You are on page 1of 18

KOLOKIUM AKADEMIK PSIS 2013 (KAPSIS'I3), POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH SELANGOR 27 DISEMBER 2013

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SUBJEK


OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH (OSH) DI KALANGAN PELAJAR JABATAN
PERDAGANGAN
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

NORHIDAYAH BINTI MOHD SALLEH


Politeknik Sultan Idris Shah

NURUL AZZALIYANA BINTI NORMAN


Politeknik Sultan Idris Shah

YUSNIZAH BINTI SELAMAT


Politeknik Sultan Idris Shah

ABSTRAK

Pengesanan minat dan kefahaman pelajar boleh membantu menghasilkan proses pengajaran
dan pembelajaran yang lebih efektif dan berkesan. Satu kajian kuantitatif telah dijalankan bagi
mengenalpasti minat pelajar Jabatan Perdagangan (JP) terhadap subjek Occupational Health
dan Safety (OSH), kod AW101. Responden kajian terdiri daripada 185 orang pelajar yang
mengambil subjek OSH sesi Disember 2011 dan Mei 2012. Instrumen dalam kajian ini yang
mengandungi 15 item keseluruhan, memfokuskan kepada dua iaitu pelajar dan subjek tersebut.
Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian aplikasi SPSS. Pelajar cenderung
mengamalkan gaya pembelajaran berdasarkan matlamat secara menghafal dan abstrak dalam
menyelami pengetahuan.

Kata kunci: Gaya pembelajaran; kaedah pengajaran; OSH;


KOLOKIUM AKADEMIK PSIS 2013 (KAPSIS'I3), POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH SELANGOR 27 DISEMBER 2013

1.0 PENGENALAN

Pada masa ini, subjek OSH merupakan salah satu mata pelajaran yang wajib diambil oleh para
pelajar Jabatan Perdagangan Politeknik Sultan Idris Shah. Subjek OSH mula diperkenalkan
pada tahun 2011 kepada semua pelajar Semester 1 dan 2. Pelajar dinilai melalui kerja subjek
yang diberikan sepanjang tempoh pembelajaran pelajar iaitu selama 15 minggu/30 jam bagi
setiap semester. Berdasarkan kursus AW101, pelajar diberi pendedahan tentang akta,
kesihatan, aspek-aspek keselamatan di tempat kerja, first aid, dan sebagainya.

Matlamat utama pembelajaran OSH adalah mendidik pelajar agar lebih peka terhadap
keselamatan dan kesihatan mereka di tempat kerja dan di sekeliling mereka. Oleh itu, para
pendidik telah diberikan tanggungjawab dan amanah besar bagi mencapai PLO dan CLO
melalui sistem pembelajaran dan pendidikan di politeknik.

Pembelajaran OSH telah menjadi satu bidang tumpuan dan perhatian di peringkat politeknik.
Jika dilihat dari senario pada semester-semester yang lepas, ramai pelajar tidak berminat untuk
belajar dalam subjek ini. Pendidik harus memahami dan berusaha menggabungkan pelbagai
ilmu, kemahiran serta kreativiti ke arah melahirkan satu corak penyampaian yang bermakna
untuk menarik minat pelajar terhadap subjek ini. Situasi ini hanya dapat diwujudkan sekiranya
pendidik dapat menyampaikan pengajarannya dengan gaya pengajaran yang menarik dan
sesuai (Ahmad Rizal, 2003).

2.0 PERNYATAAN MASALAH

OSH merupakan subjek teras yang wajib diambil oleh semua pelajar politeknik Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia. Pelajar perlu memperolehi sekurang-kurangnya gred C bagi
subjekOSH yang ditawarkan dalam melayakkan pelajar tersebut mendapatkan Diploma
mengikut program masing-masing. Walaupun ramai pelajar pada semester-semester lepas
lulus dalam subjek ini pada setiap akhir semester namun pensyarah masih lagi dibelenggu
masalah pelajar yang kurang berminat untuk mempelajari subjek ini di awal semester. Pelbagai
usaha harus dilakukan bagi menarik minat pelajar dan menjadikan mereka lulus sepenuhnya
untuk subjek ini.
KOLOKIUM AKADEMIK PSIS 2013 (KAPSIS'I3), POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH SELANGOR 27 DISEMBER 2013

Pembelajaran OSH menggunakan sukatan subjek yang sama dan penilaian yang dilaksanakan
adalah selaras dengan jabatan-jabatan lain bagi setiap program. Terdapat beberapa faktor
yang boleh mempengaruhi hasil pembelajaran dan pencapaian pelajar, antaranya persekitaran
pembelajaran, kaedah pengajaran, dan topik-topik di dalam subjek OSH sendiri.

