidak lagi
seterang tadi. Aku melangkah keluar dari keluar dari wormhole lalu berada di satu tempat
yang begitu asing bagiku.

“Kita sedang berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Malaya. Tahun


2005.” Eva memberitahu apabila dia membaca apa yang tertulis di atas skrin di
lengannya. Aku menganggukkan kepalaku sekali. Maka kami telah tiba tepat ke titik
ruang dan waktu yang menjadi destinasi misi pertama kami.

“Tempat meletak kereta Pusat Kesenian Malaya. Pukul 11.30 malam, waktu
tempatan.” Ivana memberitahu pula.

“Kita tidak boleh kelihatan seperti ini. Canggung rasanya. Jadi kita harus
kelihatan seperti mereka.” Aku mengingatkan, lalu memerhatikan skrin komputer di
lenganku. Aku mengeluarkan arahan supaya mengeluarkan medan hologram supaya
menampakkan keadaanku memakai sepasang seluar jeans dan baju T. Perkara yang sama
dilakukan oleh Eva dan Ivana.

Kini dalam sekelip mata, mereka berdua kelihatan anggun memakai pakaian
jenama Prada dari koleksi musim panas yahun 2005 yang telah mereka ambil dari
pangkalan data komputer mereka.

“Kita perlu beredar dari sini...” Ujarku, lalu memulakan perjalananku dengan
melangkah ke arah lif berdekatan untuk ke tingkat atas.

Aku cukup kenal dengan tempat ini. Lebih kurang seratus tahun yang lalu, ia
merupakan Kelab Lumba Kuda Selangor, yang telah diasaskan oleh Sir Frank
Swettenham. Kini, bekas tapak Kelab Lumba Kuda Selangor telah digantikan dengan
sebuah pusat seni yang telah rasmikan oleh Perdana Menteri Malaya, Puan Zeti Jalil pada
tahun 1999.

Apabila pintu lif dibuka, kami dapat melihat beberapa orang lelaki dan wanita
yang sedang menunggu untuk menggunakan lif. Mereka memakai pakaian yang telah
mereka pakai untuk ke konsert simfoni yang baru sahaja selesai mereka saksikan di dalam
kompleks seni ini.

“Kamu berdua pernah ke sini di sekitar tahun 2005?” Tanyaku sebaik sahaja kami
keluar dari pintu lif lalu berjalan ke arah ruang legar dewan simfoni yang besar itu. Di
sana masih terdapat ramai orang yang sedang berkumpul sambil berbual kosong setelah
mereka selesai menyaksikan persembahan simfoni di sana. Pengunjung lelaki rata-ratanya
memakai kot hitam dan wanita pula berpakaian gaun malam yang menampakkan
keanggunan mereka. Ada juga di antara mereka yang pergi dengan memakai baju batik
dan pakaian tradisi masing-masing.

http://nizamzakaria.blogspot.com 235
“Tidak... Tapi kami tahu Pusat Kesenian Malaya ini merupakan antara pusat seni
tersohor di dunia. Di sini terdapat sebuah dewan filharmonik, beberapa buah panggung
teater pelbagai saiz dan fungsi. Sebuah galleri seni moden yang tersohor dengan koleksi
lukisan abad ke-20 dari serata dunia. Tidak lupa juga sebuah pusat membeli-belah yang
telah dibina di dalam kompleks seni ini.” Jawab Eva. Dia memandang ke arah Ivana yang
ingin menambah berkata-kata pula:

“Pusat Kesenian Malaya telah direka oleh arkitek terkenal Tan Teck Boon yang
pernah memenangi anugerah Pritzker. Selain dari mereka pusat kesenian ini di Kuala
Lumpur, satu lagi rekaannya yang terkenal adalah Muzium Guggenheim di Bilbao,
Sepanyol, di mana rekaan bangunan itu nyaris-nyaris diberikan kepada Frank Gehry...”

“Tan adalah seorang arkitek yang jauh lebih berbakat dari Gehry... Lihat sahajalah
bangunan ini.” beritahuku sebaik sahaja kami keluar dari ruang legar Dewan Filharmonik
Kuala Lumpur. Bangunan ini kelihatan seperti sebuah mangkuk kaca yang telah
ditelangkupkan. Di dalamnya terdapat beberapa pohon yang telah dibiarkan tumbuh
merendang. Bangunan-bangunan lain pula kelihatan unik dengan reka bentuk pasca-
moden yang membuatkan Pusat Kesenian Malaya diiktiraf sebagai di antara karya
senibina yang terpenting dari abad ke-20.

Keadaan menjadi sedikit gempar apabila rombongan Puan Zeti yang telah
menyerikan persembahan simfoni oleh Academy of St. Martin in the Fields pada malam
itu keluar berjalan keluar ke ruang legar dewan filharmonik .

Diriku ditolak ke tepi oleh seorang pegawai polis supaya berdiri ke tepi untuk
memberi ruang rombongan Perdana Menteri ke kenderaan masing-masing yang sedang
menunggu di luar. Aku sedang berdiri bersama beberapa warga Kuala Lumpur yang lain
yang mahu memerhatikan wajah Perdana Menteri Malaya secara dekat. Aku dapat
merasakan bagaimana mereka yang sedang berada di sampingku pada waktu itu cukup-
cukup menyayangi serta menghormati Perdana Menteri mereka.

“Kita hanya ada tiga hari sahaja untuk mencari orakel kita ini sebelum dia
menyambut ulang tahunnya yang ke-18.” Bisikku ke telinga Eva. “Tapi kau mahu tahu
apa?”

“Apa dia?” tanya Eva tanpa memandang ke arahku. Dia tertarik melihat pakaian
baju kebaya ketat yang sedang dipakai oleh anak bongsu Puan Zeti yang baru sahaja
melangkah masuk ke dalam sebuah kereta Rolls Royce berwarna hitam yang akan dinaiki
oleh kedua ibu dan bapanya sebentar lagi.

“Ada sesuatu yang tak kena di sini... Aku dapat merasakannya.” Mataku penuh ke
arah Puan Zeti yang sedang berhenti untuk berbual sebentar dengan seorang tokoh
korporat terkenal di ruang legar Dewan Filharmonik Kuala Lumpur.

“Jadi?”

http://nizamzakaria.blogspot.com 236
“Perdana Menteri Malaya akan dibunuh pada malam ini.” Beritahuku sambil
memandang mereka yang sedang berada di tempat aku berdiri.

Wajah Eva berubah semendung malam setelah mendengar kata-kataku. Dia


membisikkan sesuatu ke telinga Ivana. Mereka memandang ke atas dan ke hadapan.
Mereka ingin mencari wajah-wajah yang mencurigakan di sekeliling mereka.

“Dia tidak sepatutnya mati... Bukan Puan Zeti ini merupakan Perdana Menteri
Malaya yang paling lama berkhidmat di negara ini?” tanya Ivana kepadaku.

“Ya,” jawabku pendek. Puan Zeti mula berkhidmat sebagai Perdana Menteri
Malaya apabila beliau menggantikan tempat Encik Lee Ka Fai pada tahun 1997. Beliau
menjadi Perdana Menteri Malaya sehingga ke tahun 2010. Beliau sememangnya tidak
sepatutnya mati pada malam ini.”

“Jadi siapa yang akan membunuhnya?” tanya Eva bersungguh-sungguh.

“Kita akan mengetahui sebentar lagi.” Kataku yang langsung tidak dapat menilik
apa yang akan dilakukan sebentar lagi. Perkara ini amat-amat menggusarkan. Aku tidak
faham bagaimana perkara ini boleh berlaku.

Tentu ada sebabnya mengapa Dr. Cuomo menghantar kami ke titik ruang dan
masa ini mengikut apa yang ditafsirkannya melalui buku Nostradamus yang hilang itu.
Jika sememangnya terdapat percubaan untuk membunuh Puan Zeti, maka tepatlah tilikan
Nostradamus.

Kini aku pasti seorang agen Frère Maçon yang bekerja untuk kaum Daevas sedang
berada di sini. Kemungkinan besar, mesin menjelajah masa yang ingin mereka bina telah
berjaya mereka siapkan untuk mengubah realiti masa hadapan. Jika benarlah perkara ini
berlaku, ini bermakna mereka telah pun menjelajah ke tahun 1555, lalu mendapatkan
manuskrip rahsia Nostradamus yang telah dikatakan hilang kerana telah dicuri oleh
kumpulan Illuminati itu. Jika tidak, mereka tidak mungkin akan cuba mengubah realiti
sejarah pada waktu ini.

Aku tidak mungkin dapat membenarkan perkara ini dari berlaku. Jika aku
membenarkan perkara ini berlaku, sejarah Malaya dan seterusnya sejarah dunia pasti akan
berubah di masa hadapan.

Malaya adalah sebuah kuasa ekonomi yang terkuat di Asia selepas Jepun. Selepas
Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat telah mengebom kepentingan Jepun di Singapura.
Pihak tentera Amerika Syarikat hampir-hampir dapat memusnahkan Kota Singapura,
sehingga menyebabkan Jepun menyerah kalah kerana mereka takut jikalau kemusnahan
yang sama akan dilakukan oleh pihak tentera Amerika Syarikat terhadap kota-kota di
Jepun nanti.

http://nizamzakaria.blogspot.com 237
Jadi, selang dua minggu selepas pihak Tentera Bersekutu berjaya merampas
kembali Malaya dari tentera Jepun, Maharaja Jepun, Hirohito mengisytiharkan kekalahan
mutlak Jepun kepada pihak Tentera Bersekutu.
Selepas perang, pemerintah Amerika membina semula Malaya dengan
menggunakan dana "Program Pemulihan Ekonomi" yang lebih terkenal dengan nama
Marshall Plan, dengan Kongres Amerika Syarikat memperuntukkan berjuta dolar untuk
pembinaan semula Malaya. Melalui dana tersebut, infrastruktur perindustrian dan
ekonomi Malaya dibina secara komprehensif. Sejak diberikan kemerdekaan pada tahun
1953 oleh kerajaan Amerika dan British, rakyat Malaya diberikan mandat untuk memilih
sendiri kerajaan pimpinan mereka secara demokratik, lantas sejak lewat tahun 1960-an,
Malaya terus menjadi sebuah kuasa ekonomi yang utuh di mata dunia.

Maka segala kemakmuran yang dapat dilihat di Malaya pada ketika ini datangnya
dari segala kemusnahan yang telah berlaku selepas Perang Dunia Kedua. Malaya terkenal
sebagai sebuah negara perindustrian yang mengeluarkan produk-produk bermutu untuk
pasaran dunia. Kereta jenama Sepang sebagai contoh, adalah di antara jenama kenderaan
yang paling laris jualannya di pasaran Eropah dan Amerika Syarikat. Jenama barangan
elektronik Pertama pula terkenal dengan kecanggihan teknologi serta rekaannya yang
menarik. Pendek kata, ekonomi Malaya telah dijanakan oleh syarikat-syarikat gergasi
seperti ini.

Aku dapat merasakan Frère Maçon mahu melakukan sesuatu untuk mengubah
perjalanan sejarah lalu melenyapkan realiti ini sama sekali.

Aku dapat melihat perubahan di wajah Eva. Dia menepuk bahuku lalu meminta
aku memandang ke bangunan di hadapan Dewan Filharmonik Kuala Lumpur. Di dalam
masa yang sama, dengan sepantas kilat dia bergerak ke arah hadapan seolah mahu
menghalang sesuatu...

Segala-galanya bergerak dengan begitu pantas sehingga ku sendiri perlu bergerak


dengan laju untuk melawan arus masa. Dengan kuasa vampiroku, aku dapat melihat
beberapa butir peluru sedang bergerak dengan perlahan ke arah Puan Zeti. Manusia-
manusia yang sedang berdiri di sekelilingku, kelihatan kaku seperti patung. Aku dengan
cepat terbang ke arah lelaki yang cuba membunuh Perdana Menteri Malaya ini. Eva dan
Ivana cuba menggunakan kuasa masing-masing untuk menumpaskan serangan pembunuh
upahan ini.

Eva dan Ivana dengan cepat dapat melihat bahawa peluru yang digunakan
diperbuat daripada partikel air yang telah dikeraskan. Bukan teknologi tahun 2005, tetapi
teknologi masa hadapan.

Ivana menggunakan kuasanya untuk mengawal partikel air lalu memecahkan


setiap peluru yang datang sehingga berderai. Eva pula cuba menangkis beberapa butir
peluru yang datang dengan mencair kan peluru-peluru tersebut sehingga menjadi air dan
seterusnya wap. Mereka dapat bergerak begitu pantas sehinggakan pergerakan mereka
tidak mungkin dapat dilihat dengan mata kasar.

http://nizamzakaria.blogspot.com 238
Aku dapat melihat lelaki yang cuba membunuh Puan Zeti yang sedang duduk di
atas bumbung sebuah bangunan kepunyaan syarikat permainan elektronik terkemuka,
C0ngkak. Dia sedang duduk di bawah struktur lampu neon C0ngkak yang besar itu -
memikirkan tidak ada siapa pun yang akan melihatnya bersembunyi di sana.

Aku cepat-cepat mengambil senapangnya yang ditujukan ke arah Puan Zeti di


bangunan hadapan. Kemudian aku memecahkan sebuah alat medan kuantum yang sedang
dipakainya sebelum aku mengangkat tubuhnya tinggi-tinggi dengan menggenggam kuat
kolar bajunya. Barulah kini aku tahu mengapa aku tidak dapat mengesan dirinya. Dia
memakai alat medan kuantum ini agar mesin Geiger tidak akan dapat mengesan
kedudukannya sekarang yang mahu mengubah perjalanan sejarah!

Seterusnya aku membiarkan diriku bertindak di dalam pergerakan kepantasan


manusia biasa.

Lelaki berketurunan Eropah ini terkejut apabila mendapati dirinya tiba-tiba sahaja
dijulang di hadapanku. Dia memandang ke bawah, tepat ke mataku. Dengan cepat dia
dapat menangkap bahawa aku ini bukan manusia biasa, tetapi seorang vampiro.

“Siapa kau, sebenarnya?” tanyaku dengan berlembut. Apabila aku menoleh


belakang, aku dapat melihat Puan Zeti sedang berjalan masuk ke dalam keretanya, seolah-
olah tidak ada apa-apa pun yang berlaku. Setiap butir serangan peluru yang telah
ditujukan kepadanya dapat ditumpaskan oleh Eva dan Ivana.

“Kau tahu kau tidak akan dapat mendapatkan sebarang jawapan dari aku wahai
Vampiro.” Katanya. Aku dapat membaca dari fikirannya bahawa manusia di hadapanku
ini bernama Scott Weisselberg, seorang anggota Frère Maçon dari New York. Aku
memandang kepada bahagian tangannya yang bertatu dengan simbol kompas dan
pembaris bersiku – simbol Frère Maçon. Dia datang dari titik ruang dan waktu ini, bukan
dari masa akan datang. Ini bermakna, dia hanya diberikan senjata, alat medan kuantum
dan arahan dari kaum Daevas yang datangnya dari masa hadapan.

Manusia tidak mungkin dapat menjelajah masa seperti vampiro. Mereka tidak
mungkin dapat terus hidup di dalam keadaan sinaran radiasi yang kuat yang dikeluarkan
di dalam wormhole. Jadi, aku pasti Daevas hanya dapat menghantar arahan-arahan serta
teknologi dari masa hadapan kepada anggota Frère Maçon yang bersekongkol dengan
mereka, dan tidak lebih dari itu.

“Siapa yang berikan peralatan ini semua?” bentakku. Dalam pada itu aku dapat
melihat pintu di atas bumbung itu terbuka lantas Eva dan Ivana tiba-tiba sahaja muncul di
sisiku.

“Kau tahu aku tak akan menjawab!” katanya dengan cuba mengukir senyuman di
wajahnya yang nampak takut itu.

Eva memegang tangan kanan Scott, Ivana pula pada tangan kiri. Masing-masing
mengeluarkan haba yang panas dan sejuk. Scott menjerit kesakitan.

http://nizamzakaria.blogspot.com 239
Aku memandang ke dalam matanya untuk mengorek rahsianya. Aku mendapat
tahu bahawa sememangnya pihaknya tidak akan menyangka kami akan datang untuk
menumpaskan percubaannya membunuh Perdana Menteri Malaya. Dari apa yang aku
baca, percubaannya untuk membunuh itu akan mencetuskan satu efek domino yang
seterusnya akan membawa kepada Perang Dunia Ketiga.

Aku melepaskan genggamanku. Dia terjatuh tersungkur di atas lantai bumbung


bangunan C0ngkak.

“Pihak kau tidak boleh tahu kami sedang berada di sini.” Kataku perlahan, seraya
memberitahu kepadanya nasib yang akan menimpa dirinya nanti. Aku menekan beberapa
butang halimunan di tepi lenganku yang tidak dapat dilihatnya untuk mematikan fungsi
medan hologram yang mengelilingi tubuhku. Pakaian yang kupakai kini berubah menjadi
pakaian serba hitam. Aku mengambil sebiji botol logam yang terlekat di belakang
tubuhku. Aku membuang darah sintetik yang digunakan sebagai bahan tenaga untuk
menjanakan pakaianku ini ke tepi yang tersimpan di dalam botol logam berwarna merah
ini.

“Kau tak akan menang!” getus Scott dalam saat-saat terakhir kehidupannya.
“Ahriman akan dapat kami bebaskan juga akhirnya!”

Aku mengeluarkan pisau secespita yang tersemat di pinggangku. Aku memotong


lingkaran urat di lehernya, lalu membiarkan darah yang deras mengalir ke dalam botol.
Tubuh Scott menggelupur, tetapi dia tidak mungkin dapat melawan kekuatan seorang
vampiro sepertiku lalu membebaskan dirinya dari genggamanku.

Selepas botol logam berjaya aku isi sehingga penuh, aku meratah darahnya.
Setelah aku puas, aku berikan kepada Eva dan Ivana pula supaya menghisap darahnya
sehingga tubuhnya tidak bernyawa lagi.

Aku meletakkan botol logam kembali ke tempatnya. Darah segar yang tersimpan
ini terus disejukkan oleh sistem AI yang terdapat di dalam pakaianku ini. Terdapat satu
lagi botol yang tersemat di belakangku. Sebiji botol dapat menjanakan tenaga pakaian ini
selama seminggu lamanya.

Darah yang aku ambil tadi bukan untuk kegunaanku, tapi kelak aku hadiahkan
kepada orakel yang perlu aku cari sampai dapat itu, lantas dijadikan sebagai seorang
vampiro sepertiku...

Maka pada hari itu aku pun bermimpi mengenai orakel yang menjadi buruanku. Di dalam
mimpiku itu, aku mendapat tahu bahawa orakel ini telah bermimpi tentang kemunculanku
lama sebelum aku tiba di sini semalam. Aku dapat melihat panorama Kota Wilayah
Persekutuan Singapura di dalam latar belakang mimpinya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 240
Aku bangun dari tidurku. Jam menunjukkan pukul 5.30 petang. Aku masih tidak
boleh meneroka ke luar lagi. Langsir bilik hotel yang tebal membuatkan bilikku ini gelap
dan langsung senyap-sunyi keadaannya. Aku menekan butang alat kawalan jauh untuk
menonton TV.

Di kaca TV aku menonton rancangan berita. Setelah menonton selama sejam, aku
akhirnya berpuas hati kerana tidak ada apa-apa di dalam perjalanan sejarah dunia yang
berubah. Aku membuat pemeriksaan yang lebih terperinci menggunakan mesin
superkomputer yang aku pakai yang telah disambungkan kepada mesin Geiger untuk
memeriksa jika terdapat apa-apa perubahan ketara di dalam perjalanan sejarah.

Komputer terus menunjukkan graf hologram yang telah menampakkan kekacauan


dalam garisan sejarah - tetapi tidak cukup ketara untuk membuat apa-apa berbezaan yang
besar kepada duniaku di masa hadapan. Perkara ini sekadar membuktikan bahawa kaum
Daevas kini aktif cuba mengubah perjalanan sejarah.

Aku melepaskan nafas lega dalam rasa kerisauanku, kerana kini, Peperangan
Kuantum telah pun bermula.

Aku menggunakan alat komunikasi untuk berhubung dengan Eva dan Ivana. Aku
meminta mereka turun dari bilik hotel Hilton Kuala Lumpur sebaik sahaja matahari
tenggelam di ufuk timur. Kami harus bergegas ke Singapura pada malam ini juga!

Kami bertiga telah menggunakan sistem kereta api bawah tanah untuk seterusnya ke
stesen kereta api Kuala Lumpur di Brickfields. Di sana, kami telah membeli tiket ‘Bullet
Train’ untuk ke Singapura. Perjalanan mengambil masa kurang dari dua jam.

Setibanya kami di stesen kereta api Tanjong Pagar, aku dapat merasakan
kehadiran orakel muda yang perlu kami cari di kota ini. Degupan jantungnya hampir-
hampir dapat aku rasakan. Tapi siapa orakel ini sebenarnya? Aku masih kurang pasti
identitinya lagi...

“Mengikut kata Dr. Cuomo, orakel ini mempunyai darah keturunan Tiresias, dari
anak lelaki yang telah ditinggalkannya sebelum dia berubah menjadi vampiro.” Ujar Eva
kepadaku, mengingatkan kembali sesuatu perkara yang sudah lama aku tahu.

Kami bertiga sedang menaiki teksi untuk menuju ke arah Toa Payoh. Melalui
kajian topografi 3D bangunan-bangunan pencakar langit di Singapura dengan apa yang
dapat aku ingati melalui mimpiku, aku dapat merasakan orakel ini pasti berada di
kawasan yang ingin kami tuju pada malam itu.

“Jika begitu... Aku rasa mungkin kita boleh mencarinya. Mungkin malam ini
juga!” ujar Ivana pula dengan yakin.

“Bagaimana?” tanyaku ingin tahu.

http://nizamzakaria.blogspot.com 241
“Salasilah anggota-anggota Illuminati agak komprehensif. Keturunan Tiresias
merupakan di antara pengasas yang paling awal kumpulan ini. Mereka cukup arif dengan
legenda ini... Tentang akan kelahiran seorang lagi orakel di dalam keluarga mereka.” Ujar
Ivana. “Jadi, apa yang perlu aku lakukan adalah untuk menyemak kembali salasilah
keturunan Tiresias dan lihat jika ada di antara mereka yang berkahwin dengan warga
Malaya.”

“Ibunya seorang wanita Melayu.” Kataku sambil memegang bibirku. Satu


kepastian yang aku dapat rasakan apabila aku cuba mengingati kembali wajahnya.

“Aneh...” ujar Ivana yang sedang sibuk berinteraksi dengan sistem komputernya.

“Apa dia?” tanya Eva ingin tahu.

“Aku tidak dapat mengesan mereka langsung.” Kata Ivana kerisauan.

“Illuminati tidak mahu orakel mereka ini dikesan. Lokasi dan namanya pasti telah
dirahsiakan.” Jelasku kepada mereka berdua. “Tapi kau berdua tidak perlu risau... Aku
rasa aku akan dapat menjejakinya nanti.”

Aku telah mengarahkan pemandu teksi supaya mengikut arahanku apabila tiba di
kawasan perumahan Toa Payoh. Aku sememangnya dapat merasakan bahawa vampiro ini
semakin dekat kepadaku.

“Berhenti di sini!” perintahku kepada pemandu teksi. Aku terus bergegas keluar
dari dalam perut teksi lalu mencium udara malam di luar. Eva membayar harga teksi lalu
kami bertiga berdiri di sebuah kawasan perumahan di Lorong 1, Toa Payoh.

“Pencarian ini langsung tidak menggunakan kaedah saintifik!” tegur Ivana yang
nampak kerisauan.

“Dia ada di sini... Aku pasti.” Sambutku dengan tenang. Aku memandang kepada
keadaan di sekelilingku. Aku pasti dia sedang berada di sini. Jadi aku terus berjalan, aku
cuba mengesan bunyi jantungnya yang dapat aku rasakan semakin kuat berdegup di
dalam hatiku.

Aku masuk ke dalam kedai 7Eleven di blok 111. Aku mendapati terdapat seorang
gadis yang sedang bertugas di sana. Aku terus masuk ke dalam kedai lalu memerhatikan
wajahnya dari cermin cembung yang terdapat di dalam kedai serbaneka itu. Wajahnya
cantik dengan matanya yang redup dan rambutnya yang panjang – yang langsung
mengingatkanku kepada rambut Hanim. Dia nampaknya begitu sibuk melayan para
pelanggan yang datang sehingga dia tidak sedar diriku keluar dan masuk
memerhatikannya dari jauh.

“Itu orakel kita. Namanya Aliya.” Kataku kepada Eva dan Ivana yang sedang
menunggu di luar.

http://nizamzakaria.blogspot.com 242
Mereka berdua memerhatikan wajah Aliya yang sedang sibuk melayan
pelanggannya. Mereka tersenyum puas. Mereka tahu esok adalah harinya apabila aku
terpaksa menamatkan riwayat gadis yang sedang mereka perhatikan dari jauh ini...

http://nizamzakaria.blogspot.com 243
Buku III. Bab 3

Pada malam itu malam itu bulan mengambang penuh. Angin pula bertiup kencang.
Mataku terus ke arah bangunan-bangunan pencakar langit di Singapura dari atas
bumbung blok 116 yang terletak di Lorong 2, Toa Payoh itu.

Aku terus memandang ke hadapan. Bangunan-bangunan yang aku lihat tersergam


jauh di bahagian selatan Kota Singapura ini semuanya telah dibina selepas Perang Dunia
Kedua.

Pada saat-saat akhir Peperangan Dunia Kedua, Amerika telah menjatuhkan bom
atom ke kota Singapura. Hampir tiga perempat penduduk di Singapura mati dalam
sekelip mata. Dan di dalam sekelip mata juga, kubu serta penempatan tentera Jepun yang
terbesar di luar Jepun juga telah berjaya mereka dimusnahkan

Ketika itu, bangunan-bangunan di kota Singapura semuanya lenyap musnah


-seperti padang jarak padang tekukur, gamaknya. Bom atom itu telah dijatuhkan dan
meledak di daerah Victoria Street pada pukul 4.44 petang, 14 September1944.

Hanim adalah di antara mereka yang terkorban di dalam tragedi ini. Satu perkara
yang benar-benar menghantui diriku sehingga ke hari ini. Aku kurang pasti siapa harus
aku salahkan di dalam hal ini. Kerana pada waktu itu, aku cukup sedar bahawa Damak
telah meninggalkan Hanim di Singapura apabila dia terpaksa ke Siam untuk melarikan
dirinya dari terus diburu oleh tentera-tentera Jepun. Aku sepatutnya pergi sendiri mencari
Hanim di Singapura lalu membawanya pulang bersamaku ke Bali. Tapi perkara ini
ternyata tidak aku lakukan demi menghormati kehendak Damak yang tidak mahu aku
mendekati Hanim lagi.

Kini Hanim tiada lagi di dunia ini... Aku benar-benar merindukannya.

Aku dapat mencium bau Aliya. Dia nampaknya tidak menyedari tentang
kehadiranku. Aku akhirnya membiarkan dirinya melihat kehadiranku yang sedang berdiri
di tepi bahagian bumbung flat setinggi 20 tingkat ini.

Kami bersemuka lalu berbual. Aku mendapati Aliya ini cukup-cukup lucu
orangnya. Mahu sahaja aku ketawa berdekah-dekah mendengar jawapan-jawapan yang
terkeluar dari mulutnya, tetapi aku terus mengawal diriku dari ketawa lalu menampakkan
wajah yang serius.

Pada mulanya memang Aliya langsung tidak dapat menerima hakikat bahawa dia
telah dilahirkan ke dunia ini sebagai seorang orakel. Aku akhirnya memberitahu
kepadanya tentang keadaan dirinya sebagai seorang anak angkat serta bagaimana ibu dan
bapanya telah melakukan pengorbanan yang besar agar satu hari nanti dia dapat menjadi
seorang orakel yang bakal menyelamatkan umat manusia.

Tapi pada malam itu aku tidak sempat menceritakan kepada Aliya apa yang
akhirnya dapat dikorek oleh Eva tentang latar belakangnya. Ibu dan bapanya telah

http://nizamzakaria.blogspot.com 244
meninggalkan Aliya kepada sebuah keluarga di Segamat beberapa minggu sebelum diri
mereka diburu lalu dibunuh. Aku pasti perkara ini telah dilakukan di atas perintah
golongan Daevas yang cuba mengubah perjalanan sejarah. Aku pasti mereka sanggup
melakukan apa sahaja asalkan mereka dapat menghalang kami dari cuba memangkas
tindakan mereka mahu mengubah perjalanan sejarah.

Menurut pengujaran kumpulan Illuminati di dalam siasatan yang telah dilakukan


oleh Eva dan Ivana, kedua ibu dan bapa Aliya telah mati dengan keadaan misteri. Mereka
telah dikatakan mati ditembak dengan peluru yang hilang di dalam tubuh mereka. Eva
dan Ivana pasti telah dibunuh dengan pistol berpeluru air batu, sejenis teknologi yang
datangnya dari dunia masa depan.

Mereka dapat memburu ibu dan bapa Aliya tetapi sehingga ke hari ini mereka
masih lagi tidak dapat menemui orakel muda ini.

Jadi pada malam itu, aku akhirnya menyelesaikan tugasku. Aku mengeluarkan
pisau secespita, lalu kutoreh tanganku sebelum pisau itu aku gunakan untuk menikam
perut Aliya sebelum kutolak tubuhnya sehingga jatuh dari bumbung flat.

Mayat Aliya terkulai di atas lantai. Mati. Pada saat itu, mesin-mesin mikrosopik
SDN di dalam tubuhnya memulakan tugas mereka dengan menggantikan sel-sel yang
mati dengan sel-sel hidup yang disintesiskan. Dalam masa kurang 24 jam lagi, Aliya
akan dilahirkan semula sebagai seorang vampiro. Tubuhnya akan terus hidup walaupun
mungkin... Ya, mungkin rohnya sudah bercerai dari tubuhnya.

Pada malam itu aku membawa Aliya masuk ke dalam wormhole yang aku buka untuk
kembali ke Paris pada tahun 2061.

Apabila aku keluar dari wormhole, aku mendapati riak wajah para saintis
illuminati serta vampiro yang ada di dalam makmal adalah sama seperti ketika aku masuk
ke dalam wormhole untuk menjelajah ke tahun 2005, beberapa hari yang lalu.

Mereka dapat melihat kelibat aku, Eva dan Ivana masuk ke dalam wormhole, lalu
tak sampai sesaat kemudian, mereka dapat kami keluar dari wormhole yang sama
membawa Aliya keluar bersama kami.

Mereka semua nampak terkejut. Terdiam buat seketika. Ada di antara para saintis
terus menganalisis maklumat yang dikumpul kami yang terus dimuat turun ke dalam
mesin Geiger. Beberapa saat kemudian, barulah mereka sedar bahawa kami sebenarnya
telah pun melaksanakan misi pertama kami dengan berjaya. Mereka semua bertepuk
tangan lalu mengucapkan tahniah kepada kami bertiga.

“Kita tidak boleh terlalu gembira... Mereka telah pun berjaya merentas masa.”
Ujarku kepada mereka dengan suara serius. Wajah-wajah mereka yang sedang berada di
dalam makmal terus berubah.

http://nizamzakaria.blogspot.com 245
“Sehingga kini, belum ada perubahan ketara di dunia luar.” Ujar seorang vampiro
yang sedang menganalisis realiti ruang dan waktu di Paris pada ketika itu.

“Keadaan ini tidak mungkin akan berkekalan.” Kataku, lalu memberi isyarat
kepada Dr. Wildstein supaya mematikan fungsi medan kuantum yang melindungi
makmal ini dari dunia luar lalu menyambungkan makmal ini ke bangunan induk.

Aliya memegang lenganku dengan erat. Fikirannya masih bingung. Sesekali dia
akan menoleh lalu memandang ke arah Eva dan Ivana yang sedang dibantu oleh beberapa
orang saintis muda yang cuba mengeluarkan peralatan-peralatan khas yang telah
disambungkan ke pakaian mereka.

“Di mana kita sekarang?” tanya Aliya kepadaku. Matanya memandang kepada
sfera besar yang dapat dilihatnya melalui dinding cermin makmal ini.

“Di Paris, lebih 150 meter di bawah tanah. Tahun 2061.” Aku menjelaskan.
Beberapa orang vampiro sedang memandang kepadanya dengan wajah penuh hormat.
Mereka menundukkan kepala mereka sebaik sahaja Aliya memalingkan wajahnya ke arah
mereka.

“Mereka semua vampiro seperti kau, Awang?” tanya Aliya kepadaku. Dia ternyata
dengan cepat terus memperoleh kebolehan untuk membaca fikiran makhluk-makhluk di
sekelilingnya.

“Ya... Kau juga kini seorang vampiro.”

Aliya mengeluh. Aku tahu sukar untuk dia menerima kenyataan ini. Dia tahu dia
telah pun mati. Tetapi aku yakin, dia merasa bertanggungjawab untuk menyelamatkan
nasib umat manusia dan bumi yang akan dikuasai mesin-mesin mikroskopik SDN melalui
hos mereka, kaum Daevas nanti.

“Mungkin kau perlu berehat.”ujar Lilith yang bertubuh tinggi dan mempunyai
wajah yang menakutkan itu. Mata Aliya terbeliak melihat makhluk aneh yang sedang
berdiri di hadapannya itu. Dia hampir-hampir mahu pengsan kerana ketakutan dibuatnya.
Genggaman jari-jemarinya kepada lenganku semakin kuat kurasakan.

“Siapa dia ni?” bisik Aliya kepadaku.

“Oh, ini Lilith. Sahabat lamaku. Seorang bangsa Daevas.”

“Hah?”

“Kau pernah membaca buku Chariots of the Gods oleh Erich Von Daniken?”
tanyaku kepada Aliya kerana aku tahu dia minat membaca. Itulah sahaja hobi yang dia
ada dan yang telah dilakukannya sejak kecil. Aku tahu dia suka membaca kerana itulah

http://nizamzakaria.blogspot.com 246
satu-satunya cara untuk dia membawa dirinya jauh dari realiti sempit yang menggamit
hidupnya.

“Tidak... Tapi aku tahu apa yang ditulisnya. Tentang makhluk dari planet lain
yang datang ke bumi untuk membina tamadun-tamadun awal di bumi.”

“Secara kebetulan, teori Erich Von Daniken ternyata ada betulnya.”

“Jadi... Lilith bukan berasal dari bumi?” wajah Aliya kehairanan. Matanya terus
kepada Lilith.

“Bukan.” Jawabku sambil tersenyum.

Lilith menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Aliya. Dengan ragu-


ragu Aliya memegang tangan Lilith yang keras menggerutu itu lalu menyambut salamnya.
Dengan cepat dia dapat membaca isi hati Lilith. Dia kini sedar bahawa Lilith mempunyai
hati yang baik. Lilith ternyata ikhlas mahu membantu dan menyelamatkan manusia,
walaupun dia sedar bahawa apa yang dilakukannya ini seperti mengkhianati kaumnya
sendiri.

“Kau tidak mengkhianati mereka... Kerena tubuh mereka telah dipergunakan


seperti boneka.” Aliya tiba-tiba bersuara. Dia tertunduk ke lantai. Dia tidak tahu apa yang
disebutkannya.

“Ya, aku tahu. Itulah yang aku cuba terapkan kepada diriku dari masa ke semasa.
Sebab itulah aku mahu membantu umat manusia.” Lilith menjawab. Wajah
‘exoskeleton’nya nampak kaku. Tanpa kebolehan Aliya membaca fikiran Lilith, dia tidak
mungkin dapat membaca perasaan Lilith yang agak sedih itu.

“Kau perlu berehat.” Kataku kepada Aliya apabila matanya memandang kepada
keadaan di dalam makmal, lebih-lebih lagi ke arah mesin yang akan digunakannya kelak.
Dia seperti sudah tahu akan tugas yang perlu dilakukannya tanpa aku perlu menjelaskan
kepadanya dengan lebih lanjut lagi.

“Tidak... Mungkin kita perlu memulakan tugas kita secepat mungkin!” kata Aliya
apabila aku dapat melihat dia memegang kepalanya dengan tangan kirinya.

“Mengapa?”

“Mereka mahu melakukan beberapa perkara yang besar untuk mengubah sejarah.”
Kata Aliya seperti mencari sesuatu yang terlintas di dalam fikirannya.

Aliya melepaskan genggamannya ke lenganku. Dia berjalan ke arah mesin khas


yang telah dibina di dalam makmal ini. Dia duduk di situ seolah-olah dia telah lama tahu
bahawa mesin ini sememangnya telah direka khas untuk dirinya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 247
Aku dapat melihat Dr. Wildstein terus bergegas mendapatkanku dari keadaannya
yang sibuk menonton rakaman video yang telah dimuat turun dari pakaian yang dipakai
Eva ke dalam mesin Geiger.

“Ajar dia bagaimana untuk menggunakan mesin ini.” ucapku kepada Dr.
Wildstein. Dia mengangguk cepat. Dia berjalan mendapatkan Aliya. Dengan suara yang
perlahan dia mengajar Aliya cara-cara untuk menggunakan mesin ini. Aku dapat melihat
Aliya mengangguk kepalanya berkali-kali tanda faham.

Dr. Wildstein mengenakan alat yang kelihatan seperti lintah itu ke kepala Aliya.
Alat tersebut membuka ‘mulutnya’ lalu mencengkam ke permukaan kepala Aliya. Dr.
Wildstein bertanyakan kepada Aliya jika dia selesa berkeadaan seperti ini. Aliya hanya
mengangguk tanpa menambah kata-katanya.

“Jadi apa kau mahu buat sekarang?” tanyaku kepada Aliya dengan suara ingin
tahu. Memang aku anggap budak Aliya ini pelik, satu perkara yang tidak aku jangkakan
sama sekali sebelum ini. Semangat ingin tahunya terlalu tebal.

“Aku mahu menggunakan alat ini sekarang juga!” ujar Aliya dengan tegas.
Kalimah-kalimahnya ini membuatkan aku langsung terkejut.

“Kau masih lemah lagi... Lagipun kau tak tahu apa yang kau lakukan.”

“Aku boleh belajar.” Aliya menegaskan. Aku menggelengkan kepalaku lalu


memandang ke arah Dr. Wildstein yang sedang mengesat peluh jantan di kepalanya.
Beberapa orang saintis mula berjalan mengelilingi mesin orakel ini.

