You are on page 1of 12

PENDIDIKAN DAN BAHASA

MEI / 2016

HBEC2103

LANGUAGE AND LITERACY FOR EARLY CHILDHOOD EDUCATION

NO. MATRIKULASI : 850225045244001

NO. KAD PENGNEALAN : 850225-04-5244

NO. TELEFON : 012-3473729

E-MEL : selvarani85@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM MELAKA

1
1.0.Pengenalan

Pendidikan amat penting dalam pembangunan negara. Negara kita semakin maju dan terus
unggul di mata dunia disebabkan pendidikan. Pendidikan membantu seseorang berfikir secara
kreatif dan kritis. Berdasarkan itu, perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan
menyarankan pihak pendidik, ibu bapa dan masyarakat supaya berfikir secara kritis, kreatif,
inovatif dan juga futuristik. Pendekatan yang baru dan efektif perlu diaplikasikan oleh guru-guru
dan ibu bapa dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) sejak kecil lagi. Jika seseorang diberi
tunjuk ajar dan panduan yang sesuai sejak peringkat kanak-kanak, maka sudah pasti individu itu
akan berjaya dalam pendidikan.

Terlebih dahulu siapakah yang digelar sebagai kanak-kanak? Kanak-kanak didefinisikan


sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-
Kanak 2001. Kanak-kanak adalah seorang yang digelar budak atau anak kecil yang
dimaksudkan sebagai manusia muda iaitu seorang yang belum mencapai baligh serta belum tahu
untuk membuat keputusan dengan sendirinya. Perkembangan kanak-kanak ialah kajian proses
dan mekanisme yang bertindak sewaktu perkembangan fizikal dan mental seorang bayi sebelum
menjadi orang dewasa. Kanak-kanak terbahagi kepada dua iaitu kanak-kanak awal serta kanak-
kanak pertengahan dan akhir, kanak-kanak awal dari usia bayi sehingga umur 6 tahun manakala
kanak-kanak pertengahan dan akhir di antara 7 tahun sehingga 12 tahun. Akhirnya kanak-kanak
pertengahan dan akhir adalah kanak-kanak mula ingin mengetahui sesuatu yang mereka lihat dan
perhatikan.

Saya telah ditugaskan untuk membincangkan peranan ibu bapa dan guru-guru dalam
perkembangan kanak-kanak menerusi pendidikan. Peranan ibu bapa adalah sangat penting dalam
perkembangan kanak-kanak. Ia merupakan satu tanggungjawab bersama bagi melahirkan bakal
pemimpin negara. Ibu bapa tidak harus biarkan kanak-kanak disebabkan mengikuti pendidikan di
institusi pendidikan bermula dari prasekolah. Mereka perlu meluangkan masa bersama kanak-
kanak sejak kecil lagi bagi meningkatkan mutu pendidikan. Kita tidak dapat hasilkan produk
yang cemerlang jika hanya pihak sekolah atau guru-guru memainkan peranan dalam
meningkatkan perkembangan kanak-kanak secara positif.

2
2.0.Aspek-aspek utama persekitaran rumah dalam memupuk kemahiran literasi dan
bahasa kanak-kanak muda.

Terlebih dahulu, literasi ialah kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis, dan
berfikir. Kemahiran tersebut berbeza dengan kemahiran berbahasa kerana dicampurkan dengan
tiga lagi unsur utama manusia moden berhubung antara satu sama lain iaitu kemahiran membaca,
menulis, dan berfikir secara kritis dan kreatif. Peningkatan kemahiran literasi pada peringkat
awal kanak-kanak adalah perlu bagi memperkukuh penguasaan bahasa bagi persiapan mereka
menghadapi alam persekolahan dan pendidikan lanjutan apabila mereka mulai dewasa kelak.
Kanak-kanak yang tidak dapat menguasai kemahiran ini akan menghadapi banyak masalah pada
masa hadapan mereka kelak.

Bahasa dikuasai oleh kanak-kanak secara normal, iaitu kanak-kanak tidak perlu diajar untuk
menguasai bahasa ibundanya. Penguasaan bahasa ini terjadi secara semula jadi apabila kanak-
kanak tersebut dilahirkan dan membesar dengan sendirinya. Namun demikian kanak-kanak
perlulah didedahkan dengan aktiviti berbahasa bagi memperoleh sesuatu bahasa secara semula
jadi ini. Hal yang demikian ini bermaksud kanak-kanak yang tidak pernah didedahkan dengan
aktiviti berbahasa tidak akan dapat menguasai bahasa tersebut.

