You are on page 1of 8

TAJUK INOVASI

FLIES STRAW

NAMA PASUKAN DAN PESERTA

Kumpulan Fast & Blow

Chua Yi Xuan, Tan Chun Siang


En Mohammad Ramiz B Hj Omar
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN

ABSTRAK
Flies Straw ialah satu peralatan yang dihasilkan untuk meningkatkan kemahiran dan penguasaan
teknik tiupan. Teknik tiupan ini senang dan menarik kerana selain membuat corak tidak terancang,
kita juga boleh melaksanakan sebagai menggambar. Antara bahan-bahan yang digunakan ialah
straw, kertas lukisan ,warna poster, cat air dan cat tempera. Penyedut minuman yang digunakan
seharusnya lurus supaya tidak menganggu proses tiupan. Lumrahnya, pelajar sekolah rendah
terutama murid tahap satu akan menghadapi masalah dalam meniup kerana ketidakupayaan atau
tidak mempunyai tenaga yang mencukupi. Mereka akan berasa pening apabila menjalankan teknik
tiupan dalam masa yang berpanjangan. Bagi menangani masalah ini, satu cara alternatif iaitu
menghasilkan satu peralatan yang dikenali sebagai Flies Straw. Flies Straw direkaciptakan untuk
memudahkan murid untuk menghasilkan karya dengan menggunakan teknik tiupan. Bagi
memudahkan murid, botol, berus dan warna poster telah disediakan dalam kotak Flies Straw.
Penggunaan Flies Straw yang ringan, mudah disimpan dan sifat mudah dikendalikan oleh murid
telah menjadi keistimewaan terhadap peralatan Flies Straw ini. Penggunaan Flies Straw adalah
direka berdasarkan konsep teknik tiupan dengan bertujuan membimbing dan meningkatkan
penguasaan murid untuk meniup corak terhadap hasil karya mereka. Walaupun peningkatan
pemahaman tentang teknik tiupan adalah berbeza antara murid, penggunaan Flies Straw dikesan
mampu meningkatkan pengajaran dan pembelajaran secara optimum.

ISU ATAU MASALAH YANG DIHADAPI

Masalah-masalah utama yang dihadapi sebelum inovasi diperkenalkan

i. Murid sentiasa tidak berupaya untuk meniup dengan baik.

ii. Menjalankan teknik tiupan dalam masa yang berpanjangan.

iii. Warna yang dibancuh adalah terlalu pekat atau terlalu cair.

1
OBJEKTIF

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan teknik tiupan dengan menggunakan
Flies Straw dalam kalangan murid tahun 2.

Objektif Khusus:

i. Murid dapat meningkatkan penguasaan teknik tiupan selepas menggunakan Flies


Straw.

ii. Murid dapat menjimatkan masa dan tenaga dalam melakukan teknik tiupan melalui
penggunaan Flies Straw .

KUMPULAN SASARAN

Murid Tahun 2

HURAIAN INOVASI

i. SEBELUM PERLAKSANAAN INOVASI

Setelah kami mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid-murid sewaktu melakukan
teknik tiupan untuk menghasilkan corak. Kami saling berbincang dan mencari punca-punca
yang menyebabkan murid tidak berjaya melakukan tiupan. Ekoran daripada itu, kami telah
mendapati bahawa murid-murid tahun 2 tidak mempunyai daya kekuatan yang mencukupii
untuk melakukan tiupan dalam masa yang lama. Mereka sering mengadu bahawa mereka
pening kepala dan tidak larat untuk meneruskan tiupan selepas 5 minit sahaja.

Kami telah berfikir tentang cara ataupun kaedah yang dapat membantu murid untuk
melakukan tiupan dengan baik walaupun hanya mempunyai daya tenaga yang terhad. Oleh
itu, kami cuba untuk mengubahsuai penyedut minuman yang sedia ada bagi
mempermudahkan murid menghasilkan corak dengan teknik tiupan berdasarkan konsep
momentum dalam bidang sains.

Dalam kajian ini, kami telah cuba untuk menggunakan dan memilih peralatan yang bukan
sahaja dapat sambung ke penyudut minuman. Yang terpentingnya, bahan tersebut
hendaklah ringan tetapi ia dapat menghasilkan daya momentum yang paling kuat. Dalam
masa yang sama, rakan kumpulan saya Tan Chun Siang telah melihat satu gambar yang
merupakan cara membuat bekas jus tembikai dengan menggunakan buahnya telah
mencetuskan idea saya untuk menghasilkan peralatan Flies Straw ini. Alat Keg Tap
tersebut telah memberi idea kepada saya untuk mencari peralatan yang mempunyai ciri
persamaannya. Bottle Poures telah dipilih oleh saya sebagai alat untuk dicantum dengan

2
penyedut minuman kerana ia dapat menghasilkan daya momentum yang kuat serta mudah
dipegang oleh murid.

Rajah 1.0

Keadaan sebelum peralatan Flies Strawdihasilkan

Inovasi 1 Inovasi 2 Inovasi 3

Flies Straw yang telah dihasilkan

Rajah 2.0

Gambar Ilham yang Mendapatkan Idea untuk inovasi

Keg Tap yang menjadi perhatian kami dalam mencari alat yang dapat menghasilkan
momentum yang tinggi.

3
ii. SEMASA PERLAKSANAAN INOVASI

Flies Straw, telah kami gunakan sebagai peralatan di dalam bilik darjah iaitu sewaktu
dalam aktiviti bersama murid, kami telah mengesan bahawa murid-murid dapat melakukan
teknik tiupan lebih baik daripada sebelum ini. Berikut merupakan butiran peralatan dalam set
Flies Straw.

