You are on page 1of 3

Usaha-usaha Mengamakan Amalan Gaya Hidup Hijau dalam Kalangan Masyarakat

"Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita, sebaliknya kita meminjamnya
daripada generasi akan datang. Oleh itu, jagalah alam sekitar supaya anak dan cucu kita dapat
menikmatinya." Kata-kata Mahatma Gandhi ini sudah cukup membuktikan bahawa alam sekitar
merupakan harta paling berharga yang perlu dijaga kepentingannya. Jika kita gagal menghargaidan
menyayangi alam sekitar kita,banyak impak buruk akan bermuncul seperti kesan terburuk yang
sedang berlaku di dunia kini,iaitu penceraman alam sekitar.Bagi mengelakkan kejadian ini semakin
berlaku, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), mahu rakyat mempraktikkan
amalan gaya hijau ketika masih menuntut lagi termasukdi menara gading.Menterinya, Datuk Seri
Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili, berkata dalam hubungan ini, semua warga UMS Kampus
Antarabangsa Labuan dapat mengambil peranan dengan mempraktikkan amalan gaya hidup hijau dan
dalam menjayakan Dasar Teknologi Hijau Negara.Oleh sebab itu, anjakan paradigma harus dilakukan
agar punca-punca berlakunya alam sekitar dapat dibejat.

Kerajaan mempunyai satu komitmen besar untuk mengurangkan intensiti pelepasan karbon dalam
negara seperti yang telah dizahirkan oleh Perdana Menteri bahawa Malaysia berhasrat untuk
mengurangkan pengeluaran Greenhouse Gases (GHG) sehingga 40% intensiti karbon menjelang
2020, berbanding tahap pada tahun 2005. Ini adalah sumbangan negara dalam menangani isu
perubahan iklim global.Di peringkat Kementerian, usaha ke arah pengurangan pengeluaran GHG
tersebut disokong dengan pelancaran Dasar Teknologi Hijau Negara pada tahun 2009. Dasar ini
mendefinisikan skop Teknologi Hijau serta sasaran pencapaian menjangkaui tahun 2020. Ia
menggariskan arah tuju kepada pembangunan mampan dan bersepadu bagi memastikan persekitaran
yang lebih baik untuk generasi akan datang.Dengan segala inisiatif dan usaha-usaha yang telah
dijalankan, Malaysia setakat ini telah berjaya mengurangkan intensiti pelepasan karbon sebanyak 33%
berbanding sasaran pengurangan sebanyak 40%. Pencapaian ini merupakan satu perkembangan yang
memberangsangkan dan sebahagian besar telah disumbangkan melalui aplikasi teknologi yang lebih
canggih dan bersih, dan bahan api yang lebih mesra alam.

Selain itu,pihak kerajaan atau pihak bukan kerajaan(N.G.O) haruslah mengadakan kempen atau
ceramah yang dapat menyampaikan informasi tentang amalan gaya hidup hijau.Kempen atau ceramah
itu haruslah menyampaikan kesan buruk jika gagal mempraktikkan amalan gaya hidup
hijau,kepentingan mengamalkan amalan gaya hidup hijau dalam kehidupan seharian kita,dan cara-
cara mengamalkannya dengan jelas,Hal ini menyebabakan,peserta akan memupuk kesedaran
mengenai amalan gaya hidup jalan.Suatu contoh kempen yang amat berjaya menarikkan ramai orang
menyertainya ialah kempen Hijau adalah Gaya Hidup.Kempen ini lebih member tumpuan kepada
golongan remaja kerana mereka akan menjadi pemimpin Negara kita dalam masa depan.Bukan itu
sahaja,remaja-remaja memberi penjelasan kepada ibu bapa mengenai gaya hidup hijau terutama
tenaga lestari.Tegasnya,kempen dan ceramah tentang isu amalan gaya hidup hijau perlulah digadakan
dengan menarik supaya dapat menyampaikan matlamatnya dengan jelas dalam kalangan masyarakat.

Pihak Pengurusan UMS juga boleh menggalakkan amalan gaya hidup hijau dengan melaksanakan
audit tenaga bagi menilai dan mengenal pasti potensi dan peluang penjimatan tenaga di keseluruhan
kampus. Selain itu, pihak pengurusan juga digalakkan untuk melaksanakan perolehan hijau bagi
produk-produk yang memenuhi kriteria dan standard alam sekitar sebagai usaha ke arah pemuliharaan
alam semulajadi serta meminimumkan kesan negatif aktiviti manusia.Untuk mencapai status maju
menjelang tahun 2020 iaitu dalam masa 3 tahun lagi, kerajaan berharap rakyat akan memain peranan
dalam mempraktikkan amalan gaya hidup hijau dalam kehidupan seharian.Maximus berkata
penganjuran program YaHijau Green Youth ini merupakan sebahagian daripada inisiatif pendidikan
dan kesedaran awam anjuran Yayasan Hijau Malaysia untuk membudayakan di kalangan rakyat
Malaysia gaya hidup hijau termasuk melalui aplikasi teknologi hijau.Objektif penganjuran program
yang julung kali diadakan oleh YaHijau pada tahun ini adalah bagi menterjemahkan perubahan minda
dan kepentingan amalan gaya hidup hijau di kalangan warga Labuan, khususnya para belia supaya
lebih memahami, menghayati dan seterusnya mengamalkan konsep hijau dalam kehidupan seharian.

Dalam pada itu, bagi memastikan sektor pengurusan sisa lebih dinamik dan berkesan, program
National Waste Grid melalui kerjasama di antara KeTTHA dan Malaysian Industry Government for
High Technology (MIGHT) akan dilaksanakan. Program ini dijangka akan menjana perkembangan
ekonomi baru yang pesat berasaskan penghasilan produk hijau bermutu tinggi menggunakan
pendekatan pengurusan sisa secara holistik berdasarkan model kerjasama pintar kerajaan-
swasta.Melalui pendekatan ini, penggunaan bahan sisa sebagai bahan mentah daripada proses
penjanaan sehingga ke proses pelupusan sisa dapat diperluaskan serta mendorong industri kitar
semula untuk berkembang maju, memberikan pulangan lumayan kepada negara di samping dapat
menjaga kelestarian alam sekitar. Produk hijau bermutu tinggi yang dihasilkan daripada bahan
buangan ini dapat diguna semula dan mengurangkan kebergantungan kepada sumber semula
jadi.MTHPI juga telah bersetuju untuk memperkasakan industri Green-Blue Packaging di Malaysia
bagi mewujudkan industri pembungkusan hijau. Ini akan menyumbang kepada pembangunan industri
teknologi hijau tempatan serta membantu pertumbuhan dan peningkatan industri Perusahaan Kecil
Sederhana.

Intihanya, pelbagai aktiviti telah dirangka untuk menyemai dan memupuk amalan hidup hijau
terutamanya di kalangan golongan muda dan penyertaan sukarelawan di peringkat akar umbi amat
dialu-alukan untuk bersama-sama KeTTHA dan YaHijau untuk menjayakan agenda ini.Segenap
lapisan masyarakat haruslah beraktif dalam menyokong aktiviti-aktiviti yang diganjurkan bagi
mengurangkan penggunaan tenaga dalam kehidupan seharian kita.Kita tidak mahulah berlaku
penceraman alam sekitar yang serius , kerana pada masa itu nasi sudah menjadi bubur,terlalu
lambat untuk menyelesaikan masalah-masalah ini.

You might also like