You are on page 1of 3

Amalan bulan Ramadhan

Dipetik dari Risalah Puasa Ramadhan. Disyarahkan oleh Ustaz Dr Abdullah Yasin dan
dikumpulkan oleh Hakimi Yaacob Syed., ditaip oleh Salwani Ali (aduh naik lenguh jariku, tak
apalah ia hak Allah)

TADAARUS

Bulan Ramadhan dinamakan juga dengan bulan Al-Quran. Dan diantara sebab mengapa bulan
Ramadhan dinamakan Bulan Barkah ialah kerana dalam bulan itulah Al-Quran diturunkan. Dan
kalau kita disuruh untuk berzikir kepada Allah, zikir yang paling tinggi nilainya ialah membaca
Al-Quran. Membaca Al-Quran boleh dilakukan dengan secara membaca sendiri dan boleh pula
secara bergiliran, seorang membaca dan yang lain menyemak. Usahakanlah agar dapat
mengkhatamkan Al-Quran (30juz) paling kurang satu kali dalam bulan Ramadhan. Menurut
Rasulullah (s.a.w), bahawa puasa dan Al-Quran kelak pada hari Kiamat akan dapat memberi
syafaat kepada kita setelah mendapat izin Allah.

IKTIKAF 10 RAMADHAN TERAKHIR

Hadis Riwayat Bukkhari dan Muslim : Dari Aisyah RA bahawa Nabi SAW selalu beriktikaf pada
sepuluh terakhir daripada bulan Ramadhan hingga beliau diwafatkan oleh Allah, kemudian
(diteruskan sunnah) i'tikaf sesudahnya oleh para isterinya.

Hadis Riwayat Bukkhari dan Muslim : Dari Syafiyyah RA bahawa Nabi SAW selalu beri'tikaf di
masjid pada 10 malam terakhir dari bulan Ramadhan. Aku datang menziarahinya pada waktu
malam, dan di sisinya ada beberapa orang isterinya.

Mukaddimah :

I'tikaf adalah salah satu sunnah Nabi Muhammad SAW yang telah dilupakan oleh kebanyakan
ummatnya, lebih-lebih lagi i'tikaf 10 malam terakhir daripada bulan Ramadhan. Kalaulah
"Madrasah Qiyamullail" adalah Madrasah Umum untuk mendidik rohani atau "Tarbiyatul
Ruhiyyah" orang-orang beriman di sepanjang tahun, maka "Madrasah I'tikaf" pada sepuluh
terakhir bulan Ramadhan pula adalah sebuah MAdrasah Khusus sebagai ujian terakhir bagi
setahun amalan orang-orang yang berimana, apalagi ia dilakukan bersama puasa pada siangnya
dan qiyam (Tarawikh, Witir dan Tadarus) pada malamnya

Makna I'tikaf :

Makna I'tikaf ialah berada dalam masjid dengan tujuan untuk mendekatkan diri (taqarrub) kepada
Allah Azza Wa Jalla. Adapun i'tikaf 10 terakhir bulan Ramadhan ialah : Berdiam diri di dalam
masjid bermula daripada petanghari 20 Ramadhan hingga ke malam Idul Fitri dengan niat i'tikaf
dan tidak keluar dari masjid kecuali kerana sebab-sebab yang dibolehkan seperti buang air,
makan dan sebagainya.

Dalil-dalilnya :

Amalan bulan Ramadhan Page 1 of


1. Firman Allah :Janganlah kamu campuri mereka itu sedang kamu beri'tikaf dalam masjid (Al-
Baqarah : 187)
2. 2. Ijma' Ulama sebagaimana yang dinukilkan oleh Ibnu Al-Mundzir dalam kitab Al-Ijmaa',
hal 47.

Hukum I'tikaf :

1. Hukum I'tikaf terbahagi dua :


a. I'tikaf Sunat : I'tikaf yang dilakukan oleh seorang muslim semata-mata dengan tujuan
untuk mendekatkan dirinya kepada Allah, mengharapkan ganjarannya dan mencontohi
perbuatan Rasulullah
b. I'tikaf wajib : i'tikaf yang diwajibkan oleh seseorang keatas dirinya (nazar), apakah
dengan nazar Mutlak atau nazar muallaq. contoh nazar mutlak : wajib keatasku i'tikaf
sekian hari kerana Allah Taala. Contoh nazar muallaq : jika Allah sembuhkan penyakit
anakku ini, maka aku akan i'tikaf sekian hari.

2. Hukum I'tikaf bagi perempuan sama dengan lelaki. Ini berdasarkan hadis dari Syafiyyah tadi.
dalam hal ini tentu saja dengan memenuhi beberapa syarat iaitu
a. setelah mendapat izin walinya atau suaminya
b. aman daripada fitnah dan khalwat dengan lelaki. Ini berdasarkan kaedah fiqhiyyah: Dar-
ul Mafaasid Muqaddam 'Alaa Jalabil Mashaalih (Menolak kerosakan hendaklah
didahulukan daripada kebaikan).

