You are on page 1of 11

Tuliskan satu refleksi yang analitikal berkaitan tekanan emosi dalam kalangan murid

berdasarkan pengalaman anda melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran


semasa menjalani praktikum di sekolah. Kenal pasti jenis-jenis gangguan emosi yang
dialami oleh murid anda. Apakah punca-punca gangguan emosi dalam kalangan murid
tersebut? Bagaimanakah anda membantu menangani masalah gangguan emosi
tersebut.

1.0 Pengenalan

Tekanan emosi boleh ditakrifkan sebagai satu situasi yang menunjukkan satu
atau lebih karasteristik oleh murid-murid dalam sesuatu emosi. Kamus Dewan Bahasa
dan Pustaka telah memberi maksud kepada tekanan emosi bahawa ia adalah akibat
konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama ada
melalui pertuturan atau perlakuan tertentu. Seterusnya, tekanan emosi juga dapat
ditakrifkan sebagai kelakuan menunjukkan ciri suka menyendiri dan mempunyai
emosi yang tidak stabil. Antara gangguan personaliti yang berlaku ialah antisosial.
Ketidakmampuan untuk belajar yang tidak dapat dijelaskan oleh faktor-faktor
intelektual, kesihatan juga menjadi definisi kepada tekanan emosi.

Perkataan emosi sebenarnya berasal daripada bahasa Perancis, emotion,


dan emouvoir yang bermaksud kegembiraan. Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat, emosi bermaksud perasaan jiwa yang kuat, seperti sedih, gembira, takut
dan lain-lain. Emosi merupakan salah satu unsur yang memainkan peranan penting
terutamanya dalam kalangan murid-murid. Emosi juga merupakan salah satu tunjang
yang penting dalam perjalanan kehidupan murid-murid di dalam persekolahan. Jika
emosi diganggu, akan timbul beberapa masalah yang mampu memberikan kesan-
kesan yang negatif kepada murid-murid seperti tidak bersemangat dan berminat untuk
belajar serta sering kelihatan gelisah bagi melaksanakan sesuatu tugasan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Jika berlarutan, tekanan emosi ini akan menjadi
penyakit yang lebih serius dan boleh menyebabkan gangguan mental dalam kalangan
murid-murid. Sebagai seorang guru, tahap kesediaan murid untuk belajar haruslah
dipantau agar emosi murid tersebut sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan
bersedia untuk belajar.

1
2.0 Masalah dan Jenis Gangguan Emosi

Setiap murid mungkin mempamerkan emosi yang berbeza ketika mereka


mengalami tekanan. Ia juga sukar dikesan dalam masa singkat kerana simptomnya
tidak jelas. Kebiasaannya murid-murid akan murung, menyendiri, tidak bercampur
dengan keluarga atau rakan-rakan, tidak mahu makan dan hilang minat pada aktiviti
yang biasa mereka lakukan. Semasa menjalani praktikum fasa ketiga di Sekolah
Kebangsaan Lukut, Port Dikson saya dapat mengenalpasti pelbagai tekanan emosi
dalam kalangan murid-murid. Saya telah mengajar matapelajaran Bahasa Tamil
kepada murid-murid tahun 2,5 dan matapelajaran Sejarah kepada murid-murid tahun
4 dan 5. Murid-murid menunjukkan pelbagai emosi negatif semasa saya
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran sepanjang tempoh tiga bulan ini.

