You are on page 1of 17

SEMINAR HEP KEBANGSAAN 2013, POLITEKNIK MERSING JOHOR 13-15 DISEMBER 2013

Kesedaran Pelajar Politeknik Sultan Idris Shah Terhadap Bidang Keusahawanan


Sebagai Kerjaya Pilihan
Norhidayah Bt Mohd Salleh (norhidayah@psis.edu.my)1, Muslimah Bt Mustakim (muslimah@psis.edu.my)2 dan
Zuraida Bt Kamaruddin (zuraida@psis.edu.my)3

1,2 dan 3
Politeknik Sultan Idris Shah, Sungai Lang, 45100 Sungai Air Tawar, Selangor.

ABSTRAK
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji mengenai kesedaran
pelajar Politeknik Sultan Idris Shah terhadap bidang keusahawanan sebagai
kerjaya pilihan. Pengkaji akan mengkaji kesedaran pelajar tehadap faktor
persekitaran iaitu ibu bapa, media massa dan institusi pengajian tinggi. Objektif
kedua ialah mengenai kesedaran pelajar terhadap nilai keusahawanan yang ada
dalam diri pelajar dan objektif yang terakhir ialah kesedaran pelajar terhadap
kekurangan penglibatan bumiputera dalam bidang keusahawanan. Sampel kajian
yang akan digunakan terdiri daripada 350 orang responden yang terdiri daripada
pelajar Politeknik Sultan Idris Shah. Instrumen yang digunakan berbentuk borang
soal selidik yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A (latar belakang
responden) dan bahagian B (berkaitan objektif khusus). Hasil kajian mendapati
kesedaran tentang nilai keusahawanan mendapat min purata yang paling tinggi
iaitu 0.844. Bagi kesedaran tentang faktor persekitaran pula, min purata adalah
sedehana iaitu 0.841 manakala min purata yang paling rendah adalah 0.839 iaitu
kesedaran tentang kecenderungan penglibatan bumiputera dalam bidang
keusahawanan.
Katakunci: kesedaran pelajar, keusahawanan, kerjaya pilihan, persekitaran, nilai
keusahawanan, kekurangan penglibatan bumiputera.

1.0 PENGENALAN
Keusahawanan boleh ditakrifkan sebagai satu proses pewujudan dan pengembangan
perniagaan secara berterusan yang menyumbang kepada proses pembangunan ekonomi
sesebuah negara. Dalam takrif ini ia merangkumi segala aspek pembangunan ekonomi,
sosiologi, psikologi, pengurusan dan merupakan perkara utama dalam pembangunan
sesebuah negara. Ia dilihat melalui aspek keusahawanan yang gigih untuk membolehkan
negara mencapai tahap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang baik. Selain itu,
keusahawanan juga merangkumi bidang ilmu seperti unsur-unsur sikap, kemahiran dan
pengetahuan yang berkaitan dengan perniagaan dan perusahaan kepada individu, keluarga
dan masyarakat. Menurut John J Koa (1991) keusahawanan dilihat sebagai kaitan dengan
kualiti abadi manusia iaitu setiap tingkah laku dalam keusahawanan haruslah melibatkan
keupayaan untuk mengenal pasti peluang yang berdasarkan idea-idea dan pendekatan baru
untuk mewujudkan sesuatu yang bernilai dan berharga.
Menurut Yep Putih (1989), keusahawanan dikatakan sebagai satu kebolehan, kemampuan
dan kecenderungan untuk melakukan perkara-perkara seperti melakukan peluang perniagaan
yang memerlukan kemampuan dan kebolehan yang tinggi supaya boleh mencapai pulangan
yang baik yang boleh menguntungkan diri sendiri dan masyarakat serta mampu mentadbir
dalam mengeluarkan faktor-faktor pengeluaran bagi menghasilkan pembagunan ekonomi dan
kebajikan sosial.

1
SEMINAR HEP KEBANGSAAN 2013, POLITEKNIK MERSING JOHOR 13-15 DISEMBER 2013

Namun jika dilihat, kesedaran pelajar terhadap bidang keusahawanan tidak begitu
mendalam dan meluas. Pelajar menyedari bidang keusahawanan amat penting tetapi tidak
mengetahui cara untuk menyelami bidang keusahawanan tersebut dengan lebih menyeluruh.
Oleh itu, pelajar masih ragu-ragu tentang bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan
mereka selepas tamat pengajian di institusi pengajian dan kajian yang dijalankan ini adalah
mengenai kesedaran pelajar Politeknik Sultan Idris Shah terhadap bidang keusahawanan
sebagai kerjaya pilihan.

1.1 Latar Belakang Masalah


Kajian ini dilakukan untuk mengkaji kesedaran pelajar Politeknik Sultan Idris Shah terhadap
bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan. Melalui faktor persekitaran, ramai usahawan
bukan bumiputera yang berjaya membina syarikat sendiri melalui usaha yang
dilakukan.Namun bagi golongan bumiputera, bidang keusahawanan berada di tahap yang
rendah dan kajian ini dilakukan untuk membuka minda pelajar mengenai bidang ini sebagai
pilihan kerjaya selepas tamat pengajian.
Di samping itu, kurangnya dorongan daripada ahli keluarga dan sahabat tentang bidang
keusahawanan ini menyebabkan pelajar masih lagi teragak-agak untuk menceburi bidang ini.
Ada setengah pihak memperlekehkan usaha pelajar untuk menceburi bidang ini yang
mengatakan bahawa bidang ini tidak relevan dengan kos yang diambil oleh mereka semasa
pengajian di Politeknik Sultan Idris Shah. Bagi golongan media massa pula, mereka kurang
memberi pendedahan tentang artikel atau risalah berkenaan bidang keusahawanan kepada
pelajar, yang ada hanyalah untuk golongan yang sudah bekerja agar dapat menambah
pendapatan golongan itu.
Faktor kesedaran yang kedua ialah nilai keusahawanan yang berada dalam diri seorang
individu.Hal ini boleh dilihat pada pelajar sendiri yang mana mereka tidak sedar tentang
kehadiran nilai keusahawanan yang berada dalam diri mereka.Pelajar seolah-seolah tidak
mengambil peduli tentang nilai keusahawanan dan juga tidak berani mengambil peluang yang
ada. Ada juga yang sedar akan nilai keusahawanan ini, namun mereka tidak diberi peluang
atau menghadapi masalah kekurangan modal yang boleh merencatkan usaha yang dijalankan.
Faktor yang terakhir ialah kecenderungan penglibatan bumiputera dalam bidang
keusahawanan.Dalam faktor ini, kecenderungan penglibatan bumiputera masih lagi berada di
tahap yang tidak memuaskan. Kebanyakan masyarakat bumiputera lebih gemar untuk
makan gaji atau bekerja di sektor kerajaan kerana bagi mereka masa depan mereka lebih
terjamin. Dalam Berita Harian, 3 Julai 2006 mengatakan bahawa statistik pada 2005 oleh
Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, bangunan milik Bumiputera ialah 24,374
unit berbanding 139,052 unit oleh kaum Cina. Kompleks perniagaan pula 3,207 milik
Bumiputera berbanding 19,072 unit milik kaum Cina.Premis industri hanya 1,480 unit milik
Bumiputera berbanding 21,514 unit oleh kaum Cina.Hal ini boleh dilihat di Malaysia,
golongan bukan bumiputera lebih memonopoli bidang keusahawanan dan syarikat yang
dibina mempunyai empayar lebih dari satu.Kesannya, golongan bumiputera tidak mahu
mengambil peluang dan teragak-agak untuk bersaing dengan golongan bukan bumiputera
dalam bidang keusahawanan ini.

