You are on page 1of 3

Amalan Puasa Bulan Zulhijjah

Posted 28/10/2011 by Shafi-Q in PUASA, UMRAH DAN HAJI, Zulhijjah. Tagged: Amalan Ibadah Puasa Di Bulan Zulhijjah, Puasa 1 - 10 Zulhijjah, Puasa Asyura.
35 Comments




Kita perlu menghayati Roh Haji walaupun tidak ke Tanah Suci supaya beroleh ganjaran yang disarankan pada 10 hari pertama
bulan Zulhijjah. Allah Yang Maha adil dan Maha Penyayang tetap mahu seluruh umat Islam dapat manfaat di atas keutamaan jemaah
yang telah dijemput khusus di Tanah Suci.
Kepada yang tidak dapat ke sana, Allah tidak pernah melupakan. Kita tetap diberi keutamaan. Kita masih tetap dituntut oleh Allah SWT
supaya menghayati Roh Haji, kerana Allah tetap mahu mengurniakan pahala dan rahmat-Nya dengan syarat kita kekal mematuhi
perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.
.
Pada sepuluh hari pertama Zulhijjah disamping memperbanyakkan berzikir, istighfar, doa dan sedekah, digalakkan juga mengerjakan puasa.
Berpuasa setiap hari daripada 10 Zulhijjah seolah-olah berpuasa setahun dan berdiri mengerjakan solat setiap malam daripadanya
sebanding dengan solat di malam Lailatulqadar.
.
Rasulullah SAW bersabda: Tiada sebarang hari pun yang lebih disukai Allah dimana seorang hamba beribadat di dalam
hari-hari itu daripada ibadat yang dilakukannya di dalam 10 hari Zulhijah. Puasa sehari di dalam hari itu menyamai
puasa setahun dan qiamulail (menghidupkan malam) di dalam hari itu seumpama qiamulail setahun.
.
Diriwayatkan dari Ibn Abbas r.a., Rasulullah SAW bersabda: Tiada amal soleh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih
disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bulan Zulhijjah). (Hadith Riwayat al-Bukhari)
.
Dalam hadis yang lain yang diriwayatkan dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari beberapa isteri Nabi SAW: Sesungguhnya
Rasulullah SAW melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Zulhijjah, di Hari Asyura dan tiga hari di setiap bulan
iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya.(Hadith Riwayat Imam Ahmad dan an-Nasaie)
.
Rasulullah SAW bersabda: Celakalah orang yang tidak mendapat bahagian kebaikan dalam hari-hari sepuluh, jagalah
terutama berpuasa pada hari kesembilan Zulhijjah sebab ia mengandungi kebaikan (keuntungan) yang lebih banyak
dari apa yang dapat dihitung oleh ahli hitung. (Riwayat Abu Dardaa.)
.
.
Puasa 1 10 Zulhijjah
.

HARI PERISTIWA KELEBIHAN PUASA


Allah mengampuni Nabi Sesiapa yang berpuasa pada hari ini,
1 Zulhijjah
Adam di Arafah. Allah mengampuni dosanya.
Allah telah mengabulkan doa Sesiapa berpuasa pada hari ini, maka
Nabi Yunus dan seperti orang yang beribadah dan
2 Zulhijjah
mengeluarkannya dari perut berpuasa setahun tanpa melakukan
ikan nun. maksiat.
Doa Nabi Zakaria Sesiapa berpuasa pada hari itu, maka
3 Zulhijjah
diperkenankan Allah, Allah mengabulkan doanya.
Sesiapa berpuasa pada hari itu, Allah
akan menghilangkan kesusahan,
4 Zulhijjah Nabi Isa dilahirkan. kemelaratan dan kefakirannya serta
pada hari kiamat bersama orang yang
baik, mulia dan terhormat.
5 Zulhijjah Nabi Musa a.s. dilahirkan dan Sesiapa berpuasa pada hari itu terlepas
memuliakan munajatnya. ia daripada sifat munafik serta seksa
kubur.
Sesiapa berpuasa pada hari itu akan
Allah membukakan pintu
dipandang Allah dengan penuh rahmat
6 Zulhijjah kebaikan untuk Nabi-Nabi-
dan kasih sayang serta tidak akan
Nya.
diazab.
Sesiapa berpuasa pada hari ini, Allah
Pintu neraka jahanam akan
menghindarkannya daripada 30 pintu
dikunci dan tidak dibuka
7 Zulhijjah kemelaratan dan kesukaran serta
sebelum berakhir hari ke-10
membuka 30 pintu kemudahan dan
Zulhijjah.
kesenangan.
Hari ini dinamakan .Sesiapa berpuasa pada hari itu ia akan
Tarwiyah (Hari akan mendapat pahala yang tidak
berfikir).Nabi Ibrahim terhingga banyaknya kecuali Allah.
bermimpi mendapat perintah
8 Zulhijjah dari Allah supaya
menyembelih puteranya
Ismail. Seharian ia berfikir
apakah perintah itu datangnya
dari Allah atau dari syaitan.
Hari ini dinamakan Hari .Sesiapa berpuasa pada hari itu akan
Arafah (Hari tahu). Arafah diampunkan Allah dosanya setahun
bermakna tahu atau yang lalu dan setahun yang akan
memahami.1. Di tempat inilah datang.
Nabi Adam a.s. mengerti jati
dirinya.2. Pada hari ini Allah
9 Zulhijjah
memberitahu Nabi Ibrahim
bahawa perintah menyembelih
anak itu adalah perintah dari-
Nya bukan dari syaitan.3.
Pada hari ini juga turunnya
ayat al-Quran terakhir.
Haram berpuasa pada hari ini.Sesiapa
berkorban dengan satu korban, maka
setiap titisan darah yang mengalir dari
leher haiwan itu, Allah akan
Hari Raya Aidiladha, mengampuni semua dosanya dan dosa
dinamakan juga Raya Korban ahli keluar-ganya.Dan sesiapa memberi
10 Zulhijjah
dan hari Nahar makan orang mukmin atau bersedekah
(menyembelih). dengan satu pemberian, maka Allah
akan membangkitkannya pada hari
kiamat dengan selamat dan
timbangannya pun menjadi lebih berat
daripada Bukit Uhud..
.
.
Puasa Arafah
Puasa Hari Arafah ialah puasa pada hari ke 9 Zulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Mereka boleh
memanfaatkan kemuliaan hari Arafah dengan berpuasa sunat, berzikir dan melakukan amalan-amalan sunat lain.
Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: Berpuasa pada
Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya. (Hadis
riwayat Muslim).
Daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a.; Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: Ia menebus
dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang. (Hadith Riwayat Imam Muslim)
.
Rasulullah SAW juga bersabda: Orang yang berpuasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah), Allah akan menuliskan baginya puasa 60
tahun dan Allah menuliskannya sebagaiorang yang taat.
.
.
Niat Puasa Hari Arafah;


