You are on page 1of 9

TUGASAN 1

Soalan A) Sebagai seorang guru biasa bagaimana anda boleh membantu guru bimbingan
dan kaunseling bagi membantu murid ke arah memenuhi keperluan mereka dengan lebih
berkesan.

1. PENGENALAN

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di peringkat sekolah sememangnya tidak asing


lagi bagi setiap guru di sekolah. Ianya telah menjadi sebahagian daripada cara-cara
kesemua guru untuk mengatasi masalah pelajar mereka dalam pembelajaran. Guru
merupakan agen terpenting dalam merealisasikan strategi Kementerian Pelajaran Malaysia
demi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan misi membangunkan
sistem pendidikan bertaraf dunia serta menjadikannya sebagai pusat kecemerlangan
pendidikan di serantau. Oleh kerana itu, guru diberikan penekanan agar dapat membentuk
pelajar dari segala aspek untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, jasmani, emosi dan sosial mereka.

Pada awalnya, perkhidmatan Bimbangan dan Kaunseling diperkenalkan di sekolah


Malaysia pada tahun 1960. Guru kerjaya yang membimbing pelajar dalam aspek bimbingan
dan vokasional telah disarankan untuk ditempatkan di kebanyakkan sekolah. Di dalam
usaha pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah dengan berkesan,
beberapa buku Bimbingan dan Kaunseling dihasilkan pada tahun 1990-an. Di antaranya
adalah Pelaksanaa Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah, diterbitkan oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1992.

Selain itu, objektif kepada penghasilan buku ini adalah untuk dijadikan sebagai panduan
kepada guru sekolah, terlatih ataupun bukan terlatih dalam bidang Bimbingan dan
Kaunseling dalam melaksanakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dengan
berkesan di sekolah mereka. Di samping itu, ia boleh digunakan untuk membetulkan
kesilapan dan mengatasi kelemahan agar objektif dapat dicapai sebagaimana yang
dikehendaki.
2. KONSEP BIMBINGAN DAN KAUNSELING

2.1 DEFINISI BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Definisi bimbingan dalam bahasa inggeris yang disebut guidance bermaksud memberi
nasihat atau panduan kepada seseorang. Di bawah konteks pendidikan pula, bimbingan
bermaksud bantuan atau pertolongan yang diberikan dengan betul kepada pelajar yang
berkenaan menurut Crow dan Crow (1983). Dalam sesebuah proses bimbingan, pelajar
yang menghadapi masalah peribadi dari segi intelek, rohani, emosi ataupun sosial akan
diberi panduan atau nasihat yang boleh membantunya menyelesaikan masalah tertentu.
Masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar biasanya boleh digolongkan dalam dua
kategori yang utama iaitu masalah akademik dan masalah emosi-sosial.

Seterusnya, proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya
pula disebut sebagai kaunseling, menurut Shertzer dan Stone (1968). Dalam proses ini,
klien secara tidak langsung boleh meluahkan segala apa bentuk permasalahan yang
dihadapi bagi membantu mereka memperoleh masalah sebenar yang ada pada diri mereka
dan secara tidak langsung dapat membantu mereka untuk memperbaiki diri. Arbuckle
(1965) juga berkata kaunseling bukan bertujuan menolong klien menyesuaikan diri dengan
alam sosial, tetapi menolongnya memahami kelebihan dan kelemahan, potensi dan
keupayaannya.

Mengikut Kamus Dewan (1998), kaunseling merupakan proses teratur yang melibatkan
perbincangan rapi tentang masalah yang dihadapi oleh seseorang dan usaha mengatasi
atau menyelesaikannya menerusi bimbingan dan nasihat. Secara kesimpulannya,
sebahagian proses daripada perkhidmatan bimbingan adalah disebut kaunseling. Ianya
adalah satu proses pertemuan secara bersemuka di antara seorang pengajar yang
memegan peranan sebagai kaunselor dengan seorang pelajar(disebut klien) yang
menghadapi masalah peribadi atau akademik serta membantu klien tersebut untuk
menghadapi masalah yang dialaminya. Manakala, bimbingan secara keseluruhannya
merangkumi aspek seperti orientasi, inventori, penempatan, kaunseling, tunjuk ajar dan
nasihat serta tindakan susulan.

