You are on page 1of 8

File Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan

1 Pendidikan - Noni Azreen Binti Mohd - Skop Kerja

SKOP KERJA GURU MATAPELAJARAN

1. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan


sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran yang berkenaan.
2. Memahami dan mematuhi pekeliling - pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan
matapelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus
dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai
diakhir setiap penggal bagi tiap tahun / darjah.
3. Mempunyai sebuah buku rekod mengajar yang dikemaskinikan dan menyerahkan
kepada Guru Besar / Penolong Kanan Petang pada masa yang ditetapkan.
4. Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang di ajar dengan lengkap
untuk tempoh setahun / sepenggal / seminggu / harian dan melaksanakan pengajaran
mengikut rancangan pelajaran yang disediakan.
5. Menyedia dan memberi kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan
mengajar dan memulangkannya secepat mungkin. Menyerahkan/ menunjukkan buku
latihan murid kepada Guru Besar / wakilnya pada masa yang dikehendaki.
6. Menjalankan ujian bulanan dan penilaian kepada murid. Merekod soalan-soalan dan
keputusan ujian dalam buku rekod mengajar.
7. Mengesan kelemahan murid dan menjalankan kelas pemulihan /bimbingan.
8. Menjadi ahli dalam panitia mata pelajaran, menghadiri serta mematuhi dan
melaksanakan keputusan mesyuarat panitia.
9. Guru Mata Pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran / Jabatan Pelajaran dan PPD.
10. Memastikan keselamatan murid di makmal / bengkel KH / bengkel ERT / bengkel
sains pertanian serta mengawasi penggunaan peralatan.
11. Menghadiri mesyuarat / taklimat mengenai mata pelajaran yang berkenaan samada
yang dikelolakan oleh Kementerian Pelajaran Jabatan Pelajaran dan PPD.
12. Menyampaikan semula maklumat kepada guru lain yang mengajar mata pelajaran
yang sama.
13. Sentiasa mengikut perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi
matapelajaran berkenaan bagi meningkatkan lagi prestasi dalam pengajaran dan

1
File Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan
2 Pendidikan - Noni Azreen Binti Mohd - Skop Kerja

pembelajaran.
14. Melaporkan kepada guru kanan mata pelajaran tentang masalah pengajaran
danpembelajaran untuk tindakan selanjutnya.
15. Menjaga keselamatan kebersihan alat-alat bantu mengajar yang digunakan dan
memastikan Alat Bantu Mengajar digunakan secara meluas. Bertanggungjawab
dalam menambah Alat Bantu Mengajar bagi memperkayakan Pusat Sumber Sekolah.
16. Mengadakan sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas yang diajar.
17. Membantu menguruskan Bank Soalan dan koleksi soalan.

SKOP KERJA GURU UNIT DISIPLIN DAN PENGAWAS

1. Pilih pengawas pada setiap hujung tahun untuk bertugas pada tahun berikutnya.
2. Menentukan pemilihan pengawas adalah berdasarkan pencapaian dalam bidang
akademik, kebolehan dan kemampuan pelajar dalam bidang sukan dan permainan.
3. Memastikan perlantikan para pengawas adalah berdasarkan pengalaman, sahsiah,
daya kepimpinan dengan mengambil kira pandangan dan sokongan para guru.
Pemilihan akhir dilakukan oleh para pelajar dengan cara undi, jikalau didapati sesuai
dan boleh dilaksanakan setelah dipersetujui oleh pihak guru.
4. Pemilihan calon dilakukan oleh guru-guru sendiri dan tidak dicalonkan oleh pelajar.
5. Menentukan Ketua dan Penolong Ketua Pengawas dilantik oleh guru penasihat
lembaga pengawas dengan nasihat guru-guru lain.
6. Mengaturkan mesyuarat lembaga pengawas yang diadakan dari semasa ke semasa di
sekolah.
7. Mengawasi disiplin dan akhlak para pelajar di sekolah sepanjang hari persekolahan.
8. Menerima laporan daripada para pengawas dan mengambil segala langkah dan

2
File Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan
3 Pendidikan - Noni Azreen Binti Mohd - Skop Kerja

tindakan yang sesuai.


