You are on page 1of 60

SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK

Kertas 2
Tingkatan 4
Bab 1

Tamadun Hwang Ho

Pembentukan Tamadun Hwang Ho

a) Dimanakah lokasi tamadun Hwang Ho

1. Muncul di Sg. Hwang Ho yang subur (utara China dari tanah tinggi di barat hingga ke Teluk Bo Hai di timur)

2. Bersifat setempat kerana keadaannya bergunung ganang dan padang pasir.

b) Bilakah tamadun Hwang Ho berlaku.

1. Bermula pada zaman paleolitik (jumpaan Peking Men).

2. Kemudian zaman Neolitik bertani dan menternak.

3. Seterusnya Dinasti Hsia (dinasti pertama/belum dipastikan).

4. Selepas itu Dinasti Shang dan diganti pula oleh Dinasti Chao kerana kezaliman pemerintahan.

c) Faktor pembentukan tamadun Hwang Ho.

1. Kesuburan Hwang Ho menyebabkan nomad menetap di sini.

2. Tapak Banpo berdekatan Badar Sian adalah petempatan awal penduduk Hwang Ho.

3. Mereka bertani, menternak dan berburu.

4. Kemudiannya muncul bandar seperti Anyang di Sg. Huan.

5. Ketika disnati Shang berlaku perluasan wilayah dan penyebaran budaya di Lembah Hwang Ho.

6. Ketika Dinasti Chao- meluas ke selatan Sg. Yangtze.

Ciri ciri tamadun Hwang Ho.

1. Sistem pemerintahan Dinasti Shang :

Pengganti raja ialah saudara lelaki lebih muda atau anak lelaki raja.

Raja berkuasa di pusat pentadbiran.

Raja mendapat mandat daripada tuhan dan tidak perlu pengesahan politik.

Raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan.

Bagi wilayah diluar pusat pentadbiran, raja dibantu oleh golongan bangsawan yang mentadbir wilayah. Maka
bangsawan berhak memungut cukai, mengurus pertahanan dan undang undang.

SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.


RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
Sistem ini diasimilasikan oleh Dinasti Chao.

Sistem pemerintahan Dinasti Chao :

Membahagikan pemilikan tanah kepada wilayah wilayah.


Setiap wilayah dilantik pembesar tempatan.
Pembesar ini berikrar taat setia kepada raja dan diberi hadiah kereta kuda, senjata gangsa, hamba
dan binatang.
Mereka juga melindungi raja dan menyediakan tentera ketika perang.
Pembesar ini juga menjadi ketua agama.

2. Keagamaan :

Mereka mengamalkan kepercayaan animisme, politeisme.


Maka mereka menyembah roh nenek moyang, tuhan syurga, tuhan bumi, sungai, bukit dan
gunung.
Upacara agama menggunakan muzik, tarian dan upacara korban yang diketuai oleh bomoh.
Mereka juga percaya tulang oracle yang boleh meramal sesuatu keadaan.
Bomoh akan meletakkan tulang ini di atas unggun api hingga timbul rekahan yang boleh ditafsir
olehnya.

Apakah sumbangan tamadun Hwang Ho.

1. Pemerintahan Monarki :

Sistem ini berterusan hingga Dinasti Ching.


Beberapa perubahan berlaku seperti konsep maharaja.
Maharaja dikaitkan dengan anak syurga dan mandat syurga.

2. Kemajuan pertanian :

Terusan dibina untuk mengairi tanaman dan mengelak banjir, ia dimajukan oleh Shih Huang Ti.
Teknologi membajak, cangkul dan sabit dicipta.
Petani telah mula menggunakan batas tanaman.
Kemudian alat pertanian kayu bertukar kepada besi.

3. Kemajuan tulisan :

Tulisan meluas dlam bidang penulisan dan pencetakan.


Tulisan digunakan di sekolah China dan berkembang ke Korea dan Jepun.

4. Kepercayaan :

Kepercayaan pemujaan roh nenek moyang kekal sehingga kini mengikut kesesuaian masa seperti
korban manusia diganti dengan makanan, duit kertas dan barang perhiasan.
Konsep Yin Yang (kuasa pasif dan aktif) serta Feng Hsui (keharmonian manusia dan alam sekitar)
juga masih diamalkan hingga kini.

5. Sistem kelendar :

Kalendar Shang ada 30 hari sebulan dan 360 hari setahun.


Raja menetukan musim menanam dan menuai mengikut kalendar.
Kalender penting untuk menentukan tarikh perkahwinan, memburu dan pengkebumian.

SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.


RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
6. Falsafah perang Sun Tzu :

Karya The Art of War membicarakan hal perang bagi menangani musuh.
Ia telah diaplikasikan dalam urusan perniagaan.

Tamadun Mesir Purba

**Ciri-ciri tamadun Mesir Purba

1. Pusat pentadbiran Firaun :

Firaun Menes menyatukan semua daerah di bawah satu pusat pentadbiran di bandar Thinis .
Kemudian berpindah ke Bandar Memphis , Thebes , Heliopolis , Fayoum dan Abydos .
Di pusat Bandar terdapat kediaman Firaun , pusat pentadbiran , pelabuhan , dan keagamaan .

2. Organisasi masyarakat.

Firaun (atas sekali ) raja berkuasa mutlak , dianggap sesuci , diwarisi turun temurun . Antara
gelaran Firaun Tuhan Horus , Raja Matahari , (dipercayai anak tuhan matahari iaitu Amon Re ) .
Ia juga ketua pendeta, pemilik tanah, ketua hakim dan ketua pahlawan .
Selepas Firaun bangsawan, rahib, tuan tanah dan jurutulis .
Kemudian rakyat bebas petani, pedagang, artisan .
Hamba (bawah sekali).

3. Sistem pemerintahan :

Diterajui oleh Firaun yang di bantu oleh bangsawan bagi menjalankan pentadbiran, menjaga
keamanan , mengagih dan mengurus hasil makanan .
Bangsawan ialah pembesar seperti pegawai, penasihat dan gabenor wilayah yang ditakluki.
Kemudian Rahib yang mengawal hal keagamaan.
Urusan pentadbiran juga dibantu oleh jurutulis (orang awam yang dilantik untuk menulis rekod
kerajaan).
Wanita pernah menjadi firaun iaitu Firaun Hatshepsut yang berjaya memajukan pertanian dan
terusan.
Pemerintahan firaun meliputi Nubia, Palestin, Lubnan, hingga ke Syria.

4.Pengkhususan kerja :

Contohnya menenun, membuat tembikar, melombong emas di Nubia.


Eksport Mesir seperti tekstil, kertas.
Kegiatan perdagangan maju kerana banyak kapal dari Laut Mediterranean dan Laut Merah
berlabuh di pelabuhan Thebes, Memphis.

5.Konsep politeisme dalam agama

Tuhan orang Mesir dikaitkan dengan alam seperti Re (Tuhan Matahari), Ra-Atum (Tuhan Langit).
Mereka percaya hidup selepas mati mayat disimpan rapi, lengkap dengan alat dan keperluan
hidup. Alat kebesaran dan keperluan yang disertakan mengikut status mayat.

6. Sistem tulisan

Tulisan mereka dikenali sebagai hiegroglif.


Tulisan ini hasil kombinasi gambar dan simbol yang berdasarkan bunyi.
Tulisan digunakan untuk mencatat rekod pertanian, kutipan cukai dan untuk tujuan keagamaan.
SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.
RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
e) Apakah sumbangan tamadun Mesir Purba.

1. Seni bina

Seni bina piramid hasil ilham Imhotep (saintis, ahli fizik, arketik, perubatan, pengarang, dan
penasihat firaun ).
Imhotep membina bangunan menggunakan batu- bata.

2. Kertas :

Mereka mencipta kertas daripada pokok papyrus.


Kertas digunakan untuk menyimpan khazanah bangsa (penulisan) menggantikan kepingan batu
bata.

3. Tulisan :

Tulisan hiegrolif terpahat pada makanan dan batu.


Tulisannya amat halus, cantik dan seni.

4. Pendidikan ;

Untuk kanak- kanak keluarga atasan dan diberikan sejak umur rendah.
Dikendalikan oleh rumah ibadat dan ditadbir oleh kerajaan.
Tujuan pendidikan melahirkan pegawai kerajaan khasnya jurutulis terlatih.

5. Ilmu perubatan :

Pengamal perubatan diberi status tinggi dan berkhidmat untuk firaun dan masyarakat.
Mereka memumiakan mayat kerana ia berkait dengan kepercayaan orang Mesir.
Mereka mahir dalam bidang fizik, kimia dan perubatan.

6. Ilmu Matematik :

Ilmu geometri, matematik dan sains melahirkan pengurus pertanian, bekalan air dari Sg. Nil,
bangunan dan pyramid.
Mereka menggunakan ilmu ini untuk mengawal banjir .
Pengetahuan matematik dan sains berjaya menukar padang pasir menjadi kawasan pertanian hasil
kemajuan pengairan .
Ilmu matematik dan astronomi turut membantu orang Mesir mencipta kalendar 365 hari dan 12
bulan setahun .

Bab 2

Pemerintahan dan pentadbiran.

a) Tamadun Yunani.

1. Bentuknya berubah- ubah seperti monarki, oligarki, aristokrasi, diktator dan akhirnya demokrasi.

2. Di Athens mulanya mengamalkan sistem beraja. Raja menjadi ketua hakim, tentera dan agama. Beliau
dibantu oleh konsul yang terdiri daripada golongan kaya.

3. Kemudian konsul menjadi kuat dan raja merosot raja dipilih tetapi kuasa terhad. Beberapa orang konsul
memerintah, sistem ini dinamakan oligrarki.
SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.
RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
4. Kemudian lahir aristokrat dikalangan konsul tadi yang memiliki kuasa besar, sistem ini ialah aristokrasi.

5. Kemudian berlaku ramsapan kuasa kerana rakyat tidak puas hati maka muncul sistem ditaktor dikalangan
golongan kaya atau tentera.

6. Rampasan kuasa ini ditentang oleh aristocrat maka muncullah demokrasi.

7. Sistem demokrasi di Athens tersapat Dewan Perhimpunan dan Majlis. Semua warganegara lelaki menjadi
anggota Dewan Perhimpunan selama 6 bulan hingga 1 tahun. Dewan ini berhimpun 3 kali setahun, ahli boleh
mencadangkan dasar kerajaan, tetapi keputusan di kendalikan oleh Majlis. Ahli Majlis, Majistret dan Juri
dilantik oleh dewan, maka dewan berkuasa penuh keatas ketiga tiganya.

8. Negara kota yang mengamalkan sistem raja berkuasa mutlak tidak mengamalkan sistem demokrasi.

9. Sistem tentera di Sparta pula pertahanan amat penting, anak lelaki dilatih menjadi askar yang handal dan
patriotic.

Peningkatamn Ekonomi

Tamadun India.

1. Perdagangan dalam kerajaan Maurya seperti di Anga dan Kalinga barangannya seperti senjata, emas,
gading gajah.

2. Perdagangan antarabangsa dengan Macedonia, Sri Langka, Asia Tenggara pelabuhan terlibat : Tamralipti,
Cambay,.

3. Wujud persatuan perdagangan (sresthin) di setiap Bandar seperti Persatuan Tukang Kayu, tukang Logam.

4. Matlamat persatuan ini, mengawal harga, kualiti barang dan gaji pekerja persatuan ini dikawal oleh raja.

5. Mata wang emas digunakan ketika zaman Gupta.

6. Perusahaan utama sutera (di Bengal), kain kapas, emas.

7. Cukai hasil perdagangan buah buahan dan pertanian dikutip untuk menyara tentera, pentadbir dan raja.

8. Zaman Gupta memperoleh rempah dari alam Melayu, tembikar dari China.

c) Tamadun China.

1. Kemajuan pertanian menambah hasil petani seperti kolar kuda menarik tenggala untuk membuat batas,
penyisir tanah , tanaman bergilir, teres bukit dan terusan.

2. Perusahaan tembikar, logam, sutera (zaman Dinasti Han) didagang ke alam Melayu, India, Timur Tengah
dan Barat.

3. Mula mula melalui Jalan Sutera (darat), kemudian Jalan Laut (Dinasti Tang).

4. Di China muncul persatuan perdagangan yang melahirkan ramai golongan pertengahan kesan perdagangan
dalam negeri, ia turut memajukan pengangkutan di China seperti jalan raya, jambatan, kereta kuda dan kereta
lembu.

(6) Pendidikan
SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.
RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
a) Tamadun Yunani.

1. Di Athens pendidikan bertujuan melahirkan manusia seimbang (rohani dan jasmani) seperti aktiviti
pendidikan, sukan, sastera, pidato, muzik, menulis.

2. Di Sparta pendidikan untuk melahirkan tentera yang gagah dan setia kepada negara kota (kemahiran fizikal
dan senjata amat dipentingkan).

3. Banyak sekolah falsafah dibina seperti di Athens, Thebes yang melahirkan sejarawan seperti, Herodotus,
pemikir sains seperti Thales, Anaxagoras.

4. Athens menjadi pusat cendiakawan penting ketika pericles.

Tamadun China.

1. Matlamat pendidikan untuk lulus peperiksaan awam.

2. Tiga peringkat pendidikan ialah rendah, menengah, tinggi.

3. Peringkat rendah mengenal/menghafal tulisan ideogram dan 9 buku suci.

4. Peringkat menengah menumpukan karangan dan sastera.

5. Peringkat tinggi menterjemah buku suci.

6. Peperiksaan awam 3 tahap Hsiu Tai (ijazah pertama), Chun Jen (sarjana) dan Chin Shih (doctor falsafah).

7. Peperiksaan tahap 1 di daerah, tahap 2 di ibu kota daerah dan tahap 3 di ibu kota empayar (di istana / di
hadapan Maharaja).

8. Peluang kerjaya menjadi pegawai kerajaan dan pada tahap 3 mereka akan menjadi pendidik.

9. Waktu peperiksaan tahap 1(3 tahun 2 kali), tahap 2 dan 3 (3 tahun I kali).

Seni Bina.

a) Tamadun Yunani.

1. Aeropolis oleh Pericles atas tujuan keagamaan dan pusat kegiatan.

b) Tamadun Rom.

1. Aqueduct bekalan air.

2. Colloseum pahlawan bertarung dan teater.

c) Tamadun India.

1. Stupa Besar di Sanchi tujuan keagamaan.

2. Great Bath binaanya baik dan lengkap.

3. Kompleks kuil di Gua Ajantha dan Gua Ellora bercirikan agama Buddha/Hindu.

SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.


RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
4. Menara pelbagai bentuk kon, kubah dan pagoda.

d) Tamadun China.

1. Tembok Besar China kubu pertahanan sepanjang 1500 batu dari Kansu ke Peking.

2. Bandar purba tembok batu Changan, anyang, Peking.

3. Mereka turut menggunakan tanah liat, batu bata, pintu gerbang, parit besar, menara.

4. Kota Larangan istana maharaja yang banyak dewan. (balai penghadapan, temapt hukuman, keraian) dan
taman.

5. Kuil dan Pagoda temapt tinggal, ruang tamu, pemujaan.

Bab 3

Ekonomi kerajaan awal Asia Tenggara

a) Bentuk bentuk kerajaan awal Asia Tenggara.

1. Kerajaan Agraria berasaskan pertanian, penternakan, memungut hasil hutan dan laut.

2. Kerajaan agraria ini muncul di tanah subur seperti kerajaan Dvaravati di Sg Irrawady (Myanmar), Kerajaan di
lereng bukit dan tanah gunung berapi kerajaan Taruma (Indonesia).

3. Kerajaan maritim berasaskan perdagangan, kelautan dan perlabuhan. Ia terletak di pesisiran pantai, lembah
sungai dan kepulauan seperti Srivijaya di Sg Musi (Sumatera), Kedah Tua di Sg Mudadan Merbok (Kedah), Tiumah
di Pulau Tioman (Pahang).

4. Terdapat juga kerajaan agraria yang berkembang menjadi kerajaan maritim contohnya Funan.

b) Kegiatan ekonomi kerajaan agraria.

1. Padi sawah di lembah sungai kerana bekalan air cukup.

2. Padi huma di tanah tinggi dan bukit dibuat teres dan relung kerana kurang air.

3. Tanaman sampingan seperti jagung, pisang, keledek.

4. Hasil hutan seperti kayu gaharu, damar, buah- buahan.

5. Hasil rempah seperti cengkih, lada hitam.

6. Sarang burung diambil dari gua untuk perdagangan.

7. Menangkap ikan di sawah, sungai, paya.

8. Kura kura mendapatkan kulitnya.

9. Menternak seperti lembu, kerbau, kambing, ayam.

SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.


RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
10. Bermula dengan sara diri, kemudian terdapat lebihan hasil dijual kepada penduduk Bandar atau kerajaan
maritim.

11. Sistem pengairan amat penting dalam pertanian contoh Tasik Tonle Sap dan Sg Mekong di Angkor.

c) Kegiatan pertanian kerajaan agraria Angkor.

1. Raja Angkor (Indravarman 1) membina dan mengurus pengairan dan baray, kesannya hasil padi menampung
keperluan makanan penduduk Angkor.

2. Bekalan air diterima dari Sg Mekong yang mengalir ke Tasik Tonle Sap dan menyuburkan tanah.

3. Tasik ini turut mengairi sawah padi.

4. Tasik Tonle Sap juga membekalkan ikan air tawar.

5. Tasik ini amat penting untuk bekalan air minuman.

d) Kegiatan ekonomi kerajaan maritim.

1. Kerajaan ini terletak di pesisir pantai dan kepulauan.

2. Peringkat awal menangkap ikan, memungut hasil laut.

3. Kemudian menjadi perkampungan nelayan.

4. Ada yang berkembang menjadi pengeluar emas, bijih timah.

5. Hasil lebihan telah didagangkan maka petempatan ini menjadi tempat dagang dan pelabuhan pembekal seperti
Klang ( Selangor ), Kuala Selinsing ( Perak ).

6. Pelabuhan ini disinggahi pedagang untuk mendapatkan barangan emas, timah, rotan, damar, hasil laut.

7. Pelabuhan pembekal maju menjadi pelabuhan kerajaan seperti Kedah Tua, Langkasuka, Srivijaya.

8. Mulanya pelabuhan ini berdagang di kawasan berhampiran kemudian berkembang, contohnya Langkasuka dan
Champa akhirnya berdagang dengan Vietnam, China Selatan, hingga ke India dan barat.

9. Pelabuhan entrepot muncul kerana kedudukannya yang strategik contohnya Kedah Tua dan Srivijaya yang
terletak yang terletak di Selat Melaka dan Selat Sunda serta menjadi laluan perdagangan atara China dan India. Ini
juga mendorong kedatangan pedagang ke dua dua negara ke situ.

10. Bekalan pelabuhan entrepot seperti emas, timah, hasil hutan, dan hasil dari kerajaan lain di sekitarnya.

11. Emas menjadi tumpuan sehingga Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera dikenali Semenanjung Emas dan
Bumi Emas orang Yunani dan India telah mengetahui tentang kekayaan emas di sini sejak awal abad masihi lagi.

12. Penduduk maritim yang terdiri daripada orang tempatan, orang laut dan orang dagang luar ini menggunakan
bahasa Melayu sebagai lingua franca.

13. Orang Melayu terkenal sebagai pelaut, pedagang, peneroka dan mempunyai pelabuhan yang lengkap dengan
kemudahan seperti di Champa dan Srivijaya.

14. Mereka mampu belayar kerana berkemahiran membuat perahu (jarak dekat ) dan kapal layar (jarak jauh).
SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.
RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
15. Mereka juga tahu menggunakan kaedah bintang di langit.

e) Ciri ciri kerajaan maritim Srivijaya.

1. Terletak di Sg. Musi dan Batang Hari.

2. Memiliki tentera yang besar, terdiri daripada pelbagai golongan rakyat termasuk orang laut. Mereka mengawal
keselamatan dan perdagangan di Selat Melaka.

3. Kapal dagang dalam perjalanan antara China dan India singgah di sini kerana kedudukan pelabuhannya strategik
di Selat Melaka.

4. Bekalan barang dagang dibekalkan dari kawasan pemerintahannya dan jajahan takluknya.

5. Menurut I Tsing Sivijaya mampu menghasilkan kapal besar.

f) Ciri ciri kerajaan Kedah Tua/Chieh-cha/Kataha.

1. Terletak di Sg. Mas (pada abad ke-5 hingga 11 menganut agama Buddha ) dan di lembah Sg. Bujang (abad ke
11 hingga 13 menganut agama Hindu).

2. Buktinya ialah jumpaan candi berunsur Hindu/Buddha dan arca Hindu/Buddha.

3. Merupakan pelabuhan enterpot yang banyak dipengaruhi Srivijaya, buktinya jumpaan tembikar China zaman
Dinasti Tang, Song dan Yuan, pelita tembaga dan tembikar dari Timur Tengah, manik dari India, Sri Lanka dan
Myanmar.

4. Gunung Jerai menjadi panduan kapal dagang ke sini.

5. Kedudukan strategik di laluan Selat Melaka dan terlindung dari angin monsun memajukan pelabuhannya.

6. Pelabuhannya mempunyai tempat menyimpan barang dagang seperti damar, rotan, timah.

7. Barang dagang juga dibawa dari luar seperti sutera, teh, kaca, manik, tembikar.

g) Konsep saling bergantung dan melengkapi antara kerajaan agraria dan maritim.

1. Penduduk agraria yang ramai penduduk (seperti Sailendra) menghasilkan beras banyak untuk dibekalkan kepada
kerajaan maritim, sebaliknya kerajaan agraria memerlukan kerajaan maritim untuk mendapatkan barang mewah
China/India seperti tembikar, tekstil, gelas dan manik.

2. Kerajaan agraria membekalkan makanan dan hasil hutan sebagai barang pertukaran.

3. Kerajaan maritim membina kapal dengan mendapatkan kayu yang baik daripada tukang kayu agraria (seperti
kayu kerajaan Pegu).

Pengaruh Pentadbiran

Pengaruh Hindu/Buddha dalam sistem pemerintahan.

1. Gelaran raja bermula selepas kedatangan pengaruh sistem beraja India. Di bawah raja ialah kerabat diraja dan
pembesar termasuk ahli agama seperti Brahmin. Selepas itu rakyat dan hamba (bawah sekali).

SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.


RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
2. Raja berkuasa mutlak dalam semua hal, perintahnya menjadi undang undang, menentangnya dianggap derhaka.
Walau bagaimanapun raja harus adil kepada golongan diperintah.

3. Rakyat takut derhaka maca muncul konsep dewa-raja yang mempuntai sakti. Unsure mitos dan lagenda digunakan
untuk memperkuatkan kedudukan pemerintahannya.

4. Upacara pertabalan dipimpin oleh Brahmin bertujuan membezakan kedudukan raja daripada golongan diperintah.

5. Raja yang terpengaruh sistem Buddha/Hindu membina kompleks kota yang melambangkan alam semesta (orde
kosmos). Negara dianggap alam semesta, raja dan ibu kota ialah pusat alam (pusat pemerintahan), maka raja perlu
mengatur kesejahteraan negara dan rakyat (alam semesta).

c) Pengaruh Hindu/Buddha dalam pemerintahan Angkor.

1. Angkor Wat dibina oleh Raja Suryavaram II.

2. Raja dianggap raja dewa.

3. Raja dibantu pembesar atau gabenor di daerah.

4. Brahmin pula berperanan dalam upacara agama.

5. Raja juga dibantu oleh pembesar dikalangan pegawai tentera dan hakim.

d) Pengaruh Hindu/Buddha dalam pemerintahan Srivijaya.

1. Pengaruh yang muncul ialah agama Buddha Mahayana.

2. Raja dibantu pentadbiran pusat dan daerah.

3. Pentadbiran pusat terdapat 4 kumpulan anak raja iaitu yuvaraja, pratiyuvaraja, raja kumara dan raja putra. Seorang
daripada mereka bakal menggantikan raja kecuali raja putra kerana beliau anak gundik.

4. Di bawah anak raja ialah ketua pentadbiran pusat (parvanda atau senapati), seterusnya pegawai lain seperti haim,
temenggung dan penghulu.

5. Kedudukan hamba terletak paling bawah sekali.

6. Pentadbiran daerah ditadbir oleh Datu (dilantik raja) dan bhupati (orang-orang kaya).

7. Datu perlu bersumpah taat setia di Telaga batu Palembang, berdasarkan bukti jumpaan batu bersurat di situ.

Pengaruh bahasa Sankrit.

1. Bidang intelektual batu bersurat tulisan sankrit mengandungi maklumat agama, pemerintahan, raja. Contohnya
di Kutei tentang keturunan raja, di Sg Mas Kedah Tua mengenai agama Buddha.

2. Inskripsi di Palembang memaparkan kemahiran pahat batu yang tinggi penulisnya mempunyai asas yang kukuh
dalam bahasa sankrit.

3. Bahasa sankrit ini juga digunakan dalam kitab kitab keagamaan dan bahasa.

4. Bahasa sankrit telah disesuaikan dalam bahasa Melayu seperti perkataan dukkha (duka), dorhaka (derhaka).

SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.


RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
5. Bahasa sankrit juga terdapat dalam kitab sastera Hindu, Buddha, Tamil.

6. Bahasa ini menjadi bahan ilmu dan komunikasi kerajaan awal Asia Tenggara.

j) Pengaruh Hindu/Buddha dalam kesusasteraan.

1. Pengaruhnya terdapat dalam epik Ramayana dan Mahabhrata serta Puranas (sastera klasik Asia Tenggara).

2. Pengaruh dalam puisi dan prosa Jawa seperti Nagarakertagama, Sutasoma.

3. Epik disampaikan melalui kesusasteraan, cerita lisan dan teater seperti wayang kulit.

4. Karya Mahabrata diadun dengan unsur tempatan seperti Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pendawa Jaya.

5. Karya Ramayana pula melahirkan HikayatSeri Rama.

Bab 4

Zaman Masyarakat Arab Jahiliah.

a) Apakah pengertian Jahiliah.

1. Jahiliah daripada bahasa Arab iaitu jahala bermaksud jahil, tidak mengetahui atau tiada ilmu pengetahuan.

2. Masyarakat Arab Jahiliah ialah masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab selepas runtuhnya empangan
Maarib di Sabak hingga turunnya wahyu Allah s.w. kepada Nabi Muhammad s.a.w.

3. Mereka tidak menerima ajaran para nabi dan rasul sebelumnya seperti Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Musa,
Nabi Isa.

4. Zaman ini dianggap zaman kegelapan kerana mereka tidak menyembah Allah Taala, mereka menyembah berhala
dan menyembah anismisme.

5. Mereka juga tiada nabi, rasul dan kitab suci.

6. Akhlak mereka rendah kejam, angkuh, degil.

b) Ciri ciri masyarakat Arab Jahiliah.

1. Dua golongan iaitu Badwi ( tinggal di gurun dan pendalaman) dan Hadari ( tinggal dipesisiran pantai).

2. Mengamalkan perbuatan tidak bermoral judi, zina, arak.

3. Pemabuk dianggap telah menjadi lelaki sempurna.

4. Wanita dipandang rendah tidak mewarisi harta ibu bapa, bayi perempuan ditanam hidup hidup (dianggap
menjatuhkan maruah keluarga).

5. Lelaki boleh berkahwin dengan beberapa wanita dan sesiapa sahaja yang disukai.

6. Perniagaan berasaskan riba, merompak/merampas satu kewajipan, orang kaya menindas orang miskin.

7. Kepercayaan menyembah berhala, pokok, menilik nasib.

SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.


RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
8. Agama samawi Kristian, Yahudi, Hanif.

9. Sistem kabilah berpuak puak dalam suku tertentu, sangat taksub/fanatik dengan suku sendiri, diketuai oleh
syeikh (seseorang yang disukai, dipersetujui ramai, berani, gagah).

10. Semangat assabiah semangat kesukuan melampau, terikat dengan peraturan kabilah, sanggup menuntun bela
demi diri dan kabilah.

11. Keadaan geografi panas kering kontang- menbawa sikap ingin berperang, kacau bilau contohnya perang al
Basus.

Nabi Muhammad s.a.w. sebelum menjadi rasul.

a) Kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. sebelum menjadi rasul.

1. Nabi keturunan Qusai bin Kilab (pemimpin Arab Quraisy).

2. Keluarga nabi mengusai Makkah, Kaabah, telaga zamzam.

3. Keturunan nabi bijak mentadbir Makkah dan bijak berniaga.

4. Bapa baginda ialah Abdullah bin Abdul Muttalib, ibunya ialah Aminah bt. Wahab.

5. Nabi dilahirkan pada tahun 570 M (Tahun Gajah) di rumah datuknya dan diberi nama Muhammad bermaksud
terpuji.

6. Bapa nabi meninggal dunia ketika nabi dalam kandungan

7. Nabi menyusu dengan Halimatus Sadiyah.

8. Pada usia 6 tahun ibu nabi meninggal dunia dan nabi dipelihara oleh datuknya. Kemudian datuknya meninggal
dunia lalu dipelihara pula oleh datuk saudaranya Abu Talib.

9. Pengalaman hidup mengembala kambing bapa saudaranya, berniaga di Syam ( usia 12 tahun ).

10. Kerasulan nabi telah diramal oleh pendeta Nasrani bernama Buhaira ketika rombongan perniagaannya singgah di
Basrah.

11. Kemudiannya baginda menjalankan perniagaan Khadijah bt Khuwalid bersama sama Maisarah ( hamba
Khadijah ). Sifat terpuji baginda menyebabkan keuntungan berlipat kali ganda. Akhirnya nabi berkahwin dengan
Khadijah.

b) Keperibadian Nabi Muhammad s.a.w.

1. Empat sifat terpuji nabi ialah benar, dipercayai, menyampaikan dan bijaksana.

2. Nabi digelar Al Amin kerana dipercayai dan tidak pernah berbohong.

3. Sifat amanah menyebabkan Khadijah memberi modal yang besar kepada nabi.

4. Sifat kepimpinan baginda dilihat ketika menyelesaikan persengketaan meletakkan batu Hajar Aswad.

5. Nabi ketua keluarga contoh membantu isteri memasak, menampal kain koyak, melayan anak.

SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.


RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
6. Anak diberi pendidikan agama dan nabi menjadi teladan kepada anak anak.

7. Baginda merendah diri bergaul dengan orang kaya, miskin, tua, kanak kanak.

8. Sifat pemaaf contohnya mengampunkan kaum Quraisy ketika membuka semula Kota Makkah.

9. Sifat bijaksana Perjanjian Hudaibiyah yang berat sebelah akhirnya menyebarkan agama Islam.

10. Bertahannuth (mengasingkan diri beribadat ) di Gua Hirak.

11. Baginda sabar dan tabah mendaki Gua Hirak, di Bukit Nur.

12. Pada tahun 610 M menerima wahyu pertama.

Kedudukan penduduk Madinah sebelum hijrah.

1. Madinah terletak di utara Makkah di tengah tengah perjalanan jalan dagang antara Makkah dan Syam.

2. Tiga golongan pendudukannya Nasrani, Yahudi dan Arab.

3. Tiga golongan Yahudi Bani Quraizah, Qunaiqa, Nadhir.

4. Dua golongan Arab suku Aus dan Khazraj.

5. Masalah politik dan ekonomi kerap berlaku antara mereka.

Bab 5

b) Perjanjian Aqabah 1 dan 2.

1. Ketika di Makkah beberapa orang suku Khazraj berjumpa nabi dan memeluk Islam, selepas kembali mereka
menyebarkan Islam di Madinah.

2. Pada tshun berikutnya (621 M), suku Aus dan Khazraj menemui nabi lagi dan membuat perjanjian Aqabah 1.

3. Isi perjanjiannya suku Aus/Khazraj beriman kepada Allah dan Rasul. Mereka berjanji membantu nabi. Mereka
tidak melakukan amalan jahiliah seperti mencuri, minum arak.

4. Selepas perjanjian ini nabi menghantar Musab b. Umair ke Madinah menyebarkan Islam di sana.

5. Pada tahun 622 M, suku Aus dan Khazraj menandatangani Perjanjian Aqabah 2, isi kandungannya suku
Aus/Khazraj memeluk Islam dan mengaku taat setia kepada nabi. Mereka menjemput nabi dan orang Islam berhijrah
ke Madinah. Mereka akan menyediakan tempat tinggal, keselamatan dan mempertahankan Islam.

Piagam Madinah/Sahifah Madinah.

a) Latar belakang piagam Madinah.

1. Piagam ini dirangka oleh nabi berpandukan wahyu daripada Allah.

2. Ia mencatatkan tanggungjawab ketua negara dan rakyat.

3. Ia juga hasil persetujuan orang Islam dan bukan Islam.

SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.


RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
4. 23 fasal tentang orang Islam dan tanggungjawabnya.

5. 24 fasal tentang tanggungjawab orang bukan Islam termasuk Yahudi terhadap negara Madinah.

6. Perlembagaan ini ialah perlembagaan bertulis pertama digubal di dunia.

b) Apakah kandungan Piagam Madinah.

1. Politik nabi ialah pemimpin semua penduduk Madinah, nabi juga ketua hakim berlandaskan musyawarah dan
adil.

2. Agama bebas memilih dan mengamal agama tanpa gangguan penganut lain, dan tiada paksaan memeluk Islam.

3. Sosial masyarakat Madinah dianggap ummah, bersatu padu dan bekerjasama tanpa mengira bangsa.

4. Undang undang Islam dilaksanakan secara menyeluruh tetapi peraturan keluarga yang sesuai dengan Islam
boleh diamalkan. Hukuman dikenakan adalah adil.

5. Ekonomi riba dan penindasan dilarang, tiada diskriminasi.

6. Pertahanan semua penduduk diwajibkan memepertahankan Madinah dari ancaman musuh.

7. Kedudukan orang Yahudi mempunyai hak yang sama, hak kebebasan, hak keselamatan, selagi mematuhi Piagam
Madinah.

c) Apakah kepentingan Piagam Madinah.

1. Model pemerintahan berasaskan Islam agama Islam boleh dilaksanakan dalam negara berbilang agama dan
bangsa.

2. Kandungannya merangkumi peraturan dunia dan akhirat.

3. Dari segi ekonomi amalan riba, menipu tidak dibenarkan, sebaliknya sedekah, keadilan ekonomi digalakkan.

4. Nabi berjaya membentuk masyarakat berasaskan ummah, nilai yang ditanamkan ialah ukhuwah Islamiah.

5. Konsep keadilan sosial Islam menekankan persamaan dan persaudaraan, tiada perbezaan taraf dalam
masyarakat.

6. Nabi mempraktikkan amalan positif seperti perpaduan, rela berkorban, Bantu membantu.

7. Syariah Islam yang adil sesuai diikutioleh semua masyarakat.

8. Nabi menyusun perlembagaan dahulu sebelum membentuk kerajaan.

9. Pemerintahan Islam meletakkan Allah kuasa tertinggi.

10. Orang Yahudi tidak boleh menindas kaum Arab.

11. Semua bangsa mesti mematuhi peraturan.

12. Semua penduduk harus mempertahankan negara Islam.

SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.


RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
d) Apakah strategi negara Islam Madinah dalam menyebarkan Islam.

1. Quraisy Makkah mencari sokongan orang Arab dan Yahudi di Tanah Arab bagi menentang Islam di Madinah.

2. Strategi baginda pula dengan menyebarkan Islam secara meluas seperti di Rom, Parsi, Mesir.

3. Nabi menghantar perutusan ke sana untuk memeluk Islam.

4. Nabi menggunakan kaedah diplomasi dengan mewujudkan persefahaman antara negara disamping menyebarkan
Islam.

5. Serangan Quraisy kepada kabilah Islam akhirnya membawa perang, tetapi perang dalam Islam untuk maruah diri,
agama dan negara. Perang hanya dilakukan selepas turunnya wahyu Allah menbenarkannya.

e) Konsep perang dalam Islam.

1. Antara siri perang Islam di Madinah seperti Perang Badar, Uhud, Khandak dan Tabuk.

2. Allah memberi izin perang setelah diserang Quraisy.

3. Prinsip perang dalam Islam ialah berperang apabila diserang musuh, mencari keamanan agar tempat ibadat
terjaga, menentang kezaliman dan mempertahankan diri.

4. Sekira musuh Islam inginkan pendamaian, maka umat Islam perlu memilih pendamaian.

5. Perang antara orang Islam dengan Quraisy Makkah tidak memaksa musuh memeluk Islam, penerimaan agama
Islam adalah secara suka rela.

6. Dalam Perang Badar, walaupun Islam menang, tawanan wanita dan kanak kanak dibebaskan, tawanan lelaki
dibebeaskan jika berjaya mengajar 10 orang kanak kanak Islam sehingga pandai.

7. Tentera Islam yang berperang dilarang membunuh sesuka hati termasuk memusnahkan tumbuhan.

8. Kesannya lebih ramai memeluk Islam selepas Perang Badar.

Bab 6

Kerajaan Bani Abbasiyah

a) Latar belakang kemunculan kerajaan Bani Abbasiyah.

1. Pada peringkat akhir pemerintahan Bani Umaiyah, golongan Mawali (orang Islam bukan arab seperti Parsi dan
Barbar) merasa didiskrimisikan (tidak dapat jawatan dan dikenakan cukai yang lebih tinggi).

2. Bani Umaiyah yang mentadbir pula mula mengabaikan ajaran Islam.

3. Kesannya golongan Mawali menyertai gerakan Abbasiyah.

4. Sistem warisan Umaiyah juga telah ditentnag oleh orang Islam Syiah dan Khawarij.

5. akhirnya gerakan Revolusi Abbasiyah berjaya menumbangkan kerajaan Bani Umaiyah.

6. Gerakan ini dimulakan oleh Ali b. Abdullah atas nama ahlul bait (keluarga Nabi Muhammad s.a.w) agar
mendapat sokongan.
SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.
RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
7. Pusat operasi mereka di Khurasan, Kufah dan Humaimah.

8. Pemimpin terkenalnya ialah Abu Salamah dan Abu Muslim.

9. Ketika pemerintahan Abu Jaafar al Mansur pemerintahan kerajaan ini berpindah dari Damsyik ke Baghdad.

10. Kerajaan ini berakhir apabila ditawan tentera Monggol yang diketuai oleh Hulagu Khan.

11. Kerajaan ini mengamalkan sistem warisan atau monarki (pemerintahan keturunan raja).

12. Nama kerajaan ini diambil sempena nama al abbas (bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w).

b) Sumbangan kerajaan Bani Abbasiyah.

1. Semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan anaknya al-Makmun Baghdad menjadi kota intelektual.

2. Karya asing seperti falsafah dan sains Yunani diterjemahkan ke dalam bahasa arab.

3. Baitulhikmah (institusi keilmuan) telah dibina.

4. Kegiatan penulisan terbahagi kepada 3 tahap iaitu mencatat segala idea atau percakapan, mengumpul idea yang
serupa atau hadis Nabi Muhammad s.a.w. mengarang (dalam bahagian dan bab yang berbeza antara satu sama lain).

5. Penglibatan ulama dalam penulisan fikah, tafsir, sejarah.

6. Iman terkenal seperti Ibn Ishaq (sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w), Abu Hanifah (fiqah dan ijtihad).

7. Ketika ini berlaku pemisahan ilmu tafsir, sirah dan hadis.

c) Sumbangan Bani Abbasiyah dalam penterjemahan.

1. Terjemahan ke bahasa Arab dibuat daripada bahsa yunani, Suriani dan Yunani.

2. Orang Islam Islam menterjemah dan mencipta serta membuat pembaharuan, menghurai, menambahbaik karya
tersebut ke bahasa Arab.

3. Islam memelihara warisan ilmu itu ketika Eropah dilanda Zaman Gelap (Eropah kurang menghargai ilmu).

4. Penyelidikan sarjana Islam kemudiannya diterjemaah pula ke bahsa asing(Eropah) yang membawa kebangkitan
Eropah seperti Zaman Renaissance.

Apakah sumbangan Khalifah Abu Bakar al siddiq.

1. Digelar al Siddiq bermaksud yang membenarkan kerana beliau sentiasa yakin kebenaran kata kata nabi.

2. Sifatnya ikhlas, jujur dan setia pada baginda.

3. Saidina Abu Bakar dicadangkan oleh Saidina Umar.

4. Beliau berjasa menghapuskan orang Islam yang murtad dan tidak mahu membayar zakat.

5. Mempertahankan Madinah daripada ancaman Parsi dan Rom Timur.

SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.


RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
6. Membahagikan Tanah Arab kepada 10 wilayah antaranya Makkah, Taif, Yaman, dan melantik Amir
mentadbirnya.

7. Memperkenalkan bayaran gaji tentera, undang undang tanah, hak golongan mawali.

8. Memerintahkan Zaid b. Thabit mengumpulkan tulisan al Quran pada batu, kayu, kulit binatang kerana ramai
orang hafiz al Quran syahid, salinan al Quran ini disimpan oleh Saidina Umar, Hafsah, (isteri nabi ) dan Saidina
Uthman.

9. Khalifah Abu Bakar digelar penyelamat umat Islam.

b) Apakah sumbangan Khalifah Umar al Khattab.

1. Bersifat berani, tegas, berterus terang.

2. Pelantikannya hasil cadangan Abu Bakar ketika sakit.

3. Dianggap zaman keemasan Kerajaan Islam Madinah.

4. Pembaharuan politik Mengamalkan dasar pentadbiran dan melantik pegawai, menubuhkan majlis syura (
dianggotai wakil mujhirin dan Ansar ), membahagikan jajahan Islam kepada wilayah dan melantik wali ( gabenor).

5. Penubuhan jabatan Jabatan tentera, polis, percukaian. Setiap jabatan diketuai oleh katib ( setiausaha).

6. Jabatan Kehakiman dilantik hakim bergaji bulanan.

7. Sosial pendidikan al Quran di Masjid, menghantar guru agama ke wilayah ( Abu Sufyan ) dihantar ke Badwi).

8. Kalendar tahun hijrah menjadi tahun pengiraan Islam.

9. Tentera tentera tetap dan sukarela, bergaji, berpakaian seragam, markas tentera dibina seperti di Madinah,
Kufah.

10. Terusan dan tali air menambah hasil pertanian seperti Terusan Amirul Mukminin di Mesir.

11. Rakyat digalakkan meneroka tanah dan mengusahakan tanah terbiar.

12. Pengenalan cukai cukai jizyah dikenakan kepada Zimmi (bukan Islam yang yang rela diperintah kerajaan
Islam), cukai kharaj berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah seperti tanaman gandum, barli, anggur.

13. Baitulmal ditubuhkan untuk mengawal pendapatan negara.

14. Digelar Amirul Mukminin atau Panglima Agung Mukmin.

Bab 8

Pengaruh Islam terhadap politik.

a) Pentadbiran.

1. Sebelum Islam institusi raja dipengaruhi konsep dewa raja ( tradisi Hindu Buddha ).

2. Kedatangan Islam membawa konsep Zillullah fil alam dan Zillullah fi ardh yang bermaksud bayangan Allah
di muka Bumi. Bermakna pengesahan kewibawaan raja berlandaskan Islam di beri kepada raja.
SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.
RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
3. Konsep Khalifatul Mukminin pula bermakna pemimpin orang mukmin, gelaran ini digunakan oleh Sultan
Mahmud Syah Melaka dan Sultan Abdul Ghaffur Pahang.

4. Dalam tradisi Hindu Buddha raja dinasabkan kepada keturunan dewa, pada zaman Islam sultan dinasabkan
kepada tokoh Islam seperti Iskandar Zulkarnain.

5. Zaman Islam sultan masih kuasa tertinggi, tetapi sistem pewarisan masih diteruskan.

6. Sultan dibantu oleh pembesar 4 ( bendahara, termenggong, penghulu bendahari dan laksamana ).

7. Sultan juga mendapat nasihat daripada ulama seperti Sayid Abdul Aziz di Melaka.

8. Adat Perpatih sistem ini diamalkan di Negeri Sembilan, kuasa tertinggi terletak di tangan Yang dipertuan
Besar.

9. Konsep daulat telah mengukuhkan kuasa sultan konsep ini tidak bertulis tetapi dipercayai kebenarannya
sehingga menaikkan penghormatan rakyat kepada sultan.