Faktor biologikal membolehkan kanak-kanak berbahasa, tetapi faktor persekitaran penting


bagi membolehkan kanak-kanak menguasai sintaks, tatabahasa, dan perbendaharaan kata.
Kanak-kanak yang diberikan persekitaran bahasa yang kaya akan menjadi lebih petah bercakap
dan cepat menguasai kemahiran membaca dan menulis. Ibu bapa dan masyarakat sekitar
merupakan sumber kepada penguasaan bahasa kanak-kanak. Ibu bapa dan penjaga menjadi
model kepada kanak-kanak untuk menguasai kemahiran berbahasa. Kanak-kanak dapat
menguasai kemahiran literasi sekiranya kemahiran tersebut disampaikan dengan cara yang
menarik dan pelbagai.

Morrison (1995) menyatakan, ibu bapa adalah orang-orang yang menyediakan keperluan
asas, penjagaan dan kasih sayang, memberi sokongan, panduan, tunjuk ajar, bimbingan dan
perlindungan kepada kanak-kanak. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan awal kanak-kanak
adalah sangat penting. Penglibatan ibu bapa bersama anak-anak akan dapat memudahkan ibu
bapa dalam memahami konsep sebenar pengajaran dan pembelajaran di sekolah serta membantu

3
membimbing dan mendidik anak-anak dalam pembelajaran. Di samping itu ia juga
membolehkan ibu bapa itu mengetahui tahap perkembangan dan kemahiran anak-anak serta
membantu untuk meningkatkan lagi mutu pembelajaran anak-anak.

Menurut Betty Hart dan Todd Risley (Santrock, 2007) mendapati ibu bapa daripada golongan
profesional menyediakan suasana persekitaran yang lebih baik untuk perkembangan kemahiran
literasi kanak-kanak berbanding dengan golongan bukan profesional contohnya menyediakan
perpustakaan mini dan penggunaan teknologi seperti komputer di rumah membolehkan kanak-
kanak itu meneroka menerusi aktiviti pembacaan dan penerokaan maklumat, berbanding
kalangan golongan bukan profesional yang hanya bergantung kepada pembelajaran bahasa di
sekolah sahaja. Tambahan lagi, sebahagian golongan bukan profesional juga kurang berinteraksi
dan susah untuk menerangkan sesuatu perkara dengan lebih lanjut kepada anak-anak mereka.

Menurut Neuman, Caperalli & Kee (1998), program membaca bersama keluarga melibatkan
aktiviti yang dilakukan bersama-sama di antara ibu bapa dan anak-anak. Mereka meluangkan
masa serta suka melakukan aktiviti bersama-sama dan ini seterusnya membawa kepada
penglibatan ibu bapa dengan pendidikan anak-anak mereka. Dalam kebanyakan program, aktiviti
yang dilakukan bersama-sama keluarga ialah aktiviti membaca dan membincangkan buku
bersama-sama.

Ibu bapa hendaklah memulakan budaya membaca di rumah dengan menyediakan


persekitaran yang boleh merangsang minat anak-anak untuk membaca buku-buku ilmiah untuk
meningkatkan kemahiran literasi. Ibu bapa hendaklah membaca buku-buku dan surat
khabar pada setiap hari terutama pada waktu senggang. Perbuatan ibu bapa yang suka membaca
pasti akan dicontohi dan diikuti oleh anak-anak kerana pepatah menyatakan bagaimana acuan
begitulah kuihnya, ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Pada zaman ini, anak-anak tidak
tahu untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Jadi, ibu bapa boleh
mendidik anak-anak sejak kecil lagi untuk membaca buku-buku ilmiah. Bak kata pepatah,
melentur buluh biarlah dari rebungnya dan asas pendidikan bermula dari rumah. Ibu bapa boleh
melakukan aktiviti membaca bersama anak-anak pada hari cuti sewaktu semua ahli keluarga
berehat di rumah.

