You are on page 1of 10

JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR

Jalan Jambu Bol 4/3E, Seksyen 4,


40604 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN,
ffi
+*.\)
MALAYSIA Tel : 03 - 5518 6500
Faks:03 - 5510 2133
Laman Web : http//jpnselangor.moe.gov,my

.. ,I
MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN',
..KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA"

Rujukan Kami JPNS.PKS 700-3t11t1 JLD.4( 82 )


Tarikh 01 Jun2017
Semua Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pendidikan Daerah,
Negeri Selangor.
(u.p: Penolong Pegawai Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas)

Tuan,

PENGUMPULAN BAHAN-BAHAN PENULISAN AMALAN TERBAIK PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN GURU PENDIDIKAN KHAS DAN GURU PEMULIHAN KHAS TAHUN 2017

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Khas, Sektor Pendidikan Swasta dan
Pendidikan Khas sedang mengumpul bahan-bahan penulisan amalan terbaik pendidikan khas dan
pemulihan khas dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Senarai bahan yang dikumpul akan dijadikan
bahan rujukan dan perkongsian ilmu bagi meningkatkan prestasi pengajaran dan pengacaraan guru
(PDPC)

3. Fokus utama pengumpulan bahan-bahan tersebut adalah uniuk menonjolkan kreativiti dan
inovasi guru dalam merangsang kaedah serta teknik pedagogi yang menarik dan efektif. Hasil llmiah
ini juga boleh dimanfaat dan dijadikan sebagai bahan rujukan serta perkongsian ilmu guru-guru lain
dalam meningkatkan penguasaan murid.

4. Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan dimohon untuk memaklumlan perkara ini kepada
semua sekolah-sekolah bagi menghasilkan penulisan amalan terbaik. Maklumat format penulisan
amalan terbaik disertakan bersama di Lampiran A, B, C dan panduan penyediaan penulisan di
Lampiran D. Bahan penulisan ini perlulah disediakan dalam bentuk 'soft copy' serta dikumpulkan
oleh Pegawai Pendidikan Khas di PPD masing-masing selewat-lewatnyapada 15 Julai 2017.

5. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Kama bin Shaffeei di talian 03 - 55186205 untuk
maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.

..BERKHIDMAT UNTUK NEGARA''

Saya

ar--
( HAJI MOHD SALLEH BIN MOHD KASSIM, s.t.s. )
Pengarah Pendidikan,
Jabatan Pendidikan Selangor

" Jabatan Pendidikan Selangor Terbilang "


Lampiran A
SYARAT-SYARAT PENULISAAN AMALAN TERBAIK
PENGAJARAN DAN PEMBELAJRAN
GURU PENDIDI KAN KHAS

Guru-guru Pendidikan Khas yang dihormati,

Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Selangor akan menganjurkan Seminar Amalan
Terbaik Pendidikan Khas dan Pemulihan Khas pada tahun 2017. Sehubungan itu, Unit
Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Selangor mempelawa kepada semua Guru Pendidikan
Khas prasekolah, rendah dan menengah serta Guru Pemulihan untuk menghantar hasil
penulisan mereka berdasarkan syarat-syarat yang berikut:
. Hasil penulisan mestilah ditulis dalam Bahasa Melayu dan panjangnya sekitar 1000 -
1500 perkataan (4 - 6 halaman kertas 44)
. Rencana mestilah hasil karya asli penulis, tidak diciplak, diubahsuai, diterjemah atau
pernah tersiar di mana-mana penerbitan sama ada dalam bentuk cetakan atau
elektronik.
. Tidak menyentuh perkara-perkara yang dianggap sensitif atau yang boleh menyinggung
perasaan mana-mana kumpulan kaum, agama, kepercayaan dan budaya di Malaysia.
. Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Selangor berhak untuk menerbitkan rencana
yang terpilih, dan berhak membuat penyuntingan atau pindaan yang difikirkan perlu,
keatas rencana yang berkenaan. Rencana yang dihantar kepada Unit Pendidikan Khas,
Jabatan Pendidikan Selangor tidak boleh dihantar kepada penerbit atau pihak lain.
. Gambar, gambar rajah, foto dan sebagainya yang digunakan dalam penulisan rencana,
hendaklah dinyatakan sumber rujukannnya. (Sebaik-baiknya dilukis atau gambar foto
diambil sendiri)
. Karya hendaklah berlaip (komputer), Arial dan fon 12, berjarak dua (doubte spacing)
dengan menggunakan kertas taip saiz 44 dan ditaip pada sebelah kertas yang
digunakan dan dihantar ke daerah masing-masing (up: Penolong Pegawai Pendidikan
Khas, PPD) dalam bentuk (Soft Copy)
. Setiap guru pendidikan khas/ pemulihan boleh menghantar tidak lebih daripada dua
buah rencana sahaja. Tarikh tutup penyertaan peringkat sekolah ialah 15 Julai 2O,lZ.
. Hanya rencana yang mencapai tahap penilaian akan diterbitkan. Penulis yang
rencananya diterbitkan akan menerima sijil.
. Pada muka hadapan rencana hendaklah dituliskan butiran yang berikut:
. Nama Penulis (seperti di dalam kad pengenalan)
. Nama dan alamat Sekolah
. Tarikh akhir menghantar penyertaan peringkat Pejabat Pendidikan Daerah ialah 20
Julai 2017. Karya (4) terbaik peringkat setiap negeri mesti sampai kepada Unit
Pendidikan Khas dalam bentuk CD (soft copy) pada atau sebelum tarikh tersebut.
Penyertaan yang lewat sampai tidak akan dipertimbangkan.
Lampiran B
rutrry JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
UNIT PENDIDIKAN KHAS
SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA DAN PENDIDIKAN KHAS
Gambar
Ukuran
pasport
SEMINAR AMALAN TERBAIK PENDIDIKAN KHAS DAN PEMULIHAN KHAS

