You are on page 1of 5

i) Social Urbanism: Developing an Equitable City (Social Urbanism:

Pembangunan Bandar yang Saksama) adalah ke arah memastikan kesan


positif transformasi pembangunan dan perkembangan perbandaran dapat
dinikmati secara bersama oleh semua golongan masyarakat.

Social Urbanism memerlukan transformasi sosial yang dapat mengubah minda


masyarakat supaya lebih bersifat penyayang dan mementingkan penglibatan
semua golongan masyakarat dalam proses perancangan dan pembangunan
perbandaran tanpa mengira umur, jantina, kaum dan taraf hidup dalam semua
aspek perancangan ke arah melaksanakan pembangunan yang inklusif.
Pembangunan bersifat inklusif dan seimbang dapat mewujudkan masyarakat
yang sihat, berdaya maju dan makmur.

Penerapan konsep social urbanism dalam setiap aspek perancangan bandar


bermakna integrasi aspek sosial dalam pembangunan fizikal ditekankan.
Penyediaan infrastruktur dan kemudahan asas bersifat people centric iaitu
memenuhi keperluan setiap lapisan masyarakat tanpa sebarang elemen
diskriminasi bagi mencapai kualiti hidup yang baik dan sejahtera. Oleh itu,
objektif pembangunan bandar yang saksama (equitable urban development)
adalah satu penterjemahan terhadap konsep social urbanism yang lebih luas
dan diperhalusi dengan perkara-perkara yang boleh dilaksanakan untuk
mencapai kesaksamaan pembangunan bandar.

Penekanan pembangunan bukan hanya melihat dari aspek luaran iaitu


penyediaan infstruktur dan kemudahan yang serba moden tetapi juga perlu
dilihat melalui sudut dalaman atau pengisian insaniah kea rah membentuk
masyarakat yang produktif, inovatif dan penyayang. Oleh itu social urbanism
memerlukan transformasi social yang dapat mengubah minda masyarakat
supaya lebih bertanggungjawab, penyayang dan bersatu padu melalui
program-program komuniti yang diseur oleh pihak kerajaan.

1
Lima teras Social Urbanism adalah seperti dalam rajah berikut :

Kesaksamaan
Pembangunan
(Urban Equity)

Pendekatan
Penyertaan
Pembangunan
Dalam
Mampan/ Inklusif
Perancangan
(Inclusive/ Sustainable
(Participatory
Development)
Planning
Approaches)

Transformasi
Mengutamakan
Perubahan
Maysarakat
(Transformative
(People-Centered)
Change)

2
ii) Dalam membentuk Malaysia sebagai sebuah bandar yang memenuhi
Pembangunan Bandar yang Saksama, matlamat Pembangunan Bandar
Yang Saksama itu sendiri hendaklah berteraskan kepada perancangan yang
bersepadu dan inklusif. Bandar didiami oleh pelbagai golongan masyarakat.
Ada yang berpendapatan rendah dan ada yang berpendapatan tinggi. Ada
yang berupaya dan yang kurang upaya. Masyarakat di bandar juga terdiri
daripada perbagai golongan umur. Jadi apa-apa pembangunan yang dirancang
perlulah saksama yang dapat memberi kesejahteraan kepada semua lapisan
masyarakat di dalam bandar. Ini boleh dicapai melalui inisiatif penyertaan
masyarakat dan diintegrasikan secara menyeluruh dalam semua aspek. Oleh
itu, kolaborasi agensi-agensi kerajaan dan swasta dengan masyarakat adalah
penting dalam merancang dan menjayakan projek dan program pembangunan
bandar pada masa hadapan.

Fokus agenda bandar di peringkat antarabangsa kini telah beralih daripada


yang mementingkan kemajuan ekonomi bandar di mana bandar dianggap
sebagai engine of growth, kepada yang menitik beratkan pembangunan sosial
dan kesaksamaan (equitable development). Peralihan ini boleh kita lihat
daripada tema yang ditetapkan oleh beberapa persidangan antarabangsa yang
menyuarakan isu-isu bandar.

Proses social urbanism juga perlu melibatkan penduduk setempat di dalam


merekabentuk bandar di mana ini akan memberi peluang untuk merangkumkan
perspektif penduduk di dalam rekabentuk dan memenuhi keperluan-keperluan
bandar. Rekabentuk bandar juga perlu merapatkan masyarakat bandar supaya
lebih cohesive dan saling berhubungan di antara satu sama lain. Lanjutan itu,
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
(KPKT) melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung
Malaysia (JPBD), komited merangka konsep komuniti mampan dalam
pembangunan bandar yang saksama menerusi Rancangan Pembangunan,
Garis Panduan Perancangan dan Program Perlaksanaan yang dijayakan.