2
SEMINAR HEP KEBANGSAAN 2013, POLITEKNIK MERSING JOHOR 13-15 DISEMBER 2013

1.2 Peryataan Masalah


Kajian ini bertujuan untuk mengkaji mengenai kesedaran Pelajar Politeknik Sultan Idris Shah
terhadap bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan supaya para pelajar dapat mencipta
pekerjaan sendiri dengan cara memulakan dan menjalankan perniagaan sendiri apabila tamat
pengajian.
Persoalannya, adakah faktor persekitaran dapat memberi kesedaran kepada pelajar terhadap
bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan sekiranya pelajar mendapat dorongan daripada
ahli keluarga, sahabat dan institusi pengajian tentang bidang keusahawanan.Ahli keluarga dan
sahabat merupakan orang terpenting dalam kehidupan pelajar. Apabila semangat yang datang
daripada golongan tersebut, maka pelajar akan lebih yakin untuk memilih kerjaya
keusahawanan ini di samping dorongan daripada institusi pengajian. Perkara ini dapat
dijelaskan bahawa faktor persekitaran yang merangkumi dorongan daripada ahli keluarga,
sahabat dan institusi pengajian, mampu untuk memberi kesedaran tentang bidang
keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.
Faktor yang kedua merupakan nilai keusahawanan yang berada dalam diri pelajar. Nilai
keusahawanan amat penting untuk diterapkan di dalam diri pelajar supaya pelajar menyedari
betapa pentingnya keusahawanan pada masa akan datang. Hal ini dapat menghasilkan satu
usaha daripada pelajar itu sendiri untuk mencapai tahap yang mereka inginkan.Pelajar harus
menyedari nilai keusahawanan dan menyedari tentang kebolehan yang ada dalam diri
pelajar.Pelajar tidak seharusnya mempunyai perasaan sambil lewa tetapi perlu menanamkan
aspek yang positif tentang bidang keusahawanan bahawa bidang ini mampu untuk menjana
pendapatan yang lumayan melalui usaha diri sendiri untuk membangunkan sesebuah syarikat.
Faktor seterusnya, kecenderungan penglibatan masyarakat bumiputera dalam bidang
keusahawanan merupakan faktor yang terakhir untuk memberi kesedaran kepada
pelajar.Pelajar perlu sedar bahawa di Malaysia, bilangan golongan bumiputera yang terlibat
dalam keusahawanan adalah kecil.Pelajar harus berusaha dan menyedari bidang
keusahawanan ini dapat membantu dalam pertumbuhan ekonomi yang baik. Tidak
semestinya seorang yang bermula daripada bawah tidak akan berjaya dalam bidang
keusahawanan. Contohnya, Tan Sri Syed Mukhtar Al-Bukhari juga adalah seorang yang
bermula daripada bawah dan tidak ada alasan kepada sesiapa yang mengatakan bahawa
bidang keusahawanan hanya untuk golongan bukan bumiputera sahaja yang mana mereka
lebih mengetahui tentang selok-belok bidang ini. Tanggapan seperti inilah yang akan
mematahkan semangat golongan bumiputera untuk menceburi bidang keusahawanan.

1.3 Objektif Kajian


1. Mengkaji mengenai kesedaran pelajar terhadap faktor persekitaran dalam
bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.
2. Mengkaji kesedaran pelajar tentang nilai keusahawanan yang diterapkan
dalam diri terhadap bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.
3. Mengkaji mengenai kesedaran pelajar tentang kecenderungan penglibatan
bumiputera dalam bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

3
SEMINAR HEP KEBANGSAAN 2013, POLITEKNIK MERSING JOHOR 13-15 DISEMBER 2013

1.4 Persoalan Kajian


1. Adakah pelajar menyedari faktor persekitaran mempengaruhi dalam memilih
bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.
2. Adakah pelajar menyedari nilai keusahawanan yang diterapkan dalam diri
terhadap bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.
3. Adakah pelajar menyedari kekurangan penglibatan bumiputera dalam bidang
keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

1.6 Batasan Kajian


Batasan terhadap kajian ini adalah seperti berikut:
1. Kajian ini hanya terbatas kepada pelajar Politeknik Sultan Idris Shahsahaja.
2. Dapatan kajian ini tidak digeneralisasi kepada seluruh politeknik dan juga
tidakdirumuskan kepada semua pelajar politeknik di Malaysia.
3. Hasil dapatan kajian ini adalah bergantung kepada kejujuran dan keikhlasan
responden ketika menjawab soalan soal selidik.

1.7 Kepentingan Kajian


Kajian ini mengenai kesedaran pelajar Politeknik Sultan Idris Shah terhadap bidang
keusahawanan sebagai kerjaya pilihan. Menerusi kajian ini, diharapkan ia dapat memberi
kepentingan kepada beberapa pihak. Antaranya adalah kepentingan kepada institusi pengajian
untuk membantu pelajar dari segi ilmu keusahawanan yang dilaksanakan di tempat
pengajian.Selain itu, kajian ini dapat memberi kepentingan kepada pelajar sendiri dengan
menanamkan nilai-nilai keusahawanan dalam diri untuk memperoleh pengetahuan mengenai
ilmu keusahawanan dengan lebih mendalam dan tepat. Akhir sekali, kepentingan kepada
pengkaji akan datang iaitu dengan memberi informasi yang berguna untuk kajian yang akan
dijalankan pada masa akan datang.