(Sila baca syarat-syarat di muka surat akhir sebelum mengisi borang)

BIL PERKARA
1 NAMA PEGAWAI
2 NO. KAD PENGENALAN
3 UMUR
4 JANTINA
5 NAMA ALAMAT PEJABAT

6 NO, TELEFON PEJABAT


7 NO TELEFON BIMBIT
B EMEL
I DAERAH
(t).
10 JUDUL RENCANA
flr)
PENGAKUAN PENULIS

Dengan ini saya mengaku bahawa:


(l) Semua butiran yang diberikan di atas adalah benar.
(ll) Rencana yang dihantar adalah hasil saya sendiri, dan belum pernah disiarkan di
manamana. Saya juga bersetuju mematuhi semua syarat yang dikenakan serta
menerima segala keputusan pihak Bahagian Pendidikan Khas berhubung dengan
penerbitan ini.
10

-_.
( I andatangan)

(far f<fr)
(Cop Sekolah)

Lampiran C

KONSEP PENDOKUMENTASIAN AWALAN TERBAIK PENGAJARAN DAN

PEMEBELAJARAN GURU PENDIDIKAN KHAS

1.0 TUJUAN

Kertas ini bertujuan menerangkan konsep pendokumentasian amalan terbaik pengajaran dan
pembelajaran Guru Pendidikan Khas.

2.0 LATAR EBELAKANG

Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuka Program Pendidikan Khas lntegrasi (PPKI)
yang mana dahulunya dikenali sebagai program percantuman pada tahun 1963. Sehingga 3'1

Januari 2016, terdapat 2408 PPKI, dan 34 Sekolah Pendidikan Khas di seluruh Malaysia yang
menyediakan pendidikan bagi murid berkeperluan khas.

3.0 ASAS PERTIMBANGAN

3.1. Matlamat projek ini adalah untuk mendokumentasikan amalan terbaik dalam
pengajaran bagi murid berkeperluan khas dengan tujuan untuk meningkatkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai profesional warga pendidik dalam bidang
Pendidikan Khas.

3.2. Pendokumentasian amalan terbaik dalam pengajaran ini dapat dijadikan bahan
rujukan dan panduan oleh guru-guru Pendidikan Khas yang lain bagi membantu
mereka sama ada dengan mengaplikasikan amalan yang sama atau
memperoleh idea bagi merancang pengajaran bagi murid masing-masing.

3.3. Perkongsian amalan terbaik akan dapat membantu meningkatkan pencapaian


murid berkeperluan khas dalam tiga aspek iaitu akademik, kemahiran dan
kokurikulum.

4.0 CADANGAN PELAKSANAAN


4.1. Pendokumentasian amalan terbaik akan dihasilkan dalam dua bentuk iaitu
penghasilan buku dengan tajuk 'Amalan Terbaik Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Guru Pendidikan Khas'dan rakaman video yang akan dimuat naik
dalam laman Web.

