You are on page 1of 5

KARANGAN TERBUKA SPM 2 KELANTAN 2015

SOALAN:
Bangsa Membaca Bangsa Berjaya
Huraikan kepentingan amalan membaca.

Nasi lemak buah bidara,


sayang selasih hamba turutkan;
amalan membaca banyak faedahnya,
untuk kegunaan masa hadapan.

Masyarakat Melayu sinonim dengan pelbagai jenis puisi tradisional bagi melahirkan
perasaan yang telah terpahat dalam atma dan sukma mereka. Puisi di atas menggambarkan
amalan membaca sangat penting dalam kehidupan seharian kita bagi melahirkan generasi yang
berintelektual dalam mencorak masa hadapan. Ketahuilah kita bahawa masa depan menjanjikan
cabaran yang sarat dengan muatan cabaran reformasi. Oleh sebab itu, menerusi amalan membaca
juga dapat mencetus kesegaran minda agar tidak wujud modal insan yang dibelenggu dengan cara
berfikir yang sempit. Walaupun dunia sudah melepasi pelbagai zaman dalam beberapa dekad,
namun budaya membaca tetap mendominasi kemajuan dan keagungan sesebuah bangsa. Sejarah
telah mencatatkan bahawa bangsa yang berjaya antara lain dicirikan oleh masyarakatnya yang
memiliki budaya literasi. Begitu juga sebaliknya. Sesuatu bangsa yang mempunyai kekuasaan atau
kejayaan dalam sesuatu bidang tidak boleh mempertahankan miliknya tanpa budaya ilmu yang
mantap. Rakyat Malaysia yang tidak mengetahui kepentingan amalan membaca
perlulah membudayakan amalan yang mulia ini yang mengandungi seribu satu kemuliaan yang tidak
dapat dipertikaikan lagi. Persoalannya, apakah kepentingan amalan membaca?

Sesungguhnya amalan membaca mampu menambah pengetahuan kita. Amalan membaca


dapat membantu memberikan nilai tambah dalam diri seseorang sebagai persediaan untuk bersaing
dalam era globalisasi ini. Setiap seseorang daripada kita mesti memberikan nilai tambah kepada
diri masing-masing, demikian mantan perdana menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi
pernah menukil dalam salah satu ucapan beliau sekitar pertengahan tahun 2005 yang lalu.
Ungkapan keramat itu, membawa maksud bahawa nilai seseorang anak pascamerdeka ini akan
bertambah andai individu itu berusaha melakukan anjakan paradigma untuk dirinya daripada terus
berada di takuk lama. Jika ditelusuri, ungkapan ini boleh direalisasikan dengan amalan membaca
yang pastinya dapat menyumbangkan idea bernas dalam diri pembaca. Selain melalui proses
pembelajaran secara formal di sekolah, nilai diri akan dapat ditambah dengan banyaknya menerusi
amalan membaca bahan-bahan ilmiah seperti Majalah Dewan Bahasa, Dewan Siswa, Kosmik dan
sebagainya. Cerdik pandai sering menganggap amalan membaca sebagai jambatan ilmu. Persepsi
ini terjelma lantaran amalan membaca yang dapat menghubungkan antara manusia dengan dunia
ilmu. Tegasnya, amalan membaca sememangnya dapat menambah ilmu pengetahuan dan
menjadi persiapan untuk kesiagaan kita bersaing dengan cabaran kemajuan yang terbentang di
jagatraya ini.

