You are on page 1of 9

Nama dan Kod Kursus:

PJMS3033 Bola Sepak, Bola Jaring dan Bola Baling

Sukan:

Bola jaring

Pengenalan:

Bola jaring adalah sukan berpasukan tanpa-sentuhan yang berasal daripada Amerika Syarikat menyerupai, dan berasal daripada, bola
keranjang. Permainan bola jaring merupakan salah satu permainan yang dianggap popular di kalangan kaum wanita. Permainan ini
menggunakan teknik menghantar dan menerima, lompatan, gerak kaki dan menjaring. Dalam permainan kecil yang dirancang, kemahiran yang
difokuskan ialah teknik menghantar dan menerima bola atas kepala, lantun dan sisi.

Nama permainan kecil:

Kawal Rumah

Kemahiran yang difokuskan:

Kemahiran menghantar dan menerima (hantaran atas kepala, lantun dan sisi)
Kumpulan Sasaran:

Pelajar sekolah rendah Tahap 2 (10-12 tahun)

Masa:

7 minit (3 minit setiap separuh masa dan 1 minit rehat)

Alatan:

Bil Alat Kuantiti


.
1 Bola jaring 1
2 Skitel 8
3 Wisel 1
4 Stopwatch 1
5 Bib (Merah dan Biru) 8

Objektif:

i. Membolehkan pelajar/ atlet untuk menguasai kemahiran menghantar dan menerima bola melalui hantaran atas kepala, lantun dan sisi.
ii. Melatih pelajar/ atlet memupuk nilai kerjasama sesama ahli kumpulan masing-masing.
Syarat dan peraturan permainan:

1. Pelajar perlu memakai pakaian sukan yang lengkap berserta kasut yang sesuai.
2. Pelajar perlu menggunakan 3 jenis hantaran sahaja untuk menghantar bola kepada ahli pasukan mereka semasa dalam permainan,
iaitu hantaran atas kepala, hantaran lantun dan sisi.
3. Pelajar perlu menjatuhkan skitel dengan menggunakan hantaran lantun sahaja untuk mendapatkan markah bagi kumpulan mereka.
Skitel yang dijatuhkan bukan menggunakan hantaran lantun tidak akan dikira.

Pelan lantai:

Petunjuk:
Skitel Kumpulan A Ahli Kumpulan A
Skitel Kumpulan B Ahli Kumpulan B
Prosedur:
1. Para pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu Kumpulan A dan B. Kumpulan A akan memakai bib berwarna biru, manakala
Kumpulan B akan memakai bib berwarna merah.
2. Setiap kumpulan akan mengawal 4 skitel yang di letak di kawasan (rumah) masing-masing.
3. Pasukan lawan akan cuba menjatuhkan skitel di kawasan (rumah) pihak lawan dengan membuat hantaran atas kepala, lantun dan sisi.
4. Bagi menjatuhkan skitel, hanya hantaran lantun sahaja dibenarkan. Lantunan yang terkena skitel akan dikira gol.
5. Pasukan yang mendapat gol yang paling banyak dikira sebagai pemenang.
Nama dan Kod Kursus:

PJMS 3033 Bola Sepak, Bola Jaring dan Bola Baling

Sukan:
Bola sepak

Pengenalan:

Bola sepak ialah sukan berpasukan yang paling banyak dimainkan dan ditonton di dunia, yang dimainkan oleh dua pasukan yang mana setiap
- tiap pasukan terdiri daripada 11 orang pemain. Sebelum abad ke-21, sukan ini telah dimainkan oleh lebih daripada 250 juta orang di 200
negara, yang menjadikannya sebagai sukan paling popular di dunia. Dalam permainan kecil yang dirancang, ia menekankan kemahiran
menjaringkan gol bagi pemain.

Nama permainan kecil:

Rectangular Shoot Out

Kemahiran yang difokuskan:

Kemahiran menjaring
Kumpulan Sasaran:

Pelajar sekolah rendah Tahap 2 (10-12 tahun)

Masa:

7 minit (3 minit setiap kumpulan dan 1 minit rehat)

Alatan:

Bi Alat Kuantiti
l
1 Bola sepak 1

2 Marker 9

3 Wisel 1

Objektif:

i. Membolehkan pelajar untuk menjaringkan gol secara berperingkat, iaitu dari kawasan yang paling hampir dengan kotak penalti hingga
ke kawasan yang jauh.
ii. Melatih pelajar untuk menguasai kemahiran menjaringkan gol seperti dalam permainan.
Syarat dan peraturan permainan:

1. Pelajar perlu memakai pakaian sukan yang lengkap berserta kasut yang sesuai bagi mengelakkan kecederaan.
2. Setiap kawasan menjaringkan gol mempunyai markah yang berbeza.
Kawasan A: 1 markah
Kawasan B: 2 markah
Kawasan C: 3 markah
3. Pelajar perlu menjaringkan gol dalam kawasan petak yang telah ditetapkan tanpa melebihi sempadan kawasan.
4. Markah diberikan mengikut kawasan di mana pemain menjaringkan gol.

Pelan lantai:

Kawasan A

Kawasan B 2m
Kawasan C

5m

Petunjuk:
Marker
Pemain setiap kumpulan

Prosedur:

1. Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu Kumpulan A dan B.


2. Permainan dimulakan dengan Kumpulan A akan bermain terlebih dahulu.
3. Pemain pertama akan berdiri di tempat permulaan yang telah ditandakan dengan jarak 5 meter sebelum ke sempadan garisan petak.
4. Pemain pertama akan membawa bola sebelum menjaringkan gol di kawasan A, B atau C mengikut kemampuan pemain.
5. Markah akan dikira berdasarkan kawasan tempat pemain menjaringkan gol. Semakin jauh kawasan yang dipilih oleh pemain, semakin
tinggi markah yang akan diperolehi.
6. Selepas 3 minit, permainan akan ditukar dengan giliran Kumpulan B untuk bermain.
7. Kumpulan yang berjaya mengumpulkan markah tertinggi berdasarkan kawasan mereka membuat jaringan akan dikira sebagai
pemenang.
Nama dan Kod Kursus:

PJMS 3033 Bola Sepak, Bola Jaring dan Bola Baling

Sukan:

Bola baling

Pengenalan:

Bola Baling berasal dari Eropah. Permainan ini merupakan satu permainan yang telah diubahsuai dari permainan-permainan seperti Czeska
Hasenka di Czhoslovakia, Handbold di Denmark dan Korball serta Raffbold di Jerman. Permainan ini telah diasaskan oleh Heizer di Jerman.
Pada tahun 1926, Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyelaras permainan
ini. Pada tahun ini juga, Kesatuan Bola Baling Amatur Antarabangsa (IAHF) telah ditubuhkan oleh Avery Brudge di Amsterdam. Seterusnya
pada tahun 1936, bola baling buat pertama kalinya dipertandingkan dalam sukan Olimpik yang diadakan di Berlin.

You might also like