You are on page 1of 6

Penulisan Sintesis

1.0 Pengenalan

Penulisan sintesis ini berfokus kepada tahap kebimbangan sebelum dan


selepas pertandingan. Dalam penulisan ini penulis merujuk kepada dua artikel
utama iaitu yang dikaji oleh Mohd Anizu Mohd Noor & Aldellah Ali. (2010). Kesan
tahap kebimbangan sebelum dan selepas pertandingan di kalangan atlet tinju
peringkat negeri. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Dan Berrouz
Ghorbanzadeh & Perican Bayar. (2013). A comparison of the pre-competition and
post-competition anxiety levels of taekwondo athletes. Science and Nature (2013)
2(3): 84-87. (ISSN 2324-7290).

Kebimbangan ialah sesuatu yang negatif dan boleh mempengaruhi


pencapaian atlet dalam sukan. Ia merujuk kepada tafsiran kognitif yang dibuat oleh
individu terhadap apa yang terdapat di persekitarannya. Jika tafsiran tersebut
menjurus kepada sesuatu yang mendatangkan kesan negatif, maka ia
menghasilkan kebimbangan. Apabila memperkatakan kebimbangan di kalangan
atlet maka perlu dijelaskan mengenai kebimbangan tret dan kebimbangan seketika.
Kebimbangan tret adalah merujuk kepada personaliti seseorang individu di mana ia
bersifat stabil dan mereka sering mentafsirkan situasi persekitaran dengan
perasaan risau atau bimbang yang boleh meningkatkan tahap kebangkitan
(arousal). Ini menunjukkan kebanyakan masyarakat mempunyai tahap
kebimbangan tret yang sederhana dan sedikit sahaja yang tinggi atau rendah tahap
kebimbangan tret. Manakala kebimbangan seketika merujuk kepada tahap
kebimbangan semasa yang terhasil dari persepsi individu terhadap bentuk tekanan
yang terdapat di persekitaran pada waktu itu.

Semasa latihan, atlet akan melalui pelbagai jenis serta bentuk latihan fizikal
untuk memantapkan lagi kemahiran dan secara tidak langsung ia turut
menambahkan lagi keyakinan serta semangat dalam diri pemain. Tetapi adakah
tahap psikologi pemain akan kekal seperti mana mereka dalam sesi latihan setelah
mereka berada di gelanggang perlawanan?. Atlet mula akan bermain dengan
perasaan, apatah lagi apabila penampilan fizikal pihak lawan kelihatan lebih gagah
sedangkan perlawanan belum bermula. Atlet akan mula rasa cemas, gelisah dan

1
berdebar-debar ditambah lagi dengan sorakan penyokong-penyokong yang akan
membuat atlet lebih rasa tertekan.

2.0 Isi

Kebimbangan merupakan satu keadaan negatif yang dialami oleh manusia


dan merupakan gabungan antara perasaan takut, seram, gentar, runsing, cemas,
bimbang, risau, gelisah, khuatir dan pelbagai emosi lain (Mohd. Sofian Omar
Fauzee, 2002). Perasaan ini akan terus berlaku bila seseorang itu merasa khuatir
akan kebolehan dan kepakarannya. Seseorang jurulatih tidak kira di peringkat mana
sekalipun harus mengetahui dan mengambil berat tentang faktor psikologi atlit
mereka. Biasanya atlit tidak hanya dilengkapi dengan persediaan fizikal tetapi harus
juga seimbang dengan persediaan mental. Pertandingan dalam sukan mempunyai
pelbagai peringkat atau tahap seperti peringkat sekolah/ bahagian, daerah, negeri,
kebangsaan dan antara bangsa. Pada kebiasaannya, semakin tinggi peringkat
pertandingan itu maka semakin meningkatlah tahap kebimbangan yang dirasai oleh
atlet tersebut.