Seterusnya, mari kita fokuskan lensa pemikiran kita kepada manfaat seterusnya
iaitu membaca dapat meningkatkan kepakaran. Kepakaran yang dimaksudkan ialah tenaga kerja
yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam sesuatu bidang. Membaca dapat mewujudkan
koridor kemajuan ekonomi demi meningkatkan tenaga pakar yang berpengetahuan. Sebagaimana
yang diketahui masyarakat yang suka membaca merupakan masyarakat yang maju dan kompetetif
sehingga dapat mencetuskan gegaran minda sekaligus dapat menjulang negara kita ke puncak
jagat. Buktinya kita melihat betapa negara pengeluar minyak yang kaya-raya terpaksa bergantung
hampir dalam semua aspek penting kehidupan negaranya kepada negara lain yang lebih maju dari
segi keilmuan dan kepakaran. Oleh sebab itu, amalan membaca dapat membentuk masyarakat
madani yang berkemahiran dan berkepakaran tinggi. Apabila negara kita sudah mencapai tahap
yang maksimum dalam membentuk individu yang mempunyai kepakaran yang tinggi dalam satu-
satu bidang, kita tidak perlu bergantung kepada kepakaran luar lagi. Jelaslah bahawa amalan
membaca dapat membekalkan tenaga pakar atau mahir kepada sesebuah negara itu.

Jika dilihat dari aspek yang lain, membaca merupakan tiang sandaran konkrit untuk berjaya
dalam akademik. Namun begitu, cahaya amalan membaca semakin hari semakin malap dalam
naluri pelajar. Kontradiksinya, para pelajar tidak mempunyai kesedaran bahawa membaca itu
penting dalam kehidupan sedangkan amalan membaca dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan
mampu meluaskan horizon pemikiran para pelajar. Oleh sebab itu, para pelajar perlu menyemai
bibit-bibit minat membaca dalam diri kerana membaca merupakan wasilah utama kejayaan
seseorang pelajar. Sebagi contoh, adik Nik Nor Madihah telah berjaya memperoleh 20A dalam SPM
dengan membudayakan amalan membaca dalam diari kehidupannya sebagai seorang pelajar.
Meyedari kepentingan membaca dalam kalangan pelajar, pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak
sekolah bagi memperkasakan minat membaca dalam kalangan pelajar seperti mengadakan minggu
membaca dan program NILAM. Melalui program NILAM ini jugalah lahirlah tokoh-tokoh pelajar yang
berjaya. Selain berjaya dalam akademik, para pelajar juga boleh mengaplikasikan ilmu yang
diperolehi melalui membaca dalam kehidupan seharian. Ringkasnya, jelaslah bahawa amalan
membaca dapat memberikan pelbagai kemaslahatan kepada para pelajar untuk berjaya.
Sesungguhnya, menuntut ilmu tanpa membaca ibarat basikal tanpa roda.

Dengan membudayakan amalan membaca juga, rakyat yang berpengetahuan luas dalam
sesebuah negara mampu mencetuskan ideologi dan buah fikiran yang bernas
dalam memacu proses pembangunan negara dapat dilahirkan. Hal ini dikatakan dmeikian kerana
membaca merupakan acuan untuk membentuk sesebuah tamadun yang gemilang seiring dengan
negara-negara yang telah mengecapi modenisasi mapan seperti Jepun. Di Jepun, atas dasar
aplikasi dan pengetahuan sains dan inovasi mereka mampu mencipta teknologi yang tidak terdapat
di negara-negara lain seperti mesin layan diri yang dapat memenuhi keperluan harian iaitu mesin
menjual ketam hidup, telur ayam segar, sayur-sayuran segar dan baju hujan dan barang kemas.
Kelebihan mesin layan diri ini dapat beroperasi sepanjang masa iaitu 24 jam sehari. Keadaan ini
membolehkan para peniaga dan usahawan tidak perlu bersusah-payah menjaga premis perniagaan
mereka kerana mesin layan diri ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang sempurna
selain mereka dapat memperuntukkan masa mereka dengan aktiviti yang dapat meningkatkan
kemajuan negara mereka. Jelaslah bahawa amalan merupakan ramuan yang efektif untuk
membentuk masyarakat yang berproduktiviti tinggi dan seterusnya dapat merealisasikan aspirasi
negara untuk bertambah maju.