Sepertimana sedia maklum terdapat pelbagai tekanan atau gangguan emosi


yang ditunjukkan olah murid-murid berdasarkan pengalaman saya di sekolah selama
3 bulan. Disini saya ingin berkongsi tentang beberapa murid saya dimana
menunjukkan emosi yang luar biasa berbanding dengan murid-murid lain. Sebagai
seorang guru saya turut membuat penyelidikan tentang gerak geri dan tingkah laku
murid di dalam kelas. Sebagai seorang guru Bahasa Tamil di sekolah kebangsaan,
saya sentiasa mempunyai bilangan murid yang sangat kecil dalam bilik darjah. Oleh
yang demikian, saya sentiasa mengharapkan kehadiran penuh bagi kelas saya
disebabkan saya bersiap-sedia dengan alat bantu mengajar yang secukupnya kepada
semuan anak murid matapelajaran Bahasa Tamil. Maksudnya, saya sentiasa sanggup
menyediakan alat bantu mengajar bagi setiap seorang murid untuk mencapai objektif
pembelajaran hari tersebut. Namun, setiap kali saya berakhir kelas dengan perasaan
kecewa kerana terdapat murid yang sama tidak hadir ke sekol ah. Saya turut ingat
bahawa murid tersebut hadir sekali sahaja ke kelas Bahasa Tamil dan dia
berkelihatan sangat sedih dan takut serta tidak menjawab semasa saya menanyakan
nama dia.

Oleh itu, saya membuat keputusan untuk mengetahui sebab ketidak hadiran
murid tersebut bahawa dia tidak hadir khususnya pada hari yang ada matapelajaran
Bahasa Tamil ataupun kerap tidak hadir dalam satu minggu. Akhirnya, saya pergi
berjumpa dengan guru kelas murid tersebut untuk mengetahui latar belakang murid
berkenaan. Murid tersebut berada di bawa penjagaan ibu dia dan bagi pengetahuan
pihak sekolah ibu dia tidak bekerja serta ayah dia tidak tinggal bersama mereka
sekarang. Mereka mengahadapi pelbagai masalah iaitu tidak mempunyai tempat

2
tinggal sendiri dan kerap berpindah rumah kerana tidak dapat membayar sewa
rumah, tidak dapat makanan yang secukupnya dan juga tidak mempunyai pakaian
yang betul sedangkan saya melihat murid tersebut dalam keadaan memakai baju
yang sangat kotor dan tidak kemas. Selain daripada maklumat masalah kewangan
guru itu juga menyatakan bahawa ibu dia mempunyai hubungan dengan lelaki lain
dan dia sentiasa meninggalkan anak-anaknya berseorangan di rumah untuk pergi ke
pusat-pusat hiburan pada waktu malam. Melalui maklumat-maklumat yang dapat
daripada guru tersebut saya dapat menjangkakan bahawa murid tersebut berada
dalam tekanan emosi yang sangat teruk.

Pada pendapat saya ibu bapa perlulah mestilah menyediakan keperluan-


keperluan asas kepada kanak-kanak mengikut kemampuan mereka. Kanak-kanak
memerlukan tempat tinggal yang baik, pemakanan yang seimbang dan air yang
bersih, Ini sekaligus dapat memberi kelangsungan hidup yang lebih positif dan cerah
dalam hidup mereka. Persekitaran yang positif, harmoni dan penyayang perlulah
diwujudkan bagi memastikan kanak-kanak dapat membesar dengan baik. Dengan
adanya elemen tersebut, secara tidak langsung kanak kanak akan wujud motivasi
dalam diri mereka untuk hidup lebih semangat dan aktif. Tetapi murid tersebut tidak
mendapat keperluan-keperluan asas untuk menjalankan kehidupan harian. Keperluan
bermaksud keinginan memenuhi kekurangan seseorang individu dari aspek fisiologi
dan psikologi.(lampiran 1)

Tanggungjawab seorang guru bukan sahaja setakat mendidik anak murid kita
tetapi juga mengenalpasti kebajikan anak didik kita bahawa mereka mendapati hak-
hak yang mereka perlu dapat sebagai seorang kanak-kanak. Oleh itu, murid yang
menghadapi masalah tersebut haruslah dihulurkan bantuan untuk menyelamatkan dia
daripada kehidupan yang sengsara. Pihak sekolah haruslah mengambilberat tentang
kebajikan murid tersebut dan mereka boleh menyediakan skim biasiswa kepada murid
tersebut untuk memenuhi keperluan harian dia. Selain itu, pihak sekolah juga boleh
melantik seorang guru yang bersukarela menjadi mentor kepada anak murid tersebut
untuk membantu mengurus biasiswa yang disediakan oleh sekolah. Hal ini kerana,
kemungkinan besar biasiswa yang disediakan oleh sekolah digunapakai oleh orang
lain untuk keperluan mereka sendiri. Sebagai contoh, ibu kepada murid tersebut
memakai wang biasiswa yang diberi oleh pihak sekolah untuk kegunaan sendiri dan
dia tidak peduli tentang pemilik wang biasiswa tersebut iaitu murid tersebut. Melalui
melantik mentor kepada murid itu, guru tersebut boleh membantu dia membelikan
segala bahan keperluan harian dan juga sentiasa memastikan bahawa murid tersebut
mendapat makan yang secukupnya di sekolah.

