You are on page 1of 6

TEKS UCAPAN

MESYUARAT AGUNG MAJLIS GURU BESAR KUALA LUMPUR


2017
Teks Ucapan
Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
(Yang Bhg. Dato' Hajah Foziah Binti Buang )

Tajuk Ucapan: Menjunjung Aspirasi, Meneruskan Legasi.

Kain songket tenunan Melayu,


Buat majlis tari-menari,
Berjayanya bangsa keranamu guru,
Menjulang nama ibu pertiwi,

Ditenun kemas songket Melayu,


Buat dipakai puteri Rania,
Kuatnya bangsa kerana ilmu,
Membina tamadun kebanggaan dunia.

Sehelai rekaan baju yang mengkagumkan, berasal daripada


tenunan benang yang menawan. Benang ini menjadi pengikat bagi
menghasilkan sebuah rekaan yang hebat. Begitu juga dengan peranan
Guru Besar sebagai titik pemula untuk menggarap dan memakmurkan
pendidikan negara yang bertunjangkan nilai-nilai profesionalisme dan
mempunyai minda kelas pertama. Peranan Guru Besar dengan dunia
pendidikan bangsa ibarat isi dengan kuku, ibarat irama dan lagu. Saling
memerlukan, dan memberikan sumbangan kepada kepentingan
kemajuan pendidikan di negara ini.
Dunia pendidikan negara telah mengalami satu transformasi
secara menyeluruh sama ada daripada aspek pembinaan kurikulum
yang mantap, peningkatan kualiti pedagogi pengajaran dan
pembelajaran guru di bilik darjah, mahupun pembentukan persekitaran
sekolah yang kondusif. Semuanya bagi memastikan negara kita dapat
terus bersaing di peringkat global dan mampu melahirkan modal insan
yang holistik.
Pendidikan adalah wahana yang mampu memacu kemajuan dan
kejayaan bangsa dan negara . Di bahu Guru-guru Besar tergalas
amanah dan tanggungjawab sebagai pengurus pendidikan untuk
memastikan sekolah yang dipimpin dapat memainkan peranan sebagai
agen sosialisasi dan pembudayaan yang berkesan dalam menerap nilai-
nilai yang positif dalam kalangan para pelajar,
Justeru itu, kepemimpinan Guru Besar sebagai pemimpin utama di
sekolah perlu terus diperkasakan supaya mampu menjadi peneraju
kepada kemajuan pendidikan serta mewujudkan sebuah lanskap
pendidikan yang menjunjung tinggi aspirasi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) iaitu melahirkan modal insan yang seimbang
daripada aspek jasmani, rohani, emosi, intelek, mahupun sosial.
Bagi memastikan matlamat pendidikan tercapai sepenuhnya,
pelaksanaan kurikulum perlu diperkukuhkan , Pengurusan kurikulum
yang membawa maksud pendekatan strategik dan seragam dalam
melaksanakan aktiviti akademik dan bukan akademik bagi mencapai
matlamat pendidikan perlu dilaksanakan secara profesional.
Saya percaya Majlis Guru Besar boleh memainkan peranan bagi
memastikan pengurusan kurikulum menepati definisi dan kehendaknya,
Majlis Guru Besar juga boleh membantu meningkatkan keupayaan
pengurusan kurikulum dikalangan ahli-ahlinya, Antara ciri-ciri utama
Guru Besar sebagai pemimpin kurikukum ialah berkeupayaan untuk
melaksanakan kepimpinan transformasi , mengendalikan development
supervision dan merancang latihan-latihan yang tersusun untuk guru-
guru di bawah kawalan masing-masing.Di situlah terletak peranan
sebenar Guru Besar yang profesional. Jika perkara ini dapat
dilaksanakan, saya percaya hasrat untuk melahirkan guru yang
berketrampilan dan murid yang cemerlang pasti dapat dicapai.
Kini, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) telah
masuk Gelombang kedua, . Lantas, peranan Guru Besar juga perlu
bergerak seiring dengan perubahan ini. Anda bukan setakat pemimpin
konvensional, tetapi menjadi agen pemudah cara dalam bidang
kepemimpinan di sekolah. Hal ini bertepatan dengan saranan KPM yang
telah mengubah peranan guru daripada seorang pengajar menjadi
seorang pemudah cara.
Sebagai ketua organisasi sekolah, suka untuk saya ingatkan,
Guru-guru Besar wajar bertindak untuk mengenal pasti idea dan
metodologi baharu ke arah memastikan sekolah dapat memainkan
peranan yang signifikan sebagai pemudah cara kepada PPD, JPN
mahupun KPM. Elemen-elemen yang complicated perlu dikenal pasti
dan mencari inovasi-inovasi baharu untuk mengatasi masalah-masalah
yang dihadapi tanpa menjejaskan etika keguruan .
Saya ingin mencadangkan agar tuan-tuan dan puan-puan
mencari jalan untuk meningkatkan tahap profesionalisme guru-guru di
sekolah agar mampu menjadi warga pendidik yang kompeten. Sebagai
ketua organisasi juga, wajarlah tuan-tuan dan puan-puan menunjukkan
sifat kepemimpinan yang tinggi, demokratik dan menunjukkan
kesungguhan yang tinggi ketika menyelesaikan setiap tugasan. Saya
berharap agar kita bersama-sama menyahut seruan KPM supaya
berfikir di luar kotak supaya dapat melihat setiap perkara dari sudut
pandang yang lebih luas.
Sesungguhnya, majlis sebegini menunjukkan kesepakatan
terhadap peranan dan sumbangan para Guru Besar yang menjadi
tulang belakang dalam mendidik anak bangsa bermula di peringkat
rendah mahupun menengah. Kehadiran tuan/puan ini jelas
membuktikan sokongan, dokongan dan semangat untuk melestarikan
bidang pendidikan secara holistik demi memartabatkan sistem
pendidikan negara. Saya berharap agar peranan Majlis Guru Besar
Kuala Lumpur dapat terus diperkasakan dan dimantapkan serta dapat
menjadi penaung kepada organisasi kepemimpinan di peringkat
sekolah. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan
tahniah kepada Guru Besar yang baru dilantik dan berilah sokongan dan
kerjasama yang padu kepada Majlis Guru Besar Kuala Lumpur di bawah
pimpinan En. Roslan bin Jais dan barisan exconya.
Ingatlah, akhirnya kita akan kembali kepada matlamat asal
pendidikan negara iaitu ke arah melahirkan modal insan yang bersifat
holistik dan menjunjung aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK).

Sebelum mengakhiri ucapan saya, dengarkan susunan kata dalam


seloka.

Beli delima di Subang Jaya,


Guru Besar berkualiti sekolah berjaya,

Pergi Tangkat singgah Segamat,


Dikelek tugas penuh semangat.

Hasil pendapatan keluarkan zakat.


Ikhlaslah bekerja supaya berkat.

Daun serai disangka lalang,


Semoga MGB terus cemerlang

Sekian, terima kasih.


27 Mac 2017.

You might also like