You are on page 1of 8

SHARIEN SAIPUN - Google Drive Docs

ISTILAH SAINS
TAHUN 4, 5 DAN 6

SHARIEN SAIPUN
2017

SK TUN DATU HAJI MUSTAPHA KUDAT

1
SHARIEN SAIPUN - Google Drive Docs

TAHUN 4
BIL ISTILAH MAKSUD

1 KADAR PERNAFASAN Bilangan pergerakan dada turun dan naik dalam seminit.

2 PERKUMUHAN Proses penyingkiran bahan buangan daripada badan.

3 PENYAHTINJAAN Proses penyingkiran bahan buangan tidak tercerna daripada


badan.

4 RANGSANGAN Perubahan yang berlaku di persekitaran badan.

5 GERAK BALAS Tindakan yang di ambil oleh organ deria terhadap rangsangan.

6 PEWARISAN ciri -ciri yang diturunkan daripada ibubapa yang diwariskan


kepada anak.

7 FOTOSINTESIS Proses penghasilan makanan oleh tumbuhan hijau.

8 PANJANG Jarak antara dua titik.

9 LUAS Besarnya sesuatu permukaan.

10 ISIPADU Besarnya sesuatu ruang yang memenuhi sesuatu objek.

11 JISIM Kuantiti jirim yang terdapat dalam sesuatu objek.

12 MASA Tempoh antara dua detik.

13 KONDUKTOR ELEKTRIK Bahan yang membenarkan arus elektrik melaluinya.

14 PENEBAT ELEKTRIK Bahan yang tidak membenarkan arus elektrik melaluinya.

15 KONDUKTOR HABA Bahan yang membenarkan haba melaluinya dengan baik.

16 PENEBAT HABA Bahan yang tidak membenarkan haba melaluinya.

17 LUT SINAR Bahan yang membenarkan seluruh cahaya menembusinya.

18 LUT CAHAYA Bahan yang membenarkan sebahagian cahaya menembusinya.

19 LEGAP Bahan yang tidak membenarkan sebarang cahaya


menembusinya.

20 MENYADUR Proses melapisi permukaan logam dengan logam lain

2
SHARIEN SAIPUN - Google Drive Docs

21 MENYALUT Proses melapisi bahan dengan bahan yang lain.

22 ASTEROID Objek yang berbatu dan logam mengorbit matahari diantara


Marikh dan Musytari

23 METEOR Meteoroid yang memasuki atmosfera bumi dan terbakar


menghasilkan cahaya

24 METEOROID Batuan angkasa yang terapung dalam sistem suria

25 METEORIT Meteor yang terhempas ke permukaan bumi dan tidak habis


terbakar.

26 SATELIT SEMULAJADI Objek yang beredar mengelilingi planet (bulan).

27 KOMET Ketulan ais yang terdiri daripada gas dan debu serta beredar
mengelilingi matahari.

28 PAKSI Garisan bayangan yang menganjur dari Kutub utara ke Kutub


Selatan

29 ORBIT Lintasan bujur yang dilalui oleh Planet beredar mengelilingi


matahari.

3
SHARIEN SAIPUN - Google Drive Docs

TAHUN 5
BIL ISTILAH MAKSUD

1 JERUMUN Sarang tempat haiwan bertelur atau menyembunyikan anak.

2 MIGRASI Perpindahan dari satu tempat ke tempat lain

3 HIBERNASI Tidur sepanjang musim sejuk untuk mengurangkan penggunaan


tenaga dan rasa lapar.

