You are on page 1of 1

KEBAIKAN AMALAN MENABUNG ..

Amalan menabung bermaksud menyimpan duit . Amalam boleh menyi,pan duit di tabung mahupun di dalam
bank . Terdapat banyak lagi cara kebaikan amalan menabung .

Antara kebaikan amalan menabung adalah kita dapat mengamaalkan sikap bejimat - cermat . Hal ini
dikatakan kerana apabila kita menabung , kita dapat mengelakkan diri daripada sikap boros ataupun sikap
membazir . Sikap boros atau membazir adalah amalan syaitan . Selain itu, sikap boros juga boleh mengundang
kita kepada kemiskinan pada masa hadapan.

Amalan menabung juga dapat digunakan semassa kecemasan . Hal sedemikian , kerana apabila kita
terkena musibah seperti banjir , kebakaran , Kesempitan wang dan sebagainya kita boleh menggunakan wang
tabung kita untuk membeli barang keperluan . Musibah - musibah seperti ini tidak dapat kita ketahui siapa yang
akan terkena . Jadi kita perlu bak kata pepatah "sediakan payung , sebelum hujan ".

Selain itu , kita juga dapat membantu keluarga kita apabila ditimpa kesusahan . Jika ibu, bapa atau ahli
keluarga kita sakit , wang itu juga boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan . Selain itu , wang ini juga dapat
digunakan jika ahli keluarga kita sakit atau ditimpa kemalangan . Justeru itu , kita tidak perlu meminjam wang
kepada orang lain .

Amalan menabung juga dapat membantu kita untuk membeli apa yang diingini . Apanila kita menabung , kita
boleh gunakan wang itu untuk membeli barang - barang keperluan diri kita sendiri sperti buku , komputer dan
sebagainya . Oleh itu , kita tidak perlu memita wang ibu bapa kita untuk membeli barang keperluan kita .

Sesungguhnya menabung adalah amalan mulia dan banyak manfaatnya . bak kata pepatah " ingat sebelum
terkena , jimat sementara sebelum habis ". Oleh itu , marilah kita menabung dari sekarang kerana "sedikit -
sedikit , lama - lama jadi bukit ".

You might also like