3
Isu kedua pula, semasa mengajar matapelajaran sejarah saya berperasaan
ada seorang murid nangis dan bergaduh dengan kawan di sebelahnya. Dia berkata
bahawa kawan yang duduk di sebelahnya mencuri duit saku dia sebanyak RM2 dan
dia tidak mempunyai duit untuk makan pada waktu rehat nanti. Saya tidak berperanjat
kerana ini merupakan kali ketiga saya menangani masalah yang sama timbul
daripada murid yang sama. Sebelum ini murid yang sama pernah mengambil pensil
rakan tanpa kebenaran, pada minggu yang sama murid tersebut juga mengambil
buku latihan kosong tanpa kebenaran dari bag rakan dia.

Saya hanya menegur murid tersebut bahawa kita haruslah mendapatkan


kebenaran semasa mengambil barang kepunyaan orang lain dan murid tersebut
meminta maaf dengan saya dan rakan dia. Kemudian, seorang murid mengadu
bahawa murid yang sama mencuri buku latihan dari bag dia semsa saya mengajar
dan saya terpaksa memeriksa bag murid yang dituduh salah dan mendapati buku
latihan kosong dan bag dia. Saya terus membawa budak tersebut kepada guru kelas
murid tersebut untuk menyelesaikan masalah kedua yang ditimbulkan oleh murid
yang sama itu. Pada kali ke tiga pula, murid yang sama itu melakukan kesalahan
yang sama tetapi mengambil kepunyaan orang dalam bentuk wang. Ini merupakan
kesalahan besar yang perlu mengambil tindakan dan tidak boleh melepaskan begitu
sahaja tanpa membetulkan murid tersebut daripada mengulangi perkara yang sama.
Oleh itu, saya membawa murid yang mencuri wang saku rakan sekelas kepada guru
penolong kanan Hal Ehwal Murid sekolah tersebut.

Beliau bertanya beberapa soalan dengan murid tersebut dan murid itu terus
nangis dan mengaku kesalahannya bahawa mencuri wang saku rakan sekelas dia
kerana tidak membawa wang saku ke sekolah selama sebulan. Guru penolong kanan
Hal Ehwal Murid menanyakan sebab dia tidak bawa wang saku ke sekolah dan murid
tersebut bermula menangis kuat dan menceritakan masalah yang dihadapinya. Murid
tersebut berada di bawah jagaan ibu tirinya selepas ibu dia meninggal dunia dan
menghadapi penderaan secara mental kadangkala secara fizikal. Murid itu turut
berkata bahawa dia curi duit untuk makan di sekolah kerana dia tidak akan dapat
makanan lepas balik rumah dan dia hendak menolong ibu tirinya membersihkan
rumah. Bapa kepada pelajar tersebut juga tidak peduli tentang murid tersebut kerana
dia sudah berkahwin dengan perempuan lain lalu dia melekakan tanggungjawab
terhadap anak isteri pertama dia.

Selepas mendengar masalah murid tersebut guru penolong kanan HEM


menyeru saya memujuk murid tersebut dan menasihatkan dia bahawa mencuri

4
adalah tidak merupakan jalan penyelesaian kepada semua masalah. Guru penolong
kanan HEM berbincang dengan guru besar sekolah untuk manangani masalah ini.
Mereka mengambil keputusan untuk membuat laporan polis terhadap ayah dan ibu tiri
murid tersebut. Pihak sekolah juga menghantar murid tersebut ke sesi kaunseling
untuk memulih daripada tekanan emosi tinggi daripada penderaan yang dihadapinya.