2.0 SOROTAN KAJIAN


Dalam era globalisasi, potensi untuk mewujudkan golongan usahawan terutama di kalangan
pelajar perlu dipertingkatkan dengan memberi pendedahan kepada pelajar untuk mencungkil
bakat selain menjadi salah satu kerjaya yang mudah diceburi melalui kemahiran yang
mereka ada. Oleh itu, pelajar perlu diberi pendedahan tentang garis panduan untuk
memulakan perniagaan dan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk memajukan
perniagaan. Ini menunjukkan keusahawanan dapat melahirkan warganegara Malaysia yang
berilmu pengetahuan, bertanggungjawab dan berkeupayaan dalam mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat
dan negara.

4
SEMINAR HEP KEBANGSAAN 2013, POLITEKNIK MERSING JOHOR 13-15 DISEMBER 2013

2.1 Kesedaran pelajar terhadap faktor persekitaran dalam bidang keusahawanan


sebagai kerjaya pilihan
Menurut Lee Shok Mee (1996) persekitaran ialah segala keadaan di sekeliling termasuk
persekitaran fizikal, iklim, sosiobudaya, politik dan interaksi antara satu sesama manusia
serta alam sekitar. Persekitaran juga melibatkan individu, suasana, organisasi atau pertubuhan
secara langsung mahupun tidak langsung seperti ibu bapa, institusi pengajian dan media
massa.
Dorongan dan galakan ibu bapa mampu mempengaruhi persekitaran terhadap anak-anak
dalam bidang keusahawanan. Menurut Crow dan Crown (1980) pengaruh ibu bapa terhadap
pembelajaran boleh memberikan dorongan kepada pelajar supaya lebih berminat walaupun
minat kerja yang ada pada seseorang itu pada mulanya tidak mencerminkan keinginan
mereka. Sikap ibu bapa yang positif terhadap pendidikan serta galakan yang diberikan
terhadap pembelajaran anak-anak mereka akan meningkatkan minat serta pencapaian mereka
dalam bidang pelajaran. Pendedahan mengenai dunia perniagaan perlu dilakukan bagi
memupuk minat pelajar terhadap bidang keusahawanan sejak kecil lagi (Ab. Aziz Yusof,
2001). Kurangnya pendedahan ini menyebabkan peajar tidak mengetahui dengan lebih
mendalam dan seterusnya akan menyebabkan mereka tidak berminat untuk menceburi bidang
keusahawanan. Selain itu, ibu bapa yang terlibat dengan bidang perniagaan juga boleh
memberi dorongan kepada anak-anak tentang dunia perniagaan dengan mengajak anak-anak
membantu menguruskan perniagaan ibu bapa mereka. Hal ini dapat menarik minat anak-anak
untuk menceburi bidang keusahawanan jika mereka didedahkan tentang perniagaan sejak
kecil lagi dan akan menambahkan rasa minat anak-anak terhadap bidang ini.
Menurut Hairunnaja Najmuddin (2005) anak kepada usahawan mempunyai kecenderungan
yang lebih untuk menjadi usahawan.Ini mungkin terjadi kerana faktor pendedahan semenjak
dari kecil lagi.Persepsi anak tersebut tentang keusahawanan sudah tentu dipengaruhi oleh
pemikiran ibu bapanya.Pendedahan harian kepada aktiviti berniaga tentunya boleh
menimbulkan minat seseorang terhadap bidang perniagaan.Oleh yang sedemikian, seseorang
dapat melihat, memahami dan menghayati tentang kegiatan keusahawanan dan dapat menarik
minat seseorang dalam bidang keusahawanan bersesuaian dengan anggapan tak kenal maka
tak cinta.
Institusi pengajian juga memainkan peranan penting dalam menggalakkan pelajar menceburi
bidang keusahawanan. Hal ini dapat dibuktikan melalui laman web portal KPT berkaitan
dengan Persidangan Keusahawan Teknologi Kreatif 2013 pada 27 & 28 April 2013 yang
bertempat di Persada Johor, Johor Bharu. Kurikulum merupakan segala rancangan yang
dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pelajaran untuk mencapai matlamat
pendidikan yang mengandungi segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan
norma, unsur kebudayaan pada ahli-ahlinya (Mok Soon Sang, 2002). Secara keseluruhannya
dari kenyataan yang telah dibincangkan jelaslah persekitaran dalam bidang keusahawanan
dapat memberi kesedaran kepada pelajar dalam meningkatkan dan mempengaruhi minat
pelajar terhadap bidang keusahawanan dengan adanya dorongan daripada pihak-pihak
tertentu.