Secara konklusinya, sudah terang lagi bersuluh bahawa amalan membaca sangat mulia
kerana mendatangkan pelbagai kebaikan atau faedah kepada pembaca, keluarga, bangsa dan
negaranya. Amalan membaca merupakan permulaan positif sebagai langkah pertama dalam
penjanaan dan penyebaran ilmu. Hal ini terbukti berdasarkan peristiwa penuh bermakna dan agung
dalam sejarah Islam melalui surah al-Alaq iaitu ketika Nabi Muhammad mendapat wahyu yang
pertama di Gua Hira melalui perantaraan malaikat Jibril yang menyuruhnya membaca. Jelaslah
membaca merupakan kunci ilmu yang memberikan impak positif dalam mempengaruhi
perkembangan minda masyarakat. Walaupun pada hari ini pelbagai prakarsa telah dilaksanakan
untuk memupuk amalan membaca namun, usaha tersebut diumpamakan hujan jatuh ke pasir. Ibu
bapa mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memupuk budaya membaca sejak kecil lagi
kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pihak kerajaan juga perlu menyediakan pelbagai
kemudahan seperti perpustakaan supaya kita dapat membaca dengan selesa. Kempen-kempen
membaca juga perlu dipergiat. Jika usaha-usaha memupuk budaya membaca giat dijalankan,
negara Malaysia pasti akan menjadi negara yang maju. Oleh itu, semua orang wajiblah membaca
dan berusaha meningkatkan budaya membaca agar masyarakat yang celik ilmu dapat dilahirkan.
Ingatlah bahawa bangsa membaca, bangsa maju.
KARANGAN TERBUKA SPM 3 KEDAH 2015
DIMENSI MASYARAKAT

SOALAN:

Semangat kejiranan merujuk aspek kesefahaman dan hubungan erat sesama jiran. Kerajaan telah
melancarkan slogan Jiran Sepakat Membawa Berkat untuk mengembalikan semangat kejiranan yang kian
luntur dalam kalangan masyarakat di negara ini. Anda ingin menulis sebuah rencana yang bertajuk Langkah-
langkah Memupuk Semangat Kejiranan dalam Kalangan Masyarakat.

Tulis rencana anda itu selengkapnya.

Dimensi : Masyarakat dan negara

Format : Rencana

Tema : Senario Masyarakat Kita: Tradisi Kejiranan dalam Masyarakat (Tingkatan 4)

Aras : Sederhana

Kehendak soalan:

Calon dikehendaki menulis rencana yang bertajuk Langkah-langkah MemupukSemangat Kejiranan


dalam Kalangan Masyarakat
Karangan mestilah dalam bentuk format rencana yang betul.
Karangan berformat : Tajuk ( - 1m jika tiada)
: Nama penulis (Berunsurkan nama manusia) (-1m jika tiada)

Jika calon tidak menulis mengikut format, markah maksimum kepujian (66 79).

Rangka Jawapan:

