You are on page 1of 1

Amalan Hidup Sihat

Amalan gaya hidup sihat perlu dipraktikkan oleh setiap lapisan masyarakat. Antara amala
yang perlu dilakukan adalah dengan mengambil makanan yang seimbang, melakukan senaman dan
sebagainya.

Kita perlu mengambil makanan yang seimbang dan memperbanyakpengambilan buah-


buahan serta sayur-sayuran dalam diet seharian.Hal ini penting kerana pemakanan yang seimbang
akan mengelakkan kita daripada mengalami obesiti dan pelbagai penyakit kronik. Pemeriksaan
kesihatan secara berkala juga perlu dilakukan. Tujuannya adalah untuk memastikan tahap kesihatan
kita sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

Kita juga perlu bergiat aktif dalam persatuan atau pasukan beruniform. Melalui kegiatan
ini , kita dapat mengisi masa lapang scara berfaedah di samping mempunyai kenalan dan sahabat
yang ramai. Amalan gaya hidup sihat dapat melahirkan golongan masyarakat yang aktif dan berkualiti
untuk menyumbang kepada pembanguna negara.

Tuntasnya, kita semua perlu mengamalkan gaya hidup sihat supaya kehidupan menjadi lebih
bermakna dan ceria.

You might also like