Dalam bidang sukan, kebanyakan jurulatih lebih menumpukan kepada aspek


latihan kemahiran, teknik, taktik dan strategi dalam permainan sebagai
persediaan atlet bagi menghadapi pertandingan. Manakala aspek psikologi tidak
diberi perhatian yang khusus. Sebenarnya aspek psikologi banyak menyumbang ke
arah prestasi seseorang atlet dalam pertandingan. Kekuatan fizikal diikuti dengan
kekuatan mental sebelum dan semasa bertanding merupakan gabungan yang
mantap dan amat diperlukan bagi mencapai kemenangan. Perasaan gementar,
takut, bimbang dan keyakinan diri merupakan perkara yang perlu diberi perhatian.
Kebimbangan dan prestasi dalam sukan merupakan antara topik yang diminati di
kalangan ahli sukan. Kebimbangan sentiasa menyelubungi diri atlet sebelum,
semasa dan selepas sesuatu pertandingan. Sesuatu pertandingan sememangnya
akan menyebabkan gangguan emosi atlet merasa tertekan dan bimbang sebelum
pertandingan, seterusnya menghalang pencapaian dan menjatuhkan prestasi atlet.
Kebimbangan adalah keadaan emosi negatif ditandai dengan kegugupan,
kecemasan dan ketakutan dan berkaitan dengan pengaktifan atau kebangkitan
tubuh badan.

2
Persamaan yang dapat dikenal pasti di antara kedua-dua artikel ini adalah
dari segi penggunaan instrument atau alat pengukuran tahap kebimbangan atlet
sebelum dan selepas pertandingan iaitu di mana pengkaji daripada kedua-dua
artikel ini menggunakan alat pengukur kebimbangan soal selidik competitive state
anxiety inventory-2 (CSAI-2). Walau bagaimanapun terdapat juga alat pengukuran
kebimbangan yang lain digunakan oleh pengkaji bagi tajuk Kesan tahap
kebimbangan sebelum dan selepas pertandingan di kalangan atlet tinju peringkat
negeri iaitu soal selidik Sport Anxiety Test (SCAT) dan soal selidik state Trait
Anxiety Inventory (STAI). Selain itu, memandangkan kedua-dua artikel ini ada
menggunakan set soal selidik yang sama oleh itu cara pengedaran borang soal
selidik juga adalah sama iaitu sehari sebelum pertandingan dan 1 jam selepas
pertandingan.

Merujuk kepada dapatan kajian yang diperoleh daripada kedua-dua kajian


atau artikel ini didapati dapatan kajian menunjukkan keputusan kajian yang sama
walau pun terdapat sedikit perbezaan dalam menganalisis data iaitu di mana
semasa sebelum pertandingan tahap kebimbangan adalah tinggi dan tahap
keyakinan menurun, manakala tahap kebimbangan selepas pertandingan adalah
rendah dan tahap keyakinan tinggi atau meningkat semula.

Terdapat perbezaan yang banyak telah dikenal pasti pada kedua-dua artikel
iaitu yang mana artikel yang bertajuk Kesan tahap kebimbangan sebelum dan
selepas pertandingan di kalangan atlet tinju peringkat negeri yang hanya
menggunakan 9 orang atlet tinju lelaki sahaja dan 268 subjek pula digunakan dalam
kajian A comparison of the pre-competition and post-competition anxiety levels of
taekwondo athletes yang mana subjek terdiri daripada 231 perempuan dan 237
subjek lelaki.

Selain itu, perbezaan juga boleh dilihat yang mana kajian Kesan tahap
kebimbangan sebelum dan selepas pertandingan di kalangan atlet tinju peringkat
negeri menggunakan analisis statistik deskriptif untuk melihat keputusan kajian
melalui skor yang diperoleh daripada set soal selidik yang diedarkan kepada subjek,
manakala artikel A comparison of the pre-competition and post-competition anxiety
levels of taekwondo athletes pula menggunakan analisis statistik inferensi iaitu
seperti sisihan piawaian, ujian-t dan ANOVA sehala.

3
3.0 Penutup

Kesimpulannya, tahap kebimbangan akan menjadi semakin tinggi dan


prestasi pemain tidak akan menjadi seperti yang diharapkan. Namun, ini juga turut
bergantung pada atlet itu sendiri, sama ada ia akan menjadikan semua pengaruh di
persekitarannya positif pada persembahan prestasinya atau ia akan menjadi
sebaliknya jika atlet itu tidak mampu menerima gangguan persekitarannya dan
menganggap ia adalah satu tekanan dan bebanan yang akan membuat goal
setting terkeluar dari sasaran sebenar.