1. Ibu bapa menjadi suri teladan

2. Program rukun tetangga di kawasan perumahan mesti dihidupkan semula oleh masyarakat setempat

3. Penduduk setempat mengadakan aktiviti gotong-royong

4. Masyarakat setempat dan pihak kerajaan mengadakan majlis-majlis rumah terbuka

5. Masyarakat setempat perlu membudayakan amalan kunjung-mengunjungi


Langkah-langkah Memupuk Semangat Kejiranan dalam Kalangan Masyarakat

Oleh : Zainab binti Muhammad

Dalam mendepani era modenisasi pada abad-21 kini, dunia menyaksikan iktisad negara yang kian
membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Negara yang semakin pesat membangun
seperti tenggelam sama basah, timbul sama hanyut seiringan dengan negara maju lain. Namun begitu, isu
memupuk semangat kejiranan masih menjadi polemik dalam kalangan marhaen di Malaysia. Dewasa ini,
semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita semakin hari semakin terpinggir. Maasyarakat pada hari
ini lebih mementingkan diri sendiri dan membudayakan hidup bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing. Dari segi konsepnya semangat kejiranan boleh ditakrifkan sebagai suatu perasaan yang
harus dipupuk oleh setiap masyarakat di Malaysia tanpa mengira warna kulit bangsa dan agama dalam usaha
untuk mengukuhkan perpaduan kaum demi negara yang tercinta. Biasanya semangat kejiranan merangkumi
semua lapisan masyarakat tidak kira muda ataupun tua yang perlu kita amalkan.Menurut Dato Dr. Fadzillah
Kamsah jiran merupakan orang yang tinggal di sekeliling kita sama ada di depan, belakang, kiri , atau
pun kanan dan merupakan orang pertama yang membantu kita ketika kita berada dalam kesusahan.
Hal ini boleh dianalogikan seperti awan yang melindungi bumi daripada cahaya matahari. Oleh itu, beberapa
langkah yang pragmatik harus diambil bagi memupuk semangat kejiranan kepada semua lapisan masyarakat.

Langkah yang paling pragmatik untuk memupuk semangat kejiranan ialah ibu bapa perlu menjadi suri
teladan kepada anak-anak. Hal ini kerana ibu bapa merupakan guru pertama dan guru terbaik kepada anak-
anak. Jika ibu bapa menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak maka mereka akan mencontohi
teladan yang ditunjukkan kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Sebagai contoh, ibu bapa haruslah
mengunjungi atau menziarahi jiran tetangga walaupun mereka berada dalam keadaan yang baik atau tidak.
Selain itu, ibu bapa haruslah tidak sombong dengan jiran dan sering bertegur-sapa agar dapat memupuk
semangat kejiranan. Kesannya, semangat kejiranan dapat dipupuk antara jiran dalam kalangan anak-anak
dan ibu bapa sekali gus dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni. Sekiranya cara memupuk semangat
kejiranan dapat dipupuk oleh ibu bapa maka negara dapat melahirkan generasi yang bijaksana dan
bekerjasama dalam mentadbir membangunkan negara ke arah kemajuan negara pada masa akan datang.
Tegasnya, contoh teladan yang terbaik daripada ibu bapa mampu memupuk semangat kejiranan dalam
kalangan anak-anak.

Memetik wasitah nirmala seterusnya, uslub lain untuk memupuk semangat kejiranan dalam
masyarakat setempat di Malaysia ialah program rukun tetangga di kawasan perumahan mesti dihidupkan
semula. Hal ini kerana program rukun tetangga berfungsi sebagai perisai untuk mengawal keselamatan
kawasan perumahan terutama pada malam hari. Anggotanya membabitkan semua pihak tanpa mengira
kaum kerana masing-masing bertanggungjawab menjaga keselamatan kendiri dan keluarga. Sebagai
contohnya, anggota rukun tetangga akan bergilir-gilir bertugas meronda kawasan tanpa mengira usia, agama
dan status. Secara ghalibnya, senario ini akan mewujudkan jalinan hubungan yang mesra bagai isi dengan
kuku sekali gus memupuk semangat kejiranan yang hakiki. Menurut Tun Dr. Mahathir, jiran yang muafakat
akan membentuk masyarakat yang harmoni. Oleh itu, kita perlu mengaktifkan program rukun tetangga bagi
melahirkan semangat kejiranan yang utuh dan bersatu padu.

Meninjau dari skop yang lain, langkah yang seterusnya adalah dengan mengadakan aktiviti gotong-
royong oleh ahli komuniti atau badan bukan kerajaan (NGO). Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat
berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Sebagai contoh, aktiviti
yang boleh diadakan secara bergotong-royong adalah seperti membersihkan kawasan taman, menyediakan
hidangan untuk kenduri-kendara dan sebagainya. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat
berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati
budi jiran mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan
bahawatak kenal maka tak cinta. Selepas mengenali hati budi antara satu sama lain barulah benih-benih
kasih sayang. Melalui cara ini, masyarakat yang penyayang dapat dilahirkan di samping dapat menerapkan
pelbagai nilai murni. Tun Dr. Mahathir, Mantan Perdana Menteri pernah menegaskan bahawa dengan
melibatkan diri dalam kegiatan bergotong-royong, kita berupaya menerapkan pelbagai nilai murni
dalam diri. Bukan itu sahaja, kawasan kediaman juga akan menjadi bersih dan terpelihara daripada penyakit
demam denggi. Jelaslah bahawa aktiviti gotong-royong dapat memupuk semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat.