10. Daulat diperkukuhkan lagi dengan adat istiadat seperti pakaian, tingkahlaku, bahasa contohnya istiadat
pertabalan.

Pengaruh Islam terhadap ekonomi.

a) Perdagangan.

1. Pengaruh perdagangan amat kuat kepada umat Islam kerana Nabi Muhammad s.a.w terlibat secara langsung
dalam perdagangan ( memperdagangkan barang Khatijah ).

2. Melaka menjadi pusat dagang kerana strategik ( laluan timur dan barat turut melibatkan pedagang Islam ).

3. Pelabuhan Melaka mempunyai kemudahan yang lengkap.

4. Laksamana membantu menguruskan hal kelautan.

5. Syahbandar menjadi ketua perlabuhan.

6. Undang undang Laut Melaka membantu menentukan tugas nakhoda, jurumudi.

7. Di Melaka amat ramai pedagang, dikatakan tidak kurang 84 bahasa dipertuturkan di Melaka.

8. Melaka turut memperkenalkan sistem timbang dan sukat seperti kati dan tahil yang dipertanggungjawabkan
kepada Syahbandar.

9. Barangan yang dtimbang seperti emas, perak, dan rempah menggunakan dachim ( dacing ).

10. Kaedah yang digunakan ialah tukar barang dan jual beli.

11. Kejatuhan Melaka mengalih perkembangan perdagangan ke Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Bab 9

Perubahan di eropah dari Zaman Pertengahan awal hingga ke Zaman Pertengahan Akhir.

a) Zaman pertengahan di Eropah.


SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.
RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
1. Zaman pertengahan terbahagi 3 iaitu peringkat awal, kemuncak dan akhir.

2. Zaman Gelap pada masa zaman pertengahan awal.

3. zaman Renaissance pada masa zaman pertengahan akhir.

b) Latar belakang Zaman Gelap (Pertengahan Awal).

1. Eropah mengalami kemerosotan ilmu pengetahuan, perdagangan dan penbandaran.

2. Ketika ini tiada pusat pentadbiran yang berkesan.

3. Dunai islam pada masa ini sangat mantap, oleh itu Eropah mengambil ilmu daripada dunia Islam.

4. Pada masa ini, empayar Rom barat (kuasa pusat) runtuh, maka muncullah golongan baron (tuan tanah).

c) Apakah ciri ciri Zaman Gelap (Pertengahan Awal).

1. Petani mendapatkan perlindungan daripada tuan tanah kerana politik tidak stabil.

2. Petani membayar cukai yang tinggi sebagai tukaran kepada perlindungan yang diberikan oleh tuan tanah.

3. Petani yang tidak berkemampuan telah menyerahkan tanah mereka dan menjadi hamba.

4. Tuan tanah pula mendapat perlindungan daripada raja.

5. Tuan tanah dikehendaki memberi khidmat atau membayar cukai kepada raja.

6. Hubungan antara petani, tuan tanah dan raja ini dikenali sebagai sistem feudal.

7. Di negeri melayu sistem feudal juga diamalkan, di mana raja berkuasa mutlak, dan pembesar berkhidmat dan
dinaungi raja, rakyat dan hamba melayu berkhidmat untuk pembesar.

8. Gereja Katolik amat berkuasa ketika Zaman Pertengahan, mereka memiliki hartanah yang banyak dan focus
utama ialah ilmu akhirat hingga mengongkong hidup masyarakat.

9. Perdagangan pada zaman ini diganggu orang gasar seperti Maygar dan Viking. Perdagangan ke timur dan Laut
Mediterranean pula dikuasai oleh orang Islam.

10. Masalah ekonomi ini menyebabkan mereka menumpukan kepada pertanian, mereka menjalankan aktiviti tukar
barang kerana mata wang dalam pasaran terhad.

Gerakan Reformation di Eropah Barat.

1. Reformation berasal daripada perkataan reform bermaksud melaksanakan perubahan atau pembaharuan terhadap
sesuatu untuk menghasilakn sesuatu yang lebih baik atau untuk membentuk sesuatu yang baru.

2. Kritikan ini kerana gereja meningkatkan pembangunan keduniaan agar Rom menjadi kuasa yang kuat di tengah
Itali.

3. Gereja juga kian pincang, rasuah dan menyeleweng.

4. Penguasa Gereja Katolik dianggap lari daripada kitab Bible.

SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.


RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
5. Penyelewengan telah berlaku dalam amalan penjualan sijil indulgenees (Surat pengampunan dosa) ke seluruh
Eropah.

6. Di Jerman, gerakan agama ini dibantu oleh mesin cetak Johann Gutenberg di mana Bible dicetak dalam masa
singkat dan murah harganya.

7. Martin Luther (Jerman) menetang amalan indulgences, menurutnya manusia perlu bergantung kepada kekuatan
rohaninya. Ajaran Luther ini dikenali mazhab Protestan bermaksud membantah.

8. Ajaran Martin berkembang ke Sweden, Denmark, Norway dan England.

9. Di Switzerland gerakan ini diketuai oleh Zwingli, selepas kematiannya disambung pula oleh John Calvin.

10. Bagi menangani penentangan ini gereja Katolik mengendalikan Counter Reformation yang bermaksud menahan
atau bertindak menentang sesuatu yang baru.

h) Kesan Gerakan Reformation di Eropah Barat.

1. Berlaku perpecahan agama Kristian di mana berlaku perang mazhab Kristian di Perancis, Sepanyol, Jerman.

2. Tetapi kesan jangka panjang, gerakkan ini mewujudkan sikap toleransi antara mazhab Kristian untuk
menyebarkan pendidikan dan fahaman Kristian.

3. Kuasa gereja telah dicabar, golongan monarki ingin membebaskan diri daripada penguasaan Paus di Rom,
contohnya Raja Henry VII memutuskan hubungan dengan gereja Rom kerana ingin berkahwin. Beliau telah menjadi
ketua kerohanian Gereja Protestan Anglican.

( 2 ) Zaman Penjelajahan dan Penerokaan.

a) Latar belakang bermulanya penjelajahan orang Eropah.

1. Kejayaan sains dan teknologi zaman Renaissance membantu kegiatan penjelajahan ini.

2. Mereka mencari laluan ke timur kerana kerajaan Islam Turki telah menguasai Istanbul.

3. Selama ini orang Eropah mendapat barangan timur melalui Istanbul tetapi mereka menghadapi masalah selepas
kerajaan Islam memerintah Istanbul.

4. Mereka memulakan penerokaan dengan melalui Lautan Atlantik untuk sampai ke timur.

b) Sebab sebab penjelajahan berlaku.

1. Desakan ekonomi orang Eropah memerlukan barangan timur seperti emas, sutera, rempah.

2. Galakan pemerintah ( raja Sepanyol dan Portugal ), Sepanyol menumpukan kepada Amerika Lain dan Portugal ke
timur.

3. Persaingan kuasa Sepanyo dan Portugal Sepanyol turut ke timur, begitu juga sebaliknya degan Portugal.

4. Persaingan ini menyebabkan Paus Rom menggesa dibuat Perjanjian Tordesillas bagi menetapkan kawasan
pengaruh masing masing timur milik Portugal, barat milik Sepanyol.

5. Peranan Columbus orang Eropah pertama tiba di Amerika.

SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.


RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
6. Peranan Magellan tiba di timur dan terbunuh di Filipina.

7. Perdagangan rempah dan sutera amat menguntungkan menjadi pendorong utama kuasa Sepanyol/ Portugal ke
timur.

8. Mereka juga menjelajah untuk menyebarkan agama Kristian khasnya Sepanyol yang pernah diperintah oleh orang
Islam begitu bersemangat menyebarkan agama Kristian.

9. Monarki baru di Eropah menggalakkan penerokaan, contohnya di England, Perancis dan Belanda.

10. Rumusannya penjelajahan kerana Gold, Glory, Gosper.

c) Kesan penjelajahan kepada masyarakat setempat.

1. Dari segi politik banyak perjanjian dibuat antara penguasa tempatan dengan wakil kuasa Eropah. Perjanjian ini
menandakan pengiktirafan kuasa Eropah.

2. Di antara wakil Eropah tersebut seperti Syarikat Hindia Timur Belanda ( VOC ). Syarikat Hindia Timur Inggeris (
EIC ). Syarikat seperti ini berdagang hingga ke Afrika, Latin Amerika, Asia Tenggara dan Asia Timur.

3. Dari segi ekonomi kawasan luar Eropah menjadi pembekal kepada masyarakat Eropah, Goa, Melaka contohnya
di kuasai Portugal.

4. Jalan perdagangan di Lautan Hindi dan Asia Tenggara yang dikuasai oleh pedagang Arab telah diambilalih oleh
kuasa Eropah seperti Portugal.

5. Dari segi sosial gaya hidup masyarakat tempatan terpengaruh orang Eropah, malah ada yang memeluk agama
Kristian.

6. Perang berlaku antara orang tempatan dan kuasa Eropah contohnya Sepanyol berperang dan menakluk tamadun
Aztec di Maxico dan tamadun Inca di Peru.

7. Penjajah telah menguasai emas dan perak contohnya di Amerika Latin, mereka turut mengekspotasi buruh
peribumi di lombong dan ladang.

8. Di timur, Sepanyol menguasai Filipina dan Portugal menguasai Melaka dan Goa.

Ekonomi dagangan.

1. Pertanian dan perlombongan yang melibatkan lebihan pengeluaran untuk pemasaran.

2. Pengeluaran dalam skala yang besar, buruh yang ramai, modal besar, pemasaran lebih luas.

3. Bijih timah dipasarkan ke China, Jepun, India.

4. Bijih timah juga dibuat gendang gangsa, senjata, alat muzik.

5. Kaedah melombong dengan mendulang diusahakan oleh pembesar seperti Long Jaafar, dan Ngah Ibrahim

6. Kawasan lombong di sungai dan diusahakan oleh buruh tempatan.

7. Kedatangan British meminggirkan ekonomi orang melayu. Wujud ekonomi duaan (dwiekonomi) iaitu ekonomi
tradisional dan ekonomi dagangan. Pantai barat dan timur juga tidak seimbang ekonominya.

SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.


RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
8. Akhirnya British mengambil alih ekonomi dagangan dan membawa masuk buruh China.

c) Sistem pertanian komersial.

1. Pertanian komersial berasaskan kepaa eksport dan menjadi penyumbang utama kerajaan.

2. Contohnya pertanian komersial ialah ubi kayu, lada hitam, tebu.

3. Maharaja Abu Bakar telah menanam gambir dan lada hitam melalui sistem Kangchu.

4. Pemodal China dan Eropah menuasai pertanian komersial kerana mempunyai modal, teknologi, konsesi tanah
yang luas dan tempoh pajakan yang lama.

5. Pemodal British telah menguasai getah, pemodal China pulaa menguasai gambir dan lada hitam.

6. Pada masa ini, masyarakat Melayu menjalankan ekonomi sara diri.

d) Perkembangan perusahaan getah.

1. Getah digunakan ketika revolusi Industri dalam industri kereta, maka getah ditanam di Tanah Melayu.

2. pada mulanya, getah ditanam di halaman kediaman Residen Hugh Low, Perak sebagai tanaman hiasan.

3. H.N Ridly (Pengarah Botanical Garden Singapura) mempromosi tanaman getah dengan memberi benih percuma
kepada peladang.

4. Beliau juga menemui sistem menoreh ibidem (Cara tulang ikan hring) yang tidak merosakkan pokok.

5. Industri barangan pengguna yang memerlukan getah seperti kasut, tayar basikal dan alat elektrik.

6. Modal milik pelabur Eropah turut mengembangkan industri getah di Tanah Melayu, syarikat di London membawa
masuk modal melalui penubuhan syarikat perwakilan di Tanah Melayu seperti Guthrie, Sime Darby.

7. Dasar galakan British kepada pemodal asing seperti sewa tanah dan tariff cukai yang rendah kepada pengusaha
getah.

8. Kemajuan jalan raya dan kereta api telah menghubungkan kawasan pertanian dengan pelabuhan atau pusat
pentadbiran telah memudahkan pengusaha (golongan komprador).

9. British juga membawa masuk pekerja India Selatan bekerja di ladang getah dengan gaji yang murah.

e) Kejatuhan perusahaan getah.

1. Kemerosotan perusahaan getah berlaku ketika Zaman Kemelesetan Ekonomi Dunia (1929 1932).

2. Ini bermakna ekonomi Tanah Melayu telah mempengaruhi perkembangan ekonomi dunia.

3. Industri getah pulih semula pda tahun 1934 kerana pertambahan permintaan dan kawalan negara pengeluar.

4. Rancangan sekatan Stevenson diperkenalkan bagi menahan harga getah jatuh. Prinsip rancangan ini ialah
menghadkan pengeluaran getah oleh negara pengeluar agar harga naik.

f) Perkembangan industri perlombongan.

SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.


RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
1. galian Tanah Melayu contohnya bijih timah, emas, besi, arang batu, bauskit, antimoni.

2. Bijih timah dan emas ialah galian terawal diperdagangkan yang diusahakan secara kecil kecilan oleh orang
Melayu.

3. Bijih timah mendapat permintaan antarabangsa yang besaringga muncul pengusaha Eropah dan China mengambil
alih peranan pembesar melayu.

4. Kedatangan pengusaha China pada awalnya dipantau oleh pembesar Melayu. Mereka perlu mendapat kebenaran
melombong dan menjual semula hasil timah ini kepada pembesar Melayu. Harga timah ini juga ditentukan oleh
pembesar melayu.

5. Kedatangan pemodal Eropah telah menghentikan penguasaan pembesar Melayu ini.

6. Kedatangan pemodal ini berjaya menyaingi pengusaha China kerana mereka menguasai kapal korek yang
menghasilkan pengeluaran secara besar besaran. Mereka berintensifkan modal, orang China berintensifkan buruh.

7. Kerajaan penjajah british juga telah meluluskan enakmen dan undang undang yang mewujudkan penguasaan
pengusaha Eropah.

8. Terdapat juga pembesar melayu yang mengambil mudah mencari keuntungan dengan memajakkan lombong
mereka kepada saudagar China dari Negeri Negeri Selat kerana ketiadaan modal.

9. Tanah Melayu terus menjadi pengeluar utama bijih timah dunia sehingga Perang Dunia Kedua.

Kesan Ekonomi Moden

Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan kemunculan bandar-bandar baru

1 Perkembangan pesat ekonomi menyebabkan proses pembandaran

2 Pembandaran wujud kerana kawasan itu kaya dengan sumber semula jadi

3 Pembandaran wujud dikawasan pusat kegiatan ekonomi penjajah

4 Pekan yang berhampiran dengan kawasan perlombongan akan mengalami pertambahan penduduk

5 Pekan yang berhampiran dengan kawasan perlombongan berfungsi sebagai tempat pengumpulan hasil
lombong

6 Pekan yang berhampiran dengan perlombongan akan menjadi pusat untuk mendapatkan keperluan harian

7 Pekan menjadi bandar akibat perusahaan perlombongan

8 Bandar berfungsi sebagai pusat pentadbiran

9 Bandar menjadi pusat perbankan

9a Contoh Kuala Lumpur, Taiping, dan Seremban

10 Bandar baru juga muncul hasil perlombongan petroleum

10a Contoh bandar Miri di Sarawak

SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.


RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
11 Bandar baru muncul sebagai pusat perniagaan

12 Bandar muncul akibat kemajuan ekonomi seperti pertanian komersial

13 Bandar baru muncul akibat kedudukan yang strategik

13a Lokasi bandar membolehkan bandar berhubung dengan beberapa buah bandar dan kawasan lain

14 Bandar baru muncul sebagai pusat pengumpulan dan pengeksportan bahan mentah

14a Contoh bandar Kuching merupakan pusat pengumpulan dan pengeksportan gambir dan lada hitam

Bagaimanakah masyarakat berbilang kaum terbentuk di Tanah Melayu

1 Kekayaan sumber alam menarik minat imigran dari China dan India ke Tanah Melayu

2 Kemakmuran ekonomi menarik minat imigran China dan India ke Tanah Melayu

3 Kestabilan politik menarik minat imigran China dan India ke Tanah Melayu ketika zaman penjajah

4 Dasar penjajah British yang menggalakkan penghijrahan buruh asing

4a Buruh asing menampung keperluan sumber tenaga manusia di Tanah Melayu

5 Imigran Cina di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu bertambah dua kali ganda

6 Imigran Cina di Negeri Selat juga meningkat

6a Peningkatan ini menjelaskan pembentukkan masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu

7 Kewujudan masyarakat berbilang kaum berbeza-beza mengikut kaum

8 Kewujudan masyarakat berbilang kaum menyebabkan jenis pekerjaan rakyat berbeza-beza mengikut kaum

9 Orang Melayu bertani

10 Orang Melayu tinggal di kawasan luar bandar

11 Orang India menoreh getah

12 Orang India tinggal di estet

13 Orang Cina berniaga / bekerja di lombong

14 Orang Cina tinggal di kawasan bandar

15 Bahasa pertuturan berbeza antara satu sama lain

16 Tidak terdapat kesepaduan

17 Tidak terdapat interaksi antara kaum

SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.


RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
18 Keadaan ini menyulitkan proses perpaduan nasional

19 Keadaan ini menyukarkan usaha membentuk bangsa di Tanah Melayu selepas merdeka

Tingkatan 5
BAB 1

Definisi Imperialisme
Dasar sesebuah negarameluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentingan
tertentu.

Faktor-faktor Imperialisme
1. Keistimewaan Asia Tenggara
Kedudukan strategik kerana terletak antara China dan India.
Jaminan pasaran yang luas.
Tanah-tanih yang subur untuk pertanian.
Kaya dengan bahan mentah

2. Revolusi perindustrian.
Kepesatan perindustrian membolehkan pengeluaran hasil perkilangan secara besar-besaran.
Bekalan bahan mentah konsisten dan kawasan pasaran baru diperlukan.
Asia tenggara menjadi sasaran kerana bahan mentahnya.

3. Pengangkutan dan Perhubungan


Kapal wap membolehkan muatan banyak dan mempecepat perjalanan.
Pembukaan terusan Suez (1869) memendekkan jarak perjalanan.
Telegraf memudahkan perhubungan.

4. Persaingan kuasa-kuasa barat

Semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan yang diterima.


Keluasan tanah jajahan melambangkan kekuatan dan kekayaan

5. Alasan Orang Barat


British & Belanda- Beban orang Putih
Perancis- Tugas menyebarkan Tamadun
Mubaligh Kristian berpendapat mereka bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian kepada
penduduk di tanah Jajahan.

PERUBAHAN POLITIK DI INDONESIA


Belanda membahagikan pentadbiran kepada dua iaitu pentadbiran pusat dan pentadbiran tenpatan.
Pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral
Pentadbiran tempatan dikendalikan oleh pembesat tempatan dengan pengawasan pegawai Belanda.
Penubuhan Jabatan Pelajaran dan jabatan Pertanian.
Penubuhan Dewan Tempatan
Penubuhan Volskraad yg merupakan Majlis Rakyat.

PERUBAHAN POLITIK DI THAILAND


Raja Mongkut melantik 80 orang penasihat barat untuk mengetuai pelbagai jabatan.
Penasihat kewangan dan pelabuhan serta polis dari Britain.
Penasihat kastam dari Amerika Syarikat.
Penasihat ketenteraan dari Perancis
Raja Chulalongkorn memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, majlis Mesyuarat tertinggi dan kabinet
Menteri.
Majlis penasihat rendah dan majlis Mesyuarat Tertinggi menasihati raja.
Kabinet Menteri mengetuai kementerian.

SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.


RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
Juruaudit dari Britain

PERKEMBANGAN NASIONALISME DI FILIPINA

Tahap Pertama
Dipimpin Jose Rizal
Bersifar sederhana
Bergerk cergas dalam politik melalui gerakan dakyah semasa di Sepanyol
Berjuang melalui akhbar La Solidaridad & Novel Noli Me tangere & El Filibusterismo
Berjuang melalui liga Filipina pada tahun 1892.
Penyokong : golongan pertengahan yang berpendidikan barat.
Matlamat perjuangan :
Menuntut supaya Filipina dijadikan wilayah sepanyol.
Menuntut supaya bangsa Filipina diberikan hak yg sama seperti bangsa Sepanyol.
Menunntut supaya bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara.
Tuntutan mereka kurang mendapat tindak balas sepanyol.
Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina pd 1892.
Jose Rizal ditangkap dan dibuang negeri ke Dapitan Mindanao.
Jose Rizal akhirnya dihukum bunuh atas tuduhan terlibat dalam gerakan pemberontakan.

Tahap Kedua
Penentangan secara radikal
Pertubuhan Katipunan ditubuhkan oleh Andres Bonifacio
Matlamat katipunan
menyatukan bangsa Filipin
mencapai kemerdekaan melalui revolui
Media cetak iaitu akhbar Kalayan
Katipunan melancarkan revolusi bersenjata tetapi gagal.
Katipunan semakin lemh selepas Bonifacio dihukum mati oleh Emilio Aguinaldo.
Aguinaldo berjaya mengusir Sepanyol dengan bantuan Amerika Syarikat.
1899 Aguinaldo mengisytiharkan kemerdekaan Amerika Syarikat.
Tetapi tidak disahkan oleh Amerika Syarikat.
Aguinaldo meneruskan gerakan revolusi.
Aguinaldo ditangkap.
Kerajaan Amerika terpaksa membenarkan parti politik sederhana.
Parti nasional pimpinan Sergio Osmena menang dalam pilihanraya.
Sergio Osmena dilantik mengetuai Dewan Perhimpunan.
1930an nasionalis Filipina kembali menuntut kemerdekaan melalui perlembagaan setelah pucuk
pimpinan Amerika Syarikat bertukar kepda yang lebih liberal.

PERKEMBANGAN NASIONALISME DI IDONESIA

Tahap Pertama
Tumpuan isu pendidikan
Utk ubah nasib penduduk Indonesia
Raden Adjeng kartini berusaha memajukan pendidikan untuk kaum wanita
Karyanya : habis gelap terbitlah Terang & Penulisan Seorang Puteri Jawa telah mendedahkan
kemunduran rakyat Indonesia dan penindasan Belanda.
Pertubuhan penting : Muhammadiyah
Matlamat Muhammadiyah
Menyebar islam sebenar
Menghindari ancaman sekualrisme barat
Menghindari ancaman agama kristian
Membina sekolah, klinik & masjid

SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.


RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
Tahap Kedua
Perjuangan Parti politik radikal.
Sarekat Islam, Parti Komunis Indonesia (PNI).
Matlamat : menuntut kemerdekaan secara kekerasan.
PNI pimpinan Soekarno paling popular.
Perjuangan beliau dapat mempengaruhi rakyat.
Kerajaan belanda telah menangkap pemimpin radikal termasuk Soekarno.
PNI turut di haramkan.

PERKEMBANGAN NASIONALISME DI THAILAND

Tahap Pertama
Kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja.
Penentangan terhadap raja berkuasa mutlak.
Faktor: Pendidikan barat mendedahkan fahaman liberal, sistem demokrasi dan sistem raja
berperlembagaan kepada golongan intelek Thailand.
Kelemahan sistem pentadbiran dan sikap boros raja Vajiravudh menyebabkan rakyat tidak puas hati.
1932 Parti rakyat ditubuhkan oleh Nai Pridi Panomyong & Field marshall Phibul Songram
Parti rakyat melancarkan revolusi Thai.
Sistem raja berkuasa mutlak tamat
Diganti dengan sistem raja berperlembagaan.

Tahap Kedua
Rakyat tidak puas hati terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis barat dan orang Cina.
Semasa Phibul Songram menjadi Perdana Menteri, beliau meluluskan undang-undang untuk menyekat
kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang Cina.
Sekolah Cina dan akhbar Cina dibubarkan.
Penduduk peribumi digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi.
Jawatan tertinggi dalam kerajaan hanya untuk penganut agama Buddha.
1939 Phibul Songram menukar nama negara Siam kepada Thailand yang bermaksud Tanah Bebas.
Hasil daripada kerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua, Thailand berjaya mendapatkan
semula wilayah-wilayah di Indocina dan di Tanah Melayu

Bab 2
Huraikan sebab-sebab penentangan penduduk tempatan terhadap British?

1. Dasar Penaklukan British


Dasar penaklukan British terhadap daerah mereka spt di Naning, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan
Sabah.
Dasar penaklukan British bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politiknya.
Cth. apabila British mendapat Melaka daripada Belanda, Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British dan
membayar ufti.

2. Eksploitasi terhadap Ekonomi Tempatan.


Eksploitasi ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang dimetrai oleh mereka dengan pemimpin tempatan.
Menerusi perjanjian ini, saudagar dari Negeri-Negeri Selat dibenarkan menjalankan perdagangan dan
perlombongan bijih timah.

3. Pelaksanaan Pentadbiran Barat terhadap


masyarakat tempatan.
British telah memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan peraturan-peraturan tanah utk mendapatkan
hasil yang maksimum.
Peraturan-peraturan ini sangat bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan.

4. Campur Tangan British dalam Adat Resam


Tempatan.
SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.
RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
British memaksa mereka menerima nilai-nilai British yang amat bertentangan dengan budaya masyarakat
tempatan.
Cth. Di Perak, J.W.W. Birch campur tangan dalam adat resam masyarakat Melayu.

5. Pembesar Tempatan Kehilangan Kuasa dan


Pengaruh.
Pemimpin tempatan juga kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran terhadap kawasan dan anak buah mereka
apabila British menjajah.

6. Kesulitan Penduduk Tempatan.


Penentangan pemimpin tempatan mendapat sokongan anak buah mereka.
Mereka tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British yg menyulitkan kehidupan mereka.

PERJUANGAN NASIONALISME OLEH PERSATUAN-PERSATUAN MELAYU

1. Kesatuan Melayu Singapura (KMS)


Pengasas Mohammad Eunos Abdullah, Tengku Kadir Ali dan Embok Suloh.
Didokong oleh golongan berpendidikan Inggeris.
Tujuan menjaga kepentingan sosio ekonomi penduduk Melayu Singapura.
Mohammad Eunos Abdullah menjadi wakil KMS dalam pentadbiran British.
Kejayaan beliau termasuklah memperoleh sebuah kawasan penenpatan khas bagi org Melayu di Singapura.
Keberkesanan perjuangan KMS mendorong penubuhan cawangannya di Melaka, Pulau Pinang dan negeri
Melayu yg lain.

2. Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)


Dpimpin oleh cerdik pandai Pulau Pinang spt. S.M Zainal Abidin B.A.
Tujuan menggalakkan ahli-ahlinya berkenal-kenal dan bertukar-tukar pendapat bagi memajukan diri sendiri
dan bangsa.
Menggalakkan perpaduan dan persaudaraan di kalangan orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.

3. Persatuan Negeri
Ditubuhkan di negeri-negeri Melayu Bersekutu seperti di Perak (1937), Selangor (1938), Negeri Sembilan
(1938) dan Pahang (1938).
Objektif mengabungkan tenaga intelektual Melayu bagi membincangkan nasib orang Melayu dalam soal
ekonomi, pendidikan dan perkhidmatan kerajaan.
Menggalakkan perpaduan di kalangan orang Melayu.

4. Persatuan di Sarawak
Persatuan Melayu Miri (1936) dan Persatuan Melayu Sarawak (1939).
Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (1939). Diketuai oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah.
Tujuan mengeratkan perpaduan Melayu, menggalakkan pendidikan, menjaga budaya dan maruah bangsa serta
menegakkan ajaran agama Islam.

5. Persatuan di Sabah
Terdapat cawangan Persatuan Sahabat Pena di Jesselton ( Kota Kinabalu), Labuan dan Tawau.
Anggotanya terdiri daripada peniaga kecil, pegawai kerajaan dan guru sekolah Melayu.
6. Kesatuan Melayu Muda (KMM)
Ditubuhkan pada 1939.
Pemimpinnya Ibrahim Haji Yaakob merupakan wartawan akhbar Majlis di Kuala Lumpur.
Objektif menggalakkan perpaduan di kalangan pemuda Melayu dan meningkatkan tahap pendidikan orang
Melayu.
Tujuan penubuhan KMM sebenarnya lebih bersifat politik.

PERKEMBANGAN KMM

KMM bekerjasama dengan Jepun untuk menghalau British dari Tanah Melayu.
Menjadi propaganda Jepun dengan membeli Warta Malaya untuk dijadikan alat propaganda anti-British.
Mengelilingi Tanah Melayu untuk mencari sokongan.

SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.


RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
Maahad II Ihya Assyariff di Gunung Semanggol Perak menjadi penyokong KMM dengan menyediakan kader-
kader yg dikenali sebagai tentera semut untuk menentang British.
Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad dan lebih kurang 150 orang penyokong KMM ditangkap oleh
British pada 1941 dan mereka di penjarakan di Changi Singapura.

7. Kongres Melayu 1939 dan 1940.


Membincang kemunduran orang Melayu dalam Pendidikan dan layanan pilih kasih British terhadap anak
negeri.
Disokong oleh golongan intelek dan akhbar-akhbar Melayu.
Resolusi kongres mengambarkan perpaduan Melayu untuk mengatasi permasalahan sosio ekonomi dan politik
mereka yg lemah.
Akhirnya org Melayu dapat mengatasi perasaan kenegerian yg memisahkan mereka selama ini.

GERAKAN NASIONALISME SEMASA PENDUDUKAN JEPUN

Jepun menjalankan dasar pemerintahan ketenteraan.


Menyekat kebebasan bersuara penduduk Tanah Melayu.
Hanya memberi kebebasan kepada pertubuhan yg menyokongnya.

Dasar Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.


Mengharamkan penerbitan semua akhbar.
Menukar nama akhbar tempatan kepada nama Jepun. Cth Malai Shimbun untuk Utusan Melayu.
Semua Sekolah menggunakan bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar.
Nilai budaya Jepun diperkenalkan.

Pertubuhan-Pertubuhan yg Muncul semasa Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu

1. Barisan Pemuda di Perak


Ditubuhkan oleh Ahmad Boestamam
Menyatukan pemuda-pemuda Melayu
Mereka dilatih sebagai tentera sukarela Jepun.

2. Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA)


Ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) utk menentang Jepun.
Disokong oleh British dengan memberi bantuan senjata.
Pasukan Bintang Tiga juga ditubuhkan dengan ahlinya terdiri daripada org Melayu, Cina dan India.

3. Force 136
Terdiri daripada pegawai-pegawai tadbir Melayu yg bekerjasama dengan British.
Bergerak secara gerila di hutan dan aktif di Kedah, Johor dan Pahang.

4. Pasukan Wataniah Pahang


Pasukan sukarela menentang Jepun
Terdiri daripada guru, pegawai tadbir kerajaan dan org kampung.

5. Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS)


Ibrahim Yaakob meminta Jepun memberi kemerdekaan kepada Tanah melayu bersama-sama Indonesia.
Sesuai dgn matlamat asal KMM utk menubuhkan Melayu Raya atau Indonesia Raya.
KRIS ditubuhkan sebagai badan utk melaksanakan tugas tersebut. Kongres pemuda KRIS di Kuala Lumpur
diadakan bagi membincangkan kemerdekaan dengan Indonesia.
Indonesia mengisytiharkan kemerdekaan pada 17 Ogos 1945 tetapi kerana kekalahan Jepun yg mendadak
menyebabkan Presiden Soekarno telah mengisytiharkan kemerdekannya lebih awal pada 15 Ogos 1945.
Dengan itu kemerdekaan di bawah Indonesia dalam gagasan Melayu Raya atau Indonesia Raya telah gagal.

British kembali menguasai Tanah Melayu pada September 1945

SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.


RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK

Bab3
CIRI-CIRI NEGARA DAN BANGSA DALAM KESULTANAN MELAYU MELAKA

1. Wilayah Pengaruh
Wilayah - Kawasan tempat tinggal rakyat dan sempadannya yang diterima umum.
Wilayah Pengaruh kawasan yg rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan seorang raja.
Empayar Kesultanan Melayu Melaka meliputi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh Timur
Sumatera.

2. Kedaulatan
Kekuasaan tertinggi terhadap rakyat sesebuah wilayah dan kekuasaan ini tidak boleh dihadkan oleh mana-mana
pihak.
Kedaulatan juga merujuk kepada kekuasaan yg dimiliki untuk menggubal dan menguatkuasakan undang-
undang.
Kedaulatan memastikan sesebuah negara itu bebas daripada campur tangan, paksaan, taklukan atau penjajahan
kuasa asing.

3. Lambang-lambang
Lambang Negara Simbol atau tanda yg mempunyai ientiti sesebuah negara.
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan lambang penyatuan negara dan bangsa.
Sistem pemerintahan beraja, adat istiadat Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam merupakan warisan yang
dikekalkan sejak Kesultanan Melayu Melaka.
Kebesaran sultan dan Kesultanan Melayu Melaka juga dilambangkan dengan alat regalia, nobat, warna, bahasa,
undang-undang, protokol dan adat istiadat istana.

4. Keunggulan Undang-Undang
Undang-undang dicipta untuk memelihara keamanan dan melindungi rakyat.
Keunggulan undang-undang menentukan struktur kerajaan, kehakiman, bahasa, agama dan kerakyatan diterima
oleh masyarakat.
Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka terdapat dua sumber undang-undang bertulis iaitu Hukum Kanun
Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.
Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 fasal yg menyentuh bidang kuasa raja dan pembesar serta pantang
larang di kalangan masyarakat.
Hukum Kanun Melaka turut menyatakan hukuman terhadap kesalahan jenayah awam dan undang-undang
keluarga.
Undang-Undang Laut Melaka berkaitan tatacara pelayaran di laut seperti tanggungjawab pengawal kapal, atur
cara pelayaran, perniagaan, bidang kuasa nakhoda kapal dan hukuman bagi kesalahan jenayah.

5. Rakyat
Seluruh penduduk bagi sesebuah wilayah dan mereka ini terikat kepada undang-undang dan peraturan yang
dikuatkuasakan dalam wilayah tersebut.
Sebagai tanda ketaatan , rakyat sedia mempertahankan negara, menghadiri adat istiadat kerajaan, mengadakan
gotong royong dan kerahan tenaga.

6. Kerajaan
Badan yang diberikan kuasa untuk menguruskan pentadbiran, menjaga keamanan, mempertahankan kedaulatan
negara dan menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain.
Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, Raja atau Sultan merupakan pemerintah tertinggi yg dibantu oleh
Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana.

SISTEM JEMAAH MENTERI DI KELANTAN

1. Latar belakang
Sistem jemaah Menteri di Kelantan telah diamalkan sejak pemerintahan Sultan Muhammad 1 (1801-1836).
Sultan Muhammad II (1836-1886) membentuk Sistem Jemaah Menteri bagi melicinkan pentadbiran dan
pemerintahan kelantan.

SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.


RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
Sultan Muhammad II telah menyingkirkan kerabat diraja yang terlibat dalam pertikaian merebut kuasa dan
menggantikannya dengan golongan pembesar yang bergelar Nik dan Wan.

2. Struktur Sistem Jemaah menteri Kelantan.

Jemaah Penasihat Raja Menguruskan perkara dan urusan penting yang bukan rahsia.
Jemaah Menteri Istana Menguruskan istiadat diraja dan istiadat rasmi di seluruh negeri kelantan.
Jemaah Menteri Keadilan dan kehakiman Mengendalikan urusan penting tentang keadilan dan kehakiman.
Jemaah Menteri Dalam Negeri Menjaga keamanan Negeri.
Jemaah Menteri Luar Menguruskan dasar dan hal ehwal luar negeri.
Jemaah Menteri Perbendaharaan Mengendalikan harta benda dan hasil mahsul.
Jemaah Menteri Peperangan Menguruskan pertahanan dan keamanan negeri.
Jemaah Menteri Pentadbiran dan Pengimarahan Negeri Menguruskan kemajuan dan pembangunan negeri.

Bab4
SEBAB-SEBAB PENGENALAN MALAYAN UNION

1. Persediaan Membentuk Kerajaan Sendiri


British memperkenalkan Malayan Union sebagai persediaan kepada Tanah Melayu ke arah membentuk
pemerintahan sendiri.

2. Melahirkan Pentadbiran yg licin


British ingin mewujudkan pentadbiran yang licin.
Sistem pentadbitan sebelum ini banyak menimbulkan kesulitan kerana berlainan dari segi cara pentadbiran.

3. Menjimatkan kos pentadbiran


Pembahagian Tanah Melayu kepada 3 unit pemerintahan iaitu NNS, NNMB dan NNMTB telah menyulitkan
petadbiran.
Kepelbagaian sistem ini telah menelan kos yang besar.
Ia juga menyebabkan pembangunan ekonomi di setiap negeri tidak seimbang.

4. Membentuk Bangsa Malayan Union.


British berhasrat membentuk bangsa Malayan Union supaya golongan pendatang dapat melupakan negara asal
dan menumpukan taat setia kepada Malayan Union.
Justeru, British dapat memastikan sumber tenaga dan pelaburan untuk memajukan ekonomi Tanah Melayu tidak
terbantut.

5. Mengawal kuasa politik orang Melayu.


British berpendapat dengan mewujudkan Malayan Union ini dapat menjamin penguasaan yg berterusan
terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu.
Selain itu ia juga dapat mengurangkan kuasa politik orang Melayu.

CIRI-CIRI PERJANJIAN MALAYAN UNION

Penyatuan Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu an Negeri Selat.
Perlantikan seorang gabenor British oleh Ratu England yg akan mengetuai Malayan Union.
Pembentukan Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union.
Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas.
Kewarganegaraan sama rata dengan prinsip jus soli.
Raja-Raja Melayu menjadi menjadi ahli majlis Raja-Raja Melayu.
Raja-Raja hanya membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu.
Seorang Pesuruhjaya dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir.

REAKSI TERHADAP MALAYAN UNION

Sebab-Sebab Penentangan Malayan Union

SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.


RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
Orang Melayu membantah tindakan Sir Harold MacMichael yang mengugut Raja-Raja melayu.
Baginda akan diturunkan takhta sekiranya enggan menerima Malayan Union.
Cth. Ugutan terhadap Sultan Badlishah di Kedah.
Orang Melayu menentang penghakisan kuasa Raja-Raja melayu dalam Malayan Union.
Raja-Raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu tanpa sebarang kuasa.
Zakat fitrah dipungut di bawah nama Gabenor Malayan Union.
Bertentangan dengan kedudukan Sultan yang merupakan ketua agama Islam.
Orang Melayu bimbang agama Islam akan tercabar.
Pemberian kerakyatan yg longgar kepada orang dagang ditolak oleh orang Melayu.
Dasar terbuka British mengancam status quo orang Melayu sebagai peribumi.
Orang Melayu bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang telah dibina oleh kerajaan Melayu seperti
Kesultanan Melayu Melaka.
Pengenalan Malayan Union akan menghapuskan sejarah yang telah terbina sejak sekian lama.

GOLONGAN YANG MENYOKONG MALAYAN UNION

1. Orang Dagang dan Golongan Melayu


Radikal

Golongan ini bersetuju dengan dasar menyatukan Negeri-negeri Melayu menjadi sebuah unit politik untuk
melicinkan pentadbiran.
Mereka menyokong dasar sama rata Malayan Union yang menghapuskan hak-hak perlindungan kepada org
Melayu.
Kerakyatan Malayan Union yang terbuka juga disokong kerana mereka boleh mengekalkan kerakyatan asal
masing-masing.
Mereka juga mempercayai janji British yang akan memeberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

1. Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

Pemerintahannya bersifat barat serta menghapuskan sistem feudal Melayu dan tidak mengiktiraf kuasa raja dan
pembesar Melayu di sokong oleh mereka.
Mereka menginginkan konsep republik seperti di Indonesia dapat dijalankan dan seterusnya konsep Melayu
Raya dapat dilaksanakan.

1. Angkatan Pemuda Insaf (API)

Pimpinan Ahmad Boestamam


Nama sebenarnya ialah Abdullah Sani
Menjadi wartawan
Ditahan di bawah Akta Darurat 1948-1955

1. Angkatan Wanita Sedar ( AWAS )

1. Barisan Tani Malaya (BATAS )

CARA-CARA PENENTANGAN ORANG MELAYU TERHADAP MALAYAN UNION.

Bantahan melalui akhbar-akgbar Melayu seperti Utusan Melayu, Majlis dan Warta.
Mengadakan demonstrasi secara aman semasa Sir Harold MacMichael mendapatkan tandatangan Raja-raja
Melayu.
Bantahan ini berlaku di Kota Bharu, Kelantan dan Alor Setar, Kedah.
Persatuan-persatuan Melayu dihidupkan untuk menentang Malayan Union.
Mereka menghantar telegram dan surat bantahan ke pejabat Tanah Jajahan di London.
23 Januari 1946, Dato Onn Jaafar menyeru orang Melayu berkongres dan menubuhkan United Malays
Organization ( U.M.O ).
Kongres Melayu 1946 diadakan pada 1 - 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru Kuala Lumpur.
Kongres ini dihadiri oleh 41 buah persatuan diseluruh Tanah Melayu.
SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.
RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
Kongres ini setuju menubuhkan United Malays National Organization (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Bersatu.
Kongres Melayu Kedua diadakan dari 30-31 Mac 1946. Tujuannya untuk membantah perisytiharan Malayan
Union pada 1 April 1946.
Orang Melayu mengadakan rapat umum disetiap bandar besar untuk menunjukkan bantahan mereka kepada
ahli-ahli parlimen British iaitu L.D Gammans dan David Reese William.
Raja-raja Melayu berkumpul di Kuala Kangsar pada 28 April 1946 untuk menyatakan bantahan mereka kepada
ahli-ahli parlimen tersebut.

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU.

1. Perpaduan dalam kalangan orang Melayu


daripada semua golongan.

Perpaduan golongan raja dan rakyat telah dapat mengatasi pihak lain yang menyokong Malayan Union.

2. Sokongan bekas pegawai-pegawai British

Antara mereka termasuklah Sir Frank Sweetwnham, Sir R.O Winstedt, Sir George Maxwell dan Sir Cecil
Clementi.
Mereka menolak dasar menakluk Tanah Melayu.

3. Sokongan pegawai-pegawai Tinggi British.

Antaranya termasuklah sokongan daripada Sir Malcolm MacDonald, Sir Edward Gent, dan L.D Gammans.

4. Sikap politik orang Melayu yang sederhana

Orang Melayu hanya menulis dalam akhbar, demonstrasi, berkongres dan memujuk Raja-raja Melayu untuk
menyokong penentangan terhadap British.
Mereka tidak menggunakan kekerasan seperti Parti Komunis Malaya (PKM) dengan mengangkat senjata.

5. UMNO tidak menuntut kemerdekaan

Britis memilih UMNO dan raja-raja Melayu kerana kedua-duanya hanya menuntut rundingan untuk menolak
Malayan Union.
Faktor inilah yang menyebabkan British menerima pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.

6. Ketegasan Orang Melayu membantah Malayan


Union

Pemimpin Melayu seperti Dato Onn Jaafar telah membantah dengan tegas pelaksanaan Malayan Union,
Beliau pernah menjadi Pegawai Tadbir Johor, wartawan, Presiden UMNO, Menteri Besar Johor, Ahli Dalam
Negeri dan Ahli Parlimen Parti Negara.

7. Gesaan Piagam Atlantik 1945


Pertubuhab Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengeluarkan Piagam Atlantik 1945.
PBB tidak menggalakkan penjajahan baru sebaliknya meminta negara-negara kolonial memberikan latihan
berkerajaan kepada penduduk tempatan.

CIRI-CIRI UTAMA PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan 11 buah negeri.


Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British
Konsep Raja Berperlembagaan diwujudkan
Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri dibentuk.
Pesuruhjaya Tinggi British menjaga kedudukan istimewa orang Melayu.

SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.


RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU JUGA MENJELASKAN PERKARA-PERKARA
BERIKUT.

Syarat kerakyatan diperketatkan.


Prinsip kerakyatan jus soli adalah untuk Rakyat Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu.
Rakyat British bagi Negeri-Negeri Selat
( Melaka dan Pulau Pinang ).
British mengiktiraf semula ketuanan Melayu sebagai asas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.
Institusi Raja Melayu dikekalkan dengan bidang kuasa dan kedudukannya yang jelas dalam pentabiran.

Bab5
SISTEM AHLI

Sistem Ahli sistem yang melatih penduduk tempatan dan kaum lain menerajui pentadbiran Tanah Melayu.