9. Menentukan segala peraturan dan undang-undang sekolah sentiasa dipatuhi oleh para
pelajar sekolah.
10. Mempamerkan peraturan dan undang-undang sekolah di papan-papan kenyataan dan
di dalam bilik darjah.
11. Membantu Guru Besar dalam mengesan dan mengesahkan kesalahan-kesalahan
besar yang dilakukan oleh pelajar yang boleh membawa kepada penggantungan
sementara atau pembuangan sekolah.
12. Merekodkan segala kesalahan, hukuman dan denda yang dijatuhkan kepada pelajar
di sekolahnya.
13. Berhubung rapat dengan guru bimbingan / kaunseling untuk menyelesaikan masalah
pelajar.
14. Bekerjasama dengan guru-guru bertugas harian atau mingguan untuk menguruskan
kawalan terhadap pelajar pada hari perhimpunan, upacara dan majlis-majlis yang
diadakan oleh pihak sekolah.
15. Menguruskan pertandingan kebersihan bilik darjah pada tiap-tiap minggu dan
mengumumkan kelas yang paling kotor.

SKOP KERJA PENYELARAS LINUS BAHASA INGGERIS (LBI)

3
File Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan
4 Pendidikan - Noni Azreen Binti Mohd - Skop Kerja

1. Berbincang dengan pentadbir dan FasiLINUS untuk meningkatkan prestasi LINUS.


2. Menjadi ahli JKS di peringkat sekolah.
3. Memastikan program LINUS dapat dilaksanakan dengan berkesan.
4. Memaparkan JK LINUS di papan kenyataan.
5. Membantu pentadbir menyediakan fail-fail pengurusan LINUS.
6. Membantu pentadbir membuat perancangan jangka panjang dan tahunan
(perancangan strategik, pelan tindakan dan operasi).
7. Memastikan saringan LINUS dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan selepas
mendapat arahan pelaksanaan saringan.
8. Menerima dan memastikan instrumen saringan mencukupi.
9. Membaca dan memahami manual Am-NKRA dan manual Instrumen Lisan dan
bertulis.
10. Memahami konstruk yang diukur.
11. Merancang jadual pelaksanaan saringan mengikut tempoh yang ditetapkan.
12. Memaklumkan kepada ibu bapa berkenaan pelaksanaan saringan.
13. Melaksanakan taklimat pengisian data secara online.
14. Melaksanakan pelaporan di peringkat sekolah dan pelaporan disediakan untuk
dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing.
15. Memastikan dan mamantau data penguasaan murid/keputusan setiap saringan
dimasukkan ke dalam portal NKRA mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
16. Mamantau pelaksanaan Program Literasi dan Numerasi (LINUS) dan menjalankan
tindakan susulan untuk penambahbaikan.
17. Memastikan guru LINUS dan Guru Pemulihan menggunakan Modul Literasi dan
Numerasi (LINUS) yang dibekalkan oleh KPM.
18. Bekerjasama dengan ibu bapa / PIBG dalam memberi kesedaran, maklumat dan
kepentingan Program Literasi dan Numerasi (LINUS).

4
File Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan
5 Pendidikan - Noni Azreen Binti Mohd - Skop Kerja

SKOP KERJA GURU PENASIHAT KOKURIKULUM

1. Menyusun rancangan gerak kerja bagi satu tahun.


2. Menyimpan satu perlembagaan atau garis panduan pasukan.
3. Membentuk jawatankuasa.
4. Menyimpan statistik penglibatan murid mengikut jantina dan kaum.
5. Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat murid.
6. Semasa pertandingan :
a) mendaftar pasukannya sebagai satu pasukan yang berdaftar.
b) berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang mahir dan
berkebolehan.
c) memastikan undang-undang permainan dan pertandingan dipatuhi.
d) menyimpan rekod, surat-menyurat bagi pasukannya.
e) menentukan pasukannya diberikan khidmat apabila diperlukan.
f) memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim.
7. Aktiviti kokurikulum :
a) menganjur pertandingan antara rumah sukan/kelas/sekolah.
b) menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar.
c) menguruskan surat kebenaran ibubapa/penjaga untuk pertandingan luar sekolah.
d) melaporkan dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai.

