You are on page 1of 11

Ponteng sekolah merupakan salah laku disiplin pelajar yang telah berlaku sekian lama dalam arena

pendidikan. Isu ponteng sekolah bukanlah sesuatu yang baru kerana seawal tahun 1876, the
Elementary Education Act telah menetapkan prosedur untuk menangani masalah ponteng sekolah di
England. Di Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan buku, Panduan
bagi Mengatasi Masalah Ponteng Sekolah pada tahun 1994 dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1995
Menangani Masalah Ponteng Sekolah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2004). Ting (1983)
mengaitkan aktiviti ponteng sekolah dengan tingkah laku devians atau lencongan yang bermaksud
tingkah laku yang tidak memenuhi norma sosial sesuatu kumpulan masyarakat. Maka ponteng
sekolah boleh ditakrifkan sebagai tingkah laku devians seseorang pelajar kerana tidak hadir ke
sekolah tanpa sebarang sebab munasabah dan tanpa pengetahuan ibu bapa atau guru. Sehubungan
itu, KPM menerusi Jawatankuasa Bertindak Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 20062010
berusaha melaksanakan pendekatan secara holistik bagi menangani gejala disiplin pelajar melalui
Kempen Anti Ponteng Sekolah (KPM, 2005). Sejarah perkembangan pendidikan Malaysia
membuktikan pendidikan dijadikan alat untuk membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri
yang kukuh, berketerampilan, berperibadian mulia, berpengetahuan, dan berkemahiran tinggi demi
menjurus ke arah kemajuan dan kestabilan negara. Justeru, pada tahun 2006, Jemaah Menteri telah
meluluskan Memorandum KPM bagi menanganimasalah salah laku murid dan meluluskan
peruntukan tambahan sebanyak 6.1 juta setahun (Ang, 2007). Di Malaysia, antara tahun 1994 hingga
2003 gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar adalah antara salah laku yang paling dominan
dan menonjol (KPM, 2004). Ponteng sekolah bukanlah merupakan isu sosial yang baru dalam
kalangan pelajar sekolah di Malaysia. Data KPM menunjukkan bilangan pelajar yang ponteng sekolah
semakin meningkat dari tahun ke tahun. Contohnya pada tahun 1993, bilangan pelajar yang terbabit
dengan kes ponteng sekolah adalah seramai 32,092 orang dan 80,937 orang pada tahun 1997.
Majoriti pelajar sekolah menengah yang ponteng sekolah adalah berumur antara 14 hingga 15
tahun. Daripada segi jantina, pelajar lelaki lebih ramai ponteng sekolah berbanding pelajar
perempuan (Muhammed Sharif & Suria, 2012). Laporan KPM (2004) menyatakan bahawa masalah
ponteng sekolah merupakan isu utama dalam rekod salah laku pelajar. Ia tidak dapat menjelaskan
sejauh mana tahap seseorang pelajar terlibat dalam masalah ponteng sekolah. Sesuatu kesalahan
mungkin dilakukan oleh pelajar yang sama secara berulang kali menyebabkan jumlah kes tersebut
meningkat. Pelajar yang tidak berminat untuk belajar sesuatu mata pelajaran kerap kali hilang
semangat untuk belajar dan seterusnya ponteng sekolah. Keadaan ini akan menjadi bertambah
serius jika guru tidak berusaha untuk menarik minat pelajar terhadap pembelajarannya (Azizi,
Shahrin, Yusof & How, 2007). Fenomena ini telah mengundang perhatian KPM untuk mengingatkan
semua pelajar agar menjaga rekod kehadiran sekolah kerana ia akan mendatangkan masalah selepas
meninggalkan alam persekolahan (Zulkifli, 2007). Wee Ka Siong mengkategorikan salah laku ponteng
sekolah sebagai kes berat yang sama dengan kes pukul dan gaduh (Utusan Malaysia, 2009, 1
Oktober). Laporan Salah Laku Disiplin Murid Jabatan Pelajaran Negeri Sabah (JPNS) (2010)
menunjukkan bahawa ponteng sekolah merupakan antara bilangan salah laku disiplin yang
terbanyak berbanding masalah lain. Ponteng sekolah berlaku tidak mengira tempat dan masa
walaupun di kawasan yang terpencil seperti di pedalaman Sabah.
Di Malaysia, ponteng sekolah dibahagikan kepada dua jenis, iaitu ponteng sekolah dan ponteng
kelas. Ponteng sekolah ditakrifkan sebagai tidak hadir ke sekolah tanpa kebenaran daripada
pengetua atau guru besar. Jenis ponteng sekolah dalam kajian ini diukur berdasarkan rekod rasmi
kehadiran pelajar di sekolah mengikut arahan KPM (1994), iaitu Panduan bagi Mengatasi Masalah
Arsaythamby Veloo and Ng Chooi Kim 128 Ponteng di Sekolah. Menurut panduan ini, ponteng
sekolah merujuk kepada surat amaran yang dikeluarkan oleh pihak sekolah kepada ibu bapa atau
penjaga melalui surat amaran pertama, kedua dan ketiga. Pemberian surat amaran pertama
dikeluarkan apabila pelajar ponteng sekolah antara 310 hari secara berkala. Pemberian surat
amaran kedua berdasarkan bilangan hari pelajar ponteng sekolah secara berkala dari 11 hingga 20
hari. Manakala pemberian surat amaran ketiga ialah pelajar ponteng sekolah secara berkala lebih
daripada 20 hari. Manakala ponteng kelas pula ditakrifkan sebagai perbuatan keluar atau tidak
berada di dalam kelas tanpa kebenaran daripada guru (KPM, 1994). Gejala ponteng sekolah
merupakan tingkah laku anti sosial yang dilakukan oleh pelajar kerana tidak mematuhi peraturan
yang ditetapkan oleh pihak berkuasa (Fortin, 2003)