Situasi pertandingan biasanya menyebabkan atlet mengalami kebimbangan


seketika sama ada kebimbangan kognitif atau kebimbangan somatik yang
terpaksa di hadapi dan ditangani dengan berkesan bagi mempamerkan prestasi
terbaik. Oleh itu atlet perlu menangani kebimbangan dan tingkatkan keyakinan diri.
Atlet yang berjaya dalam pertandingan adalah atlet yang berupaya mengatasi
masalah kebimbangan dan stres. Apabila seseorang atlet berjaya atasi
kebimbangan maka beliau mempamerkan prestasi terbaik.

Keupayaan seseorang atlet untuk mengatasi kebimbangan merupakan


perkara penting dalam pertandingan sukan kerana faktor tersebut dipercayai
mempengaruhi prestasi. Oleh yang demikian matlamat utama para ahli psikologi
sukan ialah menghasilkan program mental yang berkesan untuk atlet supaya dapat
memaksimumkan prestasi. Matlamat ini mungkin tidak dapat dicapai sekiranya
tiada pengetahuan asas mengenai teori-teori kebimbangan dan situasi atau
keadaan kebimbangan yang boleh mempengaruhi prestasi.

4
Suasana ini menunjukkan perlunya untuk mengkaji sebab-sebab mengapa
keadaan sedemikian wujud dan telah menarik minat penyelidik untuk membuat
tinjauan terhadap tahap kebimbangan sebelum dan pertandingan dan seterusnya
dapat membantu para atlet agar dapat menunjukkan prestasi sebenar mereka. Oleh
hal yang sedemikian, hasil kajian yang diperoleh ini nanti amat penting dan berguna
kepada jurulatih dan pegawai sukan agar mereka dapat menyediakan program
latihan untuk sesi yang akan datang dengan mengambil kira perbezaan
pengalaman, memperkenalkan beberapa jenis latihan khusus untuk mengatasi
masalah kebimbangan, misalnya latihan mental, meneliti kembali apakah faktor-
faktor yang menyebabkan tahap kebimbangan atlet begitu tinggi dan merancang
cara-cara untuk mengatasinya seterusnya berusaha untuk meningkatkan mutu
latihan dari segi teknikal dan taktikal sambil menyelitkan unsur-unsur sains sukan
dengan menghadiri kursus dalam lapangan yang berkenaan atau melantik jurulatih
yang berwibawa dalam bidang yang berkenaan.

Tahap kebimbangan adalah berbeza bagi setiap individu, hal ini kerana
bergantung bagaimana individu tersebut mentafsir situasi dalam sesuatu
pertandingan dan ini juga dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti jantina, peringkat
umur, tahap penglibatan dan juga jenis sukan yang diceburi. Oleh itu dicadangkan
agar satu kajian yang mana kajian tersebut perlu fokus kepada tahap penglibatan
dan juga tahap pencapaian dengan mengasingkan peringkat umur subjek. Dengan
pelaksanaan kajian ini data bagi tahap kebimbangan yang lebih terperinci boleh
didapati dan secara tidak langsung dapat membantu jurulatih untuk membuat
menyelesaikan masalah kebimbangan dengan hanya merujuk kepada peringkat
umur dan melihat komponen penyelesaian yang bersesuaian.

Rujukan

Mohd Anizu Mohd Noor & Aldellah Ali. (2010). Kesan tahap kebimbangan sebelum
dan selepas pertandingan di kalangan atlet tinju peringkat negeri. Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Berrouz Ghorbanzadeh & Perican Bayar. (2013). A comparison of the pre-


competition and post-competition anxiety levels of taekwondo athletes.
Science and Nature (2013) 2(3): 84-87. (ISSN 2324-7290).

5
Norsilawati Abdul Razak. (2006). Tahap Kebimbangan Seketika di Kalangan Pemain
Bola Sepak dan Pemain Bola Jaring di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Teluk Danga
International Games Convention 2006.

Arent, S.M., & Landers, D.M. (2003). Arousal, anxiety, and performance: A
reexamination of the inverted-U hypothesis. Research Quarterly for Exercise
and Sport, 74(4), 436-444.

Krane, V., and Williams, J.M. (1994). Cognitive anxiety, somatic anxiety and
confidence in track and field athletes: the impact of competitive level and
task characteristics. International Journal of Sport Psychology; 25: 203-217.

You might also like