CIRI-CIRI SISTEM AHLI

Satu sistem kabinet bayangan yang terdiri daripada beberapa orang pegawai tadbir dan tokoh masyarakat untuk
memegang jawatan yang dibentuk.
Anggota sistem ahli dikenali sebagai ahli. Contohnya Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri.
Perlantikan ahli dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu.
Ahlinya terdiri daripada 9 orang.
5 orang penduduk Tanah Melayu 3 Melayu, 1 Cina dan 1 India.
4 orang pegawai Inggeris.
Ahli ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British.

PAKATAN MURNI

Pakatan Murni Usaha semua kaum di Tanah Melayu menghasilkan satu kerjasama dan tolak ansur politik
melalui rundingan.
Setiap kaum mempunyai tuntutan dan masalah yang tersendiri. Pakatan Murni merupakan jalan penyelesaian
untuk menyatupadukan pelbagai kaum.

BEBERAPA USAHA PAKATAN MURNI SEBELUM PERIKATAN

1. Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara kaum


@ Communities Liaison Committee (CLC) pd
Januari 1949.

Mulanya dianggotai oleh org Melayu dan Cina.


Pd Ogos 1949 CLC dianggotai 6 pemimpin Melayu, 6 pemimpin Cina dan seorang wakil daripada kaum India,
Sri Lanka, Serani dan Eropah.

Hasil Perundingan UMNO-CLC beberapa perkara telah dipersetujui.

Penubuhan lembaga Pembangunan Industri Desa @ Rural Inductrial Development Authority (RIDA). Tujuan
memajukan ekonomi dan pendidikan masyarakat luar bandar terutama kaum Melayu.
Kerakyatan Negeri 1951. Kerakyatan ini diberi kepada imigran yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu.
Syaratnya ibu atau bapanya telah menjadi rakyat Tanah Melayu.
Pilihanraya. Akan diadakan pd masa yang sesuai diperingkat perbandaran, negeri dan Majlis Perundangan
Persekutuan (MPP).

1. Pembukaan keahlian UMNO kepada bukan Melayu.

Dicadangkan oleh Dato Onn pd 1951.


Cadangan beliau dikecam hebat.

SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.


RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
Masyarakat Melayu enggan berkompromi untuk mengubah struktur UMNO.
Beliau kemudiannya telah meninggalkan UMNO.

1. Penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya @ Independent Malaya Party (IMP).

Ditubuhkan oleh Dato Onn Jaafar menggunakan konsep kerjasama kaum dlm sebuah parti.
IMP terbuka kepada semua kaum.
Namun IMP gagal mendapat sambutan org Cina, India dan kaum lain.
Kaum2 ini tidak merasakan bahawa mereka adalah sebagai satu bangsa Tanah Melayu.

1. Penubuhan Persidangan Kebangsaan


Ditubuhkan pada Februari 1953 oleh Sir Malcolm MacDonald
Tujuan mencapai kerjasama politik bagi mengurangkan perasaan perkauman di kalangan penduduk
Persekutuan Tanah Melayu.

1. Konvensyen Kebangsaan
Dianjurkan oleh UMNO dan MCA
Turut disertai pelbagai parti dan persatuan politik yang lain.
Kerjasama ini telah mengasaskan pembentukan Parti Perikatan.

SURUHANJAYA REID

1. Dibentuk pada Mac 1956 bagi membincangkan dan menyusun perlembagaan persekutuan.

1. Anggota Suruhanjaya Reid


Lord Reid (Hakim British)
Sir Ivor Jennings
Sir William McKell
Tuan B. Malik
Tuan Abd. Hamid

1. Beberapa isu menjai panduan suruhanjaya ini alam merangka perlembagaan.

Kerajaan Persekutuan yang kuat


Pemberian kuasa autonomi kepada negeri dalam bidang tertentu.
Kedudukan Raja-raja Melayu.
Hak istimewa orang Melayu.
Pewujuan satu bangsa persekutuan.

PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957.

Antara isi pentingnya termasuklah:

Pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan.


Pemisahan antara kuasa negeri melalui Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri.
Institusi Raja dijadikan Raja Berperlembagaan.
Tiga jenis kerakyatan diwujudkan iaitu secara Kuat Kuasa Undang-undang, Permohonan dan Naturalisasi.
Prinsip jus soli diterima.
Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan.
Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
Tanah Simpanan Melayu dikekalkan.
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
Yang Di-pertuan Agong menjadi ketua negara.
Pentadbiran negara bersifat demokrasi berparlimen iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara terletak di bawah
kuasa Parlimen.
Pada peringkat negeri, Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran dan beliau dibantu oleh Dewan Undangan
Negeri.
SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.
RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
KEPENTINGAN PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957.

Membolehkan kerajaan demokrasi dengan konsep Raja Berperlembagaan dibentuk.


Pemimpin Melayu dan bukan Melayu menyedari pakatan ini dapat mewujudkan perpaduan antara kaum.
Keharmonian kaum dapat dicapai tanpa pertumpahan arah.
Memberi hak mutlak kepada penduduk tempatan untuk mentadbir sesebuah negara berdaulat mengikut acuan
sendiri.
Setiap kaum berusaha untuk melahirkan identiti masyarakat yang merdeka.
Perbezaan warna kulit, agama, bahasa dan bangsa diketepikan.

Bab 6
LANGKAH-LANGKAH KE ARAH PEMBENTUKAN MALAYSIA

(a) Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK)


JPPK ditubuhkan di Singapura dan dipengerusikan oleh Donald Stephens.
Ahli JPPK Tunku Ab Rahman, Ong Yoke Lin, Khir Johari ( dari Persekutuan Tanah Melayu) Lee Kuan Yew
( Singapura) dan Tun Datu Mustapa Datu harun ( Sabah).
Peranan JPPK menerangkan kepada rakyat gagasan Malaysia. Mengumpulkan pandangan penduduk dan
menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia.
Dalam mesyuarat di Singapura JPPK sepakat mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold.
Memorandum ini mengandungi perkara berkaitan pandangan dan pendapat Sarawak dan Sabah untuk
dimasukkan ke dalam perlembagaan yang baru.

(b) Suruhanjaya Cobbold


Keanggotaan 3 org pegawai British iaitu Lord Cobbold, Sir Anthony Abbel dan Sir David Watherston.
Rakyat tempatan Dato Wong Pow Nee dan Tan Sri Ghazali Shafie.
Tujuan :-
meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia.
Membuat penilaian dan cadangan kepada British.
Menerima memorandum yang dikemukakan oleh pertubuhan.

Laporan Suruhanjaya Cobbold:-


1/3 penduduk Sarawak dan Sabah menyokong gagasan Malaysia tanpa syarat.
1/3 menyokong dgn syarat iaitu kepentingan mereka harus dilindungi.
1/3 ingin kemerdekaan sebelum menyertai malaysia.

Antara cadangan Suruhanjaya ini.


perlembagaan Malaysia yang baru berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
Sarawak dan Sabah diberikan kuasa menentukan dasar imigresennya.
Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan.
Jaminan terhadap hak dan kedudukan bumiputera Sarawak dan Sabah.
Pemberian nama Malaysia kepada negara baru yang dibentuk.
Penentuan tarikh penubuhan Malaysia.

(c) JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN


(JAK)
Dipengerusikan oleh Lord Landsdowne, dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak.
Kedua-duanya mengunjungi Sabah dan Sarawak bagi menerangkan penubuhan Malaysia.
JAK bemesyuarat 24 kali bagi mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah ke dalam Malaysia.
Membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah.

(d) MAPHILINDO
Bagi mengurangkan ketegangan, perjumpaan tiga pihak melibatkan Malaysia, Indonesia dan Filipina telah
diadakan.

SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.


RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
Perbincangan antara Tunku Abdul Rahman, Presiden Soekarno dan Presiden Macapagal diadakan di Manila
dari 30 Julai hingga 5 Ogos 1963.
Hasil rundingan ini MAPHILINDO ditubuhkan.
Bersetuju mencari jalan penyelesaian melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

INTI PATI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

Semua urusan hal ehwal luar adalah tanggungjawab kerajaan Persekutuan.


Agama Islam adalah agama Persekutuan kecuali Sarawak dan Sabah tetapi agama lain bebas diamalkan.
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi Bahasa Inggeris dan bahasa lain masih boleh digunakan.
Bagi Sarwak dan Sabah, bahasa rasmi ialah bahasa Inggeris sehingga 10 tahun selepas Hari Malaysia.
Sarawak dan Sabah diberikan kuasa mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan awam.
Sarawak memperoleh 24 kerusi, Sabah 16 kerusi dan Singapura 15 kerusi bagi kawasan parlimen.
Bumiputera Sabah dan Sarawak mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu.

Bab7

Gambar di atas menunjukkan Jata Negara yang menjadi kebanggaan negara kita.

Namakan tiga buah negeri yang dikaitkan dengan lima bilah keris

1 Perlis

2 Kedah

3 Kelantan

4 Terengganu

5 Johor

Berikan maksud untuk lambang-lambang jata negara berikut.

1 Bunga raya - Bunga kebangsaan

2 Bulan sabit - Agama Islam agama rasmi

3 Harimau - Keberanian

Apakah yang dimaksudkan dengan cogan kata pada perisai Bersekutu Bertambah Mutu

1 Semangat permuafakatan akan mengeratkan perpaduan

SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.


RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
Pada pendapat anda apakah kepentingan Jata Negara kepada kita ?

1Supaya rakyat sentiasa bersemangat

2 Bersatu padu

3 Sanggup berkorban

4 Kecintaan terhadap tanah air

5 Mempertahankan kedaulatan negara

KUASA PEMERINTAHAN
1. Malaysia ialah salah sebuah negara demokrasi berparlimen yang mengamalkan konsep pengasingan kuasa.
2. Menurut konsep ini, kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga cabang, iaitu badan perundangan, badan
pelaksana clan badan kehakiman. Ketiga-tiga badan ini harus dipegang oleh pihak yang berasingan untuk
mengelakkan pembolotan kuasa.

Badan Perundangan (Legislatif)


1. Perundangan merujuk pada undang-undang yang digubal oleh badan perundangan yang
dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan.
2. Fungsi badan perundangan adalah menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat.
3. Parlimen ialah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di negara kita.
4. Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
5. Dewan Negara atau Senat merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara kita.
6. Dewan Negara mengandungi 69 orang ahli. Ahli Dewan Negara yang digelar Senator ini mewakili setiap negeri
dan mereka dilantik tanpa melalui pertandingan dalam pilihan raya.
7. Seseorang Senator memegang jawatan bagi tempoh tiga tahun. Senator mestilah berumur sekurang-kurangnya 30
tahun. Taraf Senator sama dengan Ahli Parlimen. Mereka boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri.
8. Keahlian Dewan Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Ahlinya terdiri daripada individu yang telah
memberikan sumbangan cemerlang dalam perkhidmatan awam, bidang profesional, atau bidang tertentu seperti
perniagaan, perusahaan, pertanian, kesenian dan kebajikan, atau yang mewakili sesuatukumpulan minoriti seperti
Orang Asli.
9. Dewan Rakyat merupakan dewan terpenting kerana ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum.
10.Dewan Rakyat mengandungi 219 orang ahli yang mewakili semua kawasan pilihan raya di seluruh negara.
11. Tempoh jawatan bagi anggota ahli Dewan Rakyat ialah lima tahun.
12. Tugas utama Dewan Rakyat adalah menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat.
13. Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dinamai Akta dan undang-undang yang dibuat oleh Dewan
Undangan Negeri dinamai Enakmen kecuali di Sarawak dan Sabah dinamai Ordinan. 5
Proses Meluluskan Undang-undang di Parlimen

Badan Pelaksana (Eksekutif)


1. Jemaah Menteri atau Kabinet merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan.
2. Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi negara. TugasJemaah Menteri atau Kabinet adalah menggubal dasar-
dasar kerajaan dalam semua perkara.
3. Perdana Menteri merupakan Ketua Jemaah Menteri.
4. Biasanya, Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri juga mengetuai sesebuah atau beberapa kementerian.
5. Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan, merancang serta menyelaras program
pembangunan ekonomi dan sosial di negara kita.
6. Pada masa ini, terdapat 26 buah kementerian yang bertanggungjawab dalam semua perkara.

SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.


RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
7. Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan
Setiausaha Politik.
8. Seseorang Menteri yang tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenali sebagai Menteri Tak
Berportfolio. Beliau akan diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri.
9. Perkhidmatan awam di Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara. Beliau bertanggungjawab mengawasi
perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan.
10. Pada peringkat kementerian, pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian. Beliau dibantu oleh
kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai kumpulan pegawai perkhidmatan awam.
11. Semua kakitangan awam bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan oleh kerajaan.
12. Jabatan kerajaan pula diketuai oleh KetuaJabatan yang dikenali dengan gelaran Ketua Pengarah.
13. Sesebuah kementerian biasanya mempunyai jabatan pada peringkat pusat, negeri dan daerah.
14. Terdapat juga badan-badan kerajaan yang dikenali sebagai badan berkanun. Badan berkanun merupakan badan
separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi tertentu.
15. Badan berkanun mempunyai peruntukan kewangan tersendiri.
16. Badan ini ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada Menteri yang berkenaan.
17. Badan berkanun ini mempunyai pelbagai tugas dan tanggungjawab yang besar untuk mempercepat pentadbiran
dan program pembangunan di bawah rancangan lima tahun kerajaan.Beberapa contoh Badan Berkanun,Lembaga
Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (F RIM)
18. Beberapa suruhanjaya telah ditubuhkan di negara kita untuk mengendalikan urusan pelantikan, kenaikan pangkat
dan pemantauan disiplin kakitangan perkhidmatan awam.
19. Antaranya termasuklah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan,Suruhanjaya
Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman, Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera.

Badan Kehakiman (Judisiari)


1. Badan Kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah.
2. Perkara sivil berkaitan dengan saman biasanya memerlukan afidavit.
3. Perkara jenayah pula melibatkan kanun keseksaan.
4. Badan Kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan pihak
badan pelaksana.
5. Badan kehakiman juga berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.
6. Sistem mahkamah telah diwujudkan oleh Perlembagaan Malaysia untuk melaksanakan tugas kehakiman di negara
ini.
7. Mahkamah mempunyai kuasa mentafsirkan perlembagaan negara, mentafsirkan undang-undang, mengisytiharkan
undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan mempunyai kuasa mengisytiharkan sesuatu
tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang.
8. Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana perkara itu merupakan kuasa badan perundangan atau
Parlimen.
9. Sistem mahkamah di Malaysia disusun mengikut hierarki piramid. Melalui sistem ini individu atau kumpulan
yang tidak berpuas hati dengan keputusan perjalanan mahkamah boleh membuat rayuan ke mahkamah yang lebih
tinggi.
10. Semua hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri.
11. Urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan pelucutan jawatan terletak di bawah kuasa Duli Yang Mulia Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Seseorang hakim tidak boleh dipecat dengan sewenang-wenangnya tanpa
sebarang sebab yang munasabah.
12. Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik. Tujuannya supaya hakim dilindungi daripada
pengaruh politik untuk menjamin keadilan dan kesaksamaan undang-undang.
13. Penasihat undang-undang kerajaan ialah Peguam Negara. Peguam Negara akan menjadi Pendakwa Raya atau
Peguam Bela bagi kerajaan. Peguam Negara dibantu oleh Pegawai Perkhidmatan Undang-Undang dan Kehakiman.

PILIHAN RAYA
SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.
RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
1. Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau
persekutuan.
2. Pemilihan ini dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur.
3. Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan. Calon yang mendapat undi terbanyak dikira
menang.
4. Sistem ini dikenali dengan sistem majoriti mudah. Pilihan raya merupakan ciri penting sistem demokrasi
berparlimen di Malaysia.
5. Pilihan raya di Malaysia dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
6. Keanggotaannya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja Melayu. 7.
Suruhanjaya Pilihan Raya ditubuhkan untuk menjamin pilihan raya yang adil dan bebas tanpa tekanan parti
pemerintah atau pembangkang.
8. Tiga fungsi utama SPR adalah menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya, menjalankan pendaftaran
pemilih dan mengendalikan pilihan raya soma ada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil.
9. Pilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri secara serentak
di seluruh Semenanjung Malaysia.
10. Di Sarawak dan Sabah pula pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri diadakan
secara berasingan.
11. Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi di mana-mana kawasan Parlimen atau Dewan
Undangan Negeri. Kekosongan itu berlaku mungkin disebabkan hal-hal tertentu seperti kematian, peletakan jawatan
dan perlucutan jawatan.
12. Pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagiSarawak
dan Sabah selepas kekosongan itu.
13. Warganegara Malaysia bebas memilih dan menganggotai mana-mana parti politik yang mereka gemari.
14. Mereka boleh menjadi calon dan bebas untuk bertanding dalam pilihan raya.
15. Seseorang yang ingin menjadi calon dalam pilihan raya mestilah warganegara Malaysia, berumur 21 tahun,
bermastautin di Malaysia, sempurna akal, bukan orang yang muflis, tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan
awam dan tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh mahkamah.
16. Seseorang warganegara akan hilang kelayakannya sebagai ahli Parlimen atau ahli Dewan Undanga Negeri jika
dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan atau didenda tidak kurang daripada RM2000 dan belum mendapat
pengampunan.
17. Calon-calon dalam sesuatu pilihan raya boleh bertanding atas nama parti atau atas nama individu sebagai calon
bebas.
18. Mereka harus mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon.
19. Seseorang pengundi yang berkelayakan boleh mengundi jika namanya didaftarkan dalam Senarai Daftar
Pemilih.
20. Menurut perkara 119 Perlembagaan Malaysia, seseorang warganegara yang berumur 21 tahun, bermastautin atau
tidak bermastautin, tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri boleh
mengundi dalam pilihan raya tersebut.
21. Seseorang pengundi hanya boleh mengundi dalam sebuah kawasan pilihan raya sahaja.
22. Perlembagaan membenarkan anggota pasukan keselamatan, pelajar di luar negara dan pegawai kerajaan yang
bertugas di luar negara mengundi melalui pos dengan syarat nama mereka terdaftar sebagai pengundi.
23. Di negara kita, sebelum proses pengundian dijalankan, sama ada dalam pilihan raya umum atau pilihan raya
kecil, calon daripada pelbagai parti yang bertanding dibenarkan berkempen.
24. Tempoh berkempen adalah antara tujuh hingga lima belas hari sahaja.
25. SPR telah menubuhkan urus setia yang diketuai oleh seorang setiausaha yang berperanan sebagai Ketua
Eksekutif dan Ketua Pentadbir urus setia.
26. Mereka dibantu oleh sekumpulan kakitangan awam. Urus setia SPR diwajibkan mengikuti garis panduan dan
dasar SPR. Tujuannya untuk memastikan pilihan raya dijalankan dengan efektif dan adil.
27. Pilihan raya penting kepada semua warganegara dalam sistem pemerintahan demokrasi. Setiap warganegara
perlu bertanggungjawab mengambil tahu perkembangan politik semasa. Mereka harus melibatkan diri dalam proses

SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.


RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
memilih pemimpin negara serta menentukan bentuk kerajaan dan corak pemerintahan demokrasi melalui pilihan
raya.

Bab 8
Pembangunan Ekonomi
Rancangan Malaysia Keempat
1. Rancangan Malaysia Keempat juga seperti Rancangan Malaysia Ketiga yang mendukung
aspirasi DEB.
2. Namun begitu, Rancangan Malaysia Keempat dilancarkan semasa dunia mengalami
kelembapan ekonomi.
3. Rancangan Malaysia Keempat tetap meneruskan program pembangunan ekonomi dalam
Rancangan Malaysia Ketiga.
4. Rancangan Malaysia Keempat mula memberikan tumpuan kepada perkembangan perusahaan berat yang
berasaskan pelaburan modal dan penggunaan teknologi tinggi serta keperluan tenaga pekerja mahir.
5. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah menubuhkan Perbadanan Industri Berat Malaysia
(HICOM) pada akhir tahun 1980.
6. Penubuhan HICOM adalah untuk mengenal pasti, memulakan dan menguruskan projek
industri berat dengan cekap seperti yang dikendalikan oleh sektor swasta.
7. Bagi menggiatkan perindustrian dan menggalakkan pelaburan modal asing, perusahaan baru telah dibuka seperti
di Skudai (Johor), di Senawang (Negeri Sembilan), di Bintulu (Sarawak)serta di Menggatal dan Likas (Sabah).
8. Di samping itu, zon perdagangan bebas telah diperkenalkan di Bayan Lepas (Pulau Pinang)
dan di Sungai Way (Selangor).
9. Bagi memastikan keberkesanan projek perindustrian, dua program telah dilancarkan pada
tahun 1983, iaitu Kajian Dasar Perindustrian Malaysia dan Pelan Induk Perindustrian.
10. Kelemahan dalam struktur perindustrian negara dikenal pasti oleh Kajian Dasar Perindustrian Malaysia.
11. Pelan Induk Perindustrian pula menyediakan hala tuju pembangunan industri dan strategi
pelaksanaannya.
12. Pengenalan Dasar Penswastaan dan Dasar Pensyarikatan Malaysia merupakan
perkembangan baru dalam Rancangan Malaysia Keempat kerana melibatkan sektor swasta
dalam menjana pembangunan ekonomi negara.
13. Penglibatan sektor swasta dapat mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung oleh
kerajaan.
14. Bagi mengimbangi pemilikan harta dan saham perindustrian antara kaum bumiputera dengan kaum bukan
bumiputera, Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah ditubuhkan dan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) telah
dilancarkan pada tahun 1981.
15. Sektor pertanian turut diberikan perhatian dalam Rancangan Malaysia Keempat menerusi
Dasar Pertanian Negara (DPN).
16. Dasar ini yang dibentuk pada tahun 1984 bermatlamat untuk memodenkan dan menggiatkan semula sektor
pertanian secara bersepadu dengan menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan sokongan.
17. Secara keseluruhannya, Rancangan Malaysia Keempat mencatatkan perkembangan
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar 5.8 peratus setahun.
18. Pendapatan per kapita pula telah meningkat pada kadar 4.4 peratus setahun menjadi
RM4000 juta pada tahun 1985.
Rancangan Malaysia Kelima
1. Rancangan Malaysia Kelima merupakan rancangan lima tahun ekonomi yang terakhir untuk
merealisasikan aspirasi DEB yang genap 20 tahun pada tahun 1990.
2. Penekanan utama Rancangan Malaysia Kelima adalah untuk meningkatkan sektor
perindustrian dengan melonggarkan peraturan mengawal hak milik syarikat dan pelesenan
dalam sektor swasta.
3. Selain itu, syarat pelaburan modal asing dilonggarkan untuk meningkatkan pelaburan sektor
perindustrian berorientasikan eksport.
SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.
RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
4. Pada masa yang sama, kerajaan berusaha meningkatkan kecekapan pengurusan agensinya
agar dapat bekerjasama dengan sektor swasta dengan lebih berkesan.
5. Pembangunan kawasan luar bandar terus diberikan perhatian.
6. Penggunaan tanah dengan lebih cekap dititikberatkan supaya dapat menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi negara.
8. Industri desa yang berpotensi seperti kraf tangan digalakkan.
9. Untuk kemudahan tersebut, kredit dan insentif telah diperluas, misalnya, melalui Bank
Pertanian Malaysia, Skim Pinjaman Khas Pertanian dan Amanah Ikhtiar Malaysia.
10. Sektor pelancongan menjadi perusahaan penting dalam tempoh Rancangan Malaysia
Kelima.
11. Penubuhan Perbadanan Pelancongan Malaysia merancakkan lagi industri pelancongan
terutama dengan pelancaran Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990.
12. Satu lagi penekanan Rancangan Malaysia Kelima adalah dalam bidang penyelidikan dan
pembangunan.
13. Bidang ini dimajukan untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan guna tenaga tempatan untuk meningkatkan
produktiviti negara.
14. Pada keseluruhannya, walaupun Rancangan Pembangunan Lima Tahun ini telah
menunjukkan kemajuan terutamanya pada tahap pertama tetapi perasaan tidak puas hati
antara kaum masih timbul sehingga berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969.
15. Namun pada tahap kedua, pelaksanaan DEB berjaya merapatkan jurang antara kaum serta
wilayah.
16. Kadar kemiskinan menurun manakala dalam KDNK, pendapatan per kapita dan hak milik
modal saham kaum bumiputera meningkat.
17. Walaupun begitu, peningkatan hak milik modal saham bumiputera hanya setakat 20.3%
sedangkan sasaran yang ditetapkan 30%.
18. Sebaliknya, hak milik modal saham kaum bukan bumiputera meningkat kepada 46.2%
melebihi sasaran 40% yang ditetapkan.
19. Ini bermakna DEB memberikan manfaat kepada semua kaum.
20. Peningkatan hak milik modal saham kedua-dua golongan ini sekurang-kurangnya berjaya
mengurangkan hak milik modal saham orang asing kepada 33.5%.