Isu ketiga ialah tentang seorang murid tahun empat mempunyai perasaan
kendiri yang lemah dan sentiasa menunjukkan pelbagai emosi negatif mengikut
situasi seperti suka menghayal, mendiamkan diri, agresif, bermuram, menunjukkan
reaksi yang abnormal dan sebagainya. Saya mengajar matapelajaran sejarah kepada
murid ini semasa saya menjalankan praktikum fasa tiga. Murid ini berasal dari
keluarga miskin. Ayah murid ini baru meninggal dunia pada tahu ini. Pada masa kini,
dia sangat lemah dari segi emosi dan kenangan dia bersama ayahnya masih segar
dalam mindanya. Kehilangan ayah yang tersayang membuatkan murid tersebut tidak
menumpukan perhatian sepenuhnya dalam pelajaran dan dan sentiasa mengalami
tekanan atau gangguan emosi.

Kendiri yang lemah mengakibatkan murid ini mengalami masalah


pembelajaran. Dia tidak dapat mengenali huruf-huruf Bahasa Tamil dan Bahasa
Melayu. Tidak tahu mengira dan tidak pandai dalam berbahasa sama ada
menggunakan Bahasa Tamil, Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Walaupun sudah
berusia 10 tahun tetapi masih tidak dapat berfikir secara sistematik dan logik mengikut
umurnya berbanding dengan murid-murid lain di dalam kelas. Emosinya yang
terganggu selepas pemergian ayahnya menyebabkan murid itu sentiasa berkhayal di
kelas. Murid tersebut tidak menunjukkan keminatan dalam pembelajaran kerana dia
mengingat bahawa pembelajaran itu susah dan tidak berkaitan dengan dirinya. Dia
akan menunjukkan sikap malas apabila guru menyuruh membaca atau menulis
sesuatu. Apabila guru memberi teguran, murid tersebut akan menunjukkan perasaan
agresif terhadap guru dan murid-murid lain.

Walaubagaimanapun, setelah mengenalpasti masalah emosi sebegini dalam


diri murid , saya telah mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah tersebut.
Apabila keinginan mereka adalah positif, maka kita boleh membantu mereka. Tetapi
apabila keinginan mereka salah maka kita perlu mengambil tindakan untuk melarang
mereka untuk melakukan sebarangan kegiatan yang kurang baik. Sebagai langkah
awal untuk menangani masalah emosi murid tersebut dari negatif kepada positif, saya
telah berjumpa dengan ibunya dengan bantuan guru bimbingan dan kaunseling
sekolah bagi menjelaskan masalah yang dihadapi oleh anaknya.

5
Menurut teori pelaziman tingkah laku (J.B. Watson)(Lampiran 3) manusia
mewarisi tiga jenis emosi semula jadi iaitu takut, marah dan kasih sayng. Oleh murid
tersebut dalam keadaan kehilang kasih saying ayahnya ia haruslah digantikan oleh
ibu murid tersebut. Kasih sayang daripada seseorang ibu memainkan peranan
penting dalam menjamin keselesaan kehidupan anak-anak pada masa akan datang.
Ibu bapa pada zaman kini tidak mementingkan hal ini dan menyerahkan anak-anak
mereka kepada para guru yang berada di sekolah. Dari pandangan orang dewasa,
masalah murid-murid sebegini agak kecil dan tidak serius. Tetapi dari pandangan
murid-murid masalah tersebut agak besar dan ia memberi kesan negatif kepada
akademik mereka.

Isu yang keempat saya menangani ialah seorang murid selalu suka
mengganggu rakan sekelasnya semasa berlangsung pengajaran dan pembelajaran
dan suka mengajak rakan-rakan untuk bergaduh dengan dia. Selain itu, saya kerap
mendengar murid tersebut menggunakan perkataan-perkataan kesat semasa
bercakap dengan murid lain. Lama ke lamaan murid-murid lain juga akan
mempengaruhi cara percakapan murid tersebut. Oleh itu, saya mengambil keputusan
untuk membetulkan perbuatan-perbuatan murid tersebut. Oleh itu, saya menebubual
dengan guru kelas murid tersebut dulu untuk mengenali perwatakan murid tersebut
secara mendalam. Guru kelas tersebut membantu saya dengan memberi beberapa
maklumat tentang murid tersebut.