Teori Ponteng Sekolah Menurut Eastman, Cooney, OConnor dan Small (2007), Truancy is a status
offense, that is, an act that would not be criminal if committed by an adult. Gabb (1994) pula
menyatakan truancy is disobedience. Menurut beliau, pelajar ke sekolah adalah satu kewajipan
undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Oleh sebab itu, tindakan ponteng
sekolah merupakan satu bentuk pelanggaran autoriti atau salah laku. Menurut Animasahun (2009):
Truancy is a delinquent and anti-social behaviour, therefore, this behaviour can be explained from
the perspectives of certain theories of delinquency. Dalam hal ini, punca salah laku seseorang pelajar
harus dikenal pasti terlebih dahulu sepertimana yang diterangkan dalam teori tingkah laku yang
dipelopori oleh ahli-ahli psikologi dan sosiologi. Teori Pelaziman Emosi menerangkan bahawa
seorang pelajar pada mulanya tidak memperlihatkan emosi takut kepada guru disiplin tetapi apabila
melihat guru disiplin mendenda dan menengking pelajar yang ponteng sekolah, mereka menjadi
takut kepada guru disiplin yang garang. Pelaziman emosi takut ini berlaku sehingga akhirnya
menyebabkan pelajar tidak hadir ke sekolah. Kajian Animasahun (2009) ke atas 626 pelajar di negeri
Osun, Nigeria menunjukkan kecerdasan emosi pelajar merupakan pemboleh ubah yang mempunyai
hubungan dengan ponteng sekolah. Bandura (1977) dalam teori pembelajaran sosial menekankan
faktor kelakuan pelajar itu sendiri, pengaruh persekitaran dan interaksi kognitif mempengaruhi
tingkah laku pelajar remaja. Teori pembelajaran sosial juga menekankan tentang kepentingan
penilaian kognitif dan emosi. Teori ini memperlihatkan pengaruh sosial ke atas personaliti remaja
dalam mempengaruhi tingkah laku seseorang. Amaran dan Faktor Ponteng Sekolah
Faktor Keluarga dan Ponteng Sekolah Zhang (2007) dalam kajiannya menyatakan bahawa ponteng
sekolah dan implementasi notis penalti kepada 150 buah LEAs (Local Education Authorities) dan
Pengurus Kebajikan Pendidikan mendapati bahawa faktor keluarga mempunyai hubungan dengan
ponteng sekolah. Kajian-kajian Hunt dan Hopko (2009), Henry, (2007) dan Ng (2005) juga
menyatakan hubungan yang signifikan antara faktor keluarga dan ponteng sekolah. Kajian Malcolm,
Wilson, Davidson dan Kirk (2003) menyatakan guru memberi pandangan bahawa faktor keluarga
merupakan punca utama berlakunya ponteng sekolah dalam kalangan pelajar. Kajian Butler (2003)
dan Muhammed Sharif dan Suria (2012) mendapati adanya hubungan antara keluarga yang
bermasalah dengan ponteng sekolah. Kajian Wan Norasiah (2003) mendapati bahawa pengaruh ibu
bapa merupakan punca utama pelajar ponteng sekolah. Manakala pelajar sendiri berpendapat
bahawa mereka melakukan ponteng sekolah bukan disebabkan oleh faktor keluarga. Hasil kajian ini
juga menunjukkan ibu bapa berpendapat bahawa anak mereka tidak dapat hadir sekolah kerana
melakukan urusan yang lebih penting di rumah (Lotz & Lee, 1999). Faktor Sekolah dan Ponteng
Sekolah Kajian Claes, Hooghe dan Reeskens (2009) menyatakan bahawa terdapat hubungan antara
faktor sekolah dengan ponteng sekolah dalam kalangan pelajar yang berumur 14 tahun. Bagitu juga
dengan kajian Lloyd (2006) menyatakan terdapat hubungan antara faktor kepimpinan sekolah
dengan ponteng sekolah yang dijalankan di 31 buah sekolah menengah di England. Hasil kajian
Hallam et al. (2005) dan Muhammed Sharif dan Suria (2012) tingkah laku pelajar di sekolah
menunjukkan terdapatnya hubungan antara faktor sekolah dengan ponteng sekolah. Laporan