4
Adakan satu masa membaca bersama keluarga di mana setiap ahli keluarga akan melakukan
pembacaan masing-masing. Jika semua keluarga boleh ada masa menonton televisyen bersama,
sudah pastinya juga ada masa untuk semua ahli keluarga membaca bersama kerana aktiviti
membaca adalah amat penting bagi memperkembangkan kemahiran literasi. Tambahan lagi, ibu
bapa juga boleh memupuk minat membaca bahan-bahan ilmiah dengan membimbing anak-anak
mereka melayari internet. Internet merupakan sumber ilmu yang boleh digunakan oleh semua
lapisan masyarakat. Ibu bapa perlu memainkan peranan sebagai pembimbing kepada anak-anak
mereka. Mereka perlu mendidik anak-anak melayari internet untuk meningkatkan kemahiran
literasi mereka. Pendek kata, ibu bapa harus menyediakan kemudahan computer dan internet di
rumah bagi meningkatkan kemahiran literasi kanak-kanak sejak kecil lagi.

Ibu bapa juga harus peka terhadap perkara yang menjadi minat anak-anak dan mengadakan
bahan baca yang berkaitan dengan minat kanak-kanak tersebut. Selain dari buku cerita dan buku
yang memberi pengetahuan, langganlah majalah yang sesuai dengan peringkat umur kanak-
kanak agar kanak-kanak mengetahui peristiwa-peristiwa semasa di kalangan rakan-rakan sebaya
mereka yang berada di tempat lain. Sediakan sudut mini bacaan di rumah dalam keadaan yang
selesa agar ia menjadi tumpuan kanak-kanak. Pastikan kedudukan sudut mini bacaan itu di
tempat yang suka dikunjungi oleh kanak-kanak agar ianya selalu mendapat perhatian mereka.
Rak buku yang digunakan biarlah yang boleh dicapai oleh kanak-kanak. Letakkan karpet dan
kusyen agar kanak-kanak dapat duduk atau berbaring-baring dengan selesa.

Pastikan peredaran udara mencukupi dan pencahayaan cukup terang bagi sudut tersebut.
Pencahayaan dan pengudaraan yang cukup amatlah penting untuk keselesaan kanak-kanak dan
ibu bapa semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di rumah. Tingkap dan lampu
yang mencukupi boleh memberi pencahayaan yang mencukupi. Ibu bapa haruslah memastikan
alat elektrik ini berfungsi dan membaiki jika terdapat kerosakan. Susun atur perabot rumah juga
hendaklah disusun dengan baik supaya tidak menghalang tingkap untuk mengelakkan berlakunya
halangan pencahayaan dan pengudaraan. Jika ibu bapa memainkan peranan mereka seperti
cadangan-cadangan di atas sudah pasti anak-anak mereka akan mendapat pendedahan awal
terhadap kemahiran literasi sebelum melangkah ke sekolah.

5
3.0.Program untuk menanam tabiat membaca dalam kalangan kanak-kanak prasekolah.

Mengikut tradisi, tanggungjawab ibu bapa ialah membesarkan kanak-kanak, manakala


sekolah adalah tempat mereka menimba ilmu. Pendapat ini sudah tidak tepat lagi kerana peranan
guru telah banyak berubah, malah pendidikan ibu bapa dalam pendidikan prasekolah juga telah
berkembang dengan baik. Oleh itu ibu bapa diberi peluang mendapatkan ilmu dan kemahiran
daripada ahli-ahli professional dalam aspek mendidik kanak-kanak di peringkat sekolah dapat
membantu mereka mengembangkan dan meningkatkan lagi potensi anak-anak mereka.

Selain daripada itu komponen kesedaran dan motivasi ibu bapa juga perlu dimasukkan
sebagai salah satu aktiviti yang dijalankan di sekolah dalam usaha merapatkan hubungan antara
sekolah dan ibu bapa demi kepentingan kanak-kanak. Ini kerana skop penglibatan ibu bapa
dengan program pendidikan anak-anak adalah sangat luas dan patut digalakkan dan
diketengahkan. Selaras dengan itu saya mencadangkan satu program membaca kendiri dalam
tugasan ini dimana memerlukan kolaborasi antara ibu bapa dan guru-guru atau sekolah.

Program ini dikenali sebagai Program Membaca Kendiri Menerusi Bilik Inovasi. Bilik
sebegini bukannya satu bilik yang baru di prasekolah. Pada kebiasannya, bilik inovasi yang ada
di sesebuah prasekolah akan mempunyai buku-buku yang berkaitan dengan pelbagai
matapelajaran yang berkaitan dengan literasi dan numerasi. Tetapi, terdapat pelbagai sumber
yang berlainan di bilik ini untuk meningkatkan kemahiran literasi dimana dapat
memperkembangan potensi individu terhadap kemahiran asas iaitu, membaca, menulis,
mendengar, bertutur dan berfikir.

