You are on page 1of 2

Amalan Kebersihan Diri

Kebersihan diri amat penting dijaga. Kebersihan diri membantu kita untuk menjadikan kita
sihat dan cergas. Badan kita juga hendaklah sentiasa bersih. Jika kita sentiasa menjaga
kebersihan, diri kita akan terhindar daripada sebarang penyakit. Oleh sebab itu, kita mesti
menjaga kebersihan diri. Tubuh badan yang sihat menjadikan minda, rohani, dan jasmani kita
cemerlang.

Kita boleh menjaga kebersihan diri dengan mandi tiga kali sehari. Sewaktu mandi, kita
hendaklah menggunakan sabun untuk menghilangkan kekotoran dan menjadikan badan kita
berbau wangi.

Selepas makan kita hendaklah menggosok gigi untuk menghilangkan sisa makanan.
Dengan cara tersebut, gigi kita tidak akan menjadi cantik dan tidak rosak. Apabila gigi kita cantik,
senyuman kita akan bertambah manis.

Amalam kebersihan diri termasuklah memotong kuku. Amalan ini bertujuan untuk
menghilangkan kekotoran yang terlekat pada kuku. Kuku yang kotor akan mengakibatkan
jangkitan kuman. Potonglah kuku kita sekurang-kurangnya sekali seminggu, sebaik-baiknya pada
hari Jumaat.

Rambut ialah mahkota diri seseorang. Oleh yang demikian, rambut perlu dibersihkan dan
disikat rapi supaya nampak kemas. Rambut yang panjang dan tidak terurus haruslah dipotong.
Jika perlu gunalah pencuci rambut untuk mencuci rambut agar rambut kita kelihatan lembut dan
cantik.

Apabila kita menjaga kebersihan diri, kita mudah mendapat kawan. Oleh itu, kebersihan
diri patut dijadikan amalan dalam kehidupan seharian.
LEMBARAN KERJA

Bina empat ayat tentang cara penjagaan kebersihan diri yang betul.

badan
giku
rambut
giku

You might also like