You are on page 1of 2

Amalan Doa Pelaris

Amalan 1
Sediakan air dan garam (atau juga barangan jualan jika dapat). Kemudian baca Wirid Kunci

Ya Allah Ya Tuhanku, isikan daya kerezekian, pelarisan dan pengasihan pada


(barangan jualan)ini agar sesiapa sahaja yang melihatnya merasa sangat tertarik dan
ingin membelinya dengan izinMu.

Seterusnya baca 3X;

Teruskan lagi dengan membaca surah Ar Radu ayat 31 sebanyak 33x.

Zikir 129 X

Baca lagi 9X;

Diakhiri dengan membaca Kalimah Syahadah 7X. Tiupkan pada bahan-bahan yang telah
disediakan dan gunakanlah bahan-bahan tersebut untuk ditabur dan direnjis/disembur di
premis atau tapak perniagaan.

Amalan 2

1. Di amalkan selalu diwaktu sebelum matahari terbit: Di baca sambil di gerakkan barang-
barang perniagaan.
2. Dibaca samada 3 kali, 113 kali, atau 313 kali.
Cara mudah nak tahu kedai itu ada pelaris tidak halal
Pada kali pertama kita ke kedai tersebut, baca Qursi 3x luar dari kedai. Sebaiknya semasa
dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam
bomoh pooh kiri pooh kanan.

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, "pelaris" tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu
angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai
tersebut.

Selain itu, cara lain perhatikan apa wafaq di kedai makan. Biasanya orang Islam akan letak
Surah Yasin, ayatul Qursi dan ayat 1000 Dinar (Surah at-Talaq 2-3) di belakang cashier.
Tetapi ada yang guna wafaq ada simbol2 square, number2, bintang2, macam maruku pun
ada....

Untuk kedai yang mana pengurusan-nya condong ke arah kesesatan, mereka akan letak wafaq
di mana ayat2 Quran-nya akan dibentuk seperti makhluk (contohnya manusia, harimau, singa,
burung etc). Pengurusan yang begitu cetek tauhid-nya akan tidak segan silu letak macam2
benda tidak baik dalam makanan sebagai pelaris. Ini kerana orang yang cetek tauhid-nya
(kurang percaya pada Hari Akhirat, Syurga, Neraka) akan sanggup lakukan apa sahaja dalam
perkara yang melibatkan duit wang ringgit.

Dan pengurusan sebegitu pun tidak akan segan silu guna bomoh Islam dan tak-Islam untuk
kenakan penyakit ganjil (contohnya busung etc) pada orang2 yang cuba bocorkan rahsia
"pelaris" mereka.. Jadi berhati-hatilah sebab mulut santan binasa.

You might also like