You are on page 1of 11

Jabatan Sains

IPG Kampus Tawau

Nama Kursus : FIZIK 1

Kod Kursus : SCE1024

Nama Pensyarah : Puan Lina Thomas @ Tupang

Tarikh hantar laporan : 29 September 2015

Amali 1 : Pengukuran Kuantiti Fizik

Arahan :

Anda dikehendaki untuk menentukan diameter dan jisim bagi bahan yang dibekalkan. Anda
perlu merancang dan menentukan prosedur yang sesuai bagi bagi mendapatkan jisim dan
diameter bahan tersebut.

Berikut adalah alat pengukur yang akan digunakan dalam amali 1:

i) Pembaris meter, angkup vernier dan tolak skru mikrometer untuk menentukan diameter
ii) Neraca newton dan neraca elektronik untuk menentukan jisim. Eksperimen dijalankan
secara berkumpulan tetapi laporan yang lengkap adalah secara individu. Gambar yang
berkaitan dengan amali perlu dilampirkan.
1. Tajuk : Pengukuran Kuantiti Fizik

2. Tujuan : Untuk mengukur kuantiti fizik dengan lebih tepat

3. Pengenalan :

Kuantiti fizik (physical quantity) adalah kuantiti yang boleh diukur. Kuantiti fizik bukan
sahaja digunakan dalam kajian saintifik tetapi ianya juga penting dalam kehidupan seharian
kita.

Terdapat lima kuantiti fizikal yang kerap digunakan dalam pengukuran.

1 Panjang (Length)
2 Jisim (Mass)
3 Masa (Time)
4 Suhu (Temperature)
5 Arus Elektrik (Electric current)

Setiap kuantiti fizikal yang diukur dalam unit SI (International System of Units @ SI units),
yang mana ianya adalah unit yang seragam digunakan dalam pengukuran di kebanyakan
negara.

Kuantiti Fizik Unit SI Simbol unit


Panjang meter m
Jisim kilogram kg
Masa saat s
Suhu kelvin K
Arus elektrik ampere A

Contoh :
Panjang buku = 20.2 cm
(Kuantiti Fizik) = (Magnitud) (Unit)

Simbol dan nilai prefix

Nilai berangka
Imbuhan awal (Prefix) Simbol
(numerical)
Mega M 1 000 000
kilo k 1 000
centi c 0.01
milli m 0.001
micro 0.000 001

4. Radas : Pembaris meter, angkup vernier, tolok skru mikrometer, neraca Newton dan
neraca elektronik, benang

5. Bahan : syiling,

6. Prosedur :
- Nyatakan secara sistematik dan eksplisit
- Ukuran perlu diulang sebanyak tiga kali

7. Keputusan :
- Pelajar perlu merekodkan data dalam jadual yang sesuai
- Kira purata diameter dan jisim, sisihan purata dan sisihan relatif bagi setiap bahan yang
disukat ukuran.

8. Langkah berjaga-jaga
9. Perbincangan:

- berdasarkan kepada soalan yang diberikan

i) Di antara ketiga-tiga alat pengukur yang digunakan untuk mengukur panjang yang
manakah paling persis? Yang paling jitu?

- Pembaris meter

ii) Sekiranya seorang murid mengukur diameter sesuatu objek menggunakan pembaris
meter dikatakan tidak realistik untuk mencatatkan tersebut sehingga 4.32. Jelaskan?

-Kerana ketepatan pembaris meter hanya dapat

iii) Apakah alat yang paling sesuai digunakan untuk mengukur ketebalan sehelai kertas?
Terangkan

iv) Mengapakah kita perlu mengambil bacaan sebanyak tiga kali?

v) Apakah yang telah anda pelajar daripada aktiviti mengukur diameter dan jisim sesuatu
objek?

10. Kesimpulan :

11. Rujukan :
- Gunakan APA style (American Psychological Association)
Lampiran

Jabatan Sains
IPG Kampus Tawau
Nama Kursus : FIZIK 1
Kod Kursus : SCE1024
Nama Pensyarah : Puan Lina Thomas @ Tupang
Tarikh hantar laporan : 30 September 2015

Amali 2 : Gerakan Linear

Arahan :
Anda dikehendaki untuk menentukan sesaran dan halaju seragam sebuah troli. Eksperimen
dijalankan secara berkumpulan tetapi laporan yang lengkap adalah secara individu. Gambar
yang berkaitan dengan amali perlu dilampirkan.

