You are on page 1of 6

Amali 1

Ekosistem Tanah - Biota Tanah dan Jaringan Makanan

Pendahuluan

Sesuatu ekosistem terdiri daripada tumbuhan, haiwan (biodiversiti) dan faktor-faktor abiotik yang
bekerja bersama untuk menjana, menyimpan dan memindahkan tenaga , nutrien dan air. Sebagai
contoh, tumbuhan menjana tenaga dari proses fotosintesis dan tenaga disimpan dalam bentuk
karbohidrat dalam tumbuhan atau lemak dan protein dalam haiwan selepas haiwan memakan
tumbuhan tersebut. Organisma-organisma tanah menguraikan tisu-tisu tumbuhan dan haiwan
dan memindahkan tenaga kepada mereka manakala nutrien balik ke tanah untuk diambil balik
oleh tumbuhan. Kebanyakan organisma dalam ekosistem ini menghasilkan fungsi fungsi
ekosistem dan menyumbang kepada lebih kepelbagaian dan kestabilan kepada ekosistem itu
sendiri. Tanah menyediakan satu contoh kajian ekosistem yang mudah dikaji.

Tugasan: Mengukur Makrofauna

Makrofauna mempercepatkan kadar pereputan bahan organik. Mereka memecahkan bahan

organik menjadi lebih kecil dan menggaulkan bahan organik dengan tanah. Walaupun begitu,
bandingan bilangan makrofauna dengan mikrofauna dalam tanah adalah kecil.

1. Kumpul sampel tanah di bawah litupan daun gugur (Lingkungan O) dan tanah permukaan
(Lingkungan A tidak melebihi kedalaman 3cm) daripada dua lokasi berbeza. Pilih dari
laman, kawasan tumbuhan asli, laman di bawah spesies pokok yang berbeza atau
kawasan-kawasan lain.
2. Masukkan sampel-sampel ke dalam beg plastik, dimeteri dan dilabel dengan nama anda
dan lokasi kutipan.
3. Pada setiap lokasi, rekodkan jenis tanaman yang terdapat pada lokasi (contoh, hutan,
paya, laman dan lain-lain) dan ciri-ciri lokasi dalam jadual di bawah.
4. Kemudian gunakan maklumat yang diperolehi untuk membandingkan habitat tanah dari
dua lokasi.
Nota: Jika anda tidak mempunyai peralatan yang cukup (contoh: pH kit atau
penetrometer), abaikan ciri tersebut.

Jadual 1: Perbandingan Ciri-Ciri Lokasi Sampel Tanah

1
Ciri-ciri Lokasi Lokasi 1 Lokasi 2
Jenis tanaman
tahap naungan
Kelembapan/Kekeringan Tanah
pH Tanah
Kemampatan Tanah
Tekstur Tanah (pasir, liat dll)

5. Kembali ke makmal dan campurkan sampel lingkungan O dan lingkungan A dari lokasi
yang sama.

Prosedur 1
6. Masukkan campuran tanah dari lokasi 1 ke dalam corong Tulgren dalam kuantiti yang
diketahui. Biarkan selama 2 hari.
7. Ulang prosedur 6 dan 7 menggunakan campuran tanah dari lokasi kedua.
Nota: Anda boleh membandingkan kehadiran makrofauna antara dua lokasi jika isipadu
tanah yang dikaji diketahui.
8. Selepas 2 hari, tuangkan kandungan balang pengumpul ke dalam piring petri dan
kenalpasti bilangan individu setiap order atau kumpulan fauna kedua-dua lokasi.

Rajah 1: Jenis-jenis corong Tulgren untuk mengekstrak fauna tanah

Prosedur 2
9. Daripada beg-beg sampel , ambil campuran tanah dari lingkungan O dan lingkungan A
dalam kuantiti yang diketahui.
Periksa sampel tanah dengan menggunakan mikroskop atau kanta tangan.
Masukkan sebarang fauna yang dijumpai ke dalam piring petri untuk dikenalpasti.
10. Kenalpasti semua fauna. Kelaskan ke dalam order atau kumpulan fauna yang berlainan.
contoh: Kumpulan A : tiada kaki cacing; kumpulan B ada 8 kaki labah-labah, hama
dan lain-lain.
11. Kira bilangan individu dalam setiap kumpulan.
Jika terlalu banyak, anggarkan jumlah yang sepatutnya.