Aku saling berpandangan dengan Dr. Wildstein. “Jadi apa pendapat kau?”
tanyaku kepadanya dengan perlahan.

“Mesin ini memang sudah boleh digunakan.” Jawab Dr. Wildstein dengan pasti.

“Jadi apa kita tunggu lagi?” Kata Lilith sambil berpeluk tubuh di belakangku. Aku
mengangguk bersetuju.

“Kita tak ada masa untuk uji mesin ini... Jadi kita cuba guna sahaja mesin ini
sekarang. Setuju?” tanyaku kepada Dr. Wildstein.

Dr. Wildstein mengangguk. Dia memanggil para saintisnya. Dia memberitahu apa
yang sedang berlaku. Mereka mengangguk dengan wajah teruja.

“Kamu perlu melihat garisan-garisan sejarah sebagai satu talian yang dinamik.
Ruang dan masa hanya satu ilusi. Apabila kamu melihat ke belakang atau ke hadapan,
cari satu titik yang ingin kamu jelajahi. Lihat dengan menggunakan mata hatimu, bukan
biji matamu.” Beritahu Dr. Cuomo yang akan menganalisis informasi yang akan dapat
dilihat oleh Aliya kelak kepadanya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 248
Aliya sekadar menggigit bibirnya tanpa menyambut kata-kata Dr. Cuomo tadi.

Aku pasti Aliya tidak faham apa yang dinyatakan oleh Dr. Cuomo. Kata-katanya
penuh dengan kata-kata kabur yang aku sendiri terpaksa mengambil masa untuk
mencernakannya.

Seorang vampiro berbangsa Cina mengeluarkan arahan bahawa generator medan


kuantum telah pun dihidupkan. Beberapa detik kemudian, gelang-gelang logam yang
mengelilingi kerusi yang diduduki Aliya berpusing dengan laju di setiap arah sehingga
mesin ini kelihatan seperti ia telah dikelilingi dengan sebuah sfera.

Dr. Cuomo memberi isyarat dengan ibu jarinya untuk memberitahu kepada Aliya
bahawa fungsi mesin ini kini sudah pun dihidupkan dan berjalan dengan lancar.

Angin yang kencang dapat kurasakan dikeluarkan dari mesin ini. Aku dapat
melihat mata Aliya bulat ke hadapan. Aliya menghulurkan tangannya untuk menyentuh
pancaran hologram dalam bentuk 3D di hadapannya. Beberapa jalur-jalur halus muncul
untuk menunjukkan ruang dan masa yang bersangkut paut di antara satu dengan yang
lain. Aliya seperti mencari sesuatu melalui jalinan jalur-jalur ruang dan masa yang
bergerak dengan cepat melalui pancaran hologram di hadapannya.

Selang seminit kemudian, aku dapat melihat Aliya sedang memerhatikan satu
jalur yang mewakili satu titik dalam ruang dan masa yang telah menarik perhatiannya.
Dia memastikan agar hologram terus memancarkan titik yang dipilihnya ini, dengan
menarik jalur ini ke hadapan. Dia meneliti jalur dengan dekat sebelum dia menarik
kembali kedua belah tangannya lalu berpeluk tubuh, memerhatikan hasil kerjanya dengan
puas.

Gelang-gelang logam dengan perlahan-lahan berhenti bergerak sehingga akhirnya


ia berhenti dengan sendiri. Alat organik yang tersambung di kepala Aliya kini mengecut
lalu berundur ke belakang seperti seekor lintah yang telah puas menghisap darah
mangsanya.

Aku dapat membaca dari raut wajah Aliya bahawa dia seperti tidak sabar-sabar
untuk memberitahu kepadaku tentang penemuannya.

“Mereka ingin mengubah sejarah agar nanti bom atom tidak akan dijatuhkan di
Singapura... Tetapi di Hiroshima dan Nagasaki di Jepun.” Jelas Aliya kepada Dr. Cuomo,
tetapi wajahnya tetap kepadaku.

“Apa?” mulut Dr. Cuomo ternganga besar. Dia tidak dapat membayangkan impak
kepada jumlah korban manusia jika perkara seperti ini dibenarkan berlaku. Penduduk di
kedua-dua kota itu lebih ramai dari di Singapura. Jumlah mereka yang akan mati pastinya
lebih ramai lagi.

“Bila dan di mana?” tanya Dr. Cuomo sambil meramas-ramas rambutnya yang
beruban itu. Wajahnya jelas risau.

http://nizamzakaria.blogspot.com 249
“Pada tahun 1939. Singapura.” Jelas Aliya. “Aku sudah dapat menentukan titik
ruang dan waktunya... Tapi—“

“Tapi apa, Aliya?” pintasku dengan pantas. Wajah Aliya kulihat sedikit terusik, di
dalam keadaannya duduk di atas kerusi mesin orakel seperti seorang ratu di atas
singgahsananya.

“Kau lihat di sini...” dia menudingkan jarinya kepada jalur-jalur masa yang
mungkin hanya dia sahaja yang dapat memahaminya dengan jelas yang terpancar melalui
montaj hologram di hadapannya. “Ada dua jalur yang bertentangan di sini. Ini bermakna
mereka akan berada di titik ruang dan waktu yang berlainan untuk mengubah peristiwa
yang sama.”

“Apa?” aku kekeliruan jadinya. Aku tidak tahu jika aku sepatutnya bimbang atau
sebaliknya. Keadaan di dalam makmal terus senyap. Mungkin ada di antara para saintis di
sini lebih memahami tentang perkara ini lebih dariku.

“Ini bermakna kita hanya mempunyai satu sahaja pilihan dari dua titik ini untuk
kita ubah.” Jelas Dr. Cuomo. “Mungkin mereka mahu melakukan perkara ini untuk
mengelirukan kita semua melalui paradoks masa yang mereka cipta.”

“Atau mungkin... Apa sahaja yang bakal kita lakukan tidak mungkin akan
mengubah perjalanan sejarah yang mahu mereka ubah... Ataupun telah pun mereka
ubah!” Aliya menjelaskan. Matanya memandang ke bawah. Dia sedang mencari jalan
penyelesaian. Tetapi jalan tersebut sukar untuk dicarinya.

“Kenapa jalur ini bergerak-gerak?” tanyaku ingin tahu. Jalur ini pada mulanya
berwarna biru, kini berubah merah.

Di dalam masa yang sama, bunyi amaran kedengaran memekakkan telinga.


Medan kuantum di dalam sfera dihidupkan secara automatik. Jambatan yang memisahkan
makmal ini dengan bangunan utama ditarik balik.

“Apa yang sedang berlaku?” tanya Aliya kerisauan. Cahaya merah dikelipkan di
dalam makmal berkali-kali. Kini para saintis dan vampiro kembali bergegas ke stesen
masing-masing di dalam keadaan berjaga-jaga.

“Mesin Geiger dapat mengesan berlakunya gangguan besar kepada pergerakan


sejarah. Mesin ini sedang melakukan langkah kecemasan untuk memisahkan makmal ini
dengan dunia luar agar kita tidak akan terlibat dengan perubahan ini.” Dr. Wildstein
menjelaskan. Wajahnya nampak risau.

“Kalau macam itu, kita harus bertindak dengan cepat.” Kata Eva. Ivana
mengangguk cepat, bersetuju dengan pendapat kembarnya itu.

http://nizamzakaria.blogspot.com 250
Aku tidak mempunyai pilihan lain selain dari sekali lagi menjelajah masa untuk
bertarung di dalam Peperangan Kuantum yang sudah pun meletus ini...

http://nizamzakaria.blogspot.com 251
Buku III. Bab 4

Aku keluar dari stor yang terletak di bahagian bawah kabaret New World. Aku
menghidupkan fungsi medan hologram supaya menampakkan diriku berpakaian kot serba
putih.

“Kita perlu ke mana malam ini?” tanya Ivana kepadaku. Dia nampak anggun
dengan gaun malam yang dipakainya. Begitu juga Eva. Dari dalam stor yang gelap itu
kami dapat mendengar beberapa anggota muzik yang sedang menguji alat muzik mereka
sebelum kabaret ini dibuka sebentar lagi.

Kami bertiga berjalan menaiki tangga, lalu membuka pintu stor. Suasana di taman
rekreasi New World agak meriah. Aku dapat mendengar suara-suara gembira mereka
yang datang ke taman rekreasi untuk bersuka-suka dari bahagian belakang dewan kabaret
ini.

“Malam masih muda lagi.” Kataku sambil memandang ke ufuk barat. Cahaya
matahari kelihatan kelam di sana. Mataku ke kiri dan ke kanan seolah mencari sesuatu.

“Kenapa kita ke sini?” tanya Eva. Dia dapat melihat diriku yang langsung tidak
dapat menumpukan perhatianku kepada misi kedua kami ini. Tentu dia mahu tahu
mengapa aku telah mengarahkan mesin Geiger supaya membuka wormhole lalu
membawa kami ke destinasi ini.

“Aku perlu mencari seseorang yang lama tak aku temui...” jawabku perlahan.

“Siapa?” tanya Eva.

“Hanim namanya...”

“Seorang vampiro?”

“Bukan.” Jawabku pendek. Aku tidak mahu menjelaskan lagi kepada mereka. Hal
ini merupakan satu perkara yang agak peribadi bagiku.

Eva tersenyum sinis ke arah Ivana. Kemudian Eva memegang erat lenganku lalu
menyandarkan kepalanya ke bahuku. Kami berjalan sehingga kami tiba di kawasan pintu
gerbang New World. Beberapa orang kanak-kanak dapat kulihat mengunyah gula kapas
berwarna merah jambu. Wajah mereka jelas bahagia. Aku menarik nafasku panjang-
panjang. Aku pasti jika mereka masih berada lagi di Singapura selang beberapa tahun
akan datang, mereka semua akan mati – mereka dan seluruh anggota keluarga mereka
akan menjadi mangsa bom atom yang akan dijatuhkan ke Singapura nanti.

Tugasku kali ini adalah untuk memastikan agar perkara ini akan berlaku. Aku
perlu memastikan agar sejarah tidak akan ditukar sesuka hati oleh Daevas. Singapura
perlu musnah bersama beratus ribu penduduknya, termasuk Hanim.

http://nizamzakaria.blogspot.com 252
Sememangnya tugasku kali ini memang sukar. Aku serba salah jadinya.

Di hadapan New World, aku menahan sebuah teksi yang sedang dipandu oleh
seorang lelaki Cina berwajah ceria. Pemandu teksi ini keluar dari teksinya lalu membuka
pintu teksi untuk Eva dan Ivana. Aku duduk di bahagian hadapan teksinya.

“Mahu ke mana, tuan?” tanya si pemandu teksi kepadaku sebaik sahaja aku duduk
di dalam teksi.

“Raffles Hotel.” Aku menjawab sambil memandang ke arahnya. Si pemandu teksi


mengangguk cepat.

Tatkala itulah aku dapat melihat kelibat Hanim keluar dari sebuah teksi yang telah
disewanya. Hanim sedang memakai baju kebaya ketat dengan sehelai selendang yang
diletakkan di bahunya. Dia kelihatan anggun.

Aku dapat melihat wajah Hanim sedikit terganggu. Dia memandang ke kiri dan ke
kanan, seolah mencari sesuatu. Teksi yang aku naiki terus bergerak dari Jalan Besar ke
arah Beach Road.

“Cantik orangnya,” ujar Ivana kepadaku. “Itu pasti Hanim, bukan?”

“Ya... Hanim memang cantik orangnya.” Kataku perlahan. Kemudian aku


menoleh ke arah kembar Eva dan Ivana. Aku dapat membaca apa yang sedang mereka
fikirkan pada waktu itu. Mereka sedang memikirkan tentang keadaan diri mereka dan
keluarga mereka yang pada saat yang sama sedang berada di Budapest.

“Tentera Nazi akan menyerang Poland tidak lama lagi.” Kataku perlahan kepada
Eva, kepada peristiwa penting yang akan berlaku pada titik ruang dan waktu kami jelajahi
ini.

“Ya... Aku tahu.” Jawabnya. Dia memegang tangan Ivana dengan erat.

Aku termenung jauh. Kemudian aku melepaskan kalimah-kalimah yang aku ambil
dari sajak bertajuk September 1, 1939 oleh W.H. Auden:

“I and the public know. What all schoolchildren learn. Those to whom evil is
done. Do evil in return.”

“Kau merujuk kepada dirimu atau kami?” tanya Ivana dengan keningnya ternaik
tinggi. Mulutnya mencebik ke tepi.

“Kepada kita semua...” Jawabku sambil menjeling. Aku memikirkan tentang


Auden yang pernah aku temui melalui sahabatku Christopher Isherwood tatkala aku
berada di Berlin. Auden adalah di antara penyajak yang paling aku sayangi dari abad ke-
20.

http://nizamzakaria.blogspot.com 253
“Kau berada di Berlin pada masa ini?” tanya Eva yang sememangnya tidak
mengetahui tentang hal ini langsung dariku.

“Tidak... Aku berada di Berlin pada awal tahun 1930-an. Kemudian aku
mengambil keputusan untuk berpindah ke Bali pada tahun 1937 setelah aku jatuh cinta
kepada lukisan-lukisan Walter Spies yang pernah aku lihat di Berlin.”

“Tapi mengapa?” tanya Ivana.

“Mengapa tidak?” tanyaku kembali sebelum menambah lagi: “Tapi aku masih
terus berhubung dengan rakan-rakanku di Berlin. Lagipun, siapa yang kau fikirkan telah
mengarahkan Vampiro Möllemann supaya pergi menemuimu dahulu?” tanyaku dengan
suara sinis. Sememangnya beberapa kertas kajian tentang Eva dan Ivana yang telah
dikumpulkan oleh para saintis Nazi akhirnya pindah ke tangan Illuminati sebelum mereka
kemudiannya memberitahu kepadaku tentang kewujudan kembar istimewa ini.

Aku lihat Eva dan Ivana saling berpandangan. Kemudian Ivana menyentuh
bahuku dari belakang sambil membisikkan ucapan terima kasih mereka kepadaku.

Teksi yang kami naiki berhenti di hadapan Hotel Raffles. Seorang lelaki
berbangsa Sikh dengan pakaian uniform yang nampak segak membuka pintu teksi yang
kami naiki. Lelaki Sikh itu mengucapkan selamat datang kepada Eva dan Ivana sebelum
tertunduk hormat kepadaku.

“Buat apa kita ke sini?” tanya Ivana kepadaku. Matanya kini terus kepada
bahagian hadapan bangunan Hotel Raffles yang telah dicat putih ini.

“Kita akan menetap di sini... Sementara itu, kita perlu bertemu dengan seorang
rakanku, James Pearson—“

“Seorang Illuminati?” Eva cuba meneka.

“Ya. Juga seorang perisik British.” Aku menjawab sambil berjalan masuk ke
dalam Hotel Raffles. Apabila kami tiba di sebuah veranda yang kosong, aku
memprogramkan sesuatu ke dalam sistem komputerku, lantas medan hologram merubah
rupa serta bentuk Eva dan Ivana menjadi dua orang lelaki Inggeris yang berusia di sekitar
30-an.

Eva dan Ivana saling berpandangan. Mereka tersenyum, lalu melangkah masuk ke
dalam sebuah kedai minuman yang terdapat di hotel ini.

“Tak molek jika aku dilihat membawa wanita masuk ke dalam Long Bar ini.” Aku
memberitahu. Kemudian aku memandang ke arah seorang lelaki berbangsa Serani yang
sedang bertugas sebagai pelayan yang pada ketika itu sedang berhenti berdiri di hadapan
kami.

http://nizamzakaria.blogspot.com 254
“Kami ingin menemui encik Pearson. Dia selalunya duduk di sana... Oh itu pun
dia.” Kataku, sambil menudingkan jariku ke arah Pearson yang sedang duduk di tempat
biasanya di tepi tingkap.

Aku mendapati Pearson sedang duduk bersama seorang rakannya - seorang lelaki
berbangsa Scotland yang mempunyai sebuah ladang getah di Batu Pahat.

Wajah Pearson pucat apabila dia melihat kelibatku di sini. Dia terus memberitahu
rakannya bahawa dia mempunyai hal yang penting yang perlu dibincangkan dengan kami.
Rakannya, terus meninggalkannya tanpa memandang ke arah kami bertiga.

Keadaan di dalam Long Bar agak nyaman pada malam itu. Lebih-lebih lagi
dengan adanya kipas anyaman yang di letakkan di bahagian siling lalu digerakkan ke kiri
dan ke kanan. Rata-ratanya, pengunjung Long Bar berbangsa Eropah. Ada di antara
mereka adalah pegawai-pegawai British seperti Pearson yang bertugas di Singapura dan
ada pula yang terdiri dari pelancong asing yang datang singgah ke koloni British ini.

Pearson memanggil seorang pelayan berbangsa Cina yang dikenalinya dengan


nama Boon, lalu memintanya membawa tiga gelas Singapore Sling dan segelas Whisky –
walaupun dia tahu aku seorang vampiro yang tidak mungkin dapat minum apa
dipesannya.

“Bukan sekarang kau sepatutnya berada di Bali?” Tanya Pearson. Dia mengupas
sebiji kacang tanah yang diletakkan di atas sebiji mangkuk di atas mejanya lalu dibuang
isinya ke atas lantai. “Kalau tak salah aku, kau duduk di Ubud berdekatan dengan rumah
si pelukis Walter Spies.”

“Ya...” aku mengangguk perlahan. “Tapi aku ada hal di sini... Oh ya, ini rakan-
rakanku, John dan Roger.”

Pearson menghulurkan tangannya untuk bersalaman, tetapi Eva dan Ivana terus
duduk kaku di atas kerusi rotan sekadar mengangguk. Pearson menarik tangannya lalu
tersenyum tawar.

“Mereka juga vampiro sepertiku.” Kataku perlahan kepada Pearson. Dia


mengangguk mengerti. Sebagai seorang Illuminati, kesetiaannya hanya kepada vampiro
seperti kami.

“Apa yang kau perlukan dari aku, Awang?” tanya Pearson. Dia terus
menghabiskan air whisky di dalam gelasnya sebelum menunggu minuman whisky yang
baru sahaja dipesannya sampai. Matanya kadangkala akan beralih kepada sekumpulan
pegawai kerajaan British yang sedang duduk menghadap ke bar sambil ketawa berdekah-
dekah sesama mereka.

“Kau tentunya tahu tentang kepentingan Malaya di mata British—“

http://nizamzakaria.blogspot.com 255
“Ya, sudah tentu.” Jawab Pearson dengan perlahan. Dia memastikan tidak ada
sesiapapun yang mendengar kata-katanya. “Malaya mengeluarkan 38 peratus dari
pengeluaran getah dan 58 peratus pengeluaran timah dunia. Koloni ini penting bagi
kami.”

“Kau pasti sudah mendengar desas-desus yang mengatakan tentera Nazi akan
menyerang beberapa negara di Eropah timur—“

“Ya...”

“Jika perkara ini berlaku, pasti Perdana Menteri Neville Chamberlain akan
mengisytiharkan perang terhadap Jerman.”

“Mungkin juga...” Wajah Pearson nampak risau. Nafasnya turun naik dengan
cepat. “Jadi apa bantuan yang ingin kau mahukan dari aku?”

“Maklumat... Itu sahaja.”

“Maklumat tentang apa?”

“Tentang seorang jurutera pertanian dari Jepun bernama Asaeda.”

“Kenapa dengan dia?”

“Dia sedang berada di Singapura... Kami perlu mencarinya sampai dapat.”

“Beri aku masa untuk mendapatkan maklumat tentang dirinya.”

“Kami tidak mempunyai banyak masa.” Ujar Eva. Suara yang diluarkan diproses
lalu kedengarannya keras menyerupai wajah medan hologram yang terpancar
menyembunyikan wajahnya yang sebenar.

“Lusa aku akan kembali ke sini. Dapatkan maklumat tentang dirinya. Anggap
permintaan ini satu permintaan paling penting yang kau pernah dapat sebagai seorang
anggota Illuminati.” Kataku dengan nada suara yang rendah. Pearson menelan air liurnya.
Air yang dipesan kini telah pun sampai. Si pelayan bernama Boon itu terus meletakkan
gelas-gelas minuman di atas meja.

Aku termenung memandang ke luar tingkap. Kemudian aku bersuara: “Kami


terpaksa pergi dahulu.”

Pearson mengangguk perlahan. Kami bertiga berdiri lalu meninggalkannya


keseorangan di Long Bar sambil mengesat manik-manik penuh yang mula membasahi
dahinya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 256
Kami bertiga telah ke Kampung Tanjung Irau. Kami telah ke sana berdasarkan maklumat
yang telah diberikan oleh Pearson kepada kami. Katanya, Asaeda menetap di sebuah
banglo di kawasan tersebut. Kononnya dia perlu membuat beberapa kajian tanah dan
geologi di sana.

“Aku tidak faham bagaimana seorang manusia biasa sepertinya boleh menentukan
perjalanan sejarah dunia.” Eva seperti merungut ketika dia kubawa masuk ke dalam
kawasan kampung yang terletak di utara Singapura ini.

“Semua orang telah ditentukan kedudukannya di dunia ini, Eva.” Kataku sambil
membiarkan Eva memaut ke bahuku ketika kami berjalan mendaki sebuah bukit kecil di
atas jalan kampung di Tanjung Irau. “Ada pula mempunyai kedudukan yang lebih penting
dalam perjalanan sejarah. Jika diubah perjalanan hidup mereka, maka akan berlakulah
efek domino yang akan mengubah segala-galanya. Asaeda adalah di antara mereka ini.
Sebab itulah Daevas akan melakukan sesuatu kepadanya untuk mengubah perjalanan
sejarah masa depan.”

“Jika mengikut perjalanan sejarah, pada masa ini Asaeda sedang melakukan kerja-
kerja perisikan. Dia dikatakan sedang mengumpul informasi mengenai pantai di kawasan
utara Singapura serta Malaya dan pasang surut laut di sini.” Aku memberitahu apa yang
telah kupelajari dari Asaeda yang telah diberikan terlebih dahulu oleh Dr. Cuomo
kepadaku.

“Tak kan itu sahaja?” tanya Ivana seperti tidak percaya. Pasti dia memikirkan ada
udang di sebalik batu, mungkin itulah yang difikirnya di dalam hati.

“Banyak perkara tentang dirinya yang tidak kita ketahui, kerana dia seorang
perisik. Tapi apa yang jelas kita ketahui sekarang adalah penemuannya kepada kerja-kerja
awal membina ‘Johore Battery’” Aku menjelaskan kepada Eva dan Ivana dengan suara
yang perlahan. Lalu kataku lagi: “Di dalam prosesnya membuat kerja-kerja perisikan, dia
akan mendapat tahu tentang niat British ingin membina sebuah kubu pertahanan rahsia
bawah tanah di Changi yang akan dibina beberapa bulan dari sekarang. Terowong-
terowong akan dibina untuk menyimpan peluru yang akan digunakan untuk meriam 15-
inci yang akan digunakan untuk mempertahankan Singapura dari serangan Jepun.
Perlengkapan meriam-meriam gergasi ini merupakan yang terbesar dibina di luar Britain.

“Pihak Jepun akan menggunakan hasil perisikan Asaeda untuk menyekat pihak
Tentera British dari memusnahkan meriam sepanjang 16.5 meter dan beratnya 373 tan
ini. Seterusnya, dengan segala kelengkapan tentera yang mereka berjaya rampas dari
pihak British, pihak tentera Jepun menggunakan kelebihan ini untuk memperkuatkan lagi
kedudukan mereka bukan sahaja di Asia, tetapi di medan perang Pasifik dengan
Singapura menjadi pusat ketenteraan Jepun yang paling besar di luar Jepun.”

“Bagaimana agaknya dia dapat mengorek rahsia ini dari pihak British?” tanya
Eva. Matanya memandang ke tepi, seolah-olah dia dapat melihat sesuatu yang sedang
bergerak di dalam semak.

http://nizamzakaria.blogspot.com 257
“Ada yang mengatakan dia mendapat tahu hal ini dari pihak pentadbiran kerajaan
Johor yang telah memberitahunya bahawa Sultan Johor telah menyumbangkan sebanyak
£500,000 untuk menyokong kempen perang British. Itu salah satu teori ahli sejarawan
perang, kerana dia banyak menghabiskan masanya di Johor Baru selepas dia
menghabiskan masanya di Singapura.” Beritahuku dengan panjang lebar. Aku berhenti
apabila aku dapat melihat kelibat seorang anak kecil dengan tubuh pucat kehijauan.
Matanya putih tanpa anak mata.

“Apa ni?” tanya Eva kehairanan. Dia mencekak pinggangnya.

“Dia suka kepada kau.” Eva memerli sambil tersenyum.

“Di daerah ini kita mengenali lembaga ini dengan nama toyol.” Aku memberitahu
mereka berdua. Mata mereka bulat memandang ke arah toyol tidak bernama ini mata
yang bulat. Mereka mungkin menganggap toyol ini comel.

“Banglo yang didiami oleh Asaeda letaknya di sana.” Ujar Eva memeriksa
kembali peta 3D yang dipancarkan melalui sebuah konsol kecil yang sedang dipegangnya.
“Dia sedang berada di dalam banglo itu seorang diri.” Katanya kemudian setelah
menganalisis hasil penelitian yang dilakukan dengan menggunakan alat khasnya itu.

Aku memandang kepada banglo yang dikatakan dipunyai oleh seorang doktor gigi
berbangsa Jepun. Banglo yang terpencil ini telah dibina menghadap ke arah selat Johor
itu. Lokasinya agak strategik untuk dijadikan tempat pengintipan untuk mengkaji
kawasan geografi di kawasan utara Singapura ataupun di selatan Johor. Lagipun, tempat
ini letaknya agak berdekatan dengan pangkalan tentera laut British yang telah dibina di
sebuah tapak di Sembawang yang sahaja siap pembikinannya pada tahun 1938.

“Fuck!” getus Eva marah-marah. Wajahnya berubah merah.

“Kenapa?” tanya Ivana kehairanan.

“Konsol aku tiba-tiba sahaja hilang!”

“Kau ni lalai sangat lah!” Ivana mencekak pinggang. Sukar untuk dia menerima
bahawa Eva boleh lalai begitu. “Macam mana konsol yang kau pegang boleh hilang ni?”

“Konsol aku dicuri toyol!” Eva menudingkan jarinya kepada lembaga kecil di
hadapanku. Sememangnya toyol itu sedang memegang konsol Eva. Kerja memang
mencuri. Apabila aku ingin menangkapnya, dia tiba-tiba sahaja hilang lalu muncul di
belakangku pula.

“Kita tak boleh biarkan dia curi konsol kita ni!” Ivana mengejar toyol itu yang
sekejap muncul dan sekejap pula hilang. Aku pula hanya mampu menggelengkan
kepalaku.

“Kita perlu mencari tuannya.” Kataku dengan suara tenang.

http://nizamzakaria.blogspot.com 258
“Di mana tuannya?” tanya Eva tergesa-gesa.

Aku mencium udara di sekelilingku. Kemudian kataku setelah aku membiarkan


diriku terapung beberapa meter di udara:

“Ikut aku.”

Aku terbang ke arah rumah tuan toyol ini. Eva dan Ivana mengejarku dengan
berlari secepat mungkin.

Kami tiba di sebuah rumah kecil yang terletak jauh dari kelompok rumah-rumah
kampung di Tanjung Irau. Aku terus memecahkan pintu rumah ini lalu masuk ke dalam
rumah tersebut.

Di dalam rumah aku dapat melihat seorang dukun tua yang sedang memegang
konsol yang telah dicuri oleh toyolnya tadi. Dia nampak terkejut melihat kehadiranku
bersama Eva dan Ivana menceroboh masuk ke dalam di rumahnya.

“Siapa kau semua?” tanya dukun tua itu dengan angkuh. “Berani kau masuk ke
rumah aku!”

“Pulangkan semula barang kami yang kau curi itu.” Perintahku dengan suara
tenang.

“Apa kau dah gila minta aku pulangkan benda ini kepada kau.”

“Jangan buang masa kami... Kami tak ada masa untuk melayan kerenah kau.”
Kataku mendekatinya. Dia mengeluarkan sebilah keris yang aku pasti telah dicurinya
juga. Konon-kononnya keris itu mempunyai kuasa untuk melindunginya dan membuat
dirinya kebal.

Apabila aku mendekatinya, dia terus menikamku dengan kerisnya. Kerisnya tidak
dapat menembusi medan kuantum yang melindungi tubuhku. Malah, bahagian keris yang
menyentuh tubuhku hilang entah ke mana.

“Siapa kau sebenarnya?” tanya si dukun tua dengan suara terketar-ketar. Dia kini
mula sedar bahawa aku bukannya manusia biasa yang berani melawannya pada malam
itu.

“Segala ilmu yang kau ada tak mungkin dapat kau gunakan untuk menumpaskan
aku, wahai manusia.” Ujarku sambil berjalan mendekatinya. Kemudian dengan sepantas
kilat aku mengambil kembali konsol yang dicurinya itu dari tangannya. Aku serahkan
konsol tersebut kepada Eva.

“Kau bukan manusia, tapi apakah kau ini? Syaitan?”

http://nizamzakaria.blogspot.com 259
“Bukan.” Kataku menggeleng malas. Aku mengubahkan keadaan diriku kepada
wajah yang sering akan dilihat oleh mangsa-mangsaku dalam saat-saat akhir kehidupan
mereka.

“Jangan apa-apakan aku!” getus si dukun tua terketar-ketar. Dia mungkin sudah
dapat mencium bau kematiannya sendiri. Atau mungkin dia ketakutan melihat perubahan
di wajahku yang berubah bengis menampakkan taringku yang tajam.

Aku tidak tahu jika aku perlu membunuhnya atau sebaliknya. Tetapi belum
sempat aku dapat membuat apa-apa, aku lihat si dukun tua ini memegang bahagian
dadanya dengan genggaman yang kuat. Tubuhnya kejang. Kemudian dia rebah ke lantai.
Dia diserang sakit jantung.

Aku telah membunuhnya dengan sekadar menakutkannya dengan wajahku ini.


Bukan satu perkara baru bagiku. Perkara ini sebenarnya pernah beberapa kali berlaku
sebelum ini...

Aku kemudian dapar memerhatikan bahawa toyol kepunyaan si dukun tua terus
memeluk tuannya. Dia menangis keseorangan. Kini dia tidak bertuan lagi.

Eva memegang tangan si toyol sebelum mendukung toyol tersebut untuk


memujuknya supaya jangan menangis.

“Kau bawa dia ke kabaret New World... Simpan sahaja dia di sana.” Aku
menyarankan dengan selamba. “Aku tak nak dia buat kacau di sini. Huru-hara jadinya
nanti. Nanti fasal dia, rosak segala rancangan kita di sini.”

Eva mengangguk sambil tersenyum. Aku menyuruhnya membawa toyol yang


didokongnya itu kembali ke kereta yang telah kami sewa. Aku dan Ivana pula kembali
menyiasat di banglo yang didiami Asaeda.

Setibanya kami di sana, kami mendapati Asaeda sedang berada di dalam biliknya.
Dari jauh, kami dapat melihatnya menaipkan sesuatu ke dalam sebuah mesin. Ivana
cepat-cepat menggunakan komputernya untuk membaca apa yang cuba ditaip oleh
Asaeda ke dalam mesin tersebut.

“Dia menggunakan sistem kriptografi JN-25. Sistem kod yang digunakan ketika
pihak tentera Jepun menyerang Pearl Harbor.” Ivana memberitahuku, sewaktu membaca
apa yang cuba disampaikan oleh Asaeda. “Dia sedang menghantar maklumat tentang
jumlah lori yang keluar masuk ke dalam pangkalan tentera laut British di Sembawang
yang disyakinya membawa kelengkapan senjata.”

“Kepada siapa?”

“Kepada seorang agen tentera laut Jepun yang menetap di selatan Singapura.”

“Itu sahaja?” tanyaku meminta kepastian.

http://nizamzakaria.blogspot.com 260
“Ya.” Mata Ivana terus kepada skrin komputernya.

“Jadi kau rasa... Apa yang akan dilakukan oleh Daevas untuk mengubah
perjalanan sejarah jika Asaeda menjadi tumpuan mereka?” tanyaku kepada Ivana sebaik
sahaja dia berhenti menganalisis mesej yang telah dihantar Asaeda.

“Aku sendiri tidak pasti... Mereka juga menggunakan teknologi medan kuantum
untuk melindungi maklumat yang dihantar mereka dari dikesan, jadi sukar untuk aku
meneka apa yang akan dilakukan oleh agen-agen Frère Maçon nanti.”

Kami berdua kebingungan. Mungkin kami terpaksa menunggu sehingga


berlakunya peristiwa Poland akhirnya diserang dan ditakluki tentera Nazi, lalu Perdana
Menteri Britain, Neville Chamberlain membuat pengisytiharan bahawa negaranya
berperang dengan Jerman.

Mungkin pada waktu itu, misi kami akan menjadi lebih jelas lagi, lantas tindakan
yang betul dapat kami ambil sebelum kami boleh pulang semula ke makmal kami di
Paris.

http://nizamzakaria.blogspot.com 261
Buku III. Bab 5

Aku tahu, masa untuk kami bertindak telah pun tiba. Perdana Menteri Britain, Neville
Chamberlain telah pun mengeluarkan ucapan memberitahu rakyat British tentang
tindakan agresif tentera Nazi menyerang Poland.

Mengikut apa yang telah dapat dilihat Aliya, pergerakan sejarah dunia akan
berubah perjalanannya mulai malam ini. Bagaimana ia akan dilakukan, inilah
persoalannya sekarang.

Aku mendapati hubungan Eva dan Ivana dengan toyol yang dibawa mereka ke
stor kabaret New World semakin rapat. Beberapa hari sejak kebelakangan ini, mereka
telah menemani toyol itu di sana tanpa pulang semula ke hotel. Dan aku pula, telah
menghabiskan masaku memerhatikan Hanim dari jauh dengan rupa wajah dan tubuh yang
telah aku ubah dengan menggunakan medan hologram.

Pada satu malam sejurus selepas aku menonton bangsawan Megat Panji Alam
yang telah dilakonkan Hanim, aku telah dipanggil oleh seorang budak lelaku berusia 9
tahun bernama Talib agar ke belakang pentas.

“Cik Hanim mahu berjumpa dengan Baba Tan di belakang.” Ujar Talib kepadaku.
Dia menggaru-garu kepalanya yang botak itu.

“Tapi mengapa?” tanyaku kehairanan. Aku memegang tongkat yang kupegang


pada waktu itu dengan erat.

“Dia ingin mengucapkan terima kasih kepada Baba Tan.” Kata Talib serba salah.

“Untuk apa?”

“Dia ingin mengucapkan terima kasih kepada Baba Tan untuk hadiah susunan
bunga kemboja yang Baba Tan hadiahkan kepada dia hampir setiap malam.”

“Tapi bukan aku sudah minta kepada kau jangan beritahu siapa yang
hadiahkannya bunga-bunga ini kepadanya?” tanyaku cuba mengawal nada kemarahanku.

“Tapi dia paksa saya!” sambut Talib dengan wajah yang muram. Dia berkata
benar. Aku tahu jika Hanim mahukan sesuatu, dia mampu membuat siapa sahaja
memenuhi permintaannya itu.

“Baiklah... Di mana dia sekarang?” kataku akhirnya, sambil menjeling.

“Baba Tan ikut saya.” Ujar Talib. Dia membawaku ke sebuah bilik yang terletak
di belakang pentas bangsawan yang terletak di dalam taman rekreasi New World ini.

Talib mengetuk pintu berkali-kali sebelum kedengaran suara lembut yang


membenarkannya masuk. Suara Hanim.

http://nizamzakaria.blogspot.com 262
“Ini dia Baba Tan yang saya sebutkan tu, Cik Hanim.” Ujar Talib
memperkenalkanku kepada Hanim. Aku memandang kepada wajah Hanim di dalam
cermin, kemudian kepada diriku yang kelihatan seperti seorang Cina Peranakan yang
agak berumur dan mempunyai perut yang buncit.

“Baba Tan apa khabar?” tanya Hanim sambil tersenyum manis. Talib duduk di
tepi sambil menggaru-garu telinganya.

“Baik Nona Hanim.” Jawabku perlahan. Mataku terus kepada rambutnya yang
dibiarkan mengurai itu.

“Saya selalu dihadiahkan dengan bunga... Tapi tidak pernah pula sesiapapun yang
pernah hadiahkan saya dengan bunga kemboja—“

“Cik Hanim tak suka dengan bunga kemboja?” aku berbuat-buat tanya.

“Bukan begitu, Baba Tan...” Hanim tersenyum sambil menggeleng cepat. Dia
mengeluarkan anting-antingnya lalu diletakkan ke atas meja soleknya. “Saya suka dengan
bunga kemboja. Bunga kegemaran saya. Tapi tak ramai yang tahu ini bunga kegemaran
saya.”

Anak tekakku bergerak-gerak. Tidak mungkin Hanim dapat membaca fikiranku,


inikan pula melihat menerusi medan hologram yang aku gunakan sekarang.

“Hari-hari saya lihat Baba menonton lakonan saya... Sejak minggu lepas lagi.”
Hanim memberitahu. Dia memandang ke arahku melalui cermin di hadapannya.

“Saya memang minat tengok bangsawan.”

“Baba Tan dari mana?”

“Melaka...”

“Oh ye ke? Saya pun dari Melaka juga.”

“Saya tahu Nona memang berasal dari Melaka...”

“Berapa hari Baba akan berada di Singapura?”

“Saya akan pulang ke Melaka pada malam lusa nanti.” Kataku sambil tersenyum.
“Kalau lama-lama di Singapura, bibik saya di Malaka nanti risau pula.”

“Kalau begitu... Semoga Baba selamat pulang ke Melaka nanti.” Ujar Hanim
sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman denganku. Aku menyambut salamnya
lalu meminta diriku untuk pulang.

http://nizamzakaria.blogspot.com 263
Pada malam itu, air mataku terus keluar bercucuran sebaik sahaja aku tiba ke bilikku di
Hotel Raffles. Aku tidak mungkin mampu menahan rasa sebakku lagi. Aku tahu selepas
ini, aku tidak mungkin akan berpeluang untuk menemui Hanim lagi – seorang wanita
yang telah kuanggap sebagai adikku yang paling aku sayangi.