Satu soal selidik telah dilakukan dengan mengambil pelajar secara rawak dalam mengenalpasti
minat pelajar di dalam subjek OSH dan sukar menguasai isi kandungan subjek tersebut.
Masalah ini berlaku apabila aktiviti dan gaya pengajaran pensyarah tidak sesuai dengan gaya
pembelajaran pelajar mengakibatkan pelajar rasa bosan dan tidak dapat menumpukan
perhatian. Seterusnya mereka akan hilang minat, putus asa serta tidak dapat mencapai
keputusan yang baik (Baharin Abu, 2000; Felder & Silverman, 1988; Godleski, 1984; Oxford et
al., 1991; Smith & Renzulli, 1984).

Berikutan permasalahan tersebut pengkaji ingin mengetengahkan hal ini dan mengenalpasti
minat pelajar dalam pembelajaran OSH. Pengkaji juga telah melihat ianya sebagai satu
perkara yang perlu dititikberatkan dan harus diberikan perhatian yang sewajarnya bagi
memastikan proses pembelajaran dan pengajaran boleh berlaku dengan lebih berkesan dan
efektif melalui gaya pengajaran pensyarah yang sesuai bagi subjek OSH.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Pengkaji telah menyasarkan 3 objektif yang ingin dicapai melalui kajian ini iaitu untuk:
i. Menilai persepsi pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran subjek OSH.
ii. Menilai persepsi pelajar terhadap topik-topik di dalam subjek OSH.
KOLOKIUM AKADEMIK PSIS 2013 (KAPSIS'I3), POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH SELANGOR 27 DISEMBER 2013

4.0 PERSOALAN KAJIAN

Berikut merupak beberapa persoalan kajian yang dikenalpasti bagi kajian ini:
i. Apakah persepsi pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran subjek OSH?
iii. Apakah persepsi pelajar terhadap topik-topik di dalam subjek OSH?

5.0 Batasan Kajian

Batasan terhadap kajian ini adalah seperti berikut:

1. Kajian ini hanya terbatas kepada pelajar Jabatan Perdagangan Politeknik Sultan
Idris Shah sahaja.

2. Dapatan kajian ini tidak digeneralisasi kepada seluruh jabatan di Politeknik


Sultan Idris Shah dan juga tidak dirumuskan kepada semua pelajar politeknik di
Malaysia.

3. Hasil dapatan kajian ini adalah bergantung kepada kejujuran dan keikhlasan
respondenketika menjawab soalan soal selidik

6.0 METODOLOGI

Responden bagi kajian ini terdiri daripada 185 orang pelajar semester 1 hingga 3 Diploma Sains
Kesetiausahaan (DSK) dan Diploma Perbankan dan Kewangan Islam (DIB), Politeknik Sultan
Idris Shah, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia; yang mengikuti subjek Occupational Safety
and Health (OSH).

Satu set soal selidik yang mengandungi soalan-soalan berkaitan bagi mengenalpasti aras
kecerdasan pelbagai yang telah dikuasai oleh responden juga telah dibangunkan. Set soal
selidik ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:

i. Bahagian A
Bahagian ini merupakan soalan berkaitan dengan data demografi responden iaitu
jantina, semester, program, dan semester semasa mengambil subjek OSH.
KOLOKIUM AKADEMIK PSIS 2013 (KAPSIS'I3), POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH SELANGOR 27 DISEMBER 2013

ii. Bahagian B
Bahagian ini berkaitan dengan pilihan responden tentang minat dan gaya pengajaran
pensyarah semasa kelas berlangsung. Bahagian in mengandungi 14 item. Skala Likert
5 peringkat digunakan untuk memperolehi data ordinal seperti ketetapan yang berikut:
1. Sangat Tidak Setuju
2. Tidak Setuju
3. Tidak Tahu / Pertengahan
4. Setuju
5. Sangat Setuju

iii. Bahagian C
Bahagian ini pula berkaitan dengan pilihan responden tentang keseluruhan pendapat
mereka terhadap subjek ini merangkumi pendapat terhadap kepentingan topik-topik di
dalam subjek ini terutamanya di alam perkerjaan kelak. Bahagian ini mengandungi 5
item dan pelajar hanya perlu menjawab:
1. Ya
2. Tidak

iv. Bahagian D
Bahagian ini pula berkaitan dengan cadangan pembaikpulihan kursus OSH terhadap
subjek ini merangkumi pendapat terhadap kepentingan subjek ini di alam perkerjaan,
gaya pengajaran pensyarah dan minat pelajar keseluruhan.
KOLOKIUM AKADEMIK PSIS 2013 (KAPSIS'I3), POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH SELANGOR 27 DISEMBER 2013