Murid berkenaan datang dari kawasan ladang yang berdekatan dengan


kawasan sekolah. Oleh itu, gaya pertuturan murid tersebut sentiasa persamaan
dengan gaya pertuturan tempat tinggal dia. Menurut Teori Ekologikal Bronfenbrenner
(Lampiran 4) sistem ekologi mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Murid ini
merupakan murid yang sangat aktif dan juga berpotensi tinggi berbanding dengan
murid-murid lain di kelas. Potensi dikaitkan dengan bakat manusia yang menjadi
salah satu aspek daripada fitrah manusia. Dengan perkataan lain, potensi merupakan
kebolehan manusia melakukan sesuatu aktiviti selaras dengan fitrah yang ada
padanya.(Lampiran 5). Murid berkenaan tidak dapat duduk di satu tempat dan dia
perlukan kerja tambahan berbanding dengan murid-murid lain kerana dia dapat
menyiapkan semua tugasan yang diberikan oleh guru dalam jangka masa yang
sangat cepat. Sebaik sahaja dia menyiapkan semua tugasan yang diberikan oleh guru
dia akan bermula mengganggu murid-murid lain yang membuat kerja yang diberi oleh
guru.

6
Saya turut bertanya tentang perkataan-perkataan kesat yang digunakan oleh
pelajar tersebut dan guru tersebut memberi penjelasan tentang masalah tersebut
kepada saya. Oleh kerana dia datang daripada kawasan ladang dia sentiasa
bercampur gaul dengan masyarakat setempat yang tidak berpendidikan dan
kebiasaannya mereka sebut perkataan-perkataan seperti ini. Oleh yang demikian
murid ini juga mula menggunakan perkataan-perkataan kesat di dalam kelas semasa
bertutur dengan rakan sekelas. Selepas menemubual dengan guru kelas saya
memanggil murid tersebut untuk bertanya beberapa soalan dengannya. Cara
bercekapan murid tersebut sangat berbeza berbanding dengan murid-murid lain
kerana ton pertuturan dia agak kasar dan dia tidak tahu cara bertutur dengan orang
yang lebih tua daripada dia. Saya bertanya beberapa soalan tentang tempat tinggal
dia dan aktiviti seharian dia selepas dia balik dari sekolah. Murid tersebut berjawab
kepada semua soalan yang saya tanya.

Akhirnya saya menanyakan sebab dia mengajak rakan-rakan berlawandengan


dia. Dia berkata bahawa dia sentiasa menonton program perlawanan WWE dalam
televisyen dengan ayah dia. Oleh itu, dia juga berminat untuk melibatkan diri dalam
perlawanan seperti watak-watak yang datang dalam WWE. Jawapan murid tersebut
agak memberangsangkan diri saya kerana kanak-kanak senang dipengaruhi oleh
persekitaran mereka. Hal ini berkait rapat dengan proses pembelajaran melalui
pemerhatian iaitu peniruan langsung (Meniru tingkah laku yang ditunjuk atau
ditonjolkan oleh model melalui proses perhatian.)(Lampiran 6)

Sebagai langkah penyelesaian masalah saya ingin memperbanyakkan


tugasan kepada murid tersebut untuk menggelakan daripada mengganggu rakan-
rakan lain semasa berlangsungnya proses pengajaran dan pengajaran. Selain itu,
saya juga ingin mengambil beberapa tindakan untuk mengelakkan murid tersebut
benyebut perkataan-perkataan kesat. Langkah yang pertama saya menggunakan
ialah saya mengajak murid tersebut secara peribadi dan menasihati dia tentang
kesan-kesan negatif kerana dia menggunakan perkataan-perkataan seperti itu.
Seterusnya, saya juga menggunakan cara peneguran positif sebagai jalan
penyelesaian bagi isu ini. Setiap minggu saya akan menyediakan sesuatu hadiah
kecil untuk murid tersebut. Saya akan menyeru setiap guru matapelajaran untuk
memantau murid tersebut bahawa dia menggunakan perkataan-perkataan kesat atau
tidak. Saya akan memberikan hadiah kepada murid tersebut jika saya mendapat
laporan positif daripada semua guru matapelajaran yang masuk dalam kelas murid
berkenaan.