Waktunya :

1. Sah i'tikaf pada waktu apapun juga dari hari-hari sepanjang tahun. Ada riwayat yang sahih
bahawa baginda Rasul SAW i'tikaf pada 10 pertama dari bulan Syawal. Dan dalam riwayat
yang lain, pada 10 terakhir dari bulan Syawwal. (Muttafaq Alaih). Dan yang palin afdal ialah
i'tikaf pada 10 terakhir Ramadhan kerana inilah amalan tetap Rasulullah sehingga beliau
wafat.
2. Nabi SAW masuk masjid untuk i'tikaf 10 terakhir Ramadhan pada petanghari yang ke-20
Ramadhan dan memasuki tempat i'tikafnya sesudah salat Subuh hari ke-21nya.
3. Nabi SAW mengakhiri i'tikaf 10 terakhir Ramadhan pada malam atau pagi Hari Taya Idul
Fitri.

Syaratnya :

1. Islam: I'tikaf tidak sah jika dilakukan oleh orang kafir kerana i'tikaf adalah salah satu
daripada cabang iman.
2. Berakal atau mumayyiz : I'tikaf tidak sah jika dilakukan oleh orang gila atau yang seumpama
dengannya. Juga tidak sah jika belum mumayyiz kerana mereka buka ahli ibadat.
3. Niat : Menurut Ibnu Rusyd (Bidayatul Mujtahid 1/430): "Tidak ada khilaf tentang syarat ini".
4. Puasa : Paraulama berbeda pendapat tentang syarat puasa ini. Hanya tidak dinafikan bahawa
i'tikaf pada waktu siang sambil berpuasa adalah lebih afdal.

Adab-adabnya :

1. Mu'takif (orang yang beri'tikaf) hendaklah mengisi waktu i'tikafnya semampu yang ia boleh
pada siang atau malamnya dengan solat sunat, tilawah Al-Quran, berzikir, berselawat ke atas
Nabi SAW, menuntut ilmu tafsir, haith dan ibadat yang lain.

Amalan bulan Ramadhan Page 2 of


2. Mu'takif hendaklah menjauhkan dirinya dari segala perkara yang tidak ada gunanya samada
perkataan ataupun perbuatan. Hendaklah menjauhi pertengkaran, mengeluarkan kata-kata
keji. Kesemua itu tidak baik dilakukan diluar i'tikaf, lebih-lbih tidak baik dilakukan dalam
i'tikaf. Walaupun tidak membatalkan i'tikaf tetapi ia mengurangi ganjaran i'tikaf.

Larangan-larangannya :

1. Jimaa' : Menurut Asy-Syaukany: Ijma' ulama bahawa jimaa' membatalkan i'tikaf. Namun
demikian mereka tidak diwajibkan membayar kaffarah(denda) kerana tidak warid dalil yang
menyuruh berbuat demikian. Muhammad Syakrah berkata dalam kitabnya Irsyadus Saary
Ilaa Ibadatul Baary III/100: Adapun kalau hanya berciuman dengan isterinya atau
bersentuhan atau rafats tanpa menjimaa'nya, maka kesemua itu tidaklah membatalkan
i'tikafnya.
2. Keluar dari masjid: Mu'takif dilarang keluar dari masjid semasa i'tikaf kecuali jika ssangat
berhajat seperti mandi junub kerana bermimpi, buang air, makan-minum, solat jenazah atau
memandikannya jika tidak ada orang lain yang boleh berbuat demikian. Ini semua
berdasarkan keumuman data Aisyah RA : Adalah sunnah bagi mu'takif supaya tidak keluar
masjid kecuali jika mesti berbuat demikian.

Tempatnya :

Para fuqaha berbeza pendapat tentang tempat atau masjid yang sah dilakukan i'tikaf di dalamnya.

1. Abu Hanifah dan Ahmad bin Hanbal: Sah i'tikaf dalam masjid yang dilakukan di dalamnya
solat wajib yang lima secara berjamaah.
2. Imam Asy-Syaafi'i dan Daud: Sah i'tikaf dalam semua masjid kerana tidak ada dalil sahih
yang menentukan masjid-masjid tertentu.
3. As Syaafi'iyyah: Yang paling afdhal ialah masjid yang didirikan solat jumaat di dalamnya,
kerana jamaah di dalamnya lebih ramai.
4. Jumhur Ulama berpendapat : Tidak sah wanita i'tikaf dalam "masjid rumahnya" kerana ia
tidak termasuk dalam istilah masjid. Dan menurut riwayat yang sahih bahawa isteri
Rasulullah SAW beri'tikaf dalam Masjid Nabawi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: SALWANI ALI <Salwani@uniten.edu.my>$
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Amalan bulan Ramadhan Page 3 of

You might also like