daripada Department of Children, Schools and Families (2007) juga menunjukkan bahawa pelajar
yang tidak puas hati dengan sekolah lebih kerap ponteng sekolah berbanding dengan pelajar lain.
Kajian Henry (2007) menunjukkan sekolah yang berkesan dapat menangani masalah ponteng
sekolah dibandingkan dengan sekolah yang mempunyai ciri latar belakang pelajar yang hampir sama.
Hallinan (2008) dan Malcolm et al. (2003) mendapati faktor guru mempunyai hubungan dengan
ponteng sekolah. Kajian Gabb (1994) menyatakan sekolah sebagai faktor penolak pelajar dari
sekolah. Masalah peraturan sekolah yang kurang konsisten dan penguatkuasaan menyebabkan
berlakunya ponteng sekolah. Kajian Enomoto (1997) mendapati pelajar sekolah tinggi lebih sedar
tentang kelonggaran penguatkuasaan polisi sekolah menyebabkan mereka lebih kerap ponteng
sekolah. Animasahun (2009) menyatakan bahawa motivasi pelajar juga mempunyai hubungan
dengan ponteng sekolah. Motivasi pelajar untuk hadir sekolah adalah rendah apabila guru tidak
Arsaythamby Veloo and Ng Chooi Kim 130 mempedulikan ketidakhadiran mereka. Kajian beliau
menyatakan peraturan sekolah yang lebih ketat terhadap kehadiran pelajar dapat mengurangkan
kadar ponteng sekolah. Ng (2005) dalam kajiannya mendapati bahawa pengajaran guru yang
membosankan juga merupakan antara faktor yang menyebabkan berlakunya ponteng sekolah.
Kajian Smink dan Reimer (2005) menunjukkan mata pelajaran yang kurang merangsang, kerja
sekolah yang tidak mencabar dan hubungan yang tidak mesra antara guru dan pelajar merupakan
faktor yang berkait rapat dengan jumlah kehadiran. Dalam kajian Muhammed Sharif dan Suria
(2012) menyatakan sikap guru merupakan faktor penting dalam ponteng sekolah. Faktor Diri Pelajar
dan Ponteng sekolah Hunt dan Hopko (2009) dan Muhammed Sharif dan Suria (2012) dalam
kajiannya menyatakan faktor diri pelajar mempunyai hubungan dengan ponteng sekolah. Kajian ini
dijalankan terhadap 367 orang pelajar sekolah menengah luar bandar di selatan Appalachian. Pelajar
yang risau, stres dan mempunyai masalah pembelajaran merupakan antara punca mereka ponteng
sekolah. Ng (2005) dapat menonjolkan punca sakit tanpa surat doktor, tidak dapat memberi
perhatian dan lambat bangun adalah antara tem dalam faktor diri sendiri yang menyebabkan
berlakunya ponteng sekolah. Manakala kajian Malcolm et al. (2003) menyatakan sikap malas,
perasaan ingin cuba dan marah adalah punca utama berlakunya ponteng sekolah. Mat Kilau (1997)
dalam kajiannya mendapati faktor diri pelajar adalah faktor dominan dalam ponteng sekolah (Gabb,
1994). Kinder, Wakefield dan Wilkinson (1996) dalam kajiannya mendapati aspek kurang self-
esteem, kemahiran sosial, keyakinan diri dan kemahiran pengurusan diri mempunyai hubungan
dengan ponteng sekolah. Kajian Muhammed Sharif dan Suria (2012) menunjukkan aspek diri pelajar
merupakan punca utama masalah ponteng sekolah. Faktor Rakan Sebaya dan Ponteng Sekolah
Yusop (1998), Ng (2005) dan Muhammed Sharif dan Suria (2012) menunjukkan faktor rakan sebaya
mempunyai hubungan dengan ponteng sekolah. Kinder et al. (1996) membuat kajian ke atas 160
murid tahun tujuh dan ke atas mendapati faktor pengaruh rakan sebaya mempunyai hubungan
dengan ponteng sekolah. Kajian Wan Norasiah (2003) mendapati bahawa pengaruh rakan sebaya
merupakan punca utama pelajar ponteng sekolah. Hal ini kerana rakan sebaya merupakan individu
yang paling hampir dengan remaja selepas keluarga