7.0 DAPATAN KAJIAN

BAHAGIAN A

Bahagian ini mengandungi data demografi responden berkaitan dengan jantina, semester,
program, dan semester semasa mengikuti subjek OSH dan disimpulkan dalam Rajah 1, Rajah
2, Rajah 3 dan Rajah 4 seperti berikut:

Rajah 1: Jantina

Valid Cumulative
Frequency Percent Percent Percent
Valid LELAKI 43 23.2 23.2 23.2
PEREMPUAN 141 76.2 76.2 99.5
3 1 .5 .5 100.0
Total 185 100.0 100.0

Kajian ini telah mengambil seramai 185 orang sampel iaitu pelajar dari Diploma Sains
Kesetiausahaan (DSK) dan Diploma Perbankan dan Kewangan Islam (DIB) yang mengambil
subjek Occupational Safety and Health (OSH). Taburan pelajar perempuan lebih ramai
daripada pelajar lelaki iaitu sebanyak 76.2% atau seramai 141 orang pelajar perempuan,
manakala jumlah pelajar lelaki sebanyak 23.3 % atau seramai 43 orang sahaja. Ini kerana, di
Jabatan Perdagangan, taburan pelajar lelaki lebih sedikit daripada pelajar perempuan yang
merupakan majoriti terbesar jantina di Jabatan Perdagangan.

Rajah 2: Semester

Valid Cumulative
Frequency Percent Percent Percent
Valid SEM 1 47 25.4 25.4 25.4
SEM 2 64 34.6 34.6 60.0
SEM 3 74 40.0 40.0 100.0
Total 185 100.0 100.0

Subjek OSH ditawarkan kepada semua pelajar semester 1 DSK dan DIB. Walaubagaimanapun,
ia juga boleh diambil pada semester lain bergantung kepada pelajar itu sendiri. Merujuk data
yang diperolehi, daripada 185 orang sampel, 47 orang sampel terdiri daripada semester 1 iaitu
sebanyak 25.4%, 64 orang daripada semester 2 iaitu sebanyak 34.6%, dan yang terakhir
KOLOKIUM AKADEMIK PSIS 2013 (KAPSIS'I3), POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH SELANGOR 27 DISEMBER 2013

adalah semester 3 iaitu seramai 74 orang atau 40% daripada sampel yang diperolehi. Gambar
rajah dibawah menunjukkan, jumlah pelajar mengikut semester:

Rajah 3: Program

Merujuk Rajah 3, bilangan responden DIB lebih ramai daripada DSK iaitu masing-masing
adalah seramai 147 dan 38 orang.

Rajah 4: Semester semasa mengambil subjek OSH (AW101)

Merujuk Rajah 4, seramai 46 orang terdiri daripada responden Semester 1, 136 orang terdiri
daripada Semester 2, 2 orang daripada Semester 3, dan seorang daripada Semester 4.
KOLOKIUM AKADEMIK PSIS 2013 (KAPSIS'I3), POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH SELANGOR 27 DISEMBER 2013

BAHAGIAN B

Bahagian ini berkaitan dengan pilihan responden tentang minat dan gaya pengajaran
pensyarah semasa kelas berlangsung. Bahagian ini mengandungi 14 item dan keputusan
ditunjukkan seperti berikut:

Jadual 1: Minat pelajar untuk menghadiri kelas Occupational Safety and Health

Valid Cumulative
Frequency Percent Percent Percent
Valid Sangat Tidak Setuju 2 1.1 1.1 1.1
Tidak Setuju 27 14.6 14.6 15.7
Tidak Tahu /
48 25.9 25.9 41.6
Pertengahan
Setuju 84 45.4 45.4 87.0
Sangat Setuju 24 13.0 13.0 100.0
Total 185 100.0 100.0

Daripada hasil kajian untuk soalan di atas, sebanyak 84 orang pelajar (45.3%) bersetuju
bahawa mereka suka menghadiri kelas OSH, manakala seramai 2 orang pelajar (1.1%) sahaja
yang sangat tidak setuju yang mereka suka menghadiri kelas OSH. Seramai 48 orang pelajar
yang lain atau 25.9% daripada jumlah keseluruhan pula tidak tahu atau hanya mengambil
keputusan untuk berada di pertengahan yang mana menunjukan bahawa mereka tidak tahu
samada mereka menyukai subjek ini atau tidak. (Sila rujuk lampiran Gambarajah 1)

Jadual 2: Pembahagian masa 2 jam seminggu untuk subjek OSH

Valid Cumulative
Frequency Percent Percent Percent
Valid Sangat Tidak Setuju 1 .5 .5 .5
Tidak Setuju 23 12.4 12.4 13.0
Tidak Tahu /
29 15.7 15.7 28.6
Pertengahan
Setuju 88 47.6 47.6 76.2
Sangat Setuju 44 23.8 23.8 100.0
Total 185 100.0 100.0

