You are on page 1of 3

Manusia wujud dalam alam sekitar dan merupakan sebahagian dari alam sekitar (Scott &

Withgott, 2005). Sebagai salah satu spesis yang hidup di bumi, manusia akan berkongsi dan
bergantungan antara satu sama lain dengan alam sekitar disamping menjaga fungsi
keseimbangan alam sekitar. Pemahaman terhadap interaksi kepada alam sekitar amat penting.
Masyarakat masa kini mempunyai kelaziman pemahaman bahawa untuk mendapatkan sebuah
masyarakat yang maju dan ekonomi yang mantap, pencemaran alam sekitar tidak dapat
dielakkan. Pendek kata, ia telah dipersepsikan bahawa krisis alam sekitar adalah kesan lumrah
kehidupan manusia yang inginkan pembangunan dan kemajuan dalam semua aspek
kehidupan mereka.

NGO ( non-government organisation) merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang


ditubuhkan oleh pihak atau pertubuhan swasta yang tidak mempunyai apa-apa hubungan
dengan mana-mana kerajaan. Ada NGO yang dibiaya oleh kerajaan tertentu, namun keahlian
pertubuhan sebegini tidak terbuka kepada mana-mana pihak kerajaan. Antara gerakan alam
sekitar yang berkaitan dengan NGO adalah:

Persatuan Pencinta Alam (MNS)

Persatuan Pencinta Alam adalah satu badan bukan kerajaan yang tidak berasaskan keuntungan
bagi pencinta alam sekitar di Malaysia. Persatuan ini telah ditubuhkan sebagai Persatuan
Pencinta Alam Malaya (Malayan Nature Society) pada tahun 1940. MNS merupakan sebuah
badan dan persatuan alam sekitar yang dipercayai tertua di Malaysia, Asia dan salah satu
tertua di dunia. MNS berpusat di Bukit Persekutuan di Kuala Lumpur. MNS merupakan
badan/persatuan alam sekitar yang bergiat aktif dalam mengetengahkan isu-isu berkaitan alam
sekitar khususnya di Malaysia. Dalam masa yang sama, badan ini menguruskan beberapa
pusat kajian alam sekitar yang terkenal di Malaysia seperti Taman Alam Kuala Selangor,
Pusat Pendidikan Persekitaran MNS-BOH dan rancangan-rancangan pembelajaran di Rimba
Ilmu di Universiti Malaya dan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

Badan alam sekitar ini telah berjaya memujuk pihak berkuasa untuk mewujudkan Taman
Negara Endau-Rompin. Usaha untuk mengazetkan kawasan tersebut tercetus apabila MNS
melakukan satu ekspedisi saintifik ke Endau dan Rompin pada tahun 1985 dan 1986. Baru-
baru ini, MNS sedang menjalani satu kempen untuk mengazetkan kawasan Belum-Temengor
sebagai kawasan terpelihara. Sebagai sebuah badan, MNS menerbitkan dua majalah berkala
yang berbahasa Inggeris. Dua majalah tersebut adalah Malaysian Naturalist dan Malayan
Nature Journal. Malaysian Naturalist ditujukan kepada halayak ramai dan Malayan Nature
Journal bersifat lebih saintifik.

RAKAN ALAM SEKITAR (RAS)

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mengambil inisiatif merangka satu program
baru iaitu Rakan Alam Sekitar yang dibentuk bagi meningkatkan kesedaran dan
menggerakkan anggota masyarakat di setiap kawasan Parlimen dalam aktiviti pemeliharaan
dan pemuliharaan alam sekitar serta membantu membanteras kegiatan-kegiatan yang
merosakkan dan mencemarkan alam sekitar.

Pogram RAS adalah berbentuk community based dan hands-on; melibatkan penduduk
setempat termasuklah generasi muda dan dewasa, NGOs serta juga pihak-pihak industri atau
swasta tempatan. Ianya merupakan satu program out-reach yang dijalankan mengikut
kawasan Parlimen. Rakan Alam Sekitar adalah saluran yang tepat untuk meningkatkan
keberkesanan aduan kerana dengan penglibatan masyarakat tindakan yang segera dapat
diambil sewajarnya oleh agensi kerajaan yang berkenaan. Aktiviti-aktiviti Rakan Alam
Sekitar meliputi pelaporan kes-kes pencemaran dan kerosakan alam sekitar kepada agensi-
agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk tindakan, program mencegah dan mengawal
pencemaran, memperindahkan kualiti alam sekitar (the enhancement of environment) dan
kempen pendidikan dan kesedaran alam sekitar.

SAHABAT ALAM MALAYSIA (SAM)

Sahabat Alam Malaysia (SAM) adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang telah
ditubuhkan pada tahun 1977. Perjuangan SAM adalah untuk memelihara alam yang
dianugerah dan diamanahkan oleh Tuhan daripada dieksploitasi dan dimusnahkan oleh
kegiatan manusia dalam pelbagai bentuk atas nama pembangunan dan kemajuan. Dalam
mengembangkan wadah perjuangan alam sekitar ini, SAM telah diberi penghargaan dengan
penganugerahan Global 500, Honour Roll 1978, Alternative Global Price 1988, Goldman
Award 1991, Gonde Nast Travel Enviromental Award 1998 dan The Right Liverhood Award.

Namun, dengan tidak merasa besar diri dengan anugerah ini, keutamaan SAM kini dan
selamanya hanya satu iaitu meneruskan perjuangan dalam membina kesedaran kritikal
masyarakat dan kerajaan di semua peringkat terhadap tanggungjawab dalam mengawal
kegiatan manusia terhadap alam dengan mengembalikan kewarasan kita dalam menguruskan
sumber alam demi keharmonian hidup dan untuk generasi masa depan.

Program Kesedaran Alam Sekitar anjuran bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan
Sahabat Alam Malaysia (SAM) telah diadakan pada 18.02.2011 bertempat di Tg. Uda River
Resort, Kg. Setiawan, Daerah Manjung, Perak Darul Ridzuan. Program tersebut disertai oleh
50 orang peserta yang terdiri dari pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar
dan Universiti Perguruan Sultan Idris Shah (UPSI), Tg. Malim. Program ini dikelokakan oleh
JPS Daerah Manjung dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) dengan pengisian ceramah yang
berkaitan dengan kesedaran tentang pentingnya pemeliharaan sungai. Para peserta juga diberi
penerangan tentang kaedah pemantauan kualiti air sungai secara biologi dan juga secara
kimia.

Kesimpulannya, manusia dan alam mempunyai hubungan yang erat dan berkait antara satu
sama lain. Kecenderungan yang hanya mengutamakan pesat pembangunan menyebabkan
alam kian terbiar. Oleh hal yang demikian, semua pihak terutamanya yang berkaitan
tanggungjawab terhadap alam perlu mengambil tindakan mempertahankan persekitaran kita.

You might also like