You are on page 1of 3

KARANGAN BERPANDU 1

Lihat rajah di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis sebuah karangan tentang sebab-
sebab mengapa masyarakat harus menyahut seruan program kitar semula.
Panjang karangan hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

RANGKA JAWAPAN

1.0 Pendahuluan

- Kitar semula menggunakan semula barang buangan yang masih boleh


digunakan
- Tujuan menjimatkan kos dan sumber alam
- Masyarakat harus memberi sokongan
- Banyak faedah akan dinikmati mereka
-
2.0 Isi / Fakta

2.1 Bilangan sampah-sarap bertambah

o kitar semula mengurangkan sampah


o membantu mengatasi masalah pencemaran alam
o mengatasi masalah kekurangan tapak pelupusan sampah-sarap
o mencegah perebakan pelbagai jenis penyakit oleh lalat dan
o nyamuk
o kesihatan terjamin

2.2 Kitar semula barangan kertas

o menyelamatkan pokok-pokok
o input penting dalam industri penghasilan kertas
o dapat menyelamatkan 17 pohon jika mengitar semula 1 tan metric
kertas
o kos barangan kertas menurun
o menguntungkan pengguna

2.3 Tin-tin aluminium

o boleh dikitar semula


o mengatasi masalah penyusutan sumber logam aluminum
o meneruskan proses pengeluar tin-tin, minuman ringan
o kos pengeluar akan menurun
o menyumbang kepada peluang pekerjaan

3.0 Penutup
- rakyat harus menyahut seruan murni ini
- wang yang dibelanjakan oleh pihak kerajaan untuk kempen ini tidak
mengalami kerugian

Contoh Jawapan Karangan Berpandu

Kitar semula ialah satu proses melibatkan 3R iaitu Reduce, Reuse dan
Recycle (kurangkan, guna semula dan kitar semula) ke atas barangan yang boleh
dikitar semula seperti kertas, aluminium, barangan kaca, plastic dan lain-lain. Program
ini juga bertujuan menjimatkan kos dan sumber alam yang semakin berkurangan. Oleh
itu, masyarakat haruslah mmenyokong program ini dan kitar semula bahan buangan
mendatangkan pelbagai kebaikan kepada masyarakat dan negara.

Sebenarnya, kitar semula bahan buangan dilaksanakan kerana penambahan


sampah-sarap setiap hari oleh pengguna. Program ini dapat mengurangkan jumlah
sampah yang dibuang, secara tidak langsung kitar semula dapat membantu mengatasi
masalah pencemaran yang hebat diperkatakan kini.Program kitar semula juga berupaya
menangani masalah kekurangan kawasan pelupusan sampah yang sememangnya
semakin sukar disediakan oleh Majlis Perbandaran atau Dewan Bandaraya. Situasi ini
dapat mencegah perebakan pelbagai jenis penyakit oleh lalat atau nyamuk. Justeru,
program ini juga dapat menjamin kesihatan masyarakat.
Antara barang yang menjadi pilihan program kitar semula ialah barangan
kertas. Ramai orang tidak sedar bahawa kita sebenarnya membuang sumber alam yang
amat bernilai. Maka, program ini dapat menyelamatkan pokok-pokok di dalam hutan
yang semakin hari semakin pupus, sebagaimana yang kita ketahui pokok balak di hutan
merupakan input penting dalam industri penghasilan kertas. Contohnya, untuk
menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 batang pokok terpaksa ditebang. Kertas
yang dikitar semula juga dapat menurunkan kos barangan kertas. Akhirnya, sudah tentu
menguntungkan pengguna.

Selain barangan kertas, tin-tin aluminium juga boleh dikitar semula. Ini dapat
mengatasi masalah pengusutan logam besi atau bijih timah di negara kita. Secara tidak
langsung dapat meneruskan proses pengeluar tin-tin contohnya untuk minuman ringan.
Oleh itu, kitar semula ini juga dapat mengurangkan kos yang harus penguasa tanggung
dan akhirnya sudah tentu harga kepada pengguna juga dapat dikurangkan.
Kesinambungan ini juga dapat menyumbang peluang pekerjaan kepada mesyarakat.
Kesimpulannya, pihak masyarakat haruslah menyahut seruan murni kerajaan
ini. Setiap wang yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk kempen ini tidak dibazirkan. Fikir
dahulu sebelum buang memberikan mesej yang jelas bukan sahaja menjimatkan wang
rakyat dan negara tetapi juga dapat menyelamatkan bumi kita.

You might also like