http://apjee.usm.my/APJEE_29_2014/Art%208(125-140)%20.pdf 17.10.2016

3.0 Peranan Profesionalisme Guru Membendung Gejala Sosial Remaja

Menurut Abd Rahim Abd Rashid ( 2001 ), masalah keruntuhan moral di kalangan
generasi muda dewasa ini amat membimbangkan dan mencabar peranan sistem
pendidikan dalam melaksanakan tanggungjawab sosial dan moral kepada
masyarakat. Tambah beliau lagi tanpa mempunyai wawasan moral yang kuat,
sekolah dan sistem pendidikan di negara ini tidak mungkin dapat melaksanakan
wawasan dan misi perjuangan ke arah membentuk golongan muda yang berhemah
dan bermoral. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa, dalam cabaran globalisasi
kini, guru berperanan penting dalam membentuk dan mengukuhkan jati diri di anak
murid di sekolah.

Richard Layard ( 2009 ), menyatakan bahawa pada masa kini bagi


perkembangan yang baik, anak-anak memerlukan aspek berikut iaitu keluarga
bahagia, gaya hidup positif, nilai-nilai baik, persekitaran sekolah yang baik,
kesihatan mental yang baik dan wang yang mencukupi untuk hidup dalam kalangan
rakan-rakan mereka tanpa rasa malu. Walaubagaimanapun, untuk memberikan
kesemua di atas adalah suatu cabaran masyarakat terhadap anak-anak kini.Namun
begitu gejala sosial yang berlaku dalam kalangan remaja menjadi persoalan kepada
masyakat kini, banyak pihak yang menunding jari kepada sistem pendidikan negara
disebabkan oleh masalah ini. Akibatnya, terdapat pihak yang merasakan sistem
pendidikan negara mempunyai kelemahan dalam melahirkan generasi yang
berkualiti. Memetik ulasan dari artikel yang sama iaitu

"Sikap guru yang lebih menumpukan perhatian kepada pelajar cemerlang juga tidak
sepatutnya berlaku kerana ia akan membuatkan pelajar yang lemah semakin rasa tersisih.
Sepatutnya perhatian harus diberikan kepada pelajar yang lemah dan bermasalah kerana
guru adalah pengganti ibu bapa di sekolah.
Sumber : Artikel Utusan Malaysia Online, bertarikh 3/42012

Hal ini jelas menunjukkan bahawa terdapat segelintir pihak yang merasakan sistem
pendidikan negara tidak lagi mampu mengembangkan potensi pelajar seperti mana yang
diharapkan oleh Falsafah Pendidikan Negara. Hal ini kerana, berikutan era globalisasi kini,
pelbagai implikasi positif berlaku terhadap institusi pendidikan negara. Seiring itu, kesan
negatif juga berlaku seiring pembangunan yang dikecapi. Menurut Nik Azis Nik Pa & Noraini
Idris ( 2008 ), cabaran kritikal yang dihadapai oleh institusi pendidikan negara ialah untuk
meningkatkan kualiti institusi pendidikan secara menyeluruh bagi mengekalkan keyakinan
rakyat pada tahap yang lebih tinggi terhadap kecermelangan institusi tersebut. Kualiti
pendidikan yang ditawarkan dan status institusi pendidikan tidak dapat disembunyikan
daripada pengetahuan umum kerana ada pihak yang membuat perbandingan dan
penarafan institusi pendidikan secara gobal dan menyebarkan maklumat tersebut dengan
meluas. Ahli pendidik mendapati bahawa, murid yang berkebolehan untuk membuat pilihan
sendiri akan menjadi anggota masyarakat yang lebih produktif. Manakala Durkheim,
Facouner dan Schnurer dalam Nik Azis Nik Pa& Noraini Idris ( 2008 ), perkembangan moral
yang menjadi fokus pendidikan moral bergantung kepada pengalaman hidup yang
bermakna, sama seperti perkembangan kognitif atau fizikal. Ahli pendidik moral mendapati
bahawa perkembangan moral adalah satu aspek penting bagi perkembangan hidup
manusia dan perkembangan tersebut bergantung kepada wawasan individu dan interaksi
sosial.