5
SEMINAR HEP KEBANGSAAN 2013, POLITEKNIK MERSING JOHOR 13-15 DISEMBER 2013

2.2 Kesedaran pelajar tentang nilai keusahawanan yang diterapkan dalam diri
terhadap bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan
Nilai keusahawanan boleh diterapkan dalam diri di kalangan pelajar dengan memberi
pendedahan kepada pelajar tentang bidang keusahawanan.Nilai keusahawanan boleh
dikenalpasti melalui minat dan kemahiran yang sedia ada dalam diri pelajar itu sendiri.
Minat diklasifikasikan kepada beberapa bahagian, antaranya minat terhadap idola yang
menjadi salah satu ikon kepada pelajar. Menurut Ab. Aziz Yusof dan Zakaria Yusof (2004)
minat tehadap sesuatu perkara atau aktiviti akan mendorong seseorang pelajar meneroka
lebih jauh dan minat tersebut perlu ditanam di dalam diri pelajar. Latihan keusahawanan juga
perlu untuk memberi pendedahan kepada pelajar semasa usia muda dalam menjamin minat
yang berterusan dalam bidang yang mencabar ini (Humam, 1988). Kenyataan ini turut
disokong oleh Syarifah Alwiah Al-Sagoff (1985) jika seseorang itu berminat dia akan
memberi tumpuan sepenuhnya terhadap sesuatu perkara yang diminatinya sebagai alat untuk
mendorong seseorang pelajar menerokai lebih jauh daripada apa yang dipelajarinya. Jika
didorong dengan minat dan semangat yang kuat walaupun bakat yang sedikit mampu
menjadikan individu yang berjaya pada masa hadapan kelak.Sebagai kesimpulan, minat yang
kuat boleh mendorong dan membakar semangat pelajar untuk menjadi gigih apabila
berhadapan dengan sebarang cabaran dan masalah dalam bidang keusahawanan.
Kemahiran keusahawanan merupakan keupayaan untuk meneroka peluang dan
membangunkan kesedaran terhadap risiko, kreativiti dan inovasi dalam aktiviti berkaitan
perniagaan dan pekerjaan. Menurut Khairuddin (1996) kemahiran dan pengetahuan boleh
didapati melalui pembacaan, penglihatan, seminar, pengamatan dan pengkajian. Jelaslah di
sini bahawa dengan adanya minat pelajar dalam bidang keusahawanan, pelajar boleh
memperbaiki kemahiran keusahawanan apabila berhadapan dengan pesaing-pesaing dan
cabaran-cabaran yang bakal dihadapi dalam bidang keusahawanan. Kemahiran mengenai
keusahawanan boleh diperolehi melalui pengalaman berniaga yang tidak diajar oleh mana-
mana institusi. Pernyataan ini diakui oleh Mohamad Najib Abd. Ghafar ( 1999 ) yang
menjelaskan bahawa pelajar perlu memperbaiki kemahiran yang ada untuk memastikan minat
terhadap keusahawanan sentiasa berterusan. Kemahiran merupakan ilmu pengetahuan yang
perlu ada dalam diri seorang usahawan untuk mengetahui mengenai dunia perniagaan yang
terlalu banyak dan meluas. Terdapat banyak kursus atau seminar yang dianjurkan oleh pihak
kerajaan dan pihak-pihak tertentu bagi memberikan input yang terbaik kepada usahawan
untuk menjalankan perniagaan dengan jayanya. Dengan adanya kursus dan seminar, ia dapat
membantu usahawan berkongsi pengalaman ataupun masalah dalam bidang perniagaan
mahupun perkembangan terkini dalam dunia perniagaan.
2.3 Kesedaran pelajar tentang kecenderungan penglibatan bumiputera dalam bidang
keusahawanan sebagai kerjaya pilihan
Menurut Lim Wee Ling (2001) bidang keusahawanan lebih dikuasai oleh kaum
Cina.Kenyataan ini disokong oleh Humam (1992) yang mendapati penduduk bukan
bumiputera telah menguasai sektor ekonomi dan matlamat Dasar Ekonomi Baru gagal
dicapai sepenuhnya.Memandangkan kurangnya penyertaan bumiputera dalam bidang
keusahawanan, kerajaan perlu mempertingkatkan usaha dengan memberi peluang kepada
golongan bumiputera yang layak untuk mengikuti pelbagai kursus keusahawanan.Selain itu,
kerajaan perlu menyalurkan bantuan kewangan untuk membuka perniagaan sendiri kepada
golongan yang berminat dalam bidang keusahawanan dan penyataan ini disokong oleh
Norasmah (2002) yang menyatakan bahawa salah satu kementerian yang berfungsi untuk

6
SEMINAR HEP KEBANGSAAN 2013, POLITEKNIK MERSING JOHOR 13-15 DISEMBER 2013

membangunkan usahawan bumiputera ialah Kementerian Pembangunan Usahawan.Kerajaan


telah menubuhkan kementerian tersebut pada tahun 1995 sebagai badan yang menguruskan
pembangunan usahawan.Penubuhan ini menunjukan bahawa bidang usahawan merupakan
bidang yang sangat penting dalam memastikan pembangunan sesebuah negara.
Kekurangan penglibatan bumiputera juga disebabkan terdapat beberapa kelemahan seperti
kekurangan modal, kekurangan kemahiran pemasaran, pengetahuan dan teknologi,
kekurangan pekerja mahir, kekurangan kemahiran dan pengetahuan pengurusan dan
ketidakmampuan untuk mendapat premis perniagaan yang sesuai (Zaidatol dan Habibah,
1997).Oleh sebab itu, kerajaan Malaysia telah mengadakan sistem pendidikan keusahawanan
secara beransur-ansur sejak dari persekolahan supaya dapat mengubah nilai dan sikap
bumiputera ke arah perubahan yang positif.Menurut Shahril (1993) usaha kerajaan untuk
membantu kaum bumiputera telah banyak dilaksanakan seperti pendidikan perdagangan dan
keusahawanan telah lama wujud di Malaysia.
Menurut Muhammad Rashidi Wahab (2010) amat malang sekiranya orang Islam sendiri tidak
menyedari hakikat bahawa mereka mestilah mengatasi bangsa lain dalam setiap sudut
kehidupan dan pekerjaan termasuklah bidang perniagaan. Dalam riwayat Al-Bazzar Al-
Hakim ada mengatakan bahawa pekerjaan yang paling baik hasil usahanya iaitu yang baik
beserta halal. Secara kesimpulannya, para pelajar perlu diberi galakan dalam melibatkan diri
dalam keusahawanan bagi meningkatkan penglibatan bumiputera dalam bidang
keusahawanan.

3.0 METODOLOGI KAJIAN


Dalam kajian ini, kaedah tinjauan dipilih dengan menggunakan instrument borang soal
selidik. Seramai 350 orang responden telah dipilih secara rawak mengikut jabatan daripada
4296 orang pelajar Politeknik Sultan Idris Shah, jadual Krejcie dan Morgan (1970) dipilih
bagi menentukan bilangan sampel. Borang soal selidik ini terbahagi kepada empat bahagian
iaitu maklumat demografi, Kesedaran pelajar tentang faktor persekitaran dalam bidang
keusahawanan sebagai kerjaya pilihan, Kesedaran pelajar tentang nilai keusahawanan yang
diterapkan dalam diri terhadap bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan, Kesedaran
pelajar tentang kecenderungan penglibatan bumiputera dalam bidang keusahawanan sebagai
kerjaya pilihan. Soalan yang digunakan adalah berbentuk soalan tertutup dan 5 skala likert
telah digunakan bagi mengukur persetujuan respondan. Sebelum borang soal selidik
diedarkan kepada respondan, ujian rintis (pilot test) sebanyak 30 set telah dilakukan bagi
mengukur kestabilan item mengikut faktor yang dikaji.
Bagi data yang diperolehi dari borang soal selidik, ia dianalisis menggunakan perisian
Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 20 dengan menggunakan teknik statistik
berbentuk deskriptif. Min, median dan mod adalah tiga cara pengukuran kecenderungan
tengah dan jadual kekerapan serta peratusan digunakan bagi melihat dengan secara jelas
keputusan yang diperolehi.

