You are on page 1of 2

Amalan Gaya Hidup Sihat ( Karangan Bahan

Rangsangan SPM)
Like
and Tweet

Posted By: Huzaimy Anuar on 07:47

Gambar rajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada amalan gaya hidup sihat.
Huraikan pendapat anda tentang amalan gaya hidup sihat yang sewajarnya dipraktikkan
oleh setiap individu. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah
perkataan.

Rangka Karangan

Pendahuluan
- kepentingan amalan gaya hidup sihat

Isi-isi
- amalan pemakanan seimbang
- bersukan dan beriadah
- Pemeriksaan kesihatan

Penutup
- amalan tersebut perlu dijadikan budaya untuk melahirkan rakyat yang sihat.

Amalan gaya hidup sihat memang banyak kepentingannya kepada manusia. Dengan
mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang akan sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Oleh itu,
setiap orang hendaklah melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh iaitu, sekurang-
kurangnya tiga kali seminggu. Tindakan ini ibarat menyediakan payung sebelum hujan, iaitu
seseorang itu akan dapat mengekalkan kecergasan dan seterusnya badan akan menjadi sihat
melalui aktiviti senaman. Amalan ini seterusnya akan melahirkan rakyat yang sihat dan
produktif selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan produktiviti negara.

Satu amalan yang penting untuk diamalkan adalah dengan mengambil makanan yang
seimbang. Oleh itu, tubuh orang yang mengamalkan pemakanan seimbang ini akan mendapat
khasiat dan vitamin yang diperlukan. Sebagai contohnya, seseorang itu perlu banyak
mengambil makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta
mengurangkan makanan yang berlemak atau mengandungi kolesterol yang tinggi. Dengan
cara itu, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan
diabetis akan dapat dielakkan kerana mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya.

Amalan lain yang perlu diamalkan adalah dengan bersukan atau beriadah. Aktiviti sukan
dan riadah yang dilakukan akan menyihatkan seseorang kerana aktiviti itu akan melancarkan
perjalanan darah dan badan akan mengeluarkan peluh. Seseorang itu boleh bersukan seperti
bermain badminton, bola sepak, menunggang basikal, berjoging, atau berenang. Jika badan
seseorang itu sihat dan cergas, sudah pastilah daya pemikirannya juga cerdas kerana otak
yang cerdas datangnya daripada tubuh yang cergas.

Selain itu, setiap orang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Hal ini
akan memastikan anggota dalaman tubuh seseorang itu seperti, jantung, hati, buah pinggang,
dan pankreas berfungsi dengan baik. Melalui cara itu juga, penyakit berbahaya seperti
penyakit jantung koronari, diabetis, dan tekanan darah tinggi dapat dapat dikesan lebih awal
melalui peralatan moden dalam bidang perubatan. Dengan cara itu, langkah pemulihan akan
dapat dilakukan dengan segera. Hal ini demikian kerana, alat-alat perubatan moden dapat
mengesan sesuatu penyakit lebih awal dan tidaklah sudah terhantuk baru nak tengadah.

Secara keseluruhannya, amalan gaya hidup sihat memang perlu dijadikan budaya untuk
melahirkan rakyat yang sihat. Jadi, Kementerian Kesihatan perlulah mengambil langkah yang
proaktif untuk merealisasikan impian negara kita itu. Sekiranya langkah tersebut tidak
diambil, sudah tentu hasrat untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas tidak akan
menjadi kenyataan. Oleh itu, hasrat untuk melahirkan rakyat yang sihat dan cergas akan
menjadi realiti jika semua pihak saling bekerjasama iaitu, yang berat sama dipikul, yang
ringan sama dijinjing.

You might also like