Shaffer dalam Nik Azis Nik Pa & Noraini Idris ( 2008 ), menegaskan bahawa
kanak-kanak yang terdedah kepada pelbagai jenis pengalaman pembelajaran dalam
konteks keluarga dan komuniti akan mempunyai peluang untuk membezakan
perkara baik daripada perkara buruk pada tahap yang abstrak dan kompleks secara
progresif. Nik Azis Nik Pa & Noraini Idris ( 2008 ), menjelaskan dalam negara kita
matlamat keseluruhan program Pendidikan Moral adalah untuk melahirkan individu
yang memahami, menerima dan mempraktikkan peranan mereka sebagai
warganegara yang bertanggungjawab selaras dengan nilai murni masyarakat
Malaysia.

Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian


Tinggi mengariskan beberapa cabaran yang perlu dimatapkan antaranya ialah
melahirkan sumber manusia yang berkualiti. Guru yang terlatih dan mempunyai ciri-
ciri yang dikehendaki akan dapat melahirkan budaya pendidikan yang
berkualiti.Menurut Syed Ismail Bin Syed Mustafa & Ahmad Subki Bin Miskon ( 2012
), para guru perlu sedar bahawa mereka sebenarnya memikul satu akauntabiliti yang
besar. Tanggungjawab guru pada masa kini, bukan sahaja untuk mengajar mengikut
sukatan yang ditetapkan, tetapi guru perlu mendidik dan peka dengan perubahan-
perubahan yang melanda dalam dunia pendidikan masa kini. Sehubungan itu,
sebagai seorang guru yakni penjawat awam kementerian telah mengeluarkan
arahan perkhidmatan ( 1974 ) menghendaki seseorang pegawai awam sentiasa
bersikap adil dan saksama terhadap orang ramai dan memberi mereka layanan
yang teratur dan memuaskan. Dalam satu etika profesion perguruan, antaranya
ialah guru mempunyai akuntabiliti kepada murid. Dalam hal ini, akuntabiliti telah
mengariskan panduan kepada guru bahawa setiap guru perlu lebih mengutamakan
kebajikan dan keselamatan murid daripada hal-hal lain. Mengulas lanjut kenyataan
Syed Ismail Bin Syed Mustafa & Ahmad Subki Bin Miskon ( 2012 ) berkaitan
akuntabiliti guru untuk melahirkan murid yang seimbang selaras dengan kehendak
FPN, guru perlu bersikap adil terhadap setiap orang murid tanpa mengira fakor
jasmani, mental, emosi, politik, eknomi, social, keturunan atau agama.

Beck ( 1990 ) mebincangkan peranan penting sekolah termasuklah


memupuk nilai-nilai yang baik untuk mencorak perkembangan sosial, moral,
kerohanian dan perkembangan personal pelajar. Keadaan ini sejajar dengan
matlamat pendidikan iaitu untuk melahirkan kehidupan dan pengamalan nilai-nilai
yang sihat dalam diri pelajar. Mengikut Beck, banyak faktor yang masih lagi
membelenggu nilai-nilai di sekolah seperti bias terhadap agama, kaum, etnik, seks
dan juga gender. Reformasi perlu berlaku dalam pendidikan dan di sekolah bagi
mencorakkan perubahan hala tuju masyarakat yang lebih baik.

Mengulas hal ini, cabaran guru pada masa kini ialah untuk mengenepikan
unsur-unsur perbezaan murid dan memberikan yang terbaik untuk melahirkan
generasi yang mempunyai jati diri untuk mengekang masalah sosial yang berlaku
dalam kalangan remaja. Hal ini kerana, guru yang memberikan layanan yang
berbeza-beza akan menyebabkan anak murid rasa tersisih. Perasaan ini akan
mewujudkan jurang antara pelajar yang diberikan sering diberikan perhatian dengan
pelajar yang tidak mendapat hak yang sepatutnya. Syed Ismail Bin Syed Mustafa &
Ahmad Subki Bin Miskon ( 2012 ) menyatakan kajian keciciran telah menunjukkan
bahawa keluarga yang miskin merupakan keluarga yang kurang moden dan rendah
pula motivasi pendidikannya. Dalam hubungan ini, jika mereka tidak diberi layanan
yang sama rata, maka sudah tentulah pendapaian mereka akan terjejas. Motivasi
murid yang rendah akan menjejaskan dorongan murid-murid untuk belajar dengan
tekun. Ini akan menyebabkan pencapaian persekolahan juga terjejas.

Apa yang lebih membimbangkan ialah, murid-murid yang mengambil jalan


mudah dengan menjauhkan diri daripada sekolah dengan ponteng sekolah. Gejala
ponteng menyumbang kepada peningkatan gejala sosial dalam kalangan anak
muda. Ponteng sekolah membawa maksud kegiatan menjauhkan diri daripada
sekolah tanpa keizinan guru atau ibu bapa. Punca ponteng sekolah dalam kalangan
pelajar ialah malas, sengaja tidak mahu datang sekolah, guru berleter, peras ugut,
kemiskinan rumah tangga, tidak siap kerja yang diberikan guru, disiplin yang ketat di
sekolah dan lain-lain lagi ( Abdullah Sani Yahaya, 2005 ).