“Maklumat-maklumat yang dihantarnya... Berbeza dengan apa yang telah


dihantarnya sebelum ini.” Eva menganalisis konsolnya dengan lebih teliti lagi.

“Berbeza?” tanyaku ingin tahu lagi penemuannya itu, sewaktu kami sedang
menyorok di dalam semak di hadapan banglo yang didiami Asaeda.

“Lenggok bahasa yang digunakannya berlainan.” Ujar Eva dengan yakin. Sejak
seminggu yang lepas Eva telah meneliti setiap utusan maklumat yang dihantar oleh
Asaeda. “Tak mungkin lenggok bahasanya berubah dalam masa sehari sahaja. Pasti ada
sesuatu yang tak kena—“

“Jadi apa yang kau rasa kita harus lakukan?” tanya Ivana kepadaku. Memintaku
membuat keputusan dengan cepat.

Aku memandang kepada kelibat Asaeda yang dapat kulihat seperti biasa menaip
ke dalam mesin khasnya di tepi jendela. Sememangnya tidak ada apa-apa berbezaan yang
dapat kulihat pada dirinya, tapi aku dapat mencium sesuatu yang tak kena.

“Kau dapat cium bau kematian yang datangnya dari banglo ini?” tanyaku kepada
Eva dan Ivana meminta kepastian.

Mereka memandang sesama mereka sebelum aku lihat mereka berdua


mengangguk sama.

“Kita harus menyiasat...” Aku akhirnya berkata pasti sambil terapung bergerak
semakin dekat ke arah banglo Asaeda.

“Dan membiarkan dia sedar akan kehadiran kita di sini? Bukan nanti perbuatan
kita akan menganggu perjalanan sejarah di masa hadapan?” tanya Eva berlari
mendapatkanku.

“Kita tak ada pilihan lain.” Jawabku lalu terus terbang melintasi pintu pagar
banglo di hadapanku.

Aku muncul di veranda bilik tidur Asaeda. Aku menyeru namanya. Dia menoleh
lalu kelihatan terkejut. Dia cepat-cepat mengambil sepucuk pistol dari dalam lacinya.

“Siapa kau?” dia bertanya dengan matanya terbeliak sambil mengacukan pistol
dari model Hamada Shiki ke arahku.

http://nizamzakaria.blogspot.com 264
Setahu aku, pistol yang ditiru rekaannya dari pistol Browning M-1910 ini hanya
dikeluarkan pada tahun 1941 di Jepun untuk kegunaan pegawai-pegawai tentera Jepun.
Hanya 5000 pucuk pistol dari model ini telah dikeluarkan dan ia dianggap satu pistol
yang dinilai tinggi oleh pengumpul-pengumpul senjata seperti aku.

“Persoalannya sekarang, siapa kau sebenarnya.” Ujarku sambil mencium bau


Asaeda. Dia tidak mengeluarkan sebarang bau. Kini aku mempertikaikan jika Asaeda
yang sedang berada di hadapanku adalah seorang manusia biasa.

Eva dan Ivana muncul di belakang Asaeda. Mereka cepat-cepat merampas pistol
yang digenggamnya lalu diserahkan kepadaku. Kemudian, Eva menendang kaki lembaga
yang menyerupai Asaeda ini sehingga dia terjatuh ke lantai.

“Kami menjumpai mayat seorang lelaki yang menyerupai Asaeda yang di simpan
di dalam sebuah almari di bilik bawah.” Beritahu Ivana. Dia sedaya mungkin cuba
menekan tubuh lembaga ini ke lantai, tetapi beberapa saat kemudian, ia dapat melepaskan
dirinya sehingga membuatkan Ivana tercampak ke tepi.

Lembaga di hadapanku ini mempunyai kekuatan dan kepantasan melebihi


manusia biasa. Aku pasti ia telah dihantar ke sini melalui mesin merentas masa yang telah
dibina oleh Daevas dan konco-konco mereka untuk menggantikan tempat Asaeda.

Aku mengeluarkan pistol sonik yang disisipkan ke pinggangku. Apabila Eva dan
Ivana sibuk cuba menangkap lembaga yang menyerupai Asaeda ini, aku pula mengacukan
pistol sonik ini ke kepalanya.

Ledakan sonik menyebabkan kepala lembaga yang menyerupai Asaeda ini


berkecai. Tubuh tanpa kepalanya rebah ke lantai. Eva bercekak pinggang kerana aku tidak
memberinya amaran tentang tindakanku ini. Aku tersenyum sampil menaikkan kedua
belah bahuku.

Ivana memeriksa tubuh lembaga ini. Fragmen kepala lembaga ini yang telah
berkecai juga diperiksanya dengan teliti.

“Ia adalah sebuah cyborg!” getusnya dengan wajah terkejut. “Bukan dari jalur
masa kita.”

“Maksud kau?” tanya Eva kehairanan.

“Teknologi ini terlalu jauh ke hadapan.” Aku menjelaskan kepada Eva. “Ini
bermakna Daevas telah menjelajah ke masa hadapan lalu membawa pulang teknologi-
teknologi seperti ini.” Jelasku lagi. Mungkin Daevas sudah mula sedar mereka tidak
boleh mengharapkan lagi perkhidmatan Frère Maçon yang seringkali lalai ketika
melakukan tugas mereka.

“Lembaga yang dihantar Daevas ini digunakan untuk menggantikan tempat


Asaeda. Ia akan terus melalukan tugasnya nanti tanpa melaporkan tentang penemuan-

http://nizamzakaria.blogspot.com 265
penemuan penting yang sepatutnya dilaporkan oleh Asaeda nanti kepada pegawai
perisikannya.” Ujar Ivana dengan wajah risau. Kini Asaeda sudah mati. Walaupun apa
yang berlaku, sejarah tetap akan berubah.

“Jadi apa yang dapat kita lakukan?” tanya Eva pula. Dia membaringkan tubuh
lembaga tidak berkepala ini ke tepi katil.

“Bawa mayat Asaeda ke sini.” Perintahku sambil meraba-raba daguku.

Eva dan Ivana mengangkat mayat Asaeda yang telah disimpan di dalam sebuah
almari kosong di tingkat bawah, lalu dibawa ke tingkat atas.

Aku memeriksa mayat Asaeda. Aku mendapati dia mungkin telah dibunuh pagi
tadi.

“Kita mungkin perlu menggunakan prototaip SDN-z yang telah berjaya kita
programkan kepadanya.” Aku sebuah kotak kecil berwarna hitam yang aku simpan di
dalam salah sebuah beg kecil di talipinggangku. Kotak kecil itu terbuka dengan perlahan
apabila aku menekan butang merah di atas kotak tersebut. Sistem penyejukan mikro di
dalam kotak itu menyebabkan tiub picagari yang aku keluarkan terasa sejuk.

“Tapi prototaip ini belum pernah dicuba!” Eva memandang kepada bahagian dahi
Asaeda yang ditembusi peluru itu.

“Tak apa... Kita boleh jadikan dia bahan uji kaji kita.” Jawabku tanpa teragak-
agak.

Apabila Asaeda sedar nanti dia tidak akan tahu bahawa dirinya pernah mati buat
seketika. Dia akan terus melakukan pekerjaannya ini seperti sedia kala. Prototaip SDN-z
ini akan sekadar menggantikan sel-selnya yang mati dan digantikan dengan baru. Apabila
Asaeda sedar kelak, dia akan mempunyai kemahuan untuk makan daging mentah yang
segar dan berdarah, tetapi mungkin itu sahaja yang akan diketahuinya.

SDN-z prototaip ini telah diprogramkan agar tidak sensitif terhadap cahaya
ultralembayung serta ia akan musnah dengan sendirinya dalam masa 2 tahun. Selepas itu,
ia akan terus diserap oleh tubuh Asaeda dan diganti dengan sel-sel darah merah biasa.
Asaeda mungkin tidak akan sedar bahawa di dalam masa itu dua tahun ini, tubuhnya akan
dipenuhi oleh mesin-mesin mikroskopik ini atau kenapa dirinya terlalu hauskan darah.

Aku menyuntik tubuh dingin Asaeda dengan tiup picagari yang terkandung SDN-
z ini di tanganku. Tidak sampai seminit, SDN-z menjalankan tugasnya dengan menutup
luka di kepala Asaeda. Eva dan Ivana aku lihat sibuk cuba mengemaskan bilik tidur
Asaeda yang berselerak itu. Aku pula mengangkat cyborg serta cebisan yang telah aku
musnahkan tadi lalu membawanya ke tepi pantai di belakang banglo yang didiami
Asaeda. Di sana, aku telah menggunakan sebuah alat khas yang kelihatan seperti sebuah
kiub kecil yang akan mengeluarkan berjuta-juta mesin nano yang menyerupai SDN yang
akan melenyapkan bukti bahawa cyborg ini pernah wujud di dalam titik ruang dan waktu

http://nizamzakaria.blogspot.com 266
ini. Mesin-mesin mikroskopik ini akan memecahkan dan memusnahkan sel-sel organik
dan logam cyborg ini sehingga ia berubah menjadi abu.

Apabila aku kembali ke bilik Asaeda. Aku dapati biliknya itu kelihatan seperti
sedia kala. Tubuh Asaeda diletakkan seperti dia sedang tertidur dengan kepalanya di
letakkan di atas meja. Aku meletakkan tanganku di atas kepala Asaeda. Aku
memadamkan segala memorinya tentang pencerobohan cyborg yang menyerupai dirinya
ke rumahnya yang telah datang membunuhnya pada pagi tadi.

Pada esok pagi Asaeda akan bangun dari tidurnya tanpa mengesyaki apa-apa.

Kerja kami kini selesai. Kami boleh pulang pada malam ini juga.

Apabila kami sampai ke stor di belakang kabaret New World, kami mendapati pintu stor
terbuka dengan seorang lelaki sedang menunggu diluar. Wajahnya nampak risau.

Aku terus mengarahkan Eva dan Ivana supaya berhati-hati. Dengan sepantas kilat
kami masuk ke dalam stor agak kelibat kami tidak dapat dilihat oleh lelaki tersebut.

Aku dapat melihat Eva dan Ivana terus mendapatkan toyol kesayangan mereka.
Mereka ingin memastikan ia berada di dalam keadaan selamat. Aku pula pada waktu itu
cukup terperanjat melihat kelibat Damak di dalam bilik stor.

Tiba-tiba toyol yang sedang didokong Eva lesap di tangannya lalu muncul di
hadapan Damak. Ia seolah-olah mahu bermain dengan Damak. Aku mengeluh lesu. Toyol
ini ternyata telah membuat tugasku semakin sukar.

Aku tidak mempunyai pilihan lain, selain dari menghadapi Damak. Eva pula aku
tugaskan untuk membuka vorteks wormhole agar kami dapat pulang dengan secepat
mungkin pada malam itu.

Damak ingin bersengketa denganku. Tetapi aku sememangnya tidak ada masa
untuk melayan kerenahnya, lantas aku mengeluarkan kiub eksotermik untuk kugunakan
terhadapnya bagi memastikan agar aku dapat melepaskan diriku dari genggamannya.

Apabila tiub eksothermik itu mengeluarkan cahaya yang terang, kami bertiga
cepat-cepat masuk ke dalam wormhole untuk pulang ke dunia kami. Akhirnya aku dapat
menarik nafas lega... Atau sekurang-kurangnya itulah yang aku fikirkan pada ketika itu!

Apabila kami bertiga keluar dari wormhole, kami mendapati bunyi amaran masih lagi
kedengaran, diikuti dengan satu gegaran gelombang kuantum yang menyebabkan
beberapa peralatan di dalam makmal bergegar dan ada yang terjatuh di atas lantai. Pecah.

http://nizamzakaria.blogspot.com 267
“Apa yang telah berlaku?” tanyaku kepada Dr. Wildstein. Tangannya masih
berpaut kepada mesin Geiger dengan erat.

“Dunia di luar kita telah pun berubah.” Jelasnya dengan wajah bimbang.

“Tapi kita telah memastikan agar Asaeda terus hidup!” ujar Eva yang cuba
menahan rasa sebaknya meninggalkan toyol kesayangannya pada tahun 1939 di Malaya.

“Nampaknya kita silap.” Ujar Dr. Cuomo. Dia membaca analisis sejarah yang
dikeluarkan oleh mesin Geiger. “Mereka bukan sahaja membawa cyborg ke tahun 1939,
tetapi mereka telah menukar struktur mesin kriptografi JN-25.”

“Apa?” Ivana seperti tidak percaya apa yang didengarnya. Dia mula mahu
menyalahkan dirinya kerana tidak membuat sebarang imbasan terhadap mesin yang
digunakan Asaeda itu.

“Mereka telah memprogramkan mesin itu untuk menghantar informasi yang telah
mereka sediakan terlebih dahulu. Jadi apa yang berlaku... Asaeda akan kelihatan seolah
selama ini dia hanya menghantar informasi-informasi remeh tentang keadaan pasang
surut di Malaya dan sebagainya. Langsung tidak ada apa-apa maklumat penting tentang
kewujudan Johor Battery mahupun maklumat paling mutakhir tentang pangkalan tentera
British di Sembawang.” Dr. Cuomo menjelaskan. Dia terus menganalisis informasi-
informasi baru yang baru diterimanya dari mesin Geiger.

“Singapura tidak dibom Amerika.” Ujar Aliya dengan perlahan kepadaku.


Kemudian katanya. “Ini bermakna, Hanim tidak mati... Kerana peristiwa pengeboman
Singapura tidak akan berlaku, Awang.”

Tubuhku kaku mendengarkan kalimah-kalimahnya itu. Makmal ini yang telah


dilindungi dengan medan kuantum ini adalah satu-satunya tempat yang aku tahu yang
menyimpan jalinan sejarah kepada satu dunia yang kini langsung berubah perjalanan
peristiwanya di atas kami.

http://nizamzakaria.blogspot.com 268
Buku III. Bab 6

Aku termenung jauh memikirkan tentang masalah yang terpaksa kami hadapi bersama.
Para saintis Illuminati dan vampiro seramai 57 orang kesemuanya yang kini berada di
dalam struktur makmal dan sfera yang dilindungi oleh medan kuantum ini bekerja keras
tanpa henti. Setiap satu dari mereka sedar bahawa dunia di atas mereka telah berubah
dengan ketara. Ada di antara mereka yang aku lihat nampak sedih. Mereka cukup sedar
bahawa orang yang mereka sayangi sudah tiada lagi...

“Aku mahu ke atas.” Kataku kepada Dr. Wildstein. Fikiranku memang terlalu
terganggu pada waktu itu, seperti ada sesuatu yang membuat aku terpanggil untuk ke atas.

“Kau perlu mengikut jalan bawah tanah yang menghubungkan struktur sfera ini
dengan bahagian struktur bawah tanah La Gèode.” Ujar Dr. Wildstein. Dia meminta
komputer agar menunjukkan peta jalan rahsia ini kepadaku di atas skrin besar di
hadapanku.

“Struktur sfera La Gèode telah wujud sejak tahun 1986... Sebelum makmal rahsia
ini dibina, kami telah membina sebuah terowong rahsia ini sejak La Gèode ini sedang
dibina lagi.” Ujar Dr. Cuomo. Sememangnya Awang telah lama mengetahui tentang
persediaan Illuminati di dalam setiap perkara yang mereka lakukan, tetapi perkara ini
langsung tidak dijangkakannya sama sekali.

“Kau pasti kau mahu melihat apa yang telah Daevas lakukan ke dunia ini?” tanya
Lilith kepadaku. Dia memegang bahuku dengan tangannya yang kasar dan keras itu.

“Aku perlu tahu.” Kataku dengan suara yang perlahan namun tegar. Aku berpaling
memandang ke arahnya.

“Aku juga mahu melihatnya sendiri!” tiba-tiba Aliya bersuara. Wajahku sedikit
berkerut. Dirinya penting di dalam misi ini, aku tidak mungkin akan membenarkan
dirinya berada di dalam keadaan bahaya.

“Lebih baik jika kau tinggal di sini sahaja.” Saranku sambil meraba-raba bibirku
yang kering.

“Kau sendiri tahu tidak ada apa-apa yang akan berlaku kepadaku!” tingkah Aliya
dengan suara yang garang.

Aku menyuak rambutku ke belakang sambil mengangguk. “Lilith, kau akan ikut
bersama kami.”

Aku lihat Lilith mengangguk sekali. Dia terus menyediakan dirinya untuk
memakai pakaian yang telah direka khas untuknya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 269
Lebih kurang dua jam kemudian, kami bertiga akhirnya bersedia untuk keluar dari
makmal kaca berbentuk kubah yang telah memenjarakan kami selama 48 jam tanpa
mengetahui apa yang telah berlaku kepada dunia di atas kami.

Kami memulakan penerokaan kami dengan menuruni lif menara reaktor anti-
matter yang terletak di bawah makmal. Apabila kami tiba ke bahagian dasar sfera, kami
terpaksa menaiki tangga di tepi sfera sehingga ke sebuah pintu yang akan membawa kami
ke sebuah lorong rahsia ke arah struktur bawah tanah La Gèode.

Setelah menaiki tangga di tepi sfera gergasi ini selama 20 minit, kami akhirnya
tiba ke pintu yang disebutkan Dr. Cuomo. Pintu tersebut kelihatan seperti jubin-jubin
yang digunakan di sfera ini. Apa yang membezakan adalah gambar mata yang menjadi
simbol Illuminati di tepinya. Aku menekan bahagian biji mata di atas simbol tersebut,
kemudian pintu jubin sebesar 1 meter persegi itu terbuka secara automatik. Apabila pintu
dibuka, aku dapat mencium bau hapak. Udara dari dalam sfera tersedut ke dalam jalan
rahsia ini.

Jalan rahsia ini agak gelap. Aku cuba mengingatkan Aliya supaya jangan takut
kerana kami adalah vampiro. Kata-kataku telah membuatkan Lilith tersenyum.

“Mereka sedikit pun tak beritahu kita terpaksa menaiki tangga ini untuk ke atas.”
Keluh Aliya. Dia menjeling melihatku terapung di bahagian tengah struktur tangga yang
menuju ke atas ini.

“Kau boleh terapung sepertiku jika kau mahu.” Kataku perlahan, cuba
membutirkan satu kenyataan yang harus difahaminya sendiri.

“Bagaimana?”

“Kau adalah seorang vampiro orakel... Kau dikatakan akan menjadi vampiro yang
paling berkuasa yang pernah wujud.”

“Jadi apa rahsianya?”

“Rahsia apa?”

“Untuk terbang...”

“Lilith... tunjukkan kepadanya.” Kataku sambil menguap bosan. Serta-merta Lilith


mengangkat tubuh Aliya, lalu mencampakkannya dari struktur anak tangga yang sedang
kami naiki ini. Aliya menjerit sekuat hatinya apabila dia terjatuh ke bawah. Kemudian
aku dapat mendengar jeritannya terhenti.

Aliya terapung sambil memeluk tubuhnya. Wajahnya kelihatan merah. Marah.


“Perlu ke kau suruh Lilith campak aku macam tu?”

“Kau akhirnya tahu untuk terbang, bukan?”

http://nizamzakaria.blogspot.com 270
“Ya.” Jawab Aliya sambil menjeling. Tubuh Aliya terapung ke tengah dan ke tepi.
Dia perlu belajar untuk mengawal dirinya.

Aku memandang ke atas. Aku dapati perjalanan kami ke atas masih jauh lagi. Aku
meminta Aliya supaya mendekati Lilith lalu mengangkat tubuh gergasinya. Kami berdua
memeluk erat tubuhnya lalu membawanya sehingga ke tingkat teratas.

Di atas, kami terpaksa memecahkan sebuah tembok tebal sebelum kami dapat
memasuki bahagian paling bawah bangunan La Gèode.

Seperti yang kami jangkakan, bangunan ini kelihatan seperti ia telah ditinggalkan
buat satu jangka masa yang lama. Apabila kami tiba di bahagian bangunan pawagam
gergasi ini, kami bertembung dengan beberapa tengkorak manusia yang telah lama reput.

Kami berjalan keluar dari La Gèode untuk melihat keadaan di Parc de la Villete.
Kami mendapati suasana di luar agak menyedihkan. Aku hampir-hampir mahu rebah ke
atas lantai. Aku mendapati langit diselaputi oleh awan tebal yang langsung menggelapkan
suasana. Bangunan-bangunan yang cantik di sekelilingku, kini hampir kesemuanya
kelihatan hampir musnah. Suasana terlalu sepi. Tanpa sebarang tanda kehidupan.

“Mereka telah mengubah bumi agar ia sesuai didiami oleh Daevas.” Ujar Lilith,
dia mula mengeluarkan beberapa buah probe yang dibawanya bersama untuk dilepaskan
ke udara. Probe-probe yang kelihatan seperti belalang itu terbang ke udara untuk
membuat uji kaji ke atas kota Paris khususnya Parc de la Villete yang kelihatan seperti
padang jarak padang tekukur itu.

“Mana perginya orang lain?” tanya Aliya dengan wajah risau. Dia menoleh
memandang ke belakang, ke arah sfera La Gèode yang pecah seribu itu.

“Mereka dijadikan bahan makanan... Yang masih hidup pula aku rasa hidup dalam
buruan.” Ujar Lilith. Matanya keras bersungguh.

“Tamadun manusia kini telah musnah?” tanya Aliya dengan suara teragak-agak.
Dia masih cuba mencernakan apa yang sedang dilihatnya sekarang. Apa yang dilihatnya
sekarang sama seperti apa yang telah ditunjukkan olehku ke dalam mindanya ketika dia
masih hidup dahulu.

“Ya...” jawabku sambil tertunduk. Aku merasa bersalah. Kesilapanku telah


menyebabkan ini semua berlaku – satu perkara yang pernah aku lihat sendiri di dalam
kotak fikiranku sebelum ini yang telah menghantui jiwaku berabad-abad lamanya.

“Aku akan hidupkan fungsi halimunan!” Lilith berbisik kepada kami berdua.
Sejenak kemudian, tubuh kami hilang begitu sahaja. Namun, aku masih dapat melihat
tubuh Aliya dan Lilith melalui mata hatiku. Lilith memberi isyarat agar kami
bersembunyi di sebalik sebuah tembok batu yang pecah.

http://nizamzakaria.blogspot.com 271
Sebuah kenderaan terapung-apung di atas bangunan Citè des Sciences. Kenderaan
itu kelihatan seperti seekor kumbang dengan cahaya berkelip-kelip di tepinya. Kenderaan
itu kemudian mendarat berdekatan dengan lokasi persembunyian kami.

Bahagian belakang kenderaan itu kemudian terbuka. Apa yang keluar dari
kenderaan itu telah menakutkan Aliya. Dia terus memegang tanganku, lalu cuba
bersembunyi di belakangku.

“Siapa mereka?” Tanya Aliya terus ke dalam hatiku.

“Aku tak tahu.” Jawabku kembali ke dalam hatinya.

“Jangan bergerak.” Ujar Lilith kepada kami. Aku dan Aliya berdiri tegak seperti
patung.

Tiga lembaga setinggi tujuh kaki dengan tubuh yang menggerunkan berjalan
menuju ke arah kami. Mereka kelihatan seperti makhluk Daevas seperti Lilith, tetapi
tubuh mereka kelihatan lebih besar dan tegap. Tangan mereka lebih besar dan berotot.
Wajah mereka lebih keras dan mengerikan dari wajah Lilith yang sememangnya sudah
kelihatan agak menakutkan itu.

“Mereka adalah Daevas yang telah dilahirkan di dalam kasta tentera.” Ujar Lilith
di dalam hatinya yang diketahuinya akan dibaca oleh diriku dan Aliya.

“Apa yang mereka buat di sini?” tanya Aliya dalam ketakutannya.

“Mereka sedang memburunya.” Kataku tatkala melihat ketiga-tiga Daevas dari


golongan tentera ini berhenti dari terus bergerak ke arah kami.

Tiba-tiba seorang vampiro terjun entah dari mana lalu muncul di hadapan mereka
bertiga untuk menyerang mereka seorang diri. Rupa-rupanya Daevas kasta tentera ini
telah ke sini untuk memburunya, bukan kami.

Aku kenal benar dengan vampiro yang berasal dari Amerika Syarikat itu.
Namanya Kevin Williams, seorang bekas anggota polis dari kota New York. Dia telah
menjadi vampiro sejak tahun 1984, dan aku pula telah mengenalinya di dunia aku sejak
tahun 2022. Kevin mempunyai tubuh yang agam. Dari jauh lagi dia jelas nampak gagah.
Dia adalah antara vampiro yang paling sukar untuk dibunuh, walaupun sehingga kini aku
tidak tahu apa keistimewaan luar biasa yang ada di dalam dirinya.

Kami bertiga tidak dapat melakukan apa-apa pada ketika itu kecuali memandang
dari jauh. Aku masih tidak tahu apa yang berlaku, sehinggalah Aliya memberitahu:

“Dia datang untuk mencari kau di sini.”

“Tapi kenapa?” tanyaku kehairanan.

http://nizamzakaria.blogspot.com 272
“Dia mempunyai mesej penting untuk kau.”

“Kalau begitu... Kita perlu menyelamatkannya,” kataku dengan tegas, lalu


membisikkan sesuatu kepada Aliya.

Aliya berjalan beberapa tapak ke hadapan. Dia mendepakan tangannya ke depan.


Ketiga-tiga makhluk Daevas itu kini dapat melihat sebuah medan tenaga berbentuk sfera
mengepung tubuh vampiro Kevin yang sedang mereka buru itu.

Mereka menggunakan senjata mereka untuk menembak ke arah vampiro Kevin.


Medan tenaga yang telah dicipta Aliya terlalu kebal untuk mereka musnahkan.

Kemudian, Aliya telah melakukan sesuatu tanpa menunggu sebarang perintah


dariku. Ketiga-tiga tentera Daevas itu dicampakkannya ke sebuah dinding berdekatan
sehingga permukaan dinding itu pecah. Kenderaan yang mereka naiki kini terapung untuk
cabut lari. Belum sempat ia dapat pergi jauh, kenderaan tersebut jatuh lalu terhempas ke
arah bangunan Teater Zenith. Meletup, lalu terbakar.

“Wow!” jerit Aliya yang masih tidak dapat mempercayai kuasa yang ada di dalam
dirinya.

“Bila lagi kau boleh menguji kebolehan kau kalau bukan sekarang?” tanyaku, lalu
mematikan fungsi halimunan yang telah menyembunyikan diriku sejak tadi dari
pandangan mata Daevas-Daevas kasta tentera yang telah memburu Kevin. Pada
pendapatku, dia perlu banyak belajar untuk mengawal kuasanya.

Aliya membawa sfera yang sedang mengepung tubuh vampiro Kevin lalu
dibawanya menghadap kami.

“Aku dah agak, kau pasti akan muncul di sini juga akhirnya.” Kata Kevin dengan
suara yang keras dalam keadaan termengah-mengah. Aku dapat melihat baju yang
dipakainya koyak rabak dan kotor. Walaupun begitu, dia tetap nampak berkarisma.

“Aku terpanggil untuk ke sini... Jadi kau lah yang menyeruku?” tanyaku ingin
tahu kepada Kevin.

“Ya, Vampiro Awang.” Katanya kini memandang penuh kepadaku. “Kau yang
menyuruh aku ke mari...”

“Apa?” tanyaku kehairanan, walaupun aku tahu maksud kata-katanya. Diriku yang
wujud di dalam dunia ini pasti telah memerintahkannya agar menemuiku di sini.

“Diri kau yang hidup di dalam dunia ini telah mengutusku agar menemuimu.”
Katanya tanpa sedikit pun menampakkan rasa ironis kerana dia sedang bercakap dengan
diriku sekarang.

http://nizamzakaria.blogspot.com 273
“Jadi apa mesej penting yang perlu kau berikan kepadaku?” tanyaku, setelah
belalang-belalang probe kepunyaan Lilith kembali kepadanya membawa bersama
keputusan ujian yang telah dilakukan kepada keadaan di sekitar Parc de la Villete.

“Ramai golongan Illuminati dan vampiro telah mati semata-mata untuk


membawakan kad ini kepada kau.” Kata Kevin dengan nada rendah. Dia menyerahkan
sekeping kad kecil yang terkandung data yang tidak ternilai harganya. Aku pasti informasi
ini telah disediakan oleh diriku sendiri yang wujud di dalam dunia ini.

Aku mengambil kad tersebut dari tangan Kevin. “Bagaimana kau tahu untuk
mencariku di sini?”

“Awang dapat tahu tentang wujudnya jalan rahsia yang telah dibina oleh
Illuminati di bawah struktur bangunan ini ketika ia mula-mula di bina dahulu. Dia pasti
jika Ahriman tidak dibebaskan seperti apa yang telah berlaku sekarang, golongan
Illuminati akan membina makmal serta mesin merentas masa di bawah Parc de la Villete.
Dia dapat melihat kau akan muncul di sini tepat di tempat dan masa yang ditetapkannya...
Dengan kau membawa bersama vampiro orakel yang dikatakan akan menggantikan
tempat vampiro Tiresias.” Jelas Kevin sambil memandang tepat kepada Aliya.

“Apa yang terjadi kepadanya sekarang?” tanyaku ingin tahu tentang nasib yang
menimpa versi diriku di dalam dunia ini.

“Dia mati tiga tahun lepas dibunuh tentera Daevas di Kota New York ketika cuba
menyelamatkan sekumpulan manusia dari diburu mereka.”

“Oh...” kataku tanpa mahu mengetahui cara diriku di bunuh di dalam dunia ini.

“Aku perlu pergi... Banyak lagi kerjaku di sini yang masih belum selesai.” Ujar
Kevin tergesa-gesa. Aku mengangguk perlahan. Dia kulihat berlari dengan pantas masuk
ke dalam bangunan berdekatan lalu menghilang entah ke mana.

Aku memasukkan kad kecil bersaiz ibu jari itu ke dalam komputer utama di dalam
makmal. Terus aku dapat melihat wajahku terpancar di layar lebar di hadapanku. Apabila
kuperhatikan betul-betul, aku mendapati aku sedang berdiri di atas bumbung bangunan
Bangsa-bangsa Bersatu. Di belakangku, suasana nampak muram. Menara bangunan
Chrysler hanya tinggal separuh. Bangunan yang telah siap dibina pada tahun 1929 itu
kelihatan seperti sebatang pensel yang patah. Bangunan-bangunan lain pula musnah
seperti yang lain.

“Awang, jika kau dapat menyaksikan rakaman ini, ini bermakna kau telah berjaya
mencipta mesin menjelajah masa melalui bantuan golongan Illuminati...” Kata diriku di
dalam rakaman yang telah dilakukan pada tahun 2057 itu. Wajahku jelas nampak kusut
dan pakaian yang dipakaiku lusuh. Kataku lagi di dalam rakaman tersebut:

http://nizamzakaria.blogspot.com 274
“Tetapi kau tetap gagal untuk memastikan agar perkara yang kau saksikan
sekarang dari berlaku...

“Pada 23 Mac 2004, sebuah bom telah dijatuhkan berdekatan dengan sebuah
kawasan perkampungan di pinggir kota Hillah oleh tentera Amerika Syarikat. Mereka
kemudian telah menemui sebuah kotak kecil di dalam lubang yang telah disebabkan oleh
letupan bom tersebut. Kotak tersebut telah dibawa ke Kota New York untuk dikaji kerana
mereka fikir mereka telah menemui sebuah artifak dari tamadun Babylon—“

“Kotak yang memenjarakan Ahriman!” Kataku sendiri tatkala sedang menonton


rakaman ini. Aku dapat melihat Lilith menggelengkan kepalanya.

“Apa yang perlu kau lakukan sekarang adalah untuk pergi ke tahun 2004 dan cuba
mengelakkan mimpi ngeri ini dari berlaku,” aku dapat mendengar diriku berkata dengan
tersekat-sekat. Sedih. “Segala informasi tentang kedudukan kotak Ahriman sebelum ia
dibuka di New York ada tersimpan di dalam kad ini. Minta bantuan dari Damak... Hanya
dia sahaja yang dapat membantu kita dalam hal ini.”

Damak? Mengapa Damak?

Rakaman terhenti di situ. Kemudian apa yang terpancar di skrin lebar di


hadapanku adalah peta bangunan Metropolitan Museum of Art yang terletak di Fifth
Avenue, Kota New York. Beberapa maklumat penting tentang kedudukan kotak tersebut
yang dikatakan tiba di muzium tersebut pada 12 November 2004, disertakan dengan
terperinci.

Aku menarik nafasku dalam-dalam. Dr. Cuomo cepat-cepat membuat nota. Aku
pasti sejam atau dua lagi dia akan menyediakan serta merumuskan pelan tindakan yang
rapi untukku.

“Kita telah terjumpa dengan sebuah fail rakaman yang telah dienkripsikan. Fail ini
hanya dapat kami buka dengan menggunakan sistem enkripsi rahsia Illuminati.” Ujar
seorang saintis Illuminati dengan bersungguh-sungguh setelah dia mengambil masa
selama lebih lima jam meneliti data yang terkandung di dalam kad yang telah diberikan
Kevin kepadaku.

“Mainkan fail rakaman tersebut!” perintahku dengan tajam, tatkala aku sedang
duduk sendiri dengan fikiranku langsung buntu.

“Awang... Di dalam dunia yang telah musnah ini, manusia masih mahu
melakukan sesuatu agar mereka dapat terus hidup bebas...” Kata diriku kini di dalam
sebuah terowong di bawah tanah yang tidak dapat aku pastikan lokasinya. “Selama
beratus-ratus tahun, para saintis Illuminati telah mengadakan program eugenik agar
terwujudnya orakel untuk menggantikan tempat Tiresias. Pada tahun 2025, beberapa
tahun selepas dunia ini akhirnya berjaya dimusnahkan oleh Daevas, aku akhirnya berjaya

http://nizamzakaria.blogspot.com 275
menemui orakel ini, tanpa menggunakan interpretasi teks Nostradamus yang dikatakan
dicuri dan berada di dalam simpanan ahli sejarawan Illuminati.

“Selama ini orakel ini telah berjaya menyelamatkan dirinya dengan menggunakan
kuasa semula jadinya lalu membawa bersamanya ramai pengikut-pengikutnya yang
bersembunyi di dalam sistem terowong bawah tanah di Singapura. Sehingga kini, mereka
masih selamat dari buruan Daevas.

“Apabila aku menemuinya, dia telah memberitahuku tentang seorang pemuda


yang akan wujud di masa hadapan yang mempunyai pertalian darah dengannya - yang
akan dijadikanku seorang vampiro olehku. Tetapi... Dia juga dapat melihat bahawa aku
akan mati dibunuh tidak lama lagi.

Aku fikir, pasti dia akan ditemui oleh kau nanti... Jadi carilah dia nanti. Itu sahaja
permintaanku. Aku pasti apabila kau menemuinya nanti, kau akan tahu mengapa kau
perlu menjadikan dirinya sebahagian dari kejadianmu sebagai seorang vampiro.”

Sekali lagi rakaman terhenti dengan tiba-tiba. Aku memandang ke arah Aliya.
Mungkin dia sedang memikirkan tentang salinannya pula yang mungkin pernah wujud di
dalam dunia alternatif ini.

“Kenapa Aliya?” tanyaku, yang sejak tadi telah mendiamkan diriku sambil cuba
mencerna apa yang aku saksikan tadi di atas layar skrin di hadapanku.

“Kita harus mencarinya di masa hadapan.” Kata Aliya dengan tegar. “Pemuda
yang disebutkan tu.”

“Tapi bagaimana?” aku bertanya kembali kepada satu soalan yang aku sendiri
tidak tahu akan kepastiannya.

Aliya seperti mencari-cari sesuatu di dalam fikirannya. Kemudian dia cepat-cepat


duduk di atas mesin orakelnya. Dia memakai alat organik di kepalanya, lalu
menghidupkan fungsi mesin ini dengan sendiri.

Gelang-gelang logam berpusing laju. Aku berdiri di hadapan mesin orakel dengan
kehairanan. Aliya kelihatan seperti menarik jalur-jalur masa di hadapannya, memilih jalur
masa yang sesuai untuk dipilihnya - mencari manusia yang mungkin berkongsi DNA
dengannya.

Aliya akhirnya menjumpai titik ruang dan masa yang dicarinya. Mesin yang
digunakannya itu berhenti dengan sendirinya. “Kita harus mendapatkannya!” kata Aliya
dengan termengah-mengah.

“Siapa?” tanyaku dengan renungan yang berat.

“Aku tidak dapat melihat wajahnya lagi... Tapi dia berada di Singapura, tahun
2111.” Aliya menjelaskan kenyataannya itu cepat-cepat.

http://nizamzakaria.blogspot.com 276
“2111?”

“Ya. Kita perlu mencarinya di sana!”

“Tapi mengapa?”

“Aku dapat merasakan... Kita memerlukan bantuannya nanti untuk mengalahkan


Ahriman... Selain dari mencari lelaki yang kau kenali dengan nama Damak itu.”

“Kau pasti tentang hal ini, Aliya?” mataku terus kepadanya menagih kepastian.
Begitu juga Dr. Cuomo dan Dr. Wildstein yang sedang berdiri di sisiku.

“Ya... Aku pasti!”

“Kalau begitu... Sediakan apa yang patut. Kita akan bertolak ke tahun 2111 sejam
dari sekarang!” Aku mengeluarkan perintah. Suasana di dalam makmal yang sebelum ini
sedikit lembap kini kembali aktif!

http://nizamzakaria.blogspot.com 277
Buku III. Bab 7

Lama Rashid menunggu ketibaan Nani di luar stesen MRT Orchard. Dia tertanya-tanya
dirinya jika dia harus menelefon Nani ataupun terus menunggu di pintu masuk tingkat
bawah Wisma Atria. Kini jam menunjukkan pukul 5 petang. Nani telah berjanji untuk
tiba ke tempat yang dijanjikan pada pukul 4.30 petang. Nani memang selalu sahaja
lambat. Bila dia lambat, dia tidak pernah mahu mengSMSnya untuk memberitahu bahawa
dia lambat.

“Sorry, lepas tutorial biologi tadi I kena pulangkan buku I di perpustakaan. I


terlambat sebab tu lah.” Itulah alasa yang diberikan Nani sebaik sahaja dia muncul di
hadapan Rashid. Nani sedang memakai baju putih dengan skirt hijau – uniform Maktab
Rendah Raffles.