4 KEMANDIRIAN SPESIS Keupayaan hidupan untuk meneruskan hidup dalam keadaan


sukar atau bahaya

5 RANTAI MAKANAN Hubungan makanan diantara hidupan

6 SIRATAN MAKANAN Gabungan dua atau lebih rantai makanan

7 PENCARAN Cara tumbuhan menyebarkan biji benih

8 TENAGA Kebolehan melakukan kerja

9 TENAGA SURIA Tenaga yang diperolehi daripada cahaya matahari.

10 TENAGA BOLEH Tenaga yang boleh dijana semula bila habis.


DIPERBAHARUI

11 TENAGA TIDAK BOLEH Tenaga yang tidak boleh dijana semula jika habis.
DIPERBAHARUI

12 PANTULAN CAHAYA Cahaya melantun balik daripada sesuatu permukaan.

13 PEMBIASAN CAHAYA Pergerakkan cahaya dari satu medium ke satu medium yang
lain.

14 LITAR BERSIRI Mentol disusun bersebelahan antara satu sama lain dalam
kedudukan sebaris.

4
SHARIEN SAIPUN - Google Drive Docs

15 LITAR SELARI Mentol disusun secara selari dalam dua atau lebih laluan
berbeza.

16 SUHU Penunjuk darjah kepanasn.

17 JIRIM Sebarang bahan yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang.

18 KONDENSASI Proses perubahan jirim dari gas kepada cecair.

19 PENDIDIHAN Proses perubahan jirim dari cecair kepada gas.

20 PENYEJATAN Proses perubahan jirim dari cecair kepada gas dan berlaku
dalam sebarang suhu.

21 PELEBURAN Proses perubahan jirim dari pepejal kepada cecair

22 PEMBEKUAN Proses perubahan jirim dari cecair kepada gas.

23 ASID Bahan yang berasa masam dan menukarkan kertas litmus biru
kepada merah.

24 ALKALI Bahan yang berasa pahit dan menukarkan kertas litmus merah
kepada biru.

25 NEUTRAL Bahan yang berasa tawar, masin atau manis dan tidak
menukarkan warna kertas litmus biru dan merah

26 PUTARAN BUMI Pergerakan bumi dalam bulatan pada satu titik tetap.

27 PEREDARAN BUMI Pergerakan bumi pada orbit mengelilingi matahari

28 KESTABILAN Keupayaan struktur untuk tidak jatuh/tumbang dengan mudah


bila dikenakan daya

29 KEKUATAN Keupayaan struktur untuk menahan daya yang dikenakan ke


atasnya.

5
SHARIEN SAIPUN - Google Drive Docs

TAHUN 6
BIL ISTILAH MAKSUD

1 MIKROORGANISMA Hidupan seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

2 KONJUNKTIVITIS Penyakit mata merah yang disebabkan oleh mikroorganisma


dan berjangkit.

3 TUBERKULOSIS Penyakit batuk kering yang disebabkan oleh mikroorganisma


dan berjangkit.

4 KUARANTIN Mengasingkan pesakit yang membawa penyakit supaya tidak


berjangkit kepada orang lain

5 INTERAKSI Hubungan antara hidupan yang saling bergantung antara satu


sam lain.

6 INTERSPESIS Interaksi di antara hidupan yang sama spesies.

7 INTRASPESIS Interaksi di antara hidupan yang berlainan spesis.

8 SIMBIOSIS Interaksi di antara dua hidupan yang berlainan spesies

9 MUTUALISME Interaksi di antara hidupan yang memberi manfaat kepada


kedua-dua pihak.

10 KOMENSALISME Interaksi di antara hidupan yang memberi manfaat kepada satu


pihak manakala satu pihak lagi tidak mendapat sebarang

6
SHARIEN SAIPUN - Google Drive Docs

manfaat atau kesan buruk.

11 PARASITISME Interaksi di antara hidupan yang mana satu mendapat faedah


dan satu pihak lagi terjejas.

12 PUPUS Lenyapnya sesuatu spesies secara berkekalan.

13 ANCAMAN KEPUPUSAN Keadaan dimana sesuatu hidupan berhadapan dengan


kepupusan dan semakin berkurangan.

14 SISA TOKSIK Bahan buangan yang berbahaya seperti sisa kimia, bahan
buangan industri serta sisa pertanian.

15 PEMELIHARAAN Mengekalkan keadaan asal hidupan daripada musnah.

16 PEMULIHARAAN Mengembalikan hidupan kepada keadaan asal supaya dapat


dinikmati generasi akan datang.

17 PUSAT REHABILITASI Tempat yang diwujudkan bagi tujuan memulihara sesuatu


hidupan.

18 TAPAK RAMSAR Tempat untuk melindungi flora dan fauna di kawasan payah
bakau.

19 DAYA Tarikan dan tolakan yang bertindak ke atas sesuatu objek.

20 DAYA GESERAN Daya yang terhasil apabila dua permukaan bersentuhan antara
satu sama lain.

21 KELAJUAN Ukuran cepat atau lambat sesuatu objek bergerak dari satu
tempat ke satu tempat yang lain.

22 PENGAWETAN Kaedah pemprosesan makanan yang boleh menghalang atau


melambatkan proses hidup mikroorganisma.

23 TERBIODEGRADASI Boleh direputkan oleh mikroorganisma.

24 AMALAN KURANGKAN Amalan mengurangkan penggunaan sesuatu bahan.

25 KITAR SEMULA Mengitar semula bahan buangan menjadi produk yang baru.

26 GUNA SEMULA Mengguakan semula bahan buangan dengan mempelbagaikan


penggunaannya.

27 BURUJ Gugusan bintang yang kelihatan membentuk corak tertentu di


langit pada waktu malam.

28 MESIN RINGKAS Alat yang memudahkan kita melakukan kerja dengan lebih

7
SHARIEN SAIPUN - Google Drive Docs

mudah dan cepat.

29 MESIN KOMPLEKS Alat yang terdiri daripada gabungan dua atau lebih mesin
ringkas.

30 MESIN LESTARI Mesin yang tahan lama, tidak mudah rosak, menguntungkan,
tidak memberi kesan buruk kepada alam sekitar, mudah serta
selamat digunakan.

31