FORMAT LAPORAN

1. Tajuk :

2. Tujuan : Menentukan sesaran dan halaju seragam sebuah troli

3. Pengenalan :
- Nyatakan secara ringkas konsep/teori yang berkatian dengan tajuk amali. Pelajar perlu
menyatakan buku dan sumber lain yang digunakan.

4. Radas :
Troli, landasan troli, jangkamasa detik, pita detik, bekalan kuasa arus ulang alik 12V, pita
selofan, pembaris meter, buku

5. Prosedur :
Rajah 1

i. Radas disusun seperti yang ditunjukkan di Rajah 1


ii. Kecerunan landasan diselaraskan sehingga troli dapat bergerak turun dengan halaju
seragam apabila diberikan satu tolakan yang perlahan dan landasan dikatakan telah mencapai
keadaan geseran terpampas (daya tarikan graviti diimbangi daya daya geseran ke atas troli)
iii. Pita detik berukuran 1.5m dilekatkan pada troli dengan menggunakan pita selofan
iv. Troli itu dilekatkan di bahagian tinggi landasan dan pita detik itu dimasukkan melalui
jangka masa detik
v. Jangka masa detik dihidupkan dan troli ditolak sedikit supaya bergerak menuruni
landasan dengan halaju seragam.

6. Keputusan :
- Lekatkan sebahagian pita detik yang diperolehi
- Tentukan sesaran dan halaju seragam troli tersebut

7. Perbincangan:
- berdasarkan kepada hasil dapatan amali

8. Kesimpulan :

9. Rujukan :
- Gunakan APA style (American Psychological Association)
Jabatan Sains
IPG Kampus Tawau
Nama Kursus : FIZIK 1
Kod Kursus : SCE1024
Nama Pensyarah : Puan Lina Thomas @ Tupang
Tarikh hantar laporan : 30 September 2015

Amali 3 : Momentum

Arahan :
Anda dikehendaki untuk menentukan prinsip keabadian momentum. Eksperimen dijalankan
secara berkumpulan tetapi laporan yang lengkap adalah secara individu. Gambar yang
berkaitan dengan amali perlu dilampirkan.

FORMAT LAPORAN

1. Tajuk :

2. Tujuan : Menentusahkan prinsip keabadian momentum dalam perlanggaran tak kenyal

3. Pengenalan :
- Nyatakan secara ringkas konsep/teori yang berkatian dengan tajuk amali. Pelajar perlu
menyatakan buku dan sumber lain yang digunakan.

4. Hipotesis:
Jumlah momentum sebelum perlanggaran adalah sama dengan jumlah momentum selepas
perlanggaran

5. Pemboleh ubah:
- Tentukan tiga jenis pemboleh ubah yang terlibat dalam amali ini

6. Radas :
Dua buah troli, landasan troli, jangka masa detik, pita detik, bekalan kuasa arus ulang alik
12V, pita selofan, pembaris meter, buku

5. Prosedur :
Rajah 2

i. Radas disusun seperti yang ditunjukkan di Rajah 2


ii. Satu landasan terpampas geseran disediakan. Ini dilakukan dengan mencondongkan
landasan sehingga troli dapat bergerak menuruni landasan dengan halaju seragam apabila
ditolak dengan perlahan.
iii. Troli P dan troli Q diletakkan di atas landasan. Sedikit plastisin dilekatkan pada hujung-
hujung troli seperti yang ditunjukkan, supaya kedua-dua troli melekat bersama selepas
perlanggaran
iv. Pita detik berukuran 1.5m dilekatkan pada troli P dengan menggunakan pita selofan
v. Troli Q diletakkan pada bahagian tengah landasan. Troli P diletakkan di bahagian atas
landasan dan pita detik dimasukkan melalui jangka masa detik
v. Jangka masa detik dihidupkan dan troli P ditolak sedikit supaya bergerak menuruni
landasan dan berlanggar dengan troli Q yang pegun di bahagian tengah landasan
vi. Selepas perlanggaran, kedua-dua troli P dan Q akan melekat dan bergerak bersama-sama
menuruni landasan.
vii. Daripada pita detik yang diperolehi, tentukan halaju awal dan halaju akhir troli-troli
Pdan Q.
viii. Dengan menganggapkan jisim 1 troli sebagai 1 unit, jumlah momentum sebelum dan
selepas perlanggaran dapat dikira.

6. Keputusan :
- Lekatkan sebahagian pita detik yang diperolehi
- Tunjukkan langkah pengiraan

7. Perbincangan:
- berdasarkan kepada hasil dapatan amali

8. Kesimpulan :

9. Rujukan :
- Gunakan APA style (American Psychological Association)

You might also like