Tidak dapat dinafikan bahawa dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
kemahiran menaakul adalah sangat penting. Salah satu kelebihan bilik inovasi yang saya
rekabentuk adalah ia mempunyai ciri-ciri yang dapat mengembangkan kemahiran menaakul
murid-murid dari peringkat prasekolah. Terdapat pelbagai sumber yang dapat membantu murid
dalam mencapai tahap kemahiran menaakul yang maksimum. Ia akan membantu mereka untuk
meningkatkan kemahiran literasi apabila melangkah ke sekolah rendah. Oleh itu objektif
program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada kanak-kanak dalam penguasaan
kemahiran literasi terutamanya dalam kemahiran membaca . Kanak-kanak boleh mengakseskan

6
bilik ini untuk meningkatkan ilmu mereka dalam pelbagai bidang sama ada pendidikan, sukan
dan lain-lain lagi dengan bimbingan guru.

Kaedah yang akan diaplikasikan sepanjang program ini adalah difokuskan terhadap
pengaksesan kendiri. Pembelajaran atau pembacaan akses kendiri di bilik inovasi ini adalah satu
kaedah yang membantu murid dan guru memperolehi kemahiran dan pengetahuan secara
berdikari serta merupakan pengaksesan sumber pembelajaran. Bahan pembelajaran direka dan
diuruskan supaya murid dan guru belajar mengikut minat, keperluan, tahap kemampuan dan gaya
pembelajaran mereka.

Selain itu, pembelajaran atau pembacaan akses kendiri di bilik ini lebih dikenali sebagai satu
strategi dimana pengajaran dan pembelajaran lebih tertumpu kepada murid-murid dimana lebih
dikenali sebagai memusatkan murid. Pembelajaran atau pembacaan akses kendiri dibentuk di
bilik ini untuk menggalakkan pembelajaran kendiri supaya murid mempunyai autonomi dan
bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri dengan menyedari bahawa mereka adalah
individu yang mempunyai minat, kemampuan dan gaya dan rentak pembelajaran yang berbeza.

Pembelajaran atau pembacaan akses kendiri juga memerlukan persekitaran pembelajaran


yang kondusif selain daripada ciri-ciri lain seperti gaya pembelajaran, minat, dan keperluan-
keperluan lain. Oleh yang demikian, ia dapat memberi motivasi kepada murid-murid supaya
lebih berdikari dan menjurus kepada sikap kendiri. Saya yakin bahawa boleh menghasilkan satu
program membaca yang efektif menerusi bilik inovasi seperti begini dengan adanya kerjasama
guru-guru lain dan juga ibu bapa.

Sepertimana kita sedia maklum, terdapat pelbagai bacaan. Tetapi, kemahiran membaca
atau jenis bacaan yang ingin saya tekankan adalah bacaan Mentalis atau senyap melalui program
ini. Hal ini adalah kerana kaedah yang diguna pakai adalah akses kendiri dan saya berpendapat
bahawa bacaan Mentalis sesuai dengan kaedah tersebut. Membaca senyap atau membaca dalam
hati (silent reading) ialah kegiatan membaca yang melibatkan ingatan visual (visual memory)
dan pengaktifan mata dan ingatan. Tujuan utama membaca jenis ini adalah untuk memperoleh
informasi dan pemahaman. Dibandingkan dengan membaca nyaring, membaca dalam hati atau
membaca senyap adalah lebih ekonomis, dan dapat dilakukan di mana-mana sahaja.

7
Biasanya, membaca dalam hati atau senyap ini melibatkan dua jenis bacaan, iaitu
membaca insentif dan membaca ekstensif. Kedua-duanya mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.
Oleh itu, bacaan senyap atau bacaan akaliah ialah bacaan yang disuarakan dalam hati atau
menukar isi bacaan kepada maknanya tanpa mengeluarkan suara. Kelajuan bacaan senyap lebih
pantas daripada bacaan bersuara kerana beberapa perkara yang dilakukan dalam bacaan bersuara
seperti nada suara, sebutan yang jelas dan sebagainya tidak diperlukan dalam bacaan senyap.