3. PERANAN GURU BIASA DALAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING


3.1 GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Guru bimbingan dan kaunseling sememangnya telah ditugaskan di setiap
sekolah di Malaysia. Guru bimbingan merupakan guru yang terlatih dalam bidang
Bimbingan dan Kaunseling secara khas. Guru-guru ini mendapat latihan secara khusus
dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling dari universiti-universiti luar atau dalam negeri
seperti Institut Pendidikan Guru, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Putra
Malaysia.
Guru ini dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas mereka
berdasarkan empat jenis perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang diutamakan di
sekolah. Dalam pengurusan sesebuah program, guru bimbingan dan kaunseling akan
menjalankan tugas dengan menggunakan empat jenis perkhdmatan tersebut. Antara-
antara aspek tersebut adalah perancangan, pengelolaan, hala arah dan pengawalan

ASPEK HURAIAN

Merancang program bimbingan dan kaunseling untuk


1. PERANCANGAN
sekolah dengan teliti.

Menggunakan prosedur-prosedur kaunseling untuk


2. PENGELOLAAN
pengelolaan program.
Guru pembimbing mengetuai program yang
dilaksanakannya dalam aspek membuat keputusan,
3. HALA ARAH
memberi garis panduan, meningkatkan motivasi dalam
proses kaunseling.
Menilai keberkesanan program, mengenal pasti kelemahan
4. PENGAWALAN dan masalah yang dihadapi dan mengambil tindakan untuk
mengatasinya.

Jadual 1 menunjukkan empat jenis aspek perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

Walaubagaimanapun, guru bimbingan dan kaunseling ditugaskan untuk berkhidmat di


sekolah juga bertanggungjawab dalam membimbing guru biasa untuk memainkan peranan
dalam menjaga atau mengatasi masalah yang dihadapi muridnya sendiri. Selain itu, bukan
kesemua hal-hal ataupun masalah yang dihadapi oleh murid akan dibantu oleh guru bimbingan
dan kaunseling sahaja. Guru biasa juga berperanan penting dalam segala masalah yang
dihadapi oleh pelajarnya walaupun pengalamannya tidak seperti guru bimbingan dan
kaunseling yang sebenar. Kita sebagai guru biasa juga perlu ingat bahawa pelajar kita akan
lebih selesa untuk meluahkan segala permasalahannya kepada kita kerana kitalah guru yang
mengajar dan membimbing mereka di dalam kelas sepanjang sesi pengajaran dan
pembelajaran. Jika mereka mengalami sebarang permasalah dalam diri, kemungkinan agak
sukar baginya untuk mendapatkan bimbingan yang berkesan dari guru bimbingan dan
kaunseling kerana rasa tidak biasa menceritakan masalah mereka kepada orang baru. Jadi
setiap guru perlulah mengambil cakna akan hal ini.

3.2 GURU BIASA SEBAGAI PEMBIMBING DAN KAUNSELOR

Proses kaunseling merupakan perhubungan di antara kaunselor dengan kliennya yang


meminta bantuan. Untuk mencapai objektif kaunseling dengan berkesan, maka membina
hubungan atau rapport di antara kaunselor dengan klien merupakan syarat yang amat penting.
Tetapi, bagi seseorang guru biasa, membimbing murid-muridnya adalah satu tugas yang amat
penting. Bimbingan adalah satu pendidikan dalam membentuk tingkah laku sesuai dengan
kehendak bangsa, agama dan negara. Terdapat beberapa peranan guru biasa dalam
membimbing murid-muridnya.
Pertama, guru merupakan agen yang terpenting dalam membimbing murid di bawah
jagaannya dari saat pertama mereka masuk sekolah. Guru perlu membimbing murid membuat
penyesuaian peribadi, sosial, emosi dan akademik dengan persekitaran sekolah, peraturan dan
sebagainya kerana murid menghadapi masalah dan kekeliruan apabila mereka memasuki
situasi pembelajaran baru. Murid memerlukan bantuan dalam segala jenis bentuk pendidikan di
sekolah. Sebagai contohnya, bagaimana untuk membahagikan masa antara kokurikulum dan
akademik, bila masa menyiapkan kerja rumah dan masa belajar, apa jenis keperluan
persekolahan yang diperlukan sepanjang masa serta tentang perancangan masa depan.
Selain itu, guru biasa juga berperanan dalam mengesan masalah atau keadaan-keadaan
yang tidak memuaskan yang boleh menjejaskan pencapaian akademik mereka. Kita harus
mengambil cakna tentang apa jua masalah yang dihadapi oleh seseorang murid itu kerana
setiap masalah yang dialami mereka yang menyebabkan prestasi akademik mereka menurun
serta akhlak semakin buruk. Dengan bimbingan, ianya dapat membantu mengatasi masalah-
masalah peribadi akibat kekurangan kemampuan individu untuk menyesuaikan diri dengan
aspek-aspek perkembangan yang begitu cepat. Masalah kejutan budaya, krisis kewangan,
keluarga, persahabatan, jantina, dan kerjaya adalah antara masalah yang memerlukan
bimbingan guru.
Seterusnya, murid mempunyai kelebihan atau daya kebolehan mereka tersendiri. Namun,
murid tidak akan mengetahui kebolehan mereka tersebut sekiranya tidak dipupuk dan didorong
oleh guru. Guru perlulah ada rancangan pelajaran mulai dari peringkat awal pembelajaran.
Murid perlu diberi bimbingan untuk aktiviti pelajaran yang sesuai mengikut kebolehan dan minat
masing-masing. Jadi, peranan guru disini adalah memberi kesedaran kepada para pelajar di
peringkat awal sehingga mereka berjaya menanamkan sikap suka belajar dalam diri mereka. Ini
akan membawa pencapaian objektif pelajaran dengan berkesan.
Peranan guru biasa yang seterusnya adalah menolong murid membentuk tabiat kerja yang
baik dan menghargai kerja yang diamanahkan. Kita sebagai guru haruslah memastikan setiap
murid kita melaksanakan kerja dengan bersungguh agar mereka dapat membiasakan diri untuk
menghasilkan kerja yang berkualiti. Secara tidak langsung, hal ini dapat mendidik murid untuk
memberi komitmen sepenuhnya terhadap kerja yang mereka lakukan di masa hadapan kelak.
Mereka akan terdorong untuk sentiasa melakukan yang terbaik dalam setiap hal yang mereka
lakukan. Dalam erti kata lain, mereka akan menjadi lebih berdisiplin dalam apa jua perkara yang
mereka lakukan dalam kehidupan mereka.
Seterusnya, kita sebagai guru biasa secara tidak langsungnya akan memainkan peranan
sebagai kaunselor. Jadi, kerjasama antara ibu bapa dalam hal perkembangan pelajar, khasnya
dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Oleh kerana itu, amatlah penting bagi guru untuk
berkenal mesra dengan ibu bapa murid supaya dapat mengetahui latar belakang murid.
Sebagai contohnya, guru menyediakan kad rekod himpunan yang bertujuan menyediakan kad
rekod himpunan ini untuk mengetahui butir-butir lengkap tentang maklumat murid serta latar
belakang mereka. Dengan itu, guru mudah untuk mengenali setiap murid dengan lebih dekat
dan memahami masalah mereka serta memudahkan guru memberi bimbingan kaunseling untuk
mereka.

