You are on page 1of 2

Amalan Gaya Hidup Sihat

Amalan gaya hidup sihat merupakan satu siri aktiviti atau program yang mesti dilakukan secara
konsisten dan berterusan dan amat baik dari sudut kesihatan. Ia termasuklah pengambilan
makanan seimbang, aktiviti senaman, melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala,
menjaga kebersihan, tidak melakukan perkara yang boleh menjejaskan kesihatan, rehat yang
mencukupi dan sebagainya.

Pemakanan yang seimbang merupakan kunci utama ke arah amalan gaya hidup sihat.
Sewajarnya kita mengambil makanan yang seimbang dalam diet harian dan menjadikannya
budaya hidup setiap hari. Makanan yang tidak seimbang akan menyebabkan seseorang itu
mudah mendapat penyakit bahaya seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit
kencing manis. Sesungguhnya, tubuh kita akan mendapat zat dan vitamin mencukupi serta
dapat mengelakkan penyakit berbahaya jika kita mengamalkan pemakanan seimbang.Kita juga
mesti meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air masak setiap hari.

Amalan gaya hidup sihat juga meliputi aktiviti senaman. Aktiviti senaman membolehkan darah
mengalir dengan lancar dan jantung dapat berfungsi dengan baik. Peluh yang keluar ketika
bersenam dapat membuang sisa toksik dalam badan seseorang. Aktiviti senaman boleh kita
lakukan dimana sahaja umpamanya di taman permainan, kawasan lapang, dalm gimnazium
atau di dalam rumah - menggunakan peralatan senaman yang sesuai. Untuk mendapat kesan
yang terbaik, kita mesti bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 20 minit bagi
setiap sesi.

Mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara berkala juga merupakan amalan gaya hidup.
Seseorang itu tidak sewajarnya hanya berjumpa doktor setelah mendapat penyakit. Oleh itu,
kita perlu mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk mengetahui tahap
kesihatan kita agar dapat mengambil tindakan yang sewajarnya jika kita mula diserang
penyakit. Sesungguhnya, tahap kesihatan yang baik membolehkan seseorang itu menjalani
kehidupan dengan lebih sempurna dan ceria.
Menjaga kebersihan rumah dan persekitaran tempat tinggal juga merupakan amalan gaya
hidup sihat. Tempat tinggal kita seharusnya bersih dan terhindar daripada hidupan serangga
seperti nyamuk, lalat atau lipas. Persekitaran yang bersih membolehkan kita mendapat udara
yang nyaman dan bersih. Kita boleh menjaga kebersihan tempat tinggal kita dengan membuang
sampah sarap yang terdapat di rumah kita ke tempat yang sesuai. Selain itu, air bertakung yang
menjadi tempat nyamuk membiak juga perlu dihapuskan. Amalan menjaga kebersihan rumah
patut diterapkan kepada anak-anak sejak kecil lagi.

Amalan gaya hidup sihat juga dapat diamalkan jika kita tidak melakukan perkara yang boleh
menjejaskan kesihatan. Antara perkara-perkara yang boleh menjejaskan kesihatan ialah
merokok, mengambil dadah dan minum arak. Di samping menjejaskan kesihatan, amalan ini
juga menyebabkan seseorang membazir wang yang sepatutnya boleh digunakan untuk perkara-
perkara yang lebih berfaedah. Perbuatan menagih dadah juga boleh menyebabkan berlakunya
pergaduhan dalam keluarga dan dijangkiti penyakit AIDS. Oleh itu, pihak kerajaan boleh
mengadakan kempen untuk menghindarkan rakyat daripada melakukan perkara-perkara yang
boleh menjejaskan kesihatan.

Mengambil rehat yang mencukupi

You might also like