Program ini akan dijalankan selama 3 bulan. Selepas murid-murid mengakseskan bahan
di bilik tersebut, guru-guru akan menggantikan dengan bahan atau sumber baru dengan bantuan
ibu bapa. Bagi mendapatkan maklum balas mengenai pencapaian dan kemajuan murid-murid
terhadap pembelajaran atau pembacaan akses kendiri di bilik sumber ini, saya akan menyediakan
penilaian kendiri dalam bentuk penilaian soalan pemahaman, pertandingan kuiz, pertandingan
membaca dengan pantas, teka silang kata dan sebagainya.

Sebagai seorang profesional dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, seorang guru harus
mengetahui mengapa penilaian perlu dilaksanakan dalam proses memberikan bimbingan literasi
awal. Penilaian literasi boleh dimaksudkan sebagai satu proses untuk mendapatkan maklumat
bagi mengukur keupayaan kanak-kanak menguasai sesuatu tahap kemahiran literasi yang telah
terkandung dalam perancangan atau dalam sukatan yang telah ditetapkan oleh guru atau pihak
prasekolah. Penilaian dilaksanakan bagi memberi maklumat kepada guru setakat mana kanak-
kanak dapat mengikuti dan menguasai kemahiran-kemahiran literasi yang telah diberikan kepada
kanak-kanak sepanjang tempoh tertentu yang telah ditetapkan sebelum bimbingan literasi
bermula. Kemahiran membaca yang diambil kira adalah, kefasihan, bacaan petikan pemahaman,
kesedaran fonik, perbendaharaan kata dan sebagainya. Ini akan melahirkan individu yang boleh
berfikir dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran atau pembacaan mereka untuk
meningkatkan kemahiran literasi

Terdapat pelbagai bahan atau sumber yang dapat dihasilkan bagi menceriakan lagi bilik
inovasi ini. Antara sumber-sumbernya termasuklah pelbagai jenis buku, bahan-bahan bacaan
yang lain seperti kad-kad abm berwarna-warni, kemudahan pengaksesan komputer dan internet,
cd-cd bagi kemahiran mendengar dan lisan, pelbagai jenis boneka dan sebagainya. Di samping
itu, terdapat juga kemudahan untuk membuat perbincangan kumpulan dan membuat bacaan atau
tugasan laim secara berkoperatif.

8
Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca adalah lanjutan
daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur. Melalui pembacaan,
seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi menerusi
pengalaman-pengalaman biasa yang lain. Membaca dapat membantu memperluaskan pemikiran
dan idea serta meningkatkan daya kreatif seseorang individu dalam pelbagai bidang. Oleh itu,
saya pasti bahawa buku-buku yang terdapat di bilik inovasi akan memanfaatkan murid-murid
dengan memberi peluang untuk menguasai kemahiran membaca bagi berjaya dalam kehidupan.

Kad-kad alat bantu mengajar (ABM) yang berwarna-warni serta abm-abm lain yang menarik
juga sangat penting dalam merangsang pemikiran murid-murid. Abm ialah segala kelengkapan
yang digunakan oleh guru atau murid untuk membantunya dalam proses menyampaikan ilmu.
Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-
gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang
melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa
sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid.

Atan Long (1981) membahagikan ABM kepada tiga kumpulan iaitu alat pendengaran, alat-
alat pandangan dan alat pandang-dengar. Noraziah Hamid (1981) membahagikan ABM kepada
dua multimedia iaitu media elektronik dan media bukan elektronik. Saya akan menyediakan
pelbagai kad ABM yang berwarna-warni bagi menarik minat murid-murid supaya datang ke bilik
inovasi ini serta memanfaatkan diri mereka. Guru-guru lain dan ibu bapa boleh membantu dalam
menyediakan ABM di bilik inovasi sebegini.

Selain itu, di bawah program ini, terdapat juga kemudahan pengaksesan komputer dan
internet di bilik inovasi. Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah
sesuatu yang baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan
Eropah sejak awal tahun 60 an lagi. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum
prasekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang
positif terhadap perkembangan teknologi.