RUKUN NEGARA
1. Gagasan pembentukan Rukun Negara merupakan kesan daripada Peristiwa 13 Mei 1969.
Peristiwa rusuhan kaum yang berlaku itu telah mengancam ketenteraman, keamanan, dan
keselamatan negara.
2. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang dipertanggungjawabkan mengambil alih
pentadbiran negara telah menubuhkan Majlis Perundingar Negara (MPN) untuk
membincangkan dan menilai isu perpaduan negara. MPN menekankan pembentukan ideologi
negara yang dikenal sebagai Rukun Negara dan diisytiharkan pada 31 Ogos 1970.
MAGERAN
Ditubuhkan selepas Peristiwa 13 Mei 1969.
Antara peranannya termasuklah mengembalikan keamanan,
melicinkan pentadbiran dan mengembalikan keharmonian kaum.
Pentadbiran MAGERAN berjalan selama 21 bulan.
3. Matlamat Rukun Negara adalah untuk mengukuhkan perpaduan, memelihara corak hidup
demokratik, mencipta sebuah masyarakat yang adil, menjamin sikap liberal terhadap tradisi
kebudayaan yang pelbagai dan membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains
dan teknologi.
4. Prinsip-prinsip Rukun Negara adalah seperti berikut:
6. Prinsip pertama menunjukkan bahawa agama merupakan pegangan paling utama rakyat
Malaysia. Rakyat yang beragama mudah diurus menjadi warganegara yang balk dan
SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.
RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
bertanggungjawab. Perlembagaan Malaysia 1963 menetapkan bahawa Islam ialah agama
rasmi tetapi agama lain bebas diamalkan.
7. Prinsip kedua menuntut semua rakyat Malaysia memberikan kesetiaan kepada raja dan
negara. Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua negara dan Raja Melayu merupakan ketua
negeri. Raja sebagai simbol penyatuan rakyat clan pelindung hak istimewa peribumi.
Penderhakaan kepada raja juga bermaksud penderhakaan kepada negara.
8. Prinsip ketiga menekankan keluhuran perlembagaan. Perlembagaan merupakan undang-
undang utama bagi sesebuah negara dan dianggap luhur, unggul serta suci. Keluhuran
perlembagaan menuntut semua rakyat menerima, mematuhi, menyanjung dan
mempertahankannya.
9. Prinsip keempat menekankan kedaulatan undang-undang. Prinsip ini menuntut rakyat
Malaysia menghormati undangundang dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang
undang. Semua rakyat akan dapat hidup dengan aman damai apabila kedaulatan undang-
undang terpelihara. Kita bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa
didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak.
10. Prinsip kelima menuntut semua rakyat Malaysia bersopan dan bertatasusila. Kesopanan dan kesusilaan
merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang individu. Kesopanan dan kesusilaan
menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling menghormati.

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


1. Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) telah bermula sebelum kemerdekaan lagi apabila British memperkenalkan
Sistem Ahli.
Laporan Barnes
1. Laporan Barnes 1950 mencadangkan semua sekolah vernakular Melayu, Cina dan Tamil
dibubarkan serta digantikan dengan satu jenis sekolah sahaja, iaitu sekolah kebangsaan.
2. Sekolah kebangsaan yang dicadangkan ini menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar pada peringkat sekolah rendah serta bahasa Inggeris pada peringkat sekolah
menengah dan peringkat yang lebih tinggi.
3. Namun, cadangan ini ditentang oleh masyarakat Cina kerana menganggap bahasa ibunda
mereka akan tergugat.
Laporan Fenn-Wu
1. Laporan Fenn-Wu 1951 yang mewakili masyarakat Cina mencadangkan sekolah vernakular
Cina terus kekal walaupun bersetuju dengan sistem pendidikan kebangsaan.
Ordinan Pelajaran 1952
1. Ordinan Pelajaran 1952 kemudiannya diperkenalkan dengan mengambil kira Laporan Barnes dan Laporan Fenn-
Wu.
2. Ordinan ini mencadangkan dua sistem persekolahan yang menggunakan dua bahasa
pengantar, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
3. Pengajaran bahasa Cina dan Tamil akan disediakan sekiranya ada permintaan daripada ibu
bapa.
4. Bahasa Melayu diwajibkan diajar di sekolah Inggeris dan sebaliknya bahasa Inggeris
diwajibkan diajar di sekolah Melayu.
5. Walau bagaimanapun, Ordinan Pelajaran 1952 tidak dapat dijalankan kerana tentangan
masyarakat Cina dan India, kekurangan kewangan dan ancaman pengganas komunis pada
ketika itu.
Penyata Razak
1. Pada tahun 1955, Kerajaan Perikatan telah membentuk sebuah Jawatankuasa Pelajaran yang
dipengerusikan oleh Dato' Abdul Razak Hussein selaku Menteri Pelajaran pada masa itu.
2. Penyata Razak 1956 telah mengemukakan dua elemen penting dalam dasar pendidikan yang dianggap dapat
menyuburkan semangat perpaduan negara, iaitu sistem persekolahan yang sama bagi semua penduduk dan
penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan.
SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.
RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
3. Antara cadangan Penyata Razak termasuklah penubuhan sekolah umum (rendah) yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan sekolah jenis umum (rendah)
yang menggunakan bahasa Inggeris, Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar.
4. Sekolah menengah Melayu pula menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan sekolah menengah
Inggeris menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
5. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan diajar di semua sekolah. Penyata Razak telah
mengemukakan cadangan penting bagi pembentukan bangsa yang bersatu padu melalui satu
dasar pendidikan yang menggambarkan perasaan dan harapan masyarakat berbilang kaum di
Tanah Melayu.
6. Penyata Razak kemudiannya dijadikan Ordinan Pelajaran 1957.
Laporan Rahman Talib
1. Pada tahun 1960, sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Encik Abdul Rahman Haji
Talib, Menteri Pelajaran, telah ditubuhkan untuk mengkaji Ordinan Pelajaran 1960.
2. Laporan jawatankuasa tersebut dikenali sebagai Laporan Rahman Talib 1960.
3. Beberapa syor baru telah dicadangkan sebagai tambahan kepada Penyata Razak.
4. Untuk memupuk semangat perpaduan kaum, sekolah umum dijadikan sekolah kebangsaan
sementara sekolah jenis umum pula dijadikan sekolah jenis kebangsaan.
5. Pelajaran percuma diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah kerajaan tanpa mengira
keturunan dan agama.
6. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan begitu jelas dalam Laporan
Rahman Talib.
7. Sekolah rendah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar ditukar
kepada bahasa Melayu.
8. Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di semua sekolah menengah.
9. Pelajaran agama Islam diajarkan di semua sekolah bantuan penuh kerajaan yang mempunyai tidak kurang 15
pelajar Islam.
10. Bahasa Cina dan bahasa Tamil akan diajar di sekolah kebangsaan sekiranya terdapat
sekurang-kurangnya 15 orang pelajar.
11. Selain itu, semua peperiksaan awam akan diadakan dalam bahasa kebangsaan.
12. Syor-syor dalam Laporan Rahman Talib telah diterima dan digubal menjadi Akta Pelajaran
1961 .
Kajian Aminuddin Baki
1. Berdasarkan kajian Aminuddin Baki, sistem persekolahan aneka jurusan telah diperkenalkan
pada tahun 1965.
2. Sistem persekolahan ini adalah untuk menampung pelajar-pelajar yang gagal memasuki
sekolah menengah akademik.
3. Antara matlamatnya termasuklah menyediakan pelajaran pada peringkat menengah rendah
sehingga berumur 15 tahun dengan memberikan pelbagai kursus kemahiran untuk melahirkan
tenaga kerja mahir dan sebagai persediaan untuk pasaran kerja.
4. Kursus kemahiran pilihan yang diajarkan ialah perdagangan, sains rumah tangga, seni
perusahaan dan sains pertanian. Mata pelajaran wajib pula adalah seperti yang diajarkan di
sekolah menengah biasa.
Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974
1. Jawatankuasa Kabinet 1974 dibentuk untuk mengkaji semula pelaksanaan sistem pelajaran
kebangsaan.
2. Objektif utamanya adalah untuk menilai sejauh mana pelaksanaan dasar pelajaran
kebangsaan yang sedia ada dapat melahirkan sumber tenaga manusia yang diperlukan oleh
negara.
3. Di samping itu juga, jawatankuasa tersebut mahu mengenal pasti sejauh mana dasar pelajaran kebangsaan dapat
melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.
4. Antara kandungan laporannya termasuklah penekanan terhadap penguasaan dalam
SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.
RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M), kenaikan darjah secara automatik,
penekanan terhadap sekolah vokasional, sukatan pelajaran sekolah swasta, bahasa Melayu
sebagai mata pelajaran wajib dalam peperiksaan serta penekanan terhadap kokurikulum dan
disiplin sebagai asas perpaduan.
5. Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, Kementerian Pendidikan telah
melaksanakan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1982. Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pula diperkenalkan pada tahun 1988.
6. Kurikulum baru ini juga menekankan perkembangan diri pelajar dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek.

Bab 9
Konflik Antarabangsa
Perang Dunia Pertama (1914-1918)
Faktor-faktor
Perang Dunia pertama berlaku disebabkan oleh faktor politik dan ekonomi.
1. Munculnya nasionalisme dalam kalangan rakyat di Eropah.
2. Penghujung abad ke-19, negara-negara kecil di Eropah telah bersatu dan membentuk sebuah negara bangsa yang
lebih besar seperti Itali dan Jerman.
3. Itali dan Jerman menyertai kuasa besar Eropah yang lain seperti Britain, Perancis, Austria-Hungary dan Rusia
yang berusaha untuk mendapatkan tanah jajahan.
4. Nasionalisme yang kuat telah mencetuskan perang dalam kalangan kuasa-kuasa besar.
5. Berlakunya persaingan kuasa-kuasa besar dalam merebut peluang ekonomi.
6. Imperialisme baru yang wujud telah menyebabkan berlakunya persaingan dalam kalangan kuasa Eropah bagi
membentuk lingkungan pengaruh bagi mendapatkan bahan mentah dan memasarkan barangan siap mereka.
7. Munculnya sistem pakatan negara-negara Eropah merangkumi Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga.
Perikatan Kuasa Tengah terdiri daripada negara Jerman, Austria-Hungary, dan Itali. Kemudian disertai Turki dan
Bulgaria. Pakatan Bertiga terdiri daripada British, Perancis dan Russia. Kemudiannya disertai Itali dan Jepun.
8. Persaingan antara Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga telah mengancam perimbangan dunia yang wujud
pada ketika itu.
9. Pembunuhan Archduke Franz Ferdinand pada 28 Jun 1914 oleh seorang pengganas Serbia dianggap sebagai
faktor segera tercetusnya Perang Dunia Pertama.
Peristiwa
1. Austria mengisytiharkan perang terhadap Serbia.
2. Jerman menyokong Austria menyerang Serbia yang disokong oleh Rusia dan Perancis.
3. Jerman menyerang Perancis melalui Belgium iaitu sebuah negara berkecuali.
4. Serangan ke atas Perancis melalui Belgium telah menimbulkan kemarahan Britain.
5. Britain yang bermusuh dengan Jerman turut terlibat dalam peperangan ini.
6. Britain meminta bantuan Amerika Syarikat.
7. Serangan Jerman terhadap kapal dagang Amerika Syarikat menyebabkan Amerika Syarikat juga turut serta dalam
peperangan tersebut.
8. Peperangan tersebut dimenangi oleh Pakatan Bertiga.
Kesan Perang
1. Dari segi politik, pemerintahan beraja di Eropah telah ditamatkan. Maharaja Jerman digulingkan dan dibuang
negeri.Jerman menjadi republik.
2. Persidangan damai diadakan pada bulan Jun 1919 dan termeterinya Perjanjian Versailles.
3. Perjanjian Versailles telah mengubah peta Eropah dan membentuk beberapa buah negara baru seperti
Yugoslavia,Latvia dan Finland.
4. Perjanjian ini telah membentuk Liga Bangsa yang menggalakkan keamanan dan kerjasama antarabangsa serta
keselamatan bersama. Liga Bangsa terdiri daripada Negara-negara Berkecuali dan negara-negara bersekutu kecuali
Amerika Syarikat. Liga Bangsa gagal menjamin kesejahteraan dunia.
5. Dari segi ekonomi, berlaku inflasi dan hutang disebabkan perbelanjaan perang yang terlalu besar.
SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.
RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
6. Perang ini menelan perbelanjaan yang besar. Pakatan Bertiga membelanjakan US$125 billion. Perikatan Kusas
Tengah membelanjakan US$ 60 billion.
6. Amerika Syarikat dan Jepun mula menguasai pasaran dunia.
7. Britain mengalami kerugian dan kehilangan satu pertiga daripada perdagangan luarnya.
8. Dari segi sosial, banyak berlaku kehilangan nyawa.

Blok Dunia
1.Blok dunia dan Perang Dingin muncul disebabkan oleh kepincangan yang berlaku dalam siri rundingan
perdamaian
Perang Dunia Kedua.
2. Blok dunia adalah usaha negara-negara sehaluan bersatu dan bertindak demi kepentingan bersama.
3. Blok dunia muncul melalui pelbagai bentuk, iaitu ekonomi, politik, dan geografi.
4. Blok dunia yang terbentuk semasa Perang Dingin berasaskan geopolitik.

Perang Dingin
1. Ideologi dan fahaman politik yang berbeza telah mencetuskan persaingan kuasa di antara Blok Kapitalis yang
diketuai Amerika Syarikat dan Blok Komunisyang diketuai Soviet Union.
2. Kedua-dua blok ini memperluas pengaruh dan memajukan kepentingan di Eropah dan Asia melalui propaganda,
bantuan ekonomi, dan ketenteraan bagi membuktikan kekuatan masing-masing.
Ciri ciri
(i) Tidak berlaku sebarang konflik bersenjata
(ii) Kedua-dua blok cuba membuktikan kekuatan masing-masing
(iii) Bersaing melaui propaganda, bantuan ekonomi dan ketenteraan
Negara-negara Dunia Ketiga
1. Negara-negara Dunia Ketiga mengamalkan sikap berkecuali, namun kedua-dua blok ini cuba mempengaruhi
pegangan Negara Dunia Ketiga melalui bantuan pertahanan dan ekonomi.
Kesan Perang Dingin
1. Perang Dingin yang berlaku telah membentuk blok dunia, Penubuhan NATO, Pakatan Warsaw, Pertubuhan
Perjanjian Asia Tenggara (SEATO) serta perlumbaan senjata.
2. Berlaku juga perubahan dalam bidang politik, ekonomi, dan sosial di negara-negara Eropah, Asia, Afrika, Asia
Barat,
dan Amerika Latin.
Perbandingan ideologi di antara Blok Kapitalis dan Blok Komunis
1. Politik
Kapitalis Negara Demokratik. Pemilihan kerajaan melalui pilihan raya.
Komunis Pemerintahan oleh diktator. Parti Komunis sahaja diktiraf.
2. Ekonomi.
Kapitalis - Peluang perniagaan dan pemilikan persendirian.
Komunis Perniagaan dimiliki dan diuruskan oleh kerajaan sahaja
3. Sosial
Kapitalis - Kebebasan individu sepenuhnya
Komunis Kebebasan individu dilindungi dan dikawal
Komanwel
1. Ditubuhkan pada tahun 1931 yang terdiri dari negara bekas jajahan Britain yang telah merdeka.
2. Terdiri dari 54 buah negara maju dan negara sedang membangun.
3. Sekretariat Komanwel ditubuhkan pada tahun 1965 dan beribu pejabat di London.
4. Penubuhannya bertujuan untuk membina semangat setia kawan antara negara anggota serta mewujudkan
kerjasama dalam segala bidang.
Faedah yang diperoleh
1. Selepas merdeka, Komanwel bertindak membantu Malaysia memelihara keamanan serta kedaulatan negara
melalui sekatan terhadap pengaruh Parti Komunis Malaya.
SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.
RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
2. Perjanjian AMDA menjanjikan bantuan kepada negara kita sekiranya diserang musuh semasa berkonfrantasi
dengan Indonesia.
3. Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) diadakan dua tahun sekali bagi membincangkan hal-hal
yang berkait dengan kepentingan bersama.
4. Pada tahun 1989, mesyuarat CHOGM mengisytiharkan Deklarasi Langkawi.
5. Eksport Malaysia ke negara-negara Komanwel terutamanya Britain dikenakan cukai yang rendah.
6. Rancangan Colombo menyediakan bantuan teknikal dan bisasiswa dalam bidang pendidikan.
Sumbangan Malaysia
1.Tuan rumah CHOGM pada tahun 1989.
2. Bersuara lantang menentang Dasar Apartheid di Afrika Selatan.
3. Malaysia berjaya menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun 1998.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
1. PBB ditubuhkan pada tahun 1945 selepas Liga Bangsa dibubarkan kerana gagal menghalang berlakunya Perang
Dunia Kedua.
2. Ibu pejabat PBB terletak di San Francisco, kemudian berpindah ke New York pada tahun 1946.
3. PBB dianggotai oleh 51 buah negara anggota, kemudian meningkat pada 189 buah negara pada tahun 2002.
4. Malaysia menyertai PBB pada tahun 1957 selepas negara mencapai kemerdekaan.
5. PBB menekan empat prinsip dalam piagamnya
(a) Menjamin keamanan dan keselamatan dunia.
(b) Menggalakkan hubungan berbaik-baik antara negara anggota.
(c) Bekerjasama dalam menyelesaikanmasalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira
bangsa,agama, dan warna kulit.
(d) Menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan negara-negara anggota.
Sumbangan Malaysia kepada PBB
1. Menyelesaikan konflik antarabangsa
(a) Pada tahun 1960, Malaysia menyertai pasukan pendamai untuk menamatkan perang saudara di Congo.
(b) Pada tahun 1989, Malaysia mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia untuk membantu negara tersebut
mencapai kemerdekaan.
(c) Pada tahun 1990, Malaysia menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq ; dan Kampuchea serta
pasukan pengaman ke Bosnia.
(d) Malaysia menentang Dasar Aparteid di Afrika Selatan dan mahu Benua Antartika menjadi warisan dunia dan
hak milik semua negara.
2. Dari segi ekonomi
(a) Malaysia menjadi ahli Bank Dunia (Bank Antarabangsa) yang ditubuhkan oleh PBB pada tahun 1945.
(b) Bank ini ditubuhkan untuk membantu negara-negara sedang membangun dari segi kewangan, dan menyusun
semula pembangunan ekonomi negara tersebut.
(c) Kemasukan pelabur-pelabur asing diharap dapat membasmi kemiskinan dan menyediakan peluang pekerjaan.
(d) Malaysia menggunakan Bank Dunia dalam menjayakan rancangan Lembaga Pembangunan Kemajuan
Tanah(FELDA) dan membangunkan prasarana pendidikan dan penyelidikan.
3. Dari segi sosial
(a) Malaysia berpendidrian teguh memerangi gejala penyalahgunaan dadah. Hasil usul Malaysia, satu persidangan
antarabangsa diadakan di Vienna (Austria) pada Jun 1987 dengan Perdana Menteri sebagai Yang Dipertua
persidangan.
(b) Malaysia bekerjasama dengan menyertai beberapa agensi PBB seperti:
(i) Kerjasama dalam bidang pengeluaran makanan melalui agensi Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO).
(ii) Kerjasama dalam bidang perubatan dan kesihatan melalui Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
(iii) Kerjasama dalam bidang sains dan teknologi melalui pertubuhan Pendidikan dan Budaya Bangsa-Bangsa
Bersatu (UNESCO)
(c) Malaysia menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB bagi tahun 1965, 1989, dan 1999.
(d) Tan Sri Razali Ismail dilantik sebagai wakil khas PBB menjadi pengerusi Perhimpunan Agung PBB dan dalam
menyelesaikan konflik politik negara Myanmar.
SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.
RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
(e) Malaysia menjalankan usaha menyelesaikan masalah Palestin dengan menganjurkan persidangan antarabangsa
tentang Palestin di Kuala Lumpur.
ASEAN (Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara)
1. ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 melalui Deklarasi Bangkok.
2. ASEAN terdiri daripada Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, dan Singapura kemudian ditambah anggotanya
menjadi 10, iaitu Vietnam, Myanmar, Brunei, Laos, dan Kampuchea.
3. Negara Papua New Guinea dilantik sebagai pemerhati kerana bersempadan dengan Indonesia tetapi bukan di
dalam zon Asia Tenggara.
Matlamat ASEAN
(a) Mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara.
(b) Membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial, dan kebudayaan.
(c) Meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan, dan perindustrian.
(d) Memberikan kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan penyelidikan.
(e) Mengadakan hubungan yang erat dengan persatuan atau pertubuhan serantau dan antarabangsa.
Kejasama ASEAN
1. Melalui mesyuarat menteri-menteri luar ASEAN pada November 1971, Deklarasi Kuala Lumpur dilaksanakan
dengan mengisytiharkan ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas, dan Berkecuali (ZOPFAN)
2. ZOPFAN bertujuan untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di Asia Tenggara dengan tidak
bersekongkol dengan mana-mana Blok Barat atau Blok Timur bagi mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar.
3. Pada tahun l984, Menteri-menteri Luar mengisytiharkan ASEAN sebagai zon bebas senjata nuklear, iaitu tidak
membenarkan kapal-kapal menggunakan perairan dan kemudahan pelabuhannya untuk mengangkut bahan atau
senjata nuklear.
4. Membentuk kerjasama dalam projek-projek perindustrian, iaitu projek baja urea di Bintulu (Sarawak) dan
Aceh(Indonesia).
5. Pada tahun 1992, AFTA (Kawasan Perdagangan Bebas) diumumkan dalam kemuncak ASEAN di Singapura.
6. Memperluas sikap kerjasama ekonomi dengan negara China, Jepun, dan Korea Selatan atau Perundingan
Ekonomi Asia (EAEC). Idea ini dikemukakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad tetapi ditentang oleh negara-
negara maju seperti Amerika Syarikat.
7. Kerjasama secara tidak rasmi diteruskan melalui konsep ASEAN + 3 yang merujuk kepada kerjasama antara
negara ASEAN dengan China, Jepun dan Korea. Menteri-menteri luar negara-negara tersebut dijemput menghadiri
siri perbincangan tenteng kerjasama yang ingin diwujudkan.
8. Mewujudkan kerjasama dalam bidang pendidikan melalui Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran
ASEAN(SEAMEO). Sebuah Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) ditubuhkan di Pulau Pinang.
9. Dalam bidang kebudayaan dan sosial, mengadakan Festival Kebudayaan dan Kesenian dengan menubuhkan
Tabung Kebudayaan ASEAN.
10. Mengadakan Sukan SEA bagi merapatkan a hubungan antara negara melalui semangat kesukanan.
11. Dalam bidang pelancongan, pada tahun 1992 telah dilancarkan Tahun Melawat ASEAN.

SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.


RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK

Kertas 3

SENARAI KANDUNGAN SKEMA KERTAS 3 SEJARAH SPM 2016

BI TAJUK M/S
L
1 Matlamat dasar luar
2 Bentuk hubungan luar
3 Latar belakang hubungan luar
4 Asas penggubalan dasar luar
i) Faktor sejarah
ii) Faktor ekonomi
iii) Faktor politik
iv) Faktor geografi
v) Faktor demografi
5 Perkembangan dasar luar
Jelaskan tahap perkembangan dasar luar Malaysia dari
tahun 1957 hingga tahun 2003
(i) TahapPertama (1957-1970)
(ii) TahapKedua (1972-1981)
(iii)TahapKetiga (1981-2003)

Perkembangan dasar luar negara kita dari tahun 1957


hingga tahun 2003
(i) Dasar Pro-Barat
(ii) Dasar Berkecuali
(iii) Dasar kepentingan Ekonomi

Perkembangan dasar luar negara kita dari tahun 1957 hingga tahun 2003
(i) Tunku Abdul Rahman (1957-1970)
(ii) Tun Abdul Razak (1972-1976) danTun Hussein Onn (1976-1981)
(iii)TunDr Mahathir Mohamad (1981-2003)

6 Terangkan kejayaan yang dicapai oleh Malaysia hasil hubungan dengan


negara luar.
@
Dasar luar Negara yang diamalkan sejak tahun 1957 hingga kini berjaya
meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati. Buktikan

7 Mengapa dasar luar Malaysia sentiasa berubah mengikut peredaran masa ?


8 Jelaskan kepentingan dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia demi
menjamin kestabilan dan kemakmuran negara.
@
Jelaskan kepentingan dasar luar Malaysia dalam meningkatkan
ketamadunan bangsa dan negara
9 Sebagai rakyat Malaysia adakah anda bersetuju Malaysia menjalinkan
hubungan luar dengan negara lain tanpa mengira ideologi negara tersebut.?
@
Pada pendapat anda mengapa negara kita perlu berbaik-baik dengan negara
luar?
10 Pada pendapat anda apakah kesan sekiranya dasar luar negara tidak mantap.
11 Mengapa dasar yang mementingkan kemajuan ekonomi lebih penting pada
hari ini?
12 Apakah usaha untuk mengekalkan hubungan baik dengan Negara luar?

SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.


RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
13 Cadangkan hala tuju yang sesuai bagi dasar luar negara pada masa hadapan
@
Ramalkan dasar luar negara kita pada masa hadapan.
14 Sejauhmanakah dasar luar Malaysia telah berjaya mengukuhkan perpaduan
masyarakat antarabangsa.
15 Jelaskan cabaran dan langkah Malaysia dalam
meningkatkan keberkesanan hubungan dengan negara
luar. pada era globalisasi hari ini
16 Iktibar yang diperolehi daripada perkembangan dasar luar Malaysia
17 Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan:
(a) Pengetahuan yang diperoleh
(b) Nilai-nilai murni dan unsur patriotisme yang diperoleh
Ke arah memperkukuh keharmonian dan perpaduan
masyarakat
(c) Harapan menjadikan negara dan bangsa Malaysia
lebih maju

1) Jelaskan matlamat dasar luar Malaysia

Dasar luar Malaysia mempunyai matlamat tersendiri iaitu berbaik-baik dengan semua negara.Matlamat dasar
luar Malaysia ialah menjamin keselamatan rakyat dan negara dan mengekalkan kedaulatan negara.Selain itu dapat
memelihara kepentingan nasional dengan menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi.Di samping itu juga
dapat mengekalkan keamanan sejagat dalam usaha untuk mengekalkan kerjasama di peringkat antarabangsa.Secara
langsung dapat menjadikan negara kita sebagai warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap terhadap
usaha untuk memupuk kesejahteraan dunia.

2) Jelaskan bentuk hubungan luar Malaysia

Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar dengan negara-negara lain iaitu hubungan bilalteral dan
multilateral. Hubungan bilateral merujuk pada hubungan secara terus dengan negara-negara tertentu, contohnya
hubungan Malaysia dengan Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam.Selain itu hubungan luar juga diadakan
dengan negra ASEAN yang lain, Amerika Latin. Afrika, Asia Barat serta negara maju seperti Britian dan Amerika
Syarikat. Hubungan multilateral pula merujuk pada hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan seperti
Persatuan negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), Komenwel, Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC) dan
Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM).

3) Huraikan latar belakang dasar luar Malaysia

Dasar luar Malaysia mempunyai matlamat tersendiri iaitu berbaik-baik dengan semua negara.Matlamat dasar
luar Malaysia ialah menjamin keselamatan rakyat dan negara dan mengekalkan kedaulatan negara.Selain itu dapat
memelihara kepentingan nasional dengan menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi.Di samping itu juga
dapat mengekalkan keamanan sejagat dalam usaha untuk mengekalkan kerjasama di peringkat antarabangsa.Secara
langsung dapat menjadikan negara kita sebagai warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap terhadap
usaha untuk memupuk kesejahteraan dunia.

Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar dengan negara-negara lain iaitu hubungan bilalteral dan
multilateral. Hubungan bilateral merujuk pada hubungan secara terus dengan negara-negara tertentu, contohnya
hubungan Malaysia dengan Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam.Selain itu hubungan luar juga diadakan
dengan negra ASEAN yang lain, Amerika Latin. Afrika, Asia Barat serta negara maju seperti Britian dan Amerika
Syarikat. Hubungan multilateral pula merujuk pada hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan seperti
Persatuan negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), Komenwel, Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC) dan
Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM).

SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.


RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK

4) Jelaskan asas-asas penggubalan dasar luar Malaysia


i) Faktor sejarah
ii) Faktor ekonomi
iii) Faktor politik
iv) Faktor geografi
v) Faktor demografi
@
Huraikan sebab yang menjadi asas penggubalan dasar luar Malaysia.

Bagaimana faktor ekonomi mempengaruhi asas penggubalan dasar luar Malaysia.

Asas-asas Penggubalan Dasar Luar Malaysia

Penggubalan dasar luar luar Malaysi dipengaruhi oleh beberapa faktor yang menentukan corak dan arah dasar
luar negara.Faktor-faktor berkenaan ialah sejarah, ekonomi, politik, geografi dan demografi.

Faktor Sejarah
Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka telah terjalin hubungan dengan negara luar seperti China, Arab,
Siam dan juga negeri-negeri di Kepulauan Melayu dalam bentuk hubungan perdagangan.Pada masa ini telah terjalin
hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu seperti dengan Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia.
Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel dan meneruskan hubungan diplomatik
dengan Britian dan negara Komenwel lain seperti Australia dan New Zealand. Pada masa itu, Malaysia sedang
diancam oleh fahaman komunis yang disebarkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM).Ancaman komunis ini
menggugat keselamatan negara Malaysia dan dengan ini mendorong Malaysia mengamalkan dasar luar yang pro-
Barat dan antikomunis. Pada masa yang sama, Malaysia masih bergantung kepada kuasa Barat kerana Malaysia
belum mempunyai keupayaan pertahanan .

Faktor Ekonomi
Malaysia merupakan negara yang mengamalkan pasaran bebas dan menjalin hubungan baik dengan negara-
negara lain di dunia dalam usaha memajukan ekonominya.Sejak zaman penjajah British lagi Malaysia merupakan
antara negara pengeluar utama bijih timah dan getah. Pada masa ini telah terjalin hubungan ekonomi antara
Malaysia dengan negara-negara maju seperti Britian dan Amerika Syarikat. Setelah mencapai kemerdekaan,
Malaysia masih mengharapkan pasaran dan juga modal dari negara-negara tersebut.Beberapa langkah telah diambil
bagi menggalakkan pelaburan asing.Langkah ini diharapkan dapat meningkatkan ekonomi negara di samping
menyediakan peluang pekerjaan. Menjelang tahun1980-an , melalui Dasar Pandang Ke Timur, pelaburan asing juga
digalakkan dari negara-negara di Timur terutama Jepun dan Korea. Pada masa yang sama, Malaysia menjalin
hubungan baik dengan negara-negera sedang membangun dan negara-negara Islam bagi meningkatkan pasaran
barangan keluaran Malaysia di samping mengadakan pelaburan di negara berkenaan.

Faktor politik
Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, Malaysia berhak
menentukan hala tuju masa depannya sendiri berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat. Dasar luar Malaysia
juga menekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain. Contohnya dasar Malaysia yang menyokong
Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat.Malaysia juga berpegang teguh pada prinsip-prinsip dan
Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi memelihara keamanan dunia.Oleh itu Malaysia tegas dengan
pendiriannya menyokong semua resolusi yang telah diambil oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan
dunia.

SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.


RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
Faktor Geografi
Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik di Asia Tenggara dan bersempadan dengan negara seperti
Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Brunei. Perairannya juga menjadi laluan utama kapal-kapal
perdagangan di dunia. Dengan itu, keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan
terhadap keselamatan Malaysia.

Faktor Demografi
Malaysia telah menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara Islam sejajar dengan
penduduknya yang majoriti beragama Islam.Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel
disebabkan dasar negara berkenaan menceroboh dan menindas peribumi Palestin.
Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama diberikan kebebasan sepenuhnya untuk
mengamalkan budaya hidup dan agama masing-masing. Amalan konsep perpaduan dan sikap komited terhadap hak
asasi manusia menyebabkan Malaysia menentang keras Dasar Aparteid yang diamalkan di Afrika Selatan. Malaysia
juga tidak mengadakan sebarang hubungan diplomatik dengan negara berkenaan sehinggalah undang-undang dasar
apartheid itu dihapuskan oleh kerajaan Afrika Selatan. Oleh itu, faktor kepelbagaian kaum di negara ini amat
mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia.

5) PERKEMBANGAN DASAR LUAR

1. Jelaskan tahap perkembangan dasar luar Malaysia dari


tahun 1957 hingga tahun 2003

(i)Tahap Pertama (1957-1970)


(ii)Tahap Kedua (1972-1981)
(iii)Tahap Ketiga (1981-2003)
@

2. Jelaskan perkembangan dasar luar negara kita dari tahun


1957 hingga tahun 2003

(i) Dasar Pro-Barat


(ii) Dasar Berkecuali
(iii) Dasar kepentingan Ekonomi
@

3. Jelaskan perkembangan dasar luar Malaysia era kepimpinan ntb

(i) Tunku Abdul Rahman (1957-1970)


(ii) Tun Abdul Razak (1972-1976) dan Tun Hussein Onn
(1976-1981)
(iii)Tun Dr Mahathir Mohamad (1981-2003)

(i) Tahap Pertama / Dasar Pro-Barat / Tunku Abdul


Rahman

Dasar luar Malaysia pada tahap pertama memperlihatkan dasar pro-Barat yang antikomunis serta dasar berbaik-baik
dengan negara jiran dan Komanwel.Dasar luar berkenaan dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman disebabkan
faktor politik, ekonomi dan sosial.Faktor politik merujuk pada ancaman komunis di negara-negara Asia Tenggara
dan juga di dalam negara melalui Parti Komunis Malaya.Oleh itu, Malaysia memerlukan bantuan pertahanan
daripada negara-negara Komanwel terutama Britain, Australia dan New Zealand.

Bagi menyekat perkembangan pengaruh Komunis, Malaysia telah menandatangani Perjanjian Pertahanan
Inggeris-Tanah Melayu atau Anglo-Malayan Defence Treaty (AMDA) pada tahun 1956.Mengikut perjanjian ini
pihak British akan memberikan bantuan kepada Malaysia sekiranya diserang oleh mana-mana negara.

Di samping itu, dasar luar Malaysia juga adalah berbaik-baik dengan negara jiran. Hal ini disebabkan
timbulnya krisis dengan negara jiran terutama selepas Malaysia mencapai kemerdekaan seperti konfrontasi dengan
SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.
RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
Indonesia (1963-1965), terputusnya hubungan dengan Filipina (1963-1965) dan keluarnya Singapura daripada
Malaysia (1965). Usaha-usaha untuk memelihara hubungan dengan negara jiran terbukti melalui beberapa
perjanjian. Malaysia telah menandatangani perjanjian menubuhkan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara
(ASA) pada tahun 1961 bersama-sama Thailand dan Filipina, MAPHILINDO pada tahun 1962 bersama-sama
Indonesia dan Filipina serta ASEAN pada tahun 1967 bersama-sama Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.

Faktor ekonomi pula memperlihatkan pergantungan Malaysia kepada Britain dalam menjaga kepentingan
ekonomi negara ini. Pertama, hal ini disebabkan Malaysia merupakan anggota blok sterling yang menjalankan
urusan perdagangan dalam nilai mata wang paun sterling. Kedua, Malaysia masih memberikan tumpuan kepada dua
hasil utamanya, iaitu bijih timah dan getah dengan mengharapkan sepenuhnya permintaan daripada negara Barat
termasuk Britain.Ketiga, pelabur Britain masih menguasai peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia terutama
dalam bidang perladangan dan perindustrian.

Bagi mengurangkan pergantungan ini, Malaysia yang mengamalkan pasaran bebas mula membina rangkaian
perdagangan dengan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Jepun, Singapura dan Jerman Barat bagi
mengurangkan pergantungan kepada Britain dan bagi mencari pasaran baru.

(ii) Tahap Kedua / Dasar Berkecuali / Tun Abdul Razak


(1972-1976) & Tun Hussein Onn(1976-1981)

Menjelang tahun 1970-an, dasar luar Malaysia mula berubah kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan
semua negara.Perubahan dasar luar ini disebabkan kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA dan kurangnya
pengaruh Britain di Timur.Perubahan dasar ini juga disebabkan oleh pergolakan yang berlaku di Vietnam yang
melibatkan dua kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat dan China.

Bagi mencapai matlamat dasar luar Malaysia, beberapa usaha telah dilakukan seperti mengisytiharkan konsep Zon
Aman, Bebas dan berkecuali(ZOPFAN) bersama-sama dengan anggota negara ASEAN. Malaysia juga telah
menjalin hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis seperti China, Jerman Timur, Korea Utara,
Vietnam Utara dan Mongolia. Malaysia turut mengadakan hubungan diplomatik dengan Vietnam pada tahun
1976.Masalah pelarian Vietnam di Malaysia dapat diatasi dengan kerjasama negara-negara jiran.

(iii) Tahap Ketiga / Dasar Kepentingan Ekonomi /


Tun Dr Mahathir Mohamad(1981-2003)

Tahap ini masih mengekalkan dasar-dasar tahap kedua tetapi memberikan penekanan kepada kepentingan ekonomi
yang berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan terutama dalam kalangan negara
membangun.Bagi mencapai matlamat tersebut, Malaysia telah mengadakan hubungan yang lebih erat dengan
negara-negara ASEAN seperti menyelesaikan krisis Vietnam dan Kampuchea.

Dasar Pandang ke Timur telah diperkenalkan pada tahun 1982 dengan menggunakan Jepun dan Korea Selatan
sebagai model bagi membangunkan negara Malaysia.Dasar ini bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia mengambil
dan menerima pakai nilai-nilai yang baik seperti semangat mencintai negara, kesungguhan dalam pekerjaan dan
etika pengurusan kerja yang baik.

Malaysia juga telah mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara-negara lain menerusi lawatan yang
dilakukan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad ke negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean
dan Pasifik Selatan. Dalam setiap misi lawatannya, misi perdagangan Malaysia akan turut serta dan menandatangani
perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua belah pihak.

SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.


RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
6) Terangkan kejayaan yang dicapai Malaysia hasil hubungan dengan negara luar

Dasar luar negara yang diamalkan sejak tahun 1957 hingga kini berjaya meletakkan Malaysia sebagai
sebuah negara yang dihormati.Buktikan.

Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen yang
mementingkan hubungan baik antara negara-negara luar.Situasi ini membawa kepada penggubalan dasar luar
daripada sebuah negara yang anti-komunis kepada negara berkecuali. Situasi ini membolehkan Malaysia menjadi
sebuah negara yang membangun dari sudut ekonomi dan dapat menjadi sebuah negara yang mampu bersaing dengan
negara-negara yang sudah membangun.

Hasil daripada mengambil sikap berkecuali ini juga Malaysia telah dipanggil untuk menyertai pasukan
pendamai di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk menamatkan Perang Saudara di
Congo.Pada tahun 1989, Malaysia terpilih sekali lagi mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia bagi membantu
Namibia mencapai kemerdekaan.Pada tahun 1990-an, Malaysia telah menghantar pasukan pemerhati bagi
meleraikan pergolakan-pergolakan di luar negara seperti Krisis Sempadan Iran-Iraq dan Kampuchea serta
menghantar pasukan pengaman ke Bosnia.

Malaysia sebagai sebuah negara yang istimewa memiliki kepelbagaian amalan etnik dan kaum menyebabkan
Malaysia mengalu-alukan amalan yang toleran dalam hubungan sesama kaum.Hasilnya, Malaysia mengutuk
penindasan yang berlaku melalui amalan-amalan yang tidak berperikemanusiaan seperti memutuskan hubungan
dengan Afrika Selatan akibat daripada amalan dasar apartheid di negara tersebut.Malaysia juga mengutuk
penindasan yang dilakukan kaum Serb terhadap rakyat Bosnia.Situasi ini membantu mengukuhkan hubungan
perpaduan kaum dalam negara dan seterusnya merapatkan hubungan Malaysia dengan negara-negara luar.

Keterlibatan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa juga giat berlangsung. Malaysia pernah menjadi tuan
rumah bagi persidangan-persidangan yang membuahkan hasil keputusan berkaitan kepentingan negara-negara
anggota seperti Mesyuarat Commonwealth Head of Governments Meeting (CHOGM) yang telah membuahkan
keptusan melalui Deklarasi Langkawi 1989. Deklarasi ini juga berhubung kait dengan soal tanggungjawab negara-
negara Komanwel dalam mengawal dan mengatasi masalah pencemaran.

Kesimpulannya dasar luar yang terbentuk membawa kejayaan-kejayaan seperti keamanan dunia terhasil
hasil daripada penggubalan dasar berbaik-baik dengan negara luar. Situasi ini juga dapat mengharumkan nama baik
negara kita hasil daripada sumbangan-sumbangan yang Malaysia berikan pada peringkat antarabangsa.

7) Mengapa dasar luar Malaysia sentiasa berubah mengikut peredaran masa ?

Dasar luar Malaysia sentiasa berubah mengikut peredaran masa bergantung kepada kepimpinan negara.Pada
masa pentadbiran Tunku Abdul Rahman, dasar luar adalah pro Barat, tetapi kemudiannya telah berubah semasa
pentadbiran Perdana Menteri Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn.Dasar luar Malaysia berubah kepada dasar
berkecuali iaitu dasar berbaik-baik dengan semua negara disebabkan kurangnya peranan AMDA dan pergolakan di
Vietnam yang melibatkan dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan China.

Malaysia juga telah mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali bersama-sama ASEAN
dengan menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis seperti China, Jerman
Timur.Keadaan ini bertujuan mewujudkan hubungan berbail-baik dengan semua negara.

