You are on page 1of 3

Permuafakatan, kefahaman, kerjasama dan penyatuan etnik merupakan unsur-unsur utama

yang perlu dicapai dalam usaha negara Malaysia kearah pembentukan 1Malaysia. Hubungan
etnik yang harmoni dan sihat memainkan peranan penting dalam konteks pembangunan
politik negara. Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, pelbagai usaha dilakukan
untuk memupuk semangat kerjasama dan penyatuan penduduk berbilang kaum dalam
pembangunan politik Negara.

Definisi Politik

Politik adalah antara faktor penting dan perlu diberi perhatian dalam rangka memahami
bentuk dan sifat hubungan etnik dalam sesebuah masyarakat plural seperti di Malaysia. Hal
ini kerana, politik sering dikaitkan dengan kuasa, pembentukan dan pelaksanaan dasar .
politik memberikan kuasa kepada sesuatu kelompok atau rejim untuk melaksanakan sesuatu
mengikut hajat dan landasan pemikiran atau ideologi mereka. Selepas memperoleh
kemerdekaan 1957, Malaysia ialah negara yang mengamalkan sistem politik dan
pemerintahan serta kerajaan yang berlandaskan prinsip Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berpelembagaan. Dalam sistem demokrasi, kerajaan dipilih melalui pilihan raya secara
berkala yang diadakan sekali dalam tempoh lima tahun. Pilihan raya diadakan bagi
memperbaharui mandat yang diperoleh bagi sesebuah kerajaan memerintah yang berasaskan
prinsip demokrasi. Sistem demokrasi dan amalan pilihan raya mengizinkan kewujudan dan
penubuhan parti-parti politik bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya. Setiap parti politik
yang ditubuhkan mempunyai asas-asas serta prinsip perjuangannya yang tersendiri. Hal ini
termasuklah yang berasaskan ideologi tertentu dan parti-parti tang berteraskan kepentingan
etnik dan perkauman.

Modenisasi Dan Pembangunan Politik Di Malaysia

Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, pelbagai usaha dilakukan untuk
memupuk semangat kerjasama dan penyatuan penduduk berbilang kaum dalam
pembangunan politik negara. Secara umumnya, proses politi di Sabah dan Sarawak diwarnai
oleh pertubuhan parti-parti politik berasaskan kepentingan kelompok etnik tertentu sejak
penghujung tahun 1950-an, namun pada masa yang sama usaha-usaha untuk memupuk
perpaduan etnik melalui kerjasama politik turut dijalankan hingga kini. Walaubagaimanapun,
usaha pihak kerajaan tercabar apabila berlakunya. Peristiwa 13 Mei 1969 kerana
ketidakseimbangan tahap pembangunan politik, social dan ekonomi antara etnik dengan
wilayah di Malaysia. Ketegangan etnik sekali lagi dirasai oleh rakyat Malaysia ketika berlaku
Peristiwa Kampung Medan pada Mac 2001. Walaubagaimanapun, atas usaha gigih yang
dijalankan oleh pelbagai pihak di Malaysia dan melaui berbagai-bagai saluran seperti
pembangunan politik, negara kita pada hari ini bukan sahaja dapat menikmati kestabilan
politik, malah sedang menuju kearah penyatuan dan keharmonian etnik. Keadaan ini
membantu mencapai perpaduan penduduk berbilang kaum dan meletakkan landasan asas bagi
Malaysia menuju kearah pembentukan 1Malaysia yang dikemukan oleh Perdana Menteri
Malaysia dalam hasrat beliau untuk melahirkan sebuah negara Malaysia yang unggul dan
disanjung tinggi.
Konsep modensasi merujuk kepada suatu proses dimana tranformasi ataupun perubahan
berencana dalam segala aspek kehidupan masyarakat. Modensasi mengandungi dua aspek
utama, iaitu pembangunan ekonomi dan pembangunan politik. Pembangunan ekonomi dan
politik merupakan perubahan bencana yang melibatkan perubahan dalam aspek-aspek
tertentu yang membawa kepada peralihan daripada bentuk ekonomi dan politik yang lama(
tradisional) kepada yang baharu ataupun moden. Pembinaan negara bangsa dapat di capai
melalui beberapa kaedah yang bersifat top-down seperti penghayatan ideologi negara,
penerapan dasar-dasar awam yang ditentukan oleh pihak kerajaan, dan pemupukan semangat
nasionalisme melalui simbol-simbol dan retual negara. Namun demikian, untuk mengukur
pencapaian pembinaan negara bangsa bukanlah suatu tugas yang mudah, berbanding dengan
ukuranpencapaian pembangunan ekonomi yang dapat diukur denang-ukuran-ukuran
perangkaan dan stastitik. Biasanya penilaian terhadap dasar-dasar awam yang dilaksanakan
menjadi asas kepada pengukuran kejayaan atau pencapaian pembinaan negara bangsa.