“Biasalah budak pandai.” Kata Rashid menjeling. Sememangnya Nani seorang


pelajar yang bijak. Ketika mengambil peperiksaan peringkat ‘O’ di Raffles Girls dahulu,
dia mendapat AI untuk kesemua 10 mata pelajaran yang diambilnya. Ketika mengambil
peperiksaan PSLE dahulu, dia dianggap sebagai antara 5 pelajar paling cemerlang di
Singapura.

“You ni tak habis-habis usik I lah. Naik menyampah I tau!” Nani memegang beg
sekolahnya erat-erat. “You know lah how busy I am right now... ‘A’-levels is just around
the corner.”

“I know—“

“So... Kelas mekatronik you macam mana?” tanya Nani. Dia memandang ke arah
Rashid. Dia dapat melihat Rashid sedang memakai baju berjenama FCUK kegemarannya
yang dipadankan dengan sehelai jeans lusuh. Rambut Rashid yang tebal itu dibiarkan
tidak bersikat, agar nampak seperti penyanyi John Mayer yang digemari Nani, gamaknya.

“Biasa jer.” Jawab Rashid. Nani menjeling ke arah fail plastik yang dibawa oleh
Rashid yang tertulis perkataan Ngee Ann Polytechnic di atasnya.

“You dah makan ke belum? I’m starving!” rengek Nani. Matanya terus kepada
Rashid.

“Nak makan kat mana?”

“Entah... You decide lah.” Ujar Nani yang berwajah manis dan bertubuh tinggi
langsing itu. “You kan nak belanja I... Remember?”

“Apa kata kita makan kat McD?”

“Balik-balik McD!”

“Dah tu kita nak makan apa?”

http://nizamzakaria.blogspot.com 278
“Hari ni kan kita sambut our third anniversary. Lupa ke?”

“Takdelah!” Rashid tersipu-sipu malu. Dia memandang ke arah beberapa


pengguna MRT yang berduyun-duyun keluar dari perut stesen yang sibuk itu. Masing-
masing nampaknya leka memikirkan tentang hal mereka sendiri.

“Berapa lama kita dah bercouple agaknya?”

“Tiga tahun.”

“So... Kita makan kat tempat special sikit... Boleh tak sayang?”

“Special?”

“Ye lah... Special sikit!” Nani mencebik manja.

“Okay... Apa kata kita ke The Heeren. Kita makan di Marché?”

Nani mengangguk cepat. Rashid memegang tangan Nani lalu mereka berjalan
masuk ke Wisma Atria. Mereka menggunakan jalan di bawah tanah ini untuk menuju ke
arah Ngee Ann City. Jalan bawah tanah itu dipenuhi pengunjung, walaupun hari itu hari
Rabu.

Dari Ngee Ann City, mereka keluar lalu berjalan di sepanjang jalan Orchard Road.
Apabila mereka menyeberang jalan di hadapan pusat membeli belah Paragon, Rashid
berbisik ke telinga Nani:

“Jom kita sembahyang Asar... Lagipun Masjid Al Falah dah dekat sangat ni.”

“I thought you nak buat bodoh jer tadi.” Nani tersenyum nakal. Mereka terus
berjalan ke hadapan, di sepanjang Bideford Road lalu menyeberang ke sebelah kanan
jalan untuk ke Masjid Al Falah yang terletak di Cairnhill Road itu.

Rashid memberitahu Nani bahawa dia akan menunggunya di luar pintu masuk
masjid Al Falah setelah dia selesai usai sembahyang Asar. Nani cepat-cepat mengangguk.
Dia memeluk begnya yang terkandung telekungnya erat-erat ketika dia berjalan masuk ke
dalam perut bangunan masjid yang terletak di bahagian bawah sebuah bangunan yang
terletak berdekatan dengan Orchard Road itu.

Setelah Rashid selesai mengambil air sembahyang, dia masuk ke dalam dewan
sembahyang. Tanpa berlengah, dia terus menunaikan sembahyang Asarnya. Apabila dia
selesai menunaikan solat, dia menoleh ke belakang. Dia dapat melihat kelibat seorang
lelaki yang baru sahaja selesai menunaikan sembahyangnya.

Rashid menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan lelaki yang sedang


memakai pakaian pejabat itu. Rashid tersenyum kelat memandang wajahnya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 279
Rashid terpaksa menunggu selama lima minit sebelum dia melihat Nani keluar
menemuinya di pintu masuk masjid. Nani mencari kasut Nikenya yang berwarna biru
sebelum Rashid tersenyum lalu memberikan kasut Nani yang telah disembunyikan di
belakangnya. Nani bercekak pinggang, lalu mencubit bahu Rashid sebelum dia duduk di
atas sebuah bangku untuk memakai kasutnya itu.

Setelah Nani memakai kasutnya, Rashid terus memegang tangan Nani dengan
erat. Mereka kini berjalan ke pusat membeli belah The Heeren yang letaknya tidak jauh
dengan Masjid Al Falah.

“Ingatkan I untuk beli album baru Siti Nurhanim, ya?” ujar Nani apabila dia
berjalan melintasi toko muzik HMV.

“Dia ada album baru ke? Satu tahun berapa album dia nak bikin?” tanya Rashid
dengan keningnya terkerut.

“Alah... Album baru ni gerek lah. Tak macam albumnya yang lepas!” tegas Nani.
Rashid hanya menjeling. Dia membawa Nani ke pintu masuk Marché, lalu turun ke
tingkat bawah.

Ketika di Marché, mereka berdua telah diberikan dengan dua keping kupon.
Dengan kupon tersebut, mereka boleh memilih untuk memesan makanan kegemaran
mereka dari pelbagai gerai yang ada di sini.

Pada petang itu, Rashid telah memesan seafood Pizza dan Nani pula memesan
salad kegemarannya.

“Happy anniversary, sayang.” Ucap Rashid, lalu mengeluarkan sebuah kotak kecil
dari beg sandangnya.

“Eh... apa ni?”

“Hadiah untuk you.”

“Alah! Kan I dah cakap jangan belikan apa-apa untuk I!” Nani memuncungkan
bibirnya. Kemudian wajahnya berubah ceria kerana dia tahu Rashid tidak pernah mahu
mendengar kata-katanya dan dia sendiri tahu dia sedang menunggu saat untuk Rashid
mengingati ulang tahun mereka bersama dengan pemberian hadiah yang istimewa.

“Alah... Apa salahnya? This is our third year, together!” Rashid memberi alasan.

“Kalau macam tu, I pun ada hadiah untuk you.” Ujar Nani. Dia mengeluarkan
sebuah hadiah yang telah disimpan di dalam begnya.

“Apa ni?”

http://nizamzakaria.blogspot.com 280
“Just open it!”

Rashid mengoyakkan balutan kepada hadiah yang telah diberikan Nani.

“Album terbaru Butterfingers!” mata Rashid bersinar-sinar. “Mana you dapat?”

“I tahu you minat dengan kumpulan Butterfingers... So, I suruh cousin I kat KL
belikan you CD ni untuk I... You suka tak hadiah ni?” tanya Nani ingin tahu. Rashid
mengangguk bersungguh-sungguh.

“Okay, sekarang giliran you pula buka hadiah yang I berikan untuk you.”

Nani mengambil hadiah pemberian Rashid tadi, lalu dia terus mengoyakkan
balutan hadiah tersebut.

“Oh my God!” Nani hampir-hampir mahu menjerit dibuatnya apabila dia


membaca tulisan yang terdapat pada kotak kecil pemberian Rashid. Kotak itu dibukanya.
Wajah Nani terus berubah pucat. “Anting-anting Cartier! This is expensive!”

“I know.”

“Mana you dapat duit nak beli anting-anting ni?”

“You sendiri kata you suka anting-anting ni... Ingat tak tiga bulan lepas bila kita
pergi window shopping kat Takashimaya. You ternampak anting-anting ni di butik
Cartier. Lepas tu you kata, anting-anting ni cantik... Satu hari nanti you nak pakai anting-
anting macam ni.”

“Tapi masa tu... I angan-angan jer. You know I didn’t mean it!”

“You did mean it!” Rashid menegaskan. Dia menongkat dagunya. Suka benar dia
melihat wajah Nani yang merona merah pada waktu itu.

“Tapi... Mana you dapat duit untuk beli anting-anting ni?”

“Nani... Pakai anting-anting ini, please?” pinta Rashid tanpa mahu menjawab
soalan Nani tadi.

Nani serba salah. Dia membuka anting-anting murah yang telah dibelinya dari
77th Street di Far East Plaza dan menggantikannya dengan anting-anting bertatah berlian
dari Cartier yang telah dihadiahkan oleh Rashid kepadanya.

“You nampak cantik, Nani.” Rashid memujinya. Dia menyuak rambut Nani yang
ikal itu ke tepi agar dia dapat melihat anting-anting pemberiannya itu dengan lebih jelas
lagi.

http://nizamzakaria.blogspot.com 281
“Eh kenapa ni?” tanya Nani. Dia melihat mata Rashid yang berkaca-kaca. Nani
mula nampak risau. Kali terakhir dia melihat Rashid menangis adalah apabila kucingnya
mati setelah ia jatuh dari flatnya yang terletak di Bedok itu kira-kira setahun yang lepas.
Nani tahu Rashid memang sayangkan kucingnya yang bernama Manja itu. Manja setahu
Nani, telah menemani Rashid ketika Rashid terpaksa belajar sehingga ke lewat malam
beberapa bulan sebelum dia mengambil peperiksaan peringkat ‘O’nya dahulu.

Nani mengeluarkan sehelai kertas tisu. Dia mengelap air mata Rashid. “Are you
okay, sayang?”

“I’m okay.” Rashid menarik nafasnya dalam-dalam.

“Are you sure?”

Rashid mengangguk perlahan. Dia menyuruh Nani makan. Nani melentokkan


kepalanya ke tepi. Masakan dia boleh makan apabila dia melihat Rashid berkelakuan
pelik seperti ini.

“You nak tahu kenapa I sayangkan you sangat?” tanya Nani tiba-tiba.

“Kenapa?”

“Because you still look incredibly handsome even when you are sad!” kata Nani
sambil menggigit bibirnya. Sememangnya Rashid adalah antara pemuda yang paling
kacak yang pernah dilihatnya. Dia telah mula mengenali Rashid ketika mereka bertemu di
dalam perjumpaan khas pelajar-pelajar cemerlang Melayu/Islam di Wisma Mendaki yang
terletak di Kee Sun Avenue itu. Nani cukup sedar, Rashid yang pada ketika itu seorang
pelajar dari Victoria Secondary School diminati oleh ramai gadis-gadis yang berada di
dalam perjumpaan tersebut, termasuklah dirinya.

“Ye lah tu.” Ujar Rashid sambil menjeling.

“I’m serious!”

“Apa-apa je lah.” Rashid cuba menjamah pizzanya walaupun dia tidak berselera
pada ketika itu.

Nani terus merenung memandang kepada Rashid. Dia masih tidak faham melihat
keadaan Rashid yang tidak tentu arah sejak saat pertama dia bertemu dengannya di
hadapan stesen MRT Orchard tadi.

“Lepas ini kita ke Esplanade yer?” tanya Rashid dengan suara perlahan kepada
Nani sambil mengunyah pizza yang sukar untuk ditelannya itu.

“Boleh jer... Tapi jangan balik lambat sangat. I have to study.”

“I tahu.”

http://nizamzakaria.blogspot.com 282
“Kenapa you nak ke sana? Ada pertunjukan teater ke?”

“Takdelah... Kita duduk sana. Berbual.”

Nani sekadar mengangguk. Dia menjamah saladnya, sambil sesekali memandang


ke arah Rashid yang masih kelihatan resah tak sudah itu.

Sejurus selepas Rashid dan Nani makan di Marché, mereka terus menaiki bas TransIsland
nombor 171, lalu berhenti di Marina Square. Dari sana, mereka berjalan sehingga ke
bangunan The Esplanade dengan menggunakan jalan bawah tanah CitiLink.

Di Esplanade, Rashid terus membawa Nani ke amphitheatre terbuka yang


menghadap ke arah laut. Bangunan pencakar langit Kota Singapura jelas kelihatan dari
sana.

Rashid membawa Nani duduk di atas anak tangga yang menghadap ke arah
amphiteatre. Angin petang bertiup lembut dari arah laut menyegarkan suasana.

“Okay talk!” ujar Nani sambil memegang tangan Rashid dengan erat.

Sukar untuk Rashid mengeluarkan suaranya. Wajahnya jelas nampak serba salah.

“Apa yang kau tunggu lagi, Rashid?” tanyaku dari arah belakang. Aliya yang
sedang berdiri di sebelahku, terus menyiku dadaku. Kami sebenarnya telah mengekori
mereka berdua sejak di Orchard Road lagi, memerhatikan setiap pergerakannya dari jauh.

“Do you know these people?” tanya Nani sambil memandang ke arahku dan
Aliya.

“Nani... Ini abang Awang dan Aliya.” Rashid memperkenalkan.

Nani menghulurkan tangannya untuk bersalam denganku dan Aliya. Aku


mendapati tangan Nani lembut dan halus. Pada waktu itulah aku dapat merasakan
kecerdikan yang ada di dalam diri Nani. Satu perkara yang sungguh-sungguh
mengagumkan apabila aku memikirkannya dalam-dalam, kerana setahuku, Nani tidak
wujud di dunia nyata – dia merupakan hasil imaginasi Rashid.

“Rashid... Kita perlu pergi. Kau perlu memberitahu kepada Nani siapa kau
sebenarnya.” Ujar Aliya dengan suara memujuk.

“What is going on, Rashid?” tanya Nani meminta penjelasan. Dia menjeling ke
arah Aliya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 283
“Nani... Benda ni sebenarnya... Complicated.” Kata Rashid teragak-agak.
Wajahnya jelas pucat.

“Okay... Just explain to me.” Nani mengeluh lesu. “Is she your new girlfriend?
You nak break dengan I ke?”

“Bukan...” Rashid memegang tangan Nani lalu mengucup tangannya itu. “I nak
minta maaf.”

“What are you talking about? What’s going on? Kenapa you nak minta maaf
dengan I?”

“For all these—“

“I still don’t get you!”

“Nani... Kau adalah ciptaan Rashid. Semua ini adalah ciptaannya.” Aku
menjelaskan. Aku lihat Aliya berdecit sambil bercekak pinggang. Mungkin dia lebih suka
melihat Rashid mengambil lebih banyak masa untuk menjelaskan dirinya.

“What is he talking about, Rashid?” tanya Nani kehairanan.

“He’s telling the truth,” kata Rashid sambil memandang ke hadapan. Matanya
terus kepada bangunan-bangunan pencakar langit yang menghiasi kota Singapura. Satu
pemandangan yang telah diciptanya setelah meneliti buku-buku serta rakaman video yang
menunjukkan keadaan kota Singapura sebelum ia dimusnahkan secara total oleh Daevas.

“Apa? Mengarutlah you ni. Is this a joke?”

“Tak...” Rashid menggeleng pasti. Kemudian dia menukar keadaan sekelilingnya


kepada suasana indah di tepi pandai dengan pasir yang memutih lengkap dengan air laut
yang jernih membiru.

Nani kini mendapati dirinya sedang duduk di atas sebuah bangku kayu di bawah
sebuah pohon ru yang tumbuh merendang.

Nani terlalu terkejut. Matanya terbeliak. Kini dia mendapati dirinya semakin sukar
untuk mempercayai kata-kata Rashid tadi. Setahunya, dia mempunyai kehidupan yang
cukup lengkap. Dia mempunyai ibu, bapa dan adik-adik yang disayanginya. Ketika dia
memandang ke lututnya, dia dapat melihat bekas luka akibat dirinya jatuh ketika dia
belajar membawa basikal ketika dia berumur enam tahun.

Tapi apa maknanya ini semua jika betul kata-kata Rashid tadi tentang dirinya?

“But what about my memory? I can still remember my first day at school!” Nani
menagih penjelasan. Suaranya terketar-ketar.

http://nizamzakaria.blogspot.com 284
“Semuanya telah ditanam ke dalam kepalamu oleh Rashid...” kataku apabila aku
melihat Rashid tidak dapat menjawab soalan dari Nani tadi. “Hebat, bukan?”

“Hebat?”

“Ya... Begitu hebat sehinggakan kau sendiri tidak tahu bahawa kau hanya wujud
di dalam kepalanya sejak empat bulan yang lepas.”

Nani tidak dapat bernafas. Dia kelihatan seperti mahu pitam. Aliya terus
mendekatinya lalu memujuknya supaya bersabar.

“Sabar? Nak sabar apa?” Nani menengking Aliya. “Rashid, apa ni? Did you
spiked my drink just now?”

Rashid sekali lagi mengubah keadaan di sekelilingnya – dari sebuah pantai tropika
kepada pentas di Royal Albert Hall di London yang dipenuhi penonton. Nani memandang
ke arah penonton-penonton yang ada. Nani mendapati mereka terdiri dari wajah-wajah
yang dikenalinya dari maktab rendah, jiran-jiran terdekat dan juga saudara maranya.
Mereka semua memandang ke arahnya seolah mereka sedang melihatnya berlakon di atas
pentas.

“Oh my God... This can’t be true!” Nani menutup mulutnya. Matanya kini tepat
ke arah bapanya serta ibunya yang sedang duduk di barisan depan sambil tersenyum ke
arahnya.

”Maafkan saya, Nani...” Rashid berkata jujur. Wajahnya dihantui dengan rasa
bersalah yang amat sangat.

“Why did you do this to me?” tanya Nani yang perlahan-lahan mula mempercayai
kesahihan kata-kata Rashid ini.

“Saya kesepian... Jadi saya cipta dunia ini. Saya cipta watak awak... Seorang gadis
idaman saya.”

“Jadi... Dunia you pula—“

“Saya berasal dari tahun 2111. Awang dan Aliya pula berasal dari masa-masa
yang lain. Mereka adalah vampiro. Mereka telah menjadikan saya seorang vampiro...
Kini, mereka mahu membawa saya pergi.”

“But what about me? Apa yang akan terjadi kepada I?”

“Semua ini perlu dihentikan. Saya tak sepatutnya mencipta kejadian awak dengan
begitu kompleks sekali sehingga awak sendiri merasakan awak mempunyai perasaan—“

“This is not fare, Rashid. You mahu musnahkan dunia yang you dah cipta ini,
bukan? Termasuk I sekali?”

http://nizamzakaria.blogspot.com 285
Rashid mengangguk lesu. “Abang Awang kata saya perlu belajar untuk mengawal
kuasa yang ada di dalam diri saya ini.”

Nani mula menangis. Dia tahu selepas ini dirinya tidak akan wujud lagi. Mungkin
buat selama-lamanya.

Aku memegang bahu Rashid dengan erat. Perlahan-lahan suasana menjadi gelap
sehinggalah tinggal hanya kami bertiga di dalam sebuah bilik kecil jauh di bawah tanah.

Rashid terus termenung memandang ke arah katil kecilnya. Kami membawanya


keluar dari biliknya itu. Di luar, kami dapat melihat beratus-ratus orang sedang
berkumpul. Mereka semua memandang kami dengan penuh harapan. Mereka semua tahu
tujuan kami ke sini. Mereka tahu akan legenda yang telah menjangkakan ketibaan kami
ke dunia mereka.

Mereka tahu bahawa kami akan membawa Rashid dari dunia mereka untuk
memusnahkan Ahriman sebelum dia berpeluang untuk memusnahkan tamadun manusia
di muka bumi ini.

Aku tertunduk hormat kepada mereka. Aku memberi Rashid sedikit masa untuk
mengucapkan selamat tinggal kepada penduduk-penduduk kota bawah tanah yang
bernama Temasik II ini sebelum kami bertiga terpaksa ke dunia di atas kami untuk
membolehkan aku membuka vorteks wormhole. Rashid perlu aku bawa kembali ke Paris
pada tahun 2061.

Tatkala aku melangkah masuk ke dalam wormhole, aku cuba mengingati kembali saat-
saat pertama aku tiba ke dunianya ini selang beberapa hari yang lepas...

Aku dan Aliya keluar melangkah dari vorteks wormhole. Aku memandang ke arah
vorteks yang perlahan-lahan hilang dari pandangan. Aku mendapati Aliya telah
membawaku ke sebuah bangunan usang yang telah lama ditinggalkan. Sebuah pusat
membeli belah.

Kami naik ke sebuah tingkat di mana terletaknya sebuah perpustakaan. Di


bahagian hadapannya tertulis perkataan library@orchard. Aku hairan mengapa Aliya telah
memprogramkan mesin Geiger supaya membawa kami ke perpustakaan ini pada saat ini.

Tatkala kami masuk ke dalam perpustakaan ini, aku dapat merasakan ada sesuatu
yang tidak kena sedang berlaku. Bukan kami sahaja yang sedang berada di dalam
perpustakaan usang yang telah lama ditinggalkan ini!

Suasana menjadi tegang apabila kami mendapati beberapa buah rak buku terjatuh
ke lantai. Seorang Daevas dari kasta tentera sedang mengacukan senjatanya ke arah
seorang pemuda yang kelihatan ketakutan dengan wajah yang menunggu mati.

http://nizamzakaria.blogspot.com 286
“Hoi!” sergahku kepada Daevas berwajah bengis itu.

Daevas dari kasta tentera itu berpaling ke arahku. Dia nampak terkejut melihat
kehadiranku dan Aliya di situ. Tanpa memberi amaran, dia terus mengacukan senjatanya
ke arahku lalu menembak ke arah kami berdua dengan menggunakan senapang
gergasinya. Aku dan Aliya cepat-cepat mengelak. Dinding batu di belakang kami pecah
berderai.

“Mereka mempunyai pemikiran kolektif. Ia harus dimusnahkan sebelum ia


memberitahu kepada yang lain tentang kehadiran kita di sini.” Ucapku kepada Aliya.

Aliya mengangguk mengerti. Dia menutup matanya. Beberapa detik kemudian,


aku dapat melihat makhluk Daevas di hadapanku memegang kepalanya seolah kepalanya
itu mahu pecah. Ia kemudian jatuh ke lantai, menggelupur kesakitan.

Beberapa detik kemudian aku dapat melihat matanya terbeliak. Mulutnya berbuih.
Ia masih di dalam keadaan sedar, tetapi kini, mindanya kosong. Aliya telah memusnahkan
segala maklumat yang ada di dalam kepalanya. Dirinya kini tak ubah keadaannya seperti
ketika ia berada di dalam tahap larva dahulu.

Pemuda di hadapanku memandang ke arah kami dengan wajah ketakutan. Dia


cepat-cepat mengambil beg besar yang terkandung beberapa buah buku yang telah
diambilnya dari perpustakaan ini. Baju yang dipakainya nampak lusuh. Wajahnya comot.

“Siapa kau?” tanya pemuda tersebut dengan teragak-agak.

“Namaku Awang, ini pula Aliya.” Jawabku sambil berjalan semakin rapat ke
arahnya.

“Nama saya Rashid.” Katanya lalu menyuluh lampu suluh kecilnya ke arahku dan
Aliya.

“Dia yang kita cari?” tanyaku sambil berpaling ke arah Aliya yang terus
memandang ke arah Rashid.

"Ya." Angguk Aliya dengan pasti. Aliya tersenyum apabila dia dapat
melihat bahawa pemuda itu mempunyai bentuk mata sepertinya, bulat dan sentiasa
nampak bersinar-sinar.

“Kita perlu turun ke bawah... Kalau kita lama-lama di sini, mereka akan sedar kita
berada di sini dan kita akan diburu merekau” Ujar Rashid sambil memandang ke arah
tubuh Daeva tentera yang bergerak-gerak di hadapannya. Dia mengangkat begnya yang
berat itu lalu terus berjalan keluar dari perpustakaan usang ini.

http://nizamzakaria.blogspot.com 287
Aku hanya mengangguk, lalu mengikut Rashid dari belakang turun ke tingkat
bawah. Aku dapati Rashid bergerak tangkas di dalam gelap seolah dia sudah biasa
bergerak di dalam keadaan gelap seperti ini.

Bangunan yang kami terokai ini pada satu ketika dahulu pernah dikenali dengan
nama Ngee Ann City – sebuah pusat membeli belah yang terkemuka di Singapura. Kini ia
hanya tinggal nama. Beberapa barang jualan yang terdapat di toko-toko berjenama di sini
masih kelihatan tidak terusik. Aku dapat melihat banyak tengkorak usang yang kelihatan
terkapar di sana-sini. Aku pasti satu ketika dahulu, kaum Daevas telah menggunakan
senjata biologi untuk membunuh seberapa ramai manusia yang mahu dimusnahkan
mereka di kota-kota besar di seluruh dunia.

Kami terus dibawa oleh Rashid ke sebuah stesen kereta api bawah tanah. Stesen
MRT Orchard. Di sana, kami terus turun, lalu berjalan di atas rel kereta api masuk ke
dalam sebuah terowong yang gelap.

Di dalam terowong, Rashid membawa kami masuk ke dalam sebuah jalan rahsia
melalui sebuah pintu tersembunyi di tepi terowong yang telah dibuka Rashid dengan
menggunakan sebatang kunci yang dipakai di lehernya.

Kami terus dibawa jauh ke bawah tanah oleh Rashid melalui jalan rahsia ini.
Bahagian ini nampaknya telah dikorek beberapa puluh tahun dahulu oleh mereka yang
terselamat dari program genosid Daevas.

Kami dibawa ke sebuah pintu yang maha besar. Rashid membisikkan sesuatu ke
dalam sebuah speaker di tepi pintu, lalu pintu ini terbuka membenarkan kami bertiga
masuk. Aku dan Aliya nampaknya telah dibawa ke sebuah struktur gergasi di bawah
tanah. Aku kagum melihat struktur ini yang telah dibina oleh mereka yang terselamat. Ia
kelihatan seperti sebuah kota yang didiami oleh beribu-ribu manusia yang kini hidup di
sini bak pelarian.

“Rashid!” tukas seorang lelaki tua berbangsa Cina. Wajahnya nampak marah-
marah. Dia memandang ke arahku dan Aliya. “Berapa kali perlu aku katakan? Jangan
pergi ke atas tanpa kebenaran kami!”

“Maafkan saya.” Jawab Rashid sambil tertunduk. Dia nampak serba salah.

“Siapa mereka?” tanya lelaki tua itu kehairanan.

“Entah.” Rashid menaikkan kedua belah bahunya.

“Siapa kamu berdua?” tanya lelaki tua itu kepada kami.

“Saya Awang... Dan ini pula Aliya.”

“Wajah lelaki tua itu terkerut seribu.” Dia terus mendekatiku.

http://nizamzakaria.blogspot.com 288
“Kau seorang vampiro!”

“Ya.” Jawabku pendek. “Kau pernah menemui datukku di sini! Dia pernah
memberitahu kepadaku bahawa kau akan datang lagi ke sini!”

Aku memandang ke arah Aliya. Kemudian aku mengangguk.

“Jadi legenda itu betul... Kau datang untuk menyelamatkan kami!” kata lelaki tua
itu dengan nada penuh harapan. Teruja.

“Ya...” Aku sekali lagi mengangguk.

“Namaku Lai.” Dia bersalam denganku kemudian dengan Aliya. “Kau perlu
menemui yang lain. Aku perlu perkenalkan kau kepada mereka semua.”

Belum sempat aku dapat berkata apa-apa, Lai telah memegang tanganku lalu
membawaku ke lif berdekatan. Aku lihat Rashid lesap entah ke mana.

Pada malam itu Lai telah membawa kami berjumpa dengan ahli-ahli majlis
pentadbiran kota bawah tanah yang dikenali dengan nama Temasik II ini. Hasil
pertemuanku, aku mempelajari tentang kewujudan kota-kota bawah tanah seperti ini di
seluruh dunia. Golongan manusia yang masih hidup bebas ini saling berhubungan dan
mencari jalan untuk terus hidup. Mereka saling membantu, kerana mereka tahu, hanya
mereka sahaja manusia bebas yang masih ada di dunia ini. Yang lain terus dibiakkan
sebagai sumber makanan untuk Daevas.

“Kami mahu membawa Rashid pulang ke dunia kami.” Jelasku akhirnya kepada
ahli majlis pentadbiran Temasik II di dalam sebuah dewan yang besar. Suaraku
berdengung memecah kesunyian dewan.

“Sejak dari mula lagi kami dapat melihat keistimewaan yang ada di dalam
dirinya.” Ucap seorang wanita India yang sudah berumur. “Tetapi dia sukar untuk
dikawal! Kau pasti dia yang kau cari?”

“Ya, kami pasti.” Jawab Aliya bagi pihak diriku.

Aku masih tidak tahu apakah kuasa yang ada pada Rashid pada ketika itu. Aku
berpaling kepada Aliya. Kuasa yang ada di dalam darah Aliya berkembang di dalam
setiap generasi yang lahir di dalam dunia ini sehinggalah lahirnya manusia seperti Rashid.

“Mungkin ada baiknya jika kami menemuinya sendiri.” Kataku akhirnya, yang
tidak mahu menghabiskan masaku lagi dengan manusia-manusia tua ini. Mereka
mengangguk mengerti. Lai kemudian membawa kami pergi ke sebuah bilik perpustakaan
yang terletak jauh di bawah tanah.

Tatkala berjalan di kota ini, kami mendapati diri kami menjadi daya tarikan
penduduk-penduduk di sini. Mereka memandang ke arah kami dengan kaget.

http://nizamzakaria.blogspot.com 289
Keadaan kota ini agak bersih. Di tengah-tengah bahagian paling bawah struktur
kota yang dibina seperti sebuah silinder ini ditanam pokok-pokok yang rendang. Di
bahagian tepi balkoni setiap tingkat ada ditanam pohon-pohon menjalar, lantas
membuatkan struktur kota ini kelihatan seperti taman yang tergantung. Air jatuh berderai
seperti hujan untuk membasahi tanaman ini dari tingkat teratas. Walaupun kami berada
beratus meter di bawah tanah, keadaan di Temasik II kelihatan menghijau jika
dibandingkan dengan keadaan gelap dan malap di dunia di atas kami.

Tatkala dibawa ke perpustakaan, aku dapat melihat Rashid sedang duduk di atas sebuah
kerusi kayu sambil dikerumuni oleh 30 orang kanak-kanak. Mata mereka terus kepadanya
yang sedang menelaah sebuah buku kanak-kanak yang baru sahaja dicurinya di
perpustakaan usang library@orchard siang tadi. Aku mula mendapati mata kanak-kanak
ini kosong, seolah terpukau memandang terus kepada Rashid.

“Mereka sedang berada ke dalam dunianya.” Bisik Lai kepadaku. Aku mendapati,
Rashid sedang memegang buku yang bertajuk ‘Lemony Snicket's Series of Unfortunate
Events’.

“Mereda sedang berada di dalam dunianya?” tanyaku kembali. Aku tidak faham
apa yang dimaksudkan oleh Lai.

“Ya... Apa kata kau pergi mendekatinya?” saran Lai. Aku berjalan ke arah Rashid.
Kemudian dengan tiba-tiba aku mendapati aku sedang berada di hadapan sebuah kereta
yang telah diletakkan di tengah-tengah rel kereta api. Di dalamnya terdapat tiga orang
kanak-kanak yang terperangkap di dalam kereta tersebut.

Aku terkejut. Aku mendapati aku sedang dibawa ke sebuah dunia yang begitu
asing bagiku. Lebih menghairankan, perkara ini berlaku di siang hari dengan diriku
dikelilingi oleh 30 orang kanak-kanak. Mereka memandang ke arahku seolah-olah
kehadiranku telah menganggu mereka yang telah berada di situ sebelumku.

Aku cuba menyelamatkan ketiga-tiga kanak-kanak yang terperangkap ini dengan


cuba membuka pintu kereta mereka, tetapi belum sempat aku dapat membuat apa-apa,
aku dapat merasakan tubuhku ditarik ke belakang.

Aku dibawa kembali ke perpustakaan. Aku memandang ke belakang. Lai


tersenyum melihatku.

“Tanpanya... Kehidupan kami di sini mungkin terlalu sukar untuk kami lalui. Ibu
dan neneknya mempunyai kuasa yang sama, tetapi tidak sehebat dirinya.” Lai
menjelaskan.

“Tidak sehebat dirinya?” tanya Aliya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 290
“Ya... Kadangkala, terdapat watak-watak yang dicipta di dunianya yang tidak
sedar mereka telah diwujudkan dari fragmen imaginasinya.” Balas Lai dengan mata tidak
berkelip. Kemudian dia memanggil nama Rashid.

Rashid memandang ke arahnya. Kanak-kanak yang berkumpul mengelilinginya


mengeluh. Mereka tersedar dari dunia ciptaan Rashid. Ada di antara mereka yang nampak
marah. Monyok. Aku tersenyum melihat gelagat mereka.

“Kamu semua balik... Kami ingin bercakap dengan Rashid.” Jelas Lai. Kanak-
kanak ini merengek. Seorang pembantu perpustakaan membawa mereka pergi. Aku
melihat Rashid tersenyum kepadaku, langsung terlupa bahawa beberapa jam sebelum ini
dia hampir mati semata-mata kerana ingin membawa lebih banyak buku ke perpustakaan
ini.

“Masanya sudah sampai untuk kamu pergi bersama mereka.” Ujar Lai sambil
memegang bahu Rashid. Aku lihat Rashid mengangguk perlahan. Lai terus meninggalkan
Rashid bersamaku dan Aliya di situ.

“Kedua orang tua saya mati ketika mereka cuba membawa beberapa bahan
rujukan ke perpustakaan ini ketika saya kecil dahulu.” Rashid menjelaskan. Mungkin
sebab itulah dia terlalu sayangkan perpustakaan ini. Seluruh hidupnya telah
dihabiskannya di sini. Membaca dan terus membaca. Itulah sahaja dunia yang
dikenalinya.

Aliya duduk di sebelah Rashid. Dia memandang ke arahku. Dia tahu apa yang
akan aku lakukan kepada Rashid nanti.

Aliya memegang tangan Rashid dengan erat. Dia meminta Rashid supaya jangan
takut.

“Sebelum saya dibawa pergi... Saya mempunyai satu permintaan.” Kata Rashid
tertunduk. Fikirannya merayap merentap satu persatu memori yang disimpannya di dalam
kepalanya.

“Apa dia?” tanyaku sambil membelai rambutnya.

“Saya perlu menemui Nani... Saya perlu beritahu kepadanya perkara sebenar.”

“Nani?”

“Saya telah menciptanya... Saya perlu memberitahu siapa dirinya yang sebenar.”

“Tapi mengapa?” tanyaku dengan sebelah keningku ternaik.

“Kerana dialah satu-satunya ciptaan saya yang benar-benar saya sayangi...” Kata
Rashid dengan perlahan. Terguris garis jujur di wajahnya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 291
Aku mengangguk setuju. Begitu juga Aliya.

Aku mengeluarkan pisau secespita yang kusisipkan ke pinggangku. Aku mengelar


tanganku lalu memastikan terdapat sedikit darahku yang terpalit di atas pisau. Aku dapat
melihat Rashid seolah tahu apa yang akan aku lakukan kepadanya. Mungkin Aliya telah
memberitahunya melalui sentuhannya tadi.

Rashid menutup matanya dengan perlahan. Pisau ini terus kubenamkan ke


dadanya. Matanya terbuka menahan sakit. Beberapa detik kemudian, dia terus mati di
hadapanku.

Aku mengangkat tubuhnya. Aku berjalan ke luar perpustakaan. Aku mendapati


ahli-ahli majlis pentadbiran Temasik II sedang menunggu di luar. Mereka seolah mengerti
apa yang akan aku lakukan kepada Rashid. Di dalam suasana muram, mereka
mengarahkanku supaya membawa tubuh Rashid ke biliknya yang terletak di tingkat 42
kota bawah tanah ini...

http://nizamzakaria.blogspot.com 292
Buku IV. Bab 1

Rashid menarik nafasnya dalam-dalam. Dia memandang ke langit. Mungkin subuh akan
menjelang selang sejam dua lagi. Dia perlu mendapatkan tempat untuk berlindung. Jika
tidak, padah jadinya.

Lagipun, seumur hidupnya, dia tidak pernah melihat keadaan dunia yang penuh
bercahaya, kecuali di dalam dunia ciptaannya sendiri...

“Bang, kita perlu mencari tempat untuk berehat.” Ujar Rashid tanpa perlu
menjelaskan kejadiannya sebagai seorang vampiro kepada Damak.

Damak yang masih memandang ke arah bangunan-bangunan tinggi di


sekelilingnya. Kadangkala matanya akan beralih ke sebuah tasik buatan dan landskap di
hadapannya. Setelah melihat kawasan ini lama-lama, akhirnya dia mula sedar bahawa
pada satu ketika dahulu tempat ini merupakan padang lumba kuda Ampang.

“Ke mana?” tanya Damak. Seorang pengawal keselamatan berjalan melepasinya.


Dia memandang ke arah pakaian yang diperagakan Damak dan Rashid. Pakaian mereka
jelas ketinggalan zaman. Pegawai keselamatan itu hanya memandang sekali sebelum dia
terus berjalan, langsung tidak mengendahkan mereka. Fikirnya, mereka berdua ini pasti
baru sahaja selesai menghadiri pesta pakaian beragam di kelab-kelab malam berdekatan.

Damak berjalan mendekati ke arah pintu masuk Suria KLCC yang telah ditutup
rapat. Dia merapatkan mukanya ke pintu kaca untuk melihat keadaan di dalam.

“Kau rasa ada apa di dalam sana?” tanya Damak kepada Rashid.

“Kedai berbagai-bagai jenis.” Jawab Rashid dengan yakin kerana dia pernah
membaca perihal pusat membeli-belah Suria KLCC sebelum ini. Setahunya juga,
bangunan berkembar Petronas setinggi 452 meter ini pernah dikenali sebagai bangunan
tertinggi di dunia. Apabila Daevas menyerang kota ini, bangunan berkembar inilah yang
telah mereka musnahkan dahulu...

“Kalau begitu, tunggu di sini,” perintah Damak, dia berjalan menembusi pintu
masuk ke Suria KLCC yang telah tertutup rapat itu. Kebolehan Damak ini telah
membuatkan Rashid kaget.