Soalan B) Anda dikehendaki meneroka minat kerjaya seorang murid dengan


menggunakan satu inventori psikologi yang sesuai dan menganalisis dapatan tersebut.
Huraikan bagaimana maklumat tersebut boleh membantu murid meneroka minat kerjaya
mereka pada masa depan.

1) PENGENALAN

Sekolah tidak asing lagi dengan perkhidmatan inventori dan rekod. Ianya digunakan
dalam pelbagai perkara yang melibatkan hal ewal setiap murid. Antara fungsi-fungsi inventori
dan rekod adalah menyediakan dan mengendalikan fail bimbingan untuk setiap murid. Setiap
butiran berkaitan dengan penilaian dan pentafsiran minat murid dikumpul dan direkodkan.
Selain itu, ianya juga bertujuan untuk mengawasi perangkaan dan corak kehadiran murid yang
dirujuk untuk tujuan kaunseling. Ianya juga berfungsi untuk memberi maklumat tentang
pencapaian, kemajuan dan prestasi murid yang bermasalah untuk tujuan pemulihan.

Perkhidmatan untuk menyedia dan menguruskan inventori dalam Bimbangan dan


Kaunseling adlaah penting bukan sahaja digunakan untuk membantu murid mengenali potensi
diri secara menyeluruh tetapi juga digunakan untuk menentukan arah hala tuju masa depan
pelajar khususnya dalam bidang kerjaya yang diceburinya pada masa kelak. Antara jenis-jenis
inventori adalah Inventori Minat, Inventori Minat Kerjaya, Inventori Nilai Diri dan sebagainya.