5
File Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan
6 Pendidikan - Noni Azreen Binti Mohd - Skop Kerja

e) menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan.


f) menyemaikan semangat kesukanan di kalangan murid.
g) menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik,
selamat dan mencukupi untuk digunakan.
h) menentukan ada perkhidmatan pertolongan cemas semasa pertandingan.
8. Merancang aktiviti tahunan dengan guru Rumah Sukan.
9. Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk
mempertingkatkannya.
10. Merekodkan nama-nama pemain dan pasukan yang cemerlang (johan daerah/negeri,
wakil Daerah/negeri/Negara).
11. Menghadiri kursus permainan yang dianjurkan oleh jabatan dan kementerian.
12. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru besar dari masa ke semasa.

SKOP KERJA GURU RUMAH SUKAN

1. Menguruskan dan menyelia semua aktiviti sukan dan permainan serta olahraga yang
melibatkan rumah sukan.
2. Membimbing dan mengadakan mesyuarat rumah sukan.
a) Membimbing AJK rumah sukan menjalankan Mesyuarat Agung AJK rumah

6
File Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan
7 Pendidikan - Noni Azreen Binti Mohd - Skop Kerja

sukan.
i. Melantik AJK Induk Rumah Sukan
ii. Menyediakan minit mesyuarat rumah sukan
3. Menyediakan senarai tugas dan tanggungjawab AJK rumah sukan.
4. Memastikan rumah sukan mempunyai Fail Rumah Sukan yang dilengkapkan dengan
maklumat dan perkara-perkara berikut :
a) Carta organisasi rumah sukan
b) Senarai nama Guru Penasihat rumah sukan
c) Perlembagaan rumah sukan
d) Senarai nama AJK rumah sukan (murid)
e) Senarai nama ahli rumah sukan (murid)
f) Senarai aktiviti tahunan rumah sukan
g) Akaun kewangan (penerimaan, kutipan dan perbelanjaan wang yang lengkap
dengan resitnya - sekiranya ada membuat kutipan wang).
h) Jadual latihan bagi semua aktiviti sukan dan olahraga.
i) Jadual pertandingan bagi semua aktiviti sukan dan olahraga.
j) Senarai nama peserta yang didaftar dan menyertai Kejohanan Merentas Desa,
Kejohanan Olahraga dan sukan yang lengkap (bagi tujuan pemberian markah
kokurikulum).
k) Senarai nama penerima hadiah sukan dan permainan bagi aktiviti yang
diwakilinya.
l) Keputusan Kejohanan Olahraga.
5. Menyediakan nombor peserta seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Sukan
Sekolah.
6. Menyediakan nombor peserta seperti yang ditetapkan oleh Majlis Sukan Sekolah.
7. Menggantikan nombor peserta yang hilang dengan menggunakan kain bewarna yang
sama atau hampir sama dengan ton warna kain asalnya.
8. Memastikan nombor peserta yang dibuat/diganti ditulis dengan jelas.
9. Mendapatkan ganti rugi yang berpatutan daripada peserta yang menghilangkan
nombor pesertanya.
10. Jumlah wang yang boleh didenda berdasarkan keputusan yang ditetapkan oleh AJK

7
File Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan
8 Pendidikan - Noni Azreen Binti Mohd - Skop Kerja

Penyelaras Rumah Sukan.


11. Menguruskan penyediaan makanan dan minuman (sekiranya perlu) untuk peserta
semasa aktiviti sukan dan permainan/olahraga.
12. Menjaga keselamatan pelajar semasa mereka menyertai aktiviti sukan dan olahraga.
13. Bertindak selaku Pengurus Pasukan/Jurulatih untuk menghantar murid/peserta dari
rumah seukannya ke tempat permulaan acara atau pertandingan.
14. Memastikan murid yang didaftar menyertai sesuatu acara/pertandingan mengambil
bahagian mengikut masa yang ditetapkan.
15. Membuat Laporan Tahunan Rumah Sukan.
16. Mengambil alatan dan memulangkan alatan dari bilik sukan.
17. Membuat tempahan awal untuk menggunakan alatan sukan yang terhad bilangannya.
18. Hal-hal lain yang difikirkan sesuai dengan peranan dan tanggungjawab sebagai
seorang Guru Penasihat Rumah Sukan.

You might also like