Rashid duduk di anak tangga yang menghadap ke arah tasik buatan ini. Matanya
terus ke hadapan. Termenung. Rashid merasa agak bimbang apabila dia mendapati
Damak telah menghilangkan dirinya selama lebih 20 minit. Dia mula merasakan mungkin
Damak telah meninggalkannya di situ. Di sebuah kota di dalam titik masa yang begitu
asing baginya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 293
Rashid kemudian mendapati terdapat asap hitam yang terkumpul di hadapannya
sebelum perlahan-lahan asap itu membentuk menyerupai lembaga manusia menyerupai
Damak.

Rashid mendapati Damak kelihatan segak dengan pakaian berkemeja dan berkot
lengkap dengan jam serta kasut baru. Di tangannya Damak memegang sepasang pakaian
yang telah diambilnya untuk Rashid. Dia memegang tubuh Rashid. Di dalam beberapa
detik, Rashid mendapati pakaian yang dipakainya berubah kepada pakaian yang dibawa
oleh Damak, dan Damak pula memegang pakaian lamanya.

Damak mencampak pakaian lama Rashid ke tepi.

Sekali lagi Rashid kaget melihat kebolehan yang mampu dilakukan Damak. Mata
Rashid kini terus kepadanya.

“Kenapa kau pandang-pandang aku?” tanya Damak kehairanan. “Kau suka


dengan baju yang aku pakai ni? Aku dapatkan dari toko Hugo Boss. Aku tak pernah
dengar nama ini... Tapi rekaannya cantik. Baju kau pula aku ambil dari toko Gucci. Kau
suka dengan pakaian yang aku pilih ini. Kalau tak suka, cakap, aku boleh tukarkan—“

“Abang Awang ada beritahu kepada saya abang ini satu mutasi.” Pintas Rashid
sambil memandang ke arah kemeja serta seluar Gucci yang dipakainya. Kemudian Rashid
menyentuh pakaian Damak untuk merasakan sendiri fabrik yang telah dibentuk Damak
setelah dia melihat koleksi pakaian-pakaian dari fesyen terbaru yang ada di dalam toko
Hugo Boss tadi.

“Mutasi?” tanya Damak kembali. Kalimah ini terlalu asing baginya.

“Saya kurang setuju dengan hipotesis abang Awang kerana saya rasa abang bukan
satu mutasi... Tapi satu evolusi!” ujar Rashid kepada Damak dengan suara teruja,
membutirkan satu pendapat yang sebenarnya kabur.

Rashid mula menyedari bahawa tubuh Damak sebenarnya diperbuat daripada


berbilion-bilion SDN yang telah bergabung lalu membentuk tubuh Damak yang dapat
dilihatnya sekarang di hadapannya. Rashid cukup kagum melihat kejadian Damak.

“Kau ni memang pelik lah Rashid.” Getus Damak sambil menguap. Dia
memandang kepada sepasang capal yang masih dipakai Rashid. Dia cuba mengingatkan
dirinya untuk mendapatkan sepasang kasut baru untuk Rashid pada esok harinya.

“Kat bangunan sebelah ada hotel... Mandarin Oriental namanya.” Rashid


memberitahu setelah membaca nama hotel tersebut yang terpapar di hotel tersebut.. Dia
memandang ke langit. Kerisauan. Tidak berapa lama lagi, matahari akan naik di ufuk
timur...

Damak menarik nafasnya. Dia mengikut Rashid berjalan ke arah Mandarin


Oriental. Apabila dia sampai ke pintu hadapan hotel ini, seorang pekerja hotel yang telah

http://nizamzakaria.blogspot.com 294
ditugaskan untuk penjaga pintu membuka pintu lalu mengucapkan selamat pagi kepada
Damak dan Rashid.

Damak memandang kepada suasana dalaman hotel ini yang nampak mewah. Dia
masih belum tahu bagaimana untuk membayar harga sewa hotel ini kerana dia belum
melihat lagi bentuk wang dari zaman ini. Jika tidak, dia pasti boleh meniru wang yang
ada lalu menggunakannya.

“Bang... Biar saya uruskan hal untuk mendapatkan bilik hotel ni.” Kata Rashid
dengan penuh yakin. Dia terus berjalan ke arah kaunter penyambut tetamu.

Rashid menggunakan kebolehan luar biasanya untuk membuat penyambut-


penyambut tetamu yang sedang bertugas berfikir bahawa dia mempunyai kad kredit untuk
menyewa sebuah bilik di dalam hotel mewah ini.

“Ini kunci untuk bilik encik.” Ujar penyambut tetamu yang bernama Mohsin itu
setelah dia melakukan segala perkara yang perlu dilakukannya untuk mendaftarkan
Rashid sebagai tetamu hotel ini. “Dan ini kad kredit encik.”

Damak terkerut apabila dia melihat kad kredit platinum yang telah diserahkan
kepada Rashid berserta kunci bilik hotel yang kelihatan seperti sekeping kad plastik.

“Kunci?” tanya Damak kepada Mohsin.

Rashid tersenyum ke arah Mohsin tatkala dia menarik lengan Damak. Mohsin
membalas senyuman Rashid, kemudian dia tersenyum sekali lagi apabila dia melihat
telatah Rashid yang perlu menerangkan kepada Damak bahawa kad yang telah diberikan
Mohsin tadi adalah kunci bilik hotel mereka.

“Kad ini boleh dijadikan kunci?” Damak menggaru kepalanya.

“Ya.” Jawab Rashid pendek. Dia menekan butang lif. Pintu lif terbuka dengan
serta-merta. Rashid masuk ke dalam lif lalu menekan butang 11.

Apabila mereka tiba di tingkat 11, Rashid terus mencari bilik 114. Dia
menunjukkan kepada Damak bagaimana caranya untuk menggunakan kunci berbentuk
kad ini.

Sebaik sahaja pintu hotel dibuka, Rashid cepat-cepat pergi ke arah tingkap lalu
memandang ke arah panorama Kota Kuala Lumpur. Damak pergi ke arah tingkap lantas
berdiri di sebelah Rashid.

Damak kagum melihat kemajuan pesat kota ini. Belum sempat dia dapat
menikmati panorama di hadapannya, Rashid terus menutup langsir dengan rapat. Rashid
yakin kain langsir yang tebal ini akan melindungi dirinya dari terkena cahaya matahari
yang menjadi alahannya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 295
Perkara kedua yang dilakukannya adalah untuk menghidupkan kaca TV. Sebaik
sahaja fungsi TV dihidupkan, dia terus menekan butang alat kawalan jauh untuk
menonton saluran MTV.

“Apa ni?” tanya Damak dengan matanya kaku memandang terus ke kaca TV.

“Green Day. Band dari Amerika Syarikat. Kumpulan ini adalah sebuah kumpulan
alternatif pasca-Nirvana yang terbaik selepas Pearl Jam—“

“Bukan... Kotak ini”

“Oh... Ini televisyen.”

“Teh-visyen?”

“Sebut betul-betul! Te-le-vee-syen.”

“Televisyen.” Damak mengulangi kalimah Rashid tadi. Dia cuba menghafal nama
alat yang baru sahaja dipelajarinya ini.

“TV. Tee-vee. Lagi senang nak ingat.”

Damak kagum melihat kaca TV di hadapannya. Dia tidak pernah menyangka


rancangan pelbagai bentuk boleh disalurkan ke dalam kotak ajaib ini. Dia menyentuh
skrin TV ini dengan jarinya. Kemudian dia membenarkan jarinya menembus kaca TV ini.
Tidak cukup dengan itu, dia memasukkan kepalanya pula ke dalam kotak TV ini untuk
melihat apa yang menyebabkan mesin ajaib ini berfungsi.

Rashid menarik kolar Damak. Dia mahu menonton video Green Day yang tidak
pernah ditontonnya ini.

“Bang... Siang nanti abang perlu cari Kak Hanim.” Rashid mengingatkan tatkala
matanya terus ke kaca TV, menyaksikan muzik video terbaru dari Gwen Stefani.

“Tapi Kuala Lumpur ini besar. Bagaimana aku nak mencarinya nanti?” soal
Damak dengan tajam, menempelak pendapat dari Rashid.

Rashid menjeling sambil tersenyum. “Esok, abang pergi ke Suria KLCC... Baca
akhbar-akhbar terbaru, nanti abang akan tahu sendiri.” Rashid berkata lambat-lambat.

Damak mengecilkan matanya. Dia masih tidak faham apa yang cuba dimaksudkan
oleh Rashid. Kemudian Damak termenung. Dia tidak pernah menyangka dia akan dapat
bertemu dengan Hanim lagi, wanita yang telah disayanginya setengah mati di dalam
dunia ini.

Jika Hanim dapat dicarinya nanti, Damak bersungguh mahu memberitahu Hanim
buat sekian kali tentang hasrat cintanya terhadap dirinya itu. Hanim terlalu istimewa buat

http://nizamzakaria.blogspot.com 296
dirinya. Dia mahu kembali hidup di samping Hanim, menyayanginya dan menjaganya
seperti yang pernah dilakukannya sebelum ini.

“Sebentar lagi aku akan keluar mencari Hanim. Kau tunggu sahaja di sini
sehingga matahari terbenam nanti.” Getus Damak kepada Rashid. Dia mendapati Rashid
tidak menjawab. Matanya tertutup rapat. Dia sudah lama tertidur.

Damak mengeluh. Dia terus menyelimutkan Rashid. Matanya kini terus terpaku
ke kaca TV, walaupun fikirannya tak menentu.

Pada pagi itu, Damak sekali lagi masuk ke dalam Suria KLCC. Matanya cukup rambang
melihat toko-toko pakaian berjenama yang ada di sini. Jika dia berjaya menemui Hanim
nanti, pasti dia akan membelikan Hanim pakaian-pakaian cantik yang dilihatnya pada
ketika itu – kerana dia tahu Hanim suka membeli-belah. Itu kegemarannya nombor satu!

Seperti dirinya, Hanim suka nampak ranggi. Dan dia pula, cukup suka melihatkan
Hanim berpakaian cantik-cantik yang secocok dengan wajahnya yang cantik ditambah
dengan tubuhnya yang menarik itu.

Damak terus berjalan sehingga dia tiba ke kawasan legar Dewan Filharmonik
Petronas. Dia memandang kepada keadaan di sekelilingnya. Kemudian dia melihat
beberapa orang pekerja pejabat yang berjalan simpang siur untuk ke pejabat masing-
masing.

Damak mengingatkan dirinya dia perlu mendapatkan wang. Dia tidak boleh
berterusan dengan keadaan poket kosong di dalam sebuah dunia yang begitu asing
baginya ini.

Damak mencari bank yang terdekat. Dia dapat melihat bahawa terdapat sebuah
bank di bahagian tingkat bawah berdekatan dengan tempat untuk membeli tiket dewan
filharmonik ini. Dia terus ke sana dengan menuruni sebuah tangga bergerak.

Di bawah, dia dapat melihat beberapa orang sedang beratur di hadapan sebuah
mesin ATM. Dia ikut beratur. Dia mendapati mereka yang menggunakan mesin ini
menggunakan sekeping kad untuk mengeluarkan wang.

Apabila tiba gilirannya, Damak terus memandang ke arah mesin tersebut. Dia
memandang ke belakang. Tidak ada pelanggan lain, lantas dia terus memasukkan
tangannya untuk menembusi mesin tersebut. Dia dapat merasakan wang kertas yang
tersimpan di dalam mesin, lalu dikeluarkannya wang itu cepat-cepat.

Damak dapat mengeluarkan jumlah wang yang agak tebal. Dia kemudian berjalan
beberapa tapak ke belakang seraya memasukkan wang tersebut ke dalam kocek kot yang
sedang dipakainya. Dia naik semula ke tingkat atas sambil memeriksa sekeping wang
RM50 di tangannya agar wang itu mampu ditirunya sesuka hati. Dia tersenyum puas.

http://nizamzakaria.blogspot.com 297
“Di mana kedai buku berdekatan?” tanya Damak kepada seorang gadis Cina yang
berjalan ke arahnya di luar toko Prada.

“Ada dua kedai buku di sini... Times dan Kinokuniya.”

“Kino-ku-ni-ya.” Damak mengajuk kembali kata-kata gadis tersebut.

“Tingkat teratas.” Jawabnya lalu terus berjalan meninggalkan Damak.

Damak terus berjalan ke hadapan. Dia dapat lihat beberapa orang pengunjung
sedang menunggu di hadapan sebuah lif. Dia menunggu sama. Apabila lif itu terbuka, dia
masuk bersama mereka ke dalam lif berkaca itu.

Seorang pemuda menekan butang ke tingkat teratas. Kemudian lif cepat bergerak.
Damak terkejut lalu cepat-cepat memegang palang besi di belakangnya. Damak menoleh
melihat keadaan pusat membeli-belah di sekelilingnya. Hari ini hari Sabtu. Pagi-pagi lagi
pusat membeli-belah ini sudah dipenuhi pengunjung.

Apabila lif terbuka di tingkat 4, Damak terus keluar. Dia dapat melihat Petrosains
- sebuah pusat sains yang menjadi tumpuan beberapa orang pelajar sekolah yang datang
melawat. Damak memandang ke dalam Petrosains. Jika mempunyai banyak masa nanti,
mungkin dia akan ke sini, fikirnya. Banyak perkara yang perlu didalaminya mengenai
dunia serba canggih ini. Dia boleh memulakan pencariannya a di sini.

Damak dapat melihat kedai buku Kinokuniya yang dinyatakan oleh gadis Cina
tadi. Dia berjalan masuk lalu terus ke bahagian majalah. Dia memandang ke arah
majalah-majalah yang ada di jual di sana. Matanya rambang. Majalah-majalah yang ada
di situ semuanya berwarna-warni. Cantik.

“Hanim!” renungannya tajam meratah gambar Hanim di atas majalah Cleo edisi
tempatan. Walaupun solekan Hanim lain dari apa yang pernah dilihatnya sebelum ini,
tidak syak lagi, jelitawan yang ditatapnya pada saat itu adalah Hanim.

“Siapa nama perempuan ini?” tanya Damak kepada seorang gadis remaja yang
sedang membelek majalah yang sama di sebelahnya. Gadis itu memandang ke arahnya,
lalu ketawa kecil. Jawabnya kemudian:

“Siti lah bang... Siti Nurhanim. Kenapa, minat ke?”.

Damak tidak menjawab. Matanya terkebil-kebil.

“Abang pergilah tackle dia... Dia kan single lagi. Abang kan hensem, mesti boleh
dapat, punya!” perli gadis itu, lalu memandang ke wajah Siti Nurhanim yang menjadi
model kulit majalah Cleo itu sejurus

http://nizamzakaria.blogspot.com 298
Gadis tersebut merenung ke dalam mata Damak, kemudian dia kembali membaca
majalahnya.

“Kau kenal dengan Siti... Siti Nurhanim ni?”

“Eh... Semua orang kenal lah bang. Dia kan artis No. 1 Malaysia! Abang ni baru
balik overseas ke?”

“Ya...” Jawab Damak teragak-agak.

“Tak percayalah. Kalau dari overseas pun tak kan tak kenal dengan Siti.” Ujar
gadis itu sambil menyepetkan matanya. “Abang sebenarnya nak takle saya ke?”

“Tackle?”

“Nak usha saya lah.”

“Usha?” Damak semakin keliru. Dia mula sedar bahasa Melayu yang digunakan
pada masa itu cukup berlainan dengan bahasa Melayu yang terbiasa digunakan olehnya.

“You are using Siti Nurhanim as your pick up line, kan?” tanya gadis itu, yang
sememangnya sedar bahawa kedai buku seperti Kinokuniya ini adalah tempat yang
terbaik untuk mencari calon kekasih yang gemar membaca sepertinya.

Damak masih kelihatan keliru. Sepi terus berjurang di antara dirinya dengan gadis
itu.

“Nama saya Azila.” Dia menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan


Damak untuk memecahkan kebuntuan yang terwujud di antara mereka. Damak teragak-
agak menyambut salamnya.

“Nama aku Damak.”

“So... Damak. You ni dah kerja ke atau study lagi?” tanya Azila memandang
Damak atas bawah. Mengamatinya betul-betul, lantas merumuskan keperibadiannya di
situ juga.

“Kerja.”

“You kerja kat area ni ke?” tanya Azila tatkala dia memandang kepada Damak
yang kelihatan segak pada waktu itu.

“Tak...” Damak menjeling cepat. “Kerja sendiri.”

“So... Berapa umur you?” tanya Azila sambil memegang beg galasnya. “Wait! Let
me guess... 21? No... 22?”

http://nizamzakaria.blogspot.com 299
“21.”

“Oh... You tua tiga tahun dari I jer.” Azila mengorak senyum.

“Ya... Begitulah agaknya.”

“So... Do you want to go for a cuppa?”

“Apa?”

“Minum kopi.” Azila membuat isyarat tangan seolah menunjukkan dia sedang
memegang secawan kopi lalu meminum secawan kopi yang panas.

Damak menarik nafasnya. Mungkin banyak perkara yang boleh dipelajarinya dari
gadis ini nanti. Dia akhirnya mengangguk. Setuju.

“Okay... Kalau macam tu, kita ke Coffee Beans kat tingkat bawah.”

“Ya. Kita ke tingkat bawah.” Sahut Damak dengan perlahan, memilih kata-
katanya dengan cermat. Dia terus memandang ke arah Azila. Dia tidak menyangka gadis-
gadis zaman sekarang berani gamaknya untuk menegur dan berbual dengannya. Inikan
pula menjemputnya untuk minum kopi bersamanya!

Azila meletakkan majalahnya ke tepi, lalu melangkah keluar dari Kinokuniya.


Damak berjalan mengiringnya, lalu turun ke tingkat 3 untuk ke Coffee Beans. Setibanya
di sana, Azila terus duduk di bahagian tepi tingkap. Sejurus dia melabuhkan pinggangnya,
dia terus berkata:

“You nak minum apa? My treat!”

“Minum kopi.” Jawab Damak dengan matanya terus kepada Azila.

“Ye lah... Kopi apa? You ni weird lah!”

“Aku akan minum apa sahaja kau minum.” Itulah jawapan yang Damak beri
sebelum Azila berdiri lalu pergi ke kaunter untuk memesan minuman mereka. Damak
mengeluh panjang. Dia memerhatikan suasana di luar – matanya kini terus ke arah
kawasan taman berlandskap KLCC dengan air pancut yang menjulang tinggi. Buat
pertama kali di dalam jangka masa beratus-ratus tahun lamanya, dia merasa begitu keliru
sekali. Rasa terkapai-kapainya belum mampu sirna di dalam ketakjubannya menghadapi
dunia yang tidak mampu difahaminya ini!

http://nizamzakaria.blogspot.com 300
Buku IV. Bab 2

Azila meletakkan dua cawan air kopi panas di atas meja untuk dirinya dan Damak. Dia
dapat melihat Damak memandang ke arah seorang remaja lelaki yang sedang berbual
menggunakan sebuah telefon bimbit yang nipis. Remaja lelaki itu ketawa seorang diri.
Kemudian dia mematikan panggilannya sebelum dia melipat telefon bimbitnya itu lalu
diletakkan telefon bimbit tersebut di atas meja.

“I know what you are thinking...” ujar Azila sambil mengoyak paket gula untuk
dimasukkan ke dalam minumannya. Dia menggunakan sudunya untuk mengacau kopinya.

“Apa dia?”

“Diorang ni belum apa-apa dah beli handphone mahal-mahal.” Azila merungut


sendiri.

“Hand-phone?” kening Damak terkerut. Setahunya, perkataan itu membawa


makna telefon tangan.

“You tak nak nombor handphone I ke?” tanya Azila memegang bahunya sendiri.

Damak tak tahu jika dia harus menjawab ‘nak’ atau ‘tidak’. Dia memilih untuk
menjawab ‘nak’.

“Apa nombor handphone you? I buat miss call...”

“Aku tak ada handphone.”

“No! You must be kidding!” ujar Azila langsung tidak mahu mempercayai kata-
kata Damak. “Bohonglah!”

“Betul Azila... Saya tak ada handphone.” Damak minum air kopi yang telah
dipesan oleh Azila tadi. Kemudian dia mengesat bibirnya dengan kertas tisu yang telah
diletakkan Azila di atas meja. Dia melihat Azila tidak menyentuh minumannya.

“Okay, whatever.” Azila menjeling sekali. “So... You berasal dari mana?”

“Melaka.”

“Oh... Budak Melaka rupa-rupanya.”

“Kau pula dari mana?”

Azila termenung seketika sebelum dia menjawab dengan yakin. “Dari JB.”

http://nizamzakaria.blogspot.com 301
Damak tidak pernah mendengar nama tempat yang dikenali dengan nama ‘Jay-
Bee’ ini. Dia mengingatkan dirinya supaya bertanyakan Rashid di mana letaknya tempat
yang dikenali dengan nama ‘Jay-Bee’ ini.

“So... You cari buku apa di Kinokuniya tadi?” tanya Aliya. Dia meletakkan cawan
kopinya ke tepi.

“Aku tak cari buku.” Damak berterus terang.

“Jadi apa yang you cari?”

“Hanim... Maksud aku Siti Nurhanim.”

“You ni peminat Siti ke?”

“Ya.” Sahut Damak sambil mengangguk perlahan.

Azila mencebikkan bibirnya. Cemburu. “I pun tak tahu kenapa you all minat
sangat dengan dia.”

Damak sekadar tersenyum kelat. Matanya kadangkala akan berpindah ke luar


cermin tingkap di sisinya.

Azila mengeluarkan sekeping surat khabar Utusan Metro dari dalam beg galasnya.
Surat khabar semalam. Dia menyerahkan surat khabar tersebut kepada Damak.

Damak dapat melihat wajah seorang wanita bertubuh gempal tersenyum di muka
depan surat khabar tersebut. Dia kehairanan. Dia tak tahu mengapa dia disuruh membaca
berita mengenai wanita gempal ini.

“Kenapa dengan perempuan ini?” tanya Damak ingin tahu.

“Oh my God... You are driving me nuts!” Azila menggigit bibirnya. “Tak kan you
tak kenal dengan diva Faridah Aini!”

Damak memandang wajah Faridah Aini yang terpampang di muka akhbar. “Jadi
kenapa dengan dia?” dia masih tak faham lagi.

“Okay... Ceritanya begini.” Azila membuka lembaran bicara. “Beberapa bulan


lepas, kat Malaysia ni heboh fasal e-mail layang mengenai Siti. Ada orang dengki dengan
Siti dengan mengatakan dia ada ilmu lah. Dia ada simpan hantulah. Apa tidaknya,
sebelum mengadakan konsert, Siti mesti makan telur masak dalam tandas.”

“Sudah tu, kenapa?” tanya Damak. Sememangnya dia tahu Hanim suka makan
telur masak sebelum mengadakan persembahan bangsawannya dahulu.

http://nizamzakaria.blogspot.com 302
“Siti buat laporan polis!” matanya kecil meniti titian bicara. “Sekarang jadi kes
polis lah.”

“Oh...” Dahinya mengukir garis-garis halus penuh perhitungan.

“But you know what? Sekarang polis sedang investigate Faridah Aini... Mereka
kata mungkin diva kita tu terlibat dengan kes fitnah e-mail layang tu.” Azila menongkat
dagunya sambil memandang penuh ke wajah Damak. “Entahlah, I pun dah tahu cerita
siapa I nak percaya sekarang!”

Damak mendengar penjelasan Azila dengan penuh minat. Dia teringatkan kepada
kisah yang hampir sama yang penah terjadi kepada Hanim satu ketika dahulu.

Di awal tahun 40-an, terdapat seorang pelakon yang sudah agak berumur yang
pernah menjadi Seri Panggung yang tidak senang melihat kejayaan Hanim sebagai
pelakon bangsawan yang popular. Alkisahnya, pelakon bangsawan berumur itu telah
menaburkan pelbagai fitnah mengenai diri Hanim. Hanim dikatakan seorang perempuan
jahat yang mengamalkan ilmu hitam dan telah menggunakan kecantikannya untuk
membuat tauke-tauke Cina Peranakan jatuh hati kepadanya. Akan tetapi, lama-kelamaan,
orang ramai mula sedar bahawa semua ini hanya bohong belaka dan bekas Seri Panggung
itulah yang telah menaburkan fitnah kepada Hanim.

Orang ramai mula menghindari dirinya. Pernah sekali pelakon berumur itu
berpura-pura menjadi mangsa rompakan, lalu melaporkan perkara ini kepada polis –
semata-mata untuk meraih simpati orang ramai - yang akhirnya melupakan dirinya begitu
sahaja.

Sehingga kini Damak kurang pasti jika Hanim telah melakukan sesuatu untuk
menyumpah mereka yang mengkhianatinya....

“Kau tahu di mana aku boleh mencari Siti Nurhanim ini?” tanya Damak sambil
menggaru dagunya.

“Malam ini, Siti Nurhanim akan mengadakan konsert di Stadium Tertutup Bukit
Jalil.” Beritahu Azila sambil berpeluk tubuh.

“Pukul berapa?”

“Konsert akan bermula pukul 8.30 malam.”

“Jadi apa yang perlu aku lakukan untuk menonton persembahannya ini?”

“Beli tiket lah. Duh!” matanya menjunam ke arah Damak.

“Di mana?”

“Tiket dah lama sold-out lah!”

http://nizamzakaria.blogspot.com 303
Damak mendengus kecewa. Wajahnya sedikit muram.

“But you know what? You are so lucky. Dua orang kawan I tak jadi pergi ke
konsert Siti malam ni dengan I... So, apa kata kalau you temankan I ke konsert Siti malam
ni?” mata Azila bulat dengan harapan.

“Boleh... Tapi aku ada kawan satu lagi. Dia—“

“Dia lelaki?” Azila cuba meneka di dalam kalimah yang terselit selembar harapan.

“Ya.”

“Dia handsome macam you, tak?”

“Ya.” Jawab Damak tanpa teragak-agak. Dia sanggup mengiakan apa sahaja
asalkan dia dapat apa yang dikehendakinya.

“Kalau I tanya you satu hal... I harap you jangan marah ya?”

“Tanyalah.”

“You dengan kawan you ni gay ke?”

“Apa?” tanya Damak kembali. Setahunya, perkataan ‘gay’ membawa maksud


gembira. Tetapi mengapa pula Azila bertanyakan jika dia dan Rashid sedang berada
dalam keadaan ‘gembira’?

“Forget it... Whatever you boys do in your own time is none of my business. I ni
open tau!” Kata Azila sambil tersenyum. “I should have known better. Ye lah, you ni
smart, handsome... Minat Siti pulak tu.”

“My friend and I will have a gay old time if you could spare us with the ticket.”
Ujar Damak di dalam loghat Inggeris yang selalu digunakan oleh pegawai-pegawai
British yang pernah bertugas di Malaya satu masa dahulu.

“The tickets are yours!” ujar Azila lalu menepuk tangan Damak. Wajahnya
nampak ceria.

Damak melepaskan nafasnya. Dia melihat gelagat Azila dari ekor matanya.
Sememangnya gadis-gadis zaman sekarang lain benar dengan gadis-gadis zaman dahulu,
fikirnya di dalam hati.

Pada petang itu Damak pulang ke bilik hotel dengan membawa beberapa buah beg penuh
dengan barang-barang yang balu dibeli olehnya. Apabila dia membuka pintu bilik hotel,

http://nizamzakaria.blogspot.com 304
dia dapat melihat Rashid sedang menonton TV. Dia sedang menonton saluran MTV
kegemarannya.

Damak menatap kaca TV. Dia dapat melihat video muzik terbaru Siti Nurhanim
sedang dimainkan di MTV.

“So... Macam mana? Seronok bershopping?” tanya Rashid dengan nada memerli.
Damak tidak menjawab. Dia menyerahkan kepada Rashid sepasang kasut Adidas yang
telah dipilih sendiri oleh Azila. Rashid memandang kasut yang dibelikan oleh Damak.
Dia meluahkan rasa terima kasih dengan suara yang perlahan.

Rashid memeriksa apa lagi yang telah dibeli Damak. Rashid mendapati Damak
telah membelikannya sepasang jam berjenama Fossil. Di dalam sebuah beg plastik lagi,
terdapat dua buah kotak yang terkandung telefon bimbit berjenama Motorola. Satu
telefon untuk Damak dan satu telefon lagi untuk kegunaan Rashid.

“Nak buat apa dengan benda ni?” tanya Rashid kehairanan.

“Benda ini dikenali dengan nama handphone... Sebut betul-betul! Hen-fon!”


Damak sengaja mengusik.

“Tahulah.. isy!” Rashid menjeling lalu mengeluarkan telefon bimbit tersebut lalu
mengambil sebuah lagi kotak yang terkandung kad SIM. Dia memasukkan kad SIM
tersebut ke dalam telefon bimbit ini.

“Semua orang di sini ada alat ini... Jadi aku tak mahu kita nampak pelik jika kita
tak bawa alat ini macam orang lain.”

“Tahu...”

“So... Abang dah tahu mana nak cari Hanim?” tanya Rashid memerli. Matanya
kini beralih ke kaca TV, menyaksikan wajah Hanim menyanyikan sebuah lagu dari album
terbarunya yang dikatakan laris terjual di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.

“Malam ini kita akan ke konsertnya.” Damak memerhatikan muzik video Hanim
kini hampir selesai ditayangkan. Dia langsung tidak menyangka Hanim akan menjadi
begitu terkenal begini. Dia mendapati nama Hanim sering disebut-sebut di muka-muka
akhbar dan majalah. Baru sebentar tadi dia mendapat tahu Hanim telah dijadikan menjadi
jurucakap kepada sebuah syarikat alat solek terkenal dari Amerika Syarikat, sebuah
syarikat telekomunikasi tempatan dan sebuah syarikat elektronik dari Korea Selatan...

“Abang dah dapatkan tiketnya?” tanya Rashid tatkala sedang mengenakan kasut
barunya.

“Dah... Kita akan keluar pukul 7 malam nanti.”

“Mana abang dapat tiket konsertnya?”

http://nizamzakaria.blogspot.com 305
“Adalah!” Damak tidak mahu menjawab. Dia membaringkan dirinya ke atas katil.
Dia mahu melelapkan matanya sebentar. Dia terlalu kepenatan setelah menghabiskan
masanya di Suria KLCC dari pagi sampailah ke petang. Melihat dan mencernakan segala
perkara baru yang sebelum ini tidak disangkanya wujud yang kini wujud di dalam zaman
ini.

Damak berdiri di hadapan meja solek. Dia memandang kepada majalah GQ yang telah
dibelinya tadi. Dia membuka ke muka surat tengah lantas menatap gambar seorang
peragawan muda memperagakan pakaian ranggi dari jenama Comme des Garcons.
Kemudian, baju yang dipakainya berubah kepada baju yang dilihatnya di dalam majalah
tersebut.

Damak memeriksa keadaan dirinya. Dia ingin memastikan agar dirinya nampak
segak. Semuanya ini mahu dilakukannya demi Hanim.

Tatkala sedang sibuk beragam di hadapan muka cermin, tiba-tiba Damak dapat
mendengar bunyi pintu bilik hotelnya diketuk berkali-kali.

“Bang... Bukak pintu. Housekeeping agaknya. Tadi saya minta mereka bawakan
seterika.” Getus Rashid dari dalam tandas.

Damak membuka pintu. Dia mendapati Azila sedang berada di luar. Katanya:

“I datang awal... So, I naik jer terus ke bilik you ni. Malas lah I nak call you dari
lobi.”

Damak melangkah ke luar pintu. Dia memandang ke kiri dan ke kanan, cuba
memastikan tidak ada sesiapapun yang ada untuk melihat seorang anak gadis seperti
Azila berdiri di hadapan bilik hotelnya.

“Are you going to let me in, atau I kena tunggu you all kat luar?” tanya Azila
sambil bercekak pinggang.

Damak menggunakan tangannya untuk memberi isyarat menyuruh Azila masuk.


Azila tersenyum lalu masuk ke dalam bilik dengan membawa sebuah beg pakaian yang
diperbuat dari logam berwarna hitam.

Rashid keluar dari bilik mandi dengan hanya bertuala. Dia tersenyum ke arah
Azila.

Azila meletakkan beg logam berwarna hitam itu di atas katil, lalu membukanya.
Dia mengeluarkan sebiji botol logam berwarna merah lalu diserahkan kepada Rashid.
Rashid terus mengambil botol itu dari tangan Azila lalu meneguk isi botol tersebut.

http://nizamzakaria.blogspot.com 306
“Kau kenal dengan budak ni?” tanya Damak kepada Rashid dengan matanya
bertukar pandangan dari Damak dan kemudian kepada Azila. Damak jelas bingung.

“Ya...” jawab Rashid dengan malas. Mulutnya kini comot dengan darah sintetik
yang diteguknya tadi.

“Siapa kau sebenarnya, Azila?” tanya Damak terus menghadap ke arahnya. Dia
menagih penjelasan.

“Vampiro Aliya...” Beritahu Rashid. “Keturunan vampiro Tiresias yang pernah


abang bunuh satu ketika dahulu.”

Wajah Damak pucat. Tidak mungkin Aliya ini adalah seorang vampiro, kerana dia
telah berjalan dengannya di bawah cahaya matahari di luar KLCC tadi!

Aliya menekan beberapa biji butang yang tidak dapat dilihat Damak di atas
lengannya. Beberapa saat kemudian, fungsi medan hologram yang mengelilingi tubuhnya
dimatikan. Damak kini dapat melihat pakaian serba hitam yang dipakai Aliya yang
menutupi setiap inci tubuhnya, termasuklah bahagian kepalanya yang kelihatan seperti
kepala serangga mentadak.

Aliya membuka topeng muka yang melindungi wajahnya. Dia menarik nafasnya
dalam-dalam. Dia kemudian menyerahkan pakaian khas berwarna hitam yang disimpan di
dalam beg logam berwarna hitam yang dibawanya itu kepada Rashid.

“Jadi sejak tadi lagi kau tahu siapa aku?” tanya Damak sambil bercekak pinggang.

“Ya, bang...” jawab Aliya sambil menjeling. Dia cukup sedar bahawa Damaklah
yang telah membunuh Tiresias, tetapi perkara ini tidak membawa sebarang makna
baginya sama sekali.

"Kenapa kau main-mainkan aku?" Damak meminta agar Aliya menjelaskan


tindakannya tadi.

"Ermm..." Aliya menyentuh pipinya dengan jari telunjuknya. Matanya


memandang ke atas permukaan siling seolah dia sedang mencari sesuatu di sana.
"Because you're cute and undeniably, I like to have a little bit of decent fun with cute
boys like you!"

Rashid tertawa sendiri. Dia mengambil pakaian khasnya lalu mula


mengenakannya dengan bantuan Aliya. Tangannya memegang topeng mukanya yang
kelihatan seperti kepala serangga tebuan.

“Kau berdua dengan Awang sama sahaja!” Damak mendengus. Langsung dia
tidak puas hati apabila mendapati dirinya dipermainkan begitu oleh kedua-dua vampiro
nakal ini.

http://nizamzakaria.blogspot.com 307
“Soy un perdedor! I'm a loser baby, so why don't you kill me...” Rashid
menggerakkan bibirnya, menyanyi dengan aksi bersungguh-sungguh lagu Beck yang
bertajuk ‘Loser’ yang sedang di mainkan di MTV terus ke muka Damak. Aliya ketawa
sambil membetulkan bahagian belakang pakaian Rashid. Damak pula hanya mampu
menggelangkan kepalanya sambil mengeluh lesu melihat gelagat Rashid itu.

http://nizamzakaria.blogspot.com 308
Buku IV. Bab 3

Rashid selesai mengenakan pakaiannya khasnya. Seluruh sudut bahagian tubuhnya kini
tertutup. Dia memakai topeng khasnya yang kelihatan seperti tebuan itu. Damak dapat
melihat Rashid ada menyisipkan sepucuk pistol di pinggangnya. Damak kurang pasti bila
Rashid akan menggunakan pistol ini dan jika dia benar-benar tahu menggunakannya. Di
belakangnya terdapat dua buah tangki kecil untuk menjanakan kuasa pakaiannya yang
jelas nampak canggih ini. Apabila Rashid selesai memakai pakaian ini, dia kelihatan
seperti watak di dalam sebuah komik sains fiksyen.

Rashid memprogramkan sesuatu ke dalam komputernya dan dirinya terus


kenampakan seperti memakai sehelai baju-T dan jeans yang ranggi.

Damak memandang ke arah Rashid kemudian pandangannya berpindah ke arah


Aliya. Mereka kedua-dua kelihatan seusia. Kemudian dia memandang ke arah dirinya di
muka cermin. Jika mereka keluar bersama nanti, mereka akan kelihatan seperti tiga orang
anak remaja yang mahu keluar beriadah dan bersuka-suka di hari hujung minggu seperti
ini.

Mereka bertiga kini keluar dari bilik hotel. Rashid berjalan di sebelah Aliya
sambil berbual kosong. Sesekali mereka berdua akan kelihatan ketawa berdekah-dekah.

Damak memandang ke langit. Matahari belum tenggelam lagi. Dia masih lagi
mengingati satu ketika dahulu apabila vampiro seperti mereka terpaksa berlindung dari
terkena cahaya matahari dan hanya mampu keluar pada waktu malam. Dia juga
mengingati masa-masa apabila dia cukup senang memburu lalu membunuh vampiro-
vampiro seperti mereka. Mungkin masa ini sudah berlalu, fikirnya di dalam hati.

Mereka menuruni anak tangga untuk ke stesen LRT Putra KLCC. Stesen itu
dipenuhi dengan pengunjung. Mereka masuk ke dalam stesen, lalu pergi menunggu kereta
api untuk menuju ke Masjid Jamek sebelum menukar kereta api untuk ke Bukit Jalil.

Damak berdiri bersesak-sesak dengan pengguna LRT. Matanya sesekali akan


berpindah ke arah Rashid dan Aliya. Tak ada sesiapapun yang mengesyaki bahawa kedua-
dua mereka adalah vampiro, atau dirinya sendiri yang telah hidup beratus-ratus tahun
lamanya. Mereka semua tenggelam di dalam kehidupan masing-masing.

Kereta api yang dinaikinya terus bergerak ke arah selatan. Damak dapat melihat
kepesatan kota Kuala Lumpur melalui cermin tingkap kereta api yang dinaikinya. Wajah
kota kosmopolitan yang bergerak laju di hadapannya ini membuatkan dirinya langsung
rasa terasing. Ada sesuatu tentang manusia-manusia yang hidup di dalam zaman ini yang
langsung membuat dirinya terasing...