4.0 KEPUTUSAN KAJIAN


Bab ini menerangkan keputusan kajian yang diperolehi daripada penyelidikan yang telah
dilakukan oleh pengkaji ke atas responden berkenaan dengan tajuk Kajian tentang kesedaran
pelajar Politeknik Sultan Idris Shah terhadap bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.
7
SEMINAR HEP KEBANGSAAN 2013, POLITEKNIK MERSING JOHOR 13-15 DISEMBER 2013

4.1 Analisis kebolehpercayaan Data


Pengkaji telah melakukan kajian rintis (pilot test) terhadap 30 orang responden yang
bertujuan untuk mengkaji kesahihan soalan yang terkandung di dalam borang soal selidik.
Jadual 4.1.1: Analisis kebolehpercayaan data
Cronbachs Bilangan Soalan
Alpha
Soalan faktor persekitaran 0.855 10
Soalan faktor nilai keusahawanan 0.832 10
Soalan faktor kecenderungan penglibatan bumiputera 0.822 10

Berdasarkan kepada Jadual 4.1.1, didapati nilai Cronbachs Alpha adalah melebihi tanda aras
yang telah ditetapkan dan boleh diguna pakai.Menurut Uma Sekaran (2003), jika nilai
Cronbachs Alpha melebihi 0.8 maka skala tersebut boleh dipercayai untuk mengukur sesuatu
kajian.

4.2 BAHAGIAN A : Latar Belakang Responden


Bahagian ini mengkaji latar belakang responden seperti jantina, umur, agama, semester dan
jabatan.
Jadual 4.1.2 jantina*umur crosstabulation

umur jumlah
18-20 21-23 24-26 27 ke atas
perempuan 73 143 7 1 224
jantina
lelaki 36 87 2 1 126
jumlah 109 230 9 2 350

Daripada Jadual 4.1.2, jumlah responden perempuan yang menjawab soal selidik ini terdiri
daripada 224 orang manakala selebihnya adalah responden lelaki seramai 126. Golongan
responden yang berumur daripada 18-20 tahun adalah seramai 109 orang , manakala seramai
230 orang adalah terdiri daripada 21-23 tahun, bagi 24-26 tahun pula seramai 9 orang dan
kumpulan umur 27 keatas adalah seramai 2 orang.

Jadual 4.1.3: Semester *Jabatan crosstabulation


jabatan Jumlah

perdagangan teknologi hospitaliti kejuruteraan kejuruteraan


maklumat & awam elektrik
komunikasi
1-2 8 0 2 6 6 22
semester 3-4 19 11 8 18 6 62
5-6 43 60 48 54 61 266
Jumlah 70 71 58 78 73 350

8
SEMINAR HEP KEBANGSAAN 2013, POLITEKNIK MERSING JOHOR 13-15 DISEMBER 2013

Daripada jadual 4.1.3, jumlah responden yang tertinggi menjawab soal selidik ini adalah
daripada pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam, iaitu seramai 78 orang dan paling rendah
adalah responden daripada Jabatan Hospitaliti iaitu seramai 58 orang. Manakala bagi pecahan
megikut semester, responden teramai adalah daripada semester 5-6 dan paling sedikit
menjawab borang soal selidik ini adalah daripada pelajar semester 1-2.

Jadual 4.1.4: Adakah anda mengambil mata pelajaran keusahawanan * setelah


tamat pengajian adakah bidang keusahawanan wujud sebagai kerjaya pilihan
Crosstabulation

setelah tamat pengajian adakah Jumlah


bidang keusahawanan wujud
sebagai kerjaya pilihan
ya tidak
Adakah anda mengambil ya 169 47 216
mata pelajaran
keusahawanan tidak 96 38 134
Jumlah 265 85 350

Hasil dapatan kajian ini menunjukkan majoriti responden bersetuju memilih bidang
keusahawanan sebagai kerjaya pilihan setelah tamat pengajian mereka iaitu seramai 265
orang berbanding 85 orang sahaja yang tidak akan memilih bidang keushawanan sebagai
kerjaya mereka. Mereka juga bersetuju bahawa keusahawanan perlu diterapkan sejak dari
peringkat awal iaitu sebanyak 86.30% bersamaan dengan 302 orang responden manakala
responden yang tidak bersetuju hanya sebanyak 13.7% seramai 48 orang sahaja.
4.3 BAHAGIAN B : Kesedaran Pelajar Politeknik Sultan Idris Shah Terhadap
Bidang Keusahawanan Sebagai Kerjaya Pilihan
Bahagian ini menjelaskan tentang hasil maklum balas yang diberikan oleh responden tentang
Kesedaran Pelajar Politeknik Sultan Idris Shah terhadap bidang keusahawanan sebagai
kerjaya pilihan. Keputusan kajian ini akan ditunjukkan berdasarkan peratusan dan min
skor.Hasil daripada analisa akan dirumuskan keputusannya berdasarkan kepada tahap
pengukuran seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut :

Jadual 4.3.1: Skala Min Skor


Min Skor Tahap
1.0 hingga 2.0 Rendah
2.0 hingga 3.0 Sederhana
3.0 hingga 4.0 Tinggi

9
SEMINAR HEP KEBANGSAAN 2013, POLITEKNIK MERSING JOHOR 13-15 DISEMBER 2013

Jadual 4.3.2:Analisis soalan berkaitan kesedaran pelajar terhadap faktor persekitaran dalam
bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan

BILANGAN MIN
No. Penyataan Soalan
STS TS S SS SKOR TAHAP
Faktor persekitaran penting bagi pelajar sedar untuk
menceburi bidang keusahawanan sebagai kerjaya
1 4 22 196 128 3.28 TINGGI
pilihan

Dorongan serta galakan ibu bapa mampu untuk


mempengaruhi anak-anak dalam menceburi bidang
2 6 21 176 147 3.33 TINGGI
keusahawanan

Peningkatan kesedaran pelajar terhadap bidang


keusahawanan sebagai kerjaya pilihan adalah
3 6 29 195 120 3.23 TINGGI
disebabkan sikap ibu bapa yang positif

Pendedahan mengenai dunia perniagaan perlu


dilakukan bagi memupuk minat pelajar terhadap
4 4 21 169 156 3.36 TINGGI
bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan

Ibu bapa yang terlibat dengan bidang perniagaan


boleh memberi dorongan dengan mengajak anak-
5 2 23 155 170 3.41 TINGGI
anak membantu menguruskan perniagaan yang
dijalankan
Bidang keusahawanan perlu didedahkan kepada
anak-anak sejak kecil lagi supaya dapat
6 menambahkan rasa minat mereka terhadap bidang 3 27 183 137 3.30 TINGGI
ini sebagai kerjaya pilihan

Faktor persekitaran yang meluas mengenai


perniagaan dapat membuka minda pelajar untuk
7 5 24 182 139 3.30 TINGGI
menceburkan diri dalam bidang keusahawanan

