You are on page 1of 5

Tajuk

Pengawetan Spesimen Haiwan Secara Basah

Tujuan

Untuk menyimpan spesimen dengan lebih lama

Pengenalan

Secara umumnya, terdapat dua cara pengawetan iaitu :

1. Pengawetan basah

Spesimen diawet dalam larutan pengawet yang sesuai contohnya etanol dan formalin.
Dalam pengawetan spesimen yang bersaiz kecil etanol sering digunakan berbanding
formalin yang selalu digunakan untuk mengawet speismen yang bersaiz besar. Hal ini
kerana, etanol adalah bahan pengawet yang terbaik tetapi harganya jauh lebih mahal
daripada formalin. Dalam pengawetan basah balang specimen merupakan bekas
terbaik untuk menyimpan spesimen. Sekiranya balang spesimen sukar untuk didapati,
balang reka ganti seperti botol-botol kaca tanpa warna,tinggi, bermutu lebar dan
mempunyai penutup seperti botol Nescafe yang lain boleh digunakan. Pengawetan
basah selalunya digunakan untuk menyimpan spesimen haiwn kecil. Pengawetan
basah juga sesuai untuk spesimen tumbuhan yang perlu diawet untuk mengekalkan
warna dan bahagian-bahagiannya.

2. Pengawetan kering.
Berbeza dengan pengawetan basah, spesimen tidak direndam dalam bahan
pengawet menyebabkan speismen tidak tahan lama. Oleh itu, langkah-langkah
penjagaan berterusan perlu diberi perhatian. Contohnya, tempat penyimpanan harus
kering,gelap, bebas daripada kehadiran sebarang perosak dan sekirnya boleh
disimpan di tempat yang berhawa dingin. Pengawetan kering sesuai untuk mengawet
bajagian luaran sesuatu haiwan kecil seperti serangga.

Bahan dan radas

Speismen pilihan, botol pilihan, botol spesimen, sekeping kaca nipis segi empat tepat, bahan
pengawet etanol, tali nilon, klorofom,kapas,forsep, pisau pemotong
Prosedur

a) Pengawetan Basah
1. Spesimen di pemgsankan dengan menggunakan klorofom dalam sebuah botol yang
berpenutup.
2. Spesimen di ikat pada sekeping kaca nipis segi empat tepat menggunakan tali nilon.
Anggota spesimen disusun pada kedudukan yang terbaik agar setiap bahagian dapat
dilihat dengan jelas.
3. Kepingan kaca spesimen dimasukkan kedalam botol spesimen dalam keadaan
tersandar. Pastikan spesimen berada dalam kedudukan yang terbaik untuk
memungkinkan spesimen dapat dilihat dari pebagai sudut dengan jelas dan baik.
4. Isi botol pegawet dengan bahan pengawet sehingga ke aras di mana apabila botol
ditutup, tidak terdapat ruang udara di dalamnya.
Keputusan

Gambar 1.0 : Pengawetan Spesimen Haiwan Secara Basah


Perbincangan
Spesimen yang digunakan dalam pengawetan basah ialah katak. Masa yang di ambil
untuk memangsankan spesimen menggunakan klorofom dalam sebuah botol yang
berpenutup ialah 10 minit. Spesimen dipengsankan dahulu sebelum dibunuh supaya ianya
dapat diawet dalam keadaan yang sempurna. Selepas memangskan spesimen, kami mencuci
spesimen menggunakan supaya ia dalam keadaan yang bersih. Oleh kerana kaca nipis segi
empat tepat tidak disediakan maka kami sendiri menyediakannya dengan mengaplikasi amali
kerja kaca yang telah dilakukan. Spesimen diikat pada kaca nipis segi empat tepat dengan
berhati-hati supaya kulit spesimen tidak terluka dan dapat dipamerkan dengan lebih baik.

Kami menggunakan bahan pengawet alkohol. Kami tidak menggunakan formalin


kerana bahan pengawet ini akan mengeraskan tisu dan menghasilkan kerapuhan jika
dibandingkan dengan alkohol. Formalin adalah tidak sesuai untuk haiwan yang mempunyai
kerangka atau spikul-spikul kapur kerana larutan komersil ini biasanya adalah berasid dan
akan melembutkan bahagian berkapur (Rusyana, Adun. 2011). Oleh kerana spesimen yang
digunakan adalah katak yang merupakan haiwan yang lembut maka kami menggunakan
alkohol. Organisma bergelatin lembut memerlukan penetanan beransur bergantung kepada
ketumpatan dan saiznya. Kami melabel botol pengawet selepas pengawetan basah Berjaya
dilakukan agar dapat dipamerkan dengan baik. Kesukaran yang kami hadapi semasa
melakukan amali ini ialah mencari botol pengawet yang boleh dimuatkan dengan kepingan
kaca spesimen.

Kami juga memotong lidah spesimen menggunakan pisau dan meletakkan jarum di
dalam mulutnya supaya mulut spesimen dilihat sentiasa terbuka. Kami melakukan hal ini
kerana spesimen kelihatan lebih menarik dan realistik sekiranya mulut spesimen sentiasa
terbuka. Semasa melakukan amali ini, langkah berjaga-jaga yang diambil ialah dengan
memakai sarung tangan untuk mengelakkan kecederaan semasa menggunakan alatan yang
tajam. Selain itu, penutup mulut dan hidung juga digunakan semasa mengendalikan klorofom
untuk memengsankan spesimen. Hal ini dilakukan untuk mengelakkan diri daripada terhidu
klorofom. Akhir sekali ialah kami menyediaan bahan pengawetan menggunakan kebuk wasap
untuk mengeluarkan udara yang di cemari dengan wap-wap tersebut keluar makmal dan
mengalirkan udara yang bersih ke dalam makmal.

Kesimpulan
Pengawetan spesimen haiwan secara basah berjaya dilakukan. Cadangan untuk
penambahbaikkan agar kerja pengawetan basah lebih mudah dilakukan ialah bahan
pengawetan mestilah terus disediakan agar pengawetan dapat dilakukan dengan cepat.
Dalam amali ini kami diminta untuk menyediakan bahan pengawetan sendiri yang
menyebabkan kerja pengawetan menjadi lambat dan spesimen lama terbiar meyebabkan ia
menjadi keras dan dalam keadaan yang tidak baik. Cadangan lain jenis dan saiz botol
pengawetan mestilah lengkap agar kerja pengawetan lebih cepat dan tidak memakan masa
yang lama yang menyebabkan spesimen menjadi keras dan berbau.
Rujukan
Anwar, Anik..Ringkasan Biologi. Bandung : Ganeca Exact Bandung
Budiyanto, 2003. Petunjuk Praktikum Vertebrata. Jakarta: Erlangga.
Hayati, 2011. Buku Praktikum Vertebrata. Jakarta: Erlangga.
Jasin, Maskoeri. 1989. Biologi Umum untuk Perguruan Tinggi. Surabaya: Bina Pustaka Tama.
Kurniasih, Surti. 2008. Penuntun Praktikum Morfologi Tumbuhan. Bogor: Prodi Biologi FKIP
Universitas Pakuan Bogor.
Rio, 2005. Dunia Hewan. Jakarta: Bumi Aksara.
Rusyana, Adun. 2011. Zoologi Invertebrata (Teori dan Praktik). Bandung : ALFABETA.

You might also like