You are on page 1of 20

ETE 8014

KABEL TALIAN ATAS(KABEL ABC)

NURUL SYAHADAH BINTI MOHAMMAD SHRIF

2017
DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK

KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI BULOH

PENGHARGAAN
Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, saya ingin mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada Cikgu Saiful Shaari bin mohd Subki
selaku guru Teknologi Elektrik saya. Beliau telah meluangkan banyak masa
dalam memberi tunjuk ajar dan membimbing saya untuk menyempurnakan
kerja kursus ini. Seterusnya, saya juga berterima kasih kepada semua guru
yang telah memberi nasihat dan galakan kepada saya sepanjang penghasilan
kerja kursus ini.

Khas untuk ibu bapa saya yang tercinta, iaitu Encik Mohammad Sharif
bin Mansor dan Puan Norasmah binti Man jutaan terima kasih dirakamkan
kerana memberi sokongan moral dan kewangan kepada saya sepanjang
masa.

Penghargaan kepada rakan baik saya iaitu Fatin Atirah binti mohd
Yahya dan semua rakan lain atas kesudian membantu dan memberi segala
nasihat. Tidak lupa juga, terima kasih kepada semua responden saya kerana
sudi meluangkan masa menjawab soal selidik dan temubual.

Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang
telah membantu saya secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan
kerja kursus ini.
PENGENALAN

KABEL TALIAN ATAS(KABEL ABC)

Sepertimana yang dinyatakan di dalam kiriman terdahulu bertajuk Rangkaian


Agihan Sistem Bekalan Elektrik Voltan Rendah sebelum ini bahawa salah satu
jenis rangkaian yang digunakan dan boleh dilihat di negara kita
ialah Rangkaian Kabel Talian Atas Jenis Aerial Bundle Cable atau lebih
dikenali dengan sebutan kabel jenis ABC.

Secara dasarnya, penggunaan rangkaian kabel talian atas ini telah lama
dilaksanakan dan digunakan secara menyeluruh di seluruh negara sejak
zaman awal kemerdekaan sehinggalah kini.

Rangkaian kabel talian atas pada asalnya adalah menggunakan pengalir jenis
aluminium yang terdedah tanpa sebarang penebat (aluminium bare
conductor).
Sejajar dengan kemajuan prasarana dan infrastruktur negara maka jenis
pengalir yang lama tersebut kemudiannya telah diganti secara
berperingkat-peringkat menggunakan kabel jenis Aerial Bundle Cable.

Antara lain, objektif utama penggunaan pengalir jenis kabel ABC ini adalah
kerana ianya lebih praktikal dan selamat untuk digunakan berbanding pengalir
jenis aluminium bare conductor kerana rangkaian kabel talian atas ini
selalunya terdedah kepada kerosakan mekanikal disebabkan ranting dan
dahan pokok yang patah menimpanya yang berkemungkinan menyebabkan
berlaku percikan api dan renjatan elektrik

kepada pengguna.

Walaubagaimanapun, antara kelemahan penggunaan kabel jenis ABC ialah


ianya lebih berat dan perlu menggunakan jarak tiang yang lebih pendek (dekat)
berbanding kabel jenis aluminium bare conductor.

Di negara kita, terdapat beberapa pengilang kabel jenis ABC seperti Universal
Cable, Leader Cable, Tenaga Cable dan sebagainya.

Kabel jenis ABC ini secara binaannya terbahagi kepada dua jenis iaitu :-

a) pengalir fasa (phase conductor), pengalir neutral (messenger conductor)

AERIAL BUNDLE CABLE (ABC)

TANPA KABEL LAMPU JALAN (WITHOUT STREET LIGHTING CABLE)

JADUAL SAIZ KABEL / ARUS / KEJATUHAN VOLTAN

Kejatuhan
Bil. Saiz Kabel Bilangan Kadaran Saiz Kabel
Voltan
Pengalir Fasa Teras Arus Maksimum Pengalir Neutral

Phase Messenger
Core (Amp) (mV/A/meter)
Conductor Conductor

1 16mm2 1 61 4.67 25mm2

2 16mm2 3 61 4.05 25mm2

3 25mm2 3 84 2.54 25mm2

4 35mm2 3 104 1.84 25mm2

5 50mm2 3 129 1.36 35mm2

6 70mm2 3 167 0.95 50mm2

7 95mm2 3 209 0.69 70mm2

8 120mm2 3 246 0.55 70mm2

9 150mm2 3 283 0.46 95mm2

10 185mm2 3 332 0.37 120mm2


b) pengalir fasa (phase conductor), pengalir neutral (messenger conductor)
dan pengalir lampu jalan.