Bagi hasil dapatan di atas, seramai 88 orang pelajar yang membawa jumlah peratusan
sebanyak 47.6% bersetuju bahawa 2 jam seminggu adalah bersesuaian untuk subjek ini. Hanya
seorang sahaja pelajar yang tidak bersetuju bahawa 2 jam seminggu adalah bersesuaian untuk
KOLOKIUM AKADEMIK PSIS 2013 (KAPSIS'I3), POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH SELANGOR 27 DISEMBER 2013

subjek ini. Manakala pelajar yang berada di pertengahan ataupun tidak tahu samada 2 jam
seminggu adalah bersesuaian atau tidak adalah seramai 29 orang atau 15.7%.

Jadual 3: Penumpuan perhatian pelajar di dalam kelas OSH

Valid Cumulative
Frequency Percent Percent Percent
Valid Sangat Tidak Setuju 2 1.1 1.1 1.1
Tidak Setuju 21 11.4 11.4 12.4
Tidak tahu /
65 35.1 35.1 47.6
Pertengahan
Setuju 69 37.3 37.3 84.9
Sangat Setuju 28 15.1 15.1 100.0
Total 185 100.0 100.0

Data di atas merupakan data yang menunjukkan tumpuan perhatian pelajar semasa berada
dalam kelas OSH. Seramai 69 orang pelajar atau 37.3% daripada sampel bersetuju bahawa
mereka memberi sepenuh perhatian semasa kelas OSH. Namun begitu, kurang 4 orang pelajar
yang menjawab setuju, seramai 65 orang pelajar yang lain tidak tahu atau berada di
pertengahan menunjukkan mereke tidak pasti samada mereka memberikan tumpuan di dalam
kelas ataupun tidak. Walau bagaimanapun, hanya 2 orang pelajar sahaja yang menjawab
sangat tidak setuju yang mereka memberikan perhatian di dalam kelas OSH.

Jadual 4: Minat pelajar terhadap topik-topik di dalam silibus OSH

Valid Cumulative
Frequency Percent Percent Percent
Valid Sangat Tidak Setuju 2 1.1 1.1 1.1
Tidak Setuju 30 16.2 16.2 17.3
Tidak Tahu /
55 29.7 29.7 47.0
Pertengahan
Setuju 71 38.4 38.4 85.4
Sangat Setuju 27 14.6 14.6 100.0
TOTAL 185 100.0 100.0

Merujuk hasil dapatan di atas, seramai 71 orang pelajar (38.4%) bersetuju bahawa mereka
minat dengan topik-topik di dalam subjek OSH, 27 orang (14.6%) yang lain pula sangat setuju
bahawa mereka minat dengan topik-topik yang ada. Hanya 2 orang pelajar sahaja atau 1.1 %
yang sangat tidak setuju yang mereke minat dengan topik-topik di dalam silibus OSH. Namun
begitu, majoritinya masih minat dengan topik-topik yang diajar di dalam subjek OSH. (Sila rujuk
lampiran Gambar Rajah 2)
KOLOKIUM AKADEMIK PSIS 2013 (KAPSIS'I3), POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH SELANGOR 27 DISEMBER 2013

Jadual 5: Silibus di dalam subjek OSH bersesuaian untuk program di Jabatan Perdagangan
Valid Cumulative
Frequency Percent Percent Percent
Valid Sangat Tidak Setuju 7 3.8 3.8 3.8
Tidak Setuju 27 14.6 14.6 18.4
Tidak tahu /
57 30.8 30.8 49.2
pertengan
setuju 67 36.2 36.2 85.4
sangat setuju 27 14.6 14.6 100.0
Total 185 100.0 100.0

Persoalan di atas diajukan kepada pelajar bagi melihat sama ada subjek yang disediakan untuk
program masing-masing amat bersesuaian dengan program mereka atau pun tidak. Hasil
dapatan dari persoalan ini, seramai 67 orang pejar bersetuju yang ianya amat sesuai dengan
program mereka atau sebanyak 36.2%. Manakala, 7 orang(3.8%) pelajar lain pula sangat tidak
bersetuju yang ianya bersesuain dengan program mereka. Manakala pelajar yang berada di
pertengahan ataupun tidak tahu pula hanya seramai 57 orang sahaja atau 30.8%.