9
Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada
yang berpengetahuan, berpemikiran, dan kreatif dengan menggunakan teknologi terkini. Selaras
dengan matlamat tersebut saya dengan bantuan guru-guru dan ibu bapa akan menghasilkan
situasi dimana murid-murid dapat mengakseskan komputer dan internet di bilik inovasi ini.
Secara langsungnya ia akan meningkatkan kemahiran literasi terutamanya kemahiran membaca
murid-murid apabila mereka berusaha sendiri bagi meningkatkan ilmu mereka berteraskan
kemahiran berfikir aras tinggi.

Amalan membaca menerusi program ini dapat menambahkan perbendaharaan kata murid-
murid. Murid-murid yang selalu kunjungi bilik ini semasa waktu lapang, dapat menulis ayat
dengan ayat yang lebih gramatis sejak peringkat prasekolah kerana lebih banyak perkataan yang
mereka ketahui atau kuasai. Selain itu, membaca bahan yang bukan fiksyen dapat merehatkan
minda murid-murid. Ini kerana banyak bahan bacaan ringan yang baik dan menghiburkan
mereka seperti komik, cerpen dan lain-lain lagi terdapat di bilik inovasi ini.

Secara tuntasnya, budaya membaca melalui program ini dapat mengisi masa lapang murid
dengan berfaedah. Oleh itu, murid-murid haruslah amalkan sikap suka datang ke bilik ini dan
membaca supaya menjadi cemerlang dalam pelajaran dan menjadi kebanggaan guru-guru dan
ibu bapa. Ibu bapa harus membawa anak-anak mereka ke bilik ini selain daripada waktu P&P di
prasekolah. Program ini akan berjaya jika wujudnya kolaborasi dan kerjasama yang baik antara
ibu bapa dan guru-guru prasekolah.

10
4.0.Penutup

Kurikulum Kebangsaan Prasekolah (2003) diwujudkan dengan tujuan menyuburkan potensi


murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif
sebagai persediaan kanak-kanak peringkat prasekolah untuk memasuki alam persekolahan. Kita
dapat merumuskan kemahiran-kemahiran asas itu dengan kemahiran literasi. Kemahiran literasi
adalah sangat penting bagi seseorang kanak-kanak yang melangkah ke prasekolah.

Oleh hal yang demikian ibu bapa dan guru-guru haruslah bekerjasama untuk meningkatkan
kemahiran literasi kanak-kanak sejak kecil lagi. Ibu bapalah yang memainkan peranan penting
menggalakkan anak-anak membaca bahan-bahan ilmiah. Ibu bapa harus menanamkan sikap suka
membaca dalam kalangan anak mereka kerana membaca akan menjadikan minda anak-anak
mereka cerdas.

Tambahan pula, ibu bapa mestilah menjadi pendorong untuk menyemaikan minat membaca
dalam kalangan anak mereka. Jika anak-anak sudah jatuh cinta dengan aktiviti membaca,
kejayaan dalam bidang pelajaran akan terbentang luas di depan mereka pada masa depan. Ibn
Khaldun dalam karya besarnya, Muqaddimah, pernah berkata bahawa kekuatan ilmu bukan
sahaja menjadi syarat dan pelengkap kepada kekuatan fizikal, malah memberi arah dan makna
kepada manusia dan bangsa terbabit. Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan yang penting
dalam melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan menerusi kemahiran literasi.

(2813 patah perkataan)

11
5.0. Rujukan

Kemahiran membaca. (2012). Diperoleh pada Julai 12, 2016 daripada:


http://wajip.blogspot.my/2012/08/kemahiran-membaca.html

Mahzan Arshad. (2012). Pendidikan literasi awal kanak-kanak: Teori dan amali. Tanjong
Malim: Pejabat Karang Mengarang, UPSI.

Peranan ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak (2014). Diperoleh pada Julai 12, 2016
daripada:
http://cuit-cuitbahasa.blogspot.my/2012/11/penulisan-8-dimensi-keluarga-peranan.html

Persekitaran kondusif untuk belajar. (2013). Diperoleh pada Julai 12, 2016 daripada:
http://mindailmu.com/bilik-darjah-kondusif/

Prof Madya Dr Putri Zabariah Megat A Rahman. (2006). HBPS 1103


Pengenalan Pendidikan Awal Kanak-kanak. KL: Uniten.

Putri Zabariah, Bustam Kamri, Raja Hamizah. (2005). Tadika Berkualiti. Kuala Lumpur.

PTS Publication.

http://www.funbestporn.com/brutal-ass-fucked.htm

12

You might also like