2
12. Kira jumlah individu setiap kumpulan yang diperolehi daripada prosedur 1 dan 2.
Rekodkan ke dalam jadual 2 dan 3.
Jadual 2: Makrofauna Besar
Order atau Kumpulan Bilangan Individu
Makrofauna
Lokasi 1 Lokasi 2
isipadu tanah = ____cm3 isipadu tanah = ____ cm3

Jadual 3: Makrofauna Kecil

Order atau Kumpulan Bilangan Individu
Makrofauna
Lokasi 1 Lokasi 2
isipadu tanah = ____cm3 isipadu tanah = ____ cm3

13. Guna keputusan dari Jadual 2 dan 3. Kira bilangan order atau kumpulan bagi seliter tanah
dan litupan daun, dan bilangan individu dari setiap order atau kumpulan seliter tanah dan
litupan daun.

Jadual 4: Bilangan Makrofauna bagi seliter tanah

Makrofauna lokasi 1 lokasi 2

bilangan Order atau kumpulan seliter tanah/litupan

bil. individu kumpulan ___________seliter tanah/litupan

bil. individu kumpulan ___________seliter tanah/litupan

bil. individu kumpulan ___________seliter tanah/litupan

3
Laporan - Menerangkan peranan biota tanah

Laporan anda haruslah mengandungi tajuk, pendahuluan yang menerangkan tentang amali
tersebut, dan perbincangan (lebih kurang 600 patah perkataan) berdasarkan soalan-soalan
berikut. Anda juga dikehendakki memasukkan satu jadual ringkasan yang menunjukkan
keputusan anda. Laporan ini ditulis secara soalan dan jawapan tetapi rujukannya hendaklah tepat
dan betul.

1. Bagaimanakah kepelbagaian makrofauna tanah dari dua lokasi berbeza?

Bolehkah anda cadangkan kenapa terjadinya perbezaan antara mereka.
Apakah parameter yang anda ukur yang boleh membantu anda untuk menerangkan
perbezaan- perbezaan tersebut?

Parameter yang diukur bagi menerangkan perbezaan makrofauna adalah pertama, dari
aspek lokasi itu sendiri. Dua kawasan yang berbeza dari sudut geografi sudah tentulah
mempunyai makrofauna yang sepunya mahupun berbeza disebabkan kesesuaian tempat
tersebut untuk keperluan hidup fauna. Parameter kedua yang dipilih adalah berdasarkan
cuaca pada hari tersebut. Faktor ini dipilih kerana ada sesetengah makrofauna dapat
dilihat terus dengan mata kasar kerana berada di atas kawasan kajian, namun ada juga
makrofauna yang perlu dikorek kawasan kajian bagi benar-benar memastikan kewujudan
makrofauna yang diramalkan.

2. Terangkan peranan makrofauna dalam tanah tersebut.

Makrofauna berperanan pengimbang terhadap ekosistem di kawasan tersebut. Seperti

contohnya, di kawasan tanah kebun, kehadiran cacing bertujuan untuk menyuburkan tanah
dengan cara memastikan pengudaraan dalam tanah adalah bagus bagi penyerapan zat dan
nutrient tanah oleh pokok. Selain itu, kewujudan agen pengurai seperti bacteria dapat
menjamin zat-zat yang berada di dalam daun dan fauna yang telah mati dapat diserap
kembali oleh tanah.

4
3. Pada rajah jaringan makanan yang disediakan, labelkan jenis-jenis biota (contohnya,fungi,
nematod dan lain-lain), apa yang mereka lakukan (pemangsa, pemakan daun dll) dan
huraikan bagaimana arah aliran tenaga berlaku.
Contoh, dimanakah bermulanya pembentukan tanaga dan dimanakah ianya berakhir
(puncak rantai makanan).
Apakah akan terjadi kepada tenaga dan nutrien apabila organisma pada puncak rantai
makanan mati?
Sertakan rajah ini dengan laporan anda.

5
_______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

You might also like