Sehubungan itu, guru perlu menjalankan pendekatan kepedulian guru


apabila berhadapan dengan masalah murid. Hal ini kerana, tugas utama guru ialah
untuk mendidik anak murid. Pendekatan kepedulian guru sangat penting dalam
mendapatkan kepercayaan anak murid dan mendekatkan perhubungan antara guru
dan murid. Kepedulian merupakan kesanggupan seseorang untuk bekorban demi
orang lain. Kepedulian didefinisikan sebagai mengambil berat terhadap orang lain.
Dalam konteks guru, setiap guru perlu mempunyai sifat kepedulian untuk
menghadapi murid dalam kelas. Hal ini kerana, murid akan merasakan bahawa guru
sentiasa dekat dan menjaga hati guru yang peduli terhadap masalah mereka.
Dengan ini, hubungan yang kondusif dalam kelas akan mewujudkan interaksi dua
hala antara guru dan murid. Malah, suasana yang kondusif ini akan dapat membantu
guru mencapai objektif pembelajaran dan pengajaran dalam kelas. Noddings dalam
Syed Ismail Bin Syed Mustafa & Ahmad Subki Bin Miskon ( 2012 ) menjelaskan
pendidikan merupakan medium perantaraan untuk mengembangkan perasaan kasih
sayang dalam masyarakat. Melalui pendidikan, beliau menjelaskan bahawa
perjumpaan dirancang atau tidak dirancang menggalakkan perkembangan melalui
penimbaan ilmu pengetahuan, kemahiran, pemahaman dan penghargaan. Jelas
Noddings, sekolah yang merupakan tempat utama untuk menimba ilmu
pengetahuan. Melalui ilmu pengetahuan, murid dapat membentuk tingkah laku
melalui disiplin dan matlamat diri yang jelas. Seterusnya, sikap kepedulian guru ini,
akan membantu guru untuk menjalankan akauntabiliti terhadap murid dengan adil
dan saksama.

Sehubungan itu, guru berperanan sebagai agen perubahan. Peranan guru di


sekolah ialah untuk membawa perubahan dalam masyarakat. Sebagai agen
perubahan, guru perlu membawa ilmu pengetahuan dan menyampaikan kepada
masyarakat. Melalui ini, sudah menjadi tanggungjawab para guru untuk memberikan
pelbagai pengetahuan yang dapat digunakan oleh masyarakat dalam kehidupan
seharian mereka. Oleh itu, guru perlu mempunyai kecemerlangan hidup untuk
menjadi agen perubahan. Omar Mohd Hashim ( 1999 ), menjelaskan perasaan puas
hati untuk kekal berada pada tahap yang rendah dan mediacore akan membawa
natijah yang buruk. Maka, dalam dunia yang kuat bersaing, tidak ada cara dan
matlamat lain, melainkan mengarah dan mengejar ke tahap kecemerlangan dalam
semua bidang, kerja dan tugas. Peranan guru sangat besar sebagai agen
perubahan sosial. Warga pendidik mempunyai tanggunghawab dan tugas besar
untuk melayan jangkaan masyarakat dunia. Sebagai guru yang berada di alam
pendidikan, perlu mempunyai sensitiviti terhadap perubahan baik mahupun buruk
kerana dunia sudah menjadi kecil. Selain itu, Omar Mohd Hashim ( 1999 )
menjelaskan, persiapan rapi dan bersungguh-sungguh perlu untuk mencapai
kecemerlangan. Melalui kecemerlangan diri, guru dapat membentuk insan sekeliling
yakni murid-murid. Malah, perlu ada visi jauh dan guru perlu bersifat pragmatik, rajin
berusaha, serba boleh, berilmu, rajin, berdisiplin dan teratur. Tambahan itu, guru
perlu mempunyai hubungan meluas dan baik, mempunyai kemahiran komunikasi.
Melalui usaha berterusan para pendidik bagi meningkatkan kecermelangan
profesionalisme, sistem pendidikan akan dapat melahirkan warganegara yang
berdisplin, tekun, berusaha dan mempunyai generasi seimbang. Malah, dengan ini
rakyat Malaysia akan dapat menghadapi cabaran dalam kehidupan dengan
menyusaikan diri dengan perubahan terutamanya cabaran globalisasi masa kini.
Menyoroti usaha ini, tugas para guru sebaga agen perubahan dapat dilihat dalam
pembentukan disiplin murid. Melalui sekolah dan bilik darjah guru dapat membawa
perubahan besar kepada disiplin murid melalui dua aspek tersebut. Para guru perlu
menunjukkan contoh teladan ( kepimpinan melalui teladan ), malah guru perlu
memerhatikan tingkah laku pelajar seperti minat, sikap, pergerakan secara
keseluruhan untuk membentuk disiplin yang baik dalam diri mereka. Aspek penilaian
di sekolah seperti ujian, peperiksaan dan pencapaian murid dalam kelas
menunjukkan keberkesanan pengajaran guru. Namun begitu, guru perlu sentiasa
berfikiran positif dan mencari jalan untuk membantu pelajar lemah dengan tidak
mengabaikan mereka. Malah, guru tidak perlu terlalu menekankan aspek exam-
oriented dalam kelas. Apa yang penting, penyampaian dan arahan guru perlu jelas.
Murid-murid perlu tahu bahawa guru telah melakukan perkara terbaik dalam
mengajar mereka, maka murid-murid perlu membantu diri sendiri dengan belajar
bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan diri. Jelas, tugas guru sebagai
agen perubahan menuntut budaya kerja yang kuat dalam kalangan guru untuk
mencapai matlamat membentuk budaya kondusif dalam diri pelajar.