7
Isu yang kelima ialah melibatkan dengan seorang murid perempuan tahun
empat berponteng kelas. Saya menyedari bahawa murid perempuan berkenaan akan
keluar ke tandas semasa saya masuk dalam kelas dan dia akan pulang ke kelas
semasa waktu proses pengajaran dan pembelajaran berakhir. Murid tersebut
mengingatkan bahawa saya tidak sedar dia tidak berada dalam kelas. Isu ini, sangat
menyedihkan saya kerana saya mengganggap murid tersebut tidak suka untuk belajar
dalam kelas saya. Oleh itu, saya berbincang dengan rakan praktikum saya untuk
menyelesaikan masalah ini. Rakan saya menasihati saya untuk menggadakan temu
bual secara bersemuka dengan murid berkenaan.

Oleh itu, keesokan hari saya masuk dalam kelas seperti biasa dan murid
tersebut minta izin dengan saya untuk pergi ke tandas. Saya juga memberi keizinan
kepada murid tersebut untuk pergi ke tandas. Selepas itu, saya memberi tugasan
kepada murid-murid dan menyeru mereka membuat tugasan tersebut lalu keluar dari
kelas untuk mencari murid perempuan berkenaan. Rakan praktikum saya membantu
saya menjaga kelas saya semasa saya keluar dari kelas untuk mencari murid
tersebut. Saya ternampak budak tersebut duduk di belakang bangunan tandas
sekolah berseorangan dan dia terkejut semasa melihat saya di sana. Dia takut dan
terus menangis selepas sahaja melihat saya berdiri lalu meminta maaf dengan
ketakutan.

Saya secara bertenang memujuk murid perempuan tersebut dan menyeru dia
berhenti menangis. Saya juga bercakap dengan lembut dan suara yang perlahan
supaya menengkan dia daripada ketakutan dan berjanji bahawa saya tidak akan
memdenda dia untuk perbuatan dia itu. Seterusnya saya membawa murid itu
kesebuah bilik kosong untuk mengadakan sesi temu bual dengan dia. Saya bertanya
dengan dia sebab dia sentiasa keluar semasa waktu matapelajaran saya. Murid
tersebut berkata bahawa dia sentiasa keluar pada waktu matapelajaran saya kerana
dia tidak suka guru yang mengajar matapelajaran tersebut sebelum saya. Murid
tersebut menerangkan tentang sifat diskriminasi guru matapelajaran tersebut. Hal ini
kerana, guru tersebut dikatakan mengamalkan sifat pilih kasih yang mana
mengutamakan murid-murid yang pandai sahaja dan memberikan peluang dan
layanan yang tidak sama kepada semua murid di kelas. Hal ini haruslah dibuat
pertimbangan kerana murid tersebut akan terus ketinggalan arus pendidikan jika
perbuatan guru tersebut berterusan. Guru seharusnya tidak berat sebelah dan meberi
layanan dan peluang yang sama kepada semua murid dalam kelas.

8
Selain itu, rakan sekelas juga merupakan punca menyebabkan murid tersebut
berbuat demikian. Hal ini dibuktikan semasa rakan sekelas mereka tidak mahu
berkawan dengan murid tersebut dan tidak mengajak dia masuk dalam kumpulan
sama untuk melakukan aktiviti kumpulan. Murid-murid yang lemah dalam pelajaran
sememangnya memerlukan perhatian dan bimbingan guru semasa menjalani aktiviti
pembelajaran dan membuat kerja tulisan. Mereka juga mudah terganggu dan mudah
berputus asa.(Mook Soon Sang)(Lampiran 6).

