You are on page 1of 11

Amali 4

Tajuk

Suhu dan Haba

Tujuan

Untuk menentukan kekonduksian terma kaca tabung didih

Teori

Kekonduksian terma, k boleh diungkapkan dalam sebutan kadar pengaliran haba.

dQ d
=kA
dt dx

dQ
Di mana, dt = kadar aliran haba

A = luas keratin rentas

d
dx = kecerunan haba

Hubungan antara suhu, dan masa, t eksperimen ini diberi oleh

kt
log 0log=
Brx

Di mana, = suhu dalam unit oC pada masa, t dalam saat,

o = 20oC,

B = 4.8 X 106 J m-3 K-1,


r = jejari purata tabung didih,

x = ketebalan dinding tabung didih

Hipotesis

Semakin panjang masa, semakin menurun suhu air.

Pembolehubah

i. Dimanipulasi : Masa
ii. Dimalarkan : Jenis tabung didih, jenis air, jenis termometer
iii. Bergerak balas : Suhu air

Radas

i. Satu tabung didih


ii. Satu thermometer (-10oC 100oC)
iii. Satu bikar 1000cm3
iv. Dua pengacau
v. Satu gabus penyumbat
vi. Satu jam randik
vii. Sepasang angkup Vernier
viii. Satu kaki retort dengan pemegang
ix. Ais
x. Air panas

Jam randik Kaki dan


pemegang
Bikar retot
1000cm3 Thermometer
Gabus
penyumbat

Angkup vernier
Rod kaca

Gambar 1: Radas yang digunakan.


Prosedur

i. Diameter dalam dan luar tabung didih diukur. Purata jejari, r dan ketebalan, x dinding tabung
didih dihitung.
ii. Bikar diisi dengan air dan ais. Tabung didih dikepit pada kaki
retort dan tabung didih direndahkan ke dalam bikar
sehingga keseluruhan tabung didih berada hampir
tenggelam di dalam campuran ais dan air.
iii. Air panas dituangkan ke dalam tabung didih sehingga aras
air dalam tabung didih sampai lebih kurang 1 cm di
bawah aras ais-air dalam bikar. Suhu campuran ais dan
air dalam bikar mestilah 0oC sebelum air panas dituang
ke dalam tabung didih.
iv. Pengacau dan termometer dimasukkan melalui penyumbat
gabus.
v. Masa,

t dan suhu, yang sepadan direkodkan bermula dengan suhu di sekitar 30 oC. Masa, t dan
suhu, direkodkan sehingga suhu dalam tabung didih sampai lebih kurang 3oC. Campuran
ais-air dalam bikar dan air suam dalam tabung didih dikacau sepanjang eksperimen.

Gambar 2: Suhu diperhatikan sambil mencatat masa yang diambil.

vi. t, dan lg direkodkan dalam Jadual 1.


vii. Graf lg melawan t diploatkan.
viii. Kecerunan graf dihitung dan kekonduksian terma kaca ditentukan.

Penjadualan data

Diameter luar tabung didih : 2.66cm

Diameter dalam tabung didh : 2.52cm

Masa suhu dalam tabung didih lebih kurang 3oC = 4.34s

Suhu (oC) Masa,t (s)


30 0
27 4
24 10
21 20
18 35
15 55
12 85
9 135
6 210
3 310
Jadual 1.
Analisis data

Diameter Diameter Purata jejari Ketebalan dinding tabung uji


luar (cm) dalam (cm) (diameter luar+dalam)/4, (cm) (diameter luar-dalam), (cm)
2.66 2.52 2.66+2.52 2.66 2.52 = 0.14
( ) = 1.295
4
Jadual 2.

Masa, t (s) Suhu, (oC) log


0 30 1.4771
4 27 1.4314
10 24 1.3802
20 21 1.3222
35 18 1.2553
55 15 1.1761
85 12 1.0792
135 9 0.9542
210 6 0.7782
310 3 0.4771
Jadual 3.
Graf log melawan t
1.6(10, 1.36)

1.4

1.2

log 0.8

0.6 (300, 0.48)

0.4

0.2

0
0 50 100 150 200 250 300 350

Masa,t (s)

(0.481.36)
Kecerunan, m graf = (30010)

0.88
= 290

= -0.003 s-1

kt
log 0log=
Brx

log 0log k
=
t Brx

k
m= Brx
k= mBrx

k = (-0.003)(4.84X106)(1.295X10-2)(0.14X10-2)

k = -0.2632 W/mK

Perbincangan

Dalam eksperimen ini, saya ingin menentukan kekonduksian terma kaca. Tabung didih
dipilih kerana sifatnya yang tahan haba. Walaupun air panas dituangkan kedalam tabung didih,
ianya takkan pecah atau meretak.

Jika kita lihat kepada Jadual 3, semakin suhu menghampiri 3 oC, semakin panjang masa
yang diambil. Ini adalah kerana pembebasan haba oleh air daripada tabung didih semakin
perlahan. Suhu dalam dan luar tabung uji hampir sama.

Daripada graf log melawan t, kita boleh katakan bahawa suhu berkadar sonsang
dengan masa.

1

t

Semakin panjang masa, semakin menurun suhu air dalam tabung uji sehingga pertukaran haba
antara air dalam tabung didih dan air sekitarnya mencapai keseimbangan.