Jadual 1.0

Inovasi Bahan Yang Telah Dilaksanakan

Bahan-bahan Kesan
Penyedut minuman + Bottle Poures Memudahkan murid dalam melakukan tiupan
lebih berkesan.

Murid dapat melakukan tiupan lebih lama


dan berkesan kerana tenaga yang
digunakannya adalah kurang.

Murid dapat memengang penyedut minuman


lebih kukuh dan tidak mudah dijatuhkan.
Botol Punch dan Bottle Poures Membolehkan murid mendapatkan isipadu
warna air yang seimbang.

Kepekatan warna air yang dicampurkan tidak


terlalu pekat atau terlalu cair.

Mengurangkan kadar kekotoran baju murid


berbanding dengan menggunakan palet.

iii. SELEPAS PERLAKSANAAN INOVASI

Produk Flies Straw ini telah memberi impak yang besar bagi murid yang baru mempelajari
teknik tiupan di samping dapat meningkatkan murid terhadap penguasaan teknik tiupan.
Kajian ini ingin memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah dalam karya corak dengan
menggunakan teknik tiupan. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, pengkaji telah membuat
beberapa pertimbangan atas tahap penguasaan murid. Merujuk rajah 3.0 telah

4
menunjukkan peningkatan prestasi murid yang ketara dalam teknik tiupan sebelum dan
selepas penggunaan produk inovasi Flies Straw ini.

Dapatan Daripada Analisis Dokumen Hasil Karya Peserta

Rajah 3.0 Analisis Dokumen Sebelum dan Selepas Penggunaan Flies Straw

Pelajar Hasil Karya


Sebelum Selepas

Murid 1

Murid 2

Murid 3

Murid 4

5
Jadual 2.0

Faedah-Faedah Hasil Inovasi


Faedah-faedah hasil inovasi Butiran
Pengurangan kos operasi Kertas Lukisan
- Kertas lukisan dapat dikurangkan kerana
murid-murid dapat menghasilkan karya
yang cantik dan tidak perlu membuat semula

Warna Air
- Isipadu warna air sentiasa seimbang.
- Boleh berkongsi dengan kawan sekiranya
isipadu warna air yang dihasilkan banyak.

Mengurangkan pembaziran air


- Mengelakkan pembaziran air dalam mencuci palet
disebabkan ingin mendapatkan isipada warna air
yang seimbang.
Penjimatan masa Murid
- Dapat menghasilkan karya corak tidak
terancang bersaiz A4 penuh dalam 30 minit.

- Dengan berbagai-bagai warna kerana murid-murid


sempat berfikir dan mencuba pelbagai warna.
Peningkatkan Hasil Kerja Sila rujuk Rajah 4.0 pada lampiran.
Peningkatan tahap kepuasan hati Sila rujuk Jadual 5.0 pada lampiran.
pelanggan
Mudah dibawa - Semua peralatan Flies Straw telah
dibungkus dalam kotak kecil untuk mudah
membawa.

- Saiz lebih kecil daripada kotak honeystar.


Tidak dapat membelinya di pasaran Tidak akan terjumpa di pasaran

6
KOS INOVASI

Jadual 3.0 menunjukkan kos keseluruhan bagi inovasi Flies Straw.

Jadual 3.0

Kos Produk Flies Straw

BAHAN-BAHAN KOS HARGA SEUNIT (RM)

1. Penyedut Minuman 0.10


2. Ice ball 1.20
3. Bottle Poures 0.60
4. Cat Poster 4.50
5. Botol Punch 0.80
6. Berus 1.80
7. Kertas Kotak 1.00
JUMLAH 10.00

Oleh itu, kami menetapkan harga RM10 untuk satu set peralatan Flies Straw seumpama
harga untuk makan mi goreng, ayam goreng dan secawan teh tarik. Jadi, harga ini tentulah
boleh ditanggung oleh semua pihak. Sekiranya, terdapat murid yang memang tidak mampu
membelinya dengan RM10 disebabkan keadaan ekonomi keluarga. Kami juga akan
memberi satu set peralatan Flies Straw secara percuma kerana kepuasan mendidik
seseorang murid adalah tidak dapat dibeli dengan nilai mata wang.

KESIMPULAN

Secara konklusinya, penggunaan Flies Straw telah berjaya meningkatkan kemahiran


peserta kajian dalam proses melakukan teknik tiupan bagi menghasilkan corak tidak
terancang yang lebih cantik dan kemas. Melalui penggunaan peralatan inovasi ini, peserta
kajian lebih mudah untuk menguasai kemahiran untuk melakukan tiupan jika berbanding
dengan pengajaran secara chalk and talk sahaja. Diharapkan penggunaan alat ini dapat
terus dikembangkan dan memberi manfaat kepada lebih banyak peserta-peserta di sekolah
pada masa yang akan datang.

7
LAMPIRAN

Dapatan daripada temubual dengan kumpulan sasaran

Jadual 5.0 Temu bual selepas tindakan dilakukan.

Soalan Item Jawapan


M1 M2 M3 M4
1. Adakah Flies Straw membantu anda Ya Ya Ya Ya
meningkatkan kemahiran teknik tiupan?

2. Adakah peralatan Flies Straw Ya Ya Ya Tidak


menjimatkan masa dan tenaga untuk
menghasilkan karya dengan
menggunakan teknik tiupan?

3. Adakah anda masih menghadapi Tidak Tidak Tidak Tidak


masalah
untuk menghasilkan corak setelah Flies
Straw digunakan?

4. Adakah anda berasa anda boleh Ya Tidak Tidak Ya


menghasilkan corak dengan baik tanpa
peralatan Flies Straw ?

You might also like