You are on page 1of 6

KERTAS KERJA KEJOHANAN BOLA SEPAK TTDI JAYA 9S

1. PENDAHULUAN
Kejohanan ini merupakan salah satu acara tahunan Kelab Bola Sepak SMK TTDI Jaya
sejak dari tahun 2010. Aktiviti yang dijalankan ini melibatkan semua peringkat murid lelaki
iaitu dari Peralihan hingga Tingkatan 2. Pertandingan dijalankan dalam 1 kumpulan iaitu
sesi petang yang terdiri daripada murid peralihan hingga tingkatan 2.

2. MATLAMAT
i. Menyemai semangat kesukanan dalam kalangan murid adalah amat penting.
ii. Melahirkan persaingan sihat dalam kalangan murid.
iii. Melahirkan murid yang sihat dan cergas
iv. Menambah dana Kelab Bola Sepak

3. OBJEKTIF
Kejohanan yang dijalankan ini diharap dapat
i. Memupuk semangat kerjasama serta mengeratkan hubungan silaturrahim antara
warga sekolah.
ii. Menanam semangat kesukanan dan budaya saing dalam kalangan murid
iii. Meningkatkan keyakinan dan disiplin diri serta mengasah bakat kebolehan dan
minat murid.
iv. Memupuk integrasi nasional dalam kalangan murid

4. TARIKH dan TEMPAT PELAKSANAAN


Tarikh : 12 Ogos 2017 - 7 Oktober 2017
Tempat : Padang Bola Sepak SMK TTDI Jaya
Masa : 8.30 pagi 12.30 tgh

5. SASARAN
Semua murid lelaki Sesi Petang SMK TTDI Jaya
6. SUMBER TENAGA
Semua guru Kelab Bola Sepak SMK TTDI Jaya dan ahli Kelab Bola Sepak SMK TTDI Jaya
7. SUMBER KEWANGAN
Yuran Pertandingan

8. ANGGARAN PERBELANJAAN
Rujuk lampiran

9. SYARAT SYARAT PERTANDINGAN


Rujuk lampiran

Lampiran 1
SUMBER KEWANGAN DAN ANGGARAN PERBELANJAAN

Sumber Kewangan :

Yuran daripada pasukan RM 100 X 8 pasukan = RM 800.00

Jumlah = RM 800.00

Anggaran Perbelanjaan
Bayaran Pengadil = RM 100.00
Makan minum pegawai RM 25 X 4 = RM 100.00
Hadiah Pertandingan = RM 400.00
Lain lain = RM 50.00
Duit Kelab = RM 150.00
Jumlah = RM 800.00
Lampiran 2

JAWATAN KUASA PROGRAM

Penaung : HAJI AZAHAR NOR ARIFIN B AHMAD


Pengerusi : MOHD YAZID B ABD RAHMAN
Guru Penasihat : SYAWAL ANIZAM B MOHD ARSHAD
Pengerusi Kelab : Mohd Afig Sedal
N / Pengerusi Kelab : Muzammer A. Rahim
Setiausaha Kelab : Danish Muhd Fikri Rohaizad
Bendahari kelab : Muhammad Shameir Azizan
AJK : 1. Mohd Hizami Mohd Adnan
2. Nazmirudin Abd Kadir
3. Mohd Zulhaimi Arzaman
Lampiran 3

BORANG PERTANDINGAN KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH 1M 1S

Nama Pasukan :_______________________________

Bil Nama Pemain Tingkatan


1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12

SYARAT SYARAT PERMAINAN


BOLA SEPAK ( 9 sebelah )
1. Pendaftaran pemain 12 orang ( Terbuka pelajar lelaki sahaja)
2. Masa permainan ialah 15-1-15 minit sahaja
3. Kelewatan sesebuah pasukan berada diatas padang lebih daripada 5 minit maka pasukan lawan
diberi kemenangan percuma
4. Sistem pertandingan adalah secara liga.
5. Setiap pemain diwajibkan memakai shin guard sepanjang kejohanan ini berlangsung.
6. Hadiah hanyalah untuk Johan , Naib Johan , tempat ke-3 dan tempat ke-4 sahaja.
KERTAS KERJA KEJOHANAN BOLA SEPAK
TTDI JAYA 9S

You might also like