Pembinaan Negara Bangsa

Seterusnya ialah pembinaan negara bangsa. Pembinaan negara bangsa merupakan matlamat
utama sesebuah negara dan boleh dianggap sebagai kemuncak kejayaan bagi sesebuah
negara, pentadbiran serta penduduknya. Proses awal pembinaan negara bangsa lebih tertumpu
pada keperluan politik. Sejak pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, kerajaan
memberi keutamaan kepada proses membina Malaysia sebagai sebuah negara moden yang
berdaya saing dari segi ekonomi dan politik. Kerajaan meletakkan prinsip asas membina
Malaysia yang bersatu padu dan harmoni menerusi rakyat berbilang kaum, bersama dengan
aman damai dan makmur berdasarkan Prinsip Asimilasi (1957-1969) dan Prinsip Nasional
(1970-kini). Usaha-usaha secara intensif bagi mencapai matlamat sebuah negara bangsa mula
dilaksanakan selepas peristiwa 13 Mei 1969 khususnya menerusi Dasar Ekonomi Baru
(DEB).

Pemupukan Hubungan Etnik Secara Formal Dalam Politik

Pengabungan usaha diantara dato onn jaafar dan gabenor jeneral british di asia tenggara iaitu
malcom Macdonald, CLC ditubuhkan dengan matlamat untuk mewujudkan persefahaman
dan kerjasama yang lebih baik dalam kalangan pelbagai etnik ditanah melayu. CLC
mempunyai beberapa anggota yang terdiri daripada lima orang pemimpin melayu, empat
orang wakil cina, seseorang wakil india,serani,Ceylon dan eropah masing-masing dengan
e.e.c thuraisingham (juga wakil orang Ceylon) adalah pengerusi CLC. Malcom pula bertindak
sebagai penasihat dan pengawai perantara CLC dengan kerajaan british. CLC merupakan
pertubuhan separa politik. Ianya adalah kerana perkembagannya dalam setiap perjumpaan
yang diadakan didalam pengawasan British. Selain itu, anggota CLC terdiri daripada
pemimpin politik dan ahli pentadbiran.
Kesepakatan dapat ditonjolkan melalui isu pendidikan dimana sistem pendidikan bukan
bercorak perkauman dengan pengguna bahasa inggeris dan bahasa melayu sebagai bahasa
pengantar dalam semua mata pelajaran sama ada sekolah rendah kerajaan ataupun bantuan
kerajaan. Ianya adalah merupakan satu cara terbaik yang diperolehi kesetian dan kerjasama
antara etnik. Bukan itu saja isu kerayatan juga merupakan isu kontroversi antara orang
dengan orang melayu yang turut sama dibingcang didalam CLC. Dalam hal ini telah
dipersetujui bahawa hak kerayatan berdasarkan prinsip jus soli harus diperluaskan kepada
orang bukan melayu yang dilahirkan dipersekutuan tanah melayu dan singapura,
menumpukan taat setia sepenuh kepada tanah melayu dan mengangap Negara ini sebagai
tempat tinggal tetap. Bagi kerjasama ekonomi pula, CLC juga mendapat persetujuan diantara
ahlinya dan hasilnya, Rural and industrial development authority (RIDA) dibentuk pada
tahun 1950 dan Dato onn jaaffar dilatik sebagai pengerusi.

CLC juga telah memberikan perhatian kepada hubungan politik orang melayu dan
orang bukan melayu seperti pengambilan orang bukan melayu dalam perkhimatan kerajaan
serta pengenalan pilihan raya tempatan. CLC juga telah mencadangakan dasar sama rata
antara semua etnik dalam politik Negara dengan berteraskan demokrasi dan hak asasi
manusia demi mewujudkan kerjasama dan hubungan etnik yang mengalakan. Perkara ini
dilakukan dengan pemberian latihan dalam pentadbiran kepada semua etnik dan keterbukaan
peluang kepada orang bukan melayu untuk melibatkan peluang dalam sektor perkhimatan
awam serta politik. Walaubagaimanapun usaha yang telah dijalankan oleh CLC dalam
mencapai revolusi terhadap isu-isu ini dalam masyarakat majmuk di Malaysia hanya sampai
separuh jalan sahaja kerana berikutan krisis Dato onn jaafar dengan umno. Krisis ini
berkaitan usul pembukaan keanggotaan umno kepada kaum bukan melayu yang mendapat
tentangan daripada umno dan orang melayu.

Kejayaan yang dicapai itu telah merdekakan tanah melayu pada 31 0gos 1957 yang
memperkuatkan lagi kedudukan parti perikatan sebagai parti yang mendapat sokongan ramai
dan pelbagai etnik di tanah melayu. Perikatan telah menukar nama partinya kepada barisan
nasional(bn) bagi mengukuhkan kerjasama antara etnik dalam parti-parti politik dimalaysia
supaya kumpulan etnik mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam proses politik
dimalaysia

You might also like