Damak mendekatkan dirinya kepada Rashid. Damak cuba mendengar apa yang
dibualkan Rashid dengan Aliya. Rashid nampaknya sedang mendengar cerita Aliya
tentang keadaan dan suasana Malaya yang dibandingkan dengan Malaysia. Aliya

http://nizamzakaria.blogspot.com 309
bersungguh-sungguh mengatakan dia lebih senang dengan keadaan di dunianya
berbanding dengan sekarang yang dirasakan satu dunia yang terlalu mengecewakan.

Damak mendekati diri Aliya. Dia ingin melihat dunia yang dimaksudkannya itu,
apabila Malaya tetap Malaya dan bukan Malaysia. Apabila dunia Aliya diselaminya,
barulah dia tahu apa yang dimaksudkan Aliya. Di dalam dunia Aliya, Malaya dikenali
sebagai sebuah negara maju. Tidak ada parti politik yang dibahagikan mengikut kaum
mahupun agama. Ahli-ahli politiknya tidak menggunakan sentimen perkauman dan
keagamaan untuk meraih undi. Brunei, Singapura, Sabah, Sarawak dan negeri-negeri di
tanah semenanjung bekerjasama membina sebuah negara yang progresif...

Kemudian Damak membaca fikiran Rashid pula. Dunia apokalips yang didiami
Rashid terlalu menakutkan baginya. Manusia di dalam dunia Rashid diburu bagai
binatang oleh kaum Daevas yang menguasai bumi. Muka bumi tandus dan diselubungi
oleh awan gelap yang bertoksik. Kini barulah dia tahu mengapa Aliya dan Rashid
sanggup melakukan apa sahaja untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku.

“Kita turun di sini,” ujar Aliya kepada Damak yang sedang termenung melihat
struktur stadium Bukit Jalil yang tampak terlalu aneh baginya. Damak mengangguk lesu.
Walaupun dia kelihatan sedikit kepenatan, wajahnya jelas terlukis perasaan ghairah ingin
berjumpa dengan Hanim.

Mereka bertiga keluar dari dalam perut kereta api. Begitu juga dengan mereka
yang ingin menonton konsert Siti Nurhanim. Rata-ratanya mereka nampak ceria. Ada di
antara mereka membawa sepanduk yang ada tertulis kalimah-kalimah menyatakan
bagaimana setianya mereka sebagai peminat nombor satu Siti Nurhanim.

Pintu stadium tertutup Bukit Jalil masih belum dibuka. Ramai peminat-peminat
Siti Nurhanim yang sedang menunggu di luar stadium. Ada yang termenung. Ada yang
sedang berbual tentang perkembangan terbaru Siti Nurhanim. Ada juga yang sedang
menyanyi beramai-ramai lagu Siti Nurhanim yang sedang popular pada waktu itu, “Cinta
Luar Biasa.”

Apabila pintu stadium di buka, mereka bertiga terus masuk ke dalam stadium.
Tatkala itulah Damak mula menyedari Aliya telah mendapatkan tempat duduk yang agak
baik untuk mereka bertiga. Mereka duduk tiga barisan dari hadapan pentas.

Konsert dimulakan. Ternyata Damak langsung tidak pernah mendengar lagu-lagu yang
dinyanyikan Hanim. Peminat-peminat yang lain mengikut menyanyikan lagu yang
dibawakan Hanim. Mata Damak terus kepada tertumpu Hanim. Langsung tidak berkelip.

Hanim nampak lebih cantik dari apa yang diingatinya dahulu. Perkara ini sahaja
mampu membuatkan Damak merasa semakin resah. Nafasnya turun naik dengan cepat.
Dia merasa cukup cemburu apabila peminat-peminat Hanim menjerit-jerit memanggil
nama barunya: “Siti!!!”.

Jiwa Damak tak tenteram jadinya!

http://nizamzakaria.blogspot.com 310
Setelah lebih hampir tiga jam berlalu, Hanim akhirnya masuk ke belakang pentas
lantas diisytiharkan konsertnya telah pun berakhir. Damak menarik nafasnya dalam-
dalam. Dia menunggu apa yang akan berlaku selepas ini...

“Kita perlu ke belakang pentas.” Sebut Aliya kepada Damak. Aliya mengeluarkan
tiga keping tag khas yang tertulis perkataan “Backstage Pass”, lalu disuruhnya Damak
dan Rashid pakai tag tersebut. Mereka berdua mengikut sahaja tanpa banyak soal.

Aliya membawa Damak dan Rashid ke belakang pentas. Terdapat ramai peminat-
peminat Siti Nurhanim yang sedang menunggu di situ. Menjenguk-jenguk, mencari
peluang untuk bertentang mata dengan idola mereka.

Aliya kemudian berdepan dengan seorang pemuda berperwatakan lembut. Aliya


dan pemuda tersebut berlaga-laga pipi. Mereka nampak mesra bersama.

“Ini ke abang Damak?” tanya pemuda tersebut malu-malu kepada Aliya.

“Ya,” jawab Aliya perlahan dengan matanya menjeling kepada Damak.

“Abang tentu dah lupa dengan saya... Ye lah, saya dah besar sekarang!” ujar
pemuda itu dengan teragak-agak.

“Kau siapa?” tanya Damak dengan dahinya berkerut.

“Osman,” jawabnya sambil memegang tengkuknya malu-malu.

“Osman?” tanya Damak kembali dengan kerutan terus terlukis di dahinya. Kali
terakhir Damak melihatnya adalah ketika dia terpaksa meninggalkan Singapura apabila
dia diburu tentera Jepun di situ. Ketika itu Osman masih kecil lagi.

“Ya bang,” jawab Osman yang juga dikenali sebagai Mandy oleh rakan-rakan
terdekatnya.

“Kau buat apa sekarang?” tanya Damak ingin tahu. Wajahnya terukir senyuman.
Dia teringatkan saat-saat dia pernah bermain dengan Osman dan menjaganya ketika
Hanim sibuk dengan pekerjaannya.

“Saya jadi make-up artiste sekarang ni.” Kata Osman dengan nada bangga. Dia
memegang tangan Aliya lalu membawanya ke arah bilik Hanim. Damak dan Rashid
mengekori mereka berdua dari belakang.

“Berapa lama kau kenal dengan dia?” bisik Damak kepada Aliya apabila dia
melihatkan hubungan Aliya yang rapat dengan Osman.

“Tiga minggu... Saya telah sampai ke dunia ini sejak sebulan yang lepas.” Aliya
menjelaskan agar Damak lebih memahami.

http://nizamzakaria.blogspot.com 311
Bahagian hadapan bilik Hanim dipenuhi dengan beberapa orang wartawan.
Osman tersenyum ke arah mereka sebelum dia membuka pintu lalu membawa Damak,
Rashid dan Aliya masuk ke dalam bilik persalinan yang telah dikhaskan untuk Hanim.

Wartawan-wartawan yang ada hanya mampu membalas senyuman Osman.


Mereka tahu hanya Osman sahaja yang dibenarkan berada bersama Hanim sebelum dan
selepas konsert diadakan. Selama ini dunia hanya mengenali Osman sebagai adik
kandung Hanim...

Damak terpegun melihat Hanim yang kini berada di hadapannya. Hanim terus
mendapatkan Damak lalu dia bersalaman dengan Damak. Dia tidak menyangka dapat
bertemu semula dengan Damak, kerana selama ini Damak telah menghilang entah ke
mana...

Ada sesuatu yang telah berlaku di antara Damak dengan Hanim yang membuatkan
hubungan mereka renggang. Hanim nampak resah apabila mendapati Damak ada
bersamanya ketika itu. Hanim merasa cukup tidak senang melihat Damak berada dekat
dengannya.

Aliya tahu apa yang telah menyebabkan hubungan renggang di antara Damak dan
Hanim. Semua ini telah diadukan oleh Hanim kepada Aliya tak sampai seminggu yang
lepas apabila Aliya akhirnya menjelaskan kepadanya mengapa selama ini Damak tiba-tiba
hilang dari dunia ini.

Hanim redha mendengar penjelasan dari Aliya. Kemudian, dalam keadaan sedu
sedannya, Hanim telah mengatakan mengapa perasaannya dingin terhadap Damak. Kata
Hanim kepada Aliya:

“Semasa perang Jepun dulu kakak dah bagitahu... Jangan jadi hero, tapi dia degil!
Jenuh kakak cuba menegahnya supaya jangan jadi musuh Jepun, tapi dia tak pernah nak
dengar nasihat kakak!”

“Kenapa dengan dia, kak? Apa yang dia buat?” tanya Aliya, dia melihat Hanim
mengesat air matanya yang mula berderai membasahi pipinya yang lembut itu.

“Sebelum perang dahulu, dia telah berkawan rapat dengan tuan Lyon—“

“Tuan Lyon?”

“Major Lyon dari Highland Infantry Battalion... Ketika perang meletus dahulu,
tuan Lyon sempat melepaskan dirinya ke Australia. Beberapa tahun kemudian, dia
kembali ke Singapura. Apabila dia kembali ke sini, dia telah kembali dengan sebuah
kapal buruk dengan tujuan meletupkan beberapa kapal perang Jepun...

“Abang Damak kau lah yang telah membantunya melakukan ini semua, walaupun
kakak dah banyak kali tegah!

http://nizamzakaria.blogspot.com 312
“Dia ni degil, Aliya... Keras kepala! Dia tidak pernah nak dengar cakap kakak.”
Hanim meraba-raba lengannya, mengulangi kalimah-kalimah marahnya. Dia terus
mengesat air matanya lalu dia memandang jauh ke hadapan.

Aliya menekan-nekan skin di lengannya. Dia ingin mendapatkan beberapa


informasi tentang Major Lyon. Kemudian dia terus memberitahu Hanim tentang
penemuannya:

“Pada subuh 27 September, 1943 pada pukul 5 pagi... Beberapa letupan besar
telah berlaku di pelabuhan Keppel. Di dalam beberapa minit, tujuh kapal Jepun telah
diletupkan. Operasi ini dikenali dengan nama ‘Operation Jaywick’, yang dikatakan telah
dilaksanakan oleh ‘Force Z’ yang dianggotai oleh 14 ahli komando Australia dan British.”

“Ketika perkara ini berlaku... Memang keadaan di Kota Singapura pada masa itu
huru-hara dibuatnya. Kempeitai mengumumkan keadaan darurat. Sejak dari mula lagi
mereka telah mengesyaki pasti ada orang tempatan yang terlibat dalam serangan hendap
ini. Jadi, mereka tangkap ramai orang-orang Cina dan Serani untuk disoal siasat.” Hanim
merenung ke lantai dengan seribu ingatan yang pedih.

“Pihak Kempeitai telah menggeledah beberapa buah rumah termasuklah kem


tawanan di Sime Road untuk mencari set radio yang disembunyikan. Mereka telah
menjumpai beberapa buah set radio... Akibatnya, ramai yang telah diseksa Kempeitai
sehingga ada yang mati di bangunan YMCA in Orchard Road. Sejarah mengingati
peristiwa ini dengan nama ‘Double Tenth Massacre’.” Aliya membaca maklumat yang
diterimanya.

“Abang Damak kau akhirnya terpaksa meninggalkan Singapura lalu bersembunyi


di Siam apabila pihak Kempeitai akhirnya mendapat tahu tentang penglibatannya
membantu ‘Force-Z’ meletupkan kapal-kapal Jepun.”

“Jadi dia tinggalkan kakak di Singapura?” Aliya bertanyakan soalan ini lambat-
lambat.

“Ya... Kakak dengan si Osman ini sahaja yang akhirnya tinggal di Singapura.
Sejurus selepas perang, kami berpindah ke Pahang mengikut seorang kawan yang sama-
sama berlakon bangsawan. Kemudian, hubungan kakak dengan abang Damak kau terus
terputus sehingga sekarang.” Mata Hanim redup dengan perhitungan di masa lampau.

“Kakak marahkan dia ke, kerana dia terpaksa tinggalkan kakak begitu sahaja?”
tanya Alia dengan meniti soalannya itu dengan berhati-hati.

“Entahlah Aliya... Kakak kurang pasti.” Hanim terus termenung. Kata-katanya


dibiarkan tergantung di situ sahaja.

http://nizamzakaria.blogspot.com 313
Di dalam bilik persalinan, Damak berdiri kaku di hadapan Hanim. Wajahnya
terlukis seribu kekesalan yang tidak dapat diluahkannya. Jiwa Damak terseksa antara
seribu kebimbangan tak bertepi.

“Puas abang cari Hanim di merata Singapura dan Semenanjung, sejurus selepas
Jepun menyerah kalah...” Suara Damak berat dengan kejujuran. “Abang tak sangka abang
boleh jumpa Hanim di sini, akhirnya.”

Aliya memandang ke arah lengannya. Dia seperti menghitung sesuatu.

“Mereka akan muncul di sini dalam masa lima saat sahaja lagi!” getus Aliya
sambil menudingkan jarinya ke arah dinding berdekatan.

Awang dan Lilith keluar dari vorteks bertepatan di tempat dan saat di mana
disebutkan oleh Aliya. Darah merah yang masih panas terpercik membasahi wajah
Awang. Lilith pula terus berjalan keluar dari vorteks, berhenti seketika untuk melihat
keadaan sekelilingnya sebelum dia mendakap tubuh Aliya.

Awang dan Lilith masuk ke dalam wormhole sejurus selepas mereka berjaya
menewaskan kesemua anggota Frère Maçon yang telah muncul pada tahun 1948 - apabila
Awang cuba mendapatkan Damak membantunya untuk mengelakkan Daevas dari
menguasai dunia. Ketika mereka berdua masuk ke dalam wormhole untuk ke dunia ini,
mereka cukup yakin bahawa Damak dan Rashid telah menemui Aliya untuk
membolehkan mereka semua berkumpul di dalam koordinasi ruang dan waktu yang telah
ditetapkan Aliya.

Dan seperti yang dijangkakan Awang, mereka semua akhirnya diketemukan di


dalam bilik persalinan Hanim. Tepat pada saat yang dijangkakan Aliya.

Sememangnya wajah Hanim terus berubah apabila dia dapat melihat kelibat
Awang muncul di hadapannya. Wajahnya yang sebelum ini nampak muram, kini mekar
bak bunga hiasan taman Firdausi.

“Abang!” Hanim terus mendekati Awang. Hanim terus mahu melepaskan rasa
rindu kepada Awang dengan mendakap tubuh Awang tanpa menghiraukan darah merah
yang membasahi tubuh Awang pada ketika itu.

Awang membiarkan Hanim mendakapnya buat beberapa detik sebelum dia


menolak tubuh Hanim dengan perlahan. Awang kemudian memandang ke arah wajah
Damak yang kelat.

Hanim mengesat air matanya. Dia tidak menyangka bahawa dia akhirnya akan
bertemu dengan Awang, dan Awang juga memikirkan perkara yang sama tentang diri
Hanim yang telah dianggapnya sudah lama mati.

Awang menekan sesuatu ke lengannya, dia memandang ke arah Lilith agar dia
melakukan perkara yang sama. Lilith mengangguk. Aliya pula membawa sebuah beg

http://nizamzakaria.blogspot.com 314
logam yang telah disimpannya di dalam bilik persalinan Hanim. Aliya membuka beg ini
cepat-cepat. Aliya mengeluarkan sebuah topeng serba hitam yang mempunyai bentuk
rupa seperti serangga lebah, lalu diberikan topeng tersebut kepada Awang.

Damak memandang ke arah Lilith. Dia mendapati Lilith mengubahkan rupanya


menjadi seorang wanita Melayu yang cantik, lengkap berpakaian baju kebaya. Wajah
manusia yang terpancar di wajahnya kini adalah wajah yang sama yang pernah ada
padanya ketika dia dikenali dengan nama Puteri Gunung Ledang satu ketika dahulu.

“Kau dah buat persediaan untuk kita ke New York?” tanya Awang kepada Aliya
sebaik sahaja dia selesai memakai topengnya. Sejurus kemudian, dia mengubah keadaan
dirinya agar dia kelihatan memakai pakaian baju kemeja putih yang dipadankan dengan
seluar jeans berwarna hitam.

Awang jelas nampak segak.

“Sudah... Lengkap dengan pasportnya sekali. Kita akan bertolak pada awal pagi
esok. KL – Singapura – New York.” Aliya memberitahu dengan wajah yang tenang. Dia
kemudian memandang ke arah Hanim. Dia tahu Hanim telah banyak kali memintanya
agar dia dapat ikut bersama dalam misi ini, tetapi Aliya tidak membenarkan. Misi ini
terlalu bahaya.

Hanim tidak sanggup dirinya ditinggalkan begitu sahaja. Kalau boleh, dia mahu
pergi mengikut Awang ke mana sahaja dia pergi. Dia mahu dirinya menjadi sebahagian
dari hidup Awang.

Pintu bilik Hanim diketuk berkali-kali dari luar. Pengurus Hanim memberitahunya
bahawa dia perlu berjumpa dengan beberapa orang wartawan yang sudah lama
menunggunya.

Osman menyuruh Hanim menukar pakaiannya yang kotor terkena kesan darah itu
sebelum dia keluar menghadapi wartawan-wartawan yang telah lama menunggunya.
Hanim mengangguk perlahan sambil memandang ke arah Awang, kemudian kepada
Damak. Osman membetulkan sisipan rambut Hanim. Buat sesaat, Damak dapat melihat
paku yang tertanam di tengkuk Hanim. Damak menarik nafasnya dalam-dalam.

“Kau masih marahkan aku, Hanim?” tanya Damak meminta kepastian. Hanim
tidak menjawab. Dia berdiri lalu masuk ke ruang khas untuk menukar pakaiannya.
Damak mengeluh lesu dengan matanya terus memandang ke bawah. Keadaan terus
menjadi sepi...

http://nizamzakaria.blogspot.com 315
Buku IV. Bab 4

Kalau diikutkan, inilah kali pertama Damak menaiki kapal terbang. Beberapa kali dia
cuba memberitahu dirinya agar tidak menunjukkan sebarang rasa gementar. Aliya duduk
di bahagian paling tepi, di sebelah tingkap. Mata Damak terus di hadapan. Sesekali dia
akan memandang ke arah Aliya yang sedang duduk tenang di sebelahnya.

Suasana di dalam kelas pertama penerbangan SIA ke Kota New York agak sepi
setelah empat jam ia terbang di udara. Damak memandang ke arah Rashid yang sedang
duduk di sebelah Awang. Dia nampaknya sedang sibuk bermain dengan permainan video
di tempat duduknya. Awang pula sedang membaca sebuah buku yang telah dibelinya di
sebuah kedai buku di Lapangan Terbang Changi. Sebuah buku mengenai sejarah.

Aliya dilihatnya kini sedang berbual kosong dengan Lilith yang sedang duduk di
kerusi belakang. Selepas selesai dia berbual, dia duduk diam buat beberapa ketika
sebelum dia menoleh ke arah Damak.

“Kenapa kau diam sahaja sejak tadi?” tanya Aliya dengan suara perlahan.

“Tak ada apa-apa.” Jawab Damak sambil menggaru kepalanya.

“Jiwa kau tak tenteram...” Aliya mengeluarkan kalimahnya seperti seorang orakel
yang berpengalaman. Suaranya rendah ketika mengeluarkan kalimah-kalimahnya.

“Aku berfikir tentang Hanim... Aku rasa kau sendiri tahu tentang hal ini.” kata
Damak. Dia melepaskan nafasnya dengan perlahan.

“Ya... Kau sayangkan Hanim. Tapi kau kecewa dengan sikapnya.” Kata Aliya
sambil membelek majalah Silver Kris.

“Kau tidak mungkin akan dapat memahami perasaan aku.”

“Hanim sayangkan Awang...” Suaranya ketang dan padat dengan satu hakikat
yang diketahuinya sendiri.

“Tapi mengapa? Awang tidak menyayangi Hanim seperti yang dimahukannya.


Kau sendiri tahu Awang hanya menganggapnya sebagai adiknya sendiri!”

“Kadangkala... Kita perlu menerima hakikat kita tak akan dapatkan apa yang kita
mahu dalam hidup ini.”

“Tapi aku menyayanginya.”

“Cinta yang datang di dalam hati wanita tidak boleh dipaksa, Damak.” Matanya
menyinggahi wajah Damak yang muram itu.

http://nizamzakaria.blogspot.com 316
“Mungkin sampai bila-bila dia tidak akan menerimaku sebagai orang yang paling
disayanginya.” Suasana hening menyambut penghujung bicaranya. Damak menutup
matanya. Dia ingin merehatkan fikirannya yang sedang berkecamuk pada ketika itu.

“Mungkin sudah sampai masanya untuk kau melupakan dia...“ kata Aliya dengan
perlahan. Damak membiarkan kata-kata Aliya itu dimakan sepi.

Damak terus memikirkan tentang Hanim. Dia merasa cukup-cukup menyesal


kerana terlibat dengan 'Force Z' ketika Perang Dunia Kedua dahulu. Akibat dari
maklumat yang disalurkan kepada “Force-Z’, dirinya akhirnya menjadi buruan Kempetai.
Dia terpaksa melarikan dirinya ke Siam dan meninggalkan Hanim terkapai-kapai di
Singapura. Jika dia dapat melakukan sesuatu untuk mengubah sejarah hidupnya, mungkin
inilah satu-satunya perkara yang akan dilakukannya.

Atau mungkin tidak...

Mungkin apa sahaja yang dilakukannya tidak akan dapat mengubah perasaan
Hanim terhadap Awang atau membuat Hanim mencintainya. Hakikat ini sememangnya
sukar untuk diterima Damak sampai bila-bila.

Mereka akhirnya tiba di Lapangan Terbang Newark pada pukul 5 waktu tempatan.
Suasana di dalam lapangan terbang antarabangsa itu sibuk. Mereka yang sedang berada di
lapangan terbang antarabangsa yang terletak di New Jersey ini rata-ratanya kelihatan
sibuk. Di wajah mereka terlukis satu kesibukan – mengejar masa dan janji.

Damak memandang ke arah Awang yang sedang merenung ke dalam mata Aliya.
Ada sesuatu yang sedang dibincangkan mereka berdua. Wajah Aliya berubah risau
sebelum Awang memegang lembut bahunya. Sesekali, Awang akan berpaling kepada
Lilith. Damak dapat lihat dengan jelas bahawa hubungan Awang dengan Lilith agak
rapat. Damak pasti Awang telah menaruh seluruh kepercayaannya kepada Lilith.

“Kita akan berpisah di sini... Aku mempunyai urusan di tempat lain.” Awang
memberitahu kepada Damak dan Rashid.

Awang melangkah untuk berjalan ke arah luar lapangan terbang untuk mencari
teksi, tetapi Damak terus memegang lengannya. Tingkasnya dengan suara yang keras:

“Kau akan tinggalkan kita begitu sahaja?”

“Lilith biasa dengan kota ini... Dia akan menguruskan segala-galanya.” Pantas
Awang menjawab.

“Kau mahu ke mana?”

http://nizamzakaria.blogspot.com 317
“Kau tak perlu tahu.” Awang menyambut tanpa penjelasan lanjut. Dia
memandang ke arah genggaman tangan Damak di lengannya. Damak melepaskan
genggamannya apabila Aliya menyentuh bahunya.

Awang terus berjalan ke hadapan. Sebaik sahaja dia keluar dari dewan legar
Lapangan Terbang Newark, dia terus mendapatkan sebuah teksi kosong yang sedang
menunggu di situ. Awang masuk ke dalam perut teksi lalu menyuruh pemandu teksi
berbangsa Ethiopia itu supaya bergerak ke arah Manhattan.

Aliya, Damak dan Rashid memandang ke arah Lilith. Bagi mereka yang tidak
mengenali mereka berempat ini, pasti akan menganggap Lilith ini sebagai kakak kepada
tiga orang anak remaja yang sedang bercuti ke Kota New York. Lilith nampak bergaya
dan anggun dengan pakaian musim luruh dari koleksi terbaru dari jenama Burberry.

“Jadi kita akan ke mana selepas ini?” tanya Rashid kepada Lilith. Wajahnya
teruja kerana dapat juga dia melawat kota yang hanya mampu diketahuinya dari bahan-
bahan bacaannya sebelum ini.

“Kita akan terus ke Manhattan.” Ujar Lilith lalu berjalan ke arah kaunter Hertz
untuk menyewa sebuah kenderaan. Lilith sememangnya cukup arif dengan kota ini. Lilith
mahu menyewa sebuah kenderaan agar senang nanti dia membawa mereka semua
bergerak dari Newark ke Manhattan. Aliya pergi mengikutnya lalu meninggalkan Rashid
bersama Damak.

“Abang rasa kita patut sewa hotel apa? W Hotel ataupun Waldorf Astoria?” tanya
Rashid terus kepada Damak. Di tangannya, dia membelek buku mengenai New York
yang baru sahaja dibelinya dari toko buku W.H. Smith yang terdapat di dalam lapangan
terbang ini.

“Aku ke sini bukan untuk bersuka-suka.” Jawab Damak tanpa teragak-agak. Dia
menjeling ke arah pakaian ala hip-hop yang diperagakan Rashid. Dia tidak faham
mengapa pakaian yang dipakai Rashid dianggap yang terbaru dan paling ranggi di
kalangan remaja seusianya.

“Eh, rileks lah!” mata Rashid penuh dengan pesan.

“Kenapa kau percaya sangat dengan si Awang tu?” tiba-tiba Damak menyoal.
“Bila dia menghilang tadi kau langsung tak bertanya kepadanya ke mana dia pergi—“

“Sebab dia boleh dipercayai?” ujar Rashid dengan nada seolah dia menyoal
kembali soalan Damak tadi.

“Kau tak kenal siapa dia sebenarnya...”

“Kami mempunyai misi yang sama!” Rashid menegaskan. Damak mungkin tidak
akan memahami mengapa Rashid begitu menghormati Awang. Lagipun, pada waktu itu,

http://nizamzakaria.blogspot.com 318
Rashid langsung tidak mempunyai kemahuan untuk menjelaskan kepada Damak tentang
perkara ini.

“Kau tidak pernah berfikir apa yang akan berlaku kepada kita semua jika dia
mengkhianati kita?”

“Mengapa pula dia perlu mengkhianati kita?” tanya Rashid kembali. “Dia tidak
mempunyai sebab untuk melakukan itu semua.”

“Mungkin kau terlupa... Dia seorang vampiro. Kau mungkin tidak sedar sudah
beribu manusia yang telah menjadi mangsanya selama ini.” Damak mengingatkan.

“Apa-apa je lah.” Rashid memegang alat pemain cekera padat yang telah dibelinya
ketika berhenti sebentar di Singapura, lalu memainkan lagu dari album Franz Ferdinand.
Dia meletakkan headphone ke telinganya. Dia tidak mahu mendengar kata-kata Damak
kepadanya tentang diri Awang, walaupun dia tahu apa yang dikatakan Damak itu ada
kebenarannya.

Lilith telah mendapatkan kenderaan Chevrolet Blazer berwarna merah. Rashid


nampak kesukaan sebaik sahaja dia melihat kenderaan SUV ini di hadapannya, lalu terus
dia duduk di bahagian hadapan di sebelah Lilith yang memandu. Damak duduk di
belakang bersama Aliya. Damak memeluk tubuhnya, kerana cuaca sejuk musim luruh di
Kota New York terlalu sejuk dirasakannya.

Dari Newark, mereka terus bergerak ke arah Manhattan. Kenderaan SUV yang
mereka naiki masuk ke dalam Lincoln Tunnel lalu terus bergerak ke arah 42nd Street.
Kota Manhattan tersergam indah di hadapan mereka.

“Sementara kita berada di New York, kita akan menetap di Plaza Hotel.” Aliya
memberitahu kepada Rashid. Rashid tersenyum puas. Matanya terus ke hadapan. Sesekali
dia akan memandang ke arah bangunan-bangunan yang tinggi yang dilihatnya.

Damak menggeleng-gelengkan kepalanya. Rashid kelihatan seperti dia sedang


bercuti, sedangnya tujuan mereka ke sini untuk menyelesaikan satu misi yang penting.

“Dia berasal dari satu dunia yang kau tak mungkin dapat fahami... Sebab itulah
setiap apa yang dilihatnya sekarang merupakan satu keajaiban baginya.” Ujar Aliya terus
ke dalam hati Damak. Dia cuba membuat Damak memahami keadaan diri Rashid yang
teruja kerana akhirnya sampai ke sebuah kota yang dianggap terhebat di dunia ini.

Damak menoleh ke arah Aliya. Dia mendapati kuasa yang ada di dalam orakel
muda ini memang luar biasa. Bukan calang-calang orang yang boleh menembusi jiwanya
begini.

“Aku rasa, kau pasti tahu nyawaku sudah sampai ke penghujungnya...” Damak
menukar arus perbualannya. “Kau pasti sudah dapat melihat perkara ini akan berlaku
tidak lama lagi apabila kita akhirnya sampai ke kota ini.”

http://nizamzakaria.blogspot.com 319
“Ya, aku tahu. Kau akan ditikam Awang...” jawab Aliya dengan matanya terus ke
luar tingkap, memandang ke arah warga New York yang sedang berjalan pulang dari
pejabat masing-masing. “Kau tidak boleh melarikan diri kau dari ketentuan ini.”

“Kenapa dia perlu membunuhku?” Damak meminta kepastian.

“Kerana kematianmu nanti akan menyelamatkan umat manusia...” sambut Aliya


tanpa teragak-agak. Fikirannya kemudian ditutup rapat, langsung tidak dapat dibaca
Damak.

Damak mengeluh. Dia kurang pasti apa yang dimaksudkan Aliya. Dia tidak tahu
mengapa dia perlu mati di dalam misi ini. Kematian yang menunggunya langsung
membuatkan jiwanya tidak tenteram.

http://nizamzakaria.blogspot.com 320
Buku IV. Bab 5

Damak, Rashid, Aliya dan Lilith kini melangkah masuk ke bahagian ‘Ancient Near
Eastern Art’ yang terletak di tingkat dua Metropolitan Museum of Art atau lebih dikenali
dengan nama panggilan ‘Met’ itu. Bahagian dewan pameran ini menghadap ke arah 5th
Avenue.

Rashid berdiri di hadapan jalan masuk ke bahagian tersebut yang dikenali dengan
nama rasminya: Raymond and Beverly Sackler Gallery for Assyrian Art. Dia memandang
tepat ke arah arca singa berkepala manusia yang diletakkan di sini. Arca penunggu yang
dikenali dengan nama lamassu ini sememangnya telah berjaya menarik perhatiannya. Dia
membaca tulisan yang terdapat di tepi arca yang mengatakan bahawa kedua-dua lamassu
ini pernah menghiasi bahagian barat laut istana Raja Ashurnasirpal II pada abad ke-9
Sebelum Masehi dahulu.

Galeri ini mempamerkan koleksi dari era Neolithic, 8000 tahun Sebelum Masehi
sehinggalah kepada koleksi zaman kebangkitan Islam yang bermula pada tahun 651. Di
dalamnya, terdapat koleksi hasil gangsa dari Iran, ukiran gading dari Anatolia, arca
Sumeria, hasil kerja seni yang diperbuat daripada perak dan emas dari tamadun
Achaemenian dan Sassanian. Bahan-bahan pameran ini semua diperhatikan oleh Rashid
dan Aliya dengan penuh minat.

“Jika kau berkesempatan, kau harus ke Vorderasiatisches Museum di Berlin,”


bisik Awang ke dalam telinga Rashid. “Di sana nanti kau boleh melihat sendiri pintu
gerbang Ishtar serta singgahsana Raja Nebuchadnezzar II.”

Rashid menoleh ke arah Awang yang tiba-tiba sahaja muncul di sebelahnya. Dia
tersenyum. Aliya bercekak pinggang kerana lama mereka menunggu ketibaan Awang di
sini.

“Buat apa ke Berlin bila kita boleh melihat sendiri pintu gerbang Ishtar ketika ia
masih lagi berada di Kota Babylon dengan menggunakan mesin waktu?” kata Rashid
kemudian sambil memandang kepada Aliya. Rashid dapat melihat wajah Aliya berubah
apabila dia menatap wajah Awang lama-lama, seolah dia dapat melihat dan memahami
sesuatu yang sedang mengganggu fikirannya.

Damak yang pada ketika itu sedang merenung ke arah sebuah arca purba kepala
kambing gurun yang diperbuat daripada batu dari Mesopotamia berjalan mendapatkan
Awang.

“Lama kau menghilang...” tegur Damak dengan suara yang cukup sinis. Awang
tidak menjawab. Dia terus berpaling ke arah Lilith lalu bertanyakan kepadanya jika
mereka semua sudah bersedia untuk memulakan misi mereka pada malam ini.

“Mereka semua telah bersedia,” jawab Lilith dengan pasti. Mata Lilith terus
kepada Awang dengan satu pandangan yang penuh bermakna.

http://nizamzakaria.blogspot.com 321
“Kau dah teliti betul-betul peta Met?” tanya Awang kepada Damak.

Damak mengangguk pasti. Segala ceruk muzium ini sudah dihafalnya.

“Dr. Jaime Stuenkel dari New York University akan berada di makmal x-ray
untuk cuba melihat kandungan kotak yang memenjarakan Ahriman. Makmal ini letaknya
di bahagian belakang muzium ini yang menghadap ke arah Central Park.” Awang
memberikan taklimat. “Kita terpaksa menunggu sehingga dia mengeluarkan kotak ini di
dalam bilik simpanan di tingkat bawah. Dia akan melakukan perkara ini pada pukul 7.42
malam ini. Ahriman dikatakan berjaya dibebaskan beberapa minit selepas itu.”

"Kenapa kau tidak suruh aku sahaja curi kotak itu sekarang?" tanya Damak
dengan sinis. Memang soalan Damak itu ada betulnya...

“Lalu kau mahu buat apa dengan kotak itu? Semua perkara yang akan berlaku,
tetap akan berlaku sama ada kau suka atau tidak. Jika kau dapat mencuri kotak ini
sekalipun, Ahriman tetap akan dapat dibebaskan pada malam ini, mungkin dalam cara
yang lain. Sebab ini semua telah ditentukan.” Awang menjawab soalan Damak tadi
dengan nada yang serius.

Aliya memandang ke arah Awang apabila dia dapat mendengar pengumuman


bahawa muzium ini akan ditutup di dalam masa setengah jam, iaitu pada tepat pukul 5.15
petang.

“Sebaiknya kita semua berpisah sekarang.” Getus Awang dengan suara yang
tegas. “Hidupkan fungsi halimunan masing-masing dan bertemu semula di hadapan bilik
3B di tingkat bawah tepat pukul 7.30 malam.”

Rashid tersenyum ke arah Aliya. Mereka berdua berjalan ke depan bersama


beberapa orang pengunjung yang sedang bergerak ke situ. Lilith berjalan ke arah
bertentangan.

Awang memandang ke arah Damak. Dia nampaknya tidak mahu bergerak ke


mana-mana.

“Kenapa?” tanya Awang kepada Damak apabila dia melihat Damak merenung ke
dalam matanya.

“Beberapa jam lagi aku akan mati... Kau rasa apa yang patut aku fikirkan
sekarang?” tanya Damak dengan nada yang tertahan-tahan sebalnya.

“Entah... Aku sendiri tak tahu.” Jawab Awang selamba. “Aku pernah mati sekali
sahaja, jadi aku masih tak tahu bagaimana untuk aku jawab soalan kau tu.” Awang terus
membawa Damak berjalan turun ke tingkat pertama lalu membawa Damak ke bahagian
yang agak popular di muzium ini: Galeri pameran senjata dan perisai.

http://nizamzakaria.blogspot.com 322
“Aku tak tahu kenapa aku tetap mahu melakukan ini semua apabila aku tahu kau
akan membunuhku sebentar lagi.” Ujar Damak, dia berpaling ke arah Awang, tetapi
didapatinya Awang hilang dari pandangannya. Awang telah menghidupkan fungsi
halimunan pada pakaiannya setelah dia memastikan tidak ada pengunjung muzium yang
berada di sekeliling mereka pada waktu itu.

Damak mengeluh. Dia sendiri kini membuat tubuhnya hilang dari pandangan
dengan mengasimilasikan tubuhnya kepada keadaan di sekelilingnya dengan cara
penyamaran optik.

Dengan menggunakan penglihatan infra-merahnya, Damak dapat melihat Awang


sedang berada di hadapan pameran senjata dari empayar Osmaniah dan Mughal di India.
Awang berjalan sambil melihat pameran-pameran senjata di hadapannya.

“Sebab... Kau kenal hati budi aku. Kau tahu siapa aku.” Jawab Awang setelah
lama dia mendiamkan dirinya. “Kau tahu setiap perkara yang aku lakukan pasti ada
sebab-sebabnya.”

Kata-kata Awang itu membuatkan Damak berfikir tentang diri Awang yang telah
dikenalinya sejak kecil. Jauh di dalam hatinya, dia tahu Awang amat-amat menyayangi
dirinya. Awang tidak mungkin akan melalukan sesuatu untuk mengkhianatinya.

Awang terus berjalan. Kini dia terus berjalan ke arah Petrie Court. Keadaan di
dalam muzium semakin sunyi. Muzium ini kosong. Tidak ada lagi pengunjung-
pengunjung yang memenuhi muzium ini seperti sebelumnya. Yang ada cuma beberapa
orang pekerja yang sedang memastikan keadaan di dalam muzium bersih dan terjaga.

Damak mendapati Awang berhenti di hadapan arca marmar oleh Antonio Canova
yang bertajuk ‘Perseus With The Head Of Medusa’ di tengah-tengah Petrie Court. Arca
itu menunjukkan keadaan Perseus memegang kepala Medusa yang telah dipancungnya.
Arca ini merupakan arca kegemaran Awang di dalam muzium ini.

“Jadi sebentar lagi aku akan membunuhmu...” Awang berkata dengan suara yang
rendah. Dia mengeluh lesu tatkala berkata, mengingatkan suatu perkara yang telah
menghantui Damak selama ini.

“Aku tidak akan membenarkan!” getus Damak berdiri di hadapan Awang tatkala
dia masih di dalam keadaan penyamaran optiknya.

“Kau tidak mungkin akan dapat melawan takdirmu sendiri.” Sahut Awang
perlahan.