Antara pendekatan-pendekatan yang diketengahkan dalam menjayakan


konsep Social Urbanism ini adalah seperti :-
3
a) Dasar yang mengutamakan kesaksamaan masyarakat bandar seperti
Rancangan Fizikal Negara (RFN), Dasar Perbandaran Negara (DPN) dan
Dasar Perumahan Negara yang disediakan di bawah Kementerian
Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
b) Kajian Pelaksanaan Penilaian Implikasi Sosial (SIA) yang
mengutamakan kepentingan sosial dan hak masyarakat di dalam
perancangan pembangunan. SIA dicadang untuk dijadikan salah satu
mekanisme pengukur di dalam menentukan kebolehlaksanaan sesuatu
projek pembangunan.
c) Progam MURNInets (Malaysian Urban Rural National Indicators Network
on Sustainable Development) yang dapat membantu PBT menilai dan
memantau tahap kemampanan bandar berdasarkan penunjuk-penunjuk
yang telah ditetapkan. Ia merangkumi 6 dimensi utama, 21 tema dan 36
penunjuk.
d) Kerangka Perancangan Happy City di Malaysia melalui Kajian Indeks
Kebahagiaan bagi menepati konsep bottom-up secara langsung dengan
komuniti untuk mengenalpasti kesejahteraan mereka dalam arus
pembangunan semasa. Kajian Indeks Kebahagiaan adalah selaras dengan
hasrat kerajaan untuk mengukur pembangunan negara dari aspek tahap
kebahagiaan rakyat selain daripada peningkatan pendapatan perkapita.
Berdasarkan Laporan World Happines 2013, Malaysia mendapat tempat
ditangga ke 56 dalam pengukuran Indeks Kebahagiaan Dunia. Kedudukan
tersebut adalah berdasarkan bilanganlife evaluation score yang diperolehi
daripada penduduk di Malaysia.
e) Melaksanakan konsep Healthy City, bandar sihat yang memupuk
perubahan gaya hidup masyarakat bersesuaian dengan peningkatan kualiti
dan taraf hidup.Kajian Healthy City bertujuan untuk mewujudkan suatu
tempat atau kawasan yang mampu memelihara kesihatan penduduknya
sekaligus menigkatkan kualiti persekitaran melalui rekanbentuk Bandar
sihat dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk masyarakat menuju
perubahan gaya hidup sihat. Tumpuan diberikan terhadap penyediaan
infrastruktur fizikal kesihatan, program kesihatan dan promosi amalan gaya
hidup aktif.
4
f) Kajian Sustainable Future Cities yang bertujuan menangani isu-isu
kepesatan pembangunan, pertumbuhan penduduk, alam sekitar, fenomena
perubahan iklim, bencana alam dan peningkatan penggunaan tenaga dan
sumber air.

Komitmen kerajaan dalam menjamin pembangunan yang inklusif juga telah


membawa kepada kejayaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi World
urban Forum Ke-9 WUF9) pada tahun 2018 nanti yang akan dihadiri oleh
pakar-pakar perbandaran antarabangsa. JPBD akan terlibat secara langsung
dalam pengendalian persidangan ini.

Program-program yang dilaksanakan seperti Majlis Sambutan Hari Perancang


Bandar Sedunia 2014 yang disambut oleh Malaysia pada 8 November 2014
menunjukkan komitmen yang padu daripada kerajaan Malaysia untuk
mencapai pembangunan mampan. Malahan, JPBD juga turut menjayakan
aktiviti Seremban Urban Trail yang disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat
daripada institusi kerajaan, swasta mahupun juga NGO. Program-program
seumpama ini merupakan usaha dan langkah kerajaan untuk turut terlibat
dalam agenda mewujudkan pembangunan mampan di negara Malaysia.

Bagi merealisasikan konsep Social Urbanism di Malaysia, dasar-dasar yang


memelihara kepentingan setiap golongan masyarakat perlu sentiasa diteliti dan
dilaksanakan. Pendekatan yang lebih kreatif diperlukan untuk melahirkan
minda komuniti yang bersifat produktif untuk menjadikan kejiranan bandar
sebagai bandar pilihan mereka. Langkah merangkumkan perspektif orang
awam dalam proses rekabentuk bandar adalah satu usaha memaksimumkan
kesaksamaan pembangunan bandar dalam mewujudkan ruang yang dapat
merapatkan jalinan perpaduan di kalangan masyarakat bandar di negara ini.

You might also like