Jadual 6: Subjek OSH mudah dan senang untuk difahami

Valid Cumulative
Frequency Percent Percent Percent
Valid sangat tidak setuju 4 2.2 2.2 2.2
tidak setuju 22 11.9 11.9 14.1
tidak tahu /
71 38.4 38.4 52.4
pertengahan
setuju 58 31.4 31.4 83.8
sangat setuju 30 16.2 16.2 100.0
Total 185 100.0 100.0

Persoalan di atas adalah untuk mengenalpasti sama ada subjek OSH yang ditawarkan adalah
mudah dan senang untuk difahami ataupun tidak. Hasilnya, seramai 71 orang pelajar
mengambil keputusan untuk tidak tahu atau berada di pertengahan sahaja. Peratusannya
adalah sebanyak 38.4%. Jumlah pelajar yang setuju dan sangat setuju yang subjek ini mudah
dan senang untuk difahami adalah masing-masing seramai 58 orang (31.4%) dan 30 orang
(16.2%). Hanya 2.2% atau 4 orang sahaja yang menjawab sangat tidak setuju.
KOLOKIUM AKADEMIK PSIS 2013 (KAPSIS'I3), POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH SELANGOR 27 DISEMBER 2013

Jadual 7: Komitmen pensyarah-pensyarah dalam pengajaran dan pembelajaran subjek OSH

Valid Cumulative
Frequency Percent Percent Percent
Valid sangat tidak setuju 2 1.1 1.1 1.1
tidak setuju 10 5.4 5.4 6.5
tidak tahu /
43 23.2 23.2 29.7
pertengahan
setuju 81 43.8 43.8 73.5
sangat setuju 49 26.5 26.5 100.0
Total 185 100.0 100.0

Daripada hasil kajian yang merujuk kepada soalan di atas, majoriti pelajar menjawab setuju dan
sangat setuju yang pensyarah-pensyarah memberi komitmen yang baik dalam pengajaran dan
pembelajaran subjek ini. Data yang diperolehi adalah setuju sebanyak 81 orang atau 43.8% dan
sangat setuju sebanyak 49 orang atau 26.5%. Hanya 2 orang pelajar sahaja yang sangat tidak
setuju bahawa pensyarah-pensyarah memberikan komitment yang baik dalam pengajaran dan
pembelajaran subjek ini. Peratusan pelajar yang menjawab sangat tidak setuju adalah
sebanyak 1.1%. (Sila rujuk lampiran Gambar Rajah 3)

Jadual 8: Pemahaman pelajar terhadap penyampaian pensyarah semasa di dalam kelas OSH

Valid Cumulative
Frequency Percent Percent Percent
Valid tidak setuju 28 15.1 15.1 15.1
tidak tahu /
69 37.3 37.3 52.4
pertengahan
setuju 64 34.6 34.6 87.0
sangat setuju 24 13.0 13.0 100.0
Total 185 100.0 100.0

Soalan di atas bertujuan untuk melihat sejauh mana pelajar memahami setiap yang diajar oleh
pensyarah semasa di dalam kelas. Hasil dapatannya menunjukkan majoriti pelajar tidak tahu
atau pertengahan sahaja iaitu seramai 69 orang atau 37.3%. Namun begitu, 64 orang pelajar
yang lain atau 34.6% bersetuju yang mereka faham dengan topik yang diajar oleh pensyarah.
Manakala, seramai 28 orang pelajar yang lain menjawab tidak setuju yang mereka memahami
sepenuhnya apa yang diajar oleh pensyarah semasa di dalam kelas iaitu sebanya 15.1%. Ini
menunjukkan bahawa pensyarah perlu memperbaiki teknik pengajaran mereke agar pelajar
mudah faham dengan topik yang diajar oleh pensyarah
KOLOKIUM AKADEMIK PSIS 2013 (KAPSIS'I3), POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH SELANGOR 27 DISEMBER 2013

Jadual 9: Penghayatan pelajar terhadap topik yang telah diajar oleh pensyarah

Valid Cumulative
Frequency Percent Percent Percent
Valid sangat tidak setuju 2 1.1 1.1 1.1
tidak setuju 25 13.5 13.5 14.6
tidak tahu /
75 40.5 40.5 55.1
pertengahan
setuju 65 35.1 35.1 90.3
sangat setuju 18 9.7 9.7 100.0
Total 185 100.0 100.0

Pelajar juga telah diajukan sama ada mereka menghayati topik yang telah diajar oleh
pensyarah dan hasilnya hanya 65 orang sahaja atau 35.1% sahaja yang bersetuju dan 18
orang sangat setuju atau 9.7%. Majoriti pelajar tidak tahu atau pertengahan sahaja iaitu
seramai 75 orang atau 40.5%. Ini amat membimbangkan kerana pelajar gagal menghayati
segala topik yang telah diajar oleh pensyarah.

