You are on page 1of 2

Peraturan Asas Penggunaan Makmal ICT Sekolah

1. Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau
semasa tiada penyelaras.
2. Semua pengguna dikehendaki mengikut jadual waktu penggunaan makmal
komputer yang telah disediakan.
3. Pengguna dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurau senda dan bergaduh di
dalam makmal.
4. Pengguna dilarang membawa masuk makanan dan minuman.
5. Alat tulis yang dibenarkan sahaja boleh di bawa masuk.
6. Kasut dan beg diletak di luar dan disusun dengan rapi.
7. Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal dan peralatan dan
pastikan tiada sampah sarap semasa meninggalkan makmal.
8. Semua pengguna dikehendaki mencatat butir-butir tertentu dalam log book/ rekod
penggunaan makmal komputer dengan mengisi semua ruang yang disediakan.
9. Pengguna dilarang sama sekali melayari internet pada alamat yang tidak bermoral
atau yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat. Kaum, dan negara. ( JANGAN
MENYALAHGUNAKAN KEMUDAHAN INTERNET)
10. Pengguna dilarang membawa masuk atau keluar dari makmal sebarang cakera
perisian atau dokumen.
11. Pengguna dilarang mengusik sebarang sambungan wayar pada komputer atau
membuat sebarang pengubahsuaian atau cuba membaiki sendiri sebarang kerosakan.
12. Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada penyelaras atau guru
bertugas.
13. Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil atau terbau sesuatu terbakar atau keadaan
disyaki tidak normal, sila laporkan kepada penyelaras atau guru bertugas.
14.Tidak dibenar menggunakan makmal semasa hujan atau kilat.
15. Pastikan anda menggunakan Username dan Password yang dibenarkan sahaja.
16. Jika berlaku kecemasan sila patuhi arahan guru dan panduan kecemasan.
17. Sebelum keluar pastikan kerusi disusun kemas , lampu, kipas dan alat pendingin
hawa ditutup mengikut kesesuaian masa.
18. Tindakan displin yang keras akan diambil pada mereka yang tidak mematuhi arahan
ini.

PERATURAN MAKMAL KOMPUTER

1. PENGGUNA TIDAK BOLEH MASUK KE DALAM MAKMAL KOMPUTER TANPA IZIN ATAU SEMASA KETIADAAN
GURU.

2. KEMASKAN MAKMAL KOMPUTER SEBELUM KELUAR. SUSUN ATUR SEMULA KERUSI SUPAYA KEMAS.

3. LAPORKAN SEBARANG KEROSAKAN DENGAN SEGERA KEPADA GURU YANG BERTUGAS.

4. PENGGUNA DILARANG MEMBAWA MASUK BEG, MAKANAN DAN MINUMAN KE DALAM MAKMAL KOMPUTER.

5. PENGGUNA DIKEHENDAKI SENTIASA MENJAGA KEBERSIHAN MAKMAL KOMPUTER.

6. SEMUA PENGGUNA DIKEHENDAKI MENGIKUTI JADUAL WAKTU PENGGUNAAN MAKMAL KOMPUTER.

7. SEMUA PENGGUNA DIKEHENDAKI MENCATAT PADA BUKU REKOD PENGGUNAAN KOMPUTER.

8. SEMUA GURU DIKEHENDAKI MEMBUAT CATATAN DI DALAM BUKU REKOD PENGGUNAAN MAKMAL
KOMPUTER SETIAP KALI MENGGUNAKAN MAKMAL KOMPUTER.

9. PENGGUNA DILARANG MELAYARI INTERNET PADA ALAMAT-ALAMAT YANG TIDAK SENONOH (LUCAH).

10. PENGGUNA DILARANG MEMBUAT BISING, BERLARI-LARI, BERGURAU SENDA, BERTENGKAR DAN BERGADUH
DALAM MAKMAL KOMPUTER.

11. PENGGUNA KOMPUTER DILARANG MENGUSIK SEBARANG SAMBUNGAN WAYAR PADA KOMPUTER.

12. PENGGUNA DILARANG MEMBAWA MASUK SEBARANG CAKERA PERISIAN LUAR KE DALAM MAKMAL KECUALI
DENGAN IZIN GURU YANG BERTUGAS.

13. PENGGUNA DILARANG MEMBAWA KELUAR SEBARANG PERKAKASAN ATAU PERISIAN DARI MAKMAL KECUALI
DENGAN IZIN GURU YANG BERTUGAS.

14. JIKA TERDAPAT SEBARANG BUNYI YANG GANJIL ATAU TERBAU SESUATU YANG TERBAKAR ATAU SEBARANG
KEADAAN YANG DISYAKI TIDAK NORMAL, SILA LAPORKAN DENGAN SEGERA KEPADA GURU YANG
BERTUGAS.

You might also like