Jika dilihat dari perspektif yang lain, kita juga hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah terbuka
semasa sesuatu sambutan perayaan. Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh
semangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat. Melalui acara rumah terbuka, jiran dapat bertanyakan
khabar dan bercerita tentang pengalaman masing-masing dengan lebih dekat. Seterusnya, melalui majlis
rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil
menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri,
Tahun Baharu Cina, Krismas, Deepavali, dan sebagainya majlis-majlis rumah terbuka hendaklah dijadikan
acara tahunan.Maka, dengan adanya pengimplimentasian program seperti Rumah Terbuka Kebangsaan
bagi setiap sambutan perayaan, rakyat dapat diterapkan dengan nilai hormat-menghormati dan sayang-
menyayangi antara satu sama lain ibarat kata bidalan, serumpun seperti serai, seikat seperti sirih. Hal ini
dikuatkan lagi dengan kajian dari Universiti Sains Malaysia yang menunjukkan keberhasilan
penganjuran program Rumah Terbuka Kebangsaan dalam mewujudkan institusi kejiranan yang
kukuh di sembilan buah kawasan perumahan di sekitar Pulau Pinang. Pendek kata, majlis rumah terbuka
mampu mengeratkan hubungan kejiranan dan memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.

Lontaran idea yang seterusnya ialah kita mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjung
dalam kalangan rakyat sebagai langkah untuk memupuk dan mengekalkan semangat kejiranan. Dalam hidup
bermasyarakat, kita digalakkan menziarahi jiran kita. Melalui aktiviti ini, kita akan mengetahui masalah dan
kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagai contoh, kita perlu berkunjung ke hospital jika kita mendapat
berita bahawa jiran kita dimasukkan ke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau kemalangan.
Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawa berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya,
namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang pada prinsip cubit paha kiri, paha kanan terasa juga.
Maksudnya ialah jika kita mempunyai semangat kejiranan yang tinggi, kita akan dapat merasai segala
kesusahan dan keperitan yang dialami oleh jiran kita. Dengan ini, kita dapat meringankan penderitaan dan
kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Izharlah bahawa amalan ziarah-menziarahi mampu menyemarakkan
semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita.

Sebagai menggulung segala lontaran idea yang telah dinyatakan, dapatlah disimpulkan bahawa
terdapat beberapa langkah yang dapat dipraktikkan untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat kita. Dalam era globalisasi ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan
orang lain semakin menebal. Jika hal ini dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan
menjejaskan perpaduan negara kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Oleh itu, kita perlu memupuk
semangat kejiranan bermula daripada sekarang. Cogan kata Jiran Sepakat Membawa Berkat perlu terus
subur mewangi dalam kehidupan kita sehari-hari. Golongan remaja seharusnya menyuburkan semangat
kejiranan kerana mereka merupakan pemimpin yang akan mewarnai corak pemerintahan pada masa
hadapan. Namun begitu, kita tidak seharusnya meletakkan usaha ini pada bahu satu pihak kerana bertepuk
sebelah tangan tak akan berbunyi. Oleh itu, semua pihak perlulah bersinergi ibarat berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing untuk menghidupkan semangat kejiranan di negara kita. Allah berfirman yang
maksudnya, Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan
seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu kenal-
mengenali. Semoga Malaysia menjadi sebuah negara yang mempunyai perpaduan yang utuh dan kukuh.

You might also like