Jadual 10: Penerimaan pelajar (tahap perasaan kebosanan) semasa pembelajaran


OSH

Valid Cumulative
Frequency Percent Percent Percent
Valid sangat tidak setuju 5 2.7 2.7 2.7
tidak setuju 54 29.2 29.2 31.9
tidak tahu /
60 32.4 32.4 64.3
pertengahan
setuju 46 24.9 24.9 89.2
sangat setuju 20 10.8 10.8 100.0
Total 185 100.0 100.0

Persoalan di atas diajukan bagi melihat tahap kebosanan pelajar terhadap sesi pembelajaran
OSH di dalam kelas masing-masing. Hasilnya menunjukkan pelajar tidak tahu atau
pertengahan terhadap perasaan bosan mereka di dalam kelas iaitu dengan catatan jumlah
seramai 60 orang atau 32.4%. Jumlah kedua tertinggi menunjukkan seramai 54 orang pelajar
yang lain tidak setuju yang mereka tidak mudah berasa bosan semasa sesi pembelajaran
berlangsung yang mana mencatat jumlah pelajar seramai 54 orang atau 29.2% yang menjawab
tidak setuju. Jumlah terendah adalah jumlah pelajar yang menjawab sangat tidak setuju iaitu
seramai 5 orang atau hanya 2.7% sahaja.
KOLOKIUM AKADEMIK PSIS 2013 (KAPSIS'I3), POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH SELANGOR 27 DISEMBER 2013

Jadual 11: Keyakinan pelajar menjawab soalan yang diberi selepas pengajaran OSH

Valid Cumulative
Frequency Percent Percent Percent
Valid sangat tidak setuju 3 1.6 1.6 1.6
tidak setuju 31 16.8 16.8 18.4
tidak tahu /
76 41.1 41.1 59.5
pertengahan
setuju 54 29.2 29.2 88.6
sangat setuju 21 11.4 11.4 100.0
Total 185 100.0 100.0

Ramai pelajar yang menjawab tidak tahu atau pertengahan untuk persoalan sama ada mereka
berkeyakinan menjawab soalan yang diberi selepas pengajaran OSH atau tidak, dan hasilnya
sejumlah 76 orang pelajar dengan jumlah peratusan seramai 41.1% tidak tahu atau
pertengahan sahaja. Ini bermakna mereka tidak begitu yakin untuk menjawab soalan yang
diberi selepas pengajaran OSH. Namun begitu, seramai 54 orang dan 21 orang yang masing-
masing menjawab setuju dan sangat setuju berkeyakinan untuk menjawab soalan yang
diberikan selepas pembelajaran.

Jadual 12: Pemahaman pelajar terhadap powerpoint yang dipaparkan semasa pengajaran
OSH

Valid Cumulative
Frequency Percent Percent Percent
Valid sangat tidak setuju 3 1.6 1.6 1.6
tidak setuju 20 10.8 10.8 12.4
tidak tahu /
65 35.1 35.1 47.6
pertengahan
setuju 64 34.6 34.6 82.2
sangat setuju 33 17.8 17.8 100.0
Total 185 100.0 100.0

Hasil dapatan bagi kajian di atas menunjukkan yang ramai pelajar tidak tahu atau pertengahan
sama ada mereka mudah faham dengan powerpoint yang dipaparkan semasa pengajaran
iaitu sejumlah 65 orang atau 35.1%. Jumlah kedua tertinggi adalah jumlah pelajar yang
menjawab setuju iaitu seramai 64 orang atau 34.6%. Manakala jumlah terendah adalah
seramai 3 orang atau 1.6% iaitu pelajar yang menjawab sangat tidak setuju.
KOLOKIUM AKADEMIK PSIS 2013 (KAPSIS'I3), POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH SELANGOR 27 DISEMBER 2013

Jadual 13: Minat pelajar terhadap penggunaan perisian multimedia dalam pengajaran OSH
berbanding kaedah pengajaran biasa

Valid Cumulative
Frequency Percent Percent Percent
Valid sangat tidak setuju 3 1.6 1.6 1.6
tidak setuju 13 7.0 7.0 8.6
tidak tahu /
51 27.6 27.6 36.2
pertengahan
setuju 78 42.2 42.2 78.4
sangat setuju 40 21.6 21.6 100.0
Total 185 100.0 100.0

Pelbagai kaedah dan teknik dipertengahkan di dalam sesi pengajaran bagi menarik minat
pelajar untuk tidak mudah bosan dengan subjek ini. Hasilnya majoriti pelajar menjawab setuju
dan sangat setuju yang mana mereka mendapati penggunaan perisian multimedia dalam
pengajaran pensyarah telah meningkatkan minat mereka terhadap pengajaran pensyarah
berbanding pengajaran biasa iaitu mencatat data masing-masing seramai 78 orang dan 40
orang atau 42.2% dan 21.6%. Hanya 1.6% atau 3 orang sahaja yang sangat tidak setuju yang
mana mereka inginkan kelas yang kreatif tidak semata-mata menggunakan perisian multimedia
sahaja.