Damak mengelilingi tubuh Awang. Dia tak tahu apa yang harus dilakukannya
sekarang. Haruskan dia reda menerima hakikat bahawa Awang akan membunuhnya
sebentar lagi?

http://nizamzakaria.blogspot.com 323
“Damak... Mengapa agaknya kita diketemukan di Melaka dahulu, sehingga kita
akhirnya berada di sini?” tanya Awang lalu berjalan ke arah tingkap besar yang mengarah
ke Central Park. Keadaan di luar semakin gelap.

“Aku sendiri tidak tahu, Awang.” Jawab Damak dengan perlahan. Awang terus
termenung memandang ke arah keadaan Central Park di musim luruh. Beberapa batang
pokok sudah pun mengeluarkan dedaun berwarna kemerahan. Cantik.

Dr. Jaime Stuenkel adalah seorang pakar di dalam penyelidikan artifek-artifek purba dari
tamadun Babylon. Di dalam usia yang begitu muda, dia telah menulis di dalam beberapa
buah jurnal terkemuka, termasuklah Journal of Ancient Near Eastern History and Biblical
Studies, Journal of Ancient Civilizations dan The Journal of the Royal Asiatic Society.

Dr. Jaime cukup teruja apabila dirinya diberikan tanggungjawab membuat


penyelidikan terhadap sebuah artifek seni yang telah ditemui di sebuah kawasan di kota
Hillah di Iraq. Kota Hillah setahunya telah dibina di atas peninggalan kota purba Babylon.

Dr. Jaime memerhatikan kotak aneh yang mahu dikajinya ini, yang telah
dikeluarkan di dalam sebuah bilik peti besi yang jarang-jarang dapat dimasuki oleh
mereka yang tidak berkenaan. Bilik peti besi yang terdapat di bahagian bawah bangunan
Met itu telah digunakan untuk menyimpan beberapa artifak bersejarah tidak ternilai
harganya.

Setelah kotak ini dikeluarkan di dalam bilik simpanannya, Dr. Jaime terus ke bilik
x-ray untuk melakukan beberapa kajian lanjut terhadap artifak purba ini. Ketika sedang
membawa artifak ini ke bilik x-ray, Dr. Jaime telah menggoncangkan kotak dengan
perlahan dan penuh berhati-hati. Tidak terdapat bunyi yang dapat memberikan sebarang
tanda yang menunjukkan terdapat objek yang tersimpan di dalam kotak kecil ini yang
kelihatan seperti sebuah kotak yang digunakan untuk menyimpan barang-barang kemas.

Seperkara yang aneh mengenai kotak ini adalah ia tidak mempunyai sebarang
mekanisme untuk membolehkan Dr. Jaime membuka kotak ini. Yang menghairankan
lagi, kotak ini telah ditanam beberapa meter di bawah tanah – seolah-olah mereka yang
telah menanamnya tidak mahu kotak ini ditemui oleh sesiapapun sampai bila-bila.

Dr. Jaime menghidupkan mesin X-ray. Dia meletakkan kotak ini di hadapannya
untuk melihat kandungan yang terdapat di dalam kotak ini. Kemudian dia tersenyum
seorang diri memikirkan segala habuan yang bakal diterimanya apabila dia berjaya
mengkaji kotak ini dengan lebih mendalam lalu menerbitkan hasil kajiannya ke dalam
jurnal sejarah yang berprestij. Di dalam lima tahun lagi, apabila usianya meningkat ke
usia 40 tahun, dia pasti akan dapat menjadi seorang profesor yang disegani di Universiti
New York yang menjadi idamannya selama ini.

Ada sesuatu tentang kotak ini yang tiba-tiba sahaja telah menarik perhatian Dr.
Jaime. Dia memandang ke bahagian ukiran di tepi bahagian kotak. Dia teringatkan

http://nizamzakaria.blogspot.com 324
kepada hadiah ‘Chinese Puzzle Box’ yang pernah diterimanya untuk hadiah Krismas dari
bapanya ketika dia kecil dahulu. Kotak khas yang diberikan oleh bapanya itu hanya boleh
dibuka setelah dia berjaya mencari ‘kunci’ yang tersembunyi yang telah dibina di
bahagian kotak ini.

Dr. Jaime mencari kanta pembesarnya. Dia melihat ukiran-ukiran halus yang
terdapat di tepi bahagian kotak ini. Sememangnya, apa yang dilihatnya cantik. Apabila
kotak ini dipamerkan nanti, ia pasti akan dijadikan antara pameran yang paling berharga
di galeri ‘Ancient Near Eastern Art’.

Pintu bilik X-ray dibuka. Tiba-tiba Dr. Jaime dapat melihat beberapa orang yang
tidak dikenalinya masuk ke dalam bilik tanpa diundangnya.

“Siapa kamu semua?” tanya Dr. Jaime kehairanan.

“Berikan kotak itu kepada kami!” perintah Awang dengan suara yang tegas.

Dr. Jaime terus mengambil kotak itu yang telah diletaknya di atas meja x-ray. Dia
memeluk kotak itu lalu cuba melarikan dirinya ke tingkap berdekatan.

Awang terus bergerak lalu menunggunya di sana. Dr. Jaime terkejut.

“Kotak ini perlu diberikan kepada kami, Dr. Jaime.” Kata Lilith dengan suara
yang lembut. “Jika tidak, padah jadinya.”

“Tidak!” Dr. Jaime menggelengkan kepalanya. Matanya kini kepada kotak yang
dipeluknya. Dia tidak tahu mengapa mereka mahu mendapatkan kotak ini darinya. Pasti
mereka semua ini adalah pencuri harta karun, fikirnya di dalam hati.

Ketika Dr. Jaime sedang memeluk kotak ini lantas tangannya tersentuh bahagian
tepi kotak ini, dia dapat merasakan satu butang kecil yang diperbuat daripada batu
permata berwarna biru. Kini Dr. Jaime pasti butang ini merupakan ‘kunci’ rahsia yang
telah dibina ke dalam kotak ini yang dapat digunakan untuk membuka kotak istimewa ini.
Sebelum kotak ini dicuri, Dr. Jaime berfikir mungkin ada baiknya jika dia membuka
sendiri kotak ini dan mengetahui apa yang tersimpan di dalam kotak yang mahu diambil
oleh sekumpulan penceroboh yang mahu mendapatkan kotak ini darinya.

Dengan perlahan, Dr. Jaime menekan butang kecil itu. Beberapa detik kemudian
dia dapat merasakan gegaran kecil pada kotak ini. Beberapa mekanisme di dalam kotak
purba ini bergerak.

Awang dan Lilith saling berpandangan. Wajah Awang jelas pucat. Dia terus
merampas kotak itu dari tangan Dr. Jaime, satu perkara yang sepatutnya dilakukannya
sejak tadi lagi. Di wajah Awang terlukis seribu penyesalan. Kini dia terpaksa berhadapan
dengan sesuatu yang telah dijangkakan akan berlaku.

http://nizamzakaria.blogspot.com 325
Awang meletakkan kotak itu di atas sebuah meja berdekatan. Dia berjalan
beberapa tapak ke belakang. Dr. Jaime berjalan ke arah kotak tersebut dengan perasaan
ingin tahu.

Kotak ini kemudian terbuka dengan sendirinya. Di dalamnya terpancar sinaran


cahaya yang terang dan indah. Kelipan-kelipan asap bercahaya keluar berkepul lalu
berubah menyerupai lembaga manusia.

Maka apa yang muncul dari kotak yang telah terbuka dengan sendirinya itu adalah
seorang pemuda berwajah kacak dalam keangkuhannya. Pakaian yang dipakainya persis
seorang firaun.

Pemuda itu memandang ke arah Dr. Jaime. Belum sempat Dr. Jaime dapat berbuat
apa-apa, pemuda itu menggenggam leher Dr. Jaime, lalu terus menyedut tenaga hidupnya,
lantas membuat dia menggelupur lalu kaku mati.

“Ahriman!” getus Lilith. Dia bergerak beberapa langkah ke arah makhluk yang
sepatutnya mempersenyawakan dirinya.

“Lilith... Sememangnya aku sudah dapat mengagak kaulah ratuku yang pertama
yang akan menemuiku nanti.” Kata Ahriman dengan matanya terus memandang ke arah
Lilith.

“Banyak perkara yang telah berlaku selama kau dipenjarakan, Ahriman!” gerutu
Lilith yang jelas mencemuhnya.

Ahriman mendongakkan kepalanya. Dia cuba memuat turun segala data kolektif
dari Daevas yang patut difahaminya. Beberapa detik sahaja kemudian dia menyeringai
marah.

“Kenapa kau mengkhianati aku, Lilith?” wajahnya bengis. Dia terus


mengeluarkan pedang yang tersisip di penggangnya lalu mengayunkan pedangnya itu. Dia
memandang ke arah Damak, Rashid, Aliya dan Awang. Dia menggelengkan kepalanya
sambil ketawa kecil.

“Nampaknya darah Tiresias mengalir pekat di dalam diri kamu semua.” Suaranya
cukup angkuh. Tidak ada makhluk lain di dalam dunia ini yang lebih dibencinya dari
Tiresias yang telah memenjarakannya di dalam kotak Babylon ini lalu tertanam dengan
begitu lama di tengah-tengah sebuah kawasan padang pasir yang tandus. “Kau tahu
bukan... Kau semua perlu mati malam ini juga?”

Tanpa amaran, Ahriman melepaskan satu panahan petir tari tangan kirinya ke arah
Aliya. Lilith cepat-cepat bergerak lalu menghalang panahan petir itu dari terkena kepada
Aliya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 326
Aliya menjerit sekuat hati memanggil nama Lilith apabila panahan petir
menyambar tubuh Lilith. Tubuh Lilith rebah ke atas lantai. Lilith kini berubah kepada
keadaan asalnya – seorang makhluk yang menyerupai seekor serangga humanoid gergasi.

Aliya terus mendapatkan Lilith. Aliya dapat melihat bahagian tengah tubuh Lilith
berasap. Mulutnya tersedak lantas memuntahkan darah.

“Jahanam kau, Ahriman!” jerit Aliya yang sememangnya mempunyai hubungan


yang rapat dengan Lilith. Kini tubuh Lilith kaku di dalam dakapannya.

Ahriman tersenyum lalu terus berjalan menembusi tembok di hadapannya.

“Rashid, ratu-ratu Daevas yang lain sedang berada di sini. Kau perlu melakukan
sesuatu agar mereka tidak dapat membawa Ahriman keluar dari bangunan ini!” perintah
Aliya. Rashid mengangguk cepat. Dia memandang ke arah skrin di lengannya. Dia dapat
melihat kedudukan ratu-ratu Daevas yang sedang menceroboh masuk ke dalam muzium.

“Mereka sedang berada di galeri Mesir purba.” Ujar Rashid kepada Awang dan
Damak.

Awang mengangguk. Dia memberi isyarat kepada Damak dan Aliya supaya
mengikutnya, lalu menggunakan jalan pintas terdekat untuk ke galeri tersebut.

Aliya dan Awang terus terapung laju ke arah timur, ke galeri yang menghadap ke
5th Avenue itu. Damak berlari menembusi beberapa buah tembok. Rashid yang sehingga
kini masih belum mampu terbang, terus berlari dengan laju untuk berhadapan dengan
seteru-seterunya.

Mereka kini tiba di bahagian galeri yang menempatkan kuil Dendur yang telah
dibina di Nubia pada tahun 15 Sebelum Masehi. Kuil tersebut nampak cukup-cukup gah
di dalam bahagian yang di kenali dengan nama ‘The Sackler Wing’ itu.

Rashid termengah-mengah apabila dia tiba di bahagian ini. Dia dapat melihat
enam orang wanita yang sedang berjalan masuk dewan Sackler dari arah galeri Mesir
Purba. Rashid berhenti lalu menumpukan perhatiannya untuk membuat mereka semua
keliru lantas berfikir mereka benar-benar berada di Nubia, Mesir lebih dua ribu tahun
yang lalu.

Sementara itu, Ahriman tiba-tiba muncul di hadapan pintu gerbang kuil Dendur.
Dia dapat melihat keenam-enam ratunya berdiri dengan satu pandangan yang kosong.
Fikiran mereka kini di tempat lain. Ahriman mendengus marah.

Ahriman memandang ke arah Rashid. Di dalam keadaan marahnya, dia terus


mengarahkan panahan petir yang dikeluarkan dari tangan kanannya ke arah Rashid.

http://nizamzakaria.blogspot.com 327
Belum sempat panahan petir itu terkena kepada tubuh Rahsid, Aliya telah terlebih
dahulu melindungi Rashid dengan mengadakan sebuah medan tenaga mengelilingi
Rashid dan dirinya.

“Kau fikir kau boleh melawan aku?” tanya Ahriman kepada Aliya, walaupun dia
tahu, kuasa yang ada di dalam diri Aliya pernah ada di dalam diri Tiresias yang telah
berjaya menumpasnya dahulu. Sengihan terukir di wajah Ahriman apabila dia
mengeluarkan kalimah-kalimah ini dari mulutnya. Satu sengihan yang teliti menghitung
nasibnya.

“Jangan bergerak, Ahriman!” Awang mendekatkan dirinya kepada musuhnya itu,


diikuti oleh Damak di sisinya.

“Jadi apa yang kau fikir kau dapat lakukan kepadaku nanti?” Ahriman bertanya
tanpa memandang ke arah Awang. Dia menggunakan tangannya lalu menggunakan
kuasanya untuk mencampakkan tubuh Awang dan Damak sehingga tubuh mereka
terpelanting terkena tembok pintu gerbang di hadapan kuil Dendur sehingga pecah.

Ahriman kini memandang tepat ke arah Aliya. Dia ingin mengukur sejauh mana
kuasa yang ada di dalam vampiro orakel ini. Hanya dengan cara ini dia dapat melihat
lantas memanipulasi kelemahan yang ada di dalam diri Aliya.

“Jangan pandang ke arahnya Aliya!” dengus Awang yang dapat mengagak apa
yang akan dilakukan oleh Ahriman. Aliya tidak sempat berpaling ke arah lain. Dia
terpukau melihat biji mata Ahriman berubah merah tatkala merenung ke arahnya.

Ahriman terus memandang ke dalam mata Aliya. Aliya mula dapat merasakan
tenaganya semakin lemah. Medan tenaga yang melindungi dirinya dan Rashid kini terus
hilang.

Ahriman menggunakan kuasanya untuk mengangkat kedua-dua tubuh vampiro


muda ini ke udara. Di dalam masa yang sama, keenam-enam ratu Daevas di hadapannya
tersedar dari terus dipukau Rashid.

Damak dan Awang dapat melihat bahawa Kira mengetuai misi ratu-ratu Daevas
ini untuk menyelamatkan Ahriman. Sebelum bertolak ke Kota New York, mereka berdua
telah diberitahu oleh Lilith bahawa kuasa luar biasa yang ada di dalam diri ratu-ratu
Daevas ini semakin berkurangan sekarang. Mereka kini sedang menumpukan segala
tenaga mereka di dalam proses metamorfosis agar diri mereka dapat disenyawakan dan
dapat bertelur lantas memulakan koloni-koloni Daevas di enam buah lokasi rahsia yang
telah ditentukan mereka.

Rashid dan Aliya kini menjerit kesakitan diseksa Ahriman. Awang menggunakan
kuasanya untuk cuba menangkis serangan Ahriman terhadap Aliya dan Rashid. Awang
cuba membakar tubuh Ahriman, tetapi tidak berjaya. Ahrimah terlalu kebal. Kuasa yang
ada di dalam diri Awang langsung tidak dapat menangkis kuasa yang ada pada diri
Ahriman.

http://nizamzakaria.blogspot.com 328
Awang mendapati setiap perkara yang dilakukannya kepada Ahriman akan
membuatkan Ahriman semakin bertenaga. Awang juga mula mendapati seterunya itu
telah menggunakan kuasanya untuk menyerap tenaga kehidupan yang ada pada dirinya
sehingga membuat dirinya menjadi semakin lemah.

“Seperti yang aku katakan, kau semua akan mati pada malam in juga!” tempelak
Ahriman terus menyeksa Rashid dan Aliya. Keadaan dirinya kini semakin bertenaga,
lebih-lebih lagi setelah dia menyerap tenaga kehidupan Awang dan kini pula, dua orang
pengawal muzium yang sedang mengacukan senjata mereka ke arahnya. Tubuh mereka
berdua bergelimpangan di atas lantai.

“Lepaskan mereka!” perintah Damak yang sejak tadi hanya mendiamkan dirinya,
mengukur segala kekuatan yang ada di dalam makhluk yang mempunyai kuasa di luar
jangkauannya ini.

Ahriman mengarahkan panahan petir kepada Damak. Tubuh Damak berpecah


seribu sebelum dia bercantum semula di hadapan Ahriman.

“Ahriman hanya akan melepaskan kedua vampiro muda kesayanganmu ini jika
kau sanggup membunuh Damak!” beritahu Kira kepada Awang. Kira tahu bahawa hanya
Awang yang dapat membunuh Damak. Dia juga tahu bahawa hanya Damak sahaja yang
mampu membunuh Ahriman dengan menggunakan kuasa yang ada di dalam dirinya.

Awang perlu membuat keputusan dengan cepat. Tubuh Rashid dan Aliya
kelihatan terkulai terapung di udara. Mereka akan mati bila-bila masa sahaja apabila
segala tenaga kehidupan mereka dapat diserap oleh Ahriman.

Beberapa detik kemudian, Damak menoleh ke belakang. Dia dapat melihat


senario ini berlaku kepada dirinya sebelum ini. Awang bergerak pantas dengan segala
tenaga yang masih terdapat di dalam dirinya untuk menikam ke bahagian perut Damak
dengan menggunakan pisau secespitanya.

“Maafkan aku, Damak,” ucap Awang dengan perlahan ke dalam telinganya.


Wajahnya jelas sedih. Pisau secespita terus dibiarkan tertusuk di perut Damak.

Damak merasa satu kesakitan yang pernah dirasainya ketika tubuhnya disiat
hidup-hidup oleh Cassius dahulu. Semua ini datang semula kepadanya. Di dalam masa
yang sama, dia dapat melihat seluruh kehidupannya berlalu pantas di dalam mata hatinya.

Tubuh Aliya dan Rashid yang terapung sejak tadi kini terjatuh di atas lantai.
Mereka berdua membuka mata mereka dengan lemah lantas mereka dapat melihat Kira
berjalan ke arah tubuh Awang yang lemah itu sambil mengeluarkan pedangnya. Sepantas
kilat Kira mengayunkan pedangnya lalu memenggal kepala Awang.

Kepala Awang jatuh ke atas lantai. Tubuh Awang tanpa kepala itu jatuh di atas
lantai dengan darah merah pekat terpancut deras keluar dari bahagian lehernya. Kira

http://nizamzakaria.blogspot.com 329
mengambil kepala Awang dengan menggenggam rambut Awang lalu mengangkatnya
untuk menunjukkan kepala Awang ke arah Ahriman.

Mata Damak berpinar-pinar tatkala menahan kesakitan yang amat sangat. Dia
sedar nyawanya sudah sampai ke penghujungnya. Di dalam perhitungan itu, dia tidak
faham mengapa Awang membiarkan dirinya dibunuh dengan begitu mudah.

Damak menoleh ke arah Aliya. Gadis vampiro itu sedang memandang ke arah luar
dinding kaca di sebelah kuil Dendur seolah sedang menunggu sesuatu yang akan berlaku
di situ...

http://nizamzakaria.blogspot.com 330
Buku IV. Bab 6

Aliya memegang tangan Rashid dengan erat. Dia berpaling ke arah Rashid, lalu Rashid
mengangguk mengerti – bersedia melakukan satu perkara yang telah mereka rancang
sebelum ini yang akan dilakukan beberapa detik lagi.

Aliya sekali lagi memandang ke arah dinding kaca di hadapannya. Kini dia pasti
sesuatu akan berlaku di sana, tepat pada saat yang dijangkakannya.

“Sekarang!” perintah Aliya kepada Rashid. Bersama-sama mereka menumpukan


perhatian mereka untuk menggabungkan kuasa yang mereka ada lalu ditujukan kepada
Ahriman. Buat beberapa ketika itu, fikiran Ahriman dikawal mereka, selagi tenaga
mereka masih ada.

Dengan tiba-tiba, dinding kaca di hadapan mereka pecah seribu. Dengan


menggunakan mata vampironya, Aliya dapat melihat beribu-ribu serpihan kaca seakan-
akan terapung di udara, perlahan-lahan terbang ke dalam muzium.

Lembaga dua orang wanita dan seorang lelaki bergerak pantas di antara deraian
kaca yang sedang kelihatan terapung di udara. Mereka melangkah segak seolah sudah
bersedia untuk menggempur dan melawan seteru mereka.

Lelaki tersebut memandang ke arah Aliya. Dia tersenyum, lalu bergerak ke arah
Damak.

Aliya dapat melihat Rashid terus menumpukan perhatiannya untuk mengaburi


mata Ahriman. Rancangan mereka kali ini pasti akan membawa kejayaan – atau itulah
yang diharapkan mereka. Mungkin peluang mereka untuk mengalahkan Ahriman akan
akhirnya terbuka buat kali ini.

Teksi yang kunaiki berhenti betul-betul di hadapan Perpustakaan Awam New York yang
terletak di 42nd Street. Aku menyerahkan sejumlah wang kepada pemandu teksi yang
telah membawanya dari Lapangan Terbang Newark ke destinasinya ini.

“Keep the change!” kataku dalam loghat New York yang pekat. Kota ini bukan
sebuah kota yang asing bagiku. Aku telah bermastautin di kota ini sejak awal tahun 70-an
sehinggalah ke pertengahan tahun 80-an. Banyak rahsia yang tersimpan di dalam kota ini
sudah kufahami. Setiap ceruk di kota ini juga puas aku jelajahi.

Aku menutup pintu teksi lalu mataku terus tertancap ke hadapan. Bangunan
Perpustakaan Awam New York dengan seni bina rekaan Beaux-Arts yang berdiri megah
di Fifth Avenue dan 42nd Street. Buat pertama kalinya, aku dapat melihat keindahan
bangunan ini di siang hari – ternyata, bangunan ini nampak lebih indah apabila cahaya
matahari senja melimpah menerangi setiap ukiran halus yang menghiasi bahagian luar
bangunan perpustakaan tersohor di dunia ini.

http://nizamzakaria.blogspot.com 331
Aku menarik nafasku dalam-dalam. Aku mendapati masih terdapat ramai
pelancong yang datang ke kawasan ini walaupun keadaan semakin gelap dan
perpustakaan ini baru sahaja ditutup sebentar tadi. Aku berjalan ke arah salah sebuah dari
dua arca singa yang di letakkan di sisi sebelah kanan dan kiri perpustakaan ini.

Seorang pelancong muda dari Jepun menegurku dari belakang, lalu memintaku
supaya mengambil gambarnya bersama dua orang rakannya yang lain di hadapan arca
singa yang menjadi ikon kepada perpustakaan ini. Aku melemparkan sekuntum
senyuman, lalu mencapai kamera digital kepunyaan gadis Jepun yang menegurku tadi.

Dengan pantas aku mengambil gambar ketiga-tiga gadis Jepun berkulit gelap
dengan memakai pakaian yang menjadi ikutan gadis-gadis ganguro di Shibuya.
Sememangnya fesyen yang diperagakan mereka nampak aneh di tengah-tengah Kota New
York ini.

“Domo...” Mereka bertiga menunduk hormat sambil mengucapkan terima kasih


kepadaku. Aku lantas menyahut dengan bahasa Jepun yang lancar - memberitahu kepada
mereka bahawa aku sesungguhnya mahu meminta maaf jika aku tidak mampu mengambil
gambar yang cantik untuk mereka.

Gadis yang menegur aku tadi cuba berbual denganku sebaik sahaja dia mendapat
tahu aku mampu bertutur dalam bahasa Jepun dengan fasih. Gadis itu bertanyakan
kepadaku jika aku tidak keberatan mengikut mereka bersiar-siar. Aku terpaksa menolak
permintaan gadis tersebut dengan baik seraya mengatakan bahawa aku perlu
menyelesaikan sesuatu perkara yang penting di sini terlebih dahulu. Gadis itu nampak
kecewa. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu meminta aku senyum. Aku menurut
sahaja permintaannya itu. Gadis itu mengambil gambarku dengan menggunakan telefon
bimbitnya sebelum dia melambaikan tangannya lalu bersama kedua orang kawannya,
berjalan ke arah Times Square.

Aku menarik nafasku. Nasib gadis Jepun yang manja itu cukup baik. Jika di masa
lain, pasti aku akan mengekorinya lalu menjadikannya mangsaku. Tapi perkara ini sudah
lama tidak kulakukan sejak terciptanya darah sintetik yang dapat menghilangkan
dahagaku kepada darah manusia...

“Sejak dahulu lagi kau menjadi tarikan budak-budak muda seperti mereka... Tak
kira lelaki atau perempuan ke mana sahaja kau pergi!” ujar seorang gadis remaja yang
kelihatan ranggi dengan pakaian terbaru yang pernah diperagakan Lindsay Lohan dalam
malam anugerah MTV Movie Awards. “Macam Eva inilah... Dia gilakan kau bila
pertama kali dia bertentang mata dengan kau!”

Eva yang sedang berdiri di sebelah Ivana mencubitnya. Dia kelihatan ranggi
dengan pakaian yang pernah dipakai oleh Paris Hilton - yang telah dilihatnya di dalam
sebuah majalah yang baru dibelinya semalam.

http://nizamzakaria.blogspot.com 332
Kedua-dua vampiro kembar ini mendakap tubuhku dengan erat. Rindu benar
mereka kepadaku.

“Selama sebulan kau berada di kota ini, apa yang telah kamu berdua lakukan?”
tanyaku ingin tahu. Aku benar-benar berharap mereka tidak akan menghabiskan masa
mereka dengan bersiar semata-mata, kerana kota ini memang banyak tarikannya.

“Shopping!” jawab mereka serentak, lalu mereka ketawa berdekah-dekah.

Aku mengesotkan bibirku ke tepi. Aku tahu kembar ini sengaja mahu
mengusikku. Kemudian aku dapat melihat perubahan yang jelas di wajah mereka. Sedih.
Mereka tahu aku sedang meniti saat-saat terakhir kehidupanku...

Untuk menghilangkan rasa sedih di hati mereka, aku terus membawa mereka
berjalan ke arah Bryant Park yang letaknya di bahagian belakang perpustakaan ini.

“Kami berjaya menemui subjek kita tu. Dia mempunyai sebuah apartmen di San
Remo, Central Park West. Sukar juga untuk kami menjejakinya... Ye lah, kota ini
bukannya kecil. Tetapi seperti yang kau katakan, kota ini dihuni oleh ramai vampiro...”
Eva menjelaskan kepadaku. Aku dapati perasaannya kembali tenang sebaik sahaja dia
melangkah masuk ke kawasan Bryant Park yang dikelilingi bangunan-bangunan tinggi
ini.
Seperti biasa, di sini, aku dapat melihat beberapa pasangan yang sedang duduk
berehat di atas bangku yang disediakan. Mungkin mereka adalah pelancong yang
kepenatan setelah sehari suntuk berjalan menjelajah kota ini, fikirku di dalam hati.

“Kami akhirnya menemui seorang vampiro yang mengenalinya—“ Jelas Ivana


pula sebelum kata-katanya aku pintasi:

“Vampiro Kevin...”

“Ya, kami telah menemuinya baru seminggu yang lepas, lalu dia memberitahu
kami di mana kami boleh pergi menemui subjek kami itu.” Mata Ivana meleret
memandang ke wajah Eva.

“Bagaimana kau tahu kami telah menemui vampiro Kevin?” tanya Eva kepadaku.
Matanya menyinggahi ke arah ‘Le Carrousel’ yang telah pun ditutup. Dari jauh dia dapat
mendengar kata-kata seorang ibu kepada anaknya yang masih kecil bahawa dia tidak
boleh menaiki patung kuda yang berpusing di dalam satu bulatan ini kerana hari sudah
lewat. Mereka perlu pulang ke rumah mereka yang terletak di Bronx.

“Siapa lagi jika bukan dia?” Aku menjawab sambil menarik nafasku. “Subjek kita
itu mahu dirinya ditemui kau berdua. Sebab itulah kau akhirnya diketemukan dengan
vampiro Kevin.”

“Jadi subjek kita itu tahu tentang kehadiran kami di sini?” tanya Eva, kepalanya
mendongak memandang ke arah bangunan Bryant Park Hotel yang berwarna hitam itu.

http://nizamzakaria.blogspot.com 333
Ingin sahaja aku memberitahu kepada mereka aku suka bertenggek di bahagian atas
bangunan tersebut di malam hari sambil memerhatikan kesibukan kota New York yang
tidak pernah tidur ini.

“Sudah tentu... Kau berdua adalah vampiro. Kau mencarinya. Apabila kau
mencarinya, kau seolah menyerunya. Subjek kita itu merupakan seorang vampiro yang
akan menyahut panggilan sesiapapun yang menyerunya.” Jelasku yang serba mengetahui
tentang subjek yang dicari-cari itu.

Eva tersenyum mendengar penjelasan dariku tadi lalu berpaling ke arah Ivana.
Eva memegang lengan kananku dengan manja, diikuti oleh Ivana di sebelah kiri.

“Jadi ke mana arah tuju kita pada malam ini?” tanyaku kepada kedua kembar Eva
dan Ivana.

“Ke kelab malam Avalon yang terletak di 47 West, 20th Street.” Jawab Eva
dengan bersungguh-sungguh.

Aku membiarkan kedua-dua kembar ini memegang lenganku dengan erat lalu
berjalan dengan perlahan menikmati suasana hari lewat petang musim luruh itu. Kami
terus berjalan merentasi Bryant Park dengan membiarkan sepi menyelubungi diri kami di
dalam suasana kota New York sentiasa sibuk tidak kira waktu itu.

Kami tiba di daerah 47 West, 20th Street pada pukul 11 malam. Dari sana, kami terus
mencari kelab malam Avalon. Kami akhirnya menemui kelab malam yang tersohor di
kota New York, ini. Dengan melihat seni bina kelab malam ini dari luar, aku dapat
merumuskan bahawa Avalon pada asalnya adalah gereja yang telah diubah menjadi
sebuah kelab malam.

Di hadapan kelab malam itu, aku dapat melihat ramai pengunjung yang terpaksa
beratur dalam kesejukan agar mereka dapat masuk ke dalam. Mereka menjenguk-jenguk
ke dalam kelab, mengharapkan diri mereka akan dipilih untuk dipilih masuk ke dalam
kelab oleh petugas-petugas yang menjaga pintu masuk.

Sebuah kereta limosine berhenti di hadapan kelab malam Avalon. Seorang


pelakon filem aksi Hollywood terkenal keluar dari dalam limosine tersebut dengan
pasangannya, seorang supermodel yang berasal dari London. Beberapa orang paparazi
tidak melepaskan peluang ini lantas mengambil gambar mereka berdua.

Kehadiran diriku yang sedang diapit kedua-dua kembar Evna dan Ivana langsung
tidak disedari oleh petugas-petugas berwajah bengis yang sedang bertugas di bahagian
pintu masuk kelab Avalon. Mereka tidak dapat melihat kelibat kami kerana pergerakan
kami begitu pantas sehingga mengabui mata mereka.

http://nizamzakaria.blogspot.com 334
Sebaik sahaja aku masuk ke dalam perut kelab malam ini, mataku terus kepada
pengunjung-pengunjung yang sedang menari di dalam gereja berbentuk gothic ini.
Suasana di dalam kelab hingar-bingar dengan dentuman muzik tekno yang sedang
dimainkan oleh DJ yang sedang bertugas. Keadaan di dalam Avalon mengingatkanku
kepada keadaan di dalam Studio 54 yang sering aku kunjungi dahulu pada lewat tahun
70-an dahulu. Apa yang membezakan Studio 54 dengan Avalon adalah muzik yang
dimainkan serta saiz kelab ini yang kelihatannya lebih besar. Tahap hedonisme tetap
sama seperti dahulu, malah aku ada juga terserempak dengan beberapa orang vampiro
yang pernah mengunjungi Studio 54 – dan kini, mereka berada pula di dalam kelab ini,
menari dan bercampur gaul dengan manusia di sini.

Kami bertiga terus berjalan ke sebuah sudut di tingkat dua kelab ini. Bahagian ini
menempatkan sudut khas untuk pengunjung-pengunjung VIP kelab Avalon duduk
berehat. Bahagian ini tidak sesesak bahagian bawah yang dipenuhi dengan penari.

Aku memandang ke arah seorang lelaki yang sederhana tingginya, yang jelas
nampak segak. Dia mempunyai raut wajah yang luar biasa ketampanannya, rambutnya
hitam dan beralun, matanya gelap, bibirnya cantik dan cukup mengghairahkan, dan
terdapat satu kerlipan di matanya yang menunjukkan bagaimana segala kedangkalan
manusia yang telah dilihatnya selama ini adalah sesuatu yang tidak mampu lagi membuat
dia terkesima.

Tak salah lagi, aku sedang memandang kepada versi diriku sendiri yang wujud di
dalam dunia ini.

Aku menoleh ke arah refleksi dirinya melalui hiasan cermin sembung di


hadapanku. Aku dapat melihat diriku yang kelihatan seperti seorang pemuda berbangsa
Eropah. Aku terpaksa telah menukar rupa parasku dengan menggunakan fungsi medan
hologram agar tidak akan berlaku sebarang kekeliruan apabila aku pergi menemui versi
diriku yang satu lagi di sini.

“Apa khabar Awang,” ujar diriku yang satu lagi itu sambil tersenyum. Dia
ternyata telah dapat melihat keadaan sebenar diriku melalui mata hatinya.

“Baik...” Jawabku perlahan. Aku bersalaman dengan versi diriku yang satu lagi
itu. Serta-merta, perasaan pelik terus mengimbau diriku.

Aku merenung ke arah diriku yang satu lagi itu. Aku tidak pernah melihat keadaan
diriku seperti ini. Aku merasakan seolah-olah aku sedang memandang kepada sebuah
rakaman yang telah dilakukan terhadap diriku lalu dimainkan semula kepadaku. Pelik
juga rasanya apabila aku berpeluang untuk berbual dengan diriku sendiri.

Aku kemudian memandang ke arah vampiro Kevin. Vampiro Kevin sedang


membisikkan sesuatu ke dalam telinga versi dirinya yang satu lagi. Versi diriku itu
mengangguk, lantas dia meminta rakan-rakan vampironya yang lain supaya beredar dari
situ.

http://nizamzakaria.blogspot.com 335
Kini hanya tinggal Awang yang satu lagi ini duduk di atas sofa di dalam sudut
yang gelap ini. Dia lantas menjemputku berserta kembar Eva dan Ivana supaya duduk di
sisinya.

“Duduk Awang... Jangan malu-malu. Macam lah kita saling tak mengenali.”
Katanya kepadaku. Sempat juga dia berjenaka kepadaku dalam masa-masa yang terdesak
seperti sekarang. Kemudian dia menambah lagi sebaik sahaja kami bertiga melabuhkan
punggung kami di sisinya: “Aku rasa, misi kau untuk mengelakkan sejarah dari diubah
kurang berkesan. Sebab itulah kau mencari aku di sini... Bukan begitu?”

“Ya,” jawabku pendek. Selama ini aku tidak pernah menyangka bahawa aku
mempunyai sifat yang sedikit sinis. Setelah aku melihatnya berkata-kata, barulah aku
sedar tentang hal ini.

“Berapa lama agaknya kau sedar dirimu ini akan mati tidak lama lagi?” tanya
diriku yang satu lagi - kali ini dengan suara yang lebih perlahan. Dia ternyata dapat
membaca bahawa ajalku akan tiba tak berapa lama lagi.

“Sejak perjalanan sejarah diubah mereka sehingga semua ini berlaku,” jawabku
tanpa merasa sesal ataupun takut.

“Diubah seperti apa?”

“Jika perjalanan sejarah tidak diubah... Kau sepatutnya berada di Jepun pada saat
ini.”

“Di Jepun?”

“Ya, kau akan menghabiskan masamu di Tokyo dari tahun 2000 sehingga ke
tahun 2006, sebelum kau mengambil keputusan untuk berpindah ke Malaya.”

“Malaya? Maksud kamu Malaysia?”

“Bukan... Memang maksud aku Malaya. Di dalam dunia aku, Malaysia tidak
pernah wujud.” Beritahu Awang bersungguh-sungguh. “Kau akan menetap di Wilayah
Persekutuan Singapura selama lima tahun sebelum kau berpindah ke London...”

Awang yang satu lagi ini mengeluh. Kemudian aku dapat merasakan fikirannya
terlintas memikirkan tentang Cassius. Awang ini kemudian bertanya kepadaku:

“Bagaimana dengan Cassius?”

“Kami belum menyelamatkan lagi... Sebab itulah aku masih memerlukan


pertolongan kau.” Jawabku dengan sedikit penyesalan yang jelas terbayang di riak
wajahku.

http://nizamzakaria.blogspot.com 336
Awang yang satu lagi ini termenung panjang. Wajahnya jelas kecewa. Kemudian
dia mendengar penjelasanku kepadanya:

“Kau tahu aku akan mati, kerana masaku sudah tiba untuk mati. Aku perlu mati
agar kau dapat melakukan tugasmu dengan sebaik-baiknya nanti. Itu sahaja caranya untuk
kita melawan Ahriman nanti... Dia semangnya sukar untuk dikalahkan. Dia terlalu kuat.
Kita tak mungkin dapat mengalahkannya tanpa melakukan sesuatu untuk membuatkan
leka buat seketika. Satu-satunya cara untuk kita dapat melakukan perkara ini adalah untuk
membuatkan dia berfikir aku telah pun mati... Setelah Damak aku bunuh di hadapannya

“Selepas Ahriman dikalahkan nanti, kau pergilah selamatkan Cassius. Ini aku
amanahkan untuk kau.”

“Damak dibunuh?” dia bertanya dengan dahinya terkerut seribu.

“Ya... Hanya Damak sahaja mempunyai kuasa untuk membunuhnya. Dirinya


adalah satu mutasi. Jika tubuhnya itu berjaya masuk ke dalam tubuh Ahriman, dia akan
menjadi seperti virus yang akan menyerang lantas membunuh mesin-mesin mikroskopik
yang hidup dalam tubuh Ahriman selama ini lantas mengawalnya seperti boneka.”