4.2. Fokus amalan terbaik adalah dalam tiga aspek iaitu akademik, kemahiran dan
kokurikulum, yang merangkumi elemen-elemen berikut:

i. Akademik:

a. pendekatan pengajaran

b. strategi pengajaran
c. kaedah pengajaran

d. aktiviti pengajaran dan pembelajaran

e. penyediaan persekitaran fizikal

f. interaksi

g penggunaan bahan bantu belajar lalat

h. intervensi

i. penglibatan murid

j. perkhidmatan sokongan

ii. Kemahiran

a. pemilihan projek/aktiviti

b. penyediaan prasarana/alatan

c. kebolehpasaran dan kebolehkerjaan


d. pendekatan, strategi, kaedah dan aktiviti PdPc
e. kerjasama pintar

iii. Kokurikulum

a. kerjasama dengan pihak lain

b. penglibatan murid

c. pencapaian memberangsangkan

d. pendekatan, strategi, kaedah dan aktiviti latihan

e. penyediaan prasarana/alatan
4.3. Aspek-aspek lain boleh diambil kira dengan syarat aspek tersebut memberi
kesan optimum terhadap pembelajaran murid.

5.0 SYARAT.SYARAT PERTANDINGAN

5.1. Setiap daerah mengemukakan sekurang-kurangnya DUA amalan terbaik & had
maksimum adalah EMPAT penyertaan.

5.2. Setiap sekolah hanya dibenarkan mengemukakan SATU penyertaan sahaja di


peringkat PPD masing-masing.

5.3. Unit Pendidikan Khas PPD hendaklah mengemukakan 4 penyertaan terbaik


mana-mana kategori ke peringkat JPN.

5.4. Setiap penyertaan dibenarkan secara individu atau berkumpulan. Namun


penyertaan tersebut masih dianggap SATU penyertaan.

5.5. Penyertaan hanya terbuka kepada semua Guru Pendidikan Khas yang mengajar
Program Pendidikan Khas lntegrasi.

5.6. Setiap penyertaan mestilah mempunyai keasliannya yang tersendiri atau idea
asal serta dihasilkan oleh pembentang tersebut.

5.7. Setiap penyertaan perlu disertakan bersama:-

5.7.1. KERTAS KONSEP (Format Kertas Konsep disertakan bersama)


5.7 .2. SOFTCOPY (Pembentangan Power Point 5-'10 slide)

5.7.3. HARDCOPY (Cetakan Power Point (2 slide per page)

5,7.4. ALAT BANTU MENGAJAR (relevan dengan pengajaran dan


pembelajaran yang dirancangkan).

5.8. Rakaman pengajaran dan pembelajaran adalah 20 minit.

6.0 KESIMPULAN

Pendokumentasian amalan terbaik pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Khas ini


merupakan satu wadah bagi guru-guru Pendidikan Khas membuat rujukan bagi membantu
mereka merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bagi murid berkeperluan
khas. Pendokumentasian ini dapat menarik minat guru-guru lain untuk turut berkongsi amalan
pengajaran mereka yang dapat memberi kesan positif terhadap pembelajaran murid.
UNIT PENDIDIKAN KHAS

SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA DAN PENDIDIKAN KHAS

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

Lampiran D

Contoh Format Penulisan :

NAMA GURU
(individu/kumpulan)

NAMA SEKOLAH

ISU/ CABARAN Murid kurang kreatif dalam penghasilan sesuatu bahan.


Murid tidak dapat menunjukkan kebolehan seperti kemahiran menulis,
mewarna dan menggunting

TINDAKAN (Fokus Amalan Terbaik)

Arahan :Tandakan r' pada aspek yang dipilih


a) Akademik a-?--1
b) Kemahiran
c) Kokurikulum

Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual


Tajuk '.2. Corak dan Rekaan

Masa : 30 Minit

Tunjang Utama : Sains dan Teknologi

Standard Kandungan : 2.3 Menghasilkan projek

Standard Pembelajaran . 2.3.1 Menghasilkan projek menggunakan hasil rekaan dan corak
yang telah dipelajari.

Tunjang lain yang disepadukan : Komunikasi

: Kemanusiaan
. Keterampilan Diri

: Kerohanian Sikap dan Nilai

1. KATEGORI
Masalah Pembelajaran

2. TAJUK (AMALAN TERBAIK)


Projek melalui penghasilan buku skrap

3. SINOPSIS
Pengajaran dan pembelajaran ini menggunakan kaedah pembelajaran melalui projek di
mana murid menghasilkan buku skrap sendiri melalui aktiviti membaca, menulis,
meWarna dan menggunting. Pada peringkat permulaan, murid akan diperkenalkan
dahulu dengan nama-nama kenderaan air. Seterusnya murid akan menyebut bersama-
sama perkataan yang diajar oleh guru. Guru akan menunjukkan Cara menghasilkan
buku skrap yang melibatkan kemahiran membaca, menulis, melukis, mewarna,
menggunting. Guru akan mengadakan pertandingan menghasilkan buku skrap di antara
kumpulan. Pemenang dengan buku skrap paling kemas dan cantik akan diberikan
hadiah.

