You are on page 1of 4

TOPIK 1 NOMBOR

Pengenalan

Kursus Mengajar Nombor, Pecahan, Perpuluhan dan Peratusan ini memberi peluang
kepada pelajar menghayati dan mengembangkan amalan pengajaran yang baik
dalam nombor, pecahan, perpuluhan dan peratus. Perbincangan meliputi aspek-
aspek yang berkaitan dengan perkembangan konsep kanak-kanak, aktiviti
pengajaran dan pembelajaran serta pembinaan resos pembelajaran. Pengalaman
praktikal diperoleh melalui sesi pengajaran mikro/makro.

Modul ini dibina untuk membimbing pelajar- pelajar menjana idea dan menggilap
kreativiti menjadi guru matematik yang berkesan. Tiga aspek utama yang mesti
diberi perhatian ialah:

i. Tahu tentang kemahiran- kemahiran matematik yang perlu murid kuasai pada
akhir persekolahannya.
ii. Ada kemahiran pedagogi untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran
supaya murid faham dan jelas.
iii. Tahap- tahap perkembangan dalam pembinaan sesuatu konsep matematik

Topik- topik dalam kursus ini ialah Nombor, diikuti dengan Pecahan, Perpuluhan dan
Peratus. Dalam tajuk 1, kita akan fokus kepada Nombor Bulat sahaja dan Empat
Operasi Asas. Kita juga akan bincangkan tentang Fakta Asas, Celik Operasi
(Operation Sense) dan Pengiraaan serta Isu- isu Utama dalam Pengajaran Nombor
Bulat.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir pembelajaran topik ini, pelajar- pelajar dapat:

i. Menerangkan tentang perkembangan awal nombor.


ii. Meningkatkan kemahiran-kemahiran pedagogi yang berkesan dalam
pengajaran Nombor Bulat.
iii. Merancang aktiviti- aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk Nombor
Bulat.
iv. Membincangkan isu- isu yang berkaitan dalam tajuk ini.

1.1 Nombor Bulat

Kemahiran - kemahiran matematik dalam tajuk Nombor Bulat yang perlu ada dan
mesti dikuasai murid- murid setelah tamat sekolah rendah ialah:

Menggunakan istilah seperti banyak, sedikit, sama banyak, tidak sama


banyak atau lebih besar daripada, lebih kecil daripada semasa membuat
perbandingan.
Mengenal dan menamakan nombor bulat
Mengira, membaca dan menulis nombor bulat
Menentukan nilai tempat bagi digit dalam nombor bulat
Membanding beza nilai- nilai nombor bulat
Menyusun nombor bulat secara menaik atau menurun
Membundar nombor bulat kepada puluh, ratus, ribu dan puluh ribu yang
hampir.

Kemahiran Pedagogi ialah satu aspek yang amat penting bagi guru untuk
menyampaikan isi kandungan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Kemahiran pedagogi bermaksud guru dapat menguasai kaedah, teknik dan strategi
yang bersesuaian dalam pengajaran dengan tujuan membantu murid memahami
dan menguasai sesuatu konsep.Seorang guru matematik yang efektif perlu arif
tentang langkah- langkah perkembangan yang perlu diambil kira dalam pembinaan
sesuatu konsep khususnya bagi nombor bulat.

1.1.1 Tahap Perkembangan Nombor Bulat

Perkembangan suatu konsep matematik selalunya akan melalui


beberapa langkah- langkah tertentu. Ia berlaku secara berturutan dari
konsep yang mudah ke konsep yang agak sukar dan seterusnya ke
tahap yang susah. Murid- murid perlu didedahkan mengikut
pemeringkatan seperti dalam tajuk nombor bulat iaitu:

Celik Nombor
Pra Nombor
Nombor Awal
Pengenalan Nilai Tempat
Pengukuhan tentang Nilai Tempat
Lanjutan tentang Nilai Tempat

1.1.2 Celik Nombor

Celik nombor merangkumi:

Pemahaman tentang konsep nombor dan operasi ke atas nombor.

Pembentukan strategi berguna bagi memahami nombor dan


operasi ke atas nombor.

Kebolehan untuk mengira dengan tepat dan efisyen, boleh


mengesan kesilapan.
Kebolehan dan kecenderungan untuk menggunakan kefahaman
tentang nombor , dan dalam pelbagai cara yang fleksibel apabila
ingin membuat keputusan.

Mempunyai jangkaan bahawa nombor adalah berguna, dan


bekerja dengan nombor adalah bermakna dan boleh diterima akal
(make sense).

- cth: dapat tempat pertama dalam kelas

1.1.3 Pra Nombor

Pada peringkat ini, kanak- kanak perlu ada kemahiran pra syarat untuk
mempelajari tentang nombor. Kemahiran pra syarat ini termasuklah:
mengklafikasi /mengisih objek melalui sifat- sifat fizikal seperti
warna, saiz
membandingkan kuantiti dua objek melalui padanan satu ke satu.
menentukan hubungan kuantiti antara dua set sebagai sama
banyak, lebih banyak atau kurang daripada.
Keabadian kuantiti

Konsep Pranombor adalah yang bukan berkaitan dengan nombor


tetapi kemahiran ini penting sebagai asas kepada konsep dan
kemahiran nombor yang seterusnya.

1.1.4 Nombor Awal

Di sini, kanak- kanak akan menumpukan perhatian untuk mempelajari


nombor 1 ke 10, juga sifar. Mereka akan diajar membaca, menulis dan
menyusun nombor berasaskan objek- objek konkrit dahulu, diikuti
dengan objek- objek dalam gambar dan akhirnya hanyalah simbol atau
nombor sahaja. Mereka juga perlu faham konsep sifar yang mewakili
kuantiti kosong atau tiada.Guru matematik perlu berhati- hati di sini
kerana kanak- kanak biasanya menghadapi masalah untuk memahami
makna sifar.Oleh itu, adalah wajar untuk mengenalkan sifar hanya
setelah kanak- kanak kenal nombor sekurang- kurangnya sehingga
nombor 3. Begitu juga dengan nombor 10 kerana ia melibatkan
nombor dua digit dan nilai tempat.

Penerangan berkenaan Nilai Tempat akan dihuraikan kemudian.

Kemahiran/konsep penting yang perlu dikembangkan dalam peringkat


awal nombor

Mengenal, menama, dan menentukan nilai nombor 1 hingga 10,


dan 0
Membilang nombor 1 hingga 10

Menulis angka 1 hingga 10

Menyusun nombor 1 hingga 10 mengikut tertib menaik dan


menurun.

You might also like