Jadual 14: Pendapat pelajar terhadap subjek ini (relevan atau tidak dengan alam pekerjaan di
masa hadapan)

Valid Cumulative
Frequency Percent Percent Percent
Valid sangat tidak setuju 37 20.0 20.0 20.0
tidak setuju 42 22.7 22.7 42.7
tidak tahu /
54 29.2 29.2 71.9
pertengahan
setuju 26 14.1 14.1 85.9
sangat setuju 26 14.1 14.1 100.0
Total 185 100.0 100.0

Oleh kerana ramai pelajar datang dari latar belakang yang mana mereka belum pernah bekerja
di mana-mana syarikat, jadi mereka tidak pasti sama ada subjek ini relevan atau tidak dengan
alam pekerjaan mereka di masa hadapan. Ini dapat dibuktikan dengan data yang sangat tinggi
bagi mereka yang menjawab tidak tahu atau pertengahan iaitu seramai 54 orang atau 29.2%.
Jumlah kedua tertinggi adalah seramai 42 orang atau 22.7% yang mana menjawab tidak setuju
KOLOKIUM AKADEMIK PSIS 2013 (KAPSIS'I3), POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH SELANGOR 27 DISEMBER 2013

yang subjek ini relevan dengan alam pekerjaan mereka kelak. Seramai 26 orang yang lain atau
14.1% pula masing-masing menjawab setuju dan sangat setuju.

BAHAGIAN C

Bahagian ini pula berkaitan dengan pilihan responden tentang keseluruhan pendapat mereka
terhadap subjek ini merangkumi pendapat terhadap kepentingan topik-topik di dalam subjek ini
terutamanya di alam perkerjaan kelak.

Jadual 1: Pendapat pelajar terhadap subjek ini (relevan atau tidak untuk diambil oleh pelajar
DSK dan DIB)

Valid Cumulative
Frequency Percent Percent Percent
Valid YA 141 76.2 76.2 76.2
TIDAK 44 23.8 23.8 100.0
Total 185 100.0 100.0

Daripada hasil kajian di atas ramai pelajar menjawab Ya yang mana mereka setuju yang subjek
ini masih lagi relevan untuk diambil oleh pelajar DSK dan DIB. Jumlahnya adalah seramai 141
orang atau jumlah peratusan seramai 76.2%. Selebihnya hanya 44 orang pelajar sahaja yang
menjawab Tidak atau 23.8%.

Jadual 2: Pendapat pelajar terhadap topik di dalam subjek OSH (telah dipelajari di dalam
mana-mana subjek sebelum ini)

Valid Cumulative
Frequency Percent Percent Percent
Valid YA 82 44.3 44.3 44.3
TIDAK 103 55.7 55.7 100.0
Total 185 100.0 100.0

Bagi persoalan di atas, pelajar ditanya sama ada topik yang diajar di dalam subjek OSH ini
pernah dipelajari dalam mana-mana subjek sebelum ini dan hasilnya majoriti pelajar
mengatakan yang mereka belum pernah belajar topik di dalam subjek OSH dalam mana-mana
subjek iaitu seramai 103 orang (55.7%) menjawab Tidak. Seramai 82 orang (44.3%) pelajar
yang lain pula mengatakan yang mereka pernah belajar topik yang sama di dalam subjek lain.
KOLOKIUM AKADEMIK PSIS 2013 (KAPSIS'I3), POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH SELANGOR 27 DISEMBER 2013

Jadual 3: Pendapat pelajar terhadap topik di dalam subjek OSH (boleh dipelajari semula
secara tidak langsung apabila bekerja nanti)

Valid Cumulative
Frequency Percent Percent Percent
Valid YA 169 91.4 91.4 91.4
TIDAK 16 8.6 8.6 100.0
Total 185 100.0 100.0

Seramai 169 orang pelajar atau 91.4% pelajar menjawab Ya bagi persoalan di atas yang mana
mereka percaya yang mereka boleh mempelajari semula mana-mana topik di dalam OSH
secara tidak langsung apabila bekerja nanti. Manakala 16 orang (8.6%) pelajar yang lain pula
tidak bersetuju dengan kenyataan di atas.

