You are on page 1of 4

UWS 10202

HUBUNGAN ETNIK

ASSINGMENT INDIVIDU

TAJUK : CABARAN HUBUNGAN ETNIK

Nama : Abdul Rahman Bin Mohd Nawi

No. Matrix : CD150035

Seksyen : 6

Nama Pensyarah : Dr Akbal


PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

Malaysia adalah sebuah negara yang penduduknya terdiri dari pelbagai kaum yang
mengamalkan cara hidup yang tersendiri. Perbezaan ini dapat dilihat melalui bahasa,
politik ,ekonomi , tempat tinggal dan hubungan sosial. Masyarakat Malaysia terdiri daripada
kaum Cina, kaum India, kaum Melayu. Manakala di Sabah dan Sarawak terdapat kaum
Kadazan,Iban ,Kayan, Bajau, Bidayuh dan banyak lagi. Mereka ini juga dianggap sebagai
kaum Bumiputera selain orang-orang Melayu termasuk orang Asli . Intergasi pula membawa
maksud penyatuan kelompok masyarakat yang mempuntai latar belakang yang berbeza ,lalu
menjadi satu entiti yang terikat oleh nilai serta kepentingan bersama. Ia juga berperanan
untuk menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui identiti bersama kerana
perpaduan rakyat menjadi teras kepada kemerdekaan negara yang berdaulat.

Malaysia seperti negara lain yang ingin mencapai kemajuan dan negara kita sedang menuju
negara maju berdasarkan Wawasan 2020. Oleh itu untuk mencapai impian ini negara mestilah
menyatupadukan semua kaum dengan melaksanakan pelbagai dasar seperti Rukun Negara ,
Dasar Pendidikan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan , Dasar Ekonomi Baru, Wawasan 2020
dan Dasar Pembangunan Negara. Justeru itu semua kaum di Malaysia diwajibkan
memahimi , menerima , menghormati dan mengamalkan nilai hidup dan identiti yang sama
bagi membentuk rakyat yang sama selaras dengan impian konsep 1 Malaysia.

KEPENTINGAN INTEGRASI KAUM DAN HUBUNGAN ETNIK

Hubungan etnik yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara
yang mempunyai kepelbagaian kaum yang terdiri dari kaum Melayu , kaum Cina dan kaum
India . Kaum-kaum ini juaga terdiri daripada pelbagai agama, bahasa, budaya dan etnik yang
tersendiri. Kaum Melayu terdiri daripada etnik Jawa. Bugis , Rawa , Banjar yang datang dari
kepulauan Indonesia. Manakala kaum Cina terdiri daripada etnik Kwangsi, Hakka, hokien ,
Kantonis, Teochem dan Hainan. Bagi kaum India pula mereka terdiri dari kasta
Maruthuvar,Vanniyar ,Thevar ,Nadar ,Yadhavar dan Adhi Dravidar. Kesemua etnik ini
mempunyai bahasa yang berbeza dan cara hidup yang berbeza.
Oleh itu kerajaan mestilah berusaha untuk menyatukan hubungan etnik, perpaduan dan
integrasi amat penting bagi mewujudkan kestabilan politik dan seterusnya pembangunan
negara berjalan rancak tanpa sebarang gangguan ataupun berlakunya prasangka antara
kaum.Selain itu juga Integrasi kaum dan hubungan etnik sangat penting supaya tenaga
negara dapat disalurkan kepada memajukan negara .Selaras dengan harapan pemimpin negara
untuk mencapai negara maju menjelang 2020. Sebagai sebuah negara yang mempunyai
pelbagai kaum dan etnik, perkara ini dianggap penting kerana kemajuan sesebuah negara
adalah bergantung kepada perpaduan rakyat di negara . Lantaran itu Perdana Menteri
Malaysia iaitu Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak telah menekankan tentang pentingnya
perpaduan kaum atau integrasi kaum di negara ini diperkukuhkan melalui slogannya iaitu
Satu Malaysia dengan perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan
adalah perasaan hormat-menghormati sesama kaum.

CABARAN INTEGRASI KAUM DAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Cabaran utama yang menghalang intergrasi kaum dan hubungan etnik di negara kita
adalah bersangkutan dengan nilai hidup iaitu prasangka, perkauman , etnosentrisme ,
sosioekonomi dan pemisahan fizikal. Kesemua perkara ini membawa perpecahan antara
kaum dan etnik kerana mereka masih kukuh kepada peranan tradisional dan berpegang teguh
kepada nilai-nilai yang terbatas antara kaum. Masalah hubungan etnik dan intergrasi kaum ini
berpunca daripada dasar-dasar British ketika menjajah Tanak Melayu dulu.

Sikap prasangka buruk antara kaum dan mengutamakan etnik sendiri menjadi
penghalang kepada perpaduan antara kaumdan bercorak generalisasi dan stereotaip di atas
bukti-bukti yang tidak kukuh. Masalah prasangka buruk antara kaum ini bermula dari Era
Penjajahan British yang menjalankan pemerintahan Dasar Pecah dan Belah yang telah
menjarakkan perpaduan antara kaum. Begitu juga Era Pendudukan Jepun yang telah
mengamalkan sikap berat sebelah dengan semangat anti-Cina telah memberi peluang kepada
kaum Melayu membabitkan diri dalam bidang perniagaan keadaan ini telah menimbulkan
kemarahan kaum Cina. Setelah Jepun menyerah kalah kaum Cina telah mengambil tindakan
dengan membalas dendam kepada kaum Melayu ,kesannya berlakulah pergaduhan antara
kaum.
Manakala perkauman pula merupakan sikap mementingkan kumpulan etnik sendiri dalam
bidang politik ,ekonomi dan sosial atau kebudayaan dimana satu-satu etnik memntingkan
kaumnya sendiri. Sikap perkauman ini boleh menwujudkan hubungan yang tegang dan
menjarakkan sosial antara individu. Sikap perkauman ini boleh menghalang perpaduan rakyat
sekali gus merencatkan kemajuan negara. Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan
bahawa unsure-unsur budaya sendiri adalah yang terbaik dari budaya etnik lain. Sikap ini
menghalang interaksi dan pergaulan yang luas antara kaum dan etnik.

Kedudukan geografi juga mempengaruhi masalah integrasi kaum dan hubungan etnik kerana
jarak yang jauh menyukarkan perhubungan dan sukar mengenali etnik lain. Sebagai contoh
kedudukan Sabah dan Sarawak yang terpisah dengan Semenanjung Malaysia sukar untuk
berhubung dan ia boleh menimbulkan prasangka antara kaum dan etnik.

You might also like