“Jadi Damak sedang berada di sini?”

“Ya, Damak telah pun berjaya kami cari di dunianya, lantas kami bawa ke titik
ruang dan waktu ini.” jelasku sambil memandang ke arah Eva dan Ivana.

Mata Awang yang satu lagi ini mula kelihatan redup. Dia faham dengan
tanggungjawab yang perlu dilakukannya sekarang. Satu perkara yang tetap akan
dilakukannya walaupun tidak disuruh.

“Ada satu lagi permintaan yang perlu kau tunaikan untuk aku.” Kataku kepadanya
kemudian dengan suara yang rendah, hampir-hampir berbisik.

“Apa dia? Sebutkan sahaja...” Kata Awang yang satu lagi ini lantas mendekatkan
dirinya kepadaku yang sememangnya diketahuinya akan mati tidak lama lagi.

“Beritahu kepada Hanim... Cinta Damak kepadanya adalah cinta mati.”

Awang yang satu lagi ini mengangguk perlahan. Lidahnya kini terkunci. Dia terus
mendiamkan dirinya untuk mendengar rancangan yang dibentangkanku dengan teliti.
Satu perkara yang perlu dilakukannya sama ada dia suka atau tidak...

Dengan pantas Awang dari versi dunia ini masuk ke dalam muzium sebaik sahaja Eva
dan Ivana menggunakan kuasa mereka untuk memecahkan dinding kaca di hadapan
mereka dengan menggabungkan kuasa api dan air. Dinding kaca pecah seribu.

http://nizamzakaria.blogspot.com 337
Apabila Awang terbang masuk ke dalam muzium, dia dapat melihat sekujur tubuh
yang menyerupai dirinya terkulai di atas lantai tanpa kepala. Pemandangan ini
sememangnya terlalu aneh buat dirinya, tetapi dia tidak mempunyai masa untuk berhenti
memikirkan tentang ini semua. Misinya perlu diselesaikan dahulu.

Awang berpaling kepada Kira yang sedang memegang kepala versinya yang satu
lagi yang telah mati, lalu ditunjukkan kepalanya itu kepada seorang lelaki yang tidak
dikenalinya. Awang pasti bahawa lelaki ini adalah Ahriman.

Awang terus bergerak pantas seraya mengeluarkan pisau secespitanya. Dia terus
mendapatkan Damak yang kini perlahan-lahan rebah ke atas lantai untuk menikamnya
sekali lagi, setelah dirinya yang satu lagi telah pun menikam Damak sebelum ini.

"Namamu Kasturi, dengan tikaman kedua ini, kau akan hidup kembali!" bisik
Awang ke dalam telinga Damak yang telah pun mati tak sampai sesaat lamanya. Awang
membaca satu mantera yang hanya akan difahami Damak.

Mata Damak terbeliak apabila dirinya ditikam buat kali kedua. Tikaman kedua ini
menyebabkan mesin-mesin nanobot di dalam tubuhnya seperti diprogramkan untuk hidup
semula. Dia kini berdiri dengan dua bilah pisau secespita yang tertusuk di tubuhnya.
Awang kini pasti apa yang dilakukannya betul kerana Cassius sendiri pernah memberi
amaran kepadanya jangan menikam Damak sebanyak dua kali. Tikaman kedua akan
membuatkan Damak dua kali lebih berkuasa dari sebelumnya.

Akhirnya Awang mengerti mengapa Cassius mengeluarkan amaran ini. Cassius


mungkin sudah dapat melihat perkara ini akan lambat laun dilakukannya juga.

Awang terus merenung ke dalam mata Damak yang sudah lama tidak ditatapnya.
Awang melangkah beberapa tapak ke belakang. Damak mencabut kedua-dua belah pisau
yang tertancap di tubuhnya. Wajahnya kini berubah bengis.

Apabila Awang menoleh ke belakang, dia dapat melihat perubahan pada wajah
Kira. Kira mengayunkan pedangnya itu ke arahnya sambil mencampak kepala versi
Awang yang telah dibunuhnya itu ke tepi.

Awang melompat tinggi ke udara lalu memusingkan tubuhnya seperti seorang ahli
gimnastik. Kira terus mengejarnya. Kira bersungguh-sungguh mahu membunuh Awang
versi dunia ini pula, gamaknya.

Damak dapat melihat keadaan di sekelilingnya kelam kabut. Eva dan Ivana sedang
melakukan sesuatu untuk bersiap sedia melawan ratu-ratu Daevas di hadapan mereka.
Tubuh Awang pula dilihatnya berpusing di udara dengan sebilah pedang yang pernah
digunakan Tiresias untuk menyerang Kira.

Eva telah menggunakan kuasanya untuk mencipta sebuah bebola api berwarna
biru lalu menyerang seorang ratu Daevas yang mempunyai rupa seperti seorang wanita

http://nizamzakaria.blogspot.com 338
Jepun. Ratu Daevas itu terlalu pantas buat dirinya. Dengan cepat dia dapat mengelakkan
serangan Eva.

Eva perlu memikirkan sesuatu. Dia mendongak ke atas. Dia membaling sebuah
bebola api ke arah alat pengesan kebakaran yang dipasang di bahagian siling. Dalam
masa beberapa saat kemudian, air turun mencurah-curah ke dewan Sackler.

Ivana menggunakan kuasanya untuk mengawal setiap titik air yang jatuh, lantas
membuat titik-titik air yang dikawalnya ini seperti butir-butir peluru yang menyerang
musuh-musuhnya.

Di dalam saat-saat yang genting itu, Damak dapat merasakan satu tenaga yang
hebat menyusup masuk ke dalam tubuhnya. Di dalam pada itu, tercetus satu huraian di
dalam dirinya yang sebelum ini dia sendiri tidak tahu akan kewujudannya. Dia pasti
maklumat ini telah ditanam oleh Tiresias ke dalam fikirannya – untuk membuatkan dia
akhirnya faham mengapa dia perlu berada di sini pada saat ini.

Dia perlu memusnahkan Ahriman dengan menggunakan kuasa yang ada di dalam
dirinya sekarang. Dia perlu menyelamatkan manusia dari menjadi korban Daevas.

Damak bergerak ke arah Ahriman yang kelihatan kaku dengan satu pandangan
yang kosong ke hadapan. Rashid dan Aliya bertungkus-lumus memastikan agar dia terus
begini buat beberapa ketika.

Sambil berjalan ke arah Ahriman, mulut Damak terkumat-kamit membaca


mantera berikut:

“Om! Raja segala Jin!


Kilat membelah batu itu adalah suaraku!
Aku menggunakan mantera ini,
Untuk mengunci dan menghancurkan!
Ahriman nama seteruku,
Aku mengunci hatinya,
Aku membisukan lidahnya,
Aku menjahit mulutnya,
Aku mengikat tangannya,
Aku merantai kakinya,
Aku memusnahkan jiwanya,
Aku menghancurkan dirinya!”

Tubuh Damak kemudian berubah menjadi beribu-ribu ekor lalat yang berpecah.
Lalat-lalat ini terbang, lalu menyelubungi tubuh Ahriman. Rashid dan Aliya pula berhenti
dari terus membuatkan fikiran Ahriman kosong buat beberapa saat itu. Wajah mereka
kini jelas nampak lega.

http://nizamzakaria.blogspot.com 339
Apabila Ahriman tersedar, dia mendapati tubuhnya diselubungi beribu ekor lalat.
Lalat-lalat ini kemudian masuk ke dalam tubuhnya melalui kulitnya. Ahriman membuka
mulut untuk menjerit. Beratus-ratus ekor lalat masuk ke dalam tubuhnya melalui
mulutnya itu apabila dia mahu menjerit meminta tolong.

Kesemua lalat-lalat itu kini berjaya masuk ke dalam tubuh Ahriman. Wajah
Ahriman kemudian berubah seperti dia menahan kesakitan yang amat sangat. Beberapa
detik kemudian, tubuhnya berkecai seribu ke semua arah.

Lalat-lalat yang telah membuatkan tubuh Ahriman berkecai kini bercantum


semula di tempat di mana berdirinya Ahriman tadi untuk membentuk lembaga seorang
manusia. Perlahan-lahan lembaga ini berubah menyerupai Damak.

Ahriman telah berjaya Damak musnahkan. Dua orang Daevas yang masih belum
dibunuh oleh Eva dan Aliya menjerit sekuat hati. Dunia mereka kini musnah dengan
sekelip mata.

Awang menggunakan peluang ini untuk mengayunkan pedangnya, lantas menetak


leher Kira yang pada ketika itu terkejut melihat Ahriman dibunuh Damak dengan kejam.
Buat sekelip mata, pedangnya yang tajam itu memenggal leher Kira. Beberapa detik
kemudian, kepala Kira jatuh ke atas lantai, tergolek masuk ke dalam kuil Dendur.

Eva dan Ivana seterusnya menyelesaikan tugas mereka dengan pantas. Kedua-dua
ratu Daevas di hadapan mereka berjaya dibunuh tanpa sebarang halangan. Seorang Ratu
Daevas dibakar hidup-hidup dan seorang lagi tubuhnya ditikam dengan air batu yang
tajam.

Suasana menjadi senyap sunyi buat seketika. Bunyi siren polis kedengaran sayup-
sayup dari jauh.

Damak memandang ke arah Awang. Dia keliru buat seketika. Kemudian barulah
dia sedar bahawa Awang yang sedang berdiri di hadapannya adalah Awang dari dunia ini,
dan Awang yang telah mati adalah Awang dari dunia alternatif yang satu lagi.

Rashid dan Aliya kelihatan sedih, walaupun mereka sudah dapat mengagak apa
yang akan berlaku. Sukar untuk mereka menerima hakikat kematian dua orang yang dekat
kepada jiwa mereka.

Eva dan Ivana pula berjalan mendapatkan kepala Awang yang telah dipenggal.
Wajah mereka jelas sedih. Eva tidak dapat menahan rasa pilunya, terus dia memeluk
tubuh Ivana sambil menangis.

“Jadi kau tahu semua ini akan berlaku?” tanya Damak kenapa Aliya. Aliya
mengesat air matanya yang mula berderai jatuh sambil mengangguk perlahan.

“Kau semua harus pergi... NYPD akan sampai di sini bila-bila masa sahaja lagi.”
Ujar Awang menasihati. Bunyi siren polis semakin kuat kedengarannya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 340
Eva dan Ivana mendekati Awang. Mereka memandang ke kiri dan ke kanan untuk
melihat keadaan dewan Sackler yang porak peranda ini. Eva dan Ivana tak tahu apa yang
akan difikirkan oleh pihak penyiasat apabila mereka menjumpai mayat-mayat yang
bergelimpangan ini apabila mereka tiba ke sini kelak. Tapi itu semua tidak penting bagi
kembar ini. Apa yang penting, dunia kini selamat dari ancaman Daevas.

Aliya memandang ke arah skrin di lengannya. Dia memberitahu kepada Eva dan
Ivana bahawa mesin Geiger menunjukkan bahawa perjalanan sejarah di masa hadapan
stabil. Mereka boleh pulang.

Eva membuka vorteks wormhole setelah dia mengucapkan terima kasih dan
selamat tinggal kepada Awang. Ivana dilihatnya sedang mendakap tubuh Awang dengan
erat, seolah dia telah lama mengenali Awang versi ini seperti mana dia mengenali Awang
versi satu lagi yang telah mati. Mungkin inilah caranya untuk dia menerima hakikat
bahawa Awang yang dikenali dari dunianya sudah tidak ada lagi...

Mereka tidak mempunyai banyak masa lagi di dunia ini. Mereka perlu pergi.

“Aku akan menemuimu di Paris nanti.” Ujar Awang kepada Damak. Awang
berjalan beberapa tapak ke belakang. Tubuhnya melayang ke udara.

Damak mengangguk. Dilihatnya Rashid dan Aliya sudah melangkah masuk ke


dalam wormhole. Ivana melangkah masuk sambil memandang ke arah kembarnya Eva
yang terus merenungi wajah Awang.

“Kita perlu pergi, Damak...” ujar Eva dengan perlahan. Damak mengangguk
lemah. Dia memikirkan tentang keadaan dirinya yang jelas telah berubah setelah ditikam
dua kali itu. Dia memikirkan tentang Awang yang telah mengorbankan nyawanya agar dia
dapat mengalahkan Ahriman. Akhir sekali dia memikirkan tentang Hanim. Dia
mengharapkan, Hanim akan terus wujud ke dunia di sebalik vorteks wormhole yang akan
dilalui ini.

Tubuh Awang yang terkulai di atas lantai kini perlahan-lahan hancur bersama
pakaian khas yang dipakainya. Damak hanya mampu mengeluh. Apabila dia memandang
ke arah Awang yang satu lagi, didapatinya kelibat Awang telah lama menghilang entah ke
mana.

Dengan perasaan sebak, Damak melangkah masuk ke dalam wormhole...

http://nizamzakaria.blogspot.com 341
Wilayah Persekutuan Singapura, Malaya 2005.

Pada hari esok, Aliya akan menyambut hari jadinya yang ke-18. Tak ada orang yang
menyambut hari jadinya ini. Mereka semua lupa. Pada hari-hari seperti inilah Aliya
merasa begitu sepi.

Pada sepanjang malam itu dia menghabiskan masanya dengan termenung ketika sedang
bekerja di kedai 7Eleven, di Blok 111, Lorong 1, Toa Payoh. Aliya sebenarnya tidak
mempunyai semangat untuk bekerja. Kepalanya berserabut memikirkan tentang
kehidupannya yang penuh membosankan.

Aliya tidak mempunyai ramai kawan di Singapura. Kedua orang tua dan adik
beradiknya yang lain berada di kampungnya di Segamat, kecuali kakaknya yang paling
tua sekali yang telah mengikut suaminya menetap di Singapura.

Aliya telah berhijrah ke Singapura sejak enam bulan yang lalu dan kini dia menumpang di
rumah kak longnya. Seperti keluarganya di kampung, keluarga kak longnya itu juga besar.
Di rumah kak longnya itu, dia terpaksa tidur sebilik dengan empat orang anak saudaranya
yang semuanya masih bersekolah – bersesak-sesak di dalam bilik tidur yang sama.
Walaupun dia telah lama menetap di rumah kak longnya itu, dia masih merasa tidak
selesa di sana. Dia masih merasakan dia orang luar yang datang menumpang, tidak lebih
dari itu.

Sejurus selepas dia selesai melakukan shif kerjanya di 7Eleven, dia terus keluar lalu
melintasi jalan untuk tempat tinggalnya di blok 116, yang letaknya betul-betul di hadapan
blok 111. Ketika berjalan, Aliya mendapati malam itu bulan mengambang cerah. Angin
pula bertiup kencang. Aliya kesejukan. Dia memeluk tubuhnya sendiri ketika berjalan.

Aliya memikirkan kembali mimpinya semalam. Mimpinya yang telah berulang-ulang


sejak beberapa minggu yang lepas. Mimpi yang sama tentang seorang lelaki yang
dilihatnya sedang terjun dari bumbung bangunan tempat tinggalnya. Di dalam mimpinya
itu, dia dapat melihat wajah lelaki itu dengan jelas. Dia dapat melihat lelaki itu
memandang kepadanya lalu dia terjun tanpa berkata-kata di dalam malam bulan
mengambang seperti malam ini. Mimpinya itu membuatnya merasa resah tak sudah...

Aliya merenung ke arah muka pintu lif di blok 116, sehinggalah pintu lif terbuka untuk
membawanya ke tingkat atas. Entah mengapa, untuk melayani rasa bosan, dia menekan
butang untuk ke tingkat 20 dan bukan ke tingkat 14. Di dalam lif, dia termenung
memandang ke arah siling lif. Kemudian dia memandang ke arah jam tangannya.
Beberapa minit lagi dia akan menyambut hari jadinya.

Apabila pintu lif terbuka, Aliya keluar dari perut lif, lalu menarik nafasnya dalam-dalam.
Suasana di blok 116 agak sunyi pada malam itu – yang kedengaran cuma bunyi sayup-
sayup rancangan TV berbahasa Cina yang sedang ditonton oleh seorang penduduk
tingkat 20 yang belum masuk tidur.

http://nizamzakaria.blogspot.com 342
Aliya berjalan menaiki tangga yang menuju ke arah bumbung flat. Dia memandang ke
atas. Aliya dapat melihat terdapat sebuah tangga besi di sana. Tangga besi itu mengarah
kepada sebuah pintu kecil yang nampaknya tidak terkunci seperti kebiasaannya. Dia
memberanikan dirinya untuk meniti tangga besi untuk naik ke bumbung flat.

Setibanya Aliya di bahagian teratas tangga besi itu, dia membuka pintu kecil tersebut lalu
dia memanjat sehingga dia dapat naik sehingga ke bumbung.

Aliya tidak tahu dari mana dia mendapat keberanian untuk meneroka kawasan bumbung
flatnya pada malam-malam buta seperti ini. Di dalam masa yang sama, juga dapat
merasakan seolah-olah suara hatinya terpanggil agar dia pergi ke sini. Pada malam ini.
Pada saat ini.

Aliya berjalan dengan berhati-hati di atas bumbung yang berangin itu. Tangannya
memegang dinding batu yang menutupi tangki air agar dia tidak terjatuh. Kawasan
bumbung itu dilimpahi dengan cahaya bulan yang menerangi bumi pada malam itu.
Keadaan hening di atas bumbung ditambah lagi dengan panorama kota Singapura
membuatkan perasaan Aliya tenang ketika dia sedang berada di situ.

Aliya menarik nafasnya panjang-panjang. Dia duduk di situ. Dia memandang ke arah
langit yang tidak berawan pada malam itu. Dia mengeluarkan coklat Sneakers yang
dicurinya dari tempat kerjanya tadi. Dia mengeluarkan coklat Sneakers dari bungkusan
lalu mula mengunyah.

Ketika itu Aliya memandang ke arah hujung bumbung. Dia terkejut dapat melihat seorang
lelaki dengan pakaian serba hitam sedang berdiri di situ. Lelaki tersebut memandang ke
arahnya tanpa berkata apa-apa. Aliya yakin dia pernah melihat kelibat lelaki itu sebelum
ini. Ya, Aliya pasti dia telah mengenali lelaki itu dari mimpinya sebelum ini!

Aliya memberanikan dirinya untuk mendekati lelaki tersebut. Apa yang sedang lelaki
misteri itu lakukan di situ pada malam hari seperti ini, tanya Aliya kepada dirinya sendiri.
Tetapi, dia juga sedang berada di situ. Mungkin mereka mempunyai tujuan yang sama –
mencari ketenangan.

“Excuse me...” Aliya memulakan bicara. “You buat apa di sini?”

Lelaki tersebut menoleh ke arahnya. Dia tersenyum nakal. Kemudian katanya


perlahan:

“Aku tunggu kau.”

“Apa?”

“Bukan kau ke sini kerana kau terpanggil untuk ke sini?”

http://nizamzakaria.blogspot.com 343
“Sorrylah... Wrong number. I nak balik. Dah lewat sangat ni.” Kata Aliya cepat-
cepat. Dia mahu pergi. Dia tak ada masa nak melayan perkara yang bukan-bukan di
malam hari seperti ini di atas bumbung blok 116 yang sepi itu.

“Aliya...”

“Huh?” Aliya terkejut lelaki tersebut memanggil namanya.

“Nama aku Awang... Kita pernah bertemu.”

“Apa?”

“Kau pernah melihat aku di dalam mimpi kau... Di sini.”

“Mana kau tahu tentang ini semua?” tanya Aliya kehairanan. Tetapi dia tidak
takut. Dia dapat merasakan dia tidak perlu takut kepada Awang.

“Aliya... Segala-galanya tentang diri kau aku tahu.” Awang berjalan semakin
hampir ke bahagian tebing bumbung. “Aku tahu tentang diri kau lebih dari kau mengenali
siapa diri kau itu sendiri—”

“Siapa kau sebenarnya?” cahaya bulan menyimbah ke wajah Awang yang pucat.
Wajah Awang menampakkan ketenangan. Dia mempunyai raut wajah yang tampan tetapi
jelas kelihatan seperti dia pernah menanggung musibah yang tidak terkira beratnya.

“Sudah aku jelaskan... Nama aku Awang.” Jawabnya lalu berjalan meniti tebing di
tepi bumbung. Jika dia tidak berhati-hati dia akan jatuh ke bawah. Aliya kelihatan cemas
apabila Awang berjalan seperti itu, langsung tidak mengendahkan keselamatannya.

“Apa yang kau mahu dari aku?” tanya Aliya. Kemudian dia mahu memekik
apabila dia melihat Awang memusingkan tubuhnya ke hadapan lalu terjun dari bangunan
flatnya itu di hadapan mata kepalanya sendiri.

Aliya mahu memekik tetapi lidahnya kelu. Dia terlalu terkejut. Awang telah terjun
membunuh diri. Kini dia menjadi saksi kepada kes bunuh diri!

“Aku mahu kau sedar bahawa kau adalah seorang manusia istimewa, Aliya.” Ujar
Awang di belakang Aliya. Mulut Aliya ternganga apabila dia mendapati Awang sedang
terapung beberapa meter dari permukaan bumbung sebelum dia turun menghadapnya.

“Aku sedang bermimpi!” tingkah Aliya di dalam hati sambil menepuk pipinya
sendiri. Dia mahu bangun dari mimpinya.

“Kau bukan bermimpi, Aliya!” ujar Awang yang telah membaca isi hatinya.
Perbuatan Awang telah membuatkan Aliya mahu panik. Degupan jantungnya semakin
kencang. Lebih-lebih lagi apabila Awang semakin mendekatinya. Awang memegang

http://nizamzakaria.blogspot.com 344
rambutnya yang panjang mengurai itu. Dia memerhatikan rambut Aliya dengan penuh
minat. Aliya menepis tangan Awang. Dia mendapati tangan Awang sejuk. Terlalu sejuk.

“Kau tentu selalu tertanya-tanya... Mengapa kau perlu hidup, sedangkan hidup ini
membosankan. Orang-orang yang kau kenali tak faham dengan perangai kau yang suka
menyendiri dan lebih-lebih lagi keistimewaan semula jadi yang kau ada. Mereka tak
faham kau mampu melihat benda-benda yang kau sendiri tidak fahami... Jika kau
dilahirkan di masa yang lampau, kau akan dianggap sebagai seorang orakel...” Awang
masih terapung di hadapannya dengan kakinya masih tidak menjejak lantai.

Buat sedetik Aliya memikirkan tentang kata-kata Awang tadi. Sememangnya


betul kata-katanya. Sejak kecil lagi dia dapat melihat imej yang bukan-bukan di dalam
kepalanya. Imej-imej tempat dan wajah yang tidak dikenalinya yang tiba-tiba sahaja
datang meresap ke dalam fikirannya. Sehingga kini dia tidak mampu untuk memahami
sebahagian besar dari apa yang dilihatnya. Tatkala dia masih kecil dia sering
menceritakan kepada anggota keluarganya yang lebih tua tentang apa yang dapat
dilihatnya - seperti berita kematian orang kampungnya serta musibah yang bakal
menimpa mereka. Ahli keluarganya akhirnya memaksa dia jangan memberitahu kepada
orang lain tentang apa yang dapat dilihatnya. Mereka tidak mahu orang kampung
memikirkan yang dia menjadi pembawa kecelakaan kepada penduduk kampungnya.

Apa yang membuat Aliya lebih gusar adalah dia dapat merasakan seperti ada
sesuatu yang tidak kena di dalam hidupnya. Aliya juga dapat merasakan seolah-olah dia
hanya menunggu masa untuk diseru untuk melakukan sesuatu yang bermakna buat
dirinya.

Selama ini Aliya hidup dalam keadaan penuh keliru. Dia keliru dengan dirinya
dan dengan keadaan di sekelilingnya. Dia tidak mampu memahami dirinya dan kuasa luar
biasa yang dipunyainya.

“Jadi apa kau mahu dari aku?” tanya Aliya dengan gugup setelah lama
dilumangkan sepi.

“Aku mahu kau ikut aku pergi dari sini... Ke tempat di mana keistimewaan kau ini
dapat digunakan untuk menyelamatkan umat manusia.”

“Okay... Benda ni dah tak masuk akal lagi. Aku nak balik!” Aliya menggelengkan
kepalanya lalu berjalan kembali ke arah anak tangga yang akan membawanya ke tingkat
bawah.

“Adakah itu yang kau mahu?” tanya Awang dengan suara yang lantang. Aliya
berhenti melangkah. Kalimah-kalimah Awang berdengung di dalam kepalanya. “Kau
mahu terus menerus hidup begini tanpa mengetahui siapa diri kau ini sebenarnya?”

Aliya menoleh lalu memandang kepada Awang. Dia tidak tahu siapa Awang ini
sebenarnya dan dia masih tidak dapat mempercayai dia sedang mendengar kata-kata
seorang lelaki yang mampu terapung di udara. Mungkin dia sedang bermimpi, gamaknya.

http://nizamzakaria.blogspot.com 345
“Siapa sebenarnya aku?”

“Kau manusia istimewa dengan salasilah yang cukup istimewa. Keturunan kau
sejak turun temurun telah banyak membantu manusia dengan kebolehan luar biasa yang
telah diturunkan kepada kamu semua--”

“Apa yang kau cakap ni?”

“Kau anak angkat...”

“Aku tahu, jadi kenapa?” jerkah Aliya. Sesiapa sahaja yang melihatnya pasti tahu
dia adalah anak angkat keluarganya. Dia jelas mempunyai wajah kacukan Melayu-
Eropah. Wajahnya juga manis dan terserlah cantik jika dibandingkan dengan wajah
keluarga angkatnya.

Tidak banyak yang Aliya tahu tentang latar belakangnya sendiri. Apa yang dia
tahu, ketika dia masih bayi, dia telah ditinggalkan di hadapan rumah keluarga angkatnya.
Sejak dia kecil dia telah menganggap keluarga angkatnya itu sebagai keluarganya sendiri.

“Kau tidak kenal siapa keluarga kau sebenarnya kerana kau perlu dilindungi... Jika
kau tidak disembunyikan, pihak musuh akan cuba mencari kau dan membunuh kau.”
Awang memulakan cerita.

“Ada orang mahu mencari aku dan membunuh aku?”

“Ya... Tidak lama lagi kau akan tahu sendiri tentang mereka ini.” jelas Awang
sebelum dia menambah lagi. “Ibu dan bapa kau tahu bahawa kau manusia yang istimewa.
Sebab mereka terpaksa telah menyembunyikan kau dari musuh-musuh mereka. Kedua
orang tua kau tahu kami akan datang untuk mendapatkan kau ketika usia kau tepat 18
tahun. Dan masanya kini telah tiba—“

“Apa yang telah terjadi kepada keluarga kandung aku?”

“Mereka telah lama dibunuh... Bila kita ada masa nanti, akan aku ceritakan
tentang mereka kepada kau—“

“Benda kau cakap ni semua tak masuk akal lah!”

“Kau sendiri tahu bahawa kehidupan kau akan akhirnya menuju ke arah ini. Jauh
di dalam hati kau... Kau tahu kau istimewa dan keistimewaan kau ini akan kau gunakan
dengan sebaiknya.” Kata-kata Awang bergema di dalam kepalanya tanpa Awang perlu
membuka mulutnya. Awang menggunakan kuasanya untuk masuk ke dalam kepala Aliya
lagi.

http://nizamzakaria.blogspot.com 346
Awang kini berjalan menghampirinya. Awang merenung ke dalam mata Aliya.
Buat sepintas lalu Aliya dapat melihat apa yang mahu diperlihatkan oleh Awang
kepadanya.

Wajah Aliya pucat. Kini dia lebih memahami. Di dalam sekelip mata, Awang
telah membuatkan Aliya melihat apa yang perlu dilihatnya. Aliya telah diperlihatkan
suasana apokalips yang menakutkan apabila umat manusia diperhambai oleh satu kuasa
jahat yang mahu menguasai bumi. Pada waktu itu ramai manusia yang terkorban. Yang
hidup pula, hidup dalam keadaan kegelapan yang penuh terseksa keadaannya. Bumi ini
gelap, kontang, gersang!

Aliya mula merasakan perlu melakukan sesuatu dan nalurinya memberitahu dia
memang boleh melakukan sesuatu untuk menyelamatkan umat manusia.

“Tapi mengapa aku?”

"Kerana tanpa kau, kami tak mungkin dapat mengalahkan mereka." Jelas Awang
walaupun dia tidak memberitahu kepada Aliya identiti 'kami' yang telah disebutkan dalam
kalimah-kalimahnya.

“Aku tak faham...”

“Kuasa istimewa kau diperlukan oleh kami untuk cuba menghalang mereka dari
cuba memusnahkan manusia dengan menukar perjalanan sejarah.”

“Apa?”

“Dunia kau ini... Adalah dunia yang telah mereka ubah perjalanan sejarahnya...
Jika kita tidak melakukan sesuatu, dunia kau ini akan berubah di luar jangkauan
pemahaman kau!”

“Maksud kau?”

“Dengan menukar perjalanan sejarah... Mereka dapat memastikan penguasaan


mutlak mereka terhadap manusia.”

“Kau dari mana sebenarnya ni?” tanya Aliya kebingungan.

“Kau akan tahu kelak.” Kata Awang tanpa mahu menjelaskan lagi. “Kau perlu
aku bawa ke dunia aku.”

“Tidak. Maafkan aku. This is too weird!”

“Kau tak ada pilihan lain, Aliya.” Awang mengeluarkan sebilah pisau tajam dari
dalam kotnya. Dia menoreh telapak tangannya. Dia memastikan darah pekatnya melekat
pada pisau itu sebelum dia menghunus pisau tersebut ke dalam perut Aliya. Perkara ini

http://nizamzakaria.blogspot.com 347
dilakukan Awang dengan cekap dan cepat sehingga tidak sempat Aliya dapat mengelak.
Bajunya terus dibasahi dengan darahnya yang mengalir deras dari perutnya.

Aliya dapat merasakan kesakitan yang amat sangat. Bisa tusukan pisau Awang
terasa sehingga ke tulang sum-sum. Dalam sepantas kilat, Awang menolaknya ke tebing
bumbung sehingga mereka berdua terjatuh dari bangunan 20 tingkat itu. Dengan serta
merta Aliya mula sedar dia sedang berhadapan dengan kematiannya sendiri.

Aliya dapat melihat dirinya terjatuh bersama Awang di hadapannya. Semuanya


berlaku seperti sebuah filem yang telah dilambatkan. Aliya dapat melihat wajah Awang
yang kelihatan puas ketika tubuhnya berhenti dari terus terjatuh lalu terapung di tingkat 6.

Tatkala itu, Awang menarik kembali pisau yang tertusuk di perut Aliya. Baju
Aliya yang lencun dibasahi darah kini hilang seperti diserap masuk kembali ke dalam
tubuhnya.

Sedetik kemudian, tubuh Aliya rebah ke atas lantai simen di hadapan sebuah
kedai foto di blok 116 . Awang yang sedang terapung di tingkat 6 itu pula dengan
selamba masuk ke dalam koridor lalu berjalan ke arah lif terdekat.

Tubuh Aliya terkulai kaku di atas lantai simen yang dingin dengan kepalanya
terpusing ke belakang.

Seminit kemudian, seorang wanita menjerit apabila dia terserempak dengan tubuh
Aliya yang terkulai di hadapannya. Awang berjalan menghampiri tubuh Aliya. Dia
tersenyum puas. Walaupun begitu dia tahu kerjanya belum selesai lagi...

Aliya bermimpi. Di dalam mimpinya ngerinya itu dia dapat melihat kembali kemusnahan
kepada umat manusia yang telah ditunjukkan oleh Awang kepadanya sebelum ini. Mimpi
ngerinya itu berulang-ulang - dia langsung tidak dapat melarikan dirinya dari terus
digamit mimpi ngeri itu. Dia merasa dirinya terperangkap di dalam mimpi ngerinya
sendiri...

Apabila Aliya membuka matanya, dia mendapati Awang sedang berdiri di hadapannya.
Bayu dingin malam menyapu wajahnya ketika dia sedang berada di dalam keadaan
terbaring di sebelah kubur yang baru sahaja digali. Aliya cuba menggeliat, tetapi dia
mendapati tubuhnya telah dikapankan. Dua orang gadis kembar berbangsa Eropah
berambut perang membuka kain kapan yang melitupi tubuhnya.

Tubuh Aliya diselimuti dengan sehelai kain berwarna hitam sebaik sahaja kain
kapannya selesai dibuka. Pasangan kembar itu kemudian memandang ke arah Awang
untuk menunggu arahan seterusnya dari Awang.

Tatkala itu Aliya menghirup udara malam dalam-dalam. Dia merasa begitu segar
sekali. Dirinya merasa begitu bertenaga. Dia tidak perlu lagi mengenakan cermin mata

http://nizamzakaria.blogspot.com 348
atau kanta pelekapnya untuk melihat dengan jelas. Dia merasa pelik seolah dia sedang
berada di dalam tubuh yang lain.

“Di mana aku sekarang?” tanya Aliya dengan wajah penuh kerisauan. Bingung.
Lapar. Dahaga...

“Kau di tanah perkuburan Bidadari.” Jawab Awang dengan selamba.

“Apa?” Aliya memerhatikan keadaan di sekelilingnya. Sememangnya dia sedang


berada di kawasan perkuburan.

“Mereka telah tanam kau petang tadi.” Awang menjelaskan. Dia memegang bahu
Aliya. Dielusnya bahu Aliya perlahan-lahan seolah dia telah lama mesra dengannya.

“Apa ni? Is this a joke?” Aliya menepis tangan Awang.

“Aku telah uruskan agar kematian kau kelihatan seperti kejadian bunuh diri.”
Awang memandang kepada skrin kecil di lengannya yang mula berkelip-kelip. “Sekarang
dengan rasminya kau dianggap telah mati. Jadi tidak ada sesiapapun yang akan mencari
kau lagi. Kau boleh bergerak bebas untuk ke mana-mana yang kau suka.”

“Kematian aku? Apa pulak ni? Aku masih hidup!” Aliya menyerigai dalam
kekeliruannya. Walaupun begitu, dia masih dapat mengingati perbuatan Awang
membunuhnya dengan menusukkan pisau ke dalam tubuhnya lalu menolaknya jatuh dari
flat tempat tinggalnya. Aliya memandang ke perutnya. Dia mendapati tidak terdapat apa-
apa kesan tusukan di situ.

“Kau pastinya haus.” Awang menukar corak perbualan dengan mencampakkan


sebiji botol logam berwarna merah kepada Aliya. Dengan pantas Aliya dapat menangkap
botol tersebut. Dia sendiri tidak mempercayai ketangkasan tangannya.

Aliya membuka penutup botol tersebut. Dia meneguk isi botol tersebut. Dia tidak
pernah merasakan air sesedap itu di dalam hidupnya. Setiap tegukan cecair di dalam botol
yang masuk ke dalam perutnya terasa seperti membuatkan dirinya semakin segar dan
bertenaga. Rasa lapar dan dahaga yang amat sangat yang telah dirasakannya tadi hilang
dengan serta-merta.

"Air apa ini?" tanya Aliya kepada Awang. Tubuhnya yang tadi terasa dingin kini
dihangati haba tenaga luar biasa.

“Darah...” jawab Awang tenang. “Bukan dari jenis sintetik. Aku fikir kau layak
merasai darah asli manusia buat kali pertama kau menghilangkan rasa lapar di dalam diri
kau...

“Mulai sekarang, tubuh kau hanya boleh menerima darah untuk kau minum agar
kau dapat terus hidup. Kau tidak boleh makan seperti manusia biasa. Tubuh kau tidak
akan menerima apa yang kau makan. Kau perlu ingat, kau bukan bergelar manusia lagi...”

http://nizamzakaria.blogspot.com 349
Wajah Aliya berubah pucat. Botol yang dipegangnya tadi terjatuh ke atas tanah.
Dia tidak mahu mempercayai kata-kata Awang tadi hatta nalurinya memberitahu Awang
berkata benar kepadanya.

Di dalam pada itu, Aliya mula sedar kini pandangan matanya menjadi semakin
terang dan pendengarannya juga bertambah jelas. Aliya memandang ke arah beberapa
lembaga aneh yang muncul di hadapannya berjalan mundar-mandir di kawasan
perkuburan.

“Siapa mereka?” tanya Aliya ketakutan. Bulu romanya naik menegak melihat
kelibat lembaga-lembaga ini yang kelihatan begitu menyeramkan baginya.

“Tak usah pedulikan siapa mereka... Mereka tak akan ganggu kau selagi kau tak
mengganggu mereka.” Ujar Awang. Aliya ketakutan. Sukar untuk dia mencerna
penjelasan dari Awang tadi inikan pula menerima apa yang sedang berlaku kepadanya
sekarang. Dia masih bingung. Dia masih yakin dia sedang bermimpi.

“Jadi apa yang telah kau lakukan kepada aku?” Sekonyong-konyongnya Aliya
bertanyakan soalan ini kepada Awang apabila dia semakin sedar perubahan yang berlaku
terhadap dirinya. Fikirannya masih bingung. Otaknya masih cacamarba.

“Kau telah dilahirkan semula sebagai makhluk seperti aku.”

“Apa maksud kau?”

“Kau sekarang seorang vampiro, Aliya... Seorang orakel yang telah dijadikan
seorang vampiro.... Kau bakal menjadi antara vampiro yang paling berkuasa yang pernah
wujud di dunia ini.” Awang menekan skin lebar di lengannya. Sarung tangan hitamnya
mengeluarkan cahaya terang pada bahagian hujung jari telunjuknya. Kemudian dia
menuding jari telunjuknya itu ke hadapan seolah ingin menyentuh sesuatu. Ruang kosong
di hadapannya kelihatan seperti air yang terpercik kemudian bergelombang. Perlahan-
lahan gelombang itu semakin membesar sebelum berubah menjadi sebuah pusaran
dengan diameter 2 meter lebar.

Awang memegang tangan Aliya. Serta merta Aliya dapat merasakan dia perlu
memberikan sepenuh kepercayaan kepada Awang. Dia berjalan mengikut Awang masuk
ke dalam pusaran misteri itu...

http://nizamzakaria.blogspot.com 350
http://nizamzakaria.blogspot.com 351

You might also like