Media massa perlu memperbanyakan risalah dan


artikel tentang bidang keusahawanan untuk pelajar
8 di institusi pengajian tinggi 3 20 177 150 3.35 TINGGI

Segala aktiviti keusahawanan yang dikendalikan


oleh institusi pengajian boleh menambahkan ilmu
9 4 20 187 139 3.32 TINGGI
pengetahuan serta kemahiran pelajar

Ibu bapa, rakan dan institusi pengajian dapat


menyedarkan pelajar bahawa bidang
10 4 12 189 145 3.36 TINGGI
keusahawanan adalah salah satu kerjaya pilihan
pada masa hadapan

MIN PURATA 3.32 TINGGI

Jadual 4.3.2 menunjukkan min tentang kesedaran Pelajar Politeknik Sultan Idris Shah
terhadap faktor persekitaran dalam bidang keusahawanan sebagai kerjaya plilihan. Item 5
menunjukkan min yang tertinggi iaitu 3.41 sebanyak 170 orang responden yang sangat

10
SEMINAR HEP KEBANGSAAN 2013, POLITEKNIK MERSING JOHOR 13-15 DISEMBER 2013

bersetuju dengan faktor bahawa ibu bapa yang terlibat dengan bidang perniagaan boleh
memberi dorongan dengan mengajak anak-anak membantu menguruskan perniagaan yang
dijalankan. Selain itu, segala aktiviti keusahawanan yang dikendalikan oleh institusi
pengajian boleh menambahkan ilmu pengetahuan manakala kemahiran pelajar di dalam item
9 merupakan min yang sederhana iaitu 3.32 sebanyak 139 orang responden sahaja.
Seterusnya min 3.23 menunjukkan min yang paling rendah iaitu sebanyak 120 orang
responden yang sangat bersetuju dengan item 3 tentang peningkatan kesedaran pelajar
terhadap bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan adalah disebabkan sikap ibu bapa
yang positif.

Jadual 4.3.4: Analisis Soalan berkaitan dengan kesedaran pelajar tentang nilai
keusahawanan yang diterapkan dalam diri terhadap bidang keusahawanan
sebagai kerjaya pilihan

BILANGAN MIN
No. Penyataan Soalan
STS TS S SS SKOR TAHAP

Nilai keusahawanan boleh dikenalpasti melalui minat


1 dan kemahiran yang sedia ada dalam diri pelajar 3 17 202 128 3.30 TINGGI

Kesedaran tentang nilai keusahawanan dapat dilihat


dengan minat terhadap idola yang menjadi salah satu
2 2 24 201 123 3.27 TINGGI
ikon kepada pelajar

Pelajar meminati mata pelajaran keusahawanan serta


minat untuk menceburi bidang keusahawanan pada
3 3 32 189 126 3.25 TINGGI
masa hadapan

Minat terhadap aktiviti perniagaan yang dijalankan


akan mendorong pelajar meneroka lebih jauh dalam
4 5 17 197 131 3.30 TINGGI
bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan

Latihan keusahawanan perlu diberikan pendedahan


5 kepada pelajar semasa usia muda dalam menjamin 2 22 176 150 3.35 TINGGI
minat yang berterusan
Pelajar perlu berani untuk mengambil peluang dalam
6 menerapkan nilai keusahawanan terhadap bidang 2 15 171 162 3.41 TINGGI
keusahawanan sebagai kerjaya pilihan
Minat yang mendalam mampu mendorong dan
membakar semangat pelajar untuk menjadi gigih
7 4 21 209 116 3.25 TINGGI
apabila berhadapan dengan segala cabaran dalam
bidang keusahawanan
Kesedaran untuk meneroka peluang kerjaya sangat
tinggi jika pelajar menggunakan kreativiti dan
8 menginovasikan apa yang dipelajari dalam bidang 2 21 202 125 3.29 TINGGI
keusahawanan
Nilai keusahawanan dapat diterapkan dalam diri
pelajar untuk berhadapan dengan pesaing dan cabaran
9 2 24 201 123 3.27 TINGGI
dalam bidang yang mencabar ini

11
SEMINAR HEP KEBANGSAAN 2013, POLITEKNIK MERSING JOHOR 13-15 DISEMBER 2013

Nilai keusahawanan perlu digilap untuk memastikan


minat pelajar akan berterusan dalam bidang
10 keusahawanan sebagai kerjaya pilihan 2 15 190 143 3.35 TINGGI

MIN PURATA 3.30 TINGGI

Jadual 4.3.4 menunjukkan min kesedaran Pelajar Politeknik Sultan Idris Shah tentang nilai
keusahawanan yang diterapkan dalam diri terhadap bidang keusahawanan. Item 6
menunjukkan seramai 162 orang responden yang sangat bersetuju bahawa pelajar perlu
berani untuk mengambil peluang dalam menerapkan nilai keusahawanan terhadap bidang
keusahawanan sebagai kerjaya pilihan manakala 128 dan 131 orang responden yang sangat
bersetuju dengan min yang sederhana rendah iaitu sebanyak 3.30 pada item 1 dan 4 yang
jelas menyatakan bahawa nilai keusahawanan boleh dikenalpasti melalui minat dan
kemahiran yang sedia ada dalam diri pelajar dan minat terhadap aktiviti perniagaan yang
dijalankan akan mendorong pelajar meneroka lebih jauh mendalam bidang keusahawanan
sebagai kerjaya pilihan. Min paling rendah ditunjukkan di item 3 dan 7 iaitu 3.25 seramai 126
dan 116 orang responden yang sangat bersetuju bahawa pelajar meminati mata pelajaran
keusahawanan serta minat untuk menceburi bidang keusahawanan pada masa hadapan dan
juga minat yang mendalam mampu mendorong dan membakar semangat pelajar untuk
menjadi gigih apabila berhadapan dengan segala cabaran dalam bidang keusahawanan.