AERIAL BUNDLE CABLE (ABC)

DENGAN KABEL LAMPU JALAN (WITH STREET LIGHTING CABLE)

JADUAL SAIZ KABEL / ARUS / KEJATUHAN VOLTAN

Bil. Saiz Kabel Saiz Kabel/Pengalir

Pengalir Fasa Neutral Lampu Jalan

Phase Conductor Messenger Conductor Street Lighting Conductor

1 25mm2 25mm2 16mm2

2 35mm2 25mm2 16mm2

3 50mm2 35mm2 16mm2

4 70mm2 50mm2 16mm2

5 95mm2 70mm2 16mm2

6 120mm2 70mm2 16mm2

7 150mm2 95mm2 16mm2

8 185mm2 120mm2 16mm2


MAKLUMAT AM TEKNIKAL KABEL JENIS ABC
Maklumat-maklumat teknikal yang dimaksudkan ialah seperti berikut :-

Kabel Jenis ABC secara definasi teknikalnya adalah bermaksud Kabel


Bertebat Udara.
terdiri daripada satu hingga empat pengalir aluminium yang bertebat
dan membelit di sekeliling satu dawai pengalir penggantung yang juga
dikhususkan sebagai dawai neutral.
kos barangan dan pemasangan yang lebih murah dari kabel bawah
tanah.
kerja-kerja pemasangan yang lebih cepat.

JENIS-JENIS KABEL ABC UNTUK BEKALAN ELEKTRIK

Terdapat dua jenis saiz kabel yang telah diseragamkan penggunaanya iaitu:-

a) Sesalur Talian Ttama

3 x 185 sq.mm + 16 sq.mm + 120 sq.mm


3 x 95 sq.mm + 16 sq.mm + 70 sq.mm
pengalir 16 sq.mm terdapat pada kedua-dua kabel di atas untuk
kegunaan pengalir lampu awam (street lighting)

b) Sesalur Serbis (Service)

3 x 16 sq.mm + 25 sq.mm untuk bekalan elektrik 3 fasa


1 x 16 sq.mm + 25 sq.mm untuk bekalan elektrik 1 fasa

JENIS-JENIS TIANG SOKONGAN KABEL ABC


Jenis-jenis tiang yang digunakan untuk menyokong pemasangan saiz kabel
jenis ABC ini pula ialah seperti berikut :-

a) Tiang spun konkrit 9 meter

3 x 185 sq.mm + 16 sq.mm + 120 sq.mm


3 x 95 sq.mm + 16 sq.mm + 70 sq.mm

b) Tiang spun konkrit 7.5 meter

3 x 16 sq.mm + 25 sq.mm
1 x 16 sq.mm + 25 sq.mm

c) Panjang jarak maksima (span) antara tiang pula ialah 50 meter.

Bilangan litar (kabel) yang boleh digantung di atas tiang adalah di hadkan
seperti berikut :-

a) Tiang 9 Meter

1 litar 3 x 185 sq.mm + 16 sq.mm + 120s q.mm dengan 1 Litar 3 x 95


sq.mm + 16 sq.mm + 70sq.mm
3 litar 3 x 95sq.mm + 16 sq.mm + 70 sq.mm

b) Tiang 7.5 Meter

4 litar 3 x 16 sq.mm + 25 sq.mm

Nota :

Tujuan utama bilangan kabel di atas di hadkan ialah bertujuan untuk


memastikan ketahanan tiang dan kabel apabila berlakunya tiupan angin
terhadap kabel dan tiang (win speed).

KADARAN FIUS DI TIANG

Fius jenis HRC (berpandukan spesifikasi BS 88 part 5) digunakan untuk


melindungi kabel-kabel jenis ABC ini dengan kadaran maksima seperti
berikut :-

a) Saiz kabel 185 sq.mm

kadaran fius maksima adalah 200 Amp


arus fius sebenar 300 Amp (faktor fius 1.5 kali ganda)

b) Saiz kabel 95 sq.mm


kadaran fius maksima adalah 125 Amp
arus fius sebenar 185 Amp (faktor fius 1.5 kali ganda)

c) Saiz kabel 16 sq.mm

kadaran fius maksima adalah 50 Amp


arus fius sebenar 75 Amp (faktor fius 1.5 kali ganda)

ALAT-ALAT PEPASANGAN

Mari mengenal alat-alat pepasangan bagi talian atas voltan rendah. In english
- Low Voltage Overhead Lines. Saya pasti anda pasti biasa melihat talian
elektrik di kawasan perumahan dan di tepi-tepi jalan. Kalau di kawasan bandar
baru atau juga di KL ni mungkin anda kurang peluang untuk melihatnya kerana
sudah banyak talian tersebut digantikan dengan kabel elektrik bawah tanah.