2) INVENTORI MINAT KERJAYA

Mengikut Darley & Hagenah (1955) minat pekerjaan adalah sebahagian perkembangan
personality seseorang individu. Holland (1997) pula berpendapat minat kerjaya adlaah serupa
dengan pemilihan kerjaya yang boleh diertikan sebagai ekspresi personaliti individu. Maka,
inventori minat boleh diertikan sebagai inventori personaliti.
Semasa melakukan intervensi di Rumah Anak Yatim Darul Akhyar, kami diberikan tugasan
untuk meneroka minat kerjaya seorang murid dengan menggunakan satu inventori psikologi
yang sesuai dan menganailisis dapatan tersebut. Inventori minat kerjaya yang dipilih adalah
inventori Self-Directed Search (SIDEK). Inventori minat kerjaya ini bertujuan untuk memberikan
kesedaran kepada murid mengenai kebolehan, kecenderungan dan bidang yang mereka minati
untuk memandu mereka memilih kerjaya yang bersesuaian dengan diri masing-masing.
Saya telah menggunakan inventori ini untuk meneroka minat kerjaya seorang anak
yatim yang bernama Hilmi dan berumur 13 tahun. Inventori ini mengandungi 192 item dengan
menggunakan respon Ya atau Tidak untuk mengukur minat kerja atau jenis personaliti
seseorang. Item-item digolongkan kepada 6 kategori yang utama iaitu REALISTIK (R),
INVESTIGATIF ( I ) , ARTISITIK ( A ), SOSIAL (S), ENTERPRISING ( E ) dan CONVENTIONAL
(C) dan kesemua item tersebut mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Setelah selama setengah
jam menjalani ujian inventori SIDEK, saya telah mendapati Hilmi memperoleh Investigatif,
Artistik dan Conventional.
Ciri-ciri bagi individu investigatif adalah individu yang suka membuat pemerhatian,
mempelajari, menyelidik, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah melalui
penyelidikan serta mempunyai kemahiran saintifik dan matematik dan kerjaya bercorak
teknilkal. Ciri-ciri ini amatlah sesuai dengan personaliti Hilmi yang pendiam kerana berdasarkan
pemerhatian, Hilmi lebih suka berdiam diri dan melakukan persepsi terhadap sesuatu hal serta
menyimpannya di dalam dirinya sahaja. Antara contoh kerjaya bagi investigatif adalah seperti
ahli kaji cuaca, ahli sains, doktor, pakar bedah, ahli farmasi, juruteknik makmal perubatan,
penganalisis sistem, juruterbang dan ahli teknologi komputer.
Item kedua berdasarkan keputusan yang diperoleh, Hilmi adalah seorang yang artistic. Ciri-
ciri bagi artistik adalah individu yang mempunyai kebolehan artistik dan inovatif serta
mempunyai kebolehan intuisi dan suka bekerja dalam situasi yang tidak atau kurang
berstruktur. Individu ini juga tidak selesa dengan kerja yang rutin atau berulang-ulang. Individu
ini juga selalu menggunakan imaginasi dan kreativiti. Semasa melakukan aktiviti melukis (terapi
seni), saya mendapati Hilmi banyak menggunakan imaginasi dalam karyanya. Dalam lukisan
yang telah dihasilkannya, Hilmi melukis subjek keretapi. Apabila disoal tentang mengapa subjek
keretapi yang dipilih, Hilmi menjelaskan bahawa dia mempunyai hasrat untuk menaiki keretapi
kerana sebelum ini dia tidak pernah ada pengalaman menaiki keretapi sepanjang hidupnya.
Hilmi juga tidak berkesempatan untuk bercuti ke tempat lain dan apa yang menyayat hati saya
adalah dia tidak pernah keluar dari negeri Terengganu. Dia berharap agar suatu hari nanti
impiannya untuk mengelilingi dunia dapat tercapai.
Seterusnya, Hilmi juga seorang yang konvensional. Konvensional adalah individu yang suka
bekerja dengan data dan nombor. Individu ini mempunyai kemahiran dalam bidang perkeranian
serta mempunyai kebolehan dan kemahiran dalam menggunakan nombor. Secara
keseluruhannya, individu ini sering melakukan sesuatu dengan terperinci, akur dan mengikut
arahan. Semasa melakukan intervensi bersama dengan Hilmi, saya mendapati Hilmi seorang
yang sentiasa mendengar arahan dan mengikut apa yang disuruh. Dia tidak membantah dan
merungut sedikit pun ketika diberi tugasan dan mampu untuk melaksanakan tugas dengan
betul.
Kesimpulannya, inventori minat kerjaya seperti ini amat membantu seseorang individu untuk
mengenal dirinya sendiri. ianya amat sesuai untuk dijalankan di sekolah khususnya bagi murid-
murid agar mereka dapat mengetahui bakat yang terpendam dalam diri mereka sendiri dan
dapat memfokuskan diri sendiri dalam cita-cita yang diingin di masa hadapan.

RUJUKAN

Kaunselor Prihatin. 2012. Peranan Guru Kaunseling di Sekolah. Diakses pada 10 Mac 2017
dari http://binadiribinakerjaya.blogspot.my/2012/04/peranan-guru-kaunseling-di-sekolah.html
Nurhaiza Che Mat. 2015. Skop Tugas Guru Bimbingan dan Kaunseling. Diakses pada 10 Mac
2017 dari http://nurhaizachemat.blogspot.my/2015/06/skop-tugas-guru-bimbingan-
kaunseling.html

Monasrim. 2011. Peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling. Diakses pada 10 Mac 2017 dari

http://ehwalmurid.blogspot.my/2011/08/peranan-guru-bimbingan-dan-kaunseling.html

Jkoay. 2015. Tugas Sebenar Seorang Guru Kaunseling di Sekolah Menengah. Diakses pada 10
Mac 2017 dari

https://counselingtheturningpoint.wordpress.com/2015/09/04/tugas-sebenar-seorang-guru-
kaunseling-di-sekolah-menengah/

You might also like