Jadual 4.3.6: Analisis soalan berkaitan kesedaran pelajar tentang kecederungan penglibatan
bumiputera dalam bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

BILANGAN MIN
No. Penyataan Soalan
STS TS S SS SKOR TAHAP
Kebanyakan bidang keusahawanan lebih dikuasi
1 oleh kaum Cina berbanding kaum Melayu dan kaum 6 22 178 144 3.31 TINGGI
India
Kerajaan perlu mempertingkatkan usaha dengan
memberi peluang kepada golongan bumiputera yang
2 5 10 175 160 3.40 TINGGI
layak untuk mengikuti pelbagai kursus
keusahawanan
Kerajaan perlu menyalurkan bantuan kewangan
kepada golongan bumiputera yang berminat dalam
3 1 16 167 166 3.42 TINGGI
bidang keusahawanan

Bumiputera perlu menceburi bidang keusahawanan


kerana ia merupakan bidang yang sangat penting
4 3 21 141 185 3.45 TINGGI
dalam memastikan pembangunan sesebuah negara

Kekurangan penglibatan bumiputera adalah


disebabkan oleh kekurangan modal, kemahiran dan
5 5 29 167 149 3.31 TINGGI
pengetahuan serta ketidakmampuan untuk
mendapatkan premis perniagaan yang sesuai
Kerajaan perlu mengadakan sistem pendidikan
keusahawanan untuk mengubah nilai dan sikap
6 bumiputera ke arah perubahan yang positif 2 22 175 151 3.36 TINGGI

12
SEMINAR HEP KEBANGSAAN 2013, POLITEKNIK MERSING JOHOR 13-15 DISEMBER 2013

Pendidikan keusahawanan perlu diwujudkan untuk


membantu kaum bumiputera dalam menceburi
7 3 15 168 164 3.41 TINGGI
bidang keusahawanan

Bumiputera perlu menyedari hakikat bahawa


mereka mestilah mengatasi bangsa lain dalam setiap
8 sudut kehidupan dan pekerjaan termasuklah bidang 5 14 163 168 3.41 TINGGI
perniagaan
Bumiputera perlu berusaha untuk menjadi usahawan
yang berjaya berbanding dengan golongan bukan
9 2 16 169 163 3.41 TINGGI
bumiputera

Pelajar bumiputera perlu diberi lebih galakan untuk


melibatkan diri dalam bidang keusahawanan bagi
10 3 12 160 175 3.45 TINGGI
meningkatkan lagi penglibatan bumiputera dalam
bidang keusahawanan

MIN PURATA 3.40 TINGGI

Jadual 4.3.4 menunjukkan min kesedaran Pelajar Politeknik Sultan Idris Shah tentang
kecenderungan penglibatan bumiputera dalam bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.
Min yang paling tinggi iaitu 3.45 seramai 185 orang responden yang sangat bersetuju dalam
item 4 iaitu bumiputera perlu menceburi bidang keusahawanan kerana ia merupakan bidang
yang sangat penting dalam memastikan pembangunan sesebuah negara. Selain itu, item 10
juga merupakan min yang paling tinggi iaitu seramai 175 orang responden sangat bersetuju
yang menjelaskan bahawa pelajar bumiputera perlu diberi lebih galakan untuk melibatkan
diri dalam bidang keusahawanan bagi meningkatkan lagi penglibatan bumiputera dalam
bidang keusahawanan.Manakala Item 2 merupakan min sederhana iaitu 3.40 yang
menyatakan bahawa kerajaan perlu mempertingkatkan usaha dengan memberi peluang
kepada golongan bumiputera yang layak untuk mengikuti pelbagai kursus keusahawanan dan
seramai 160 orang responden yang sangat bersetuju dengan penyataan ini. Min paling rendah
ialah 3.31 dalam item 1 dan 5 iaitu seramai 144 dan 149 orang responden yang sangat
bersetuju dengan penyataan kebanyakan bidang keusahawanan lebih dikuasai oleh kaum Cina
berbanding kaum Melayu dan India dan juga kurangnya penglibatan bumiputera adalah
disebabkan oleh kekurangan modal, kemahiran dan pengetahuan serta ketidakmampuan
untuk mendapatkan premis perniagaan yang sesuai.

5.0 Cadangan dan kesimpulan

Cadangan yang dibuat adalah untuk menambah idea dan juga membuka minda kepada yang
mempunyai kepentingan terhadap kajian ini iaitu pelajar Politeknik Sultan Idris Shah,
institusi pengajian serta pengkaji akan datang.

5.1.1 Institusi pengajian tinggi

Institusi pengajian tinggi merupakan salah satu institusi yang boleh memberi kesedaran
kepada pelajar terhadap bidang keusahawanan.Institusi pengajian boleh menganjurkan
program-program keusahawanan yang memberi peluang kepada pelajar untuk melibatkan diri
dalam program yang dianjurkan sekaligus memberi pengalaman kepada pelajar dalam bidang
keusahawanan.Menerusi program yang dijalankan, nilai-nilai keusahawanan dapat
dikenalpasti dalam menerapkan nilai keusahwanan dan pengurusan perniagaan dalam diri
pelajar.

13
SEMINAR HEP KEBANGSAAN 2013, POLITEKNIK MERSING JOHOR 13-15 DISEMBER 2013

Selain itu, pensyarah atau tenaga pengajar juga perlu memberi galakan dan pendidikan
tentang bidang keusahawanan supaya pelajar mempelajari bidang ini dengan lebih mendalam.
Pensyarah perlu merancang dan membentuk satu garis panduan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bagi mendorong pelajar lebih berminat ke arah bidang keusahawanan
seterusnya memberi rangsangan kepada pelajar untuk menjadikan bidang keusahawanan
sebagai kerjaya pilihan.

5.1.2 Pelajar Politeknik Sultan Idris Shah

Pelajar merupakan orang yang terpenting kerana kajian ini merupakan kajian mengenai
kesedaran pelajar Politeknik Sultan Idris Shah terhadap bidang keusahawanan sebagai
kerjaya pilihan. Pelajar seharusnya memberi peluang kepada diri mereka sendiri agar nilai-
nilai keusahawanan dapat diterapkan dalam diri mereka.Berkemungkinan sebahagian
daripada pelajar merupakan anak kepada ahli usahawan, oleh itu pelajar boleh mengambil
peluang yang ada seperti mengikuti langkah dan mempelajari tentang bidang keusahawanan
daripada ibu bapa mereka sendiri.Selain itu, pengalaman pelajar yang mungkin pernah
bekerja secara sambilan di pusat-pusat perniagaan contohnya pasar raya dan pasar malam
boleh dijadikan satu platform untuk membuka perniagaan sendiri selepas tamat pengajian
kerana pelajar mengetahui bahawa bidang keusahawanan sangat penting untuk mengukuhkan
ekonomi sesebuah negara dan juga mampu memberi pendapatan lumayan kepada individu.

Selain itu, pelajar juga boleh menyertai program-program yang dianjurkan oleh institusi
pengajian kerana program keusahawanan adalah satu program yang baik untuk mengasah
bakat keusahawanan dan yang paling penting ialah nilai-nilai keusahawanan yang diperoleh
sepanjang menyertai program keusahawanan tersebut dapat diterapkan di alam pekerjaan.
Melalui bidang keusahawanan juga, pelajar boleh menguruskan kewangan dengan lebih bijak
dan efisien dari segi pengurusan asset, keuntungan dan sebagainya.