Saya pasti ramai di antara kita yang tidak tahu apa benda-benda yang
digunakan sebenarnya. Secara mata kasar kita nampak wayar pengalir dan
tiang sahaja bukan? Sebenarnya banyak sekali benda-benda yang digunakan.
Agak sukar juga bagi jurutera baru sepertiku ini untuk mengingati semuanya.
Di sini saya hanya senaraikan alat-alatnya sahaja, fungsi tidak dinyatakan.
Kalau nak tahu kena masuk kelas la nampaknya. Sukar sekali untuk
diterangkan satu persatu.
Ok, untuk mudah faham, di Semenanjung, kita ada dua jenis wayar yakni yang
bertebat dan tidak bertebat. Yang bertebat ini yang warna hitam, tak bertebat
warna kelabu. Dari segi keselamatan, yang bertebat lebih baik dari yang tak
bertebat.
Keratan rentas pengalir bertebat

PERATURAN IEE

Amalan Pembumian Suatu Pepasangan

Alat perlindungan bocor ke bumi sangat bergantung kepada pengalir


bumi dimana :

Pengalir bumi- menyambungkan terminal utama bumi ke elektrod


bumi.

Pengalir perlindungan litar Menyambungkan terminal bumi DB ke


terminal bumi utama.
Pengalir ikatan sama upaya utama Menyambungkan bahagian
logam ke terminal utama bumi.

Pengalir ikatan sama upaya tambahan Menyambung bhg. logam


tambahan ke terminal utama bumi.

Punca berlaku arus lebihan (Overload) :

a)Arus beban lebih

i) Beban Lampau

ii) Arus Beban Permulaan

b)Litar pintas.

Arus Beban Lebih (Overload Current)

Terbahagi kepada :

Beban lampau

Disebabkan oleh penambahan beban lebihan atau salah kira faktor


kepelbagaian.

Arus permulaan beban

Arus Beban yang naik secara mengejut pada peringkat permulaan


penghidupan seperti motor.

Biasanya arus ini tidak merbahaya kerana ianya berlaku dalam


tempoh yang singkat.

Litar Pintas(Short Circuit)

Berlaku jika galangan antara pengalir hidup/fasa dan pengalir neutral


menghampiri sifar.

Ketika ini susut voltan tempat berlakunya litar pintas adalah sifar.

Pada amnya litar pintas berlaku disebabkan oleh kerosakkan


peralatan atau penebatan litar dan bukan disebabkan oleh
pertambahan beban.
Peraturan IEE bagi arus beban lampau :

1. Alat perlindungan mestilah mampu memutuskan sebarang


arus beban lampau yang mengalir dalam pengalir litar sebelum ia
mengakibatkan suhu tinggi pada penebat, sambungan atau pengalir.

2.Alat perlindungan arus beban lampau mestilah mempunyai


ciri-ciri :

a) Arus nominal(arus maksimum yang boleh melalui


kabel) tidak kurang dari arus rekabentuk litar.

b) Arus nominal tidak melebihi kapasiti membawa arus yang


terkecil bagi sebarang pengalir dalam litar.

Peraturan IEE bagi perlindungan arus litar pintas :

Alat perlindungan mestilah mampu memutus sebarang arus litar


pintas dalam setiap litar sebelum arus tersebut boleh mengakibatkan
kesan kepanasan dan kerosakkan mekanikal ke atas pengalir.

Kadar kapasiti pemutusan mestilah tidak boleh kurang dari arus litar
pintas.

Alat perlindungan untuk arus beban lampau yang mematuhi


ciri-cirinya dan mempunyai kapsiti pemutusan tidak kurang dari arus
litar pintas yang digunakan.

Peranti/peralatan yang digunakan sebagai perlindungan arus


lebihan :

a) Fius

b) Pemutus litar (Circuit Breaker)

Jenis fius

1. Fius dawai, BS 3036


2. Fius catridge, BS 1362

3. Fius HRC (High Rupturing Capacity), BS 1361 dan

BS 88

Kabel

Media pemindahan arus dari satu tempat ke tempat yang lain

Bagi suatu pemasangan rekabentuk - pemilihan, penyokongan dan


pendawaian sesuatu jenis kabel perlu diketahui dengan jelas.

Setiap kabel mempunyai fungsi tersendiri dan tidak boleh


disalahgunakan.

Peraturan IEE bagi kabel :

Kadaran voltan kabel mestilah tidak kurang dari voltan bekalan.