Di samping itu, tidak dapat dinafikan lagi bahawa, guru berperanan besar
dalam membentuk dan mencorak tingkah laku murid. Malah kajian oleh Universiti
Chicago ( Czikszentmihalyi, 1987 ) dalam Abdullah Sani Yahaya, mendapati bahawa
purata masa yang dikongsi oleh remaja dengan ibu bapa yang bekerja hanya 12 jam
seminggu. Ibu bapa kekurangan masa bagi mengasuh, mendidik dan membimbing
anak mereka. Masa anak-anak banyak dihabiskan diluar rumah terutamanya
sekolah. Prof Madya Dr Abd Rahim Abd Rashid ( 2001 ) menghuraikan peranan
guru dalam mencorak perkembangan nilai dalam pembangunan sekolah cukup luas.
Guru yang datang dari pelbagai latar belakang sentiasa mempengaruhi pemikiran
pelajar dari masa ke masa. Malah, pengaruh ini dikatakan tiada sempadan. Tambah
beliau lagi, guru-guru yang berpengaruh dan berkesan menjadi role-model kepada
pelajar. Nilai-nilai tersebut disebarkan melalui aspirasi dan idealisme guru dalam
pelbagai perkara. Sebagai agen sosial, sekolah menjadi tempat guru menyampaikan
ilmu dan membentuk tingkah laku murid. Malah, sekolah berperanan sebagai
penyampai kebudayaan dan melahirkan nilai-nilai budaya. Di sekolah, nilai
merupakan unsur budaya yang penting dalam mencorakkan kebudayaan murid bagi
perkembangan moral, akhlak, tingkah laku, hubungan sosial, tindakan dan peranan
murid. Teori sosialisasi memberi penekanan kepada nilai-nilai sosial dan moral yang
perlu dititikberatkan bagi membentuk individu yang dapat mempertahankan cara
hidup berhemah, bersopan dan berakhlak mulia. Oleh itu, guru berperanan untuk
menjadi agen sosial kepada murid dengan menerapkan nilai-nilai agama, baik dan
bermoral dalam diri pelajar. Melalui pengajaran merentasi kurikulum, guru dapat
menyampaikan nilai murni dan agama bagi menguatkan perkembangan akhlak dan
moral individu bagi menghadapi cabaran masa kini.

Selain itu, dalam menjadi agen sosial pendidik perlu berfikiran positif sebagai
mekanisme sosial bagi menanamkan nilai-nilai moral, akhlak, kerohanian dan
tingkah laku yang baik serta mendidik golongan muda supaya mereka dapat
mempertahankan nilai-nilai yang mendorong kemajuan dan kesejahteraan hidup.
Satu istilah penting dalam tugas guru sebagai agen sosialisasi ialah sebagai salah
satu pembentuk jati diri murid. Jati diri bermaksud membentuk dan membina diri
setiap individu ke arah positif. Antara tujuan pembinaan jati diri ialah membentuk
ketrampilan diri dari segi pemikiran, pergerakan, berpakaian, berbahasa, cara
memberi maklum balas dan tindakan balas secara positif serta mempunyai sifat
murni dalam pergaulan seharian ( Ahmad Marzuki Ismail, 2006 ). Dalam pada itu, jati
diri membolehkan individu menerima dan menangani segala perubahan dan
perkembangan semasa dengan sebaik mungkin. Di samping itu, antara peranan
utama guru ialah mendidika murid supaya rajin membaca dalam kehidupan seharian
mereka. Walaupun hal ini dilihat remeh, namun guru perlu menjadi agen sosial
dalam memangkinkan budaya membaca dalam diri pelajar. Di sekolah, program
seperti Nilam, sudut bacaan, kempen membaca merupakan tanggungjawab sosial
guru secara tidak langsung dalam memupuk budaya membaca. Peranan membaca
penting dalam pembentukan jati diri. Pembacaan dalam kalangan pelajar dilihat
masih berada pada tahap rendah. Pembacaan dapat membantu generasi muda
untuk berkembang dari aspek intelek, rohani dan emosi. Melalui pembacaan,
individu akan mendapat mesej secara berkesan, dapat dihayati dan diamalkan.
Pelajar perlu diberi pendedahan tentang kaedah membaca, masa dan tempat yang
sesuai untuk membaca. Maka, dengan cara ini akan dapat memastikan bahan
bacaan memberi sumbangan nilai dan moral kepada pembaca.