Jadual 4: Pendapat pelajar terhadap topik di dalam subjek OSH (membosankan dan tidak
mempunyai nilai kepentingan yang tinggi untuk masa hadapan di tempat kerja kelak)

Valid Cumulative
Frequency Percent Percent Percent
Valid YA 50 27.0 27.0 27.0
TIDAK 135 73.0 73.0 100.0
Total 185 100.0 100.0

Pelajar diajukan dengan soalan sama ada topik-topik di dalam subjek ini membosankan dan
tidak mempunyai nilai kepentingan yang tinggi untuk masa hadapan pelajar di tempat kerja
nanti dan hasilnya seramai 135 orang atau 73% pelajar menjawab Tidak. Ini bermakna subjek
ini masih mempunyai kepentingan dan perlu dipelajari oleh setiap pelajar. Hanya 50 orang
pelajar sahaja atau 27% menjawab Ya. Pelajar beranggapan yang mereka hanya bekerja di
pejabat dan tidak mungkin terdedah dengan keadaan kerja yang berbahaya.
KOLOKIUM AKADEMIK PSIS 2013 (KAPSIS'I3), POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH SELANGOR 27 DISEMBER 2013

Jadual 5: Pendapat pelajar terhadap topik di dalam subjek OSH (sangat berguna buat di masa
hadapan kerana ia menekankan aspek-aspek keselamatan yang tidak diajar di mana-mana)

Valid Cumulative
Frequency Percent Percent Percent
Valid YA 168 90.8 90.8 90.8
TIDAK 17 9.2 9.2 100.0
Total 185 100.0 100.0

Persoalan terakhir yang diajukan kepada pelajar adalah berkaitan dengan topik-topik di dalam
subjek ini sama ada sangat berguna buat pelajar di masa hadapan atau tidak dan majoriti
pelajar menjawab Ya iaitu seramai 168 orang atau 90.8%. Mereka percaya yang topik-topik ini
sangat berguna buat mereka di masa hadapan kerana ia menekankan aspek-aspek
keselamatan yang tidak diajar di mana-mana. Manakala selebihnya hanya menjawab Tidak
namun masih dalam jumlah yang sangat sedikit iaitu seramai 17 orang (9.2%) sahaja.

BAHAGIAN D

Bahagian ini pula berkaitan dengan cadangan pembaikpulihan kursus OSH terhadap subjek ini
merangkumi pendapat terhadap kepentingan subjek ini di alam perkerjaan, gaya pengajaran
pensyarah dan minat pelajar keseluruhan.

Antara cadangan pembaikpulihan yang telah dikemukakan oleh para pelajar ialah:
1. Memerlukan sesi pembelajaran yang lebih berkesan dan penerangan topik-topik yang
lebih jelas daripada pensyarah supaya pelajar lebih memahami dan menarik minat
pelajar terhadap subjek ini.
2. Mengadakan pelbagai aktiviti pembelajaran di dalam dan luar kelas seperti games, cara-
cara latihan keselamatan, kempen, ceramah,lawatan sambil belajar dan sebagainya
supaya pelajar tidak berasa bosan.
3. Membuat praktikal supaya pelajar lebih memahami situasi sebenar.
4. Mengadakan kelas OSH lebih kerap iaitu lebih 2 jam seminggu.
5. Memberi maklumat, nota dan latihan tambahan kepada pelajar.
KOLOKIUM AKADEMIK PSIS 2013 (KAPSIS'I3), POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH SELANGOR 27 DISEMBER 2013

6.0 KESIMPULAN

Secara kolektif, kajian ini menunjukkan lebih daripada separuh pelajar berada di pertengahan
semasa menjawab soalan soal selidik yang diberikan. Ini seolah-olah menterjemahkan bahawa
kebanyakan pelajar-pelajar DSK dan DIB di Jabatan Perdagangan tidak mengetahui sama ada
mereka minat atau faham terhadap kursus AW101. Seharusnya mereka mempunyai pendapat
dan penerimaan yang lebih mendalam terhadap minat dan kefahaman di dalam subjek OSH
selain terhadap pengajaran pensyarah. Di sebalik dapatan kajian ini, kami pasti terdapat faktor
lain yang mempengaruhi minat pelajar di dalam subjek OSH ini seperti motivasi diri pelajar.
Sikap positif pelajar dan teknik pengajaran pensyarah yang bersesuaian boleh dijadikan
indikator yang mutlak untuk menarik minat pelajar. Oleh itu keperluan untuk memahami
motivasi dalam pembelajaran dan kesinambungan proses memahami minat pelajar adalah
menjadi suatu kepentingan dalam subjek OSH selepas ini.

8.0 RUJUKAN

Ahmad Rizal Madar. (2003). Pendidikan Alaf Baru: Cabaran dan Harapan Dalam Menghasilkan
Kecemerlangan. Persidangan Pendidikan Teknikal Politeknik Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Baharin Abu, 2000; Felder & Silverman, 1988; Godleski, 1984; Oxford et al., 1991; Smith &
Renzulli, 1984.

You might also like