You are on page 1of 2

Mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara berkala juga merupakan amalan

gaya hidup. Seseorang itu tidak sewajarnya hanya berjumpa doktor setelah
mendapat penyakit. Oleh itu, kita perlu mendapatkan pemeriksaan kesihatan
secara berkala untuk mengetahui tahap kesihatan kita agar dapat mengambil
tindakan yang sewajarnya jika kita mula diserang penyakit. Sesungguhnya,
tahap kesihatan yang baik membolehkan seseorang itu menjalani kehidupan
dengan lebih sempurna dan ceria.
Menjaga kebersihan rumah dan persekitaran tempat tinggal juga merupakan
amalan gaya hidup sihat. Tempat tinggal kita seharusnya bersih dan terhindar
daripada hidupan serangga seperti nyamuk, lalat atau lipas. Persekitaran yang
bersih membolehkan kita mendapat udara yang nyaman dan bersih. Kita boleh
menjaga kebersihan tempat tinggal kita dengan membuang sampah sarap yang
terdapat di rumah kita ke tempat yang sesuai. Selain itu, air bertakung yang
menjadi tempat nyamuk membiak juga perlu dihapuskan. Amalan menjaga
kebersihan rumah patut diterapkan kepada anak-anak sejak kecil lagi.
Amalan gaya hidup sihat juga dapat diamalkan jika kita tidak melakukan
perkara yang boleh menjejaskan kesihatan. Antara perkara-perkara yang
boleh menjejaskan kesihatan ialah merokok, mengambil dadah dan minum arak.
Di samping menjejaskan kesihatan, amalan ini juga menyebabkan seseorang
membazir wang yang sepatutnya boleh digunakan untuk perkara-perkara yang
lebih berfaedah. Perbuatan menagih dadah juga boleh menyebabkan berlakunya
pergaduhan dalam keluarga dan dijangkiti penyakit AIDS. Oleh itu, pihak
kerajaan boleh mengadakan kempen untuk menghindarkan rakyat daripada
melakukan perkara-perkara yang boleh menjejaskan kesihatan.
Mengambil rehat yang
inisiatif yang boleh meningkatkan kualiti kesihatan dan kesejahteraan
individu adalah Pemakanan yang seimbang merupakan kunci utama ke
arah amalan gaya hidup sihat. Kita perlu mengambil makanan yang
seimbang dalam makanan harian dan menjadikannya budaya hidup setiap
hari. Makanan yang tidak seimbang akan menyebabkan seseorang itu
mudah menghidap atau mendapat penyakit bahaya seperti sakit jantung,
darah tinggi dan kencing manis. Sekiranya tubuh badan kita dapat zat dan
vitamin yang mencukupi maka kita dapat mengelakkan penyakit
berbahaya dengan mengamalkan pemakanan seimbang. Selain itu, untuk
mendapatkan kualiti kesihatan dan kesejahteraan individu amalan gaya
hidup sihat juga meliputi aktiviti senaman. Aktiviti fizikal seperti senaman
membolehkan darah mengalir dengan lancar dan jantung berfungsi
dengan baik. Dengan peluh yang keluar semasa bersenam badan dapat
membuang sisa toksik dari dalam badan. Kita boleh lakukan senaman
diman sahaja. Umpama di taman permainan, kawasan lapang, di dalam
atau luar rumah dengan menggunakan peralatan senaman uang sesuai.
Untuk mendapatkan kesan yang baik kita perlu bersenam setiap hari
ataupun sekurang-kurangnya tiga kali selama 20 minit dalam seminggu.
Amalan gaya hidup sihat juga dapat diamalkan dengan tidak melakukan
perkara yang boleh menjejaskan kesihata. Perkara-perkara yang boleh
menjejaskan kesihatan adalah minum minuman beralkahol, merokok, dan
mengambil dadah. Di samping menjejaskan kesihatan amalan ini juga
menyebabkan individu tersebut membazirkan wang yang sepatutnya
boleh digunakan untuk mendapatkan kehidupan yang sejahtera.
Perbuatan menagih dadah juga akan menjejaskan kehidupan individu di
mata masyarakat sekelilingnya; ia juga boleh menyebabkan berlakunya
pergaduhan dalam keluarga dan dijangkiti penyakit AIDS. Menjaga
kebersihan diri, rumah dan persekitaran tempat tinggal juga merupakan
amalan gaya hidup sihat. Tempat tinggal kita perlu bersih bersih dan
terhindar daripada hidupan serangga seperti nyamuk, lalat, atau lipas.
Pesekitaran yang bersih membolehkan kita mendapatkan udara yang
nyaman dan bersih. Amalan hidup dengan sihat perlu diterapkan kepada
anak-anak sejak kecil untuk melahirkan generasi yang hidup dengan sihat
dan sejahtera.

You might also like