5.1.3 Pengkaji akan datang

Pengkaji akan datang hendaklah menyediakan maklumat dengan mempelbagaikan cara


supaya maklumat yang diperoleh bukan sahaja datang dari satu cara malah dengan pelbagai
cara seperti menemubual secara spontan kepada responden yang terlibat. Selain daripada cara
tersebut, pengkaji boleh menyediakan laman web khusus untuk pengkaji lain mendapat
maklumat yang lebih tepat dan sahih di mana pengkaji seterusnya mudah memperoleh
maklumat dan mengkaji dengan lebih terperinci mengenai kajian tersebut. Maklumat yang
diperolehi mungkin boleh dijadikan maklumat tambahan untuk menyokong hasil kajian yang
dilakukan pada masa akan datang.

Pengkaji akan datang perlu mempelbagaikan kaedah kajian untuk mengumpul maklumat
yang berkesan terhadap sesuatu kajian yang dibuat dalam membuat keputusan yang tepat bagi
menghasilkan satu kertas kerja yang baik dan berkualiti untuk kegunaan pengkaji yang
seterusnya. Maklumat yang diperolehi di harap membantu melancarkan proses kajian yang
dilakukan dan memudahkan serta memastikan kajian yang dibuat mendapat hasil yang
diingini. Justeru itu, ia dapat menghasilkan satu kajian yang berkualiti serta mendapat
sokongan dan asas yang tepat.

14
SEMINAR HEP KEBANGSAAN 2013, POLITEKNIK MERSING JOHOR 13-15 DISEMBER 2013

Bagi pengkaji akan datang mereka perlu mengambil skop yang lebih luas iaitu dengan
memperluaskan lagi skop kajian yang tidak tertumpu hanya kepada pelajar Politeknik Sultan
Idris Shah sahaja malah mereka perlu menambah bilangan responden supaya hasil dapatan
yang diperolehi memberikan hasil yang lebih baik. Maklumat yang diperolehi adalah lebih
tepat dan jelas yang dapat membantu pengkaji mencapai matlamat kajian tersebut.

5.2 kesimpulan

Dapatan daripada kajian ini, didapati bahawa ketiga ketiga faktor yang dikaji iaitu
Kesedaran pelajar terhadap faktor persekitaran dalam bidang keusahawanan, Kesedaran
pelajar tentang nilai keusahawanan yang diterapkan dalam diri terhadap bidang
keusahawanan, Kesedaran pelajar tentang kecenderungan penglibatan bumiputera dalam
bidang keusahawanan mempunyai tahap min skor yang tinggi ini bermakna ketiga-tiga faktor
ini sangat mempengaruhi Kesedaran pelajar Politeknik Sultan Idris Shah terhadap bidang
keusahawanan sebagai kerjaya pilihan mereka

15
SEMINAR HEP KEBANGSAAN 2013, POLITEKNIK MERSING JOHOR 13-15 DISEMBER 2013

BIBLIOGRAFI

Ab. Aziz Yusof dan Zakaria Yusof (2004).Prinsip Keusahawanan Edisi Kedua.Prentice Hall:
Pearson Malaysia Sdn.Bhd.

Ab. Aziz Yusof (2001). Usahawan Dan Keusahawanan: Satu penilaian : Prentice Hall:
Pearson Malaysia Sdn Bhd.

Berita Harian, 3 Jul 2006- Nota Niaga ,Pengembalian Matlamat Asal UDA Holdings Bantu
Bumiputera Tambah Hartanah.

Crow Dan Crown, 1980. Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka

Hairunnaja Najmuddin (2005). Membimbing remaja memilih pendidikan & kerjaya.PTS


Professional: Publishing Sdn, Bhd.

Humam Hj Muhamed,1992. Kegagalan Perniagaan Di Malaysia . Laporan Institute


Penyelidikan, Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia, Institute Teknologi Mara.

John J Koa, 1991. The Entrepreneur, Harvard Business School, Prentice Hall. London.

Khairuddin (1996), Keusahwanan sebagai pilihan kerjaya. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa
Dan Pustaka.

Krejcie dan Morgan (1970), Aspek Kemahiran di Dalam Kursus-Kursus Umum Universiti di
Ipta dan Ipts Di Malaysia, Zarina Muhammad, Jayum Jawan (Prof Dr.), Zaid Ahmad (Dr.),
Normal Othman & Siti Aishah Misri.

Lee Shok Mee (1996). teori dan aplikasi psikologi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Lim Wee Ling (2001). Faktor-Faktor Mendorong Usahawan Cina di Bandaraya Johor
Bahru Menceburi Bidang Keusahawanan. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai.

Mok Soon Sang (2002). Psikologi pendidikan untuk kursus Diploma Penguruan Semester
3.Subang Jaya: Kumpulan Budiman.

Muhammad Rashidi Wahab (2010). Tuntutan keusahawanan dalam islam. Ekonomi islam:
Dewan Ekonomi, Ogos 2010.

Mohamad Najib Abd. Ghafar ( 1999 ). Penyelidikan Pendidikan Skudai : Universiti


Teknologi Malaysia. : Universiti Teknologi Malaysia.

Malaysia. 2001. Rancangan Malaysia Kelapan (Rmke8) 2001-2005. Kuala Lumpur :


Percetakan Nasional Berhad.

16
SEMINAR HEP KEBANGSAAN 2013, POLITEKNIK MERSING JOHOR 13-15 DISEMBER 2013

Norasmah Othaman , 2002. Keberkesanan Program Keusahawanan Remaja Di Sekolah


Menengah .Disertsai Ph.D University Putra Malaysia.

Rosdy Ruslan (2003), Usahawan Bumiputera, Usahawan Sukses, Pustaka Wira Sdn. Bhd

Syarifah Al-Wiah Al-Sagoff, 1955. Sosiologi Pendidikan. Kuala Lumpur :Heinemann Asia.

Shahril Marzuki, 1993. Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur :Utusan Publication.

Uma Sekaran (2003), Research Methods For Business A Skill Building Approach 2nd
Edition, John Wiley And Sons, Inc, New York.

Yep Putih, 1989.Keusahawanan Siri Panduan Urusniaga. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Zaidatul Akmaliah Lope Pilie dan Habibah, 1997.Keusahawanan Dan Motivasi Diri.
Serdang :Penerbit University Putra Malaysia.

17

You might also like