Selain itu, dasar luar sentiasa berubah kerana kepentingan ekonomi seperti perdagangan, pelaburan dan
pembangunan terutama dalam kalangan negara membangun.Malaysia telah mengadakan hubungan yang lebih erat
dengan negara-negara Asean seperti Singapura dan Thailand.Keadaan ini telah meningkatkan nilai perdagangan
negara kita.

Seterusnya semasa pemerintahan Dato Seri Dr Mahathir juga telah memperkenalkan Dasar Pandang ke
Timur pada tahun 1982 dengan menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai model bagi membangunkan Malaysia.
SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.
RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
Perubahan ini mendorong peningkatan pelaburan dari negara berkenaan yang membawa kepada perkembangan
ekonomi Malaysia.

Perubahan dasar luar Malaysia juga telah mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara lain seperti dengan
Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan. Melalui misi perdagangan yang turut serta dalam siri
lawatan tersebut, Malaysia telah menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua
belah pihak.

8) Jelaskan kepentingan dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia demi menjamin kestabilan dan
kemakmuran negara.

Jelaskan kepentingan dasar luar Malaysia dalam meningkatkan ketamadunan bangsa dan negara.

Kepentingan dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia ialah kestabilan politik negara dapat dikekalkan.
Keadaan aman dalam negara akan menjamin keselamatan rakyat dan negara. Selain itu hubungan diplomatik dengan
negara luar dapat diperkukuhkan dan persefahaman dapat dipupuk. Keadaan yang aman juga akan menarik pelabur-
pelabur asing datang ke negara kita. Dengan pertambahan kemasukan pelabur asing, ekonomi negara akan
berkembang pesat dan seterusnya membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Keadaan ini juga turut
meransang kemasukan tenaga kerja dari luar yang diperlukan untuk mempercepatkan pembinaan projek-projek
mega seperti pembinaan Menara Berkembar Petronas.

Selain itu, syarikat-syarikat tempatan juga dapat membuat pelaburan di negara-negara Dunia Ketiga,
seperti yang dilakukan Petronas di Vietnam .

Dasar luar negara juga penting untuk mengekalkan kedaulatan negara.Dasar berbaik-baik dengan semua
negara dapat mengelak pertelingkahan berlaku dengan negara jiran.Segala konflik dengan negara jiran diselesaikan
melalui rundingan atau melalui mahkamah antarabangsa, contoh isu Pulau Batu Putih.

Dasar luar negara juga penting untuk kemajuan dalam bidang sains dan teknologi. Hubungan yang erat dengan
negara-negara maju memudahkan pemindahan teknologi moden ke dalam negara. Kemajuan dalam bidang teknologi
diperlukan dalam pembinaan LRT / MRT, empangan hidro elektrik dan sebagainya. Kemajuan teknologi yang
dimiliki oleh Kereta api Tanah Melayu mendapat kepercayaan Arab Saudi sehingga diberi peluang untuk
mengendalikan sebahagian perkhidmatan kereta api di sana.

9) Sebagai rakyat Malaysia adakah anda bersetuju Malaysia perlu menjalinkan hubu gan luar dengan
Negara lain tanpa mengira ideilogi Negara tersebut.?
@
Pada pendapat anda mengapa Negara kita perlu berbaik-baik dengan Negara luar?

Ya, sebagai rakyat Malaysia memang saya bersetuju perlunya Malaysia menjalinkan hubungan dengan
Negara luar tanpa mengira ideologi. Malaysia terpaksa memilih berbaik dengan semua Negara kerana setelah
kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA (Anglo Malaysian Defence Treaty). Malaysia juga tidak boleh
lagi mengharapkan peranan yang dimainkan oleh Britain dalam menjamin keselamatan Malaysia, kerana Britain
telah mengurangkan pengaruhnya di Timur. Oleh itu Malaysia berbaik-baik dengan Negara mengamalkan ideology
kumunis, seperti Republik Rakyat China. Dengan berbaik=baik dengan semua Negara ini Malaysia dapat
membangunkan ekonominya dengan sempurna. Barangan kumuniti dapat dipasarkan ke Negara barat dan ke Negara
Republik China. Dengan ini pendapatan Negara meningkat.

Hubungan yang erat dengan banyak Negara ini Malaysia dikunjungi oleh ramai pelancung, justeru pertukaran
wang asing semakin meningkat, dengan ini menjana ekonomi Negara. Peluang pekerjaan dalam industry
pelancungan semakin meningkat. Malaysia juga berbaik-baik dengan Negara serantau, dengan menubuhkan

SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.


RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
ASEAN, dengan adanya pertubuhan ini telah mengekalkan kesetabilan politik Malaysia. Aktiviti perdagangan dua
hala juga dapat dijalankan dengan Negara anggota ASEAN.

Saya juga percaya apabila berbaik-baik dengan semua Negara Malaysia dapat bertukar teknologi dengan
membawa pelabur asing masuk ke Malaysia, dengan ini membantu mengstabilkan ekomomi Negara. Dengan cara
ini juga Malaysia dapat membawa masuk modal asing untuk di gunakan dalam Negara.

Dalam bidang social pula Malaysia dapat bertukar-tukar maklumat melalui pertukaran siaran Tv dengan
Negara ASEAN.

Bila berbaik-baik dengan semua Negara, Malaysia juga dapat mengamalkan pasaran bebas kerana tidak
terikat dengan mana-mana Negara, kerana kita mengamalkan kemesraan dengan semua Negara tanpa terikat dengan
mana-mana ideologi

Malaysia juga berbaik-baik dengan Negara-negara Islam dengan menyertai Pertubuhan OIC. Hubungan baik
ini barangan dagangan Malaysia dapat dipasarkan di Negara-negara Arab. Malaysia juga mendapat hak
keistimewaan dari Negara Arab dalam urusan Jemaah haji ke Mekah.

Akhirnya dasar luar Malaysia yang mengamalkan dasar Aman, Bebas dan Berkecuali, Malaysia dihormati
oleh Negara luar, justeru Malaysia dapat mengekalkan kedaulatannya, perpadauan rakyat dalam Negara dapat
diperkukuhkan. Tambahan lagi dengan Dasar Padang Ke Timur, Malaysia dapat mengamalkan budaya orang Jepun
yang menepati masa, rajin dan berintergiti yang tinggi dalam kehidupan.

10) Ramalkan dasar luar negara pada masa hadapan/ cadangkan halatuju dasar luar negara pada masa
kini

Malaysia akan meneruskan dasar luar negaranya dengan mengekalkan dasar berbaik-baik dengan semua
negara tanpa mengira blok Barat atau blok Timur.Malaysia juga akan terus mengekalkan dasar berkecuali dalam
hubungan luarnya.

Di samping itu Malaysia meneruskan dasar luarnya dengan mengambil kira kepentingan ekonomi yang
berkaitan dengan isu-isu perdangan,pelaburan dan pembangunan ekonomi.Ini bertujuan untuk menggalakkan
kemasukan modal dan membuka peluang pekerjaan kepadan masyarakat di negara kita.

Negara kita juga meneruskan Dasar Pandang Ke Timur dengan menjadikan Jepun dan Korea Selatan
sebagai model untuk membangunkan Negara. Malaysia juga terus komited menjalikan hubungan luar dengan
membentuk jalinan ekonomi di peringkat ASEAN.

Malaysia juga akan meningkat hubungan bilateral dengan negera-negara jiran seperti Indonesia,
Singapura, Thailand bagi menjaga kepentingan ekonomi dan politik serantau.Begitu juga Malaysia akan terus
mengekalkan hubungan dua hala dengan negara Amerika Latin,Afrika,Asia Barat serta negara Maju seperti Britain
dan Amerika Syarikat.

Malaysia juga akan mengadakan hubungan multilateral dengan Komanwel, OIC, PBB, NAM, demi
mengekalkan keamanan dan kesejahteraan sejagat.Semua ini dilakukan melaui misi lawatan pemimpin ke negara
negara teresebut secara rasmi dan berterusan.Kerajaan Malaysia juga mengadakan misi perdagangan dengan
menghantar deligasi perdagangan.Untuk itu Malaysia menandatangani Perjanjian TPPA yang mengambil kira
kepentingan ekonomi jangka panjang bagi mencapai misi Negara maju menjelang tahun 2020.

Dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan dunia kekal aman dan harmoni,Malaysia terus komited
menyokong segala dasar dan prinsip PBB bagi menyelesaikan pertikaian secara rundingan dan
diplomasi.Malaysiaakan tarus memperjuang nasib rakyat Palestein yang di cerobah oleh Israel.Malaysia akan terus
berperanan dan bersuara untuk menuntut keadilan pasaran bagi Negara Dunia Ketiga.

SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.


RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
Dalam menjaga kepentingan politik dan keselamatan negara , Malaysia dijangka meneruskan komitmennya dengan
konsep ZOPFAN yang di persetujui dalam ASEAN.Ini menjadikan negara kita sentiasa menjaga hunbungan baik
dan mesra melalui persidangan Ketua-Ketua Kerajaan atau Menteri-Menteri Luar setiap negara.

11) Pada pendapat anda apakah kesan sekiranya dasar luar negara tidak mantap?

Kesan sekiranya dasar luar negara tidak mantap ialah eksport negara berkurangan kerana banyak negara tidak
mengadakan hubungan luar dengan Malaysia. Ekonomi negara juga merosot dan ini menyebabkan pendapatan
negara merosot.

Pelabur asing tidak akan melabur di dalam negara kerana hubungan luaryang tidak mantap. Hal ini menyebabkan
peluang pekerjaan semakin berkurangan dan taraf hidup rakyat merosot. Kesannya Imej negara merosot dan
ketamadunan negara akan lenyap.

Politik negara menjadi tidak stabil dan kedaulatan negara akan terancam. Maruah negara akan tergadai kerana
kegiatan jenayah merentas sempadan akan meningkat.

12) Mengapa dasar luar yang mementingkan kemajuan ekonomi lebih penting pada hari ini?

Kemajuan ekonomi sangat penting dalam penggubalan dasar luar pada hari ini.Keadaan ini penting untuk
menjana pendapatan negara melalui kemasukan pelabur asing ke negara kita. Pembukaan kilang-kilang dan ladang-
ladang dapat menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat, mengurangkan kadar pengangguran serta
meningkatkan taraf hidup rakyat. Selain itu Malaysia merupakan pembekal bahan mentah utama dunia seperti getah
dan kelapa sawit.Jadi hubungan dengan negara maju penting untuk memastikan pasaran bahan mentah meningkat
dari semasa ke semasa.Seterusnya kerjasama perdagangan antarabangsa juga dapat ditingkatkan. Peningkatan urusan
import dan eksport dapat menguntungkan kedua-dua pihak. Apabila Malaysia menjalinkan hubungan luar, ekonomi
global dapat berkembang melalui perdagangan bebasdan pertukaran wang asing juga turut meningkat.Keadaan ini
dapat meningkatkan kegiatan ekonomi negara seterusnya bersaing di peringkat global.Pemindahan teknologi melalui
projek usahasama mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang pesat melalui dasar luar yang diamalkan seperti Dasar
Pandang ke Timur.

13) Apakah usaha untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara luar

Antara usaha usaha yang perlu dilakukan untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara luar ialah
mengadakan kerjasama dalam bidang ekonomi dan perdagangan dengan semua negara.Malaysia juga boleh
mengadakan pertukaran teknologi dan kepakaran.Contoh dalam pembinaan LRT / MRT, empangan hidro elektrik
dan sebagainya.

Negara kita melakukan kerjasama ekonomi dalam bentuk usaha sama antara syarikat multinasional asing
dengan syarikat tempatan.Contonya, projek usaha sama industri automobile antara Mitsubishi Corporation dari
Jepun dengan Proton dan Kia Motors dari Korea Selatan dengan NAZA Motors Malaysia
Malaysia juga turut memelihara hubungan politik dan meningkatkan lagi hubungan diplomatik. Malaysia
merupakan Negara yang seringkali mengadakan lawatan rasmi ke Negara lain.
Contohnya pada tahun 2005 Yang di-Pertuan Agong (Raja) Sirajuddin Perlis Malaysia dan Raja Permaisuri Agong
(Permaisuri) Tengku Fauziah Perlis melawat Sweden.

Mengadakan mesyuarat / perbincangan sekiranya ada krisis. Saling mengekalkan persefahaman antara
Negara. Mengadakan kerjasama pertahanan contohnya penguatkuasaan Maritim Negara telah berganding bahu
dengan Filipina untuk menjayakan Operasi Phillipine-Malaysia (PHIMAL) yang bermatlamat untuk mencegah
aktiviti-aktiviti pelanggaran undang-undang maritim di persempadanan perairan Malaysia-Filipina di Laut Sulu. .

Bertukar-tukar pendapat dan pandangan dalam semua isu dan bertindak dengan sebulat suara.Selain itu kita
juga turut mengeratkan hubungan serantau dengan ASEAN serta hubungan degan pertubuhan dunia seperti PBB,

SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.


RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
OIC, Komanwel. Usaha lain dalam mengekalkan hubungan baik ialah menghormati kedaulatan negara lain dengan
tidak mencampuri hal ehwal negara tersebut. Contoh di negara yang dilanda peperangan seperti Syria.

Selain itu Malaysia telah memberi bantuan kepada negara yang ditimpa bencana dam mengalami
kesusahan. Sebagai contohnya Malaysia telah menyalurkan bantuan kemanusiaan ke bumi Gaza /
Palestin.Pemimpin negara telah mengadakan lawatan rasmi ke luar negara bagi membincangkan permasalahan
politik atau hubungan perdagangan dua hala

Malaysia juga turut mengadakan rancangan pertukaran televisyen, pertukaran pelajar .Contoh drama Korea,
rancangan dari Hollywood, Bollywood dll
Usaha lain dalam mengekalkan hubungan baik dengan negara luar ialah dengan menganjurkan persidangan / sukan
bertaraf antarabangsa. Contoh Sukan Komanwel,

Malaysia juga menganjurkan persidangan menentang pengganas dan mengelakkan persaingan


senjata.Negara kita juga tidak mengeluarkan senjata nuklear.Selain itu kita manyanjungi dan menghayati kedaulatan
negara lain. Contohnya kita tidak melanggar dan mencerobohi sempadan negara lain. Malahan Malaysia amat
mementingkan hak asasi manusia.

Malaysia juga turut bekerjasama dalam perkongsian budaya antara negara.contohnya Malaysia telah
menganjurkan Festival Makanan, Kraf Tangan dan Budaya Indonesia buat julung kalinya diadakan di Pulau Pinang
dengan matlamat untuk mendedahkah budaya tradisin negara jiran tersebut di Malaysia.

14) Sejauhmanakah dasar luar Malaysia telah berjaya mengukuhkan perpaduan masyarakat
antarabangsa.

Dengan adanya dasar luar Malaysia ia dapat mengukuhkan perpaduan masyarakat antarabangsa. Hal ini berlaku
kerana adanya semangat tolong menolong yang amat kukuh dalam kalangan rakyat Malaysia dengan negara luar
tanpa mengira kaum,agama,ideologi dan juga sempadan politik.

Pengukuhan perpaduan ini jelas terbukti ketika malapetaka yang berlaku seperti Tsunami di Acheh dan gempa bumi
di Jepun negara kita telah menghantar bantuan perubatan,bantuan kewangan,bantuan menyelamat serta bantuan
barangan makanan dan minuman kepada semua mangsa.

Dengan adanya dasar luar Malaysia yang mengutamakan perpaduan, Malaysia pernah menjadi perantaraan
menyelesaikan krisis perang Iran-Iraq,krisis selatan Filipina dan sebagainya.

Selain itu juga bagi mewujudkan perpaduan dan keamanan dunia,Malaysia memainkan peranan yang penting dalam
menyokong perjuangan rakyat Palestin mendapatkan semula tanah air mereka daripada Israel mengikut lunas lunas
yang terkandung dalam piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Dasar luar Malaysia yang mengutamakan perpaduan masyarakat antarabangsa dapat dibuktikan dengan dasar luar
kita yang mengutamakan keamanan dunia melalui keanggotaan Malaysia dalam Pertubuhan Negara-Negara
Berkecuali (NAM) yang menekankan prinsip zon aman,bebas dan berkecuali,malah mengutamakan perundingan
dan perbincangan secara aman.

Keberkesanan dasar luar kita yang mantap dapat dibuktikan dengan penyertaan tentera kita dibawah panji-panji PBB
dengan menghantar tentera pengaman di Bosnia dan juga Lubnan.Penyertaan tentera kita diperingkat antarabangsa
ini mendapat penghormatan dari negara-negara lain.

Selain itu juga dengan adanya dasar luar Malaysia ia berjaya mengukuhkan perpaduan masyarakat antarabangsa
dengan mewujudkan masyarakat yang saling menyayangi,menghargai antara satu sama dan seterusnya menolak
prasangka buruk dikalangan semua negara.

15) Cadangkan hala tuju yang sesuai bagi dasar luar negara pada masa hadapan

@
Ramalkan dasar luar negara kita pada masa hadapan.
SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.
RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
@

Jelaskan cabaran dan langkah Malaysia dalam meningkatkan keberkesanan hubungan dengan negara luar
pada era globalisasi hari ini

Cabaran pertama yang dihadapi oleh negara kita ialah perbezaan ideologi antara negara mewujudkan jurang
persefahaman yang luas antara negara.Contohnya Malaysia dengan negara-negara Islam yang mengamalkan mazhab
yang berbeza.

Cabaran yang kedua ialah cabaran untuk mengekalkan hak negara. Isu persempadanan yang menjadi
rebutan antara negara menyebabkan hubungan menjadi renggang.Contohnya isu Pulau Spratly.

Selain itu, Malaysia juga menghadapi cabaran untuk mengekalkan kemajuan ekonomi kerana berlaku
kejatuhan nilai mata wang Malaysia.Ini menyebabkan Malaysia tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa.

Seterusnya Malaysia menghadapi cabaran dalam menangani masalan kebergantungan kepada pekerja
asing.Keadaan ini menyebabkan kebanjiran tenaga kerja asing dan peluang untuk rakyat tempat terhad.

Cabaran yang terakhir ialah jenayah merentasi sempadan.Contohnya penyalahgunaan dadah.Pengedar


dadah menjadikan Malaysia sebagai negara transit dan ada dalam kalangan rakyat Malaysia yang menjadi keldai
dadah.

Antara langkah yang boleh dilaksanakan oleh Malaysia untuk mengatasi cabaran tersebut ialah saling
menghormati ideologi serta meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang supaya hubungan dua hala supaya
ideology yang berbeza tidak menjadi penghalang

Langkah yang kedua mengatasi cabaran ialah negara-negara yang terlibat hendaklah mematuhi undang-
undang yang ditetapkan oleh Mahkamah Dunia.Ini menyebabkan keamanan berjaya diwujudkan.

Seterusnya bagi menghadapi cabaran yang ketiga pula Malaysia perlu mencari medium perantara lain
sebagai alat pertukaran untuk berurusan.contohnya dinar emas.

Bagi menghadapi cabaran keempat,penguatkuasaan undang-undang yang ketat oleh pihak berkuasa supaya
kedatangan dan kebergantungan kepada pekerja asing dapat di kawal.Pihak kerajaan dan majikan perlu
mengutamakan rakyat Malaysia untuk memenuhi sektor pekerjaan.

Untuk mengatasi cabaran kelima,kerajaan perlu mengadakan kawalan ketat di pintu-pintu masuk negara serta
mengenakan hukuman yang ketat kepada pesalah.Selain itu Malaysia juga mengukuhkan kerjasama dengan pihak
berkuasa negara-negara lain agar masalah ini dapat di atasi tanpa menjejaskan hubungan dua hala tersebut.

16) Iktibar yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji

Iktibar yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji ialah penggubalan dasar luar Malaysia dipengaruhi
oleh beberapa faktor seperti sejarah, ekonomi, politik, geografi dan demografi.

Selepas mencapai kemerdekaan, negara kita telah menyertai beberapa pertubuhan antarabangsa dan
memainkan peranan secara aktif seperti dalam pertubuhan PBB, Komanwel dan OIC.

Sebagai rakyat Malaysia, kita harus mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat
antarabangsa.Kita harus mencontohi ketokohan para pemimpin negara yang memberi sumbangan besar dan
mewakili negara dalam pertubuhan antarabangsa.

Dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia akan merealisasikan hasrat negara menjadi sebuah negara maju
yang aman dan makmur.

Rakyat Malaysia harus mengambil iktibar daripada kekacauan dan ketidakharmonian di negara lain yang
bergolak dengan mengukuhkan perpaduan demi menjamin kestabilan ekonomi dan politik negara.

17.Membuat kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan

SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.


RAVI KUMAR KANNAPPAN
SEJARAH SPM RUJUKAN PINTAS 2016 RAVI KUMAR @RK
(a). Pengetahuan yang diperolehi

(b). Nilai-nilai murni dan unsur patriotisme yang diperoleh ke arah kemajuan negara dan bangsa
Malaysia

(c). Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia yang cemerlang dan gemilang

Berdasarkan tajuk yang dibincangkan, Malaysia telah bekerjasama dan berperanan penting dalam
mewujudkan keamanan sejagat. Dasar luar negara yang menghormati kedaulatan negara lain menyebabkan
negara kita dipandang tinggi di mata dunia.

Nilai-nilai murni dan patriotisme yang diperoleh ke arah kemajuan bangsa dan negara ialah sentiasa
bekerjasama dan bertoleransi untuk mewujudkan kesejahteraan dunia.

Sebagai rakyat Malaysia, kita berbangga dengan kepimpinan negara yang mendapat pengiktirafan dunia
kerana sumbangan mereka dihargai pemimpin luar

Untuk menjadikan bangsa yang cemerlang, kita mestilah menjadi warga global yang bertanggungjawab
terutama dalam menghulurkan bantuan misi kemanusiaan.

Dasar-dasar luar Malaysia mampu mengukuhkan hubungan diplomatik dengan negara-negara lain di dunia
melalui amalan semangat setia kawan dan rasional dalam membantu menyelesaikan masalah dunia

SEJARAH BUKAN PENGHAFALAN TETAPI PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA.


RAVI KUMAR KANNAPPAN

You might also like