4. KUMPULAN SASARAN

Murid yang berumur lingkungan 7 tahun.

5. JUMLAH MURID

8 Orang

6. LATAR BELAKANG

Kaedah pengajaran dan pembelajaran ini akan dilakukan dengan membahagikan murid
kepada dua kumpulan kecil. Murid akan dibahagikan dalam 2 kumpulan yang mana

setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang murid. Pemenang dengan buku skrap paling
kemas dan cantik akan diberikan hadiah. Pembantu Pengurusan Murid akan membantu
guru membuat pemilihan kumpulan mana yang berjaya menghasilkan buku skrap paling
kemas dan cantik untuk dijadikan pemenang.
7. RASIONAL PEMILIHAN AWALAN TERBAIK
Penggunaan pembelajaran melalui projek di dalam pembelajaran dan pengajaran
adalah kerana murid lebih menghargai sesuatu yang di hasilkan sendiri. Kepuasan juga
akan timbul apabila menatap hasil kerja yang dapat dikongsi bersama rakan-rakan lain.
Sedikit peneguhan dan dorongan serta pujian akan meningkatkan lagi daya ingatan
murid terhadap aktiviti yang telah dilakukan.

8. KAEDAH/ TEKNIK YANG DIGUNAKAN


Pembelajaran berpusatkan murid dan guru. Kaedah yang paling sesuai untuk
diaplikasikan di dalam PdPc ini ialah menggunakan kaedah pembelajaran melalui projek
penghasilan buku skrap

9" PERINCIAN AKTIVITI


Langkah-langkah pelaksaaan:
1. Guru menunjukkan slaid powerpoint yang mengandungi nama-nama kenderaan
air kepada murid (Rujuk Lampiran)
2. Guru memperkenalkan nama-nama kenderaan air kepada murid.
3. Murid akan menyebut bersama-sama perkataan yang diajar guru
4" Kelas dibahagikan kepada 12 kumpulan kecil.
5. Guru menerangkan aktiviti yang akan dijalankan-menghasilkan buku skrap
6. Guru menunjukkan cara menghasilkan buku skrap tersebut.
7. Murid perlu menulis kembali nama-nama kenderaan air, mewarnakan gambar
kenderaan air yang telah disediakan, melukis gambar kenderaan yang diketahui,
menggunting gambar mengikut petak yang disediakan
8. Pertandingan menghasilkan buku skrap paling kemas dan paling cantik.

10. KAEDAH PENTAKSIRAN SEMASA P & P

Guru akan menggunakan kaedah pentaksiran melalui hasil kerja murid pada akhir
proses pengajaran dan pembelajaran.

11. NYATAKAN NILAI MURNI YANG DI TERAPIKAN


Nilai murni yang dapat diterapkan di dalam pengajaran dan pembelajaran ini ialah sifat
saling bekerjasama di dalam memastikan kumpulan mereka dapat menjadi pemenang di
dalam pertandingan ini. Selain daripada itu, sifat tolong-menolong juga dapat diterapkan
di dalam diri kanak-kanak ini.

12. KEKUATAN KAEDAH/ TEKNIK INI


Pemilihan kaedah ini di dalam pengajaran dan pembelajaran adalah kerana aktiviti ini
melibatkan pelbagai kemahiran-membaca, menulis, meWarna, menggunting. Di
samping itu, murid juga lebih menghargai sesuatu yang di hasilkan sendiri. Kepuasan
juga akan timbul apabila menatap hasil kerja yang dapat dikongsi bersama rakan-rakan
lain" Sedikit peneguhan dan dorongan serta pujian akan meningkatkan lagi daya ingatan
murid terhadap projek yang telah dilakukan.

13. IMPAK KAEDAH (KEJAYAAN)


Dapat melahirkan murid yang kreatif dalam penghasilan sesuatu bahan. Murid juga
dapat menunjukkan kebolehan masing-masing seperti kemahiran menulis, mewarna dan
menggunting.

You might also like