Daku berniat puasa hari Arafah, sunat kerana Allah Taala.
.
Rasulullah SAW. bersabda lagi: Tiada hari yang paling ramai Allah SWT melepaskan hamba-Nya dari api neraka
melainkan pada Hari Arafah. Dan sesungguhnya Allah Azzawajalla menghampiri (hamba-hamba-Nya) dan
berbangga dengan mereka di kalangan para malaikat serta bertanya; Apa yang dikehendaki oleh mereka?
.
Manakala bagi mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuktidak berpuasa pada hari Arafah dan adalah
menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu.
Diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith: Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada
hari Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu
sewaktu Baginda berada di Arafah lantas Baginda meminumnya. (Hadith Riwayat Imam Muslim)
Juga daripada hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra: Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari Arafah bagi
mereka yang berada di Arafah. (Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasaie; at-Thabrani dari Aisyah r.ha.).
.
.
Pendapat Ulama Tentang Puasa Arafah
1. Al-Imam as-Syafie rh berpendapat; Disunatkan puasa pada hari Arafah bagi mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji. Adapun bagi
yang mengerjakan ibadah haji, adalah lebih baik untuknya berbuka agar ia kuat beribadat di Arafah.
2. Dari pendapat Imam Ahmad rh pula; Jika ia sanggup berpuasa maka boleh berpuasa, tetapi jika tidak hendaklah ia berbuka, sebab hari
Arafah memerlukan kekuatan (tenaga). Begitu juga dengan para sahabat yang lain, lebih ramai yang cenderung untuk tidak berpuasa pada
hari Arafah ketika mengerjakan ibadah haji
3. Ulama Syafiiyyah membenarkan untuk berpuasa pada hari tasyrik hanya untuk keadaan tertentu seperti bersumpah, qadha puasa di
bulan Ramadhan serta puasa kifarah (denda). Puasa tanpa sebab tertentu pada hari-hari ini (puasa sunat) adalah ditegah.
.
.
Haram Berpuasa
Adapun berpuasa pada hari Aidiladha (10 Dzulhijjah) dan hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) adalah diharamkan berdasarkan hadis
yang diriwayatkan dari Umar ra: Bahawasanya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada dua hari, iaitu Aidil Adha dan
Aidil Fitri. (Hadith Riwayat Imam Muslim, Ahmad, an-Nasaie, Abu Dawud)
.
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW telah mengirimkan Abdullah Ibn Huzhaqah untuk mengumumkan di Mina: Kamu dilarang
berpuasa pada hari-hari ini (hari Tasyrik). Ia adalah hari untuk makan dan minum serta mengingati Allah.(Hadith
Riwayat Imam Ahmad r.a.).
.
.
Puasa Tambahan
Disunatkan juga berpuasa pada hari ke 8 Zulhijjah di samping berpuasa pada Hari Arafah(9 Dzulhijjah) sebagai langkah berhati-
hati yang mana kemungkinan pada hari ke 8 Zulhijjah itu adalah hari yang ke 9 Zulhijjah (Hari Arafah). Bahkan adalah
disunatkanberpuasa lapan hari, iaitu dari hari yang pertama bulan Zulhijjah hingga ke hari yang ke lapan sama ada bagi orang yang
mengerjakan haji atau tidak mengerjakan haji,bersama-sama dengan Hari Arafah.
.
Hadis riwayat Ibni Abbas: Siapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya
walau selama 50 tahun melakukannya.
.
Bertapa besarnya keistimewaan dan kelebihan puasa yang terdapat di dalam bulan Zulhijjah ini. Jadi marilah kita di tanah air merebut
peluang dan kesempatan ini dengan melakukan puasa 1-9 Zulhijjah, atau setidak-tidaknya berpuasa pada Hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijah
yang amat besar pahala dan manfaatnya dengan melakukannya seikhlas hati.
.
Wallahu Aalam Bissowab
.

You might also like