Dalam isu ini, saya mendapati bahawa murid tersebut kehilangan kepercayaan
terhadap guru dan rakan-rakan dia lalu dia tidak suka untuk duduk pada waktu
matapelajaran tersebut. Oleh itu, sebagai seorang guru saya haruslah mencari jalan
alternative untuk mengatasi masalah ini. Antara cara-cara yang saya ingin digunakan
ialah kaedah role-play terhadap murid tersebut supaya ia dapat mengeratkan
hubungannya dengan guru-guru lain dan rakan-rakan sekelas. Melalui kaedah ini,
saya dapat mengeluarkan sikap mengasingkan dan mendiamkan diri dalam kelas.
Saya telah memilih murid berkenaan untuk menjadi ketua kelas dalam kelasnya.
Dengan cara ini, murid itu diberi peluang untuk bergerak aktif dalam kelas. Dia akan
menjadi pemimpin dalam kelasnya. Saya memilih murid tersebut sebagai pemimpin
kelas kerana, seorang pemimpin perlu mempunyai aspek komunikasi yang berkesan.

Selain itu, saya berbincang dengan guru-guru matapelajaran lain yang


mengajar murid berkenaan untuk bertanya banyak soalan yang berkaitan dengan
matapelajaran yang diajar dan bukannya mengabaikan. Dalam kerja kumpulan,
tanggungjawab diberikan kepada murid itu untuk menjaga ahli kumpulannya. Semasa
mengajar lagu atau pantun, saya telah memberi peluang kepada murid tersebut untuk
membuat persembahaan. Walaupun persembahan tersebut kurang memuaskan tetapi
peneguhan positif dalam bentuk pujian atau hadiah telah diberikan. Dengan cara ini,
saya dapat melihat satu perubahan emosi yang baik dan positif dalam diri
muridberkenaan. Perubahan ini berlaku secara perlahan-lahan tetapi pastinya ia
boleh diterima sebagai penyelesaian masalah emosi murid perempuan itu.

9
3.0 Kesimpulan

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Mengawal lebih baik daripada merawat. Masalah
tekanan emosi di kalangan murid di sekolah rendah harus dibendung lebih awal agar tidak
terbawa sehingga ke sekolah menengah atau ke alam dewasa mereka. Kesihatan mental
dan emosi murid- murid amat penting dipelihara dan dijaga.
Fizikal dan mental yang sihat adalah produk yang terbaik untuk membina insan yang
gemilang dan sempurna hidupnya yang dimanifestasikannya dalam tingkahlaku sosialnya.
Membina rakyat yang harmonis fizikal dan mentalnya serta rohaninya harus dipupuk oleh
semua pihak. Insan yang pintar, kental mentalnya, utuh pegangan agamanya sudah pasti
akan menjana sebuah negara yang berjaya dan harmonis pembangunan dan ekonomi,
keamanan dan kestabilan politiknya, dihormati dan dicontohi oleh masyarakat dunia.

10
4.0 Rujukan

1. Abdul Razak Hamdan, Yazrina Yahya, Mohd Shanudin Zakaria dan Mohd Zamri
Murah. (2000). Teknologi Maklumat. Malaysia. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

2. Baharudin Omar. (1997). Asas penjagaan kesihatan kanak-kanak. Kuala Lumpur.


Bignell,S. (1980). Family Life Education: Resources for the Elementary
Classroom,Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

3. Choong Lean Keow Phd. (2011). Murid dan Alam Belajar Edisi ke-2. Kuala
Lumpur:

Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

4. Masni Sakilan (2015). Tekanan Emosi Kanak-kanak, dilayari pada 02 Ogos 2015

daripada:

5. http://masnisakila.blogspot.com/2015/03/definisi-tekanan-emosi-kanak-
kanak.html

Mohd Hanafi Jumrah & Nurhayati Safwanah Durahman (2009). Teknologi


Maklumat dan Komunikasi, dilayari pada 02 Ogos 2016 daripada:

6. http://sabahthroughus.blogspot.com/2009/07/definisi-teknologi-maklumat-
dan.html
Nadia Alia (2012). Tekanan Emosi Kanak-kanak, dilayari pada 02 Ogos 2016
daripada:http://nadialia2012.blogspot.com/

11

You might also like