Nilai teoritikal bagi kekonduksian terma tabung didih ialah 0.8 W/mK (Lampiran). Nilai
eksperimental bagi kekonduksian terma tabung didih ialah -0.2632 W/mK. Terdapat perbezaan
nilai teoritikal dan nilai eksperimental. Perbezaan ini adalah disebabkan terdapat haba yang
dibebeskan kepersekitaran. Bukan kesemua tenaga digunakan untuk menyeimbangi suhu air
dalam tabung didih.

Perbezaan ini juga berlaku kerana terdapat ralat yang telah berlaku semasa
mengendalikan eksperimen. Antara ralat tersebut ialah:

1. Kedudukan paras mata tidak serenjang dengan skala bacaan pada thermometer semasa
membuat bacaan.
Ralat yang berlaku boleh diatasi dengan cara berikut:

1. Pastikan kedudukan paras mata adalah berserenjang dengan skala bacaan pada
thermometer semasa membuat bacaan.

Kesimpulan

Hipothesis diterima. Semakin panjang masa, semakin menurun suhu air dalam tabung uji
sehingga pertukaran haba antara air dalam tabung didih dan air sekitarnya mencapai
keseimbangan. Kekonduksian terma, k tabung didih ialah -0.2632 W/mK.

Refleksi

Syukur kepada Tuhan kerana dengan izin dan rahmat-Nya dapatlah saya sempurnakan
amali fizik 4 ini. Sebelum melangkah ke intipati refleksi seterusnya, terlebih dahulu saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing amali fizik 4, Pn. Low Kee
Sun kerana telah banyak menyumbangkan jasa dalam memberikan tunjuk ajar sepanjang
pembuatan laporan amali 4. Selain itu, pembantu makmal juga banyak membantu saya dalam
menjalankan amali 4 ini. Komitmen mereka yang tinggi dalam memastikan setiap dari kami
mendapat bahan-bahan yang sesuai untuk menjalankan eksperimenTidak lupa juga kepada
rakan-rakan sekelas yang sudi berkongsi dan bertukar-tukar maklumat sepanjang proses
menyiapkan amali fizik 4 ini.

Amali fizik 4 merupakan satu amali yang mencabar. Semasa amali, kami dibahagikan
kepada tiga kumpulan. Ahli kumpulan saya terdiri daripada saya Lewell, Khalid dan Arif. Setiap
ahli dalam kumpulan perlu bekerjasama untuk menyediakan radas. Dengan berbekalkan dua
pasang tangan sahaja, kami akhirnya berjaya menyediakan radas dan seterusnya menjalankan
eksperimen dengan jayanya. Disini saya dapat rasakan bahawa semangat berpasukan kami
sangat tinggi. Kami saling bertukar pendapat bagaimana melaksanakan amali ini. Kami saling
menghormati keputusan antara satu sama lain dan menerimanya dengan hati yang terbuka
senghinggalah mendapat kata putus yang dipersetujui bersama. Kami tidak menyisihkan
sesiapa dalam kumpulan kami. Boleh dikatakan bahawa semangat berpasukan dalam diri saya
dipupuk melalui amali ini.

Semasa menjalankan amali ini saya mendapati bahawa kekonduksian thermal


merupakan suatu nilai keefesienan bahan mengalirkan haba. Setiap benda yang ada di dunia
mempunyai keupayaan tersendiri untuk mengalirkan haba. Contohnya, apabila kita menyentuh
cawan plastik yang berisi air panas, tangan kita juga akan menjadi panas. Ini adalah kerana
haba telah dialirkan ke tangan saya melalui cawan plastik tersebut. Ada bahan/objek yang
dapat mengalirkan haba dengan baik, namun ada juga bahan/objek yang tidak dapat
mengalirkan haba dengan baik.

Apabila berjaya menyiapkan amali fizik 4 ini, saya dapat simpulkan bahawa amali
merupakan satu amali yang mencabar dan menarik. Saya diajar bagaimana untuk
berkerjasama dalam pasukan dan juga mendapat ilmu pengetahuan tentang kekonduksian
thermal. Antara kelemahan dan kekangan yang saya hadapi semasa menjalankan eksperimen
ini adalah yang pertama ialah masalah internet yang sangat lambat dan melengahkan masa
saya mencari maklumat tambahan semasa membuat laporan amali. Seterusnya ialah saya
kurang mahir dalam memilih maklumat yang releven maklumat di internet. Justeru itu, saya
berharap agar kesilapan dan kelemahan saya dalam menyiapkan amali ini akan menjadi
pengajaran dan iktibar kepada saya untuk memperbaiki diri pada masa akan datang. Sekian
terima kasih.

Rujukan

Bollent, C. (n.d.). Konduktivitas termal. Diambil pada 9 April 2017 daripada


https://id.wikipedia.org/wiki/Konduktivitas_termal.

Jewett, J. W., & Serway, R. A. (2008). Physics for Scientists and Engineers (7th ed.): Heat
Transfer. Belmont, CA, USA: Thomson Learning, Inc.
Joseph, C. (n.d.). Heat transfer. Diambil pada 8 April 2017 daripada http://hyperphysics.phy-
astr.gsu.edu/hbase/thermo/heatra.html.

Saad, R. (2015). Transmission of heat transfer in our daily life. Diambil pada 9 April 2017
daripada https://www.slideshare.net/rosaelvinasaad/transmission-of-heat-daily-life-
examples.

Walker, J. S. (2004). Physics (2nd ed.): Heat transfer. Upper Saddle River, New Jersey:
Pearson Educarion. Inc.

Lampiran

You might also like