You are on page 1of 6

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT

27000 JERANTUT PAHANG DM



Tel/Fax : 09-2671885, e-mail :.cbd2037.sjktj.gmail.com

KERTAS KERJA PROGRAM

HARI BAHASA INGGERIS

2017

ANJURAN :

SJKT JERANTUT

MOTO SEKOLAH ( ):

CREATIVE AND INNOVATIVE ( & )


CARING AND COMMITMENT ( & )
STAY POSITIVE ( )

Disediakan Oleh :
Cik. Vaishnavi A/P Rajendran
Ketua Panitia Bahasa Inggeris

1
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT
27000 JERANTUT PAHANG DM

Tel/Fax : 09-2671885, e-mail :.cbd2037.sjktj.gmail.com

1.0 Pengenalan

Bahasa Inggeris telah menjadi satu lingua franca - dunia. Dari negara yang kecil
kepada negara yang besar, ia adalah medium yang terpenting dalam komunikasi.
Bahasa Inggeris bukan sahaja digunakan secara meluas dalam internet, teknologi
atau peralatan elektrik tetapi dalam pendidikan juga. Bahasa Inggeris memainkan
peranan yang mendalam bagi pelajar atau guru. Buku-buku rujukan pelajar
terutamanya bagi mereka di kolej-kolej atau universiti menggunakan bahasa yang
sama iaitu bahasa Inggeris .

Untuk meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris dalam kalangan murid,


mereka perlu membaca, mendengar dan juga bertutur. Murid-murid perlu mencabar
diri dan mengambil peluang untuk belajar bahasa Inggeris, terutama semasa "English
Day" . Program ini diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan
keyakinan murid selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia adalah wajib
untuk menggunakan perbualan bahasa Inggeris selama satu hari dalam seminggu
supaya murid-murid menjadi berani dan tidak malu apabila mereka bertutur bahasa
Inggeris. Tiada bahasa lain dibenarkan untuk digunakan sepanjang hari ini iaitu hari
Khamis. Setiap kesilapan yang penggunaan bahasa Inggeris adalah sebuah
pengajaran.

1.0 Objektif

Antara objektif English Day adalah:

Untuk menganjurkan aktiviti bagi Panitia Bahasa Inggeris SJK(T) Jerantut,


2017.
Untuk menanam minat belajar bahasa Inggeris dalam diri murid.
Untuk memberi keyakinan kepada murid bertutur dalam bahasa Inggeris.

2
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT
27000 JERANTUT PAHANG DM

Tel/Fax : 09-2671885, e-mail :.cbd2037.sjktj.gmail.com

Untuk meningkatkan pengetahuan bahasa Inggeris murid dan guru


terutamanya di dalam penggunaan kosa kata.
Untuk memberi kesedaran kepada murid tentang penting bahasa Inggeris
terhadap masa depan mereka.
Untuk membantu murid dengan menyediakan landasan dan ruang bagi
menggunakan Bahasa Inggeris
Untuk belajar Bahasa Inggeris secara tidak langsung.

2.0 Rasional

Dalam menuju era globalisasi, penguasaan Bahasa Inggeris amat penting di


kalangan masyarakat negara kita terutama sekali bagi warga sekolah khususnya.
Selaras dengan dasar NKRA yang mana salah satu daripada teras utamanya adalah
untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris di
sekolah. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga memandang serius
dalam meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris dikalangan guru dan murid-murid
serta komuniti dengan mewujudkan Highly Immersive Programme dimana beberapa
sekolah dipilih untuk menjadi perintis program pembudayaan Bahasa Inggeris. Untuk
membudayakan Bahasa Inggeris di peringkat sekolah, pendedahan terhadap Bahasa
Inggeris ini amat penting dan harus dilaksanakan secara konsisten bermula daripada
sekolah rendah lagi. Dalam usaha mewujudkan suasana berbahasa Inggeris,
pembelajaran bukan sahaja boleh dilaksanakan secara formal di dalam kelas tetapi
merangkumi aktiviti-aktiviti yang seronok dan menarik perhatian.

Pelaksanaan program English Day ini adalah sebagai salah satu usaha untuk
membantu dalam peningkatan penguasaan dan pencapaian bahasa Inggeris murid-
murid di sekolah ini. Adalah diharapkan pelaksanaan program ini mampu
menyediakan dan memberi ruang yang menggalakkan dan kondusif kepada semua
murid untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam kegiatan harian mereka. Selain itu,
penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua negara dapat ditingkatkan
melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

3
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT
27000 JERANTUT PAHANG DM

Tel/Fax : 09-2671885, e-mail :.cbd2037.sjktj.gmail.com

3.0 Group Target

Kumpulan Sasaran

All the pupils and the teachers of SJK(T) Jerantut, Pahang.

Semua murid dan guru SJK(T) Jerantut, Pahang.

4.0 Date, Time and Venue

Tarikh, Masa dan Tempat

English Day will be conducted every Thursday during the school session through out
the year in the SJK(T) Jerantut, Pahang.

English Day akan dijalankan setiap hari Khamis semasa waktu persekolahan
sepanjang tahun di sekitar kawasan SJK(T) Jerantut, Pahang.

5.0 Activity

Aktiviti

ACTIVITIES IMPLEMENTATION TARGET


Speak in English on
Thursday. Teachers
Speak it Right
Pupils (Level 1 and 2)

6.0 Conclusion

4
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT
27000 JERANTUT PAHANG DM

Tel/Fax : 09-2671885, e-mail :.cbd2037.sjktj.gmail.com

Penutup

It is hoped that the implementation of this programme will help students to be


more confident to speak and use of English among friends or with the other
school staffs. Cooperation from everyone in SJK(T) Jerantut including the
teahers and the managements are much appreciated. It is one of the stratergies
to help in ensuring a smooth and successful programme.

Adalah amat diharapkan agar pelaksanaan program ini dapat membantu murid-
murid untuk lebih berkeyakinan dan tidak rendah diri dalam menggunakan
bahasa Inggeris sesama rakan ataupun dengan warga sekolah yang lain.
Kerjasama daripada semua pihak di sekolah sama ada dari peringkat
pengurusan mahupun para guru yang lain adalah amat diharapkan agar dapat
membantu di dalam memastikan kelancaran dan kejayaan program ini.

Disediakan oleh,

________________________________
(VAISHNAVI A/P RAJENDRAN)
Setiausaha Penyeleras HIP,
SJK(T) Jerantut

Disokong oleh,

________________________________
( RAMAN A/L PONNUSAMY )
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
SJK(T) Jerantut.

5
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT
27000 JERANTUT PAHANG DM

Tel/Fax : 09-2671885, e-mail :.cbd2037.sjktj.gmail.com

Disah oleh,

________________________________
(KUMARASAMY A/L RAJAGOPAL)
Guru Besar,
SJK(T) Jerantut.

You might also like