4.0 Penutup
Ulasan mengenai aspek penyumbang kebejatan gejala sosial dan hubungkait
dengan isu keguruan telah disenaraikan satu persatu. Malah, gejala sosial yang
berlaku juga telah diperjelaskan untuk mengatasi masalah ini. Masalah gejala sosial
ini dilihat mempunyai perkaitan dengan isu keguruan masa kini.

Para pendidik perlu bersifat terbuka dalam mendidik anak-anak muda di


sekolah. Mereka perlu diberi peluang dan ruang untuk mengekspresikan
perkembangan diri. Misalnya, kegiatan-kegiatan yang dijalankan di sekolah perlu
lebih dimanfaat dengan kualiti masa berbanding kuantiti masa yang ada. Setiap
kegiatan yang dilakukan dalam sekolah perlu diterapkan dengan semangat
bersungguh-sungguh dan akur kepada peraturan dan keputusan sekolah. Dengan
ini, pelajar sekolah yang mematuhi peraturan dan menerima sesuatu dengan
terbuka dapat dibentuk dari banguku sekolah dan dapat dibawa ke luar sekolah.

Selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara yang mahu


melahirkan generasi yang seimbang, para pelajar iaitu remaja seharusnya
meningkatkan kemampuan diri dengan nilai-nilai murni. Kesemua nilai ini dapat
diperoleh melalui pendidikan di sekolah. Ilmu pengetahuan dapat diperoleh dalam
kelas sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran dapat dikutip
melalui pengalaman menjalankan aktiviti luar kelas seperti unit beruniform, kelab
dan pertubuhan. Malah, bagi remaja yang berkemampuan kewujudan kelas muzik,
kelas tarian, kelas fardhu ain dan bermacam lagi aktiviti di luar sekolah dapat diguna
pakai untuk meningkatkan nilai tambah kepada diri.

Menurut Syed Ismail Bin Syed Mustafa dan Ahmad Subki Bin Miskon,
kejayaan cemerlang dalam bidang akademik banyak bergantung kepada keupayaan
murid dan guru menangani cabaran yang ada dalam sistem pendidikan negara
seperti globalisasi dalam pendidikan, kemahiran menggunakan teknologi maklumat
dengan sepatutnya, pendemokrasian pendidikan dan sikap keterbukaan kepada
kepelbagaian budaya. Walaupun pada masa kini pembelajaran tidak perlu
berorientasikan peperiksaan semata-mata, namun remaja perlu merebut peluang
meningkatkan ilmu dalam diri. Bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu dan
nilai-nilai murni perlu diterapkan sejak kecil dan diteruskan sehingga ke alam remaja.
Melalui ini, pelajar yang mempunyai pedoman dan jati diri kukuh dapat mengatasi
masalah dan dapat mengharungi cabaran gejala sosial dengan lebih bermanfaat
kepada diri sendiri serta orang lain.

Sokongan kepada anak murid daripada guru amat bermakna berikutan guru
merupakan pembentuk tingkah laku, pengurus pembelajaran, agen perubahan
kepada mereka (Syed Ismail Bin Syed Mustafa&Ahmad Subki Bin Miskon, 2010 ).
Murid-murid yang melakukan kesilapan seharusnya diberi peluang kerana kesilapan
merupakan pengalaman dan pedoman untuk mengajar mereka agar tidak
mengulangi perkara yang sama.

Kesimpulanya, apa yang pasti globalisasi yang dihadapai remaja masa kini
dapat di atasi melalui pedoman diri. Malah, jalan utama untuk menghadapi cabaran
duniawi dalam diri remaja kini ialah berbalik kepada nilai-nilai murni. Malah, peranan
guru dalam membentuk tingkah laku murid ke arah yang positif menuntut usaha
berlipat ganda daripada warga pendidik sendiri.

http://ilham-murabbi.blogspot.my/2012/09/gejala-sosial-dan-peranan.html 17.10.2016

You might also like