You are on page 1of 4

LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA

PANDUAN AM PERMOHONAN PEMBAHARUAN/PENDAFTARAN SEMULA


PERAKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR (PPK)

A. CARA MEMOHON

Permohonan secara Atas Talian (online)

i) Membuat permohonan secara online


ii) Membayar fee proses secara online seperti dilampiran 3 (Buku Keperluan
dan Prosedur Pendaftaran Kontraktor)
iii) Tidak perlu mengemukakan dokumen sokongan permohonan . Pemohon
hendaklah menyimpan dokomen sokongan untuktempoh 3 tahun bagi tujuan
pengauditan.

Permohonan di Kaunter

i) Mengisi borang permohonan pendaftaran Kontraktor Kerja Pembinaan


(Borang CIDB 1 RoC/2015) dengan lengkap
ii) Membayar fee proses kadar seperti dilampiran 3 (Buku Keperluan dan
Prosedur Pendaftaran Kontraktor)
iii) Mengemukakan dokumen sokongan;
Sila rujuk senarai semak seperti di Lampiran R4/R10/ROB/2015 atau
R4/R10/ROC/2015 atau R4/R10/ROS/2015 (mengikut jenis perniagaan yang
didaftarkan).
Bagi pengkhususan yang melibatkan keperluan Agensi Pendaftaran lain, sila
rujuk Lampiran 7 (Buku Keperluan dan Prosedur Pendaftaran Kontraktor).

B. GRED, KATEGORI DAN PENGKHUSUSAN PENDAFTARAN

Permohonan hendaklah menyatakan Gred, kategori dan pengkhususan yang


dipohon. Pecahan Gred, Kategori dan pengkhususan adalah seperti di Lampiran 4.(
Buku Keperluan dan Prosedur Pendaftaran Kontraktor).

1
C. SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN

1. Perbadanan Syarikat Atau Perniagaan (pendaftaran)

Pemohon hendaklah mendaftarkan operasi perniagaannya dengan mana-


mana pihak berkuasa yang berkaitan seperti berikut:

i) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (Pendaftaran


Syarikat/Pendaftaran Perniagaan/Perkongsian Liabiliti Terhad) atau
ii) Pendaftaran Koperasi (SKM) atau
iii) Pendaftaran Perniagaan (Cap 64), Ekstrak Perniagaan & lesen
Perdagangan Borang I (Negeri Sarawak). atau
iv) Lesen Perniagaan Borang B (Negeri Sabah) atau
v) Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Aktiviti atau operasi firma/syarikat/koperasi atau persatuan dan seumpamanya


hendaklah melibatkan kerja-kerja pembinaan serta dinyatakan di dalam;

i) Daftar syarikat (Memorandum & Articles of Association)


ii) Daftar Perniagaan (Borang A)
iii) Undang-undang kecil Koperasi/Persatuan
iv) Borang I (Negeri Sarawak)
v) Borang B (Negeri Sabah)

2. Siapa Yang Perlu Memohon

Pemohon hendaklah terdiri dari Pengarah/Pemilik syarikat.

3. Kedudukan Kewangan Syarikat

Mempunyai modal terkumpul/berbayar minimum seperti di Jadual A.

4. Kelayakan Personel Teknikal (Pengarah/Pemilik atau Pekerja Yang digajikan)

Personel Teknikal mestilah terdiri daripada Warganegara Malaysia samaada


Pengarah/Pemilik atau pekerja yang digajikan sepenuh masa.

Personel Teknikal yang tidak mempunyai sijil teknikal yang diiktiraf adalah
dikehendaki memiliki Sijil Kecekapan Pengurusan Bisnes sebelum membuat
pembaharuan kali pertama. Bagi Personel Teknikal yang mempunyai sijil teknikal
adalah dikecualikan menghadiri kursus tersebut.

2
5. Penglibatan Sebagai Personel Teknikal alam syarikat-syarikat Lain Yang Telah
Berdaftar Dengan CIDB.

Seseorang individu hanya boleh diambilkira sebagai Personel Teknikal untuk satu
syarikat sahaja.

6. Ekuiti Asing

Pemilikan ekuiti asing dalam syarikat tempatan dibenarkan tidak melebihi 30%
atau seperti di Lampiran 13. (Buku Keperluan dan Prosedur Pendaftaran
Kontraktor)

7. Lain-lain Keperluan

a) Kursus Integriti dan Kod Etika Kontraktor

Salah seorang Pengarah/Pemilik perlu hadir dan lulus kursus integriti yang
dianjurkan oleh CIDB.

b) Sijil Kecekapan Pengurusan Bisnes

Personel Teknikal yang tidak mempunyai sijil teknikal yang diiktiraf adalah
dikehendaki menghadiri dan lulus kursus Pengurusan Bisnes sebelum
membuat pembaharuan kali pertama.

c) Mata CCD

Pemohon perlu memenuhi keperluan mata CCD seperti dilampiran 12


(Buku Keperluan dan Prosedur Pendaftaran Kontraktor)

D. KEPUTUSAN PERMOHONAN DAN FEE PENDAFTARAN

Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui surat atau boleh disemak


melalui Atas Talian (online).

Bagi permohonan yang lulus, surat lulus akan dikeluarkan kepada pemohon
dengan menyatakan Gred, kategori dan Pengkhususan serta tempoh
pendaftaran yang diluluskan. Pada umumnya, permohonan pembaharuan akan
diberikan Gred, Kategori serta pengkhususan seperti sedia ada jika memenuhi
semua syarat yang telah ditetapkan. Lembaga mempunyai hak mengkaji semula
gred, kategori serta pengkhususan pendaftaran kontraktor semasa
pembaharuan dibuat atau dari semasa ke semasa jika tidak memenuhi syarat
yang telah ditetapkan.

3
Fee Pendaftaran akan dikenakan mengikut gred berdaftar. Bayaran Fee
Pendaftaran hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat lulus.
Bayaran boleh dibuat dalam bentuk tunai, Bank draf, Cek Banker (Bankers
Cheque) /wang pos / Kiriman Pos atas nama Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan Malaysia atau CIDB Malaysia, atau pembayaran atas talian (Online
Payment). Rujuk Lampiran 3. ( Buku Keperluan dan Prosedur Pendaftaran
Kontraktor).

Bagi permohonan yang gagal, surat penolakan akan dikeluarkan dengan


menyatakan sebab-sebab penolakan tersebut. Syarikat hanya diberi sekali sahaja
untuk mengemukakan rayuan dan boleh dibuat dalam tempoh 30 hari dari
tarikh surat gagal dikeluarkan dengan mengemukakan semula dokumen
sokongan kepada CIDB. Kegagalan berbuat demikian pemohon perlu
mengemukakan permohonan semula jika ingin berdaftar dengan CIDB.

E. TEMPOH SAHLAKU PENDAFTARAN

Tempoh sahlaku pendaftaran pembaharuan adalah selama satu (1) hingga 3 tahun
sahaja berdasarkan mata CCD. Permohonan pembaharuan hendaklah dibuat
sekurang-kurangnya 120 hari sebelum luput pendaftaran. Mana-mana permohonan
pembaharuan yang diterima kurang dari 30 hari sebelum tamat pendaftaran akan
dikenakan denda sebanyak RM200.00

You might also like