Kapasiti membawa arus mestilah tidak kurang dari arus maksimum


yang mengalir dalam kabel.

Susutan voltan tidak melebihi 4% dari voltan bekalan

Setiap pengalir kabel yang disambung selari dari satu litar akhir mestilah sama
jenis, luas keratan rentas, panjang & kedudukan pendawaian

Jenis Kabel

1. Kabel berpenebat PVC

2. Kabel penebat PVC bersalut PVC

3. Kabel PVC berperisai

4. Kabel Cross Link Polyethelene

Faktor pemilihan sesuatu kabel :

a) Jenis kabel

b) Kemampuan membawa arus


c) Kaedah pemasangan (jenis pendawaian)

d) Faktor kumpulan (Cg)

e) Suhu ambien (Ca)

f) Penebat haba (Ci

g) Susut voltan (Voltage drop) tidak lebih 4% voltan bekalan

h) Harga pasaran

Peralatan

Peraturan mengkehendaki :

Semua peralatan hendaklah dibina, dipasang dan dilindungi


supaya mengelakkan bahaya

Pertimbangan dalam peralatan yang hendak digunakan :

1) Tujuan ia digunakan.

2) Pengaruh luaran.

3) Kesesuaian (compatibility).

4) Senggaraan.

5) Alat ganti.

6) Mematuhi piawaian tempatan atau berkaitan.

Pengenalan & Notis

Pengenalan alat hendaklah jelas dengan guna label yang sesuai,


mudah dilihat & jelas

Cth Notis BAHAYA VOLTAN TINGGI

SUIS BOMBA

-ON / OFF
Pengasingan Dan Pensuisan

Dalam peraturan, mengkehandaki :

Pengasingan dan pensuisan tidak automatik hendaklah disediakan


untuk mengelakkan atau menghilang bahaya berkaitan dengan
pemasangan, peralatan dan mesin elektrik

Jenis pengasing:

Pengasing (Isolators/Disconnector)

Suis pengasing(Isolating switch)

Plug dan suis alur keluar

Fius penyambung(Fuselink)

Penyambung (link)

Pemutus litar(bukan tujuan perlindungan)

Tujuan Pengujian & Pemeriksaan

Bertujuan bagi memastikan pemasangan & peralatan yang


digunakan memenuhi Peraturan IEE

Pengujian dan Pemeriksaan mesti dilakukan bagi:

a) Setiap pendawaian baru

b) Pendawaian tambahan

c) Pendawaian yang diubah suai

d) Pemasangan elektrik yang sedia ada yang telah tamat tempoh


penggunaannya

Tujuan pemeriksaan penglihatan :

a) Untuk memastikan bahan dan alat yang dipasang mengikut


piawaian British (BS) atau kelulusan SIRIM
b) Untuk memastikan pemasangan mematuhi peraturan IEE, TNB
dan JKR.

c) Untuk memastikan kerosakkan yang nyata (boleh dilihat) ke


atas pemasangan atau kelengkapan

Jenis Ujian yang dicadangkan oleh IEE untuk sesebuah pemasangan :

Ujian keterusan pengalir pelindung.

Ujian keterusan litar gelang.

Ujian rintangan penebatan.

Ujian penebatan lantai atau dinding.

Ujian penebatan bagi bahan struktur pemasangan pembinaan.

Ujian kekutuban.

Ujian galangan litar rosak ke bumi.

Ujian rintangan elektrod bumi.

Ujian kendalian peranti bocor ke bumi


RUMUSAN

Saya memperolehi banyak pengetahuan berdasarkan kerja khusus yang


diberi oleh pensyarah. Antaranya , Rangkaian Agihan Sistem Bekalan Elektrik
Voltan Rendah sebelum ini bahawa salah satu jenis rangkaian yang
digunakan dan boleh dilihat di negara kita ialah Rangkaian Kabel Talian Atas
Jenis Aerial Bundle Cable atau lebih dikenali dengan sebutan kabel jenis ABC.

Secara dasarnya, penggunaan rangkaian kabel talian atas ini telah lama
dilaksanakan dan digunakan secara menyeluruh di seluruh negara sejak
zaman awal kemerdekaan sehinggalah kini.

Rangkaian kabel talian atas pada asalnya adalah menggunakan pengalir jenis
aluminium yang terdedah tanpa sebarang penebat (aluminium bare
conductor).
RUJUKAN

1. LAMAN WEB

http://www.myelectinfo.com/tag/kabel-abc-talian-atas/

http://brotherabn.blogspot.my/2009/05/mari-belajar-tentang-talian
-atas.html

http://peraturaniee.blogspot.my/